"Bumi
dan Langit" pre-Deluge (zaman sebelum Banjir) sudah berlalu ...
Tuhan itu adalah Roh. Dunia purbakala dan
langit purbakala sudah berlalu selepas malapetaka banjir besar di zaman Noah.
Dunia purbakala telahpun dihakimi dan dihukum oleh keputusan Tuhan yang Mahatinggi.
Dunia dan langit purbakala itu telah ditahirkan, disembuhkan, dan juga diperbaharui selepas banjir itu.
Tuhan berfirman kepada Noah: “13 Aku telah
memutuskan untuk mengakhiri hidup segala mahluk, sebab bumi telah penuh dengan
kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama bumi.” ”17
Sebab sesungguhnya Aku mendatangkan air bah meliputi bumi untuk memusnahkan
segala yang hidup dan bernyawa di bawah kolong langit; segala yang ada di bumi
akan mati binasa. 18 Tetapi dengan engkau, Aku akan mengadakan perjanjianKu,
dan engkau akan masuk ke dalam bahtera (bahtera keselamatan) itu: engkau
bersama-sama dengan anak-anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu” (Kejadian
6: 13, 17, 18).
Roh
Sang Pencipta
Roh Tuhan telah mencipta langit
dan bumi. Dia jugalah yang mencipta dan empunya semua mahluk di bumi. Dia
berkerja siang dan malam. PekerjaanNya adalah menurut KaryaNya, iaitu
perkataan-perkataan Tuhan yang disebut “Firman.” Firman
yang
disampaikan dalam bentuk Taurat, Firman menurut nubuatan Nabi-Nabi, dan FirmanNya yang
disampaikan dalam bentuk lirik-lirik Mazmur kemudiannya telah
menjelma sebagai peribadi manusia yang diumumkan oleh Nabi Yohanes Pembaptis
sebagai “Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa manusia.”
Di atas
kayu salib, dia telah
ditakdirkan sebagai korban penebus dosa-dosa manusia. Dia yang dinyatakan oleh Roh
Tujuh Lapis kepada kita telah membimbing kita untuk mengenali
kehendak-kehendak Bapa,iaitu Kristus Yesus, Anak Tuhan yang Mahatinggi.
Wahyu Kristus menurut catatan Santo Yohanes dalam Kitab Wahyu menyingkapkan bahawa nama Kristus itu
adalah “Firman Allah.”
Apakah
itu Karya Tuhan ?
'Nama' dalam bahasa Roh atau bahasa nubuatan membawa arti yang bermaksud 'Karya.' Karya atau misi Sorgawi dalam menyelamatkan umat manusia telah diwahyukan
kepada umat Tuhan melalui perutusan 'nama Tuhan' atau 'Karya Tuhan.' Karya atau 'Nama' tangan kanan Bapa adalah Firman Allah. Tanpa Firman
Allah, keturunan Adam yang 'luka' sudah tentu tidak mampu untuk mengetahui kehendak-kehendak dan realitas Roh Tuhan. Selepas
Kristus naik ke Sorga, hadirat suara Firman itu dilaksanakan dan disampaikan oleh 'nama' Tuhan yang diutus dalam peribadi Roh Tujuh
Lapis (Roh Kudus). HadiratNya adalah sebagai 'lidah api' yang turun dan hinggap di atas sumbu
roh manusia. Firman juga turut diberitakan oleh malaikat-malaikat Tuhan. Mereka
disebut prophet-angels seperti malaikat-malaikat yang membawa mesej
kepada Gideon, Nabi Daniel, dan juga malaikat yang membawa mesej kepada Santo Yohanes. Dalam pengangkatan Kristus ke Sorga, penulis Kisah Para Rasul mencatatkan dua malaikat yang berjubah putih yang
sempat memberita 'satu mesej' (Kisah
1: 10-11) kepada orang Galilea yang sedang takjub melihat pengangkatan Yesus ke Sorga.
Penyampaian
mesej Roh Tuhan & tata-bahasa pertuturan manusia yang luka.
Semua Firman dalam Kitab Suci adalah
karya (pekerjaan) tangan
kanan Allah Bapa. Namun, jika Firman yang tertulis dalam Kitab Suci, dipetik atau digunapakai menurut fikiran manusia, maka Firman itu tidak akan
memberikan
kuasa sebagai pedang Roh. Ia akan menjadi Pedang Roh, hanya apabila hadirat Roh Kudus yang turun di atas sumbu roh orang
percaya yang akan membicarakan Firman tersebut kepada kita; Firman yang tertulis dalam Kitab Suci adalah termasuk semua firman
Tuhan yang ditulis oleh nabi-nabi atau nabiah, dan juga oleh santo atau santa
dalam Perjanjian Baru. Sabda Yesus dalam Lukas 24: 44 jelas menyatakan definasi ringkas perihal karya Tuhan. Bagi orang percaya yang
dewasa rohaninya, dan mempunyai keintiman pergaulan dengan Roh Tuhan, mereka
seringkasnya mampu mengatakan bahawa Firman itu adalah Yesus Kristus! Ia adalah rumusan seperti yang dinyatakan kepada Santo Yohanes dalam Wahyu 19: 10, 13.
namaNya ialah: Firman Allah
Karya Tuhan menurut pernyataan Roh kepada Santo
Yohanes adalah Firman
Allah. Roh Kudus juga turut berkarya
menurut dasar yang sama iaitu Firman Allah. Dalam bahasa yang membawa arti yang sama; Roh Kudus beroperasi menurut 'suara' Kristus. Sebab itu, nama (pekerjaan) Kristus berdasarkan Wahyu 19: 13 juga dinyatakan sebagai Firman
Allah. Maksudnya, semua pekerjaan Kristus adalah seratus-peratusnya menurut kehendak Allah Bapa. “…namaNya ialah: “Firman Allah”
(Wahyu 19: 13). Maka, kita tahu bahawa 'Roh Tuhan yang Esa' itu berkerja menurut FirmanNya. Sebaliknya, 'umat manusia yang luka' berkerja menurut
perancangan dan keputusan-keputusan fikiran mereka. Manusia yang 'terpisah dari realiti Tuhan' dikatakan mempunyai
kecenderungan kesedaran dominan yang berpusat pada daging iaitu otak. Misi atau 'nama' yang dicari oleh manusia di
bumi adalah menurut pemikiran-otak, sedangkan misi Tuhan adalah Firman Allah. Maka, karya manusia adalah agenda otak-otak manusia yang merancang kehidupan daging kita di mukabumi ini. Firman
Allah
yang hidup itu adalah Kristus. Maka,
Injil Yohanes dimulai dengan “Pada mulanya
adalah Firman….”, dan rahasia Tuhan itu juga adalah Kristus!
Pekerjaan
Roh Tuhan dimulakan dengan penyampaian Firman. Justeru itu, segala sesuatu telah diciptakan di dalam Kristus dan untuk Kristus. Maka, Firman itu adalah asas kepada pekerjaan suci Roh Tuhan.
Jika tiada Firman yang dinyatakan kepada manusia, maka tidak ada seorangpun manusia
yang dapat memahami pekerjaan tangan kanan Allah Bapa. Kristus adalah pekerjaan
atau karya tangan kanan Allah Bapa. Kristus adalah kepenuhan pernyataan Firman Allah. Maka, barangsiapa yang
dianugerahkan hubungan dan ketergantungan seperti perumpamaan “ranting
sebenar dengan Pokok sebenar” adalah dikatakan 'berbahagia' kerana ia mempunyai anugerah untuk dapat bergaul karib dengan Tuhan. Perumpamaan “ranting sebenar dengan
Pokok sebenar” adalah pengungkapan ibadah sejati dalam proses perjalanan iman iaitu mengenali Firman Tuhan. Firman
Tuhan itu adalah Kristus. Firman Tuhan dianugerahkan kepada umat manusia yang 'luka' menurut Ordo Melchizedek. Ordo Melchizedek menurunkan ajaran 'penebusan' sebagai jalan untuk umat manusia yang berdosa, supaya ia dapat diperdamaikan semula dengan Roh Tuhan yang Mahasuci.
Pada mulanya Karya Tuhan (Divine handiwork) adalah Firman
Allah. Maka, segala sesuatu tidaklah Tuhan perbuat tanpa menganugerahkan terlebih dahulu 'firmanNya' kepada umatNya (Amos 3: 7). Justeru itu, Roh Tujuh Lapis memberikan kita mata rohani
untuk melihat bahawa Kristus adalah Alpha dan Omega. Kristus adalah Karya
tangan kanan Allah Bapa. Segala Firman atau karya Allah Bapa adalah terpaut
kepada, personae Trinitas: Tuhan Bapa, Tuhan Anak
iaitu Kristus dan Tuhan Roh Kudus. Ordo Melchizedec telah
menentukan dari Alpha dan Omega bahawa Firman yang dianugerahkan Bapa kepada manusia
adalah Kristus. Seluruh Kitab Suci adalah karya yang terpaut
kepada peribadi Juruselamat manusia iaitu Kristus. Sesungguhnya,
Kristus itu adalah rahasia misteri Tuhan.
Kristus bersabda bahawa dia datang untuk menyempurnakan Karya Bapa yang menurut semua firman dalam Taurat, semua firman menurut
nubuatan nabi-nabi, dan juga menyempurnakan semua lirik-lirik Tuhan yang telah diberitakan
menurut Kitab Mazmur. Justeru itu, pekerjaan Kristus atau namaNya adalah Firman Allah. Nama itu adalah
bermaksud “Karya” (“handiwork”).
Kitab Suci itu mengandungi Firman (spoken Word of the Lord)
yang ditulis dalam Taurat, Nubuatan oleh para nabi, Lirik-Lirik Tuhan dalam
Mazmur, Firman Kristus dalam Injil dan juga Wahyu. Firman Tuhan dalam Kitab Suci itu bercampur dengan catatan atau rekod manusiawi rohani iaitu sejarah Kitab (Biblical History),
Kumpulan Amsal, Apochrypa, dan surat-surat Rasul Kristus yang disampaikan menurut gaya bahasa penulis buku-buku Kitab Suci. Maka, Kitab Suci adalah catatan yang mengandungi Firman
Tuhan yang bercampur dengan perkataan-perkataan manusia rohani. Firman Tuhan mengandungi elemen-elemen bahasa "manusia yang
luka." Kitab Mazmur, sebagai contoh, merupakan lagu-lagu yang mengandungi Lirik-Lirik (firman) Tuhan yang bercampur dengan lirik-lirik manusiaw rohani iaitu lirik-lirik milik hamba-hambaNya atau nabi-nabiNya.
Tidak hairanlah jikalau kita akan
menemukan perkataan-perkataan yang mengungkapkan reaksi-reaksi Tuhan terhadap
dosa-dosa manusia seolah-olah Tuhan itu seperti manusia. Hakikatnya sifat-sifat Ilahi tidak mungkin
mempunyai reaksi manusiawi seperti marah, murka mahupun sedih. Roh Tuhan tidak
mungkin menjadi marah, murka, sedih ataupun benci kerana ia adalah Sang
Pencipta yang semutlaknya Sempurna. Ia dikatakan Mahakasih kerana ia adalah sumber kehidupan. Namun, sifatkata-sifatkata Tuhan yang
diungkapkan menyerupai reaksi manusiawi seperti marah, murka, benci dan sedih adalah sengaja diguna-pakai oleh Roh Tuhan kerana penerima
Firman adalah "manusia yang luka.”
Tuhan sengaja menggunakan bahasa yang mampu
dimengertikan oleh kemampuan intelek “manusia
yang luka.”
Meskipun Firman itu harus ditanggapi
oleh roh, penyampaiannya adalah mencakupi penanggapan melalui intelek agar pernyataan Firman
menjadi menyeluruh dan sempurna. Justeru itu, Firman itu dinyatakan juga sebagai 'manusia.' Jelas, Yesus ketika 'Roh' berjalan dibaluti 'daging manusia,' tidaklah menyatakan 'amarahNya' kepada semua manusia kecuali terhadap imam-imam yang mengembala Israel dengan salah. NamaNya sebagai Domba Tuhan jelas menyatakan 'kasihNya' yang sempurna kepada semua orang berdosa! Hakikatnya, Roh Tuhan tidaklah pernah 'marah' kerana 'mara' itu adalah reaksi 'daging,' tetapi Roh
Tuhan masih menggunakan bahasa itu, agar manusia yang 'luka' dan kesedarannya yang tertumpu pada 'otak' itu dapat menanggapi
reaksi 'kekudusan Ilahi yang
menghanguskan' secara menyeluruh. 'Marah' adalah ungkapan reaksi Roh Tuhan yang
menyatakan sifat Ilahi yang “Consuming fire;” ia sebenarnya menyatakan reaksi kudrati Ilahi yang Mahasuci.
Peribadi Roh Tuhan yang Mahasuci itu adalah seperti api yang senantiasa meluap-luap menjilat segala perlakuan 'dosa.' Ia diungkapkan sebagai Tuhan yang membenci atau marah
kepada semua perbuatan dosa. Api hadirat Tuhan senantiasa marak dan
menjilat semua orang yang berdosa. Namun Ia panjang Sabar. Tidak hairanlah kenapa Ia tidak turun kepada sumbu roh manusia yang tidak dperdamaikan kepada Nya. Sifat semulajadi Roh Tuhan yang Mahasuci
itulah yang dimaksudkan dengan “murka” atau “marah.” Dan bagaimanakah Roh
Tuhan itu menjilat atau menghanguskan semua orang-orang berdosa? Itu bergantung
kepada “panjang sabarNya,” dan juga tertakluk
kepada namaNya serta suaraNya (lihat Amos3: 7).
Justeru itu, “murka Tuhan” juga
boleh dimengertikan sebagai “panjang sabarNya” yang sudah habis. Jika 'sabarNya' habis, maka sudah tentu hadiratNya yang semarak akan pasti menghanguskan. Taurat
menjelaskan bahawa Tuhan itu bukanlah 'sabar yang tiada batasan.' Taurat seperti yang dicatat oleh Nabi Musa
menjelaskan bahawa peribadi Roh Sang Pencipta sebagai Pencipta yang diungkapkan sebagai “Panjang
Sabar.” Macammanakah agaknya panjangnya sabar Tuhan itu? Itu adalah merujuk kepada kesempurnaanNya mengolah semua keputusan manusia, dan karyaNya menurut kepada semua Firman Tuhan yang telah diyatakan kepada umatNya. Pengajaran rohani (Precept) mengenai "Panjang Sabar" Ilahi itu lebih indah bila dinyanyikan oleh sang pemazmur dalam lirik-lagu dalam Mazmur 68: 20 "Terpujilah Tuhan! hari demi hari, Ia
menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. Sela" Nabi
Yesaya bernubuat bahawa "...namaNya: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa,
Bapa yang Kekal, Raja Damai" (Yesaya 9: 5). Maka, kesabaranNya
adalah menurut janji-janji (Firman) yang diikat oleh nama Raja Damai: Yesus Kristus. Ia setia
kepada semua Firman, dan ia benar kepada semua Firman. NamaNya sebgai Raja Damai dan Domba Tuhan adalah ungkapan Panjang Sabar Ilahi yang paling sempurna!
Apabila Roh Tuhan dicurahkan kepada
semua bangsa-bangsa di dunia bermula dengan umat Israel perjanjian baru sejak hari Pentakosta, umat Tuhan mula mengenali bahawa Roh Tuhan sebenarnya adalah Maha-Kasih. Dia adalah mahluk Roh Pencipta yang Mahakasih. Namun, KasihNya itu dari Alpha dan Omega
adalah bersifat Mahasuci
yang menghanguskan!
Maka, roh-roh mereka yang tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan tidaklah dapat
menerima dan mengecapi kasihNya yang suci
itu. Hadirat KasihNya itu tidaklah berubah
sifatnya iaitu seperti
api yang menjilat dan menghanguskan. Itu adalah disebabkan oleh sifat Ilahi
yang Mahasuci; kasih agape Tuhan tidaklah dapat
dipisahkan dengan kesucianNya! KasihNya dan KesucianNya adalah teranyam bersama dan tak berubah dalam peribadi RohNya yang Esa. Umat Perjanjian Baru mendapat
pengertian dari roh pengertian dan roh hikmat bahawa Roh Tuhan tidaklah
mempunyai sifat seperti murka, benci, marah mahupun sedih sebagaimana dalam reaksi emosi 'daging' manusia yang luka. Namun, Roh Tuhan yang Mahasuci telah sengaja menggunakan 'perkataan-perkataan' itu kerana penerima Firman adalah manusia yang 'luka.' Manusia 'luka' tidaklah sempurna pengertiannya dan penanggapannya tentang 'kekudusan' Tuhan, maka Tuhan menggunakan sifat-kata seumpama itu, supaya otak manusia 'luka' mampu untuk mengungkapkan 'kekudusan Ilahi' dalam ruang lintup pengalaman dan 'kesedaran' (consciousness) kehidupan manusia yang berpusat secara dominan pada otak dan sistem-sistem sarafnya!
Dalam 'nama' Kristus, mereka
telah melihat bahawa Roh Tuhan (the Father of all spirits) itu adalah Kasih. Dan kasihNya adalah setia kerana namaNya (pekerjaanNya) adalah “Yang
Setia dan Yang Benar” (Wahyu 19: 11).
KasihNya adalah suatu pekerjaan Ilahi yang setia dan benar. KasihNya itu adalah selama-lamanya
bersifat Mahasuci!
Justeru itu, Rasul Petrus memetik perintah Allah dari Perjanjian Lama yang
berbunyi “kuduslah kamu kerana Tuhan itu Kudus,” sebagai suatu saranan kepada para pengikut Jalan. Ini menjelaskan kekudusan
jantung (Roh) Tuhan yang sesunguhnya tidak pernah berubah, biarpun Ia telah, dan akan menyatakan diriNya dalam nama-nama Ilahi yang berbeda. ('nama' Ilahi bermaksud pekerjaan, karya atau misi).
Si penabur Firman adalah Anak
Manusia. Para Nabi adalah 'mulut' kepada Firman Tuhan. Kitab Suci seringkasnya memberitakan dan menyingkapkan
Karya Tuhan yang berdaulat ke atas semua sejarah pekerjaan manusia (nama-nama manusia) di bumi. 'Nama' yang dicari oleh manusia adalah 'pekerjaan atau karya' yang dibuat oleh manusia di bumi, dan jika ia mempunyai 'menara' yang 'sampai ke langit,' maka ia berarti 'nama' yang dicari oleh manusia itu jelas meniadakan Firman dan meniadakan kewujudan Roh Tuhan! Pekerjaan Tuhan dan pekerjaan manusia kedua-duanya telah dicatatkan dalam Kitab
Suci, agar pembaca dapat melihat betapa Karya Tuhan itu turut serta dalam setiap
pekerjaan manusia di bawah kolong langit ini.
Ulangkaji
tentang asal-usul manusia.
Tuhan itu adalah Roh. Ia senantiasa berurusan dengan
manusia sejak dari semula kerana ia adalah Penciptanya, dan Dialah juga yang
empunya bumi dan segala isinya. Oleh kerana manusia telah memilih untuk hidup terpisah dengan melanggar hukum-hukum Tuhan, maka realiti Tuhan telah menjadi seakan seolah-olah 'tiada realiti.' Realiti Tuhan hanya bisa wujud kepada mereka yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan utusan 'roh-tujuh-lapis.' Menurut
pemikiran manusia, realiti Roh Tuhan itu sememangnya seolah-olah tiada,
ataupun sukar untuk dimengertikan. Tanpa operasi 'roh-tujuh-lapis,' tiadalah manusia yang mengerti 'kehendak' Tuhan.
Sesungguhnya realiti Tuhan dapat ditanggapi oleh manusia luka, hanya apabila Roh Kudus turun hinggap ke atas sumbu roh manusia. Manusia tidaklah mempunyai
sumber untuk menyucikan rohnya sendiri, sehingga ia dapat memasuki hadirat Maha-suci Roh Sang Pencipta. Adam dan Hawa adalah pada mulanya tidak-terpisah
dari realiti hadirat Roh
Tuhan. Malah, mereka dibenarkan tinggal di Eden. Roh Kudus dapat turun ke atas
sumbu roh Adam dan hawa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Tuhan kerana roh mereka suci. Roh mereka seperti air dan roh Tuhan seperti air juga. Roh manusia yang tidak suci apabila ianya dilihat hubungannya dengan Roh Tuhan adalah umpama 'minyak' dan 'air'. Ia amat dekat sekali, namun ia tidak dapat 'bergaul karib' (Yesaya 59: 1-2).
Kelak, roh Adam dan roh Hawa menjadi
tidak suci kerana mereka telah melanggar
Firman Tuhan yang suci.
Firman Tuhan menjelaskan bahawa mereka dilarang memakan buah-buah Pohon
Pengetahuan. Pelanggaran Firman yang suci mengakibatkan mereka sebagai pelanggar kesucian Tuhan. Dan pelanggar
kesucian Tuhan membawa arti sebagai orang
yang berdosa atau seringkas disebut 'tidak
suci." Dalam bahasa Inggerisnya disebut
"out of tune" ataupun
"wounded." Maka, 'wounded' bermaksud 'terpisah dari semua realiti-realiti hadirat Roh Tuhan.' Manusia luka
yang tidak diperdamaikan tidak layak untuk tetap tinggal di Eden atau memasuki hadirat RohNya yang Mahasuci. Namun, Adam dan Eve yang berdosa dapat juga memasuki hadiratNya kerana 'nama' Tuhan, iaitu Kasih! Kelak, Tuhan menutupi mereka dengan 'Firman Tuhan,' yang bermaksud Adam dan Eve dianugerahkan pengampunan! Biarpun diampuni, namun mereka tidak lagi dibenarkan tinggal di Taman Sorga--Eden. Mereka hanya dibenarkan tinggal di bumi. Masalah manusia dalam memasuki realiti hadirat Tuhan yang Suci
dijelaskan dengan ringkas oleh Firman yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 59: 1-2.
Manusia pada asasnya adalah dicipta
menurut suatu “design” suci. Kitab Kejadian mencatatkan
bahawa selepas penciptaan manusia pada hari yang ke-enam, Roh Tuhan membuat
suatu komentar yang berbunyi “sungguh amat baik sekali” (Kejadian 1: 31).
Ya, sungguh amat baik sekali manusia yang diciptakan Tuhan kerana roh Adam pada
mulanya adalah suci. “Maka Allah menciptakan
manusia itu menurut gambarNya, menurut gambar Allah diciptakanNya dia;
laki-laki dan perempuan diciptakaNya mereka” (Kejadian 1: 27).
Ulangkaji
: Roh manusia itu diciptakan menurut Roh Tujuh Lapis
Tuhan itu adalah Roh Tujuh Lapis. Menorah itu mempunyai Tujuh
Kaki Dian Emas. Menorah itu merujuk kepada manusia-Ilahi, Yesus Kristus. Kalau manusia Yesus sebagai
manusia sejati adalah Roh Tujuh Lapis, bukankah manusia yang dicipta menurut
gambaran Kristus itu haruslah juga sebagai roh tujuh lapis ?Wahyu 5: 6 menubuatkan bahawa Kristus mempunyai tujuh tanduk, tujuh mata dan juga tujuh roh Tuhan (lapis) yang diutus ke bumi.
Apakah yang
dimaksudkan dengan menurut gambar Allah? Bukankah Tuhan itu adalah mahluk Pencipta Roh yang tujuh
lapis? Masakan pula dia mempunyai rupa menurut pengertian harafiah kerana Dia
merupakan mahluk Roh? Maksud 'gambar' atau 'imej' Tuhan ialah merujuk kepada RohNya
yang tujuh lapis (Sevenfold Divine Spirit). Maka, manusia juga dicipta
menurut roh tujuh lapis. Manusia ada tujuh lapis roh. Bukankah Agama lain
seperti Hinduism turut mengajarkan
ajaran perihal
fenomena ciptaan manusia yang mempunyai tujuh lapis
roh; Cuma dalam Hinduism ia di sebut
tujuh pusat Chankras. Yesus Kristus adalah manusia sejati
yang suci, dan sesungguhnya Dia adalah Menorah itu: Roh Tujuh Lapis! Manusia
sejati itu adalah roh tujuh lapis. Namun, Roh Kristus adalah Ilahi. Sedangkan
roh manusia itu hanyalah roh tujuh lapis sahaja yang tidak memiliki karunia-karunia
seperti Kristus (Yesaya 11). Jika dilihat dalam perumpamaan, roh manusia adalah umpama sarung pedang, sedangkan Roh Tuhan adalah umpama pedang yang lebih tajam dari Segala pedang: the Sword of the Spirit! Roh Adam adalah 'sarung' pedang sahaja, sedangkan Roh Kristus adalah umpama ''Pedang." Namun, tatkala roh Adam belum berdosa, rohNya seolah-olah 'seperti' Kristus apabila Roh Kudus turun ke atas sumbu roh Adam. Roh manusia adalah umpama 'kaki dian' sahaja, dan Roh Kudus adalah 'api' yang turun mengurapi roh orang percaya! Kristus adalah 'Menorah' yang sempurna!
Manusia pertama, iaitu Adam dan Hawa diciptakan menurut gambar Allah yang Roh Tujuh Lapis. Tanpa Roh Kudus yang hadir
turun di atas sumbu roh manusia, manusia tidaklah dapat memahami operasi karunia-karunia roh tujuh Lapis dari Roh Kudus. Adam dan Eve di Eden tidak
memerlukan persekolahan sebagaimana kita membesar, kerana pusat kesedaran mereka dari
semula adalah berpusat pada roh, dan
sumbu roh mereka adalah tempat Roh Kudus turun. Adam telah mengenali 'nama' Tuhan Bapa dengan lama sekali di Taman Firdaus. Dia telah mengenali 'good and evil' setelah melanggar hukum Eden. Dia tahu apa itu ''kudus," untuk suatu tempoh di Eden dan selepas berdosa, ia telah mengetahui apa itu 'evil.' Sebelum mereka berdosa, hidup mereka bergantung penuh kepada Pohon
Kehidupan, iaitu Firman untuk meneruskan kehidupan di Eden.
“Manusia
rohani” itu belajar dari Roh Tuhan: Roh Tujuh Lapis, Roh Kudus. Roh
Kudus disebut sebagai Roh Kebenaran kerana 'roh' inilah yang bertanggunjawab
memberikan realiti-realiti Roh Tuhan
secara Emmanuel.
Mereka (Adam dan Eve) pada mulanya
adalah manusia rohaniah atau pun
dalam bahasa Inggeris ia disebut “spiritual man.”
Manusia ‘luka’ ('wounded' man) yang normal adalah manusia yang kesedarannya dominan berpusat pada aktiviti intelek dan sistem saraf. Maka, timbullah fenomena IQ atau intelligent quotient yang
menjelaskan kemampuan intelek seseorang manusia yang luka. Manusia daging yang luka pada
dasarnya adalah terpisah dari realiti-realiti Roh
Tuhan.
Roh Kuduslah yang mengajarkan
segala-sesuatu kepada Adam dan Hawa. Bimbingan dan pengajaran itu hanya berlaku
apabila Roh Tuhan turun ke atas sumbu roh mereka. Kitab Kejadian mencatatkan
bahawa naga adalah mahluk binatang ciptaan Tuhan
yang paling pintar di Eden. Maksudnya, naga Eden itu sememangnya pandai bercakap. Roh Lucifer
telah menyelinap ke Eden dan menyamar sebagai naga
itu. Roh Lucifer kemudian mengambil peluang ketika Roh Tuhan tidak turun ke atas sumbu roh Eve dan
Adam.
Iblis telah menjerumuskan Adam dan
Hawa kepada perseteruan dengan Roh Tuhan melalui tipu muslihatnya. Pada ketika
Roh Kudus tidak hinggap pada sumbu roh mereka dekat Pohon Pengetahuan,
maka pada ketika itulah Lucifer yang menyamar seperti naga Eden itu, dan ia telah berjaya mendustai mereka. Maka, ular
tua itu merujuk secara profetik kepada Lucifer yang telah dikutuk oleh Tuhan. Oleh kerana ular di Eden telah menjadi sasaran penyamaran oleh Roh Lucifer, maka Tuhan telah membuat
keputusan untuk mengutuki naga jelmaan Lucifer itu sehinggalah ia
telah kehilangan
anugerah berkat Tuhan. Ia menjadi mahluk yang dikutuki sehingga ia “…menjalar
atas perutnya dan debu tanahlah yang dimakannya”
(Kejadian 3: 14). Lucifer adalah mahluk yang dikutuki Tuhan. Adam dan Hawa kehilangan kelayakan untuk terus dapat tinggal di Eden! Namun, Tuhan telah mengampuni Adam dan Hawa, tetapi mereka hanya dapat tinggal di bumi. Sejak itu, realiti Eden semakin pudar dan lama-kelamaan ia mulai menjadi mitos bagi keturunan Adam! Manusia yang terpisah daripada realiti Eden dan sumber kehidupan akan kembali menjadi "debu tanah.” Kutuk yang disebabkan oleh dosa itulah sebabnya 'maut' menjerumuskan umat manusia sehingga dagingnya kembali ke bumi sebagai 'debu tanah.' Dan 'maut' telah diungkapkan sebagai mengakibatkan semua manusia kembali menjadi 'debu tanah.' "Debu tanah" adalah makanan atau 'hamba' kepada ular tua. Debu tanah adalah hamba kepada Ular tua atau diungkapkan sebagai 'debu tanah' makanan kepada ular tua. Tidak mungkin ular yang harafiah itu diartikan sebagai memakan tanah, kerana kita tahu bahawa ular adalah pemakan daging. Namun, kata-kata "debu tanahlah yang dimakannya" adalah 'nubuat' yang mengungkapkan bahawa 'manusia yang luka' itu adalah 'hamba' kepada Ular Tua.
Menyedari pelanggaran Adam, Tuhan telah menyatakan hadiratNya kepada Adam dan Hawa. Dia tahu roh mereka telah berubah:
dari suci (pure) kepada tidak
suci (impure); daripada kesedaran yang berpusat pada roh dan telah berubah menjadi berpusat pada
otak. Tuhan tahu sumbu roh mereka tidak lagi peka
kepada hadirat Roh Tuhan. Jantung roh
mereka telah menjadi tumpul serta merta dalam menanggapi realiti hadirat Roh
Tuhan. Mereka kehilangan kepekaan kesedaran roh ataupun ringkasnya roh mereka telah 'luka'. The descendants of Adam were deprived of divine consciousness due to their transgressions. Sumbu
roh mereka tidak lagi menjadi tempat hinggapnya 'lidah api'-- Roh Kudus. Roh mereka tidak lagi diperdamaikan dengan Roh Tuhan, ataupun dalam lain perkataan, ia disebut dalam frasa berbunyi, 'rohani mereka mati.' Kesedaran roh mereka tidak lagi dapat menanggapi hadirat suci Roh Tuhan. Keadaan inilah yang disebut 'luka,' dan ini
menjelaskan kenapa Tuhan membuat bunyi seolah-olah seperti manusia yang berjalan-jalan
di taman. Tuhan jelas mahu memberikan 'bunyi' yang dapat ditanggapi oleh sistem deria 'daging' 5-deria-rasa Adam dan Hawa. Namun, mesej Roh yang lebih dalam bermaksud; Tuhan masih sudi berjalan bersama-sama dengan manusia yang berdosa.
“Luka” itu jugalah yang menjelaskan
kenapa Tuhan memanggil Adam dan Hawa dengan suatu suara yang kedengaran (audible
voice). Sejak itu, Tuhan seringkali memanggil semua manusia keturunan
Adam dengan 'suara' yang kedengaran, dan sampai sekarang Tuhan masih membuat “bunyi-bunyi seolah-olah Ia berjalan di taman” iaitu pertanda hadiratNya meskipun manusia itu berdosa. Setiap manusia
yang 'luka' mendapat kesembuhan daripada “luka-luka
Yesus.” Oleh bilur-bilurNya, manusia 'luka' mula dididik oleh Roh Kebenaran untuk menjadi peka semula kepada realiti Roh Tuhan.
Dan sesungguhnya “sejuk ditaman
itu” adalah petang hari kerana Tuhan datang kepada mereka di sebelah
petang, ketika cuaca dingin mulai dirasakan di taman itu. Mungkinkah ini
memberikan maksud bahawa penulisan profetik Kitab Suci menyingkapkan sesuatu
tentang misteri “when evening comes there
will be Light”? Bahawasanya, Roh Tuhan hanya melaksanakan penghukumun apabila
jam-jam sudah sampai kepada “petang” hari (the last hour). Sampai sekarang, Firman Tuhan masih konsisten pada bahasa
“dingin di sebelah petang” yang mengungkapkan bahawa Tuhan datang
untuk menghukum, namun oleh kerana 'dingin' itu masih ada, maka Ia masih memberikan anugerah “jubah yang diperbuat dari Firman”
sebagai penutup
ketelanjangan ('dosa'). Bila dingin dan panas tidak ada lagi, maka sudah pasti Tuhan tidak akan menganugerahkan lagi jubah 'penutup' kepada yang tidak percaya. Sebagai Sumber kehidupan yang sempurna dan Maha-baik, jelas sekali bahawa Dia masih menganugerahkan
‘jalan’ kepada manusia 'luka,' biarpun ia dalam perseteruan dengan Roh Tuhan.
Apabila, “tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku” seperti nubuatan dalam Kitab
Zakharia 14: 6, ia membawa maksud bahawa Tuhan tidak lagi memberikan peluang untuk diperdamaikan dengan Rohnya.
Kita tahu dingin itu hanya berlaku apabila waktu petang menjelang tiba
kerana sinaran terik Matahari yang kian menyusut hilang. Justeru itu, kalau
Firman mengatakan tentang “malam,” ataupun “gelap yang datang,”
itu dikaitkan dengan hukuman dari Tuhan. Benarlah seluruh Firman Tuhan itu
ditulis dalam bahasa profetik! Kesemua penyampaian firman adalah dalam roh nubuatan, atau ringkasnya "...kesaksian Yesus adalah roh nubuatan." (Wahyu 19: 10 b ).
Benarlah pernyataan (wahyu) Tuhan
kepada Nabi Yesaya bahawa Ia “…memberitahukan dari
mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, …”(Yesaya
46: 10). Hukuman akhir zaman akan dilaksanakan apabila “petang”
menjelang tiba. Namun, hari kedatangan Kristus hanya akan terjadi apabila “pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau
keadaan beku” (Zakharia 14: 6) kerana sekiranya masih ada dingin, maka
itu memberi maksud bahawa Roh Tuhan masih memberikan “bukaan” jalan, pintu dan kunci
perdamaian antara Roh Tuhan dan roh manusia berdosa, sepertimana yang telah terjadi
kepada Adam dan Hawa. (juga lihat Pautan Kedatangan Yesus Kristus yang ke-2 & "nama-nama Tuhan" )
Sebaik sahaja mereka berdosa, sumbu roh mereka bukan lagi 'suci' dan juga roh mereka tidak lagi dalam keadaan diperdamaikan dengan Roh Tuhan yang Mahasuci, malah kelak mereka telah diusir
keluar dari Firdaus (Eden). Meskipun demikian, Tuhan telah mula membukakan “jalan”
untuk berdamai semula dengan anak-anak Adam yang ‘luka’ melalui Firman dalam bentuk
ritus-ritus penebusan dosa. ‘Luka” itu merujuk kepada “berhentinya
Roh Tuhan turun ke atas sumbu roh manusia.” Ia seringkasnya dapat
diungkapkan sebagai “tiada perdamaian.” “Luka” atau ketiadaan perdamaian
roh itulah yang menjerumuskan keturunan Adam kepada “kegelapan.” Tiada pengertian tentang Roh Tuhan bagi anak-anak Adam kecuali mereka menerima 'jalan' untuk bergaul karib dengan Roh Pencipta.
Tanpa Roh Tuhan yang turun ke atas
sumbu roh manusia, maka roh manusia itu dikatakan “tiada cahaya yang bersinar
di atas kepala” (Ayub 29: 3). Seringkasnya ia diungkapkan dengan perkataan “kegelapan telah masuk ke dunia melalui satu
orang.” Kegelapan itu adalah merujuk kepada ketiadaan Roh Tuhan yang turun
di atas sumbu roh manusia! 'Penciptaan' roh manusia itu adalah ditetapkan "umpama lampu di tangan Tuhan" (lihat Amsal 20: 17).
Tanpa campurtangan tangan kanan
Tuhan, lampu itu (roh manusia) akan menjadi lampu yang tidak mempunyai nyalaan lidah
api Roh Kudus di atas sumbunya! Tanpa Api Roh Kudus yang turun di atas
sumbu roh manusia, roh manusia itu dikatakan dalam kegelapan; maka manusia akan hidup
tanpa “pelita
kaki dan tanpa cahaya yang menerangi jalan” (Mazmur 119: 105). Jadi ‘luka” juga adalah merujuk kepada perubahan
pusat kesedaran manusia. Ia yang dari semula dicipta Tuhan sebagai manusia rohaniah (kesedaran yang
berpusat pada rohnya), telah berubah menjadi manusia yang kesedarannya berpusat
pada otak (daging). Sejak itu, keturunan manusia yang 'luka' hidup menurut daging, ataupun pusat kesadarannya tertumpu secara dominan pada otak. Ia menjadi tiada kepekaan kepada realiti-realiti Roh Tuhan yang
Mahasuci.
Ini menjelaskan kenapa Roh Tuhan
adalah seperti seolah-olah sebagai suatu mitos belaka bagi kebanyakan manusia.
Roh mereka tidak dapat menanggapi realiti Roh Tuhan. Walaubagaimanapun, dia masih dapat menanggapi
realiti roh-roh yang berseteru dengan Roh Tuhan kerana realiti roh-roh seumpama itu tidaklah menuntut kesucian sebagaimana yang dituntut oleh
Roh Tuhan yang Maha-suci.
Realiti
Roh Tuhan
akhirnya menjadi sifar dalam
kehidupan manusia di zaman Noah kecuali keluarga Noah. Hanya Noah dan
keluarganya yang hidup menanggapi realiti Roh Tuhan. “Lalu Nuh melakukan semuanya itu, tepat
seperti yang diperintahkan Allah kepadanya, demikianlah dilakukannya.”
(Kejadian 6: 22). Umat manusia di zamannya tidak melaksanakan perintah Tuhan
kerana mereka tidak dapat menanggapi realiti Tuhan dalam kehidupan mereka.
Mereka lebih menyukai untuk hidup bergaul karib dengan realiti anak-anak Allah
(malaikat) sehingga mereka memberikan
suatu keturunan yang dikutuk Tuhan yang disebut Nephilim; orang-orang
raksasa, dan ia juga disebut sebagai keturunan Anakite dalam Bilangan 13:33.
Kita tahu bahawa hanya mereka yang
dapat melihat realiti Roh Tuhan yang dapat bersukacita melakukan Firman. Manusia daging
akan berkata “Buat apa kita melakukan Firman jika
realiti kewujudan Roh Tuhan tidak dapat ditanggapi oleh roh manusia?” Tidak hairanlah Kristus berfirman “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika
seseorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat kerajaan Allah.” (Yohanes 3: 3). Roh manusia memerlukan
penebusan Kristus agar “luka” itu
disembuhkan. Sang pemazmur bernyanyi “20 Dikirimkannya (diutus) Firman, dan disembuhkanNya
mereka, diluputkanNya mereka dari liang kubur” (Mazmur 107: 20).
Bagaimanakah
Roh Tuhan berkerja, dan kedatanganNya yang ke-dua?
Kita tahu bahawa manusia berkerja
menurut keputusan-keputusan intelek atau ringkasnya menurut otak manusia. Pada
zaman agrarian, manusia pergi ke bendang pada pagi
hari, dan akan pulang dari bendang di sebelah petang hari. Maka, matahari,
bulan, dan bintang-bintang di atas langit itu adalah jelas berfungsi sebagai
panduan yang diberikan Tuhan kepada manusia di bumi, supaya mereka dapat
mengatur pekerjaan dan kehidupan mereka. Maka, kita tahu juga bahawa “pagi”
bagi manusia adalah permulaan jam berkerja di bendang. Dan “Petang”
bagi manusia adalah jam untuk berhenti berkerja dan kembali ke rumah. Namun,
memang benarlah bahawa dengan kemajuan teknologi, manusia dapat berkerja tanpa
mengikut anugerah bulan dan matahari. Manusia moden dapat berkerja pada malam
hari kerana ada tenaga eletrik yang memberikan terang untuk melaksanakan
aktiviti pekerjaan.
Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut
matahari, bulan, dan bintang-bintang. Roh Tuhan
secara konsisten berkerja menurut FirmanNya
yang suci. Apa yang Dia firmankan itulah yang akan menjadi realiti, atau itulah yang akan muncul dalam
pelbagai dimensi keujudan. Pekerjaan tangan Tuhan yang berurusan dengan manusia
luka juga tertakluk kepada Firmannya yang suci. Justeru itu, pekerjaan atau Karya
Kristus adalah menurut Taurat yang suci, menurut nubuatan-nubuatan mulut Tuhan (Nabi-nabi),
dan juga menurut Lirik-Lirik
Mazmur (Lukas 24: 44). Walaubagaimanapun, dimanakah “pagi”
bagi Roh Tuhan, dan dimanakah “petang” bagi Roh Tuhan?
Orang-orang percaya menyangka
menurut kecenderungan fikiran mereka bahawa ‘pagi” itu boleh saja merujuk kepada zaman Adam. Tetapi,
pengertian manusia moden yang seumpama itu tidaklah menepati roh nubuatan.
Kecenderungan seumpama itu adalah atas dorongan fungsi otak yang telah terdidik oleh falsafah pendidikan, dan secara
khusus terbiasa dengan pengajian saintifik kronologi Penciptaan. Jika diteliti dengan
cermat, penciptaan (Creation)
mengambil masa profetik selang “siang dan malam” yang bersilih ganti sebanyak
tujuh hari.
Oleh kerana, satu hari dikira “petang ke petang,”
(sunset to sunset) maka “pagi” bagi roh Tuhan adalah bergantung
kepada permulaan “namaNya.” Setiap nama
Tuhan mempunyai permulaan untuk menabur Firman. Justeru itu, Tujuh hari itu,
melibatkan “nama-nama” Tuhan dalam
tujuh selang masa yang berturutan. “Tujuh hari” tidaklah diartikan secara harfiah bahawa penciptaan siap dalam tempoh harfiah tujuh hari. Ia adalah “nubuatan” yang dinyatakan dalam “tujuh” turutan. Ia
tidaklah menjelaskan tempoh masa sebenar, tetapi suatu “selang
masa yang tidak diketahui lamanya.” Ringkasnya, Kitab Kejadian menyatakan bahawa Firman Tuhan itu adalah asas
suci Penciptaan.
Kekeliruan
perihal ungkapan “satu hari bagi Tuhan seperti 1,000 tahun bagi manusia”
Santo Petrus dalam suratnya 2 Petrus
3: 8, memetik ungkapan seperti dalam Lirik Mazmur Mazmur 90: 4, bahawa satu
hari bagi Tuhan adalah seperti 1,000 tahun bagi manusia. Ini bukanlah suatu
formula yang diberikan oleh Tuhan untuk menafsir nubuatan, samada nubuatan penciptaan mahupun
nubuatan Wahyu (Why 20:2). Ungkapan seumpama ini berfungsi sebagai suatu pernyataan
rohani bahawa Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut kalendar manusia! Ia sama
sekali tidak berfungsi sebagai formula skala pengiraan tahun untuk menafsir, atau membuat ramalan nubuatan yang
ada kaitan dengan tarikh! Roh Tuhan Dalam
Perjanjian Baru tidaklah tertakluk kepada kalendar matahari,
bulan, dan bintang-bintang dalam menyempurnakan Firman.
Namun, memang benar takwim Ibrani
adalah firman Tuhan YHVH. Walaubagaimanapun juga, kalendar rohani Ibrani adalah
bagi umat Tuhan yang hidup menurut Taurat
di tanah suci. Umat Perjanjian Baru
yang hidup menurut Roh tidaklah diperhambakan oleh Takwim tersebut kerana setiap hari
mereka menyeru kuasa Paskah Yesus. Kuasa Paskah Yesus dirayakan
setiap hari oleh “orang yang takut akan Tuhan” untuk diperdamaikan dengan Roh
Tuhan. Kiraan 1,000 tahun jika ditafsirkan
secara harafiahnya adalah bolehn jadi disandarkan kepada sistem kalendar purbakala
bulan (lunar
calendar), ataupun juga bersandarkan kepada calendar moden matahari
(solar
calendar).
Walaupun Kristus mengakui bahawa
Lirik Mazmur itu adalah firmanNya dalam Lukas 24: 44, namun ungkapan “satu hari
seperti 1,000 tahun” bukanlah satu formula untuk menafsir pekerjaan Roh Tuhan, dan lantas
dijadikan “benchmark”untuk membuat
ramalan-ramalan tarikh kedatangan Kristus. Karya atau pekerjaan tangan Tuhan
tidaklah bergantung kepada matahari, bulan, dan bintang-bintang! Malah dalam
ibadah ritual Tabernakel dalam Perjanjian Lama telah disingkapkan bahawa
pekerjaan Tuhan dalam Tabernakel tidak melibatkan cahaya matahari, cahaya
bulan, dan cahaya bintang-bintang! Ia tertutup rapat oleh khemah hitam gelap.
Firman berdasar Taurat
menyatakan bahwa segala ibadah dalam Khemah suci hendaklah dilaksanakan dengan bergantung penuh kepada Cahaya
minyak suci zaitun pada Menorah! Pekerjaan Kristus adalah bergantung penuh kepada firmanNya. Dan semua firman adalah roh. Justeru itu, pekerjaan tangan
Tuhan adalah menurut firmanNya iaitu Roh Tuhan. Kalendar diberikan supaya manusia dapat
mengatur kerja-kerjanya ibadahnya kepada Tuhan.
Kalendar bangsa-bangsa adalah
dicipta dan dikira menurut ibadah kafir mereka. Maka, Tuhan YHVH menganugerah
kalendar suci yang rohaniah kepada bangsa Ibrani yang bertujuan khusus supaya
umat Tuhan dapat mengatur ibadah menurut takwim ibadah yang bebas daripada
elemen-elemen ibadah kalendar kafir. Kalendar rohaniah Ibrani diberikan Tuhan
kepada umat Tuhan supaya mereka dapat mengatur ibadah mereka menurut takwim
suci YHVH.
Walaupun ia berkaitan dengan
perayaan-perayaan yang agamawi, namun kalendar itu tetap berpaut kepada
pergerakan “bulan.” Jelas, pekerjaan tangan Roh Tuhan tidaklah tertakluk kepada
“bulan.” Bulan (actual literal
moon) adalah
panduan untuk manusia di bumi! Firman (Kristus)
tidaklah bergantung kepada bulan walaupun ia berbicara fasal bulan. Sudah tentu ramalan kedatangan Kristus tidaklah benar jika
ia dimengertikan sekadar melihat dan mengira bulan yang mengelilingi bumi itu!
Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut bulan yang diertikan secara harafiah itu.
Pekerjaan
tangan Roh Allah Bapa ditaklukkan dan diikat menurut firmanNya
Kalendar Matahari, kalendar bulan
dan kalendar bintang-bintang bukanlah inti pengajaran Firman, biarpun Taurat (firman) menggunakan kalendar bulan dalam
penyampaian mesej Roh.
Jelas, Roh Tuhan
masih berkerja pada hari Sabat. Berehatkah
Tuhan pada hari Sabat? Bukankah mengampuni itu juga adalah pekerjaan Roh
Tuhan? Dan Ia masih berkerja mengampuni manusia berdosa pada setiap hari
termasuk pada hari Sabat. Kalendar rohani Ibrani, tidaklah dapat menyingkap
dengan jelas apa-apa “revelation
knowledge” perihal kedatangan Kristus? Jika kalendar rohani Ibrani tidak
memberikan penjelasan tuntas tentang kedatangan Kristus maka, sudah tentu kalendar lain-lain bangsa seperti
kalendar Mayan memberikan lebih kekaburan jika ia dikaitkan dengan kedatangan Kristus.
Firman itu adalah Kristus. Dan sesungguhnya
Kristus itu bukanlah perihal kiraan harafiah matahari, bulan, dan
bintang-bintang. Kalendar Ibrani adalah panduan kepada Ibrani untuk menanggapi
mesej Roh, dan bukanlah panduan untuk pengiraan dalam meramal kedatangan
Kristus. Walaupun perayaan-perayaan dalam takwim Ibrani tidaklah disangkal
dapat menyingkapkan rahasia-rahasia pekerjaan roh Tuhan dalam perjanjian Baru
secara pengertian “typology.” Namun, tidaklah itu bermaksud bahawa kedatangan
Kristus harus ditafsir dengan mengira masa menurut ketetapan perayaan-perayaan
Ibrani.
WalaubagaimanApun, kiraan gandaan “tujuh tahun” dalam kalendar bulan adalah termasuk
dalam karya Roh penghukuman
Tuhan (Spirit of Judgment). Dalam
sejarah Alkitab Perjanjian Lama, Judah telah dihukum oleh murka Tuhan dalam gandaan 7; kegagalan beribadah menuruti 10 tahun sabat dan bila digandakan tujuh, maka ia menjadi 70 tahun hukuman iaitu tempoh
pembuangan Judah di Babylon, manakala 10 suku kaum di
utara iaitu kerajaan Israel telah dihukum Tuhan lebih awal berbanding dengan
kerajaan Judah, dan hukuman YHVH kerana kegagalan Israel beribadah sebanyak 60 tahun Sabat adalah digandakan dengan 7 menjadi 420 tahun hukuman dalam pembuangan. Kiraan "seventimes" jelas menyatakan bagaiman Roh Tuhan melaksanakan
“hukuman” ke atas manusia samada umatNya ataupun bukan umatnya. Manifestasi
"Roh Penghukuman" seperti itu (
7 x ) adalah firman YHVH dalam Kitab Imamat
26, Kitab Yeremia dan juga dalam Kitab Daniel.
Prototaip "ramalan" Kedatangan Kristus yang ke-dua. |
Prototaip tafsiran "satu masa, dua masa, dan separuh masa." |
Namun, ia masih tidak menjelaskan apa-apa mengenai
dengan kedatangan Kristus kerana ia hanya menjelaskan bagaimana Roh itu
mengandakan hukuman, dan juga ia cuma berfungsi sebagai panduan pengajaran ‘Typology' perihal spirit of
Judgment.
Meskipun roh penghukuman dalam gandaan 7 ia tidaklah semestinya
menjadi
formula untuk
meramal kedatangan Kristus.
Kerana kedatanganNya bukanlah berdasarkan ilmu Matematik. Kedatangan Kristus bukanlah menurut
ilmu matematik. Meskipun idea gandaan 7 x itu menarik sekali untuk difikirkan, namun ia harus
dilihat bersama dengan semua firman Tuhan secara menyeluruh iaitu menurut Taurat, menurut nubuatan
nabi-nabi, menurut Mazmur dan
menurut seluruh kitab-kitab Perjanjian Baru malah termasuklah semua nubuatan orang-ornag Kudus. Semua itu adalah perlu di ambil kira dalam 'melihat'
tanda-tanda yang memberikan panduan untuk mengetahui kedatanganNya.
Ibadah dalam Tabernakel haruslah
dilakukan dengan
hanya melibatkan cahaya dari Menorah Suci sahaja, dan
ia hendaklah tidak
dicampur-adukan dengan cahaya matahari, bulan, mahupun bintang-bintang di dalam
tabernakel. Justeru itu, pengertian mengenai pekerjaan Kristus tidak akan
difahami sekiranya ia dicampur-adukkan dengan inspirasi kalendar matahari atau
kalendar bulan. Walaubagaimanapun, Roh Tuhan memang menggunakan
perkataan-perkataan yang mengaitkan fenomena matahari, bulan dan
bintang-bintang dalam pemberitaan 'langit' seperti dalam Mazmur 50: 6 dan Mazmur 19: 1-2.
Perumpamaan pekerjaan Penabur.
Perumpamaan pekerjaan Penabur.
Kita kembali kepada kehidupan
ringkas para petani yang hidup kepada pekerjaan menabur dan menuai dibendang.
Yesus Kristus mengumpamakan pekerjaanNya sebagai seorang Penabur. Kita akan mengerti bagaimana Roh Tuhan
berkerja dengan menelusuri aktiviti kehidupan seorang petani yang menabur dan
kemudiannya menuai hasil penaburannya. Pekerjaan Tuhan itu adalah seperti yang
disampaikan oleh perumpamaan tentang seorang penabur.
Yesus berkata: “…kepadamu diberikan karunia untuk
mengetahui rahasia Kerajaan Sorgawi..” (Matius
13: 11). Misteri Rahasia itu ialah Kristus! Maka, kita memohon kepada Kristus
agar roh pengertian dan roh hikmat turun di atas sumbu roh kita untuk
menyingkapkan bagaimanakah Roh Tuhan berkerja di bumi. Maka, Tuhan itu adalah
Penabur (lihat Matius 13). Jadi begitulah rahasia pekerjaan Tuhan itu
disingkapkan. Yesus berkata “Orang yang menaburkan
benih baik ialah Anak manusia.” Roh Tuhan menabur firman ke atas roh-roh manusia pada
waktu “pagi.” Kerana pada waktu “petang,”
para malaikat akan datang untuk menuai. Tuhan menabur biji benih gandum.
Lucifer menabur biji benih lalang. Ladang ialah dunia. Anak Manusia iaitu Firman Allah yang menjadi manusia,
Yesus Kristus, adalah kesempurnaan pekerjaan Ilahi dalam “menabur.”
Saya berpendapat bahawa Tuhan telah
mula menabur sejak zaman Noah. Kita tidak mengambil kira zaman-zaman yang
sebelumnya kerana dunia purba itu sudah dihakimi dan dihukum pada masa banjir
menenggelami bumi di zaman Noah. Maka, “penaburan” di zaman-zaman sebelum
banjir sudah diselesaikan pada kliamat banjir! Saya percaya bahawa“menabur”
dimulai kembali selepas banjir. Maka, era bumi selepas banjir adalah "pagi"
bagi Roh Tuhan.
Dunia purbakala dan langit purbakala
sebenarnya telah dihakimi dan telah dihukum oleh Tuhan pada kiamat banjir zaman Nuh.
Noah menerima perjanjian Tuhan, dan dia juga telah menjadi pewaris bumi yang telah disembuhkan
daripada pemusnahan banjir itu. Noah dan semua keturunannya telah menjadi pewaris
kepada 'langit' baru. Ia dikatakan baru kerana ujud suatu pemberitaan baru oleh langit iaitu “pelangi.” Sebelum itu, iaitu sebelum kiamat banjir, “langit”
tidaklah mempunyai pelangi; 'pelangi' itu harus dilihat melalui penglihatan roh!
Pelangi itu muncul selepas banjir
sebagai “tanda” Perjanjian bahawa sanya Tuhan mulai menabur suatu agenda perdamaian
dengan umat manusia yang luka yang berkembang biak semula melalui keturunan
nabi Noah. Langit purbakala tanpa pelangi itu, sudah berlalu. Kita
sebagai keturunan Noah adalah pewaris “langit” yang ada pelangi. Kita mewarisi
agenda perjanjian damai Tuhan yang telah disumpahkan kepada Noah dan
keturunannya bahawa Ia tidak akan menenggelami lagi seluruh bumi ini dengar
banjir. (Kejadian 9). “11 Maka Kuadakan
perjanjianKu dengan kamu, bahwa sejak ini tidak ada yang hidup yang akan
dilenyapkan oleh air bah lagi untuk memusnahkan bumi. 12 Dan Allah
berfirman:“Inilah tanda perjanjian yang kuadakan antara Aku dan kamu serta
segala mahluk yang hidup, yang bersama-sama dengan kamu turun-temurun, untuk
selama-lamanya. 13 BusurKu Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda Perjanjian antara Aku dan bumi” (Kejadian 9: 11-13). Itu bukanlah busur Bumi, akan tetapi 'busur' Roh Tuhan!
Selepas kiamat banjir, Tuhan mula
menabur firman kepada Noah. Maka era Noah “selepas
banjir” adalah sesunguhnya bumi baru dan langit baru ataupun “pagi-pagi.”Malam
iaitu kiamat banjir sudah berlalu! Roh Tuhan mulai “menabur”semula firman kepada Nuh dan keturunannya selepas
banjir. Ia adalah “pagi” bagi Roh Tuhan untuk bumi yang baharu sahaja
disembuhkan oleh Roh Kudus akibat kemusnahan oleh “malam” banjir. Langit yang
baru muncul dengan warna-warni pelangi. “Pagi.” “Inilah
tanda (pelangi) Perjanjian yang Kuadakan antara Aku dan segala makhluk yang ada
di bumi” (Kejadian 9: 17). Itulah “pagi” bagi Roh Tuhan di dalam
pekerjaan Roh Tuhan iaitu “Menabur.”
Zaman YHVH adalah zaman Roh Tuhan
menabur firman kepada bani Israel iaitu bani
keturunan Abraham yang dipilih Tuhan. Oleh itu bani Israel dikatakan oleh
nubuatan nabi-nabi bahawa Israel adalah ladang anggur (Vineyard). Dan
PekebunNya ialah YHVH. Ringkasnya, pekerjaan YHVH adalah “menabur.”
Namun, kemudiannya Israel telah
memberontak dan menolak si Pekebun sehingga kebun itu telah diberikan “firman penghukuman.” Israel sebagai ladang
anggur Tuhan telah diselimuti oleh api murka Pekebun di mana sahaja mereka pergi
di ke-empat penjuru langit; anggur yang ditaburnya tidak berbuah menurut firmanNya.
Namun, pekebun itu datang semula
sebagai “Firman menjadi
manusia” untuk menabur, bermula dari ke-dua belas RasulNya, dan kemudian
rasul-rasulnya itu turut serta“menabur” sehingga Ibrani yang percaya (juga disebut sebagai Perempuan
dalam bahasa nubuatan) kepada si Penabur (Jalan) itu telah melahirkan
banyak anak-anak dari pelbagai bangsa di bumi (bangsa-bangsa di dunia yang
menerima Firman). Roh-roh manusia luka yang menerima Firman itu adalah biji
benih gandum! Anak Manusia yang datang sebagai Raja Damai itu adalah Penabur
yang sempurna. Raja Damai telah memperkuatkan lagi mesej “pelangi” Noah
sehingga roh-roh manusia yang “luka” telah menerima agenda perdamaian dengan
Roh Tuhan. Mereka telah dijanjikan untuk menerima anugerah Roh Kudus: meterai kehidupan
yang penuh.
Pekerjaan
Roh Tuhan menurut Firman yang disampaikan oleh Tuhan kepada Noah.
21 Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah
tUHAN dalam hatiNya: “ Aku tidak akan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia,
sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku
takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.
22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur
dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.” (Kejadian 8:
21-22)
Hakikatnya,
Tuhan mula menabur di zaman Noah selepas kiamat banjir. Itulah “pagi” bagi Roh
Tuhan yang berkerja sebagai Penabur. Maka, satu hari bagi Tuhan ialah seperti selang waktu dari
“Menabur di zaman Noah (selepas banjir)”sehinggalah kepada “petang,”
iaitu pada saat Kristus kembali. Selang waktu yang panjang itu adalah sianghari bagi
Roh Tuhan. Malam hari akan bermula dari saat Penghukuman roh Tuhan oleh Hakim di bumi. Apabila ia kembali kelak, Dia akan masih menabur, namun Firman yang ia tabur ke atas roh-roh manusia, bukanlah agenda mesej Perdamaian.
Mesejnya dan karyanya akan bertukar
kepada penghakiman dan penghukuman, dan para penuaiNya adalah malaikat Tuhan.
Sepanjang zaman gerejani iaitu Zaman yang dijamin oleh Pengantara dan Raja Damai,
Penaburan adalah terfokus kepada mesej perdamaian: jalan, Perdamaian, Pintu
Perdamaian dan Kunci perdamaian. Turut serta dalam Penaburan adalah sahabat-sahabat
Kristus di ladang Tuhan (dunia), dan mereka adalah tubuh Kristus di bumi
iaitu Gereja. Penaburnya adalah Anak manusia, dan salurannya adalah mereka yang
diurapi Roh Kudus untuk memberitakan Firman. Tuaiannya adalah mereka yang
menerima Firman. Hasilnya bergantung kepada tanahnya. Yang ditabur itu
membentuk komuniti orang percaya yang disebut Gereja.
Kelak, apabila Kristus kembali, Dia
tidak akan lagi menabur Firman perihal agenda Perdamaian (keselamatan mengikut
Jalan), akan, tetapi Ia sudah tentu masih menabur Firman tentang penghakiman,
keadilan, dan penghukuman. Dan para penuaiNya yang melaksanakan penuaian
“penghukuman” dengan penuh keadilan adalah para malaikat Sorgawi!
Maka, agenda atau misi menabur
Firman “perdamaian” kepada roh-roh manusia akan sampai kepada “petangnya;
petang itu ialah akhir zaman” Bila sampai “petang,” Kristus akan
kembali ke bumi, dan para malaikat akan melaksanakan urusan menuai!
Urusan menuai ialah “...para malaikat akan
mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang yang melakukan
kejahatan dari dalam KerajaanNya. 42 Semuanya akan dicampakkan ke dalam dapur
api; di sanalah akan mendapat ratapan dan ketakan gigi.”(Matius 13: 42)
“Demikianlah juga akhir zaman: malaikat-malaikat
akan datang memisahkan orang jahat dari orang benar.” (Matius 13: 49).
“Akhir zaman” bermula dari hari
Pentakosta! Kenapa pula tafsiran seperti itu? Betulkah?
St. John menjelaskan dalam suratnya
1 Yoh. 4: 3 bahawa “setiap roh yang tidak mengaku
Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia
telah kamu dengar; bahawa ia akan datang dan sekarang ia sudah ada di dalam
dunia.” Dan dalam 1 Yoh. 2: 18 Rasul Yohanes bersaksi bahawa “Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir,
dan seperti yang telah kamu dengar, seoarang antikristus akan datang, sekarang
telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahawa waktu ini
benar-benar waktu yang terakhir (the last hours)”
Rasul Yohanes berkata
benar bahawa pada waktu zamannya ia sudahpun disebut secara profetik bahawa ia sebagai “waktu-yang terakhir” (the
last hours). Era selepas Pentakosta, adalah era permulaannya
‘ragi’ bagi operasi Tujuh Roh-Lapis Tuhan yang sedang merebak ke seluruh dunia: Era
awalan Gerejani. Roh Kudus turun ke atas bangsa-bangsa memberi maksud bahawa
Roh Penghukuman juga turut
ditumpahkan
ke atas semua bangsa-bangsa di bumi. Kepada yang menerima Firman ia diperdamaikan dengan Roh
Tuhan, tetapi kepada yang menolak Firman, Firman itu sendiri akan menghukumnya.
Dan“penghukuman” akhir zaman itu sesungguhnya sudah bermula sejak mencurahnya
Roh Kudus ke atas semua bangsa-bangsa di bumi, iaitu sejak hari Pentakosta
sehinggalah jam sekarang. Roh Kebenaran iaitu Roh Kudus juga disebut sebagai
Roh yang menginsafkan akan dosa, dan juga sebagai Roh Penghukuman! Api Roh
Kudus yang dicurahkan kepada bangsa-bangsa adalah dinubuatkan oleh Nabi Yeremia
sebagai api penghukuman (spirit of Judgment). Bukankah ke-enam
murka "Meterai" dalam Wahyu 6 itu adalah era Gerejani? Murka
"Meterai" dalam Wahyu 6 adalah bermula dari Pentakosta dan masih
berlangsung sehingga kini! (Lihat Pautan "Meterai 1 hingga Meterai 1 hingga Meterai 7)
Kelak, kedatangan Kristus akan menyempurnakan
(menyelesaikan semua yang harus digenapi menurut Firman) penghakiman dan
penghukuman yang telahpun
giat dilaksanakan oleh misi Roh Kudus sepanjang era
Gerejani. Nubuatan
Nabi Joel yang dipetik oleh khotbah Rasul Petrus dalam Kisah Para Rasul yang
menjelaskan bahawa era Post-Pentecost adalah era atau akhir zaman. “ Akan terjadi pada hari-hari terakhir demikiankanlah
firman Allah bahawa Aku akan mencurahkan Rohku keatas semua manusia…”(Kis
2: 17). Dan Rasul Petrus menyambung khotbahnya tentang “Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah
sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besay dan Mulia itu.” (Kis. 2:
20) Ayat 20 adalah merujuk khusus kepada selang waktu peralihan antara miss
Raja Damai dan mis Raja Hakim. Ia adalah merujuk kepada Matius 24: 29 dan juga
meterai ke-enam dalam Wahyu 6. (Lihat pautan Murka Tuhan yang dipanggil "Meterai." )
"sunyi senyap"
"You caused judgment to be heard from heaven; the earth feared and was still" (Psalm 76: 8)
Saya terinspirasi oleh Nabi Nahum
dalam Nahum 1: 3 yang menjelaskan bahawa 'Jalan' (pathway) penghukuman
Roh Tuhan adalah seolah-olah diumpamakan sebagai "perjalanan puting
beliung." " Tuhan itu panjang sabar dan
besar kuasa, tetapi Ia tidak sekali-kali membebaskan dari hukuman orang yang
bersalah. Ia berjalan dalam puting beliung dan badai, dan awan adalah debu
kakiNya." Puting beliung berpusar membinasa segala-gala yang ia
lalui. Tetapi di tengah-tengah pusaran atau jantung puting beliung itu terdapat
'suatu sunyi senyap" yang mengerunkan. Bunyi ledakan kemusnahan akan
dirasakan selepas "sunyi" yang menggerunkan itu berlalu. Meterai ketujuh menyatakan "dan ketika Anak Domba itu membuka meterai ketujuh,
maka sunyi senyaplah di Sorga, kira-kira setengah jam
lamanya." Tapi, ini adalah 'sunyi-senyap' di Sorga Dan bukannya dibumi, maka ia berarti suatu aliran upacara yang normal bagi 'nama-nama' Tuhan menurut Ordo Melkisedek sebelum penghakiman dan penghukuman seterusnya di teruskan di bumi di dalam 'nama' Hakim.
Mungkinkah "murka Tuhan"
yang dinubuatkan oleh Nabi Nahum dalam Nahum 1: 3 menjelaskan bahawa Hakim akan memperlihatkan manifestasi murka pada penghujung meterai ke-enam, kerana Nabi Nahum menyingkapkan
murka Tuhan sebagai "Ia yang berjalan dalam
puting beliung" (the 'pathway'
of Divine Wraths)? Hakim akan mulai memberi manifestasi hadirat Hakim di bumi selepas upacara Melkisedek di Sorga, iaitu selepas "sunyi senyap" yang bermaksud "pusat
pusaran puting beliung" akan menjamah bumi. Sunyi senyap adalah fenomena pusat puting beliung, namun penglihatan 'roh nubuat' menjelaskan bahawa ia adalah Upacara Melkisedek di Sorga! "Meterai ke tujuh" yang
sunyi senyap dalam Wahyu 8: 1-2 itu memberikan kita pengertian bahawa 'hadirat' Hakim dan rombongan Sorgawi akan 'menjamah'
menyentuh seluruh bumi! Maka bermulalah upacara
Wahyu 8: 1-4. Pada ayat yang ke-5, " ...Maka
meledakkan bunyi, disertai halilintar dan gempa bumi" menjelaskan
bahawa pusat "puting beliung" sebagai simbolis 'perjalanan murka
Tuhan' itu mula bergerak kepada "murka Tuhan" yang seterusnya iaitu
murka "sangkakala pertama" iaitu murka Tuhan kategori Sangkakala
(the 2nd category of Woe) dalam Wahyu
8: 1 sehingga Wahyu 10: 7. Ya, the
"pathway" of the divine manifestations of divine wraths"
diungkapkan oleh Nabi Nahum sebagai "" Tuhan
itu panjang sabar dan besar kuasa, tetapi Ia tidak sekali-kali membebaskan dari
hukuman orang yang bersalah. Ia berjalan dalam puting
beliung dan badai, dan awan adalah debu kakiNya" (Nahum 1:
3).
Lagipula, selang waktu di antara "meterai ke-enam" dan "meterai ke-tujuh," upacara (Why.7:1-17) atau karya memeteraikan 144,000 kedua belas suku kaum bani Israel akan di jalankan. 12,000 bagi setiap suku kaum diberikan "meterai Allah yang hidup." Ia diberikan oleh penuai gandum (Matius 13) iaitu para malaikat! Pentakosta adalah meterai Roh Kudus, namun Wahyu 7:1-17 adalah "meterai Allah yang hidup" yang diberikan oelh para malaikat! Meterai itu tidaklah dianugerahkan jika Kristus belum turun. Maka, Kristus sudahpun turun kerana "meterai Allah yang hidup" itu tidak dapat dijalankan oleh namaNya jikalau Ia belum turun! Sebagai perbandingan, "Kekuatan" Roh Tujuh Lapis tidak dapat diterima selagi Pentakosta itu belum tiba.
Lagipula, selang waktu di antara "meterai ke-enam" dan "meterai ke-tujuh," upacara (Why.7:1-17) atau karya memeteraikan 144,000 kedua belas suku kaum bani Israel akan di jalankan. 12,000 bagi setiap suku kaum diberikan "meterai Allah yang hidup." Ia diberikan oleh penuai gandum (Matius 13) iaitu para malaikat! Pentakosta adalah meterai Roh Kudus, namun Wahyu 7:1-17 adalah "meterai Allah yang hidup" yang diberikan oelh para malaikat! Meterai itu tidaklah dianugerahkan jika Kristus belum turun. Maka, Kristus sudahpun turun kerana "meterai Allah yang hidup" itu tidak dapat dijalankan oleh namaNya jikalau Ia belum turun! Sebagai perbandingan, "Kekuatan" Roh Tujuh Lapis tidak dapat diterima selagi Pentakosta itu belum tiba.
Justeru itu, kita tahu “hari-hari
terakhir” adalah merujuk kepada tempoh masa perdamaian oleh Raja Damai
sejak Pentakosta sehinggalah kepada saat kedatangan Kristus. Sebab itu enam meterai dalam Wahyu 6 adalah merujuk kepada “siksaan-siksaan” yang akan menimpa umat manusia di bumi yang di
kira bermula dai Pentakosta sehinggalah kepada saat kedatangan Kristus. (lihat
Wahyu 6; Matius 24: 29-30; Joel 2: 28; Kisah Para Rasul 2: 14-21). Akhir zaman
itu adalah merujuk kepada dari Pentakosta sehinggalah kepada kembaliNya
Kristus; ia juga disebut jam-jam terakhir (the last hours).
Tetapi jam terakhir (the most last hour) dan saatnya
(the exact day) itu adalah hanya diketahui oleh Alah Bapa sahaja. Maka,
biarpun ramai orang yang tahu tanda-tanda jam-jam terakhir (the last hours),
namun Kristus telah menyatakan dari permulaannya bahawa hanya Bapa yang tahu
tentang jam (iaitu jam yang paling terakhir) dan saatnya.
Kita kembali lagi Mesej jantung
Tuhan yang disampaikan kepada Noah iaitu “pagi” bagi aktiviti menabur. Itulah
permulaan Firman mula ditabur ke atas roh manusia iaitu Noah selepas kiamat
banjir. Dan kita akan melihat apakah rahasia yang tersembunyi dalam Lirik-Lirik
jantung Tuhan YHVH. Pemazmur mengatakan bahawa tujuan “jantung”Tuhan (Mesej
Firman dalam jantung Tuhan) adalah ditujukan kepada semua generasi. Iaitu
generasi zaman Noah sehinggalah kepada generasi gerejani. Mereka yang menerima
Firman adalah mereka yang “ditabur” oleh Tuhan dengan Firman.
21 Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah
TUHAN dalam hatiNya: “Aku tidak akan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia,
sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku
takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.
22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur
dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.” (Kejadian 8: 21-22)
(juga lihat Link "takkan henti-henti ...siang dan malam" )
(juga lihat Link "takkan henti-henti ...siang dan malam" )
Selama bumi masih ada merujuk kepada
selang waktu di mana bumi belum sampai untuk dibersihkan oleh Firman,
sebagaimana tergenapnya Firman yang menyatakan pembersihan yang dilakukan Tuhan
ke atas semua mahluk di bawah kolong langit ketika hukuman kiamat banjir.
Sebelum pembersihan dengan tujuh sangkakala dan tujuh mangkuk Tuhan ditumpahkan
kepada bumi, dengan elemen “api”Tuhan, maka pekerjaan Tuhan adalah tertumpu
kepada “menabur” iaitu seperti yang
diumpamakan oleh Kristus dalam perumpamaan si penabur. Hukuman Tuhan ke atas
kota Sodom dan Gomora adalah contoh “penuaian” Tuhan yang dilaksanakan oleh
para malaikat. Lot dan kedua anak perempuannya sahaja yang terluput dari
penuaian malaikat itu kerana Tuhan ingat akan Abraham. Lot kemudiannya menjadi
bapa leluhur kepada bangsa Moab melalui hubungan sumbang (“incestuous
co-habitation”) dengan kedua anak gadisnya. Jelas, “penaburan Firman” ke atas
penduduk Sodom dan Gomora tidak menghasilkan apa-apa hasil tuaian kecuali Lot.
Maka, pekerjaan “menabur dan
menuai” itu akan berlangsung selama “dingin
dan panas” masih ada, dan selama “kemarau
dan hujan” bersilih ganti. Menabur dan menuai juga akan berlangsung
selagi ada pergantian “siang dan malam.”Semua
ungkapan di atas adalah roh, kerana Kristus berfirman “perkataan-perkataan
Ku adalah roh” (Lihat Yoh 6: 63). Maka, perkataan Tuhan YHVH dalam
jantungNya dalam Kitab Kejadian 8:22 adalah “roh.” Ia harus dimengertikan
dengan tanggapan roh yang diilhamkan oleh roh pengertian dan roh
hikmat dari Roh Tujuh lapis, dan bukanlah semata-mata dirumus dengan
kemampuan intelek.
Nabi Yeremia menyampaikan nubuatan
bahawa janji Tuhan untuk mengujudkan perdamaian Damai manusia melalui tunas
Raja Daud, Raja Damai, adalah diumpamakan sebagai selagi ada “siang dan malam”
yang bersilih ganti. “25 beginilah firman Tuhan:
Jika Aku tidak menetapkan perjanjianKu dengan siang dan malam dan aturan langit
dan bumi, 26 maka juga Aku pasti akan menolak keturunan Yakub dan hambaku Daud,
sehingga berhenti mengangkat dari keturunanya orang-orang yang memerintah atas
keturunan Abraham, Ishak dan Yakub. Sebab Aku akan memulihkan keadaan mereka
dan menyayangi mereka.”(Yeremia 33: 25-26).
Tuhan mengatakan bahawa agenda
pemulihan Tuhan ke atas bani Ibrani adalah seperti penetapan “siang dan malam.”
Selagi “siang dan malam” diberitakan bersilih ganti dan selagi aturan langit dan bumi menyatakan
agenda perdamaian, maka Yakub dan pemulihannya tidak akan dilupakan Tuhan.
Pemulihan secara rohani itu bermula pada hari Pentakosta. Tetapi pemulihan
Israel di tanah suci di era Messiah yang datang dan selepas kedatangan Kristus
akan hanya dilaksanakan selepas “malampun menjadi
siang” digenapi (Zak. 14: 7).
“Tidak
ada pergantian siang dan malam” adalah merujuk khusus kepada
selang masa“satu
masa, dua masa dan separuh masa.” Ia merujuk kepada selang masa
di antara pemberitaan misi hukuman dan penghakiman oleh Raja Hakim bermula dari
Matius 24: 29 atau “meterai ke-6” dalam Wahyu 6 sehinggalah pada Wahyu 10: 7
yang menjelaskan “tetapi pada waktu bunyi
sangkakala dari malaikat yang ke-tujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalnya,
maka akan genaplah keputsan rahasia Allah, seperti yang telah
diberitakan kepada hamba-hambaNya, yaitu para nabi.”
Apakah
yang
dimaksudkan dengan frasa “keputusan rahasia Allah”?
Seimbas fikir, kita akan berkata
bahawa rahasia Allah adalah Firman atau Kristus. Tetapi “genaplah keputusan
rahasia Allah” sebenarnya merujuk kepada satu penggenapan khusus pada era nama Kristus adalah Hakim menurut
pemberitaan para nabi. Ia adalah merujuk kepada pemulihan Bani Israel, penghakiman dan penghukuman 'binatang-binatang, penghakiman ke atas 'lalang' dan pemberian upah kepada 'gandum.' (Huraian selanjutnya mengenai "keputusan rahasia Allah" boleh di lihat pada pautan). Watak utama yang memerlukan pemulihan
dalam nubuatan dalam Kitab Suci adalah Bani Ibrani! House of Jacob adalah dipanggil secara simbolik sebagai Perempuan (Woman). Apakah “keputusan
rahasia Allah” ? Dalam Daniel 12: 7 b “…Satu
masa, dan dua masa dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak
bangsa yang kudus itu, maka segala hal ini akan digenapi!”
Nabi Daniel bernubuat khusus untuk destini bangsa Ibrani yang senantiasa
terombang-ambing oleh pergolakan kuasa-kuasa besar di dunia terutama
kuasa-kuasa anti-Firman. Bab 36 sehingga Yeh. 39. dalam Kitab Yehezekiel adalah nubuatan-nubauatn tentang kesesakan
bani Israel di zaman selepas era Matius 24: 29. Janji Tuhan kepada Israel melalui nubuatan Yehezekiel berbunyi “Aku tidak lagi
menyembunyikan wajahKu terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan Rohku
keatas kaum Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH."
Selama Diaspora berlangsung, bani
Israel telah terpecah kepada dua kumpulan 'perempuan' iaitu 'perempuan' menurut
Perjanjian Lama dan juga 'perempuan' yang mengikuti Perjanjian Baru. Israel yang
mengikuti Perjanjian
baru tidak mengalami masalah dalam pemulihan penyembahan kerana mereka telah
menemukan pemulihan rohani, namun secara menyeluruhnya, kaum Israel masih
menunggu nubuatan para nabi perihal pemulihan
bani Israel secara
menyeluruh di Tanah Suci menurut Firman Tuhan, dan bukannya seperti keadaan tanah
Israel yang ada sekarang yang telah diujudkan
oleh binatang-binatang atau pemerintah bangsa-bangsa pada tahun 1948 AD. Tahun 1948 mengenapi keputusan ("perintah")
bangsa-bangsa di dunia, dan bukanlah mengenapi 'pemulihan' sebagaimana yang
dinubuatkan oleh Nabi-nabi.
Tanah Israel yang diujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (pemerintah dunia) berdasarkan formula deklarasi Lord Balfour sebenarnya merupakan suatu ‘penjarahan’ Tanah Suci.
Keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu tidaklah menepati kehendak 'penggenapan pemulihan
Bani Israel'
menurut nubuatan para Nabi! Namun, kembalinya
mereka ke sana 'masih menggenapi' beberapa nubuatan para nabi, tetapi bukanlah penggenapan kepada pemulihan kerajaan Isreal menurut nubuatan para nabi. Sebelum saat pengangkatan Yesus ke Sorga, murid-muridNya telah sempat bertanyakan perihal 'pemulihan kerajaan Israel.' 6 Mereka bertanyakan "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?" 7 JawabNya, " Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya." (Kisah Para Rasul 1: 6-7). Jawapan Yesus dalam ayat ke-7 yang berbunyi "...yang ditetapkan Bapa..." jelas membuktikan bahawa sememangnya ada 'pemulihan' kerajaan Israel di masa akan datang.
Pemulihan Israel akan bermula apabila
kebangkitan Israel bermula dari “tulang-tulang kering” yang hidup kembali menurut
nubuatan Nabi Ezekiel. Harus kita ingat bahawa bani Ibrani adalah
mempelai YHVH di dalam Perjanjian Lama, tetapi ia telah mati menjadi “tulang-tulang
yang kering” kerana mereka telah meninggalkan Perjanjian 'darah' iaitu ‘jalan’ perdamaian yang diajarkan menurut Taurat, malah mereka juga turut menolak anugerah
‘Jalan’ menurut pekerjaan Kristus (Lukas 24: 44). Kelak, mereka akan sampai
kepada suatu 'titik permulaan' pemulihan Kerajaan Israel itu yang luarbiasa di mana 12,000 dari setiap suku kaum Israel berjumlah 144,000 akan dimeteraikan oleh malaikat dengan meterai "meterai Allah yang hidup." Bayangkan 144,000 akan turut serta Yesus dalam karya menghakimi, menghukum dan memerangi bintang-binatang yang memerintah bangsa-bangsa dengan kuasa-kuasa para malaikat yang menopang mereka!
Pemulihan
Israel
Tuhan tidak akan
melupakan tanah Yakub, dan Ia akan memulihkan Israel. Pemulihan Israel menjadi
suatu kisah yang sangat menarik kerana ia mengheret semua bangsa-bangsa di
dunia, dan melibatkan pergolakan kuasa-kuasa
besar di dunia. Destini Israel dalam nubuatan para nabi adalah kunci
kepada pemahaman sejarah dunia.
Hal itu dinubuatkan dalam Yeh. 37:8
“sesudah waktu yang lama sekali, engkau akan mendapat perintah (Lord Balfour’s declaration dan keputusan
Bangsa-Bangsa Bersatu); pada hari yang terkemudian engkau akan datang (kembali ke Tanah Suci) sesudah musnah
karena perang, (WWII) dan engkau menuju suatu bangsa yang
dikumpulkan dari tengah-tengah banyak bangsa yang dikumpulkan di atas
gunung-gunung Israel yang telah lama menjadi reruntuhan. Bangsa ini
telah dibawa ke luar dari tengah-tengah bangsa, dan mereka semuanya
diam dengan aman tenteram.”
Sejak kemerdekaan Israel pada tahun 1948, mereka telah kian rancak "menuju suatu bangsa yang dikumpulkan" namun bukanlah pada tahap pemulihan rohani. Keujudannya telah ditentang
oleh bangsa-bangsa Arab di sekelilingnya melalui konflik peperangan (Yeh. 38: 1-7) yang tidak putus-putus. Malah pendirian negara sekular Israel perihal “Tanah Suci” ditentang oleh Bangsa-Bangsa
Bersatu melalui resolusi -resolusi Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (Yeh.38: 9). Justeru itu, tahun kemerdekaan 1948 bukanlah "pemulihan" bekas
pengantin YHVH itu sebagai pemulihan rohani. Tetapi ia menggenapi frasa "menuju suatu bangsa yang dikumpulkan." Ada satu “titik perubahan” yang dinubuatkan oleh Nabi Ezekiel akan terjadi ke atas Israel sekular yang ada
sekarang.
Apakah
“titik” ("point of sailing")
itu menurut nubuatan Nabi Yehezekiel?
“15..engkau (Gog) dari utara sekali, engkau dengan banyak bangsa
yang menyertai engkau, mereka semuanya mengendarai kuda, suatu kumpulan yang
besar dan suatu pasukan yang kuat.” (Yeh. 38: 15) 16..Pada yang terkemudian akan terjadi hal itu
dan Aku akan membawa engkau (Gog di tanah Magog, yaitu raja Agung negeri
Mesekh dan Tubal) untuk melawan tanahKu, supaya bangsa-bangsa mengenal Aku, pada saat Aku menunjukkan
kekudusanKu kepadamu di hadapan mereka , hai Gog. …17 …Aku sudah berfirman pada
hari -hari dahulu kala dengan perantaraan hamba-hambaKu, yaitu nabi-nabi
Israel, yang bertahun-tahun bernubuat pada waktu itu, bahawa Aku akan membawa
engkau melawan umatKu.
18 Pada waktu itu, pada
saat Gog datang melawan tanah Israel, demikianlah firman Tuhan Allah, amarahKu
akan timbul. Dalam murkaKu, 19 dalam cemburuKu dan dalam api kemurkaanKu
Aku akan berfirman: Pada hari itu pasti terjadi gempa bumi yang dahsyat
di tanah Israel. (lihat pautan "Meterai ke-6 dibuka" dalam Wahyu 6)
20…semua manusia di atas bumi akan gentar melihat wajahKu
(kedatangan Kristus yang ke-2 atau hadiratNya di bumi).
Gunung-gunung akan
runtuh, lereng-lereng gunung akan longsor, dan tiap tembok akan roboh ke tanah.
21 dan Aku akan memanggil segala macam kekejutan terhadap Gog,
demikianlah firman Tuhan Allah, sehingga pedang seorang akan memakan yang
lain. 22 Aku akan
menghukum dia dengan sampardan tumpahan darah; aku akan
menurunkan hujan lebat, rambun, api, dan hujan belerang ke atasnya dan ke atas
tentaranya dan keatas banyak bangsa yang menyertai dia. (Yeh. 38: 16-22). Peperangan yang
disertai oleh banyak bangsa sebelum terpulihnya penyembahan rohani Israel ada dinubuatkan dalam“murka Tuhan” iaitu Sangkakala yang ke-enam, iaitu
peperangan yang melibatkan 200 juta
tentera. Wahyu 9: 13-17. “…dan menyatakan diriKu di hadapan bangsa-bangsa yang
banyak, dan mereka akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN.” Yeh. 38: 23.
Pemulihan
bani Israel
Meterai pemulihan 12 suku kaum Israel
sejati dinyatakan dalam Wahyu 7, dan dinubuatkan 12,000 orang dari setiap
suku kaum mendapat “meterai Allah yang Hidup”
pada dahi mereka berjumlah 144,000 kesemuanya.
Namun, pemulihan Bani Israel secara terperinci di nubuatkan oleh Nabi
Yehezekiel bermula dari Yeh. 36 sehingga kepada Yeh. 48. Yeh. 36: 6 “…gunung-gunung Israel, akan bertunas kembali kembali dan
akan memberi buah untuk umatKu Israel, sebab mereka akan segera kembali.”
Tuhan menyatakan “missionNya”kepada
Israel dalam Yehezekiel 39: 7 “Dan aku akan menyatakan
namaKu (missionKu) yang kudus di tengah-tengah umatKu
Israel, dan Aku tidak lagi membiarkan namaKu (missionKu) yang kudus dinajiskan, sehingga
bangsa-bangsa akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan, yang Mahakudus di Israel.”
“25 Oleh sebab itu beginilah firman tuhan Allah: Sekarang,
Aku akan memulihkan keadaan Yakub dan akan
menyayangi seluruh kaum Israel dan cemburuKu timbul untuk mempertahankan
namaKu yang kudus. 26 mereka akan melupakan noda mereka dan segala ketidaksetiaan
mereka,..27 dan kalau Aku sudah membawa mereka
kembali dari tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka dari tanah
musuh-musuh mereka, dan pada saat Aku menunjukkan kekudusanKu
kepada mereka di hadapan bangsa-bangsa yang banyak.28 dan mereka akan
mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka, yang membawa mereka ke dalam
pembuangan di tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka kembali di tanahnya
dan Aku tidak membiarkan seorangpun dari padanya tinggal di sana (pembuangan). 29 Aku
tidak lagi menyembunyikan wajahKu (hadirat
Tuhan) terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan Rohku ke atas
kaum Israel, demikianlah firman Tuhan Allah.” (Yeh. 39: 25-29).
Meterai
pemulihan 12 suku kaum Israel sejati dinyatakan dalam Wahyu 7, dan
dinubuatkan 12,000 orang dari setiap suku kaum mendapat “meterai Allah yang Hidup” pada dahi
(beribadah dan percaya) mereka berjumlah 144,000 kesemuanya. Namun, pemulihan
Bani Israel secara terperinci di nubuatkan oleh Nabi Yehezekiel bermula dari
Yeh. 36 sehingga kepada Yeh. 48. Yeh. 36: 6 “…gunung-gunung
Israel, akan bertunas kembali kembali dan akan memberi buah untuk umatKu Israel,
sebab mereka akan segera kembali.”
Pemulihan Israel di tanah suci tidak
akan terjadi tanpa melalui kesesakan peperangan bangsa-bangsa seperti
dalam Yehezekiel bab 38-39. Selepas terjadinya peperangan yang melibatkan Gog
raja agung negeri Mesekh dan Tubal menyerang Israel. Orang Persia (Iran, Iraq
dan Syria), Ethiopia, dan Put (Libya ?) menyertai mereka dan
semuanya dengan perisai dan ketopong. Orang Gomer dengan seluruh tenteranya,
Bet Togarma dari Utara sekali dengan seluruh bala tentaranya, banyak bangsa menyertai engkau….Tuhan
berfirman "Aku tidak lagi menyembunyikan
wajahKu terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan RohKu ke atas kaum Israel,
demikianlah firman Tuhan Allah.” (Yeh. 39: 29).
___________
to be continued --bersambung di Part 2
_______________