Manusia 'yang luka,' keturunan Adam (atau boleh juga mungkin dikatakan sebagai keturunan Noah) adalah mempunyai kecenderungan untuk mencari "Karya" nya sendiri; ringkasnya ia disebut "nama"
manusia. Justeru itu, nama Tuhan tidaklah mereka perlukan. Perkataan "Marilah kita..." yang berkumandang di zaman Babel Kuno, seolah-olah menghantui zaman kita sekarang kerana ia telah muncul kembali, dan frasa "marilah kita..." kedengaran dengan amat kuat sekali; ia telah melilit dunia. “binatang itu telah ada, namun tidak ada, dan akan muncul lagi” adalah Pemimpin dunia atau
pemerintah dunia yang akan berkata “Marilah
kita…” Dan seluruh dunia akan mengikuti (tunduk atau menyembah) kepada pemerintah
Dunia itu.
Menara Babel
Adapun
seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke
sebelah Timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka
di sana.
3 Mereka
berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu-bata dan
membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan
tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita
sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan Marilah
kita cari Nama,
supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk
melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman:
"Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah
permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan,
tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita
turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka
tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah mereka diserakkan
Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9
Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena disitulah
dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi, dan dari situlah mereka diserakkan
TUHAN ke seluruh bumi. (Kejadian 11: 1-9)
___________________________________
Perkataan
‘Nama’ itu berarti ‘Karya’
Kitab Suci ditulis dalam roh nubuat. Sejak
zaman purbakala lagi, "manusia yang luka"
telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia yang
mencari "Karya (nama)"
mereka sendiri, dan terpisah dari
"nama" Tuhan. Mereka mahu berkarya di
bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan.
Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia
yang luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari nama
Tuhan. Di Babel, manusia sejagat bersepakat "...marilah kita mencari
'nama'..." Maksudnya, mereka akan bersepakat berkarya di bumi! Dengan
“karya” yang dipersetujui itu, maka seluruh
umat manusia tidak akan berselerak, tetapi kehidupan akan berpusat di suatu ‘menara;” kota
Babel kuno. Manusia luka memerlukan
'kelahiran kembali' dari karya Roh Kudus agar rohnya terangsang untuk mencari Nama Tuhan! Jika tidak, ia tetap akan mencari
"nama" bagi manusia yang terpisah dari karya Tuhan. Tidaklah ia lapar akan
realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak mengutus rohNya yang tujuh lapis itu ke atas
sumbu roh seseorang!
Tidaklah menghairankan jika di zaman Babel dahulukala,
mereka bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan perjanjian-perjanjian
manusiawi, atau ringkasnya "nama" atau "karya" manusiawi
yang akhirnya menyatukan umat manusia menjadi ‘satu,’ tetapi akhirnya ‘menara’
itu akan menghambakan
diri mereka sendiri. Di zaman itu,
penghambaan "nama" atau karya manusia ketika itu adalah seringkasnya
penghambaan yang disebabkan oleh karya mereka yang menuntut tenaga-buruh untuk
"membuat
batu-bata." Demi "nama" yang mereka cari serta perjuangkan
itu, maka, mereka bercita-cita untuk mengatasi "awan-awan."
"Marilah dirikan bagi kita sebuah kota
dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.."
Kenapa pula sampai ke langit? Firman ditulis menurut 'roh nubuat.' Tuhan
berada di langit. Maka, sampai ke langit samalah artinya 'menjadikan karya
manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia. "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi
langit." (Mazmur 108: 5-6). Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang
memerintah bumi timur tengah selama 108 tahun, Rajanya yang ke-tiga iaitu Maharaja
Nebuchadnezzar, meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa
Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke
ke langit,..." (Yesaya 14: 13).
Maka, perkataan-perkataan seperti "puncaknya sampai ke langit.."
dalam Kejadian 11: 4 adalah
menyingkapkan karya seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel,
mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri.
Apakah agaknya "nama" atau karya umat manusia
yang mereka cari itu? Sudah tentu
"nama" itu adalah karya manusia di
zaman itu, yang pastinya ia berpusat pada menara Babel, dan mereka mahu
mendirikan kota yang agung itu. Dan menara itu adalah pusat karya mereka untuk
menjadi tuhan-tuhan (gods of this world)
di dunia. Ia sudah pasti dipimpin oleh
pemerintah yang gagah perkasa dan sakti pada ketika itu, atau ringkasnya dipanggil
"binatang" (the beasts). Ia
disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab Suci, hanya seorang
sahaja manusia yang digelar perempuan iaitu 'umat Tuhan.' Lain-lain bangsa yang
tidak percaya kepada nama (Karya) Tuhan adalah dinubuatkan dengan digelar oleh
Roh Tuhan sebagai 'binatang.'
Tidak hairanlah Kitab Daniel dan Kitab Wahyu penuh
dengan kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada kumpulan manusia atau
bangsa atau pemerintah dunia yang tidak
melakukan karya Tuhan. Sudah tentu semua
penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11
itu , terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan Nama
Tuhan; maksudnya mereka tidak memerluka karya Tuhan dalam hidup mereka. Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia
yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan
bumi," maka, oleh kerana "Tuhan itu panjang Sabar dan Cemburu" !
Maka, tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita
turun..."
Umat
Manusia yang secara
sepakat menjadi satu dengan ungkapan "Marilah kita…," cari nama atau "berkarya,” bersama: akhirnya akan mengundang
(invoking His Jealousy) cemburu Ilahi, maka Tuhan Allah akan berkata "baiklah kita
turun..." Yesus Kristus
bersama para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu, sejak dari zaman
purbakala...tak berubah, dan manusia yang lukapun masih juga begitu, kecuali ia
dianugerahkan dengan roh tujuh lapis!
NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19: 13)
Roh menjelaskan bahawa "nama Tuhan" memberi
maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork). Sorga apabila berkerja, akan membuat
perutusan 'nama.' Maka, "Domba Tuhan" adalah "nama" yang
diutus oleh Sorga, atau diutus oleh Bapa.
Apakah pekerjaan atau misi "Domba Tuhan" ? Maka, kita tahu
dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah, Domba Tuhan yang
menghapus dosa-dosa dunia,"
menjawab soalan yang sebelum ini.
Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang
berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang memberhentikan kedegilan Yakub kerana melawan kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan
itu jelas dinyatakan oleh utusan Tuhan iaitu malaikat. Kelak, Yakub diberikan nama baru iaitu Israel; ia bermaksud bahawa
kehidupannya yang pada asalnya menurut karya pemikirannya sendiri, namun, kini
dengan nama baru itu kehidupan, dan keturunannya akan tertakluk kepada
kedaulatan karya Ilahi.
Nama Israel adalah kehidupan House of Jacob yang tertakluk kepada kedaulatan 'mission' Tuhan, dan ia akan
memperlihatkan kemuliaan karya Ilahi YHVH
di mata bangsa-bangsa. Namun,
nama Israel itu telah melalui 'Diaspora' sehinggalah pada suatu saat kelak,
wajahNya akan memulihkan kembali Israel. Nama Israel mula mengalami siksaan
'pembuangan' apabila Tuhan berfirman: "Juga orang Yehuda akan Kujauhkan
dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel, dan Aku akan membuang kota
yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini, walaupun Aku telah berfirman:
NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27). Sehingga sekarang, Israel belum dipulihkan
kerana "nama Allah yang hidup" belum dimeteraikan kepada 144,000 bani
Israel; meterai itu dianugerahkan selepas Kristus telah turun. (Yehezekiel 37: 12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2).
Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan
Israel dengan "meterai Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh
Malaikat. Namun nama Kristus pada ketika
itu adalah Hakim , dan juga Ia disebut "Allah yang hidup."
Siapakah sebenarnya
Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau "namanya" ? (Why 13: 11-18).
Seimbas
lalu mengenai 'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666
Bila Sorga berkerja ia akan mengutus nama Tuhan. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah. Sebagai contoh,
pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti menyembuhkan,
dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.
Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang diutus untuk
karya penyembuhan Ilahi. Justeru itu, ia diutus untuk menyembuhkan; maka ia juga
layak sebagai Ketua Ordo malaikat pelindung bagi setiap mahluk hidup di
bumi. "Nama" yang diutus oleh
Tuhan bermaksud "karya," "misi" atau "pekerjaan"
tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman
juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolik
"nama." Tetapi pastinya "Perkataan-perkataan Kristus itu adalah Roh..." kerana Yesus berkata demikian (Yoh.6:63). Yesus berfirman
"Kepada kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia
Sorga!" Ia memerlukan anugerah
karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang diwahyukan kepada
Santo Yohanes.
Apabila Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu 13: 17-18 "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. 18 bahawa
"Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah
ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan
seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam," maka
bukanlah maksud harfiahnya supaya kita betul-betul mengira namanya; jika kita
hitung gematria namanya, maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental
fascinations.' Bahasa roh Kristus mengatakan bahawa perkataan Nama itu
bermaksud "Karya." Maka, tidaklah kita hitung karyanya melainkan kita
"lihat" nama binatang itu; dan apakah "aktiviti" utamanya?
Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11, apabila mereka mencari 'nama,'
maka aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata." Entah berapa
lama agaknya mereka membangun kota dengan puncaknya sampai ke langit? Pasti, sungguh tidak terkira banyaknya sekali "batu-bata" yang
diguna-pakai.
Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir
Wahyu 13, ayat 18: iaitu roh hikmat,
barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal karya binatang itu, jika ia
mempunyai ilmu mengira dan ilmu ekonomi berhubung 'karya(nama)' ciptaan pemimpin dunia (negara kuasa besar), iaitu
binatang dua tanduk itu; menara
ciptaannya itu berpusat di Bank Dunia.
Binatang yang keluar dari bumi itu, bersama binatang yang keluar dari
laut mengusulkan kepada seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno
"Marilah kita,,,." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia
adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apa saja kecuali
bergantung kepada Pohon Kehidupan.
Tetapi, lepas itu, Ia
"luka." Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh
umat manusia dengan perkataan "marilah kita..." mencari "nama," sama seperti di
Babel Kuno dulu.
Di zaman moden ini, "jam-jam yang terakhir," bukankah semua negara senantiasa sibuk setiap hari, dan setiap tahun untuk membuat kiraan
fiskal setiap tahun,? Negara yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian
juga individu yang pandai mengira. Dan
bukankah setiap hari "manusia" yang KARYAnya atau namanya, 666, itu
mengira?? Semua manusia sejagat, kerana KARYA binatang dalam Why.13 yang telah
melilit seluruh dunia dengan ucapan permulaan "marilah kita...." Dan sejak itu, kita semua setiap hari MENGIRA
kerana 'menara itu' yang mengatur-cara DUNIA melalui karya BINATANG yang keluar dari bumi. Selepas
1944, selepas WW2, dan selepas 1954, binatang yang keluar dari bumi itu, disokong padu oleh semua bangsa-bangsa
di dunia, sehingga semua akhirnya bersatu-diikat dalam perjanjian-perjanjian. Sebelum perang dan selepas peperangan,
Binatang dua tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa? Dia kata
"membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank
Dunia! Kalau dulu di Babel Kuno
"Marilah kita...disahut dengan aktiviti membuat batu-bata." Tapi itu di zaman purbakala. Dan, seluruh
dunia mengikuti mereka kerana ia bercakap seperti naga!!
Selepas, perang dunia WW2, pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu Amerika, United Kingdom dan Canada berkata "Marilah kita
mencari 'nama.' "Nama" atau "karya" manusia sejagat yang
menjadi "satu" dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan
perjanjian-perjanjian: Bretton Woods
Agreement, Smithsonian Agreement dan Jamaican
Treaty, iaitu perjanjian "membeli dan menjual." Semua manusia sejagat telah benar-benar
menjadi 'satu manusia' seperti di Babel kuno, tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu
dalam satu "nama" atau "karya" MENGIRA: "Buying
& Selling." Bukankah semua tukaran matawang dengan Wang Rizab
utama dunia itu diberi 'nama' "Buying and Selling" ?? Dan pertukaran matawang itu telah menjadi
agenda utama manusia sejagat sejak Bretton Woods ditubuhkan! Manusia sejagat mula ke
arah tidak memerlukan nama Domba
Tuhan!
Kenapa pula nama manusia yang jadi satu itu
disingkapkan sebagai 666? Kerana 666 bermaksud Emas, dan emas itu adalah duit!
Pada mulanya semua "buying and selling" bagi duit di seluruh dunia
adalah dipaksikan pada Matawang Dollar
Amerika yang tetap pada nilai intrinsik 1 oz Emas, maka Roh Tuhan
singkapkannya sebagai 666. Bukankah 666 itu nilai tetap Emas yang
diterima oleh Raja Salomo setiap tahun! Walaupun, paksi tetap Amerika itu telah menjadi fiat! Namun, transaksi duit itu masih, "membeli dan menjual." "Nama" adalah berarti
"Karya." Ia bermaksud, menurut
roh nubuat, bahawa bukanlah kita hitung namanya secara harfiah dengan ilmu
gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah melanggar hukum Taurat.
Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat (Lukas 24: 44).
Justeru itu, penafsiran nama binatang itu tidaklah
benar, jika ia dihitung dengan ilmu
numerologi kerana ia melanggar dasar pekerjaan Kristus. Bukankah menafsir Firman itu adalah pekerjaan
Roh Kristus? Jika ia melanggar dasar
seperti Taurat, maka tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong. "Nama"
Jika ditafsir menurut roh nubuat berarti "Karya." Maka, nama
manusia, artinya Karya manusia, dan manusia itu merujuk kepada pemimpin dunia
iaitu Amerika yang mempunyai dua tanduk iaitu tanduk politik dan tanduk
duit! Tanduk berarti Kuasa. Bukankah
menara Babel kuno mencari "nama." Karena manusia luka tidaklah cenderung
mencari nama Tuhan, maka mereka bersepakat mencari "karya" di dunia
ini untuk hidup! Dan karya manusia yang dipimpin oleh Amerika itu adalah
"buying and selling," 666:
Duit. Kita semua menerima dan menyenangi usul dan karya (nama) pemerintah dua tanduk itu, kerana ia memudahkan urusan "menjual & membeli" selepas WW2. Ia praktikal dan dapat dipelajari melalui sistem pendidikan yang diterajui oleh binatang itu.
Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah
penggenapan Taurat (Lukas 24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666, tidaklah benar jika ia bercanggah dengan Taurat,
bercanggah nubuat nabi-nabi atau juga bertentangan dengan 'roh' Mazmur. Nama binatang dalam Wahyu 13:11-18, menyingkapkan perihal "karya" umat manusia sejagat di bumi. "Karya" itu menjelaskan bahawa
penduduk dunia sejagat telah diikat oleh perjanjian-perjanjian yang diusulkan
oleh pemerintah yang 'keluar dari bumi' itu.
Amerika, British dan Canada berkata " marilah kita....buying and
selling seluruh dunia." Seluruh dunia sepakat berkata "ya." Boleh
saja! Dan "karya" yang berpusat pada 'menara'
itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau dengan penuh berbelit-belit
oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua kerajaan-kerajaan di
bumi!! Saya bukannya anti permodenan,
dan saya bukan juga anti kepada pengujudan sistem ekonomi yang ada di dunia
ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah dunia itu
sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya
pemerintah dunia yang kelaur dari bumi itu ialah 666. Duit yang kita CARI sekarang ini adalah Karya, atau nama yang diusulkan
oleh Amerika di Bretton Woods. 666 itu adalah karya Amerika dan sekutunya. Seluruh dunia setuju dan mengikuti usul
itu. Karya atau
nama
binatang yang
keluar dari bumi diterima oleh seluruh dunia sehingga sekarang!
Dalam seluruh AlKitab, hanya dua sahaja ayat rujukan
bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan, iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada
Salomo dalam satu tahun," (2 Tawarikh 9: 13) dan juga nama binatang yang dinubuatkan dalam
Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana demikianlah perkataan itu diungkapkan
oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu milik binatang, maka karya itu
adalah karya pemerintah tersebut. Apakah
aktiviti utama nama atau "karya" binatang yang keluar dari bumi itu
(Why. 13: 1-18) ?
Jawapannya ialah: aktiviti utama duit ialah
"membeli atau menjual." Pekerjaan
membeli dan menjual memerlukan kepandaian untuk mengira. Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan
bahawa pada akhir zaman, iaitu sebelum dan selepas kedatangan Kristus,
pekerjaan utama di dunia bagi semua manusia adalah "membeli dan
menjual." Dan ia berpusat pada
suatu menara 'dunia' yang kelihatan seperti Babel Kuno itu. "Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu
seringkasnya dijelaskan sebagai "membuat batu-batu," namun mesejnya
tetap sama iaitu "penghambaan."
Pada zaman sekarang penghambaan 'Karya' manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli dan menjual." Apakah aktiviti utama 'Karya' pemerintah Amerika iaitu "membeli dan menjual" telah mengatasi langit?Ya! Semua orang mencari duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan! Adapun cuma dari golongan religius dan bukannya dari pihak pemerintah dunia. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10).
Pada zaman sekarang penghambaan 'Karya' manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli dan menjual." Apakah aktiviti utama 'Karya' pemerintah Amerika iaitu "membeli dan menjual" telah mengatasi langit?Ya! Semua orang mencari duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan! Adapun cuma dari golongan religius dan bukannya dari pihak pemerintah dunia. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10).
Yang memakai tanda binatang adalah semua kerajaan di
bumi yang ikut serta tertakluk kepada Perjanjian perihal "membeli dan
menjual." Karya atau nama Tuhan
adalah Firman Allah. Namun, karya atau
nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah "membeli dan
menjual." Nama itu adalah pekerjaan/aktiviti atau karya pemerintah dunia
yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah "membeli dan
menjual." Bukankah seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan
kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan? Kerana ia adalah
dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah sebagai ibadah agama! Kenapa pula
tanda itu dikenakan pada dahi setiap manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan
perundangan berkaitan dengan "membeli dan menjual" itu menuntut semua
manusia di bumi supaya percaya kepada Perjanjian fasal duit!
Di zaman Babel dahulu dalam Kejadian 11, dituliskan
oleh Nabi Musa bahawa "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan
terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4). Apakah yang dimaksudkan mereka mencari "nama"
mengikut ayat tersebut di atas? Maksud bagi
perkataan itu adalah seringkasnya "karya manusia" !! Atau misi atau
karya kehidupan manusia tanpa karya Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak
ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat pada 'menara' Bank Dunia, dan
penduduk bumi diikat oleh perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh
dunia) telah benar-benar kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman
purbakala, di mana manusia di zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan
dengan berkata "marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke
seluruh bumi." Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali
"nama" Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh
Pencipta. Saya secara peribadi bukanlah
anti-duit, kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan duit. Namun,
mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama
juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang berbeda.
Menara itu seolah-olah menyatukan mereka secara
harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya mereka diikat oleh suatu perjanjian
supaya mereka semua berkarya, dan
berpusat pada kota yang didirikan itu.
Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu, dan diikat-pula dengan
perjanjian akan membawa manusia itu sebagai mahluk yang diperhambakan; terpisah
dari rencana penciptaan manusia itu sendiri oleh Bapa segala roh
(Pencipta.) Karya Babel itu
menghambakan umat manusia kerana semua manusia terikat kepada perjanjian untuk
"membuat batu-bata."
Pekerjaan atau karya purbakala "membuat
batu-bata" itu menghambakan semua orang diseluruh dunia pada zaman itu
(Kejadian 11: 1-9). Sejak dahulu kala,
manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah
tentu "karya" itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan
dikuatkuasakan oleh pemerintah
purbakala. Karya manusia di bumi tanpa
memikirkan nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu
Firman; manusia tidak dapat anugerah
'jalan' perdamaian. Justeru itu, betapa hebatpun karya manusia ataupun
binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman Ilahi, atau
bahasaNya kedengaran seperti "...baiklah Kita turun..."
Mereka diperhambakan oleh karya mereka sendiri. Tuhan
mengkehendaki manusia "yang luka," supaya manusia yang tertulis
namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu penghambaan yang jauh lebih
sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting dan pohon kehidupan." Oleh
kerana roh manusia harus menuruti ibadah
seperti perumpamaan "ranting dan pohon kehidupan" untuk menerima
anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun jenis
penghambaan di dunia. Jika kekuatan
karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah tentulah
binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan "mulut" untuk
menista yang Mahatinggi.
Sesungguhnya, antiKristus adalah penduduk dunia yang
paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada
dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus pada
masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! "Gandum" yang diterima Tuhan
hanyalah mewakili suatu peratusan yang
minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya adalah
lalang. AntiKristus berarti antiFirman. AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes
adalah seringkasnya tidak percaya kepada "Firman menjadi manusia";
maka, lalang tidak percaya kepada Paskah sebagai Jalan untuk menyelesaikan
dosa-dosa.
Binatang itu adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan
mempunyai 2 tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat
pemerintah dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan
daratan bumi adalah mempunyai dua tanduk; Ia mempunyai kuasa turun temurun
iaitu tanduk Monarki, dan juga tanduk Perdana Menteri. Pada masa kini,
berdasarkan kepada penafsiran nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara
Amerika Syarikatlah yang paling mendekati dekripsi binatang yangkeluar dari
bumi dalam Wahyu 13. Bagaimana mungkin negara Amerika memenuhi
syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya
mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya adalah pemimpin sebagaimana yang
kita dapat pelajari dari Mazmur dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga
bermaksud 'kuasa' kerana Yesus Kristus yang kembali ke bumi sebagai nama Hakim
adalah dinubuatkan, mempunyai "tujuh tanduk sepertimana yang disingkapkan
oleh Kitab Why. 5: 6.
Justeru itu, Amerika mempunyai dua tanduk kerana satu
tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi
tanduk miliknya adalah merujuk kepada kuasa ekonomi atau kuasa duit Amerika. Ia seperti "anak domba," tetapi ia
berbicara seperti seekor naga. Ia dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai
perangka dan pelaksana karya-karya
'perdamaian' di atas bumi, namun ia mempunyai kuasa politik yang gergasi di
bumi sejak 1945, maka ia juga seperti naga!
Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli dan menjual."
Matawangnya kekal sebagai menjadi matawang utama dunia, dan melalui perjanjian demi
perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian Bretton
Woods 1944, kemudiannya Perjanjian
Smithsonian, December 1971 dan yang terkini iaitu Perjanjian
Jamaica pada 1976.
Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan
pekerjaan tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian Sinai
ataupun dalam Perjanjian Baru. Ibadah umatNya adalah diungkapkan sebagai
“mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.”
Perjanjian-perjanjian “membeli dan menjual” pula adalah permulaan bagi
penduduk dunia untuk seolah-olah “beribadah,” atau menuruti “hukum-hukum” yang
dicipta oleh binatang itu. Ia yang
mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli dan menjual.”
Demikianlah juga cara Roh Tuhan menyingkapkan rahasia
karya-karya pemerintah-pemerintah dunia. Nama binatang iaitu karya pemerintah
Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian. Maka, perjanjian
itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel, “nama” yang menghambakan
itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”
Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang
diikat oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada
tangannya atau pada dahinya."
‘Beribadah’ menurut Taurat adalah diungkapkan sebagai "tanda di
dahi dan tanda di tangan" di dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di
dahi dan tanda di tangan" yang diujudkan oleh Binatang yang keluar dari
bumi, adalah penduduk muka-bumi yang memeteraikan dan mengesahkan akan
pematuhan (beribadah) kepada semua perjanjian-perjanjian, dan juga semua
perundangan terbabit; Pematuhan itu atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan
masyarakat dunia tidak kira kasta atau
darjat kehidupan manusia sejagat. Kita
semua telah tertakluk
kepada kuasa "membeli dan menjual:" duit! Dan
pencipta karya itu
adalah gods of this world! Ataupun
Musa mencatatnya “sampai ke langit…”
Bila nama atau karya itu sudah dimeteraikan melalui
perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan oleh tangan. Sebab itu, rahasia itu ditulis "16 dan
ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau
hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why. 13:
16). Maka, 666 itu adalah
ungkapan tentang pekerjaan, misi, atau karya manusia di bumi yang berpusat pada
'menara' Babel. Hakikatnya, Tuhan pernah
berfirman ketika Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "Ini barulah
permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan,
tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya
Bretton Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada 1954
yang telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya adalah
permulaan Karya atau "nama" yang dicari oleh manusia di bumi. Namun,
semua manusia dibumi telah 'beribadah'
atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian yang dibuat oleh Pemerintah
Dunia atau binatang yang keluar dari bumi
itu selama 71 tahun sejak ia mula dizahirkan (as per 2015) pada tahun 1944;
menaranya pula
bermula pada tahun 1954, iaitu
tertubuhnya Bank Dunia.
Bilakah agaknya Tuhan akan berfirman "Baiklah
Kita turun dan ...sehingga selesainya murkaKu sehingga cawan ke-7 digenapi”??
Tuhan merencanakan melalui Karya PaskahNya supaya manusia mengerti bahawasanya
'design' rohnya adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia diperhambakan
oleh karya atau "nama" manusia itu sendiri, maka sudah tentu manusia
sudah tersasar daripada rencana dan tujuan asal penciptaan manusia itu
sendiri. Manusia memang berhak untuk
membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya
langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu Karya Pemerintah Dunia
yang mempunyai tanduk politik dan tanduk duit/ekonomi itu sampai waktunya untuk
dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah kita turun..." Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi, kedua
malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kis. 1: 10-11, berkata kepada
orang-orang Galilea "...Yesus ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan
kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik
ke Sorga."
Firman
1) "Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup
dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why 19:13)"
2) Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi
terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3) Sebab firman Tuhan itu benar, segala sesuatu
dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4) Permulaan hikmat adalah 'takut akan Tuhan,'
dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5) Ia berkata kepada mereka: "Inilah
perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama
dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku
dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas
24:44).
6) Rohlah yang memberi hidup (kehidupan kekal),
daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai dalam
"nama" Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu adalah
"roh dan hidup." (Yohanes 6:63).
Firman Tuhan semuanya adalah Roh kerana ia berasal
dari Roh Tuhan. Perkataan ucapan manusia
bukanlah roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat
kehidupan daging), kecuali ucapan jampi serapih. Aktiviti otak dan sistem saraf adalah pusat
kehidupan daging.
... dan nama-Nya ialah:
"Firman Allah."(Wahyu 19:13)
Roh nubuat menjelaskan bahawa "nama" Tuhan
adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi Kristus iaitu Firman. Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah
pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti
apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan.
Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan
Firman orang percaya tidaklah "bertumbuh-percaya." Maka, makanlah
Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang
beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan. Maka, ia haruslah dimakan oleh roh orang
percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan yang Mahasuci. Maka,
janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan kitab; itu adalah kiasan
perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung kepada Sumber, iaitu Tuhan.
Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan di gurun, orang benar
(diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan meja makan.
Jika, Kristus adalah pokok anggur sebenar iaitu Roh
Pencipta (the Father of all spirits),
maka untuk menjadi cabangnya yang sebenar adalah memerlukan ketergantungan
(humility) mengikut "Jalan" Roh, supaya mereka yang dianugerahkan
"takut akan Tuhan" dapat senantiasa makan, siang dan malam.
Ketergantungan (dependency) adalah
kerendahan hati di hadapan Tuhan; keangkuhan di hadapan Tuhan adalah keputusan
untuk tidak makan. Tetapi Yesus
menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari
setiap firman yang keluar dari mulut Allah."(Matius 4:4). Tiada bahasa
yang lebih jitu untuk mengungkapkan "ketergantungan" ini melainkan
perumpamaan pokok sebenar (Yesus) dan
ranting -rantingnya. Sebagaimana ranting
itu tiada kehidupan kecuali melekat kepada pokok sebenar, maka demikianlah roh
manusia, ia tidak akan menerima kehidupan penuh, tanpa Kristus; tidak hairanlah
Raja Daud bernyanyi "tanpamu hidupku tidaklah bererti apa-apa."
Perihal Rahasia Tuhan
Maka datanglah murid-murid-Nya dan bertanya
kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam
perumpamaan?"Jawab Yesus: "Kepadamu diberi KARUNIA untuk mengetahui
RAHASIA Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.Karena siapa yang mempunyai,
kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak
mempunyai, apa pun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya.Itulah
sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun
melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar
dan tidak mengerti.(Mat 13:10-13).
Tuhan
bergaul KARIB dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya (RAHASIA)
diberitahukan-Nya kepada mereka.(Mazmur 25:14).
[~dianugerahkan karunia Roh tujuh lapis~salah satu operasinya ialah 'roh
takut akan Tuhan'].
"Orang
percaya yang takut akan Tuhan" adalah orang percaya yang dianugerahkan
"karunia roh takut akan Tuhan." Karunia roh itu adalah salah satu
daripada tujuh lapis karunia-karunia yang ada pada peribadi Roh Kudus. Tujuh
lapis karunia itu adalah operasi yang dilaksanakan oleh Roh Trinitas atas roh
manusia, supaya selesailah pekerjaan Tuhan kepada roh mereka yang tertulis
namanya dalam Buku Kehidupan. Ia (karunia-karunia) senantiasa bersama melekat
pada peribadi Roh Kudus. Justeru itu, rasul Paulus bersaksi bahawa
karunia-karunia itu, datang dan pergi. Ia dikatakan datang apabila, Roh Kudus
turun bernyala pada sumbu roh manusia, dan ia dikatakan pergi apabila ia tidak
turun pada sumbu roh manusia. Sumbu roh ialah "jantung roh" yang di
mana pusatnya seolah-olah akan kelihatan tempat Lidah api bernyala; ia akan
bersinar sebagai 'halo' di atas orang-orang suci. Ia adalah tempat berlakunya
komunikasi alam roh yang dinyatakan Raja Daud "Deep calls deep."
Semua deria roh iaitu termasuk mata roh dan telinga roh melibatkan secara
langsung pada "jantung roh."
Maka, Yesus bersabda bahawa "berbahagialah orang
percaya yang suci jantung (rohnya)" kerana mereka akan dapat memasuki
Hadirat Roh Kudus Tuhan. "Melihat
Wajah Tuhan" artinya ialah dapat memasuki hadirat emmanuel Kristus iaitu
Roh Kudus. Oleh kerana urusan memasuki hadiratNya adalah suci, maka Kristus
telah menyempurnakan Jalan untuk menyelesaikan semua dosa-dosa, agar Pintu
hadirat Roh Kudus yang Mahasuci, akan sudi untuk menerima roh orang percaya
seolah-olah mereka adalah orang benar.
Sedangkan, mereka sebenarnya hanyalah memakai "jubah
kebenaran" yang disucikan oleh darah Domba. Namun, oleh kerana Kesetiaan Kristus
yang duduk di sebelah kanan Bapa, menanggung derita "luka-luka" kita,
siang dan malam; maka, kita dibela oleh Darahnya yang suci, sehingga diri kita
yang rohnya "merah seperti kirmizipun" dapat ditahirkan menjadi
putih. Tanpa Kristus, kita tidak dapat memasuki "roh doa," kerana
Dialah Jalan, Pintu dan juga Kunci: "Akulah Jalan...;" "Akulah
Pintu...;" "Namanya Firman Allah,"... adalah merujuk kepada
Misteri kekayaan karya Kristus sebagai Juruselamat, dan Pembela kepada para
pengikutNya. kuasa darahNya yang suci adalah kunci kepada semua doa; Roh Kristus
(Roh Kudus) adalah "the Spirit of prayer." Perjanjian Lama adalah
disahkan kerana perjanjian darah, maka demikianlah juga perjanjian baru.
Permulaan hikmat (Roh hikmat) adalah takut akan Tuhan,
("roh takut akan Tuhan"),dan mengenal Yang Mahakudus adalah
pengertian ("Roh pengertian"). (Amsal 9:10). "Pagi-pagi benar ia mengarahkan hatinya
kepada Tuhan yang telah membuatnya, dan berdoa kepada Yang Mahatinggi. Ia
membuka mulutnya untuk bersembahyang, dan memohon ampun atas dosa-dosanya. Jika Tuhan yang besar menghendakinya, maka
terpenuhilah ia dengan roh pengertian. Maka ia sendiri membualkan kata-kata
yang bijak, dan memuji Tuhan dengan sembahyangnya." (Sirakh 39:5-6).