Isnin, 5 Mac 2018

dosa .... pengertian asas...


Apakah itu dosa?


   Ada dua perkara yang akan tercatat atau 'dirakam' dalam roh setiap orang: rakaman dalam roh adalah samada dosa-dosa atau Firman Allah. Serapah juga dapat 'dirakam' dalam roh seseorang, jika ia (mantera) menjadi 'amalan' seseorang. Ilmu-ilmu yang menuntut kapasiti intelek dan aktiviti saraf atau ilmu yang bukan bersifat roh seperti matematik, geografi, sejarah, ilmu ekonomi dan lain-lain, tidaklah 'dirakam' dalam roh manusia, melainkan ia tersimpan dalam sel-sel memori di dalam otak. Hanya yang bersifat 'roh' sahaja yang 'terakam' dalam 'roh.' Pelanggaran terhadap Firman Allah 'dirakam' dalam roh seseorang kerana semua Firman Allah adalah bersifat 'roh' dan hidup. Jika dituruti, Ia akan memberikan 'hidup,' sebaliknya jika sekiranya firman Allah dilanggar, maka ia akan membawa maut. Menolak kebenaran bahawa 'Firman menjadi Anak Manusia' adalah dosa! Justeru itu, percaya (menuruti) 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah kehidupan kekal abadi. Dalam Wahyu 19: 13 b, ...disingkapkan bahawa 'nama' Kristus (Anak Manusia) ialah Firman Allah.

    Justeru itu, bagaimana mungkin kita dapat 'menuruti' Firman Allah, jikalau kita tidak 'percaya' Kristus?  Kerana "...namaNya ialah Firman Allah" (Wahyu 19: 13 b). Roh nubuat menerangkan bahawa 'nama' bermaksud 'karya.' 'Nama' Yeshua ialah seratus peratus 'pekerjaan' Roh Tuhan kerana ia bukan dilahirkan ke dunia oleh keinginan nafsu seorang laki-laki dan seorang perempuan. Ia dilahirkan kerana 'takdir' Allah Bapa di Sorga. Yeshua datang untuk menyempurnakan 'misi' Sorgawi di bumi!  Dia datang untuk menyelesaikan 'divine mission' (divine handiwork) di bumi seperti 'kehendak' Bapa di Sorga: altar di bumi seperti altar di Sorga.  Menolak Yeshua sebagai 'karya' tangan kanan Bapa adalah berarti menolak takdir atau ketentuan Firman Allah! Yeshua berkata: Aku datang untuk mengerjakan (menggenapi) semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Lukas 24: 44). Pelanggaran menaklukkan seseorang kepada 'kuasa' kematian ataupun kuasa 'kutuk,' manakala roh orang berdosa pula akan tertakluk kepada perseteruan dengan kuasa kehidupan yang kudus dan kekal abadi!

     Nabi Yeremia telah bernubuat bahawa Roh Kudus akan menulis Sepuluh Hukum Tuhan di dalam setiap roh orang-orang percaya! "Tetapi inilah perjanjian yang akan Ku adakan dengan kaum Israel [juga kepada bangsa-bangsa yang percaya kepada 'nama' Bapa (immutable name of the Father) dan nama yang diberikan kepada Anak] setelah hari-hari itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan menaruh hukum-Ku di dalam mereka dan di dalam hati mereka, Aku akan menuliskannya; dan aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku (Yeremia 31: 33). Bila ia (The Ten Commandments) dilanggar, maka, suara hati kita akan menuduh kita bahawa kita bersalah.   

    Kita memahami firman yang 'tersingkap' dalam 10 Commandments bahawa Dosa ialah pelanggaran mana-mana hukum dalam kesepuluh Ibunda Hukum (the Mother of Laws). Dosa adalah pelanggaran terhadap mana-mana bahagian dalam kesepuluh senarai Ibunda Hukum Tuhan (Imamat 20: 1-17).  Walaupun, orang percaya Tuhan dari bangsa bukan Israel, namun 'Roh Kudus' turut menulis Ibunda Hukum  yang sama di dalam roh mereka. Justeru itu, mereka juga dituntut oleh hukum itu sebagai mana ia menuntut orang Ibrani. Imamat 20: 20: 1-17 adalah seperti berikut:-


1 Kemudian Allah mengucapkan segala perkataan ini,

2 "Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir, dari rumah perhambaan.

3 "Engkau tidak akan ada allah lain selain Aku [kasihilah Tuhanmu sepenuh hati]

4 "Engkau tidak akan membuat bagimu berhala, atau apa yang ada di langit di atas, atau di bumi di bawah atau di dalam air di bawah bumi. 5 Janganlah kamu menyembah atau beribadah kepada mereka, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang melawat kekejaman para leluhur kepada anak-anak, pada generasi ketiga dan keempat dari mereka yang membenci Aku, 6 tetapi menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, kepada mereka yang mengasihi Aku dan mematuhi perintah-perintah-Ku.

7 "Janganlah kamu menyebut NAMA TUHAN, Allahmu dengan sembarangan, sebab TUHAN tidak akan melepaskan dia, tanpa dihukum, yang menyebut NAMA-Nya dengan sia-sia.

8 "Ingatlah hari Sabat untuk menguduskannya.9 Enam hari lamanya kamu harus bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu, kamu tidak boleh melakukan apa-apa, anakmu laki-laki atau perempuanmu, hambamu laki-laki atau budakmu perempuan atau ternakmu atau orang asing yang tinggal bersama-sama kamu. 11 Sebab dalam enam hari Tuhan menjadikan langit dan bumi, laut dan segala yang ada di dalamnya, hari ketujuh, maka Tuhan memberkati hari Sabat dan menjadikannya suci.

12 "Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya umurmu dapat berlanjut di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

13 "Jangan kamu membunuh.

14 "Kamu tidak boleh berzina.

15 "Jangan mencuri.

16 "Janganlah kamu menjadi saksi dusta terhadap sesamamu.

17 "Janganlah engkau mengingini rumah jiranmu; janganlah engkau mengingini isteri sesamamu atau hambanya laki-laki atau hamba perempuannya atau lembu atau keledainya atau apa saja yang ada pada sesamamu.

     Sebenarnya, Hukum Kasih yang dikatakan oleh Yeshua, iaitu mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia adalah seringkasnya berarti menggenapi Ibunda Hukum Sepuluh, The Ten Commandments (Exodus 20: 1-17). Ayat 1 hingga ayat 11 adalah rinci hukum perihal mengasihi Tuhan, manakala ayat 12 hingga ayat 17 adalah rinci hukum perihal mengasihi sesama manusia. Dari ibunda hukum inilah terpautnya semua nabi-nabi dan semua orang percaya dalam mengerjakan ibadah mereka. "Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah seorang akan yang lain."(Yohanes 15: 17). Hakikatnya, kehidupan yang dibaluti daging ini memang sukar sekali untuk mengasihi sesama manusia kerana roh menuruti namun daging (berpusat di otak) adalah lemah.

   Semua orang sebenarnya lemah dalam menuruti Firman yang tertulis dalam Kitab suci, Exodus 20: 1-17. Dan, semua orang melanggarnya setiap hari samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Ada saja bahagian-bahagian hukum Tuhan dalam kesepuluh Ibunda Hukum itu yang kita langgar setiap hari. Malah, hukum perihal sebutan nama' Tuhan sahaja akan memperlihatkan betapa kita lemah dan tidak sempurna dalam menuruti hukum!

     Semua manusia adalah fallible dan lemah untuk menuruti Firman Allah. Benarlah kata Yeshua: "...daging itu lemah..". Daging memang lemah di dalam menuruti Firman Allah. Sebutan kita tidak sempurna kerana ketika menyeru namaNya, hati kita diwarnai dengan ragu-ragu, prasangka, malah ada penyakit 'berkecil hati,' 'mengkritik,' dan 'menggerutu' kepada Tuhan. Perjalanan iman akan mengajar kita untuk sembuh daripada kesemua penyakit dalam urusan 'menyeru' nama' Tuhan. Dalam 'sebutan' nama' Tuhan sahaja, ternyata kita menemui kegagalan. Namun, apabila kita mulai menjadi "ranting kepada pokok," kita akan mulai melihat kemenangan. Malah, biarpun dosamu mengalir seperti sungai, maka 7 kali lipatlah mercy Tuhan itu akan mengalir ke atas rohmu.

    Tuhan berpesan kepada Jemaat di Filadelfia melalui malaikat: "kamu tidak berapa kuat, akan tetapi kamu tidak menyangkal 'nama' Tuhan." Tidak menyangkal 'nama' Tuhan berarti 'percaya' kepada 'nama' Tuhan dengan sempurna: Percaya yang tidak ada 'penyakit' atau 'telah dimurnikan' (refined). Yeshua berkata: "Be perfect therefore, as my Father in heaven is perfect." Percaya yang 'perfect' adalah seperti 'kanak-kanak.' Ia setulennya berasal dari anugerah operasi 'Roh tujuh lapis;'  Ia bukan rumusan logika kapasiti intelek. 'Perfect' bukanlah bermaksud 'sinless' tetapi seringkasnya 'tidak menyangkal nama Tuhan;' ...mengiakan 'nama' Nya sepenuhnya, meskipun daging mengalami ketiadaan tanda-tanda berkat, seperti iman Ayub ketika menghadapi ujian-ujian seolah-olah melalui masa Judgment times. Ia adalah anugerah 'melihat' kebenaran bahawa tiada apapun di bawah kolong langit yang dapat mengubah 'nama' Tuhan. He is still the same yesterday, today and tomorrow: the immutable attributes of God. 

    Kebenaran dinyatakan kepada orang-orang percaya bahawa 'nama' Bapa selama-lamanya tidak berubah (Immutable 'name' of the Father). The Covenanted names of God, iaitu 'nama' YHVH dan 'nama' Kristus Yeshua bertujuan untuk menyempurnakan 'missions.'  Sifat-sifat semulajadi roh YHVH dan 'roh' Yeshua adalah 'sama' dan 'satu' dengan Bapa segala roh yang immutable. YHVH dinyatakan kepada Israel untuk menggenapi janji-janji Tuhan kepada Abraham, dan juga untuk mempersiapkan 'the delivery of Christ.' ''Nama' yang diberikan kepada Anak adalah untuk menyempurnakan altar di bumi: the Way.  Nama yang diberikan kepada Anak adalah juga bertujuan untuk 'menabur dan menuai' bangsa-bangsa, supaya mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan akan dapat beribadah kepada Tuhan ('Bapa Kami') dan menerima kehidupan yang penuh.  'Nama' Bapa adalah immutable, maka rasul Paulus melihat bahawa tidak ada dosa yang dapat mengubah sifat-sifat Tuhan! Lalu, Paulus merumus: 'Segala sesuatu adalah dibenarkan, namun bukan semua adalah berguna.' Percaya kepada 'nama' Bapa dan  'nama' yang diberikan kepada Anak adalah suatu 'kebebasan' daripada penghambaan dosa. Bagi mereka yang mengenali 'nama' Bapa,' dosa-dosa bukanlah masalah yang rumit; Ia adalah seumpama kota-kota 'Yericho' yang perlu ditawan dan dirobohkan atau pun, Ia seumpama gunung-gunung yang perlu 'dilemparkan' ke dalam Laut.  Rasul Paulus menulis, "Di manakah sengatmu 'O' maut, iaitu dosa, ...maut telahpun ditelan oleh kuasa Kristus!"

     Persoalannya bukanlah bagaimana , akan tetapi apakah seseorang percaya itu mempunyai 'percaya' yang 'perfect.' ? "Nama" Bapa adalah 'Setia mengampuni.' 'Kesetiaan Roh Tuhan dalam mengampuni semua dosa yang dibuat oleh orang-orang percaya telah pun dinyatakan oleh Kristus kepada umat manusia yang 'luka' melalui Upacara Altar Melkisedek di bumi yang "Sudah Selesai." Dalam Bahasa pasarnya, 'programming' alam roh sudah terjamin 'selesai.' Pengupacaraan Altar di bumi selama 3 jam itu adalah 'programming' alam roh yang disempurnakan oleh Kristus! Dan penyempurnaan upacara rohaniah, ''programming," yang berasal dari ''nama' Bapa itu adalah diketahui oleh semua mahluk atau penduduk Sorgawi!

     Namun di bumi, ...hanya mereka yang tertulis namanya dalam Kitab Kehidupan sahaja yang 'percaya' kepada 'programming' yang "Sudah Selesai" diupacarakan oleh Yeshua di atas Kayu Salib. Programming yang disempurnakan oleh Yeshua  adalah curahan Berkat yang menjanjikan Kehidupan yang penuh! Orang-orang percaya dianugerahkan Jalan, Pintu dan Kunci untuk mengakses programming  itu supaya mereka menerima resources Tuhan' dalam mengerjakan ibadah! Roh Pentakosta adalah Berkat yang mencurah dari Sorga, hasil Pengupacaraan altar di bumi yang "Sudah Selesai" !

   Yohanes bersaksi bahawa sifat roh Yeshua adalah 'taat mengampuni,' sebagaimana sifat Roh Bapa yang ada disorga.  'Upacara Domba Tuhan' di bumi adalah suatu 'programming' alam roh yang boleh diakses sebagai Berkat. Berkat itu memperkayakan manusia di bumi, malah ia sama sekali 'tidak' menambahi penderitaan umat manusia! Berkat itu pastinya mengalir kerana pengupacaraan Yeshua sebagai Domba Tuhan adalah menurut Imam Agung Melkisedek. Maksudnya, Tuhan' yang mengupacara Altar di bumi! Hasil pengupacaraan Domba Tuhan' oleh diriNya sendiri semutlaknya terjamin! Programming alam 'roh' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah 'jaminan' kepada semua orang percaya dalam mengimani sifat-sifat Allah Bapa ('nama' Bapa) yang tidak kelihatan. Yeshua berfirman "Aku dan Bapa adalah 'satu.' ...Barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa." Justeru itu, 'melihat' Altar di bumi adalah mengenali 'nama' Bapa.

    Kita bukan berusaha membuat kebaikan-kebaikan agar diterima oleh Roh Tuhan; semua orang berdosa yang datang kepada Yeshua sentiasa diterima oleh 'Nama' Bapa yang immutable, dan juga 'nama' yang diberikan kepada Anak! (We are not striving to do good deeds in order to be accepted by God; we are accepted by God because of his immutable 'name.' ("Name" ..see Exodus 34: 5, 6, & 7). 'Karya' Tuhan' atau 'nama' Tuhan' ialah 'kasih' dan 'mercy' dan ''mengampuni.'

     Ayub bersaksi bagaimana suara Tuhan mengingatkan diri Ayub tentang pelanggaran hukum Tuhan: "4 Jika aku berbuat dosa, maka kamu akan memperhatikan aku, Dan tidak akan membebaskan saya dari kesalahan saya" (Ayub 10:14)


7 Janganlah kiranya kamu menyebut NAMA TUHAN, Allahmu, sembarangan, sebab TUHAN tidak akan melepaskan dia tanpa hukuman, yang menganggap nama-Nya sia-sia (Imamat 20: 7).

    Di antara sifat Tuhan yang di beritakan (proklamir) oleh diriNya sendiri kepada nabi Moshe ialah namaNya  "...yang mengampuni kesalahan..."  NAMANYA dan sifatNya tidaklah dapat dipisahkan kerana 'karya' Roh Tuhan berasal-mengalir dari sifat-sifat Roh Tuhan. 

'Nama' Tuhan yang tidak berubah (Immutable 'name' of God)

    Semua 'karya' [handiworks] Tuhan adalah mengalir dari sifat-sifat Tuhan yang Esa. Justeru itu, sifat-sifatNya boleh dilihat sebagai mengalir menjadi 'karya' Nya, atau seringkasnya diungkapkan sebagai the Covenanted 'name' of God. Maka, the Covenanted name of God mempunyai sifat-sifat yang 'sama' dengan the Immutable 'name' of God! The covenanted name of God seperti YHVH (Yahweh) dan Yeshua Kristus (Raja Kebenaran) adalah 'nama' Tuhan yang yang dinyatakan di bumi untuk urusan 'menabur dan menuai' (Salvation).  Manakala, the Immutable name of God adalah senantiasa di Sorga atau kita sebut namanya sebagai Allah Bapa!

KELUARAN 34: 5-7 (terjemahan ke bahasa Indonesia dari versi NASB)

5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'NAMA' Tuhan 6 berjalanlah Tuhan lewat di depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasihNya dan setiaNya. 7 yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya kepada keturunan yang ketiga dan keempat.'   (Imamat 34: 5, 6, 7, Lembaga Alkitab Indonesia).