Jumaat, 18 September 2015

Berjalan dalam kegelapan...


By Jonas Mannaseh Gimin Kabung

Tiada Cahaya bersinar di atas kepala...

   Pernahkah engkau mendengar bahawa orang percayapun berjalan dalam 'kegelapan'...? (Inspirasi dari Yesaya 50: 10-11).  Daud pula bersaksi: Jika aku berkata: "Biarlah kegelapan saja melingkupi aku, dan terang sekelilingku menjadi malam,"maka kegelapan pun tidak menggelapkan bagi-Mu, dan malam menjadi terang seperti siang; kegelapan sama seperti terang."

Apakah itu kegelapan?

    Ringkasnya, mereka yang tiada "terang dunia" adalah hidup dalam kegelapan.  "12... Yeshua berkata pula kepada orang banyak, kata-Nya: 'Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup.'(Yoh 8:12)" Perumpamaan klasik ialah 5 orang buta yang meraba-raba badan gajah, maka masing-masinglah mereka mendapat pengertian dan kesimpulan menurut rabaan masing-masing. Jadi, kegelapan adalah mata roh yang buta, ataupun tidak melihat "realiti" Roh Tuhan. Realiti keberadaan Roh Tuhan tidak ada kerana tidak dapat memasuki Hadirat  Roh Kudus.

     Roh manusia yang "luka," adalah terpisah dari perdamaian, dan di luar realiti hadirat Roh Tuhan.  Maka, mereka yang tidak percaya kepada "Dia yang diutus Bapa" adalah hidup dalam keadaan terpisah dari 'Terang.' Janji Yeshua akan hadirat (wajah) Roh Kudus tidak akan menjadi realiti bila roh manusia tidak percaya kepada Jalan Perdamaian oleh Raja Damai, Domba Tuhan.  Walau apapun pendapat manusia, kebenarannya ialah "Percaya kepada Yeshua sebagai 'terang dunia' adalah anugerah Tuhan."

.......................................................
Kegelapan bagi orang percaya...
.......................................................

    Bagi orang percaya, 'kegelapan' boleh jadi ketiadaan tanda-tanda berkat Tuhan, sebagaimana yang telah dialami oleh, patriarch Ayub, seorang yang benar menurut catatan dalam kitab Ayub. Dalam kasus kehidupan Ayub, 'Kegelapan' itu adalah seperti 'seolah-olah' kehilangan 'hadirat' Tuhan yang menganugerahkan 'berkat-berkat' kehidupan. Ayub meluahkan keinginannya,"  "Ah, kiranya aku seperti dalam bulan-bulan yang silam, seperti pada hari-hari, ketika Allah melindungi aku, 3 ketika pelita-Nya bersinar di atas kepalaku, dan di bawah terang-Nya aku berjalan dalam gelap,4 seperti ketika aku mengalami masa remajaku, ketika Allah bergaul karib dengan aku di dalam kemahku; 5 ketika Yang Mahakuasa masih beserta aku, dan anak-anakku ada di sekelilingku; 6 ketika langkah-langkahku bermandikan dadih, dan gunung batu mengalirkan sungai minyak di dekatku (Ayub 29: 1-6).  Maksudnya, kegelapan seperti yang dialami Ayub adalah 'ketiadaan hadirat dan berkat Tuhan' dalam suatu tempoh masa. Kegelapan juga boleh diartikan sebagai terpenjara oleh bermacam-macam jenis penjara. Di mana ada Roh Kebenaran, di situ ada pembebasan. Terpenjara bukan sahaja memerlukan pembebasan, malah memerlukan 'pengetahuan' dan 'pengertian' akan Tuhan.  Nabi Yesaya bernubuat "... umat-Ku harus pergi ke dalam pembuangan ("kegelapan/hukuman"), oleh sebab mereka tidak mengerti apa-apa; ...(Yesaya 5:13).  Nabi Daniel dalam pembuangan di Babylon menjelaskan bahawa mereka hidup dalam kegelapan, kerana dia turut dihukum oleh Tuhan bersama-sama dengan Yehuda dan Israel (10 suku kaum di utara~ the northern ten tribes). Jelas sekali, di dalam Perjanjian Lama, nabi-nabipun turut serta dihukum Tuhan, namun hukuman Tuhan itu penuh dengan keadilan! Andaikata Tuhan menghukum kita, maka kita percaya bahawa hukumanNya penuh dengan keadilan! Dan orang-orang percaya tidaklah dihukum, sampai masuk neraka, cuma hukuman Tuhan akan mendisplinkan kita dan mengajarkan kepada kita apa itu kebenaran, seperti petikan dari nabi Yesaya yang berbunyi: apabila Engkau datang menghakimi  bumi, maka penduduk dunia akan belajar apa yang benar” (Yesaya 26: 9). 

                                   
"... from His mouths (the prophets) come knowledge and understanding..."
    Ketiadaan wisdom, understanding dan 'revelation knowledge' dalam sesuatu perkara, maka itu berarti bahawa kita akan terpenjara di dalam 'sesuatu,' malah kita tidak dapat 'melemparkan gunung ke dalam laut;' 'gunung' yang menghalang perjalanan iman kita. Nabi Yesaya menyampaikan Firman Tuhan "10 Siapa di antara mu yang 'takut akan Tuhan' [artinya pernah bergaul-karib dengan Tuhan], dan mendengarkan suara hamba-Nya? Jika ia 'hidup dalam kegelapan,' dan tidak ada cahaya bersinar baginya, baiklah ia percaya kepada 'nama' Tuhan dan 'bersandar' kepada Allahnya! 11 Sesungguhnya, kamu semua yang 'menyalakan api' dan yang memasang panah-panah api, masuklah ke dalam nyala apimu, dan ke tengah-tengah panah-panah api yang telah kamu pasang! Oleh tangan-Kulah hal itu akan terjadi atasmu; kamu akan berbaring di tempat siksaan" (Yes. 50:10-11).

    Perjalanan 'percaya' (iman) menuntut kita supaya 'percaya' dan 'bersandar' sepenuhnya kepada 'nama' Tuhan! 'Nama' Tuhan ialah the Word of God! Firman Allah ialah 'nama' Kristus (Wahyu 19: 13 b). 'Pekerjaan' atau 'Karya' Tuhan ialah Firman Allah! Apa yang Tuhan firmankan, dan itulah yang akan dikerjakan oleh Tuhan sehingga selesai! Orang percaya yang hidup dalam terang akan berkata seperti Daud "Firmanmu (Roh) adalah pelita kakiku, cahaya yang menerangi jalanku (perjalanan iman)." Namun, aneh tetapi benar, orang-orang percayapun, ada yang dikatakan, 'hidup berjalan dalam kegelapan.' Ia adalah salah satu perkara yang mewarnai ("normal painting") perjalanan iman.  Biasanya kita kaitkan 'kegelapan' dengan orang tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan yang Mahasuci.  Nabi Yesaya menyampaikan mesej 'roh' Tuhan, bahawa "orang percaya yang berjalan dalam kegelapan," haruslah percaya kepada "nama" Tuhan, dan bersandar kepada Roh Tuhan.

    "Menyalakan api' dan 'panah-panah api' dalam Yesaya 50: 10-11 adalah mewakili usaha manusia untuk menerangi perjalanan 'percaya.' Tuhan berfirman dengan jelas bahawa hanya 'Api Roh Tuhan' sahaja yang dikenan oleh Tuhan. 'Memberontak' dan 'bersungut-sungut' adalah percaya yang penuh dengan ragu-ragu. "Bersungut-sungut" bermakna bahawa kita tidak percaya sepenuhnya kepada "namaNya." Alkisah Israel yang bersungut-sungut adalah contoh 'iman' yang tidak sempurna! Mereka tidak tunduk kepada 'suara' firman yang menitahkan mereka untuk 'percaya' sepenuhnya. Mereka masih merencanakan untuk menyerang pergunungan Seir meskipun Tuhan tidak lagi menyertai mereka. Ini adalah contoh maksud frasa nubuat "menyalakan api' dan 'panah-panah api' dalam Yesaya 50: 10-11. Mereka tewas dalam "api mereka sendiri" dengan meniadakan pemberitaan hambaNya, Nabi Musa, dalam Kitab Bilangan  13 & 14.

31 Tetapi orang-orang yang pergi ke sana bersama-sama dengan dia berkata: "Kita tidak dapat maju menyerang bangsa itu, karena mereka lebih kuat dari pada kita. 32 Juga mereka menyampaikan kepada orang Israel kabar busuk  tentang negeri yang diintai mereka, dengan berkata: "Negeri yang telah kami lalui untuk diintai adalah suatu negeri yang memakan  penduduknya, dan semua orang yang kami lihat di sana adalah orang-orang yang tinggi-tinggi perawakannya . 33 Juga kami lihat di sana orang-orang raksasa,  orang Enak  yang berasal dari orang-orang raksasa, dan kami lihat diri kami seperti belalang, dan demikian juga mereka terhadap kami” (Bilangan 13: 31-33).


40 Dan keesokan harinya bangunlah mereka pagi-pagi hendak naik ke puncak gunung sambil berkata: "Sekarang kita hendak maju ke negeri yang difirmankan TUHAN itu; memang kita telah berbuat dosa. 41 Tetapi kata Musa: "Mengapakah kamu hendak melanggar titah TUHAN? Hal itu tidak akan berhasil.  42 Janganlah maju, sebab TUHAN tidak ada di tengah-tengahmu, supaya jangan kamu dikalahkan oleh musuhmu,  43 sebab orang Amalek  dan orang Kanaan ada di sana di depanmu dan kamu akan tewas oleh pedang; dari sebab kamu berbalik membelakangi TUHAN, maka TUHAN tidak akan menyertai kamu . "44 Meskipun demikian, mereka nekat naik ke puncak gunung itu, tetapi tabut perjanjian TUHAN dan Musa juga tidaklah meninggalkan tempat perkemahan. 45 Lalu turunlah orang Amalek dan orang Kanaan   yang mendiami pegunungan   itu dan menyerang mereka; kemudian orang-orang itu mencerai-beraikan mereka sampai ke Horma (Bilangan 14: 40-45)  


    'Percaya' kepada namaNyà seringkasnya percaya kepada perintah-perintah Perjanjian, percaya kepada sifat-sifat Roh Tuhan dan juga percaya kepada FirmanNya. Karya atau namaNya dizahirkan oleh sifat-sifat RohNya. Domba Tuhan, sebagai contoh, adalah 'nama' atau 'karya' yang dizahirkan oleh sifat Allah Bapa yang penuh kasih, pengasihani dan setia mengampuni. Maka, ajaran 'altar' di turunkan ke bumi oleh kerana sifat-sifat Roh Allah Bapa itu. Justeru itu, 'percaya' kepada namaNya juga bermaksud mengiakan Tuhan yang 'tidak berdusta' dan 'setia' dalam menggenapi janji-janjiNya (firmanNya).

    Orang percaya ialah mereka yang telah dilahirkan kembali; mereka bukanlah buta rohani.  Namun, jika sumbu roh kita tidak suci, dan tiada Lidah Api turun, maka sudah tentu kita akan berjalan, tanpa 'Cahaya bersinar di atas kepala.' Dalam hal ini, orang percaya akan berjalan seolah-olah seperti dalam kegelapan iaitu tanpa suara Roh Kebenaran yang membimbing kita. Nubuatan Yesaya menyatakan supaya kita harus tetap berpaut dan bersandar kepada "nama" Tuhan. Tetap percaya kepada  "Nama" yang kita yakini dan kita seru selama ini.  Mengerti "nama" adalah mengenali Tuhan.  Ayub akhirnya mendengar kembali Suara Tuhan, malah dia telah melihat Wajah (Hadirat) Hakim  di dalam "puting-beliung" sebagaimana dalam catatan Ayub 42: 4-5.  Tuhan berfirman kepada Ayub"...4...Dengarlah, maka Akulah yang akan berfirman; Aku akan menanyai engkau, supaya engkau memberitahu Aku." Ayub berkata kepada Tuhan "5 Hanya dari kata orang saja aku mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang Engkau."  Perjalanan iman dengan bersandarkan keupayaan intelek mengakibatkan perjalanan itu seolah-olah suatu perjalanan 'gelap' dan tiada sukacita.  Penulis Ibrani menjelaskan "Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat.(Ibrani 11:1)"

    Perjalanan iman memerlukan "suara" Firman (Roh), visions Dan Dream dreams;  "Firman yang menjadi manusia, iaitu Yeshua." Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus adalah 'satu' Roh. Yeshua senantiasa bersama umatnya, emmanuel, kerana dimungkinkan oleh hadirat Roh Kebenaran yang dijanjikan Yeshua. "...tetapi Roh Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu." (Yoh 14:26).  Maka, 'firman' yang tertulis tidaklah bercahaya sekiranya dirumuskan oleh Intelek. Ia mesti diajarkan oleh Roh Kudus baharulah 'firman' yang tertulis akan bersinar bercahaya menerangi jalanku dan menjadi pelita kaki mu. "Jikalau Penghibur yang akan Ku utus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku.(Yoh 15:26)." Perjalanan iman tanpa suara Roh Kebenaran yang menuntun orang percaya akan menjadikan perjalanan "percaya" kita, seperti seolah-olah hidup ketiadaan realiti Tuhan. Dalam lain perkataan, 'percaya' yang selama ini kita yakini menjadi seolah-olah tidak ada realiti. Justeru itu, membuat kesimpulan dan keputusan berhubung pekerjaan tangan Tuhan tanpa menuruti "Firman" (Roh Tuhan) adalah umpama menyalakan api sendiri.  Hanya, Api Roh Kudus yang turun hinggap pada "sumbu roh" iaitu "jantung roh" yang dikenan Tuhan.

   'Kegelapan' juga merujuk kepada suatu tempoh hukuman Tuhan yang disampaikan oleh mulut-mulut Tuhan (Amos 3: 7).  Banyak contoh kita dapat pelajari dari kisah-kisah umat Tuhan dalam perjanjian Lama, dan juga nubuatan-nubuatan hukuman dalam era Gereja. Contoh, kegelapan 70 tahun, bagi bani Yehuda adalah pembuangan ke Babel, di antara mereka yang diangkut ke sana adalah Nabi Daniel (Daniel 1-Daniel 2), sepertimana yang dinubuatkan oleh Nabi Yeremia. 420 tahun pembuangan bagi kesemua 10 suku kaum Ibrani, iaitu kerajaan di utara (the northern ten tribes). "Maka seluruh negeri ini akan menjadi reruntuhan dan ketandusan, dan bangsa-bangsa ini akan menjadi hamba kepada raja Babel tujuh puluh tahun lamanya.Kemudian sesudah genap ketujuh puluh tahun itu, demikianlah firman Tuhan, maka Aku akan melakukan pembalasan kepada raja Babel dan kepada bangsa itu oleh karena kesalahan mereka, juga kepada negeri orang-orang Kasdim, dengan membuatnya menjadi tempat-tempat yang tandus untuk selama-lamanya." (Yeremia 25:11-12).  Hukuman Tuhan jelas kerana ada "pemberitaan" hukuman (1 Raja-Raja 14: 7-16; Amos 3: 7). Daniel dan sahabatnya, jelas memohon belas kasihan Tuhan dengan berpuasa, ketika memohon "api" yang dikenan Tuhan.

    Pengertian radikal menjelaskan, bahawa roh orang percaya yang berjalan dalam kegelapan diumpamakan pelita yang sumbunya (roh) tiada nyala api Roh Kudus. Maka, ia bermaksud tiada cahaya yang menerangi perjalanan iman.  Tiada cahaya terang Tuhan akan mengakibatkan "lack of understanding" yang bisa mengakibatkan kehilangan sukacita dalam keselamatanNya.

    Raja Sulaiman memberikan kita pengertian bahawa "roh manusia adalah pelita Tuhan, yan menyelidiki seluruh lubuk hatinya." (Amsal 20:27). Ayub bersaksi "...ketika pelita-Nya bersinar di atas kepalaku, dan di bawah terang-Nya aku berjalan dalam gelap; (Ayub 29:3). Cahaya nyala api Roh Kudus pada "sumbu" pelita (jantung roh) dijelaskan oleh Ayub dalam Ayub 29: 3.

                                 
Ketika  pelitaNya bersinar di atas kepalaku...,('urapan Roh Kudus') 
dan di bawah terangNya aku berjalan dalam gelap;  (Ayub 29: 3

     Tapi, bila roh manusia itu bukan di tangan Tuhan, iaitu dalam tangannya sendiri (dipandu oleh intelek), dan bukan juga dalam Hadiratnya, maka ia ('roh manusia') tidak akan berfungsi sebagai pelita yang dapat menerangi perjalanan iman. Ia hanyalah tinggal sebagai pelita yang "tiada api" pada 'sumbunya' atau menurut kata-kata Ayub: tiada "pelitaNya bersinar di atas kepalaku." 'Sumbunya' dan seluruh ruang tubuh pelita mestilah senantiasa memerlukan pentahiran oleh 'kesetiaan' darah suci Domba, supaya ia tidak membara bila api Roh Kudus hinggap padanya. (Lihat Matius 5: 8; Why 1:5.) Kalau roh kita tidak suci dengan sempurna, ia (sumbu) hanya akan membara, dan akhirnya  nyala api tidak menjadi,... cuma membara dan terpadam.  Api Roh Kudus, dengan lemah-lembutnya seolah-olah 'sengaja' tidak hinggap pada sumbu roh kita. Lidah Api (Roh Kudus) yang tidak turun, bukanlah berarti kita dihukum, kerana hukuman Tuhan hanya bisa terjadi apabila "panjang sabarNya" habis atau dosa sudah jadi ranum, dan jika hukuman Tuhan, maka ia mestilah didahului oleh pengumuman (pemberitaan) hukuman dari mahkamah Sorgawi (Amos 3:7); the judgment of the Lord is from the court of heaven. Roh Kudus yang tidak turun pada 'sumbu' roh kita ('jantung roh') hanyalah suatu manifestasi, betapa roh kita tidak suci dengan 'sempurna' (Matius 5: 48). 'Sempurna' itu bukanlah menurut fikiran manusia. Ia memerlukan 'roh pengetahuan, roh hikmat dan roh pengertian' dalam menerima maksud sebenar 'sempurna.' Kesucian roh manusia adalah 'berkat' dari Tuhan, dan bukanlah dari jerih payah usaha manusia! Perkataan "Blessed" atau "berbahagia" dari ucapan Yeshua dalam Matius 5 adalah bermaksud "berkat Tuhan" atau "sumber dari Tuhan." Berbahagialah orang yang suci hatinya , karena mereka akan melihat Allah” (Matius 5: 8). Apabila kita gunakan bahasa manusiawi untuk mengungkapkan semula 'Ucapan Bahagia' Yeshua dalam petikan Matius 5: 8, maka ia akan berbunyi: Adalah 'berkat' Tuhan atau ‘sumber’ roh Tuhan yang memungkinkan roh seseorang itu menjadi suci, dan orang yang disucikan rohnya oleh ‘berkat’ Tuhan akan dapat memasuki hadirat Roh Tuhan.Pengampunan dosa-dosa adalah 'berkat' yang mengalir dari 'nama' Tuhan! 
.
    Bila hadiratNya tiada, maka tiadalah juga "Roh doa (spirit of prayer)," namun sememangnya Tuhan masih  mendengar doa-doa kita; malangnya di pihak kitalah yang tidak dapat mendengar suaraNya (Yesaya 59: 1-2). Ia juga "memuntahkan" (tidak dapat memasuki Hadiratnya Rohnya) roh kita jika sekiranya imani kita seperti orang percaya di Laodikea. "Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku" (Wahyu 3:16).  Maksudnya, kita tidak dapat memasuki Hadirat Roh Kudus. Jika kita terdengar suaraNya (suara yang tiada mesej  hukuman), padahal roh kita tidak suci, maka itu disebabkan oleh anugerah Tuhan:  belas kasihanNya.

Tuhan berbicara kepada Iblis

    Tuhan berbicara dengan Iblis, maka kenapa pula Tuhan tidak mampu untuk berbicara dengan orang-orang yang hidup dalam kegelapan? Jika pintu "siang dan malam tidak henti henti" (perdamaian) belum tertutup maka Tuhan akan terus berbicara di dalam gelap kepada mereka yang masih terpisah dari Cahaya Terang Tuhan atau mereka yang bukan buta tetapi Lidah Api seolah berdiam membisu .

     "Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap Tuhan dan di antara mereka datanglah juga Iblis.Maka bertanyalah Tuhan kepada Iblis: "Dari mana engkau?" Lalu jawab Iblis kepada Tuhan: "Dari perjalanan mengelilingi dan menjelajah bumi."Lalu bertanyalah Tuhan kepada Iblis: "Apakah engkau memperhatikan hamba-Ku Ayub? Sebab tiada seorang pun di bumi seperti dia, yang demikian saleh dan jujur, yang takut akan Allah dan menjauhi kejahatan."Lalu jawab Iblis kepada Tuhan: "Apakah dengan tidak mendapat apa-apa Ayub takut akan Allah? Bukankah Engkau yang membuat pagar sekeliling dia dan rumahnya serta segala yang dimilikinya? Apa yang dikerjakannya telah Kauberkati dan apa yang dimilikinya makin bertambah di negeri itu.Tetapi ulurkanlah tangan-Mu dan jamahlah segala yang dipunyainya, ia pasti mengutuki Engkau di hadapan-Mu."Maka firman Tuhan kepada Iblis: "Nah, segala yang dipunyainya ada dalam kuasamu; hanya janganlah engkau mengulurkan tanganmu terhadap dirinya." Kemudian pergilah Iblis dari hadapan Tuhan.(Ayub 1:6-12)

Siapakah yang layak?

"Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."(Wahyu 4:11)

...sebab "di luar Aku" kamu tidak dapat berbuat apa-apa.(Yoh 15:5 b)

    Tanpa Salib Kristus, tiada satupun manusia yang dapat bermegah di dalam Kristus, dan dapat melakukan kehendak Tuhan.  Setiap orang percaya mempunyai kegelapan-kegelapannya yang tersendiri dan unik.  Maka percayalah kepada Namanya, dan pemberitaan "Firman" dari MulutNya."Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mazmur 119: 130)."  Version inggerisnya, "the unfolding of your words gives light; it gives understanding to the simple." Psalms 119: 130.

    Banyak orang berkata: "Siapa yang akan memperlihatkan yang baik kepada kita?" Biarlah cahaya wajah-Mu menyinari kami, ya Tuhan!"(Mazmur 4:7).  Bagi orang yang percaya namaNya, kegelapan atau gurun bukanlah tempat kematian, tetapi tempat roh kita dimurnikan, dan kekuatan iman diteguhkan atau dalam bahasa Inggeris, ia adalah tempat "spiritual transformation." Itulah juga yang akan terjadi pada tempoh masa Judgment;... apabila 'burung-burung nazar' mengerumuni bangkai kerana "langit dan cakrawala" memberitakan pekerjaan tangan Tuhan iaitu "matahari menjadi gelap, bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang berjatuhan." Maka, "kegelapan" adalah tempat transformasi rohani bagi mereka yang percaya kepada "namaNya," ('pekerjaan' Roh Tuhan yang mengalir dari sifat-sifat RohNya) dan bersandar kekuatan kepada Tuhan. Yang "tidak percaya" dan hanya bergantung kepada 'pekerjaan' atau 'nama' manusia semata-mata akan tewas dalam Judgment, terpisah selama-lamanya (Matius 24: 29-30). Nàma Tuhan pasti akan tidak pernah berubah dan trustworthy untuk kita sandarkan "percaya" (lihat sifat-sifat 'nàma' Tuhan dalam Exodus 34: 5, 6, 7).

"Apa yang Kukatakan kepadamu dalam gelap, katakanlah itu dalam terang; dan apa yang dibisikkan ke telingamu, beritakanlah itu dari atas atap rumah."(Matius 10:27).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan