Rabu, 7 Oktober 2015

Mahakasih Tuhan yang menghukum kerana ia adalah kasih yang Mahasuci.....



Tuhan itu Maha-kasih. "Benci" (hatred) tidaklah 'mencipta' malah ia adalah biji benih yang membawa perseteruan, peperangan atau kemusnahan. Ia (hatred) adalah bahasa manusia yang "luka." Dengan kasihNya yang sempurna, Ia mencipta dan memelihara alam semesta dengan kuasa Maha-kasih Nya. Manusia pertama, Adam, dicipta Tuhan kerana KasihNya. Kristus, Anak Tuhan yang Mahatinggi, juga di utus kerana MahakasihNya kepada umat manusia dan segenap mahluk ciptaanNya. Bila manusia pertama berdosa, "luka" menurun kepada keturunannya, dan "Kasih" Tuhan menjadi masalah besar kepada umat manusia yang "luka" kerana kasih Tuhan itu Mahasuci dan bernyala-nyala. Kesucian KasihNya umpama api yang menghanguskan umat manusia yang berdosa. Maka Tuhan telah membuka "jalan" iaitu "jalan penebusan" menurut amal-ibadah ritus-ritus purbakala. Ritus penebusan dosa di zaman purbakala ada dicatatkan dalam Kitab Suci iaitu dalam buku Kejadian fasal 4 iaitu mengenai persembahan bakaran oleh Abel dan Cain. Ia adalah pernyataan awal Tuhan tentang "jalan" menyelesaikan dosa-dosa manusia yang "luka," supaya kasih Tuhan yang suci tidak akan menjilat hangus manusia yang didekati oleh Tuhan.

Justeru itu, "jalan" menurut Firman adalah sumber "kehidupan yang penuh" iaitu diperdamaikan dengan kasih Tuhan yang suci. "Jalan" perdamaian purbakala itu telah diwarisi oleh anak-anak Adam sampai kepada Noah. Dan seterusnya ajaran hukum-hukum 'jalan" penebusan secara lebih teratur dan terperinci telah diturunkan kepada bani pilihan Tuhan: Israel. Kemudiannya menurut Lukas 24: 44, "Jalan" itu telah disempurnakan oleh Domba Tuhan, Kristus, agar mereka yang tertulis namaNya dalam buku kehidupan dapat bergaul karib dengan Tuhan yang KasihNya yang Maha-suci. Perdamaian antara manusia yang "luka," dan Tuhan yang "consuming" melalui karya perdamaian oleh Domba Tuhan, Kristus, adalah "Jalan" untuk dapat menerima kasih Tuhan tanpa dijilat-hangus oleh KekudusanNya.

Malaikat bernyanyi "kudus, kudus, kudus, kemuliaan Tuhan memenuhi bumi" juga dapat diertikan bahawa kasih Tuhan yang Mahasuci (agape love) juga memenuhi alam semesta. Maka, tiada tempat bagi umat manusia untuk lari dari realiti Mahakasih Roh Tuhan; entah ia kematian, kegelapan, ketelanjangan, penderitaan, sakit-penyakit, pedang, mahupun apa saja kuasa yang ada di bumi mahupun apa saja kuasa yang di atas langit...tidaklah siapa dapat dipisahkan dari Kasih Tuhan. Tuhan itu Mahakasih. MahakasihNya menerpa kita sepanjang masa. Daud bernyanyi "His love is unfailing." Tuhan dengan sempurnanya mengasihi kita semua, sepanjang masa. KasihNya menerpa kita semua, sepanjang masa. Dia bukanlah sumber kematian. Dia bukanlah sumber penderitaan. Kita semua dikasihi Tuhan.  Kita lihat Salib Kristus sebagai manifestasi kasih Tuhan kepada manusia. Tuhan tahu KasihNya itu penuh dengan kekudusanNya juga. Intelek manusia yang "luka" berfikir bahawa Tuhan itu "menghukum." Namun sebenarnya, kekudusanNyalah itu yang "consuming fire." Dan manusia yang suka dengan inteleknya sebenarnya bukanlah dihukum kerana Salib Kristus mengasihi semua manusia. Walaubagaimanapun, "nama" Kristus sebagai "Hakim" apabila "matahari jadi gelap, bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang berjatuhan," sememangnya menghakimi dan menghukum.  Selagi Lirik "siang dan malam tidak henti-henti" berterusan, maka Kristus sebagai "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia" tidak akan menghukum. 

     Maka sesungguhnya Tuhan itu Mahakasih: unfailing love. Jika "Jalan" Tuhan itu ditolak kerana "tidak percaya," maka kesudahannya akan membawa roh-roh kita semua kepada nyalaan "KasihNya yang Mahasuci;" ia bernyala-nyala dan memenuhi alam semesta. KasihNya yang kudus bernyala-nyala, itulah sebenarnya yang intelek manusia fahami sebagai "judgment." Tidak percaya kepada jalan Tuhan, Firman, samalah ertinya bahawa kita akan menghadapi kasih Tuhan yang bernyala-nyala ("consuming fire"). Justeru itu, Kasihnya yang consuming itu adalah hukuman yang semutlaknya Maha-adil. Ia Maha-adil kerana ia sebenarnya "Mahakasih Tuhan yang bernyala-nyala."

Kasih Tuhan itu selama-lamanya setia, akan tetapi kasih setiaNya itu adalah Mahasuci. "...bernama: Setia dan Yang Benar,"...(Wahyu 19: 11).  Maka, bagaimana mungkin roh kita mendapat kehidupan yang penuh jika bukan percaya kepada "Jalan" perdamaianNya? KasihNya adalah sumber kehidupan kepada segala ciptaan Tuhan di bumi. Namun kita tahu bahawa KasihNya itu juga adalah Mahasuci. Justeru itu, semua hukuman Roh Tuhan mengalir turun daripada KekudusanNya. Semua hukum-hukum suci Tuhan menyatakan ("revealing") kekudusanNya. Secara peribadi, saya melihat dosa-dosa adalah keputusan intelek, dan juga segala perbuatan yang menentang kasih Tuhan yang Mahasuci. Ketika YHVH menyatakan kemuliaanNya kepada Nabi Musa, Ia berseru "Tuhan, Tuhan, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih setiaNya, yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman,...(Keluaran 34: 5-7). Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus adalah Satu Roh yang Mahasuci. Yahweh adalah Roh Yesus dalam Perjanjian Lama. Tuhan itu berlimpah kasihnya  untuk selama-lamanya, namun ia juga menghukum terhadap orang-orang berdosa yang melanggar kekudusan Tuhan; Tuhan yang Mahasuci adalah empunya langit, bumi dan segala isinya.

Hukuman Tuhan ke atas kehidupan peribadi seseorang menurut pengertian peribadi saya adalah ringkasnya seperti berikut:

(1)      Roh Tuhan adalah Hakim ke atas segala perlanggaran hukum-hukum Tuhan (dosa-dosa). Jika ada penghukuman, maka ia mestilah ada penghakiman. Tuhan itu Hakim yang Maha-adil. Namun intelek manusia senantiasa cenderung berpendapat, malah  berusaha menghakimi sesama manusia; dan inilah kelemahan manusia yang “luka.”  Hukuman Tuhan adalah ditujukan kepada "orang yang bersalah" kerana Tuhan tidak membebaskan kita dari kesalahan kita (Ayub 10: 14), kecuali kita menyeru nama "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia"(Kis 2: 21; 1 Yoh 1:9). Orang yang ditebus, dan diperdamaikan selalu oleh anugerah pengampunan dosa yang diberikan oleh "Domba" akan luput daripada segala hukuman Roh Suci Tuhan. Maka, mereka yang percaya kepada "Jalan" tidaklah dihukum tetapi ditegor dan dihajar Roh Kudus (Wahyu 3: 19);

(2)      Hukuman Roh Tuhan di umumkan terlebih dahulu di Sorga (Mazmur 76:8) iaitu dalam jantung (Roh) Allah Bapa ("Court of Heaven"). Kesemua keputusan hukuman adalah terbit dari kehendak Allah Bapa. Dalam Perjanjian Lama, hukuman disampaikan oleh "mulut-mulut" Tuhan (Nabi-Nabi). Jika "dalam hadirat Roh YHVH" seperti dalam kasus anak-anak Harun yang membuat perapian yang tidak dibenarkan, dinyatakan bahawa api hadirat Roh Tuhan seperti api yang menghanguskan. "Hadirat" Tuhan juga menghukum dengan manifestasi sakit-penyakit, atau wabak penyakit kepada mereka yang bersalah/berdosa atau tidak diperdamaikan dengan Roh Suci Tuhan. Wabak itu berhenti bila penyelesaian dosa di upacarakan oleh imamat. Dalam Perjanjian Baru, ia (hukuman) disampaikan oleh hadirat Roh Kudus. Bila Roh Kudus turun, kita akan diinsafkan akan dosa-dosa kita. Kekudusan kasih Roh Kudus itulah yang menginsafkan kita; jika kita masuk hadiratNya tanpa mendengar apa-apa pengumuman hukuman, maka itu bererti Roh Kudus tidaklah menghukum kita. Jika Roh Kudus tidak turun ataupun kita tidak dapat memasuki hadiratNya yang suci, maka itu bererti kita tidak sempurna (Mat. 5: 8, 48). Roh Kudus menuntut kekudusan kepada orang percaya yang ingin memasuki hadiratNya (Matius 5: 8).

(3)     Oleh kerana Tuhan itu "panjang sabar" (Keluaran 34: 6-7), maka Ia tidaklah menghukum sembarangan tetapi dengan penuh keadilan. Jika Roh Tuhan menghukum dosa-dosa manusia, maka hal itu berlaku hanya apabila dosa-dosa mereka menjadi 'ranum,' ataupun hanya pada waktu kematian, destinasi roh-roh kita akan diputuskan oleh Roh Tuhan. Biasanya, manusia sesama manusialah yang sebenarnya saling menghukum sesama diri kita sendiri, samada mengikut undang-undang manusia ataupun tanpa mengikut apa-apa undang-undang. Dan penghakiman kita adalah berdasarkan rumusan intelek kita, kecuali kita sampaikan mesej Roh Tuhan, maka ia akan menjadi suatu penghakiman dari Roh Tuhan. Penghakiman yang sedemikian adalah disebut "Roh nubuatan" ("Spirit of Prophecy").

(4)      Tidaklah bijak jika kita menggangap diri kita telah dihukum oleh Roh Tuhan, sedangkan tiada apa-apa diperdengarkan perihal keputusan yang spesifik tentang hukuman dari Roh Tuhan (Amos 3: 7). Hukuman Tuhan bukanlah ditafsir oleh intelek manusia, tetapi kita dengar dari firman Roh Tuhan (Roh Kudus). Kesemua hukuman Tuhan dalam Perjanjian Lama dijelaskan tanpa samar-samar oleh Roh Tuhan melalui pemberitaan nabi-nabiNya ataupun 'pilihanNya' ('chosen ones') (Amos 3: 7). Tuhan menjelaskan hukuman yang bakal menimpa ke atas semua penduduk bumi, dan segala isinya dengan banjir yang besar kepada Noah selang waktu selama 120 tahun sebelum ia digenapi. Noah tidak menafsir hukuman tersebut tetapi dia mendengar pemberitaan atau pengumuman dari Roh Tuhan. Ramai orang kristen menafsir hukuman Tuhan dengan intelek; mereka tidak mendengar suara Tuhan kerana hukuman itu adalah dari Suara Tuhan.  Justeru itu, mereka menjadi sangat Judgmental atau kuat menghakimi.

Tuhan menjelaskan setiap jenis hukuman yang ditimpakan kepada Firaun dan ke atas Mesir melalui mulutNya --Nabi Musa. Tuhan menjelaskan hukuman yang ditimpakan Sodom dan Gomorrah kepada Abraham, dan kemudian disampaikan kepada keluarga Lot oleh utusan Tuhan iaitu malaikat. Tuhan menjelaskan hukuman yang bakal menimpa Raja Yeroboam serta garis keturunanya, dan juga hukuman yang ditimpakan kepada sepuluh suku kaum Israel di bawah pemerintahan Yeroboam di utara melalui mulutNya, Nabi Ahijah (1Raja-Raja 14). Tuhan akan jelaskan terlebih dahulu hukuman yang ditimpakan ke atas umatNya yang memberontak. Justeru itu, Tuhan akan memperdengarkan keperincian hukuman sekiranya Ia menghukum; sedangkan mereka yang bukan umatnya tidaklah mengerti apa-apa yang sedang berlaku, entah mereka tahu mereka dihukum atau sebaliknya. Sebenarnya mereka yang tidak percayapun diberikan peluang mendengar pemberitaan hukuman yang disampaikan oleh nabi-nabi ("elect") Tuhan. Namun, biasanya mereka tidak akan percaya kepada 'pemberitaan' kecuali mereka dianugerahkan dengan 'percaya' oleh pekerjaan Roh Tuhan. Mereka pasti tidak akan percaya jika sekiranya telah dinyatakan oleh Roh Tuhan bahawa "nama mereka tidak tertulis dalam buku kehidupan;"

5)      Suara hati bukanlah hukuman Tuhan tetapi amaran awal yang "menuduh" kita mengenai dengan pelanggaran hukum Tuhan (10 Commandments; Taurat tidaklah dibatalkan, dan ia menyingkapkan kekudusanNya.'). Jika benar pelanggaran itu melibatkan pelanggaran Firman Suci, maka ia berfungsi sebagai "pendakwa," untuk membimbing kita kepada "pengakuan dosa" kepada Domba. Kuasa Kristus lebih besar daripada suara hati kita yang menuduh kita;

6)     Rasul Paulus berkata bahawa "tidak ada penghukuman bagi mereka di dalam Kristus Yesus" ("mereka yang tertulis dalam buku kehidupan") Roma 8: 1. "Di dalam Kristus Yesus" adalah mereka yang senantiasa diperdamaikan dengan Kasih Tuhan yang suci melalui pengakuan mereka yang tidak putus-putus akan Manna dari Syurga. Pengakuan mereka yang tidak putus-putus seperti seakan suatu lapar semulajadi akan Manna: Roti Kehidupan Kekal. Inilah kecenderungan roh bagi mereka yang telah "lahir kembali."

7)     Roh Tuhan adalah tujuh lapis (Sevenfold Spirit), maka hukumannya adalah menurut Roh tujuh lapis ataupun dalam versi Inggeris "the Spirit of Judgment is seven times or seventimes over." Roh Tuhan tidaklah berubah walaupun ada "nama" (karya~handiworks) baru Tuhan.  Roh yang menghakimi dan menghukum tetap sama: Roh tujuh lapis. (Imamat 26: 18, 21, 24 & 28).

8) Penyampaian pemberitaan hukuman disampaikan dalam bentuk Taurat, nubuatan-nubuatan ataupun dalam bentuk Lirik-lirik dan juga bersama atau melalui penglihatan-penglihatan dan mimpi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan