By anonymous.
Mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa, dalam kegelapan mereka berjalan; goyanglah segala dasar bumi. (Mazmur 82:5).
____________
[1] Current World Population. 21 November 2015. Worldmeters.< http://m.worldometers.info/world-population/>
Mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa, dalam kegelapan mereka berjalan; goyanglah segala dasar bumi. (Mazmur 82:5).
Mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa, dalam kegelapan mereka berjalan; goyanglah segala dasar bumi. (Mazmur 82:5). |
Bagi mereka yang "takut akan Tuhan" dan dianugerahkan roh pengertian dari Sevenfold Spirit seperti Uskup Robert Hermann, maka "precept" rohani ketika melihat konflik yang melanda Syria adalah menurut saranan kotbah Uskup tersebut di atas. Every child of God resonates the forgiving Sacred Heart of Christ, "Forgive them Father for they do not know what they do." Forgiveness is not a sign of weakness, but it is the essence of life. Forgiveness is the vibration of life or at worst we vibrate the vibrations of death i.e. hatred or vengeance! We may not have even a cent in our pocket, but if we choose to resonate Christ forgiving heart, then we have contributed more in life compare to those who have unconverted spiritual precepts! Thus, "Our Father" teaches us to forgive...
Namun, bagi "lalang," dan juga gandum yang "ignorant," konflik rumit yang sedang melanda Syria itu adalah berbelit-belit dan sangat mengelirukan sekali. Mereka yang diberikan "karunia" mengetahui rahasia sorgawi, konflik 'pedang' di Syria, yang akan mengheret seluruh dunia, adalah salah satu "facets" bagi meterai Wahyu ke-dua, ke-empat dan juga meterai yang kelima yang telah muncul di bumi! Facets yang lain bagi meterai tersebut adalah kematian akibat sampar, kelaparan, dan juga kematian akibat binatang buas atau berbisa.
Kuda-kuda 'penderitaan meterai' yang berlari dalam dalam Wahyu 6 tidaklah semestinya berlari menurut kronologi, cuma ia kelihatan satu persatu muncul dalam penglihatan St. John, menyingkapkan "cryptic designations" bagi malapetaka-malapetaka yang bakal menimpa umat manusia di bumi sebelum datangnya hari turunnya Kristus yang ke-dua. Tuhan sengaja memberikan penglihatan "Kuda berlari" satu persatu supaya ia jelas dan tidak mengelirukan, tetapi tidaklah semestinya ditafsir secara kronologi kerana "martyr pertama" iaitu St. Stephen adalah tercakup sebagai manifestasi meterai kelima dalam Why.6. Demikian juga "cryptic designation" bagi peperangan dunia pertama, dan WW2 adalah tergolong dalam meterai yang ke-dua iaitu "Kuda Merah" berlari: ia adalah jatuh dalam kategori tafsiran sebagai meterai yang kedua iaitu 'pedang yang besar' yang mengambil perdamaian sesama manusia di bumi.
Apakah maksud peperangan yang sedang berlaku di Syria dan Iraq sekarang ? Pada jam 12.30 a.m. bertarikh 05 Oktober 2014, penulis (contributor) yang tidak mahu dikenali, menceritakan tentang penglihatan langit dan tampaklah "Salib" di langit atas bumi Syria.
Wahyu Roh Tuhan dalam Wahyu. 1: 18 menjelaskan bahawa Kristus adalah "..dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang "segala kunci maut" dan "kerajaan maut." (Wahyu 1:18).
Dialah yang "merelakan" kerajaan maut muncul di Syria itu. Peperangan di Syria itu berlaku kerana "Hakim" yang belum turun merelakannya berlaku. Mereka yang terlibat dalam peperangan, tanpa mereka sedari, dan boleh jadi 'tidak tahu' bahawa mereka sedang mengenapi Nubuatan samada meterai ke-empat mahupun yang kelima. Sebelum kedatangan kedua Kristus, "namaNya" sebagai Hakim akan lebih dahulu di umumkan. Maka, Judgment akan mendahului sebelum hari ia turun. "Matahari akan menjadi gelap, bulan tidak akan bercahaya, dan bintang-bintang akan berjatuhan."
Kelima-lima meterai dalam Wahyu 6 adalah senario yang akan terjadi sejak dari kelahiran Era Gereja, Pentakosta, hinggalah kepada meterai yang ke-enam sebelum turunnya Kristus. Dan meterai-meterai ini bukanlah ditafsir secara kronologi biarpun semuanya berlaku dan terjadi sebelum kedatangan Kristus yang kedua. Ia ditafsir apabila ia muncul berlari! Maka, manifestasi "maut" oleh kuda hijau kuning di Syria itu boleh mengakibatkankan Kuda Merah, meterai yang ke-dua berlari keseluruh dunia (iaitu pedang yang lebih besar, atau perang dunia iaitu "Kuda merah").
Jadi, kita tidak mengatakan bahawa "warna" hijau-kuning itu sebagai merujuk kepada umat "Islam"! Untuk mengatakan demikian, tidaklah menepati kejituan tafsiran roh nubuatan! Kerana amat jelas sekali bahawa kuda hijau kuning, iaitu meterai ke-empat bukanlah sahaja merujuk kepada "saling membunuh," tetapi juga merujuk kepada "kelaparan, penyakit sampar maut, dan juga kematian akibat serangan binatang buas atau berbisa." Sudah tentu dengan penilaian "common sense" sahaja, kita sudah tahu bahawa "penyakit sampar maut" dan kematian akibat binatang buas tidaklah ada kaitan dengan agama Islam! Maka, tafsiran-tafsiran yang diterbitkan dalam "you tube" tidaklah semestinya benar! Boleh jadi ia di "upload" untuk sesuatu tujuan politik dan "hatred" semata-mata.
Tetapi apa yang jelas, "Suara TUHAN (akan ada) di atas air, Allah yang mulia mengguntur, TUHAN di atas air yang besar" (Mazmur 29:3). Suara "judgment" akan kedengaran memberitakan "kerajaan maut," atau "peperangan saudara yang bermula di Syria," dan tandanya ialah "Salib" di atas langit Syria ('langit roh,' bukan langit harafiah).
Salah satu ulasan tentang "Kerajaan maut" adalah bahawa ia merujuk kepada peperangan yang boleh melibatkan semua kerajaan-kerajaan di dunia--menjadi Kuda merah berlari: Perang Dunia ke-3 (WW3). Seorang perempuan tua dari aliran non-Catholic, Valdres, Norway bernubuat bahawa peperangan dunia ke-tiga akan mendahului kedatangan Kristus yang kali kedua (lihat Link WWIII). Nubuatan dari aliran Catholic sangatlah banyak tentang Syria, namun salah satu contoh ialah nubuatan St. Kosmas atau Patrokosmas dari Yunani (Lihat Link Saint Kosmas' prophecies).
Meterai ke-empat iaitu "Kuda hijau-kuning" tidaklah merujuk kepada peperangan saudara atau revolusi sahaja, melainkan termasuklah juga "wabak penyakit sampar," dan juga "kematian oleh binatang buas atau binatang berbisa." Tidaklah benar dan tidaklah berhikmat jika ia dikaitkan semata-mata dengan agama Islam atau kaum Muslimin sahaja; tafsiran cetek seperti itu, adalah tafsiran yang melulunya "stereotyping." Kuda hijau kuning yang ada sekarang adalah perang saudara atau revolusi Syria yang mampu mengheret seluruh dunia kepada WW3, dan ia telahpun bermula di Syria sejak 2011.
Kuda itu dinubuatkan ditunggangi oleh orang yang "bernama" maut, kerana tujuan pemerintah-pemerintah dunia yang terlibat dalam peperangan saudara di sana adalah "saling-berbunuhan:" bahasa profetiknya ialah "kerajaan maut"! Kuda hijau kuning ini telahpun pernah muncul sejak di awal zaman gereja, dan juga pernah muncul dalam peperangan saudara, dan revolusi negara-negara besar di dunia, dan juga peperangan antara sekutu Inggeris melawan persaudaraan empayar Ottoman dahulu, di mana pihak British telah menang, maka muncullah peraturan pembahagian tanah bekas empayar Ottoman di kalangan sekutu British yang di panggil Mandates, dan Protectorates.
Dan, sekarang, ia muncul kembali sebagai "peperangan saudara" di bumi Arab! Ramai rohaniwan dan juga penganalisa politik percaya bahawa Perang saudara Syria yang ada sekarang ini akan akhirnya mengheret semua negara-negara pemegang kuasa veto untuk berperang di sana; ia telah dinubuatkan sebagai "orang yang menunggang kuda hijau kuning" dan "bernama" maut. Atau ringkasnya, mission manusia yang "saling berbunuhan." "Nama" dalam nubuatan adalah bermaksud "mission" atau "matlamat/karya" yang dikehendaki oleh umat manusia yang mahu melaksanakannya, dan ia tidaklah dihalang oleh Tuhan untuk 'beberapa ketika' lamanya, melainkan "merelakan" keinginan-keinginan pemerintah- pemerintah dunia, supaya ia terjadi sebagaimana yang terjadi di bumi Syria sekarang ini, sehinggalah seluruh dunia terheret kepada peperangan dunia ke-3, iaitu "Kuda merah" berlari!
Bukankah, Kristus memegang segala 'kunci' maut?? Jika kita mempunyai keinginan untuk mengkehendakinya berhenti, maka baiklah kita berdoa memohon Pengertian dan hikmat berhubung dengan "rahasia" yang telah membuka-kunci "maut dan kerajaan maut itu." Apakah yang perlu dilakukan selagi ia belum dikunci-tutup?... Tanyakanlah Dia yang memegang segala kunci "maut dan kerajaan maut"... , agar bila kita tahu rahasia-rahasianya, maka senangkan sedikit bagi anak-anak Tuhan untuk berjaga-jaga, dan juga dapatlah mereka memanjatkan doa dengan lebih "jitu."
Penganalisa politik hanya menyenaraikan sebab-musabab berdasarkan rumusan ideologi politik/agama, ketidak-adilan ekonomi, dan konflik ketenteraan. Manifestasi Roh disebalik "konflik" itu menurut nubuatan adalah meterai yang ke-empat, iaitu Kuda hijau-kuning; tanpa kita sedari, konflik yang mengheret seluruh dunia itu, direlakan oleh Dia yang "memegang segala kunci maut dan kerajaan maut." Orang-orang percaya perlu berdoa supaya Roh Tujuh Lapis memberikan 'roh pengertian' yang menyingkapkan apa disebalik "konflik rumit" peperangan saudara di Syria. "Maut" yang dinubuatkan dalam meterai ke-empat iaitu akibat pedang, kelaparan, sampar, dan kematian akibat binatang buas secara total bisa menelan seperempat dari penduduk dunia. Jika berpandukan perangkaan penduduk dunia semasa, iaitu setakat 01 Julai 2015, "seperempat" adalah mewakili jumlah sebanyak 1.83725 bilion jiwa manusia!
"The world population (the total number of living humans on Earth) was 7.349 billion as of July 1, 2015 according to the medium fertility estimate by the United Nations Department of Economic & Social Affairs, Population Division."[1]
"Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda hijau kuning dan orang yang menungganginya bernama "Maut dan kerajaan maut mengikutinya." Dan kepada mereka diberikan kuasa atas seperempat dari bumi untuk membunuh dengan pedang, dan dengan kelaparan dan sampar, dan dengan binatang-binatang buas yang di bumi. (Why 6:8)
Dalam penghakiman dan penghukuman Kristus, Kristus memegang segala "kunci" maut dan kerajaan maut, maka apa-apa konflik 'pedang' di bumi hanya akan berhenti apabila Kristus (Tujuh mata, tujuh tanduk, dan tujuh Roh) menguncinya untuk berhenti; dan jika ia menguncinya kembali untuk timbul semula, maka ia akan muncul lagi...
Daging Ayub (Job) yang menderita disebabkan oleh karya Lucifer yang direlakan Tuhan, tidaklah mati kerana belumlah sampai ajalnya; Tuhan dengan FirmanNya, pemegang kunci maut, tidak memberikan kunci kematian. Kita yang masih hidup sementara di bumi dan dibaluti daging tidak akan mati selagi pemegang kunci maut tidak merelakan ajal kita sampai. Walaupun manusia mempunyai kemampuan untuk membunuh, justeru, kita akan berpendapat bahawa bukanlah Tuhan yang menentukan ajal secara mutlak, namun kebenarannya "kunci maut" baik untuk kehidupan daging mahupun kehidupan roh masih semutlaknya dalam ketentuan tangan Tuhan.
Semua kematian manusia harus melalui jari-jari Tuhan. Bagi orang yang "takut akan Tuhan," semua perkara dilihat melalui tapisan jaringan jari-jari Ilahi. Semua Kematian adalah akibat "luka" hidup, dan jika kita bunuh diri, sudah tentu kita bisa mati, kerana kita adalah keturunan manusia yang "luka." Hanya Yesus sahaja manusia yang tidak "luka," dan mempunyai kuasa Ilahi untuk kebangkitan, walaubagaimanapun, dia yang tidak berdosa telah mati di kayu salib, kerana luka-luka kita, dia telah mati, namun telah bangkit, dan hidup selama-lamanya.
Bila Yesus berfirman "Akulah yang memegang segala kunci maut dan kerajaan maut," maksud Yesus adalah bahawa dialah Matahari itu, iaitu "Hakim" yang akan berkarya di bumi untuk menghakimi umat manusia; Dialah yang menentukan bagaimana hukuman yang adil dilaksanakan, dan juga bagaimana kematian roh, ataupun kematian daging itu dijatuhkan ke atas mereka yang digelar anti-Firman ataupun yang bukan anti-Firman. "Maut dan kerajaan maut" kerapkali kita salah artikan seolah-olah ianya datang dari Lucifer dan neraka, namun sebenarnya kuasa atau segala kunci maut dan kerajaan maut tidak ditimpakan ke atas manusia tanpa izin Firman: Kristus!
Glory! untuk Dia yang memegang "segala" kunci maut..., yaitu Kristus! We might be shortsighted by merely seeing the abhored deeds of evil men on earth, or else we "blame it on Lucifer" precept. In truth, the Psalmist disclosed His transcending Supremacy in everything as the Lyrics sounded "God had established His Sovereignty in all things..." Semuanya adalah bermaksud termasuklah maut dan kerajaan maut!
____________
[1] Current World Population. 21 November 2015. Worldmeters.< http://m.worldometers.info/world-population/>
Santo Yohanes dikuasai Roh, kemudian dia melihat penglihatan-penglihatan dan juga 'suara' Firman. Kemudiannya, ia tulis apa yang ia lihat dan apa yang ia dengar menjadi sebuah Kitab yang dipanggil Kitab Wahyu.
BalasPadamPerempuan Perjanjian Baru dan anak-anak membaca Kitab Wahyu dan berusaha melalui 'Jalan' dan 'Pintu,' untuk memasuki 'kamar' hadirat Roh yang pernah menguasai Santo Yohanes ketika ia menerima nubuatan-nubuatan dalam Kitab Wahyu, supaya apa yang kita baca, kita akan dapat 'melihat' kembali. Tanpa 'melihat' apa yang ditulis oleh Santo akan mengakibatkan 'pengertian' kita cetek, kabur dan 'berkisar-keliru' pada kemampuan penanggapan intelek.
Memang benar, Kita membaca setiap perkataan dan setiap ayat dalam Kitab Wahyu dengan keupayaan intelek. Namun, apa yang kita 'baca,' kita usahakan, supaya melalui 'hadirat' Roh tujuh lapis, kita akan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan yang pernah dilihat oleh Santo Yohanes.
Kegagalan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan Wahyu akan mengakibatkan kita berkata "hanya dari cakap-cakap orang sahaja, aku mendengar perihal pengertian, hikmat dan 'revelation knowledge' kitab Wahyu." Jika kita melihat dengan 'pancaindera sumbu roh kita,' maka otak kita akan merekodkan apa saja yang dilihat oleh roh kita. Roh kita melihat kerana 'sumbu roh' kita dihinggapi oleh 'lidah api:' Roh Tujuh Lapis. Roh itulah yang menyingkapkan 'cetakan' dakwat hitam pada kertas Kitab Wahyu menjadi 'penglihatan-penglihatan' yang hidup dan berbicara.
Dengan cara ini, maka, barulah kita akan benar-benar dapat menyelami kata-kata Yesus: "segala perkataan-perkataanKu adalah 'roh'..." (Yohanes 6: 63).