Oleh Jonas Mannaseh
Pemberitaan ‘Langit’ dan ‘Cakrawala’
8 Dahsyat Engkau! Siapakah
yang tahan berdiri di hadapanMu pada saat Engkau murka? 9 dari langit Engkau
memperdengarkan keputusanMu; bumi takut dan tertegun, (Mazmur 76: 8-9)
2 Sorga (heavens) menceritakan
kemuliaan Allah, dan 'langit' memberitakan pekerjaan (a) tanganNya [(a) juga diungkapkan dengan kata nubuat 'karya' atau nama] ; (Mazmur 19: 1-2)
Perkataan 'langit' (penglihatan 'roh') dipakai sebagai ungkapan profetik dari Roh Tuhan. Tuhan Yesus bersabda "Perkataan-perkataanKu adalah Roh." (Yoh. 6: 63)
______________
Kenapakah keputusan Judgment Tuhan diperdengarkan dari "'langit."? Raja Daud bernyanyi bahawa keputusan Judgment adalah dari Sorga; iaitu dari Allah Bapa. 'Langit' itu juga merujuk kepada pemberitaan 'nama' Tuhan yang diberitakan oleh abjad-roh ''langit.' 'Langit' itu berbicara seolah-olah ia adalah watak peribadi yang hidup. Sememangnya ia hidup kerana firman itu adalah roh. Hakikatnya, 'langit' dan 'bumi' adalah seperti 'abjad Roh' Firman. Bila ROH Tuhan mula berkarya, bahasa roh Firman akan mengalir ke 'langit' dan 'bumi'. Cara roh nubuat ini mengalir disebut dalam bahasa Inggeris: the flow of the Spirit of prophecy. Kenapa pula Langit 'perlu' memberitakan 'nama' atau 'karya' Tuhan dalam Lirik nubuat Mazmur 19:1-2 dan Mazmur 50: 4-6 ? Kenapa tidak diberitakan dengan bahasa biasa yang tidak melibatkan perkataan 'langit'? Sebab kesaksian Kristus adalah ROH Nubuat. Justeru itu, perkataan nubuat 'langit' dan 'bumi' adalah abjad utama bahasa Roh Tuhan (Firman). Tidaklah kita hairan kenapa Kitab Kejadian harus dimulai dengan 'aliran' bahasa roh yang berbunyi "...pada mulanya (Roh) Tuhan mencipta 'langit' dan 'bumi.' " Ia boleh juga disampaikan dengan bahasa yang berbunyi: ...Pada mulanya Firman mencipta (abjad roh) langit dan bumi. Keperincian abjad roh 'langit' diungkapkan oleh fenomena yang ujud di langit. "Matahari menjadi gelap, bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang berjatuhan " dalam Matius 24: 29, sebagai contoh, adalah keperincian bahasa 'abjad roh' yang memberitakan "nama" Tuhan Kristus yang akan kembali sebagai "Hakim." Bila kita biasa 'membaca' keperincian 'abjad Roh' yang diungkapkan oleh fenomena "langit" dan "bumi," maka lebih mudahlah untuk membaca nubuat-nubuat para nabi dalam Alkitab. Dan itu akan memperdalamkan pengertian dan ilmu tafsiran kita. Bahasa roh Tuhan melibatkan 'aliran' (flow) Roh; roh Tuhan yang berkarya (atau mengutus 'nama' Nya) senantiasa mengalir kepada abjad roh (alam roh). iaitu 'langit' dan Bumi.' "Langit dan bumi" adalah realiti alam Roh. Sebelum realiti-realiti yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia dicipta oleh Tuhan, Ia telah mencipta keujudan Alam yang disebut "langit dan bumi." Sebenarnya, kemuliaan Tuhan diproklamirkan oleh 'sorga' (heavens), manakala 'karya' Tuhan diberitakan oleh 'langit' (skies).
Celik kepada bahasa penglihatan roh, akan memampukan kita dapat melihat "Langit" yang memberitakan "nama" atau "karya" Raja Kebenaran dengan memperlihatkan 'bintang' Raja kebenaran ('bintang' Bethlehem), dan demikianlah juga halnya dengan "nama" Hakim yang diberitakan oleh "langit" seperti dalam petikan Matius 24: 29! "Langit" dan "bumi" serta keperincian fenomena semulajadinya seperti 'puting beliung', halilintar, ribut salji, hujan, ribut kencang, malam, siang, musim, panas, sejuk, Laut, air besar, sungai, binatang, burung, air bah, pokok, gunung, pulau-pulau dll.., jelas berfungsi sebagai abjad utama ROH di mana "Spirit of prophecy" itu mengalir! Semua fenomena semulajadi yang ada di langit, dan semua yang semulajadinya ada di bumi adalah 'abjad Roh nubuat! Nabi Yesaya bernubuat dalam Kitab Yesaya 46: 10 bahawa "Tuhan telah memberitakan 'pengakhiran' dari 'permulaan'; memberitakan mulanya dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana,..." Pemberitaan "pengakhiran" dari "permulaan" menurut firman dalam Yesaya 46: 10 dapat diungkapkan tanpa masalah kerana ROH Tuhan mempunyai abjad roh iaitu 'langit'dan bumi! ROH nubuat memang mengalir sedemikian! Kita akan diajar satu persatu oleh Roh untuk melihat erti semua rinci yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kitab Wahyu, misalnya, sukarlah dimengertikan jika kita tidak dianugerahkan (roh) pengertian, hikmat, dan pengetahuan tentang perkara asas abjad Roh iaitu 'langit' dan 'bumi'.' Abjad dan olahan bahasa "Langit" dan "bumi" itu perlu dilihat dalam 'penglihatan' rohani' atau 'mimpi' (dream dreams).
"Langit" bukanlah sahaja memberitahu mesej roh perihal 'langit dari zaman "semasa", malah melalui lirik-lirik nubuat tentang 'langit' sejak dari zaman purbakala yang tertulis dalam Kitab Suci. Sebab itulah kita membaca Kitab Mazmur kerana ia mengandungi banyak firman yang disampaikan melalui lirik-lirik nyanyian dan firman itu dapat menyingkapkan karya roh Tuhan di masa lalu mahupun masa hadapan. Banyaklah 'pemberitaan langit' dalam lirik-lirik Tuhan yang disampaikan oleh para nabi. Melalui lirik Tuhan yang ada ungkapan perkataan 'langit,' kita mendapat "pemberitaan" perihal pekerjaan ataupun juga disebut sebagai karya Tuhan. Ungkapan mesej 'langit, Roh Tuhan memberitahu atau memberitakan karyaNya.
Dan pekerjaan Tuhan yang diungkapkan oleh lirik 'langit itu perlu maklumat seterusnya, atau perlu keperincian nubuatan-nubuatan yang seterusnya. Keperincian nubuatan akan menyatakan kejelasan (clarity) 'tanda-tanda' zaman melalui pemberitaan 'langit.' Keperincian itu diberikan oleh santo-santo, namun rincinya mestilah tidak terpesong dari Lukas 24:44, Injil, dan tidak bertentangan dengan Surat-surat para rasul. Nubuatan semasa dari nabi-nabi berfungsi sebagai urat-urat dan daging-kulit kepada 'tulangnya: ' Injil, Wahyu dan nubuatan dari Kitab para Nabi, Taurat dan Mazmur. Jika sesuatu nubuatan 'semasa' terpesong dari Tulangnya, maka nubuatan itu diragui kebenarannya dan dipertikaikan sumbernya.
4 Ia berseru kepada langit di atas, dan kepada bumi untuk
mengadili umat-Nya: 5 "Bawalah
kemari orang-orang yang Kukasihi, yang mengikat perjanjian dengan Aku
berdasarkan korban sembelihan!" 6 Langit memberitakan keadilan-Nya, sebab
Allah sendirilah Hakim (Mazmur 50: 4, 5, 6)
Langit harfiah hanyalah memberitakan perihal cuaca samada cuaca dalam ruang lintup atmosfera bumi ataupun di luar atmosfera bumi. Biru itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar. |

Ungkapan 'heavens' dan 'skies'
Apakah kemuliaan dan juga apakah nama
(karya) Tuhan yang diberitakan oleh bahasa roh, iaitu ungkapan 'langit,’ dalam Matius 24: 29-30? Heavens yang diartikan secara harfiah adalah
merujuk kepada langit di atas kepala kita, dan dapat dilihat oleh mata kasar
kita. Demikian juga 'langit' yang diartikan secara harfiah, iaitu tempat
matahari, bulan dan bintang-bintang. Apakah perkataan 'heavens' dan 'skies' itu di dalam Firman Taurat, Firman Mazmur, Firman nubuatan nabi-nabi ataupun dalam Firman dalam Kitab Wahyu?
Atau, apakah perkataan-perkataan itu digunakan Tuhan dalam penyampaian nubuatan-berlirik ? Dimanakah ia digunakan?...itu akan menentukan samada pengungkapan secara langsung atau ungkapan secara tidak langsung! Kebanyakan ungkapan 'langit' atau 'cakrawala' dalam Taurat biasanya merujuk kepada pengertian harfiah (literal) kerana Tuhan memperlihatkan kuasa dan hadiratNya secara harfiah. Jabatan-jabatan meteorologi diwujudkan oleh semua kerajaan di bumi kerana kita melaksanakan pengurusan-tadbir perihal ramalan cuaca, dan juga kita membuat kajian empirik perihal entiti-entiti cuaca setempat, ataupun ramalan cuaca mengikut lokaliti suatu ruang geografi dan atmosfera. Agensi angkasa lepas seperti NASA (North American Space Agency) telah diwujudkan untuk menjadi peneraju kajian dan penerokaan fenomena angkasa lepas. Segala berkat dan keajaiban alam iaitu anugerah Langit dan cakrawala yang harfiah itu adalah penyokong keujudan daging kita di bumi, dan mereka juga berfungsi menjadi panduan kepada umat manusia untuk berkarya dalam semua aktiviti kehidupan di bumi: takwim ibadah agama, perikanan, pelayaran, pertanian, pertukangan kayu, peredaran haid wanita, dan lain-lain lagi.

Namun, apa yang dimaksudkan oleh firman
Kitab Mazmur perihal ‘langit’ dan ‘cakrawala’ adalah merujuk kepada ungkapan bahasa ‘roh' yang mendedahkan rahasia mesej Roh
Tuhan. Manusialah yang tertakluk kepada langit dan cakrawala harfiah ciptaan tangan Tuhan. Tuhan pula berada di atas sekali bagi segala-gala ciptaanNya; di atas langit, dan di atas cakrawala. Malah, ungkapan 'langit' dan 'cakrawala' turut menyampaikan mesej Roh Tuhan! Ia adalah 'roh' kerana semua
firman adalah ‘roh.’
Apa-apa firman Tuhan mengenai langit dan cakrawala adalah roh: justeru itu, fenomena alam yang berlaku di langit seperti es, hujan, kemarau, banjir, kabus, awan, api, api belerang, angin, dan puting beliung, sejuk, panas, dingin, musim, salju, malam dan siang, matahari, bulan, dan bintang-bintang adalah mengungkapkan mesej roh. Semua 'fenomena alam' yang tersebut di atas akan mengungkapkan mesej roh dari Roh Tuhan di dalam Kitab Suci. Semuanya adalah merujuk kepada pengungkapan mesej ‘roh' samada secara langsung atau tidak langsung; gambaran-gambaran yang diungkapkan oleh langit dan cakrawala adalah bahasa roh yang menyingkapkan sesuatu mesej makrifat firman Tuhan. Justeru itu, apa saja fenomena yang berhubungkait dengan 'langit' dan 'cakrawala' menurut firman dalam Kitab Suci hanya dapat dimengertikan apabila Roh Tuhan menganugerahkan karunia-karunia Roh Tujuh Lapis.

Maka, pemberitaan 'langit' dan 'cakrawala' bagi Roh
Tuhan adalah mesej 'roh,’ kerana semua firman adalah berasal dari Roh Tuhan. Roh Tuhan
senantiasa mempunyai bilangan malaikat
yang tidak terkira ramai untuk ‘melaksanakan firmanNya dengan
mendengarkan suara firmanNya.’ (Mazmur 103: 20). Justeru itu, firman Tuhan sememangnya 'roh.’
Apabila nabi-nabi bernyanyi dalam Kitab Mazmur seperti "8 Hai api dan hujan es, salju dan kabut (awan), angin badai yang melakukan firmanNya;" (Mazmur 148:
8). Maka, kita tahu bahawa apa saja fenomena yang berkaitan langit dan cakrawala seperti angin, ribut kencang, awan gelap, halilintar, dll. adalah merujuk kepada perbuatan-perbuatan ‘malaikat-malaikat’ Tuhan yang taat setia melakukan 'keadilan.' Keadilan itu dinyatakan oleh firman Hakim, dan dilaksanakan oleh para penuai dengan mendengar 'suara' Firman (malaikat). (Lihat Mazmur 50: 1-6; Mazmur 103: 20).
Jadi, jika Roh Tuhan berbicara tentang “matahari
menjadi hitam bagaikan karung rambut, dan bulan menjadi merah seluruhnya
bagaikan darah,” dalam Wahyu 6: 12, maka maksud Roh Tuhan bukanlah merujuk
kepada matahari, dan bulan secara harfiah, melainkan seringkasnya, ia merujuk
kepada pemberitaan atau pengumuman pekerjaan atau (nama) karya Roh Tuhan yang bermula
dalam Meterai ke-6. Dalam meterai ke-6, kelima-limanya meterai yang terdahulu juga ada berlangsung. Mesej nubuat Wahyu 6: 12 adalah sama dengan mesej Yoel 2: 31, iaitu "bulan menjadi merah" yang merujuk khusus kepada "perempuan," iaitu Kaum Ibrani, manakala 'anak-anak' Pula merujuk kepada Bangsa-Bangsa lain yang 'percaya' dan melalui Penghakiman oleh Tuhan Roh Kudus sejak Hari Pentakosta. Sebelum itu, ''perempuan" itu (Ibrani) telahpun dihakimi dan telahpun melalui Penghukuman oleh Yahweh. Kemudian, Yeshua datang mengupacarakan Altar Melkisedek di bumi, untuk menawarkan kepada Ibrani suatu Perjanjian Perdamaian, supaya Israel menyempurnakan nubuat "isteriKu dalam kesetiaan," sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi Hosea. Namun, mereka yang menolak 'perkahwinan' kali kedua itu akan dihakimi oleh Roh Kudus, dan ia disingkapkan sebagai "bulan menjadi merah darah." Bulan yang tidak bercahaya atau "gelap" pula adalah merujuk khusus kepada 'perempuan' yang memasuki Hari Tuhan! "Bulan" mengungkapkan perihal the mother-hood of the people of God. Permulaan post Pentecost adalah "bulan merah" dan sebelum Hari Tuhan juga adalah "bulan merah." Karya atau "nama" Hakim diberitakan oleh bahasa Roh dengan pemberitaan penglihatan--penglihatan 'langit' dalam Matius 24: 29. Pemberitaan seumpama itu adalah dikatakan 'pemberitaan' langit dan cakrawala (Mazmur 19: 2). Ia hanya dilihat melalui penglihatan-penglihatan Rohani!
Domba Tuhan di atas kayu Salib adalah karya Raja Damai yang diutus Bapa. Namun, Wahyu 6: 12 adalah memberitakan Karya atau pekerjaanNya yang diumumkan sebagai Hakim: bukankah Kristus itu Matahari yang mengelilingi bumi? Kristus bagaikan Matahari (Wahyu 1: 16; Mazmur 19 5-7), namun oleh kerana “matahari menjadi hitam dan bulan menjadi merah,” maka ia mengungkapkan tentang agenda 'menghukum dan menghakimi bumi' dengan penuh keadilan. Matahari yang hitam itu berarti karya Tuhan sebagai Hakim, dan bukanlah agenda perdamaian oleh Raja Damai.

_____________
“29 segera sesudah Siksaan (‘Siksaan’
itu merujuk kepada meterai 1 hingga meterai 5 dalam Wahyu 6: 1-11) pada masa itu, matahari akan menjadi gelapdan
bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan
kuasa-kuasa langit akan goncang.
30 Pada waktu itu akan tampak
tandaAnak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap, dan mereka
akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala
kekuasaaan dan kemuliaanNya. (Matius 24: 29-30)
Kamu percayakah bahawa kata-kata dua Malaikat dalam Kisah 1: 11 yang menjelaskan secara ringkas bagaimana Yesus
terangkat ke Sorga itu sebenarnya t menyingkapkan ‘rahasia-rahasia’ apabila Dia akan
kembali-turun ke bumi kelak ?
6 Maka bertanyalah mereka
yang berkumpul di situ: “Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan
bagi Israel?”
7 JawabNya: “Engkau tidak
perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya.
8Tetapi kamu akan menerima
kuasa,kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksiKu di
Yerusalem dan Yudea dan Samaria dan
sampai ke ujung bumi.”
9 Sesudah Ia mengatakan
demikian, terangkatlah Ia disaksikan oleh mereka, dan awan menutupNya dari
pandangan mereka.
10 Ketika mereka sedang
menatap ke langit waktu Ia naik itu, tiba-tiba berdirilah dua orang yang
berkaian putih dekat mereka,
11 dan berkata kepada mereka “hai
orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang
terangkat ke sorga meninggalkan kamu,akan
datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga.”
(Kisah Para Rasul 1: 10-11)
_________________
Apakah yang dimaksudkan oleh kedua Malaikat berkain
putih itu dengan kata-kata “Yesus…akan datang kembali
dengan cara yang sama ?”
Bagaimana ia terangkat ke sorga, maka
demikianlah ia akan turun ke bumi.
Sewaktu Yesus terangkat, ‘awan menutupNya.’ Apakah awan itu? Apakah ia
adalah betul-betul awan iaitu, awan-awan di langit harafiah itu ? Ataupun ‘awan-awan’
tersebut adalah merujuk kepada realiti alam-roh?
Kita dengar nyanyian Raja Daud bahawa
Daud amat dekat sekali hatinya dengan Tuhan YHVH. Tuhan bergaul karib dengan Daud, dan demikian
juga halnya dengan semua nabi-nabi Tuhan yang menulis lirik lagu-lagu dalam
Kitab Mazmur. Banyaklah rahasia-rahasia yang diberitahukan oleh Tuhan kepada
para nabi tercatat dalam lirik-lirik lagu dalam Kitab Mazmur. ‘Awan-awan’ (Cherubim) itu senantiasa bersama
dengan manifestatsi Roh Tuhan YHVH. Di Sorga, awan-awan itu berkepul-kepul
seperti kepulan kapas-putih salju yang menceritakan kemuliaan Tuhan yang
Mahasuci. Hakikatnya, awan-awan itu adalah manifestasi Ilahi yang menyatakan
kemuliaanNya. ‘Awan-awan’ itu adalah
bersifat ‘roh.’ Ia bukanlah awan kebiasaan yang selalu kita lihat di langit
sebenar di bumi ini. ‘Awan-awan’ itu
adalah roh yang ikut serta dengan Roh Tuhan: kerub. Oleh kerana ia bersama Tuhan, maka
memang benarlah pemazmur bernyanyi seolah-olah Tuhan “…menjadikan
awan-awan sebagai kenderaanNya,…” (Mazmur 104:3).
Bagaimana mungkin ‘awan-awan’ itu dapat menyingkapkan
maksud tentang kemuliaan namaNya.
'Nama' itu dalam nubuatan adalah bermaksud
‘karya.’ Yakub yang hanya mempunyai misi normal dalam hidupnya telah diberikan suatu perutusan Nama Sorgawi yang baru , selepas ia mendapat pengajaran yang disingkapkan oleh pergelutannya melawan kehendak malaikat yang ingin dilepaskan. Yakub berdegil dengan rencananya untuk tidak melepaskan malaikat itu selagi malaikat itu belum memberikan 'berkat.' Di dalam nama Israel ada pertolongan dan kuasa Tuhan yang menyertainya. Kehendak YHVH ataupun karya Ilahi mula disingkapkan kepada Yakub dengan menganugerahkan perutusan 'nama' Israel yang memberitakan maksud rencana Tuhan atau misi Tuhan dalam kehidupan barunya, dan juga keturunan Yakub; demikianlah Sorga berkerja atau berkarya di bumi untuk menyatakan Jalan keselamatan kepada manusia yang mewarisi luka Adam: 'nama' dari Sorga disingkapkan! Pemazmur menyanyikan lirik roh “langit
memberitakan pekerjaan (handiwork) Tuhan” (Mazmur 19: 2). 'Pekerjaan' (handiwork) Tuhan mengikut 'nama' atau sifat Roh Tuhan. Justeru itu, apakah 'nama' Kristus yang disingkapkan oleh Matius 24: 29-30?Pastinya kita mudah melihat maksudnya! "Langit" dalam Mat.24: 29 jelas memberitakan kemuliaan "nama," Hakim. Karya Tuhan dalam kedatangan Kristus yang
kedua adalah kemuliaan namaNya sebagai Hakim yang Maha-adil.
Pada waktu Yesus Kristus naik ke Sorga,
Ia “… memerintah awan-awan dari atas, [supaya] membuka
pintu-pintu langit,” (Mazmur 78: 23). Kemudian ‘awan-awan’
(Cherubim) itu menutup kembali bukaan pintu lapisan-lapisan Sorgawi. Namun, semua ini
bukanlah awan sebenar yang biasa kita lihat. Ia adalah manifestasi realiti-realiti alam ‘roh.’ Kedua Malaikat yang berjubah putih telah berkata dalam Kisah 1: 11 bahawa Kristus akan kembali
“…dengan cara yang sama.” Kenapa ? Kerana frasa itu mendedahkan rahasia ‘bukaan’ pintu 7-lapis-sorgawi ketika
urusan turun-naiknya Roh Tuhan di antara Sorga dan bumi.
Maksudnya, Kristus akan terlebih dahulu
menitahkan ‘awan-awan’ (kerub/Cherubims) yang bersama denganNya supaya membukakan
pintu-pintu langit, dan baharulah kemudiannya, Kristus akan turun ke bumi.
Maksudnya ialah firman yang diungkapkan oleh Mazmur itu adalah realiti alam roh.
Harus kita ingat bahawa ‘bintang Bethlehem’ hanya dapat dilihat oleh tiga orang majus sahaja pada ketika kelahiran Yesus. Dan
ketiga-tiga manusia itu adalah orang majus dari timur. Maksudnya, bintang
Bethlehem itu sebenarnya adalah realiti roh; ia tidaklah dilihat oleh semua
orang. Nabi Balaam ben Beor sahaja yang
bernubuat tentang ‘bintang’ House of Jacob itu, di zaman dahulu-kala, yang
kemudiannya selepas lebih 1,400 tahun, maka, ia disahkan telah dilihat oleh
Seers yang sejenisnya dengannya: heathen
seers.
Bagaimanakah ‘pintu-pintu langit’ itu dibuka dan kemudiannya ditutup kembali oleh
‘awan-awan’?
Pemazmur bernyanyi “maka Ia memerintah awan-awan dari atas, membuka pintu-pintu
langit,”
(Mazmur 78: 23). Pemazmur juga bernyanyi “8 Hai api dan
hujan es, salju dan kabut (awan), angin badai yang melakukan firmanNya;” (Mazmur 148:
8). Maka, kita tahu bahawa ‘awan-awan’
(clouds) itu adalah bahasa ‘Roh’ yang menjelaskan bahawa ‘awan-awan’ itu
senantiasa patuh-melaksanakan firmanNya.
Kristus bersabda bahawa ia adalah Manna
dari Sorga, akan tetapi apakah dia benar-benar seperti roti yang turun di
padang gurun di zaman Kitab Keluaran?
Jawapannya memang bukan! Tetapi, roh manusia menurut penciptaannya
adalah bergantung kepada Roh Tuhan untuk mendapat kehidupan yang penuh. Justeru itu, Yesus mengumpamakan diriNya
sebagai ‘Manna dari Sorga’ kerana setiap firman
yang keluar dari mulut ‘Pokok Kehidupan’ adalah diumpamakan,
sebagai manna yang memberikan makanan kehidupan kepada ‘ranting.’ Maka, ‘awan-awan’ itu adalah tunduk kepada
firman Tuhan. ‘Awan-awan’ menjadi watak
yang hidup dan melaksanakan Firman Tuhan! “…awan…,
melakukan FirmanNya” (Mazmur 148: 8). ‘Awan-awan’ itu adalah sebenarnya
adalah hadirat mahluk malaikat-malaikat cherub! (Mazmur 18: 11);
mereka turut serta dalam rombongan hadirat Tuhan.
Justeru itu, “dia
datang di atas awan-awan di langit” membawa erti bahwa awan-awan itu
sebenarnya suatu pernyataan hadirat Roh Tuhan di bumi untuk melaksanakan agenda 'menghakimi dan
menghukum': Kristus bersama para penuai iaitu para malaikat. ‘Awan-awan’ itu
adalah malaikat Cherubim bersama Roh Tuhan, dan sebahagian daripada pernyataan
Roh Tuhan sendiri; malaikat kerub bersama Tuhan. Ia mengungkapkan pelbagai mesej menurut
bagaimana ‘awan-awan’ itu dinyatakan kepada hamba-hambaNya, nabi Tuhan. Raja Daud bernyanyi bahawa ‘2
Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan Cakrawala memberitakan pekerjaan
tanganNya (karya atau nama);’ (Mazmur 19: 2).
Maka kita tahu bahawa ‘awan-awan’ itu adalah fenomena alam yang
mengungkapkan pemberitaan sesuatu mesej roh yang bersifat profetik dan juga mendedahkan maklumat makrifat Sorgawi. Tetapi, dalam penulisan lirik-lirik lagu, ia seringkasnya ditulis "langit memberitakan pekerjaan ('nama') tangan Tuhan."
Dalam Kitab Wahyu 6 ayat 14, Santo
Yohanes mencatatkan penglihatannya, “…maka menyusutlah
langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan
pulau-pulau dari tempatnya.” Sudah tentu Wahyu 6: 14 sedang berbicara
perihal ‘mesej roh,’ dan bukanlah tentang langit sebenar dan bukan juga
berbicara tentang bumi sebenar. Ayat 14 berbicara tentang turunnya Hadirat
Kristus ke bumi untuk melaksanakan karyaNya:
penghakiman dan penghukuman. Frasa
“…tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari
tempatnya” mengungkapkan bahasa tentang Murka dan keadilan Hakim. Murka Hakim yang penuh keadilan itu juga diungkapkan sebagai
nyanyian “Lalu goyang dan goncanglah bumi, dan
dasar-dasar gunung gemetar dan goyang, oleh kerana menyala-nyala nmurkaNya”
(Mazmur 18: 8; Mazmur 50: 1-6). Namun, jika ia dilihat sebagai manifestasi 'Theophany' seperti dalam Kitab Keluaran bab 19, maka 'tergeserlah gunung-gunung' adalah reaksi harfiah di bumi kerana hadirat ('Wajah') Kristus.
Kisah Para Rasul 1: 11 menyingkapkan
bahawa Kristus akan kembali “…dengan cara yang sama “ dan ‘pendedahan-pengetahuan’
yang diberikan oleh kedua -dua Malaikat itu samalah maksudnya dengan ayat yang digambarkan oleh frasa ayat ke-14, Wahyu 6 : “menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung.”
Frasa ini adalah frasa firman (roh) yang merujuk kepada mesej yang dimaksudkan
oleh kedua malaikat yang berjubah putih dalam Kisah Para Rasul 1: 11. Justeru
itu, Kristus dijangkakan akan turun pada ayat ke-14 dalam Wahyu 6. “Dan TUHAN memperdengarkan suaraNya di depan tentaraNya. PasukanNya sangat banyak dan pelaksana
firmanNya kuat. Betapa dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat
menahannya?” (Yoel 2: 11)
Kita tahu langit sebenar tidak akan bergulung kerana warna
biru langit itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar manusia!
Bukanlah langit harfiah biru
itu yang akan mengulung
ataupun fenomena ‘outerspace winds.’ Namun, ‘awan-awanlah’ yang sebenarnya
bergulung-gulung itu!
Malaikat kerublah yang bersama Kristus yang
digambarkan sebagai “awan-awan itu bergulung”
kerana mereka sedang memberikan bukaan pintu-pintu langit. ‘Awan-awan’ itu
adalah bahasa roh (firman Tuhan) kerana ia adalah ‘roh.’ Ia sama-sekali tidak
merujuk kepada awan-awan harafiah di
bumi ini; It doesn’t refer to the natural
clouds of the skies within earth's layers of atmospheres. Ia adalah ‘awan-awan’
yang bersama dengan Roh Tuhan, dan memangpun mereka adalah roh kerub. Dalam
Mazmur 18, dinyanyikan perihal ‘awan-awan.’ “…Kekelaman
ada di bawah kakiNya” (ayat 18). ‘Ia
mengendarai Kerub, lalu terbang dan melayang di atas sayap angin.’ (ayat
11).
Ketika Yesus diangkat ke-sorga, “awan-awan itu menutupiNya” sehingga Ia tidak
kelihatan lagi. ‘Awan-awan’ itu adalah
sebenarnya kerub-kerub Tuhan yang kelihatan seperti awan, dan hanya disaksikan
oleh orang-orang percaya yang sumbu roh mereka telah disucikan oleh darah
Yesus. Pengangkatan Yesus ke Sorga dicatat oleh Para Rasul! Para Pengikut Jalan
atau anak-anak kepada Perempuan (Woman
& her offspring) disebut memiliki kesaksian tentang Kristus.
Pemerintah-pemerintah tidak memiliki kesaksian, maka mereka tidak membuat
apa-apa catatan tentang pengangkatan itu, malah mereka tidak mempercayai
akan nama-nama yang diutus oleh Allah
Bapa. Nama Tuhan adalah memberi maksud misi atau karya Tuhan. Contoh nama Tuhan adalah seperti
Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia, dan juga namaNya sebagai Pembaptis api.
“…Kekelaman ada
di bawah kakiNya” (Mazmur 18: 18)
Nabi Yesaya bernubuat bahawa “Langit adalah takhtaKu dan bumi adalah tumpuan kakiKu;
...” (Yesaya 66: 1). Jika Hakim Kristus
turun ke bumi, Ia akan keluar bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari
kamarnya, girang bagaikan pahlawan yang hendak melakukan perjalanannya. “Dari ujung langit
ia terbit, dan ia beredar sampai ke ujung yang lain; tidak ada yang terlindung
dari panas sinarnya.” (Mazmur 19: 7). Yesus Kristus ketika di lereng
bukit Zaitun bernubuat dengan maksud yang sama “ sebab
sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai
ke barat, demikian pula kelak kedatangan Anak Manusia.” (Matius 24: 27).
“Sebab sesunguhnya, TUHAN mau keluar dari tempatNya
untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi
menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang
yang mati terbunuh di sana.” (Yesaya 26: 21).
Bagaimanakah bumi itu dikatakan sebagai “tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya”
? “…datanglah malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah
pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan
banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang
kudus di atas mezbah takhta itu.” Tuhan akan menunaikan pembalasan dan
keadilanke atas semua darah yang tertumpah ke bumi, sebagaimana yang
diungkapkan oleh “kemenyan bersama dengan doa semua orang kudus.”
“Dan TUHAN memperdengarkan suaraNya di depan tentaraNya. PasukanNya
sangat banyak dan pelaksana firmanNya kuat.
Betapa dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat menahannya?”
(Yoel 2: 11)
“Pada waktu itu akan
tampak tanda Anak Manusia di langit..” (Matius 24: 30)
“…Kekelaman ada di bawah
kakiNya”(Mazmur 18: 18)
Kekelaman itu adalah disebabkan oleh ‘awan-awan’
(kerub)
yang menyatakan 'gambaran makrifat' gelap. Awan 'gelap' memberitakan mesej Murka Tuhan; langit memberitakan
pekerjaan tangan Tuhan. Perjalanan murka
Tuhan itu adalah seperti perjalanan puting beliung sebagaimana yang
disingkapkan oleh nubuatan nabi Nahum dalam Nahum 1: 3 yang telah diulas dalam tulisan siri yang pertama ‘Kedatangan Kristus...Part 1.’ Maka, ‘tanda’ Anak Manusia di langit adalah ‘kekelaman’ murka Tuhan
di seluruh dunia.
Selama berabad-abad, banyak nabi-nabi
dan orang-orang kudus telah bernubuat tentang ‘Tanda’ anak manusia di langit
itu; iaitu ‘Tanda Salib.’ Ia menandakan
kedatangan Kristus ke bumi dengan malapetaka-malapetaka murka menurut
nubuatan-nubuatan para nabi. Secara peribadi, saya tidaklah percaya bahawa ia akan dapat dilihat oleh semua
penduduk bumi. Bintang Betlehem, sebagai
perbandingan, hanyalah disaksikan oleh tiga orang Majus dari timur, sedangkan
gembala kambing pula mendengar pemberitaan para malaikat yang mengatakan bahawa
tandanya Anak Manusia dilahirkan adalah seringkasnya “ada
bayi di kandang sapi.” Tiada seorangpun di kalangan golongan
Sanhedrin-Imamat yang melihat tanda-tanda Anak Manusia kecuali muridNya yang
berketurunan Imamat iaitu Lukas dan Matius.
Malah, mereka tidak percaya, justeru, Yesus sengaja memberikan ‘tanda nabi Jonah’ yang cuma menambahi parah
kekeliruan kegelapan mata roh mereka!
Jika ada yang bersaksi pernah melihat ‘tanda
Salib’ di langit itu, maka ia pastinya berlaku di kalangan orang-orang percaya sahaja! Santo Paulus menasihati bahawa
nubuatan diberikan sebagai ‘tanda’ kepada orang-orang percaya. Maka, nubuatan tentang ‘Salib di langit’
adalah ‘tanda’ untuk orang percaya sahaja, dan bukannya untuk orang yang tidak
percaya! Nubuatan tentang ‘tanda’ Anak
Manusia di langit itu, adalah untuk orang percaya sahaja, supaya ia akan “membangun,
menasihati dan menghibur” (1 Korintus 14:
3). Dan supaya, mereka yang percaya akan
‘tanda-tanda yang diberi’ menjadi ‘blessed.’
Nubuatan yang diberikan kepada orang tidak percaya adalah umpama meletakkan ‘cincin
emas dia atas muncung jungur babi:’ sia-sia belaka seperti memukat angin yang berlalu!
Walaubagaimanapun, ‘Salib’ seringkasnya membawa arti ‘Murka Tuhan.' Pada zaman Empayar Romawi, hukuman di atas kayu ‘salib,’ pasti memberikan siksaan yang membawa kematian! Kematian Yesus adalah disebabkan ia meminum ‘Piala Murka Allah Bapa,’ (the Cup of His Father's Wraths) yang telah ditumpahkan ke atas kepalaNya sebagai kambing Azazel, dan juga sebagai ‘Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia.” Dia yang ditakdirkan sebagai ‘Domba Tuhan’ yang ‘Setia dan Benar” telah meminum habis semua murka itu! Kerana Ia menanggung semuanya itu, maka, pulau-pulaupun (termasuk bangsa-bangsa di Pulau Borneo) dapat bersukacita dan kaki-kaki gunungpun dapat memuji-muji perbuatan tangan kanan Bapa.

Murka Allah Bapa ke atas semua dosa
sepatutnya dipertanggunjawabkan, dan ditumpahkan ke atas setiap kepala manusia
di bumi, tetapi Juruselamat datang untuk menanggung segala derita dan luka-luka
kita, supaya kita dianugerahkan Jalan, Pintu dan Roh untuk mengenali Roh Tuhan
Yang MahaKudus. Pemazmur memuliakan
Tuhan dengan mempersembahkan syukur kepada Tuhan sebagai korban ‘Terpujilah
Tuhan! Hari demi hari ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita.
Sela ‘ (Mazmur 68: 20).
Justeru itu, ‘tanda’ Anak Manusia itu
adalah ‘Murka Tuhan’ yang ditumpahkan ke seluruh dunia! Maksudnya, kedatangan
Kristus ke bumi adalah untuk melaksanakan karya Penghukuman dan Penghakiman; ‘Salib’
adalah lambang penghakiman dan penghukuman. Jikalau kita tidak dapat
melihat ‘tanda Salib’ itu, maka ‘tanda’
itu masih dapat dimengertikan melalui pemberitaan nabi-nabi Tuhan yang
memproklamirkan ‘nubuatan-nubautan penghukuman' yang menyeluruh di seluruh
dunia.
Nubuatan tentang peperangan dunia ke-3,
WW3, adalah salah satu 'tanda' yang menjelaskan perjalanan ‘Murka Tuhan’ yang
akan ditumpahkan ke seluruh bumi. ‘Salib Yesus’ adalah perlambangan 'murka Tuhan Bapa' yang
ditumpahkan ke atas kepala ‘Domba Tuhan.’ Dan murka itu yang sepatutnya
ditumpahkan kepada semua orang dari semua zaman telah ditumpahkan ke atas
kepala Yesus di atas kayu Salib. Pada hari Tuhan, pembalasan oleh murka Tuhan
akan menimpa semua orang. Maka, ‘tanda’
Anak Manusia memberi maksud bahawa Murka Tuhan akan benar-benar ditumpahkan ke
atas semua kepala manusia apabila bermulanya pemberitaan langit sebelum hari Tuhan; ‘matahari jadi
gelap, bulan tidak bercahaya, dan bintang-bintang berjatuhan.’
‘Kekelaman ada
di bawah telapak Kaki Yesus’ itu adalah dilihat sebagai penglihatan ‘Salib’
oleh sesetengah orang percaya terutama dari kalangan komuniti Katolik. Sudah tentu ‘penglihatan-penglihatan’
rohani itu bukanlah merujuk kepada ‘chemtrails’ kapal terbang! Bagi mereka
yang tidak pernah melihat
penglihatan ‘Salib,’ maka, kekelaman ‘awan-gelap’
pada tapak kaki Yesus itu dapat ditanggapi
sebagai
‘murka
Tuhan’ dalam bentuk peperangan dunia yang ke-tiga : WWIII. Tapak kaki yang gelap kelam itu adalah ‘murka Tuhan’ yang
mencurah sebagai manifestasi ‘peperangan’ di muka bumi. Dan, peperangan ini
akan mendahului ‘Hari Tuhan’ iaitu, hari turunnya Kristus. (WW3 precedes the 2nd Coming of Christ.).
Bila Ia turun, ‘awan-awan’ itu
akan
memberikan fenomena roh yang dilihat melalui penglihatan roh: ‘bergulung seperti gulungan kitab.’
(Lihat Link mengenai WWIII menurut nubuatan 'Old Woman of Valdres,' Norway )
(Lihat Link mengenai WWIII menurut nubuatan 'Old Woman of Valdres,' Norway )
To be continued……………to Part 3
Kisah Para Rasul
1:1
Hai Teofilus, dalam bukuku yang pertama aku menulis tentang segala sesuatu yang dikerjakan dan diajarkan Yesus,
1:2
sampai pada hari Ia terangkat. Sebelum itu Ia telah memberi perintah-Nya oleh Roh Kudus kepada rasul-rasul yang dipilih-Nya.
1:3
Kepada mereka Ia menunjukkan diri-Nya setelah penderitaan-Nya selesai, dan dengan banyak tanda Ia membuktikan, bahwa Ia hidup. Sebab selama empat puluh hari Ia berulang-ulang menampakkan diri dan berbicara kepada mereka tentang Kerajaan Allah.
1:4
Pada suatu hari ketika Ia makan bersama-sama dengan mereka, Ia melarang mereka meninggalkan Yerusalem, dan menyuruh mereka tinggal di situ menantikan janji Bapa, yang--demikian kata-Nya--"telah kamu dengar dari pada-Ku.
1:5
Sebab Yohanes membaptis dengan air, tetapi tidak lama lagi kamu akan dibaptis dengan Roh Kudus."
1:6
Maka bertanyalah mereka yang berkumpul di situ: "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?"
1:7
Jawab-Nya: "Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasa-Nya.
1:8
Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi."
1:9
Sesudah Ia mengatakan demikian, terangkatlah Ia disaksikan oleh mereka, dan awan menutup-Nya dari pandangan mereka.
1:10
Ketika mereka sedang menatap ke langit waktu Ia naik itu, tiba-tiba berdirilah dua orang yang berpakaian putih dekat mereka,
1:11
dan berkata kepada mereka: "HAI ORANG-ORANG GALILEA, MENGAPAKAH KAMU BERDIRI MELIHAT KE LANGIT? YESUS INI, YANG TERANGKAT KE SORGA MENINGGALKAN KAMU, AKAN DATANG KEMBALI DENGAN CARA YANG SAMA SEPERTI KAMU MELIHAT DIA NAIK KE SORGA