Ahad, 13 Disember 2015

Kedatangan Kristus ....Part 3 (."..dan barangsiapa yang berseru kepada "nama" Tuhan akan diselamatkan. Kis.2: 21)


3 As He was sitting on the Mount of Olives, the disciples came to Him privately, saying, Tell us, when will these things happen, and what will be the Sign of your Coming, and of the end of the age?” (Matthew 24: 3)
---------------------

Ketika Yesus, Firman menjadi manusia, dilahirkan, bintang Bethlehem bersinar di langit yang menandakan kelahiran Raja Kebenaran.  Ia telah disahkan-dilihat oleh tiga orang Majus yang sejenis (heathen seer) dengan Nabi Balaam dari timur (Pelihat). Dan, penglihatan mereka itu (wide-awake visions) telah menggenapi nubuatan nabi Balaam Beor dalam Kitab Bilangan 24: 17, dan telah disampaikan lebih dari 1,400 tahun, iaitu anggaran tempoh tahun sebelum Almasih dilahirkan.  Nubuatan Balaam perihal kelahiran raja itu berbunyi ,“Aku melihat dia, tetapi bukan sekarang; aku memandang dia, tetapi bukan dari dekat; bintang terbit dari Yakub, tongkat kerajaan timbul dari Israel ...”

‘Tanda’ di langit itu adalah sebenarnya realiti “roh” yang menambahi pemandangan langit harfiah.  Ia hanya dapat dilihat oleh mereka yang biasa dengan realiti alam roh.  Tuhan sengaja merelakan ‘tanda’ kelahiran Yashua itu dapat dilihat oleh orang-orang Majus dari timur, meskipun mereka bukanlah umat penyembah YHVH. Tidak hairan jika Injil mencatatkan bahawa mereka (Orang Majus) datang dan bertanya-tanya: “2 Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintangNya di Timur dan kami datang  untuk menyembah Dia.” “ 9...berangkatlah mereka.  Dan lihatlah, bintang yang mereka lihat di Timur itu mendahului mereka hingga tiba dan berhenti di atas tempat, di mana Anak itu berada.” (Matius 2: 2, 9).

‘Tanda’ menurut Santo Paulus adalah diberikan kepada orang percaya iaitu mereka yang dianugerahkan dengan penglihatan roh untuk melihat, dan juga berbicara dengan utusan Sorgawi: para malaikat Tuhan. Tanda diberikan kepada mereka yang percaya: untuk membangun, menghibur dan menasihati.   Gembala-gembala yang tinggal di Padang tidaklah melihat tanda bintang seperti yang telah dilihat oleh tiga orang majus dari timur itu; mereka diberikan 'tanda' di bumi, iaitu bayi di kandang sapi. Mereka melihat penglihatan hadirat malaikat yang berbicara terus kepada mereka! Mereka (gembala) turut melihat (dalam penglihatan roh) sejumlah besar bala tentara sorga yang memuji Allah pada ketika Yesus dilahirkan.  

Tiga orang majus melihat tanda di langit, namun mereka tidak mendengar bicara kata dari para malaikat Tuhan. Malah, ketika mereka datang ke Yerusalem, Injil mencatatkan bahawa mereka “bertanya-tanya.”  Hanya apabila mereka berangkat ke Bethlehem, maka tampaklah, bintang itu mendahului dan menuntun mereka sehingga bintang itu tiba di atas tempat, di mana Anak itu berada.  Ternyata, ‘tanda’ itu menuntun mereka seperti papan tanda di Jalanraya.  Gembala-gembala tidaklah bertanyakan kepada sesiapun samaada kepada kepala imam ataupun kepada ahli Taurat bangsa Yahudi, tetapi mereka mendapat maklumat daripada malaikat yang berbicara langsung kepada mereka di Padang. “9 Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka, dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan.10 lalu kata malaikat itu kepada mereka: “Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa:

11 Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan di kota Daud. 12 dan inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan.” Pada penyunatan Yesus, Simeon dan Nabiah Hana ada bernubuat tentang anak Yesus itu (Lukas 2: 21-40).  

Malaikat berbicara kepada para gembala dan memberikan ‘tanda’ yang ringkas kepada mereka. Orang Majus dapat menafsir ‘tanda’ yang mereka lihat dalam alam roh, namun mereka tidak mempunyai maklumat perihal kelahiran Juruselamat itu, melainkan mereka “bertanya-tanya” kepada penduduk Yerusalem. 

Tanda

Tanda’ itu ringkasnya berfungsi sebagai papan-tanda yang memberitahu akan pengenalpastian penggenapan sesuatu janji Tuhan/firman.  Bintang sebagai ‘tanda’ kelahiran “Raja orang Yahudi” yang pernah dilihat oleh nabi Balaam dalam Kitab Bilangan 24: 17 telah digenapi, dan disahkan telah dilihat oleh tiga orang Majus dari timur dalam Matius 2: 2,9.  Tidak pula diketahui samada tanda 'bintang' yang dilihat oleh 3 orang Majus itu dinyatakan secara sama kepada para gembala di padang. Namun, malaikat telah berbicara langsung kepada para gembala; malaikat tidak pula dicatatkan  bahawa  telah berbicara kepada orang majus.

Siapakah para gembala itu? Raja Daud adalah seorang gembala sebelum ia dipilih Tuhan untuk menggantikan Raja Saul.  Sudah tentu dalam garis keturunan Raja Daud, terdapat kumpulan yang hidup sebagai gembala ternakan. Mereka menyimpan kepercayaan kuat pada janji Tuhan kepada moyang mereka, Daud, seperti yang tertulis dalam Kitab Mazmur (Mazmur 89)  secara turun-temurun, bahawasanya  Tuhan telah bersumpah kepada Daud perihal Raja Kebenaran yang lahir dari tunas Daud.   Tidaklah semua orang dapat melihat malaikat dan berbicara dengan  malaikat seperti para gembala itu, maka,  justeru itulah ‘tanda’ diberikan oleh Tuhan pada ketika kelahiran Yesus.  Tanda dilangit memberitakan pekerjaan (nama) tangan Tuhan; kelahiran Juruselamat.  Ia memberitakan ‘Firman menjadi manusia.’

Raja Damai & Jalan Salib

Titik Perdamaian Roh Tuhan dengan semua bangsa di bumi dimulai di Kayu Salib: Domba Tuhan mati.  Namun, pemberitaan pengakhiran (penggenapannya) nya itu telahpun disampaikan dari permulaan, dan sejak dari zaman purbakala (Yesaya 46: 10).  Roh TujuhLapis menganugerahkan pengertian dan hikmat kepada orang-orang percaya dalam mengenali Domba Tuhan, Kristus: Jalan, Pintu, dan Kunci.  Ranting belajar perihal pengertian ‘takut akan Tuhan’ dengan senantiasa melekat pada Pohon Kehidupan. Jalan Salib senantiasa membawa kembali orang percaya kepada penerimaan dan pengampunan Kristus kerana namaNya adalah “Yang Setia dan Benar.”  Ia  setia mengampuni dosa (1 Yoh. 1: 9).  Maka, Jalan Salib adalah Perdamaian dengan Roh Tuhan yang dianugerahkan oleh nama Raja Damai. Kita mengenali bahawa Roh Pencipta Tuhan itu adalah Kasih melalui namaNya sebagai Raja Damai.

Hakim & Jalan Murka Tuhan

            Dia yang datang di atas awan-awan” adalah Tuhan Kristus yang bersemayam sebagai Raja segala raja untuk selama-lamanya, dan diutus oleh Bapa dalam nama Hakim.  Hakim melaksanakan pekerjaan atau karya penghakiman dan penghukuman yang sempurna.  Kita mengenali Kristus sebagai Hakim melalui Jalan Murka Tuhan.  Di dalam murka Tuhan kita mengenali kekudusanNya yang menghanguskan (consuming fire).  Justeru itu, menurut nubuatan Yesaya "murka Tuhan mengajar manusia di bumi apa yang benar."
      Sepanjang era Gerejani iaitu selepas Pentakosta sehingga sekarang (12/12/2015), Kristus telah menyatakan bahawa Dia akan datang “di atas awan-awan.”  Dia memberikan nubuatan-nubuatan dalam Wahyu supaya orang percaya akan melihat bagaimana perjalanan karya Hakim yang akan menumpahkan tiga kategori murka melalui para penuaiNya, dan murka itu dipanggil: ‘Meterai: 7 meterai, Sangkakala: 7 sangkakala dan Cawan: 7 cawan.’  Meterai 1 hingga Meterai yang ke-5 dan Meterai 6 dalam Wahyu 6 adalah merupakan pernyataan Kristus sebagai Raja Damai, justeru itu, Roh Kuduslah nama yang diutus Bapa untuk penghakiman dan penghukuman penduduk bumi sebelum nama Kristus sebagai HAKIM di umumkan. 

        Kembalinya Kristus kelak berarti tangan Tuhan mengerjakan pekerjaan baru atau ringkasnya "nama" baru, iaitu Hakim. Jadi siapakah Hakim sejak Pentakosta hingga sekarang? Jawapannya ialah Roh Kudus! Meterai ke-6 adalah 'peralihan dua nama' Kristus; nama Raja Damai akan terus berkarya, berkerja bersama dengan nama Hakim secara serentak di sepanjang tempoh masa 'meterai yang ke-6' berlangsung! Pemberitaan ‘langit’ akan berlangsung dan dilaksanakan dalam tempoh-masa Meterai ke-6: Sepanjang selang-masa meterai ke-6, Kristus akan diberitakan namaNya sebagai Hakim, memegang kunci segala maut, dan kerajaan maut. Dalam Matius 24: 29 dan Why.6: 12-13 'langit' memberitakan karya "keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim" (Mazmur 50: 6).  Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan, namun ia juga menggenapi maksud Mazmur 50: 6. Namun, namaNya sebagai Raja Damai tidak akan berhenti berkerja selagi "awan-awan" (kerub), atau langit (7 pintu dan 7 lapis sorgawi membuat 'bukaan') belum bergulung-gulung. Fenomena "awan bergulung-gulung" ini hanya dapat dilihat dengan mata rohani seperti 'penglihatan langit' yang disaksikan oleh para gembala pada waktu kelahiranNya.  

      "Awan bergulung seperti gulungan kitab" bukanlah fenomena langit harfiah seperti fenomena awan bergulung yang selalu berlaku  di bumi Australia. Nama Raja Damai berlangsung dari Paskah Tuhan Yesus hinggalah kepada hari turunnya Kristus ke bumi; ataupun dari Murka "Meterai 1" hinggalah ke penghujung murka "Meterai ke-6."  Nama Hakim berlangsung dari permulaan "Meterai ke-6" hinggalah habis Murka "Cawan yang ke-7," dan juga selepas itu.  Nama Raja Damai dan nama Hakim seolah-olah akan berkerja berlapis sepanjang "Meterai ke-6." (kontroversi?)

Melalui murka Tuhan, kita mengenali kekudusan Tuhan. Nabi Nahum memberikan nubuatan perihal ‘murka’ Tuhan; Tuhan itu cemburu dan pembalas, penuh kehangatan amarah (Consuming Fire), Panjang Sabar, Besar Kuasa, tidak membebaskan orang bersalah.  Ia berjalan dalam puting beliung, dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1: 1-3). (Lihat link mengenai "'halilintar" dalam Matius 24: 27).

Bumi menjadi sunyi sepi di HadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. Didalam hadirat kedatangan Roh Kristus yang kedua yang diutus Bapa dalam nama sebagai Hakim, Ia akan datang berserta dengan para penuai (para malaikat) dan orang-orang kudus di bumi.
4 a Ia menghardik laut, ia mengeringkan sungai, Ia membuatkan gunung-gunung gemetar, dan bukit-bukit mencair.  5 gunung-gunung gemetar terhadap Dia, dan bukit-bukit mencair. Bumi menjadi sunyi sepi di hadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. 6 Siapakah yang tahan berdiri menghadapi geramNya? Dan siapakah yang tahan tegak terhadap murkaNya yang bernyala-nyala? Kehangatan amarahNya tercurah seperti api, dan gunung-gunung batu menjadi roboh di hadapanNya. 7 Tuhan itu; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepadaNya 8 dan menyeberangkan mereka pada waktu banjir. Ia menghabisisama-sekali orang-orang yang bangkit melawan Dia, dan musuhNya dihalauNya ke dalam gelap. (Nahum 1: 1-8)

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan murka Tuhan?  

Ia berjalan dalam puting beliung, dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1: 3 b).  Dalam Kitab Mazmur, murka Tuhan itu diberitakan oleh Suara Roh Tuhan.  Mazmur 29 menjelaskan “2 berilah Tuhan kemuliaan namanya, sujudlah kepada Tuhan dengan berhiaskan kekudusan! 3 SUARA Tuhan di atas air, allah yang mulia mengguntur, Tuhan di atas air yang besar. 4 Suara Tuhan penuh kekuatan SUARATuhan penuh semarak. 5 Suara Tuhan mematahkan pohon aras, bahkan Tuhan menumbangkanpohon aras Libanon. 6 ia membaut gunung Libanon melompat-lompat seperti anak lembu, dan gunung Siryon seperti anak banteng. 7 Suara Tuhan menyemburkan nyala api. 8 Suara tuhan membuat Padang gurun gemetear, Tuhan membuat padang gurun kadesh gemetar. 9 Suara Tuhan membuat rusa beranak rusa betina yang mengandung, bahkan hutan digundulinya; dan didalam baitNya setiap orang berseru: “Hormat!” 10 Tuhan bersemayam di atas air bah, Tuhan bersemayam sebagai Raja untuk selama-lamanya. “

Segala malapetaka yang terjadi di bumi tanpa SUARA Tuhan adalah samada dilihat sebagai  the acts of nature, ataupun kesilapan-kesilapan manusia kerana manusia itu sendiri tidaklah sempurna.  Namun, jika ada ‘SUARA Tuhan,’ maka sudah tentu sesuatu kejadian itu mempunyai ‘nubuatan’ yang menjelaskan ada tangan Tuhan dalam kejadian itu. Ia hanya dapat dimengertikan oleh anugerah roh pengertian.  Menurut Taurat, Roh Hakim menghukum samada umatNya atau bukan umatnya dengan roh penghukuman dalam gandaan tujuh:“menghukum kamu tujuh kali lipat.” (Imamat 26: 18, 21, 24, 28. )

Apakah jalan murka itu sudah berubah, dan ia tidak menurut “tujuh kali lipat” lagi?  Roh Tuhan tidaklah berubah kerana ia tetap sama dari Alpha dan Omega. Ia tetap “Setia dan Benar” dalam menggenapi jalan murkaNya iaitu “menghukum tujuh kali lipat.”  Meskipun segala pelanggaran Hukum Ibunda, 10  Perintah Nabi Musa” dalam Taurat itu telah lunas dibayar  oleh kesempurnaan kuasa penebusan Domba Tuhan, namun hukuman Roh YHVH yang “menghukum tujuh kali lipat” itu tidaklah terbatal. Ia tidaklah terbatal dalam nama Kristus sebagai Hakim. 

Pekerjaan atau nama Hakim beroperasi menurut roh yang menghukum “tujuh kali lipat;” tidak hairan jika ada 7 meterai, 7 sangkakala, dan 7 cawan. MurkaNYa digandakan sebanyak 7 kali lipat! Roh Tuhan tidak berubah baik dalam nama YHVH yang dinyatakan kepada bani Ibrani, mahupun nama Kristus dalam Perjanjian Baru.  Ibadah menurut Taurat dalam Perjanjian Lama telah mengajarkan umat Tuhan perihal kekudusanNya.  Nabi-nabi Perjanjian Lama lebih mendalami peribadi Roh Tuhan berbanding dengan umat biasa Tuhan kerana mereka menerima anugerah Roh Kudus yang turun ke atas sumbu roh mereka. 
Raja Sulaiman bersaksi bahawa tanpa Roh Tuhan yang diutus oleh Bapa Sorgawi, manusia di bumi tidak akan mampu mengetahui kehendak atau rencana Tuhan. “Siapa gerangan sampai mengenal kehendakMu, kalau Engkau sendiri tidak menganugerahkan kebijaksanaan, dan jika Roh KudusMu dari atas tidak Kauutus? “(Kebijaksanaan 9: 17).  Jalan, Pintu dan Kunci yang sempurna dalam Perjanjian Baru membimbing setiap orang percaya untuk melihat dan mengerti bahawa Tuhan itu Kasih. Justeru itu, Hadirat kekudusan Tuhan yang menghangus telah lama difahami oleh manusia bumi terutama bagi umat Ibrani.  Namun,  sifat Ilahi “Tuhan itu Kasih” hanya dapat didalami oleh umat Tuhan apabila Jalan, Pintu dan kunci telah sempurna dalam karya Tuhan Trinitas.

Dalam Matius 24: 1-30, Yesus Kristus bernubuat tentang akhir zaman.  Dan semua nubuatan Tuhan iaitu perihal “tanda-tanda” akhir zaman adalah “menghibur, menasihati dan membangun” (1 Korintus 14) mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan.

Nubuatan Yesus Kristus pada ayat 29 dalam Matius 24, mengungkapkan  perkataan-perkataan yang berbeda dari kata-kata Yesus dalam ayat yang sebelumnya iaitu dari ayat pertama hingga ayat yang ke 28.  Perkataan Kristus dalam ayat 29 disampaikan menurut  maksud Mazmur 19: 2. “Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya.

                    
Melihat 'langit harafiah' tidaklah memberikan apa-apa pengertian tentang 'pekerjaan' atau 'nama' Tuhan (Maz.19:1-2; Maz.50:1-6). 'langit harafiah' hanyalah memberitakan 'cuaca.' 'Langit' dalam Mazmur 19:1-2 dan Maz.50: 1-6 adalah merujuk kepada Firman atau 'roh:' Penglihatan Roh yang dianugerahkan oleh Roh Tujuh Lapis.

Ayat 29 adalah sebenarnya merupakan Murka Tuhan iaitu Meterai ke-6 dalam Wahyu 6: 12-17.  Walaubagaimanapun, ia juga merupakan suatu selang masa pemberitaan langit’ (Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19: 13 b).  Langit akan meneruskan pemberitaannya selama Murka Meterai yang ke-enam itu berlangsung.  Selepas itu, tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Berarti, ‘tanda’ itu masih dalam pemberitaan langit.  Dan Anak Manusia yang turun ke bumi akan memperlihatkan (alam roh) bahawa ia datang dalam cara yang sama seperti ia terangkat dahulu dalam Kisah 1: 11.

Maksudnya, Tuhan akan memperlihatkan penghukuman dan penghakiman Hakim sebelum Hari dan saat Tuhan Kristus turun sesuai nubuatan dengan para nabi.  12 Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keeanam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah.”  Ayat ini adalah mengungkapkan maksud yang sama jika dirujuk Pada Kisah Para Rasul 2: 20 atau Joel 2: 31Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu.  Kedua nubuatan ayat ini juga adalah diterang oleh nubuatan Yesus sendiri, ketika ia masih di bumi di lereng bukit Zaitun dalam Matius 24: 29Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang.”

Maka ketiga-tiga ayat dari tiga sumber iaitu Injil Matius 24: 29, Kisah. 2: 20 (Joel 2: 31) dan Wahyu 6: 12 adalah mengungkapkan “murka Tuhan” yang harus terjadi sebelum datangnya hari Tuhan yang hebat dan dahsyat.  Ketiga-tiga nubuatan tersebut merupakan “pemberitaan” cakrawala dan penceritaan Langit perihal Kemuliaan Allah. ( Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6). “Cakrawala” memberitakan pekerjaan tanganNya.  Pekerjaan itu ialah nama Tuhan.  Maka, Matius 24: 29, Joel 2: 31, Kis. 2: 20 dan Wahyu 6: 12 sebenarnya mengumumkan nama Tuhan yang datang itu adalah HAKIM.

Nama” ialah pekerjaan tangan Tuhan.  Hakim berkerja menghakimi dan menghukum dengan penuh keadilan.  Apakah pekerjaan Hakim itu sinonim dengan pekerjaan Raja Damai?  Memang tidak! Walaupun keduanya adalah Kristus.   Raja Damai itu adalah senantiasa membela pelanggaran manusia asalkan saja mereka percaya kepada Jalan Salib (Domba Tuhan). Hakim senantiasa menghakimi kesalahan kita dengan penuh keadilan.  Pintu-pintu ‘roh’ Tabernakel YHVH Perjanjian Lama telah ditutup sejurus Kristus berjaya menyempurnakan  Jalan, Pintu dan Kunci yang sempurna bagi umat Tuhan.   Justeru itu, Raja Damai membuat ucapan salam “Damai sejahtera, Kuberikan padamu.”  Sudah tentu Hakim yang turun tidaklah membuat ucapan salam yang sama!  Namun apakah pintu Raja Damai akan tertutup apabila namaNya adalah Hakim? Pintu Roh Tuhan tidaklah pernah tertutup, namun turunnya Hakim memberi maksud bahawa pekerjaan Raja Damai sudah siap. Apa-apa pekerjaan Roh Tuhan yang belum siap akan diteruskan oleh nama Hakim. Bukankah Joel 2: 31 menyingkapkan bahawa “ Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah SEBELUM datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu”?  Justeru itu, nama Hakim akan 'diberitakan oleh langit' SEBELUM hari turunnya Kristus, atau sebelum langit bergulung seperti gulungan Kitab (~dilihat sebagai realiti alam 'roh') !

Bagi manusia rohani seperti nabi-nabi, hari datangnya Tuhan itu mereka saksikan “hebat dan dahsyat” kerana mereka menyaksikan alam roh: realiti Roh Kristus dan para malaikat. Kelak, ia akan bersama dengan 12 suku kaum Israel  yang di meterai dengan “Allah yang hidup” sejumlah 144,000 semuanya.

Bagi mereka yang tidak melihat dan tidak percaya “tanda Anak Manusia” di langit.  Hari itu bukanlah hari besar tetapi hanya akan dilihat sebagai hari kebiasaan.  Kematian Yesus tidaklah memberi makna apa-apa kepada mereka yang tidak tertulis namanya dalam buku kehidupan.  Oleh kerana satu hari bagi Tuhan adalah umpama 1,000 Tahun bagi manusia, maka “hari besar” Tuhan itu adalah suatu tempoh yang tidak diketahui oleh manusia.  Tuhan tidak pernah kesuntukan masa, dan manusialah yang kesuntukan masa!

Hari besar murka Tuhan itu bukanlah secara harfiah berarti satu hari.  Ia adalah tempoh masa Murka Tuhan ditumpahkan ke bumi bermula dari pengumuman namaNya sebagai Hakim dalam Meterai ke-6.  Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan sebelum hari Tuhan (bermula dari turunnya Kristus ke bumi), namun tempoh masa meterai ke-enam itu juga adalah pengumuman namaNya sebagai Hakim.  Untuk sekadar mencerahkan pengertian melalui perbandingan, kita tahu bahawa Domba Tuhan, Yesus kristus,  mati di kayu Salib tepat pada hari Paskah  Tuhan, namun ia sudah diumumkan oleh Nabi Yohanes Pembaptis sebagai ‘Domba Tuhan’ pada ketika Yesus dibaptis; iaitu selang masa 3 tahun sebelum Ia mati di kayu Salib. 

Yesus Kristus akan kembali “di atas awan-awan” pada penghujung meterai iaitu pada ungkapan ayat yang ke-14 “maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.”  Penulis percaya bahawa ayat ini mengungkapkan apa yang dikatakan dua malaikat pada Kisah 1: 11 “Hai orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat langit? Yesus ini , yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat (penglihatan roh) Dia naik ke Sorga.”   

Kelepasan & Penghakiman Tuhan ( Murka Tuhan dari Wahyu 6: 17 (~permulaan Hari Tuhan) sehingga Wahyu 16: 17-21 (~Cawan terakhir).


Apakah yang perlu dilakukan sebelum dan sepanjang "murka-murka" Tuhan ditumpahkan ke bumi sejurus nama Kristus sebagai "Hakim" diberitakan oleh langit dalam "Meterai ke-6" ?
     Nabi Yesaya menyampaikan nubuatan iaitu "revelation knowledge" perihal perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi era nama Kristus yang diberitakan oleh langit sebagai 'Hakim.' 'LANGIT' yang diberitakan oleh Matius 24: 29, Joel 2: 31, Kisah  2: 20 dan juga Wahyu 6: 12, menjelaskan bahawa nama Tuhan Kristus yang turun adalah HAKIM; langit memberitakan pekerjaan tangan kanan Tuhan (lihat Mazmur 19:2).  Umat Tuhan diseru oleh Roh Tuhan "Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya."


"...memasuki kamarmu yang terdalam" ?

     Nubuatan Nabi Yesaya dalam Yesaya 26: 20-21 menyingkapkan suatu tindakan yang perlu dilakukan oleh orang-orang percaya kepada Jalan, supaya "20...masuk ke kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu."  Barang "sesaat lamanya" tidaklah diartikan secara harfiah, tetapi ia merujuk kepada tempoh masa nama Hakim diumumkan oleh 'langit' sehingga sempurnanya murka Tuhan yang terakhir digenapi, ditumpahkan ke bumi iaitu cawan murka yang ke-7; Murka kategori ketiga adalah disebut "Cawan." (Three Category of Woes:  1st (Seals); 2nd (Trumpets) & 3rd Woes (Bowls).  "Memasuki kamar" adalah memasuki 'hadirat Roh Kudus.' 
     Apa akan terjadi jika kita tidak dapat memasuki 'kamar kita' atau 'roh doa' ?  Itu berarti Roh Kudus tidak turun ke atas 'bait allah' (temple of the Holy Spirit) iaitu roh kita ( di atas sumbu roh).  Ringkasnya, kita akan berkata seperti Ayub dan Raja Daud "tiada cahaya bersinar di atas kepala; tiada pelita kaki dan tiada yang menerangi jalan."  Apakah yang perlu di buat?  Nabi Yesaya menyingkapkan pengetahuan " ...jika kamu berjalan dalam gelap, (tidak melihat realiti Roh Tuhan)...baiklah ia percaya kepada nama Tuhan dan bersandar kepada Allahnya!" (Yesaya 50: 10).  Dan, Nabi Asaph menyampaikan firman Tuhan  dalam Mazmur 50: 15, "berserulah kepadaKu pada waktu kesesakan (distress), Aku akan meluputkan engkau, dan engkau akan memuliakan Aku."
     Hadirat Roh Kudus kepada setiap orang percaya adalah diumpamakan sebagai memasuki kamar kerana dalam Perjanjian Lama, memasuki bilik yang Mahasuci adalah urusan Imam Besar yang 'memasuki kamar yang terdalam' di Tabernakel.  Roh doa hanya menjadi hidup apabila semua orang percaya ('imamat rajani') memasuki hadirat Roh Kudus yang bernyala di atas sumbu roh manusia. Rasul Petrus meringkaskan dan mengungkapkan maksud urusan doa yang hidup seolah-olah sebagai 'Imamat Rajani'   yang melayani hadirat suci Roh Tuhan YHVH.  Namun, kamar itu adalah roh manusia kerana roh manusia adalah bait Allah.  Roh Kudus turun ke atas sumbu roh bait Allah.  Rasul Petrus menyatakan dalam Kisah Para Rasul 2: 21 "Dan barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan akan diselamatkan." 
     Namun, bagaimana mungkin kita dapat berseru kepada hadirat namaNya, jika kita tidak dapat memasuki kamar kita sendiri.  Memasuki kamar kita sendiri adalah bermaksud memasuki hadirat Roh Kudus yang turun di atas sumbu roh kita.  Tidak ada 'roh doa' jika kita tidak memasuki kamar kita sendiri seperti yang dijelaskan oleh nasihat nubuatan Yesaya "...masuklah ke kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya (sehingga sempurnanya semua murka ditumpahkan di bumi), sampai amarah ("cawan ke-7" adalah amarah Tuhan yang terakhir) itu berlalu."  Jadi, tempoh itu agak lama, namun ia tidaklah terlampau lama.
    Sepanjang tempoh masa Murka Tuhan ditumpahkan di bumi oleh para malaikat dalam nama Hakim.  Pada hari 'kemurkaan' harta tidak berguna, tetapi kebenaran melepaskan orang dari maut (Amsal 11: 4).  Kelepasan itu diberikan kepada mereka yang tahu 'memegang' harta Sion.  Apakah harta Sion itu? Harta Sion itu adalah Roh Tujuh Lapis.  Memegang harta Sion menuntut orang-orang percaya untuk memasuki "kamar" mereka sendiri. Kristus berfirman "Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada." 


Yesus akan"... kembali dengan cara yang sama:"  Apakah agaknya maksud kedua malaikat itu berbicara dengan perkataan-perkataan "dengan cara yang sama" ?

     Yesaya menyambung "pengetahuan wahyu Tuhan" dalam ayat ke-21 "sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana."
    Penulis berpendapat bahawa Kristus akan turun selepas pemberitaan namaNya sebagai Hakim dalam 'Murka dan juga pemberitaan langit,' iaitu Meterai ke-6; atau secara spesifiknya dalam Why.6: 14.   " Sorga tujuh-lapis (alam roh) dibukakan oleh malaikat-malaikat  kerub ("awan-awan") untuk Kristus yang turun ke bumi; "dia datang di atas awan-awan," bila ia dibukakan, maka 'ia dilihat seperti gulungan-gulungan kitab'.  Langit harfiah yang biru itu tidaklah bergulung kerana warna biru langit harfiah itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar! Itu takkan bergulung sampai bila-bila masa. Yang dimaksudkan "langit bergulung" itu adalah 'alam roh' iaitu 'langit Sorga' seperti yang dilihat oelh para gembala sewaktu kelahiran Yesus dahulu ketika 'sorga terbuka memperlihatkan bala tentara para malaikat.' !  "Langit bergulung seperti gulungan Kitab yang digulung..." dalam ayat 14 Wahyu Bab 6, menggenapi maksud Kisah Para Rasul 1: 11. sebagaimana yang diberitakan oleh 2 malaikat yang berbicara kepada orang Galilea "...dia kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia (Kristus) naik ke Sorga."  (Lihat pautan Part 1 dan Part 2

"Tell us, when will these things happen,..."


     All prophecies serve to be the 'signs' which point to the fulfillment of divine revelations. Any 'sign-post' is inseparable with the content of the prophecy itself, thus, it is"edifying, comforting, and counseling"  us, as we thread upon into the uncharted future. The 'signs' are 'the word of the Lord.' Thus, the 'signs' serve to be the lamp unto your feet as you step into the unknown future.   They usher us into...the revealed new 'name' of God; the skies proclaim the name of God.   Divine "name" is pointing to the Divine handiwork. 


2 ulasan:

  1. Penglihatan "Tanda Salib" di langit oleh nubuatan Santo Chrysostom adalah, menurut penulis, juga akan hanya dapat dilihat oleh orang-orang percaya sahaja. Namun, oleh kerana "Salib" bermaksud "murka Tuhan" atau "Cup of Divine Wraths," maka seluruh bumi akan dapat merasakan dan menghadapi murka-murka itu meskipun mereka tidak percaya! Di atas Salib, Yesus meminum "Cawan Murka Bapa." Maka, "Salib" sebagai tanda Anak Manusia itu memang benar, namun ia adalah sebelum "bergulungnya langit." Sebelum itu, Meterai ke-6 akan dibalaskan untuk ditumpahkan kepada penduduk bumi. Jadi, Salib itu adalah meterai ke-6.

    BalasPadam
  2. Matius 24: 29 mempunyai bahasa yang lain daripadanya seluruh ayat-ayat dalam bab Matius 24. Kenapa Yesus bernubuat mengenai matahari, bulan, dan bintang-bintang? Kenapa pula Wahyu 6: 12-13 mempunyai nubuatan tentang matahari, bulan dan bintang-bintang seperti dalam Matius 24:29, Yoel 2: 31 atau Kisah Para Rasul 2: 20 ?

    Jawapan:-

    "Langit memberitakan keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim. Sela" (Mazmur 50:6). Juga,lihat dan rujuk maksud yang disingkapkan oleh "langit" dalam Mazmur 19:1-2.

    BalasPadam