Prologue renungan sebelum memasuki hikmat makrifat penafsiran bagi binatang-binatang dalam Kitab
Wahyu adalah berpaut pada nubuatan Nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 9-10
“9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari
sejak purbakala, bahawasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah
dan tidak ada yang seperti Aku, 10 yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman
purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai,
dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan,”
Mengenalpasti identiti 'Kota' yang dinubuatkan dalam Wahyu 17 disingkapkan oleh identiti 'bangsa' yang berkait-rapat secara nubuat dengannya.
Selepas ketujuh cawan murka, dan kategori murka yang ketiga
itu selesai dinyatakan kepada Santo Yohanes, maka Tuhan menunjukkan putusan atas pelacur besar, yang duduk di
tempat yang banyak airnya. Dalam penafsiran nubuatan dalam Wahyu 17, kita
memerlukan roh pengertian, roh hikmat, dan roh pengetahuan perihal identiti pelacur dan identiti binatang. Hanya ada dua sahaja identiti ‘perempuan’
dalam seluruh penyampaian firman dalam Kitab Suci. Yang pertama adalah ‘perempuan’ yang masih menganuti agama Perjanjian
Lama dan yang kedua adalah ‘perempuan’ yang menganuti agama Kristen Perjanjian Baru. Namun, perempuan
perjanjian baru tidaklah mungkin akan menjadi ‘pelacur’ sebab ia senantiasa
dianugerahkan jaminan kasihsetia pengampunan oleh Domba Tuhan iaitu Kristus ('kesetiaan Kristus' 1Yoh.1: 8-10; Wahyu 19: 11). Maka, ‘pelacur besar’ yang
dinyatakan secara simbolis dalam Why.17 ini adalah merujuk kepada ‘perempuan’
yang menganuti agama Perjanjian Lama. Kita tidak keliru perihal binatang merah ungu itu sebab ia
adalah pemerintah dunia. Yang mengelirukan adalah ‘saat’ dan di mana nubuatan
ini digenapi. Sebelum kita melihat kepada keperinciannya, maka adalah bijak
untuk melihat petikan Yesaya 46; 9-10 sekali lagi.
Tuhan menyatakan melalui Nabi Yesaya bahawa yang
berlaku hal yang kemudian (pengakhiran) telahpun diberitahu dari mulanya, iaitu
sejak zaman purbakala lagi. Melalui kacamata hikmat makrifat yang disampaikan
oleh Nabi Yesaya itu, maka kita akan telusuri awalan permusuhan antara
‘perempuan’ dan ‘binatang’ naga itu.
Sudah tentu ada nubuatan di zaman purbakala yang memberitahu permulaan
perseturuan itu yang diheret sampai ke akhir zaman. Kita kembali kepada permulaan
permusuhan antara ‘perempuan’ dan ‘naga’ menurut nubuatan Ilahi yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 3: 15
“15 Aku akan mengadakan
permusuhan antara engkau (Ular tua) dan perempuan ini, antara keturunanmu dan
keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan
tumitnya.”
Berpandukan nubuatan di atas, maka kita diberitahu bahawa ‘perempuan’
itu telah dinubuatkan akan bermusuhan dengan Ular Tua dan keturunannya di
sepanjang zaman manusia. Jelas sekali
bahawa Tuhan turut mengatakan bahawa ia juga mengadakan permusuhan antara Tuhan
dan ‘perempuan’ itu kerana perempuan itu adalah manusia yang 'luka.'. Jika, perempuan itu
tidak diperdamaikan dengan roh Tuhan, maka sudah tentu Tuhan akan merelakan
keturunan si Ular tua itu mematuk tumit perempuan itu. Dan jika perempuan itu diperdamaikan dengan
Roh Tuhan, maka perempuan itu akan meremukkan kepala keturunan-keturunan si ular tua itu.
Perempuan si pelacur besar itu adalah mewakili bangsa Ibrani
yang kekal menamakan diri mereka sebagai penyembah-penyembah Tuhan menurut Perjanjian Lama. Mereka itu, pada masa kini sedang menduduki reruntuhan-reruntuhan tanah suci yang dibangunkan
semula. Mereka membangunnya semula apabila mereka menggenapi nubuatan para Nabi seperti 'dijemput' oleh Nabi Yehezekiel dalam Yeh. 37: 21; "Yerusalem dibelah dua" oleh Nabi Zakharia dalam Zak. 14: 2; dan kelak selepas Kristus kembali akan ada pemulihan "144,000 bangsa Israel" menurut nubuat oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7:4 & Why. 14: 1-5; dan "IsteriKu dalam kesetiaan" dalam Hosea 2: 19). Meskipun, penduduk Israel mengikut anutan majoriti adalah tidak mempercayai
kepada Jalan penyelesaian dosa di dalam nama Domba Tuhan, Tuhan masih menunaikan
FirmanNya melalui Nabi Yehezekiel 36: 24 “Aku akan menjemput kamu dari antara
bangsa-bangsa dan mengumpulkan kamu dari semua negeri dan akan membawa kamu
kembali ke tanahmu.” Namun, jemputan ini belum menggenapi pemulihan bangsa
Ibrani. Kerajaan Israel yang ada sekarang hanyalah menggenapi "jemputan" Tuhan menduduki semula Tanah Perjanjian.
Kemerdekaan Negara Israel pada tahun 1948 CE, dan operasi-operasi
Aliyah [1] (pulang ke tanah suci) hanyalah menggenapi nubuatan ‘jemputan’ itu.
Pemulihan yang ditanyakan oleh rasul-rasul Kristus dalam Kisah Para Rasul 1: 6-7
yang berbunyi “Tuhan maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi
Israel?” adalah jelas terjawab oleh Wahyu
7: 4 di mana seramai 144,000 dari kedua belas suku kaum
Israel akan dimeteraikan kelak dengan “meterai Allah yang hidup.” Pemulihan kerajaan
Israel yang rohani hanya dapat dilaksanakan dengan dimulakan dengan “meterai
Allah yang hidup.” Yesus menjawab pertanyaan itu, “Engkau tidak perlu mengetahui masa dan
waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya.” 12 suku-kaum Bani Israel dinubuatkan sebagai kedua belas (12) atau dalam mimpi Yusuf sebagai 12 bintang. Lirik dalam Kitab Mazmur 147: 2, 4 berbunyi: "2...Ia mengumpulkan Israel yang tercerai-berai. ...4 Ia menentukan jumlah bintang-bintang dan menyebut nama-nama semuanya." Kelak, apabila Yeshua kembali; dinubuatkan bahawa ada 12,000 orang bagi setiap bintang house of Jacob itu, Namun satu bintang, iaitu suku kaum Dan telah dikeluarkan dari senarai, dan suku Manasseh telah diangkat sebagai salah satu daripada bintang-bintang house of Jacob itu!
Yesus menyatakan bahawa mereka akan menerima kuasa dari Bapa, kalau Roh Kudus turun ke atas mereka. Justeru itu, perihal pemulihan kerajaan Israel itu akan dijelaskan pula oleh Roh Kudus nanti. Yesus menyarankan supaya Israel yang menganuti kepercayaan menurut Perjanjian Baru menerima Roh Kudus terlebih dahulu, dan barulah nanti mereka akan mengerti perihal pemulihan kerajaan Israel. Pemulihan itu merangkumi dua kasus iaitu pemulihan kepada penyembahan roh melalui 'Jalan,' dan yang kedua adalah pemulihan kerajaan di Tanah Suci. Bangsa-bangsa yang percaya kepada Jalan akan mengecapi status sebagai "keturunannya": "anak-anak" (offspring) kepada 'perempuan' menurut roh nubuatan (Wahyu 12: 17 dan Kejadian 3: 15).
Meskipun, surat-surat para Rasul menyatakan bahawa Gereja adalah mempelai Kristus, justeru itu, ia adalah 'perempuan,' namun berdasarkan Kejadian 3: 15 dan Wahyu 12: 17 dan juga mimpi Yusuf dalam Kejadian 37: 9 dan penglihatan Santo Yohanes dalam Wahyu 12: 1, maka 'perempuan' dalam Kitab Wahyu adalah merujuk khusus kepada bangsa Ibrani, samada mereka (Ibrani) itu menganuti agama Perjanjian Lama ataupun mereka yang menganuti agama Perjanjian Baru. Maksud penulis adalah arti istilah 'perempuan' secara khusus dilihat berdasarkan bahasa nubuatan dalam Why.12: 17 dan Kejadian 3: 15-16 serta Why.12: 1 dan Kejadian 37: 9. Jika dilihat berdasarkan surat Rasul-Rasul, maka bangsa-bangsa lain yang menjadi pengikut Jalan, sememangnya dipanggil mempelai Kristus. Namun, penafsiran Wahyu 17 adalah berdasarkan bahasa nubuatan yang khusus itu. Pada masa kini, Ibrani yang menganuti agama Perjanjian Baru mewakili peratusan yang minoriti di Tanah Suci berbanding dengan Ibrani yang menganuti agama Perjanjian Lama.

Kenapa
pula 'perempuan' ('Kota') itu disebut pelacur besar?
Bangsa Ibrani adalah bangsa yang dianugerahkan Taurat. Perempuan dalam Kejadian 3: 15-16 merujuk khusus kepada bangsa Ibrani yang masih menganuti agama Perjanjian
Lama. Tidak mungkin ia merujuk kepada bangsa-bangsa lain di dunia. Namun dalam Why. 17, ia merujuk khusus kepada 'Kota;' Kota yang mempunyai kaitan istimewa dengan perempuan iaitu umat Tuhan. Perempuan ini dilahirkan di Mesir
melalui Paskah Tuhan. Apabila ia
memiliki Tanah yang dijanjikan, maka Kota Yerusalem telah menjadi pusat
penyembahan, iaitu berpusat pada Bait Allah di mana namaNya tinggal di sana (Lihat 2 Raja-Raja 23: 27). Kehidupan rohani Israel berpaut pada Bait Allah (Tabernakel). Sebab itu Sang Pemazmur bernyanyi bahawa ada
aliran sungai kehidupan yang mengalir di tengah-tengah Kota Yerusalem, dan
sungai itu merujuk kepada hadirat YHVH di Bait Allah itu. Nabi Yehezekiel
bernubuat bahawa Yerusalem adalah isteriNya (Lihat perkataan "IsteriKu" dalam Hosea 2: 19) yang telah bersundal dengan Mesir,
Asyur, Kasdim (Babylon) dalam Yehezekiel 16.
Malah ,Nabi Yehezekiel turut menghuraikan dosa-dosanya dalam bab ke-22
dan bab ke-23. Meskipun Why.17: 18 jelas menerangkan perwakilan simbolis 'perempuan' itu, namun Kota itu tidaklah dapat dikenalpasti jika kita tidak melihat bangsa yang dinubuatkan khusus dengan kota itu. Sebab itu kita mulai penafsiran Why.17 dengan Kejadian 3: 15.
Jelas, Yerusalem itu disindirkan oleh Tuhan sebagai
seorang pelacur ketika Nabi Yehezekiel menyampaikan mesej perihal keadaan
Israel yang tidak diperdamaikan dengan YHVH.
Oleh kerana ‘perempuan’ itu tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan, maka
seluruh bangsa Ibrani telah ditaklukkan kepada kekuasaan “keturunan ular tua”
iaitu pemerintah-pemerintah dunia -- Mesir,
Asyur, dan Kasdim (Babylon). Rupanya Tuhan merelakan bangsa-bangsa
pemerintah dunia iaitu Mesir, Asyur dan Kasdim sebagai keturunan Ular Tua untuk “meremukkan tumit” perempuan itu sesuai dengan pemberitahuannya dari
mulanya. Dalam Yehezkiel 16, hubungan di antara Tuhan dan umat Ibrani
diumpamakan sebagai hubungan suami-isteri.
Jika, bangsa Ibrani tidak setia, maka Tuhan akan membiarkannya, tanpa perlindungan
daripada menjadi jajahan takluk penguasa-penguasa politik dunia. Maka, bangsa Israel dan kota Yerusalem akan ditaklukkan kepada
kuasa-kuasa besar dunia, dan penaklukan oleh kuasa dunia inilah yang menjadikan Yerusalem sebagai “Pelacur Besar.”
Ia duduk di tempat banyak air kerana, kota Yerusalem pernah dijajah oleh
raja-raja bangsa-bangsa di dunia termasuk monarki British. Ia menjadi kota percaturan politik oleh
raja-raja dan kuasa-kuasa besar dunia malah ia masih begitu sehingga kini! Binatang-binatang (pemerintah-pemerintah dunia) menurut Kitab Kejadian
3: 15 adalah keturunan Ular tua. Mereka adalah pemerintah-pemerintah dunia yang
menentang 'perempuan’ itu.
Dalam Kitab Daniel, Nabi Daniel menjelaskan dalam Dan.7: 2-3 "2...Pada malam hari aku mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari langit mengguncangkan laut besar, 3 dan empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain." Identiti binatang-binatang itu adalah mewakili empat empayar yang akan muncul di bumi (lihat Daniel 7: 1-28). Perempuan itu (Kota) pula dikaitkan dengan bangsa iaitu bangsa Ibrani. Binatang merah ungu itu penuh dengan nama-nama hujat. Nama adalah karya atau pekerjaan sebagaimana yang kita dapat fahami melalui petikan Wahyu 19: 13; Yohanes 1: 29. Menurut Roh nubuatan, perkataan "nama" seringkasnya bermaksud karya (handiwork) atau pekerjaan. Nama-nama hujat artinya karya-karya atau
pekerjaan yang menghujat atau menentang Tuhan.
Perbedaan
binatang merah-ungu dalam wahyu 17 dengan “binatang keluar dari laut” dalam
Wahyu 13.
"Binatang yang keluar dari laut" dalam Wahyu 13 adalah
merujuk kepada sepuluh garis keturunan raja-raja Eropah yang muncul, selepas binatang ke-empat yang keluar dari laut telah berlalu, iaitu Empayar romawi purba menurut penglihatan Nabi Daniel dalam Kitab Daniel 7: 8-9. "10 garis keturunan monarki di Eropah itu telah bertahan sehingga sekarang." [2] Penglihatan binatang ke-4 yang keluar dari laut itu diterima oleh Nabi Daniel dalam pemerintahan tahun yang pertama oleh Maharaja Nabonidus iaitu kira-kira dalam tahun 556 BCE. Maka, Tuhan sudahpun berfirman perihal 10 garis keturunan dalam Empayar Romawi, sebelumpun empayar itu lahir 524 tahun kemudian.
Tujuh monarki dari sepuluh garis keturunan raja-raja itu telah menjadi kuasa penjajah yang menjajah dunia sehingga empayar mereka melilit di muka bumi. Kemana perginya 3 lagi garis keturunan raja-raja? Tiga (3) garis keturunan telah bergabung menjadi satu mahkota dalam monarki empayar British. Manakala, tiga (3) lagi telah lama terhapus dahulu, iaitu ketika peperangan-pergolakan politik empayar-kristen Romawi. Sepatutnya, ada 13 garis keturunan raja-raja di Eropah. Tiga garis keturunan sudah terhapus. Dan tiga lagi telah bergabung menjadi satu. Ada tujuh monarki Eropah yang dikatakan sebagai Imperialis. Mahkota Sri Paus tidaklah dimasuk kira sebagai keturunan raja kerana ia adalah Bapa Agama Katolik, dan ia boleh saja tergolong sebagai perempuan (jika darah penjawat Bapa Suci itu adalah berketurunan Ibrani) ataupun sekadar tergolong status 'anak-anak' (jika penjawat Bapa Suci adalah bangsa bukan Ibrani). Wahyu 12: 17 menjelaskan perbedaan antara perempuan dan anak-anak. Perempuan adalah merujuk kepada bangsa Ibrani, sedangkan anak-anak adalah merujuk kepada bangsa-bangsa yang telah menjadi pengikut Yesus Krsitus.
Maka, "binatang yang keluar dari laut" dalam Wahyu 13 itu bukanlah binatang merah ungu dalam Wahyu 17 kerana tujuh kepala bagi binatang itu merujuk kepada tujuh gunung yang dikaitkan dengan lokasi kota itu. Untuk mencerahkan pengertian, kita lihat Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekadar perbandingan sahaja, di mana dalam organisasi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu itu terdapat 'binatang-binatang' cabal yang berkuasa veto seperti Russia, China, Perancis, the United States of America dan juga the United Kingdom [3]. Maka, 'binatang merah-ungu' dalam Wahyu 17 adalah pemerintah dunia yang mempunyai struktur organisasi yang merangkumi semua negara-negara dan pelbagai bangsa-bangsa di dunia serta memayungi dunia dalam agenda "peace and security" [4], sedangkan binatang yang keluar dari laut dan binatang yang keluar dari bumi itu adalah ahli Cabal yang seringkali memainkan peranan 'monopoli' keputusan-keputusan bagi Binatang merah ungu. Sebab itu, tidak hairanlah jika 10 raja-raja dalam binatang yang keluar dari laut (Why.13) boleh saja menjadi ke-sepuluh tanduk dalam organisasi global iaitu binatang merah ungu dalam Wahyu 17 kerana merekalah yang menjadi sekutu utama kepada cabal atau elit kepada pergabungan bangsa-bangsa itu.
Oleh kerana perempuan itu adalah hanya merujuk kepada umat Tuhan menurut Kejadian 3: 15, maka, kota yang pernah berkahwin dengan Tuhan YHVH adalah Kota Yerusalem (Lihat Hosea 2: 19). Pertuduhan yang mengatakan bahawa Kota Roma ataupun Kota Vatikan itu adalah perempuan merupakan suatu penafsiran yang tidak benar kerana Kristus tidak berkahwin dengan kota. Jelas, Yesus Kristus tidaklah berkahwin dengan mana-manapun kota di dunia ini, melainkan ia mengahwini setiap roh umatnya baik dari perempuan Perjanjian baru ataupun bangsa-bangsa yang menjadi pengikut ‘Jalan:’ "anak-anak" (Why. 12: 17). Roh orang percaya (pengikut Kristus) adalah bait Allah kerana Roh Kudus turun ke atas sumbu roh mereka. Hanya satu sahaja Kota di dunia ini yang pernah menjadi isteri Tuhan iaitu Kota Yerusalem. Namun, ia telah menjadi sundal sebagai mana penberitaan para nabi, justeru itu, ia menunggang binatang merah ungu itu.

Ayat
4:
Kota (perempuan) itu dikatakan berkahwin dengan raja-raja pemerintah dunia kerana
ia digambarkan oleh frasa-frasa seperti ‘kain ungu,’ ‘kain kirmizi,’ permata, dan mutiara dan ada satu cawan emas yang
penuh dengan ‘kekejian’ dan ‘percabulan.’
Sejak kelahirannya dan semenjak bangsa Ibrani memiliki Kota itu dari tangan
Canaanites, kota itu telah menjadi pusat percaturan politik bagi raja-raja di
dunia. Tuhan YHVH mengumpamakan Yerusalem
sebagai isterinya, sebagaimana firmanNya yang disampaikan oleh Nabi Yehezekiel
dalam kitab Yeh. 16. Oleh kerana umatnya, bangsa Ibrani, telah meninggalkan
‘jalan’ perdamaian yang diajarkan oleh Taurat, maka akhirnya Tuhan berhenti
memberikan perlindungan kepada kerajaan Israel, dan Israel mula dibuang dan
diserakkan ke empat penjuru bumi.
Kristus yang mati menurut Lukas 24: 44 juga adalah suatu dosa bagi Kota Suci itu. Ia menambahi kekejian dan percabulan Kota itu. Kota itu adalah jauh sekali layak sebagai kota suci kerana ia telah menjadi pusat karya-karya (pekerjaan-pekerjaan) pemerintah dunia semenjak umatnya mula memberontak kepada Tuhan YHVH; ia adalah tempat yang dikatakan mewarisi kekayaan emas dan perak sejak zaman raja Salomo. Sehingga kini, kota itu masih juga kekal 'sekadar' perdagangan dan juga sebagai salah satu titik terpanas bagi konflik antara pemerintah-pemerintah di dunia. Ia tidaklah pernah ditahirkan sebagai isteri kepada Tuhan YHVH. Dalam arti kata lain, kota itu memperlihatkan aktiviti bangsa yang dikaitkan dengannya, iaitu 'kain ungu' yang bermaksud 'politik,' 'kain kirmizi' yang mengungkapkan dosa-dosa seperti merah-darah kirmizi, 'permata, mutiara dan emas' adalah ungkapan pekerjaan manusia atau bangsa yang tidak diperdamaikan dengan roh Tuhan. Umat sejati Tuhan jelas 'makan' manna dari Sorga. Justeru itu, nubuatan Why. 17: 3-5 menjelaskan simbolis kekejian dan percabulannya: tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan. Dahulunya, Bait Allah di kota Yerusalem adalah tempat Yahweh turun bertakhta di bumi sebagaimana Ia pernah genapi pada zaman pemerintahan "teokrasi Israel yang berlangsung selama 391 tahun dalam pemerintahan Imamat," [5] dan berlangsung "selama 511 tahun dalam garis pemeritahan monarki Yehuda." [6] Selepas itu, ia bukan lagi tempat nama Tuhan tinggal (2 Raja-Raja 23: 27).

5:
Pada dahinya tertulis suatu nama
iaitu suatu rahasia: ‘Babel besar, ibu dari wanita-wanita pelacur dan dari
kekejian bumi. Sejak ia terpisah
dari perkahwinan dengan Tuhan YHVH, maka "tumit perempuan" itu telah seringkali diperintah oleh raja-raja di
bumi. Jika ia berkahwin kepada YHVH sahaja, maka sudah tentu ia tidak digelar sebagai
pelacur. Akan tetapi, ia telah ditakluk oleh banyak pemerintah
dunia termasuk Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu yang sehingga kini masih belum dapat penyelesaian berhubung konflik di sana. Maka sesunguhnya, ia telah
menjadi “Babel besar, ibu kepada semua pelacur.” Semua bangsa-bangsa di dunia (banyak "air") telah terlibat secara langsung kepada konflik timur tengah dan Yerusalem. Kita kembali kepada Kejadian
3: 15 lagi: “Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini,
antara keturunanmu dan keturunannya;” Keturunan si Ular tua itu adalah pemerintah-pemerintah
dunia iaitu bangsa-bangsa di dunia yang bukan Ibrani.
Ayat
6:
Kota itu telah disirami darah orang-orang kudus
iaitu Nabi-Nabi Tuhan. Kota itu juga
turut menjadi tempat penyembelihan saksi-saksi Yesus terutama pada hari-hari awalan karya
'Perempuan-Perjanjian baru' yang baharu sahaja dilahirkan pada hari Pentakosta. Santo Yohanes sangat heran kerana Kota itu
adalah sepatutnya dikatakan Kota Suci bekas isteri Yahweh, namun realitinya jauh sekali daripada
gelarannya.
The Confusion of Tongues by Gustave Doré (1865) (based upon the minaret of Samarra) [a] [a] Lucarelli, Fosco. The Confusion of Tongues. Socks. 25 december 2015. http://socks-studio.com/2013/07/09/confusion-of-tongues-the-construction-of-the-tower-of-babel/ Kelahiran 'era' atau 'zaman' bangsa-bangsa. Sebelum, "biarlah kita turun...", diproklamirkan ke atas Babel, umat manusia cuma 'satu' bangsa dan satu bahasa sahaja. |
Ayat 8: Pemerintah dunia yang ditunggangi oleh Kota Yerusalem itu dikatakan “Ia telah ada, namun tidak ada, ia akan muncul dari jurang maut, dan menuju kepada kebinasaan.” Negara Israel telah mendapat kemerdekaan pada tahun 1948, dan kota Yerusalem telah dibelah dua oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menurut formula yang telah dibuat oleh pihak Mandate British. Binatang yang bertanggungjawab dengan kelahiran kota Yerusalem sebagai kota sekular adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut formula British dan disokong penuh oleh Amerika dan juga pihak Soviet Union. Kitab Kejadian 11 menjelaskan bahawa bangsa yang bersatu di Babel kuno adalah memenuhi dekripsi frasa “telah ada.” Bangsa bersatu yang mendirikan menara Babel kuno, dan yang bersatu mencari nama bagi umat manusia adalah sebenarnya setulinnya hanya satu bangsa sahaja. Tetapi kemudiannya, ia telah menjadi banyak bangsa dengan pelbagai penuturan bahasa. Pelbagai Bangsa-Bangsa di dunia dilahirkan di menara Babel kuno kerana sebelum itu, mereka berusaha bersatu mencari nama (handiwork) bagi manusia itu sendiri. Mereka tidak mencari nama Tuhan. Tuhan menyerakkan mereka di muka bumi dengan menumpahkan murka dalam bentuk kacau-balau bahasa kepada pelbagai bahasa pertuturan.
Kemudian, ia telah dikatakan “namun tidak ada dan muncul lagi” kerana sebelum
hukuman Tuhan ke atas menara Babel Kuno ditumpahkan, ‘bangsa seluruh dunia bersepakat bersatu menjadi satu.’
Sejak itu, kesatuan umat manusia seumpama itu "telah menjadi tidak ada" untuk suatu tempoh masa yang sangat lama sehinggalah pada tahun 1945 AD. Tempoh ketiadaan "bersatu-sedunia' itulah yang dikatakan "namun tidak ada." Ia juga dikenali sebagai "zaman bangsa-bangsa." Sepanjang masa itu, bangsa-bangsa yang telah ujud
akibat hukuman Tuhan di menara itu telah senantiasa saling bersaing, saling berperang dan saling memerintah
antara satu sama lain; umat manusia sedunia tidaklah bersatu menjadi satu di sepanjang zaman yang dinubuatkan secara simbolik "namun tidak ada."
Namun, selepas peperangan dunia ke-II, iaitu sejak Oktober 1945 CE, bangsa-bangsa di dunia mula mencari nama (karya) dengan bersepakat sedunia-bersatu mencari nama: "Peace and Security" dilaksanakan melalui “Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.” Maka, umat manusia sedunia mula mencari nama (handiwork) bagi manusia bersatu, sebagaimana ‘bangsa kuno' bersatu mendirikan Menara Babel. Cuma, perbedaan bagi kedua-dua ‘kesatuan’ itu adalah aktiviti nama atau pekerjaan manusia. Karya atau nama manusia itu berbeda kerana perbedaan zaman ia wujud; ia berbeda dari segi kemajuan teknologi dan gaya hidup. Namun, ia mempunyai persamaan kerana kedua-dua menara ‘bersatu’ itu adalah nama-nama yang mereka cari, dan nama (karya manusia) itu akhirnya bertambah kuasa merebut penyembahan manusia kepada Tuhan. Bukankah sejak dunia sepakat bersatu dalam tahun 1944 dalam nama "membeli dan menjual," manusia di seluruh bumi telah mula dihambakan untuk menyembah mamon? Namun, karya itu diterima oleh umat manusia kerana ia amat praktikal dan mempermudahkan transaksi perdagangan domestik dan antarabangsa (seantaro-dunia). Menara yang mereka dirikan itu, dan nama yang mereka cari itu merebut penyembahan kepada Tuhan yang Esa itu. Manusia menurut design rohnya se-eloknya menurut makrifat Sorgawi, supaya mencari nama Tuhan; namaNya ialah Firman Allah (Why. 19:13). Tidak hairanlah Tuhan akan buat putusan ke atas “pelacur besar’ itu; di zaman Babel kuno putusan Tuhan seringkasnya diungkapkan dengan perkataan “baiklah kita turun...”
Saya bukanlah menentang kepada pengwujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malah, saya menyokong penuh pengwujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan sesama manusia di dunia ini, biarpun ia dilaksanakan menurut pemikiran manusia semata-mata (nama atau karya manusia)! Saya juga tidak menentang kepada penubuhan Bank Dunia. Dan, saya juga bukan anti kepada perjanjian-perjanjian yang mengikat kerajaan-kerajaan di dunia perihal karya yang dicipta oleh pemerintah-pemerintah cabal dunia. Jika, semuanya itu muncul maka, saya melihat penggenapan nubuatan-nubuatan firman Tuhan. Saya tidaklah bersifat negatif terhadap kewujudan karya umat manusia itu. Namun, hakikatnya semua karya-karya itu atau nama-nama yang diujudkan oleh umat manusia adalah berasal dari manusia. Apa yang berasal dari nama manusia itu akan menuju kebinasaan: tidak kekal abadi. Dan kita, sebagai pengikut Jalan, seeloknya dapat membaca tanda-tanda akhir zaman bangsa-bangsa, supaya kita tergolong sebagai orang yang "berbahagia." Karya Tuhan adalah sangatlah jelas bezanya dari karya manusia. NamaNya adalah Firman Allah: Kristus.
Pemerintah-pemerintah dunia adalah calon-calon kepada keturunan Ular Tua. Tuhan menganugerahkan Kitab Wahyu kerana mereka yang akan percaya disebut "berbahagia." "3 Berbahagialah ia yang membacakan dan mereka yang mendengarkan kata-kata nubuat ini, dan yang menuruti apa yang ada tertulis di dalamnya, sebab waktunya sudah dekat" (Wahyu 1: 3). "Waktunya sudah dekat" adalah merujuk kepada penghakiman dan penghukuman bangsa-bangsa di dunia ini oleh Hakim yang maha-adil. Bangsa-bangsa yang ada di dunia sekarang adalah lahir daripada 'satu bangsa' di Babel kuno dalam Kitab Kejadian 11. Tuhan menghukum bangsa yang 'satu' itu dengan mengacau-balaukan bahasanya, maka lahirlah zaman-bagi pelbagai bangsa-bangsa. Nabi Balaam bernubuat bahawa Amalek adalah bangsa yang pertama (Bilangan 24: 20); darahnya ada mengalir kepada pemerintah Mesir iaitu Firaun. Maka, Empayar Mesir adalah musuh 'perempuan' (umat Tuhan) yang pertama dalam timeline bangsa-bangsa. Ia sudah dinubuatkan pada permulaannya iaitu dalam Kejadian 3: 15.
Sejak itu, pelbagai bangsa-bangsa itu senantiasa bergolak dalam percaturan kuasa politik dan ekonomi. Kita sedang berada dalam zaman di mana bangsa-bangsa itu telah 'bersatu semula' biarpun ia agak rapuh iaitu seperti pergabungan "besi dan tanah liat." Ia bersatu dalam nama manusia (karya manusia) yang dipanggil "Peace and Security" melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah kepimpinan oleh penguasa dunia No.1 yang dinubuatkan sebagai "kelihatan seperti domba ('peacemaker'), tetapi bercakap seperti naga." Rasul Paulus mengungkapkan 'suatu mesej' perihal kesatuan bangsa-bangsa itu dalam 1Tesalonika 5: 3 "Apabila mereka mengatakan: Semuanya 'damai dan aman,' maka tiba-tiba mereka ditimpa oleh kebinasaan, seperti seorang perempuan yang hamil ditimpa oleh sakit bersalin mereka pasti tidak akan luput."
Kenapa Paulus menulis frasa 'damai dan aman' ? Paulus menulis surat kepada jemaat di Tesalonika pada eranya kerana terdapat nabi-nabi palsu yang cuba mempengaruhi jemaat Tuhan bahawa 'Hari Tuhan' sudah sampai. Ia bukanlah sekadar nasihat semata-mata, tetapi ia menyingkapkan makrifat 'nama' yang dicari oleh semua bangsa, dan nama itu menjadi petanda awalan (pra) kemunculan kembali 'menara Babel kuno.' Frasa nama 'damai dan aman' itu disampaikan oleh Rasul Paulus perihal 'saat' pra kedatangan kembali Kristus ke bumi. Ayat 3 adalah 'revelation knowledge' yang seringkali dipandang-remeh oleh para pembaca Kitab. Di zaman menara Babel Kuno, umat manusia sedunia berkata "Marilah mencari nama ('karya/pekerjaan')..." Sehinggalah kini, umat manusia di Dunia masih 'mengatakan' (mencari 'nama') seperti yang dibuat di Babel Kuno, dan "nama" yang kita cari ialah "Damai dan aman" dalam versi bahasa Inggeris adalah berbunyi "Peace and Security[7] ." "Peace and Security [8] " merupakan Artikel 1 dalam Bab 1 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apa yang pasti, Rasul Paulus bukanlah merasa seronok menulis, tanpa diinspirasikan oleh Roh Kudus. Roh Kudus menginspirasinya agar tulisan Paulus dapat menasihati jemaat Tuhan di Tesalonika. Maka, sumber inspirasi ayat 3 tersebut sudah barang tentu datang dari Roh Kudus. Kita kembali lagi kepada Kejadian 3: 15. Apabila 'perempuan' diperdamaikan dengan Tuhan, keturunan Ular Tua akan diremukkan kepalanya, namun bila 'perempuan' itu bersundal, maka tumitnya pula akan diremukkan pula oleh keturunan Ular tua itu. Demikianlah kita melihat 'kuasa-kuasa tersembunyi' di sebalik pergolakan politik dan ekonomi dalam sejarah peradaban bangsa-bangsa manusia di bumi ini

Ketika semua bangsa-bangsa di dunia masih mengatakan atau memperjuangkan 'peace and security,' ... (Sumber gambar: United Nations language Careers. 4 januari 2016. <languagecareers.un.org>) |
Kenapa Paulus menulis frasa 'damai dan aman' ? Paulus menulis surat kepada jemaat di Tesalonika pada eranya kerana terdapat nabi-nabi palsu yang cuba mempengaruhi jemaat Tuhan bahawa 'Hari Tuhan' sudah sampai. Ia bukanlah sekadar nasihat semata-mata, tetapi ia menyingkapkan makrifat 'nama' yang dicari oleh semua bangsa, dan nama itu menjadi petanda awalan (pra) kemunculan kembali 'menara Babel kuno.' Frasa nama 'damai dan aman' itu disampaikan oleh Rasul Paulus perihal 'saat' pra kedatangan kembali Kristus ke bumi. Ayat 3 adalah 'revelation knowledge' yang seringkali dipandang-remeh oleh para pembaca Kitab. Di zaman menara Babel Kuno, umat manusia sedunia berkata "Marilah mencari nama ('karya/pekerjaan')..." Sehinggalah kini, umat manusia di Dunia masih 'mengatakan' (mencari 'nama') seperti yang dibuat di Babel Kuno, dan "nama" yang kita cari ialah "Damai dan aman" dalam versi bahasa Inggeris adalah berbunyi "Peace and Security[7] ." "Peace and Security [8] " merupakan Artikel 1 dalam Bab 1 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apa yang pasti, Rasul Paulus bukanlah merasa seronok menulis, tanpa diinspirasikan oleh Roh Kudus. Roh Kudus menginspirasinya agar tulisan Paulus dapat menasihati jemaat Tuhan di Tesalonika. Maka, sumber inspirasi ayat 3 tersebut sudah barang tentu datang dari Roh Kudus. Kita kembali lagi kepada Kejadian 3: 15. Apabila 'perempuan' diperdamaikan dengan Tuhan, keturunan Ular Tua akan diremukkan kepalanya, namun bila 'perempuan' itu bersundal, maka tumitnya pula akan diremukkan pula oleh keturunan Ular tua itu. Demikianlah kita melihat 'kuasa-kuasa tersembunyi' di sebalik pergolakan politik dan ekonomi dalam sejarah peradaban bangsa-bangsa manusia di bumi ini
Ayat 9 :
Yerusalem dikatakan duduk diatas tujuh gunung kerana ia berada
dikelilingi oleh tujuh gunung. Lokasi kota itu dapat dikenalpasti dengan
mengaitkannya dengan kedudukan tujuh buah gunung yang mengelilinginya. Dalam "jemputan' Tuhan kepada semua suku bangsa Ibrani untuk "menuju satu bangsa," penempatan bagi suku-suku bangsa itu juga dinubuatkan oleh Nabi Yehezekiel sebagai menduduki gunung-gunung.
Ayat 10 : “ketujuhnya adalah juga tujuh raja: Lima diantaranya sudah
jatuh, yang satu ada dan yang lain belum datang, dan jika ia datang, ia akan tinggal seketika
sahaja.”
Ayat 10 hanya akan dapat memberikan pengertian yang lebih jelas apabila kita merujuk
kembali kepada permulaan permusuhan di antara perempuan dan Ular Tua serta
keturunannya, sebagaimana yang dinubuatkan dalam Kitab Kejadian 3: 15. Meskipun ‘perempuan’ dalam Wahyu 17 adalah
merujuk kepada Kota Yerusalem, namun kota itu sebenarnya dikaitkan dengan
bangsanya, iaitu bangsa Ibrani. Tuhan telah memilih Israel (House of Jacob) menjadi pewaris kepada janji-janji Abraham. Bangsa
Israel telah dipilih menjadi isteri Tuhan YHVH. Pusat pekerjaan (nama Tuhan)
perkahwinan itu adalah Bait Allah di Yerusalem.
Tanda di langit bagi bangsa Ibrani pada mulanya dilihat oleh Yusuf dalam Kejadian 37: 9, kemudiannya dilihat semula oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 12: 1 Kedua-dua penglihatan yang dilihat oleh kedua-dua nabi tersebut mempunyai persamaan, meskipun tidaklah benar-benar sama: “perempuan yang berselubungkan matahari, dua belas bintang di atas kepala, dan bulan di bawah telapak kaki.” Yusuf melihat tanda ‘perempuan’ perjanjian Lama, manakala Santo Yohanes pula melihat bagaimana ‘Perempuan’ Bangsa Israel Perjanjian Lama yang kemudiannya melahirkan Anak Perdamaian kepada Ibrani Perjanjian Baru, dan juga untuk semua bangsa-bangsa di dunia.

Perempuan itu dinubuatkan oleh Tuhan dalam Kitab
Kejadian 3: 15: bahawa perempuan yang bermusuh dengan ular tua akan meneruskan
permusuhan sehingga pengakhirannya. “15 Aku akan
mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan
keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan
tumitnya.” Sekiranya umat Tuhan,
bangsa Israel, tidak diperdamaikan dengan Tuhan maka perempuan itu akan tertakluk
kepada kekuasaan pemerintah-pemerintah dunia iaitu keturunan ular tua. Maka, keturunan ular tua itu akan meremukkan tumit
perempuan itu. Maka, Kota Yerusalem itu juga akan tertakluk kepada raja-raja
atau maharaja-maharaja! Dalam Ayat 10,
Santo Yohanes melihat penglihatan bahawa 5 (lima) garis keturunan Maharaja
telah “meremukkan tumit” perempuan itu. Namun, ia sudah berlalu kerana empayar-empayar yang menakluki 'tumit' perempuan itu telah berlalu.
5 (lima) empayar telah meremukkan tumit perempuan itu. Kejadian 3: 15 akan tetap menjadi salah satu kekunci
yang penting untuk mentafsir dan melihat bagaimana permusuhan antara dua keturunan itu: “Woman vs. The beasts.”
Keturunan Ular tua yang pernah meremukkan tumit perempuan itu, lantas
telah menakluk Kota Yerusalem adalah:
i. Empayar Mesir (Egyptian)
ii. Empayar Asyur (Assyrian)
iii. Empayar Kasdim (Babylon)
iv. Empayar Medo parsi (Mede Persian)
v. Empayar Yunani (Greek)
vi. Empayar Romawi (Rome)
Vii. Empayar
Ottoman
Viii. Empayar Monarki Inggeris
(British Empire)
Kita akan berpandukan kepada inspirasi dari Daniel 7: 1-28 untuk menyingkapkan maksud tersembunyi Wahyu 17: 10. Dalam Kitab Daniel ini, kita dengan mudah dapat memahami bahawa identiti 'binatang' adalah merujuk kepada empayar atau pemerintah bangsa-bangsa. Nabi Daniel mengatakan dalam ayat 3 bahawa ada "empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain. " Justeru itu, dari ayat 4 sehingga ayat yang 7, kita melihat bahawa 'binatang' itu merujuk kepada empat empayar atau pemerintah bangsa-bangsa yang muncul di bumi, dan ia sememangnya adalah juga pemerintah atau penakluk Kota Yerusalem. Pada ayat yang ke-17, Nabi Daniel menulis penglihatan, dan penjelasan malaikat berbunyi "binatang -binatang besar yang empat ekor itu ialah empat raja yang akan muncul dalam bumi; "
Kita akan bertanya kenapa dalam ayat 3 hingga ayat ke-7, 'binatang' itu jelas maksudnya yang merujuk kepada 'empayar,' sedangkan dalam ayat ke-17, malaikat itu mengatakan bahawa 'binatang itu merujuk kepada raja yang akan muncul dari dalam bumi;' ? Bukankah empat binatang itu adalah daripada empat empayar yang berbeda, iaitu, Kasdim (Babylon), Medo-Parsi, Yunani dan akhirnya Empayar Romawi? Kenapa pula malaikat mengatakan dalam ayat ke-17 bahawa binatang-binatang itu adalah hanya merujuk kepada 4 raja yang akan muncul di bumi? Bukankah satu empayar mempunyai banyak maharaja, dan apatah lagi kalau empat empayar yang bersilih-ganti?
Kekeliruan ini akan terjawab jika kita lihat 'raja' itu sebagai 'garis keturunan maharaja.' Maka, biarpun, ada empat empayar yang berbeda, ia juga bermaksud hanya empat raja telah muncul, atau ungkapan yang lebih mudah difahami ialah ia ditulis 'empat garis keturunan maharaja" telah muncul. Malaikat mengatakan ada empat raja di bumi sahaja. "Empat raja" itu juga merujuk kepada "empat garis keturunan maharaja" dari empat empayar yang berbeda! Artinya memang lebih kurang sama dengan mengatakan: 'ada empat raja,' dengan syarat tiada pergantian garis keturunan maharaja. Penafsiran mengikut seluruh Daniel bab 7 menjelaskan bahawa empat raja itu bermaksud 4 garis keturunan maharaja dari empat empayar yang berbeda! Kita akan menafsir Wahyu 17 sebagaimana kita melihat Daniel 7: 1-17.
Sebab itulah dalam Wahyu 17, penulis menyenaraikan lapan (8) empayar (lapan 'binatang') yang telah memerintah Kota Yerusalem. Dan ia juga bermaksud ada '8 (lapan) garis keturunan maharaja yang memerintah Kota Yeruslaem! Maka, kita tidak akan menafsir bahawa ada lapan 'raja' secara harfiah telah memerintah Kota Yerusalem, akan tetapi kita akan melihat ada 'Lapan garis keturunan maharaja dari lapan empayar' yang berbeda memerintah Kota Yerusalem. Ayat 11: "Binatang yang pernah ada dan sekarang tidak ada itu, ia sendiri adalah raja kedelapan, dan namun demikian satu dari ketujuh itu, dan ia menuju kepada kebinasaan." Empayar yang ke-lapan itu "telah ada" iaitu "seperti" pemerintah zaman Babel Kuno (bersifat global atau sedunia), "namun tiada" sehinggalah pada tahun 1945 CE di mana dunia bersatu jadi satu dalam Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka, ia telah "muncul lagi" sejak tahun 1945 CE. Hanya satu sahaja 'garis maharaja' yang berada dalam kumpulan lima kuasa Veto dalam Bangsa-Bangsa Bersatu. Sesiapapun peminat sejarah akan terperangkap untuk menafsir bahawa lima (5) maharaja itu merujuk kepada 5 (lima) maharaja Romawi Kuno. Pendekatan penafsiran sebegitu berarti ia tidak cermat membaca Kitab Daniel 7: 1-17. Permusuhan di antara 'perempuan' dan Ular Tua bermula pada era kelahirannya di Mesir, dan sudah diberitakan sejak Kej. 3: 15. Harus diingat bahawa ayat 17 dalam Daniel 7 memberitahu bahawa empat binatang-binatang itu ialah 'raja' dari empat empayar (4 empayar), maka fahamlah kita bahawa 4 'raja' itu bermaksud 4 garis keturunan maharaja dari empat empayar yang berbeda! Biasanya Empayar adalah diperintah oleh satu garis keturunan raja/maharaja.
Kesimpulan & Kekunci : Maka, dalam penafsiran Wahyu 17: 10-11 "lapan (8) maharaja" sebenarnya bermaksud 8 (lapan) garis keturunan maharaja dari lapan empayar yang berbeda. Kesemua 'binatang' itu (pemerintah dunia) mempunyai pertalian dan persamaan: semua binatang yang muncul itu adalah keturunan si Ular tua! Satu Empayar dilihat sebagai satu maharaja (raja) seperti Daniel 7: 17. "Binatang-binatang besar (empayar-empayar besar) yang empat ekor itu ialah empat raja (empat garis keturunan maharaja) yang akan muncul dari dalam bumi;" (Nota: Frasa berwarna biru dalam Daniel 7: 17 di atas adalah pengertian peribadi penulis, sebagaimana yang dilihat oleh penulis!). Maka, saya akan melihat 8 maharaja dalam Wahyu 17: 10-11, sebagai 8 (lapan) empayar-empayar atau 8 (lapan) garis keturunan maharaja dari 8 (lapan) empayar yang pernah menakluki atau maharaja-maharaja 'berkahwin' dengan 'perempuan' (Kota Yerusalem) itu. Jikalau, Kota itu hanya 'berkahwin' dengan YHVH sahaja, maka sudah tentu ia tidak dinubuatkan sebagai pelacur yang menunggang 'binatang' merah-ungu itu!
Panduan Khusus untuk penafsiran "Maharaja" dalam Wahyu 17: 10 berdasarkan inspirasi dari Daniel 7: 1-17

Tajuk: Empayar British pada tahun-tahun 1920-an Source of map [c] [c] Histoire-Géographie au Lycée par Mr. PICQ. 27 December 2015. http://lewebpedagogique.com/grunen/british-empire-maps/map_of_the_british_empire_in_the_1920s/ |
Penjelasan: Empayar yang dinyatakan oleh senarai tersebut
di atas adalah senarai binatang (Empayar) yang pernah menakluki Kota Yerusalem
(‘Perempuan’: isteri Tuhan YHVH). Binatang-binatang
keturunan ular tua itu adalah empayar-empayar yang mempunyai
maharaja-maharaja sebagai pemerintahnya.
Ketika Santo Yohanes menerima Wahyu itu, “lima
empayar sudah jatuh” atau lima garis keturunan Maharaja dari lima empayar sudah berlalu. Perempuan tidaklah bermusuhan dengan Empayar romawi sahaja, melainkan semua binatang-binatang sejak zaman Firaun! Perempuan lahir melalui Paskah Tuhan di Mesir, maka, binatang pertama yang bermusuhan dengannya adalah Empayar Mesir. Binatang-binatang itu bukan sahaja pemerintah dunia, tetapi juga mempunyai permusuhan dengan perempuan dan kotanya iaitu Kota Yerusalem. Pemerintahan lima binatang (lima Empayar) keturunan ular tua ke atas Yeruslaem sudah
berlalu. Ketika Santo Yohanes menerima nubuatan dalam Why. 17, binatang yang
sedang memerintah Kota Yerusalem adalah Empayar Romawi. “Yang lain belum
datang” merujuk kepada Empayar Ottoman (maharaja Ottoman). Dan ia meneruskan kata-kata “dan jika ia datang, ia akan tinggal seketika saja.”
Ia menjelaskan bahawa bukan binatang yang ketujuh yang akan menjadi ‘tanda’ bagi pengakhiran penaklukan Yerusalem oleh bangsa-bangsa. Walaupun Empayar Ottoman memerintah Yerusalem dalam tempoh yang agak lama iaitu selama lebih kurang 400 tahun, namun ia hanya diungkapkan sebagai “akan tinggal seketika saja,” supaya pembaca zaman dapat merumuskan bahawa bukanlah binatang ketujuh yang akan menjadi pemerintah pengakhiran. Maka frasa "akan tinggal seketika saja" memberikan kita pengertian bahawa pemerintah keturunan ular tua yang ke-7 juga akan pasti berlalu seperti lima binatang terdahulu yang telah berlalu. Jadi, binatang kelapanlah yang akan menjadi binatang pemerintah terakhir ke atas Kota Yerusalem. Selepas itu, Kota itu akan dipulihkan oleh Yesus Kristus. (Pemulihan Yerusalem atau bangsa Ibrani akan dibicarakan dalam Siri ke-III)

Siapakah Binatang kelapan, yang memerintah Yerusalem?
Binatang itu ialah binatang Merah-ungu. Kota
Yerusalem telah diberikan kemerdekaan pada tahun 1948, namun ia telah dibelah
dua mengikut formula maharaja ke-lapan. Kebijaksanaan Zionism menunggangi kuasa-kuasa
besar, membantunya untuk terus memiliki Kota Yerusalem walaupun ia bertentangan
dengan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka, ‘perempuan’ itu dikatakan duduk di
atas semua air, iaitu bangsa-bangsa didunia kerana ia licik dan bijak
menunggangi kuasa-kuasa besar sebagai sekutunya
(Ayat 15). Namun, separuh kota
itu masih menjadi konflik antarabangsa kerana Yerusalem timur diberikan kepada
bangsa filistin. Maka, separuh kota Yerusalem dikatakan duduk di atas
bangsa-bangsa di dunia kerana ia adalah ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bnagsa
Bersatu. Namun, kelima-lima ahli kuasa
veto di Pertubuhan itu tidaklah mempunyai ‘maharaja’
kecuali Empayar Inggeris.
Ayat 11: Apakah maksud ungkapan “...raja kedelapan
itu adalah satu dari ketujuh itu” ?
Maksud ringkasnya, binatang itu adalah
keturunan si ular tua, dan justeru itu, ia adalah musuh kepada ‘perempuan’
itu. Kesemua binatang itu adalah keturunan si ular tua menurut Kitab Kejadian 3:
15. Ayat 16 adalah suatu nubuatan yang
kedengarannya tidaklah baik untuk Israel (bad news for the present secular Israel) kerana Kota Yerusalem itu akan dipaksa untuk dibelah dua
menurut ketetapan bangsa-Bangsa Bersatu!
Tetapi hal itu diizinkan Tuhan selagi bangsa Ibrani belum dipulihkan oleh
Kristus. Binatang merah ungu itu akan
membenci ‘pelacur itu’ kerana ia telah menjadi suatu sumber konflik
antarabangsa yang tidak ada penyelesaian. Akhirnya, Tuhan akan merelakan binatang
merah ungu untuk meremukkan ‘tumit perempuan itu.’ Dan, tumit
perempuan itu adalah Kota Yerusalem. “Ia akan membuat dia sunyi dan telanjang,
dan mereka akan memakan dagingnya dan membakarnya dengan api.” Maka, benarlah firman Tuhan yang disampaikan
oleh Nabi dalam Kitab Yesaya 46: 9-10
“9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari
sejak purbakala, bahawasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah
dan tidak ada yang seperti Aku, 10 yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman
purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai,
dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan,”
‘Perempuan’
yang dinubuatkan oleh Tuhan dalam Kitab Kejadian 3: 15, menjelaskan bahawa perempuan yang bermusuh dengan ular tua akan meneruskan permusuhan
sehinggalah kepada era penghakiman bangsa-bangsa oleh Hakim. “15
Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara
keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau
akan meremukkan tumitnya.”
Maka, fahamlah kita bahawa Roh Tuhanlah yang Maha-berdaulat antara perempuan dan keturunan-keturunan ular tua itu. Apa yang terjadi kepada Kota Yerusalem dalam Wahyu
17: 16 akan digenapi kelak. Tetapi hal itu diizinkan oleh tangan Tuhan selagi bangsa Ibrani
belum dipulihkan oleh Kristus yang akan kembali ke bumi. (Ezekiel 37: 1-14; Wahyu 7: 4; 1 Corinthians 15:
50-54).
.....................Lihat Siri 3.....................
[6] Ibid.
Rujukan petikan Firman versi Indonesia.
_________________
Bernadus, Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS. <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>
Penafsiran nubuatan melibatkan "Spirit of Prophecy." Spirit of Prophecy menerangkan bahawa dari Kitab Kejadian sehingga Kitab Wahyu, nubuatan adalah disampaikan secara konsisten oleh Roh Tuhan dengan maksud supaya "Akulah Allah... telah memberitahu pengakhiran dari permulaan, dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana... " (Yesaya 46: 9-10). Dalam lain perkataan, bahasa penyampaian Tuhan dapat berfungsi sebagai "konkordansi," dan justeru itu, ia menyingkapkan rahasia Sorga.
BalasPadamPerkataan 'perempuan' dalam Kej. 3: 15 sebagai contoh dapat menyingkapkan Kenapa binatang-binatang dalam Kitab Wahyu bermusuhan dengan 'perempuan.' Maka. fahamlah kita juga Kenapa bangsa-bangsa yang percaya Yesus Kristus hanya digelar "anak-anak" (offspring~Why.12: 17) dalam Kitab Wahyu.
Adam & Eve --Eve ('Woman Kej.3: 15) --One man (Satu bangsa sedunia (Kej. 11) "Telah Ada" --Mencari "nama" (Karya). Kelahiran Pelbagai bangsa (Insiden murka Tuhan menerpa 'manusia' di Babel Kuno ~Kejadian 11) ---"namun tidak ada"-----dan Muncul lagi iaitu manusia bersatu---(Bangsa-Bnagsa Bersatu: "Peace & Security"---mencari "nama"--dahulu membuat batu-bata--sekarang "membeli dan menjual" ---Murka Tuhan menghakimi bangsa-bangsa dalam kitab Wahyu---"muncul lagi" --1945 CE--
BalasPadamBinatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. (Why 13:2)
BalasPadamPenafsiran yang "Terperangkap"
Banyak para penafsir Wahyu mengatakan bahawa identitas binatang yang keluar dari laut sebagai merujuk kepada "revived" caliphate-Ottoman Empayar kerana mereka melihat "kaki beruang" iaitu merujuk kepada Babylon; Badannya "seperti macan tutul;" dan "mulutnya seperti singa." Mereka akan terperangkap dalam tafsiran mereka itu Mereka melihat bahawa seolah-olah binatang itu merujuk kepada pergabungan Empayar yunani, Empayar medo-parsi dan Empayar Babylon, dan ia 'kelihatan seperti kebangkitan Ottoman moden.
Namun, jika kita baca sepenuhnya deskripsi "binatang yang keluar dari laut," maka Ia merujuk kepada 10 garis keturunan Raja eropah yang tidak pupus dan dapat bertahan kerajaannya sehinggalah pada zaman sekarang. "Kaki beruang, badan macam tutul dan mulut seperti singa" SERINGKASNYA dijelaskan maksudnya dalam ulasan Why 14: 2 b, iaitu merujuk kepada "KEKUATANNYA, TAKHTANYA, dan KEKUASAANNYA YANG BESAR;" IA "binatang yang keluar dari laut" ditopang oleh 'kuasa Ular Tua. Kesemua binatang adalah keturunan ular tua sebagaimana yang diungkapkan oleh kejadian 3:15-16. Maka, binatang yang keluar dari laut itu adalah 10 garis keturunan raja eropah yang menjadi pemerintah Bangsa-Bangsa di Dunia (keluar dari laut). Binatang yang luka parah kepalanya adalah merujuk kepada garis keturunan Raja Inggeris. Ia dapat dikenalpasti kerana ia merupakan sekutu yang paling rapat dan istimewa bagi Penguasa Dunia No.1 iaitu binatang yang keluar dari bumi.
GEREJA= 'Perempuan' Perjanjian Baru plus (+) "Anak-Anak" ('offspring').
BalasPadam.
"PEREMPUAN"= Bangsa ISRAEL (New Testament prophesied 'Woman,' Genesis 3: 15; Revelation 12: 1-2; Genesis 37: 9) yang percaya Kristus sebagai "Firman menjadi manusia."
"ANAK-ANAK" = Bangsa-Bangsa BUKAN Ibrani (evangelized AND converted gentiles), yang menerima Khabar Gembira, justeru itu, menjadi mengikut "Jalan."
.
"Ibu Pelacur" = 'Perempuan' yang masih mengikuti penyembahan menurut Taurat. Ibrani ini adalah penyembah-penyembah Tuhan Perjanjian Lama yang masih ada sekarang. Perkataan nubuatan yang simbolis "Pelacur" bukanlah bermaksud mereka tiada moraliti, melainkan 'sekadar' ungkapan profetik sahaja. Ia menyingkapkan keadaan "tumit" mereka yang seringkali diremukkan oleh binatang-binatang di Dunia ini. Mereka menunggu untuk dipulihkan terlebih dahulu (144,000),dan jikalau Ia mencurahkan RohNya kepada bani Israel, barulah Murka hadiratNya akan menyala menghanguskan bangsa-bangsa. Jikalau ia berkahwin semula dengan Tuhan, ia akan diberikan perlindungan (Hosea 2: 19). Dan jikalau ia tidak setia dalam hubungan "suami-isteri," maka Ia dibiarkan membuat "percabulan dan kekejian" mengharungi kelicikan manusiawi. Mereka masih berjuang menunggangi binatang-binatang yang ada pada masa kini (pemerintah Dunia). At present, they are riding the Scarlet beast. The beast says "the decision to divide the city remains unchanged." This decision fulfills what had been foretold in Zechariah 14: 2 "...for I will gather all the nations (the United Nations) against Jerusalem ...and half of the city exiled, but the rest of the people (west Jerusalem) will not be cut off from the city."
Santo Yohanes dikuasai Roh, kemudian dia melihat penglihatan-penglihatan dan juga 'suara' Firman. Kemudiannya, ia tulis apa yang ia lihat dan apa yang ia dengar menjadi sebuah Kitab yang dipanggil Kitab Wahyu.
BalasPadamPerempuan Perjanjian Baru dan anak-anak membaca Kitab Wahyu dan berusaha melalui 'Jalan' dan 'Pintu,' untuk memasuki 'kamar' hadirat Roh yang pernah menguasai Santo Yohanes ketika ia menerima nubuatan-nubuatan dalam Kitab Wahyu, supaya apa yang kita baca, kita akan dapat 'melihat' kembali. Tanpa 'melihat' apa yang ditulis oleh Santo akan mengakibatkan 'pengertian' kita cetek, kabur dan 'berkisar-keliru' pada kemampuan penanggapan intelek.
Memang benar, Kita membaca setiap perkataan dan setiap ayat dalam Kitab Wahyu dengan keupayaan intelek. Namun, apa yang kita 'baca,' kita usahakan, supaya melalui 'hadirat' Roh tujuh lapis, kita akan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan yang pernah dilihat oleh Santo Yohanes.
Kegagalan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan Wahyu akan mengakibatkan kita berkata "hanya dari cakap-cakap orang sahaja, aku mendengar perihal pengertian, hikmat dan 'revelation knowledge' kitab Wahyu." Jika kita melihat dengan 'pancaindera sumbu roh kita,' maka otak kita akan merekodkan apa saja yang dilihat oleh roh kita. Roh kita melihat kerana 'sumbu roh' kita dihinggapi oleh 'lidah api:' Roh Tujuh Lapis. Roh itulah yang menyingkapkan 'cetakan' dakwat hitam pada kertas Kitab Wahyu menjadi 'penglihatan-penglihatan' yang hidup dan berbicara.
Dengan cara ini, maka, barulah kita akan benar-benar dapat menyelami kata-kata Yesus: "segala perkataan-perkataanKu adalah 'roh'..." (Yohanes 6: 63).