Jumaat, 1 April 2016

'Mezbah Sorgawi' dalam penglihatan Nabi Yesaya adalah kehendak Tuhan yang tertinggi iaitu kasih setiaNya kepada mereka yang namanya tertulis dalam Buku kehidupan...



Apakah sebabnya kepercayaan Kristen mengajarkan ajaran 'penebusan' sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia? 

      Jalan ‘penebusan’ dalam kepercayaan pengikut 'Jalan' kerapkali disalahfaham apabila ia dikaitkan dengan praktik kepercayaan tribal purbakala, atau ringkasnya disebut secara derogatif dengan istilah ‘kafir.’ Bagaimanakah 'Jalan' yang diajarkan oleh Alkitab  berbeda dengan praktik kafir, sedangkan seluruh alkisah umat perjanjian lama seolah-olah memperlihatkan praktik “mempersembahkan” korban-korban penebus dosa seperti praktik ibadah yang diamalkan oleh bangsa-bangsa? Bukankah Roh Tuhan kelihatan lebih mulia, jika ia tidak dikaitkan, dan tidak melibatkan “penumpahan  darah binatang,” korban-korban persembahan?


    Saya sendiri pada mulanya pernah mempersoalkan mengenai “korban penebus dosa” oleh peribadi Yeshua dalam kepercayaan Kristen, sebagai tidak jauh bezanya dengan kepercayaan adat seperti  kaum Dusun, di Borneo yang juga percaya kepada korban manusia ‘huminodun’ (gadis perawan anak Kinorohingan (Bapa), supaya kaum dusun mendapat rahmat perdamaian dengan Kinorohingan yang murka; tanpa 'korban penebus' manusia berdosa tidak dapat diperdamaikan dengan Pencipta. Maka, ada kalanya saya ‘berfikir,’ apakah Tuhan Ibrani, YHVH, itu memang Tuhan tribal sepertimana  tuhan-tuhan yang diseru oleh bangsa-bangsa yang lain? Bukankah ritus-ritus penumpahan darah korban itu seolah-olah tidaklah jauh berbeza dengan tuhan-tuhan bangsa lain di dunia kerana manusia moden boleh saja dikatakan melihat 'praktik' itu secara demikian. Maka, saya meneruskan sahaja membaca Alkitab dari Kitab Kejadian fasal satu hinggalah kepada Kitab Wahyu 22, berulang kali,  untuk mencari jawapan kepada ‘pencarian’ peribadi ini, namun aku tidak menemukan jawapan yang memuaskan ‘vakuum’ yang sarat dengan pelbagai tanda soalan.

    Akhirnya, aku menemui bahawa semua kekeliruan dan persoalan tadi akan terjawap, jika sekiranya aku mengenali Roh Tuhan dengan lebih dalam lagi, kerana Ia adalah Sang Pencipta kepada alam semesta dan juga Bapa kepada segala roh-roh yang dicipta.   Ketika 'fajar menyingsing,' kita belajar meminta dengan jitu dan benar; aku mendapati bahawa 'kunci' hubungan intim Roh Pencipta dan roh Raja Daud adalah "karunia takut akan Tuhan." Makan perlu suatu rasa lapar, agar keinginan makan itu menjadi sesuatu yang menyukakan hati manusia. Karunia takut akan Tuhan adalah yang melahirkan kembali roh seseorang, dan ia adalah permulaan Roh Tuhan untuk bergaul karib dengan roh si penerima anugerah. "Takut akan Tuhan" adalah operasi asas roh tujuh lapis Roh Tuhan, Menorah (Kristus), yang menjadikan seseorang percaya menjadi "ranting kepada Pokok anggur sebenar." Ia adalah "permulaan" bagi seseorang percaya untuk menanggapi atau melihat ' Hikmat, yaitu 'karya' Kristus.

  Karunia itu bukanlah perihal 'ketakutan,' seperti yang di alami oleh dimensi emosi manusia. Ia adalah operasi Roh Tuhan yang turun ke atas roh seseorang, supaya rohnya memerlukan Manna dari Sorga (Mat. 4:4; Ulangan 8: 3). Anugerah itu dipohon dari Tuhan setiap hari.  Anugerah takut akan Tuhan menjadikan roh orang percaya menjadi "ranting kepada pohon Kehidupan."

    Saya melihat bahawa Tuhan tidak mempunyai ‘takut’ dalam segala sesuatu yang Ia telah ciptakan.  Sebelum Ia mencipta segala sesuatu, sudah tentu, yang maha-mengetahui telah mengetahui segala-sesuatu yang akan terjadi kepada ‘manusia,’ samada dari permulaannya mahupun pengakhiran bagi keturunan manusia.Justeru itu, Ia masih meneruskan agendanya untuk mencipta ‘manusia’ meskipun, Ia telahpun mengetahui segala-galanya perihal manusia sebelumpun ia menciptanya. Ia telah mengetahui sejak dari semula perihal manusia termasuk 'kejatuhan' roh manusia dari kondisi yang Ia lihat “sungguh amat baik sekali” kepada roh manusia "yang jahat dari sejak kecilnya" atau tidak diperdamaikan dengan Allah.

Ordo Melkisedek: Jaminan kepada semua karya ciptaan 

    Keselamatan para pengguna dalam menggunakan semua hasil ciptaan para pencipta adalah dijelaskan oleh jaminan-jaminan yang dikeluarkan oleh para pengilang atau para pengeluar produk. Kita akan pasti merasa lega sedikit kerana terdapat suatu ‘jaminan’ yang diberikan oleh pihak berkuasa.  ‘Jaminan’ secara rasmi itu telah menjadi suatu kemestian undang-undang secara universal di seluruh dunia untuk semua produk yang dikeluarkan oleh pengilang atau syarikat pengeluar.  Demikian juga halnya dengan Bapa Segala Roh. Tuhan tidak akan tenang, jika hasil karya ciptaannya tidak terjamin. Sebagai Pencipta yang maha-sempurna, maka semua ciptaanNya haruslah tidak mengugat ‘ketenangan RohNya’ atau ‘tiada takut.’

    Ia harus penuh  dengan sukacita dan kasih setia, meskipun karyaNya diancam kerosakan oleh pihak SeteruNya, iaitu Lucifer dan juga manusia yang di sebut ‘lalang.’  Tuhan ketika berfikir-fikir dalam kesempurnaan rohNya sendiri telah menentukan dari permulaan untuk mencipta segala sesuatu di dalam alam semesta menurut suatu Ordo; sebenarnya, Ia telah menetapkan dari semula menurut ke-maha-sempurnaanNya, bahawasanya ‘jaminan’ kepada karya CiptaanNya adalah ditentukan oleh Kristus atau Ordo Melkisedek, maka, Kristus juga adalah disebut sebagai Juruselamat atau Keselamatan kepada umat manusia dan keselamatan kepada alam semesta. Ia adalah ‘jaminan’ kepada keselamatan umat manusia yang senantiasa berbuat dosa setiap hari. Maka, bukanlah Tuhan membiarkan manusia yang mempunyai anugerah kehendak bebas itu terjerumus kepada kuasa dosa, tetapi sejak dari semulanya, Tuhan telah menetapkan anugerah ‘jaminan’ keselamatan kepada semua umat manusia meskipun keturunan Adam telah hanyut dalam kuasa dosa. Kita tahu bahawa 'Jaminan keselamatan' sesuatu produk ciptaan manusia adalah berdasarkan kepada ketentuan-ketentuan 'piawai' yang diberikan oleh pengeluar, dan disahkan benar oleh pihak berkuasa, malah ia juga menjelaskan anggaran tempoh-masa ia selamat digunakan.

Apakah pula jaminan kepada ciptaan Tuhan iaitu alam semesta yang diciptaNya?

    Selepas kiamat air bah zaman Noah, Tuhan memberitahu perihal ‘jaminan’ ini kepada Noah: 21“Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-nya: “ Aku takkan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya. Dan Aku tidak akan membnasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.22 selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.” (Kejadian 8: 21-22). Sejak zaman Habel dan di zaman Noah selepas banjir, 'jaminan' keselamatan manusia yang luka adalah menuruti 'Firman,' iaitu 'Mezbah' Sorgawi yang turun ke bumi. Mezbah Sorgawi seperti yang dilihat oleh nabi Yesaya dalam (Yesaya 6), menurunkan ajaran 'penebusan' (redemption). Mezbah itu adalah mengungkapkan ''nama" Tuhan. Ia adalah "kehendak" nama Tuhan!

    'Nama' (atau 'karya') Tuhan mengalir dalam tiga (3) pengaliran 'roh,' dan ketiga-tiga adalah 'satu' dan tidak dapat dipisahkan. The Covenanted name of God mengalir dari Immutable name of God. Yang ketiga adalah Firman Allah. "...namaNya ialah Firman Allah (Wahyu 19: 13b). Namun, the Covenanted names of God terikat kepada 'menabur dan menuai' di bumi dan juga Pengujudan kerajaan. YHVH terikat kepada pengujudan kerajaan Tanah Suci dengan tuntutan Ibadah Hukum di Tanah Suci yang akhirnya telah ditolak oleh Israel yang memberontak. Yeshua pula terikat kepada pengujudan Perjanjian Baru (Perdamaian) untuk ''menabur dan menuai' ke atas bangsa-bangsa, supaya mereka dapat memasuki kerajaan Allah, dan justeru itu beribadah kepada Tuhan dengan 'ibadah' menurut 'roh;' 

    Ketika murid-murid Yeshua meminta ajar bagaimana berdoa, Yeshua mengajarkan "Doa Bapa Kami." Ia sebenarnya menyampaikan kehendak Bapa di Sorga kepada murid-murid-Nya dalam "roh nubuatan." Kehendak Roh Bapa yang tertinggi sekali di Sorga adalah 'kasih setia' Bapa (agape Love) dan Tuhan mahu KasihNya ini dilihat oleh manusia terjadi di bumi supaya manusia di bumi mendapat berkat penebusan (atonement).   Mesej (semua Firman' termasuklah firman dalam rangkai kata doa doa Bapa Kami) Ilahi ini bolehlah dibayangkan secara intelek seolah-olah disampaikan melalui ‘lubang’ Ordo Melkisedek, iaitu Roh Kristus. Maka, firman itu sebenarnya disampaikan oleh Roh Kristus. Maka, ‘jaminan’ dari rangkaikata ayat Firman yang diterima oleh Noah dan patriarchs yang lain, sebenarnya adalah ‘jaminan’ yang dianugerah oleh Roh Tuhan menurut Ordo Melkisedek.

    Jaminan kepada ciptaan yang dicipta oleh Roh Pencipta adalah Ordo Melkisedek, iaitu Kristus.  Segala kematian yang bakal menimpa manusia, mahluk-mahluk yang dicipta dan seluruh alam semesta telahpun Tuhan taklukkan kepada Ordo Melkisedek (Kristus), supaya karya-karya ciptaan Ilahi senantiasa disempurnakan dan senantiasa terpelihara kesempurnaannya meskipun senantiasa diancam oleh seteru Roh Tuhan yang utama iaitu roh si Ular tua. Si ular tua dan para malaikat-gelap pengikutnya adalah perosak kepada ciptaan kesayangan Tuhan, yaitu manusia dan keturunannya.  Oleh kerana Tuhan ‘mahatahu,’ maka segala ancaman dan kerosakan yang telahpun diketahui olehNya sejak dari yang semula, maka Ia telah menetapkan terlebih dahulu bahawa semua ciptaan di alam semesta ini termasuk para malaikat adalah diciptakan di dalam Kristus, untuk Kristus dan kepada Kristus.

   Maka, kunci segala maut dan kerajaan maut, jaminan kehidupan, jaminan kesempurnaan, jaminan pemuliharaan, jaminan penyembuhan, jaminan pembaharuan kepada semua mahluk hidup adalah ditaklukkan dan diserahkan kepada suatu ketentuan-ketentuan Roh Ilahi  yang dikenali sebagai Ordo Sorgawi Melkisedek. Melalui Ordo Sorgawi ini, maka manusia luka mula mengenali Roh Tuhan yang diseru 'namaNya' melalui ritus-ritus 'Mezbah' Tuhan bermula dari zaman Habel dalam Kitab Kejadian 4, yang mengajarkan ‘jalan’ penebusan sebagai jalan sempurna untuk diperdamaikan dengan Roh pencipta. Untuk menerima Kasih setia Tuhan yang Mahasuci: perdamaian.

                                 
Ordo Melchizedek (Kristus) yang dilihat seperti 'Mezbah' di Sorga adalah kehendak tertinggi Tuhan di Sorga iaitu belas-kasihan dan Kasih setia. Bila dituruti 'Firman'Nya dalam ibadah ritus-ritus purbakala, ia menganugerahkan 'kuasa 'pengampunan dosa,' supaya kasihNya yang maha-suci tidak ada halangan untuk 'bergaul Karib' dengan penerima 'Firman.' "As above, so below."

    Kerana kebenaran yang diturunkan oleh Ordo Melkisedek ini, maka Rasul Paulus dapat bersaksi bahawa “Kristus adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan 16 kerana di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, mahupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia....19 seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia, 20 dan oleh Dialah memperdamaikan segala sesuatu dengan diriNya, baik yang ada di bumi, maupun yang ada di Sorga" (Kolose 1: 16, 19-20).  Bahawasanya, semua realitas keujudan baik yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan adalah ditentukan dari yang semula menurut Ordo Melkisedek.  Apakah itu Ordo Melkisedek?  Ia adalah jaminan ‘jalan’ keselamatan yang sempurna bagi umat manusia yang luka.  Maka, Ordo ini menurunkan ajaran ‘penebusan’ sebagai ‘jalan’ untuk diperdamaikan dengan Roh Pencipta.

    Secara peribadi saya melihat bahawa Ordo tersebut adalah ketentuan-ketentuan Ilahi dalam karya penciptaan, dan ia juga adalah jaminan kesempurnaan karya penyelamatan umat manusia yang terjerumus ke dalam penghambaan dosa. Tanpa Ordo Melkisedek, kesempurnaan penyelamatan umat manusia yang terpisah dari ‘terang’ tidaklah akan terjamin secara sempurna. Ordo Melkisedek ini menyingkapkan bahawa semua Firman yang di sampaikan kepada umat manusia adalah melalui ‘ketentuan’ Ordo ini. Maka kita faham bahawa Kristus dari yang semula adalah Alpha dan Omega sebagai Juruselamat manusia. Santo Yohanes melihat ‘rahasia’ Melkisedek (Kristus), maka ia memulai penyampaian injilnya dengan bahasa penyampaian yang ternyata menekankan ‘bahasa roh nubuatan.’ Santo Yohanes menulis: Pada mulanya adalah Firman dan firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. (Yohanes 1: 1). Yeshua berkata : “...Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup” (Yoh. 6: 63). Perkataan-perkataanNya adalah merujuk kepada semua Firman yang telah disampaikan oleh Roh Tuhan sejak zaman Adam lagi, dan ia diringkaskan sebagai: "Firman” (Lukas 24: 44).

    Semua "Firman" yang diterima oleh manusia di bumi telah dianugerahkan oleh Roh Tuhan, dan jika ia dilihat dengan intelek manusia, maka ia seolah-olah melalui satu ‘lubang,’ yaitu ‘lubang’ Ordo Melkisedek:  Kristus. Semua Firman baik dari Kitab Kejadian sehinggalah kepada kitab Wahyu, sebenarnya telah dianugerahkan melalui ‘lobang/Ordo’ itu. Maksudnya, ia disampaikan oleh Roh yang ‘satu’ iaitu Kristus. Justeru itu, dalam ayat Wahyu 19: 13, Roh Tuhan memberikan nubuatan berbunyi “...dan namaNya ialah: ‘Firman Allah.’ ”

    Bahasa nubuat “nama” membawa maksud “karya.” Oleh kerana namaNya adalah Firman Allah, maka ia juga bermaksud bahawa ‘karya’ Kristus adalah ‘Firman Allah.’ Sudah tentu, kita tidak akan mengetahui bagaimanakah Roh Tuhan itu berkerja, dan apakah agaknya pekerjaan-pekerjaan roh Tuhan, jika sekiranya tiada Firman yang telah disampaikan kepada manusia.  Maka, itulah sebabnya Santo Yohanes menulis: pada mulanya adalah Firman (roh Kristus menurut Ordo Melkisedek).   Firman (yang menurut Ordo Melkisedek itu) adalah Tuhan.  Kristus adalah Tuhan.   Ordo Melkisedek itu adalah Paderi Agung Sorgawi.  Kita tahu bahawa ‘paderi’ adalah pengupacara atau pengantara;  Kristus adalah Paderi Agung Sorgawi yang menjadi ‘manusia.’ Ia telah menjadi "Domba Tuhan" supaya kehendak Sorga iaitu "Mezbah" terjadi di bumi. Bahawasanya Ia adalah ‘Pengantara’ di antara Roh Allah Bapa dengan umat manusia yang berdosa. Dalam arti kata lain Kristus (Firman) adalah Juruselamat atau Almasih (Messiah).

Kenapa ‘Jalan” Korban Penebusan adalah ‘jalan’ yang paling sempurna bagi Roh Tuhan untuk menyelamatkan manusia yang luka/berdosa?

    Sifat Ilahi yang tertinggi adalah kasih setiaNya yang tidak berkesudahan. Maka, kehendak Tuhan yang tertinggi adalah juga "Kasih." Kasih menuntut 'pengorbanan.' Dan dalam Penglihatan nabi Yesaya, bahasa Kasih setia Ilahi yang menuntut 'pengorbanan di pihak Tuhan sendiri di ungkapkan oleh 'Mezbah.'
                                 
Kasih setia dan 'mercy' adalah Satu, dan ia adalah 'kehendak' Roh Tuhan di Sorga, maka bila Kasih itu menerpa umat manusia, Kasih itu akan mengutus anakNya sendiri "Firman menjadi manusia" sebagai Domba Tuhan. Kenapa? Kerana semua Kasih entah ia erotika, philiac mahupun agape menuntut ''korban.' Agape love Ilahi menuntut 'korban iaitu Yeshua supaya manusia yang menerima 'Kasih' Allah mempunyai Jalan untuk menerima Kasih Ilahi yang suci. Jika tiada 'korban' penebusan, maka semua manusia pasti hangus dijilat oleh Kasih Tuhan yang Mahasuci. Justeru itu, itulah mesej dan maksud 'nubuatan' perihal 'Mezbah' (Altar).

Malaikat serafim yang melaksanakan kehendak Tuhan (Kasih) dengan mendengar 'Suara' Firman (roh Kristus) datang kepada nabi Isaiah dan mentahirkan roh Yesaya, namun dalam Kitab ia dicatat sebagai bara api yang menyentuh 'najis bibir' kerana nabi Tuhan sebenarnya juga digelar 'mulut' Tuhan. Justeru itu, Firman yang menyatakan serafim menaruh bara api ke mulut Yesaya adalah bermaksud 'kuasa 'Kasih dan mercy' Tuhan mentahirkan 'sumbu' Roh nabi Yesaya. Bukanlah malaikat itu benar-benar membakar mulut nabi itu, melainkan Roh 'mulut' Tuhan itulah yang malaikat tahirkan. Malaikat itu melaksanakan 'kuasa pentahiran dosa-dosa yang mencemarkan Roh Yesaya. (Yesaya 6).

    Inilah sifat Ilahi yang dinyatakan oleh Roh Tuhan dalam "Firman menjadi manusia." Raja Daud mengenali sifat Roh Tuhan yang setia dan benar. Tidak hairanlah ia menyanyi baris ayat “bahawasanya untuk selama-lamanya kasih setia Tuhan sebanyak 16 kali di dalam Kitab Mazmur 136. Tuhan itu 'Kasih,' dan Ia adalah Pencipta yang Maha-sempurna (God is agape Love).  Pencipta yang sempurna adalah Tuhan yang Mahakasih. Kasih Tuhan tidaklah bersyarat. Ia cuma menuntut 'percaya' yang 'sempurna' (dari genuine Seed) untuk menerima "Kasih Karunia." Percaya yang 'sejati' (genuine) adalah dijelaskan oleh Yeshua sebagai sebesar biji sesawi sahaja namun kuasanya sangat luarbiasa: Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu (Matius 17: 20). Kasih Tuhan mengalir memenuhi seluruh alam semesta, namun ia adalah kasih yang maha-suci. Tuhan tidaklah mempunyai masalah untuk mengasihi semua manusia, tetapi kekudusannyalah yang menjadi masalah 'besar' kepada umat manusia yang diperhambakan oleh kuasa dosa.

    Maka, Alkitab mencatatkan, manusia berdosa hidup berseteru dengan Allah. Kebenarannya, ‘berseteru’ ini merujuk kepada ‘kasih Tuhan yang suci’ yang menentang roh-roh manusia yang mempunyai catatan kesalahan-kesalahan dan juga dosa-dosa. Bagaimanpun,  Ia mengasihi tanpa syarat entah manusia itu dibebani dengan dosa ataupun roh manusia itu gelap-gulita. Cuma, bila tiada 'kuasa' pengtahiran kesalahan-kesalahan dan juga penghapusan dosa-dosa, maka 'kemuliaan' Roh Tuhan tidaklah akan turun ke atas umatNya.  Taurat bersaksi bahawa "kemuliaan' Nya tidaklah akan datang turun, selagi 'penebusan' itu belum selesai diupacarakan."


    KasihNya adalah sumber gelombang kehidupan yang tertinggi.  Dan bila Roh Pencipta itu Maha-mengasihi, maka sudah tentu kasihNya yang tak bersyarat itu mengorbankan pihak Tuhan sendiri, dan sifat IlahiNya menetapkan diriNya sendiri untuk selama-lamaNya mengasihi semua manusia berdosa.  Maka, Kasih Tuhan yang sempurna ini menuntut korban dari pihak Ilahi sendiri.  Ilahi perlu berkorban untuk mengasihi manusia berdosa. Ia adalah Tuhan yang agung dalam mengasihi manusia yang berdosa. Dan oleh kerana Penciptaan adalah untuk Kristus dan kepada Kristus, maka kasih Tuhan yang Mahasempurna akan mengorbankan Kristus. Ketetapan korban (Mezbah) ini adalah juga menurut Ordo Melchizedek.  Tuhan telah mentakdirkan dari permulaan (alpha) bahawasanya pengorbanan anakNya yang tunggal iaitu Roh Kristus yang menjadi manusia (dibaluti daging manusia) akan menjadi ‘jaminan’ (Advocacy) kepada keselamatan umat manusia yang rosak atau berdosa. Maka, Kristus dari semula adalah JuruPenebus dan Juruselamat.

    "The rock of my salvation" merujuk kepada kehendak Bapa yang diungkapkan melalui Penglihatan (vision) sebagai 'batu Mezbah Sorgawi' yang menyelamat dengan kuasa penebusan. Oleh kerana, ia adalah Jurupenebus, maka, ia juga dinubuatkan dan disingkapkan kepada para nabi (mulut Tuhan) sebagai Ordo Melkisedek. Paderi Agung Sorgawi adalah juga mengungkapkan karyaNya sebagai pengupacara agung kepada perdamaian dengan umat manusia dengan Roh Pencipta. Ia mengupacara Korban di pihak Ilahi sendiri iaitu Kristus (Firman menjadi manusia), supaya dosa-dosa manusia di bumi dapat diselesaikan. 'Mezbah Sorgawi yang turun di bumi adalah penggenapan Doa Bapa Kami "...jadilah kehendakMu di bumi seperti di [Mezbah] Sorga" oleh Yeshua di atas Kayu Salib yang telah menganugerahkan 'Jalan' kepada semua yang pada semulanya tertulis dalam Buku Kehidupan. Kehendak Bapa di dalam Anak adalah supaya melalui Anak mereka (orang percaya) akan melihat Bapa dan bahawa Tuhan itu maha-Kasih.

  Maka, Kristus adalah ‘Jalan’ menyelesaikan dosa-dosa manusia, agar mereka dapat mengecapi kasih Tuhan yang suci, tanpa dijilat oleh semarak kesucianNya.  Sifat agung dan maha-mulia Tuhan yang Mahakasih menuntutNya untuk mengorbankan Kristus. Kita tahu sebagai manusia bahawa tiada kasih yang dikatakan kasih, jika sekiranya tidak ada pengorbanan. Semakin tinggi, agung, sempurna, dan sucinya kasih, maka semakin tinggilah pengorbanannya. Dan inilah ‘rahasia’ yang berlaku ke atas Roh Tuhan Pencipta.  'Rahasia' (Kristus sebagai ‘Korban kasihNya yang ajaib/agape’) ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan ‘jaminan keselamatan’ bagi umat manusia yang diciptakanNya kerana manusia ciptaanNya itu telah terjerumus kepada kuasa penghambaan dosa; manusia pertama jatuh kepada 'kuasa dosa' kerana anugerah ‘kehendak bebas’ dan juga disebabkan oleh tipu muslihat si ular tua--bapa segala dusta.

    Takdir Ilahi yang ditentukan dari permulaan sebagai ‘korban’ kasih Bapa menjelaskan kenapa "Domba Tuhan" itu juga adalah ditakdirkan sebagai Juruselamat dunia.  Kebenaran atau ‘Rahasia’ Allah ini sebenarnya telah ditentukan dari sejak permulaan, sebelumpun ciptaan telah muncul kerana semata-mata untuk mengasihi umat manusia yang senantiasa berdosa (Yoh. 3: 16).

   Bahawasanya untuk selama-lamanya kasihsetiaNya! Kristus ditakdir sebagai korban ‘Domba Tuhan,’ supaya manusia dapat melihat ‘Rahasia’ Allah, dan dapat mengecapi kasih Tuhan yang tidak dapat diselami keajaibanNya.  Mengecapi keajaiban kasih Tuhan yang suci untuk selama-lamanya adalah juga disingkapkan oleh Kristus sebagai mendapat anugerah 'kehidupan’ yang kekal di Sorga. Roh Tuhan telah mentakdirkan sejak dari semula bahawa kasih Tuhan yang ajaib itu haruslah mempunyai ‘Mezbah’ atau ‘altar’ batu sorgawi. Maka, kita sebagai para pengikut ‘Jalan’ sebenarnya percaya kepada Tuhan yang mempunyai “Mezbah’ Sorgawi. “Mezbah” menubuatkan Kasih Bapa yang mengorbankan Domba Tuhan kerana kasihNya yang besar ke atas manusia berdosa. His agape love ‘sacrifices His own Son, Yeshua, as revealed by the altar of heaven’ as seen by Prophet Isaiah (Isaiah 6; Isaiah 53). Manusia mengenali bahawa Roh Tuhan itu adalah Kasih kerana manusia tahu ‘Mezbah’ sorgawiNya itu menjelaskan keagungan 'Korban' dan keajaiban kasihNya. Dan pengupacaranya adalah Imam Agung Sorgawi yang selama-lamanya menurut Ordo Melchizedek (Mazmur 110:4). “Mezbah” (Yesaya 6: 1-6) ini berbicara bahawa Tuhan itu Kasih (agape love). KasihNya yang ajaib: “bahawasanya untuk selama-lamanya kasih setianya” mengorbankan “Domba Tuhan.” Ini adalah ‘Rahasia’ Ordo Melkisedek atau ‘rahasia Allah:’  Kristus

Kristus adalah rahasia Allah.

  Sifat-sifat Ilahi disingkapkan menurut roh nubuat: 5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan nama (‘karya’) Tuhan. “6 ...: Tuhan, Tuhan, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar,  berlimpah kasihNya dan setiaNya.7 yang meneguhkan  kasih setianya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa, tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya kepada keturunan yang ketiga dan keempat.” (Keluaran 34: 5-7)


    Melalui Taurat yang diturunkan Tuhan YHVH kepada nabi Musa, manusia mula belajar perihal Kekudusan Tuhan, namun di dalam Kristus semua bangsa-bangsa mengenali Tuhan sebagai Kasih. Kehendak Tuhan yang dimaksudkan Kristus dalam doa bapa kami ialah "kasih setia Tuhan" di lihat oleh umat nanusia. Semua hukuman Tuhan turun dari sifatnya yang Mahakudus.  Raja Daud bernyanyi bahawa hukuman Tuhan itu di putuskan di mahkamah Sorgawi. Mazmur 19: 1 menyingkapkan bahawa ‘heavens’ menceritakan ‘kemuliaan’ Allah.  Dalam penglihatan Yesaya dalam Yesaya 6:1-3, ‘heavens’ yang dilihat nabi Yesaya terdapat ‘mezbah,’ dan ‘malaikat seraphim,’ serta jubahNya memenuhi bait allah.Jubah itu dilihat seperti awan-putih bersinar berkepul-kepul. Penglihatan Yesaya itu adalah diungkapkan oleh Tabernakel yang kelihatan di bumi iaitu Kemah Suci nabi Musa serta semua peralatan yang ada dalam kemah suci itu. Di kamar “Yang Mahasuci” terdapat Tabut Perjanjian yang menubuatkan sifat-sifat Roh Tuhan. Jika tabut perjanjian itu ditelusuri asalnya yaitu Sorga, maka “the ark” itu juga merujuk kepada roh Tuhan. Hukum Kesepuluh berada dalam Tabut Perjanjian, manakala penutup Tabut (atonement cover) adalah di atas hukum dan “Mercy seat” pula atau takhta kasih-setia Tuhan berada di atas penutup Tabut (Atonement cover) di apit oleh dua malaikat Seraphim.  Jika, dilihat melalui roh nubuatan, sifat Ilahi iaitu kasih setia dan belas-kasihan Tuhan adalah dua sayap yang dilihat ‘satu.’ Kasih-setia Ilahi tidaklah ujud jika tidak ada belas-kasihan dan begitulah sebaliknya. Apa yang kelihatan di Kemah Suci itu mengungkapkan kehendak Roh Tuhan di Sorga iaitu menurut ketentuan sifat-sifat Ilahi sendiri. Raja Daud bernyanyi “kasih Mu besar mengatasi langit (heavens), dan setiaMu sampai ke awan-awan” (Mazmur 108: 4). 

    Kasih Bapa dinyatakan oleh Anak (Kristus).  Kasih Kristus adalah sama dengan kasih Bapa dan ia mengatasi ‘heavens.” Hukuman Tuhan diberitakan oleh “heavens,” namun Kasih Tuhan mengatasi “heavens.” “... your ‘mercy’ is higher than the heavens.  Your truth (Christ/Word) reaches the skies (the abode of the Father) (Psalm 108: 4). Penutup tabut (Atonement cover) berada di atas “loh batu” Hukum Sepuluh.  Kuasa Belas kasihan Tuhan mengatasi ‘hukuman.’ Biarpun seseorang percaya dihukum oleh Tuhan, namun “mercy’ Nya masih menyertai orang itu dengan kasih-setia yang tidak putus-putus.  'Heavens' adalah bahasa yang mengungkapkan keputusan roh penghukuman Hakim, namun “mercy” Tuhan lebih tinggi dari ‘penghukuman’ Tuhan: "...your mercy/love higher than heavens." Maksudnya, sifat Ilahi yang menghukum kerana kuasa kekudusannya adalah berada di bawah oleh kuasa sifatNya yang mengasihi dengan kasih-setiaNya. Itu dijelaskan oleh “Mercy Seat” yang berada di atas semua yang ada pada “Tabut Perjanjian” itu.  Sifat-sifat Ilahi dalam Ayat 6 Keluaran 34 itu digambarkan oleh lirik nubuatan dalam Mazmur 108: 4 yang berbunyi “...kasihMu yang besar mengatasi langit (heavens).” Sedangkan “the Judgement of the Lord is the court of heavens” adalah di atasi oleh “mercy” Ilahi.

                                 
    Mezbah Tuhan Yg di Sorga (kehendak Kasih setia Tuhan ) telah terjadi di atas bumi. Salib adalah Mezbah "Domba Tuhan " di bumi, supaya manusia luka mengerti-bahawa Tuhan itu Kasih: "...kerana betapa besar Kasih Tuhan kepada Dunia sehingga ia mengutus anakNya yang Sulung (" Firman menjadi manusia") ...Yoh 3:16.

    Maka, ia menubuatkan kehendak tertinggi di Sorga yang pasti menuntut ''Korban." Bila kehendak ‘Mezbah’ turun terjadi di bumi, maka ia adalah “Firman menjadi manusia,” dan manusia itu yang bernama, Yeshua adalah Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia. Yeshua sebagai 'Domba Tuhan' adalah ‘Korban’ kasih-setia Tuhan. Sorgawi itu menganugerahkan dan mengingatkan kita senantiasa akan sifat Kasih-Setia Ilahi, yaitu “...hari demi hari Ia menanggung bagi kita. Allah adalah Keselamatan kita. (Mazmur 68: 19).


    Tuhan yang senantiasa menanggung penderitaan manusia, siang dan malam, adalah Jurupenebus kita.” (Mazmur 68:19).  ‘Mercy’ akan dianugerah kepada si penerima ‘mercy’ iaitu dia yang percaya seratus-peratus kepada “Domba Tuhan” yang menjadi korban, menumpahkan darah. Darah ‘Firman yang menjadi manusia’ itu adalah dinubuatkan oleh penglihatan Nabi Yesaya sebagai ‘bara api’ yang semarak gemilang atau cahaya ‘mercy’ yang melepaskan catatan-catatan dosa-dosa dan hukuman kesalahan yang tercatat pada roh seseorang. Cahaya "Kuasa Mercy" itu  juga menghapuskan catatan-catatan dosa ('rakaman' bersifat roh' pada roh pembuat dosa) pada roh seseorang melalui dengan ‘pengakuan’ tentang keajaiban pekerjaan Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa-dunia di atas ‘mezbah’ di dunia iaitu di atas kayu salib; ia adalah kehendak ‘mezbah’ sorgawi itu menurut Ordo Melchizedek yang digenapi di bumi. ‘Bara api’ mercy Ilahi itulah yang telah mentahirkan roh nabi Yesaya dalam Yesaya 6. Tuhan melihat kembali roh Yesaya selepas malaikat seraphim itu menaruh bara api ke atas roh ‘mulut’ Tuhan itu, dan Ia mendapati bahawa Yesaya telah dilepaskan dari segala kenajisan (‘impurities.’)


    Apabila mercy Firman menyentuh sumbu roh seseorang percaya, maka segala catatan kesalahan ('rakaman' hidup dan bersifat 'roh' pada roh pembuat dosa) akan dibersihkan dan segala catatan dosa akan dihapuskan, maka roh seseorang itu ‘siap’ untuk memasuki hadirat Roh Tuhan, iaitu ‘WajahNya.’ Jika ‘suara hati’ mendakwa kita siang dan malam, maka serulah kepada Jurupenebus dan ia akan “bail us out” dari segala pertuduhan (accusation) kerana Dia adalah Advocator yang agung dan maha-kuat.

    Oleh kerana ‘...the mercy of God is higher than heavens,” maka barangsiapa yang menyeru ‘nama’ Tuhan maka ia akan diselamatkan.  Kita bukanlah diselamatkan kerana kesetiaan kita, tetapi kita diselamatkan kerana ‘kesetiaan’ belas-kasihan dan kasih setia Kristus. Kita meminta karunia “takut akan Tuhan,” kerana ia adalah operasi Roh tuhan yang memungkinkan kita menjadi ‘ranting’ kepada Pohon Kehidupan” yang sebenar. “[karunia] Takut akan Tuhan adalah permulaan [roh] Hikmat dan mengenal yang mahakudus adalah [karunia roh] pengertian.” (Amsal 9: 10).  Santo Yohanes membahagikan pengertian bahawa "mengaku tiada dosa adalah suatu pendustaan dan tidak ada kebenaran dalam diri kita." Namun, berusaha untuk tiada dosa adalah suatu perkara yang mustahil atau tidak praktikal bagi manusia yang pusat Kesedarannya adalah otak. Namun, Kristus setia mengampuni semua dosa-dosa. Kerana NamaNya: setia dan benar.  Yeshua berkata: "...mengenali Tuhan dan Dia yang diutus Tuhan adalah Kehidupan kekal.

2 ulasan:

  1. Blessed be the Lord, who daily bears our burden,
    The God who is our salvation. (Psalm 68: 19)

    BalasPadam
  2. 20 Then Noah built an ALTAR to the Lord, and took of every clean animal and of every clean bird, and offered burnt offerings on the altar. 21 And when the Lord smelled the pleasing odor, the Lord said in his heart, “I will never again curse the ground because of humankind, for the inclination of the human heart is evil from youth; nor will I ever again destroy every living creature as I have done. (Genesis 8: 20-21).

    3 In the course of time Cain brought to the Lord an OFFERING of the fruit of the ground, 4 and Abel for his part brought of the firstlings of his flock, their fat portions. And the Lord had regard for Abel and his OFFERING [on the altar], 5 but for Cain and his offering he had no regard. So Cain was very angry, and his countenance fell. 6 The Lord said to Cain, “Why are you angry, and why has your countenance fallen? 7 If you do well, will you not be accepted? And if you do not do well, sin is lurking at the door; its desire is for you, but you must master it.” (Genesis 4: 3-7).


    4 His sons used to go and hold feasts in one another’s houses in turn; and they would send and invite their three sisters to eat and drink with them. 5 And when the feast days had run their course, Job would send and sanctify them, and he would rise early in the morning and OFFER BURNT OFFERINGS according to the number of them all; for Job said, “It may be that my children have sinned, and cursed God in their hearts.” This is what Job always did. (Job 1: 4-5).

    1 In the year that King Uzziah died, I saw the Lord sitting on a throne, high and lofty; and the hem of his robe filled the temple. 2 Seraphs were in attendance above him; each had six wings: with two they covered their faces, and with two they covered their feet, and with two they flew. 3 And one called to another and said: “Holy, holy, holy is the Lord of hosts;
    the whole earth is full of his glory.”
    4 The pivots[a] on the thresholds shook at the voices of those who called, and the house filled with smoke. 5 And I said: “Woe is me! I am lost, for I am a man of unclean lips, and I live among a people of unclean lips; yet my eyes have seen the King, the Lord of hosts!”
    6 Then one of the seraphs flew to me, holding a live coal that had been taken from the ALTAR with a pair of tongs. 7 The seraph[b] touched my mouth with it and said: “Now that this has touched your lips, your guilt has departed and your sin is blotted out.” (Isaiah 6: 1-7)

    BalasPadam