Selasa, 12 Julai 2016

"For as Lightning that comes from the east..." dan juga pelbagai frasa nubuatan mengenai akhir 'zaman' bangsa-bangsa ...



Roh Nubuatan

     Penafsiran nubuatan-nubuatan melibatkan "Spirit of Prophecy." Spirit of Prophecy menerangkan bahawa nubuatan (Firman) dari Kitab Kejadian sehinggalah kepada nubuatan dalam Kitab Wahyu, semuanya disampaikan secara konsisten oleh Roh Kristus menurut Ordo Melkisedek, dan juga bahawasanya  dengan maksud supaya "Akulah Allah... telah memberitahu pengakhiran dari permulaan, dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana... " (Yesaya 46: 9-10). Dalam lain perkataan, bahasa 'roh' dalam penyampaian Firman Tuhan berfungsi seolah-olah sebagai "konkordansi" roh,  dan justeru itu, ia menyingkapkan rahasia Sorga.

     Perkataan 'perempuan' dalam Kej. 3: 15 sebagai contoh dapat menyingkapkan kenapa binatang-binatang dalam Kitab Wahyu bermusuhan dengan kata nubuat identitas 'perempuan.' Maka, fahamlah kita juga kenapa bangsa-bangsa yang percaya kepada Yesus Kristus hanya digelar sebagai "anak-anak" dalam ayat 17 dalam Wahyu 12 ('offspring'~Why.12: 17). 

Siapakah identitas kata-nama nubuat ‘perempuan’ dalam Why. 12:1-2?

9 Then he had another dream, and he told it to his brothers. “Listen,” he said, “I had another dream: I saw the sun, the moon, and 11 stars bowing down to me.” (Gen. 37: 9).

A spectacular sign appeared in the sky: There was a woman who was dressed in the SUN, who had the MOON her feet and a crown of 12 STARS on her head. 2 She was pregnant. She cried out from labor pains and the agony of giving birth.(Rev. 12: 1-2).

      Banyak yang tersilap bahawa tanda di 'langit pada ayat ke-1 dan ayat ke-2, dalam Why. 12 sebagai merujuk kepada gereja. Lambang atau tanda itu tidaklah jitu dan benar, jika ia ditafsir-rujuk kepada 'gereja' kerana ianya merujuk khusus kepada bangsa pilihan Tuhan, yaitu bani Ibrani, samada bani Ibrani Perjanjian Lama ataupun bani Ibrani Perjanjian Baru. Namun, kekeliruan ini akan hilang apabila kita mulakan ‘melihat’ identitas 'perempuan' bermula dari nubuat dalam Kejadian 3: 15-16. Perseteruan antara 'perempuan' dan binatang-binatang keturunan ular tua itu jelas kelihatan berterusan. House of Jacob' yang dipilih YHVH menggenapi kata-nama profetik 'perempuan,' dan Ular Tua pula mewakilkan kuasanya kepada 'keturunannya,’ yaitu pemerintah-pemerintah bangsa-bangsa di Dunia; Empayar Egypt, Empayar Asyhur, Empayar Babylon, Empayar Mede-Persian, Empayar Yunani, Empayar Romawi (ketika Santo Yohanes menerima Wahyu) kemudiannya yang ketujuh adalah Empayar Ottoman, dan yang kedelapan adalah Empayar British.

     Lambang atau 'tanda' di langit bagi karya Roh Tuhan ke atas 'Perempuan' (woman) itu adalah seperti yang telah dimimpikan oleh Yusuf dalam Kej. 37: 9. Mimpi inilah 'tanda' di langit bagi 'motherhood' bani Israel. Inilah tanda di 'langit yang juga dilihat oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 12. Jadi, apakah tanda bagi gereja? Gereja itu dimeterai oleh Roh Kudus dan ditandai oleh darah suci Yesus. Gereja itu adalah 'perempuan' Perjanjian Baru: The New Testament house of Jacob') + (campur) dengan anak-anak ('converted gentiles.  Maka, 'perempuan' dalam Why.12 adalah merujuk khusus kepada ‘house of Jacob,' samada Ibrani perjanjian Lama ataupun Ibrani Perjanjian Baru mengikut mana ia diguna-pakai dalam nubuatan.



Gereja= 'Perempuan' (the prophesied Woman’ or the followers of the Way from the house of Jacob) Perjanjian Baru and (+) "Anak-anak" ('offspring' from non-Hebraic nations).

"Perempuan" = Bangsa Israel (The New Testament prophesied 'Woman,' Genesis 3: 15; Revelation 12: 1-2; Genesis 37: 9) yang percaya Kristus sebagai "Firman menjadi manusia."

"Anak-anak" = Bangsa-Bangsa bukan Ibrani (evangelized and converted gentiles), yang menerima Khabar Gembira, justeru itu, menjadi pengikut  "Jalan" dari lain-lain bangsa (gentiles).

Siapakah pula ‘perempuan’ dalam Wahyu 17?

"Ibu Pelacur" = Bangsa yang dikaitkan kota "pelacur' itu adalah 'Perempuan' yang masih mengikuti penyembahan menurut Taurat. Bangsa yang dikaitkan dengan kota itu adalah penyembah-penyembah Tuhan Perjanjian Lama yang masih ada sekarang. Perkataan nubuatan yang simbolis "Pelacur" bukanlah bermaksud mereka tiada moraliti, melainkan 'sekadar' ungkapan profetik sahaja. Ia menyingkapkan keadaan "tumit" mereka yang seringkali diremukkan oleh binatang-binatang di Dunia ini. Mereka menunggu untuk dipulihkan terlebih dahulu (144,000), dan jikalau Tuhan mencurahkan RohNya kepada bani Israel, barulah Murka hadiratNya akan menyala menghanguskan bangsa-bangsa. Jikalau ia berkahwin semula dengan Tuhan, ia akan diberikan perlindungan (Hosea 2: 19). Maka, jelaslah Ibrani terbahagi kepada dua (2) identitas 'perempuan,' yaitu perempuan yang meneruskan persundalannya dan yang telah memperanakkan anak-anak persundalan seperti yang disindirkan oleh Nabi Ezekiel dan nabi Hosea, dan juga sebahagian sebagai 'perempuan' yaitu sebagai isteriNya dalam ''kesetiaan' (Hosea 2: 19) yang telah membawa Khabar Gembira kepada bangsa-bangsa lain didunia. Justeru itu, identiti yang ke-dua ialah 'dia' (the new Testament House of Jacob)  yang dikatakan memperanakan 'anak-anak' (offspring ~Why.12 : 17). 

     "Perempuan" sundal, yaitu the Old Testament House of Jacob meneruskan persundalannya kerana mereka tidak menerima Yeshua sebagai 'Jalan' yang sempurna. 'Persundalan' itu bermaksud 'bukan diperdamaikan dengan Roh Tuhan' atau bukan isteri Tuhan yang setia. Dan jikalau ia meneruskan persundalannya itu , maka ia akan dibiarkan membuat "percabulan dan kekejian" mengharungi kelicikan manusiawi. Namun, Mereka masih berjuang menunggangi binatang-binatang yang ada pada masa kini (pemerintah-pemerintah Dunia). At present, they are riding the Scarlet Beast. The beast says "...the decision to divide the city remains unchanged."  This decision fulfills what had been foretold in Zechariah 14: 2 "...for I will gather all the nations (the United Nations) against Jerusalem ...and half of the city exiled, but the rest of the people (west Jerusalem) will not be cut off from the city."   Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. (Wahyu 13:2)

Penafsiran yang "Terperangkap"

Banyak para penafsir Wahyu mengatakan bahawa identitas binatang yang keluar dari laut sebagai merujuk kepada "revived" Caliphate-Ottoman Empayar, kerana mereka melihat kombinasi ciri-ciri binatang tersebut di mana "kaki beruang" sebagai merujuk kepada Babylon; Badannya pula "seperti macan tutul;" dan "mulutnya pula adalah seperti singa." Mereka akan terperangkap dalam tafsiran mereka itu!  Mereka ‘melihat’ bahawa eolah-olah deskripsi binatang itu seolah-olah merujuk kepada pergabungan Empayar Yunani, Empayar Medo-Parsi dan Empayar Babylon, dan ia 'kelihatan seperti kebangkitan semula Ottoman yang Moden.

Namun, jika kita baca sepenuhnya deskripsi "binatang yang keluar dari laut" itu, maka Ia merujuk kepada 10 garis keturunan Raja Eropah yang tidak pupus, dan dapat bertahan kerajaannya sehinggalah pada zaman sekarang. "Kaki beruang, badan macam tutul dan mulut seperti singa" seringkasnya dijelaskan maksudnya dalam ulasan Wahyu 14: 2 b, iaitu merujuk kepada ciri-ciri perihal "kekuatannya, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar;" Ia adalah "binatang yang keluar dari laut" dan ditopang oleh 'kuasa Ular Tua.’  Kesemua binatang adalah keturunan Ular Tua, sebagaimana yang diungkapkan oleh nubuatan dalam Kejadian 3:15-16. Maka, binatang yang keluar dari laut itu adalah 10 garis keturunan raja Eropah yang menjadi pemerintah Bangsa-Bangsa di Dunia (“keluar dari laut”). "Laut" bermaksud banyak bangsa. Binatang yang luka parah kepalanya adalah merujuk kepada garis keturunan monarki Inggeris. Ia dapat dikenalpasti kerana ia merupakan sekutu yang paling rapat, dan istimewa bagi Penguasa Dunia No.1 iaitu “binatang yang keluar dari bumi.”


Ciri utama kemunculan 'tanda,' frasa nubuatan yang dapat dibaca perihal pengakhiran bangsa-bangsa: “...telah ada, sudah tiada dan akan muncul lagi...” ?


     Eve  adalah 'Woman’  dalam  Kej.3: 15). One man ('Satu bangsa sedunia' (Kej. 11) "Telah ada" merujuk kepada umat manusia yang pada mulanya hanyalah ‘satu bangsa dan satu bahasa.’ Mereka yang ‘satu’ itu, dahulunya berkata “marilah kita mencari ‘nama" (Karya) di menara Babel Kuno yang "sampai ke langit." ‘Karya’ itu seringkasnya merujuk kehidupan umat manusia di dunia tanpa menghiraukan, mengiktiraf atau mempedulikan  ‘karya’ Tuhan atau ‘nama’ Tuhan.    Kelahiran pelbagai bangsa, iaitu selepas insiden murka Tuhan menerpa 'manusia' di Babel Kuno dalam Kejadian 11, adalah "permulaan 'zaman' bangsa-bangsa" (pelbagai bangsa dan pelbagai bahasa pertuturan). Wujudnya pelbagai bangsa merujuk kepada "sudah tidak ada." Maksudnya, bangsa 'satu bangsa' dan 'satu bahasa' itu 'sudah tidak wujud lagi. Maka, 'satu bangsa' itu diungkapkan sebagai “telah ada,” dan telah menjadi frasa nubuatan yang dipanggil "namun tidak ada" dan akan “muncul kembali.”  Maka, zaman bangsa-bangsa yang disatukan kembali menjadi seolah-olah 'satu bangsa' adalah seringkasnya dinubuatkan sebagai "akan muncul lagi," dan ia merujuk kepada ‘bersatunya’ bangsa-bangsa yang hanyut dalam mencari "nama." Nama Tuhan tidak diikrtiraf sebagai Sumber Kehidupan.

      Dan munculnya kembali  umat manusia yang "bersatu" dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan ‘karya’ utamanya, yaitu  "Peace and  Security," maka semua bangsa-bangsa telah menjadi ‘satu’ dalam mencari ‘nama’; dahulunya mereka 'satu' dalam membuat batu-bata dengan "membakarnya baik-baik" dan tar gala-gala sebagai tanah liat," namun sekarang “membuat batu-bata" itu telah muncul kembali dan diungkapkan dengan frasa nubuatan "membeli atau menjual." Dan 'nama' itu pula bukan diungkapkan lagi perihal "membakar dengan baik-baik," tetapi "menghitung" dengan 'kebijaksanaan' (shrewdness). Namun, kedua-dua frasa nubuatan itu memperkatakan perihal yang 'sama' yaitu umat manusia yang menjadi ‘satu’ bangsa bersatu, dan juga menjadi ‘satu’ dengan bahasa perantaraan yang boleh dikatakan ‘satu’ (bahasa perantaraan sedunia).  Kemunculan 'menara' dan bangsa 'bersatu' itu telah "muncul lagi" dan jelas dapat 'dilihat' sejak tahun 1945 CE: penubuhannya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!



Kenapa tiada kemunculan penglihatan 'roh,' yaitu "puting beliung dan halilintar" dalam mana-mana urusan penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi  di sepanjang 'zaman' nama Raja Damai ???

Maksudnya:- 'Penglihatan roh' Santo Yohanes mencatatkan bahawa: -

METERAI 1 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)

METERAI  2 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi  Raja Damai)


METERAI  3 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi  Raja Damai)


METERAI  4 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi  Raja Damai)


METERAI  5 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi  Raja Damai)

METERAI  6 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul  di bumi.

(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi  Raja Damai)



Wahyu 6: 14 - "awan bergulung seperti gulungan Kitab"

                             
"...His 'way' [the way of the 'name' Judge]  is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet."



     Tuhan sebagai 'nama' Hakim adalah dilihat dalam 'penglihatan roh' sebagai ‘puting beliung.’ Jika ia dilihat sebagai puting beliung, maka sudah tentu ia dikaitkan dengan sifat-sifatnya, iaitu ‘halilintar.” (lihat 'suara Hakim,'  'halilintar (senjata Hakim)' dan 'puting beliung (hadirat Hakim)' dalam Kitab Ayub 37: 1-4; Mazmur 29; Mazmur 18 dan Nahum 1). Fenomena Whirlwind tidaklah dapt dipisahkan dengan kewujudan halilintar, namun dalam penyampaian firman dalam kes kedatangan Kristus, ia harus pertama-tama dilihat dalam "spiritual vision." Bintang Bethlehem sebagai contoh adalah spiritual vision, dan demikian juga penglihatan Sorga dan bala TentaraNya yang dilihat oleh para gembala ketika Yeshua dilahirkan.
                               
     Pada ketika Yeshua naik ke Sorga, Ia juga adalah "penglihatan roh," dan dua malaikat yang berbicara kepada orang Galilea adalah mahluk ‘Roh.’ Justeru itu, semua Firman sebenarnya adalah "roh" sebagaimana penjelasan Kristus dalam Yohanes 6: 63. Maka, tanda-kata nubuat "halilintar" sebagai "tanda" kedatanganNya adalah juga hanya bisa dimengertikan dan dapat dilihat dengan "mata roh,” iaitu penglihatan roh.

The Lord is slow to anger but great in power; the Lord will not leave the guilty unpunished.
His (The Judge's) way is in the WHIRLWIND and the storm, and clouds are the dust of his feet. (Nahum 1: 3, NIV).

     "Nama" Hakim Kristus dan "nama" Hakim Roh Kudus secara serentak ataupun apabila kedua-duanya hadir di bumi, dan mereka adalah 'Satu' Roh; Roh Kudus akan melaksanakan pekerjaan Hakim Kristus yang kembali ke bumi. Roh Kudus tidak akan lagi melaksanakan "mission" Raja Damai, namun "jantung" Tuhan tidaklah akan berubah meskipun "missionNya" (namaNya) bertambah. Meterai ke-7 -Ada "halilintar" muncul (Wahyu 8: 5 dilihat dengan ayat Matius 24: 27).... sehinggalah kepada Cawan Murka ke-7 (Why.11: 19). Hadirat Hakim ada halilintar. (HadiratNya di bumi yang dilihat melalui penglihatan roh sebagai ‘puting beliung’ akan diteruskan..)

"4 Ia berseru kepada LANGIT, dan kepada BUMI untuk MENGADILI UMAT-Nya:
5 Bawalah kemari orang-orang yang Kukasihi, yang mengikat perjanjian dengan Aku berdasarkan korban sembelihan ('Jalan penebusan')!
6 LANGIT memberitakan keadilan-Nya, sebab Allah sendirilah HAKIM. Sela"
(Mazmur 50: 4 - 6).

     Pada ketika ini, Roh Tuhan sedang menghakimi umatNya kerana umatNya akan lebih dahulu diadili. Namun, pengadilan itu dilaksanakan oleh Roh Kudus.  Hakim Kristus belum turun. Roh Kudus sebagai Hakim bertujuannya untuk menggenapi nubuatan seperti dalam Mat. 24: 29, Kis. 2: 19-20 dan Wahyu 6: 12-13. Misi Raja Damai masih diteruskan sehingga kedatanganNya dalam Why. 6:14. "Gempa Bumi" dalam Meterai ke-6 adalah "Bumi" yang telah diseru olehTuhan sebagai mana yang disingkapkan oleh Mazmur 50: 4 dan Mazmur 19: 1-2. Ia adalah 'tanda' kata-nubuat, dan ia tidaklah merujuk kepada pengertian harfiah (literal sense). Hakim mengadili umatNya!

     It is the transition-period from the Christ’s mission as  the Prince Of Peace into the mission as  the Judge: Seven horns, Seven eyes and Sevenspirits." It begins in the Seventh-Seal, and the Sixth Seal serves to be the pronouncement of the Coming Judge."...the heavens proclaim His HANDIWORK ("Name" which means mission as the Judge who judges in equity).

      Barangsiapa yang "kesesakan dan ketakutan", berserulah kepada 'nama' Tuhan (Kisah Para Rasul 2: 21).

Frasa-frasa nubuatan

     Tanpa Firman Suci, tiada manusia yang akan mengerti 'Karya/pekerjaan' Tuhan. "Makan & minum' adalah 'survival' daging manusia yang luka untuk terus hidup selagi daging ada kekuatan untuk hidup, " Kahwin & mengahwinkan" adalah 'jalan' bagi manusia yang luka untuk 'membiak' (Procreation of the wounded man). "Membuat batu-bata" adalah 'istilah-profetik' 'pekerjaan' anak-anak Noah untuk mencari nafkah hidup. Roh Tuhan mengaitkan ketiga-tiga frasa nubuatan tersebut untuk menyingkapkan 'kehidupan manusia yang luka dan tidak diperdamaikan dengan Tuhan:' hidup berseteru dengan Tuhan.  Noah, sebagai seorang penganut 'jalan' untuk diperdamaikan dengan Tuhan adalah 'pelaku' Firman Tuhan, kerana Noah dengan segenap hati dan tekun, bukan sahaja menyiapkan/mengenapi 'bahtera' mengikut ketentuan Firman, tetapi Noah  adalah manusia yang “mendirikan altar” perdamaian. Jalan melalui ‘Altar’  itu menyingkapkan Kehendak Sorgawi yang harus dilaksana oleh Noah di bumi. Noah adalah pelaku' Firman (the doer of the Word). Penduduk Babel ternyata tidak mewarisi 'ibadah' Noah melalui 'Altar,' namun mereka kyusuk "membuat batu-bata....malah, "membakarnya dengan baik-baik."

     "Nama" adalah ungkapan nubuatan yang merujuk kepada "karya" kehidupan manusia di bumi.  Apakah "nama" yang dicari oleh manusia sejagat dalam aktiviti harian "MEMBELI atau MENJUAL"? Kalau di zaman purbakala di menara Babel kuno, " Nama" yang dicari manusia dalam Kitab Suci Kejadian 11 adalah berkaitan dengan aktiviti "membuat batu-bata" dengan “membakar tanah liat dengan baik-baik.” Membuat kehiduapan yang berjaya dan baik menurut akal fikirian manusia sendiri, tanpa memikirkan ‘nama’ Tuhan di bumi.

    Apakah pula 'nama' yang dicari oleh manusia 'akhir zaman Raja Damai' dalam Kitab Wahyu 13?? Sudah tentu "karya/handiwork" yang dicari oleh semua bangsa adalah, 666 .  666 adalah "karya" atau "nama" yang dicari oleh setiap bangsa di setiap negara di seluruh dunia. 'Nama' atau 'karya' itu merujuk kepada 'karya-duit' (monetary). Semua orang mencari "karya-duit." 'Nama' atau 'karya' binatang yang keluar dari bumi adalah 'duit.' Duit itu ada perjanjiannya dan mempunyai ahli-ahli perjanjian duit dari semua bangsa atau semua negara di dunia ini. Apakah pula menara "membeli-menjual" itu ada pusat? Sudah tentu sistem perbankan di seluruh Dunia berpusatnya di BIS, IMF dan Bank Dunia bersama-sama dengan rangkaian Bank Pusat atau Central Bank di seluruh dunia atau semua bangsa. Ia melibatkan semua bangsa (negara)!

     Maka, "membeli atau menjual" jika diungkapkan oleh Yesaya 46: 10, ia mengungkapkan pengakhiran kepada zaman Bangsa-Bangsa yang bermula di menara Babel. Justeru itu, "membuat batu-bata" adalah permulaan Bangsa-Bangsa, manakala "membeli atau menjual" adalah pengakhiran kepada zaman Bangsa-Bangsa.


Roh pengertian mengenai dengan frasa ‘Zaman’ bangsa-bangsa'  

     Sebelum hukuman Tuhan ditumpahkan kepada umat manusia dalam Kitab Kejadian 11, umat manusia pada asalnya hanyalah terdiri dari 'satu bangsa' dan 'satu bahasa' sahaja. Turunnya hukuman Tuhan yang dilaksanakan oleh para malaikat telah mengacau-balaukan 'satu bahasa' itu kepada banyak bahasa, dan justeru itu, menzahirkan dan memulakan pelbagai bangsa atau ringkasnya disebut permulaan 'zaman bangsa-bangsa.'  Pemerintah-pemerintah dunia atau 'keturunan' ular tua (Kejadian 3: 15-16) berusaha untuk menyatu-padukan pelbagai bangsa melalui kuasa 'penaklukan' dan juga melalui perjanjian-perjanjian yang mereka wujudkan. Namun, segala usaha itu tidaklah menyeluruh sejagat-sedunia. Dalam peradaban sejarah dunia selepas kisah menara Babel dalam Kejadian 11, kita telah melihat kewujudan banyak pemerintah dunia yang juga disebut 'binatang' dalam usaha  mereka menyatukan dunia di bawah kuasa takluk 'tanduk' mereka: Empayar Mesir, Empayar Asyhur, Empayar Kasdim, Empayar Medo-Parsi, Empayar Yunani, Empayar Romawi, Empayar Ottoman, binatang yang keluar dari laut, Empayar British ('binatang yang kepalanya luka parah'), binatang yang keluar dari bumi, dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Dunia sejagat belum pernah melihat pelbagai bangsa di seluruh dunia bersatu pada 'satu' menara.  Namun, sejak 1945 CE yaitu selepas perang dunia ke-dua, dunia mula disatukan oleh lima pemimpin utama dunia atau 'cabal' dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menzahirkan 'nama' nya, yaitu Artikel 1, Bab 1 dalam  UN Charter's "Peace and Security," maka bangsa-bangsa di dunia mula mengerjakan ajakan penguasa-penguasa dunia (cabal) dalam mencari "peace and security." Concise Oxford Dictionary menjelaskan bahawa 'cabal' bermaksud  "a committee of five ministers under Charles II, whose surnames happened to begin with C, A, B, A, and L" [1].  Lima negara berkuasa veto atau 'seperti cabal' dalam pertubuhan sejagat itu memperlihatkan kekuasaan "binatang yang keluar dari bumi" yang "bercakap seperti naga:" the United States of America. Empat lagi binatang lain dalam 'cabal' itu adalah Russia, China, the United Kingdom dan France. Maka, itulah lembaran baru nubuatan dalam alkisah  'menara Babel kuno' yang mula dinyatakan kepada kita sebagai "muncul kembali." "Nama" atau 'karya utama' bagi binatang yang memayungi keamanan dunia itu disebut "peace and security."  Namun, design manusia adalah makan 'manna' dari Sorga, maka biarpun betapa hebatnya usaha manusia sejagat dalam 'peace and security' itu diperjuangkan, ia adalah sekadar "membuat batu-bata" belaka!  Pemimpin utama dunia dalam 'peace and security' bagi dunia bangsa-bangsa ialah negara superpower iaitu Amerika, dan sebab itulah ia juga cocok dinubuatkan sebagai binatang yang "'kelihatan seperti domba" dan "bercakap seperti naga."

 'nama' binatang yang keluar dari bumi  yang bertanduk dua 

     "Karya duitnya atau karya-monetari" (tanduk pertama) dan "karya perihal 'peace & security'" (tanduk yang kedua). Kuasa monetari dan kuasa politikpemerintah dunia di arena global pada 'jam terakhir' akhir zaman bangsa-bangsa. 'Nama' adalah 'karya,' 'pekerjaan,' atau 'handiworks.' Maka, 'nama' "binatang yang keluar dari bumi" bermaksud 'handiwork' pemerintah Dunia yang menguasai manusia sejagat.

     'Nama' dalam Alkitab adalah  'ungkapan' kata-nubuatan yang menyingkapkan pekerjaan-pekerjaan Sorgawi. Nama seperti 'Domba Tuhan' mengungkapkan 'pekerjaan/karya' Tuhan dalam menganugerahkan 'Jalan' kepada manusia yang luka supaya 'dosa-dosa mereka terhapus. Demikian juga halnya dengan 'nama' binatang itu. Ia mengungkapkan 'karya' pemerintah dunia dalam usahanya menguasai bangsa-bangsa di dunia. Ia tidak dikira dengan ilmu gematria kerana jika ia ditafsir dengan cara demikian, maka itu adalah 'sekadar' rumusan pendapat belaka.  Lagipun, Alkitab tidak pernah mengajarkan penafsiran nubuatan ilmu gematria. Justeru itu, nama binatang, 666, tidaklah dikira, tetapi 'nama' atau 'karya' pemerintah dunia itu 'dilihat.' Jika kita kira 'nama' (666) itu secara harafiah' dalam kacamata gematria, maka, kita hanyalah berfikir secara matematika. Ia "dilihat" terlebih dahulu dalam roh nubuatan! Namun, 666 adalah 'karya' atau 'nama' yang berkait-rapat langsung dengan aktiviti 'membeli atau menjual.'

     Justeru itu, nama binatang yang keluar dari bumi adalah 'monetary' (karya-duit) penguasa dunia yang menuntut kebijaksanaan intelek, yaitu kebijaksanaan ilmu menghitung dalam bidang perekonomian moden yang berpusat pada 'menara-menara' yang telah muncul kembali. Di menara kuno Babel, 'nama' yang mereka cari tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti "membuat batu-bata." Maka, 666 sebagai 'nama' ('monetary,' iaitu 'karya-duit' atau "handiwork of money") adalah berkait-rapat dengan urusniaga 'membeli atau menjual' yang dilaksanakan di bawah kuasa monopoli 'monetary' pemerintah dunia.  Biarpun betapa hebatnya kemakmuran hidup di dunia ini menurut 'nama' itu (666), namun jika manusia tidak menerima tanda di dahi yang sejati, yaitu ibadah kepada Paskah Tuhan Yesus, maka, mereka dinubuatkan 'sekadar' menerima tanda binatang yang terfokus kepada urusniaga "membeli atau menjual" sahaja.  Dan apabila, menara 'nama' itu sudah "sampai ke langit," sudah tentu Tuhan akan berkata "marilah kita turun."


     Pekerjaan Tuhan jelas ketara berbeda sekali dengan 'karya manusia daging: "...namaNya adalah Firman Allah" (Wahyu 19: 13), manakala 'perempuan' dan anak-anaknya (umat Tuhan) pula jelas memakan 'firman' dan beribadah kepada 'tanda' di dahi yang dianugerahkan Tuhan, yaitu Paskah Tuhan Yeshua, dan mereka yang masih hidup dalam era Hakim-Kristus pula diberikan "Meterai Allah yang hidup."  Tanda di dahi yaitu Paskah Tuhan Yeshua adalah tanda sejati yang memulai iman "perempuan" (chosen people of God), dan kerana percaya, maka 'perempuan' diikat oleh perjanjian Paskah itu; mereka beribadah, pelaku atau mengerjakan Firman ataupun kata nubuatan singkapkan seringkasnya sebagai ada 'tanda di tangan.' Tuhan menyingkapkan rahasia agenda pemerintah dunia dengan memakai 'ungkapan frasa perihal tanda tersebut' bagi nama binatang: 666.  Binatang itu "menandai" semua orang supaya seolah-olah mereka beribadah kepada "monetari" (karya-duit), dan tanda itu ("nama" (handiwork) binatang) akhirnya akan "...sampai ke langit," kerana akhirnya manusia di bumi akan menista dan mengolok "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang sebenar, yaitu ibadah kepada anugerahkan Tuhan Kristus di atas kayu salib: Paskah Tuhan Yeshua. Tanpa Firman, manusia tidak akan mengerti apakah 'pekerjaan' atau 'nama' Tuhan.  Berdasarkan 'roh pengertian ini,' maka kita dapat merungkai rahasia 'nama' binatang yang keluar dari bumi! 

Note:- 

[1]  Smith, Tony. Computer Software (CD-ROM 2001 Version 1.1). Concise Oxford Dictionary. 1999, 2001. Oxford University Press. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan