Selasa, 12 Julai 2016

"...marilah kita cari 'nama,' " dalam catatan Kitab Kejadian 11:4 akan berakhir dengan '...semua bangsa menerima 'tanda' yaitu 'nama', 666 dalam Wahyu 13: 16 - 18



     Sebelum wujudnya pelbagai bangsa-bangsa dan pelbagai bahasa, nubuat mengatakan bahawa hanya ada satu bangsa sahaja, dan satu bahasa sahaja yang ada di bumi.  Ia telah dinubuatkan oleh Nabi Moshe secara 'ke-belakang!' dalam catatan Kitab Kejadian bab yang ke-11.  Pelbagai bangsa atau disebut 'zaman bangsa-bangsa' bermula apabila hukuman Tuhan turun ditumpahkan pada alkisah 'menara' Babel Kuno di Bab 11 dalam Kitab Kejadian.  Pada  saat berakhirnya zaman bangsa-bangsa, pemerintah dunia, yaitu binatang yang keluar dari bumi, dan juga pemerintah bagi setiap bangsa di setiap negara telah bersepakat untuk ‘mengiakan’ dan ‘menerima’ usul perjanjian yang dipelopori oleh penguasa nombor satu dunia, yaitu ‘binatang yang bertanduk dua’ itu. nubuat dalam Kitab Kejadian bab 11 dan juga kebenaran Yesaya 46: 10 telah lama muncul kelihatan dan jelas dapat 'dibaca' di bumi.  Maka, sepakatlah semua bangsa dari setiap negara, di seluruh muka bumi dengan berkata:

1) "Marilah kita..." menubuhkan menara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan seluruh dunia sepakat untuk 'bercakap' atau mencari karya "Peace and Security" sebagai prinsip utama penubuhannya. “Berkarya” perihal perdamaian di antara bangsa-bangsa yang ujud di dunia ini juga diungkapkan oleh frasa nubuat “damai (peace) dan aman (secure) ” (atau ‘Peace and Security’). ‘Karya Perdamaian’ di antara bangsa-bangsa di dunia ini dipimpin oleh Penguasa nombor satu dunia yaitu, “binatang yang keluar dari bumi.”  Maka, tidak hairanlah binatang yang keluar dari bumi itu juga digelar seolah-olah seperti domba!! “Ia kelihatan seperti domba” kerana ia memproklamirkan perdamaian di antara semua bangsa-bangsa di dunia ini. Perkataan ‘domba’ dikaitkan secara langsung dengan agenda perdamaian sebagaimana frasa nubuat Domba Tuhan yang berkarya sebagai Raja Perdamaian yang menghapuskan dosa-dosa dunia.



     Rasul Paulus menyingkapkan ‘revelation knowledge’ berkaitan tanda yang harus dibaca dan dimengertikan dalam membaca  kedatanganNya yang ke-dua iaitu, “3 apabila mereka mengatakan: semuanya damai dan aman ('peace and secure') tiba-tiba mereka ditimpaoleh kebinasaan, seperti seorangperempuan yang hamilditimpa oleh sakit bersalin-merekapasti tidak luput” (1 Tesalonika 5: 1-5) Ada yang ‘membaca’ zaman bahawa “aman dan damai’ yang diperkata Paulus adalah merujuk kepada zaman pemerintahan empayar Romawi dan juga pada zaman agamawi Katolik sebagai agama rasmi bagi empayar roma pada ketika  sistem pemerintahan feudalisme di benua Eropah. Namun, itu bukanlah seluruh dunia. “Peace and Security” lebih jitu jika ‘dibaca’ sebagai merujuk kepada prinsip utama ‘karya’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 CE. Maka, ia cocok untuk mengenapi frasa “3a apabila mereka mengatakan: semuanya ‘damai dan aman”..., maka Kristus akan datang untuk kali yang kedua untuk melaksanakan mission ‘namaHakim

2) "Marilah kita..." 'Membeli atau menjual" berdasar pertukaran matawang sedunia berpaksikan dollar America mengikut “tanda di dahi” yaitu karya atau  ‘nama-perjanjian” yaitu Bretton Woods Agreement 1944, Smithsonian Agreement 1971, dan Jamaica Treaty 1976.


3) "Marilah kita..." Mendirikan menara-menara Bank Dunia, IMF, dan BIS untuk menjadi pusat "membeli atau menjual," dan juga menara (bank pusat) di setiap negara (bangsa). Ia (two horned beast) telah menguasai bagaimana prestasi setiap negara dalam "menghitung" 'karya duit' (menghitung 'nama'). 



     Saya bukan membenci 'karya' penguasa dunia iaitu, Amerika, kerana ia telah dinubuatkan sedemikian, malah penduduknya adalah terdiri dari 'gandum' dan juga 'lalang.' Kita berterima kasih kepada semua usaha the United States of America yang 'kelihatan seperti domba,' namun kita juga tahu bahawa ia mempunyai tanduk politik dan tanduk "karya-duit," dan ia bercakap' seperti 'naga.' May the gods of this world would uphold justice in equity. Firman disampaikan oleh mulut-mulut Tuhan (Nabi-nabi) di dalam "Roh nubuat." Roh nubuat ialah Roh Kristus atau Roh Tujuh Lapis, maka, penyampaian Firman adalah konsisten kepada "Firman menjadi manusia.": Domba Tuhan (the Way). Justeru itu, ia juga konsisten dengan Firman Tuhan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya 46:10 " (Akulah Allah)...yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: keputusan ku akan sampai, dan segala kehendakKu akan sampai."

    Di menara Kuno, perkataan-perkataan "Marilah kita..." adalah diungkapkan sebanyak tiga (3) kali kemudiannya ia berakhir dengan pernyataan api-cemburu dan api-murka Tuhan, lalu Tuhan berkata "baiklah kita turun..." ke atas umat satu bangsa dan satu bahasa itu sehingga lahirnya banyak bahasa pertuturan dan banyak bangsa: kelahiran 'zaman' bangsa-bangsa. Namun, pada saat kini, banyaklah orang percaya merungut kepada Tuhan kerana Tuhan seolah-olah terlalu lambat dalam memberikan keadilan. Malah ramai orang percaya yang menjadi tidak percaya bahawa Tuhan itu wujud dan jika ia wujudpun, ia diragui akan memberikan 'keadilan.' Manusia yang luka ("wounded") adalah manusia yang pusat kesedarannya adalah otak, dan ia tidak diperdamaikan oleh Roh Tuhan. Manusia rohani adalah manusia yang diberi 'Jalan' perdamaian dengan Roh Tuhan. Justeru itu, ia ada Pintu dan Kunci untuk menanggapi realiti Roh Tuhan. Bila ada realiti Tuhan, maka, semua Firman Tuhan akan dapat dilihat 'Roh.' Firman tidak akan lagi sekadar cetakan huruf-huruf dakwat hitam di atas kertas! "Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna. Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup" (Yoh.6: 63).

    Kitab Wahyu 13: 18 jelas menyatakan bahawa barangsiapa yang bijaksana hendaklah pandai mengira akan “karya’ atau handiwork pemerintah dunia itu. Setiap negara adalah tertakluk kepada ilmu mengira perihal 'nama' atau 'karya' binatang yang keluar dari bumi. Semua orang mencari dan mengira ‘karya-duit’ setiap hari; setiap lapan jam sehari, malah lebih dari lapan jam, semua orang mencari ‘nama’ itu dan juga ‘mengiranama itu. Pemerintah dunia telah mengajarkan ilmu mengira perekonomiannya, dan ilmu atau bidang ‘mengira’ karya binatang itu telah melilit seluruh dunia.

   Maka, semua negara, semua bahasa dan semua suku-suku bangsa-Bangsa tak kira Raja sehinggalah kepada hamba abdi; semuanya telahpun tertakluk dan mematuhi perundangan karya-duit untuk aktiviti membeli-menjual. Kita tiada pilihan kecuali menerima dan memasuki perjanjian, malah patuh kepada semua perundangan perihal ‘membeli atau menjual,’ seolah-olah ia seperti ibadah di zaman Taurat yang diungkapkan secara simbolik sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan." Oleh kerana semua transaksi hidup sudah dijajah dengan aktiviti "membeli atau menjual," takkanlah kita kembali pula ke hutan macam monyet kerana takut akan ‘tanda’ itu.  Bayangan kemunculan "tanda, 666," ‘karya-duit’ itu kita mula pelajari dari penjajah British, dan kelak semua bangsa telah ‘menerima’ tanda itu setelah “binatang yang keluar dari bumi” membuat ajakan yang berbunyi "Marilah kita...mencari nama, 666.” Dunia sudah lama dililit oleh "tanda di dahi dan tanda di tangan." Cuma terpulanglah kepada setiap orang percaya (‘merdeka’) samada ia ('tanda') telah meresap ke dalam roh lalu merebut ibadah kita kepada ‘tanda’ sejati oleh Paskah Yeshua. Kita semua telah dipaksa untuk menerima tanda itu kerana tanpa tanda itu maka kita tidak dapat turut-serta dalam transaksi sedunia dalam urusniaga "membeli atau menjual." 


    666, 'nama binatang,' ' “Karya-Duit” atau juga dikenali sebagai ‘mammmon’ sudah lama telah merebut kedudukan Tuhan sebagai Sumber Kehidupan! Semua orang telah hanyut dengan 'karya-duit' sehingga semua bangsa telah mencari 'nam,' yaitu duit; mencari nama Tuhan semakin ditindan dan direbuti kedudukannya sebagai Sumber Kehidupan. Hampir semua bangsa menghabiskan lapan jam sehari untuk mencari ‘duit’! Oleh kerana pusat kesedaran kita tetap kekal pada otak, biarpun rohnya dilahirkan kembali, justeru itu, kita akan senantiasa sedar bahawa sumber hidup ketika masih dibaluti daging adalah sesungguhnya duit, sedangkan Paskah Yeshua ("tanda di dahi dan tanda di tangan yang sebenar") telah semakin pudar kerana ditindan oleh prioritas karya pemerintah  yaitu 'duit.'  Manusia senantiasa bimbang dan kepingin untuk memiliki  'kuasa jual-beli.’  Setiap negara juga sibuk memantau dan mengatur 'kuasa jual-beli: nilai pertukaran matawang. 'Karya-duit’  atau ‘nama binatang yang keluar dari bumi itu telah menjadi agenda utama yang bertali-arus, tidak putus-putus setiap hari di semua negara dan sedunia dalam urusniaga "membeli atau menjual," dan dia, binatang yang keluar dari bumi itu (bertanduk dua) adalah yang berkuasa ke atas semua urusniaga ‘membeli atau menjual’ itu.


     Maka, memasuki bilik untuk memegang Harta Sion amat penting bagi setiap orang percaya, kerana hanya di dalam 'kamar' hadirat Roh Tujuh Lapis, kita mendapat kekuatan untuk tetap mempunyai sukacita-percaya bahawa Paskah Kristus adalah sumber kehidupan kekal, meskipun "stress" mencari duit tetap kekal membuat kepala kita pusing, dan mengejangkan segala otot-otot jantung dan urat saraf.



Binatang yang luka parah kepalanya, dan binatang dua tanduk yang keluar dari bumi dalam Wahyu 13

    'Wahyu atau nubuatan' dan 'menafsir Wahyu atau menafsir nubuatan' adalah dua perkara berbeda namun, ia mestilah dari Roh yang sama: Roh tujuh lapis (Roh Kudus). Justeru itu, penafsiran "tanda di dahi" dan nama binatang, 666, dalam Wahyu 13 haruslah dilihat melalui Roh yang telah menganugerahkan Wahyu tersebut. Ilmu gematria atau numerologi bukanlah roh yang jitu untuk mendapatkan hikmat perihal Wahyu tersebut. Meskipun demikian, sesiapa saja diperbolehkan untuk memuaskan vakuum keinginannya, "ingin tahu," dengan pelbagai methodologi atau "exegesis," tetapi rumusan pengertian mengenai "nama" binatang, 666, pasti akan terpesong dari firman Kristus (Lukas 24: 44), jika tafsirannya didasarkan dengan ilmu gematria atau numerologi. May the Lord grant thee the descending Sevenfold Spirit, so that you would grow in wisdom, understanding and knowledge in Christ.

     Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan PATUNG untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. (Why 13:14-15)

      Di zaman dahulukala, patung adalah objek penyembahan, dan seluruh ibadah kehidupan berpusat di mana patung itu di letakkan. Namun, dalam nubuatan Why. 13: 14, dan " ia (binatang yang keluar dari bumi) menyuruh seluruh bumi untuk Mendirikan patung bagi binatang yang luka itu" adalah bahasa profetik yang merujuk kepada 'kuasa’ Amerika dalam perjanjian Bretton Woods. 'Patung' dalam Wahyu 13 merujuk kepada pusat 'karya' kuasa-kuasa besar dunia. Ia mempunyai Ibupejabat, perjanjian-perjanjian, dan undang-undang. Sebelum WW2, matawang British merupakan matawang utama Dunia, dan seluruh jajahannya adalah berpaut pada Bank of England sebagai pusat transaksi atau "patungnya" adalah terletak di Kota London. Seluruh tanah jajahannya iaitu Colonies, mandates atau protectorates adalah tertakluk kepada 'undang-undang' yang digubal oleh penjajah (colonial master), maka ketaatan kepada hukum penjajahan juga diwahyukan sebagai 'menyembah' Patung pemerintah iaitu Empayar British. Patung adalah objek ibadah, namun dalam Wahyu, 'patung' itu merujuk kepada binatang yang luka itu, dan ia adalah Monarki empayar British. Patungnya juga merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang menaklukkan semua bangsa-bangsa di tanah-tanah jajahannya seolah-olah menyuruh mereka beribadah kepada Patung (idol) menuntut peraturan atau tata cara ibadah!


     Selepas perang, banyak jajahannya mengingini untuk merdeka, justeru berarti mengurangkan kekayaan British. Namun Amerika dengan usul perjanjian Bretton Woods, telah membantu mengembalikan semula 'kuasa duit Pound sebagai matawang utama Dunia di belakang dollar. British yang bersepakat dengan Amerika untuk mendraf perjanjian Bretton Woods, telah berkata untuk mengajak seluruh dunia untuk mendirikan "patung" kuasa pemerintahan British. Maksudnya, penguasaan London dalam transaksi perdagangan Dunia, “membeli atau menjual,”  telah dihidupkan kembali atau diungkapkan "patung binatang yang luka" telah diberikuasa berbicara kembali. Dengan 'kuasa Amerika (binatang keluar dari bumi), Penguasaan London telah dihidupkan kembali, cuma ia beralih ke Bank Dunia dan juga 'kuasa veto Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

     British kembali berkuasa dalam pegangan kedua terbesar dalam syernya di Bank Dunia selepas Amerika. Pusat penyembahan "duit" yang pada mulanya di kota London telah berkuasa semula (melalui perjanjian), meskipun menaranya beralih ke menara di Bank Dunia. Manakala, kuasa politiknya hidup kembali dengan kedudukanya sebagai ahli tetap majlis keselamatan PBB atau ringkasnya negara 'kuasa Veto.' Negara bekas Imperialis yang diberi kuasa 'veto' adalah dinyatakan melalui nubuat yang berbunyi: "...diberi Kuasa untuk berbicara kembali." Kuasa ekonomi pula telah hidup kembali melalui "karya" bersama dengan Amerika, yang kemudiannya telah diterima oleh semua bangsa dan negara kerana mereka telah turut serta mengikat diri untuk menjadi ahli-ahli kepada Perjanjian-perjanjian atau ringkasnya dalam bahasa nubuat disebut “mendirikan Patung." Kepada 'kuasa' percaya kepada patung, bangsa-bangsa mengiakan penguasaannya. Pusat aktiviti dan pusat kehidupan ekonomi-moden bagi semua bangsa di dunia adalah Bank Dunia dan juga bank pusat di setiap negara bangsa-bangsa. Demikianlah, bagaimana Amerika menolong sekutunya, the United Kingdom dalam penguasaan politik, ekonomi dan militer di Dunia ini, sehingga ia dapat "berbicara kembali." Karya Amerika (binatang yang keluar dari bumi) telah menggenapi sebahagian besar daripadanya nubuat di dalam Kitab suci Wahyu 13 itu. Namun, masih ada beberapa perkara lagi yang berhubung dengan nubuatan itu yang belum digenapi, iaitu hal-hal di ‘masa hadapan’ perihal binatang yang keluar dari laut (kepala luka) yang akan menghujat yang Mahatinggi, dan akan tidak memihak kepada Firman. Malah, pemerintah itu akan menjadi ‘murtad’ (atheist) dan ia akan “diperkenankan untuk berperang ke atas orang-orang kudus selama 42 bukan atau 3.5 tahun.”

1 ulasan:


  1. Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

    Yohanes 17:3

    BalasPadam