Sebelum wujudnya pelbagai
bangsa-bangsa dan pelbagai bahasa, nubuat mengatakan bahawa hanya ada satu
bangsa sahaja, dan satu bahasa sahaja yang ada di bumi. Ia telah dinubuatkan oleh Nabi Moshe secara 'ke-belakang!' dalam catatan Kitab Kejadian bab yang ke-11. Pelbagai bangsa atau disebut 'zaman bangsa-bangsa' bermula apabila hukuman Tuhan turun ditumpahkan pada alkisah 'menara' Babel Kuno di Bab 11 dalam Kitab Kejadian. Pada saat berakhirnya zaman bangsa-bangsa,
pemerintah dunia, yaitu binatang yang keluar dari bumi, dan juga pemerintah bagi
setiap bangsa di setiap negara telah bersepakat untuk ‘mengiakan’ dan ‘menerima’
usul perjanjian yang dipelopori oleh penguasa nombor satu dunia, yaitu ‘binatang
yang bertanduk dua’ itu. nubuat dalam Kitab Kejadian
bab 11 dan juga kebenaran Yesaya 46: 10 telah
lama muncul kelihatan dan jelas dapat 'dibaca' di bumi. Maka,
sepakatlah semua bangsa dari setiap negara, di seluruh muka bumi dengan berkata:
1) "Marilah kita..."
menubuhkan menara Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, dan seluruh dunia sepakat untuk 'bercakap' atau mencari karya "Peace and Security" sebagai prinsip utama penubuhannya. “Berkarya” perihal perdamaian di antara
bangsa-bangsa yang ujud di dunia ini juga diungkapkan oleh frasa nubuat “damai (peace)
dan aman (secure) ” (atau ‘Peace and
Security’). ‘Karya Perdamaian’ di antara bangsa-bangsa di dunia ini dipimpin
oleh Penguasa nombor satu dunia yaitu, “binatang yang
keluar dari bumi.” Maka, tidak
hairanlah binatang yang keluar dari bumi itu juga digelar seolah-olah seperti
domba!! “Ia kelihatan seperti domba” kerana ia
memproklamirkan perdamaian di antara semua bangsa-bangsa di dunia ini. Perkataan
‘domba’ dikaitkan secara langsung dengan agenda
perdamaian sebagaimana frasa nubuat Domba Tuhan yang
berkarya sebagai Raja Perdamaian yang menghapuskan
dosa-dosa dunia.
Rasul Paulus menyingkapkan ‘revelation knowledge’
berkaitan tanda yang harus dibaca dan dimengertikan dalam membaca kedatanganNya yang ke-dua iaitu, “3 apabila mereka mengatakan: semuanya damai dan aman ('peace and secure') tiba-tiba
mereka ditimpaoleh kebinasaan, seperti seorangperempuan yang hamilditimpa oleh
sakit bersalin-merekapasti tidak luput” (1 Tesalonika 5: 1-5) Ada yang ‘membaca’
zaman bahawa “aman dan damai’ yang diperkata Paulus adalah merujuk kepada zaman
pemerintahan empayar Romawi dan juga pada zaman agamawi Katolik sebagai agama
rasmi bagi empayar roma pada ketika sistem
pemerintahan feudalisme di benua Eropah. Namun, itu bukanlah seluruh dunia. “Peace
and Security” lebih jitu jika ‘dibaca’ sebagai merujuk kepada prinsip utama ‘karya’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada tahun 1945 CE. Maka, ia cocok untuk mengenapi frasa “3a apabila mereka mengatakan: semuanya ‘damai
dan aman”..., maka Kristus akan datang untuk kali yang kedua untuk
melaksanakan mission ‘nama’ Hakim.
2) "Marilah kita..." 'Membeli atau menjual" berdasar pertukaran
matawang sedunia berpaksikan dollar America mengikut “tanda di dahi” yaitu karya
atau ‘nama-perjanjian” yaitu Bretton
Woods Agreement 1944, Smithsonian Agreement 1971, dan Jamaica Treaty 1976.
3) "Marilah kita..."
Mendirikan menara-menara Bank Dunia, IMF, dan BIS
untuk menjadi pusat "membeli atau menjual," dan juga menara (bank pusat) di setiap negara (bangsa). Ia (two horned beast)
telah menguasai bagaimana prestasi setiap negara dalam "menghitung"
'karya duit' (menghitung 'nama').
Saya bukan membenci 'karya' penguasa dunia iaitu, Amerika, kerana ia telah dinubuatkan sedemikian, malah penduduknya adalah terdiri dari 'gandum' dan juga 'lalang.' Kita berterima kasih kepada semua
usaha the United States of America yang 'kelihatan seperti domba,' namun kita juga tahu bahawa
ia mempunyai tanduk politik dan tanduk "karya-duit," dan ia bercakap' seperti 'naga.' May the gods of this world would uphold justice
in equity. Firman disampaikan oleh mulut-mulut Tuhan (Nabi-nabi)
di dalam "Roh nubuat." Roh nubuat ialah Roh Kristus atau Roh Tujuh Lapis, maka, penyampaian Firman adalah
konsisten kepada "Firman menjadi manusia.": Domba Tuhan (the Way).
Justeru itu, ia juga konsisten dengan Firman Tuhan yang disampaikan oleh Nabi
Yesaya 46:10 " (Akulah Allah)...yang
memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang
belum terlaksana, yang berkata: keputusan ku akan sampai, dan segala kehendakKu
akan sampai."
Di menara Kuno, perkataan-perkataan
"Marilah kita..." adalah diungkapkan sebanyak tiga (3) kali
kemudiannya ia berakhir dengan pernyataan api-cemburu dan api-murka Tuhan, lalu Tuhan berkata
"baiklah kita turun..." ke atas umat satu bangsa dan satu bahasa itu sehingga lahirnya banyak bahasa pertuturan dan banyak bangsa: kelahiran 'zaman' bangsa-bangsa. Namun, pada saat kini, banyaklah orang percaya merungut kepada Tuhan kerana Tuhan seolah-olah terlalu lambat dalam memberikan keadilan. Malah ramai orang percaya yang menjadi tidak percaya bahawa Tuhan itu wujud dan jika ia wujudpun, ia diragui akan memberikan 'keadilan.' Manusia yang luka ("wounded")
adalah manusia yang pusat kesedarannya adalah otak, dan ia tidak diperdamaikan
oleh Roh Tuhan. Manusia rohani adalah
manusia yang diberi 'Jalan' perdamaian dengan Roh Tuhan. Justeru itu, ia ada
Pintu dan Kunci untuk menanggapi realiti Roh Tuhan. Bila ada realiti Tuhan,
maka, semua Firman Tuhan akan dapat dilihat 'Roh.' Firman tidak akan lagi sekadar
cetakan huruf-huruf dakwat hitam di atas kertas! "Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna. Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup" (Yoh.6: 63).
Kitab Wahyu 13: 18 jelas menyatakan
bahawa barangsiapa yang bijaksana hendaklah
pandai mengira akan “karya’ atau handiwork pemerintah
dunia itu. Setiap negara adalah
tertakluk kepada ilmu mengira perihal 'nama' atau 'karya' binatang yang keluar
dari bumi. Semua orang mencari dan mengira ‘karya-duit’ setiap hari; setiap
lapan jam sehari, malah lebih dari lapan jam, semua orang mencari ‘nama’ itu dan
juga ‘mengira’ nama itu. Pemerintah dunia telah mengajarkan ilmu mengira
perekonomiannya, dan ilmu atau bidang ‘mengira’ karya binatang itu telah melilit
seluruh dunia.
Maka, semua negara, semua bahasa dan
semua suku-suku bangsa-Bangsa tak kira Raja sehinggalah kepada hamba abdi;
semuanya telahpun tertakluk dan mematuhi perundangan karya-duit untuk aktiviti membeli-menjual. Kita tiada pilihan kecuali menerima dan memasuki perjanjian, malah patuh kepada semua perundangan perihal ‘membeli atau menjual,’ seolah-olah ia seperti ibadah di
zaman Taurat yang diungkapkan secara simbolik sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan." Oleh kerana
semua transaksi hidup sudah dijajah dengan aktiviti "membeli atau
menjual," takkanlah kita kembali pula ke hutan macam monyet kerana takut akan
‘tanda’ itu. Bayangan kemunculan "tanda,
666," ‘karya-duit’ itu kita mula pelajari dari penjajah British, dan kelak
semua bangsa telah ‘menerima’ tanda itu setelah “binatang
yang keluar dari bumi” membuat ajakan yang berbunyi "Marilah kita...mencari nama, 666.” Dunia sudah lama dililit
oleh "tanda di dahi dan tanda di tangan."
Cuma terpulanglah kepada setiap orang percaya (‘merdeka’) samada ia ('tanda')
telah meresap ke dalam roh lalu merebut ibadah kita kepada ‘tanda’ sejati oleh
Paskah Yeshua. Kita semua telah dipaksa untuk menerima tanda itu kerana tanpa
tanda itu maka kita tidak dapat turut-serta dalam transaksi sedunia dalam
urusniaga "membeli atau menjual."
666, 'nama binatang,' ' “Karya-Duit” atau juga dikenali sebagai ‘mammmon’ sudah lama telah merebut kedudukan Tuhan sebagai Sumber Kehidupan! Semua orang telah hanyut
dengan 'karya-duit' sehingga semua bangsa telah mencari 'nam,' yaitu duit; mencari nama Tuhan semakin
ditindan dan direbuti kedudukannya sebagai Sumber Kehidupan. Hampir semua bangsa menghabiskan lapan jam sehari untuk mencari ‘duit’!
Oleh kerana pusat kesedaran kita tetap kekal pada otak, biarpun rohnya dilahirkan
kembali, justeru itu, kita akan senantiasa sedar bahawa sumber hidup ketika
masih dibaluti daging adalah sesungguhnya duit, sedangkan Paskah Yeshua ("tanda di dahi dan
tanda di tangan yang sebenar") telah semakin pudar kerana ditindan oleh prioritas karya pemerintah yaitu 'duit.' Manusia
senantiasa bimbang dan kepingin untuk memiliki 'kuasa jual-beli.’ Setiap negara juga sibuk memantau dan mengatur
'kuasa jual-beli: nilai pertukaran matawang. 'Karya-duit’ atau ‘nama binatang yang keluar dari bumi itu telah
menjadi agenda utama yang bertali-arus, tidak putus-putus setiap hari di semua
negara dan sedunia dalam urusniaga "membeli atau menjual," dan dia,
binatang yang keluar dari bumi itu (bertanduk dua) adalah yang berkuasa ke atas
semua urusniaga ‘membeli atau menjual’ itu.
Maka, memasuki bilik untuk memegang Harta
Sion amat penting bagi setiap orang percaya, kerana hanya di dalam 'kamar'
hadirat Roh Tujuh Lapis, kita mendapat kekuatan untuk tetap mempunyai
sukacita-percaya bahawa Paskah Kristus adalah sumber kehidupan kekal, meskipun
"stress" mencari duit tetap
kekal membuat kepala kita pusing, dan mengejangkan segala otot-otot jantung dan
urat saraf.
Binatang
yang luka parah kepalanya, dan binatang dua tanduk yang keluar dari bumi dalam Wahyu 13
'Wahyu atau
nubuatan' dan 'menafsir Wahyu atau menafsir nubuatan' adalah dua perkara berbeda namun,
ia mestilah dari Roh yang sama: Roh tujuh lapis (Roh Kudus). Justeru itu,
penafsiran "tanda di dahi" dan nama binatang, 666, dalam Wahyu 13 haruslah
dilihat melalui Roh yang telah menganugerahkan Wahyu tersebut. Ilmu gematria atau
numerologi bukanlah roh yang jitu untuk mendapatkan hikmat perihal Wahyu
tersebut. Meskipun demikian, sesiapa saja diperbolehkan untuk memuaskan vakuum keinginannya, "ingin
tahu," dengan pelbagai methodologi
atau "exegesis," tetapi rumusan pengertian mengenai "nama"
binatang, 666, pasti akan terpesong dari firman Kristus (Lukas 24: 44), jika
tafsirannya didasarkan dengan ilmu gematria
atau numerologi. May the Lord grant thee the descending Sevenfold Spirit, so that you
would grow in wisdom, understanding and knowledge in Christ.
Ia
menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan
kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka
yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan PATUNG untuk menghormati binatang
yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan
kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung
binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang,
yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. (Why 13:14-15)
Di zaman dahulukala, patung adalah
objek penyembahan, dan seluruh ibadah kehidupan berpusat di mana patung itu di
letakkan. Namun, dalam nubuatan Why. 13: 14, dan " ia (binatang yang keluar dari bumi) menyuruh seluruh bumi untuk
Mendirikan patung bagi binatang yang luka itu" adalah bahasa
profetik yang merujuk kepada 'kuasa’ Amerika dalam perjanjian Bretton Woods. 'Patung' dalam Wahyu 13 merujuk kepada pusat 'karya' kuasa-kuasa besar dunia. Ia mempunyai Ibupejabat, perjanjian-perjanjian, dan undang-undang. Sebelum WW2, matawang British merupakan matawang utama Dunia, dan
seluruh jajahannya adalah berpaut pada Bank of England sebagai pusat transaksi
atau "patungnya" adalah
terletak di Kota London. Seluruh tanah jajahannya iaitu Colonies, mandates atau protectorates adalah tertakluk kepada
'undang-undang' yang digubal oleh penjajah (colonial master), maka ketaatan
kepada hukum penjajahan juga diwahyukan sebagai 'menyembah'
Patung pemerintah iaitu Empayar British. Patung adalah objek ibadah,
namun dalam Wahyu, 'patung' itu
merujuk kepada binatang
yang luka itu, dan ia adalah Monarki
empayar British. Patungnya juga merujuk kepada peraturan atau
undang-undang yang menaklukkan semua bangsa-bangsa di tanah-tanah jajahannya seolah-olah
menyuruh mereka beribadah kepada Patung (idol)
menuntut peraturan atau tata cara ibadah!
Selepas perang, banyak jajahannya
mengingini untuk merdeka, justeru berarti mengurangkan kekayaan British. Namun
Amerika dengan usul perjanjian Bretton Woods, telah membantu mengembalikan semula
'kuasa duit Pound sebagai matawang utama Dunia di belakang dollar. British yang
bersepakat dengan Amerika untuk mendraf perjanjian Bretton Woods, telah berkata
untuk mengajak seluruh dunia untuk mendirikan "patung" kuasa
pemerintahan British. Maksudnya, penguasaan London
dalam transaksi perdagangan Dunia, “membeli atau menjual,” telah dihidupkan kembali atau
diungkapkan "patung binatang yang luka"
telah diberikuasa berbicara kembali. Dengan
'kuasa Amerika (binatang keluar dari bumi), Penguasaan London telah dihidupkan
kembali, cuma ia beralih ke Bank Dunia dan juga 'kuasa veto Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
British kembali berkuasa dalam
pegangan kedua terbesar dalam syernya di Bank Dunia selepas Amerika. Pusat
penyembahan "duit" yang pada mulanya di kota London telah berkuasa
semula (melalui perjanjian), meskipun menaranya beralih ke menara di Bank
Dunia. Manakala, kuasa politiknya hidup kembali dengan kedudukanya sebagai
ahli tetap majlis keselamatan PBB atau ringkasnya negara 'kuasa Veto.' Negara bekas Imperialis yang diberi kuasa 'veto' adalah dinyatakan melalui nubuat yang berbunyi: "...diberi Kuasa untuk berbicara kembali." Kuasa ekonomi
pula telah hidup kembali melalui "karya" bersama dengan Amerika,
yang kemudiannya telah diterima oleh semua bangsa dan negara kerana
mereka telah turut serta mengikat diri untuk menjadi ahli-ahli kepada Perjanjian-perjanjian atau ringkasnya dalam bahasa nubuat disebut “mendirikan Patung." Kepada 'kuasa' percaya kepada patung, bangsa-bangsa mengiakan penguasaannya. Pusat aktiviti dan pusat kehidupan
ekonomi-moden bagi semua bangsa di dunia adalah Bank Dunia dan juga bank pusat
di setiap negara bangsa-bangsa. Demikianlah, bagaimana Amerika menolong sekutunya, the
United Kingdom dalam penguasaan politik, ekonomi dan militer di Dunia ini, sehingga ia dapat "berbicara kembali." Karya Amerika (binatang yang keluar dari bumi) telah menggenapi sebahagian
besar daripadanya nubuat di dalam Kitab suci Wahyu 13 itu. Namun, masih ada beberapa perkara lagi yang berhubung dengan nubuatan itu yang belum digenapi, iaitu hal-hal di ‘masa hadapan’ perihal binatang yang keluar dari laut (kepala
luka) yang akan menghujat yang Mahatinggi, dan akan tidak memihak kepada Firman.
Malah, pemerintah itu akan menjadi ‘murtad’ (atheist) dan ia akan “diperkenankan untuk berperang ke atas orang-orang kudus
selama 42 bukan atau 3.5 tahun.”
1 ulasan:
Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.
Yohanes 17:3
Catat Ulasan