Khamis, 31 Disember 2015

"Keputusan Rahasia Allah" (Wahyu 10: 7) ...Siri 3

By Jonas Mannaseh


Pada asalnya, manusia itu dicipta oleh Roh Tuhan sebagai manusia suci yang mempunyai kehendak  bebas, dan juga ‘ketentuan’ roh manusia (design) yang harus bergantung kepada Pohon  Kehidupan.  Si ular tua datang dengan tipu muslihatnya, dan menjerumuskan manusia itu kepada perseteruan dengan Roh Penciptanya.  Tuhan kemudiannya memberikan nubuatan Ilahi yang menjelaskan hubungan ‘perempuan’ dan ular tua itu. “ Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.” (Kejadian 3: 15)
Eve atau ‘Perempuan’ adalah kata-nama nubuatan yang mewakili umat Tuhan.  Nuh mewarisi ‘jalan’ perdamaian dengan YHVH, sebagaimana yang dinyatakan oleh praktik ritus ‘perdamaian’ purbakala yang menjadi amal-ibadah oleh anak-anak ‘Perempuan’ itu dalam Kejadian 4.  Namun, dalam Kitab Kejadian 11, keturunan yang lahir dari keluarga Nuh telah menjadi satu bangsa yang meninggalkan ‘jalan’ kerana mereka mencari ‘nama’ untuk manusia sendiri.  Mereka telah bersepakat sebagai satu bangsa yang mencari ‘nama’ mereka sendiri; mereka telah menjadi umat manusia yang tidak mengenali Tuhan.  Nama Tuhan adalah karya Tuhan, iaitu Firman Allah.  Mereka berkata “marilah kita membuat batu-bata...’; “marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit...”; dan “marilah kita mencari nama...  Maksudnya, mereka tidak percaya kepada Firman Allah kerana mereka mencari nama bagi diri mereka sendiri. Pekerjaan membuat batu-bata, mendirikan kota, menara, dan mencari nama itu, sebenarnya cuma memperlihatkan bagaimana manusia yang luka hidup di bumi milik dan ciptaan Tuhan.    Masalah bagi pekerjaan atau nama manusia itu ialah simbolik ungkapan 'batu-bata' yang menghambakan umat manusia.  Menara itu pula menyingkapkan perihal ketiadaan 'kerajaan Allah' kerana 'menara' itu merebut 'penyembahan'  kepada Tuhan; ia menjelaskan bahawa “puncaknya sampai ke langit” adalah ungkapan nubuatan yang berarti umat manusia ingin menjadi tuhan-tuhan bagi dirinya sendiri.  Dan 'nama' yang mereka cari itu adalah karya daging semata-mata; 'karya' itu menghambakan semua bangsa di bumi. Karya Tuhan adalah Firman Allah, dan tiada seorangpun yang mencari nama Tuhan di zaman menara babel.  Tuhan membuat putusan ke atas binatang dan umat manusia di zaman menara babel itu dengan firman yang berbunyi “baiklah kita turun...
Dari menara babel itu, maka, lahirlah pelbagai bangsa-bangsa yang mempunyai pelbagai bahasa pertuturan; ia disebut sebagai zaman bangsa-bangsa.  Penghakiman dan penghukuman Tuhan ke atas menara Babel adalah titik permulaan zaman bangsa-bangsa.  Zaman bangsa-bangsa juga akan diakhiri dengan penghakiman dan penghukuman  oleh Kristus yang 'turun' ke bumi, sebagaimana ia bermula di menara Babel, iaitu apabila yang “telah ada, dan sudah tiada, dan akan muncul lagi” (Why. 17:8) itu akan dinyatakan sebagai sebahagian daripada agenda “hal-hal yang ajaib akan berakhir”(Daniel 12: 6).  Bangsa-bangsa bermula di menara Babel, maka pengakhirannya juga akan menyatakan manifestasi 'menara,' sebagai tanda nubuatan yang pasti mengundang 'penghakiman' sesuai dengan wahyu-pengetahuan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.  
Maka, kata-nama nubuatan ‘perempuan’ yang dinubuatkan Tuhan dalam Kejadian 3: 15 telah lesap pada zaman menara Babel kuno. Kelak, Tuhan telah menemukan Abram, dan kemudiannya Abraham mempunyai keturunan yang dinamakan Ishak. Dari Ishak, maka lahirlah Esau dan Yakub.   Nama Yakub kemudiannya dianugerahkan karya Sorga dengan membuat perutusan nama kepada Yakub sebagai Israel. Demikianlah Yakub menjadi titik permulaan bagi Tuhan untuk menjadikan keturunannya sebagai milik atau bangsa pilihanNya: 'perempuan.'  Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh nama Tuhan.  Yakub berkata dalam ayat ke-26Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.”
Isra” adalah “umat milik kepada,” sedangkan “El” berarti Tuhan.  Maka, Israel juga bermaksud “umat milik Tuhan” atau bangsa pilihan Tuhan.  Dari pelbagai bangsa yang lahir di menara Babel, hanya bangsa Israel sahaja yang telah menjadi milik Tuhan.  Dari ke-12 anak-anak Yakub muncullah kedua belas suku-kaum bangsa Israel.  Bangsa inilah yang mewarisi kata-nama nubuatan dalam Kejadian 3: 15 iaitu “perempuan.”  Perempuan” dalam Kejadian 3: 15 itu adalah kata-nama nubuatan yang mewakili umat pilihan dan milik Tuhan. Nama Israel itu berarti umat milik Tuhan (Mzm. 105: 23-25; Mzm. 105: 6; Mzm. 78: 71 dan Mazmur 135: 4).  Ia adalah pewaris kepada nubuatan Ilahi dalam Kejadian 3: 15.  Eve adalah ‘perempuan’ yang percaya kepada Tuhan, namun ia adalah manusia yang luka. Kelak, apabila mereka di usir ke bumi, Adam dan ‘perempuan’ itu telah diberikan oleh Tuhan ‘jalan’ perdamaian yang kita ketahui sebagai ritus-ritus perdamaian purbakala (ritus penebusan), atau seringkasnya sebagai ‘jalan’ menyelesaikan dosa. 
    Selepas tempoh 430 tahun lamanya di Mesir ,iaitu 400 tahun dalam penghambaan dan hanya 30 tahun sahaja mengecapi tempoh bebas iaitu ketika pemerintahan Yusuf, Israel telah diperdamaikan semula dengan Tuhan YHVH di  Mesir melalui Paskah Tuhan. Paskah Tuhan itu adalah titik permulaan bagi Israel untuk memulai kehidupan sebagai “harta kesayanganNya sendiri dari antara segala bangsa, sebab Tuhanlah yang empunya seluruh bumi, (dan) Israel akan menjadi bagiNya kerajaan imam dan bangsa yang kudus...” (Keluaran 19: 5b -6).
    Pada era yang sama, ular tua itu sebenarnya telah memberikan kekuatan melalui karyanya kepada Firaun selama 400 tahun untuk menghambakan bangsa pilihan Tuhan itu.  Maka, hakikatnya, si ular tua tahu perihal rencana Tuhan, biarpun tidaklah dia mengetahui semuanya. Ia masih mempunyai pengetahuan yang melebihi semua manusia di bumi perihal rencana-rencana Tuhan.  Namun,  Tuhan itu berdaulat di atas segala sesuatu, maka sudah tentu keturunan ular tua itu, iaitu binatang-binatang, juga adalah tertakluk  dan tunduk kepada kekuasaan dan kedaulatan Bapa segala Roh.
    Kitab Wahyu ditulis oleh Santo Yohanes kerana Roh Tuhan mengarahkannya untuk menulis penglihatan-pebglihatan yang diberikan oleh Tuhan perihal “Hari Tuhan.”  Hari Tuhan itu adalah merujuk kepada ‘pengakhiran’ Penghakiman danPenghukuman  ke atas semua bangsa-bangsa di dunia.  Bangsa-bangsa muncul kerana  penghakiman dan penghukuman  Tuhan ke atas menara Babel dalam Kejadian 11: 1-9, maka pengakhiran bagi zaman bangsa-bangsa itu juga akan melalui ‘penghakiman dan penghukuman,’ sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Wahyu. Dan ia didahului dengan kemunculan kembali ‘menara’ Babel di bumi!  Hal ini bersesuaian dengan makrifat Ilahi yang disampaikan oleh nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.  
Meterai pertama hingga meterai ke-lima adalah siksaan-siksaan yang akan di alami oleh umat manusia di bumi yang ‘dilihat’ bermula dari munculnya zaman bangsa-bangsa sehinggalah kepada tempoh masa pemberitaan langit dalam Wahyu 6: 12-13.  Meterai pertama adalah lebih jitu, jika ‘dilihat’ sebagai bermula dari ‘hari Pentakosta’ kerana itulah hari bermulanya ‘nama’ Roh Kudus berkarya kepada semua bangsa di dunia.  Nama Allah Bapa, nama Yesus Kristus dan nama Roh Kudus adalah 'satu' Roh.  Kristus berfirman “dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan  dosa, kebenaran dan penghakiman;..akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum” (Yohanes 16: 8-11).
Meterai ke-enam adalah termasuk sebagai siksaan Tuhan ke atas umat manusia, namun ‘meterai ini’ juga berbicara sebagai ‘pemberitaan langit;'  Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya; (Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19:13).  “Pekerjaan tanganNya samalah ertinya jika diungkapkan sebagai “namaNya.” Maka, ‘pekerjaan tanganNya’ adalah bermaksud ‘nama’ Tuhan. Nama “Domba Tuhan” berarti pekerjaan tangan kanan Allah Bapa yang “menghapuskan dosa-dosa dunia;” maka, Yesus Kristus duduk disebelah tangan kanan Allah Bapa. Apabila Kristus kembali ke bumi, karya (handiwork) Kristus adalah menghakimi dan menghukum.  NamaNya adalah sebagai ‘Hakim’ yang berarti pekerjaan Kristus dalam menyempurnakan menghakimi dan menghukum semua bangsa-bangsa di dunia ini. 
Meterai ke-enam dalam Wahyu 6: 12-13 itu adalah bersamaan dengan Matius 24: 29.  Ia juga bersamaan dengan Zakharia 14: 6-7.  Ia juga bersamaan dengan Yoel 2: 31 yang dipetik oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2: 20 berbunyi “Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu (yang hebat dan dahsyat itu).” Kesemua petikan dari nabi-nabi Tuhan itu mengungkapkan perihal yang sama, iaitu “pemberitaan” cakralawala atau pemberitaan langit” tentang ‘sebelum kedatangan Kristus.  Ini bersesuaian dengan pemberitaan nabi Amos “sungguh, Tuhan Allah tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusanNya kepada hamba-hambaNya, para nabi” (Amos 3: 7). Maka, Namanya sebagai Hakim akan diberitakan terlebih dahulu, sebelum hari ia turun ke bumi.
Meskipun, nama Kristus sebagai Domba Tuhan sudahpun diberitakan oleh Taurat, nubuatan nabi-nabi dan oleh Kitab Mazmur (Lukas 24: 44), namun ‘langit’ tidaklah terkecuali dari memberitakan kelahiran Domba Tuhan itu (Mesias).  Dan, Nabi Yohanes Pembaptis telah mengumumkan karya Domba Tuhan pada waktu Yesus dibaptis di sungai Yordan (Yohanes 1: 29-34), selang 3 (tiga) tahun sebelum ia mati sebagai korban penebus dosa yang sempurna di atas Kayu Salib.  Meskipun, Kristus adalah Hakim dari alpa dan omega, namun pada Meterai ke-enam, atau Matius   24: 29, ‘langit’ akan memberitakan ‘nama’ Kristus yang akan turun kelak sebagai ‘Hakim.’
Disepanjang zaman bangsa-bangsa, ‘Israel’ yang dinubuatkan sebagai perempuan akan melalui suatu permusuhan dengan keturunan ular tua iaitu pemerintah bangsa-bangsa. Israel mula diperdamaikan dengan YHVH di Mesir melalui Paskah Tuhan, dan binatang yang bermusuhan dengannya adalah Empayar Mesir  ataupun keturunan rajanya iaitu Firaun. Setelah melalui 391 tahun dalam zaman kerajaan teokrasi Imamat, dan selama 511 zaman raja-raja Yehuda, Israel yang degil telah menjadi pelacur (Yeh. 16; 22; 23) kerana ia meninggalkan perkahwinan dengan YHVH.  Israel  telah memasuki era Diaspora ataupun tempoh masa ia diserakkan ke seluruh bumi.  Pada masa kini, ia sedang menuju ke era pergabungan perempuan umat Perjanjian Lama  dan Umat Perjanjian Baru secara sekular dan tinggal di tanah suci. walaupun ia bersifat sekular, namun, ia menggenapi ‘jemputan’ Tuhan dalam Yehezekiel 37: 16-28.  Namun, hal itu belumlah digenapi  dengan sepenuhnya kerana tulang-tulang kering (seluruh kaum Israel) telah hanya hidup bagi mereka yang percaya kepada Kristus sebagai ‘Jalan,’ akan tetapi ia ‘masih kering dan mati’ bagi mereka dari penganut Perjanjian Lama. 
Kedua-belas suku kaum Israel akan hanya benar-benar bersatu jadi satu, hanya apabila Kristus kembali turun ke bumi, dan menganugerahkan “meterai Allah yang hidup” (Wahyu.7:4)  kepada ke-dua belas suku kaum Israel dalam Wahyu 7: 1-8.  Jumlah kesemua suku-kaum Israel  yang menjadi asas kepada pemulihan itu adalah dinubuatkan seramai 144,000 kesemuanya: 12,000 dari setiap suku kaum dimeterai oleh malaikat dengan ‘meterai Allah yang hidup.’  Meterai itu akan menghidupkan bani Israel; “11a...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum Israel.” (Yehezekiel 37: 1-14).  Meterai itu juga akan dianugerahkan kepada semua bangsa-bangsa yang tertulis nama mereka dalam buku kehidupan, supaya mereka menerima anugerah “saving justice’ apabila Kristus melaksanakan karya Hakim. Meterai itu diberikan kepada semua bangsa-bangsa (“anak-anak”) yang diperdamaikan, percaya, dan menyeru nama Kristus (Wahyu 7: 4 dan 1 Korintus 15: 50-54; Yoel 2: 32). Meterai itu bukanlah jaminan bahawa daging tubuh badan tidak akan mati, namun ia lebih kepada anugerah roh yang memungkinkah kebangkitan kepada kehidupan yang kekal di Sorga seperti dua nabi dalam Why.11, kerana daging tubuh badan mereka bisa mati, namun selepas tiga hari, roh mereka naik ke Sorga.
Setiap orang  percaya yang akan masih hidup dalam era post-kedatangan Kristus haruslah “memegang harta Sion,” kerana harta sejati itulah yang akan memberikan keluputan kepada semua orang percaya melalui masa-masa kesukaran besar.  Kesukaran siksaan-siksaan itu merujuk kepada Meterai ketujuh sehinggalah kepada Cawan murka Tuhan yang ketujuh. Job yang disahkan oleh Tuhan sebagai hambaNya yang benarpun harus melalui ‘kesukaran’ siksaan-siksaan yang disebabkan oleh Iblis, tetapi  direlakan pula oleh Tuhan, supaya diakhir siksaan-siksaan itu Job berkata “hanya dari kata orang saja aku mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang Engkau.”  Job lulus melalui api-api yang disemburkan oleh Iblis.  Ia keluar cemerlang bagai emas putih.     
Penghakiman dan penghukuman bangsa-bangsa bukan sahaja akan membakar ‘lalang’ atau ‘binatang-binatang,’ namun siksaan murka-murka  yang ditumpahkan oleh Tuhan juga akan menguji setiap ‘gandum’ yang masih hidup, entah mereka akan menang atau mati (maksudnya ‘roh’).   Kemenangan adalah bergantung kepada apa yang diberikan kepada setiap orang percaya.  Apa yang diberikan oleh Tuhan ? Setiap orang percaya dianugerah roh tujuh lapis dan roh tujuh lapis itu adalah harta Sion.  Nabi Yesaya menasihati umat Tuhan supaya “20...masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, Tuhan mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.(Yesaya 26: 20-21).
Perjuangan untuk berkemenangan melalui murka-murka Tuhan pada era penghakiman dan penghukuman adalah diperjuangkan, bermula dengan urusan “memasuki kamar.”  Kerana di ‘dikamar’ itulah orang-orang percaya dapat memegang harta Sion, iaitu ‘roh doa:’ roh tujuh lapis—hadirat Roh Kudus. Namun, itulah yang tidak diminati atau di sukai oleh kebanyakkan orang percaya.  Orang percaya itu memang pusat kesedarannya masih pada otaknya, maka kadang-kadang, jika Tuhan mengkehendakinya, mereka akan menanggapi realiti Roh Tuhan pada ketika mereka sedang berdoa ataupun pada waktu mereka sedang tidur. Memasuki ‘kamar’ memang urusan yang sukar, namun ia tidaklah mustahil kerana Tuhan telah memberi Jalan, Pintu, dan Kunci. Justeru itu, memegang ‘harta sion’ adalah suatu urusan yang perlu disepanjang penghakiman dan penghukuman Tuhan sehinggalah kepada api Tuhan yang terakhir iaitu cawan murka ketujuh.  Urusan masuk ‘kamar’ adalah suatu pernyataan hubungan ‘ranting dan Pokok,’ dan ia menuntut ‘suci hati (roh),’ ataupun ‘sempurna seperti Bapa di Sorga.’ (Matius 5: 8, 48, dan Matius 6: 6). Tuhan itu Roh.

Apakah maksud frasa “keputusan rahasia Allah,” dan bilakah agaknya ia akan dilaksanakan?

Wahyu 10: 7 “Tetapi pada waktu bunyi sangkakala yang ketujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalanya,maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah ia beritakan kepada hamba-hambaNya, iaitu para nabi.”   Apakah keputusan rahasia Allah itu ?  Semua orang percaya akan berkata bahawa rahasia Allah itu adalah Kristus.  Rahasia Allah Bapa adalah peribadi nama Kristus.  Dan, jawapan tersebut tadi itu memang benar.  Frasa “keputusan rahasia Allah” adalah seringkasnya merujuk kepada “keputusan-keputusan Kristus” mengenai dengan Israel (Perempuan), “anak-anak” (bangsa-bangsa yang percaya firman), binatang-binatang dan juga semua ‘lalang.’  Keperincian perihal ‘keputusan-keputusan’ Hakim (Kristus) adalah dinyatakan seterusnya dalam bab 11 sehinggalah kepada bab 22 dalam Kitab Wahyu.  Dalam bab-bab Kitab Wahyu dari 11-hingga 22, pemerintah-pemerintah dunia diungkapkan sebagai binatang-binatang, penyampaian nubuatan biasanya dimulai dengan asal-usul binatang dan permusuhannya dengan ‘perempuan’ (bangsa pilihan Tuhan) diungkitkan dan dinyatakan dengan beberapa ‘petunjuk-petunjuk’ yang membolehkan pembaca zaman dapat mengenalpasti di mana ‘jarum jam berdetik’ atau di mana ia akan digenapi, dan bagaimana pengakhirannya apabila dihakimi oleh tangan Hakim. 
Kesemua nubuatan-nubuatan yang dicatatkan oleh Santo Yohanes dalam Kitab Wahyu mestilah dilihat dan dibaca sebagai mesej masa depan yang senantiasa terpaut dengan ‘hari Tuhan.’  Ia adalah perihal penghakiman dan penghukuman kepada bangsa-bangsa yang lahir di menara Babel kuno.  Ia juga diakhiri dengan penghakiman dan penghukuman ke atas bangsa-bangsa yang telah mendirikan semula ‘menara’ yang dicemburui dengan dahsyatnya oleh api cemburu Tuhan.  Api cemburuNya adalah kasih dan kuasanya yang meluap-luap sebagai sumber hidup yang maha-suci kepada bumi ini.  Ia mahakasih dan itu tidak berubah, namun kasihNya itu menjadi masalah besar kepada manusia yang ingin menjadi tuhan kepada dirinya sendiri kerana kasihNya itu suci dan menghanguskan.
Bilakah ia akan dilaksanakan?
Frasa-nubuatan,“Keputusan rahasia Allah”itu samalah artinya dengan frasa “keputusan Kristus (sebagai Hakim),” ke atas semua bangsa-bangsa yang ada di bumi ini.  Keputusan penghakiman Kristus akan merangkumi keputusan-keputusan Ilahi ke atas ‘perempuan’ iaitu bani Israel, dan keputusannya ke atas lalang dan gandum dari semua bangsa yang ada di dunia ini, dan juga penghukuman ke atas ular tua dan 'binatang-binatang (pemerintah-pemerintah dunia).' !  Nabi Daniel adalah salah seorang para nabi perjanjian lama yang dianugerahkan oleh Tuhan perihal nubuatan dan pengakhiran ‘binatang-binatang’ pemerintah bangsa-bangsa yang muncul dari ‘laut’ (bangsa-bangsa).  Nubuatan-nubuatan akhir zaman yang ditulis oleh nabi Daniel telah dimeteraikan sehinggalah sampai ‘akhir zaman,’ dan tulisannya dalam Kitab itu akan menjadi bahan yang diselidiki oleh banyak orang; “banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah.” (Daniel 12: 4).
Jawab Yesus dalam Matius 13: 11, “kepadamu diberikan karunia (roh tujuh lapis) untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.”  Firman Yesus ini merupakan adalah asas untuk menyingkapkan rahasia-rahasia yang terkandung dalam nubuatan-nubuatan para nabi, supaya orang-orang percaya akan mendapat pengertian, hikmat dan pengetahuan. Demikianlah bagaimana kita akan melihat Kitab Daniel.  
Dalam ayat 6, Bab 12, Kitab Daniel: “dan seorang bertanya kepada yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu: ‘Bilakah hal-hal yang ajaib ini akan berakhir? “7 lalu kudengar orang yang berpakaian kain lenan, yang ada disebelah atas air sungai itu bersumpah demi Dia yang hidup kekal, sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit: “satu masa, duamasa, dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal akan digenapi!”
Ringkasnya, frasa “satu masa, dua masa, dan setengah masa” adalah ritma-puisi yang menyingkapkan ‘jam berdetik’ bagi  masa penghakiman dan penghukuman’ oleh Hakim (Kristus), ke atas semua bangsa-bangsa yang ada di dunia.  Bangsa-bangsa yang ada di dunia ini lahir di menara Babel Kuno, dan pengakhiran bangsa-bangsa juga akan diakhiri apabila terdirinya suatu menara yang bergema menghanyutkan semua umat manusia kearah ‘nama’ manusia yang meniadakan nama Tuhan.  Dengan nama manusia itu, 666, binatang-binatang telah menjadi tuhan-tuhan di bumi ini, dan semua umat manusia pula telah menjadi penyembah-penyembah kepada nama yang hanya menjanjikan kekayaan daging yang sementara.  Nama manusia itu semakin lama semakin kuat mencengkam-meresapi sehingga roh manusia itu sendiri, sehingga pudarnya nama Kristus Kristus.  Binatang yang bertanduk dua, atau binatang yang keluar dari bumi itu, dan binatang yang luka parah kepalanya dari rumpun binatang yang keluar dari laut adalah pemerintah dunia yang telah mengusulkan kepada dunia akan pengwujudan menara Babel akhir zaman itu. 

Melalui menara Babel moden itu, umat manusia telah bersatu kembali menjadi satu dalam ‘nama,’ atau ‘karya’ yang mengundang amarah dan cemburu Tuhan yang menghanguskan. Ia bermula dengan pemberitaan Langit dalam Matius 24: 29; Wahyu 6: 12-13; Yoel 2: 31-32; dan Zakharia 14: 6-7.  Semua petikan-petikan firman tersebut di atas, adalah nubuatan-nubuatan yang secara khusus mengungkapkan pemberitaan ‘Nama’ Kristus sebagai Hakim.  Maka, “satu masa, dua masa dan setengah masa akan berlangsung dari Meterai ke-enam (Wahyu 6: 12-13) sehinggalah kepada cawan murka Tuhan yang ke-tujuh (yang terakhir) iaitu Wahyu 16: 17-21.

Penulis melihat dan berpendapat bahawa, “satu masa, dua masa dan setengah masa,” adalah seringkasnya dapat diterjemahkan kepada angka kiraan tempoh-masa yang bersamaan dengan: “7 tahun, 49 tahun, dan 3.5 tahun (semuanya dalam kiraan tahun calendar bulan). Maka, tempoh-masa penghakiman dan penghukuman ke atas semua bangsa-bangsa di bumi oleh Hakim (Kristus) akan mengambil masa selama 59.5 tahun atau bersamaan dengan 58.903235 tahun calendar matahari.  Bermula dari Wahyu 6: 12-13 sehingga Wahyu 16: 17-21, ia mengambil masa selama lebih kurang 58.9032335 tahun atau 58 tahun 329 hari. "Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan, barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting disini ialah ketabahan dan iman orang-orang Kudus." (Wahyu 13: 10).

    Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh namaTuhan.  Yakub berkata dalam ayat ke-26 Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.”  Nabi Yesaya bernubuat dalam Yes. 46: 10 bahawa "..he made known the end from the beginning;" Permulaan 'Israel' adalah Yakub yang sesak nafas keseorangan di malam' hari ketika dalam perjalananan menemui abangnya Esau yang mempunyai ramai pengikut. Esau atau Edom mewakili kata nubuat yang merujuk kepada semua bangsa-bangsa di dunia (gentiles). Di akhir zaman bangsa-bangsa, sekali lagi Israel akan keseorangan dan sesak nafas kerana 'edomites' telah se-ia sekata memeranginya.  Tuhan merelakan ia dikerumuni oleh keputusan bangsa-bangsa Bersatu sebagaimana yang dinubuatkan dalam Wahyu 17. 

   Hanya apabila 'gunung-gunung' yang dijemput kembali ke Tanah Suci menyeru "nama'" Tuhan baharulah Tuhan akan mencurahkan Kasih Karunia ke atas Yudah dan Jerusalem. Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Jerusalem? Ia telah menjadi Pelacur Besar, misteri Babylon untuk sekian lama sejak 2 Raja-Raja 23: 27 di sampaikah oleh nabi. Dialah yang dimaksudkan dalam Wahyu 17 itu! Binatang merah ungu itu adalah Bangsa-bangsa Bersatu yang selama ini membuat resolusi untuk menakluki Jerusalem di bawah kekuasaannya. dan Israel pula melawan kepada keputusan-keinginan Bangsa-bangsa di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu adalah kemunculan 'menara Babel Purba.' Ia menyatukan semua bangsa di bawah karya atau nama' "Peace and Security." Justeru itu nubuat dalam Wahyu 17 itu sudah digenapi kerana  10 raja-raja yang maju berperang memeranginya Jerusalem adalah 10 non-permanent security councils yang diberikan kuasa "seperti raja" dalam masa selama 1 jam, iaitu bergilir-gilir selama tempoh 2 tahun. Raja yang kedelapan adalah milik kepada Tujuh pemerintah (empayar) yang pernah berkahwin (menakluki) Kota Yerusalem. Raja itu adalah pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu yang menentang Yerusalem sebagai milik sepenuhnya oleh Israel. Tuhan mempunyai destini bagi Kota Yerusalem sebagaimana dalam nubuat nabi Zechariah! Sebelum kewujudan PBB, Yerusalem telah melalui kemusnahan selama suatu tempoh yang sangat lama kerana semua bangsa dan semua raja-raja mabuk dengan Kota Yerusalem. Nubuat berbunyi:

2"Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung. 3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya (Zakaria 12: 2, 3).

     Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" Yakub yang keseorangan dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Murka hanya akan menyala keatas bangsa-bangsa, apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus. Pemulihan Israel secara menyeluruh dicatatkan dalam Wahyu 7: 14, iaitu selepas Kristus (Hakim) kembali ke bumi. Israel dan Yerusalem adalah "unfinished business" bagi Tuhan. Justeru itu, Hakim Yeshua kembali untuk menyelesaikan agenda Yerusalem menurut nubuat nabi-nabi. Pemulihan Israel dinubuatkan oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7: 14:

3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel (Wahyu 7: 3-4).

    Israel perlu percaya kepada "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus! Komitmen Yahweh ke atas bekas isterinya, Yerusalem, hanya akan dipulihkan oleh Yeshua yang kembali ke bumi. Maka, semua Israel perlu percaya dan menyeru "nama" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua! Untuk menjadikan Israel percaya, maka 'Yakub' perlu keseorangan dalam 'gelap' Dan kesesakan nafas kerana Bangsa-bangsa telah berkerumun melawannya! Baharulah Tuhan melalui Yeshua yang kembali akan mencurah Kan rohNya ke atas Israel ('seal of the living God').


9 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem." 10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. "11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido.12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri" (Zechariah 12: 9-14).


Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" nenek moyang mereka, Yakub yang keseorangan itu ('tersendiri'), dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Apabila fajar menyingsing baharulah mereka berhenti menyangkal "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua. Murka Tuhan akan menyalakan semaraknya keatas bangsa-bangsa, hanya apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan, dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus.