Rabu, 16 Mei 2018

(Siri 1): Ayub 28: 28 ...."Takut akan Tuhan adalah Hikmat dan menanggalkan kejahatan adalah [**memerlukan roh] pengertian."

Perkataan bertanda ** dalam [ ] pada petikan di atas adalah catatan tambahan oleh penulis.






"Pergaulan karib" antara Roh Kudus (Roh Tuhan) dan roh orang-orang percaya yang diumpamakan oleh Yeshua seperti “Pohon Anggur sebenar dan ranting-ranting sebenar” telahpun banyak kali disaksikan dan diberitakan oleh para nabi di zaman Patriarch dan di zaman dalam Perjanjian Lama di Tanah Perjanjian. Ia  diungkapkan oleh firman Tuhan seperti dalam petikan-petikan Ayub 28: 28, Amsal 1: 7, Amsal 9: 10, dan Yesaya 33: 6.  Setiap penerima Kasih Karunia adalah dipanggil oleh Roh  Tuhan untuk memasuki 'perhentian' (rest), iaitu memasuki Kerajaan Allah

Istilah 'berhenti' (rest) diartikan sebagai 'pembebasan' ataupun 'kemerdekaan' dari penghambaan dosa, sebagaimana Israel yang telah dimerdekakan oleh YHVH dari penghambaan kuasa-kuasa pemerintahan bangsa-bangsa. Mereka telah diberikan 'kemenangan' ke atas lain-lain bangsa (gentile nations) untuk menawan Tanah yang 'dijanjikan.' "Berhenti" ('Rest') bagi Tuhan seperti dalam petikan  Kitab Kejadian 2: 2 - 3 membawa maksud yang bersifat 'roh nubuat.' Sebenarnya Roh Tuhan tidak pernah 'berehat' ataupun 'berhenti.'  Dan, kita tahu bahawa hanya yang bersifat ''daging" sahaja, seperti manusia atau binatang yang memerlukan rehat! Namun, perkataan "perhentian" atau "berhenti" membawa maksud yang berbeza dari perkataan harfiah "berehat." Ia tidaklah diartikan secara harfiah. Roh Tuhan tidak memerlukan "rehat."Ketika, Creation belum siap, Tuhan, seolah-olah, macam 'Pencipta yang diperhambakan oleh agendaNya sendiri benda untuk menyiapkan Creatian.' Alam semesta yang sudah siap memungkinkan Tuhan '''bebas" dari diperhambakan dari "agenda menyiapkan Creation, maka ia meneruskan agenda "Berkat" atau "rest." Maka, Hari Sabbath itu adalah ''upacara Berkat" dan "rest." Maka perkataan "rehat" berkait rapat dengan maksud "bebas" dari penghambaan!

Jika demikian, apakah maksud menurut 'roh nubuat' perihal catatan dalam Kejadian 2: 2-3 yang menyatakan bahawa Tuhan telah, seolah-olah, telah "berehat" pada hari yang ke-tujuh? Ia bermaksud bahawa Tuhan telah mengupacara (''activate") 'Nama' Tuhan, supaya manusia yang Dia cipta pada nubuat hari ke-enam akan ada jaminan 'Keselamatan' (Salvation). Maka, jika Tuhan ''rehat" pada nubuat ke-tujuh, ia bermaksud, bahawa 'nama' Tuhanlah jaminan "Salvation" bagi manusia. Dan,  'Rehat' atau 'berhenti' adalah karya dari Roh Tuhan. Maksudmya ialah 'kemerdekaan' dari penghambaan dosa-dosa adalah 'karya' dari Tuhan. Berkat "Nama' Tuhanlah, kita akan mendapat "perhentian" dari penghambaan dosa-dosa. Justeru itu, itulah sebabnya Ia upacarakan 'namanya'  ('berkati') pada nubuat hari yang ketujuh!   Apakah 'nama' yang Tuhan telah 'upacarakan' pada hari yang ketujuh? 'Nama' yang diupacarakan adalah seperti yang 'diberitakan' oleh Tuhan sendiri  kepada nabi Moshe dalam Kitab Keluaran 34: 5-7.  Itulah sifat-sifat Roh Tuhan yang ‘menyelamatkan’ manusia berdosa!

400 tahun penghambaan Israel di Mesir oleh pemerintahan dinasti Firaun adalah suatu kehidupan Israel yang dikatakan tiada 'perhentian,' kerana mereka tanpa putus-putus telah diperbudakkan. Namun, 'pembebasan' Israel oleh Tuhan melalui Paskah Tuhan, dan di bawah gembalaan  nabi Moshe selama 40 tahun dan juga di bawah pimpinan penggantinya Joshua, maka akhirnya mereka berjaya menakluki tanah yang telah dijanjikan kepada nenek moyang Abraham, , atau dalam bahasa 'roh nubuat' mereka akhirnya telah mendapat 'perhentian' di Tanah Suci yang dijanjikan kepada Abram/Abraham. Maka, istilah 'berehat' itu tidaklah diartikan secara harafiah, tetapi ia hendaklah diartikan dengan 'melihat' perkataan itu dari kaca mata pengertian mengikut 'roh nubuat.'

Tuhan yang telah 'memberkati' hari yang ketujuh, membawa maksud bahawa "nama'" Tuhan yang akan menyelamatkan manusia telah diupacarakan oleh Tuhan pada nubuat hari ke-tujuh. Kepada siapakah Tuhan berdoa atau 'mengupacara' ? Jika Tuhan yang mengupacara, maka itu berarti Ia sendirilah yang telah aktifkan kehendak namaNya di alam roh dengan 'memasukkan' semua 'maklumat roh' yang berkaitan kepada semua roh-roh para malaikat.  Justeru itu, Tuhan yang "berhenti dari segala pekerjaan Penciptaan" pada hari ketujuh, bermaksud bahawa-sanya Tuhan telah mengupacara "Nama'" Nya untuk jaminan Salvation bagi umat Manusia. Justeru itu, para malaikat tahu agenda atau kehendak Tuhan dari semula menurut jumlah maklumat yang Tuhan benarkan kepada setiap malaikat! Tuhan tidaklah tidur atau berehat, sebagaimana yang dilakukan oleh manusia, tetapi Tuhan sebenarnya telah mengupacarakan 'nama' Tuhan pada hari ketujuh untuk tujuan 'rest' atau 'berkat jaminan salvation' bagi umat manusia kelak. 

Pembebasan umat manusia dari penghambaan dosa-dosa juga diungkapkan dengan perkataan "telah mendapat perhentian" atau 'rest." Perkataan "berhenti" dalam Kejadian 2: 2-3 adalah berkaitan dengan "deliverance" bagi umat manusia yang akan jatuh dalam kuasa dosa. Jadi, perkataan "rest"  dalam Kejadian 2: 2-3 adalah merujuk kepadapengupacaraan 'Nama' Tuhan untuk Salvation umat manusiaBerkat Tuhan ialah Salvation. Dan salvationManusia adalah dari  berkat "nama'" Tuhan! Barangsiapa menyeru Nama' Tuhan, dia akan diselamatkan! Kita akan mendapat 'perhentian' kerana berkat 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan pada hari ketujuh dalam penciptaan! 

Dari alpha dan Omega, Tuhan telah menentukan bahawa 'altar' adalah 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa. Sebab itu kita melihat para patriarch berdoa melalui Firman ritus altar untuk menyeru 'nama' Tuhan. Nabi Yesaya dicatatkan bahawa ia telah melihat altar di Sorga; penglihatan itu bermaksud bahawa ia (Yesaya) telah melihat nama Bapa atau kehendak Bapa yang bernama 'Kasih.' Malaikat Seraphim yang turun mentahirkan roh nabi Yesaya itu adalah utusan 'Kasih Karunia.'  Melihat altar di bumi seperti di Sorga adalah melihat 'Nama' Bapa dan 'nama' Anak Manusia (Yeshua). Nabi Yesaya sebenarnya telah melihat dan telah menerima 'Kasih Karunia' dari Tuhan yang bernama Kasih. Penglihatan altar di Sorga adalah pernyataan kehendak 'nama' Allah Bapa. Altar adalah 'kehendak Kasih' dan 'kehendak Mercy Tuhan.' 

'Kehendak kasih' Ilahi menganugerahkan 'Penebusan.' Penebusan adalah anugerah 'pengampunan dosa-dosa.' Pengampunan dosa-dosa adalah 'penghapusan rekod/rakaman dosa-dosa' dalam roh seseorang. Maka, ritus altar di bumi adalah ketentuan Ordo Melkisedek untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia! 'Altar' seringkasnya adalah 'Jalan' untuk pembenaran roh orang berdosa! Yeshuaberkata: "Akulah Jalan dan Kebenaran." Dan orang-orang percaya di awal era kelahiran Gereja adalah seringkali digelar sebagai para 'pengikut Jalan' (the followers of the 'Way'). Hanya apabila diAntiochSyria, mereka mula digelar dalam bahasa Yunani sebagai 'Cristianos' yang sebenarnya mempunyai maksud yang sama, iaitu 'pengikut Kristus.' Apabila diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, maka muncullah perkataan Christian. 

Kehendak manusia seperti 'nafsu berahi' mudah untuk dilihat atau ditafsir kerana pusat kesedaran manusia adalah berpusat pada kapasiti intelek. Pengertian dan penafsiran manusia adalah dominan melalui lima deria rasa. Manusia secara dominan 'melihat' melalui pancaindera mata kasar. Tetapi, bagaimana mungkin kita dapat melihat ''kehendak Kasih" dan "kehendak belas kasihan" Tuhan, kerana ia bersifat Roh? Ia hanya dapat ditanggapi melalui mata roh. Jawapannya ialah ketentuan sempurna Tuhan, iaitu Ordo Melkisedek yang telah menurunkan ajaran altar di bumi! OrdoMelkisedek telah menetapkan bahawa 'altar Sorgawi' dan 'altar di bumi' akan "mengungkapkan"  sifat-sifat Roh Tuhan. Bila sifat-sifat Ilahi mengalir dari 'Altar Sorga' kepada 'Altar di bumi,' maka orang percaya akan melihat berkat ''nama" Allah Bapa, iaitu ''nama' yang diberikan kepada Anak. 'Nama' Bapa yang diberikan kepada Anak berarti 'kerja' Bapa yang 'dikerjakan' oleh Anak. Atau 'kehendak Kasih' Bapa yang dikerjakan oleh Kristus di bumi! Santo Yohanes melihat kebenaran itu dan ia menulis: "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" (Yohanes 3: 16). 

'Altar' mengungkapkan 'nama' Tuhan! Hanya apabila 'Altar' di bumi dapat disempurnakan, dan baharulah Berkat Tuhan dapat mengalir kepada semua bangsa-bangsa di bumi! Justeru itu, 'altar di bumi' ('kehendak' nama Tuhan di bumi') haruslah sepenuhnya diupacarakan "menuruti Firman Tuhan," seperti "kehendak Allah Bapa"  di Sorga ('Altar' di Sorga), agar manusia di bumi mendapat aliran Berkat, iaitu Kasih Karunia Tuhan. Manusia yang berdosa di bumi dikenan oleh Tuhan melalui anugerah Kasih Karunia. Semua manusia, sebenarnya, dikasihi oleh Roh Tuhan. Namun, hanya mereka yang dianugerahkan dengan karunia 'takut akan Tuhan' yang dapat mengecapi 'permulaan hikmat,' iaitu digauli karib oleh Roh Kudus. Yeshua telah menjelaskan kebenaran perihal 'permulaan Hikmat' itu dengan suatu perumpamaan, iaitu 'seperti Pohon anggur sebenar dan ranting-ranting yang sebenar.'    

Kebenaran dinyatakan kepada orang-orang percaya bahawa 'nama' Bapa adalah untuk selama-lamanya tidak berubah (Immutable 'name' of the Father). The Covenanted names of God, iaitu 'nama'YHVH dan juga 'namaKristus Yeshua bertujuan untuk menyempurnakan 'missions': "menabur dan menuai." Tuhan YHVH "menabur dan menuai" secara khusus ke atas bangsa Israel dan terlibat langsung dengan takdir 'the delivery of Christ,' manakala Yeshua pula "menabur dan menuai" ke atas semua bangsa-bangsa di dunia! Sifat-sifat semulajadi 'roh' YHVH dan 'roh' Yeshua adalah 'sama,' kerana mereka adalah 'satu roh' dengan Bapa segala roh yang immutable. Justeru itu, 'Kelmarin, hari ini dan untuk selama-lamanya Kristus tetap sama" dalam Ibrani 13: 8, sebenarnya mengungkapkan sifat-sifat roh ilahiNya yang tidak berubah! Kedua-dua 'nama' Tuhan adalah 'Pembaptis Roh Kudus.' YHVH dinyatakan kepada Israel untuk menggenapi janji-janji Tuhan kepada bapa iman, Abraham, dan juga untuk mempersiapkan 'the delivery of Christ.' ''Nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah untuk menyempurnakan altar di bumi seperti altar di SorgaJalan

Bangsa-bangsa yang dianugerahkan 'mata' untuk melihat 'Jalan' itu,  lalu mereka menjadi para 'pengikut Jalan,' dan menjadi penyembah-penyembah roh yang sebenar! Maka, 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan Yang Maha-tinggi adalah bertujuan untuk 'menabur dan menuai' ke atas bangsa-bangsa, supaya mereka yang 'tertulis namanya' dalam buku kehidupan akan dapat menerima kehidupan yang penuh. 'Nama' Bapa adalah immutable. ‘Sifat-sifat Roh Tuhan’ adalah immutable. Sifat Tuhan yang 'taat mengampuni' ini dilihat oleh Rasul Paulus sebagai suatu kebebasan bagi orang-orang percaya. Rasul Paulus melihat bahawa tidak ada jumlah dosa manusia yang dapat mengubah sifat-sifat Roh Tuhan! Lalu, Rasul Paulus bersaksi tentang ‘kebebasan’ (‘rest’)  dari penghambaan dosa yang diberikan oleh Tuhan: 'Segala sesuatu adalah dibenarkan, namun bukan semua adalah berguna.' Percaya kepada 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak adalah suatu 'kebebasan' daripada penghambaan dosa. Bagi mereka yang mengenali 'nama' Bapa,' dosa-dosa bukanlah masalah yang mustahil untuk diselesaikan. Ia cuma diumpamakan sebagai kota-kota 'Yericho' yang perlu ditawan dan dirobohkan, ataupun ia seumpama gunung-gunung yang perlu 'dilemparkan ke dalam Laut.'  Rasul Paulus menulis, "Di manakah sengatmu 'O' maut, iaitu dosa, ...maut telahpun ditelan oleh kuasa Kristus!"    

Persoalannya bukan lagi berkisar kepada 'perihal' pelanggaran hukum Taurat, akan tetapi apakah seseorang percaya itu mempunyai hikmat untuk 'percaya' kepada 'nama' Tuhan dengan 'sempurna.'? Yeshua menasihati bahawa: "Therefore you are to be perfect, as your heavenly Father is perfect" (Matthew 5: 48). Kata-kata Yeshua itu bukanlah merujuk kepada kesempurnaan karakter, moraliti mahupun kesempurnaan disiplin seseorang. Maksud Yeshua adalah merujuk kepada 'kesempurnaan percaya' kepada 'nama' Tuhan; percaya yang tidak berpenyakit! Oleh kerana 'nama' Tuhan itu sempurna, maka wajarlah 'percaya' kita adalah 'sempurna' untuk mempercayai sifat-sifat Ilahi serta semua FirmanNya ('nama')! Percaya yang 'sempurna' dijelaskan oleh Yeshua sebagai 'biji sesawi' yang setulinnya dari Sorga! Percaya yang dibentuk oleh karunia "takut akan Tuhan," sememangnya menzahirkan "permulaan hikmat" yang sejati. "Permulaan hikmat" itu adalah merujuk kepada 'fasa-fasa awalan' dalam ibadah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan!     

Mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan adalah orang-orang 'percaya' yang dapat mengakses berkat 'spiritual programming' yang "sudah selesai" 'diupacarakan' oleh Yeshua di atas Kayu Salib (Altar). 'Spiritual Programming' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah curahan berkat Ilahi yang menjanjikan kehidupan yang bebas dari penghambaan dosa-dosa, iaitu 'kehidupan yang penuh' bagi orang-orang percaya! Orang-orang percaya dianugerahkan JalanPintu dan Kunci untuk mengakses 'spiritual programming' itu, supaya mereka dapat mengecapi 'spiritual resources' pengampunan Tuhan, dan seterusnya dapat pula menyempurnakan ibadah rohani! 'Roh Pentakosta' adalah 'berkat' yang mencurah-curah  dari kuasa Pembaptis Api (Yeshua Kristus). Ia adalah berkat 'spiritual programming' hasil dari Pengupacaraan altar di bumi yang "Sudah Selesai"! Spiritual Programming itu melibatkan sebaran 'maklumat roh' yang telah diketahui secara lengkap oleh semua penduduk Sorgawi termasuk para malaikat yang gagah perkasa! Maka, para malaikat adalah pelaksana kehendak-kehendak Tuhan Yeshua yang gagah perkasa.
  
Santo Yohanes bersaksi bahawa salah satu daripada sifat-sifat roh Yeshua adalah 'taat mengampuni,' sebagaimana sifat Roh Bapa yang ada di Sorga.  'Upacara Domba Tuhan' di bumi adalah suatu 'programming' alam roh yang dapat diakses sebagai 'Berkat Pengampunan Tuhan; maka, para pengikut Jalan 'menyeru' nama Tuhan.  'Berkat' Pengampunan Ilahi itu memperkayakan manusia di bumi, malah ia sama sekali 'tidak' menambahi penderitaan umat manusia! Berkat itu pastinya mengalir kerana pengupacaraan Yeshua, sebagai 'Domba Tuhan' adalah upacara menurut Ordo Imam Agung Melkisedek. Maksudnya, Tuhan' yang telah 'mengupacara Altar' di bumi! Hasil pengupacaraan Domba Tuhan' oleh diriNya sendiri, maka berkat pengampunan dosa-dosa semutlaknya terjamin! Kasih Karunia itu terjamin mengalir kerana ia telah "Sudah Selesai" diupacarakan di bumi! Kristus itu adalah Kasih Karunia Allah Bapa yang kelihatan di bumi! Pengupacaraan 'Altar' menurut Ordo keturunan Imam Harun tidaklah terjamin kerana 'manusia' tertakluk kepada banyak cacat celah! Manusia 'luka' sebagai 'pengupacara' altar ternyata menghadapi banyak cact-celahnya! Programmingalam 'roh' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah 'jaminan' kepada semua orang percaya dalam mengimani sifat-sifat Allah Bapa ('nama' Bapa) yang tidak kelihatan, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Kristus. Yeshua berfirman "Aku dan Bapa adalah 'satu;' ...barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa." Justeru itu, 'melihat' Altar di bumi adalah mengenali 'nama' Bapa. 

Justeru itu, sebagai penerima 'kasih karunia, kita tidaklah berusaha membuat kebaikan-kebaikan agar diterima dan dikasihi oleh Roh Tuhan. Tuhan bersifat 'kasih' mengasihi kita sebagaimana adanya kita! Semua orang berdosa yang datang kepada Yeshua sentiasa diterima oleh 'Nama' Bapa yang immutable, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak! We are not striving to do good deeds in order to be accepted and loved by God; we are solely accepted by God because of his immutable 'name.' ("Name" ..see Exodus 34: 5, 6, & 7). 'Karya' Tuhan' atau 'nama' Tuhan' ialah 'kasih' dan 'mercy.' Berkat pengampunan dosa 'turun' dari 'sifat' Tuhan yang mengasihi (abounding in love) dan mengasihani (merciful). Pengampunan itu dapat dilihat oleh 'mata' melalui penyempurnaan upacara ritus altar di bumi. Semua upacara 'ritus altar' baik di zaman patriarchs ataupun di zaman Perjanjian Lama di Tanah Perjanjian adalah senantiasa merujuk kepada Upacara Ritus Altar di bumi yang diupacara oleh Yeshua sendiri."21 And everyone who calls on the 'name'' of the Lord will be saved." (Acts 2: 21, NIV). 

Bagaimana menyeru nama Tuhan, supaya kita diluputkan dari hukuman? Roh Menorah, iaitu Kristus adalah Jalan, Pintu dan juga kunci-kunci untuk menyeru 'nama' Tuhan. Patriarch Ayub bersaksi bahawasanya Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "....the [spirit] fear of the Lord is [the spirit of] Wisdom and to shun evil is (the Spirit of Understanding " (Job 28: 28).    

Firman-firman yang tertulis dalam kitab-kitab Suci akan kekal, sekadar 'perkataan dalam tinta (inked words)' sahaja, jika sekiranya kita tidak meminta hikmat kepada Tuhan. Rasul Yakobus menulis bahawa mereka yang kekurangan hikmat hendaklah meminta kepada Allah Bapa. Tetapi, ramai yang tidak tahu bagaimana meminta hikmat.  Sebenarnya, 'hikmat' didahului dengan meminta karunia "takut akan Tuhan" (Job 28: 28; Amsal 1:7; Amsal 9: 10; Yesaya 11; Yesaya 33: 6). Urusan meminta 'hikmat' berarti ia harus didahului dengan urusan meminta karunia 'takut akan Tuhan'.' Ia harus dipohon kepada Tuhan di dalam setiap doa. Namun, Paulus menulis bahawa 'karunia' datang dan pergi, kerana karunia-karunia senantiasa 'melekat' pada roh Tuhan sendiri!  Maka, karunia 'takut akan Tuhan' perlu dipinta setiap kali kita berdoa. Dalam arti kata lain, kita perlu memohon 'hikmat' setiap kali kita memasuki 'bilik yang terdalam' (the spirit of prayer).  Maksudnya, setiap orang percaya haruslah menjadi 'ranting sebenar' kepada 'Pohon anggur sebenar.'    

Raja Salomo menjelaskan dalam Amsal 2: 6 bahawa dari 'mulut' Tuhan (nabi-nabi'), maka kita akan mendapat pembahagian 'pengertian' dan 'pengetahuan.' Justeru itu, jika 'percaya' kita bergantung penuh kepada pembahagian mulut-mulut Tuhan sahaja, maka 'percaya' kita akan hanya terperap kepada: "...aku mendengar tentang Engkau dari cakap-cakap orang sahaja." Alangkah lebih baiknya, jikalau sekiranya perihal 'percaya' bagi setiap orang percaya adalah berbunyi : "...aku melihat wajahMu." Bagi mereka yang dianugerahkan karunia "takut akan Tuhan," maka sudah tentu Tuhan akan bergaul karib. Oleh itu, firman-firman yang tertulis di dalam Kitab Suci akan akhirnya tersingkap satu persatu! (...rujukan: 'tersingkap' ..Mazmur 119: 130).And He said to the human race, “The [spirit of thefear of the Lord—that is [the spirit ofwisdom, and to shun evil is [the spirit of] understanding.” (Job 28: 28, NIV).    

Oleh kerana dosa dicatat pada roh setiap orang, maka hanya Kasih Karunia Tuhan sahaja yang dapat membebaskan kita dari 'sengat maut' itu, iaitu catatan dosa pada roh. Maka,menanggalkan catatan/rakaman dosa-dosa atau disebut "menanggalkan kejahatan" adalah memerlukan roh pengertian! ["and to shun evil is Understanding (Spirit of)"]. Roh Pengertian akan mengajar seseorang untuk mengenali 'nama' Tuhan. Mengenali nama Tuhan dan nama yang Dia utus, iaitu Kristus adalah kehidupan kekal abadi! Manusia tidak mempunyai sumber untuk menghapuskan catatan/rakaman dosa itu, kecuali melalui 'Jalan' yang dianugerahkan oleh Tuhan: Kristus. "Akulah Jalan..." kata Yeshua!     

Nubuat nabi Yesaya menyingkapkan 'misi' Yeshua Kristus dalam kematianNya di atas kayu salib: "10 Apabila ia menyerahkan dirinya sebagai Korban Penebus salah (sin offering), ia akan melihat keturunannya, umurnya akan lanjut, dan kehendak Tuhan akan terlaksana olehnya. 11 Sesudah kesusahan jiwanya ia akan melihat terang dan menjadi puas; dan hamba-Ku itu, sebagai orang yang benar, akan membenarkan banyak orang oleh hikmatnya, dan kejahatan mereka dia pikul" (Yesaya 53: 10-11). Berkat pengampunan mengalir sepanjang masa di sepanjang zaman perdamaian. Yeshua adalah Juru Penebus dan Juru Selamat. Juru Penebus berarti dia sebagai, 'Domba Tuhan,' mempunyai kuasa Ilahi untuk menghapuskan (mengampuni) dosa-dosa yang tercatat atau dirakam pada roh-roh manusia. 

    Menerima 'Janji' Tuhan adalah suatu  kemerdekaan dari Penghambaaan.  Namun, untuk menerima 'Janji Tuhan,' orang percaya perlu mempunyai 'percaya' yangsempurna kepada 'nama' Tuhan! Pada mulanya, Israel gagal menawan Tanah yang dijanjikan. Maka, mereka terpaksa 'didisiplinkan' dan 'dididik' oleh Tuhan perihal 'percaya'selama genapnya 40 tahun di gurun belantara. Hanya selepas 40 tahun 'digauli-karib' oleh Tuhan di 'gurun,' dan baharulah 'percaya' mereka dapat 'menawan' Tanah yang dijanjikan!  Almasih (Messiah) ialah  yang ditungu-tunggu atau yang 'dijanjikan' oleh YHVH! Apabila Almasih itu berjalan di tengah-tengah umat Tuhan, the ruling priests telah menolaknya. Mereka 'tidak percaya' kepada Dia yang diutus Bapa! 

Orang-orang percaya dalam Perjanjian Baru masih mengalami masalah yang sama, iaitu 'percaya yang tidak sempurna' ! Justeru itu, Almasih telah mengamanahkan 'pemberitaaan' injil kepada kedua belas rasulnya yang Ia sendiri telah 'gauli-karib' selama hampir 3 tahun, dan kesinambungan 'ranting dan Pokok' diteruskan oleh 'misi' Roh Pentakosta. Kuasa Messiah hanya akan mengalir menganugerahkan Berkat 'janji-janji' Tuhan, hanya apabila 'percaya' kepada namaNya menjadi sempurna! "...NamaNya (Kristus) ialah Firman Allah." (Wahyu 19: 13 b).

Percaya yang sempurna tidak ada kaitan dengan prestasi moraliti atau disiplin perangai seseorang. Moraliti dan disiplin adalah pembentukan karakter. Namun, 'percaya' atau 'iman' yang sempurna adalah 'anugerah' karya Roh Kudus! Semua akan melalui proses 'pertumbuhan rohani' dan tidak ada orang percaya yang 'percaya' secara sempurna dengan sekelip mata. Yeshua berkata: "Karena itu, kamu harus menjadi sempurna, seperti Bapamu yang di surga adalah sempurna" (Matius 5: 48). 'Percaya' harus 'sempurna' (seperti kanak-kanak) untuk melihat '''gunung dilemparkan ke dalam Laut."  Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu" (Matius 17: 20).

Kesempurnaan Pengupacaraan Altar di bumi yang berlangsung selama jam itu adalah 'programming' alam roh yang sempurna oleh Kristus! Ia tidak bercacat celah. Ia sepenuhnya menuruti atau mengenapi semua Taurat, semua nubuat dan semua lirik-lirik Mazmur (Lukas 24: 44).  Dan penyempurnaan upacara rohaniah, ''programming," yang berasal dari ''nama' Bapa  dan dilaksanakan di bumi oleh 'nama' Anak adalah diketahui oleh semua mahluk Sorgawi dan juga para Malaikat! Maka, penduduk Sorgawi turut serta melaksanakan 'kehendak' Bapa Sorgawi. "Sudah Selesai" juga berarti 'nama' Yeshua Kristus telah menelan ''sengat maut," iaitu dosa! Justeru itu, percaya kepada 'nama' Domba Tuhan menjanjikan berkat pengampunan dosa, apabila seseorang membuat pengakuan dosa-dosa. 

Nabi Moshe membuat catatan dalam Kitab Keluaran 34: 5-7 bahawasanya 'nama' Tuhan adalah panjang Sabar, Kasih (abounding in love), mengasihani (merciful) dan mengampuni(forgiving). ‘Nama’ Tuhan yang mengalir bersama sifat-sifat ilahi (divine attributes)  itu sememangnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar, mahupun dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek manusia. Namun, apabila seseorang percaya berdoa melalui Firman ritus altar, maka orang percaya dapat melihat 'altar' di bumi dengan mata kasar. Justeru itu, mendirikan altar di bumi sebagai cara ‘berdoa,’ agar seseorang dapat menerima 'pengaliran' Roh Tuhan adalah ajaran yang disebut menurut Ordo Melkisedek. Maka, jika sekiranya Tuhan berkenan, para patriarch akan dapat menerima 'Kasih Karunia.' Habel berdoa melalui Firman ritus altar. Demikianlah juga LamekhHenokh, NuhAbramAyubYakub, dan para nabi termasuk imam-imam keturunan Ordo Imam Harun. 'Altar di bumi' adalah yang dapat dilihat oleh mata kasar, dan dapat pula ditanggapi oleh kapasiti intelek untuk menuruti upacara  ritus, iaitu sebagai 'jalan' untuk memasuki the spirit of prayer. Firman-firman berhubung dengan upacara Altar sebagai 'Jalan' berdoa adalah ketentuan Ordo Melkisedek

Altar Perjanjian Lama di bumi akhirnya disempurnakan oleh Pengupacara Imam Ordo Melkisedek dan dia jugalah sebagai korban Penebus Dosa (Sin Offering). Altar Perjanjian Lama tidak sempurna dan mestilah diupacarakan berulang-ulang untuk menyelesaikan dosa-dosa, agar Imam Besar bagi Umat Israel dapat memasuki 'bilik yang terdalam' (the Holy of Holiest). Bilik Yang Mahasuci (the Holy of Holiest) Tabernakel di Tanah Suci telah digenapi, apabila setiap 'roh' orang percaya berfungsi sebagai Tabernakel ('bilik terdalam') bagi curahan Roh Pentakosta. Yeshua berkata: "...apabila kamu berdoa, masuklah ke dalam bilik yang terdalam'...(the spirit of prayer)."

      Kalau Kita baca kisah ringkas mengenai dengan panggilan Tuhan kepada Abram dalam Kitab Kejadian 12: 1-9, kita akan dapati bahawa sebelum Tuhan 'muncul' (appeared) beberapa kali kepada Abram, -- Abram ternyata belum mendirikan 'altar.' Maksudnya, Abram belum mahir dalam urusan berdoa selagi Tuhan belum 'muncul' beberapa kali kepada Abram. Dia telah akhirnya menjadi mahir dalam berdoa selepas Tuhan 'muncul' beberapa kali.  Roh Tuhan datang 'bergaul karib' dengan 'roh' Abram dan 'roh' Sarai.


Semua orang percaya akan melalui 'fasa-fasa perjalanan iman' yang diwarnai dengan pelbagai aspek 'ragu-ragu'. Setiap penerima 'kasih karunia' adalah orang percaya yang 'percaya' kepada nama Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak. Orang-orang percaya menjadi warga Kerajaan Allah yang beribadah dan menggenapi "Bapa Kami;" mereka telah diberi 'kuasa' untuk menjadi anak-anak Tuhan. Kristus bersabda: "Akulah Pohon anggur sebenar dan kamu adalah ranting-ranting sebenar." Perumpamaan itu menjelaskan suatu "pergaulan karib" antara Roh Kudus dan roh orang-orang percaya. Namun, bagaimana mungkin Roh Tuhan akan bergaul karib dengan manusia yang berasal dari biji benih 'roh' dan biji benih 'daging' yang senantiasa tertakluk kepada dosa-dosa? Patriarch Ayub dalam Ayub 28: 28 bersaksi bahawa Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "Takut akan Tuhan adalah Hikmat dan menanggalkan kejahatan adalah (roh) pengertian."



The Voice of God by Elaine Tavolacci

THE VOICE OF GOD
May 12, 2018
By Elaine Tavolacci

    There was a time when the voice of the Lord was rare and there was no widespread revelation. (1 Samuel chapter 3:1) A young boy named Samuel ministered before the Lord alongside of the High priest Eli wearing a linen ephod. The Lord called out to Samuel one day during the night three times but Samuel didn't recognize God's voice until Eli perceived that it was the Lord calling him. He told Samuel to go and answer him the next time that he calls. Samuel then went back, and the Lord called out to him a fourth time. Samuel replied; "Speak, for Your servant hears." He then recognized God's voice for the first time. Samuel grew up as a great prophet and prophesied with accuracy and precision. The bible says that none of his words fell to the ground, meaning that every prophetic word that he spoke came to pass.

    The Holy Spirit is speaking to every believer today. He speaks in dreams and in visions of the night. He speaks in the secret place, he speaks through nature, he speaks in the desert, the wilderness and he even speaks in the lion’s den. In the New Covenant that Jesus made with us, we don't have to be in the five fold ministry or be a prophet to hear his voice. How much more should you be able to hear his voice then the prophets of old because the same Spirit that raised Jesus from the dead dwells in you and quickens your mortal body. Your body is the temple of the Holy Spirit and He is speaking to you, but some of you are not recognizing His voice.

    As I was writing this word the Lord showed me someone tuning up a piano. I did a google search for piano tuning and this is what I found. To tune a piano you have to make adjustments to the tensions of the strings of the piano to properly align the intervals between their tones so that the instrument is in tune. Fine tuning a piano requires an assessment of the vibration interaction among notes, which is different for every piano. Many factors cause pianos to go out of tune, particularly atmospheric changes. Some of you may have gone out of sync with Jesus and your hearing needs to be tuned up. The Holy Spirit wants to fine tune your hearing to hear his voice.

    As you go to sleep at night with expectation you will be more receptive to hear from him in your dreams. As you quiet your mind and posture yourself in an attitude of prayer, you will learn how to hear and become more sensitive to his voice when you pray. As you prepare yourself by conforming to his ways, renewing your mind and attending to his words you will become more attuned to his voice. When you free your mind from the cares of this world you will begin to hear with more clarity. As you read the word of God and meditate upon it, you will begin to discern his plans for you. As you lift your voice to him in praise and worship, you will begin to hear him in the song. You will then begin to rise above your circumstances and rest in his presence. As you go about your day, listen for his voice. Know that you are entitled to hear from him as your inheritance as a child of God.



1 Samuel 3: 19
So Samuel grew, and the LORD was with him and let none of his words fall to the ground.
1 Samuel 9: 6a
And he said to him, “Look now, there is in this city a man of God, and he is an honorable man; all that he says surely comes to pass.”  
1 Samuel 10: 6
Then the Spirit of the Lord will rush upon you, and you will prophesy with them and be turned into another man.


Link/Reference

Tavolacci, Elaine.The Voice Of God.12 May 2018.<https://awordinseason.info/.