Sabtu, 2 November 2019

Yesus ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan kamu akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke Sorga



Apakah maksud frasa "...akan datang kembali dengan Cara yang sama..." ?

8 Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi." 9 Sesudah Ia mengatakan demikian, terangkatlah Ia disaksikan oleh mereka, dan 'awan' menutup-Nya dari pandangan mereka. (Nota# 'awan' ini adalah merujuk kepada malaikat ['clouds of heavens']. Awan biasa atau awan harafiah tidaklah dapat menutup 'penglihatan rohaniah', melainkan 'clouds of heavens', iaitu para malaikat Tuhan !). 10 Ketika mereka sedang menatap ke "langit" (perkataan 'langit' ini sebenarnya adalah merujuk kepada realiti alam roh 'langit', iaitu realiti alam roh yang ujud di antara Sorga dan 'roh' bumi; Yesus sebenarnya naik hingga ke Sorga yang ke-tujuh, dan penglihatan roh yang dialami oleh orang-orang Galilea hanyalah setakat alam roh langit)  tiba-tiba berdirilah dua orang yang berpakaian putih dekat mereka, 11 dan berkata kepada mereka: "Hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama, seperti kamu melihat Dia naik ke sorga." (Kisah Para Rasul 1: 8-11).



     Jika seseorang mahu menjadi pembaca 'tanda-tanda' zaman, maka dia harus mempunyai 'asas' pengetahuan 'spirit realms' untuk melihat bagaimana the flow of the Spirit of Prophecy itu mengalir. Ada empat 'alam' roh yang dicipta oleh Tuhan pada nubuat penciptaan dalam Kitab Kejadian fasal 1.  (There are four different spirit realms namely the heavens, the skies, and the earth, and the hells). 



    Pembaca 'tanda-tanda' zaman semestinya perlu melihat ke-empat-empat keujudan alam roh tersebut kerana 'tanda-tanda' zaman akan 'muncul' dalam 'alam roh' yang disebutkan tadi. Ia dilihat melalui visions dan dream dreams. When 'the Signs' in heavens, in the sky and on earth are simultaneously revealed at "an appointed time," like at the 'moment' of the birth of Christ, then we know that it is 'the exact time,' the Judge who Judges in equity would begin the pathway of Divine wraths on earth: "in the whirlwind". The three wise men , from the east, knew the exact time of Christ's birth, because they saw the 'momentous Sign' [the Star of Bethlehem] of the Prince of Peace  which had appeared in the 'sky' (the spirit's realm called 'sky'; not to be mistakenly interpreted as the literal 'sky'). Ada tiga (3) alam 'roh' yang harus ‘dibaca’ melalui karunia-penglihatan visions dan penglihatan melalui Dream dreams. Ketiga-tiga alam roh itu adalah tempat 'tanda-tanda' dinyatakan oleh Tuhan secara ‘serentak.’ Namun, ia tidak semestinya dapat dilihat kesemuanya oleh semua Prophets. Dalam alkisah kelahiran Raja Kebenaran, orang majus dari timur hanya melihat 'tanda' di 'langit' sahaja kerana mereka tidak dapat melihat 'tanda' di Sorga, dan selang beberapa hari kemudian, dan baharulah mereka (orang majus) dapat menemui 'tanda' di bumi, iaitu "Firman menjadi Manusia'; seorang bayi di pasungan kandang lembu di Bethlehem. Namun,  'tanda-tanda' kelahiran Raja Kebenaran itu jelas telah dinyatakan di Sorga, di langit dan di bumi, secara ‘serentak.' Dalam hal yang sama, kita boleh katakan bahawa 'tanda-tanda' yang di 'wahyukan' di ketiga-tiga alam roh dan juga beberapa tanda-tanda khusus di bumi harafiah adalah 'penunjuk' kepada 'saat' 'nama' Hakim itu hadir di bumi. Tiga alam roh dan juga bumi harafiah yang sebenar akan dilihat seperti berikut:-



(1) '7 Heavens' ~ 'Sorga' dan kadang-kadang diterjemahkan juga kepada bahasa Indonesia sebagai 'langit' atau 'cakrawala'. Ada tujuh lapis Sorga dan setiap lapis ada pintu. Bila bukaan dibukakan oleh para malaikat Tuhan, maka ia kelihatan seperti bukaan yang bergerak-gerak seperti gulungan kitab ataupun seperti bukaan di tengah-tengah puting beliung yang besar dan maha-dahsyat! Pintu-pintu di setiap lapis di ketujuh-tujuh Sorga telah dibukakan oleh para malaikat yang sangat banyak pada ketika Kristus dilahirkan (Lukas 2: 8-15) dan juga pada ketika Kristus naik ke Sorga (Kisah Para Rasul 1: 6-11).  Frasa "cara yang sama" pada ayat 11 dalam Kisah 1 adalah merujuk kepada bukaan-bukaan 7 lapisan Sorga yang dibuat oleh para malaikat (''awan") sehingga mereka bergerak-gerak seperti gulungan Kitab yang digulung! Apabila Kristus kembali turun ke bumi, maka pintu-pintu 7 lapis Sorga akan dibuka oleh para malaikat, sebagaimana Ia  naik ke Sorga dahulu.  Demikian jugalah caranya 'bukaan-bukaan' pintu-pintu roh di ketujuh-tujuh lapis Sorga itu akan dibukakan oleh para ''awan" (clouds of heavens), ketika Kristus kembali turun ke bumi (Kis. 1: 6-11; Mat. 24:30; Why. 6: 12-14).



(2) 'Skies' iaitu realiti alam roh 'langit,' yang berada di bawah realiti alam tujuh lapis Sorga; ada satu ciri ganjil dengan pemberitaan tanda di langit, di mana penglihatan itu, kadang-kadang, tiada suara dan tiada bahasa kedengaran dari penglihatan "tanda" di langit.  Namun, ini tidak menghairankan kerana raja Daud bersaksi melalui lirik lagunya dalam Mazmur 19, bahawa pemberitaan 'nama' Tuhan di langit, memang tiada suara kedengaran: 3 There is no speech, nor are there words; their voice is not heard; 4 yet their voice goes out through all the earth, and their words to the end of the world (Psalm 19: 3-4).



(3) Earth' ~ ‘alam roh’ ini dilihat seolah-olah seperti bumi yang kita pijak kerana bentuk muka bumi yang mempunyai dataran, sungai, tasik, hutan, kayu-kayan, laut, lautan malah segala mahluk dan juga binatang-binatang yang 'ganjil,' sebagaimana yang tercatat dalam nubuat para nabi, seperti binatang sepuluh tanduk yang keluar dari ‘laut.’ ‘Laut’ dalam Wahyu 13 adalah sebenarnya merujuk kepada ‘alam roh’ bumi yang menyampaikan mesej roh perihal 'bangsa-bangsa' di dunia.  Dalam Kitab Kejadian 1, 'laut' itu adalah air yang terkumpul (''many waters'). Jika Tuhan yang mengumpulkannya, maka ia dilihat sangat baik sekali. Jika, 'binatang' keluar dari 'many waters' yang berkocak, maka ia bermaksud 'pemerintah dunia' yang mengumpulkan banyak air (many waters') menjadi tawanan atau jajahan empayarnya. Justeru itu, binatang yang keluar dari laut bermaksud 'suatu bentuk pemerintahan yang muncul dan memerintah banyak bangsa-bangsa di dunia.' "Banyak air" (many waters') adalah merujuk kepada banyak bangsa (many nations). Contohnya adalah seperti dalam bab 7 Kitab Daniel  yang menubuatkan beberapa binatang yang keluar dari 'laut' yang berkocak. Ia bermaksud beberapa empayar yang menakluki banyak bangsa di dunia akan muncul. Justeru itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah juga tergolong sebagai "binatang yang keluar" dari laut atau dari jurang maut, kerana ia adalah suatu world governance yang merangkumi hampir semua bangsa-bangsa (many waters) di dunia:



(4) Bumi sebenar (literal earth). Terdapat banyak tanda-tanda di Bumi nyata atau di tengah-tengah manusia Yang telah diberikan oleh Tuhan kepada nabi-nabi. Saya akan ungkit salah satu tanda yang pernah ditulis oleh Rasul Paulus kepada jemaat di Thessalonika yang sebenarnya mengungkai  rahasia 'time-frame' akan kedatangan Hakim  (second return of Christ). "Peace and Security" adalah tanda di antara bangsa-bangsa yang menunjuk kepada aktiviti sejagat dan lantas menjadi tanda yang dapat dibaca sebagai petunjuk 'time-frame' kedatangan Kristus. 



     Sebenarnya ada satu lagi 'alam roh' yang dipanggil 'neraka.' Namun, penulis tidak menerima firman yang 'tersingkap' perihal neraka, justeru itu, kita tidak akan membicarakan mengenai dengan realiti alam roh  'neraka.'   Kita tahu bahawa untuk mengesahkan penggenapan 'saat' kedatangan Hakim, 'tanda-tanda' di Sorga haruslah 'dilihat bersama' dengan 'tanda' di langit dan juga 'tanda' di bumi. Dalam kelahiran Raja Damai, tanda-tanda di Sorga hanya dilihat oleh 'para gembala' (the prophets). Penulis mengelar para gembala di padang gembalaan itu sebagai 'the prophets,' kerana sebenarnya hanya prophets Tuhan sahaja yang dikaruniakan penglihatan rohani yang melihat kemuliaan "Sorga terbuka"! Maksudnya, mereka melihat tujuh lapis sorga terbuka dalam penglihatan mata roh. Tiga orang majus dari timur, iaitu the heathen seers, mengesahkan bahawa mereka juga telah melihat 'tanda' kelahiran Raja Kebenaran itu, iaitu bintang Bethlehem yang pernah dinubuatkan oleh Prophet Balaam ben Peor lebih seribu tahun yang lampau. Balaam juga adalah a heathen seer! Kedua-dua kumpulan nabi-nabi itu telah 'bertemu' pada 'setting' yang yang sama, iaitu ketika "Firman itu telah menjadi manusia" kelihatan di bumi, iaitu "seorang bayi di kandang sapi," sebagaimana yang diberitakan oleh Malaikat.

"Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai "(Yesaya 9: 6).