Perkataan bertanda ** dalam [ ] pada petikan di atas adalah catatan tambahan oleh penulis.
"Pergaulan
karib" antara Roh Kudus (Roh Tuhan) dan roh orang-orang percaya
yang diumpamakan oleh Yeshua seperti “Pohon Anggur
sebenar dan ranting-ranting sebenar” telahpun banyak kali disaksikan
dan diberitakan oleh para nabi di zaman Patriarch dan di zaman
dalam Perjanjian Lama di Tanah Perjanjian. Ia diungkapkan oleh firman
Tuhan seperti dalam petikan-petikan Ayub 28: 28, Amsal 1: 7, Amsal 9: 10, dan Yesaya
33: 6. Setiap
penerima Kasih Karunia adalah dipanggil oleh Roh Tuhan untuk memasuki
'perhentian' (rest), iaitu memasuki Kerajaan Allah.
Istilah
'berhenti' (rest) diartikan sebagai 'pembebasan' ataupun 'kemerdekaan' dari penghambaan dosa, sebagaimana Israel
yang telah dimerdekakan oleh YHVH dari penghambaan kuasa-kuasa pemerintahan
bangsa-bangsa. Mereka telah diberikan 'kemenangan' ke atas lain-lain bangsa (gentile
nations) untuk menawan Tanah yang 'dijanjikan.' "Berhenti" ('Rest') bagi Tuhan seperti
dalam petikan Kitab Kejadian 2: 2 - 3 membawa maksud yang bersifat 'roh
nubuat.' Sebenarnya Roh Tuhan tidak pernah 'berehat' ataupun 'berhenti.'
Dan, kita tahu bahawa hanya yang bersifat ''daging" sahaja, seperti
manusia atau binatang yang memerlukan rehat! Namun, perkataan
"perhentian" atau "berhenti" membawa maksud yang berbeza
dari perkataan harfiah "berehat." Ia tidaklah diartikan secara
harfiah. Roh Tuhan tidak memerlukan "rehat."Ketika, Creation belum
siap, Tuhan, seolah-olah, macam 'Pencipta yang diperhambakan oleh
agendaNya sendiri benda untuk menyiapkan Creatian.' Alam semesta yang
sudah siap memungkinkan Tuhan '''bebas" dari diperhambakan dari
"agenda menyiapkan Creation, maka ia meneruskan agenda "Berkat"
atau "rest." Maka, Hari Sabbath itu adalah ''upacara Berkat" dan
"rest." Maka perkataan "rehat" berkait rapat dengan maksud
"bebas" dari penghambaan!
Jika
demikian, apakah maksud menurut 'roh nubuat' perihal catatan dalam Kejadian 2:
2-3 yang menyatakan bahawa Tuhan telah, seolah-olah, telah "berehat" pada hari yang
ke-tujuh? Ia bermaksud bahawa Tuhan telah mengupacara (''activate")
'Nama' Tuhan, supaya manusia yang Dia
cipta pada nubuat hari ke-enam akan ada jaminan 'Keselamatan' (Salvation). Maka, jika Tuhan ''rehat" pada nubuat
ke-tujuh, ia bermaksud, bahawa 'nama' Tuhanlah jaminan "Salvation" bagi manusia.
Dan, 'Rehat' atau 'berhenti' adalah karya dari Roh Tuhan. Maksudmya ialah 'kemerdekaan' dari penghambaan
dosa-dosa adalah 'karya' dari Tuhan. Berkat "Nama' Tuhanlah, kita akan
mendapat "perhentian" dari penghambaan dosa-dosa. Justeru itu, itulah sebabnya
Ia upacarakan 'namanya' ('berkati') pada nubuat hari yang ketujuh!
Apakah 'nama' yang Tuhan telah 'upacarakan' pada hari yang ketujuh? 'Nama' yang
diupacarakan adalah seperti yang 'diberitakan' oleh Tuhan sendiri kepada
nabi Moshe dalam Kitab Keluaran 34: 5-7. Itulah
sifat-sifat Roh Tuhan yang ‘menyelamatkan’ manusia berdosa!
400
tahun penghambaan Israel di Mesir oleh pemerintahan dinasti Firaun adalah suatu
kehidupan Israel yang dikatakan tiada 'perhentian,' kerana mereka tanpa putus-putus telah
diperbudakkan. Namun, 'pembebasan' Israel oleh Tuhan melalui Paskah Tuhan, dan
di bawah gembalaan nabi Moshe selama 40 tahun dan juga di bawah pimpinan
penggantinya Joshua, maka akhirnya mereka berjaya menakluki tanah yang telah
dijanjikan kepada nenek moyang Abraham, , atau dalam bahasa 'roh nubuat' mereka
akhirnya telah mendapat 'perhentian' di Tanah Suci yang dijanjikan kepada Abram/Abraham. Maka,
istilah 'berehat' itu tidaklah
diartikan secara harafiah, tetapi ia hendaklah diartikan dengan 'melihat'
perkataan itu dari kaca mata pengertian mengikut 'roh nubuat.'
Tuhan
yang telah 'memberkati' hari yang ketujuh, membawa maksud bahawa "nama'"
Tuhan yang akan menyelamatkan manusia telah diupacarakan oleh Tuhan pada nubuat
hari ke-tujuh. Kepada siapakah Tuhan berdoa atau 'mengupacara' ? Jika
Tuhan yang mengupacara, maka itu berarti Ia sendirilah yang telah
aktifkan kehendak namaNya di alam roh dengan 'memasukkan'
semua 'maklumat roh' yang berkaitan kepada semua roh-roh para malaikat.
Justeru itu, Tuhan yang "berhenti dari segala pekerjaan Penciptaan" pada hari
ketujuh, bermaksud bahawa-sanya Tuhan telah mengupacara "Nama'"
Nya untuk jaminan Salvation bagi umat Manusia. Justeru
itu, para malaikat tahu agenda atau kehendak Tuhan dari semula menurut jumlah
maklumat yang Tuhan benarkan kepada setiap malaikat! Tuhan tidaklah tidur atau berehat, sebagaimana
yang dilakukan oleh manusia, tetapi Tuhan sebenarnya telah mengupacarakan 'nama'
Tuhan pada hari ketujuh untuk tujuan 'rest' atau 'berkat jaminan salvation' bagi
umat manusia kelak.
Pembebasan
umat manusia dari penghambaan dosa-dosa juga diungkapkan dengan perkataan "telah mendapat perhentian" atau 'rest." Perkataan "berhenti" dalam Kejadian
2: 2-3 adalah berkaitan dengan "deliverance" bagi umat manusia yang akan jatuh dalam
kuasa dosa. Jadi, perkataan "rest" dalam Kejadian
2: 2-3 adalah merujuk kepadapengupacaraan 'Nama' Tuhan untuk Salvation umat manusia. Berkat Tuhan ialah Salvation.
Dan salvationManusia adalah dari berkat "nama'"
Tuhan! Barangsiapa menyeru Nama' Tuhan, dia akan diselamatkan! Kita akan
mendapat 'perhentian' kerana berkat 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan pada
hari ketujuh dalam penciptaan!
Dari
alpha dan Omega, Tuhan telah menentukan bahawa 'altar' adalah 'jalan' untuk menyelesaikan
dosa-dosa. Sebab itu kita melihat para patriarch berdoa
melalui Firman ritus altar untuk menyeru 'nama' Tuhan. Nabi
Yesaya dicatatkan bahawa ia telah melihat altar di
Sorga; penglihatan itu bermaksud bahawa ia (Yesaya) telah
melihat nama Bapa
atau kehendak Bapa yang bernama 'Kasih.' Malaikat Seraphim
yang turun mentahirkan roh nabi Yesaya itu adalah utusan 'Kasih Karunia.' Melihat altar di bumi seperti di Sorga
adalah melihat 'Nama' Bapa dan 'nama' Anak Manusia (Yeshua). Nabi Yesaya sebenarnya
telah melihat dan telah menerima 'Kasih Karunia' dari Tuhan yang bernama Kasih. Penglihatan altar di
Sorga adalah pernyataan kehendak 'nama' Allah Bapa. Altar adalah 'kehendak Kasih' dan 'kehendak Mercy Tuhan.'
'Kehendak kasih' Ilahi menganugerahkan
'Penebusan.' Penebusan adalah anugerah 'pengampunan
dosa-dosa.' Pengampunan dosa-dosa
adalah 'penghapusan
rekod/rakaman dosa-dosa' dalam roh seseorang. Maka, ritus altar di bumi adalah
ketentuan Ordo Melkisedek untuk menyelesaikan dosa-dosa
manusia! 'Altar' seringkasnya adalah 'Jalan' untuk pembenaran roh orang
berdosa! Yeshuaberkata: "Akulah Jalan dan Kebenaran." Dan orang-orang
percaya di awal era kelahiran Gereja adalah seringkali digelar sebagai para 'pengikut Jalan'
(the followers of the 'Way'). Hanya apabila diAntioch, Syria,
mereka mula digelar dalam bahasa Yunani sebagai 'Cristianos' yang
sebenarnya mempunyai maksud yang sama, iaitu 'pengikut Kristus.' Apabila
diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, maka muncullah perkataan Christian.
Kehendak
manusia seperti 'nafsu berahi' mudah untuk dilihat atau ditafsir kerana pusat
kesedaran manusia adalah berpusat pada kapasiti intelek. Pengertian dan
penafsiran manusia adalah dominan melalui lima deria rasa. Manusia secara
dominan 'melihat' melalui pancaindera mata kasar. Tetapi, bagaimana mungkin
kita dapat melihat ''kehendak Kasih" dan "kehendak
belas kasihan" Tuhan, kerana ia bersifat Roh? Ia hanya dapat
ditanggapi melalui mata roh. Jawapannya ialah ketentuan sempurna Tuhan,
iaitu Ordo Melkisedek yang telah menurunkan ajaran altar di bumi! OrdoMelkisedek telah
menetapkan bahawa 'altar
Sorgawi' dan 'altar di bumi' akan
"mengungkapkan" sifat-sifat Roh
Tuhan. Bila sifat-sifat Ilahi mengalir dari
'Altar Sorga' kepada 'Altar di bumi,' maka orang percaya akan melihat berkat ''nama" Allah Bapa,
iaitu ''nama' yang diberikan kepada
Anak. 'Nama' Bapa yang diberikan kepada Anak berarti 'kerja' Bapa yang 'dikerjakan' oleh Anak. Atau 'kehendak Kasih' Bapa yang dikerjakan
oleh Kristus di bumi! Santo Yohanes melihat kebenaran itu dan
ia menulis: "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini,
sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang
percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" (Yohanes 3: 16).
'Altar'
mengungkapkan 'nama' Tuhan! Hanya apabila 'Altar' di bumi dapat disempurnakan,
dan baharulah Berkat Tuhan dapat mengalir kepada semua bangsa-bangsa di bumi!
Justeru itu, 'altar di bumi' ('kehendak' nama Tuhan di bumi')
haruslah sepenuhnya diupacarakan "menuruti Firman Tuhan," seperti
"kehendak Allah Bapa" di Sorga ('Altar' di Sorga), agar manusia
di bumi mendapat aliran Berkat, iaitu Kasih Karunia Tuhan. Manusia
yang berdosa di bumi dikenan oleh Tuhan melalui anugerah Kasih Karunia. Semua
manusia, sebenarnya, dikasihi oleh Roh Tuhan. Namun, hanya mereka yang
dianugerahkan dengan karunia 'takut akan
Tuhan' yang dapat mengecapi 'permulaan hikmat,' iaitu digauli
karib oleh Roh Kudus. Yeshua telah menjelaskan kebenaran perihal 'permulaan
Hikmat' itu dengan suatu perumpamaan, iaitu 'seperti Pohon anggur sebenar
dan ranting-ranting yang sebenar.'
Kebenaran
dinyatakan kepada orang-orang percaya bahawa 'nama' Bapa adalah untuk
selama-lamanya tidak berubah (Immutable 'name' of the Father). The Covenanted
names of God, iaitu 'nama'YHVH dan juga 'nama' Kristus
Yeshua bertujuan untuk menyempurnakan 'missions': "menabur
dan menuai." Tuhan YHVH "menabur dan menuai"
secara khusus ke atas bangsa Israel dan terlibat langsung dengan takdir 'the
delivery of Christ,' manakala Yeshua pula "menabur dan menuai" ke
atas semua bangsa-bangsa di dunia! Sifat-sifat semulajadi 'roh' YHVH dan
'roh' Yeshua adalah 'sama,' kerana mereka adalah 'satu roh' dengan Bapa
segala roh yang immutable. Justeru itu, 'Kelmarin, hari ini dan
untuk selama-lamanya Kristus tetap sama" dalam Ibrani 13: 8, sebenarnya
mengungkapkan sifat-sifat roh ilahiNya yang tidak berubah! Kedua-dua 'nama'
Tuhan adalah 'Pembaptis Roh Kudus.' YHVH dinyatakan
kepada Israel untuk menggenapi janji-janji Tuhan kepada bapa
iman, Abraham, dan juga untuk mempersiapkan 'the delivery of
Christ.' ''Nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah untuk
menyempurnakan altar di bumi seperti altar di Sorga: Jalan.
Bangsa-bangsa
yang dianugerahkan 'mata' untuk melihat 'Jalan' itu, lalu mereka
menjadi para 'pengikut Jalan,' dan menjadi penyembah-penyembah roh yang
sebenar! Maka, 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan
Yang Maha-tinggi adalah bertujuan untuk 'menabur dan menuai' ke atas bangsa-bangsa, supaya mereka
yang 'tertulis namanya' dalam buku kehidupan akan dapat menerima kehidupan yang
penuh. 'Nama' Bapa adalah immutable. ‘Sifat-sifat Roh Tuhan’ adalah immutable. Sifat Tuhan yang 'taat
mengampuni' ini dilihat oleh Rasul Paulus sebagai suatu kebebasan bagi
orang-orang percaya. Rasul Paulus melihat bahawa tidak ada jumlah dosa manusia
yang dapat mengubah sifat-sifat Roh Tuhan! Lalu, Rasul
Paulus bersaksi tentang ‘kebebasan’ (‘rest’)
dari penghambaan dosa yang diberikan oleh
Tuhan: 'Segala sesuatu adalah dibenarkan, namun bukan semua adalah berguna.' Percaya kepada 'nama'
Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak adalah suatu 'kebebasan'
daripada penghambaan dosa. Bagi mereka yang mengenali 'nama' Bapa,'
dosa-dosa bukanlah masalah yang mustahil untuk diselesaikan. Ia cuma
diumpamakan sebagai kota-kota 'Yericho' yang perlu ditawan dan
dirobohkan, ataupun ia seumpama gunung-gunung yang perlu 'dilemparkan ke
dalam Laut.' Rasul Paulus menulis, "Di manakah sengatmu 'O'
maut, iaitu dosa, ...maut telahpun ditelan oleh kuasa Kristus!"
Persoalannya
bukan lagi berkisar kepada 'perihal' pelanggaran hukum Taurat, akan tetapi
apakah seseorang percaya itu mempunyai hikmat untuk 'percaya'
kepada 'nama' Tuhan dengan 'sempurna.'? Yeshua menasihati bahawa: "Therefore you are
to be perfect, as your heavenly Father is perfect" (Matthew 5: 48).
Kata-kata Yeshua itu bukanlah merujuk kepada kesempurnaan karakter, moraliti
mahupun kesempurnaan disiplin seseorang. Maksud Yeshua adalah merujuk kepada 'kesempurnaan
percaya' kepada 'nama' Tuhan; percaya yang tidak berpenyakit! Oleh
kerana 'nama' Tuhan itu sempurna, maka wajarlah 'percaya' kita adalah
'sempurna' untuk mempercayai sifat-sifat Ilahi serta semua FirmanNya ('nama')!
Percaya yang 'sempurna' dijelaskan oleh Yeshua sebagai 'biji sesawi' yang
setulinnya dari Sorga! Percaya yang dibentuk oleh karunia "takut akan
Tuhan," sememangnya menzahirkan "permulaan hikmat"
yang sejati. "Permulaan hikmat" itu adalah merujuk kepada 'fasa-fasa
awalan' dalam ibadah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan!
Mereka
yang tertulis namanya dalam buku kehidupan adalah orang-orang 'percaya' yang
dapat mengakses berkat 'spiritual programming' yang "sudah
selesai" 'diupacarakan' oleh Yeshua di atas Kayu Salib (Altar). 'Spiritual
Programming' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah curahan berkat Ilahi
yang menjanjikan kehidupan yang bebas dari penghambaan dosa-dosa, iaitu
'kehidupan yang penuh' bagi orang-orang percaya! Orang-orang percaya
dianugerahkan Jalan, Pintu dan Kunci untuk
mengakses 'spiritual programming' itu, supaya mereka dapat mengecapi 'spiritual resources' pengampunan Tuhan,
dan seterusnya dapat pula menyempurnakan ibadah rohani! 'Roh Pentakosta' adalah
'berkat' yang mencurah-curah dari kuasa Pembaptis Api (Yeshua Kristus).
Ia adalah berkat 'spiritual programming' hasil dari Pengupacaraan altar
di bumi yang "Sudah Selesai"! Spiritual Programming itu
melibatkan sebaran 'maklumat roh' yang telah diketahui secara lengkap oleh
semua penduduk Sorgawi termasuk para malaikat yang gagah perkasa! Maka, para
malaikat adalah pelaksana kehendak-kehendak Tuhan Yeshua yang gagah perkasa.
Santo
Yohanes bersaksi bahawa salah satu daripada sifat-sifat roh Yeshua adalah 'taat
mengampuni,' sebagaimana sifat Roh Bapa yang ada di Sorga.
'Upacara Domba Tuhan' di bumi adalah suatu 'programming' alam roh yang
dapat diakses sebagai 'Berkat Pengampunan Tuhan; maka, para pengikut Jalan
'menyeru' nama Tuhan. 'Berkat' Pengampunan Ilahi itu memperkayakan
manusia di bumi, malah ia sama sekali 'tidak' menambahi penderitaan umat
manusia! Berkat itu pastinya mengalir kerana pengupacaraan Yeshua, sebagai
'Domba Tuhan' adalah upacara menurut Ordo Imam Agung Melkisedek.
Maksudnya, Tuhan' yang telah 'mengupacara Altar' di bumi! Hasil
pengupacaraan Domba Tuhan' oleh diriNya sendiri, maka berkat pengampunan
dosa-dosa semutlaknya terjamin! Kasih Karunia itu terjamin mengalir kerana ia
telah "Sudah Selesai" diupacarakan di bumi! Kristus itu adalah Kasih
Karunia Allah Bapa yang kelihatan di bumi! Pengupacaraan 'Altar' menurut Ordo
keturunan Imam Harun tidaklah terjamin kerana 'manusia' tertakluk kepada banyak
cacat celah! Manusia 'luka' sebagai 'pengupacara' altar ternyata
menghadapi banyak cact-celahnya! Programmingalam 'roh' yang
disempurnakan oleh Yeshua adalah 'jaminan' kepada semua orang percaya
dalam mengimani sifat-sifat Allah Bapa ('nama' Bapa)
yang tidak kelihatan, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Kristus. Yeshua
berfirman "Aku dan Bapa adalah 'satu;' ...barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa." Justeru
itu, 'melihat' Altar di bumi adalah mengenali 'nama' Bapa.
Justeru
itu, sebagai penerima 'kasih karunia, kita tidaklah berusaha membuat
kebaikan-kebaikan agar diterima dan dikasihi oleh Roh Tuhan. Tuhan bersifat
'kasih' mengasihi kita sebagaimana adanya kita! Semua orang berdosa yang datang
kepada Yeshua sentiasa diterima oleh 'Nama' Bapa yang immutable,
iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak! We are not striving to do good deeds
in order to be accepted and loved by God; we are solely accepted by God because
of his immutable 'name.' ("Name" ..see Exodus 34: 5, 6, & 7). 'Karya'
Tuhan' atau 'nama' Tuhan' ialah 'kasih' dan 'mercy.' Berkat pengampunan dosa 'turun' dari
'sifat' Tuhan yang mengasihi (abounding in love) dan mengasihani (merciful).
Pengampunan itu dapat dilihat oleh 'mata' melalui penyempurnaan upacara ritus
altar di bumi. Semua upacara 'ritus altar' baik di zaman patriarchs ataupun
di zaman Perjanjian Lama di Tanah Perjanjian adalah senantiasa merujuk kepada
Upacara Ritus Altar di bumi yang diupacara oleh Yeshua sendiri."21 And
everyone who calls on the 'name'' of the Lord will be saved." (Acts 2: 21,
NIV).
Bagaimana
menyeru nama Tuhan, supaya kita diluputkan dari hukuman? Roh Menorah, iaitu
Kristus adalah Jalan, Pintu dan
juga kunci-kunci untuk menyeru 'nama' Tuhan. Patriarch Ayub
bersaksi bahawasanya Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "....the [spirit] fear
of the Lord is [the spirit of] Wisdom and to shun
evil is (the Spirit of ) Understanding " (Job 28: 28).
Firman-firman
yang tertulis dalam kitab-kitab Suci akan kekal, sekadar 'perkataan dalam tinta
(inked words)' sahaja, jika sekiranya kita tidak meminta hikmat kepada
Tuhan. Rasul Yakobus menulis bahawa mereka yang kekurangan hikmat hendaklah
meminta kepada Allah Bapa. Tetapi, ramai yang tidak tahu bagaimana meminta
hikmat. Sebenarnya, 'hikmat' didahului dengan meminta karunia "takut akan
Tuhan" (Job 28: 28; Amsal 1:7; Amsal 9: 10; Yesaya 11; Yesaya
33: 6). Urusan meminta 'hikmat' berarti ia harus didahului dengan urusan
meminta karunia 'takut akan
Tuhan'.' Ia harus dipohon kepada Tuhan di dalam setiap doa.
Namun, Paulus menulis bahawa 'karunia' datang dan pergi, kerana karunia-karunia
senantiasa 'melekat' pada roh Tuhan sendiri! Maka, karunia 'takut akan
Tuhan' perlu dipinta setiap kali kita berdoa. Dalam arti kata lain,
kita perlu memohon 'hikmat' setiap kali kita memasuki 'bilik yang terdalam' (the
spirit of prayer). Maksudnya, setiap orang percaya haruslah menjadi 'ranting
sebenar' kepada 'Pohon anggur sebenar.'
Raja
Salomo menjelaskan dalam Amsal 2: 6 bahawa dari 'mulut' Tuhan (nabi-nabi'),
maka kita akan mendapat pembahagian 'pengertian' dan 'pengetahuan.' Justeru itu, jika 'percaya' kita bergantung
penuh kepada pembahagian mulut-mulut Tuhan sahaja, maka 'percaya' kita akan
hanya terperap kepada: "...aku mendengar tentang Engkau dari cakap-cakap
orang sahaja."
Alangkah lebih baiknya, jikalau sekiranya perihal 'percaya' bagi setiap
orang percaya adalah berbunyi : "...aku melihat wajahMu." Bagi mereka yang dianugerahkan
karunia "takut akan
Tuhan," maka sudah tentu Tuhan akan bergaul karib. Oleh
itu, firman-firman yang tertulis di dalam Kitab Suci akan akhirnya tersingkap satu
persatu! (...rujukan: 'tersingkap' ..Mazmur 119: 130).And He said to the
human race, “The
[spirit of the] fear of the Lord—that is [the spirit of] wisdom,
and to shun evil is [the spirit of] understanding.” (Job 28: 28, NIV).
Oleh
kerana dosa dicatat pada roh setiap orang, maka hanya Kasih Karunia Tuhan
sahaja yang dapat membebaskan kita dari 'sengat maut' itu, iaitu catatan
dosa pada roh. Maka,menanggalkan catatan/rakaman dosa-dosa atau disebut
"menanggalkan kejahatan" adalah memerlukan roh pengertian! ["and to shun evil is
Understanding (Spirit of)"]. Roh Pengertian akan mengajar seseorang untuk
mengenali 'nama' Tuhan. Mengenali nama Tuhan dan nama yang Dia utus, iaitu
Kristus adalah kehidupan kekal abadi! Manusia tidak mempunyai sumber untuk menghapuskan
catatan/rakaman dosa itu, kecuali melalui 'Jalan' yang dianugerahkan oleh Tuhan:
Kristus. "Akulah Jalan..." kata Yeshua!
Nubuat
nabi Yesaya menyingkapkan 'misi' Yeshua Kristus dalam kematianNya di
atas kayu salib: "10 Apabila ia menyerahkan dirinya sebagai Korban Penebus
salah (sin offering), ia akan melihat keturunannya, umurnya
akan lanjut, dan kehendak Tuhan akan terlaksana
olehnya. 11 Sesudah kesusahan jiwanya ia akan melihat terang dan menjadi
puas; dan hamba-Ku itu, sebagai orang yang benar, akan membenarkan
banyak orang oleh hikmatnya, dan kejahatan mereka dia pikul" (Yesaya 53:
10-11). Berkat pengampunan mengalir sepanjang masa di sepanjang zaman
perdamaian. Yeshua adalah Juru Penebus dan Juru Selamat. Juru Penebus berarti
dia sebagai, 'Domba Tuhan,' mempunyai kuasa Ilahi untuk menghapuskan
(mengampuni) dosa-dosa yang tercatat atau dirakam pada roh-roh manusia.
Menerima 'Janji' Tuhan adalah suatu kemerdekaan dari Penghambaaan. Namun, untuk
menerima 'Janji Tuhan,' orang percaya perlu mempunyai 'percaya' yangsempurna kepada
'nama' Tuhan! Pada mulanya,
Israel gagal menawan Tanah yang dijanjikan. Maka, mereka terpaksa
'didisiplinkan' dan 'dididik' oleh Tuhan perihal 'percaya'selama genapnya 40 tahun di gurun
belantara. Hanya selepas 40 tahun 'digauli-karib' oleh Tuhan di 'gurun,' dan baharulah 'percaya' mereka dapat 'menawan' Tanah yang dijanjikan!
Almasih (Messiah) ialah yang ditungu-tunggu atau yang 'dijanjikan' oleh YHVH!
Apabila Almasih itu berjalan di tengah-tengah umat Tuhan, the ruling
priests telah menolaknya. Mereka 'tidak percaya' kepada Dia yang
diutus Bapa!
Orang-orang
percaya dalam Perjanjian Baru masih mengalami masalah yang sama, iaitu 'percaya
yang tidak sempurna' ! Justeru itu, Almasih telah mengamanahkan 'pemberitaaan'
injil kepada kedua belas rasulnya yang Ia sendiri telah 'gauli-karib'
selama hampir 3 tahun, dan kesinambungan 'ranting dan Pokok' diteruskan oleh
'misi' Roh Pentakosta. Kuasa Messiah hanya akan mengalir menganugerahkan Berkat
'janji-janji' Tuhan, hanya apabila 'percaya' kepada namaNya menjadi sempurna!
"...NamaNya (Kristus)
ialah Firman Allah." (Wahyu 19: 13 b).
Percaya
yang sempurna tidak ada kaitan dengan prestasi moraliti atau
disiplin perangai seseorang. Moraliti dan disiplin adalah
pembentukan karakter. Namun, 'percaya' atau 'iman' yang sempurna adalah 'anugerah' karya Roh Kudus! Semua akan melalui proses
'pertumbuhan rohani' dan tidak ada orang percaya yang 'percaya' secara sempurna
dengan sekelip mata. Yeshua berkata: "Karena itu, kamu harus menjadi sempurna, seperti
Bapamu yang di surga adalah sempurna" (Matius 5: 48). 'Percaya' harus
'sempurna' (seperti kanak-kanak) untuk melihat '''gunung dilemparkan ke dalam
Laut." Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang
percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai
iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari
tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil
bagimu" (Matius
17: 20).
Kesempurnaan
Pengupacaraan Altar di bumi yang berlangsung selama 3 jam itu
adalah 'programming' alam roh yang sempurna oleh Kristus! Ia tidak
bercacat celah. Ia sepenuhnya menuruti atau mengenapi semua Taurat, semua
nubuat dan semua lirik-lirik Mazmur (Lukas 24: 44). Dan penyempurnaan
upacara rohaniah, ''programming," yang berasal dari ''nama'
Bapa dan dilaksanakan di bumi oleh 'nama' Anak adalah diketahui
oleh semua mahluk Sorgawi dan juga para Malaikat! Maka, penduduk Sorgawi turut
serta melaksanakan 'kehendak' Bapa Sorgawi. "Sudah Selesai" juga berarti
'nama' Yeshua Kristus telah menelan ''sengat maut," iaitu dosa!
Justeru itu, percaya kepada 'nama' Domba Tuhan menjanjikan berkat
pengampunan dosa, apabila seseorang membuat pengakuan dosa-dosa.
Nabi Moshe membuat
catatan dalam Kitab Keluaran 34: 5-7 bahawasanya 'nama' Tuhan
adalah panjang Sabar, Kasih (abounding in love), mengasihani (merciful) dan mengampuni(forgiving). ‘Nama’ Tuhan yang
mengalir bersama sifat-sifat ilahi (divine
attributes) itu sememangnya tidak dapat dilihat oleh mata
kasar, mahupun dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek manusia. Namun, apabila
seseorang percaya berdoa melalui Firman ritus altar, maka orang percaya dapat
melihat 'altar' di bumi dengan mata kasar. Justeru itu, mendirikan altar di
bumi sebagai cara ‘berdoa,’ agar seseorang dapat menerima 'pengaliran' Roh
Tuhan adalah ajaran yang disebut menurut Ordo Melkisedek. Maka,
jika sekiranya Tuhan berkenan, para patriarch
akan dapat menerima 'Kasih Karunia.' Habel berdoa melalui
Firman ritus altar.
Demikianlah juga Lamekh, Henokh,
Nuh, Abram, Ayub, Yakub, dan para
nabi termasuk imam-imam keturunan Ordo
Imam Harun. 'Altar di bumi' adalah yang dapat dilihat oleh
mata kasar, dan dapat pula ditanggapi oleh kapasiti intelek untuk menuruti
upacara ritus, iaitu sebagai 'jalan' untuk memasuki the spirit of prayer. Firman-firman
berhubung dengan upacara Altar sebagai 'Jalan' berdoa adalah ketentuan
Ordo Melkisedek!
Altar
Perjanjian Lama di bumi akhirnya disempurnakan oleh Pengupacara Imam Ordo Melkisedek dan
dia jugalah sebagai korban Penebus Dosa (Sin Offering). Altar Perjanjian
Lama tidak sempurna dan mestilah diupacarakan berulang-ulang untuk
menyelesaikan dosa-dosa, agar Imam Besar bagi Umat Israel dapat memasuki 'bilik
yang terdalam' (the Holy of Holiest). Bilik Yang Mahasuci (the Holy
of Holiest) Tabernakel di Tanah Suci telah digenapi, apabila setiap 'roh'
orang percaya berfungsi sebagai Tabernakel ('bilik terdalam')
bagi curahan Roh Pentakosta. Yeshua berkata: "...apabila kamu
berdoa, masuklah ke dalam bilik yang terdalam'...(the spirit of prayer)."
Kalau Kita baca kisah ringkas mengenai dengan panggilan Tuhan
kepada Abram dalam Kitab Kejadian 12: 1-9, kita
akan dapati bahawa sebelum Tuhan 'muncul' (appeared) beberapa kali
kepada Abram, -- Abram ternyata belum mendirikan 'altar.' Maksudnya,
Abram belum mahir dalam urusan berdoa selagi Tuhan belum 'muncul' beberapa kali
kepada Abram. Dia telah akhirnya menjadi mahir dalam berdoa selepas Tuhan
'muncul' beberapa kali. Roh Tuhan datang 'bergaul karib' dengan 'roh'
Abram dan 'roh' Sarai.
Semua
orang percaya akan melalui 'fasa-fasa perjalanan iman' yang diwarnai dengan
pelbagai aspek 'ragu-ragu'. Setiap penerima 'kasih karunia' adalah orang
percaya yang 'percaya' kepada nama Bapa, iaitu nama yang
diberikan kepada Anak. Orang-orang percaya menjadi warga Kerajaan Allah yang
beribadah dan menggenapi "Bapa Kami;" mereka telah diberi 'kuasa'
untuk menjadi anak-anak Tuhan. Kristus bersabda: "Akulah Pohon anggur
sebenar dan kamu adalah ranting-ranting sebenar." Perumpamaan itu
menjelaskan suatu "pergaulan karib" antara Roh Kudus dan roh
orang-orang percaya. Namun, bagaimana mungkin Roh Tuhan akan bergaul karib
dengan manusia yang berasal dari biji benih 'roh' dan biji benih 'daging' yang
senantiasa tertakluk kepada dosa-dosa? Patriarch Ayub
dalam Ayub 28: 28 bersaksi bahawa Roh Tuhan pernah berfirman
kepada penduduk bumi: "Takut akan
Tuhan adalah Hikmat dan menanggalkan kejahatan
adalah (roh) pengertian."