Rabu, 10 Ogos 2016

"...bukalah mulutmu lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh." (Mazmur 81: 10)



10 Akulah TUHAN, Allahmu, yang menuntun engkau keluar dari tanah Mesir ('penghambaan'): bukalah mulut mu lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh.
11 Tetapi umat-Ku tidak mendengarkan suara-Ku, dan Israel ('umat Tuhan') tidak suka kepada-Ku.
12 Sebab itu Aku membiarkan dia dalam kedegilan hatinya; biarlah mereka berjalan mengikuti rencananya sendiri! (Mazmur 81: 10-12).

Jadi Ia merendahkan hatimu, membiarkan engkau lapar dan memberi engkau makan manna, yang tidak kaukenal dan yang juga tidak dikenal oleh nenek moyangmu, untuk membuat engkau mengerti, bahwa manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi manusia hidup dari segala yang diucapkan TUHAN ( Ulangan 8: 3)

Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah." (Matius 4: 4).

_________________________________________

    Firman Tuhan menjelaskan bahawa kehendak Tuhan bagi Adam dan Eve di Eden adalah menuruti kehendakNya, iaitu memakan buah yang hanya dari Pohon Kehidupan! Mesej itu bernubuat bahawa mahluk roh manusia yang dibaluti 'tanah-liat' hendaklah hidup menuruti Firman. Meskipun manusia keturunan Adam itu 'luka,' kehendak Tuhan masih tidak berubah, yaitu mengkehendaki manusia, supaya 'hidup menurut setiap Firman' Tuhan. Umat Tuhan yang  dianugerahkan kasih-karunia adalah diseru untuk 'makan' Firman. Daging ternyata meneruskan hayatnya dengan "makan dan minum." Kasih Karunia menganugerahkan 'altar' perdamaian kerana sifat Tuhan yang penyayang dan pengasihani. SifatNya yang 'kasih' menganugerahkan 'jalan' untuk menyelesaikan dosa (impurities). Ordo Melkisedek menurunkan ajaran perihal 'Altar' perdamaian kepada umat pilihan Tuhan. Bani Israel adalah penerima 'jalan' perdamaian melalui ajaran Taurat, yaitu 'jalan' melalui ritus-ritus penebusan. Maka, ia dinubuatkan sebagai "perempuan."

    Tuhan berfirman kepada semua umat Tuhan dengan 'Firman yang berbunyi: "...bukalah mulutmu lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh." Apakah maksud Tuhan menyeru bani Israel yang sedang berjalan dalam perjalanan iman, agar mereka membukakan mulut lebar-lebar? Bagaimana pula roh manusia itu dikatakan dapat membuka mulut? Kita tahu bahawa semua perkataan Tuhan adalah 'roh' (Yoh. 6: 63), maka maksud lirik nyanyian dalam Mazmur 81: 10 adalah merujuk kepada roh manusia yang perlu 'makan.' Jika kita amati  anak-anak burung pipit dalam sarang, kita akan dapati mereka 'membuka paruh' luas-luas agar indung pipit senang memasukkan makanan ke dalam setiap paruh anak-anak pipit. Biar sebanyak manapun makanan yang dijatuhkan oleh indung pipit, jika anak pipit tidak membukakan mulutnya lebar-lebar, sudah pasti ia tidak akan mendapat makanan, dan seolah-olah tiada 'makanan' yang diberikan!

                                   
"...bukalah mulutmu lebar-lebar..."
      

    Kristus itu adalah Pohon Kehidupan. Namun, anak-anak Tuhan tidak akan mendapat 'manna dari Sorga,' jika mereka tidak "membukakan mulut lebar-lebar." Fikiran harafiah akan membuat rumusan: bagaimana mungkin roh manusia ada mulut? Apakah arti rohaniah frasa "membuka mulut lebar-lebar" itu? Jika ia adalah 'roti ekaristi,' pastinya tiadalah masalah kerana ia memang dimakan dengan mulut sebenar dan dilaksanakan dalam 'iman.' Namun, bagaimana pula dengan doa harian dalam doa "Bapa Kami" (Matius 6: 9-14) yang menjelaskan bahawa kita perlu meminta  "Manna" dari Sorga setiap hari? Apakah mungkin benar roh kita sesungguhnya ada 'mulut' untuk makan ('suara') Firman?

    Makanan untuk tubuh fizikal masuk melalui mulut harafiah  kita, kemudian masuk melalui sistem penghadaman zat-zat makanan. Santapan untuk intelek pula memasuki aktiviti intelek dengan adanya lima pintu deria daging manusia.  Namun, "roh manusia" makan 'manna dari Sorga' melalui "sumbu roh manusia," ataupun tempat 'lidah api' Roh Kudus hinggap pada roh manusia sepertimana yang disingkapkan oleh sons of Korah perihal "Deep calls deep" dalam Mazmur 42, dan juga sepertimana yang dibicarakan oleh Job dalam Job 29: 3. Maka, memakan 'biji sesawi dari Sorga' atau "Manna Sorgawi" adalah urusan yang melibatkan 'percaya' kepada Jalan, Pintu dan 'Kunci' roh Tuhan. Adalah mustahil sekali Tuhan mahu mendengar doa orang yang berdosa; Tuhan tidak akan berkenan kepada doa orang yang berdosa kecuali, orang berdosa itu dianugerahkan dengan "Jalan" untuk melepaskan dirinya dari dosa-dosa. Yeshua berkata "Akulah Jalan:" Altar Domba Tuhan adalah "Jalan" bagi menyelesaikan semua dosa-dosa, supaya doa kita dikenan oleh Roh Tuhan. Hadirat Roh Tujuh Lapis adalah "Pintu Yeshua" di sepanjang zaman Raja Damai. Tanpa hadirat Roh Kudus, maka tiadalah hadirat 'Pintu Roh Tuhan' untuk kita  memasuki ke dalam 'kamar' terdalam itu;  'meja makan' bagi makanan roh orang percaya hanya terdapat dalam kamar 'terdalam.'

    Oleh kerana pusat kesedaran orang percaya masih dominan pada 'daging,' maka bagaimana mungkin seseorang percaya untuk menjadi 'lapar' kepada Firman? Daging sudah tentu tidak memerlukan 'Manna dari Sorga' kerana daging jelas sekali hanya mengkehendaki perkara-perkara seperti frasa-nubuat "makan dan minum, kahwin dan mengahwinkan, membuat batu-bata dengan membakar tanah liat dengan baik-baik, dan juga membeli -menjual," sedangkan Manna adalah urusan 'roh.'

    Justeru itu, hanya manusia yang dianugerahkan dengan karunia "takut akan Tuhan"  sahaja yang akan mengecapi urusan  "...Tuhan bergaul-karib." (Mazmur 25: 14).  "Membuka mulut lebar-lebar" adalah suatu frasa Ilahi yang menyingkapkan keadaan roh seseorang percaya yang dianugerahkan dengan karunia-karunia Roh Tuhan Tujuh Lapis itu. Tanpa 'operasi' khusus karunia "takut akan Tuhan," maka sukarlah sekali roh manusia itu 'lapar' akan "Manna dari Sorga."  Dalam konteks umat Ibrani dalam Perjanjian Lama, lirik Maz. 81: 10 adalah merujuk kepada kerelaan dan iman dalam menuruti pemberitaan Tuhan melalui mulut-mulutNya, yaitu nabi-nabi Tuhan. Ternyata mereka menolak mulut-mulutNya yang ia utus! Dalam konteks umat Perjanjian Baru, ia merujuk kepada kesungguhan orang-orang percaya dalam meminta "Manna" dalam 'nama' Kristus. 

    Urusan meminta 'Manna' adalah urusan keutamaan bagi mereka yang mencari "Kerajaan Allah" (Mat. 6: 33). Ia melibatkan pengertian dan hikmat perihal menuruti "Jalan, Pintu dan Kunci."  Tanpa pengertian dan hikmat mengenai Jalan, Pintu dan Kunci, maka meskipun Sumber Kehidupan itu dengan murah hati mencurahkan berkat "Manna," maka semuanya akan seolah-olah 'tiada' Manna yang turun dari Sorga dalam menggenapi doa "...berilah kami 'makanan' hari ini yang secukupnya." 'Mulut' yang tertutup umpama air dicurahkan di atas daun keladi; semuanya kesia-siaan belaka! Mulut yang dibuka lebar-lebar adalah seperti anak-anak pipit yang lapar dan senantiasa bersedia menerima makanan dijatuhkan kedalam mulut mereka; bersedia untuk makan  hanya bisa terjadi apabila karunia "takut akan Tuhan" itu dipinta setiap hari dalam 'nama' Kristus. 

    Karunia "takut akan Tuhan" adalah 'kunci' untuk membukakan pintu harta-Karun Sion (Isaiah 33: 6). Hati (roh) yang direndami oleh karunia "takut akan Tuhan" akan dapat diajar oleh Roh Tuhan untuk memfokuskan roh nya kepada Harta Sion ('Manna').   Yeshua berkata "di mana hartamu, disanalah hatimu berada." Tetapi hati (roh) manusia yang senantiasa 'conscious' akan daging dengan kelima-lima derianya, tidaklah bersukacita untuk "membukakan mulut dengan lebar-lebar." Roh manusia yang dianugerahkan dengan karunia "takut akan Tuhan" sahaja yang bersukacita dan ghairah untuk "membuka mulut lebar-lebar." 

    Daging hanya ghairah dengan harta dunia dan perkara-perkara dunia, iaitu frasa nubuat berikut: "makan dan minum; membuat batu-bata; kahwin dan mengahwinkan dan juga membeli atau menjual." Oleh kerana pusat kesedaran kita adalah dominan pada daging, maka keghairahan kita adalah harta dunia, dan justeru itu, ia menjelaskan kenapa kita tidak menyukai untuk "membuka mulut lebar-lebar." Kita membutuhkan karunia "takut akan Tuhan" kerana ia adalah permulaan Hikmat atau dalam bahasa mudahnya, 'karunia' itulah yang menjelaskan kenapa "Tuhan bergaul karib" dengan orang percaya! (Psalm 25: 14; Job 28: 28; Prov. 1: 7; Isaiah 33: 6). Saranan Yeshua yang berbunyi "Carilah dahulu Kerajaan Allah..." dalam Mat. 6: 33 juga menyingkap mesej "menjadi ranting pada Pohon Kehidupan" sebagaimana yang difirmankan oleh Tuhan Yahweh dalam lirik nabi Asaph "...bukalah mulutmu lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh" (Mazmur 81: 10).
 
    Tapi frasa yang menyarankan agar umat Tuhan "membuka mulut' lebar-lebar" adalah suatu perjuangan 'tarik-tali' yang berat sekali kerana pada jam terakhir zaman Perdamaian, Mammon sebagai 'karya' atau 'nama' manusia telah menindan 'karya' Tuhan sehingga semua manusia berjalan terhuyung-hayang; kita semua terhuyung-hayang dalam mengabdikan diri atau beribadah kepada Sumber Hidup sejati. Mammon atau 'karya-duit' (monetary) dan juga dinubuatkan sebagai 'nama' binatang dua tanduk telah menindan kedudukan Tuhan di hati manusia sebagai objek penyembahan (ibadah). Tidak hairanlah kenapa Yeshua berkata: " ...tiada orang yang dapat beribadah (mengabdikan diri) kepada Mammon dan Tuhan.. .kamu (orang percaya) tidaklah dapat melayani-beribadah kepada dua tuan." Mammon menindan 'conciousness' percaya dan merosakkan "anggur dan minyak" sehingga orang-orang percaya lemas dan Lemah untuk beribadah kepada "nama" Tuhan. Maka, tidak hairanlah kenapa semua manusia menerima "tanda di dahi dan tanda di tangan' itu": 666.

    Kerana "nama" ('karya') binatang dua tanduk yang keluar dari bumi itulah juga yang mengheret seluruh Dunia ke Medan peperangan yang dinubuatkan dalam Why.9: 16.  200 juta soldadu akan berperang di sana (dekat' Euphrates) kerana "monetari'." Monetary (the handiwork of money) is the root of all evils. Jika ada keadilan, duit dapat dipakai untuk 'karya yang baik, namun ketidak-adilan menjerumuskan manusia kepada pelbagai kejahatan. Kerajaan daging dan penguasa-penguasa dunia dalam menguasai 'kuasa 'duit' adalah jawapan kepada kenapa ada 200 juta askar akan berperang menggenapi Why. 9:16.  'Monetari' adalah suatu dimensi medan peperangan akhir zaman yang melibatkan kuasa-kuasa pemerintah. Sebenarnya, sebelum pun arsenal disusun dan sebelumpun senjata meletup, 'monetary' telah lama berperang sebagai medan peperangan bagi penguasa-penguasa bangsa-bangsa di dunia. 

    Tanda asli, yaitu "tanda di dahi dan tanda di tangan" dari Ilahi adalah merujuk kepada Ikatan Perjanjian Paskah (Mezbah) yang menuntut umat Tuhan supaya beribadah kepada Tuhan dengan menuruti semua perintah Tuhan. Tanda palsu disingkapkan dengan frasa yang sama, yaitu "tanda di dahi dan tanda di tangan" atau 'karya' (nama) manusia, namun ia mengikat dan menghambakan umat manusia kepada semua perjanjian 'monetari' serta segala hukum-hukum monetary. Yeshua berfirman: 21 For where your treasure is, there your heart will be also. ...24  No one can serve two masters. Either you will hate the one and love the other, or you will be devoted to the one and despise the other. You cannot serve both God and money. (Matthew 6: 21, 24, NIV


    Ia menindan tanda yang asli (ibadah kepada Sumber Kehidupan); ia merebut penyembahan kepada Tuhan dari umat manusia! Ia menindan 'Sumber Kehidupan' itu kerana ia berfungsi sebagai 'nadi dan darah' atau 'oksigen' kepada semua kerajaan, semua bangsa dan kepada segala transaksi kehidupan manusia sejagat. Ia memungkinkan kehidupan umat manusia di 'jam' yang terakhir, agar senantiasa sibuk dan ditaklukkan kepada aktiviti "membeli atau menjual." Bila semua bangsa berkata "marilah kita...mencari nama," maka kita tahu reaksi Tuhan akan berbunyi: "Marilah kita turun..." Ada nubuatan yang berbunyi bahawa apabila umat manusia sejagat berkata sebanyak 'dua dan tiga kali' mengenai dengan "nama" yang mereka cari, maka sudah pasti Tuhan akan berkata "marilah kita turun...." Pemerintah-pemerintah kepada 'karya' manusia akan menjadi 'amarah,' tetapi suara Tuhan akan kedengaran "ada suara Tuhan di atas air besar..."