(Nota/peringatan: Tulisan
ini hanyalah menurut ulasan peribadi dari penulis sahaja, dan tidaklah mewakili
mana-mana aliran gereja.)
___________________________________
20. Lalu Nuh
mendirikan mezbah bagi Tuhan; dari segala binatang yang tidak haram dan dari
segala burung yang tidak haram diambilnyalah beberapa ekor, lalu ia
mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah itu. 21 Ketika Tuhan mencium
persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya: "Aku takkan
mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya
adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang
hidup seperti yang telah Kulakukan. 22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim
menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."(Kejadian 8:20-22)
___________________________________
Sekali baca, petikan di atas semacam cerita dongeng belaka. Namun,
Yeshua pernah berkata: "Perkataan-perkataanKu adalah roh dan hidup."
Walaupun petikan di atas adalah dari 'nama' [karya] Yahuwah, tetapi Kristus
dan Yahuwah adalah dari Roh Tuhan yang 'Esa' dan sama. Jika diumpamakan dengan keujudan molekul air yang terdiri dari dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, maka Tuhan yang Esa itu adalah seperti molekul air, iaitu dua atom hirogen dan satu atom oksigen. Molekul air itu dapat manifestasi dalam bentuk air, batu dan wap, tetapi komponen atomnya tetap sama dan tidak berubah, iaitu masih dua hidrogen dan oksigen. Anak adalah keujudan yang visible oleh mata kasar manusia, namun rohNya tetap Ilahi. Roh Bapa adalah keujudan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Manakala, Roh Kudus adalah keujudan yang khusus untuk berkomunikasi kepada roh-roh manusia yang ditebus oleh Tuhan ataupun Roh Ilahi yang mengurapi anak-anak yang ditebus. Kedalaman 'KeEsaan' Tuhan sangatlah tak terselami oleh kapasiti intelek manusia. Bagaimana mungkin Bapa, Anak dan Roh Kudus itu adalah SATU roh? Namun, roh boleh saja jadi 'satu,' meskipun seolah-olah nampak banyak. Lihat saja pelangi, ia nampak tujuh warna asas, namun sebenarnya ia berasal dari satu cahaya yang tiada warna: colorless light. Ia kelihatan tujuh kerana disebabkan oleh prism effect. Tuhan kelihatan Tiga peribadi (Trinitas) atau juga tujuh roh menorah kerana gara-gara rencana atau karya Tuhan menyelamatkan umat manusia! Perdamaian itulah sebabnya Roh Tuhan seolah-olah kelihatan Tiga peribadi malah ia dinubuatkan juga sebagai tujuh roh, tujuh Mata dan tujuh tanduk kerana karya menghakimi dan menghukum. Itu semua disebabkan oleh rencana PERDAMAIAN Tuhan yang memerlukan karya Bapa, karya Anak, dan karya Roh Kudus! Bapa tidak mempunyai darah, tetapi Anak Tuhan yang Mahatinggi mempunyai darah untuk Perdamaian lalu mentakdirkan dirinya sebagai penggenapan anak Domba Tuhan dalam Firman Bapa Yahweh, contohnya, dalam Yesaya 53; Yoh. 1: 29; Mazmur 40: 7, 8, 9. Roh Kudus pula perlu untuk menjadi 'roh komunikasi' antara Roh Allah Bapa dan juga roh-roh anak manusia yang ditebus oleh Darah Suci Yeshua! (Rujuk Kitab Yoel 2: 28-32; Yohanes 14: 15-26).
Petikan firman dari Kejadian 8: 20-22 di atas adalah nubuat yang telah diterima oleh Nabi Moshe. Moshe bernubuat ke belakang; ia
bernubuat ke zaman lampau, iaitu mesej yang pernah Tuhan berikan kepada Noah. Justeru itu, petikan di atas adalah 'roh' dan hidup!
Kita memerlukan anugerah 'roh tujuh lapis' (The Sevenfold Spirit) untuk dapat mengerti maksud roh dari kata-kata 'roh' dari Bapa Segala roh (Pencipta Langit dan bumi).
Berhentinya pergantian 'Siang & Malam' adalah bermaksud berhentinya misi perdamaian Ilahi dalam 'menabur & menuai' di sepanjang 'era' gereja. 'Era gereja' adalah zaman Raja Damai dalam zaman bangsa-bangsa, yang menabur Firman ke-empat penjuru bumi. Selepas kiamat banjir pada zaman Noah, Tuhan mula menabur semula 'Firman' melalui Noah. Kemudian ia terus menabur sehinggalah kepada bani Israel, umat Perjanjian Lama yang telah menjadi 'pewaris' janji-janji Tuhan kepada Abraham. Kristus, kemudian, datang menurut FirmanNya dalam Taurat, menggenapi nubuat nabi-nabi dan juga menurut Lirik Mazmur dalam menyempurnakan misi menabur, agar keselamatan akan merangkumi bangsa-bangsa yang 'bukan bani Israel.' Si 'Penabur' atau Anak Manusia akan menyempurnakan misi menabur, apabila 'appointed time' sampai 'petang.' Zaman selepas kiamat banjir adalah 'pagi' kepada pekerjaan menabur. (Just another 'morning' which means at an appointed time, the evening will surely come. It was another 'morning' because the heaven and skies proclaimed new divine handiworks. Thus, the rainbow proclaimed the 'morning'. The evening of it, is proclaimed in verse 29 Ch. 24 of the gospel of Matthew as prophesied by Jesus. The 'evening' could also be seen in Zechariah 14: 5-7)
___________________________________
Karena itu, dengarlah arti perumpamaan penabur itu. Yesus
membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal
Kerajaan Sorga itu seumpama orang yang menaburkan benih yang baik di
ladangnya. Tetapi pada waktu semua orang tidur, datanglah musuhnya menaburkan
benih lalang di antara gandum itu, lalu pergi. Ketika gandum itu tumbuh dan
mulai berbulir, nampak jugalah lalang. Maka datanglah hamba-hamba tuan ladang
itu kepadanya dan berkata: Tuan, bukankah benih baik, yang tuan taburkan di
ladang tuan?
Dari manakah lalang itu? Jawab tuan itu: Seorang musuh yang melakukannya. Lalu
berkatalah hamba-hamba itu kepadanya: Jadi maukah tuan supaya kami pergi
mencabut lalang itu?Tetapi ia berkata: Jangan, sebab mungkin gandum itu ikut
tercabut pada waktu kamu mencabut lalang itu.Biarkanlah keduanya tumbuh bersama
sampai waktu menuai. Pada waktu itu aku akan berkata kepada para penuai: Kumpulkanlah
dahulu lalang itu dan ikatlah berberkas-berkas untuk dibakar; kemudian
kumpulkanlah gandum itu ke dalam lumbungku" (Matius 13: 18, 24-30)
Maka Yesus pun meninggalkan orang banyak itu, lalu pulang.
Murid-murid-Nya datang dan berkata kepada-Nya: "Jelaskanlah kepada kami
perumpamaan tentang lalang di ladang itu."Ia menjawab, kata-Nya:
"Orang yang menaburkan benih baik ialah Anak Manusia;ladang ialah dunia.
Benih yang baik itu anak-anak Kerajaan dan lalang anak-anak si jahat.Musuh yang
menaburkan benih lalang ialah Iblis. Waktu menuai ialah akhir zaman dan para
penuai itu malaikat. Maka seperti lalang itu dikumpulkan dan dibakar dalam api,
demikian juga pada akhir zaman.Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya
dan mereka akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang
yang melakukan kejahatan dari dalam Kerajaan-Nya.( Matius 13: 36-41, Alkitab
e-Katolik)
__________________________________
Kedatangan Roh Yesus & rombongan
roh-roh dari Syurga bukanlah Kiamat Fizikal Bumi melainkan 'mission'
(atau 'nama') Kristus
yang seterusnya untuk menggenapi Firman yang dijanjikan (Lukas 24: 44).
Bukanlah semua Taurat sudah digenapi. Bukanlah semua nubuatan nabi-nabi telah
digenapi, dan bukanlah semua Mazmur sudah siap-dikerjakannya oleh Yesus.
Tuhan itu Roh. Ia berkerja siang dan malam tidak henti-henti. Maka Roh
Tuhan mempunyai penjelasan rohani berhubung dengan masa 'pagi' dan 'petang'
bagi Karya Ilahi. Pagi menurut intelek manusia adalah fizikal
matahari terbit diufuk timur. 'Pagi' bagi Roh
Tuhan dan bahasa nubuat Roh Tuhan adalah "Nama" barunya dinyatakan
(revealed to mankind) untuk memulakan operasi "mission." Contoh,
Kayu Salib adalah petang bagi YHVH, namun ia adalah pagi 'morning' bagi Raja Damai, Yesus
Kristus (Yashua). Jadi, memang pelik, tetapi begitulah kebenarannya.
Setiap perutusan 'nama' Tuhan yang terlibat dalam 'pengujudan' Perjanjian
antara Tuhan dan manusia di bumi akan memperlihatkan 'tanda' di Sorga, 'tanda'
di Langit, dan 'tanda' di bumi. Sorga, langit dan Bumi itu adalah
merujuk kepada 'alam roh'
yang hanya dapat dilihat melalui penglihatan roh (visions) atau dream
dreams (mimpi mimpi).
"Pagi
dan petang" bagi manusia di bumi adalah merujuk kepada terbitnya
matahari harafiah dan terbenamnya matahari di ufuk bàrat. 'Pagi' dan 'Petang'
bagi Roh Tuhan pula berarti 'Karya' Tuhan bermula dengan 'pemberitaan' 'Penglihatan roh' oleh 'langit' (alam roh) dan penyempurnaan 'karya' Tuhan ('nama'
Tuhan) dinubuatkan oleh 'penglihatan roh', yaitu 'pemberitaan langit
"petang."
|
KaryaNya adalah berdasarkan Firman. 'Nama' Tuhan apabila
disingkapkan oleh Roh nubuat memberi maksud 'Karya' atau 'Pekerjaan'
atau 'Misi.' (Mazmur 19:
1-2; Mazmur 50: 4-6; Wahyu 19: 13). Oleh kerana semua FIRMAN yang tertulis
dalam Kitab-kitab perlulah dikerjakannya oleh Roh Tuhan, maka Yesus Kristus
yang diutus Bapa dalam 'nama Hakim' akan kembali ke bumi untuk menyelesaikan 'business' seterusnya, sebagaimana
menurut sabda Yesus dalam Lukas 24: 44, menurut nubuatan-nubuatan dalam
kitab-kitab Perjanjian Lama, juga menurut nubuatan rasul-rasul, menurut Wahyu
dan nubuatan nabi-nabi era Perjanjian Baru. Banyak lagi agenda Tuhan yang
belum selesai dikerjakanNya, dan Ia akan kembali untuk mengerjakanya sehingga
selesai. KEDATANGAN Yesus Kristus untuk kali
ke-dua, yang dinubuatkan dalam Matius 24: 30, BUKANLAH KIAMAT FIZIKAL BUMI
melainkan, 'Nama'-nyalah sebagai 'Raja Damai' sahaja yang seolah-olah akan berhenti
beroperasi, namun sekali-kali tidaklah ia terbatal, tetapi disempurnakan.
Bila 'nama' Domba Tuhan itu telah sampai
masa untuk menyempurnakan misiNya sebagai Raja Damai (perdamaian dengan umat manusia) di
sepanjang zaman bangsa-bangsa, post-Pentecost,
maka sudah sampai masa bagiNya untuk melaksanakan penghukuman dan
keadilan Tuhan (peperangan menentang
dan menghakimi umat manusia yang digelar "lalang"), supaya
umat tidak akan terus-menerus diperhambakan oleh raja-raja di bumi dengan
agenda misi umat manusia tanpa Kristus. Ular tua adalah kekuatan tak kelihatan
yang menopang atau mengukuhkan pemerintah-pemerintah dunia
('binatang-binatang'). 'Binatang-binatang' itu akan akhirnya diperintah
sepenuhnya atau dimonopoli oleh 'lalang.' Yesus mahu menangkap si ular tua, dan
merantainya selama 1,000 tahun
kelak. Ucapan Yesus "damai sejahtera Kuberikan kepadamu" yang
akan kiamat apabila ia turun kelak, dan bukannya fizikal bumi yang kiamat,
meskipun tidaklah dapat dinafikan bahawa terlalu banyak dan dahsyat
malapetaka-malapetaka yang akan menimpah umat manusia di bumi.
Kiamat fizikal bumi hanya
akan berlaku seperti dijelaskan dalam Wahyu 20: 11. Selama
"bumi masih ada"
dalam Kejadian 8: 22, hanya akan menjadi "bumi tidak ada" pada Wahyu 20: 11, ia dinyatakan, "lenyaplah bumi dan langit dan tidak
ditemukan lagi tempatnya." (Wahyu 20: 11). Justeru itu, kiamat
fizikal bumi hanya berlaku pada Wahyu 20: 11. "Lalu aku
melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi
yang pertama telah berlalu, dan laut pun tidak ada lagi.Dan aku melihat kota
yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias
bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya." (Wahyu
21:1-2).
Namun, Why. 20: 11, tidaklah berarti fizikal bumi akan hancur
berderai. Pengertian kita memang kabur dengan ayat Why 21:1-2, kerana, kita
juga tahu bahawa selepas "kiamat banjir zaman Nuh," bumi telah
menjadi baru dan langit telah menjadi baru. Pastinya, langit yang dahulu
"tidaklah tingkap-tingkap di langit terbuka " ("floodwaters of heaven"), namun
setelah hukuman bermula ia dibuka, dan kemudiannya ditutup balik selepas
40 hari dan 40 malam; secara penglihatan 'spiritual,' (intangible realities) manusia di bumi telah melihat fenomena
rohani yang baru di langit iaitu pelangi.
Sebelum itu, langit (Roh) bumi, sebelum kiamat banjir tidaklah ada pelangi di
langit sebagaimana menurut catatan Kitab. Maksudnya, "langit baru" itu membawa suatu Perjanjian Tuhan
yang baru. Suatu mission/pekerjaan Tuhan yang baharu. Maka, karya
Roh seperti matahari berdiri tegak di atas kepala, tiga jam kegelapan dan tiga
hari kegelapan adalah memberikan pengertian rohani bahawasanya "ada
pekerjaan (mission) " Tuhan yang baru.
Walaubagaimanapun, banyak malapetaka-malapetaka menurut nubuatan
(Firman) yang akan menimpah bumi selama 'namaNya' diberitakanNya sebagai
"Raja Keadilan dan Hakim" iaitu MisiNya ke bumi dalam kedatanganNya yang kedua yang
diumumkan oléh pemberitaan 'tanda' di langit dan tanda 'sorga' mengenai kemuliaan Hakim seperti dalam Matius 24: 28-30. Bahasa
lirik-lirik 'langit' di jantung Tuhan, memberitakan pekerjaan/misi Ilahi
(Mazmur 19: 1-6; Mazmur 50: 4-6).
Menurut Roh Nubuat, "nama Tuhan" ialah "mission"
Tuhan. Maka, pekerjaan Ilahi ada "pagi" nya dan ada "petang" nya.
__________________________________
Zaman perdamaian yang dikaryakan Tuhan sejak selepas kiamat banjir di
zaman Noah telah di beritakan oleh lirik langit dalam jantung Tuhan, "Takkan berhenti siang dan malam."
Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam
hati-Nya:
"Aku
takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan
hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi
segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan. Selama bumi masih ada,
takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan
hujan, siang dan malam." (Kejadian 8:21-22)
"Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan
beku,tetapi akan ada satu hari -- hari itu diketahui oleh Tuhan -- dengan tidak
ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang." (Zakaria
14:6-7). Ringkasnya, pengakhiran 'petang' bagi 'nama' Raja Damai
diberitakan oleh langit yang tiada pergantian 'siang dan malam; 'tanda' di 'langit.' Ia dinubuatkan
oleh mulut Yesus sendiri dalam Matius 24: 29, dan melalui mulut YHVH di bumi
seperti dalam Zakaria 14: 5c, 6-7, dan juga oleh Roh Kudus yang di sampaikan
malaikat kepada St. John dalam Wahyu 6: 12-17.
Nubuatan Zechariah dalam ayat di atas,
hanyalah bahasa Roh Tuhan tentang kedatangan Kristus, atau pengakhiran
pergantian 'siang dan malam' yang merujuk kepada pengakhiran misi Raja Damai
(Penabur) yang mengamanahkan pemberitaan 'khabar gembira' melalui gereja; misi
perdamaian dan memperdamaikan umat manusia yang 'luka' akan berakhir, atau
sampai 'evening.' Agenda menuai
jiwa-jiwa manusia akan beralih dari 'gereja' kepada 'para malaikat.' Penuaian
jiwa-jiwa manusia dari pelbagai bangsa oleh para malaikat adalah merujuk malam, yaitu dari Wahyu 8: 5
hinggalah kepada genapnya Cawan Murka Tuhan yang ke-7. "Siang" akan muncul
balik apabila apabila Wahyu 11: 15 digenapi sesuai dengan nubuatan nabi
Zechariah dalam Zak. 14: 6-7.
Ulasan di bawah adalah ringkasan misi 'nama' Tuhan menurut pemahaman
penulis, dan hubungkaitnya dengan 'pagi'
dan 'petang' dalam Karya
keselamatan umat manusia. Penyelamatan umat manusia yang luka adalah ajaran
yang diturunkan dari pengajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedec.
Dari Ordo Sorgawi inilah pengajaran 'jalan penebusan' ('altar') dinyatakan
kepada hamba-hambaNya. Kenapa Allah Bapa mengutus dan menyatakan 'nama' kepada
hamba-hambaNya melalui ungkapan ibadah 'altar'? Perutusan 'nama'
yang diungkapkan oleh ajaran 'altar' adalah cara Ordo Melchizedec berkerja di dalam
'menabur dan menuai.' Ini merupakan salah satu rahasia Sorgawi. Oleh
kerana Firman adalah Roh Nubuat, maka 'nama' Nya (Kristus) adalah Firman
Tuhan (Wahyu 19: 13).
Kesaksian Kristus adalah roh nubuat. Maksudnya, apa yang difirmankan oleh YHVH adalah firman Kristus juga, dan apa yang difirmankan oleh Roh Kudus adalah firman dari Allah Bapa Juga. Maka, mereka ('nama' Tuhan) mempunyai firman yang 'satu' dan juga 'satu' roh Tuhan! They are sharing the same the Word of God! Ada satu rahsia tentang 'pengaliran' perutusan 'nama' Tuhan. Apabila 'nama' Tuhan mengalir memberkati manusia di bumi, maka ia akan mengalir kepada the Covenanted name of God dan juga ia mengalir sebagai the Immutable name of God. Dan kedua-dua pengaliran 'nama' Tuhan itu tidaklah dapat dipisahkan! The Covenanted name of God menjurus kepada urusan "menabur dan menuai" di bumi yang dijamin dan diikat dengan syarat-syarat perjanjian. The immutable name of God menjurus kepada 'sifat-sifat' roh Tuhan yang senantiasa mengalir menurut 'sifat-sifat' Tuhan yang tidak berubah (immutable). Maka, the Immutable name of God tidaklah semestinya tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian. Kita akan lihat kisah kehidupan Nabi Daniel, dan para sahabatnya, di mana mereka ternyata tidak lagi dikenan oleh YHVH, the Covenanted name of God (rujuk 2Raja-Raja 23: 27). Mereka ternyata telah melanggar syarat-syarat perjanjian Tanah Suci, sebab itulah mereka telah menjalani hukuman dalam pembuangan di Babylon!
Akan tetapi mereka masih juga dapat menyeru 'nama' Tuhan, kerana sebagai nabi-nabi, sudah tentu mereka adalah penerima kasih karunia yang diberikan karunia the fear of the Lord, maka mereka dapat berharap dan bersandar kepada sifat-sifat Tuhan yang tidak berubah! Dalam erti kata lain, mereka dapat menyeru 'nama' Tuhan yang disebut the Immutable name of God! Apakah itu Immutable 'name' of God? Ia seringkasnya merujuk kepada pengaliran roh Tuhan dengan 'sifat-sifat' roh Tuhan yang tidak akan berubah, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri tentang 'sifat-sifatNya' seperti dalam petikan ayat kitab Keluaran 34: 5-7. The Covenanted name of God, sememangnya, mempunyai sifat-sifat roh sebagaimana sifat-sifat roh yang ada pada the Immutable name of God! 'Nama' Tuhan seperti 'mercy,' kasih, panjang sabar, setia dan adil, Yang benar (righteous) dan setia, taat mengampuni, tidak bercacat-celah, dan kudus adalah diantara 'nama' Tuhan yang tidak berubah ataupun the Immutable name of God. Nama Tuhan seperti YHVH, Domba Tuhan, Raja Damai, atau Yeshua Kristus adalah contoh 'nama' Tuhan yang disebut the Covenanted name of God!
'Nama' Tuhan yang Immutable itu dapat merentasi semua perjanjian-perjanjian termasuk di luar perjanjian! Dalam hal ini, benarlah firman Tuhan bahawa the Spirit gives without measure! Sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kehidupan nabi Daniel di Babylon; 'nama' Tuhan yang Immutable itu, ternyata masih turut serta berkerja di Babylon, meskipun jelas sekali bahawa Daniel dan para sahabatnya tidak lagi memenuhi syarat (syarat-syarat Perjanjian) untuk menyeru the Covenanted name of God! Daniel yang mempunyai karunia the fear of the Lord sebenarnya menyeru 'nama' Tuhan yang immutable, iaitu 'mercy.' Sebab itu, doanya berbunyi: "We plead mercy from the God of Heaven." Dan 'mercy' itu adalah 'nama' Tahun yang immutable (lihat Psalm 103 mengenai dengan 'mercy' Tuhan).
The Covenanted name of God mempunyai pembukaan 'pintu' dan 'penutupan' pintu Perjanjian dengan roh Tuhan. 'Pembukaaan' dan 'penutupan' pintu Perjanjian didahului dengan upacara 'altar' menurut pengupacaraan Ordo Melkisedek! Contohnya, YHVH perlu upacara 'altar' di Tabernakel supaya 'pengupacara', iaitu Imam keturunan Harun dapat memasuki hadirat YHVH yang akan hadir di bilik yang Maha Suci! 'Pintu' Raja Damai membukakan 'pintu' roh Tuhan kepada semua umat perjanjian dengan curahan hadirat roh Pentakosta, dan kuncinya ialah karunia-karunia roh tujuh lapis (Roh Tuhan)! Dan, ia didahului oleh upacara 'altar' yang hanya satu kali sahaja pengupacaraannya, kerana PengupacaraNya dan korban penebusnya adalah sempurna dan tidak bercacat celah, iaitu Imam menurut Ordo Melkisedek: Domba Tuhan--Yeshua Kristus. Dan, 'pintu' Perjanjian Perdamaian akan ditutup sepenuhnya apabila 'langit' memberitakan atau menampakkan 'tanda' seperti pemberitaan 'langit' dalam Matius 24: 29! Maksudnya, Hakim yang turun ke bumi akan menutup 'pintu' Raja Damai! Sebagaimana, Yeshua Kristus dahulu yang telah menutup sepenuhnya 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel. Jadi, hadirat YHVH di Tabernakel hilang! Dan, demikianlah juga hadirat Raja Damai akan hilang dalam Gereja, kerana Hakim akan sepenuhnya menutup 'pintu' Raja Damai dalam Perjanjian Perdamaian! Maksudnya, advocacy of Christ perlu ditutup untuk memungkinkan 'pintu' Hakim itu dibuka. Dan, 'pintu' Hakim itu hanya dapat ditembusi oleh mereka yang menganuti kerohanian seperti the five wise virgins! Bahtera Noah sebenarnya nubuat yang dapat mengungkapkan rahasia Perjanjian. Dalam Perjanjian, ada penutupan ''pintu" Perjanjian, sebagaimana yang disingkapkan oleh kisah Bahtera Noah dan 'elect,' iaitu semua jenis binatang berpasangan yang terpilih, seolah-olah mereka semua telah memasuki suatu Perjanjian, iaitu Bahtera Noah.
The immutable 'name' of God senantiasa terbuka sepanjang masa, dan ia disebut the ancient gates of the Most Holy One. The ancient gates ini tidak pernah tertutup, namun siapakah yang menembusi pintu yang 'pure' itu? Tidak ada yang 'impure' yang dapat menembusi 'pintu' itu. 'Pintu' itu pernah dinyanyikan oleh Raja Daud, yang dikatakan amat karib dengan roh Tuhan (close to the heart of God), dalam Mazmur 24: 7: "Lift up your heads, O gates! And be lifted up, O ancient doors! That the King of glory may come in." Para malaikat bernyanyi siang malam tanpa henti-henti memuji-muji Raja Kemuliaan, sehingga pintu itu tidaklah pernah tertutup! Dan, 'kunci' bagi the ancient doors adalah the fear of the Lord. Lirik tersebut (Mazmur 24:7) merujuk kepada the Immutable name of God yang pernah diseru oleh semua nabi-nabi!
Semua nabi-nabi dikaruniakan the fear of the Lord, the spirit of understanding and the spirit of wisdom, maka mereka masih dapat menyeru 'nama' Tuhan yang tidak berubah itu (immutable), walaupun mereka ternyata melanggar Perjanjian seperti nabi Daniel, nabi Ezekiel, Nehemia dan nabi-nabi lain yang pernah masuk dalam pembuangan ('exiles' or 'Diaspora')!
Kelak, kita yang ditakdirkan masih hidup ketika Judgment of Christ, sememangnya, memerlukan 'roh' pengertian yang mendalam mengenai dengan pengaliran 'nama' roh Tuhan, kerana ketika Judgment berlangsung, 'pintu' Perjanjian Perdamaian itu akan ditutup, maka semua orang percaya perlu mengenali the Immutable name of God. Kristus itu sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya, namun kita harus ada hikmat. Pintu apa yang telah 'ditutup' dan pintu apa pula yang akan 'dibuka'? Maksudnya, Hakim itu adalah Kristus yang kembali, namun kita perlu tahu bahawa 'pintu' Raja Damai akan ditutup oleh 'nama' Hakim! Dan, 'pintu' Hakim pula yang akan 'dibuka.' Jadi yang the Immutable name of God itu apa? Itu adalah 'karya' roh Tuhan yang senantiasa mengalir dari 'sifat-sifat' Roh Tuhan yang tidak pernah berubah. 'Nama' Tuhan yang Immutable itu mempunyai 'pintu' roh yang disebut the ancient gates!
YHVH dan missionNya
(1.)
"Aku adalah Aku" dalam Kel. 3: 14 adalah 'nama' Tuhan atau fokus MissionNya adalah
menggenapi janji-janjiNya yang diberikan kepada Abraham, dan menunaikan
penggenapannya kepada Pewaris janji, iaitu Yakub yang kemudiannya diutus Tuhan
dengan 'nama' sebagai Israel. Dua belas suku kaum Israel adalah 'perempuan' yang menggenapi nubuatan
Ilahi dalam Kejadian 3: 15-16. Ia (perempuan)
melalui dua perjanjian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Anak
sulungnya adalah Almasih yang dijanjikan. Bangsa-bangsa lain yang percaya
kepada raja Isra-el yang Kekal Abadi itu dinubuatkan sebagai 'anak-anak' (Wahyu
12: 17). 'Nama' Tuhan dalam Keluaran 34: 5-7 adalah
menjurus kepada pengaliran 'nama' Tuhan yang Immutable: the immutable name of God, yang tidak tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian! Maksudnya, biarpun mereka
langgar syarat-syarat Perjanjian Tanah Suci, namun, 'nama' itu masih kekal
tidak berubah (Keluaran 34: 5-7)!
(2.)
Menganugerahkan pembebasan kepada bani Israel yang diperhambakan selama
400-tahun dari penghambaan di Mesir, melalui 'upacara' perdamaian , iaitu
"Paskah Tuhan."
(3.)
Menganugerahkan Firman iaitu, Taurat, supaya kerajaan Imamat mempunyai asas
Hukum-Hukum Tuhan yang suci untuk pengujudan Kerajaan Teokrasi di Tanah Suci. Juga, menurut roh
profetik, Taurat, berfungsi sebagai Firman yang menjadi 'bayangan' atau mesej tipologi Kristus atau
'asas-asas pekerjaan Roh,' iaitu sandaran kepada pekerjaan Kristus kelak seperti sabdanya dalam Lukas
24: 44 untuk pengujudan karya nama Tuhan dalam Perjanjian Baru. 'Asas' iaitu ’Taurat ' dalam perumpamaan membina
bangunan rumah bukanlah 'ia’ dibatalkan, tetapi Ia menjadi dasar yang tidak
'bercacat celah,' kepada penyiapan kerja-kerja membangun yang seterusnya; orang-orang
yang percaya kepada Yeshua akan menjadi badan binaan bangunan rumah tersebut, kerana
roh manusia adalah 'bait Allah' kepada Roh Kudus yang turun. Cara ia dibangun,
semuanya adalah menurut FirmanNya (Lukas 24: 44). Maka, Taurat tidaklah dibatalkan
oleh Yesus melainkan digenapi, atau dalam bahasa pasarnya "kerja diteruskan sehingga sempurna (siap)."
Ia (Taurat) tetap menjadi
salah satu dasar-dasar pekerjaan Roh Tuhan yang seterusnya; dasar yang lain
ialah Nubuat nabi-nabi dan lirik-lirik dalam Mazmur; kesemua dasar itu
menjelaskan sebagai peribadi Ilahi, Allah Anak, iaitu Yesus Kristus. Maka,
'Dasar' pekerjaan Roh Tuhan juga disebut 'Yesus Kristus.' Kerana, NamaNya adalah Firman Allah (Wahyu 19: 13 b). Dalam lain perkataan ia berbunyi
"Pekerjaannya atau Karyanya adalah Firman Allah." Jelas bahawa
pekerjaan manusia ialah menurut 'otak' mereka, maka kita akan melihat frasa
pekerjaan manusia: makan minum, kahwinn dan mengahwinkan, membina kota dan juga
membeli atau menjual! Sedangkan Firman adalah 'roh,' maka pekerjaan Tuhan adalah
'roh' dan hidup, iaitu Allah Bapa, Kristus dan Roh Kudus! Manusia di menara
Babel kuno 'mencari nama...'
'Nama' manusia yang dicari umat manusia itu adalah pekerjaan 'daging' yang
berpusat pada kapasiti intelek manusia (Kejadian 11). Justeru itu, misi YHVH sebenarnya menyingkapkan
dasar-dasar pekerjaan 'nama' yang diutus oleh Allah Bapa, iaitu Domba Tuhan,
atau misi 'Kristus,' sebagaimana pengakuannya dalam Lukas 24: 44.
(4.)
'Nama' YHVH juga
menjadi Raja dan Tuhan kepada kerajaan Imamat dan bangsa kudus Israel di Tanah Suci yang dijanjikanNya kepada Bapa Abraham, Ishak dan Yakub.
(5.) 'Pagi'
bagi 'nama' itu untuk bani Israel bermula pada upacara Paskah
Tuhan di Mesir. Manakala 'petang'nya adalah pada Salib Yesus iaitu
Paskah Tuhan oleh Domba Tuhan. Kerana Raja Damai telah menutup 'pintu' hadirat
YHVH di Tabernakel. Raja Damai telah membukakan 'pintu' kepada semua bangsa
melalui hadirat curahan Roh Pentakosta!
(6)
Menyediakan 'dasar' karya Kristus iaitu menurut Lukas 24: 44.
YESUS, ANAK TUHAN YANG MAHATINGGI dalam peribadi
manusia: 'MissionNya' adalah...
(1. ) Fokus
MissionNya adalah memberikan Jalan, Pintu, dan Kunci kepada semua bangsa
di dunia, yaitu manusia yang 'luka' yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan
dan percaya kepada "Dia yang diutus Bapa."
(2.)
Melayani sebagai Anak Manusia dalam pelayanan seperti nabi--Penabur.
(3.)
Menggenapi 'jalan penebusan'
dengan melakukan pekerjaan Domba Tuhan, dan menganugerahkan pencurahan Roh
Kudus sebagai Hadirat Immanuel Tuhan di antara umatNya sebagaimana yang
tertulis dalam semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Luke 24: 44).
(4) Nama 'Domba'
diutus untuk menyelamatkan mereka yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan. (Yoh.1:
29-34; Yoh. 3: 16-17).
(5.)
Melayani sebagai Pengantara yang duduk disebelah kanan Bapa menurut Ordo
Melkisedek.
(6.) 'Pagi'
bagi nama Domba adalah kematian Yesus, dan 'petangnya' adalah apabila ia
kembalinya sebagai Hakim, iaitu tanda di langit kelihatan 'matahari diufuk barat dalam penglihatan 'roh.'
(Zechariah 14: 7). Apabila ia kembali, ia tidak berkerja lagi sebagai
Raja Damai. Ia kembali sebagai Raja Hakim, Raja Penghukuman, dan Raja Keadilan. 'Pemberitaan langit' dalam Matius
24: 29, Zakharia 14: 6-7, Yoel 2: 31, Kisah 2: 20 dan Wahyu 6: 12-14 jelas
menyingkapkan tentang 'nama' Tuhan yang diutus, iaitu Hakim, dalam kedatangan Kristus yang ke-dua. (Lihat Mazmur 19: 1-2 dan Mazmur 50: 1-6).
ROH KUDUS. (The Omnipresence's 'shadow' of the Father,
on earth).
(1.) Fokus
MissionNya adalah sebagai HADIRAT atau meterai Bapa di bumi, yang
menganugerahkan KEKUATAN dan DAMAI sejahtera kepada umatnya.
Penumpahan
darah tanpa Roh Kudus yang turun adalah umpama dokumen rasmi Perjanjian yang
bertanda tangan tanpa cop rasmi!
(2.) Sebagai
Roh Kebenaran dan Roh Penghiburan akan realiti peribadi dan hadirat Ilahi.
Justeru itu, tidak ada manusia yang mengenal kehendak-kehendak 'Bapa segala
roh,' jika Roh Kebenaran atau Roh Tujuh Lapis tidak diutus oleh Bapa. (Amsal 9:
10; Kebijaksanaan Salomo 9: 13, 17).
(3.)
Roh yang menginsafkan akan dosa dunia dan akan penghukuman.
(4.) Roh
yang meneruskan Karya Perdamaian oleh Raja Damai yang dianugerahkan oleh Kayu
Salib.
(5.)
Ia adalah 'Roh' doa untuk semua orang percaya (Spirit of Prayer). Ketiadaan hadirat Roh Kudus menjadikan doa
itu jadi sehala dan bukan dua hala.
(6.) Morning dan evening Roh Kudus adalah
mengikut siapa 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada Altar Melkisedek,
atau yang sedang berkarya mengikut 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan melalui
upacara Altar Melkisedek di bumi atau di Sorga! Jika YHVH yang diupacarakan sebagai
berkat di bumi, maka Roh Kudus akan mengalir menuruti misi YHVH; Jika 'nama' Raja Damai yang
diupacarakan, maka Roh Kudus akan emmanuel mengikuti
agenda Raja Damai, dan jika 'nama' Hakim yang diupacarakan pada Altar
Melkisedek di Sorga, maka Roh Kudus akan menuruti segala 'kehendak' Hakim ke
atas penduduk bumi. Ia datang 'di'
dan pergi 'dari' atas sumbu roh
manusia. Jika Raja YHVH yang
beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi /mission YHVH. Maka, jika Raja Damai yang beroperasi, maka
Roh Kudus melaksanakan operasi Raja Damai selama mana 'pintu' Raja Damai belum
ditutupkan. Bila Yesus kembali sebagai Hakim, Roh Kudus juga akan melaksanakan
operasi penghukuman, pengadilan, dan penghukuman sebagaimana 'misi' Hakim yang
telah kembali ke bumi.
Raja Segala Raja: Raja Hukuman, Raja Penuh
Keadilan yang kembali ke
bumi. Kuasa
sebagai Hakim menurut perutusan Allah Bapa.
(1.)
Fokus MissionNya: mengasingkan lalang dari gandum oleh malaikat-malaikat
yang di arahNya. Gandum diberikan transformasi roh. Manakala,
lalang dikumpulkan dan dibakar.
(2.)
Berperang melawan binatang-binatang (rulers) di bumi, supaya ternyata Kristus Yesus memberikan keadilan.
Senjatanya adalah Firman Allah (api):
... guruh, halilintar,puting-beliung, gempabumi, ribut-salji. ''Jalan" Hakim di bumi berjalan di dalam 'puting beliung' atau 'badai' (Lihat Nahum 1: 3). His way is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet (Nahum 1: 3b).
(3.)
Memperbaharui bani supaya dengan janji pemulihan spiritual kepada 12,000
setiap suku bangsa. Jumlahnya, 144,000 (Wahyu
7). Inilah pemulihan bani Israel yang spiritual. "...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum
Israel.." Yehezekiel 37:11. (Lihat Kisah Para Rasul 1: 6-11; Yehezekiel bab 36 hingga bab 48)
(4.)
Mengangkat dan memberi upah kepada semua yang tertulis namaNya dalam Buku
Kehidupan supaya mereka diberikan bahagian dalam Kerajaan-Nya. Lalu malaikat
yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di
dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita
dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai
selama-lamanya." "...dan semua bangsa telah marah, tetapi
amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk
memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada
mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar
dan untuk membinasakan
barangsiapa yang membinasakan bumi."(Why 11:15,18)
(5.)
Mempersediakan kerajaan Teokrasi Kristus di bumi selama 1,000 tahun.
(6.)
Menangkap si ular tua dan juga nabi palsu.
"...ia
menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya
seribu tahun lamanya,lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup
jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi
menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian
dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya."(Wahyu
20:2-3)
(7.)
Menyiapkan maksud Firman-Nya atau menyempurnakan Firman yang telah dinyatakan
kepada manusia bumi (Luke 24: 44). MisiNya atau "NamaNya: Firman Allah"
(Why19:13).
(8).
KedatanganNya yang pertama sebagai "Firman menjadi manusia" bukanlah
untuk menghakimi, tetapi untuk melaksanakan penebusan umat manusia. KedatanganNya yang kedua adalah untuk
'menghakimi;' Ia membuat 'putusan' ke atas perempuan (Israel Perjanjian Baru), pelacur (Israel Perjanjian Lama),
binatang-binatang, dan anak-anak.
In every revealed Divine name, there are 'morning' and 'evening' of it.
Nonetheless, His heart is eternally immutable. And in every end, there is the
beginning of it. Therefore, the Divine Spirit says " I make
known the end from the beginning,from ancient times, what is still to come. I
say, ‘My purpose will stand, and I will do all that I please.’ (Isaiah 46: 10,
NRSVCE).
"5...Then
the Lord my God will come, and all the holy ones with him. 6 On that day
there will be neither sunlight nor cold, frosty darkness. 7 It will be a unique
day—a day known only to the Lord—with no distinction between day and night.
When evening comes, there will be light. (Zechariah 14: 5c, 6-7, NRSVCE).
The Lord surely begins a new mission, when the 'evening' of His former
revealed 'name' has come to the appointed time of the
Lord. Thus, when his 'name' comes to the completion of that name,
the Lord says "when evening comes, there will be Light. The
returning light points to 'new' mission of Christ. The former was the Prince of Peace, the coming name is Seven Spirit, Seven Horns and Seven eyes.
He whose face shines like a sun in its all brilliance.
____________________________________
Apakah 'spoken words' Roh Tuhan hari ini?
"My spoken words are Spirit." (John 6: 63, NRSVCE).
"...sekarang, pekerjaan-pekerjaan
pemerintah dunia atau 'nama' manusia sungguh, merosakkan 'anggur' dan 'minyak.'
Hanya 'appointed time' yang ditentukan Bapa sahaja yang kita tunggu, Hakim dan
penuaiNya, memulakan 'peperangan.' Pastinya, Raja Damai tidaklah maju berperang
melainkan Adonai Avi Ha Gevurah dalam namaNya 'Hakim.' "
....Mannaseh, 2015...
___________________________________
"What I tell you in the DARK, speak in the daylight; what is whispered
in your ear, proclaim from the roofs." (Matthew 10: 27, NIV)
27 What I say to you in the dark, tell in the light; and
what you hear whispered, proclaim from the housetops (Matthew 10: 27,
NRSVCE).
All wounded men, who are not reconciled to God, walk in darkness
or separated from the Light (the realities of God or the presence of the Holy
Spirit). And, even believers who walk without the presence of the tongue of
fire that lights up the wick of their spirits, are considered walking in the
dark. Thus, the Lord exhorted and counselled those who walk in the dark, so
that they keep trusting in the name ('mission') of the Lord. Our wounded
predisposition causes us to be easily to light up our own fires as according to
our intellectual reasoning (the center of the flesh). Without the Light
above our heads or the presence of the Holy Spirit aflaming at our 'wicks,' then even the spiritually grown up
Christians might be staggering during the prophesied distress.
"Who
among you fears the Lord
and obeys the word of his servant?
Let the one
who walks in the DARK,
who has no light,
trust in the
name of the Lord
and rely on their God.
11 But now,
all you who light fires
and provide yourselves with flaming torches,
go, walk in
the light of your fires
and of the torches you have set ablaze.
This is what
you shall receive from my hand:
You will lie down in torment."
(Isaiah 50:
10-11, NRSVCE).
Rujukan
petikan Firman versi Indonesia.
_________________
Bernadus,
Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS.
<https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>