By Jonas Mannaseh
Pada asalnya, manusia itu
dicipta oleh Roh Tuhan sebagai manusia suci yang mempunyai kehendak bebas, dan
juga ‘ketentuan’ roh manusia (design) yang harus bergantung kepada Pohon Kehidupan.
Si ular tua datang dengan tipu muslihatnya, dan menjerumuskan manusia itu
kepada perseteruan dengan Roh Penciptanya.
Tuhan kemudiannya memberikan nubuatan Ilahi yang menjelaskan hubungan
‘perempuan’ dan ular tua itu. “ Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau
dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan
meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.” (Kejadian 3: 15)
Eve atau ‘Perempuan’ adalah kata-nama nubuatan yang mewakili umat Tuhan. Nuh mewarisi ‘jalan’ perdamaian dengan YHVH, sebagaimana yang dinyatakan oleh praktik ritus ‘perdamaian’ purbakala yang
menjadi amal-ibadah oleh anak-anak ‘Perempuan’ itu dalam Kejadian 4. Namun, dalam Kitab Kejadian 11, keturunan
yang lahir dari keluarga Nuh telah menjadi satu bangsa yang meninggalkan
‘jalan’ kerana mereka mencari ‘nama’ untuk manusia sendiri.
Mereka telah bersepakat sebagai satu bangsa yang mencari ‘nama’ mereka
sendiri; mereka telah menjadi umat manusia yang tidak mengenali Tuhan. Nama Tuhan adalah karya Tuhan, iaitu Firman
Allah. Mereka berkata “marilah kita
membuat batu-bata...’; “marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan
sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit...”; dan “marilah kita mencari
nama...” Maksudnya, mereka tidak percaya
kepada Firman Allah kerana mereka mencari nama bagi diri mereka sendiri. Pekerjaan
membuat batu-bata, mendirikan kota, menara, dan mencari nama itu, sebenarnya cuma memperlihatkan bagaimana manusia yang luka hidup di bumi milik dan ciptaan Tuhan. Masalah bagi pekerjaan atau nama manusia
itu ialah simbolik ungkapan 'batu-bata' yang menghambakan umat manusia. Menara itu pula menyingkapkan perihal ketiadaan 'kerajaan Allah' kerana 'menara' itu merebut 'penyembahan' kepada
Tuhan; ia menjelaskan bahawa “puncaknya sampai ke langit” adalah ungkapan
nubuatan yang berarti umat manusia ingin menjadi tuhan-tuhan bagi dirinya
sendiri. Dan 'nama' yang mereka cari itu
adalah karya daging semata-mata; 'karya' itu menghambakan semua bangsa di bumi. Karya
Tuhan adalah Firman Allah, dan tiada seorangpun yang mencari nama Tuhan di
zaman menara babel. Tuhan membuat
putusan ke atas binatang dan umat manusia di zaman menara babel itu dengan
firman yang berbunyi “baiklah kita turun...”
Dari menara babel itu, maka,
lahirlah pelbagai bangsa-bangsa yang mempunyai pelbagai bahasa pertuturan; ia disebut sebagai zaman bangsa-bangsa. Penghakiman dan penghukuman Tuhan ke
atas menara Babel adalah titik permulaan zaman bangsa-bangsa. Zaman bangsa-bangsa juga akan diakhiri dengan
penghakiman dan penghukuman oleh Kristus yang 'turun' ke bumi, sebagaimana
ia bermula di menara Babel, iaitu apabila yang “telah ada, dan sudah tiada, dan akan muncul lagi” (Why. 17:8) itu akan dinyatakan sebagai sebahagian daripada agenda “hal-hal yang ajaib akan berakhir”(Daniel 12: 6). Bangsa-bangsa bermula di menara Babel, maka
pengakhirannya juga akan menyatakan manifestasi 'menara,' sebagai tanda nubuatan yang pasti mengundang 'penghakiman' sesuai dengan
wahyu-pengetahuan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.
Maka, kata-nama nubuatan
‘perempuan’ yang dinubuatkan Tuhan dalam Kejadian
3: 15 telah lesap pada zaman menara Babel kuno. Kelak, Tuhan telah menemukan
Abram, dan kemudiannya Abraham mempunyai keturunan yang dinamakan Ishak. Dari
Ishak, maka lahirlah Esau dan Yakub.
Nama Yakub kemudiannya dianugerahkan
karya Sorga dengan membuat perutusan nama
kepada Yakub sebagai Israel. Demikianlah
Yakub menjadi titik permulaan bagi Tuhan untuk menjadikan keturunannya sebagai
milik atau bangsa pilihanNya: 'perempuan.' Isra-el
mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul
melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu
adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh nama Tuhan. Yakub berkata dalam ayat ke-26 “Aku
tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.”
“Isra” adalah “umat milik kepada,” sedangkan “El” berarti Tuhan. Maka, Israel juga
bermaksud “umat milik Tuhan” atau
bangsa pilihan Tuhan. Dari pelbagai
bangsa yang lahir di menara Babel, hanya bangsa Israel sahaja yang telah
menjadi milik Tuhan. Dari ke-12 anak-anak Yakub muncullah kedua belas
suku-kaum bangsa Israel. Bangsa inilah
yang mewarisi kata-nama nubuatan dalam Kejadian 3:
15 iaitu “perempuan.” “Perempuan”
dalam Kejadian 3: 15 itu adalah kata-nama
nubuatan yang mewakili umat pilihan dan
milik Tuhan. Nama Israel itu
berarti umat milik Tuhan (Mzm. 105: 23-25; Mzm. 105: 6; Mzm. 78: 71 dan
Mazmur 135: 4). Ia adalah pewaris
kepada nubuatan Ilahi dalam Kejadian 3: 15. Eve
adalah ‘perempuan’ yang percaya kepada Tuhan, namun ia adalah manusia yang
luka. Kelak, apabila mereka di usir ke bumi, Adam dan ‘perempuan’ itu telah diberikan
oleh Tuhan ‘jalan’ perdamaian yang kita ketahui sebagai ritus-ritus perdamaian
purbakala (ritus penebusan), atau seringkasnya sebagai ‘jalan’ menyelesaikan dosa.
Selepas tempoh 430 tahun lamanya di Mesir ,iaitu 400 tahun dalam penghambaan dan hanya 30 tahun sahaja mengecapi tempoh bebas iaitu ketika pemerintahan Yusuf, Israel telah diperdamaikan semula dengan
Tuhan YHVH di Mesir melalui Paskah Tuhan. Paskah Tuhan itu adalah
titik permulaan bagi Israel untuk memulai kehidupan sebagai “harta kesayanganNya sendiri dari antara segala bangsa,
sebab Tuhanlah yang empunya seluruh bumi, (dan) Israel akan menjadi bagiNya
kerajaan imam dan bangsa yang kudus...” (Keluaran 19: 5b -6).
Pada era yang sama, ular tua itu
sebenarnya telah memberikan kekuatan melalui karyanya kepada Firaun selama 400 tahun untuk menghambakan bangsa pilihan Tuhan itu. Maka, hakikatnya, si ular tua tahu perihal
rencana Tuhan, biarpun tidaklah dia mengetahui semuanya. Ia masih mempunyai pengetahuan yang melebihi semua manusia di bumi perihal rencana-rencana Tuhan. Namun, Tuhan itu berdaulat di atas segala sesuatu,
maka sudah tentu keturunan ular tua itu, iaitu binatang-binatang, juga adalah
tertakluk dan tunduk kepada kekuasaan dan kedaulatan Bapa segala Roh.
Kitab Wahyu ditulis oleh Santo
Yohanes kerana Roh Tuhan mengarahkannya untuk menulis penglihatan-pebglihatan
yang diberikan oleh Tuhan perihal “Hari Tuhan.”
Hari Tuhan itu adalah merujuk kepada ‘pengakhiran’ Penghakiman danPenghukuman ke atas semua bangsa-bangsa di dunia.
Bangsa-bangsa muncul kerana penghakiman dan penghukuman Tuhan ke atas
menara Babel dalam Kejadian 11: 1-9, maka pengakhiran bagi
zaman bangsa-bangsa itu juga akan melalui ‘penghakiman dan penghukuman,’ sebagaimana
yang tertulis dalam Kitab Wahyu. Dan ia didahului dengan kemunculan kembali ‘menara’
Babel di bumi! Hal ini bersesuaian
dengan makrifat Ilahi yang disampaikan oleh nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.
Meterai pertama hingga
meterai ke-lima adalah siksaan-siksaan yang akan di alami oleh umat manusia di
bumi yang ‘dilihat’ bermula dari munculnya zaman bangsa-bangsa sehinggalah kepada tempoh masa pemberitaan langit dalam Wahyu 6: 12-13.
Meterai pertama adalah lebih jitu, jika ‘dilihat’
sebagai bermula dari ‘hari Pentakosta’ kerana itulah hari bermulanya ‘nama’ Roh Kudus berkarya kepada semua bangsa di dunia. Nama
Allah Bapa, nama Yesus Kristus dan nama Roh Kudus adalah 'satu' Roh. Kristus berfirman “dan
kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;..akan
penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum” (Yohanes 16: 8-11).
Meterai ke-enam adalah
termasuk sebagai siksaan Tuhan ke atas umat manusia, namun ‘meterai ini’ juga
berbicara sebagai ‘pemberitaan langit;' “Langit
menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya;
(Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19:13). “Pekerjaan” tanganNya samalah ertinya jika diungkapkan sebagai “namaNya.”
Maka, ‘pekerjaan
tanganNya’ adalah bermaksud ‘nama’ Tuhan. Nama “Domba
Tuhan” berarti pekerjaan tangan kanan Allah Bapa yang “menghapuskan dosa-dosa dunia;” maka, Yesus Kristus
duduk disebelah tangan kanan Allah Bapa. Apabila Kristus kembali ke bumi, karya (handiwork) Kristus adalah menghakimi dan menghukum. NamaNya
adalah sebagai ‘Hakim’ yang berarti pekerjaan
Kristus dalam menyempurnakan menghakimi dan menghukum semua bangsa-bangsa di
dunia ini.
Meterai ke-enam dalam
Wahyu 6: 12-13 itu adalah bersamaan dengan Matius 24: 29. Ia juga bersamaan dengan Zakharia 14:
6-7. Ia juga bersamaan dengan Yoel 2: 31
yang dipetik oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2: 20 berbunyi “Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan
menjadi darah sebelum
datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan
mulia itu (yang hebat dan dahsyat itu).” Kesemua petikan dari
nabi-nabi Tuhan itu mengungkapkan perihal yang sama, iaitu “pemberitaan”
cakralawala atau pemberitaan langit” tentang ‘sebelum’ kedatangan Kristus. Ini bersesuaian dengan pemberitaan nabi Amos
“sungguh, Tuhan Allah tidak berbuat sesuatu tanpa
menyatakan keputusanNya kepada hamba-hambaNya, para nabi” (Amos 3: 7). Maka, Namanya sebagai Hakim akan diberitakan terlebih dahulu, sebelum hari ia turun ke bumi.
Meskipun, nama Kristus
sebagai Domba Tuhan sudahpun diberitakan oleh Taurat, nubuatan nabi-nabi dan oleh Kitab Mazmur (Lukas 24: 44), namun ‘langit’ tidaklah terkecuali dari memberitakan kelahiran
Domba Tuhan itu (Mesias). Dan, Nabi
Yohanes Pembaptis telah mengumumkan karya
Domba Tuhan pada waktu Yesus dibaptis di sungai Yordan (Yohanes 1: 29-34), selang 3
(tiga) tahun sebelum ia mati sebagai korban penebus dosa yang sempurna di atas
Kayu Salib. Meskipun, Kristus adalah
Hakim dari alpa dan omega, namun pada Meterai ke-enam, atau Matius 24: 29,
‘langit’ akan memberitakan ‘nama’ Kristus yang akan turun kelak sebagai ‘Hakim.’
Disepanjang zaman
bangsa-bangsa, ‘Israel’ yang dinubuatkan sebagai perempuan akan melalui suatu
permusuhan dengan keturunan ular tua iaitu pemerintah bangsa-bangsa. Israel
mula diperdamaikan dengan YHVH di Mesir melalui Paskah Tuhan, dan binatang yang
bermusuhan dengannya adalah Empayar Mesir
ataupun keturunan rajanya iaitu Firaun. Setelah melalui 391 tahun dalam zaman kerajaan teokrasi
Imamat, dan selama 511 zaman
raja-raja Yehuda, Israel yang degil telah menjadi pelacur (Yeh. 16; 22; 23) kerana ia meninggalkan
perkahwinan dengan YHVH. Israel telah memasuki era Diaspora ataupun tempoh masa ia diserakkan ke seluruh bumi. Pada masa kini, ia sedang menuju ke era pergabungan perempuan umat Perjanjian
Lama dan Umat Perjanjian Baru secara sekular dan tinggal di
tanah suci. walaupun ia bersifat sekular, namun, ia menggenapi ‘jemputan’ Tuhan dalam Yehezekiel 37: 16-28. Namun, hal itu belumlah digenapi dengan sepenuhnya kerana tulang-tulang kering
(seluruh kaum Israel) telah hanya hidup
bagi mereka yang percaya kepada Kristus sebagai ‘Jalan,’ akan tetapi ia ‘masih kering dan mati’ bagi mereka dari
penganut Perjanjian Lama.
Kedua-belas suku kaum
Israel akan hanya benar-benar bersatu jadi satu, hanya apabila Kristus kembali
turun ke bumi, dan menganugerahkan “meterai Allah
yang hidup” (Wahyu.7:4) kepada
ke-dua belas suku kaum Israel dalam Wahyu
7: 1-8. Jumlah kesemua suku-kaum
Israel yang menjadi asas kepada pemulihan itu adalah dinubuatkan seramai 144,000 kesemuanya: 12,000 dari setiap suku kaum dimeterai oleh malaikat dengan ‘meterai Allah yang hidup.’ Meterai itu akan menghidupkan bani Israel; “11a...tulang-tulang ini adalah seluruh
kaum Israel.” (Yehezekiel 37: 1-14).
Meterai itu juga akan dianugerahkan kepada semua bangsa-bangsa yang tertulis nama mereka dalam buku kehidupan, supaya
mereka menerima anugerah “saving justice’
apabila Kristus melaksanakan karya Hakim. Meterai itu diberikan kepada semua bangsa-bangsa
(“anak-anak”) yang diperdamaikan,
percaya, dan menyeru nama Kristus (Wahyu 7: 4 dan 1 Korintus 15: 50-54; Yoel 2: 32).
Meterai itu bukanlah jaminan bahawa daging tubuh badan tidak akan mati, namun
ia lebih kepada anugerah roh yang memungkinkah kebangkitan kepada kehidupan
yang kekal di Sorga seperti dua nabi dalam Why.11,
kerana daging tubuh badan mereka bisa mati, namun selepas tiga hari, roh mereka
naik ke Sorga.
Setiap orang percaya yang akan masih hidup dalam era
post-kedatangan Kristus haruslah “memegang harta Sion,” kerana harta sejati
itulah yang akan memberikan keluputan kepada semua orang percaya melalui masa-masa
kesukaran besar. Kesukaran
siksaan-siksaan itu merujuk kepada Meterai ketujuh sehinggalah kepada Cawan
murka Tuhan yang ketujuh. Job yang disahkan oleh Tuhan sebagai hambaNya yang
benarpun harus melalui ‘kesukaran’ siksaan-siksaan yang disebabkan oleh Iblis,
tetapi direlakan pula oleh Tuhan, supaya
diakhir siksaan-siksaan itu Job berkata “hanya dari kata orang saja aku
mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang
Engkau.” Job lulus melalui api-api yang
disemburkan oleh Iblis. Ia keluar
cemerlang bagai emas putih.
Penghakiman dan
penghukuman bangsa-bangsa bukan sahaja akan membakar ‘lalang’ atau
‘binatang-binatang,’ namun siksaan murka-murka
yang ditumpahkan oleh Tuhan juga akan menguji setiap ‘gandum’ yang masih
hidup, entah mereka akan menang atau mati (maksudnya ‘roh’). Kemenangan adalah bergantung kepada apa yang
diberikan kepada setiap orang percaya.
Apa yang diberikan oleh Tuhan ? Setiap orang percaya dianugerah roh
tujuh lapis dan roh tujuh lapis itu adalah harta Sion. Nabi Yesaya menasihati umat Tuhan supaya “20...masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah
barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, Tuhan
mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya,
dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi
menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.” (Yesaya 26: 20-21).
Perjuangan untuk
berkemenangan melalui murka-murka Tuhan pada era penghakiman dan penghukuman
adalah diperjuangkan, bermula dengan urusan “memasuki
kamar.” Kerana di ‘dikamar’
itulah orang-orang percaya dapat memegang harta Sion, iaitu ‘roh doa:’ roh tujuh lapis—hadirat Roh Kudus. Namun,
itulah yang tidak diminati atau di sukai oleh kebanyakkan orang percaya. Orang percaya itu memang pusat kesedarannya
masih pada otaknya, maka kadang-kadang, jika Tuhan mengkehendakinya, mereka
akan menanggapi realiti Roh Tuhan pada ketika mereka sedang berdoa ataupun pada
waktu mereka sedang tidur. Memasuki
‘kamar’ memang urusan yang sukar, namun ia tidaklah mustahil kerana Tuhan telah
memberi Jalan, Pintu, dan Kunci. Justeru itu, memegang ‘harta sion’ adalah suatu
urusan yang perlu disepanjang penghakiman dan penghukuman Tuhan sehinggalah
kepada api Tuhan yang terakhir iaitu cawan murka ketujuh. Urusan masuk ‘kamar’ adalah suatu pernyataan
hubungan ‘ranting dan Pokok,’ dan ia menuntut ‘suci hati (roh),’ ataupun
‘sempurna seperti Bapa di Sorga.’ (Matius 5: 8, 48,
dan Matius 6: 6). Tuhan itu Roh.
Apakah maksud frasa “keputusan rahasia Allah,” dan bilakah agaknya ia akan dilaksanakan?
Apakah maksud frasa “keputusan rahasia Allah,” dan bilakah agaknya ia akan dilaksanakan?
Wahyu 10: 7 “Tetapi pada waktu bunyi sangkakala yang ketujuh, yaitu
apabila ia meniup sangkakalanya,maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah ia beritakan kepada
hamba-hambaNya, iaitu para nabi.”
Apakah keputusan rahasia Allah itu ?
Semua orang percaya akan berkata bahawa rahasia Allah itu adalah Kristus. Rahasia
Allah Bapa adalah peribadi nama Kristus.
Dan, jawapan tersebut tadi itu memang
benar. Frasa “keputusan
rahasia Allah” adalah seringkasnya merujuk kepada “keputusan-keputusan Kristus” mengenai dengan Israel
(Perempuan), “anak-anak” (bangsa-bangsa yang percaya firman), binatang-binatang dan juga semua ‘lalang.’
Keperincian perihal ‘keputusan-keputusan’ Hakim (Kristus) adalah dinyatakan seterusnya dalam bab 11
sehinggalah kepada bab 22 dalam Kitab Wahyu.
Dalam bab-bab Kitab Wahyu dari 11-hingga 22, pemerintah-pemerintah
dunia diungkapkan sebagai binatang-binatang, penyampaian nubuatan biasanya
dimulai dengan asal-usul binatang dan permusuhannya dengan ‘perempuan’ (bangsa
pilihan Tuhan) diungkitkan dan dinyatakan dengan beberapa ‘petunjuk-petunjuk’
yang membolehkan pembaca zaman dapat mengenalpasti di mana ‘jarum jam berdetik’
atau di mana ia akan digenapi, dan bagaimana pengakhirannya apabila dihakimi
oleh tangan Hakim.
Kesemua nubuatan-nubuatan yang
dicatatkan oleh Santo Yohanes dalam Kitab Wahyu mestilah dilihat dan dibaca
sebagai mesej masa depan yang senantiasa terpaut
dengan ‘hari Tuhan.’ Ia adalah perihal
penghakiman dan penghukuman kepada bangsa-bangsa yang lahir di menara Babel
kuno. Ia juga diakhiri dengan penghakiman
dan penghukuman ke atas bangsa-bangsa yang telah mendirikan semula ‘menara’ yang dicemburui dengan dahsyatnya oleh api
cemburu Tuhan. Api cemburuNya adalah
kasih dan kuasanya yang meluap-luap sebagai sumber hidup yang maha-suci kepada
bumi ini. Ia mahakasih dan itu tidak
berubah, namun kasihNya itu menjadi masalah besar kepada manusia yang ingin
menjadi tuhan kepada dirinya sendiri kerana kasihNya itu suci dan
menghanguskan.
Bilakah ia akan dilaksanakan?
Frasa-nubuatan,“Keputusan
rahasia Allah”itu samalah artinya dengan frasa “keputusan Kristus (sebagai Hakim),”
ke atas semua bangsa-bangsa yang ada di bumi ini.
Keputusan penghakiman Kristus akan merangkumi keputusan-keputusan Ilahi
ke atas ‘perempuan’ iaitu bani Israel, dan keputusannya ke atas lalang dan gandum dari semua bangsa yang ada di dunia ini, dan juga penghukuman ke atas ular tua dan 'binatang-binatang (pemerintah-pemerintah dunia).' ! Nabi Daniel adalah salah seorang para nabi
perjanjian lama yang dianugerahkan oleh Tuhan perihal nubuatan dan pengakhiran ‘binatang-binatang’
pemerintah bangsa-bangsa yang muncul dari ‘laut’ (bangsa-bangsa). Nubuatan-nubuatan akhir zaman yang ditulis
oleh nabi Daniel telah dimeteraikan sehinggalah sampai ‘akhir zaman,’ dan
tulisannya dalam Kitab itu akan menjadi bahan yang diselidiki oleh banyak
orang; “banyak orang akan menyelidikinya, dan
pengetahuan akan bertambah.” (Daniel 12: 4).
Jawab Yesus dalam Matius
13: 11, “kepadamu diberikan karunia (roh tujuh
lapis) untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.” Firman Yesus ini merupakan adalah asas untuk
menyingkapkan rahasia-rahasia yang terkandung dalam nubuatan-nubuatan para
nabi, supaya orang-orang percaya akan mendapat pengertian, hikmat dan
pengetahuan. Demikianlah bagaimana kita akan melihat Kitab Daniel.
Dalam ayat 6, Bab 12, Kitab Daniel: “dan seorang bertanya kepada yang berpakaian kain lenan,
yang ada di sebelah atas air sungai itu: ‘Bilakah
hal-hal yang ajaib ini akan berakhir?” “7 lalu kudengar
orang yang berpakaian kain lenan, yang ada disebelah atas air sungai itu
bersumpah demi Dia yang hidup kekal, sambil mengangkat tangan kanan dan tangan
kirinya ke langit: “satu masa, duamasa, dan setengah masa; dan setelah
berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal akan digenapi!”
Ringkasnya, frasa “satu masa, dua masa, dan setengah masa”
adalah ritma-puisi yang menyingkapkan ‘jam berdetik’ bagi ‘masa
penghakiman dan penghukuman’ oleh Hakim (Kristus), ke atas semua bangsa-bangsa
yang ada di dunia. Bangsa-bangsa yang
ada di dunia ini lahir di menara Babel Kuno, dan pengakhiran bangsa-bangsa juga
akan diakhiri apabila terdirinya suatu menara yang bergema menghanyutkan semua
umat manusia kearah ‘nama’ manusia
yang meniadakan nama Tuhan. Dengan nama
manusia itu, 666, binatang-binatang
telah menjadi tuhan-tuhan di bumi
ini, dan semua umat manusia pula telah menjadi penyembah-penyembah kepada nama
yang hanya menjanjikan kekayaan daging yang sementara. Nama
manusia itu semakin lama semakin kuat mencengkam-meresapi sehingga roh manusia
itu sendiri, sehingga pudarnya nama
Kristus Kristus. Binatang yang bertanduk
dua, atau binatang yang keluar dari bumi
itu, dan binatang yang luka parah
kepalanya dari rumpun binatang yang
keluar dari laut adalah pemerintah dunia yang telah mengusulkan kepada
dunia akan pengwujudan menara Babel akhir zaman itu.
Melalui menara Babel moden itu, umat manusia
telah bersatu kembali menjadi satu dalam ‘nama,’
atau ‘karya’ yang mengundang amarah dan cemburu Tuhan yang menghanguskan. Ia
bermula dengan pemberitaan
Langit dalam Matius 24: 29; Wahyu 6:
12-13; Yoel 2: 31-32; dan Zakharia 14: 6-7.
Semua petikan-petikan firman tersebut di atas, adalah nubuatan-nubuatan yang
secara khusus mengungkapkan pemberitaan ‘Nama’
Kristus sebagai Hakim. Maka, “satu masa, dua masa dan setengah masa
akan berlangsung dari Meterai ke-enam
(Wahyu 6: 12-13) sehinggalah kepada cawan murka Tuhan yang ke-tujuh (yang terakhir)
iaitu Wahyu 16: 17-21.
Penulis melihat dan
berpendapat bahawa, “satu masa, dua masa dan setengah masa,” adalah
seringkasnya dapat diterjemahkan kepada angka kiraan tempoh-masa yang bersamaan
dengan: “7 tahun, 49 tahun, dan 3.5 tahun
(semuanya dalam kiraan tahun calendar bulan). Maka, tempoh-masa penghakiman dan
penghukuman ke atas semua bangsa-bangsa di bumi oleh Hakim (Kristus) akan mengambil
masa selama 59.5 tahun atau bersamaan
dengan 58.903235 tahun calendar matahari. Bermula
dari Wahyu 6: 12-13 sehingga Wahyu 16: 17-21, ia
mengambil masa selama lebih kurang 58.9032335
tahun atau 58 tahun 329 hari. "Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan, barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting disini ialah ketabahan dan iman orang-orang Kudus." (Wahyu 13: 10).
Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh namaTuhan. Yakub berkata dalam ayat ke-26 “Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.” Nabi Yesaya bernubuat dalam Yes. 46: 10 bahawa "..he made known the end from the beginning;" Permulaan 'Israel' adalah Yakub yang sesak nafas keseorangan di malam' hari ketika dalam perjalananan menemui abangnya Esau yang mempunyai ramai pengikut. Esau atau Edom mewakili kata nubuat yang merujuk kepada semua bangsa-bangsa di dunia (gentiles). Di akhir zaman bangsa-bangsa, sekali lagi Israel akan keseorangan dan sesak nafas kerana 'edomites' telah se-ia sekata memeranginya. Tuhan merelakan ia dikerumuni oleh keputusan bangsa-bangsa Bersatu sebagaimana yang dinubuatkan dalam Wahyu 17.
Hanya apabila 'gunung-gunung' yang dijemput kembali ke Tanah Suci menyeru "nama'" Tuhan baharulah Tuhan akan mencurahkan Kasih Karunia ke atas Yudah dan Jerusalem. Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Jerusalem? Ia telah menjadi Pelacur Besar, misteri Babylon untuk sekian lama sejak 2 Raja-Raja 23: 27 di sampaikah oleh nabi. Dialah yang dimaksudkan dalam Wahyu 17 itu! Binatang merah ungu itu adalah Bangsa-bangsa Bersatu yang selama ini membuat resolusi untuk menakluki Jerusalem di bawah kekuasaannya. dan Israel pula melawan kepada keputusan-keinginan Bangsa-bangsa di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu adalah kemunculan 'menara Babel Purba.' Ia menyatukan semua bangsa di bawah karya atau nama' "Peace and Security." Justeru itu nubuat dalam Wahyu 17 itu sudah digenapi kerana 10 raja-raja yang maju berperang memeranginya Jerusalem adalah 10 non-permanent security councils yang diberikan kuasa "seperti raja" dalam masa selama 1 jam, iaitu bergilir-gilir selama tempoh 2 tahun. Raja yang kedelapan adalah milik kepada Tujuh pemerintah (empayar) yang pernah berkahwin (menakluki) Kota Yerusalem. Raja itu adalah pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu yang menentang Yerusalem sebagai milik sepenuhnya oleh Israel. Tuhan mempunyai destini bagi Kota Yerusalem sebagaimana dalam nubuat nabi Zechariah! Sebelum kewujudan PBB, Yerusalem telah melalui kemusnahan selama suatu tempoh yang sangat lama kerana semua bangsa dan semua raja-raja mabuk dengan Kota Yerusalem. Nubuat berbunyi:
2"Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung. 3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya (Zakaria 12: 2, 3).
Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" Yakub yang keseorangan dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Murka hanya akan menyala keatas bangsa-bangsa, apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus. Pemulihan Israel secara menyeluruh dicatatkan dalam Wahyu 7: 14, iaitu selepas Kristus (Hakim) kembali ke bumi. Israel dan Yerusalem adalah "unfinished business" bagi Tuhan. Justeru itu, Hakim Yeshua kembali untuk menyelesaikan agenda Yerusalem menurut nubuat nabi-nabi. Pemulihan Israel dinubuatkan oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7: 14:
3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel (Wahyu 7: 3-4).
Israel perlu percaya kepada "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus! Komitmen Yahweh ke atas bekas isterinya, Yerusalem, hanya akan dipulihkan oleh Yeshua yang kembali ke bumi. Maka, semua Israel perlu percaya dan menyeru "nama" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua! Untuk menjadikan Israel percaya, maka 'Yakub' perlu keseorangan dalam 'gelap' Dan kesesakan nafas kerana Bangsa-bangsa telah berkerumun melawannya! Baharulah Tuhan melalui Yeshua yang kembali akan mencurah Kan rohNya ke atas Israel ('seal of the living God').
Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh namaTuhan. Yakub berkata dalam ayat ke-26 “Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.” Nabi Yesaya bernubuat dalam Yes. 46: 10 bahawa "..he made known the end from the beginning;" Permulaan 'Israel' adalah Yakub yang sesak nafas keseorangan di malam' hari ketika dalam perjalananan menemui abangnya Esau yang mempunyai ramai pengikut. Esau atau Edom mewakili kata nubuat yang merujuk kepada semua bangsa-bangsa di dunia (gentiles). Di akhir zaman bangsa-bangsa, sekali lagi Israel akan keseorangan dan sesak nafas kerana 'edomites' telah se-ia sekata memeranginya. Tuhan merelakan ia dikerumuni oleh keputusan bangsa-bangsa Bersatu sebagaimana yang dinubuatkan dalam Wahyu 17.
Hanya apabila 'gunung-gunung' yang dijemput kembali ke Tanah Suci menyeru "nama'" Tuhan baharulah Tuhan akan mencurahkan Kasih Karunia ke atas Yudah dan Jerusalem. Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Jerusalem? Ia telah menjadi Pelacur Besar, misteri Babylon untuk sekian lama sejak 2 Raja-Raja 23: 27 di sampaikah oleh nabi. Dialah yang dimaksudkan dalam Wahyu 17 itu! Binatang merah ungu itu adalah Bangsa-bangsa Bersatu yang selama ini membuat resolusi untuk menakluki Jerusalem di bawah kekuasaannya. dan Israel pula melawan kepada keputusan-keinginan Bangsa-bangsa di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu adalah kemunculan 'menara Babel Purba.' Ia menyatukan semua bangsa di bawah karya atau nama' "Peace and Security." Justeru itu nubuat dalam Wahyu 17 itu sudah digenapi kerana 10 raja-raja yang maju berperang memeranginya Jerusalem adalah 10 non-permanent security councils yang diberikan kuasa "seperti raja" dalam masa selama 1 jam, iaitu bergilir-gilir selama tempoh 2 tahun. Raja yang kedelapan adalah milik kepada Tujuh pemerintah (empayar) yang pernah berkahwin (menakluki) Kota Yerusalem. Raja itu adalah pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu yang menentang Yerusalem sebagai milik sepenuhnya oleh Israel. Tuhan mempunyai destini bagi Kota Yerusalem sebagaimana dalam nubuat nabi Zechariah! Sebelum kewujudan PBB, Yerusalem telah melalui kemusnahan selama suatu tempoh yang sangat lama kerana semua bangsa dan semua raja-raja mabuk dengan Kota Yerusalem. Nubuat berbunyi:
2"Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung. 3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya (Zakaria 12: 2, 3).
Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" Yakub yang keseorangan dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Murka hanya akan menyala keatas bangsa-bangsa, apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus. Pemulihan Israel secara menyeluruh dicatatkan dalam Wahyu 7: 14, iaitu selepas Kristus (Hakim) kembali ke bumi. Israel dan Yerusalem adalah "unfinished business" bagi Tuhan. Justeru itu, Hakim Yeshua kembali untuk menyelesaikan agenda Yerusalem menurut nubuat nabi-nabi. Pemulihan Israel dinubuatkan oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7: 14:
3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel (Wahyu 7: 3-4).
Israel perlu percaya kepada "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus! Komitmen Yahweh ke atas bekas isterinya, Yerusalem, hanya akan dipulihkan oleh Yeshua yang kembali ke bumi. Maka, semua Israel perlu percaya dan menyeru "nama" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua! Untuk menjadikan Israel percaya, maka 'Yakub' perlu keseorangan dalam 'gelap' Dan kesesakan nafas kerana Bangsa-bangsa telah berkerumun melawannya! Baharulah Tuhan melalui Yeshua yang kembali akan mencurah Kan rohNya ke atas Israel ('seal of the living God').
9 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem." 10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. "11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido.12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri" (Zechariah 12: 9-14).
Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" nenek moyang mereka, Yakub yang keseorangan itu ('tersendiri'), dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Apabila fajar menyingsing baharulah mereka berhenti menyangkal "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua. Murka Tuhan akan menyalakan semaraknya keatas bangsa-bangsa, hanya apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan, dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus.
3 ulasan:
Santo Yohanes dikuasai Roh, kemudian dia melihat penglihatan-penglihatan dan juga 'suara' Firman. Kemudiannya, ia tulis apa yang ia lihat dan apa yang ia dengar menjadi sebuah Kitab yang dipanggil Kitab Wahyu.
Perempuan Perjanjian Baru dan anak-anak membaca Kitab Wahyu dan berusaha melalui 'Jalan' dan 'Pintu,' untuk memasuki 'kamar' hadirat Roh yang pernah menguasai Santo Yohanes ketika ia menerima nubuatan-nubuatan dalam Kitab Wahyu, supaya apa yang kita baca, kita akan dapat 'melihat' kembali. Tanpa 'melihat' apa yang ditulis oleh Santo akan mengakibatkan 'pengertian' kita cetek, kabur dan 'berkisar-keliru' pada kemampuan penanggapan intelek.
Memang benar, Kita membaca setiap perkataan dan setiap ayat dalam Kitab Wahyu dengan keupayaan intelek. Namun, apa yang kita 'baca,' kita usahakan, supaya melalui 'hadirat' Roh tujuh lapis, kita akan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan yang pernah dilihat oleh Santo Yohanes.
Kegagalan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan Wahyu akan mengakibatkan kita berkata "hanya dari cakap-cakap orang sahaja, aku mendengar perihal pengertian, hikmat dan 'revelation knowledge' kitab Wahyu." Jika kita melihat dengan 'pancaindera sumbu roh kita,' maka otak kita akan merekodkan apa saja yang dilihat oleh roh kita. Roh kita melihat kerana 'sumbu roh' kita dihinggapi oleh 'lidah api:' Roh Tujuh Lapis. Roh itulah yang menyingkapkan 'cetakan' dakwat hitam pada kertas Kitab Wahyu menjadi 'penglihatan-penglihatan' yang hidup dan berbicara.
Dengan cara ini, maka, barulah kita akan benar-benar dapat menyelami kata-kata Yesus: "segala perkataan-perkataanKu adalah 'roh'..." (Yohanes 6: 63).
9 I pray for them. I am not praying for the world, but for those you have given me, for they are yours. 10 All I have is yours, and all you have is mine. And glory has come to me through them.11 I will remain in the world no longer, but they are still in the world, and I am coming to you.Holy Father, protect them by the power of your *name,* the *name* you gave me, so that they may be one as we are one. 12 While I was with them, I protected them and kept them safe by that *name* you gave me. None has been lost except the one doomed to destruction, so that Scripture would be fulfilled. 13 “I am coming to you now, but I say these things while I am still in the world, so that they may have the full measure of my joy within them.14 I have given them your word and the world has hated them, for they are not of the world any more than I am of the world. 15 My prayer is not that you take them out of the world but that you protect them from the evil one. 16 They are not of the world, even as I am not of it.17 Sanctify them by the truth; your word is truth. 18 As you sent me into the world, I have sent them into the world. 19 For them I sanctify myself, that they too may be truly sanctified (John 17: 9-19)
Zechariah 12New International Version (NIV)
Jerusalem’s Enemies to Be Destroyed
12 A prophecy: The word of the Lord concerning Israel.
The Lord, who stretches out the heavens, who lays the foundation of the earth, and who forms the human spirit within a person, declares: 2 “I am going to make Jerusalem a cup that sends all the surrounding peoples reeling. Judah will be besieged as well as Jerusalem. 3 On that day, when all the nations of the earth are gathered against her, I will make Jerusalem an immovable rock for all the nations. All who try to move it will injure themselves. 4 On that day I will strike every horse with panic and its rider with madness,” declares the Lord. “I will keep a watchful eye over Judah, but I will blind all the horses of the nations. 5 Then the clans of Judah will say in their hearts, ‘The people of Jerusalem are strong, because the Lord Almighty is their God.’
6 “On that day I will make the clans of Judah like a firepot in a woodpile, like a flaming torch among sheaves. They will consume all the surrounding peoples right and left, but Jerusalem will remain intact in her place.
7 “The Lord will save the dwellings of Judah first, so that the honor of the house of David and of Jerusalem’s inhabitants may not be greater than that of Judah. 8 On that day the Lord will shield those who live in Jerusalem, so that the feeblest among them will be like David, and the house of David will be like God, like the angel of the Lord going before them. 9 On that day I will set out to destroy all the nations that attack Jerusalem.
Mourning for the One They Pierced
10 “And I will pour out on the house of David and the inhabitants of Jerusalem a spirit[a] of grace and supplication. They will look on[b] me, the one they have pierced, and they will mourn for him as one mourns for an only child, and grieve bitterly for him as one grieves for a firstborn son. 11 On that day the weeping in Jerusalem will be as great as the weeping of Hadad Rimmon in the plain of Megiddo. 12 The land will mourn, each clan by itself, with their wives by themselves: the clan of the house of David and their wives, the clan of the house of Nathan and their wives, 13 the clan of the house of Levi and their wives, the clan of Shimei and their wives, 14 and all the rest of the clans and their wives. (Zechariah 12: 1-14).
Catat Ulasan