Isnin, 19 Ogos 2019

Mengetahui kedatangan Hakim dengan melihat tanda-tanda di Sorga, tanda di langit, dan tanda di 'roh' bumi, dan tanda-tanda di bumi nyata (harafiah)....



 Psalm 19 (NIV)

 For the director of music. A psalm of       David.


1 The heavens declare the glory of God; the skies proclaim the work of his hands.
2 Day after day they pour forth speech;
night after night they reveal knowledge.

3 They have no speech, they use no wordsno sound is heard from them (visions  dream dreams).

4 Yet their voice goes out into all the earth, their words to the ends of the world.In the heavens God has pitched a tent for the sun.





Ulasan mengenai penglihatan pada 10 June 2018 : Pembaca tanda-tanda zaman.

     Jika seseorang mahu menjadi pembaca 'tanda-tanda' zaman, maka dia harus mempunyai 'asas' dalam melihat the flow of the Spirit of Prophecy. Ada empat 'alam' roh yang dicipta Tuhan pada nubuat penciptaan dalam Kitab Kejadian fasal 1.  (There are four different spirit realms namely the heavens, the skies, and the earth, and the hells). 

    Pembaca 'tanda-tanda' zaman semestinya mengetahui ke-empat-empat keujudan alam roh tersebut; 'tanda-tanda' zaman akan 'muncul' dalam 'alam roh' yang disebutkan tadi. Ia dilihat melalui visions dan dream dreams. When 'the Signs' in heavens, in the sky and on earth are simultaneously revealed at "an appointed time," like at the 'moment' of the birth of Christ, then we know that it is 'the exact time,' the Judge who Judges in equity would begin the pathway of Divine wraths on earth: a whirlwind. The three wise men knew the exact time of Christ's birth because they saw the 'moment' the 'Sign' [the Star of Bethlehem] of the Prince of Peace appeared in the 'sky' (spirit realm called 'sky'; not to be mistakenly interpreted as the literal 'sky'). Ada tiga (3) alam 'roh' yang harus ‘dibaca’ melalui karunia-penglihatan visions dan melalui Dream dreams. Ketiga-tiga alam roh itu adalah tempat 'tanda-tanda' dinyatakan oleh Tuhan secara ‘serentak.’  Ia ('tanda-tanda') mestilah dinyatakan secara ‘serentak,’ maka baharulah kita boleh katakan bahawa itulah 'saat' 'nama' Hakim itu telah diberitakan dan bahawa ia hadir di bumi. Tiga alam Roh dan bumi sebenar akan dilihat seperti berikut:-

(1) '7 Heavens' ~ 'Sorga' dan kadang-kadang diterjemahkan juga kepada bahasa Indonesia sebagai 'langit' atau 'cakrawala'. Ada tujuh lapis Sorga dan setiap lapis ada pintu.

(2) 'Skies' iaitu realiti alam roh 'langit,' yang berada di bawah realiti alam tujuh lapis Sorga; kakang-kadang  ada satu ciri ganjil dengan pemberitaan tanda di langit, di mana penglihatan itu tiada suara dan tiada Bahasa kedengaran dari penglihatan "tanda" di langit.  Namun, ini tidak menghairankan kerana raja Daud bersaksi melalui lirik lagunya dalam Mazmur 19, bahawa pemberitaan 'nama' Tuhan di langit, memang tiada suara kedengaran: 3 There is no speech, nor are there words; their voice is not heard; 4 yet their voice goes out through all the earth, and their words to the end of the world (Psalm 19: 3-4).

(3) Earth' ~ ‘alam roh’ ini dilihat seolah-olah seperti bumi yang kita pijak kerana bentuk muka bumi yang mempunyai dataran, sungai, tasik, hutan, kayu-kayan, laut, lautan malah segala mahluk dan juga binatang-binatang yang 'ganjil,' sebagaimana yang tercatat dalam nubuat para nabi, seperti binatang sepuluh tanduk yang keluar dari ‘laut.’ ‘Laut’ dalam Wahyu 13 adalah sebenarnya merujuk kepada ‘alam roh’ bumi yang menyampaikan mesej roh yang profetik tentang 'bangsa-bangsa' di dunia. Maka, binatang yang keluar dari laut bermaksud 'suatu pemerintahan yang muncul dan telah memerintah banyak bangsa-bangsa di dunia.' Contohnya adalah seperti dalam Kitab Daniel yang menyatakan beberapa binatang yang keluar dari laut yang berkocak. Ia bermaksud beberapa empayar yang menakluki banyak bangsa di dunia akan muncul. Justeru itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah juga tergolong sebagai "binatang yang keluar" dari laut atau dari jurang maut, kerana ia adalah suatu world governance yang merangkumi hampir semua bangsa-bangsa (many waters) di dunia:

(4) Bumi sebenar (literal earth). Terdapat banyak tanda-tanda di Bumi nyata atau di tengah-tengah manusia Yang telah diberikan oleh Tuhan kepada nabi-nabi. Saya akan ungkit salah satu tanda yang pernah ditulis oleh Rasul Paulus kepada jemaat di Thessalonika yang sebenarnya mengungkai  rahasia 'time-frame' akan kedatangan Hakim  (second return of Christ). "Peace and Security" adalah tanda di antara bangsa-bangsa yang menunjuk kepada aktiviti sejagat dan lantas menjadi tanda yang dapat dibaca sebagai petunjuk 'time-frame' kedatangan Kristus. 

     Sebenarnya ada satu lagi 'alam roh' yang dipanggil 'neraka.' Namun, penulis tidak menerima firman yang 'tersingkap' perihal neraka, justeru itu, kita tidak akan membicarakan mengenai dengan realiti alam roh  'neraka.'   Kita tahu bahawa untuk mengesahkan penggenapan 'saat' kedatangan Hakim, 'tanda-tanda' di Sorga haruslah 'dilihat bersama' dengan 'tanda' di langit dan juga 'tanda' di bumi. Dalam kelahiran Raja Damai, tanda-tanda di Sorga hanya dilihat oleh 'para gembala' (the prophets). Penulis mengelar para gembala di padang gembalaan itu sebagai 'the prophets,' kerana sebenarnya hanya prophets Tuhan sahaja yang dikaruniakan penglihatan rohani yang melihat kemuliaan "Sorga terbuka"! Maksudnya, mereka melihat tujuh lapis sorga terbuka dalam penglihatan mata roh. Tiga orang majus dari timur, iaitu the heathen seers, mengesahkan bahawa mereka juga telah melihat 'tanda' kelahiran Raja Kebenaran itu, iaitu bintang Bethlehem yang pernah dinubuatkan oleh Prophet Balaam ben Peor lebih seribu tahun yang lampau. Balaam juga adalah a heathen seer! Kedua-dua kumpulan nabi-nabi itu telah 'bertemu' pada 'setting' yang yang sama, iaitu ketika "Firman itu telah menjadi manusia" kelihatan di bumi, iaitu "seorang bayi di kandang sapi," sebagaimana yang diberitakan oleh Malaikat.

    Penulis telah melihat penglihatan 'langit' pada 10th June 2018, dan 'Matahari' kelihatan berada di garisan ufuk petang dengan posisi 'matahari' yang hanya dijarakkan setebal 2 mm sahaja dari menyentuh atau 'mencecah' garisan ufuk terbenam. Mungkinkah ia (Hakim) akan datang bila-bila masa sekarang? Boleh jadi juga Hakim sudah ada di bumi! Nabi Zechariah bernubuat dalam Zakaria 14: 6 -7 "6 Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau beku, 7 tetapi akan ada satu hari--hari itu diketahui oleh Tuhan--dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang."  5 d Then the Lord my God will come, and all the holy ones with him. 6 On that day there will be neither sunlight nor cold, frosty darkness. 7 It will be a unique day --a day known only to the Lord--with no distinction between day and night. When evening comes, there will be light (Zechariah 14: 5 d -7).  

  Yeshua adalah 'Light' atau matahari (Hakim) yang akan datang. Pada 'petang' hari, Hakim akan datang bila-bila masa, bersama-sama dengan para malaikat (para penuai) yang dapat dilihat dalam penglihatan rohani sebagai gulungan Kitab! Untuk mengerti lirik nubuat dalam Zechariah 14: 5-7, ...pembaca harus kembali kepada puisi Yahweh yang diberikan kepada Noah dalam Kejadian 8: 22. Selama bumi masih ada (bertahan- 'endure') takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam." Doa Noah yang dikenan oleh Tuhan telah disusuli dengan berkat penganugerahan suatu revelation yang hebat untuk Noah dan keturunannya. Noah telah dianugerahkan lirik-lirik puisi yang sebenarnya sangat berguna untuk melihat tanda-tanda kedatangan Hakim (2nd return of Christ). 

    Sebenarnya, dalam versi English frasa "Selama bumi masih ada" berbunyi "as long as the earth endures". Saya lebih suka perkataan "endure" (bertahan), kerana ia lebih revealing dan lebih jitu, jika dibandingkan dengan frasa "masih ada." Zechariah 14: 5-7 sebenarnya adalah penglihatan rohani yang menerangkan "ending" kepada maksud nubuat dalam puisi Kejadian 8: 22. Kejadian 8: 22 menerangkan permulaan karya Tuhan selepas kiamat banjir. Yesaya 46: 10 menerangkan bahawa Tuhan memberitahu pengakhiran dari permulaan. Lirik puisi Tuhan dalam Kej 8: 22 adalah menjelaskan permulaan pekerjaan Ilahi. Zechariah 14: 5-7 pula menerangkan "pengakhiran" kepada maksud nubuat dalam Kejadian 8: 22. Zechariah 14: 5-7 seringkasnya adalah "tanda" di langit yang memberitakan nama Hakim menurut tafsiran maksud Mazmur 19: 1. 

    Kembali kepada baris stanza pertama dalam Kejadian 8: 22, "as long as the earth endures" membawa maksud bahawa perdamaian akan diteruskan dengan syarat "as long as the earth endure."   Adalah mudah untuk mengetahui apa yang akan terjadi apabila 'bumi' memberitakan mesej Roh bahawa 'ia tidak tahan lagi,' kerana setiap maksud lirik dalam Kejadian 8: 22 akan bertukar menjadi  disebalik maksud asal (antonim), iaitu seperti dalam lirik-lirik dalam Zechariah 14: 5-7. Ia juga dijelaskan dalam Yesaya 26: 20-21. Apa akan terjadi kepada "bumi" apabila, tanda di langit memberitakan "matahari menjadi gelap, bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang berjatuhan"?? Akan ada suatu gempa yang dashyat terjadi di bumi. Namun, 'bumi' di sini, bukanlah bumi harafiah, melainkan bumi di alam roh dalam penglihatan roh!! Justeru itu, ...dalam penglihatan roh, 'roh' bumi memberitakan  dalam penglihatan roh suatu 'great earthquake.'!! Maksudnya, salah satu tanda yang kelihatan di alam roh 'bumi', ialah gempa bumi yang dashyat, sebagaimana catatan dalam Wahyu 6: 12. Maka, jika kita lihat Wahyu 6: 12-15, ayat 12 hingga 13 sebenarnya adalah petikan mengenai tanda di bumi dan tanda di langit! Ayat 14a adalah tanda di Sorga, manakala gunung-gunung dan pulau-pulau itu pula memberitakan tentang 'ketiadaan perdamaian" atau pengakhiran perdamaian antara Tuhan dan penduduk di mukabumi. Ia juga menerangkan bahawa penuaian akan beralih tangan dari Gereja kepada para malaikat. Ayat 14a, iaitu "tanda di Sorga" yang dapat dilihat dalam penglihatan roh, sebenarnya berulang Kali telah disampaikan oleh para Nabi seperti dalam catatan Matius 24: 30-31 dan juga Kisah Para Rasul 1 : 6-11.  

    Wahyu 6: 14a, Matius 24: 30-31 dan Kisah 1: 6-11 adalah perihal "tanda" di Sorga, iaitu "awan-awan (para malaikat) bergulung dan Kemuliaan Hakim." Mazmur 19: 1 berbunyi bahawasanya penglihatan Sorga adalah suatu deklarasi "Kemuliaan Tuhan." The heavens declare God's Glory!!! Harus diingat bahawa Sorga ini merujuk kepada tujuh lapisan Sorga. Bila setiap pintu Di setiap lapis Sorga di buka, maka terlihatlah awan-awan bergulung. Awan-awan bergulung dalam penglihatan roh di Sorga sebenarnya adalah aksi-aksi malaikat Tuhan dalam membuat "bukaan" pintu-pintu Sorgawi. Itulah sebabnya ia kelihatan dalam penglihatan Roh sebagai awan-awan yang bergulung. Justeru itu, kedatangan Kristus Yang ke-dua sebenarnya dapat diketahui oleh orang-orang percaya terutama mereka yang "berjaga-jaga"  dengan melihat melalui spiritual visions and dreams dreams, iaitu melihat tanda-tanda di Sorga, tanda-tanda di langit, dan tanda-tanda di 'roh' bumi (alam Roh), dan di bumi nyata (bumi harafiah) dan juga di tengah-tengah manusia, iaitu dengan melihat "nama" manusia sejagat!!!
(ii) ...penglihatan kali ke-2  menyusul selepas penglihatan seperti gambar  (i).  Sya teringat Zechariah 14: 7.
                         
Membaca 'Tanda' di langit perihal kedatangan Hakim (Zak. 14: 7) (i)


                             




    Penglihatan' penulis pada 10th  June 2018 adalah seperti 'pemandangan' (seperti~ 'gambar kiasan' di atas~ lihat gambar (i) ), pada lebih kurang jam 1.57 a.m., akan tetapi cahaya 'petang'nya lebih 'brilliant' dan 'hidup.' Selang 2 minggu kemudian, penglihatan kedua perihal 'matahari' yang memperlihatkan kedudukan matahari di ufuk terbenam telah muncul dan ia kelihatan seperti gambar yang di tanda' (ii). Saya teringat ayat..."when evening comes, there will be light" dalam Zechariah 14: 7 ketika 'melihat' vision tersebut.  Ia (Hakim) boleh saja 'datang-hadir' di bumi pada bila-bila masa bersama para malaikat. Hakim itu akan disertai 'tanda-tanda,' iaitu bunyi guruh, halilintar dan gempa bumi. "The Lord slow to anger but great in Power; the Lord will not leave the guilty unpunished;. His Way is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet" (Nahum 1: 3). "His Way" bermaksud ''cara Roh Tuhan berkerja" di bumi. 'Jalan' murka Tuhan yang dilihat dalam 'penglihatan' adalah, seperti "the whirlwind” yang tidak dapat dipisahkan dengan keujudan fenomena 'roh,' seperti 'storm' dan 'clouds,' dan halilintar. "Lalu malaikat itu mengambil pedupaan itu, mengisinya dengan api dari mezbah, dan melemparkannya ke bumi. Maka, meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi" (Wahyu 8: 5). Maka, hadirat Hakim di bumi dapat dikenalpasti dengan melihat 'tanda-tanda' yang dapat dilihat melalui 'penglihatan rohani,' ~ 'guruh,' halilintar,' ('tanda'di langit) dan juga 'gempa bumi' ('tanda' di bumi).  

    Yeshua pernah bernubuat dalam Matius 24: 27 "Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelakkedatangan Anak Manusia."  "Kilat" adalah tidak wujud kalau 'puting beliung' tidak ujud kerana “kilat' itu adalah 'tanda' khusus hadirat Hakim di bumi, jika dilihat dalam 'penglihatan 'roh.' Dalam kesaksian nabi Nahum, 'nama' Tuhan, iaitu Hakim "...berjalan dalam puting beliung [whirlwind] dan badai, dan awan adalah debu kakiNya." Nabi Nahum dalam kitab Nahum Bab 1 ayat 1--3, berbicara tentang 'penglihatan roh' mengenai Hakim. Hakim dapat dikenalpasti dan dapat dibezakan dengan 'roh' Raja Damai dengan 'melihat' tanda-tanda yang menyertai 'nama' Tuhan, meskipun mereka adalah roh yang 'satu.' Kebanyakan orang percaya mengetahui perihal 'tanda-tanda' hadirat Raja Kebenaran atau Raja Damai, seperti pada saat kelahirannya dan juga pada hari Pentakosta. 'Nama" Hakim dapat dikenalpasti dalam penglihatan 'roh' sebagai 'Puting Beliung,' dan Ia disertai 'tanda-tanda' seperti guruh, halilintar, badai dan gempa bumi. Wahyu 8: 5, sebagai contoh, menerangkan tanda-tanda hadirat Hakim di bumi: 5 Then the angel took the censer and filled it with the fire of the altar, and threw it to the earth; and there followed peals of thunder and sounds and flashes of lightning and an earthquake (Revelation 8: 5).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan