Ahad, 20 September 2015

Kedatangan Yeshua yang ke-dua dan hubungkaitnya dengan "nama" Tuhan...

(Nota/peringatan: Tulisan ini hanyalah menurut ulasan peribadi dari penulis sahaja, dan tidaklah mewakili mana-mana aliran gereja.)
___________________________________


20. Lalu Nuh mendirikan mezbah bagi Tuhan; dari segala binatang yang tidak haram dan dari segala burung yang tidak haram diambilnyalah beberapa ekor, lalu ia mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah itu. 21 Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.  22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."(Kejadian 8:20-22)

___________________________________

    Sekali baca, petikan di atas semacam cerita dongeng belaka. Namun, Yeshua pernah berkata: "Perkataan-perkataanKu adalah roh dan hidup." Walaupun petikan di atas adalah dari 'nama' [karya] Yahuwah, tetapi Kristus dan Yahuwah adalah dari Roh Tuhan yang 'Esa' dan sama. Jika diumpamakan dengan keujudan molekul air yang terdiri dari dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, maka Tuhan yang Esa itu adalah seperti molekul air, iaitu dua atom hirogen dan satu atom oksigen. Molekul air itu dapat manifestasi dalam bentuk air, batu dan wap, tetapi komponen atomnya tetap sama dan tidak berubah, iaitu masih dua hidrogen dan oksigen. Anak adalah keujudan yang visible oleh mata kasar manusia, namun rohNya tetap Ilahi. Roh Bapa adalah keujudan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Manakala, Roh Kudus adalah keujudan yang khusus untuk berkomunikasi kepada roh-roh manusia yang ditebus oleh Tuhan ataupun Roh Ilahi yang mengurapi anak-anak yang ditebus.  Kedalaman 'KeEsaan' Tuhan sangatlah tak terselami oleh kapasiti intelek manusia. Bagaimana mungkin Bapa, Anak dan Roh Kudus itu adalah SATU roh? Namun, roh boleh saja jadi 'satu,' meskipun seolah-olah nampak banyak. Lihat saja pelangi, ia nampak tujuh warna asas, namun sebenarnya ia berasal dari satu cahaya yang tiada warna: colorless light. Ia kelihatan tujuh kerana disebabkan oleh prism effect.  Tuhan kelihatan Tiga peribadi (Trinitas) atau juga tujuh roh menorah kerana gara-gara rencana atau karya Tuhan menyelamatkan umat manusia! Perdamaian itulah sebabnya Roh Tuhan seolah-olah kelihatan Tiga peribadi malah ia dinubuatkan juga sebagai tujuh roh, tujuh Mata dan tujuh tanduk kerana karya menghakimi dan menghukum. Itu semua disebabkan oleh rencana PERDAMAIAN Tuhan yang memerlukan karya Bapa, karya Anak, dan karya Roh Kudus! Bapa tidak mempunyai darah, tetapi Anak Tuhan yang Mahatinggi mempunyai darah untuk Perdamaian lalu mentakdirkan dirinya sebagai penggenapan  anak Domba Tuhan dalam Firman Bapa Yahweh, contohnya, dalam Yesaya 53; Yoh. 1: 29; Mazmur 40: 7, 8, 9. Roh Kudus pula perlu untuk menjadi 'roh komunikasi' antara Roh Allah Bapa dan juga roh-roh anak manusia yang ditebus oleh Darah Suci Yeshua! (Rujuk Kitab Yoel 2: 28-32; Yohanes 14: 15-26).

    Petikan firman dari Kejadian 8: 20-22 di atas adalah nubuat yang telah diterima oleh Nabi Moshe. Moshe bernubuat ke belakang; ia bernubuat ke zaman lampau, iaitu mesej yang pernah Tuhan berikan kepada Noah. Justeru itu, petikan di atas adalah 'roh' dan hidup! Kita memerlukan anugerah 'roh tujuh lapis' (The Sevenfold Spirit) untuk dapat mengerti maksud roh dari kata-kata 'roh' dari Bapa Segala roh (Pencipta Langit dan bumi). 

    Berhentinya pergantian 'Siang & Malam' adalah bermaksud berhentinya misi perdamaian Ilahi dalam 'menabur & menuai' di sepanjang 'era' gereja. 'Era gereja' adalah zaman Raja Damai dalam zaman bangsa-bangsa, yang menabur Firman ke-empat penjuru bumi. Selepas kiamat banjir pada zaman Noah, Tuhan mula menabur semula 'Firman' melalui Noah. Kemudian ia terus menabur sehinggalah kepada bani Israel, umat Perjanjian Lama yang telah menjadi 'pewaris' janji-janji Tuhan kepada Abraham. Kristus, kemudian, datang menurut FirmanNya dalam Taurat, menggenapi nubuat nabi-nabi dan juga menurut Lirik Mazmur dalam menyempurnakan misi menabur, agar keselamatan akan merangkumi bangsa-bangsa yang 'bukan bani Israel.'  Si 'Penabur' atau Anak Manusia akan menyempurnakan misi menabur, apabila 'appointed time' sampai 'petang.'  Zaman selepas kiamat banjir adalah 'pagi' kepada pekerjaan menabur. (Just another 'morning' which means at an appointed time, the evening will surely come.  It was another 'morning' because the heaven and skies proclaimed new divine handiworks. Thus, the rainbow proclaimed the 'morning'. The evening of it, is proclaimed in verse 29 Ch. 24 of the gospel of Matthew as prophesied by Jesus. The 'evening' could also be seen in Zechariah 14: 5-7)
___________________________________
   
     Karena itu, dengarlah arti perumpamaan penabur itu. Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama orang yang menaburkan benih yang baik di ladangnya.  Tetapi pada waktu semua orang tidur, datanglah musuhnya menaburkan benih lalang di antara gandum itu, lalu pergi.  Ketika gandum itu tumbuh dan mulai berbulir, nampak jugalah lalang. Maka datanglah hamba-hamba tuan ladang itu kepadanya dan berkata: Tuan, bukankah benih baik, yang tuan taburkan di ladang tuan?

     Dari manakah lalang itu? Jawab tuan itu: Seorang musuh yang melakukannya. Lalu berkatalah hamba-hamba itu kepadanya: Jadi maukah tuan supaya kami pergi mencabut lalang itu?Tetapi ia berkata: Jangan, sebab mungkin gandum itu ikut tercabut pada waktu kamu mencabut lalang itu.Biarkanlah keduanya tumbuh bersama sampai waktu menuai. Pada waktu itu aku akan berkata kepada para penuai: Kumpulkanlah dahulu lalang itu dan ikatlah berberkas-berkas untuk dibakar; kemudian kumpulkanlah gandum itu ke dalam lumbungku" (Matius 13: 18, 24-30)

     Maka Yesus pun meninggalkan orang banyak itu, lalu pulang. Murid-murid-Nya datang dan berkata kepada-Nya: "Jelaskanlah kepada kami perumpamaan tentang lalang di ladang itu."Ia menjawab, kata-Nya: "Orang yang menaburkan benih baik ialah Anak Manusia;ladang ialah dunia. Benih yang baik itu anak-anak Kerajaan dan lalang anak-anak si jahat.Musuh yang menaburkan benih lalang ialah Iblis. Waktu menuai ialah akhir zaman dan para penuai itu malaikat. Maka seperti lalang itu dikumpulkan dan dibakar dalam api, demikian juga pada akhir zaman.Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang yang melakukan kejahatan dari dalam Kerajaan-Nya.( Matius 13: 36-41, Alkitab e-Katolik)
__________________________________

    Kedatangan Roh Yesus & rombongan roh-roh dari Syurga bukanlah Kiamat Fizikal Bumi melainkan 'mission' (atau 'nama') Kristus yang seterusnya untuk menggenapi Firman yang dijanjikan (Lukas 24: 44). Bukanlah semua Taurat sudah digenapi. Bukanlah semua nubuatan nabi-nabi telah digenapi, dan bukanlah semua Mazmur sudah siap-dikerjakannya oleh Yesus.

    Tuhan itu Roh. Ia berkerja siang dan malam tidak henti-henti. Maka Roh Tuhan mempunyai penjelasan rohani berhubung dengan masa 'pagi' dan 'petang' bagi Karya Ilahi. Pagi menurut intelek manusia adalah fizikal matahari terbit diufuk timur. 'Pagi' bagi Roh Tuhan dan bahasa nubuat Roh Tuhan adalah "Nama" barunya dinyatakan (revealed to mankind) untuk memulakan operasi "mission."  Contoh, Kayu Salib adalah petang bagi YHVH, namun ia adalah pagi 'morning' bagi Raja Damai, Yesus Kristus (Yashua).  Jadi, memang pelik, tetapi begitulah kebenarannya. Setiap perutusan 'nama' Tuhan yang terlibat dalam 'pengujudan' Perjanjian antara Tuhan dan manusia di bumi akan memperlihatkan 'tanda' di Sorga, 'tanda' di Langit, dan 'tanda' di bumi. Sorga, langit dan Bumi itu adalah merujuk kepada 'alam roh' yang hanya dapat dilihat melalui penglihatan roh (visions) atau dream dreams (mimpi mimpi). 

                                   

"Pagi dan petang" bagi manusia di bumi adalah merujuk kepada terbitnya matahari harafiah dan terbenamnya matahari di ufuk bàrat. 'Pagi' dan 'Petang' bagi Roh Tuhan pula berarti 'Karya' Tuhan bermula dengan 'pemberitaan' 'Penglihatan roh' oleh 'langit' (alam roh) dan penyempurnaan 'karya' Tuhan ('nama' Tuhan) dinubuatkan oleh 'penglihatan roh', yaitu 'pemberitaan langit "petang."
       

    KaryaNya adalah berdasarkan Firman.  'NamaTuhan apabila disingkapkan oleh Roh nubuat memberi maksud 'Karya' atau 'Pekerjaan' atau 'Misi.' (Mazmur 19: 1-2; Mazmur 50: 4-6; Wahyu 19: 13). Oleh kerana semua FIRMAN yang tertulis dalam Kitab-kitab perlulah dikerjakannya oleh Roh Tuhan, maka Yesus Kristus yang diutus Bapa dalam 'nama Hakim' akan kembali ke bumi untuk menyelesaikan 'business' seterusnya, sebagaimana menurut sabda Yesus dalam Lukas 24: 44, menurut nubuatan-nubuatan dalam kitab-kitab Perjanjian Lama, juga menurut nubuatan rasul-rasul, menurut Wahyu dan nubuatan nabi-nabi era Perjanjian Baru.  Banyak lagi agenda Tuhan yang belum selesai dikerjakanNya, dan Ia akan kembali untuk mengerjakanya sehingga  selesai. KEDATANGAN Yesus Kristus untuk kali ke-dua, yang dinubuatkan dalam Matius 24: 30, BUKANLAH KIAMAT FIZIKAL BUMI melainkan, 'Nama'-nyalah sebagai 'Raja Damai' sahaja yang seolah-olah akan berhenti beroperasi, namun sekali-kali tidaklah ia terbatal, tetapi disempurnakan.

     Bila 'nama' Domba Tuhan itu telah sampai masa untuk menyempurnakan misiNya sebagai Raja Damai  (perdamaian dengan umat manusia) di sepanjang zaman bangsa-bangsa, post-Pentecost, maka sudah sampai masa bagiNya  untuk melaksanakan penghukuman dan keadilan Tuhan (peperangan menentang dan menghakimi umat manusia yang digelar "lalang"), supaya umat tidak akan terus-menerus diperhambakan oleh raja-raja di bumi dengan agenda misi umat manusia tanpa Kristus. Ular tua adalah kekuatan tak kelihatan yang menopang atau mengukuhkan pemerintah-pemerintah dunia ('binatang-binatang'). 'Binatang-binatang' itu akan akhirnya diperintah sepenuhnya atau dimonopoli oleh 'lalang.' Yesus mahu menangkap si ular tua, dan merantainya selama 1,000 tahun kelak. Ucapan Yesus "damai sejahtera Kuberikan kepadamu" yang akan kiamat apabila ia turun kelak, dan bukannya fizikal bumi yang kiamat, meskipun tidaklah dapat dinafikan bahawa terlalu banyak dan dahsyat malapetaka-malapetaka yang akan menimpah umat manusia di bumi.

    Kiamat fizikal bumi hanya akan berlaku seperti dijelaskan dalam Wahyu 20: 11.  Selama "bumi masih ada" dalam Kejadian 8: 22, hanya akan menjadi "bumi tidak ada" pada Wahyu 20: 11, ia dinyatakan, "lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya." (Wahyu 20: 11). Justeru itu, kiamat fizikal bumi hanya berlaku pada Wahyu 20: 11.  "Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan laut pun tidak ada lagi.Dan aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya." (Wahyu 21:1-2).

    Namun, Why. 20:  11, tidaklah berarti fizikal bumi akan hancur berderai. Pengertian kita memang kabur dengan ayat Why 21:1-2, kerana, kita juga tahu bahawa selepas "kiamat banjir zaman Nuh," bumi telah menjadi baru dan langit telah menjadi baru.  Pastinya, langit yang dahulu "tidaklah tingkap-tingkap di langit terbuka " ("floodwaters of heaven"), namun setelah hukuman bermula  ia dibuka, dan kemudiannya ditutup balik selepas 40 hari dan 40 malam; secara penglihatan 'spiritual,' (intangible realities) manusia di bumi telah melihat fenomena rohani yang baru di langit iaitu pelangi.  Sebelum itu, langit (Roh) bumi, sebelum kiamat banjir tidaklah ada pelangi di langit sebagaimana menurut catatan Kitab. Maksudnya, "langit baru" itu membawa suatu Perjanjian Tuhan yang baru. Suatu mission/pekerjaan Tuhan yang baharu. Maka, karya Roh seperti matahari berdiri tegak di atas kepala, tiga jam kegelapan dan tiga hari kegelapan adalah memberikan pengertian rohani bahawasanya "ada pekerjaan (mission) " Tuhan yang baru.

    Walaubagaimanapun, banyak malapetaka-malapetaka menurut nubuatan (Firman) yang akan menimpah bumi selama 'namaNya' diberitakanNya sebagai "Raja Keadilan dan Hakim" iaitu MisiNya ke bumi dalam kedatanganNya yang kedua yang diumumkan oléh pemberitaan 'tanda' di langit dan tanda 'sorga' mengenai kemuliaan Hakim seperti dalam Matius 24: 28-30. Bahasa lirik-lirik 'langit' di jantung Tuhan, memberitakan pekerjaan/misi Ilahi (Mazmur 19: 1-6; Mazmur 50: 4-6).

Menurut Roh Nubuat, "nama Tuhan" ialah "mission" Tuhan. Maka, pekerjaan Ilahi  ada "pagi" nya dan ada "petang" nya.
__________________________________

    Zaman perdamaian yang dikaryakan Tuhan sejak selepas kiamat banjir di zaman Noah telah di beritakan oleh lirik langit dalam jantung Tuhan, "Takkan berhenti siang dan malam." Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-Nya:
"Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.  Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam."  (Kejadian 8:21-22)

   "Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku,tetapi akan ada satu hari -- hari itu diketahui oleh Tuhan -- dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang." (Zakaria 14:6-7).  Ringkasnya, pengakhiran 'petang' bagi 'nama' Raja Damai diberitakan oleh langit yang tiada pergantian 'siang dan malam; 'tanda' di 'langit.' Ia dinubuatkan oleh mulut Yesus sendiri dalam Matius 24: 29, dan melalui mulut YHVH di bumi seperti dalam Zakaria 14: 5c, 6-7, dan juga oleh Roh Kudus yang di sampaikan malaikat kepada St. John dalam Wahyu 6: 12-17.

     Nubuatan Zechariah dalam ayat di atas, hanyalah bahasa Roh Tuhan tentang kedatangan Kristus, atau pengakhiran pergantian 'siang dan malam' yang merujuk kepada pengakhiran misi Raja Damai (Penabur) yang mengamanahkan pemberitaan 'khabar gembira' melalui gereja; misi perdamaian dan memperdamaikan umat manusia yang 'luka' akan berakhir, atau sampai 'evening.' Agenda menuai jiwa-jiwa manusia akan beralih dari 'gereja' kepada 'para malaikat.' Penuaian jiwa-jiwa manusia dari pelbagai bangsa oleh para malaikat adalah merujuk malam, yaitu dari Wahyu 8: 5 hinggalah kepada genapnya Cawan Murka Tuhan yang ke-7. "Siang" akan muncul balik apabila apabila Wahyu 11: 15 digenapi sesuai dengan nubuatan nabi Zechariah dalam Zak. 14: 6-7.

    Ulasan di bawah adalah ringkasan misi 'nama' Tuhan menurut pemahaman penulis, dan hubungkaitnya dengan 'pagi' dan 'petang' dalam Karya keselamatan umat manusia. Penyelamatan umat manusia yang luka adalah ajaran yang diturunkan dari pengajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedec. Dari Ordo Sorgawi inilah pengajaran 'jalan penebusan' ('altar') dinyatakan kepada hamba-hambaNya. Kenapa Allah Bapa mengutus dan menyatakan 'nama' kepada hamba-hambaNya melalui ungkapan ibadah 'altar'?  Perutusan 'nama' yang diungkapkan oleh ajaran 'altar' adalah cara Ordo Melchizedec berkerja di dalam 'menabur dan menuai.' Ini merupakan salah satu rahasia Sorgawi.  Oleh kerana Firman adalah Roh Nubuat, maka 'nama' Nya (Kristus) adalah Firman Tuhan (Wahyu 19: 13). 

    Kesaksian Kristus adalah roh nubuat. Maksudnya, apa yang difirmankan oleh YHVH adalah firman Kristus juga, dan apa yang difirmankan oleh Roh Kudus adalah firman dari Allah Bapa Juga. Maka, mereka ('nama' Tuhan) mempunyai firman yang 'satu' dan juga 'satu' roh Tuhan! They are sharing the same the Word of God! Ada satu rahsia tentang 'pengaliran' perutusan 'nama' Tuhan. Apabila 'nama' Tuhan mengalir memberkati manusia di bumi, maka ia akan mengalir kepada the Covenanted name of God dan juga ia mengalir sebagai the Immutable name of God. Dan kedua-dua pengaliran 'nama' Tuhan itu tidaklah dapat dipisahkan! The Covenanted name of God menjurus kepada urusan "menabur dan menuai" di bumi yang dijamin dan diikat dengan syarat-syarat perjanjian. The immutable name of God menjurus kepada 'sifat-sifat' roh Tuhan yang senantiasa mengalir menurut 'sifat-sifat' Tuhan yang tidak berubah (immutable). Maka, the Immutable name of God tidaklah semestinya tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian. Kita akan lihat kisah kehidupan Nabi Daniel, dan para sahabatnya, di mana mereka ternyata tidak lagi dikenan oleh YHVH, the Covenanted name of God (rujuk 2Raja-Raja 23: 27). Mereka ternyata telah melanggar syarat-syarat perjanjian Tanah Suci, sebab itulah mereka telah menjalani hukuman dalam pembuangan di Babylon! 

    Akan tetapi mereka  masih juga dapat menyeru 'nama' Tuhan, kerana sebagai nabi-nabi, sudah tentu mereka adalah penerima kasih karunia yang diberikan karunia the fear of the Lord, maka mereka dapat berharap dan bersandar kepada sifat-sifat Tuhan yang tidak berubah! Dalam erti kata lain, mereka dapat menyeru 'nama' Tuhan yang disebut the Immutable name of God! Apakah itu Immutable 'name' of God? Ia seringkasnya merujuk kepada pengaliran roh Tuhan dengan 'sifat-sifat' roh Tuhan yang tidak akan berubah, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri tentang 'sifat-sifatNya' seperti dalam petikan ayat kitab Keluaran 345-7. The Covenanted name of God, sememangnya, mempunyai sifat-sifat roh sebagaimana sifat-sifat roh yang ada pada the Immutable name of God! 'Nama' Tuhan seperti 'mercy,' kasih, panjang sabar, setia dan adil, Yang benar (righteous) dan setia, taat mengampuni, tidak bercacat-celah, dan kudus adalah diantara 'nama' Tuhan yang tidak berubah ataupun the Immutable name of God. Nama Tuhan seperti YHVH, Domba Tuhan, Raja Damai, atau Yeshua Kristus adalah contoh 'nama' Tuhan yang disebut the Covenanted name of God

    'Nama' Tuhan yang Immutable itu dapat merentasi semua perjanjian-perjanjian termasuk di luar perjanjian! Dalam hal ini, benarlah firman Tuhan bahawa the Spirit gives without measure! Sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kehidupan nabi Daniel di Babylon; 'nama' Tuhan yang Immutable itu, ternyata masih turut serta berkerja di Babylon, meskipun jelas sekali bahawa Daniel dan para sahabatnya tidak lagi memenuhi syarat (syarat-syarat Perjanjian) untuk menyeru the Covenanted name of God! Daniel yang mempunyai karunia the fear of the Lord sebenarnya menyeru 'nama' Tuhan yang immutable, iaitu 'mercy.' Sebab itu, doanya berbunyi: "We plead mercy from the God of Heaven." Dan 'mercy' itu adalah 'nama' Tahun yang immutable (lihat Psalm 103 mengenai dengan 'mercy' Tuhan).  

    The Covenanted name of God mempunyai pembukaan 'pintu' dan 'penutupan' pintu Perjanjian dengan roh Tuhan. 'Pembukaaan' dan 'penutupan' pintu Perjanjian didahului dengan upacara 'altar' menurut pengupacaraan Ordo Melkisedek! Contohnya, YHVH perlu upacara 'altar' di Tabernakel supaya 'pengupacara', iaitu Imam keturunan Harun dapat memasuki hadirat YHVH yang akan hadir di bilik yang Maha Suci! 'Pintu' Raja Damai membukakan 'pintu' roh Tuhan kepada semua umat perjanjian dengan curahan hadirat roh Pentakosta, dan kuncinya ialah karunia-karunia roh tujuh lapis (Roh Tuhan)! Dan, ia didahului oleh upacara 'altar' yang hanya satu kali sahaja pengupacaraannya, kerana PengupacaraNya dan korban penebusnya adalah sempurna dan tidak bercacat celah, iaitu Imam menurut Ordo Melkisedek: Domba Tuhan--Yeshua Kristus. Dan, 'pintu' Perjanjian Perdamaian akan ditutup sepenuhnya apabila 'langit' memberitakan atau menampakkan 'tanda' seperti pemberitaan 'langit' dalam Matius 24: 29! Maksudnya, Hakim yang turun ke bumi akan menutup 'pintu' Raja Damai! Sebagaimana, Yeshua Kristus dahulu yang telah menutup sepenuhnya 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel. Jadi, hadirat YHVH di Tabernakel hilang! Dan, demikianlah juga hadirat Raja Damai akan hilang dalam Gereja, kerana Hakim akan sepenuhnya menutup 'pintu' Raja Damai dalam Perjanjian Perdamaian! Maksudnya, advocacy of Christ perlu ditutup untuk memungkinkan 'pintu' Hakim itu dibuka. Dan, 'pintu' Hakim itu hanya dapat ditembusi oleh mereka yang menganuti kerohanian seperti the five wise virgins! Bahtera Noah sebenarnya nubuat yang dapat mengungkapkan rahasia Perjanjian. Dalam Perjanjian, ada penutupan ''pintu" Perjanjian, sebagaimana yang disingkapkan oleh kisah Bahtera Noah dan 'elect,' iaitu semua jenis binatang berpasangan yang terpilih, seolah-olah  mereka semua telah memasuki suatu Perjanjian, iaitu Bahtera Noah.

    The immutable 'name' of God senantiasa terbuka sepanjang masa, dan ia disebut the ancient gates of the Most Holy One. The ancient gates ini tidak pernah tertutup, namun siapakah yang menembusi pintu yang 'pure' itu? Tidak ada yang 'impure' yang dapat menembusi 'pintu' itu. 'Pintu' itu pernah dinyanyikan oleh Raja Daud, yang dikatakan amat karib dengan roh Tuhan (close to the heart of God), dalam Mazmur 247
"Lift up your heads, O gates! And be lifted up, O ancient doors! That the King of glory may come in." Para malaikat bernyanyi siang malam tanpa henti-henti memuji-muji Raja Kemuliaan, sehingga pintu itu tidaklah pernah tertutup! Dan, 'kunci' bagi the ancient doors adalah the fear of the Lord. Lirik tersebut (Mazmur 24:7) merujuk kepada the Immutable name of God yang pernah diseru oleh semua nabi-nabi! 

    Semua nabi-nabi dikaruniakan
 the fear of the Lord, the spirit of understanding and the spirit of wisdom, maka mereka masih dapat menyeru 'nama' Tuhan yang tidak berubah itu (immutable), walaupun mereka ternyata melanggar Perjanjian seperti nabi Daniel, nabi Ezekiel, Nehemia dan nabi-nabi lain yang pernah masuk dalam pembuangan ('exiles' or 'Diaspora')! 

    Kelak, kita yang ditakdirkan masih hidup ketika
 Judgment of Christ, sememangnya, memerlukan 'roh' pengertian yang mendalam mengenai dengan pengaliran 'nama' roh Tuhan, kerana ketika Judgment berlangsung, 'pintu' Perjanjian Perdamaian itu akan ditutup, maka semua orang percaya perlu mengenali the Immutable name of God. Kristus itu sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya, namun kita harus ada hikmat. Pintu apa yang telah 'ditutup' dan pintu apa pula yang akan 'dibuka'? Maksudnya, Hakim itu adalah Kristus yang kembali, namun kita perlu tahu bahawa 'pintu' Raja Damai akan ditutup oleh 'nama' Hakim! Dan, 'pintu' Hakim pula yang akan 'dibuka.' Jadi yang the Immutable name of God itu apa? Itu adalah 'karya'  roh Tuhan yang senantiasa mengalir dari 'sifat-sifat' Roh Tuhan yang tidak pernah berubah. 'Nama' Tuhan yang Immutable itu mempunyai 'pintu' roh yang disebut the ancient gates! 

YHVH dan missionNya

(1.)  "Aku adalah Aku" dalam Kel. 3: 14 adalah 'nama' Tuhan atau fokus MissionNya adalah menggenapi janji-janjiNya yang diberikan kepada Abraham, dan menunaikan penggenapannya kepada Pewaris janji, iaitu Yakub yang kemudiannya diutus Tuhan dengan 'nama' sebagai Israel. Dua belas suku kaum Israel adalah 'perempuan' yang menggenapi nubuatan Ilahi dalam Kejadian 3: 15-16. Ia (perempuan) melalui dua perjanjian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Anak sulungnya adalah Almasih yang dijanjikan. Bangsa-bangsa lain yang percaya kepada raja Isra-el yang Kekal Abadi itu dinubuatkan sebagai 'anak-anak' (Wahyu 12: 17). 'Nama' Tuhan dalam Keluaran 34: 5-7 adalah menjurus kepada pengaliran 'nama' Tuhan yang Immutablethe immutable name of God, yang tidak tertakluk kepada syarat-syarat Perjanjian! Maksudnya, biarpun mereka langgar syarat-syarat Perjanjian Tanah Suci, namun, 'nama' itu masih kekal tidak berubah (Keluaran 34: 5-7)!
(2.) Menganugerahkan pembebasan kepada bani Israel yang diperhambakan selama 400-tahun dari penghambaan di Mesir, melalui 'upacara' perdamaian , iaitu "Paskah Tuhan."
(3.) Menganugerahkan Firman iaitu, Taurat, supaya kerajaan Imamat mempunyai asas Hukum-Hukum Tuhan yang suci untuk pengujudan Kerajaan Teokrasi di Tanah Suci. Juga, menurut roh profetik, Taurat, berfungsi sebagai Firman yang menjadi 'bayangan' atau mesej tipologi Kristus atau 'asas-asas pekerjaan Roh,' iaitu sandaran kepada pekerjaan Kristus kelak seperti sabdanya dalam Lukas 24: 44 untuk pengujudan karya nama Tuhan dalam Perjanjian Baru. 'Asas' iaitu ’Taurat ' dalam perumpamaan membina bangunan rumah bukanlah 'ia’ dibatalkan, tetapi Ia menjadi dasar yang tidak 'bercacat celah,' kepada penyiapan kerja-kerja membangun yang seterusnya; orang-orang yang percaya kepada Yeshua akan menjadi badan binaan bangunan rumah tersebut, kerana roh manusia adalah 'bait Allah' kepada Roh Kudus yang turun. Cara ia dibangun, semuanya adalah menurut FirmanNya (Lukas 24: 44). Maka, Taurat tidaklah dibatalkan oleh Yesus melainkan digenapi, atau dalam bahasa pasarnya "kerja diteruskan sehingga sempurna (siap)."  Ia (Taurat) tetap menjadi salah satu dasar-dasar pekerjaan Roh Tuhan yang seterusnya; dasar yang lain ialah Nubuat nabi-nabi dan lirik-lirik dalam Mazmur; kesemua dasar itu menjelaskan sebagai peribadi Ilahi, Allah Anak, iaitu Yesus Kristus. Maka, 'Dasar' pekerjaan Roh Tuhan juga disebut 'Yesus Kristus.' Kerana, NamaNya adalah Firman Allah (Wahyu 19: 13 b). Dalam lain perkataan ia berbunyi "Pekerjaannya atau Karyanya adalah Firman Allah." Jelas bahawa pekerjaan manusia ialah menurut 'otak' mereka, maka kita akan melihat frasa pekerjaan manusia: makan minum, kahwinn dan mengahwinkan, membina kota dan juga membeli atau menjual! Sedangkan Firman adalah 'roh,' maka pekerjaan Tuhan adalah 'roh' dan hidup, iaitu Allah Bapa, Kristus dan Roh Kudus! Manusia di menara Babel kuno 'mencari nama...' 'Nama' manusia yang dicari umat manusia itu adalah pekerjaan 'daging' yang berpusat pada kapasiti intelek manusia (Kejadian 11). Justeru itu, misi YHVH sebenarnya menyingkapkan dasar-dasar pekerjaan 'nama' yang diutus oleh Allah Bapa, iaitu Domba Tuhan, atau misi 'Kristus,' sebagaimana pengakuannya dalam Lukas 24: 44.

(4.) 'Nama' YHVH juga menjadi Raja dan Tuhan kepada kerajaan Imamat dan bangsa kudus Israel di Tanah Suci yang dijanjikanNya kepada Bapa Abraham, Ishak dan Yakub.

(5.)  'Pagi' bagi 'nama' itu untuk bani Israel bermula pada upacara Paskah Tuhan di Mesir.  Manakala 'petang'nya adalah pada Salib Yesus iaitu Paskah Tuhan oleh Domba Tuhan. Kerana Raja Damai telah menutup 'pintu' hadirat YHVH di Tabernakel. Raja Damai telah membukakan 'pintu' kepada semua bangsa melalui hadirat curahan Roh Pentakosta!

(6) Menyediakan 'dasar' karya Kristus iaitu menurut Lukas 24: 44.

YESUS, ANAK TUHAN YANG MAHATINGGI dalam peribadi manusia: 'MissionNya' adalah...

(1. ) Fokus MissionNya adalah memberikan Jalan, Pintu, dan Kunci kepada semua  bangsa di dunia, yaitu manusia yang 'luka' yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan dan percaya kepada "Dia yang diutus Bapa."
(2.)    Melayani sebagai Anak Manusia dalam pelayanan seperti nabi--Penabur.
(3.) Menggenapi 'jalan penebusan' dengan melakukan pekerjaan Domba Tuhan, dan menganugerahkan pencurahan Roh Kudus sebagai Hadirat Immanuel Tuhan di antara umatNya sebagaimana yang tertulis dalam semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Luke 24: 44).
(4) Nama 'Domba' diutus untuk menyelamatkan mereka yang tertulis namanya dalam Buku kehidupan. (Yoh.1: 29-34; Yoh. 3: 16-17).
(5.) Melayani sebagai Pengantara yang duduk disebelah kanan Bapa menurut Ordo Melkisedek.
(6.) 'Pagi' bagi nama Domba adalah kematian Yesus, dan 'petangnya' adalah apabila ia kembalinya sebagai Hakim, iaitu tanda di langit kelihatan 'matahari diufuk barat dalam penglihatan 'roh.' (Zechariah 14: 7).  Apabila ia kembali, ia tidak berkerja lagi sebagai Raja Damai. Ia kembali sebagai Raja Hakim, Raja Penghukuman, dan Raja Keadilan. 'Pemberitaan langit' dalam Matius 24: 29, Zakharia 14: 6-7, Yoel 2: 31, Kisah 2: 20 dan Wahyu 6: 12-14 jelas menyingkapkan tentang 'nama' Tuhan yang diutus, iaitu Hakim, dalam kedatangan Kristus yang ke-dua. (Lihat Mazmur 19: 1-2 dan Mazmur 50: 1-6).

ROH KUDUS. (The Omnipresence's 'shadow' of the Father, on earth).

(1.) Fokus MissionNya adalah sebagai HADIRAT atau meterai Bapa di bumi, yang menganugerahkan KEKUATAN dan DAMAI sejahtera kepada umatnya. 
Penumpahan darah tanpa Roh Kudus yang turun adalah umpama dokumen rasmi Perjanjian yang bertanda tangan tanpa cop rasmi!
(2.) Sebagai Roh Kebenaran dan Roh Penghiburan akan realiti peribadi dan hadirat Ilahi. Justeru itu, tidak ada manusia yang mengenal kehendak-kehendak 'Bapa segala roh,' jika Roh Kebenaran atau Roh Tujuh Lapis tidak diutus oleh Bapa. (Amsal 9: 10; Kebijaksanaan Salomo 9: 13, 17). 
(3.)   Roh yang menginsafkan akan dosa dunia dan akan penghukuman.
(4.) Roh yang meneruskan Karya Perdamaian oleh Raja Damai yang dianugerahkan oleh Kayu Salib.
(5.)  Ia adalah 'Roh' doa untuk semua orang percaya (Spirit of Prayer). Ketiadaan hadirat Roh Kudus menjadikan doa itu jadi sehala dan bukan dua hala.
(6.)  Morning dan evening Roh Kudus adalah mengikut siapa 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada Altar Melkisedek, atau yang sedang berkarya mengikut 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan melalui upacara Altar Melkisedek di bumi atau di Sorga! Jika YHVH yang diupacarakan sebagai berkat di bumi, maka Roh Kudus akan mengalir menuruti misi YHVH; Jika 'nama' Raja Damai yang diupacarakan, maka Roh Kudus akan emmanuel mengikuti agenda Raja Damai, dan jika 'nama' Hakim yang diupacarakan pada Altar Melkisedek di Sorga, maka Roh Kudus akan menuruti segala 'kehendak' Hakim ke atas penduduk bumi. Ia datang 'di' dan pergi 'dari' atas sumbu roh manusia.  Jika Raja YHVH yang beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi /mission YHVH.  Maka, jika Raja Damai yang beroperasi, maka Roh Kudus melaksanakan operasi Raja Damai selama mana 'pintu' Raja Damai belum ditutupkan. Bila Yesus kembali sebagai Hakim, Roh Kudus juga akan melaksanakan operasi penghukuman, pengadilan, dan penghukuman sebagaimana 'misi' Hakim yang telah kembali ke bumi.

Raja Segala  Raja: Raja Hukuman, Raja Penuh Keadilan yang kembali ke bumi.  Kuasa sebagai Hakim menurut perutusan Allah Bapa.

(1.)  Fokus MissionNya: mengasingkan lalang dari gandum oleh malaikat-malaikat yang di arahNya.  Gandum diberikan transformasi roh.  Manakala, lalang dikumpulkan dan dibakar.
(2.)  Berperang melawan binatang-binatang (rulers) di bumi, supaya ternyata Kristus Yesus memberikan keadilan. Senjatanya adalah Firman Allah (api): ... guruh, halilintar,puting-beliung, gempabumi, ribut-salji. ''Jalan" Hakim di bumi berjalan di dalam 'puting beliung' atau 'badai' (Lihat Nahum 1: 3).  His way is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet (Nahum 1: 3b).
(3.)  Memperbaharui bani supaya dengan janji pemulihan spiritual kepada 12,000 setiap suku bangsa. Jumlahnya, 144,000 (Wahyu 7).  Inilah pemulihan bani Israel yang spiritual. "...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum Israel.." Yehezekiel 37:11. (Lihat Kisah Para Rasul 1: 6-11; Yehezekiel bab 36 hingga bab 48)
(4.) Mengangkat dan memberi upah kepada semua yang tertulis namaNya dalam Buku Kehidupan supaya mereka diberikan bahagian dalam Kerajaan-Nya. Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya."  "...dan semua bangsa telah marah, tetapi amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar dan untuk membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi."(Why 11:15,18)

(5.)  Mempersediakan kerajaan Teokrasi Kristus di bumi selama 1,000 tahun.

(6.)  Menangkap si ular tua dan juga nabi palsu.

"...ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya,lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya."(Wahyu 20:2-3)

(7.)  Menyiapkan maksud Firman-Nya atau menyempurnakan Firman yang telah dinyatakan kepada manusia bumi (Luke 24: 44). MisiNya atau "NamaNya: Firman Allah" (Why19:13).

(8). KedatanganNya yang pertama sebagai "Firman menjadi manusia" bukanlah untuk menghakimi, tetapi untuk melaksanakan penebusan umat manusia.  KedatanganNya yang kedua adalah untuk 'menghakimi;' Ia membuat 'putusan' ke atas perempuan (Israel Perjanjian Baru), pelacur (Israel Perjanjian Lama), binatang-binatang, dan anak-anak.

    In every revealed Divine name, there are 'morning' and 'evening' of it. Nonetheless, His heart is eternally immutable. And in every end, there is the beginning of it.  Therefore, the Divine Spirit says " I make known the end from the beginning,from ancient times, what is still to come. I say, ‘My purpose will stand, and I will do all that I please.’ (Isaiah 46: 10, NRSVCE).

"5...Then the Lord my God will come, and all the holy ones with him.  6 On that day there will be neither sunlight nor cold, frosty darkness. 7 It will be a unique day—a day known only to the Lord—with no distinction between day and night. When evening comes, there will be light. (Zechariah 14: 5c, 6-7, NRSVCE).

    The Lord surely begins a new mission, when the 'evening' of His former revealed 'name' has come to the appointed time of the Lord.  Thus, when his 'name' comes to the completion of that name, the Lord says "when evening comes, there will be Light.  The returning light points to 'new' mission of Christ.  The former was the Prince of Peace, the coming name is Seven Spirit, Seven Horns and Seven eyes. He whose face shines like a sun in its all brilliance.
____________________________________
Apakah 'spoken words' Roh  Tuhan hari ini?
"My spoken words are Spirit." (John 6: 63, NRSVCE).

"...sekarang, pekerjaan-pekerjaan pemerintah dunia atau 'nama' manusia sungguh, merosakkan 'anggur' dan 'minyak.' Hanya 'appointed time' yang ditentukan Bapa sahaja yang kita tunggu, Hakim dan penuaiNya, memulakan 'peperangan.' Pastinya, Raja Damai tidaklah maju berperang melainkan Adonai Avi Ha Gevurah dalam namaNya 'Hakim.' "
                       ....Mannaseh, 2015...
___________________________________

"What I tell you in the DARK, speak in the daylight; what is whispered in your ear, proclaim from the roofs." (Matthew 10: 27, NIV)
 27 What I say to you in the dark, tell in the light; and what you hear whispered, proclaim from the housetops (Matthew 10: 27, NRSVCE).

     All wounded men, who are not reconciled to God, walk in darkness or separated from the Light (the realities of God or the presence of the Holy Spirit). And, even believers who walk without the presence of the tongue of fire that lights up the wick of their spirits, are considered walking in the dark. Thus, the Lord exhorted and counselled those who walk in the dark, so that they keep trusting in the name ('mission') of the Lord. Our wounded predisposition causes us to be easily to light up our own fires as according to our intellectual reasoning (the center of the flesh).  Without the Light above our heads or the presence of the Holy Spirit aflaming at our 'wicks,' then even the spiritually grown up Christians might be staggering during the prophesied distress.

"Who among you fears the Lord
    and obeys the word of his servant?
Let the one who walks in the DARK,
    who has no light,
trust in the name of the Lord
    and rely on their God.
11 But now, all you who light fires
    and provide yourselves with flaming torches,
go, walk in the light of your fires
    and of the torches you have set ablaze.
This is what you shall receive from my hand:
    You will lie down in torment."
(Isaiah 50: 10-11, NRSVCE).


Rujukan petikan Firman versi Indonesia.
_________________

Bernadus, Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS. <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>



6 ulasan:

Jonas Simin berkata...

Apakah kelayakan umat biasa untuk mengulas Firman Tuhan? Tiada! Roh Tuhan sendirilah yang selayaknya menyingkapkan artinya. Kita, sebagai manusia luka hanya dapat membahagi sesama orang percaya, mengenai hal-hal yang kita mengerti. Membahagi adalah 'spiritual economy.'

Jonas Simin berkata...

Mesej Roh Tuhan yang konsisten setiap hari adalah "manusia yang Ku cipta adalah mahluk roh." Dan Ia berkata "jangan lupa bahawa kamu adalah mahluk roh." Jika kamu lupa, kita akan hanya terfokus pada daging yang berpusat pada perencanaan pikiran-pikiran otak. Bila kita lupa bahawa kita adalah mahluk roh, maka sudah tentu kita tidak berminat pada 'karya Ilahi' iaitu Firman, dan Firman itu adalah Kristus! (Yoh.1:1; Wahyu 19: 13).
Namun, semoga Roh Tujuh Lapis menganugerahkan karunia "takut akan Tuhan." (Yesaya 33: 6).

Jonas Simin berkata...

'Nama' Tuhan apabila disingkapkan oleh Roh nubuatan memberi maksud 'Karya' atau 'pekerjaan' atau 'misi.' (Maz. 19: 1-2; Maz. 50: 4-6; Wahyu 19: 13). Penyingkapan ini turut mendedahkan cara melihat 'nama' binatang, 666, dalam Wahyu 13. "Nama" binatang itu, atau 'karya' Pemerintah 'yang keluar dari bumi' itu adalah tertumpu kepada aktiviti "membeli dan menjual." Maka, 'menghitung' itu sebenarnya merujuk kepada ilmu mengira ekonomi moden yang diguna-pakai dalam transaksi "membeli dan menjual."

Tanpa Nama berkata...

Santo Yohanes dikuasai Roh, kemudian dia melihat penglihatan-penglihatan dan juga 'suara' Firman. Kemudiannya, ia tulis apa yang ia lihat dan apa yang ia dengar menjadi sebuah Kitab yang dipanggil Kitab Wahyu.

Perempuan Perjanjian Baru dan anak-anak membaca Kitab Wahyu dan berusaha melalui 'Jalan' dan 'Pintu,' untuk memasuki 'kamar' hadirat Roh yang pernah menguasai Santo Yohanes ketika ia menerima nubuatan-nubuatan dalam Kitab Wahyu, supaya apa yang kita baca, kita akan dapat 'melihat' kembali. Tanpa 'melihat' apa yang ditulis oleh Santo akan mengakibatkan 'pengertian' kita cetek, kabur dan 'berkisar-keliru' pada kemampuan penanggapan intelek.

Memang benar, Kita membaca setiap perkataan dan setiap ayat dalam Kitab Wahyu dengan keupayaan intelek. Namun, apa yang kita 'baca,' kita usahakan, supaya melalui 'hadirat' Roh tujuh lapis, kita akan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan yang pernah dilihat oleh Santo Yohanes.

Kegagalan melihat 'roh' penglihatan-penglihatan Wahyu akan mengakibatkan kita berkata "hanya dari cakap-cakap orang sahaja, aku mendengar perihal pengertian, hikmat dan 'revelation knowledge' kitab Wahyu." Jika kita melihat dengan 'pancaindera sumbu roh kita,' maka otak kita akan merekodkan apa saja yang dilihat oleh roh kita. Roh kita melihat kerana 'sumbu roh' kita dihinggapi oleh 'lidah api:' Roh Tujuh Lapis. Roh itulah yang menyingkapkan 'cetakan' dakwat hitam pada kertas Kitab Wahyu menjadi 'penglihatan-penglihatan' yang hidup dan berbicara.

Dengan cara ini, maka, barulah kita akan benar-benar dapat menyelami kata-kata Yesus: "segala perkataan-perkataanKu adalah 'roh'..." (Yohanes 6: 63).

Tanpa Nama berkata...

1 Thessalonians 5New International Version (NIV)

The Day of the Lord

5 Now, brothers and sisters, about times and dates we do not need to write to you, 2 for you know very well that the day of the Lord will come like a thief in the night. 3 While people are saying, “Peace and safety,” destruction will come on them suddenly, as labor pains on a pregnant woman, and they will not escape.
4 But you, brothers and sisters, are not in darkness so that this day should surprise you like a thief. 5 You are all children of the light and children of the day. We do not belong to the night or to the darkness. 6 So then, let us not be like others, who are asleep, but let us be awake and sober. 7 For those who sleep, sleep at night, and those who get drunk, get drunk at night. 8 But since we belong to the day, let us be sober, putting on faith and love as a breastplate, and the hope of salvation as a helmet. 9 For God did not appoint us to suffer wrath but to receive salvation through our Lord Jesus Christ. 10 He died for us so that, whether we are awake or asleep, we may live together with him. 11 Therefore encourage one another and build each other up, just as in fact you are doing.
Final Instructions
12 Now we ask you, brothers and sisters, to acknowledge those who work hard among you, who care for you in the Lord and who admonish you. 13 Hold them in the highest regard in love because of their work. Live in peace with each other. 14 And we urge you, brothers and sisters, warn those who are idle and disruptive, encourage the disheartened, help the weak, be patient with everyone. 15 Make sure that nobody pays back wrong for wrong, but always strive to do what is good for each other and for everyone else.
16 Rejoice always, 17 pray continually, 18 give thanks in all circumstances; for this is God’s will for you in Christ Jesus.
19 Do not quench the Spirit. 20 Do not treat prophecies with contempt 21 but test them all; hold on to what is good, 22 reject every kind of evil.
23 May God himself, the God of peace, sanctify you through and through. May your whole spirit, soul and body be kept blameless at the coming of our Lord Jesus Christ. 24 The one who calls you is faithful, and he will do it.
25 Brothers and sisters, pray for us. 26 Greet all God’s people with a holy kiss. 27 I charge you before the Lord to have this letter read to all the brothers and sisters.
28 The grace of our Lord Jesus Christ be with you.


Tanpa Nama berkata...

1 Thessalonians 5New International Version (NIV)

The Day of the Lord

5 Now, brothers and sisters, about times and dates we do not need to write to you, 2 for you know very well that the day of the Lord will come like a thief in the night. 3 While people are saying, “Peace and safety,” destruction will come on them suddenly, as labor pains on a pregnant woman, and they will not escape.
4 But you, brothers and sisters, are not in darkness so that this day should surprise you like a thief. 5 You are all children of the light and children of the day. We do not belong to the night or to the darkness. 6 So then, let us not be like others, who are asleep, but let us be awake and sober.