Khamis, 9 November 2017

Semua bangsa berkata: "marilah kita mencari 'nama'..."





Yeshua said:  “So give back to Caesar what is Caesar’s, and to God what is God’s.” (Matthew 22: 21).

19 Tunjukkanlah kepada-Ku mata uang untuk pajak itu." Mereka membawa suatu dinar kepada-Nya. 20 Maka Ia bertanya kepada mereka: "Gambar dan tulisan siapakah ini?" 21 Jawab mereka: "Gambar dan tulisan Kaisar." 22 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah." (Matius 22: 19-22).

                    ------------------------



    Yang wajib diberikan kepada Allah ialah seringkasnya menyempurnakan ibadah Roh', iaitu doa Bapa Kami. Orang-orang percaya belum tentu dikenan oleh Bapa di Sorga ketika mereka menyebut "nàma"  Tuhan. Hukum Tuhan yang ke-3 berbunyi: "Jangan menyebut nàma Tuhanmu sembarangan." 'Sebutan' kita mungkin berpenyakit kerana 'percaya' yang ada pada kita boleh saja mempunyai cacat-celah (flaws) kerana ia tidak sepenuhnya menuruti (roh') Pengertian mengenai dengan 'sebutan' atau 'seruan' "nàma" Tuhan. Mengenali Tuhan adalah anugerah karunia Roh' Pengertian (Yesaya 11). "Nàma" Bapa dapat dimengertikan apabila firman yang dicatat oleh  nabi Moshe dalam Kitab suci Keluaran 34: 5, 6, & 7 tersingkap. 'Tersingkap' berarti roh' Pengertian dan (roh') Hikmat datang membimbing Kita kepada Kebenaran.  

"
Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang,memberi pengertian kepada orang-orang bodoh" (Mazmur 119: 130).

    'Tersingkap' terjadi kerana karunia-karunia Roh' Tujuh Lapis (Yesaya 11) dan juga anugerah "ucapan Berbahagia" (Matius 5). Perkataan "Berbahagia" bermaksud 'Anugerah' dari Roh' Tuhan: aliran anugerah dari Roh  Tujuh Lapis Tuhan. Orang-orang percaya tidaklah mempunyai apa-apa sumber manusiawi yang dapat menjadikan diri mereka disebut 'Berbahagia'. "Berbahagia'" adalah sepenuhnya sumber Ilahi atau Berkat dari Roh' Tuhan. Ia bukanlah berasal dari usaha manusia! Ucapan 'Berbahagia' hanya dapat diterima oleh anak-anak Tuhan melalui operasi aliran Roh Tujuh Lapis. Doa Yeshua dalam Yoh.6: 63 dan Yohanes 17 jelas memperlihatkan bahawa Firman itu 'roh.' Dia berkata, "Kuduskanlah mereka dalam kebenaran, Firman-Mu (Roh-Mu) adalah kebenaran" (Yohanes 17: 17). Firman-firman yang dicetak dengan cetakan 'dakwat' pada lembaran kertas dalam Kitab Suci akan terus terperap pada tahap pengertian kapasiti intelek, kecuali jika Roh Tujuh Lapis datang menganugerahkan roh pengertian dan 'roh' hikmat. Yahuwah bersabda: "firman-firmanMu memberi terang, memberikan pengertian kepada orang-orang bodoh" (Mazmur 119: 130). 

     "
Tersingkap" dapat difahami dengan lebih baik seperti yang dipaparkan oleh filem-filem penjelajahan (adventurous films) di mana para penjelajah atau ahli antropologi, tidak dapat melihat pemandangan yang lebih luas di dalam gua yang gelap, tetapi kemudiannya penjelajah itu menemui cermin utama di bawah lubang bukaan menegak gua, dan sinar matahari yang masuk melalui bukaan itu boleh dimanfaatkan dengan lebih lanjut melalui pelarasan sudut cermin utama, supaya rangkaian tambahan beberapa cermin lain dapat menyinari bahagian yang lebih luas di dalam gua gelap tersebut. Pemahaman intelektual kita terhadap firman-firman pada kertas Alkitab akan menjadi pemahaman rohani yang lebih 'dalam,' hanya apabila Roh Tujuh lapis turun 'menyalakan' sumbu roh kita. Roh orang percaya, seterusnya dapat 'diterangi' melalui "Deep calls deep," atau komunikasi di antara Roh Tuhan dan roh' manusia melalui mimpi, penglihatan, dan suara. KehadiranNya memberikan pemahaman yang lebih mendalam berbanding dengan pengertian kita yang sebelumnya. Malah, ia memperbaharui akal budi. Pembaharuan akal budi (spiritual precepts) tidaklah dikecapi kecuali ia 'tersingkap'. "... roh yang memberi hidup, daging itu tidak berguna, tetapi kata-kata yang telah ku katakan kepadamu adalah roh dan hidup" (Yohanes 6: 63).

    "Nàma" umat manusia sejagat adalah urusan kehidupan 'daging.' Kehidupan 'daging' tertumpu kepada 'makan dan minum,' kahwin dan mengahwinkan, membuat 'batu-bata,' 'mendirikan menara,' '
membina kota' (kingdom building/nation building), dan juga 'membeli atau menjual'.' Karya manusia itu juga diungkapkan oleh frasa nubuat yang berbunyi: "Marilah kita mencari 'nama.'" Urusan "membeli atau menjual" yang menggunakan 'duit-fiat' sebagai mewakili nilai sesuatu stok atau upahan adalah urus-niaga di luar urusan ibadah dalam "nama" Tuhan; dengan bahasa mudah, 'duit' bukanlah karya Roh Tuhan. Ia adalah karya pemerintah-pemerintah bangsa-bangsa yang dipimpin oleh "binatang dua tanduk." "Karya" Tuhan atau "nama" Tuhan adalah dijelaskan dalam Wahyu 19: 13 b. KaryaNya ialah Firman Allah. Justeru, Santo Yohanes menulis Injil: "Pada mulanya adalah Firman, dan Firman itu ada bersama-sama Allah, Firman itu adalah Allah" (Yohanes 1: 1). Firman Allah itu ialah Roh Tujuh Lapis Tuhan. Namun, firman-firman yang tercatat pula, perlu disingkapkan oleh peribadi Firman Allah (Roh  Tujuh Lapis) itu: "Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang,memberi pengertian kepada orang-orang bodoh" (Mazmur 119: 130).

   Yeshua tahu bahawa manusia yang tidak mengenal Allah semuanya mencari "nama" (karya) manusia sendiri. Justeru itu, ia menasihati: "
31 Sebab itu janganlah kamu kuatir dan berkata: Apakah yang akan kami makan? Apakah yang akan kami minum? Apakah yang akan kami pakai? 32 Semua itu dicari bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Akan tetapi Bapamu yang di sorga tahu, bahwa kamu memerlukan semuanya itu. 33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. 34 Sebab itu janganlah kamu kuatir akan hari besok, karena hari besok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari" (Matius 6: 31-34).   

    Keutamaan bagi setiap warga kerajaan Allah adalah "nama" Tuhan dan nama yang diberikan kepada Yeshua Kristus. Semua 'karya' manusia di bumi' adalah tercakup kepada frasa nubuat "mencari nama" manusia sendiri. "
Nàma" Tuhan (Keluaran 34: 5, 6 & 7) dinyatakan kepada manusia kerana Roh Pencipta langit' dan bumi' berkerja siang dan malam tidak henti-henti dalam "menabur dan menuai." (Kej. 8: 22). Karya-karya atau 'nama-nama' Manusia termasuklah karya politik seperti empayar-empayar (juga diungkapkan sebagai binatang dalam kata nubuat), Liga Bangsa-Bangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (the United Nations), demokrasi, kapitalisme, komunisme, dan lain-lain lagi. Aktiviti perdagangan sedunia juga telah memperlihatkan kemunculan pelbagai bentuk 'karya' (nàma) manusia yang dikaryakan atau diujudkan oleh manusia, namun monetary adalah salah satu karya manusia yang paling menakluk seluruh umat manusia. Ia menghambakan umat manusia. Ia ('monetary') juga disebut "Mamon." Karya-karya manusia ataupun "nama-nama" manusia sebenarnya adalah berguna untuk kehidupan daging di bumi! Namun, apabila sesuatu "nama" itu mula "mendirikan menara yang sampai  ke langit," maka hal itu akan membawa Penghakiman oleh Tuhan ke atas umat manusia di bumi. Hanya "nàma" Tuhan yang layak dijadikan Tuhan! Pemazmur bernyanyi "...cakrawala memberitakan nàma (handiwork) Tuhan!" (Mazmur 19: 1-2). 'Nàma' atau karya manusia tidaklah layak ditinggikan "sampai ke langit'," kerana ia akan menista nàma Tuhan! "Nama" manusia yang mempunyai 'menara sampai ke langit' adalah suatu ungkapan yang merujuk kepada penghambaan oleh 'karya' Manusia 'daging,' dan karya itu akhirnya meniadakan "nama-nama" Tuhan! Di penghujung 'nama' manusia adalah 'penghambaan' yang menindan penghambaan kasih Tuhan. Tanpa 'nama' Tuhan, 'nama' manusia  akan akhirnya menindankan karya Tuhan. Maka, "mendirikan menara yang sampai ke langit'" (Kejadian 11) juga bermaksud impian manusia untuk menjadikan "nàma" manusia sebagai keutamaan hidup, dan justeru itu,  ia menindan "nàma" Tuhan. "Nàma" Tuhan adalah Sumber Kehidupan yang sebenar' (Keluaran 34: 5, 6, 7).

     Sejak zaman Purbakala, iaitu sejak dari Menara Babel kuno, manusia 'luka' memperlihatkan kecenderungannya untuk "berkarya" ('mencari nama') di bumi tanpa menghiraukan 'nama' Tuhan.  Pusat kesedaran manusia berpaut secara dominan pada kapasiti intelek dan juga aktiviti sistem saraf.  Klimaks kepada 'pencarian nama' bagi semua orang di dunia dinubuatkan oleh alkisah dalam Kitab suci Kejadian 11. Permulaan ini juga menyingkapkan perakhirannya. Sejak berakhirnya peperangan dunia ke-2 (1945 AD), umat manusia di bumi telah kembali "bersatu" dalam karya '
Peace and Safety' dan juga bersatu dalam pelaksanaan karya "monetary" secara global. Dahulunya di zaman selepas 'bah besar,' umat manusia yang satu bangsa dan 'satu bahasa' ('bahasa sejagat') pernah seia-sekata di dalam melaksanakan agenda manusia sejagat. Mereka berkata: "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kej. 11: 4) (Kej. 11: 4). Yang dicari manusia 'daging' itu ialah "karya" atau nàma! Dan, "nàma" itu akan menjadi 'the reason to live and the reason to die.'


    'Duit' di setiap negara adalah dinubuatkan sebagai "nama" pemerintah! ('karya' pemerintah). Matawang ringgit Malaysia, sebagai contoh,  adalah "karya" pemerintah (rulers) Malaysia. Oleh kerana matawang adalah tertakluk kepada perjanjian, undang-undang antarabangsa dan juaga undang-undang domestik, maka "duit" adalah "nama" Yang tertakluk kepada kuasa-kuasa besar pemerintah dunia, dan juga "nama" bagi setiap pemerintah di setiap negara berdaulat.  Duit Malaysia yang tertakluk kepada akta (undang-undang negara), sebagai contoh,  juga dinubuatkan sebagai "nama" pemerintah Malaysia. Duit ringgit lambang Pitis adalah 'karya' pemerintah negara Malaysia. Dan, demikianlah juga halnya bagi semua matawang (duit) yang digunakan oleh setiap negara di dunia. 'Duit' adalah 'karya' atau 'nama' pemerintah-pemerintah bangsa-bangsa. Tidak ada 'nama' manusia yang jauh lebih berkuasa dan dapat menakluki seluruh umat manusia di bumi entah ia seorang raja mahupun seorang hamba melainkan 'mamon' (monetary).
                                 
Duit ('monetary') adalah "nama" ('karya') pemerintah-pemerintah yang ada di bumi ; ia bukanlah 'nama' ('karya') Tuhan.

    Roh Tujuh Lapis Tuhan sudah menyingkapkan salah satu rahasia akhir 'zaman Perdamaian' menurut nubuat oleh Nabi Yesaya dalam kitab Yesaya 46: 10, bahawa "tanda-tanda" akhir 'zaman perdamaian,' telahpun diberitakan sejak zaman purba-kala lagi, sebagaimana yang disingkapkan oleh nubuat dalam kitab suci Kejadian 11. Mission ('nama') manusia yang dominan di bumi telah disingkapkan oleh nubuat dalam pemberitaan Kejadian 11: 4:  ... kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota (yang bermaksud 'kingdom building') dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, ..." (Kejadian 11: 4). Kebenarannya, kehidupan di dunia bukan sahaja 'karya' (nama) manusia semata-mata, tetapi juga 'karya' Tuhan ke atas umat manusia. Namun, manusia telah berkata : "...marilah kita cari nama;"  frasa ini adalah nubuat Roh Tuhan yang mengungkapkan agenda manusia sejagat yang akan diakhiri dengan "karya" manusia yang menghambakan umat manusia itu sendiri. "Nama" manusia itu akan menindan malah menista "nama" Tuhan sebagai Sumber Kehidupan di bumi!
                     
Exodus 34: 5-7.
Note: In prophecy, "name" means divine missions or divine attributes...

    Dalam bahasa Roh Tuhan, Duit (monetary) merupakan salah satu "nama" manusia atau dalam bahasa manusiawi ia disebut "karya" ('mission') manusia /pemerintah. Justeru itu, duit ringgit, sebagai contoh, adalah karya pemerintah negara Malaysia. Dalam bahasa roh, ia disebut "nama" pemerintah Malaysia. Dalam Kitab Kejadian fasal 11 ayat ke-4, manusia yang 'bersatu ' menurut agenda politik menara Babel telah berkata seia-ekata, "Marilah kita mencari 'nama'." Frasa tersebut adalah bersifat nubuat. Ia bermaksud bahawa manusia sejagat berkarya untuk "mencari nama" yang diikat dengan perjanjian atau persefahaman seantero dunia, iaitu disindirkan oleh Roh Tuhan dengan bahasa 'roh nubuat' berbunyi: "... tanda di dahi dan tanda di tangan." 

    Pada zaman sekarang, "nama" utama manusia di bumi ialah "peace and safety" dan juga "monetary." Tidak hairanlah bahawa semua duit 'tender note' dipaparkan dengan gambar-gambar pemerintah, samada pemerintah sistem beraja ataupun pemerintah negara berpresiden mengikut jenis pemerintahan politik di sesebuah negara.  Duit kertas dan duit syiling mengandungi gambar atau ukiran imej pemerintah negara masing-masing, samada raja atau presiden, kerana 'duit' dinubuatkan sebagai "nama" pemerintah sesebuah bangsa atau negara. Bila duit menjadi "nama" pemerintah, maka melalui pelaksanaan undang-undang, ia ("nàma") telah secara otomatis menjadi "nama" bagi kita semua, atau seringkasnya disebut "nama" manusia.

    Roh Nubuat  dari zaman dahulunya, iaitu dalam kitab Kejadian 11 berbunyi: "
Marilah kita mencari "nama." Ada dua "nama" atau "karya" para pemerintah yang dominan, sejak dari zaman purba-kala lagi, iaitu karya yang ada kaitan dengan agenda utama kehidupan manusia di bumi: "Peace and Safety" dan juga "Monetary." Kedua-dua karya utama manusia tersebut akan akhirnya, menghambakan umat manusia, sehingga pada masa yang telah ditakdirkan, maka Sorgawi akan berkata: "Marilah kita turun..."

    Bila Hakim turun ke bumi bersama dengan para penuai (para malaikat), maka kita akan 'melihat' api yang disingkapkan melalui mesej penglihatan Roh iaitu guruh, halilintar, puting-beliung', dan gempa bumi! "1 
Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketujuh, maka sunyi senyaplah di sorga, kira-kira setengah jam lamanya. 2 Lalu aku melihat ketujuh malaikat, yang berdiri di hadapan Allah, dan kepada mereka diberikan tujuh sangkakala. 3 Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. 4 Maka naiklah asap kemenyan bersama-sama dengan doa orang-orang kudus itu dari tangan malaikat itu ke hadapan Allah. 5 Lalu malaikat itu mengambil pedupaan itu, mengisinya dengan 'api' dari mezbah, dan melemparkannya ke bumi. Maka meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi (Wahyu 8: 1-5). 

    Guruh, halilintar dan gempabumi adalah bahasa roh (abjad Roh), iaitu 'tanda-tanda' (signs) yang menyingkapkan hadirat Hakim untuk melaksanakan agenda Penghakiman dan Penghukuman ke atas penduduk bumi. Ringkasnya, guruh, halilintar dan gempabumi adalah 'tanda-tanda' hadirat Hakim di bumi yang membawa maksud pelaksanaan Penghukuman dengan 'api.' Keperincian hukuman oleh 'api' mengikut penggunaan bahasa 'roh' adalah 'menurut nubuat para nabi dari nabi-nabi Perjanjian Lama dan juga nabi-nabi Perjanjian Baru; semua nubuat penghakiman dan Penghukuman adalah api. Maka, "keluarlah api dari mulut Tuhan" bermaksud Penghukuman yang dinubuatkan oleh nabi-nabi Tuhan! Ia bukanlah api buatan manusia, melainkan mesej Firman Tuhanlah itu yang dimaksudkan sebagai api.

    Semua pemerintah di setiap negara sudah seia-sekata melalui 'perjanjian' untuk memperjuangkan atau melaksanakan 'nama' (mission) utama manusia, iaitu "Peace and Safety" dan "monetary." Tunjang utama agenda "nation building" atau "kingdom building" adalah berdasarkan 'menara' "Peace & Safety" dan "monetary." Maka, kekuatan sesebuah negara adalah tertakluk kepada keutuhan 'menara' "Peace and Safety" dan "monetary." Sedangkan, damai dan keselamatan sejati bagi umat Tuhan adalah nama Tuhan; 'nama' Tuhan adalah menara keselamatan yang kuat! "Nama TUHAN adalah menara yang kuat, ke sanalah orang benar berlari dan ia menjadi selamat" (Amsal 18: 10). Penulis tidaklah anti kepada karya-karya manusia kerana karya-karya manusialah yang dikatakan erti kehidupan daging! Namun, tanpa 'nama' Tuhan' di dalam kehidupan, karya-karya manusia di bumi hanyalah sekadar 'mendirikan' sebuah menara yang "...sampai ke langit!" Dan, 'nama' manusia sebagai mendirikan 'menara' tidaklah menjanjikan berkat Penebusan dan berkat keselamatan sejati!

   Kita telah melihat betapa bangsa-bangsa di dunia telah benar-benar telapun bersatu sejak tahun 1945  di dalam "nama" manusia atau "karya" manusia yang disebut "Peace and Safety" dan juga "Monetary." Peace and Security memerlukan kuasa politik (tanduk politik) untuk melaksanakan modus operandi nya, sedangkan "monetary"  pula memerlukan Perjanjian untuk ia menjadi 'seolah-olah' dianuti oleh manusia sejagat : "tanda di dahi dan tanda di tangan." Orang-orang yang percaya nama Tuhan bukanlah di seru untuk menjadi penentang-penentang "nama" manusia sejagat, tetapi mereka diseru untuk..."seek ye first the Kingdom of God." Di mana keutamaan seseorang, maka di sanalah dia dihambakan. Ada dua penghambaan yang kita pilih iaitu penghambaan nama Tuhan ataupun penghambaan nama-nama manusia. Yeshua menyeru pengikutNya dengan berkata: "Seek ye first the Kingdom of God." Ia adalah nasihat rohani yang menyingkapkan keutamaan kita sebagai manusia yang diciptakan menurut gambaran Allah: makhluk roh yang dibaluti daging. Di dalam nubuat Kitab Wahyu 13, pemerintah dituntut untuk membuat pengiraan yang bijaksana, kerana 'pengiraan' itu menentukan 'nama' iaitu 'duit' boleh membawa untung atau rugi! Kita bukan membenci agenda "monetary," akan tetapi 'nama' manusia itu adalah salah satu daripada banyak "tanda" yang menyingkapkan 'karya' Tuhan seterusnya di bumi. Pada ketika 'nama' sejagat yang dicari oleh manusia adalah 'monetary,' maka 'nama' Tuhan, iaitu Hakim akan tiba-tiba turun ke bumi untuk menghakimi semua bangsa dengan penuh keadilan! Walaupun, umat manusia bebas berkarya atau mencari "nama," namun 'nama' manusia akan menindan kebenaran bahawa Sang Pencipta adalah Pengarya Agung di Sorga dan di bumi!  Penghambaan 'duit' akan menindan penghambaan 'kasih Tuhan.' Karya duit akan seolah-olah membuatkan Karya Tuhan menjadi bahan ejekan. 

    Di jam terakhir Perdamaian, 'milik Kaisar' adalah urusan sejagat yang disebut "Peace and Safety"  dan "monetary," manakala 'milik Tuhan' adalah ibadah Roh, iaitu urusan menggenapi "Bapa Kami." Orang percaya yang gagal menyempurnakan "Bapa Kami" adalah tergolong 'seperti' jemaat di "Sardis" : "...1 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Sardis: Inilah firman Dia, yang memiliki ketujuh Roh Allah dan ketujuh bintang itu: Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati! 2 Bangunlah, dan kuatkanlah apa yang masih tinggal yang sudah hampir mati, sebab tidak satupun dari pekerjaanmu Aku dapati sempurna di hadapan Allah-Ku. 3 karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu. 4 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu (Wahyu 3: 1-4).

    Tiada satu orang pun di antara orang-orang percaya yang 'sempurna' ibadahnya di hadapan Roh Tuhan yang Maha Sempurna. Namun, kita dapat membuat pengakuan yang jujur kepada Tuhan, bahawa roh kita 'impure,' dan daging kita hanya berasal dari debu. Oleh kerana kita menambahi luka-luka'  hidup setiap hari, maka selayaknya  pengakuan kita berbunyi: "tanpa Mu, aku tidak dapat berbuat apa-apa." Yeshua bersabda: "
 I am the vine, you are the branches.Those who abide in me and I in them bear much fruit,because apart from me you can do nothing (John 15: 5)." "Berbuat apa-apa"  itu adalah urusan di antara 'ranting dan pokok,' iaitu urusan Firman Allah! The precept of every spiritual man says: "...while money is undeniably important in this last hour of the peace-age ('the church age'), the names of God are up to be the most absolute genuine Source of life."

     Roh Tuhan adalah Pengarya Langit dan bumi, dan setiap orang yang percaya perlu 'melihat' semula maksud bahasa Roh Tuhan melalui 'sajak nubuat' Tuhan kepada Nuh di dalam Kitab suci Kejadian 8: Tuhan berkarya di bumi berdasarkan mesej Roh dalam sajak  nubuat itu.

As long as the earth endures,seed-time and harvest,cold and heat,summer and winter,day and night will never cease.” (Genesis 8: 22)


 
  Apakah agaknya maksud sajak Roh Tuhan dalam Kejadian 8: 22 yang disampaikan kepada Nuh? (selepas Kiamat air). Secara ringkas, agenda Perdamaian dengan umat manusia di bumi ada terkandung dalam mesej 'roh' sajak itu. Malah, rahsia Kiamat (Kiamat api) yang akan datang juga, ada terkandung dalam mesej  sajak itu! Pada Kiamat air, hanya Nuh dan tujuh yang lain serta pasangan binatang  terpilih yang telah mewarisi kembali bumi! Dalam era post-Kiamat karya Raja Damai nanti, iaitu selepas selesainya 'Mangkuk Murka' (bowls of wraths) yang ketujuh, hanya mereka yang 'lemah-lembut' sahaja yang akan mewarisi bumi: "Berbahagialah orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi (Matius 5: 5)." Kedatangan Yesus yang kali kedua bukanlah Kiamat fizikal bumi melainkan pengakhiran Zaman Perdamaian. Zaman Gereja sebagai penuai akan tamat. 'Penuaian' akan diambil-alih dan dilaksanakan oleh para malaikat dalam era Judgment. Agenda Perdamaian yang disingkapkan oleh sajak Tuhan dalam Kejadian 8: 22 akan digenapi. Walaupun fizikal bumi tidaklah hancur berderai, namun Murka Hakim adalah sangat dahsyat sekali, dan tiada tolok bandingnya sejak dari  zaman Menara Babel, iaitu sejak bermulanya zaman bangsa-bangsa! Kiamat api hanya berlaku seperti yang tertulis dalam Wahyu 20: 7-8: "7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut (Wahyu 20: 7-8).

   Frasa "the earth endures" di dalam Kejadian 8: 22 adalah bahasa Roh Tuhan yang menyatakan sifat Ilahi yang "Panjang Sabar." Sifat-sifat Roh Tuhan adalah asal-usul kepada semua 'karya' atau 'nama' Tuhan. Justeru itu, 'nama' Tuhan itu juga adalah merujuk kepada sifat-sifat Ilahi. Yeshua yang telah menyempurnakan 'nama' Domba Tuhan adalah diutus oleh sifat Allah yang Kasih, mengasihani dan juga sifat setia mengampuni! Maka, Santo Yohanes menulis: " kerana betapa  besar 'Kasih' Tuhan kepada dunia sehingga ia mengutus "Anak Tuhan yang Mahatinggi..." Yeshua itu diutus kerana sifat Tuhan iaitu 'Kasih.'  Semua sifat-sifat Tuhan adalah 'nama' Tuhan kerana Tuhan berkarya di Langit dan di bumi mengikut sifat-sifatNya. Nama Tuhan yang 'immutable' ada dijelaskan kepada Nabi Moshe dalam Kitab Keluaran 34: 6-7. Kenapa pula ada 'nama' Tuhan (Covenanted) yang diutus bersama-sama dengan pengujudan Perjanjian-Perjanjian seperti Yahweh dan Yeshua ? Bila Kita rujuk Kitab Kejadian 8: 22, kita akan dapat jawapannya! Covenanted names of God dianugerahkan kepada umat manusia kerana pengwujudan Perjanjian, dan Perjanjian-perjanjian diwujudkan oleh Tuhan kerana Roh Tuhan berkerja dalam "menabur  dan menuai." "Menabur dan menuai" adalah agenda utama dalam 'karya' Roh Tuhan yang berkerja bersama-sama dengan umatNya ke atas semua bangsa, keturunan Adam yang 'luka,' ...selagi sajak itu masih berterusan berbunyi "
day and night will never cease."  "Nama" atau 'karya' manusia jelas sekali berbeda bila dibandingkan dengan 'nama' Tuhan. Karya-karya manusia keturunan Adam telah disingkapkan oleh frasa-frasa firman dari Roh Nubuat seperti: 'makan-dan minum,' 'kahwin dan mengahwinkan,' 'membuat batu-bata dengan membakarnya baik-baik,' mendirikan kota' dan menara,' dan juga 'membeli atau menjual': kesemua frasa di atas mengungkapkan kehendak manusia yang 'luka.' Kesemua frasa tersebut terkandung dalam cita-cita manusia yang berkata: "marilah kita mencari nama" ('nama' bermaksud 'karya.'). Roh Tuhan merelakan semua karya manusia yang disebutkan di atas, namun semua yang tersebut di atas akan tertakluk kepada "as long as the earth endures."

    Bila "Panjang Sabar" Tuhan sampai masa 'ia tidak bertahan lagi' ('the earth will no longer endure'), atau pada masa ia ditentukan seolah-olah 'habis Panjang Sabar,' maka semarak hadirat kekudusan Hakim yang menghanguskan, berserta dengan para penuai (malaikat) akan 'menjilat' orang-orang berdosa di bumi. Kita akan mendengar semula bahasa Roh "Langit" dan "bumi"  dalam Kejadian 8: 22 yang akan memberitakan maksud "habis Panjang  Sabar Tuhan" (no longer endure), sebagaimana yang diungkapkan oleh nubuat nabi-nabi dalam Yesaya 26: 20-21; Zechariah 14: 6-7 dan Matius 24: 29. 

    Petikan nubuat di atas adalah pengakhiran kepada mesej Perdamaian yang diberitakan oleh Kejadian 8: 22. Bahasa Roh, "Langit" dan "bumi," memberitakan karya keadilan Hakim (Mazmur 50: 3-4; Mazmur 19: 1-2). "Siang dan malam tidak henti-henti" akan menjadi "tiada siang dan tiada malam'." Zaman Perdamaian di antara Tuhan dan umat manusia akan berakhir dan ia berbunyi :"...the earth would no longer conceal the bloodshedding upon her." Atau, "
without daytime and without nighttime."

20 Mari bangsaku, masuklah ke dalam kamarmu, 
tutuplah pintumu sesudah engkau masuk ['spirit of prayer' ~nota penulis], bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempat-Nya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan 'bumi' tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana (Yesaya 26: 20-21).

6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu  (tabernacled spirit), 
tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu (Matius 6: 6).

     Permulaan zaman bangsa-bangsa bermula melalui "penghakiman dan penghukuman" di Menara Babel telah dinubuatkan dalam Kejadian 11: 6-8.  6 "
Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana. 7 Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing."8 Demikianlah mereka diserakkan TUHAN dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu (Kejadian 11: 6-8).

    Pengakhiran Zaman bangsa-bangsa yang telah bersatu 'seolah-olah' menjadi 'satu' melalui 'menara yang sampai ke langit', iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu (The United Nations), juga akan diakhiri dengan "penghakiman  dan penghukuman." Salah satu daripada banyak pemberitaan mengenai Pengakhiran Zaman bangsa-bangsa ada disingkapkan dalam Why.11: 18. "15 Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya." 16 Dan kedua puluh empat tua-tua, yang duduk di hadapan Allah di atas takhta mereka, tersungkur dan menyembah Allah, 17 sambil berkata: "Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa, yang ada dan yang sudah ada, karena Engkau telah memangku kuasa-Mu yang besar dan telah mulai memerintah sebagai raja 18 dan semua bangsa telah marah, tetapi amarah-Mu telah datang dan saat bagi orang-orang mati untuk dihakimi dan untuk memberi upah kepada hamba-hamba-Mu, nabi-nabi dan orang-orang kudus dan kepada mereka yang takut akan nama-Mu, kepada orang-orang kecil dan orang-orang besar dan untuk membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi." 19 Maka terbukalah Bait Suci Allah yang di sorga, dan kelihatanlah tabut perjanjian-Nya di dalam Bait Suci itu dan terjadilah kilat dan deru guruh dan gempa bumi dan hujan es lebat (Wahyu 11: 15-19).

Kesilapan terjemahan perkataan "the age" dalam Alkitab Indonesia.

3 When he was sitting on the Mount of Olives, the disciples came to him privately, saying, “Tell us, when will this be, and what will be the sign of your coming and of the end of the age?” (Matthew 24: 3, NRSCVE).  

   Perkataan "the age" diterjemahkan ke bahasa Indonesia "dunia," maka maksudnya seolah-olah Kiamat fizikal bumi.  
Saya tiada kepakaran bahasa, namun perkataan "the age" yang dilihat secara 'roh' bersama-sama dengan firman yang tersingkap dari Kej.8: 22, Kej.11, Yes. 46: 10 dan lain-lain nubuat dari para nabi, adalah sepatutnya diterjemahkan kepada perkataan "Zaman." Maka, Matius 24 adalah nubuat Yeshua perihal "penghakiman dan penghukuman" Zaman bangsa-bangsa. Matius 24 adalah nubuat tentang penggenapan penyempurnaan penghakiman dan penghukuman Zaman bangsa-bangsa. Ia bukan perihal Kiamat fizikal bumi! Walaupun penghakiman dan penghukuman bangsa-bangsa sudahpun dimulakan sejak Hari Pentakosta, penyempurnaannya hanya akan digenapi apabila Hakim Kristus kembali ke bumi!

    Kiamat dunia hanya akan berlaku selepas '1,000' tahun seperti yang diwahyukan dalam Wahyu 20: 1-11.  
KEDATANGAN Yesus Kristus untuk kali ke-dua, yang dinubuatkan dalam Matius 24: 29-30, bukanlah kiamat kehancuran fizikal bumi melainkan, 'Nama'-nya sahaja sebagai 'Raja Damai' yang seolah-olah akan berhenti beroperasi, namun sekali-kali tidaklah ia terbatal, tetapi disempurnakan.