Rabu, 18 April 2018

"Takutlah akan Tuhan..." (Wahyu 14: 7a)




6 dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi, dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum,7 dan ia berseru dengan suara nyaring: "Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air" (Why 14: 15-7).



    "Takut akan Tuhan" adalah salah satu' dari Karunia anugerah Tuhan Ordo Melkisedek, iaitu operasi Roh Tujuh Lapis Tuhan yang mengalir ke atas roh mereka yang tertulis 'nama'nya dalam Buku kehidupan. Tuhan Ordo Melkisedek berarti Tuhan yang menurunkan ajaran 'altar' sebagai 'jalan' Penebusan (pindah milik atau pindah kepada penghambaan kasih') dan jalan kepada   penyelesaian dosa-dosa. 'Keselamatan' itu dilihat sebagai berkat pengampunan Tuhan Yeshua Kristus yang Emmanuel; ia menyembuhkan atau menghidupkan 'roh' dari 'luka-luka' (dosa-dosa) untuk kekal abadi bersama Bapa segala roh. Altar mengungkapkan 'nama' Tuhan! Biarpun manusia itu berdosa namun Tuhan yang Suci masih mengasihi, mengasihani dan menawarkan pengampunan. Mengasihi, mengasihani dan mengampuni adalah "korban" di pihak Tuhan yang Suci! Itulah mesej ungkapan Altar. Ia mengungkapkan nama Tuhan.

    Kasih mengalir ke bumi menganugerahkan 'kasih karunia.' 'Kasih' Tuhan di bumi mengajarkan 'jalan altar' kepada Manusia. Ritus altar memberikan 'penebusan.' 'Penebusan' melepaskan ''dosa-dosa" yang tercatat pada roh seseorang. Maka, pengampunan dosa adalah menuntut 'penebusan.' Melihat 'Altar' secara rohaniah adalah melihat sifat-sifat Ilahi yang tidak berubah. Maka, melihat Salib Kristus adalah sebenarnya percaya kepada 'nama' ('kasih') Bapa Sorgawi, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak Manusia@Anak Tuhan Yang Mahatinggi: Mesias!!

    Kita tahu bahawa ''daging' dan Roh Almasih dinubuatkan dalam Yesaya 11. "Bertunas" dari Isai berarti Almasih adalah keturunan Daud. ''Daging' Almasih adalah 'benih' dari garis keturunan Daud, manakala 'roh Almasih berasal dari Roh Kudus atau 'Roh' Menorah. Roh Almasih yang dinubuatkan dalam Yesaya 11 adalah konsisten dengan Menorah (the Spirit of Menorah) yang mempunyai Tujuh kaki Dian' tetapi ''Satu' tiang utama sebagaimana yang kita lihat dalam Khemah Suci Israel. "Nama" Roh Tujuh Lapis Tuhan Melkisedek diaktifkan beroperasi pada turutan nubuat Penciptaan yang ke-tujuh. Pengaktifan "Nama'" Roh Tujuh Lapis itu disebut Upacara Pemberkatan dan Pengudusan Hari Sabbath. Ibadah Hari Sabbath adalah '' tanda" bahawa Tuhan adalah Pencipta dan Juruselamat (Redeemer). Kenapa Tuhan melaksanakan upacara "berkat" namaNya pada hari tujuh?

    Kenapa ia kuduskan Hari ke-tujuh sahaja dan bukan hari-hari yang lain? Kita diberitahu melalui catatan Kitab Kejadian, bahawa selama enam turutan nubuat, Ia tidak henti-henti  untuk menyelesaikan Ciptaan. Penciptaan yang dibuat secara berterusan itu adalah seolah-olah menjadi suatu 'slavery' buat diri Tuhan sendiri. Dan, hari ke-tujuh disebut "rest" buat Tuhan. Bahasa "rest" bukanlah bermaksud Tuhan itu berehat seperti manusia yang berehat kerana hakikatnya Tuhan tidaklah memerlukan rehat seperti tubuh daging manusia! Bahasa "rest" itu sendiri mempunyai arti rohaniah yang disebut 'the Spirit of Prophecy.' Israel yang dihambakan di Mesir selama 400 tahun juga dikatakan telah mendapat "rest" apabila mereka menawan lalu tinggal di Tanah yang dijanjikan. Tuhan juga adalah seolah-olah diperhambakan oleh agendaNya sendiri dalam mencipta Ciptaan secara berkesinambungan. Pada hari ke-tujuh, Ia telah dikatakan sebagai telah mendapat "rest." Penebusan umat Manusia telah disempurnakan dalam kematian Domba Tuhan (Yeshua) di atas Kayu Salib. Yeshua berkata dalam Yohanes 19: 30 "Sudah selesai." Kerana ia sudah selesai, maka Kristus dapat menganugerahkan "rest" kepada semua orang yang percaya, supaya mereka tidak menjadi restless wanderers.

    Dalam suatu 'slot' tafsiran yang berkaitan dengan 'pengudusan,' Tuhan tidak akan dapat menguduskan seseorang, sekiranya ia masih dibelenggu oleh penghambaan dosa! Hanya apabila seseorang percaya yang dihambakan oleh kuasa dosa itu dibebaskan, dan baharulah Tuhan dapat menguduskannya! Maka, itulah sebabnya juga, kenapa Tuhan tidak menguduskan hari-hari yang lain seperti Hari yang ke-tujuh! Hari ke-tujuh dalam turutan nubuat Penciptaan itu, juga menunjuk kepada Hari Paskah Tuhan di bumi: as above, so below ataupun "jadilah kehendak di bumi seperti Di Sorga."  Paskah Tuhan itu adalah "Korban" di pihak Tuhan Sendiri. Manusia diajar oleh Tuhan perihal ''Jalan' Altar, supaya manusia dapat mengerti bahawa Tuhanlah yang lebih dahulu 'berkorban' atau mengasihi!  Jadi, Dia tidak mengupacara 'korban' pada turutan nubuat hari pertama sehingga Hari ke-enam  dalam Kitab Kejadian 1 & 2, kerana manusia belum selesai dicipta! Tuhan hanya mengupacara ''Korban,' selepas manusia siap dicipta! Maka, pada Hari ke-tujuh, baharulah Tuhan mengupacara 'Korban' atau Altar Sorgawi! Ia menguduskan Hari ke-tujuh berarti, Tuhan mengupacara Altar Sorgawi pada Hari itu. Dalam lain perkataan, Redemption dan Salvation untuk  umat manusia telah diupacarakan hanya pada Hari yang ketujuh. Dalam bahasa  Roh nubuat ia dikatakan sebagai "Ia menguduskan hari Yang ke-tujuh"!  Andaikata manusia yang Ia cipta pada hari ke-enam itu jatuh ke dalam kuasa dosa, maka upacara redemption dan Salvation pada turutan nubuat yang ke tujuh itu akan menyelamatkan manusia yang jatuh itu kelak! Jadi, Tuhan buat upacara Altar Sorgawi pada hari ke-tujuh! Dan umat Tuhan mengingati karya Tuhan itu sebagai hari Sabbath! Justeru itu, kita mengatakan bahawasanya penyampaian Firman Allah adalah "in the Spirit of Prophecy."   

   Manusia yang Dia cipta pada nubuat hari yang ke-enam telah jatuh ke dalam kuasa dosa. Tetapi, oleh kerana pada hari yang ke-tujuh, Tuhan sudah "mengupacara" agenda "redemption" dan "Salvation," maka Berkat "redemption" dan berkat  "Salvation" itu telah mengalir dan menurunkan ajaran 'Jalan' Altar; itulah sebabnya Abel dan Cain mempersembahkan doa 'ritus' altar, kerana "nama" (Kasih) yang diupacarakan pada hari ke tujuh itu telah mengalir menganugerahkan 'Kasih Karunia.' Maka, 'nama' Bapa adalah "Kasih." Bila ia mengalir mengasihi keturunan Adam yang berdosa, maka mereka menjadi calon-calon penerima Kasih Karunia! Kelak, nabi Moshe menerima pemberitaan "Nama" Tuhan dalam Exodus 34: 5-7.
                                   
The Sevenfold Spirit of Messiah, but it is 'One' with the Father and the Holy Ghost. (Reference: Isaiah 11)


    Takut akan Tuhan adalah Suci kerana ia adalah Roh Messiah! Bila Karunia "takut akan Tuhan"  itu mengalir kepada seseorang, maka si penerima akan mula digauli karib oleh Tuhan seperti Raja Daud (Mazmur 25: 14). Takut akan Tuhan adalah Karunia yang beroperasi untuk menjadikan seseorang yang 'percaya' digauli karib oleh Roh Tujuh Lapis Tuhan. Justeru itu, 'takut akan Tuhan' adalah "permulaan Hikmat." "Permulaan Hikmat" ditanggapi kerana apabila seseorang percaya  mula melihat penglihatan--penglihatan dan Dream dreams, maka itulah tanda-tanda "...permulaan Hikmat.'

    Kebanyakan orang percaya (Kristen) mempunyai tahap pengertian dan tahap Pengetahuan' tertentu akan 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak. Yeshua berkata; "Akulah Jalan...; ...Akulah Pintu..." Yeshua  adalah 'jalan' kerana ia menyempurnakan' ritus altar di bumi seperti di Sorga! Yeshua adalah Pintu roh kerana Dia adalah Pembaptis Api, supaya hadirat 'Raja Damai' akan menyertai orang-orang percaya: Emmanuel! Mengenali nama Bapa dan nama yang diberikan kepada Anak adalah Kehidupan Kekal. Namun, sangat sedikit sekali orang-orang percaya yang meminta "Kunci" untuk membuka Pintu hadiratNya. Kebanyakan berpuashati sebagai penerima pelayanan paderi atau pastor. Bukanlah kerana mereka takut untuk mencuba, tetapi mereka tidak tahu untuk ''meminta" dengan jitu dan benar.

    Yeshua pernah berkata: "23 Dan pada hari itu kamu tidak akan menanyakan apa-apa kepada-Ku. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu minta kepada Bapa, akan diberikan-Nya kepadamu dalam nama-Ku. 24 Sampai sekarang kamu belum meminta sesuatu pun dalam nama-Ku. Mintalah maka kamu akan menerima, supaya penuhlah sukacitamu" (Yohanes 16: 23-24). Sukacita yang penuh bermaksud suatu sukacita yang 'terdalam' dan bukan sekadar raut wajah.  Sukacita yang mengalir dari karunia the joy in the fear of the Lord!

Bagaimanakah cara untuk meminta Karunia "Takut akan Tuhan"

    Permintaan yang pasti dijawab oleh Bapa diSorga adalah 'meminta' Harta Sion.' Meminta di dalam Nama Kristus berarti "menuruti" Firman Allah. Bapa di Sorga pasti tidak akan menganugerahkan "Kunci," jikalau seseorang percaya meminta dengan setakat mengakhiri doanya dengan rangkai-kata "...Saya minta di dalam nama Kristus." Yakobus bersaksi: "2 Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai-bagai pencobaan, 3 sebab kamu tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan.4 Dan biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apapun. 5 Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah, -- yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit--,maka hal itu akan diberikan kepadanya. 6 Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang, sebab orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin.7 Orang yang demikian janganlah mengira, bahwa ia akan menerima sesuatu dari Tuhan. 8 Sebab orang yang mendua hati tidak akan tenang dalam hidupnya" (Yakobus 1: 2-8)

                                 
The 'Great Quest'...meminta 'Karunia' Takut akan Tuhan. "Takut akan Tuhan adalah Hikmat...Ayub 28: 28 a.


    Bila kita belajar dari kata-kata hikmat Raja Salomo, Amsal 2: 1-6 boleh dilihat sebagai ''menyingkapkan' perihal urusan 'meminta' Karunia "Takut akan Tuhan." Raja Salomo berkata:  Hai anakku, jikalau engkau menerima perkataanku (Firman, iaitu Kristus) dan menyimpan perintahku (menuruti Kristus) di dalam hatimu, 2 sehingga telingamu memperhatikan hikmat, dan engkau mencenderungkan hatimu kepada kepandaian (roh Pengetahuan'), 3 ya, jikalau engkau berseru kepada pengertian (roh pengertian), dan menujukan suaramu kepada kepandaian (roh Pengetahuan'), 4 jikalau engkau mencarinya seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam, 5 maka engkau akan memperoleh (roh) pengertian tentang takut akan Tuhan dan mendapat pengenalan akan Allah (mengenali).6 Karena TUHANlah yang memberikan hikmat, dari mulut-Nya datang pengetahuan dan kepandaian (Amsal 2: 1-6).

    Perkataan dalam kurungan pada petikan Amsal 2: 1-6, di atas adalah ditambahkan oleh penulis sebagai panduan 'melihat' bagaimana memperolehi "Kunci", iaitu Karunia yang disebut "takut akan Tuhan." Jikalau, kita tiada (roh) Pengetahuan' dan (roh) pengertian, maka paderi atau pastor masih dapat menyampaikan kesaksian tentang ('roh') hikmat Tuhan kerana mereka adalah mulut-mulutNya. Dalam ayat 6 Amsal 2 di tulis: "6 Karena TUHANlah yang memberikan hikmat, dari mulut-Nya datang pengetahuan dan kepandaian." MulutNya merujuk kepada semua nabi-nabi Tuhan baik dalam zaman' Perjanjian Lama mahupun dalam Perjanjian Baru. Semua nabi-nabi Perjanjian Baru adalah mengenali 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak. Mereka semua adalah penerima Karunia-Karunia, iaitu Karunia tunjang (Yesaya 11), dan juga Karunia-Karunia yang disebut oleh Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Korintus. Mereka semua diajar oleh Roh Tujuh Lapis perihal Karunia "Takut akan Tuhan" (lihat Job 28: 28; Proverbs 1: 7; Proverbs 9: 10; Isaiah 33: 6; Revelation 14: 7).

     Walaupun Yesaya 11 merujuk kepada identiti ataupun mengenai ''roh" Almasih, namun ia boleh juga merujuk kepada peribadi "Roh Kudus" kerana Anak, Bapa, dan Roh Kudus adalah 'Satu' Roh. Karunia-Karunia utama adalah Roh Tuhan sendiri, iaitu 'roh' Menorah: Roh Tujuh Lapis. 1 Korintus 12 yang dijelaskan oleh Rasul Paulus adalah Karunia-Karunia 'lanjutan' ('subsequent),  iaitu macam-macam rupa Karunia yang dianugerahkan kepada orang-orang percaya. Namun Karunia-Karunia lanjutan itu adalah mengalir daripada ketujuh-tujuh Karunia Tunjang, iaitu Roh Tuhan sendiri yang diwakili oleh 'nama' Roh Kebenaran atau Roh Pentakosta. Takut akan Tuhan adalah salah satu' dari Karunia Tunjang itu dan itulah yang kerap-kali disaksikan oleh nabi-nabi zaman' Patriarch mahupun zaman' ibadah di Tanah Suci kerana ia adalah "Kunci" utama yang menjadikan seseorang digauli karib oleh Tuhan (Roh Kudus)----Mazmur 25: 14. Dalam Bahasa lain, Karunia-Karunia dalam 1Korintus 12 adalah mengalir daripada karuniaKarunia- tunjang, iaitu Yesaya 11. Roh Yesus, Roh Kudus dan Roh Bapa adalah ''Satu." Yesaya 11 adalah Roh Yeshua, maka itulah juga arti Roh Menorah dan itulah juga operasi asas Roh Kudus.

"6 Masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion" (Yesaya 33: 6).

    Mendapat kekayaan Harta Sion adalah sama artinya mendapat "Kunci" Roh Tujuh Lapis Karunia. Harta Sion hanya dapat diterima apabila seseorang percaya diberikan Karunia-Karunia. Karunia "takut akan Tuhan" adalah  salah satu dari Roh Tujuh Lapis Tuhan (Yesaya 11). "Takut akan Tuhan" adalah harta Sion atau "Kunci" yang membimbing seseorang percaya menjadi 'ranting sebenar' kepada 'Pohon Sebenar.' Karunia tersebut tidak ada kaitan langsung dengan reaksi emosi. Ia bukan merujuk kepada 'perasaan' ketakutan atau 'terketar-ketar.'

     Kesaksian Patriarch Ayub dicatat dalam Ayub 28: 28: "... tetapi kepada manusia Ia berfirman: Sesungguhnya, takut akan Tuhan itulah hikmat..." Bagi mereka yang mengenali nama Bapa dan 'nama'' yang diberikan kepada Anak, dosa bukanlah Masalah. Semua dosa selesai di dalam nama Bapa dan juga di dalam nama Anak dan nama' Roh Kudus. Semua orang percaya mengecapi kebebasan yang dianugerahkan oleh Kasih Karunia. Semua dosa dapat diampuni oleh nama' Tuhan (all sins are forgiveable by the ''name" of God). Dan tidak ada jumlah dosa manusia di bawah kolong langit ini yang dapat mengubah 'nama'  Tuhan. Kau tambahi dosa-dosa atau kau berusaha mengurangkan dosa, namun nama' Tuhan tidak akan berubah (lihat 'nama' Tuhan dalam Exodus 34: 5-7). Nama' Tuhan memberi kebebasan. Namun bebanan kebebasan, kita yang menanggungnya, kerana akibat-akibat dosa akan menerpa kehidupan kita. Semua dosa dapat diampuni oleh 'nama' Tuhan, namun akibat-akibat dosa meskipun sudah diampuni akan kita tanggung!

     Raja Daud adalah penerima "Kasih Karunia" Dan ia mengenali 'nama' Tuhan, sama seperti kebanyakan nabi-nabi yang lain. Ia bernyanyi dalam 'mode' doa dalam Mazmur 25: 11 : Oleh kerana namaMu, ya Tuhan ampunilah kesalahan ku."

He will be the sure foundation for your times, a rich store of salvation and wisdom and knowledge; the fear of the Lord is the KEY to this treasure (Isaiah 33: 6, NIV).

         Bila Kristus adalah Jalan Dan Pintu, maka Kunci kepada hadirat Pintu itu adalah apa? Kunci itu sebenarnya dipegang oleh Roh Tuhan sendiri. Tetapi, andaikata kita dikaruniakan "Kunci" itu, maka itu bermakna bahawa kita akan diajar oleh Roh Kudus untuk meminta dengan benàr dan jitu perihal operasi Kunci yang 'melekat' senantiasa pada Roh Tuhan sendiri. Kita akan tahu bahawa kita adalah 'penerima' Kasih Karunia, kerana kita mengenali 'nama' Bapa, 'nama' Anak, dan 'nama' Roh Kudus. Penerima Kasih Karunia berarti bahawa orang-orang percaya diperbolehkan untuk meminta Karunia-Karunia. Akan tetapi, Karunia itu datang dan pergi. Maksudnya bahawa kehendak aliran 'Karunia' itu adalah menurut Kehendak Roh Tuhan, dan bukannya menurut kehendak diri kita sendiri.

"Dan barangsiapa yang berseru kepada 'nama' Tuhan akan diselamatkan" (Kisah Para Rasul 2: 21).

Orang-orang percaya yang dapat menyeru 'nama' Tuhan dalam ibadah Roh (Bapa Kami) adalah mereka yang telah dianugerahkan Jalan, Pintu dan Kunci. Apa akan terjadi kepada mereka yang dianugerahkan 'Karunia'?  Daud bernyanyi: "The secret of the Lord is for those who fear Him, and He will make them know His covenant" (Psalm 25: 14, NASB).

11 Jawab Yesus: "Kepadamu diberi karunia untuk mengetahui rahasia Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak. 12 Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya. 13 Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti (Matius 13: 11-13).
____________________

Rahasia tentang "Langit baru dan Bumi Baru"?


2 Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu (Kejadian 2: 2-3).

1 Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi. 2 Dan aku melihat kota yang kudus, Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah, yang berhias bagaikan pengantin perempuan yang berdandan untuk suaminya. 3 Lalu aku mendengar suara yang nyaring dari takhta itu berkata: "Lihatlah, kemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka. Mereka akan menjadi umat-Nya dan Ia akan menjadi Allah mereka (Wahyu 21: 1-3).


    Penciptaan siap dalam enam turutan nubuat atau disebut enam hari. Pada Hari yang ke-tujuh Tuhan memberkati dan menguduskan Hari itu. Kenapa 'memberkati' ? "Memberkati" artinya bahawa Tuhan telah  mengaktifkan namaNya, supaya manusia yang dicipta pada nubuat ke-6 terjamin mempunyai anugerah berkat 'penebusan' dan 'Keselamatan.' Anugerah 'Keselamatan' oleh Sang Pencipta adalah pekerjaan yang kudus. Hari ke-tujuh tidak sama dengan hari-hari yang lain ('satu' hingga enam) kerana Hari pertama hingga Hari ke-enam adalah agenda nubuat Penciptaan 'Langit dan bumi' baik 'alam roh,' mahupun 'alam harafiah' (langit dan bumi yang kelihatan oleh mata kasar). 'Nama' Tuhan YHVH yang diberitakan oleh diriNya sendiri dalam Kitab Keluaran 34: 5-7, sebenarnya, telah lama diaktifkan, iaitu pada Hari yang ke-tujuh dalam nubuat Penciptaan! Nama itu memang sudah wujud sebelumpun Tuhan cipta apa-apa, akan tetapi Tuhan tidak aktifkan namaNya (Keluaran 34: 5-7). Tuhan hanya aktifkan namaNya (Exodus 34: 5-7) pada turutan Hari ke tujuh. Jika tiada "Berkat" pada hari ke-tujuh maka Adam  dan Hawa sudah tentu tidak ada pengampunan (ditutupi) oleh nama Tuhan, dan sudah tentu Abel dan Cain tidak akan ada 'ibadah altar' dalam Kejadian 4. Mengaktifkan namanya dalam bahasa kitab adalah berbunyi: "...ia memberkati dan menguduskan."

    Tuhan memberkati hari yang ke-tujuh artinya Tuhan 'mengupacara' (se-arti macam mengaktifkan namaNya, supaya ''mengalir") namaNya, supaya jika manusia yang dicipta pada nubuat hari ke-enam jatuh ke dalam kuasa dosa, maka namaNya yang telah diupacara pada Hari ke-tujuh akan bersedia untuk menganugerahkan love, mercy dan forgiveness! Sebab itulah Tuhan masih meneruskan agenda Penciptaan, meskipun Dia mengetahui manusia itu akan jatuh, kerana pada Hari ke-tujuh Ia telah 'mengaktifkan' anugerah Keselamatan, iaitu namaNya yang Ia beritakan dalam Keluaran 34: 5-7. Maka, perkataan 'memberkati' artinya mengaktifkan namaNya. Jikalau Tuhan tidak memberkati turutan nubuat hari yang ke-tujuh, maka alam semesta yang Ia cipta akan terbiar tanpa 'redemption" dan manusia yang Ia cipta juga akan tidak akan ada ''keselamatan' (Salvation).

    Berkat hari ketujuh  itu adalah perlu supaya Ciptaan mempunyai redemption dan Salvation! Ia telah menguduskan Hari itu berarti Ia telah  membuat agenda dalam namaNya berhubung dengan redemption dan Salvation! Ia dilaksanakan menurut 'Upacara'  Ordo Melkisedek, baik di Sorga mahupun di bumi kelak! Selagi 'Langit dan bumi' itu belum bertukar kepada 'langit baru' dan 'bumi baru,' maka selagi itulah Keluaran 34: 5-7 tidak akan berubah. 'Nama' Tuhan dalam pemberitaanNya dalam Keluaran 34: 5-7, hanya akan berubah, hanya apabila "Langit Baru dan Bumi baru" itu muncul dalam nubuat Wahyu 21: 1. "Langit Baru dan Bumi Baru" artinya Tuhan akan mengaktifkan 'nama' Tuhan yang benar-benar Baru! 'Nama' (Kel.34:5-7) yang telah diaktifkan dalam 'Upacara' Melkisedek dalam Kejadian 2: 2-3 akan menyiapkan agendanya. Maka, Tuhan akan meneruskan kerjaNya dengan pengaktifan 'Nama' Baru Tuhan yang diungkapkan dalam frasa nubuat "Langit Baru atau Bumi Baru." Nama YHVH bukanlah dibatalkan, tetapi ia cuma berhenti mengalir (as if being switched off) di Tabernakel, kerana misiNya telah disambung untuk digenapi oleh 'Nama' Anak Tuhan Yang Mahatinggi, iaitu Yeshua Kristus Almasih. Demikianlah juga 'Nama' Tuhan dalam 'langit dan bumi' yang pertamà, ia tidak akan dibatalkan, cuma ia akan berhenti mengalir, kerana Tuhan akan 'alirkan' 'nama' ('mission') baru Kristus dalam Why. 21: 1-3 ! Yeshua berkata "...tetapi kamu diberikan 'Karunia'' untuk mengetahui rahasia Sorga!