Isnin, 4 September 2017

"Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorang pun mengambil mahkotamu."(Wahyu 3:11).



"He will be the sure foundation for your times, a rich store of salvation and wisdom and knowledge; the ‘fear of the Lord’ is the KEY to this treasure." Isaiah 33:6 (NIV) 

"Karena siapa yang mempunyai akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya." (Matius 13: 12).



    "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka" (Wahyu 3: 7). Pengikut Kristus yang percaya kepada anugerah Sevenfold Spirit of God seperti yang dinubuatkan oleh nabi Yesaya dalam kitab Yesaya 11 adalah orang-orang percaya yang mungkin tergolong sebagai orang Kristian 'seperti' jemaat di Filadelfia. Mereka adalah penerima-penerima berkat Si Pemegang kunci raja Daud.

     Hidup di dunia pada masa-masa yang aman dan zaman Perjanjian Damai memungkinkan peluang yang banyak untuk kita dapat memegang atau "memiliki" apa saja menurut kemampuan intelek seseorang, ataupun menurut kemahiran yang ada pada seseorang. Kita boleh pegang geran tanah, jadi pemegang saham, malah boleh juga memegang janji setia kepada isteri, dan bermacam-macam lagi yang kita boleh usahakan untuk dimiliki atau 'dipegang.' Siapa yang pandai 'memegang' banyak kepandaian, maka dialah yang mungkin berpotensi untuk hidup maju di dunia ini! Kita mencari sesuatu yang boleh kita 'pegang' atau miliki, supaya kita mempunyai makna untuk hidup berjuang di bumi ini. Orang yang tidak mempunyai sesuatupun untuk dipegang atau dimiliki akan menderita hidup, malah ada yang bunuh diri kerana tiada lagi yang harus dipegang untuk menjadikan hidup berdaging ini bermakna.

   Harga diri berkait rapat dengan apa yang kita 'pegang' di bumi, sama-ada ia segulung ijazah ataupun sesuatu yang berharga kepadamu, maka kau akan bersandar kepada apa yang kau pegang. Jika, dunia menghina mengenai apa yang kita pegang, boleh jadi kita akan murung, marah, kecewa, irihati atau berkecil hati. Maka, berlumba-lumbalah 'manusia luka' untuk memegang "sesuatu" yang boleh mereka banggakan, dan menyebutnya sebagai sesuatu yang bermakna atau kita sebut sebagai harta-harta dalam kehidupan (treasures). Orang percaya memegang dua jenis harta untuk membolehkan mereka mempunyai harga diri; Harta kekayaan dunia dan harta kekayaan Sion. Sungguh malanglah sekiranya dalam kehidupan ini, kita tidak memegang kedua-dua sekali harta tersebut! Kita memegang sesuatu yang kita yakini "berharga" di bumi, dan dengan usaha otak dan tenaga fizikal badan, samada menurut undang-undang ataupun melanggar undang-undang, samada dengan jujur atau dusta, melalui peperangan atau perjanjian perdamaian, kita akan pegang apa yang kita perjuangkan.   Itulah harta sementara di bumi. Kita perjuangankan apa yang berharga itu dengan apa cara sekalipun termasuklah mempertaruhkan nyawa kita sendiri!  Namun, di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada. 

Apakah yang dimaksudkan dengan frasa nubuat: "Peganglah apa yang ada padamu..." ?

   Harta kekayaan yang kekal abadi bagi pengikut Kristus adalah Harta Sion: ia adalah Tujuh-Lapis Roh Tuhan! Tuhan Yahweh ketika memberikan janji pembaharuan kepada umatNya, bani Ibrani yang tidak setia memegang Perjanjian, menyingkapkan rahasia harta masa depan Sion (Gereja) melalui mulutNya, Nabi Yesaya seperti mesej yang tertulis dalam kitab Yesaya 33: 6.

     Nabi Yesaya menyampaikan mesej nubuatan, "masa keamanan akan tiba bagimu, kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion (Yesaya 33:6). Banyaklah di antara kita yang berpendapat bahawa ilmu-ilmu untuk memegang harta benda Sion hanyalah layak di ulas oleh ahli-ahli teologia, paderi, dan juga golongan religius.  Namun, Yesus berfirman dengan jelas sekali;"...kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia tujuh-lapis Roh Tuhan..." Harta Sion iaitu Roh Kudus, dikaruniakan kepada setiap imamat rajani.  Maka roh hikmat itu datang daripada operasi tujuh-lapis Karunia-karunia secara peribadi, walaupun pada pandangan agamawi kita telah di upacarakan dalam sakramen yang satu. Operasi Roh Kudus haruslah di seru setiap kali berdoa, sebagaimana kita menyeru "nama-nama Tuhan." Di sepanjang zaman Perdamaian, Jalan, Pintu, dan Kunci ialah Kristus. Operasi karunia-karunia Roh Tujuh Lapis datang kerana doa. Harta Sion itu ada pada setiap peribadi 'nama-nama' Tuhan! Roh Pengertian menyatakan bahawa 'nama-nama' Tuhan seringkasnya dijelaskan dalam Kitab Keluaran 34: 6.

     Dalam perjalanan iman, setiap pengikut Kristus dapat 'bertumbuh rohani' kerana roh orang percaya yang senantiasa 'makan' Manna Sorgawi. "Makan" kerana didorong oleh operasi Karunia "roh takut akan Tuhan" yang menyebabkan "lapar." Jika tiada makan, maka tiadalah pertumbuhan rohani. Membaca Firman tanpa berdoa adalah pengertian tahap mental. Tetapi, 'berdoa dan membaca' Firman adalah tahap rohani; inilah yang dimaksudkan makan. Berdoa memungkinkan Firman yang tersingkap terjadi; "Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang (Roh), memberi (roh) pengertian kepada orang-orang bodoh" (Mazmur 119: 130). Tuhan tidak akan turun dengan menganugerahkan operasi roh hikmat dan roh pengertian, jikalau tidak ada kesetiaan "makan" yang senantiasa berkesinambungan. Raja Daud menyingkapkan kunci bergaul karib dengan Roh Tuhan seperti lirik lagunya dalam Mazmur 25: 14; "Tuhan bergaul karib dengan orang yang takut akan Tuhan dan memberitahukan rahsia-rahsia Perjanjian kepada mereka." (Mazmur 25: 14). Menjadi ranting sebenar kepada Pokok anggur yang Benar adalah anugerah Tuhan kepada mereka yang tertulis namanya di dalam buku Kehidupan.
                           
Operasi Karunia "takut akan Tuhan:" Harta Sion (Yes.33:6).

   Mereka yang karib dengan Tuhan adalah mereka yang dianugerahkan operasi karunia "roh takut akan Tuhan;" karunia itu senantiasa melekat pada Roh Kudus. Justeru itu,  ia datang dan pergi, maka ia harus di seru siang dan malam supaya kita dianugerahkan hadiratNya. Ia beroperasi dalam 'roh doa.'

     Yesus berfirman bahawa apabila roh penghiburan (Roh Kudus) itu datang; "jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku."(Yoh. 15:26).  Operasi karunia "roh pengertian" ada pada Roh Kudus, maka "roh pengertian" inilah yang akan memberikan pengenalan akan yang Mahakudus. Semakin kerap ia turun, maka semakin cepatlah kita mengenali yang Mahakudus.

      Kebijaksanaan Raja Sulaiman jelas sekali memberikan kesaksian bahawa Roh hikmat dan roh pengertian adalah didahului oleh operasi "roh takut akan Tuhan." Walaupun tujuh-lapis karunia itu ada pada Roh Kudus iaitu melekat bersama-sama serentak, namun operasinya jelas disingkapkan oleh firman Tuhan. Karunia "roh takut akan Tuhan" inilah yang "switching on"  roh si penerima anugerah Tuhan, supaya rohnya mula menanggapi realiti Roh Tuhan, ataupun ia disebut sebagai "permulaan hikmat." 

     Roh Hikmat ialah realiti Kristus kerana di dalam Kristuslah terpendam segala hikmat. Jika engkau mula mendengar suaraNya, mula melihat penglihatan-penglihatan, dan mula bermimpi realiti Roh Tuhan, maka itulah yang dimaksudkan "permulaan Hikmat." Dan, inilah juga yang di namakan permulaan "relationship with Christ."  Dari titik ini, pengikut-pengikut Kristus memulakan perjalanan iman sebagai manusia rohani yang dewasa. Mereka yang disebut 'ranting sebenar kepada Pokok anggur yang sebenar' adalah mereka yang "prophesying, seeing visions, dan dreaming dreams." (Yoel 2: 28).

       Raja Sulaiman yang ternyata lebih dahulu mengenali operasi karya Roh Tuhan-tujuh lapis karunia, berbanding dengan kita, iaitu semasa pemerintahannya antara tahun 1017 BC hingga 978 BC dahulukala. Kesaksiannya membahagikan pengertian kepada kita bahawa "Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan (Roh), dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian (Roh)"(Amsal 9:10).

      Maka, dalam menelusuri perjalanan iman, setiap orang percaya haruslah memegang apa yang diberikan kepadanya iaitu tujuh-lapis Roh Kudus. Tuhan itu Maha-adil kerana kekuatan iman adalah hadirat tujuh-lapis Roh Kudus, dan juga hadirat malaikat-malaikat yang diutus oleh Bapa, dan bukannya terletak pada kemampuan intelek manusia.  Tanpa urapan atau hadirat Roh Kudus, maka tiadalah kekuatan untuk meneruskan perjalanan iman, dan jika demikian "rumput hijaupun menjadi layu;" orang dewasapun terhuyung-hayang berjalan.  

     Tanpa kekuatan roh untuk melakukan kehendak-kehendak Tuhan, maka kita akan hanya dapat berpaut pada kekuatan kapasiti intelek. Dan 'kapasiti intelek' itu adalah pusat kehidupan daging. Kehendak-kehendak Roh Tuhan (Firman ) hanya dapat dilaksanakan dengan sumber kekuatan daripada 'tujuh Karunia-karunia Roh,' iaitu urapan hadirat Roh Kudus. Dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Roh Kudus, maka barulah ada kemenangan dalam perjalanan rohani. Tiada kemenangan rohani bagi mereka yang melakukan kehendak 'Firman Allah' dengan kekuatan kapasiti intelek.

   Setiap orang percaya yang mengerti kehendak Tuhan akan melakukan kehendakNya dengan pengakuan bahawa, tanpa Kristus, maka adalah mustahil sekali untuk diperkenankan oleh Roh Allah Bapa. "1 Akulah pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. 5 Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.(Yohanes 15: 1, 5).  Di luar 'Jalan, Pintu dan Kunci,' maka kita tidak dapat berbuat apa-apa dalam urusan doa Bapa Kami. Roh Kristus berbicara "Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorang pun mengambil mahkotamu."(Wahyu 3:11). 

     Apakah yang engkau pegang? Harta Sion, harta di dunia ataupun kedua-duanya sekali!  Harta dunia tidaklah dapat disangkal kepentingannya, meskipun untuk kehidupan sementara sahaja , sewaktu dibaluti daging, namun kehidupan kekal abadi menuntut kita untuk memegang "Harta Sion." Nabi Yesaya menyingkapkan bahawa "masa keamanan (zaman Raja Damai) akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion.(Yesaya 33:6).  Bagaimana kau pegang harta itu? Kita memegangnya dengan kerendahan roh (poor in spirit), mengakui betapa roh kita tiada nafas kehidupan untuk melaksanakan ibadah roh! Kita mengakui bahawa tanpa Kristus Kita tidak dapat melakukan kehendak Tuhan, dan pengakuan ketergantungan kita itu yang tidak putus-putus adalah manifestasi sebagai ranting kepada Pokok sebenar. Yesus bersabda "di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada" (Matius 6:21).

     Sebagaimana ranting itu tidak berupaya untuk hidup tanpa melekat pada pokoknya, maka demikianlah "design" roh kita yang memerlukan "ketergantungan" pada ketujuh-tujuh karunia-karunia Roh Tuhan. Roh kita berasal dari benih nenek moyang yang "luka," dan kita pula, senantiasa menambahi 'luka-luka' kita sendiri; maka tiadalah henti-henti kita memerlukan Kristus. Sebagaimana daging memerlukan makanan untuk terus hidup, demikian jugalah ranting itu harus terus tergantung terpaut kepada pokok untuk hidup. Kristus berfirman "...di luar Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.(Yoh 15: 5). "...dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh."(Yesaya 53:5)

     Jika hari esok, kita masih buat "luka-luka" hidup, maka berharaplah dan bersandarlah kepada kesetiaan Kristus, dan juga bersandarkan kepada 'nama-nama' Tuhan yang disingkapkan oleh Roh Pengertian. Janganlah bersandar kepada kekuatan diri sendiri.  Kita diterima oleh Roh Allah Bapa kerana kesetiaan Kristus, biarpun kita ternyata tidak setia! Siang dan malam tak henti-hentilah kesetiaan Kristus!  Hanya Kristus sahaja yang 100% setia menggenapi dan menyempurnakan Firman Allah kerana "...namaNya ialah Firman Allah" (Wahyu 19: 13). Maka, berpautlah kepada "kesetiaan Kristus" yang memberikan kemenangan ke atas dosa-dosa; janganlah usahakan kesetiaanmu menurut kekuatan kapasiti intelek, sehingga raut wajah menjadi sangat serius sehingga hilanglah sukacita kepada kehidupan daging.  Selagi roh berbicara bahawa pergantian siang dan malam belum berhenti, maka kesetiaan Domba Tuhan tidak akan berhenti menghapuskan dosa-dosa!

     Jika roh kita selamat sampai di sorga, maka itu adalah anugerah Roh Tuhan, dan ia bukanlah hasil usaha kita. Harta Sion iaitu 'Sevenfold Spirit of Menorah' adalah karunia "takut akan Tuhan." Ia adalah Roh Kristus. Kerana kesetiaan Kristuslah, maka kita dapat mempersembahkan korban syukur selama siang dan malam itu bersilih ganti. Jika keselamatan bergantung kepada kesetiaan kita, maka sudah tentu sukarlah sekali untuk selamat dan sukarlah juga untuk mengucap syukur! Keselamatan dianugerahkan kerana kasih-setia Kristus dan juga anugerah 'nama-nama' Tuhan yang tidak berubah (Kitab Keluaran 34: 6).

    Kita selamat kerana 'Firman' tidak gagal dalam kesetiaanNya. Bukankah NamaNya adalah "Firman Allah" dan "Firman" itu "Yang Setia dan Yang Benar." (1 Yoh. 1 : 9; Wahyu 19: 13 ; Why. 19: 11). Kita dianjurkan untuk mengasihi sesama manusia kerana ia adalah perintah Kasih. Jika kita mengasihi, maka kita adalah sahabat-sahabat Yesus. "9 Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.10 Jikalau kamu menuruti perintah Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya.12 Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu.14 Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu. (Yoh.15: 9-10,12,14). Rasul Paulus bersaksi bahawa 'sebelum iman itu datang, kita (orang Ibrani) berada di bawah pengawalan hukum Taurat, dan dikurung sampai iman itu telah dinyatakan. Jadi hukum Taurat adalah penuntun bagi kita (Ibrani) sampai Kristus datang, supaya kita dibenarkan karena iman (Galatia 3: 23-24). Paulus melihat bahawa seluruh Hukum Taurat tercakup dalam satu Firman ini yaitu "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Galatia 5:14). Bila kita gagal menurutinya (Dua Hukum Kasih), maka kita perlu percaya 100 % kepada kesetiaan Kristus, dan mengakui dosa-dosa kepada Domba Tuhan. Kesetiaan Kasih Kristus yang jelas dinyatakan oleh karyaNya yang sempurna-setia sebagai "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," maka kita dapat mempersembahkan korban syukur,  selama siang dan malam tak henti-henti masih berlanjutan, sehinggalah pergantian "siang dan malam" itu akan berhenti...kelak...pada Matius 24: 29 atau Zechariah 14: 5, 6 & 7. Apabila pergantian 'siang dan malam berhenti,' maka kita masih boleh meneruskan untuk menyeru 'nama-nama' Tuhan yang Immutable (tidak berubah) sebagaimana yang diajarkan oleh Roh Pengertian dalam Kitab Keluaran 34: 6.

    Justeru itu, "...apa yang ada padamu, peganglah itu sampai Aku datang." (Why 2: 25). "Karena siapa yang mempunyai kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya" (Mat. 13: 12). Maka, jadilah "ranting sebenar" kepada Pokok anggur yang sebenar supaya kamu dapat memegang "apa yang diberikan kepadamu."! 

11 Dan Aku tidak ada lagi di dalam dunia, tetapi mereka masih ada di dalam dunia, dan Aku datang kepada-Mu. Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita. 12 Selama Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku; Aku telah menjaga mereka dan tidak ada seorangpun dari mereka yang binasa selain dari pada dia yang telah ditentukan untuk binasa, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci (Yohanes 17: 11-12).

11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. 12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru (Wahyu 3: 11-12).


Rujukan petikan Firman
-----------------------------

Bernadus, Dominic's and et. al. Alkitab eKatolik <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus