Ahad, 6 Disember 2015

Kedatangan Kristus ...Part I


    



"Bumi dan Langit" pre-Deluge (zaman sebelum Banjir) sudah berlalu ...


     Tuhan itu adalah Roh. Dunia purbakala dan langit purbakala sudah berlalu selepas malapetaka banjir besar di zaman Noah. Dunia purbakala telahpun dihakimi dan dihukum oleh keputusan Tuhan yang Mahatinggi. Dunia dan langit purbakala itu telah ditahirkan, disembuhkan, dan juga diperbaharui selepas banjir itu. Tuhan berfirman kepada Noah: “13 Aku telah memutuskan untuk mengakhiri hidup segala mahluk, sebab bumi telah penuh dengan kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama bumi.” ”17 Sebab sesungguhnya Aku mendatangkan air bah meliputi bumi untuk memusnahkan segala yang hidup dan bernyawa di bawah kolong langit; segala yang ada di bumi akan mati binasa. 18 Tetapi dengan engkau, Aku akan mengadakan perjanjianKu, dan engkau akan masuk ke dalam bahtera (bahtera keselamatan) itu: engkau bersama-sama dengan anak-anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu” (Kejadian 6: 13, 17, 18).

Roh Sang Pencipta


    Roh Tuhan telah mencipta langit dan bumi. Dia jugalah yang mencipta dan empunya semua mahluk di bumi. Dia berkerja siang dan malam. PekerjaanNya adalah menurut KaryaNya, iaitu perkataan-perkataan Tuhan yang disebut “Firman.” Firman yang disampaikan dalam bentuk Taurat, Firman menurut nubuatan Nabi-Nabi, dan FirmanNya yang disampaikan dalam bentuk lirik-lirik Mazmur kemudiannya telah menjelma sebagai peribadi manusia yang diumumkan oleh Nabi Yohanes Pembaptis sebagai “Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa manusia.” Di atas kayu salib, dia telah ditakdirkan sebagai korban penebus dosa-dosa manusia. Dia yang dinyatakan oleh Roh Tujuh Lapis kepada kita telah membimbing kita untuk mengenali kehendak-kehendak Bapa,iaitu Kristus Yesus, Anak Tuhan yang Mahatinggi. Wahyu Kristus menurut catatan Santo Yohanes dalam Kitab Wahyu menyingkapkan bahawa nama Kristus itu adalah “Firman Allah.”



Apakah itu Karya Tuhan ?


    'Nama' dalam bahasa Roh atau bahasa nubuatan membawa arti yang bermaksud 'Karya.' Karya atau misi Sorgawi dalam menyelamatkan umat manusia telah diwahyukan kepada umat Tuhan melalui perutusan 'nama Tuhan' atau 'Karya Tuhan.' Karya atau 'Nama' tangan kanan Bapa adalah Firman Allah. Tanpa Firman Allah, keturunan Adam yang 'luka' sudah tentu tidak mampu untuk mengetahui kehendak-kehendak dan realitas Roh Tuhan. Selepas Kristus naik ke Sorga, hadirat suara Firman itu dilaksanakan dan disampaikan oleh 'nama' Tuhan yang diutus dalam peribadi Roh Tujuh Lapis (Roh Kudus). HadiratNya adalah sebagai 'lidah api' yang turun dan hinggap di atas sumbu roh manusia. Firman juga turut diberitakan oleh malaikat-malaikat Tuhan. Mereka disebut prophet-angels seperti malaikat-malaikat yang membawa mesej kepada Gideon, Nabi Daniel, dan juga malaikat yang membawa mesej kepada Santo Yohanes. Dalam pengangkatan Kristus  ke Sorga, penulis Kisah Para Rasul mencatatkan dua malaikat yang berjubah putih yang sempat memberita 'satu mesej' (Kisah 1: 10-11) kepada orang Galilea yang sedang takjub melihat pengangkatan Yesus ke Sorga.


Penyampaian mesej Roh Tuhan & tata-bahasa pertuturan manusia yang luka.


    Semua Firman dalam Kitab Suci adalah karya (pekerjaan) tangan kanan Allah Bapa. Namun, jika Firman yang tertulis dalam Kitab Suci, dipetik atau digunapakai menurut fikiran manusia, maka Firman itu tidak akan memberikan kuasa sebagai pedang Roh. Ia akan menjadi Pedang Roh, hanya apabila hadirat Roh Kudus yang turun di atas sumbu roh orang percaya yang akan membicarakan Firman tersebut kepada kita; Firman yang tertulis dalam Kitab Suci adalah termasuk semua firman Tuhan yang ditulis oleh nabi-nabi atau nabiah, dan juga oleh santo atau santa dalam Perjanjian Baru. Sabda Yesus dalam Lukas 24: 44 jelas menyatakan definasi ringkas perihal karya Tuhan. Bagi orang percaya yang dewasa rohaninya, dan mempunyai keintiman pergaulan dengan Roh Tuhan, mereka seringkasnya mampu mengatakan bahawa Firman itu adalah Yesus Kristus! Ia adalah rumusan seperti yang dinyatakan kepada Santo Yohanes dalam Wahyu 19: 10, 13.  


namaNya ialah: Firman Allah


    Karya Tuhan menurut pernyataan Roh kepada Santo Yohanes adalah Firman Allah. Roh Kudus juga turut berkarya menurut dasar yang sama iaitu Firman Allah. Dalam bahasa yang membawa arti yang sama; Roh Kudus beroperasi menurut 'suara' Kristus. Sebab itu, nama (pekerjaan) Kristus berdasarkan Wahyu 19: 13 juga dinyatakan sebagai Firman Allah.  Maksudnya, semua pekerjaan Kristus adalah seratus-peratusnya menurut kehendak Allah Bapa.  namaNya ialah: “Firman Allah” (Wahyu 19: 13). Maka, kita tahu bahawa 'Roh Tuhan yang Esa' itu berkerja menurut FirmanNya. Sebaliknya, 'umat manusia yang luka' berkerja menurut perancangan dan keputusan-keputusan fikiran mereka. Manusia yang 'terpisah dari realiti Tuhan' dikatakan mempunyai kecenderungan kesedaran dominan yang berpusat pada daging iaitu otak. Misi atau 'nama' yang dicari oleh manusia di bumi adalah menurut pemikiran-otak, sedangkan misi Tuhan adalah Firman Allah. Maka, karya manusia adalah agenda otak-otak manusia yang merancang kehidupan daging kita di mukabumi ini.  Firman Allah yang hidup itu adalah Kristus. Maka, Injil Yohanes dimulai dengan “Pada mulanya adalah Firman….”, dan rahasia Tuhan itu juga adalah Kristus!


    Pekerjaan Roh Tuhan dimulakan dengan penyampaian Firman. Justeru itu, segala sesuatu telah diciptakan di dalam Kristus dan untuk Kristus.  Maka, Firman itu adalah asas kepada pekerjaan suci Roh Tuhan. Jika tiada Firman yang dinyatakan kepada manusia, maka tidak ada seorangpun manusia yang dapat memahami pekerjaan tangan kanan Allah Bapa. Kristus adalah pekerjaan atau karya tangan kanan Allah Bapa. Kristus adalah kepenuhan pernyataan Firman Allah. Maka, barangsiapa yang dianugerahkan hubungan dan ketergantungan seperti perumpamaan “ranting sebenar dengan Pokok sebenar” adalah dikatakan 'berbahagia' kerana ia mempunyai anugerah untuk dapat bergaul karib dengan Tuhan.  Perumpamaan “ranting sebenar dengan Pokok sebenar” adalah pengungkapan ibadah sejati dalam proses perjalanan iman iaitu mengenali Firman Tuhan. Firman Tuhan itu adalah Kristus.  Firman Tuhan dianugerahkan kepada umat manusia yang 'luka' menurut Ordo Melchizedek. Ordo Melchizedek menurunkan ajaran 'penebusan' sebagai jalan untuk umat manusia yang berdosa, supaya ia dapat diperdamaikan semula dengan Roh Tuhan yang Mahasuci.  


    Pada mulanya Karya Tuhan (Divine handiwork) adalah Firman Allah. Maka, segala sesuatu tidaklah Tuhan perbuat tanpa menganugerahkan terlebih dahulu 'firmanNya' kepada umatNya (Amos 3: 7).  Justeru itu, Roh Tujuh Lapis memberikan kita mata rohani untuk melihat bahawa Kristus adalah Alpha dan Omega. Kristus adalah Karya tangan kanan Allah Bapa. Segala Firman atau karya Allah Bapa adalah terpaut kepada, personae Trinitas: Tuhan Bapa Tuhan Anak iaitu Kristus dan Tuhan Roh Kudus. Ordo Melchizedec telah menentukan dari Alpha dan Omega bahawa Firman yang dianugerahkan Bapa kepada manusia adalah Kristus. Seluruh Kitab Suci adalah karya yang terpaut kepada peribadi Juruselamat manusia iaitu Kristus. Sesungguhnya, Kristus itu adalah rahasia misteri Tuhan. Kristus bersabda bahawa dia datang untuk menyempurnakan Karya Bapa yang menurut semua firman dalam Taurat, semua firman menurut nubuatan nabi-nabi, dan juga menyempurnakan semua lirik-lirik Tuhan yang telah diberitakan menurut Kitab Mazmur. Justeru itu, pekerjaan Kristus atau namaNya adalah Firman Allah. Nama itu adalah bermaksud “Karya” (“handiwork”).


    Kitab Suci itu mengandungi Firman (spoken Word of the Lord) yang ditulis dalam Taurat, Nubuatan oleh para nabi, Lirik-Lirik Tuhan dalam Mazmur, Firman Kristus dalam Injil dan juga Wahyu. Firman Tuhan dalam Kitab Suci itu bercampur dengan catatan atau rekod manusiawi rohani iaitu sejarah Kitab (Biblical History), Kumpulan Amsal, Apochrypa, dan surat-surat Rasul Kristus yang disampaikan menurut gaya bahasa penulis buku-buku Kitab Suci. Maka, Kitab Suci adalah catatan yang mengandungi Firman Tuhan yang bercampur dengan perkataan-perkataan manusia rohani. Firman Tuhan mengandungi elemen-elemen bahasa "manusia yang luka." Kitab Mazmur, sebagai contoh, merupakan lagu-lagu yang mengandungi Lirik-Lirik (firman)  Tuhan yang bercampur dengan lirik-lirik manusiaw rohani iaitu lirik-lirik  milik hamba-hambaNya atau nabi-nabiNya.


    Tidak hairanlah jikalau kita akan menemukan perkataan-perkataan yang mengungkapkan reaksi-reaksi Tuhan terhadap dosa-dosa manusia seolah-olah Tuhan itu seperti manusia. Hakikatnya sifat-sifat Ilahi tidak mungkin mempunyai reaksi manusiawi seperti marah, murka mahupun sedih. Roh Tuhan tidak mungkin menjadi marah, murka, sedih ataupun benci kerana ia adalah Sang Pencipta yang semutlaknya Sempurna. Ia dikatakan Mahakasih kerana ia adalah sumber kehidupan. Namun, sifatkata-sifatkata Tuhan yang diungkapkan menyerupai reaksi manusiawi seperti marah, murka, benci dan sedih adalah sengaja diguna-pakai oleh Roh Tuhan kerana penerima Firman adalah "manusia yang luka.” Tuhan sengaja menggunakan bahasa yang mampu dimengertikan oleh kemampuan intelek “manusia yang luka.”


    Meskipun Firman itu harus ditanggapi oleh roh, penyampaiannya adalah mencakupi penanggapan melalui intelek agar pernyataan Firman menjadi menyeluruh dan sempurna. Justeru itu, Firman itu dinyatakan juga sebagai 'manusia.' Jelas, Yesus ketika 'Roh' berjalan dibaluti 'daging manusia,' tidaklah menyatakan 'amarahNya' kepada semua manusia kecuali terhadap imam-imam yang mengembala Israel dengan salah. NamaNya sebagai Domba Tuhan jelas menyatakan 'kasihNya' yang sempurna kepada semua orang berdosa! Hakikatnya, Roh Tuhan tidaklah pernah 'marah' kerana 'mara' itu adalah reaksi 'daging,' tetapi Roh Tuhan masih menggunakan bahasa itu, agar manusia yang 'luka' dan kesedarannya yang tertumpu pada 'otak' itu dapat menanggapi reaksi 'kekudusan Ilahi yang menghanguskan' secara menyeluruh.  'Marah' adalah ungkapan reaksi Roh Tuhan yang menyatakan sifat Ilahi yang “Consuming fire;” ia sebenarnya menyatakan reaksi kudrati Ilahi yang Mahasuci. Peribadi Roh Tuhan yang Mahasuci itu adalah seperti api yang senantiasa meluap-luap menjilat segala perlakuan 'dosa.' Ia diungkapkan sebagai Tuhan yang membenci atau marah kepada semua perbuatan dosa. Api hadirat Tuhan senantiasa marak dan menjilat semua orang yang berdosa. Namun Ia panjang Sabar. Tidak hairanlah kenapa Ia tidak turun kepada sumbu roh manusia yang tidak dperdamaikan kepada Nya. Sifat semulajadi Roh Tuhan yang Mahasuci itulah yang dimaksudkan dengan “murka” atau “marah.” Dan bagaimanakah Roh Tuhan itu menjilat atau menghanguskan semua orang-orang berdosa? Itu bergantung kepada “panjang sabarNya,” dan juga tertakluk kepada namaNya serta suaraNya (lihat Amos3: 7).


    Justeru itu, “murka Tuhan” juga boleh dimengertikan sebagai “panjang sabarNya” yang sudah habis.  Jika 'sabarNya' habis, maka sudah tentu hadiratNya yang semarak akan pasti menghanguskan. Taurat menjelaskan bahawa Tuhan itu bukanlah 'sabar yang tiada batasan.' Taurat seperti yang dicatat oleh Nabi Musa menjelaskan bahawa peribadi Roh Sang Pencipta sebagai Pencipta yang diungkapkan sebagai “Panjang Sabar.Macammanakah agaknya panjangnya sabar Tuhan itu? Itu adalah merujuk kepada kesempurnaanNya mengolah semua keputusan manusia, dan karyaNya menurut kepada semua Firman Tuhan yang telah diyatakan kepada umatNya. Pengajaran rohani (Precept) mengenai "Panjang Sabar" Ilahi itu lebih indah bila dinyanyikan oleh sang pemazmur dalam lirik-lagu dalam Mazmur 68: 20 "Terpujilah Tuhan! hari demi hari, Ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. Sela" Nabi Yesaya bernubuat bahawa "...namaNya: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai" (Yesaya 9: 5). Maka, kesabaranNya adalah menurut janji-janji (Firman) yang diikat oleh nama Raja Damai: Yesus Kristus. Ia setia kepada semua Firman, dan ia benar kepada semua Firman.  NamaNya sebgai Raja Damai dan Domba Tuhan adalah ungkapan Panjang Sabar Ilahi  yang paling sempurna!


    Apabila Roh Tuhan dicurahkan kepada semua bangsa-bangsa di dunia bermula dengan umat Israel perjanjian baru sejak hari Pentakosta, umat Tuhan mula mengenali bahawa Roh Tuhan sebenarnya adalah Maha-Kasih. Dia adalah mahluk Roh Pencipta yang Mahakasih. Namun, KasihNya itu dari Alpha dan Omega adalah bersifat Mahasuci yang menghanguskan! Maka, roh-roh mereka yang tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan tidaklah dapat menerima dan mengecapi kasihNya yang suci itu. Hadirat KasihNya itu tidaklah berubah sifatnya iaitu seperti api yang menjilat dan menghanguskan. Itu adalah disebabkan oleh sifat Ilahi yang Mahasuci; kasih agape Tuhan tidaklah dapat dipisahkan dengan kesucianNya!  KasihNya dan KesucianNya adalah teranyam bersama dan tak berubah dalam peribadi RohNya yang Esa.  Umat Perjanjian Baru mendapat pengertian dari roh pengertian dan roh hikmat bahawa Roh Tuhan tidaklah mempunyai sifat seperti murka, benci, marah mahupun sedih sebagaimana dalam reaksi emosi 'daging' manusia yang luka. Namun, Roh Tuhan yang Mahasuci telah sengaja menggunakan 'perkataan-perkataan' itu kerana penerima Firman adalah manusia yang 'luka.' Manusia 'luka' tidaklah sempurna pengertiannya dan penanggapannya tentang 'kekudusan' Tuhan, maka Tuhan menggunakan sifat-kata seumpama itu, supaya otak manusia 'luka' mampu untuk mengungkapkan 'kekudusan Ilahi' dalam ruang lintup pengalaman dan 'kesedaran' (consciousness) kehidupan manusia yang berpusat secara dominan pada otak dan sistem-sistem sarafnya!


    Dalam 'nama' Kristus, mereka telah melihat bahawa Roh Tuhan (the Father of all spirits) itu adalah Kasih. Dan kasihNya adalah setia kerana namaNya (pekerjaanNya) adalah Yang Setia dan Yang Benar (Wahyu 19: 11). KasihNya adalah suatu pekerjaan Ilahi yang setia dan benar. KasihNya itu adalah selama-lamanya bersifat Mahasuci! Justeru itu, Rasul Petrus memetik perintah Allah dari Perjanjian Lama yang berbunyi “kuduslah kamu kerana Tuhan itu Kudus,” sebagai suatu saranan kepada para pengikut Jalan. Ini menjelaskan kekudusan jantung (Roh) Tuhan yang sesunguhnya tidak pernah berubah, biarpun Ia telah, dan akan menyatakan diriNya dalam nama-nama Ilahi yang berbeda. ('nama' Ilahi bermaksud pekerjaan, karya atau misi). 


    Si penabur Firman adalah Anak Manusia. Para Nabi adalah  'mulut' kepada Firman Tuhan. Kitab Suci seringkasnya memberitakan dan menyingkapkan Karya Tuhan yang berdaulat ke atas semua sejarah pekerjaan manusia (nama-nama manusia) di bumi. 'Nama' yang dicari oleh manusia adalah 'pekerjaan atau karya' yang dibuat oleh manusia di bumi, dan jika ia mempunyai 'menara' yang 'sampai ke langit,' maka ia berarti 'nama' yang dicari oleh manusia itu jelas meniadakan Firman dan meniadakan kewujudan Roh Tuhan! Pekerjaan Tuhan dan pekerjaan manusia kedua-duanya telah dicatatkan dalam Kitab Suci, agar pembaca dapat melihat betapa Karya Tuhan itu turut serta dalam setiap pekerjaan manusia di bawah kolong langit ini. 


Ulangkaji tentang asal-usul manusia.


    Tuhan itu adalah Roh. Ia senantiasa berurusan dengan manusia sejak dari semula kerana ia adalah Penciptanya, dan Dialah juga yang empunya bumi dan segala isinya. Oleh kerana manusia telah memilih untuk hidup terpisah dengan melanggar hukum-hukum Tuhan, maka realiti Tuhan telah menjadi seakan seolah-olah 'tiada realiti.' Realiti Tuhan hanya bisa wujud kepada mereka yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan utusan 'roh-tujuh-lapis.' Menurut pemikiran manusia, realiti Roh Tuhan itu sememangnya seolah-olah tiada, ataupun sukar untuk dimengertikan.  Tanpa operasi 'roh-tujuh-lapis,' tiadalah manusia yang mengerti 'kehendak' Tuhan.


    Sesungguhnya realiti Tuhan dapat ditanggapi oleh manusia luka, hanya apabila Roh Kudus turun hinggap ke atas sumbu roh manusia. Manusia tidaklah mempunyai sumber untuk menyucikan rohnya sendiri, sehingga ia dapat memasuki  hadirat Maha-suci Roh Sang Pencipta. Adam dan Hawa adalah pada mulanya tidak-terpisah dari realiti hadirat Roh Tuhan. Malah, mereka dibenarkan tinggal di Eden. Roh Kudus dapat turun ke atas sumbu roh Adam dan hawa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Tuhan kerana roh mereka suci.  Roh mereka seperti air dan roh Tuhan seperti air juga.  Roh manusia yang tidak suci apabila ianya dilihat hubungannya dengan Roh Tuhan adalah umpama 'minyak' dan 'air'.  Ia amat dekat sekali, namun ia tidak dapat 'bergaul karib' (Yesaya 59: 1-2). 


    Kelak, roh Adam dan roh Hawa menjadi tidak suci kerana mereka telah melanggar Firman Tuhan yang suci. Firman Tuhan menjelaskan bahawa mereka dilarang memakan buah-buah Pohon Pengetahuan. Pelanggaran Firman yang suci mengakibatkan mereka sebagai pelanggar kesucian Tuhan. Dan pelanggar kesucian Tuhan membawa arti sebagai orang yang berdosa atau seringkas disebut 'tidak suci."  Dalam bahasa Inggerisnya disebut "out of tune" ataupun "wounded." Maka, 'wounded' bermaksud 'terpisah dari semua realiti-realiti hadirat Roh Tuhan.' Manusia luka yang tidak diperdamaikan tidak layak untuk tetap tinggal di Eden atau memasuki hadirat RohNya yang Mahasuci. Namun, Adam dan Eve yang berdosa dapat juga memasuki hadiratNya kerana 'nama' Tuhan, iaitu Kasih! Kelak, Tuhan menutupi mereka dengan 'Firman Tuhan,' yang bermaksud Adam dan Eve dianugerahkan pengampunan! Biarpun diampuni, namun mereka tidak lagi dibenarkan tinggal di Taman Sorga--Eden. Mereka hanya dibenarkan tinggal di bumi. Masalah manusia dalam memasuki realiti hadirat Tuhan yang Suci dijelaskan dengan ringkas oleh Firman yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 59: 1-2.


    Manusia pada asasnya adalah dicipta menurut suatu “design suci. Kitab Kejadian mencatatkan bahawa selepas penciptaan manusia pada hari yang ke-enam, Roh Tuhan membuat suatu komentar yang berbunyi “sungguh amat baik sekali” (Kejadian 1: 31). Ya, sungguh amat baik sekali manusia yang diciptakan Tuhan kerana roh Adam pada mulanya adalah suci. “Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya, menurut gambar Allah diciptakanNya dia; laki-laki dan perempuan diciptakaNya mereka” (Kejadian 1: 27). 


Ulangkaji : Roh manusia itu diciptakan menurut Roh Tujuh Lapis


    Tuhan itu adalah Roh Tujuh Lapis. Menorah itu mempunyai Tujuh Kaki Dian Emas. Menorah itu merujuk kepada manusia-Ilahi, Yesus Kristus. Kalau manusia Yesus sebagai manusia sejati adalah Roh Tujuh Lapis, bukankah manusia yang dicipta menurut gambaran Kristus itu haruslah juga sebagai roh tujuh lapis ?Wahyu 5: 6 menubuatkan bahawa Kristus mempunyai tujuh tanduk, tujuh mata dan juga tujuh roh Tuhan (lapis) yang diutus ke bumi. 
    Apakah yang dimaksudkan dengan menurut gambar Allah? Bukankah Tuhan itu adalah mahluk Pencipta Roh yang tujuh lapis? Masakan pula dia mempunyai rupa menurut pengertian harafiah kerana Dia merupakan mahluk Roh? Maksud 'gambar' atau 'imej' Tuhan ialah merujuk kepada RohNya yang tujuh lapis (Sevenfold Divine Spirit). Maka, manusia juga dicipta menurut roh tujuh lapis. Manusia ada tujuh lapis roh. Bukankah Agama lain seperti Hinduism turut mengajarkan ajaran perihal fenomena ciptaan manusia yang mempunyai tujuh lapis roh; Cuma dalam Hinduism ia di sebut tujuh pusat Chankras. Yesus Kristus adalah manusia sejati yang suci, dan sesungguhnya Dia adalah Menorah itu: Roh Tujuh Lapis! Manusia sejati itu adalah roh tujuh lapis. Namun, Roh Kristus adalah Ilahi. Sedangkan roh manusia itu hanyalah roh tujuh lapis sahaja yang tidak memiliki karunia-karunia seperti Kristus (Yesaya 11). Jika dilihat dalam perumpamaan, roh manusia adalah umpama sarung pedang, sedangkan Roh Tuhan adalah umpama pedang yang lebih tajam dari Segala pedang: the Sword of the Spirit! Roh Adam adalah 'sarung' pedang sahaja, sedangkan Roh Kristus adalah umpama ''Pedang." Namun, tatkala roh Adam belum berdosa, rohNya seolah-olah 'seperti' Kristus apabila Roh Kudus turun ke atas sumbu roh Adam. Roh manusia adalah umpama 'kaki dian' sahaja, dan Roh Kudus adalah 'api' yang turun mengurapi roh orang percaya! Kristus adalah 'Menorah' yang sempurna!


    Manusia pertama, iaitu Adam dan Hawa diciptakan menurut gambar Allah yang Roh Tujuh Lapis. Tanpa Roh Kudus yang hadir turun di atas sumbu roh manusia, manusia tidaklah dapat memahami operasi karunia-karunia roh tujuh Lapis dari Roh Kudus. Adam dan Eve di Eden tidak memerlukan persekolahan sebagaimana kita membesar, kerana pusat kesedaran mereka dari semula adalah berpusat pada roh, dan sumbu roh mereka adalah tempat Roh Kudus turun. Adam telah mengenali 'nama' Tuhan Bapa dengan lama sekali di Taman Firdaus. Dia telah mengenali 'good and evil' setelah melanggar hukum Eden. Dia tahu apa itu ''kudus," untuk suatu tempoh di Eden dan selepas berdosa, ia telah mengetahui apa itu 'evil.' Sebelum mereka berdosa, hidup mereka bergantung penuh kepada Pohon Kehidupan, iaitu Firman untuk meneruskan kehidupan di Eden. “Manusia rohani” itu belajar dari Roh Tuhan: Roh Tujuh Lapis, Roh Kudus. Roh Kudus disebut sebagai Roh Kebenaran kerana 'roh' inilah yang bertanggunjawab memberikan realiti-realiti Roh Tuhan secara Emmanuel.


    Mereka (Adam dan Eve) pada mulanya adalah manusia rohaniah atau pun dalam bahasa Inggeris ia disebut “spiritual man.” Manusia ‘luka’ ('wounded' man) yang normal adalah manusia yang kesedarannya dominan berpusat pada aktiviti intelek dan sistem saraf. Maka, timbullah fenomena IQ atau intelligent quotient yang menjelaskan kemampuan intelek seseorang manusia yang luka. Manusia daging yang luka pada dasarnya adalah terpisah dari realiti-realiti Roh Tuhan.


    Roh Kuduslah yang mengajarkan segala-sesuatu kepada Adam dan Hawa. Bimbingan dan pengajaran itu hanya berlaku apabila Roh Tuhan turun ke atas sumbu roh mereka. Kitab Kejadian mencatatkan bahawa naga adalah mahluk binatang ciptaan Tuhan yang paling pintar di Eden. Maksudnya, naga Eden itu sememangnya pandai bercakap. Roh Lucifer telah menyelinap ke Eden dan menyamar sebagai naga itu. Roh Lucifer kemudian mengambil peluang ketika Roh Tuhan tidak turun ke atas sumbu roh Eve dan Adam.


    Iblis telah menjerumuskan Adam dan Hawa kepada perseteruan dengan Roh Tuhan melalui tipu muslihatnya. Pada ketika Roh Kudus tidak hinggap pada sumbu roh mereka dekat Pohon Pengetahuan, maka pada ketika itulah Lucifer yang menyamar seperti naga Eden itu, dan ia telah berjaya mendustai mereka. Maka, ular tua itu merujuk secara profetik kepada Lucifer yang telah dikutuk oleh Tuhan. Oleh kerana ular di Eden telah menjadi sasaran penyamaran oleh Roh Lucifer, maka Tuhan telah membuat keputusan untuk mengutuki naga jelmaan Lucifer itu sehinggalah ia telah kehilangan anugerah berkat Tuhan. Ia menjadi mahluk yang dikutuki sehingga ia “…menjalar atas perutnya dan debu tanahlah yang dimakannya (Kejadian 3: 14). Lucifer adalah mahluk yang dikutuki Tuhan. Adam dan Hawa kehilangan kelayakan untuk terus dapat tinggal di Eden! Namun, Tuhan telah mengampuni Adam dan Hawa, tetapi mereka hanya dapat tinggal di bumi. Sejak itu, realiti Eden semakin pudar dan lama-kelamaan ia mulai menjadi mitos bagi keturunan Adam! Manusia yang terpisah daripada realiti Eden dan sumber kehidupan akan kembali menjadi "debu tanah.” Kutuk yang disebabkan oleh dosa itulah sebabnya 'maut' menjerumuskan umat manusia sehingga dagingnya kembali ke bumi sebagai 'debu tanah.' Dan 'maut' telah diungkapkan sebagai mengakibatkan semua manusia kembali menjadi 'debu tanah.' "Debu tanah" adalah makanan atau 'hamba' kepada ular tua. Debu tanah adalah hamba kepada Ular tua atau diungkapkan sebagai 'debu tanah' makanan kepada ular tua.  Tidak mungkin ular yang harafiah itu diartikan sebagai memakan tanah, kerana kita tahu bahawa ular adalah pemakan daging. Namun, kata-kata "debu tanahlah yang dimakannya" adalah 'nubuat' yang mengungkapkan bahawa 'manusia yang luka' itu adalah 'hamba' kepada Ular Tua.


    Menyedari pelanggaran Adam, Tuhan telah menyatakan hadiratNya kepada Adam dan Hawa. Dia tahu roh mereka telah berubah: dari suci (pure) kepada tidak suci (impure); daripada kesedaran yang berpusat pada roh dan telah berubah menjadi berpusat pada otak. Tuhan tahu sumbu roh mereka tidak lagi peka kepada hadirat Roh Tuhan. Jantung roh mereka telah menjadi tumpul serta merta dalam menanggapi realiti hadirat Roh Tuhan. Mereka kehilangan kepekaan kesedaran roh ataupun ringkasnya roh mereka telah 'luka'. The descendants of Adam were deprived of divine consciousness due to their transgressions.  Sumbu roh mereka tidak lagi menjadi tempat hinggapnya 'lidah api'-- Roh Kudus.  Roh mereka tidak lagi diperdamaikan dengan Roh Tuhan, ataupun dalam lain perkataan, ia disebut dalam frasa berbunyi, 'rohani mereka mati.' Kesedaran roh mereka tidak lagi dapat menanggapi hadirat suci Roh Tuhan. Keadaan inilah yang disebut 'luka,' dan ini menjelaskan kenapa Tuhan membuat bunyi seolah-olah seperti manusia yang berjalan-jalan di taman.  Tuhan jelas mahu memberikan 'bunyi' yang dapat ditanggapi oleh sistem deria 'daging' 5-deria-rasa Adam dan Hawa. Namun, mesej Roh yang lebih dalam bermaksud; Tuhan masih sudi berjalan bersama-sama dengan manusia yang berdosa.  


    Luka” itu jugalah yang menjelaskan kenapa Tuhan memanggil Adam dan Hawa dengan suatu suara yang kedengaran (audible voice). Sejak itu, Tuhan seringkali memanggil semua manusia keturunan Adam dengan 'suara' yang kedengaran, dan sampai sekarang Tuhan masih membuat “bunyi-bunyi seolah-olah Ia berjalan di tamaniaitu pertanda hadiratNya meskipun manusia itu berdosa. Setiap manusia yang 'luka' mendapat kesembuhan daripada “luka-luka Yesus.” Oleh bilur-bilurNya, manusia 'luka' mula dididik oleh Roh Kebenaran untuk menjadi peka semula kepada realiti Roh Tuhan.


    Dan sesungguhnya “sejuk ditaman itu” adalah petang hari kerana Tuhan datang kepada mereka di sebelah petang, ketika cuaca dingin mulai dirasakan di taman itu. Mungkinkah ini memberikan maksud bahawa penulisan profetik Kitab Suci menyingkapkan sesuatu tentang misteri “when evening comes there will be Light”? Bahawasanya, Roh Tuhan hanya melaksanakan penghukumun apabila jam-jam sudah sampai kepada “petang hari (the last hour). Sampai sekarang, Firman Tuhan masih konsisten pada bahasa “dingin di sebelah petang” yang mengungkapkan bahawa Tuhan datang untuk menghukum, namun oleh kerana 'dingin' itu masih ada, maka Ia masih memberikan anugerah jubah yang diperbuat dari Firman” sebagai penutup ketelanjangan ('dosa'). Bila dingin dan panas tidak ada lagi, maka sudah pasti Tuhan tidak akan menganugerahkan lagi jubah 'penutup' kepada yang tidak percaya. Sebagai Sumber kehidupan yang sempurna dan Maha-baik, jelas sekali bahawa Dia masih menganugerahkan ‘jalan’ kepada manusia 'luka,' biarpun ia dalam perseteruan dengan Roh Tuhan. 


    Apabila, “tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku” seperti nubuatan dalam Kitab Zakharia 14: 6, ia membawa maksud bahawa Tuhan tidak lagi memberikan peluang untuk diperdamaikan dengan Rohnya. Kita tahu dingin itu hanya berlaku apabila waktu petang menjelang tiba kerana sinaran terik Matahari yang kian menyusut hilang. Justeru itu, kalau Firman mengatakan tentang “malam,” ataupun “gelap yang datang,” itu dikaitkan dengan hukuman dari Tuhan. Benarlah seluruh Firman Tuhan itu ditulis dalam bahasa profetik! Kesemua penyampaian firman adalah dalam roh nubuatan, atau ringkasnya "...kesaksian Yesus adalah roh nubuatan." (Wahyu 19: 10 b ). 


     Benarlah pernyataan (wahyu) Tuhan kepada Nabi Yesaya bahawa Ia “…memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, …”(Yesaya 46: 10). Hukuman akhir zaman akan dilaksanakan apabila “petang” menjelang tiba. Namun, hari kedatangan Kristus hanya akan terjadi apabila “pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku” (Zakharia 14: 6) kerana sekiranya masih ada dingin, maka itu memberi maksud bahawa Roh Tuhan masih memberikan “bukaan” jalan, pintu dan kunci perdamaian antara Roh Tuhan dan roh manusia berdosa, sepertimana yang telah terjadi kepada Adam dan Hawa. (juga lihat Pautan Kedatangan Yesus Kristus yang ke-2 & "nama-nama Tuhan" )


    Sebaik sahaja mereka berdosa, sumbu roh mereka bukan lagi 'suci' dan juga roh mereka tidak lagi dalam keadaan diperdamaikan dengan Roh Tuhan yang Mahasuci, malah kelak mereka telah diusir keluar dari Firdaus (Eden). Meskipun demikian, Tuhan telah mula membukakan “jalan” untuk berdamai semula dengan anak-anak Adam yang luka melalui Firman dalam bentuk ritus-ritus penebusan dosa. ‘Luka” itu merujuk kepada “berhentinya Roh Tuhan turun ke atas sumbu roh manusia.” Ia seringkasnya dapat diungkapkan sebagai “tiada perdamaian.” “Luka” atau ketiadaan perdamaian roh itulah yang menjerumuskan keturunan Adam kepada “kegelapan.”  Tiada pengertian tentang Roh Tuhan bagi anak-anak Adam kecuali mereka menerima 'jalan' untuk bergaul karib dengan Roh Pencipta.


    Tanpa Roh Tuhan yang turun ke atas sumbu roh manusia, maka roh manusia itu dikatakan “tiada cahaya yang bersinar di atas kepala” (Ayub 29: 3). Seringkasnya ia diungkapkan dengan perkataan “kegelapan telah masuk ke dunia melalui satu orang.” Kegelapan itu adalah merujuk kepada ketiadaan Roh Tuhan yang turun di atas sumbu roh manusia! 'Penciptaan' roh manusia itu adalah ditetapkan "umpama lampu di tangan Tuhan(lihat Amsal 20: 17).


    Tanpa campurtangan tangan kanan Tuhan, lampu itu (roh manusia) akan menjadi lampu yang tidak mempunyai nyalaan lidah api Roh Kudus di atas sumbunya! Tanpa Api Roh Kudus yang turun di atas sumbu roh manusia, roh manusia itu dikatakan dalam kegelapan; maka manusia akan hidup tanpapelita kaki dan tanpa cahaya yang menerangi jalan (Mazmur 119: 105). Jadi ‘luka” juga adalah merujuk kepada perubahan pusat kesedaran manusia. Ia yang dari semula dicipta Tuhan sebagai manusia rohaniah (kesedaran yang berpusat pada rohnya), telah berubah menjadi manusia yang kesedarannya berpusat pada otak (daging). Sejak itu,  keturunan manusia yang 'luka' hidup menurut daging, ataupun pusat kesadarannya tertumpu secara dominan pada otak. Ia menjadi tiada kepekaan kepada realiti-realiti Roh Tuhan yang Mahasuci.


    Ini menjelaskan kenapa Roh Tuhan adalah seperti seolah-olah sebagai suatu mitos belaka bagi kebanyakan manusia. Roh mereka tidak dapat menanggapi realiti Roh Tuhan. Walaubagaimanapun, dia masih dapat menanggapi realiti roh-roh yang berseteru dengan Roh Tuhan kerana realiti roh-roh seumpama itu tidaklah menuntut kesucian sebagaimana yang dituntut oleh Roh Tuhan yang Maha-suci.


    Realiti Roh Tuhan akhirnya menjadi sifar dalam kehidupan manusia di zaman Noah kecuali keluarga Noah. Hanya Noah dan keluarganya yang hidup menanggapi realiti Roh Tuhan. Lalu Nuh melakukan semuanya itu, tepat seperti yang diperintahkan Allah kepadanya, demikianlah dilakukannya.” (Kejadian 6: 22). Umat manusia di zamannya tidak melaksanakan perintah Tuhan kerana mereka tidak dapat menanggapi realiti Tuhan dalam kehidupan mereka. Mereka lebih menyukai untuk hidup bergaul karib dengan realiti anak-anak Allah (malaikat) sehingga mereka memberikan suatu keturunan yang dikutuk Tuhan yang disebut Nephilim; orang-orang raksasa, dan ia juga disebut sebagai keturunan Anakite dalam Bilangan 13:33.


    Kita tahu bahawa hanya mereka yang dapat melihat realiti Roh Tuhan yang dapat bersukacita melakukan Firman. Manusia daging akan berkata “Buat apa kita melakukan Firman jika realiti kewujudan Roh Tuhan tidak dapat ditanggapi oleh roh manusia? Tidak hairanlah Kristus berfirman Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seseorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat kerajaan Allah.” (Yohanes 3: 3). Roh manusia memerlukan penebusan Kristus agar “luka” itu disembuhkan. Sang pemazmur bernyanyi “20 Dikirimkannya (diutus) Firman, dan disembuhkanNya mereka, diluputkanNya mereka dari liang kubur” (Mazmur 107: 20).


Bagaimanakah Roh Tuhan berkerja, dan kedatanganNya yang ke-dua?


    Kita tahu bahawa manusia berkerja menurut keputusan-keputusan intelek atau ringkasnya menurut otak manusia. Pada zaman agrarian, manusia pergi ke bendang pada pagi hari, dan akan pulang dari bendang di sebelah petang hari. Maka, matahari, bulan, dan bintang-bintang di atas langit itu adalah jelas berfungsi sebagai panduan yang diberikan Tuhan kepada manusia di bumi, supaya mereka dapat mengatur pekerjaan dan kehidupan mereka. Maka, kita tahu juga bahawa “pagi” bagi manusia adalah permulaan jam berkerja di bendang. Dan “Petang” bagi manusia adalah jam untuk berhenti berkerja dan kembali ke rumah. Namun, memang benarlah bahawa dengan kemajuan teknologi, manusia dapat berkerja tanpa mengikut anugerah bulan dan matahari. Manusia moden dapat berkerja pada malam hari kerana ada tenaga eletrik yang memberikan terang untuk melaksanakan aktiviti pekerjaan.


    Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut matahari, bulan, dan bintang-bintang. Roh Tuhan secara konsisten berkerja menurut FirmanNya yang suci. Apa yang Dia firmankan itulah yang akan menjadi realiti, atau itulah yang akan muncul dalam pelbagai dimensi keujudan. Pekerjaan tangan Tuhan yang berurusan dengan manusia luka juga tertakluk kepada Firmannya yang suci. Justeru itu, pekerjaan atau Karya Kristus adalah menurut Taurat yang suci, menurut nubuatan-nubuatan mulut Tuhan (Nabi-nabi), dan juga menurut Lirik-Lirik Mazmur (Lukas 24: 44). Walaubagaimanapun, dimanakah “pagi” bagi Roh Tuhan, dan dimanakah “petang” bagi Roh Tuhan?


    Orang-orang percaya menyangka menurut kecenderungan fikiran mereka bahawa ‘pagi” itu boleh saja merujuk kepada zaman Adam. Tetapi, pengertian manusia moden yang seumpama itu tidaklah menepati roh nubuatan. Kecenderungan seumpama itu adalah atas dorongan fungsi otak yang telah terdidik oleh falsafah pendidikan, dan secara khusus terbiasa dengan pengajian saintifik kronologi Penciptaan. Jika diteliti dengan cermat, penciptaan (Creation) mengambil masa profetik selang “siang dan malam” yang bersilih ganti sebanyak tujuh hari.


   Oleh kerana, satu hari dikira “petang ke petang,” (sunset to sunset) maka “pagi bagi roh Tuhan adalah bergantung kepada permulaan “namaNya.” Setiap nama Tuhan mempunyai permulaan untuk menabur Firman. Justeru itu, Tujuh hari itu, melibatkan “nama-nama” Tuhan dalam tujuh selang masa yang berturutan. “Tujuh hari” tidaklah diartikan secara harfiah bahawa penciptaan siap dalam tempoh harfiah tujuh hari. Ia adalah “nubuatan” yang dinyatakan  dalam “tujuh turutan. Ia tidaklah menjelaskan tempoh masa sebenar, tetapi suatu selang masa yang tidak diketahui lamanya.” Ringkasnya, Kitab Kejadian  menyatakan bahawa Firman Tuhan itu adalah asas suci Penciptaan.






Kekeliruan perihal ungkapan “satu hari bagi Tuhan seperti 1,000 tahun bagi manusia


    Santo Petrus dalam suratnya 2 Petrus 3: 8, memetik ungkapan seperti dalam Lirik Mazmur Mazmur 90: 4, bahawa satu hari bagi Tuhan adalah seperti 1,000 tahun bagi manusia. Ini bukanlah suatu formula yang diberikan oleh Tuhan untuk menafsir nubuatan, samada nubuatan penciptaan mahupun nubuatan Wahyu (Why 20:2). Ungkapan seumpama ini berfungsi sebagai suatu pernyataan rohani bahawa Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut kalendar manusia! Ia sama sekali tidak berfungsi sebagai formula skala pengiraan tahun untuk menafsir, atau membuat ramalan nubuatan yang ada kaitan dengan tarikh! Roh Tuhan Dalam Perjanjian Baru tidaklah tertakluk kepada kalendar matahari, bulan, dan bintang-bintang dalam menyempurnakan Firman.


    Namun, memang benar takwim Ibrani adalah firman Tuhan YHVH. Walaubagaimanapun juga, kalendar rohani Ibrani adalah bagi umat Tuhan yang hidup menurut Taurat di tanah suci.   Umat Perjanjian Baru yang hidup menurut Roh tidaklah diperhambakan oleh Takwim tersebut kerana setiap hari mereka menyeru kuasa Paskah Yesus. Kuasa Paskah Yesus dirayakan setiap hari oleh “orang yang takut akan Tuhan” untuk diperdamaikan dengan Roh Tuhan.  Kiraan 1,000 tahun jika ditafsirkan secara harafiahnya adalah bolehn jadi disandarkan kepada sistem kalendar purbakala bulan (lunar calendar), ataupun juga bersandarkan kepada calendar moden matahari (solar calendar).


    Walaupun Kristus mengakui bahawa Lirik Mazmur itu adalah firmanNya dalam Lukas 24: 44, namun ungkapan “satu hari seperti 1,000 tahun” bukanlah satu formula untuk menafsir pekerjaan Roh Tuhan, dan lantas dijadikan “benchmark”untuk membuat ramalan-ramalan tarikh kedatangan Kristus. Karya atau pekerjaan tangan Tuhan tidaklah bergantung kepada matahari, bulan, dan bintang-bintang! Malah dalam ibadah ritual Tabernakel dalam Perjanjian Lama telah disingkapkan bahawa pekerjaan Tuhan dalam Tabernakel tidak melibatkan cahaya matahari, cahaya bulan, dan cahaya bintang-bintang! Ia tertutup rapat oleh khemah hitam gelap.


    Firman berdasar Taurat menyatakan bahwa segala ibadah dalam Khemah suci hendaklah dilaksanakan dengan bergantung penuh kepada Cahaya minyak suci zaitun pada Menorah! Pekerjaan Kristus adalah bergantung penuh kepada firmanNya. Dan semua firman adalah  roh. Justeru itu, pekerjaan tangan Tuhan adalah menurut firmanNya iaitu Roh Tuhan.  Kalendar diberikan supaya manusia dapat mengatur kerja-kerjanya ibadahnya kepada Tuhan.


    Kalendar bangsa-bangsa adalah dicipta dan dikira menurut ibadah kafir mereka. Maka, Tuhan YHVH menganugerah kalendar suci yang rohaniah kepada bangsa Ibrani yang bertujuan khusus supaya umat Tuhan dapat mengatur ibadah menurut takwim ibadah yang bebas daripada elemen-elemen ibadah kalendar kafir. Kalendar rohaniah Ibrani diberikan Tuhan kepada umat Tuhan supaya mereka dapat mengatur ibadah mereka menurut takwim suci YHVH.


    Walaupun ia berkaitan dengan perayaan-perayaan yang agamawi, namun kalendar itu tetap berpaut kepada pergerakan “bulan.” Jelas, pekerjaan tangan Roh Tuhan tidaklah tertakluk kepada “bulan.” Bulan (actual literal moon) adalah panduan untuk manusia di bumi! Firman (Kristus) tidaklah bergantung kepada bulan walaupun ia berbicara fasal bulan. Sudah tentu ramalan kedatangan Kristus tidaklah benar jika ia dimengertikan sekadar melihat dan mengira bulan yang mengelilingi bumi itu! Roh Tuhan tidaklah berkerja menurut bulan yang diertikan secara harafiah itu.


Pekerjaan tangan Roh Allah Bapa ditaklukkan dan diikat menurut firmanNya


    Kalendar Matahari, kalendar bulan dan kalendar bintang-bintang bukanlah inti pengajaran Firman, biarpun Taurat (firman) menggunakan kalendar bulan dalam penyampaian mesej Roh. Jelas, Roh Tuhan masih berkerja pada hari Sabat. Berehatkah Tuhan pada hari Sabat? Bukankah mengampuni itu juga adalah pekerjaan Roh Tuhan? Dan Ia masih berkerja mengampuni manusia berdosa pada setiap hari termasuk pada hari Sabat. Kalendar rohani Ibrani, tidaklah dapat menyingkap dengan jelas apa-apa “revelation knowledge” perihal kedatangan Kristus? Jika kalendar rohani Ibrani tidak memberikan penjelasan tuntas tentang kedatangan Kristus maka, sudah tentu kalendar lain-lain bangsa seperti kalendar Mayan memberikan lebih kekaburan jika ia dikaitkan dengan kedatangan Kristus.


    Firman itu adalah Kristus. Dan sesungguhnya Kristus itu bukanlah perihal kiraan harafiah matahari, bulan, dan bintang-bintang. Kalendar Ibrani adalah panduan kepada Ibrani untuk menanggapi mesej Roh, dan bukanlah panduan untuk pengiraan dalam meramal kedatangan Kristus. Walaupun perayaan-perayaan dalam takwim Ibrani tidaklah disangkal dapat menyingkapkan rahasia-rahasia pekerjaan roh Tuhan dalam perjanjian Baru secara pengertian “typology.” Namun, tidaklah itu bermaksud bahawa kedatangan Kristus harus ditafsir dengan mengira masa menurut ketetapan perayaan-perayaan Ibrani.

   WalaubagaimanApun, kiraan gandaan tujuh tahun dalam kalendar bulan adalah termasuk dalam karya Roh penghukuman Tuhan (Spirit of Judgment). Dalam sejarah Alkitab Perjanjian Lama, Judah telah dihukum oleh murka Tuhan dalam gandaan 7; kegagalan beribadah menuruti 10 tahun sabat dan bila digandakan tujuh, maka  ia menjadi 70 tahun hukuman iaitu tempoh pembuangan Judah di Babylon, manakala 10 suku kaum di utara iaitu kerajaan Israel telah dihukum Tuhan lebih awal berbanding dengan kerajaan Judah, dan hukuman YHVH kerana kegagalan Israel beribadah sebanyak 60 tahun Sabat adalah digandakan dengan 7 menjadi 420 tahun hukuman dalam pembuangan. Kiraan "seventimes" jelas menyatakan bagaiman Roh Tuhan melaksanakan “hukuman” ke atas manusia samada umatNya ataupun bukan umatnya. Manifestasi "Roh Penghukuman" seperti itu ( 7 x ) adalah firman YHVH dalam Kitab Imamat 26, Kitab Yeremia dan juga dalam Kitab Daniel.

                                             
Prototaip "ramalan" Kedatangan Kristus yang ke-dua.


Prototaip tafsiran "satu masa, dua masa, dan separuh masa."
                         

    Namun, ia masih tidak menjelaskan apa-apa mengenai dengan kedatangan Kristus kerana ia hanya menjelaskan bagaimana Roh itu mengandakan hukuman, dan juga ia cuma berfungsi sebagai panduan pengajaran Typology' perihal spirit of Judgment. Meskipun roh penghukuman dalam gandaan 7 ia tidaklah semestinya menjadi formula untuk meramal kedatangan Kristus. Kerana kedatanganNya bukanlah berdasarkan ilmu Matematik.  Kedatangan Kristus bukanlah menurut ilmu matematik. Meskipun idea gandaan 7 x itu menarik sekali untuk difikirkan, namun ia harus dilihat bersama dengan semua firman Tuhan secara menyeluruh iaitu menurut Taurat, menurut nubuatan nabi-nabi, menurut Mazmur dan menurut seluruh kitab-kitab Perjanjian Baru malah termasuklah semua nubuatan orang-ornag Kudus. Semua itu adalah perlu di ambil kira dalam 'melihat' tanda-tanda yang memberikan panduan untuk mengetahui kedatanganNya.

    Ibadah dalam Tabernakel haruslah dilakukan dengan hanya melibatkan cahaya dari Menorah Suci sahaja, dan ia hendaklah tidak dicampur-adukan dengan cahaya matahari, bulan, mahupun bintang-bintang di dalam tabernakel. Justeru itu, pengertian mengenai pekerjaan Kristus tidak akan difahami sekiranya ia dicampur-adukkan dengan inspirasi kalendar matahari atau kalendar bulan. Walaubagaimanapun, Roh Tuhan memang menggunakan perkataan-perkataan yang mengaitkan fenomena matahari, bulan dan bintang-bintang dalam pemberitaan 'langit' seperti dalam Mazmur 50: 6 dan Mazmur 19: 1-2. 

Perumpamaan pekerjaan Penabur.

    Kita kembali kepada kehidupan ringkas para petani yang hidup kepada pekerjaan menabur dan menuai dibendang. Yesus Kristus mengumpamakan pekerjaanNya sebagai seorang Penabur.  Kita akan mengerti bagaimana Roh Tuhan berkerja dengan menelusuri aktiviti kehidupan seorang petani yang menabur dan kemudiannya menuai hasil penaburannya. Pekerjaan Tuhan itu adalah seperti yang disampaikan oleh perumpamaan tentang seorang penabur.

    Yesus berkata: …kepadamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia Kerajaan Sorgawi..(Matius 13: 11). Misteri Rahasia itu ialah Kristus! Maka, kita memohon kepada Kristus agar roh pengertian dan roh hikmat turun di atas sumbu roh kita untuk menyingkapkan bagaimanakah Roh Tuhan berkerja di bumi. Maka, Tuhan itu adalah Penabur (lihat Matius 13). Jadi begitulah rahasia pekerjaan Tuhan itu disingkapkan. Yesus berkata “Orang yang menaburkan benih baik ialah Anak manusia.” Roh Tuhan menabur firman ke atas roh-roh manusia pada waktu “pagi.” Kerana pada waktu “petang,” para malaikat akan datang untuk menuai. Tuhan menabur biji benih gandum. Lucifer menabur biji benih lalang. Ladang ialah dunia. Anak Manusia iaitu Firman Allah yang menjadi manusia, Yesus Kristus, adalah kesempurnaan pekerjaan Ilahi dalam “menabur.”

    Saya berpendapat bahawa Tuhan telah mula menabur sejak zaman Noah. Kita tidak mengambil kira zaman-zaman yang sebelumnya kerana dunia purba itu sudah dihakimi dan dihukum pada masa banjir menenggelami bumi di zaman Noah. Maka, “penaburan” di zaman-zaman sebelum banjir sudah diselesaikan pada kliamat banjir! Saya percaya bahawa“menabur” dimulai kembali selepas banjir. Maka, era bumi selepas banjir adalah "pagi" bagi Roh Tuhan.

    Dunia purbakala dan langit purbakala sebenarnya telah dihakimi dan telah dihukum oleh Tuhan pada kiamat banjir zaman Nuh. Noah menerima perjanjian Tuhan, dan dia juga telah menjadi pewaris bumi yang telah  disembuhkan daripada pemusnahan banjir itu. Noah dan semua keturunannya telah menjadi pewaris kepada 'langit' baru. Ia dikatakan  baru kerana  ujud suatu pemberitaan baru oleh langit iaitu “pelangi.” Sebelum itu, iaitu sebelum kiamat banjir, “langit” tidaklah mempunyai pelangi; 'pelangi' itu harus dilihat melalui penglihatan roh!

    Pelangi itu muncul selepas banjir sebagai “tanda” Perjanjian bahawa sanya Tuhan mulai menabur suatu agenda perdamaian dengan umat manusia yang luka yang berkembang biak semula melalui keturunan nabi Noah. Langit  purbakala tanpa pelangi itu, sudah berlalu. Kita sebagai keturunan Noah adalah pewaris “langit” yang ada pelangi. Kita mewarisi agenda perjanjian damai Tuhan yang telah disumpahkan kepada Noah dan keturunannya bahawa Ia tidak akan menenggelami lagi seluruh bumi ini dengar banjir. (Kejadian 9). “11 Maka Kuadakan perjanjianKu dengan kamu, bahwa sejak ini tidak ada yang hidup yang akan dilenyapkan oleh air bah lagi untuk memusnahkan bumi. 12 Dan Allah berfirman:“Inilah tanda perjanjian yang kuadakan antara Aku dan kamu serta segala mahluk yang hidup, yang bersama-sama dengan kamu turun-temurun, untuk selama-lamanya. 13 BusurKu Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda Perjanjian antara Aku dan bumi(Kejadian 9: 11-13). Itu bukanlah busur Bumi, akan tetapi 'busur' Roh Tuhan!

    Selepas kiamat banjir, Tuhan mula menabur firman kepada Noah. Maka era Noah “selepas banjir” adalah sesunguhnya bumi baru dan langit baru ataupun “pagi-pagi.”Malam iaitu kiamat banjir sudah berlalu! Roh Tuhan mulai “menabur”semula firman kepada Nuh dan keturunannya selepas banjir. Ia adalah “pagi” bagi Roh Tuhan untuk bumi yang baharu sahaja disembuhkan oleh Roh Kudus akibat kemusnahan oleh “malam” banjir. Langit yang baru muncul dengan warna-warni pelangi. “Pagi.” “Inilah tanda (pelangi) Perjanjian yang Kuadakan antara Aku dan segala makhluk yang ada di bumi” (Kejadian 9: 17). Itulah “pagi” bagi Roh Tuhan di dalam pekerjaan Roh Tuhan iaitu “Menabur.”

    Zaman YHVH adalah zaman Roh Tuhan menabur firman kepada bani Israel iaitu bani keturunan Abraham yang dipilih Tuhan. Oleh itu bani Israel dikatakan oleh nubuatan nabi-nabi bahawa Israel adalah ladang anggur (Vineyard). Dan PekebunNya ialah YHVH. Ringkasnya, pekerjaan YHVH adalah “menabur.”        

    Namun, kemudiannya Israel telah memberontak dan menolak si Pekebun sehingga kebun itu telah diberikan “firman penghukuman.” Israel sebagai ladang anggur Tuhan telah diselimuti oleh api murka Pekebun di mana sahaja mereka pergi di ke-empat penjuru langit; anggur yang ditaburnya tidak berbuah menurut firmanNya.

    Namun, pekebun itu datang semula sebagai Firman menjadi manusia” untuk menabur, bermula dari ke-dua belas RasulNya, dan kemudian rasul-rasulnya itu turut serta“menabur” sehingga Ibrani yang percaya (juga disebut sebagai Perempuan dalam bahasa nubuatan) kepada si Penabur (Jalan) itu telah melahirkan banyak anak-anak dari pelbagai bangsa di bumi (bangsa-bangsa di dunia yang menerima Firman). Roh-roh manusia luka yang menerima Firman itu adalah biji benih gandum! Anak Manusia yang datang sebagai Raja Damai itu adalah Penabur yang sempurna. Raja Damai telah memperkuatkan lagi mesej “pelangi” Noah sehingga roh-roh manusia yang “luka” telah menerima agenda perdamaian dengan Roh Tuhan. Mereka telah dijanjikan untuk menerima anugerah Roh Kudus: meterai kehidupan yang penuh.

Pekerjaan Roh Tuhan menurut Firman yang disampaikan oleh Tuhan kepada Noah.

21 Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah tUHAN dalam hatiNya: “ Aku tidak akan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.
22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.” (Kejadian 8: 21-22)

Hakikatnya, Tuhan mula menabur di zaman Noah selepas kiamat banjir. Itulah “pagi” bagi Roh Tuhan yang berkerja sebagai Penabur. Maka, satu hari bagi Tuhan ialah seperti selang waktu dari “Menabur di zaman Noah (selepas banjir)”sehinggalah kepada “petang,” iaitu pada saat Kristus kembali. Selang waktu yang panjang itu adalah sianghari bagi Roh Tuhan. Malam hari akan bermula dari saat Penghukuman roh Tuhan oleh Hakim  di bumi. Apabila ia kembali kelak, Dia akan masih menabur, namun Firman yang ia tabur ke atas roh-roh manusia, bukanlah agenda mesej Perdamaian.

    Mesejnya dan karyanya akan bertukar kepada penghakiman dan penghukuman, dan para penuaiNya adalah malaikat Tuhan. Sepanjang zaman gerejani iaitu Zaman yang dijamin oleh Pengantara dan Raja Damai, Penaburan adalah terfokus kepada mesej perdamaian: jalan, Perdamaian, Pintu Perdamaian dan Kunci perdamaian. Turut serta dalam Penaburan adalah sahabat-sahabat Kristus di ladang Tuhan (dunia), dan mereka adalah tubuh Kristus di bumi iaitu Gereja. Penaburnya adalah Anak manusia, dan salurannya adalah mereka yang diurapi Roh Kudus untuk memberitakan Firman. Tuaiannya adalah mereka yang menerima Firman. Hasilnya bergantung kepada tanahnya. Yang ditabur itu membentuk komuniti orang percaya yang disebut Gereja.

    Kelak, apabila Kristus kembali, Dia tidak akan lagi menabur Firman perihal agenda Perdamaian (keselamatan mengikut Jalan), akan, tetapi Ia sudah tentu masih menabur Firman tentang penghakiman, keadilan, dan penghukuman. Dan para penuaiNya yang melaksanakan penuaian “penghukuman” dengan penuh keadilan adalah para malaikat Sorgawi!

    Maka, agenda atau misi menabur Firman “perdamaian” kepada roh-roh manusia akan sampai kepada “petangnya; petang itu ialah akhir zaman” Bila sampai “petang,” Kristus akan kembali ke bumi, dan para malaikat akan melaksanakan urusan menuai! Urusan menuai ialah “...para malaikat akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang yang melakukan kejahatan dari dalam KerajaanNya. 42 Semuanya akan dicampakkan ke dalam dapur api; di sanalah akan mendapat ratapan dan ketakan gigi.”(Matius 13: 42) “Demikianlah juga akhir zaman: malaikat-malaikat akan datang memisahkan orang jahat dari orang benar.” (Matius 13: 49).

Akhir zaman bermula dari hari Pentakosta! Kenapa pula tafsiran seperti itu? Betulkah?

    St. John menjelaskan dalam suratnya 1 Yoh. 4: 3 bahawa “setiap roh yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar; bahawa ia akan datang dan sekarang ia sudah ada di dalam dunia.” Dan dalam 1 Yoh. 2: 18 Rasul Yohanes bersaksi bahawa “Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seoarang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahawa waktu ini benar-benar waktu yang terakhir (the last hours)”

    Rasul Yohanes berkata benar bahawa pada waktu zamannya ia sudahpun disebut secara profetik bahawa ia sebagaiwaktu-yang terakhir” (the last hours). Era selepas Pentakosta, adalah era permulaannya ‘ragi’ bagi operasi Tujuh Roh-Lapis Tuhan yang sedang merebak ke seluruh dunia: Era awalan Gerejani. Roh Kudus turun ke atas bangsa-bangsa memberi maksud bahawa Roh Penghukuman juga turut ditumpahkan ke atas semua bangsa-bangsa di bumi. Kepada yang menerima Firman ia diperdamaikan dengan Roh Tuhan, tetapi kepada yang menolak Firman, Firman itu sendiri akan menghukumnya. Dan“penghukuman” akhir zaman itu sesungguhnya sudah bermula sejak mencurahnya Roh Kudus ke atas semua bangsa-bangsa di bumi, iaitu sejak hari Pentakosta sehinggalah jam sekarang. Roh Kebenaran iaitu Roh Kudus juga disebut sebagai Roh yang menginsafkan akan dosa, dan juga sebagai Roh Penghukuman! Api Roh Kudus yang dicurahkan kepada bangsa-bangsa adalah dinubuatkan oleh Nabi Yeremia sebagai api penghukuman (spirit of Judgment). Bukankah ke-enam murka "Meterai" dalam Wahyu 6 itu adalah era Gerejani? Murka "Meterai" dalam Wahyu 6 adalah bermula dari Pentakosta dan masih berlangsung sehingga kini! (Lihat Pautan "Meterai 1 hingga Meterai 1 hingga Meterai 7)

    Kelak, kedatangan Kristus akan menyempurnakan (menyelesaikan semua yang harus digenapi menurut Firman) penghakiman dan penghukuman yang telahpun giat dilaksanakan oleh misi Roh Kudus sepanjang era Gerejani. Nubuatan Nabi Joel yang dipetik oleh khotbah Rasul Petrus dalam Kisah Para Rasul yang menjelaskan bahawa era Post-Pentecost adalah era atau akhir zaman. “ Akan terjadi pada hari-hari terakhir demikiankanlah firman Allah bahawa Aku akan mencurahkan Rohku keatas semua manusia…”(Kis 2: 17). Dan Rasul Petrus menyambung khotbahnya tentang “Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besay dan Mulia itu.” (Kis. 2: 20) Ayat 20 adalah merujuk khusus kepada selang waktu peralihan antara miss Raja Damai dan mis Raja Hakim. Ia adalah merujuk kepada Matius 24: 29 dan juga meterai ke-enam dalam Wahyu 6. (Lihat pautan Murka Tuhan yang dipanggil "Meterai." )

"sunyi senyap"

"You caused judgment to be heard from heaven; the earth feared and was still" (Psalm 76: 8)


    Saya terinspirasi oleh Nabi Nahum dalam Nahum 1: 3 yang menjelaskan bahawa 'Jalan' (pathway) penghukuman Roh Tuhan adalah seolah-olah diumpamakan sebagai "perjalanan puting beliung." " Tuhan itu panjang sabar dan besar kuasa, tetapi Ia tidak sekali-kali membebaskan dari hukuman orang yang bersalah. Ia berjalan dalam puting beliung dan badai, dan awan adalah debu kakiNya." Puting beliung berpusar membinasa segala-gala yang ia lalui. Tetapi di tengah-tengah pusaran atau jantung puting beliung itu terdapat 'suatu sunyi senyap" yang mengerunkan. Bunyi ledakan kemusnahan akan dirasakan selepas "sunyi" yang menggerunkan itu berlalu. Meterai ketujuh menyatakan "dan ketika Anak Domba itu membuka meterai ketujuh, maka sunyi senyaplah di Sorga, kira-kira setengah jam lamanya." Tapi, ini adalah 'sunyi-senyap' di Sorga Dan bukannya dibumi, maka ia berarti suatu aliran upacara yang normal bagi 'nama-nama' Tuhan menurut Ordo Melkisedek sebelum penghakiman dan penghukuman seterusnya di teruskan di bumi di dalam 'nama' Hakim.


    Mungkinkah "murka Tuhan" yang dinubuatkan oleh Nabi Nahum dalam Nahum 1: 3 menjelaskan bahawa Hakim akan memperlihatkan manifestasi murka pada penghujung meterai ke-enam, kerana Nabi Nahum menyingkapkan murka Tuhan sebagai "Ia yang berjalan dalam puting beliung" (the 'pathway' of Divine Wraths)? Hakim akan mulai memberi manifestasi hadirat Hakim di bumi selepas upacara Melkisedek di Sorga, iaitu selepas "sunyi senyap" yang bermaksud "pusat pusaran puting beliung" akan menjamah bumi. Sunyi senyap adalah fenomena pusat puting beliung, namun penglihatan 'roh nubuat' menjelaskan bahawa ia adalah  Upacara Melkisedek di Sorga! "Meterai ke tujuh" yang sunyi senyap dalam Wahyu 8: 1-2 itu memberikan kita pengertian bahawa 'hadirat' Hakim dan rombongan Sorgawi akan 'menjamah' menyentuh seluruh bumi! Maka bermulalah upacara Wahyu 8: 1-4. Pada ayat yang ke-5, " ...Maka meledakkan bunyi, disertai halilintar dan gempa bumi" menjelaskan bahawa pusat "puting beliung" sebagai simbolis 'perjalanan murka Tuhan' itu mula bergerak kepada "murka Tuhan" yang seterusnya iaitu murka "sangkakala pertama" iaitu murka Tuhan kategori Sangkakala (the 2nd category of Woe) dalam Wahyu 8: 1 sehingga Wahyu 10: 7. Ya, the "pathway" of the divine manifestations of divine wraths" diungkapkan oleh Nabi Nahum sebagai "" Tuhan itu panjang sabar dan besar kuasa, tetapi Ia tidak sekali-kali membebaskan dari hukuman orang yang bersalah. Ia berjalan dalam puting beliung dan badai, dan awan adalah debu kakiNya" (Nahum 1: 3).

      Lagipula, selang waktu di antara "meterai ke-enam"   dan "meterai ke-tujuh," upacara (Why.7:1-17) atau karya memeteraikan 144,000 kedua belas suku kaum bani Israel akan di jalankan.  12,000 bagi setiap suku kaum diberikan "meterai Allah yang hidup." Ia diberikan oleh penuai gandum (Matius 13) iaitu para malaikat!  Pentakosta adalah meterai Roh Kudus, namun Wahyu 7:1-17 adalah "meterai Allah yang hidup" yang diberikan oelh para malaikat!  Meterai itu tidaklah dianugerahkan jika Kristus belum turun. Maka, Kristus sudahpun turun kerana "meterai Allah yang hidup" itu tidak dapat dijalankan oleh namaNya jikalau Ia belum turun!  Sebagai perbandingan, "Kekuatan" Roh Tujuh Lapis tidak dapat diterima selagi Pentakosta itu belum tiba. 


    Justeru itu, kita tahu hari-hari terakhir” adalah merujuk kepada tempoh masa perdamaian oleh Raja Damai sejak Pentakosta sehinggalah kepada saat kedatangan Kristus. Sebab itu enam  meterai dalam Wahyu 6 adalah merujuk kepada “siksaan-siksaan” yang akan menimpa umat manusia di bumi yang di kira bermula dai Pentakosta sehinggalah kepada saat kedatangan Kristus. (lihat Wahyu 6; Matius 24: 29-30; Joel 2: 28; Kisah Para Rasul 2: 14-21). Akhir zaman itu adalah merujuk kepada dari Pentakosta sehinggalah kepada kembaliNya Kristus; ia juga disebut jam-jam terakhir (the last hours). Tetapi jam terakhir (the most last hour) dan saatnya (the exact day) itu adalah hanya diketahui oleh Alah Bapa sahaja. Maka, biarpun ramai orang yang tahu tanda-tanda jam-jam terakhir (the last hours), namun Kristus telah menyatakan dari permulaannya bahawa hanya Bapa yang tahu tentang jam (iaitu jam yang paling terakhir) dan saatnya.


    Kita kembali lagi Mesej jantung Tuhan yang disampaikan kepada Noah iaitu “pagi” bagi aktiviti menabur. Itulah permulaan Firman mula ditabur ke atas roh manusia iaitu Noah selepas kiamat banjir. Dan kita akan melihat apakah rahasia yang tersembunyi dalam Lirik-Lirik jantung Tuhan YHVH. Pemazmur mengatakan bahawa tujuan “jantung”Tuhan (Mesej Firman dalam jantung Tuhan) adalah ditujukan kepada semua generasi. Iaitu generasi zaman Noah sehinggalah kepada generasi gerejani. Mereka yang menerima Firman adalah mereka yang “ditabur” oleh Tuhan dengan Firman.


21 Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hatiNya: “Aku tidak akan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.

22 Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam. (Kejadian 8: 21-22)

(juga lihat Link  "takkan henti-henti ...siang dan malam"  )


    Selama bumi masih ada merujuk kepada selang waktu di mana bumi belum sampai untuk dibersihkan oleh Firman, sebagaimana tergenapnya Firman yang menyatakan pembersihan yang dilakukan Tuhan ke atas semua mahluk di bawah kolong langit ketika hukuman kiamat banjir. Sebelum pembersihan dengan tujuh sangkakala dan tujuh mangkuk Tuhan ditumpahkan kepada bumi, dengan elemen “api”Tuhan, maka pekerjaan Tuhan adalah tertumpu kepada “menabur” iaitu seperti yang diumpamakan oleh Kristus dalam perumpamaan si penabur. Hukuman Tuhan ke atas kota Sodom dan Gomora adalah contoh “penuaian” Tuhan yang dilaksanakan oleh para malaikat. Lot dan kedua anak perempuannya sahaja yang terluput dari penuaian malaikat itu kerana Tuhan ingat akan Abraham. Lot kemudiannya menjadi bapa leluhur kepada bangsa Moab melalui hubungan sumbang (“incestuous co-habitation”) dengan kedua anak gadisnya. Jelas, “penaburan Firman” ke atas penduduk Sodom dan Gomora tidak menghasilkan apa-apa hasil tuaian kecuali Lot.


     Maka, pekerjaan “menabur dan menuai” itu akan berlangsung selama “dingin dan panas” masih ada, dan selama “kemarau dan hujan” bersilih ganti. Menabur dan menuai juga akan berlangsung selagi ada pergantian “siang dan malam.”Semua ungkapan di atas adalah roh, kerana Kristus berfirman “perkataan-perkataan Ku adalah roh” (Lihat Yoh 6: 63). Maka, perkataan Tuhan YHVH dalam jantungNya dalam Kitab Kejadian 8:22 adalah “roh.” Ia harus dimengertikan dengan tanggapan roh yang diilhamkan oleh roh pengertian dan roh hikmat dari Roh Tujuh lapis, dan bukanlah semata-mata dirumus dengan kemampuan intelek.


    Nabi Yeremia menyampaikan nubuatan bahawa janji Tuhan untuk mengujudkan perdamaian Damai manusia melalui tunas Raja Daud, Raja Damai, adalah diumpamakan sebagai selagi ada “siang dan malam” yang bersilih ganti. “25 beginilah firman Tuhan: Jika Aku tidak menetapkan perjanjianKu dengan siang dan malam dan aturan langit dan bumi, 26 maka juga Aku pasti akan menolak keturunan Yakub dan hambaku Daud, sehingga berhenti mengangkat dari keturunanya orang-orang yang memerintah atas keturunan Abraham, Ishak dan Yakub. Sebab Aku akan memulihkan keadaan mereka dan menyayangi mereka.”(Yeremia 33: 25-26).


    Tuhan mengatakan bahawa agenda pemulihan Tuhan ke atas bani Ibrani adalah seperti penetapan “siang dan malam.” Selagi “siang dan malam” diberitakan    bersilih ganti dan selagi aturan langit dan bumi menyatakan agenda perdamaian, maka Yakub dan pemulihannya tidak akan dilupakan Tuhan. Pemulihan secara rohani itu bermula pada hari Pentakosta. Tetapi pemulihan Israel di tanah suci di era Messiah yang datang dan selepas kedatangan Kristus akan hanya dilaksanakan selepas “malampun menjadi siang” digenapi (Zak. 14: 7).


    Tidak ada pergantian siang dan malam” adalah merujuk khusus kepada selang masa“satu masa, dua masa dan separuh masa.” Ia merujuk kepada selang masa di antara pemberitaan misi hukuman dan penghakiman oleh Raja Hakim bermula dari Matius 24: 29 atau “meterai ke-6” dalam Wahyu 6 sehinggalah pada Wahyu 10: 7 yang menjelaskan “tetapi pada waktu bunyi sangkakala dari malaikat yang ke-tujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalnya, maka akan genaplah keputsan rahasia Allah, seperti yang telah diberitakan kepada hamba-hambaNya, yaitu para nabi.”


Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “keputusan rahasia Allah?


    Seimbas fikir, kita akan berkata bahawa rahasia Allah adalah Firman atau Kristus. Tetapi “genaplah keputusan rahasia Allah” sebenarnya merujuk kepada satu penggenapan khusus pada era nama Kristus adalah Hakim menurut pemberitaan para nabi. Ia adalah merujuk kepada pemulihan Bani Israel, penghakiman dan penghukuman 'binatang-binatang, penghakiman ke atas 'lalang' dan pemberian upah kepada 'gandum.' (Huraian selanjutnya mengenai "keputusan rahasia Allah" boleh di lihat pada pautan). Watak utama yang memerlukan pemulihan dalam nubuatan dalam Kitab Suci adalah Bani Ibrani! House of Jacob adalah dipanggil secara simbolik sebagai Perempuan (Woman).  Apakah “keputusan rahasia Allah” ? Dalam Daniel 12: 7 b “…Satu masa, dan dua masa dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal ini akan digenapi!”


    Nabi Daniel bernubuat khusus untuk destini bangsa Ibrani yang senantiasa terombang-ambing oleh pergolakan kuasa-kuasa besar di dunia terutama kuasa-kuasa anti-Firman. Bab 36 sehingga Yeh. 39. dalam Kitab Yehezekiel adalah nubuatan-nubauatn tentang kesesakan bani Israel di zaman selepas era Matius 24: 29. Janji Tuhan kepada Israel melalui nubuatan Yehezekiel berbunyi “Aku tidak lagi menyembunyikan wajahKu terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan Rohku keatas kaum Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH."


    Selama Diaspora berlangsung, bani Israel telah terpecah kepada dua kumpulan 'perempuan' iaitu 'perempuan' menurut Perjanjian Lama dan juga 'perempuan' yang mengikuti Perjanjian Baru. Israel yang mengikuti Perjanjian baru tidak mengalami masalah dalam pemulihan penyembahan kerana mereka telah menemukan pemulihan rohani, namun secara menyeluruhnya, kaum Israel masih menunggu nubuatan para nabi perihal pemulihan bani Israel secara menyeluruh di Tanah Suci menurut Firman Tuhan, dan bukannya seperti keadaan tanah Israel yang ada sekarang yang telah diujudkan oleh binatang-binatang atau pemerintah bangsa-bangsa pada tahun 1948 AD. Tahun 1948 mengenapi keputusan ("perintah") bangsa-bangsa di dunia, dan bukanlah mengenapi 'pemulihan' sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi-nabi.


    Tanah Israel yang diujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (pemerintah dunia) berdasarkan formula deklarasi Lord Balfour sebenarnya merupakan suatu ‘penjarahan’ Tanah Suci. Keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu tidaklah menepati kehendak 'penggenapan pemulihan Bani Israel' menurut nubuatan para Nabi! Namun, kembalinya mereka ke sana 'masih menggenapi' beberapa nubuatan para nabi, tetapi bukanlah penggenapan kepada pemulihan kerajaan Isreal menurut nubuatan para nabi.  Sebelum saat pengangkatan Yesus ke Sorga, murid-muridNya telah sempat bertanyakan perihal 'pemulihan kerajaan Israel.'  6 Mereka bertanyakan "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?"  7 JawabNya, " Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya."  (Kisah Para Rasul 1: 6-7).  Jawapan Yesus dalam ayat ke-7 yang berbunyi "...yang ditetapkan Bapa..." jelas membuktikan bahawa sememangnya ada 'pemulihan' kerajaan Israel di masa akan datang.


    Pemulihan Israel akan bermula apabila  kebangkitan Israel bermula dari “tulang-tulang kering” yang hidup kembali menurut nubuatan Nabi Ezekiel.  Harus kita ingat bahawa bani Ibrani adalah mempelai YHVH di dalam Perjanjian Lama, tetapi ia telah mati menjadi “tulang-tulang yang kering” kerana mereka telah meninggalkan Perjanjian 'darah' iaitu jalan’ perdamaian yang diajarkan menurut Taurat, malah mereka juga turut menolak anugerah ‘Jalan menurut pekerjaan Kristus (Lukas 24: 44). Kelak, mereka akan sampai kepada suatu 'titik permulaan' pemulihan Kerajaan Israel itu yang luarbiasa di mana 12,000 dari setiap suku kaum Israel berjumlah 144,000 akan dimeteraikan oleh malaikat dengan meterai "meterai Allah yang hidup." Bayangkan 144,000 akan turut serta Yesus dalam karya menghakimi, menghukum dan memerangi bintang-binatang yang memerintah bangsa-bangsa dengan kuasa-kuasa  para malaikat yang menopang mereka!


Pemulihan Israel


   Tuhan tidak akan melupakan tanah Yakub, dan Ia akan memulihkan Israel. Pemulihan Israel menjadi suatu kisah yang sangat menarik kerana ia mengheret semua bangsa-bangsa di dunia, dan melibatkan pergolakan kuasa-kuasa besar di dunia. Destini Israel dalam nubuatan para nabi adalah kunci kepada pemahaman sejarah dunia.


    Hal itu dinubuatkan dalam Yeh. 37:8sesudah waktu yang lama sekali, engkau akan mendapat perintah (Lord Balfour’s declaration dan keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu); pada hari yang terkemudian engkau akan datang (kembali ke Tanah Suci) sesudah musnah karena perang, (WWII) dan engkau menuju suatu bangsa yang dikumpulkan dari tengah-tengah banyak bangsa yang dikumpulkan di atas gunung-gunung Israel yang telah lama menjadi reruntuhan. Bangsa ini telah dibawa ke luar dari tengah-tengah bangsa, dan mereka semuanya diam dengan aman tenteram.”


    Sejak kemerdekaan Israel pada tahun 1948, mereka telah kian rancak "menuju suatu bangsa yang dikumpulkan" namun bukanlah pada tahap pemulihan rohani. Keujudannya telah ditentang oleh bangsa-bangsa Arab di sekelilingnya melalui konflik peperangan (Yeh. 38: 1-7) yang tidak putus-putus.  Malah pendirian negara sekular Israel perihal “Tanah Suci” ditentang oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui resolusi -resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Yeh.38: 9). Justeru itu, tahun kemerdekaan 1948 bukanlah "pemulihan" bekas pengantin YHVH itu sebagai pemulihan rohani. Tetapi ia menggenapi frasa "menuju suatu bangsa yang dikumpulkan."  Ada satu “titik perubahan” yang dinubuatkan oleh Nabi Ezekiel akan terjadi ke atas Israel sekular yang ada sekarang.


Apakah “titik” ("point of sailing") itu menurut nubuatan Nabi Yehezekiel?


“15..engkau (Gog) dari utara sekali, engkau dengan banyak bangsa yang menyertai engkau, mereka semuanya mengendarai kuda, suatu kumpulan yang besar dan suatu pasukan yang kuat.” (Yeh. 38: 15)  16..Pada yang terkemudian akan terjadi hal itu dan Aku akan membawa engkau (Gog di tanah Magog, yaitu raja Agung negeri Mesekh dan Tubal) untuk melawan tanahKu, supaya bangsa-bangsa mengenal Aku, pada saat Aku menunjukkan kekudusanKu kepadamu di hadapan mereka , hai Gog. …17 …Aku sudah berfirman pada hari -hari dahulu kala dengan perantaraan hamba-hambaKu, yaitu nabi-nabi Israel, yang bertahun-tahun bernubuat pada waktu itu, bahawa Aku akan membawa engkau melawan umatKu.


18 Pada waktu itu, pada saat Gog datang melawan tanah Israel, demikianlah firman Tuhan Allah, amarahKu akan timbul. Dalam murkaKu, 19 dalam cemburuKu dan dalam api kemurkaanKu Aku akan berfirman: Pada hari itu pasti terjadi gempa bumi yang dahsyat di tanah Israel. (lihat pautan "Meterai ke-6 dibuka" dalam Wahyu 6) 20…semua manusia di atas bumi akan gentar melihat wajahKu (kedatangan Kristus yang ke-2 atau hadiratNya di bumi).


    Gunung-gunung akan runtuh, lereng-lereng gunung akan longsor, dan tiap tembok akan roboh ke tanah. 21 dan Aku akan memanggil segala macam kekejutan terhadap Gog, demikianlah firman Tuhan Allah, sehingga pedang seorang akan memakan yang lain. 22 Aku akan menghukum dia dengan sampardan tumpahan darah; aku akan menurunkan hujan lebat, rambun, api, dan hujan belerang ke atasnya dan ke atas tentaranya dan keatas banyak bangsa yang menyertai dia. (Yeh. 38: 16-22). Peperangan yang disertai oleh banyak bangsa sebelum terpulihnya penyembahan rohani Israel ada dinubuatkan dalam“murka Tuhan” iaitu Sangkakala yang ke-enam, iaitu peperangan yang melibatkan 200 juta tentera. Wahyu 9: 13-17. “…dan menyatakan diriKu di hadapan bangsa-bangsa yang banyak, dan mereka akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN.” Yeh. 38: 23.

Pemulihan bani Israel


    Meterai pemulihan 12 suku kaum Israel sejati dinyatakan dalam Wahyu 7, dan dinubuatkan 12,000 orang dari setiap suku kaum mendapat “meterai Allah yang Hidup” pada dahi mereka berjumlah 144,000 kesemuanya. Namun, pemulihan Bani Israel secara terperinci di nubuatkan oleh Nabi Yehezekiel bermula dari Yeh. 36 sehingga kepada Yeh. 48. Yeh. 36: 6 …gunung-gunung Israel, akan bertunas kembali kembali dan akan memberi buah untuk umatKu Israel, sebab mereka akan segera kembali.


    Tuhan menyatakan “missionNya”kepada Israel dalam Yehezekiel 39: 7 “Dan aku akan menyatakan namaKu (missionKu) yang kudus di tengah-tengah umatKu Israel, dan Aku tidak lagi membiarkan namaKu (missionKu) yang kudus dinajiskan, sehingga bangsa-bangsa akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan, yang Mahakudus di Israel.”


25 Oleh sebab itu beginilah firman tuhan Allah: Sekarang, Aku akan memulihkan keadaan Yakub dan akan menyayangi seluruh kaum Israel dan cemburuKu timbul untuk mempertahankan namaKu yang kudus. 26 mereka akan melupakan noda mereka dan segala ketidaksetiaan mereka,..27 dan kalau Aku sudah membawa mereka kembali dari tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka dari tanah musuh-musuh mereka, dan pada saat Aku menunjukkan kekudusanKu kepada mereka di hadapan bangsa-bangsa yang banyak.28 dan mereka akan mengetahui bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka, yang membawa mereka ke dalam pembuangan di tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka kembali di tanahnya dan Aku tidak membiarkan seorangpun dari padanya tinggal di sana (pembuangan). 29 Aku tidak lagi menyembunyikan wajahKu (hadirat Tuhan) terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan Rohku ke atas kaum Israel, demikianlah firman Tuhan Allah.” (Yeh. 39: 25-29).


Meterai pemulihan 12 suku kaum Israel sejati dinyatakan dalam Wahyu 7, dan dinubuatkan 12,000 orang dari setiap suku kaum mendapat “meterai Allah yang Hidup” pada dahi (beribadah dan percaya) mereka berjumlah 144,000 kesemuanya. Namun, pemulihan Bani Israel secara terperinci di nubuatkan oleh Nabi Yehezekiel bermula dari Yeh. 36 sehingga kepada Yeh. 48. Yeh. 36: 6 “…gunung-gunung Israel, akan bertunas kembali kembali dan akan memberi buah untuk umatKu Israel, sebab mereka akan segera kembali.”


    Pemulihan Israel di tanah suci tidak akan terjadi tanpa melalui kesesakan peperangan bangsa-bangsa seperti dalam Yehezekiel bab 38-39. Selepas terjadinya peperangan yang melibatkan Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal menyerang Israel. Orang Persia (Iran, Iraq dan Syria), Ethiopia, dan Put (Libya ?) menyertai mereka dan semuanya dengan perisai dan ketopong. Orang Gomer dengan seluruh tenteranya, Bet Togarma dari Utara sekali dengan seluruh bala tentaranya, banyak bangsa menyertai engkau….Tuhan berfirman "Aku tidak lagi menyembunyikan wajahKu terhadap mereka, kalau Aku mencurahkan RohKu ke atas kaum Israel, demikianlah firman Tuhan Allah. (Yeh. 39: 29).
















___________
to be continued --bersambung di Part 2
_______________