Isnin, 20 Februari 2017

Apa akan terjadi kepada "karya" manusia ("nama" manusia~iaitu 'monetary') sebelum tahun 2067 CE?

"Dan pada masa itu orang-orang akan mencari 'maut,' tetapi mereka 'tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka." Wahyu 9: 6     
____________________

                                     
   Dalam bahasa Roh' Ilahi, "Nama" bermaksud "karya." 'Karya' Roh Tuhan dijelaskan oleh semua firman yang dianugerahkan kepada umat Tuhan sejak dari zaman Adam.  Ia berasal dari 'rekod Tuhan yang hidup' dan kekal abadi yang disebut menurut Ordo Melkisedek. Ordo Melkisedek itu kelak difahami dan dinyatakan dalam peribadi Kristus! Secara ringkas, Anak Manusia, Yeshua Kristus, adalah karya Roh Tuhan menurut Ordo Melkisedek! Maka, Kristus juga dilihat dan dikenali sebagai Firman yang dibaluti daging manusia untuk menyempurnakan misi "Domba Tuhan" (upacara Ritus Altar Sorgawi di Bumi). Karya Kristus adalah sepenuhnya menurut Firman kerana rohNya adalah ROH tujuh lapis karunia (Isaiah 11). Firman itu suci, benar, tanpa cacat celah (sempurna) dan penuh berkuasa. Sifat-sifat Firman adalah seperti senarai di atas kerana ia 'hidup' dan kekal abadi.'  Kuasanya dikuatkuasakan oleh para malaikat Sorgawi dan penduduk Sorgawi. Umat Tuhan di Bumi diperintahkan untuk menurutinya dan melaksanakan isi mesej seperti firman dalam doa Bapa Kami. Orang yang beribadah Bapa Kami disebut the doers of the Word! Firman adalah roh dan hidup. Justeru itu, "Nama" Kristus juga adalah Firman Allah (Wahyu 19: 13). Segala 'karya' atau pekerjaan Kristus adalah Firman Allah atau dalam Roh nubuat ia berbunyi: "...namaNya ialah Firman Allah (the  Word of God)" seperti dalam Wahyu 19: 13.  

    Sekali imbas, petikan Wahyu 9:6 di atas, mengingatkan kita kepada filem-filem bikinan Hollywood yang bertema 'Zombie,' iaitu manusia yang tidak mati kerana bertukar jadi mahluk zombies. Akan tetapi, ayat Wahyu 9: 6 tidaklah ada kena mengena dengan fenomena 'zombie' seperti yang disajikan oleh filem fantasi atau sci-fi Hollywood. Seringkasnya, ayat 6 itu mengungkapkan realiti 'penghambaan' yang akan melanda umat manusia sejagat di jam yang terakhir! Kata nubuat 'maut' dalam ayat 6 di atas adalah bermaksud 'karya' manusia yang menuju kepada kebinasaan (perishable).

    Apa saja yang dikaryakan oleh kapasiti intelek manusia di Bumi adalah 'maut' ('death' which means perishable handiwork), kecuali perbuatan atau ibadah 'Bapa Kami' yang dibuat secara 'sempurna,' iaitu dibuat dengan kekuatan Ilahi (lihat 'doa Bapa Kami dalam Injil Matius 6). Perbuatan-perbuatan manusia menurut kehendak-kehendak Tuhan dalam doa Bapa Kami adalah 'perbuatan' yang kekal abadi (non perishable), jika Ia dikenan di mata Tuhan! Perjanjian duit adalah dinubuatkan sebagai "maut," sebab duit bukanlah sumber sejati kehidupan; ia adalah karya manusia yang mewakili nilai untuk transaksi "membeli atau menjual." Duit bukanlah karya Ilahi; ia bukanlah di dalam 'nama' Tuhan. Namun, penduduk dunia masih percaya dan menerima-pakai "karya" (nama) yang disebut 'duit' atau 'monetary,' untuk kehidupan kerana semua terikat kepada persetujuan, persefahaman atau Perjanjian-perjanjian se-dunia, dan menerima peraturan-peraturan duit mengikut hukum-hukumnya. Kenapa duit samada wang syiling atau wang kertas memaparkan gambar pemerintah atau raja? Kerana 'duit' adalah "karya" pemerintah! Ia juga disampaikan oleh perkataan roh nubuat sebagai "nama binatang" atau "nama manusia." Dalam Kitab Kejadian 11: 4, manusia di bumi berkata: "Marilah kita mencari nama..." Ia berarti: manusia di bumi berkarya. Sumber hidup sebenar yang menjanjikan kehidupan kekal-abadi adalah nama-nama Tuhan dan jaminan kepada 'karya-karya' ('nama-nama') Tuhan adalah perjanjian,  iaitu Perjanjian Paskah Tuhan. 

    Namun, umat manusia sejagat telah berkata sejak Perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944 : "...marilah kita mencari 'nama';... karya utama atau 'nama' semua manusia sejagat di jam-jam terakhir adalah "peace and security," dan juga "karya-duit" atau "monetary" untuk urusniaga membeli atau menjual. "Peace and security" dan "monetary" adalah 'karya-karya' (nama-nama) utama manusia di akhir zaman bangsa-bangsa. Ia bersifat sementara dan 'menghambakan' manusia; sifatnya yang 'menghambakan' itulah sebabnya, ia dinubuatkan sebagai "maut." (the covenant of death). Pekerjaan-pekerjaan yang "kekal abadi" jelas dinyatakan oleh Firman, iaitu kehendak-kehendak Ilahi yang terkandung dalam ibadah/doa, "Bapa Kami." 'Karya' manusia dalam kehidupan, tanpa Tuhan itu dinubuatkan sebagai "maut," sedangkan 'karya' Tuhan adalah kekal abadi.   'Semua firman' Tuhan adalah misi (karya) ROH Tuhan. Jelas sekali, "Nama" Tuhan ("karya" Tuhan) ialah the Word of God: Christ (Lihat Wahyu 19: 13 b) .

  "Pada masa itu orang-orang akan mencari 'maut' (mencari duit)". Di jam-jam terakhir, umat manusia sejagat akan 'mencari duit' untuk kehidupan, malah sejak sebelum era keujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945 CE) muncul, duit telah lama dirancang oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk menjadi  umpama 'darah dan nadi' kepada misi 'nation-building' bagi setiap 'bangsa' (negara) di dunia sebagaimana 'brick-making' yang pernah menjadi asas kepada misi "peace and security," dan  misi 'city building' di zaman purba iaitu, sebelum bermulanya zaman bangsa-bangsa (Kejadian 11).

    Di zaman jam-jam terakhir zaman perdamaian oleh 'Raja Damai,'  dan juga era permulaan penghakiman dan penghukuman oleh nama Hakim; kekuatan ekonomi, iaitu keutuhan duit, adalah  asas kepada misi ('nama') membina negara bagi setiap bangsa di dunia.  Ilmu "...membuat batu-bata dan membakarnya dengan baik-baik..." adalah asas kepada membina kota-kota yang se-zaman dengan Kota Babel purba (Kej.11). Tinggal di kota yang dibina seperti kubu adalah jauh lebih selamat jika dibandingkan dengan tinggal bebas di tanah lapang tanpa dikelilingi oleh tembok-tembok batu-bata. Kerajaan monarki purba tidak dapat dipisahkan dengan 'kota/kubu yang utuh dan pemerintah-raja.' Maka, kerajaan-kerajaan Purba adalah sangat bergantung kepada 'city /fort building' sebagai sumber 'peace and security' di bumi, manakala ungkapan "Marilah kita mencari nama..." adalah frasa nubuat yang menyatakan 'karya' (handiwork) kehidupan manusia yang akan dihambakan oleh 'nama' yang mereka cari itu. Bila manusia mencari 'nama' manusia, maka itu memberi erti bahawa umat manusia 'berkarya' di bumi tanpa mencari 'nama' Tuhan; mereka bukanlah pelaku Firman Tuhan. Jelas, 'nama-nama' Tuhan memerdekakan umat manusia dari penghambaan dosa. Dan, mencari 'nama' Tuhan menuntun manusia kepada Sumber Kehidupan sejati. Manusia yang pusat kesedarannya dominan pada otak, cenderung untuk 'berkarya' atau "mencari nama" manusia untuk kehidupan daging! Namun, tanpa 'nama' Tuhan, karya ('nama') manusia itu akan berakhir kesia-siaan.

    Kejadian 11 memberi kita pengertian bahawa membina kota-kota (city-building) yang utuh adalah sumber 'peace and security' bagi umat manusia di zaman Babel purba untuk hidup di Bumi; 'keutuhan kota' (kingdom-dom building) yang dibangun bergantung kepada ilmu 'brick-making.' Pengakhiran telah dinubuatkan oleh 'permulaan' (Yesaya 46: 10). Namun, di akhir zaman, karya politik dan karya ekonomi (karya-duit) yang utuh adalah asas 'peace and security' bagi setiap bangsa dan negara (nation-building); karya nation building di jam terakhir menuntut ilmu 'mengira' dalam semua matematika ekonomi iaitu dalam prinsip moden 'bekalan dan permintaan.' Tuhan adalah Pencipta Langit dan Bumi, dan justeru itu, nama-nama Tuhan adalah asas sumber 'keselamatan dan damai-sejahtera' yang sebenar. Kuasa ROH Tuhanlah 'Sumber kehidupan," dan 'nama-namaNya'-lah yang memelihara Bumi, manusia dan semua mahluk hidup serta segala isinya. 'Nama' Tuhan (karya Tuhan) adalah 'damai-sejahtera' manusia yang sejati!  "Nama-nama" Roh Tuhanlah yang memelihara segala keseimbangan alam-semesta, sedangkan 'karya-duit' langsung tidak ada kuasa untuk memelihara dan juga tidak ada kuasa ghaib yang menyembuhkan alam semesta dan Bumi. Malah, 'cinta akan uang' 'telah' mengakibatkan pertumpahan darah manusia dan juga senantiasa mengakibatkan kerosakan kepada bumi.

    " ... tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka ingin mati."   Kenapa?  Ia adalah krisis ekonomi yang sangat dahsyat di era apokaliptik 'api'! Bila nilai upahan menjadi negatif kerana hutang negara-negara yang tersasar jauh dari 'pengiraan' yang dikatakan 'sehat' dan dibenarkan, maka itu bermakna samalah ertinya "tidak menemukannya...". Akan ada masa semua ilmu matematika dalam ekonomi akan menemui kegagalan. Pada ketika 'Pengiraan' tidak lagi berfungsi, maka 'karya-Duit' yang dicari oleh manusia akan seolah 'terbang-lari.' Pelbagai usaha jerih-payah yang bertungkus-lumus hanya akan berakhir "...tidak menemukannya," kerana nilai upahan senantiasa akan menjadi negatif. Taraf kehidupan akan  jatuh menjunam! Kuasa beli yang amat rendah secara berpanjangan atau pendapatan negatif secara berpanjangan dan secara menyeluruh-sejagat adalah "economic-collapses"[a] yang mengakibatkan mereka yang tidak tertulis namanya dalam Buku kehidupan--- "kepingin mati."

                                   
"Karya-duit" moden atau 'monetari'  mengikut prinsip 'bekalan dan permintaan' memperlihatkan masalah-masalah 'hitungan' kerana ia tertakluk kepada 'keruapan' dan manipulasi manusiawi' atau dalam bahasa roh nubuat "maut lari dari mereka." Tajuk utama akhbar di atas, "Billions Lost...," menjelaskan salah satu faktor bagaimana frasa "maut lari dari mereka" itu dimengertikan! "Maut" bermaksud 'karya-duit yang tidak kekal abadi'. Setiap perjanjian "karya-duit" diumpamakan sebagai satu jangka 'hayat' belalang. "Belalang juta" dalam Alkitab memang merujuk kepada "malapetaka" yang boleh menjahanamkan setiap hasil kemakmuran kehidupan. "Maut" sebagai karya manusia boleh mengakibatkan 'sengatan kalajengking' lalu terjadilah kemerosotan dan penghambaan kehidupan.

Sumber Imej: NHD: The Great Depression. 2 March 2017.<http://nhdgreatdepressionturningpoint.weebly.com>

     Dan "maut lari dari mereka" kerana semua upah atau pendapatan akan menjadi kesia-siaan (negatif). Keadaan sedunia seperti ini akan membawa kepada penggenapan nubuatan dalam Wahyu 9, iaitu "200 juta askar " terlibat dalam perang dunia.

    Penulis tiada niat untuk membenci atau meletakkan diri sebagai anti kepada 'karya ' manusia perihal 'monetary'.' Ulasan di atas hanyalah kesaksian tentang takdir yang akan menimpa manusia dengan karyanya apabila 'murka' sangkakala ke-lima (the 5th trumpet) ditumpahkan di bumi. Biarpun kita melihat 'tanda-tanda' akhir zaman bangsa-bangsa, namun tidaklah kita berjuang untuk seolah-olah 'anti' kepada 'karya' manusia di bumi. 'Karya' manusia adalah keperluan kehidupan daging di bumi, meskipun ia dianyam dengan pelbagai ketidak-adilan dan konspirasi! Semua pemerintah (juga disebut raja-raja di bumi atau seperti raja)   bangsa dan semua negara terikat kepada hukum-hukum perihal perjanjian 'nama' manusia. Nubuat -nubuat para nabi menyingkapkan masa hadapan, dan kita melihat 'karya' Tuhan ('nama-nama' Tuhan) adalah jauh sekali berbeza berbanding dengan 'karya-karya' manusia ('nama-nama' manusia); antara perishable dan imperishable. Manusia berkata: "Marilah kita mencari 'nama'...." "Nama" yang mereka cari telah menjadikan bangsa-bangsa 'marah'.

    Akan tetapi, kita tahu: "Suara Tuhan di atas air, Allah yang mulia mengguntur, Tuhan di atas air yang besar." (Mazmur 29: 1). Mazmur 29: 1-8 adalah 'intro' kepada nubuat 'suara' Hakim yang murkaNya berjalan seperti perjalanan 'puting beliung' (Nahum 1). Meskipun suara 'nama-nama' Tuhan seperti seolah-olah mempunyai  'abjad bahasa roh' (abjad itu menjelaskan~the flow of he Spirit of prophecy), namun setiap "nama" Tuhan mempunyai pemberitaan 'langit' dan 'bumi' yang boleh dibezakan. Justeru itu, 'nama' Raja Damai diberitakan oleh 'langit' dan 'bumi' dengan rinci-penyampaian yang berbeza dengan pemberitaan 'nama' Hakim. Walaupun demikian, pemberitaan itu secara consistent mengalir menurut aliran ROH nubuat, iaitu mengalir kepada 'abjad ROH:' 'langit' dan 'bumi'. Yeshua berkata: "Domba-domba gembalaanKu mendengar 'suara' Ku." Dan Ia juga berkata: "...Akulah gembala yang Baik..."

The mystery of the rhyming "A time, times, and half a time...."
Tafsiran "Spirit of Judgment" menurut frasa "Seven-times over" dari Leviticus 26: 14-46)
__________
[a] "Economic Collapse." (I) Investopedia. 21 February 2017.<http://www.investopedia.com/e/economic-collapse>