Khamis, 24 Disember 2015

Why. 12 sudah dinyatakan dari permulaan, dan dari purbakala iaitu dalam Kejadian 3: 15 -16 a (Woman vs. Old Serpent~ Siri I )


Oleh Jonas Mannaseh

15 Aku akan mengadakan permusuhanantara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya." 16 FirmanNya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; ..." (Kejadian 3:15-16 a).

    Nabi Yesaya menyampaikan firman Tuhan dalam Kitab Yesaya 46: 10 “(Akulah Allah)…yang memberitahu dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang yang belum terlaksana, yang berkata: keputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan.” Permusuhan di antara ‘perempuan’ dan Ular Tua, dan juga di antara keturunannya dan keturunan Ular Tua itu telah disingkapkan seawalnya dalam alkisah manusia iaitu sejak zaman purbakala lagi di Taman Eden. Perseturuan itu telah disingkapkan pengakhirannya dalam Kitab Wahyu, bab yang ke-12 sehinggalah kepada alkisah nubuatan dalam Kitab Wahyu bab ke-17. Alkisah “Perempuan bermusuhan dengan nama-nama binatang” telahpun diberitakan sejak dari 'permulaannya,' iaitu se-awal pada nubuatan Nabi Musa secara ke belakang ('prophesying backwadly') dalam Kitab Suci Kejadian 3: 15.

    Benarlah Firman Tuhan bahawa "dari purbakala Tuhan telah mewahyukan perihal pengakhirannya" iaitu kasus perseteruan di antara 'perempuan' dan 'Ular Tua.' Permusuhan di antara perempuan dan ular tua dinubuatkan bahawa ia akan membabitkan kedua-dua keturunan bagi mahluk ciptaan Tuhan itu. Ungkapan 'perempuan' dalam Kitab Kejadian 3: 15 adalah ungkapan nubuatan yang hanya diberikan secara khusus kepada bangsa Ibrani. Justeru itu, perkataan ‘perempuan’ bukanlah secara harfiah merujuk kepada Hawa sahaja, tetapi ia sebenarnya merujuk kepada bangsa yang dipilih Tuhan untuk melaksanakan kehendak-kehendakNya di bumi.

    Kelak, selepas kiamat banjir ungkapan profetik 'perempuan' telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada keturunan Abraham, iaitu 'house of Jacob' atau bani Ibrani. Tuhan melihat dan merencanakan supaya perempuan itu akan melahirkan 'bintang bethlehem' pada masa yang telah diketahui dan ditetapkan oleh Allah Bapa. Juruselamat dari Sion adalah maksud yang disingkapkan semula oleh latarbelakang penceritaan Wahyu 12. Wahyu 12: 2 menyingkapkan takdir yang akan menerpa bani Ibrani, dan ia berbunyi “Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia (Juruselamat) berteriak kesakitan.” Rencana Tuhan untuk menggenapi “Firman menjadi manusia,” melalui Israel sebagai umat pilihanNya telah mengakibatkan bani Ibrani itu senantiasa menjadi sasaran yang tidak dilepaskan oleh ular tua.

    Ular tua senantiasa berusaha untuk mencari jalan supaya dapat merosakkan apa sahaja rencana Tuhan ke atas bangsa Ibrani. Justeru itu, ia senantiasa mencari jalan untuk “meremukkan tumit perempuan” itu. House of Jacob yang dipilih Tuhan untuk melaksanakan kata profetik “perempuan’ dalam Kejadian 3: 15 telah melalui pelbagai ‘kesakitan dan penderitaan.’ Ia bermula dengan 400 tahun penghambaan di Mesir. Selepas menduduki tanah Perjanjian selama lebih kurang 902 tahun, iaitu jumlah tahun 'pendudukan' Tanah Suci yang dihitung sejak Paskah di Mesir sehinggalah Tuhan YHVH menyatakan 'perceraian' seperti Firman yang disampaikan dalam 2 Raja-Raja 23: 27. Tuhan telah mengambil 'namaNya,' meskipun sebelum itu, Ia pernah berjanji bahawa namaNya ada pada bait Allah di Kota Yerusalem. Selepas Yehuda memasuki era pembuangan, kerajaan kedua-belas suku kaum Israel telah menjadi sekadar sejarah sahaja. Tanah suci telah menjadi jajahan-takluk oleh bangsa Asyur, Kasdim, Medo-Parsi, Yunani, dan juga oleh pemerintah Romawi. 'Penderitaan dan kesakitan' yang dialami oleh 'perempuan' kerana 'patukan-patukan' penaklukan oleh keturunan-keturunan Ular Tua, dan ditambahi pula dengan kebutaan rohani suku-kaum Imamat, dan kejahatan raja-raja mereka sendiri telah menggenapi nubuatan dalam Kitab Kejadian 3: 16.

    Wahyu 12: 1-2 sebenarnya menjelaskan kebenaran konsistensi kesaksian Roh nubuat dalam Yesaya 46: 10 kerana nubuat dalam Kejadian 3: 16 telah disampaikan seawalnya oleh Roh Tuhan di zaman purbakala menurut catatan permulaan Kitab Kejadian. Santo Yohanes telah melihat tanda di langit, dan penglihatannya perihal ‘perempuan’ berselubungkan matahari itu mempunyai ‘dua belas bintang di atas kepala perempuan' seperti dalam Kitab Why. 12:1. Tanda itu mewakili kedua belas suku bangsa Ibrani, dan ia juga mewakili kedua belas rasul Kristus yang telah memberitakan perihal anugerah 'Jalan' kepada semua bangsa-bangsa di dunia. Bangsa-bangsa di dunia yang percaya kepada Anak Perdamaian yang dilahirkan oleh ‘perempuan’ itu, telah menjadi 'anak-anak' (offspring). 'Anak-anak' itu adalah keturunan 'perempuan' seperti yang didedahkan oleh nubuatan dalam Kejadian 3: 15; Yesus telah menjadi Anak yang sulung. 'Anak-anak' (evangelized gentiles) kepada 'perempuan' (New Testament's house of Jacob) itu turut diperangi oleh Ular Tua itu menurut wahyu dalam Kitab Wahyu 12: 17.

    'Ular tua' itu adalah kata-nama yang membawa maksud nubuat yang merujuk kepada Roh Lucifer! Siapakah pula keturunan ular tua yang diungkapkan oleh Kejadian 3: 15? Keturunannya jelas mempunyai manifestasi kacukan darah manusia, dan “anak-anak Allah (gods)” dalam Kitab Kejadian 6, iaitu kemunculan nephilim, malah selepas kiamat banjir, keturunan kacukan itu muncul lagi seperti dalam catatan Kitab Bilangan 13: 33.

    Walaubagaimanapun, penafsiran tersebut tadi tidaklah jitu dan lengkap, jika sekiranya kita katakan bahawa keturunan ular tua itu hanyalah sekadar merujuk kepada keturunan daging sahaja, meskipun ternyata ada kejadian mengenai dengan ‘cross breeding’ terlarang seperti dalam Kejadian 6 dan Bilangan 13: 33. Roh Nubuat menjelaskan bahawa keturunan ular tua juga merujuk kepada semua pemerintah-pemerintah dunia daripada bangsa-bangsa yang menentang Firman, ataupun bangsa-bangsa tidak percaya kepada 'Firman menjadi manusia.' Janganlah hairan jika suku kaum Dan tergugur dari senarai dua belas bangsa Israel dalam Wahyu 7.  Yakub menubuatkan bahawa suku kaum Dan adalah ular. Penulis berpendapat bahawa dalam Why.7, suku kaum tersebut tidaklah mempunyai kelayakan untuk mencapai jumlah 12,000, maka sub-tribe Manasye telah diangkat untuk menggantikan suku kaum Dan. Bukanlah berarti mereka semua telah gugur dan ditolak Tuhan.  'Anak-anak' perempuan dalam Wahyu 12: 17 bukanlah merujuk kepada keturunan Bangsa Ibrani. Ia ('anak-anak')  merujuk kepada bangsa-bangsa bukan Ibrani yang telah dilahirkan kembali oleh operasi Roh tujuh lapis yang melaksanakan karya Allah Bapa di dalam nama Kristus, lalu menjadi pengikut-pengikut 'Jalan.'

    Keturunan perempuan disebut 'anak-anak' (offspring), dan mereka itu adalah merangkumi barangsiapa di antara bangsa-bangsa bukan Ibrani yang telah percaya kepada penebusan dalam nama Domba Tuhan, Kristus. Jika Tuhan memilih bani Israel sebagai 'perempuan,' samada Ibrani Perjanjian Lama atau Ibrani Perjanjian Baru, maka si Ular Tua pula memilih pemerintah-pemerintah dunia sebagai keturunannya.  Pemerintah-pemerintah dunia atau raja-raja bangsa-bangsa telah dijadikan  oleh Ular Tua sebagai saluran kehendak-kehendak naga.  Mereka adalah maharaja-maharaja Babylon, maharaja-maharaja Mede-Persian, maharaja dan raja-raja Yunani, maharaja Romawi, raja-raja dalam empayar Romawi (termasuk Herodes) dan juga termasuklah pemerintah-pemerintah dunia yang sedang berkuasa pada masa kini! Tuhan menyampaikan firman dan menyingkapkannya kepada kita bahawa pemerintah-pemerintah Dunia adalah disebut secara simbolis sebagai 'binatang-binatang.' Ia bersesuaian dengan status mereka sebagai keturunan si Ular Tua. Yesus menjelaskan kenapa ia berkata-kata dalam perumpamaan, “kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga.”

    Dalam seluruh 'karya Allah' iaitu Firman Allah, hanya umatNya sahaja yang dinubuatkan dengan gelaran 'perempuan,' meskipun ungkapan profetik 'perempuan' itu, ada masanya ia diungkapkan sebagai pelacur; ungkapan 'pelacur' mendedahkan ketidaksetiaan bani Israel dalam zaman Perjanjian Lama. Ia disindirkan sebegitu kerana Israel telah meninggalkan Tuhan sebagai Raja mereka, dan mengakibatkan ia kerapkali terlibat atau ditakluki oleh kekuasaan politik raja-raja bangsa-bangsa  di dunia. Namun, ketidaksetiaannya tidaklah pula membatalkan gelarnya sebagai perempuan, meskipun ia disindirkan sebagai pelacurIa diungkapkan oleh firman sebagai "mabuk dengan raja-raja dunia." Di dalam Alkitab, semua pemerintah dunia dari bangsa-bangsa adalah dirujuk secara konsisten dengan ungkapan yang sama, iaitu sebagai 'binatang-binatang.' Maka, sudah tentu kita akan tahu maksud simbolis “perempuan yang menunggangi binatang merah ungu” dalam Wahyu 17, bukankah? Bangsa Israel yang masih menamakan diri mereka sebagai saki-baki kepada penyembah-penyembah menurut agama Perjanjian Lama telah kembali semula ke Tanah Suci, dan hal ini bukan sahaja menggenapi nubuatan, tetapi juga sebagai manifestasi kelicikan dan kepintaran 'perempuan' menunggangi binatang merah ungu itu.

    Si ular tua tidaklah bosan untuk menjadi pengarya yang tidak kelihatan disebalik kemunculan penguasa-penguasa dunia, dan ia senantiasa ghairah untuk menumpahkan kekuatannya kepada raja-raja dan pemerintah-pemerintah Dunia, entah mereka 'gandum' ataupun lalang! Maka, tidak hairanlah Yesus bernubuat dalam Matius 13 bahawa ketika Anak Manusia menabur benih, maka datanglah si Ular Tua pada waktu malam dan menabur benih lalang. Justeru itu, kita akan menyaksikan pemerintah dunia itu boleh saja beragama Kristian, namun pemerintahannya tertakluk kepada manupulasi Ular Tua untuk menjadikan mereka sebagai agen-agen kehendaknya atau keturunannya, samada mereka sedari atau tanpa mereka sedari. Walau-apapun rumusan, "hati Raja (pemerintah) adalah seperti aliran batang air (sungai) di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini" (Amsal 21: 1). Justeru itu, jika roh pemerintah itu bukan dalam kekuasaan tangan Tuhan, maka sudah tentu ia berada di tangannya sendiri, ataupun bolej jadi ia sedang  diinspirasikan secara halus oleh Naga. Oleh itu, umat Tuhan menaikkan doa syafaat kepada mereka (Raja/pemerintah).

    Di masa penghakiman dan murka Tuhan, iaitu nama Kristus sebagai Hakim, kita akan melihat pemerintah-pemerintah yang 'jatuh,' iaitu mereka yang tidak lagi percaya kepada Firman; mereka akan ternyata sebagai jerami belaka, biarpun mereka mendakwa sebagai manusia yang beragama. Hakikatnya, Penguasaan 'lalang' dalam birokrasi pentadbiran kerajaan-kerajaan di dunia akan lebih nyata pada masa penghakiman atau ketika nama Kristus beroperasi sebagai 'Hakim' di sepanjang "satu masa, dua masa dan separuh masa."

    Ketika naga berada di tepi laut, ia sedang 'memerhatikan' benua Eropah dan  ia ingin berkarya kepada semua 10 garis keturunan raja-raja Eropah sebagaimana yang dijelaskan dalam Wahyu 13. Ia melihat bahawa semua raja-raja itu akan mampu melilitkan empayar mereka merentasi laut di dunia. Mereka melaksnakannya dengan topangan kekuatan roh yang tidak kelihatan, iaitu anugerah naga itu. Empayar British menggenapi deskripsi pemerintah dunia yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: ‘kepala binatang yang luka.' Ia adalah bukti bagaimana naga itu memberikannya kekuatan untuk menjajah hampir seperempat mukabumi! Malah ia (British) masih memiliki beberapa tanah jajahan sehingga kini. Tuhan merelakannya kerana ia menggenapi putusan (nubuatan-nubuatan) Tuhan. Rupa-rupanya, Tuhan telah berkerja melalui empayar-empayar yang dibentangkan oleh raja-raja Eropah, dan memudahkan pemberitaan Khabar Gembira di seluruh dunia.

    Rupa-rupanya, Roh Tuhan dengan lebih mudah melalui Maha-kreatifnya di dalam pekerjaan menabur benih ke atas ladang yang dibajak oleh Ular Tua. Bagi mereka yang meminati dan menyokong British, mereka sudah tentu akan berpendapat bahawa tidak mungkin naga itu yang memberikan kekuatan kepada British, namun keturunan si Ular Tua adalah pemerintah-pemerintah Dunia. Pemerintah-pemerintah dunia sebenarnya adalah sasaran ular tua untuk menyalurkan kehendak-kehendaknya samada ia disedari ataupun tidak. Apapun rancangan yang licik dari pihak ular tua, Tuhan telah menegakkan kedaulatanNya di atas segala sesuatu! Maka, keputusanNya juga akhirnya yang akan terlaksana.

    Empayar British bukanlah layak dipanggil 'perempuan' seperti nubuatan Kejadian 3:15; empayar British selayaknya adalah 'karya yang tidak kelihatan oleh tangan Naga' yang telah "tinggal berdiri di pantai laut" itu (Wahyu 12: 18). Senjata pemusnah seperti bom atom, bom hydrogen, bom plasma, dan bom nukliar, bukanlah dicipta kerana inspirasi Roh Tuhan. Kuasa-kuasa besar dunia memiliki semua senjata itu. Bukankah Kristus akan kembali ke bumi ini untuk menggenapi Firman, dan salah satu daripada tujuan Kristus kembali sebagai Hakim berbunyi: "...membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi." (Wahyu 11: 18)?

    Penaburan Anak Manusia ialah Ibrani perjanjian Baru (perempuan), dan juga 'converted gentiles' sebagai anak-anak. Bukankah anak-anak itu turut terheret dalam agenda kerakusan pemerintah yang menjajah dunia, seperti peperangan-peperangan, demi menunaikan kepatuhan dan kesetiaan mereka yang dituntut oleh raja-raja (gods)?

    Melalui kacamata Firman, agenda penjajahan adalah inspirasi si naga. Penjajahan raja-raja Eropah itu seolah-olah telah direlakan oleh tangan Roh Tuhan, agar genaplah nubuatan-nubuatan para nabi! Penguasa dunia, Amerika tidak menjajah dunia seperti raja-raja Eropah, malah ia digelar "kelihatan seperti domba"kerana ia adalah pemimpin gergasi dunia dalam melaksanakan karya perdamaian di antara semua negara di dunia dengan memperjuangkan prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu, Charter Chapter 1, Article No.1: 'Peace and Security.' Domba Tuhan' merupakan karya Jalan 'perdamaian' di antara Roh Allah Bapa dan dengan umat manusia. Justeru kerana usaha-usaha yang diusulkan dan dilaksanakan oleh Amerika seperti 'Peace and Security,' bagi Bangsa-Bangsa Bersatu, maka Ia memenuhi deskripsi binatang yang keluar dari bumi, dan digelar 'kelihatan seperti domba.' Binatang seperti ‘Amerika’ bertindak sebagai pemimpin utama dunia dalam memperjuangkan perdamaian di muka bumi: maka, ia “kelihatan seperti domba.”

    Domba Tuhan adalah karya Jalan Perdamaian di antara Tuhan dan manusia yang luka. "Binatang yang keluar dari bumi" adalah pemimpin dalam semua agenda 'perdamaian' di antara bangsa-bangsa di dunia, terutama era-era selepas perang Dunia yang ke-dua. Oleh kerana Amerika tidaklah menjajah seperti raja-raja Eropah yang mendapatkan tanah-tanah jajahan di serata bumi, maka Ia (Amerika) hanya dinubuatkan sebagai "keluar dari bumi" sahaja. Hampir kesemua 50 negeri tanahnya yang bersatu menjadi satu, dan ia di panggil 'the United States of America; sesuai dengan ungkapan “binatang yang keluar dari bumi,” namun dua tanduknya menguasai Dunia. Perkataan profetik 'laut' mengungkapkan kaitannya dengan banyak bangsa-bangsa di dunia termasuk lokasi-lokasi geografi di mana bangsa-bangsa itu tinggal. Maka, fahamlah kita kenapa empayar British adalah keluar dari 'laut;' kerana ia melilitkan banyak bangsa-bangsa menjadi warga empayar British, dan tanah jajahannya pula menjadi unjuran kepada tanah ibunda di kepulauan British. Empayar British membabitkan banyak bangsa dan tanah yang merentasi 7 lautan Dunia, dan itulah sebabnya pemerintahan monarki British itu dikatakan “binatang keluar dari laut” atau empayar pemerintahan yang merangkumi banyak bangsa dan banyak tanah jajahan di semua benua. Penduduk empayarnya terdiri dari pelbagi bangsa dari banyak tanah-tanah jajahan. Tanduknya pula ada 'mahkota' kerana empayar British diperintah oleh monarki British.

    Pemerintah dunia seperti Amerika tidaklah diungkapkan sebagai binatang yang keluar dari 'laut' kerana tanah pemerintahannya tidaklah melingkari bumi. Ia tetap berada di tanah (land) di benua utara Amerika, tanpa merentasi pantai-pantai laut di seluruh dunia. Namun, kuasanya sesungguhnya melingkari bumi, dan jelas diungkapkan oleh dua tanduk binatang itu, iaitu kuasa politik dan kuasa "buying & selling" ('kuasa duitnya'). Pemerintahan Amerika juga diungkapkan sebagai "keluar dari bumi” kerana ia tetap sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Amerika, di benua utara Amerika. Dua kuasa Amerika atau “dua tanduk binatang yang keluar dari bumi” itu telah mengikat bangsa-bangsa di dunia melalui usul perjanjian-perjanjian. 'Tanduk' itu tiada mahkota kerana Amerika adalah negara republikan. Dunia biasanya menuruti dan tunduk kepada usulnya kerana "ia 'kelihatan sebagai domba ('peacemaker'), tetapi kuasa 'politik-militer', dan kuasa "buying and selling" adalah diungkapkan sebagai "bercakap seperti naga" ; berkuasa, persuasif, dan bahaya jika ditentang ( irresistible!).

'Patung' ?

13 Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. 14 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.” (Wahyu 13:14-15)

    Di zaman dahulukala dalam kehidupan animisme atau kepercayaan polytheisme bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa, patung memainkan peranan sebagai objek penyembahan. Seluruh ibadah para penganut adalah berpusat di mana lokasi patung itu diletakkan. Namun, dalam nubuatan Wahyu 13: 14, perkataan simbolik patung mengungkapkan pengertian profetik yang tersembunyi. Ayat itu berbunyi “dan ia (binatang yang keluar dari bumi) menyuruh seluruh bumi untuk mendirikan patung bagi binatang yang luka itu," dan ia adalah bahasa profetik yang merujuk kepada kuasa politik Amerika yang menghidupkan kuasa Imperialis British dalam usaha menguasai kembali politik dunia melalui karya politik sekutu Amerika bermula dengan perjanjian-perjanjian yang mengikat bangsa-bangsa di dunia termasuklah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944. Sebelum perang dunia ke-2 berakhir, matawang British merupakan matawang utama Dunia, terutama di seluruh tanah jajahannya yang dikatakan telah melingkari dunia, sehingga ada penyair yang telah berpuisi, “matahari tidak pernah terbenam di dalam empayar British” (...the sun never sets in British Empire...")

    Dan semua aktiviti-aktiviti ekonomi di seluruh jajahannya adalah berpusat di Bank of England sebagai pusat transaksi perekonomiannya, atau 'patungnya' yang terletak di Kota London. Malah, seluruh tanah jajahannya iaitu colonies, mandates atau protectorates adalah tertakluk kepada 'undang-undang' yang digubal oleh penjajah British (colonial master). Maka ketaatan kepada hukum-hukum yang digubal oleh penjajah itu juga diwahyukan oleh Roh Tuhan sebagai 'menyembah' Patung itu: pemerintah Empayar British. Patung dalam sudut pandangan religious adalah objek ibadah, namun dalam Kitab Suci Wahyu, 'patung' itu merujuk kepada “salah satu daripada tujuh kepala binatang yang luka” yang keluar dari laut, dan ia adalah monarki empayar British. Kuasa monarki adalah dinyatakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang ditandatanganinya, atau yang dimeteraikannya. Justeru itu, patungnya juga merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang ia gubal untuk menaklukkan semua bangsa-bangsa yang tinggal di semua-tanah jajahannya. Sebagaimana bangsa-bangsa dituntut tunduk, dan taat kepada monarki empayar Biritish, maka demikianlah ia diumpamakan sebagai seolah-olah suatu ungkapan ibadah kepada patung (idol) yang menuntut ketaatan pada peraturan ritual atau tata-cara ibadah! Selepas Perang Dunia ke-II, banyak tanah jajahan British yang telah menyatakan hasrat untuk mengecapi independen, samada melalui perjuangan politik yang aman, ataupun melalui pemberontakan yang berdarah.

    Banyak tanah jajahan telah diberikan kemerdekaan yang juga memberi arti bahawa ia telah mengurangkan kekayaan yang dikecapi selama ini oleh penjajah British. Namun, kemunculan Amerika sebagai kuasa baru dunia selepas perang dinubuatkan sebagai binatang yang keluar dari bumiitu,“kelihatan seperti domba.” Ia telah berkarya bersama British dengan mengusulkan penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan juga penubuhan pusat pemulihan negara iaitu Bank Dunia dengan ditunjangi oleh perjanjian Bretton Woods. Dengan karya atau nama yang diilhamkan oleh Amerika bersama sekutu utamanya iaitu British, maka British sebagai “binatang yang luka oleh pedang” (peperangan dunia ke-dua), telah dapat mengembalikan 'kuasa duit’ Pound sebagai matawang utama Dunia di belakang dollar Amerika. Amerika (“binatang yang keluar dari bumi”) telah bersepakat dengan British dan sekutunya melalui Perjanjian Bretton Woods; ia dinubuatkan oleh Kitab Wahyu bahawa Ia (Amerika) menyuruh seluruh dunia untuk mendirikan 'patung,' atau dalam bahasa biasa berarti ‘akur kepada kuasa politik British.’ Kuasa politik British telah dikatakan dihidupkan kembali kerana ia telah dapat mengembalikan kedudukannya sebagai penguasa dunia.

    Penguasaan politik dunia bagi pihak British telah terjamin melalui kedudukannya sebagai ‘elit,’ iaitu salah satu daripada Lima kuasa Veto dunia di meja bulat. 5 (Lima) ahli tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu itu adalah, the United States of America, British, France, Russia dan China. Penguasaan London dalam transaksi perdagangan Dunia telah dihidupkan kembali atau diungkapkan "patung binatang yang luka" telah diberi-kuasa “berbicara kembali.” Kuasa politiknya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Bank Dunia secara simbolis diungkapkan oleh frasa nubuatan “telah diberikuasa berbicara kembali.” Atas topangan kuasa gergasi politik Amerika (binatang yang keluar dari bumi), penguasaan London telah dihidupkan kembali, cuma ia beralih dari City Centre London ke Bank Dunia. Kepalanya (Empayar) pula dihidupkan kembali dari “luka parah” akibat peperangan dunia ke-dua, dan juga akibat peperangan dengan tanah jajahan yang menuntut kemerdekaan darinya. Penguasaan semulanya di arena politik dunia sebagai salah satu 'kuasa veto’, ahli tetap majelis keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menghidupkan kembali kepalanya yang 'luka parah.'  Karya politiknya bersama dengan karya duit Amerika telah menyembuhkan semula 'luka parah' kepala sekutunya, iaitu Imperialis-British.

    Penguasaan British dalam “membeli dan menjual” telah kembali hidup apabila ia menjadi pemegang kedua terbesar dalam syernya di Bank Dunia selepas Amerika. Pusat penyembahan 'duit' sebelum perang dunia ke-II adalah di London, dan kemudian selepas perang ia telah didirikan (melalui perjanjian-perjanjian) kembali, iaitu di Bank Dunia. Manakala, kuasa politiknya dalam arena politik global telah hidup semula apabila ia menduduki kerusi sebagai ahli tetap dalam majlis keselamatan PBB, atau ringkasnya pemegang kuasa Veto. Kuasa ekonominya pula telah dapat dihidupkan kembali melalui 'karya' Bretton Woods bersama dengan Amerika. Perjanjian itu berfungsi sebagai pengikat kepada 'karya' (“membeli dan menjual”), dan ia telah disambut secara positif melalui penerimaan dan pengesahan penyertaan oleh negara-negara di dunia. Demikianlah alkisah bagaimana 'Patung' itu diteguhkan semula oleh bangsa-bangsa, bagi bekas Imperialis dunia itu! Pusat aktiviti dan kehidupan moden bagi seluruh dunia iaitu “membeli dan menjual” adalah berpusat di BIS, Bank Dunia, dan IMF. Demikianlah, bagaimana Amerika menolong sekutunya the United Kingdom dan empayarnya dalam mencari nama atau karya untuk menguasai politik, ekonomi dan militer di Dunia ini. Kemunculan karya Amerika (“binatang yang keluar dari bumi”) telahpun digenapi, dan ia mewakili peringkat awalan bagi karya itu. Kita sedang memerhatikan babak akhirannya.

    Masih ada lagi hal-hal dari nubuatan-nubuatan tersebut dalam Wahyu 13 yang belum digenapi. Masih ada beberapa perkara berhubung dengan Wahyu 13 yang belum digenapi iaitu perbuatannya di masa hadapan yang dikatakan selama 42 bulan: binatang yang keluar dari laut (iaitu 'kepala yang luka') akan menghujat yang Mahatinggi, dan akan tidak memihak malah menentang 'gandum.' “Ia akan diperkenankan untuk berperang ke atas orang-orang kudus selama 42 bulan” atau 3.5 tahun. Kesimpulannya, kita bukanlah berniat untuk mengubah karya yang diusulkan dan dilaksanakan oleh Amerika serta sekutunya kerana hampir kesemua negara di dunia telah bersetuju mengikatkan diri mereka kepada Perjanjian-Perjanjian yang dicipta oleh “binatang yang keluar dari bumi” itu. Kita tidak juga berniat untuk berkempen supaya orang membenci “Binatang yang keluar dari bumi” itu kerana sesungguhnya binatang itu adalah ‘kelihatan’ sebagai 'peacemaker' di bumi; “kelihatan seperti domba.” Namun, penulis hanya membentangkan perihal bagaimana 'tanda-tanda' dan nubuatan dalam Wahyu itu dikenalpasti supaya kita, orang percaya dan pengikut Jalan, dapat membaca zaman: to be the readers of the signs of times.

    Demikian juga halnya dengan pihak British, di mana kita tiada niat untuk membenci zaman penjajahan mereka ke atas kita, kerana penjajahan oleh British ke atas kita sudah berlalu, meskipun nyata mereka masih berkuasa di atas kita semua. Walau-apapun rumusan, "hati raja (pemerintah negara dan pemerintah dunia) adalah seperti aliran batang air (sungai) di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini" (Amsal 21: 1). Justeru itu, jika hati mereka bukan dalam tangan Tuhan, maka sudah tentu hati raja itu berada di tangannya sendiri, ataupun ia sedang diinspirasikan secara halus oleh roh Ular tua itu atau Naga. Justeru itu, semua umat Tuhan menaikkan doa-doa syafaat kepada mereka (raja/pemerintah-pemerintah), agar mereka mendapat 'aliran batang air' yang membawa keadilan ataupun paling tidakpun suatu pengertian.   (Lihat Link Siri ke-2 )