Harta yang menyelamatkan roh manusia...
By Mannaseh
"Karena siapa yang mempunyai akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya." (Matius 13: 12).
Hidup di dunia, banyaklah yang kita dapat 'pegang' atau "miliki" menurut kemampuan intelek seseorang mahupun juga kemahiran-kemahiran yang ada pada seseorang; kau boleh pegang geran tanah, jadi pemegang saham, dan juga termasuk memegang janji setia kepada isteri, dan bermacam-macam lagi yang kita boleh usahakan untuk dimiliki atau 'dipegang.' Siapa yang pandai memegang banyak kepandaian, maka dialah yang berpotensi untuk hidup maju di dunia! Kita mencari sesuatu yang boleh kita boleh 'pegang' atau miliki, supaya kita mempunyai makna untuk terus hidup berjuang di bumi. Orang yang tidak mempunyai sesuatupun untuk dipegang atau dimiliki akan menderita hidup, malah ada yang bunuh diri kerana tiada lagi yang harus dipegang untuk menjadikan hidup bermakna.
Harga diri berkait rapat dengan apa yang kau 'pegang' di bumi, sama-ada ia segulung ijazah atau sesuatu yang berharga kepadamu, maka kau akan bersandar kepada apa yang kau pegang. Jika, dunia menghina mengenai apa yang kau pegang, boleh jadi kau akan murung, marah, kecewa, irihati atau berkecil hati. Maka, berlumba-lumbalah 'manusia luka' untuk memegang "sesuatu" yang boleh mereka banggakan, dan menyebutnya sebagai yang bermakna atau harta-harta dalam kehidupan. Orang percaya memegang dua jenis harta untuk membolehkan mereka mempunyai harga diri; Harta kekayaan dunia dan harta kekayaan Sion. Sungguh malanglah kehidupan sekiranya, kita tidak memegang kedua-dua sekali harta tersebut! Kita memegang sesuatu yang kita yakini "berharga" di bumi, dan dengan usaha otak dan tenaga fizikal badan, samada menurut undang-undang ataupun melanggar undang-undang, samada dengan jujur atau dusta, melalui peperangan atau perjanjian perdamaian, kita pegang apa yang kita perjuangankan. Itulah harta sementara di bumi. Kita perjuangankan apa yang berharga itu dengan apa cara sekalipun termasuklah mempertaruhkan nyawa kita sendiri! Itulah harta!
Akan tetapi, harta kekayaan yang kekal abadi, bagi pengikut Kristus adalah Harta Sion: ia adalah tujuh-lapis Roh Tuhan! Tuhan Yahweh ketika memberikan janji pembaharuan kepada umatnya, bani Ibrani yang tidak setia memegang perjanjian, menyingkapkan rahasia harta masa depan Sion (Gereja) dalam kitab Yesaya 33: 6.
Nabi Yesaya menyampaikan mesej nubuatan, "masa keamanan akan tiba bagimu, kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion (Yesaya 33:6). Banyaklah di antara kita yang berpendapat bahawa ilmu-ilmu untuk memegang harta benda Sion hanyalah layak di ulas oleh golongan elit, paderi, dan juga religius. Namun, Yesus berfirman dengan jelas sekali;"...kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia tujuh-lapis Roh Tuhan..." Harta Sion iaitu Roh Kudus, dikaruniakan kepada setiap imamat rajani. Maka roh hikmat itu datang dari operasi tujuh-lapis Karunia-karunia secara peribadi, walaupun kita di upacarakan dalam sakramen yang satu. Operasi tujuh-lapis Roh Kudus haruslah di seru setiap hari sebagaimana kita menyeru "nama" Jalan, Pintu, dan Kunci: Kristus. Operasi datang kerana doa.
Nabi Yesaya menyampaikan mesej nubuatan, "masa keamanan akan tiba bagimu, kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion (Yesaya 33:6). Banyaklah di antara kita yang berpendapat bahawa ilmu-ilmu untuk memegang harta benda Sion hanyalah layak di ulas oleh golongan elit, paderi, dan juga religius. Namun, Yesus berfirman dengan jelas sekali;"...kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia tujuh-lapis Roh Tuhan..." Harta Sion iaitu Roh Kudus, dikaruniakan kepada setiap imamat rajani. Maka roh hikmat itu datang dari operasi tujuh-lapis Karunia-karunia secara peribadi, walaupun kita di upacarakan dalam sakramen yang satu. Operasi tujuh-lapis Roh Kudus haruslah di seru setiap hari sebagaimana kita menyeru "nama" Jalan, Pintu, dan Kunci: Kristus. Operasi datang kerana doa.
Dalam perjalanan iman, setiap pengikut Kristus dapat 'bertumbuh-percaya' kerana roh orang percaya yang setia dalam 'makan'~ Manna. "Makan" kerana didorong oleh operasi "roh takut akan Tuhan" yang menyebabkan "lapar." Jika tiada makan, maka tiadalah pertumbuhan rohani. Membaca Firman tanpa berdoa adalah pengertian tahap mental. Tetapi, 'berdoa dan membaca' Firman adalah tahap rohani; inilah yang dimaksudkan makan. Tuhan tidak akan turun dengan menganugerahkan operasi roh hikmat dan roh pengertian, jikalau tidak ada kesetiaan "makan" yang senantiasa berkesinambungan. Raja Daud menyingkapkan kunci bergaul karib dengan Roh Tuhan seperti lirik lagunya dalam Mazmur 25: 14; "Tuhan bergaul karib dengan orang yang takut akan Tuhan dan memberitahukan rahsia-rahsia Perjanjian kepada mereka." (Mazmur 25:14).
Mereka yang karib dengan Tuhan adalah mereka yang dianugerahkan operasi karunia "roh takut akan Tuhan;" karunia itu senantiasa melekat pada Roh Kudus. Justeru itu, ia datang dan pergi, maka ia harus di seru siang dan malam supaya kita dianugerahkan hadiratNya.
Operasi Karunia "takut akan Tuhan:" Harta Sion (Yes.33:6). |
Mereka yang karib dengan Tuhan adalah mereka yang dianugerahkan operasi karunia "roh takut akan Tuhan;" karunia itu senantiasa melekat pada Roh Kudus. Justeru itu, ia datang dan pergi, maka ia harus di seru siang dan malam supaya kita dianugerahkan hadiratNya.
Yesus berfirman bahawa apabila roh penghiburan (Roh Kudus) itu datang; "jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku."(Yoh. 15:26). Operasi karunia "roh pengertian" ada pada Roh Kudus, maka "roh pengertian" inilah yang akan memberikan pengenalan akan yang Mahakudus. Semakin kerap ia turun, maka semakin cepatlah kita mengenali yang Mahakudus.
Kebijaksanaan Raja Sulaiman jelas sekali memberikan kesaksian bahawa Roh hikmat dan roh pengertian adalah didahului oleh operasi "roh takut akan Tuhan." Walaupun tujuh-lapis karunia itu ada pada Roh Kudus iaitu melekat bersama-sama serentak, namun operasinya jelas disingkapkan oleh firman Tuhan. Karunia "roh takut akan Tuhan" inilah yang "switching on" roh si penerima anugerah Tuhan, supaya rohnya mula menanggapi realiti Roh Tuhan, ataupun ia disebut sebagai "permulaan hikmat."
Roh Hikmat ialah realiti Kristus kerana di dalam Kristuslah terpendam segala hikmat. Jika engkau mula mendengar suaraNya, mula melihat penglihatan-penglihatan, dan mula bermimpi realiti Roh Tuhan, maka itulah yang dimaksudkan "permulaan Hikmat." Dan, inilah juga yang di namakan permulaan "relationship with Christ." Dari titik ini, pengikut-pengikut Kristus memulakan perjalanan iman sebagai manusia rohani yang dewasa. Mereka yang disebut 'ranting sebenar kepada Pokok anggur yang sebenar' adalah mereka yang "prophesying, seeing visions, Dan dreaming dreams." (Joel 2: 28).
Raja Sulaiman yang ternyata lebih dahulu mengenali operasi karya Roh Tuhan-tujuh lapis karunia, berbanding dengan kita, iaitu semasa pemerintahannya antara tahun 1017 BC hingga 978 BC dahulukala. Kesaksiannya membahagikan pengertian kepada kita bahawa "Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan (Roh), dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian (Roh)"(Amsal 9:10).
Maka, dalam menelusuri perjalanan iman, setiap orang percaya haruslah memegang apa yang diberikan kepadanya iaitu tujuh-lapis Roh Kudus. Tuhan itu Maha-adil kerana kekuatan iman adalah hadirat tujuh-lapis Roh Kudus, dan juga mungkin hadirat malaikat-malaikat yang diutus oleh Bapa, dan bukannya terletak pada kemampuan intelek manusia. Tanpa urapan atau hadirat Roh Kudus, maka tiadalah kekuatan untuk meneruskan perjalanan iman, dan jika demikian "rumput hijaupun menjadi layu;" orang dewasapun terhuyung-hayang berjalan.
Tanpa kekuatan roh untuk melakukan kehendak-kehendak Roh Tuhan, maka kita akan hanya berpaut pada kekuatan minda/otak. Dan minda/otak itu adalah pusat kehidupan daging. Sedangkan, Kehendak-kehendak Roh Tuhan ataupun Firman dilaksanakan dengan kekuatan Roh tujuh-lapis iaitu urapan hadirat Roh Kudus. Dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Roh Kudus, barulah ada kemenangan. Tiada kemenangan bagi mereka yang melakukan kehendak Firman dengan kekuatan otak.
Setiap yang mengerti kehendak Tuhan akan melakukan kehendaknya dengan pengakuan bahawa, tanpa Kristus adalah mustahil sekali untuk diperkenan oleh Allah Bapa. "1 Akulah pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya.5 Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.(Yohanes 15: 1, 5). Di luar Jalan, Pintu dan Kunci, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Roh Kristus berbicara "Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorang pun mengambil mahkotamu."(Wahyu 3:11).
Apakah yang engkau pegang? Harta Sion, harta dunia atau kedua-duanya sekali! Harta dunia tidaklah disangkal sangat penting meskipun untuk kehidupan sementara sahaja sewaktu dibaluti daging, namun kehidupan kekal abadi menuntut kita untuk memegang "Harta Sion." Yesaya menyingkapkan "Masa keamanan (zaman Raja Damai) akan tiba bagimu; KEKAYAAN yang MENYELAMATKAN ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion.(Yesaya 33:6). Bagaimana kau pegang harta itu? Kita memegangnya dengan kerendahan roh (lowly in spirit), mengakui betapa roh kita tiada nafas kehidupan kekal, sekiranya tanpa Kristus, dan pengakuan yang tidak putus-putus itu adalah manifestasi perbuatan untuk menjadi ranting kepada Pokok sebenar. Yesus bersabda "di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada" (Matius 6:21).
Sebagaimana ranting itu tidak berupaya untuk hidup sendiri, tanpa melekat pada pokoknya, maka demikianlah "design" roh kita yang memerlukan "ketergantungan" pada ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan. Kerana roh kita berasal dari 'biji benih roh' Adam yang "luka," dan kita senantiasa menambahi luka-lukanya setiap hari, maka tiadalah henti-henti kita memerlukan 'kesetiaan' pengampunan Kristus. Sebagaimana daging memerlukan 'makanan dan minuman' untuk terus hidup, demikianlah jugalah 'ranting' itu harus terus tergantung penuh kepada pokoknya untuk 'hidup.' Kerana Kristus berfirman "...di luar Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa (Yoh 15: 5). "...dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh."(Yesaya 53:5)
Jika hari esok, kita masih buat "luka-luka" hidup, maka berharaplah dan bersandarlah kepada 'nama' Tuhan, iaitu 'kesetiaan' Kristus. Janganlah berpaut kepada kekuatan diri sendiri, iaitu kapasiti intelek manusiawi dalam mengharungi perjalanan iman. Kita diterima oleh Roh Allah Bapa kerana 'kesetiaan' Kristus, biarpun kita ternyata tidak setia! "Siang dan malam tak henti-hentilah" kesetiaan Kristus! Hanya Kristus sahaja yang 100% setia menggenapi dan menyempurnakan Firman! Maka, berpautlah kepada sifat "kesetiaan" Kristus yang memberikan kemenangan ke atas dosa-dosa, kerana namaNya adalah "yang setia dan adil." Janganlah usahakan kesetiaanmu menurut kekuatan kapasiti intelek, sehingga raut wajah menjadi 'sangat serius,' seperti buah papaya yang lonjong! Selagi roh berbicara bahawa pergantian siang dan malam belum berhenti, iaitu 'misi' Tuhan masih berbuyi: "Siang dan malam tak henti-henti," maka kesetiaan Domba Tuhan tidak akan berhenti menghapuskan dosa-dosa! Hanya selepas siang menjadi "tanpa siang" dan malam menjadi "tanpa malam," maka kesetiaan Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia akan ditutup! Pintu Domba Tuhan akan ditutup oleh 'nama' Tuhan: Hakim. Namun, jikalau kita ada 'roh' Pengertian, maka Hakim juga masih memiliki sifat-sifat roh yang 'sama' dengan 'roh' Domba Tuhan walaupun 'tanda-tanda' hadirat bagi kedua-dua 'misi' Tuhan itu dapat dibedakan.
Jika roh kita selamat sampai sorga, maka itu adalah anugerah Tuhan, dan ia bukanlah hasil usaha kita. Harta Sion iaitu 'sevenfold Spirit of Menorah' adalah Karunia "takut akan Tuhan." Ia adalah Roh Kristus. Kerana kesetiaan Kristuslah, maka kita dapat mempersembahkan korban syukur, siang dan malam. Jika keselamatan bergantung kepada kesetiaan kita, maka sudah tentu sukarlah sekali untuk selamat, mahupun untuk mengucap syukur! Keselamatan dianugerahkan kerana kasih-setia Kristus dan 'nama' Tuhan yang tidak berubah (Kitab Keluaran 34: 6).
Kita selamat kerana Firman tidak gagal dalam kesetiaanNya. Bukankah NamaNya adalah "Firman Allah" dan "Firman" itu "Yang Setia dan Yang Benar." (1 Yoh. 1 : 9; Wahyu 19: 13 ; Why. 19: 11). Kita dianjurkan untuk mengasihi sesama manusia kerana ia adalah perintah Kasih. Jika kita mengasihi, maka kita adalah sahabat-sahabat Yesus. " 9 Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.10 Jikalau kamu menuruti perintah Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya.12 Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu.14 Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu. (Yoh.15:9-10,12,14) Rasul Paulus bersaksi bahawa 'sebelum iman itu datang, kita(Ibrani) berada di bawah pengawalan hukum Taurat, dan dikurung sampai iman itu telah dinyatakan. Jadi hukum Taurat adalah penuntun bagi kita (Ibrani) sampai Kristus datang, supaya kita dibenarkan karena iman.(Galatia 3: 23-24). Paulus melihat bahawa seluruh Hukum Taurat tercakup dalam satu Firman ini yaitu "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Galatia 5:14). Hukum yang kelima sehingga kesepuluh dalam Ten Commandments, sebenarnya menyingkap mesej perihal "mengasihi sesama manusia." Bila kita gagal menurutinya (Dua Hukum Kasih), maka kita perlu percaya 100 % kepada 'kesetiaan' Kristus, dan mengakui dosa-dosa kepada Domba Tuhan. Kerana kesetiaan Kasih Kristus yang jelas dinyatakan oleh karyaNya yang sempurna-setia, sebagai "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," maka kita dapat mempersembahkan korban syukur, selama siang dan malam tak henti-henti masih berlanjutan, sehinggalah pergantian "siang dan malam" itu akan berhenti...kelak pada Matius 24: 29 atau Zechariah 14: 5, 6 & 7. Apabila pergantian siang dan malam berhenti, maka bolehlah kita meneruskan dalam menyeru 'nama' Tuhan yang Immutable (sifat-sifat roh Ilahi yang tidak berubah), sebagaimana yang diajarkan oleh Roh Pengertian dalam Kitab Keluaran 34: 5-7.
Justeru itu, "...apa yang ada padamu, peganglah itu sampai Aku datang." (Why 2: 25). "Karena siapa yang mempunyai kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya" (Mat. 13: 12). Maka, jadilah "ranting sebenar" kepada Pokok anggur yang sebenar supaya kamu dapat memegang "apa yang diberikan kepadamu."!
Justeru itu, "...apa yang ada padamu, peganglah itu sampai Aku datang." (Why 2: 25). "Karena siapa yang mempunyai kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya" (Mat. 13: 12). Maka, jadilah "ranting sebenar" kepada Pokok anggur yang sebenar supaya kamu dapat memegang "apa yang diberikan kepadamu."!
-----------------------------
Bernadus, Dominic's and et. al. Alkitab eKatolik <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus
1 ulasan:
Masa keamanan (Perjanjian Damai) akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan TUHAN, itulah HARTA benda Sion. (Yesaya 33:6)
Catat Ulasan