Ahad, 3 April 2016

"Kunci" Raja Daud dalam pergaulannya dengan Roh Tuhan...


    Kepada mereka yang dianugerahkan 'Kasih Karunia' dari Tuhan (Paskah Tuhan~'Mezbah' Sorgawi yang turun diupacarakan di bumi) dan juga dianugerah karunia-karunia iaitu operasi Roh Tujuh Lapis. Karunia "takut akan Tuhan" adalah 'kepastian' bahawasanya Roh Tuhan akan bergaul karib' dengan roh si penerima Kasih Karunia, dan Roh Tuhan akan memberitahukan 'rahasia-rahasia' perjanjian. Rahasia itu termasuklah typology Kristus yang tersembunyi dalam Taurat Musa,  rahasia-rahasia nubuat yang disampaikan melalui lirik-lirik kitab Mazmur para nabi....dalam Kitab Mazmur.

Tuhan "bergaul karib" kepada yang takut akan Tuhan (Anugerah 'karunia takut akan Tuhan')...(Mazmur 25: 14).

                               

..kerana kasihMu mengatasi langit, dan kesetianMu sampai ke awan-awan. "For great is Your love, higher than heavens; your faithfulness reaches to the skies." (Psalm 108: 4). It is written that "Judgment is in the Court of heaven." But, it was also revealed that "...Your mercy is higher than heaven."


    Ketika Yesus dilahirkan, para gembala melihat kemuliaan Tuhan dibaluti 'daging': mereka melihat Penglihatan Sorga terbuka dengan Bala tentera malaikat. Tiga orang majus dari Timur pula telah melihat 'bintang' Raja kebenaran dari house of Jacob, sebagai mana yang telah dinubuatkan oleh nabi Balaam Ben Peor selang lebih dari seribu tahun yang lampau. Para gembala melihat kemuliaan Tuhan ketika Sorga terbuka, dan mereka juga telah bercakap-cakap dengan Malaikat Tuhan, dan mereka diberitahu oleh malaikat tentang kelahiran Almasih. Para gembala tersebut sebenarnya adalah sekumpulan nabi-nabi! ketiga-tiga orang majus itu pula telah dicatatkan dalam Injil bahawa mereka hanya melihat 'Langit' bersama 'tanda' kelahiran Yeshua. Namun, ia tidaklah dicatatkan bahawa mereka telah melihat 'tanda' di Sorga yang terbuka seperti para gembala. Mungkin juga kerana identiti mereka hanyalah sebagai 'bomoh' yang dibenarkan oleh Tuhan untuk sekadar bersaksi berkenaan dengan 'tanda' di langit yang mereka lihat. Para nabi (gembala) telah dianugerahkan Tuhan suatu penglihatan rohani yang menampakkan  'tanda' di Sorga dan juga 'tanda' di bumi!

    Pada hari Paskah Tuhan Yesus, 'tanda' yang diberitakan oleh penglihatan rohani di alam roh yang disebut 'langit' ialah suatu 'kegelapan' selama tiga jam berturut-turut sesuai dengan nubuat nabi yang berbunyi, "...tengaharipun akan menjadi gelap' gulita." Alam roh 'langit' menjadi 'gelap gulita' kerana pemberitaan  itu memberi maksud, bahawa Murka Allah Bapa yang sepatutnya ditumpahkan ke atas umat manusia telah ditumpahkan ke atas kepala "Domba Tuhan," iaitu Yeshua. Yeshua telah mempersembahkan diriNya sendiri sebagai korban Altar di bumi yang diupacarakan menurut Ordo Melkisedek sesuai dengan nubuat para nabi (Yesaya 53; Mazmur 110:4). Dan dengan hikmat Jurup  penebus ia telah mengupacara Altar di bumi dan upacara itu "Sudah selesai." Bapa yang mahakasih dan maha penyayang menyatakan kasih-setiaNya kepada dunia dengan mentakdirkan Anak Tuhan yang Mahatinggi menjadi 'Domba Tuhan' (sin offering).  Kelak, 'Roh kudus' menyingkapkan karya agung Ilahi itu, iaitu Domba Tuhan, sebagai 'kehendak Sorgawi' yang telah digenapi di bumi. Kehendak Sorga adalah Kasih. Dan Kasih menganugerahkan kasih karunia. Kasih Karunia menganugerah penebusan atau 'pengampunan dosa.' Domba Tuhan itu adalah yang menghapuskan dosa-dosa dunia! (Yohanes 1: 29).

    Roh nubuat dalam doa Bapa Kami berbunyi: "Datanglah kerajaan mu, dan jadilah kehendakMu di bumi seperti di Sorga." Sifat-sifat Tuhan yang Kasih, Setia, dan 'Merciful' adalah mengatasi langit. Tuhan mengkehendaki supaya manusia (semua Bangsa-Bangsa) mengecapi Cinta-kasih dan belas-kasihan Ilahi melalui jaminan atau ikatan 'Perjanjian Perdamaian." Tuhan mengkehendaki 'Mezbah Sorga' seperti yang telah dilihat nabi Yesaya (Yesaya 6) itu terjadi di bumi apabila "Firman menjadi manusia;"  Anak Manusia itu kelak menggenapi misi "Domba Tuhan" yang menghapus dosa-dosa dunia. Ia bermula dengan upacara di atas kayu salib menurut Pengupacaraan Ordo Melkisedek. Taurat mengajar bahawa penyelesaian dosa-dosa orang-orang percaya adalah melalui upàcara ritus "sin offering."

    Sifat Kasih setia Ilahi dan sifat penyayang dan sifat belas kasihan Tuhan menuntut diriNya sendiri 'korban' Mezbah di bumi. Dalam 'penglihatan' nabi Yesaya, "kehendak sifat-sifat Allah" diungkapkan oleh 'Mezbah.' Penglihatan Mezbah itu bernubuat bahawa-sanya kasih-setiaNya kelak akan mengorbankan "Domba Tuhan" dari Sorga, yaitu Yeshua Kristus!  'Korban' sin offering itu juga telah menganugerahkan 'Jalan' bagi manusia berdosa untuk menghapuskan catatan dosa-dosa dalam roh mereka, dan juga untuk mentahirkan catatan kesalahan-kesalahan dalam roh mereka. Manusia di bumi telah dianugerahkan berkat perdamaian dengan Roh Tuhan yang Mahasuci. Maka, orang-orang percaya dapatlah menanggalkan kejahatan dengan ''menuruti" 'Jalan,' agar mereka dilepaskan dari 'kenajisan' (impurities) yang tercatat pada roh mereka.  Kasih Karunia (Grace) dianugerahkan kepada mereka yang 'percaya.' Oleh kerana Yeshua adalah Jalan, Kebenaran dan hidup, maka dapatlah Allah Bapa menganugerahkan janji curahan 'lidah api' (Roh Tujuh Lapis Tuhan) kepada semua bangsa. Ini menggenapi nubuat oleh nubuat nabi-nabi seperti Nabi Yesaya, Nabi Yeremia, Nabi Yoel, dan Nabi Yohanes Pembaptis perihal Yeshua sebagai "Pembaptis Api." 

    Yeshua naik ke Sorga dan duduk di sebelah Kanan Bapa untuk meneruskan 'pengupacaraan Sorgawi' atau mengerjakan 'pengantaraan' (Mediatorship) sebagai Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedek. Ordo Melkisedek adalah 'ketentuan-ketentuan' Ilahi dalam Penyelamatan umat manusia dengan menurunkan ajaran altar untuk mengungkapkan "nama" Tuhan! Kehendak Tuhan iaitu ,'Mezbah' di Sorga itu, telah "Sudah Selesai" digenapi (diupacara di bumi) dalam karya peribadi Yeshua, iaitu Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia di atas Kayu Salib. Pembenaran roh manusia di dalam Perjanjian Lama adalah menurut ajaran Ordo Melkisedek kerana roh YHVH turun ke bumi melalui Ordo Melkisedek, namun ia tidak memberikan Jalan kepada semua bangsa kerana korban binatang, Mezbah Batu di bumi,  dan pengupacaraannya hanya diupacarakan oleh suatu 'garis-keturunan' yang ia telah pilih di bumi. Jalan perdamaian menurut Perjanjian Lama adalah semuanya diupacarakan oleh manusia yang berdosa di bumi.  Perjanjian Lama mengajarkan bahawa manusia 'luka' diterima oleh Tuhan kerana menuruti Jalan "penebusan": penerima anugerah Kasih Karunia.

    Taurat adalah Firman Allah, dan ajaran penebusan itu di ajarkan menurut Taurat (Firman). Malah sejak dari zaman Habel ('permulaan'), Roh Tuhan sudahpun mengajarkan "pembenaran/penyelesaian dosa-dosa" menurut 'jalan' penebusan. Justeru itu, pengajaran 'penebusan' yang dianuti oleh patriarchs dan 'perempuan' (bani Israel) dalam Perjanjian Lama sebenarnya adalah menurut "Mezbah" Ordo Melkisedek.  Akan tetapi, mezbah, korban, dan pengupacaraannya adalah semuanya dilaksanakan oleh imamat (manusia) di bumi, samada Imam patriarchs maupun imam besar Ordo Harun.  Justeru itu, umat Tuhan di bumi tidaklah secara sempurna dapat melihat 'nama,' iaitu sifat-sifat  Ilahi.' Manusia di bumi tidak dapat Melihat dengan sempurna bahawa Roh Sang Pencipta itu adalah Tuhan yang kasih, Setia dan penyayang untuk selama-lamanya. Mereka lebih melihat 'kekudusan Tuhan' yang semarak menghanguskan (consuming fire). Umat perjanjian Lama lebih dahulu mengerti betapa Tuhan itu adalah Tuhan yang Cemburu dan api yang menghangus ('kekudusan Ilahi'), namun sifat kasihNya tidaklah sempurna dapat dimengertikan! Hanya nabi-nabi sahaja yang dapat bersaksi bahawa Tuhan YHVH itu adalah Jurupenebus dan Juruselamat yang panjang sabar, penyayang dan maha-mengasihani, mengampuni beribu-ribu orang dan 'tidaklah melepaskan mereka yang bersalah.' Nabi-nabi dapat bersaksi sedemikian  kerana mereka bergaul Karib' dengan Roh Tujuh Lapis, Roh Kudus.

    Daud dinyatakan amat dekat di hati (Roh) Tuhan kerana Daud dianugerahkan 'Firman' iaitu Roh Tujuh Lapis Roh Kudus.

                                     
David Sang "Your mercy is higher than heavens." Yeshua berkata kepada rasul-rasulNya: "...tetapi kepada kamu diberikan 'karunia' untuk mengetahui rahasia-rahasia Sorga." Justeru itu, sudah tentu kamu tahu Apakah arti Perkataan-perkataan Nya yang berbunyi: "...Your mercy is higher than heavens"?


    Bagaimana mungkin seseorang seperti Daud yang mempunyai lapan isteri dan berpuluh-puluh gundik dikatakan 'dekat' di hati Tuhan? Bukankah dengan beristeri lapan, maka itu sudah melanggar ajaran Roh YHVH kerana raja hendaklah beristeri-satu (monogami) sesuai dengan 'hukum YHVH untuk raja-raja Israel' yang disampaikan dan ditulis oleh nabi Samuel? Apakah rahasia Raja Daud sehingga Roh Tuhan masih bergaul Karib' dengan rohnya meskipun ia berpoligami sepanjang hayatnya? Daud bersaksi "Deep calls deep" (spiritual relationship). Bukankah menanggalkan 'kejahatan' itu perlu? Kenapa Daud masih dikatakan orang baik, sedangkan ia beristeri lapan dan boleh saja menambahi koleksi 'haremnya'? Apakah sumpahan' Tuhan itu penyebabnya?  Jika demikian kenapa hanya seorang raja sahaja yang di sumpah? Apakah Tuhan pilih bulu? Bukankah Saul juga adalah raja yang diurapi Tuhan ?

    Raja Saul sebenarnya berusaha untuk dikenan Tuhan. Dia menghapuskan semua bomoh di tanah suci, dan bomoh endor sahaja yang luput dari operasi penghapusan sihir oleh raja Saul. Jelas Saul menafsir Taurat dengan otak, lalu melaksanakan penghapusan bomoh-bomoh di tanah suci. Menurut hukum Taurat, sesiapa yang mempraktik sihir atau hidup sebagai bomoh adalah melanggar hukum Taurat, dan jika ditafsir secara harfiah, maka mereka akan dihapuskan di tanah suci dengan direjam batu sehingga mati. Namun, jika kita telusuri praktik asal Taurat, nabi Musa dan 72 para tua-tua yang melaksanakan penguatkuasaan Taurat sebenarnya dipenuhi dengan urapan Roh Kudus. Justeru itu, Taurat dikuatkuasakan berdasarkan 'suara Roh kudus.' Maka demikianlah mereka menjadi magistret yang dikenan Tuhan.

    Raja Saul ternyata ingin menyenangkan Tuhan dengan menghapuskan bomoh, namun ia berdasarkan fikirannya belaka, dan bukan berdasarkan suara Roh Tuhan. Sesungguhnya, Firman harus dilaksanakan bukan sesuka hati, tetapi dengan kekuatan Roh Kudus iaitu dengan bimbingan 'suara' Roh Kudus. Kelak, nabi Samuel menegur Saul bahawa Tuhan tidak lagi berkenan kepadanya kerana Saul ternyata menggunakan fikirannya sendiri, tanpa menuruti suara 'Firman.' Nabi Samuel menyampaikan 'suara' Firman kepada Raja Saul supaya menunggunya sehingga hari yang ke-7, dan baharulah ia mempersembahkan korban. Akan tetapi, Saul terdesak untuk mempersembahkan korban sebelumpun Nabi Samuel sampai tiba kepadanya kerana dalam fikirannya Tuhan akan meluputkannya dari kesesakan dan ketakutan dari Filistin yang telah datang kepada Saul (lihat kisah Raja Saul ditolak Tuhan dalam 1 Samuel 13: 1-15). Maka, Saul tidak menuruti 'suara' Roh Tuhan dan hanya berpaut-tergantung kepada kehendak fikirannya belaka. Maka, Tuhan telah menolak Saul sebagai Raja Israel.

    Hakikatnya, semua Kristen akan melalui 'masa' alam perjalanan imannya dan bertindak seperti Raja Saul yang mahu 'dikenan' Tuhan dengan 'rumusan' fikiran kita sendiri. Yeshua tewas di tangan mahkamah Taurat kerana Taurat itu ditafsir oleh para magistret mahkamah Sanhedrin dengan otak tanpa 'roh,' namun Yeshua dengan 'ilmu-ilahi Juruselamat' secara maha-kreatif memakai kebutaan para pemimpin agama untuk mengenapi 'altar sorgawi' turun di bumi, agar dosa-dosa umat manusia dapat ditebus ('It's finished'). There would be 'times of temptation' in our personal walk of faith, in which we try, like Saul, to please God according to our intellectual digests. Ketika 'fajar menyingsing' kita akan belajar meminta berkat dengan benar dan jitu dan mendengar 'suara' Firman seperti Daud.

    Dan Mazmur Daud menyingkapkan bahawa apa yang 'benar' itu sampai ke 'langit.' Semua nabi-nabi bermazmur seperti koleksi lirik-lirik lagu nabi-nabi dalam Kitab Mazmur kerana mereka semua telah 'melihat' bahawa Roh Tuhan itu adalah: "bahawasanya untuk selamanya kasih-setiaNya." Dan mereka juga tahu bahawa "mercy" Tuhan dinyatakan kepada 'manusia luka' di bumi melalui "Mezbah" Melkisedek Sorgawi. 'Mezbah' itu mengajarkan bahawa Tuhan itu maha-mengampuni dan menebus umatnya dan menganugerahkan 'takut akan Tuhan.' Sebelum "kehendak" Kasih Tuhan itu turun ke bumi di atas kayu salib, iaitu sejak di zaman purbakala (permulaan), umat Tuhan sudahpun diajar oleh Roh Tuhan perihal mempersembahkan 'korban di atas mezbah batu,' agar kelak di atas kayu salib, orang percaya akan melihat bahawa sifat Ilahi itu adalah 'kasih' dan, Kasih itu senantiasa menuntut 'korban' iaitu 'Mezbah.' Kelak, Yeshua dinubuatkan sebagai gunung 'batu' keselamatan! Batu itu merujuk kepada 'batu' mezbah yang menyelesaikan dosa-dosa manusia. Ia juga mengungkapkan sifta-sifat Tuhan yang tidak berubah (Immutable). Justeru itu, Kasih Ilahi (agape) itu sempurnanya dapat dilihat dan dimengertikan oleh Roh dan fikiran apabila ia melalui 'Mezbah Melkisedek.'

    Kasih Tuhan sempurnanya dapat dilihat apabila Tuhan sendiri mempersembahkan 'korban Domba Tuhan iaitu dirinya sendiri dalam peribadi Anak yang diutus sebagai Domba Tuhan Mezbah Melkisedek. Itulah arti Penglihatan 'mezbah' yang dilihat Nabi Yesaya (Yesaya 6).  Santo Paulus melihat; "...di dalam kasih karunia Kristus, semua diperbolehkan, namun bukanlah semua mendatangkan kebaikan."  Tuhan itu Kasih, namun kita juga tahu bahawa KasihNya yang ajaib itu adalah suci. Kerana kesucian KasihNya, "Mezbah Melkisedek' itu ditentukanNya dari alpha dan Omega, supaya mereka yang dianugerahkan Kasih Karunia bersandarkan kepada kuasa" mercy"Nya.  'Bersandar' Hanya dimungkinkan oleh operasi anugerah" takut akan Tuhan, supaya setiap orang percaya belajar menjadi "... ranting-ranting  kepada pohon Kehidupan."

                                 
He (Sevenfold-Spirit) is the sure foundation for your times, a rich store of salvation and wisdom and knowledge; the fear of the Lord is the key to this treasure (Isaiah 33: 6, NIV). 

    Tuhan menemukan Daud, yaitu yang dekat' di hatiNya. Daud ternyata menuruti 'suara' Roh Tuhan. Tidaklah Raja Daud menafsir Taurat dengan fikirannya, akan tetapi dia senantiasa merindui 'suara' Firman (Roh Kudus). Daud bernyanyi dalam Mazmur 28 : "1 Dari Daud. Kepada-Mu, ya TUHAN, gunung batuku, aku berseru, janganlah berdiam diri terhadap aku, sebab, jika Engkau tetap membisu terhadap aku, aku menjadi seperti orang yang turun ke dalam liang kubur. 2 Dengarkanlah suara permohonanku, apabila aku berteriak kepada-Mu minta tolong, dan mengangkat tanganku ke arah tempat-Mu yang maha kudus." Daud ternyata tidak bersandarkan kepada fikirannya sendiri, tetapi mendambakan 'Suara' Firman (Roh Tujuh Lapis).  Maka, Daud dikatakan dekat' dengan hati (Roh) Tuhan. Nabi Daniel hidup di Babylon kerana turut serta dalam pembuangan kerana dihukum oleh YHVH. Nabi Hosea beristerikan perempuan sundal yang memperanakkan anak-anak persundalan, dan demikian juga nabi Amos. Malah patriarch Abraham, bapa iman, mempunyai tiga (3) isteri dan juga Yakub yang mempunyai 4 isteri.

    Ajaran roh Ilahi  menjelaskan bahawa manusia, umat Tuhan, harus 'berkahwin satu' (monogami). Apakah agaknya "kunci" bagi mereka semua itu (patriarchs dan nabi-nabi) untuk terus dapat bergaul karib dengan Tuhan? Apakah Kunci yang dimiliki oleh Raja Daud dan segelintir nabi-nabi yang seolah-olah kelihatan hidup 'tidak bermoral' kerana mempraktikkan poligami, namun mereka masih digauli Karib' oleh Roh Tuhan? Apakah mereka ada "kunci" sehingga dalam keadaan yang dilihat melanggari ajaran Roh sekalipun, seperti praktik poligami, namun Tuhan dengan Kasih SetiaNya ternyata masih  bergaul Karib' dengan para patriarchs dan Nabi-nabi?

    Kunci kehidupan rohani bagi Raja Daud dan juga semua nabi-nabi ialah Anugerah karunia "takut akan Tuhan." Anugerah ini turun dalam peribadi Roh Kudus (Roh tujuh lapis) kerana kasih setia dan juga 'mercy' Tuhan. Daud bernyanyi " ...your mercy is higher than heavens." Sifat kasih setia Tuhan adalah kuasa yang tertinggi dalam peribadi Roh Sang Pencipta alam semesta. "Heavens" mengkhabarkan 'kemuliaan' Tuhan dan 'langit' (skies) pula memberitakan "mission" ('nama') Tuhan (lihat Mazmur 19: 1). Namun, 'mercy' dan 'Kasih-setia' Tuhan (Kasih karunia) berada lebih tinggi dari segala kuasa-kuasa Ilahi yang dikhabarkan oleh "heavens." Nabi Asaph bermazmur bahawa orang yang dianugerahkan takut akan Tuhan dapat menyeru 'nama' Tuhan: "Berserulah kepada-Ku pada waktu kesesakan, Aku akan meluputkan engkau, dan engkau akan memuliakan Aku." (Mazmur 50: 15).

    Dengan Anugerah Roh Ilahi inilah ('takut akan Tuhan') yang menjelaskan kenapa Roh Tuhan masih 'bergaul Karib' dengan roh seseorang  manusia, biarpun orang itu kelihatan tidak layak menurut penghakiman fikiran manusiawi. Sumpahan' Tuhan kepada Daud dalam Mazmur 89 cuma menjelaskan 'mission' Roh Tuhan dalam "the delivery of Christ" dari garis keturunannya. Ia adalah nubuat Perjanjian sumpahan yang meneguhkan kerajaan Daud dan keturunannya untuk, kelak, turut menggenapi "Firman (akan) menjadi manusia ('tunas kebenaran' dari Daud):" Raja Kebenaran, Yeshua Mashiach.  Namun, sumpahan itu bukanlah jaminan bahawa Daud menjadi bebas dari hukuman Tuhan. Sumpahan itu lebih kepada 'jaminan' bahawa Raja Kebenaran itu akan benar-benar digenapi melalui garis keturunannya! Nabi Moshe juga pernah dihukum Tuhan mengakibatkan  ia tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Tanah suci, dan demikian juga beberapa nabi yang lain seperti Yehezkiel dan Daniel yang turut dihukum Tuhan ke dalam pembuangan. Ini disebabkan kerana bani Israel dikahwini YHVH secara kolektif dan Tanah Suci menuntut mereka untuk memegang Perjanjian. Namun, Tuhan yang 'bergaul karib' dengan roh seseorang adalah kasus "Deep calls deep" secara peribadi.

    Nabi Yesaya menyingkapkan "Kunci" harta Karun Sion (Roh Kudus) dalam Yesaya 33: 6.  "Masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat (Kristus) dan pengetahuan (Kristus); takut akan TUHAN, itulah 'harta benda' (Kunci) Sion." Harta Roh adalah Anugerah Tuhan yang tertinggi dan yang 'sempurnanya-penuh' kerana dengan Kasih setiaNya, Ia mahu menganugerahkan dirinya sendiri kepada para pengikut 'Jalan.' ('Jalan' ~ Yoh. 14: 6, 16, 17). Anugerah cintakasih Ilahi yang penuh adalah "memberikan rohNya dirinya-sendiri," iaitu janji curahan roh Pentakosta. Tidak ada bentuk berkat lain yang melebihi akan Anugerah ini.  Nabi Yesaya bernubuat bahawa perdamaian akan menjadi sempurna melalui 'Mezbah Sorgawi' yang disempurnakan di bumi, dan ia dinubuatkan sebagai "masa keamanan" kerana Salib adalah permulaan 'zaman Raja Damai.'  Harta benda Roh yang dimaksudkan oleh Roh Tuhan melalui 'mulut' Tuhan, iaitu nabi Yesaya, adalah "kunci" Roh Tuhan. Ia jelas dapat 'dilihat' melalui lirik-lirik nyanyian Raja Daud. Di antaranya seperti lirik-lirik berikut:

    Daud bernyañyi: Biarlah orang yang takut akan TUHAN  berkata: "Bahawasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya!"(Mazmur 118: 4) dan juga ia bernyanyi: " TUHAN bergaul karib   dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka." (Mazmur 25: 14).   "Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan,  semua orang yang melakukannya berakal budi  yang baik. Puji-pujian kepada-Nya tetap untuk selamanya. (Mazmur 111: 10).

    Anugerah "takut akan Tuhan" adalah suci kerana ia adalah pekerjaan Roh Tuhan yang Mahasuci. Ia adalah Anugerah asas Tujuh Lapis Roh Kristus (Menorah Sorgawi), dan karunia inilah yang melahirkan kembali roh manusia yang luka kerana dengan operasi karunia inilah, maka ia adalah permulaan bagi Roh Tuhan untuk 'bergaul karib' dengan roh manusia (Lihat lirik  Mazmur 25: 14).  'Ia' disenaraikan sebagai salah satu dari Tujuh Anugerah asas Roh Kristus dalam nubuat nabi Yesaya dalam Yesaya 11. Oleh kerana Tuhan Roh Kudus, Tuhan Bapa dan Tuhan Anak adalah 'satu Roh,' maka Roh Kudus juga adalah roh yang dimaksudkan dalam Yesaya 11.  Itulah karunia yang akan berkerja atas sumbu roh seseorang, sehingga ia dapat belajar untuk menjadi "ranting kepada Pohon Kehidupan yang sebenar." Tanpa Anugerah Roh Tujuh Lapis dan operasi karunia "takut akan Tuhan," maka kita akan ternyata hanya berpaut-tergantung pada fikiran kita sendiri. Fikiran adalah pusat kesedarannya bagi daging dan akan menuju kebinasaan. Mengenali Roh Tuhan, dan Dia yang diutus Tuhan adalah kehidupan kekal.

    Ketika nabi Moshe diperlihatkan Tuhan dengan kemuliaan kekudusan hadiratNya, Tuhan telah menudungi (spiritual covering, yaitu 'divine mercy') Musa dengan telapak tanganNya. 17 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Juga hal yang telah kaukatakan ini akan Kulakukan, karena engkau telah mendapat kasih karunia di hadapan-Ku dan Aku mengenal engkau." 18 Tetapi jawabnya: "Perlihatkanlah kiranya kemuliaan-Mu kepadaku."19 Tetapi firman-Nya: "Aku akan melewatkan segenap kegemilangan-Ku dari depanmu dan menyerukan nama TUHAN di depanmu: Aku akan memberi kasih karunia kepada siapa yang Kuberi kasih karunia dan mengasihani siapa yang Kukasihani." 20 Lagi firman-Nya: "Engkau tidak tahan memandang wajah-Ku, sebab tidak ada orang yang memandang Aku dapat hidup."  21 Berfirmanlah TUHAN: "Ada suatu tempat dekat-Ku, di mana engkau dapat berdiri di atas gunung batu; 22 apabila kemuliaan-Ku lewat, maka Aku akan menempatkan engkau dalam lekuk gunung itu dan Aku akan menudungi engkau dengan tangan-Ku, sampai Aku berjalan lewat.23 Kemudian Aku akan menarik tangan-Ku dan engkau akan melihat belakang-Ku, tetapi wajah-Ku tidak akan kelihatan." (Keluaran 33: 17-23).

    Seperti Moshe yang ada 'tempat' dekat Tuhan dan diberikan 'spiritual covering' (Divine mercy), ketika Roh Tuhan menurunkan hadirat Rohnya, maka setiap pengikut 'Jalan' senantiasa 'ada tempat' untuk meminta 'tudungan' rohani yang menutupi roh seseorang percaya, yaitu 'darah' Kristus yang tertumpah satu kali menurut 'Altar Melkisedek.' Kemuliaan kekudusan hadirat Roh Tuhan tiadalah yang dapat bertahan, akan tetapi oleh 'jubah' dari Firman Tuhan iaitu Kristus, curahan  Kasih Karunia di dalam 'nama' Kristus, maka Roh Kudus, sebagai janji emmanuel yang berterusan, telah di anugerahkan kepada semua manusia menurut kehendak Ilahi.  (Ia termasuk kasus turunnya Kristus dalam kedatangannya yang kedua). "Tangan (Kanan) Tuhan yang menudungi Moshe" itu adalah senantiasa menubuatkan karya 'mercy' Kristus melalui pencurahan 'darah' Nya, maka jubahNya senantiasa dengan setia dapat 'menudungi' mereka yang telah dianugerahkan  "takut akan Tuhan" untuk memasuki "hadirat Roh Tuhan (WajahNya)." Ya, seperti Nabi Moshe yang ditudungi tapak tangan kananNya di satu 'lekuk di gunung,' maka kita juga senantiasa 'ada tempat' untuk "diberikan pelepasan dari dosa-dosa" yaitu, darah Kristus yang setia dan benar. Justeru itu, yeshua adalah "gunung batu keselamatan kita." (the Rock of our salvation).  There is always a place of you near God, on the Rock of the Mountain, and David sang "you are my Rock of my Salvation." That 'place on the rock' always points to the Altar of the Lamb of God: the Holy Cross of Yeshua.

    Kerana Moshe telah dianugerahkan dengan kasih-karunia, maka ia dikenan untuk memasuki hadirat Roh Tuhan, maka Tuhan YHVH 'bergaul Karib' dengan roh nabi Moshe. Anugerah "takut akan Tuhan" adalah 'permulaan [roh] Hikmat' (Roh Tuhan) dan mengenali yang mahakudus adalah [roh] pengertian.  Dalam hadirat YHVH, roh pengertian turut bersuara kepada Nabi Moshe: "6 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang  dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya   dan setia-Nya,   7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu   orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa;   tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman,   yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya 2  dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat"  (Keluaran 34: 6-7).

   YHVH memberikan Roh pengertian kepada nabi Moshe perihal sifat-sifat Roh Tuhan. Semua pengikut Jalan Perjanjian Baru telah dianugerahkan "Kasih karunia" di dalam Kristus. Kerana kepada AnakNya, Bapa berkenan, maka mereka yang di perdamaikan dalam Kristus adalah penerima Kasih karunia Tuhan, sama seperti Nabi Moshe yang di anugerahkan Tuhan dengan Kasih karunia. Mereka yang dianugerahkan Kasih karunia iaitu mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan adalah penerima "kunci" Roh Tuhan iaitu Anugerah "takut akan Tuhan." Ketika 'fajar menyingsing' kita akan tahu meminta dengan benar perihal kehendak Tuhan dan juga anugerahNya. Kristus adalah Jalan kebenaran (Jalan perdamaian); Kristus adalah Pintu (Pintu itu dimungkinkan oleh curahan hadirat Roh Kudus); dan karunia-karunia Roh Tujuh Lapis adalah 'kunci-kunci' untuk mengenali roh Kristus.

    Nabi Yesaya bernubuat bahawasanya: "Therefore my people will go into exile for lack of understanding (the spirit of Understanding) ; those of high rank will die of hunger and the common people will be parched with thirst." (Isaiah 5: 13). "Revelation knowledge" ini ditujukan oleh Tuhan YHVH kepada umatnya, bangsa Ibrani, yang telah dibuang ke dalam pembuangan di Babylon. "Roh Pengetahuan Wahyu" ini masih berbicara sampai sekarang untuk umat Tuhan ('perempuan') dan 'anak-anak'. Negara-negara Eropah Timur, Russia, China, Korea Utara dan Cuba adalah pernah suatu ketika dahulu adalah tempat yang ramai mempunyai pengikut Kristus, sebelum mereka masuk 'pembuangan' ke dalam ajaran 'komunisme.' Kenapa mereka jatuh' terjerumus ke dalam ajaran yang 'salah' yaitu ajaran yang menyatakan ketidak-wujudan Tuhan, Sang Pencipta (atheisme) ? Ramai di kalangan pemimpin negara-negara tersebut pada mulanya adalah penganut-penganut "Jalan." Namun, oleh kerana mereka "lack of [the spirit] understanding," maka itu telah menjerumuskan para pemimpin mereka dan sekaligus mengheret negara dan penduduknya dilanda 'angin' yang mengajarkan ajaran atheisme

    Firman Tuhan: "Umatku ke dalam pembuangan kerana 'lack of understanding.' " Pengertian [roh] datang kerana curahan Roh Tujuh lapis ke atas umatNya. Jika, tiada roh yang turun, maka tiadalah roh kekuatan dan damai sejahtera. Namun, kini curahan 'latter rain' telah melanda kembali ke negara-negara tersebut, dan pemerintah nampaknya memberikan kelonggaran kebebasan beragama seperti di Eastern Europe, dan Russia, namun di beberapa negara seperti Korea Utara, 'pengikut Jalan' masih dikekang dan dianiaya.

    Semoga Kasih setia roh Tuhan mencurahkan Roh tujuh lapisNya kepada barisan pemimpin negara-negara tersebut agar memberikan kebebasan kepada para Pengikut Jalan di negara mereka; dan supaya mereka dapat beribadah dengan tenang, tanpa penganiayaan pihak pemerintah. Surat Santo Paulus berbunyi: di mana ada Roh Tuhan, di situ ada pembebasan. Hadirat curahan Roh Kudus adalah 'kunci' kepada pembangunan roh pengertian ke atas roh setiap orang percaya. ...mengenal yang Mahakudus adalah [karunia] Roh pengertian (Amsal 9: 10). Jika Roh pengertian menerpa semua pemimpin yang percaya 'Jalan' di negara-negara tersebut, sudah tentu mereka tidak terjerumus kepada "errors," yaitu pembuangan 'ke dalam ajaran komunisme' (atheism). Semoga kasih setia dan belas kasihan Tuhan menerpa semua pemimpin di semua negara tersebut, supaya 'Roh pengertian' akan membawa mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan kepada pengenalan akan Mahakudus, dan memberikan mereka 'kekuatan,' atau jika tidakpun diberikan 'pengertian' bahawa yang memegang 'kunci segala maut' dan kunci kerajaan maut adalah Yeshua. Semoga mereka juga diberikan kebebasan sebagai pengikut Jalan yang tidak dianiaya oleh 'imej' 'patung' binatang yang memerintah mereka. Blessed be the nation whose God is Lord; he chose the people for his inheritance (Psalm 33: 12).

Jumaat, 1 April 2016

'Mezbah Sorgawi' dalam penglihatan Nabi Yesaya adalah kehendak Tuhan yang tertinggi iaitu kasih setiaNya kepada mereka yang namanya tertulis dalam Buku kehidupan...



Apakah sebabnya kepercayaan Kristen mengajarkan ajaran 'penebusan' sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia? 

      Jalan ‘penebusan’ dalam kepercayaan pengikut 'Jalan' kerapkali disalahfaham apabila ia dikaitkan dengan praktik kepercayaan tribal purbakala, atau ringkasnya disebut secara derogatif dengan istilah ‘kafir.’ Bagaimanakah 'Jalan' yang diajarkan oleh Alkitab  berbeda dengan praktik kafir, sedangkan seluruh alkisah umat perjanjian lama seolah-olah memperlihatkan praktik “mempersembahkan” korban-korban penebus dosa seperti praktik ibadah yang diamalkan oleh bangsa-bangsa? Bukankah Roh Tuhan kelihatan lebih mulia, jika ia tidak dikaitkan, dan tidak melibatkan “penumpahan  darah binatang,” korban-korban persembahan?


    Saya sendiri pada mulanya pernah mempersoalkan mengenai “korban penebus dosa” oleh peribadi Yeshua dalam kepercayaan Kristen, sebagai tidak jauh bezanya dengan kepercayaan adat seperti  kaum Dusun, di Borneo yang juga percaya kepada korban manusia ‘huminodun’ (gadis perawan anak Kinorohingan (Bapa), supaya kaum dusun mendapat rahmat perdamaian dengan Kinorohingan yang murka; tanpa 'korban penebus' manusia berdosa tidak dapat diperdamaikan dengan Pencipta. Maka, ada kalanya saya ‘berfikir,’ apakah Tuhan Ibrani, YHVH, itu memang Tuhan tribal sepertimana  tuhan-tuhan yang diseru oleh bangsa-bangsa yang lain? Bukankah ritus-ritus penumpahan darah korban itu seolah-olah tidaklah jauh berbeza dengan tuhan-tuhan bangsa lain di dunia kerana manusia moden boleh saja dikatakan melihat 'praktik' itu secara demikian. Maka, saya meneruskan sahaja membaca Alkitab dari Kitab Kejadian fasal satu hinggalah kepada Kitab Wahyu 22, berulang kali,  untuk mencari jawapan kepada ‘pencarian’ peribadi ini, namun aku tidak menemukan jawapan yang memuaskan ‘vakuum’ yang sarat dengan pelbagai tanda soalan.

    Akhirnya, aku menemui bahawa semua kekeliruan dan persoalan tadi akan terjawap, jika sekiranya aku mengenali Roh Tuhan dengan lebih dalam lagi, kerana Ia adalah Sang Pencipta kepada alam semesta dan juga Bapa kepada segala roh-roh yang dicipta.   Ketika 'fajar menyingsing,' kita belajar meminta dengan jitu dan benar; aku mendapati bahawa 'kunci' hubungan intim Roh Pencipta dan roh Raja Daud adalah "karunia takut akan Tuhan." Makan perlu suatu rasa lapar, agar keinginan makan itu menjadi sesuatu yang menyukakan hati manusia. Karunia takut akan Tuhan adalah yang melahirkan kembali roh seseorang, dan ia adalah permulaan Roh Tuhan untuk bergaul karib dengan roh si penerima anugerah. "Takut akan Tuhan" adalah operasi asas roh tujuh lapis Roh Tuhan, Menorah (Kristus), yang menjadikan seseorang percaya menjadi "ranting kepada Pokok anggur sebenar." Ia adalah "permulaan" bagi seseorang percaya untuk menanggapi atau melihat ' Hikmat, yaitu 'karya' Kristus.

  Karunia itu bukanlah perihal 'ketakutan,' seperti yang di alami oleh dimensi emosi manusia. Ia adalah operasi Roh Tuhan yang turun ke atas roh seseorang, supaya rohnya memerlukan Manna dari Sorga (Mat. 4:4; Ulangan 8: 3). Anugerah itu dipohon dari Tuhan setiap hari.  Anugerah takut akan Tuhan menjadikan roh orang percaya menjadi "ranting kepada pohon Kehidupan."

    Saya melihat bahawa Tuhan tidak mempunyai ‘takut’ dalam segala sesuatu yang Ia telah ciptakan.  Sebelum Ia mencipta segala sesuatu, sudah tentu, yang maha-mengetahui telah mengetahui segala-sesuatu yang akan terjadi kepada ‘manusia,’ samada dari permulaannya mahupun pengakhiran bagi keturunan manusia.Justeru itu, Ia masih meneruskan agendanya untuk mencipta ‘manusia’ meskipun, Ia telahpun mengetahui segala-galanya perihal manusia sebelumpun ia menciptanya. Ia telah mengetahui sejak dari semula perihal manusia termasuk 'kejatuhan' roh manusia dari kondisi yang Ia lihat “sungguh amat baik sekali” kepada roh manusia "yang jahat dari sejak kecilnya" atau tidak diperdamaikan dengan Allah.

Ordo Melkisedek: Jaminan kepada semua karya ciptaan 

    Keselamatan para pengguna dalam menggunakan semua hasil ciptaan para pencipta adalah dijelaskan oleh jaminan-jaminan yang dikeluarkan oleh para pengilang atau para pengeluar produk. Kita akan pasti merasa lega sedikit kerana terdapat suatu ‘jaminan’ yang diberikan oleh pihak berkuasa.  ‘Jaminan’ secara rasmi itu telah menjadi suatu kemestian undang-undang secara universal di seluruh dunia untuk semua produk yang dikeluarkan oleh pengilang atau syarikat pengeluar.  Demikian juga halnya dengan Bapa Segala Roh. Tuhan tidak akan tenang, jika hasil karya ciptaannya tidak terjamin. Sebagai Pencipta yang maha-sempurna, maka semua ciptaanNya haruslah tidak mengugat ‘ketenangan RohNya’ atau ‘tiada takut.’

    Ia harus penuh  dengan sukacita dan kasih setia, meskipun karyaNya diancam kerosakan oleh pihak SeteruNya, iaitu Lucifer dan juga manusia yang di sebut ‘lalang.’  Tuhan ketika berfikir-fikir dalam kesempurnaan rohNya sendiri telah menentukan dari permulaan untuk mencipta segala sesuatu di dalam alam semesta menurut suatu Ordo; sebenarnya, Ia telah menetapkan dari semula menurut ke-maha-sempurnaanNya, bahawasanya ‘jaminan’ kepada karya CiptaanNya adalah ditentukan oleh Kristus atau Ordo Melkisedek, maka, Kristus juga adalah disebut sebagai Juruselamat atau Keselamatan kepada umat manusia dan keselamatan kepada alam semesta. Ia adalah ‘jaminan’ kepada keselamatan umat manusia yang senantiasa berbuat dosa setiap hari. Maka, bukanlah Tuhan membiarkan manusia yang mempunyai anugerah kehendak bebas itu terjerumus kepada kuasa dosa, tetapi sejak dari semulanya, Tuhan telah menetapkan anugerah ‘jaminan’ keselamatan kepada semua umat manusia meskipun keturunan Adam telah hanyut dalam kuasa dosa. Kita tahu bahawa 'Jaminan keselamatan' sesuatu produk ciptaan manusia adalah berdasarkan kepada ketentuan-ketentuan 'piawai' yang diberikan oleh pengeluar, dan disahkan benar oleh pihak berkuasa, malah ia juga menjelaskan anggaran tempoh-masa ia selamat digunakan.

Apakah pula jaminan kepada ciptaan Tuhan iaitu alam semesta yang diciptaNya?

    Selepas kiamat air bah zaman Noah, Tuhan memberitahu perihal ‘jaminan’ ini kepada Noah: 21“Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah Tuhan dalam hati-nya: “ Aku takkan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya. Dan Aku tidak akan membnasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.22 selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.” (Kejadian 8: 21-22). Sejak zaman Habel dan di zaman Noah selepas banjir, 'jaminan' keselamatan manusia yang luka adalah menuruti 'Firman,' iaitu 'Mezbah' Sorgawi yang turun ke bumi. Mezbah Sorgawi seperti yang dilihat oleh nabi Yesaya dalam (Yesaya 6), menurunkan ajaran 'penebusan' (redemption). Mezbah itu adalah mengungkapkan ''nama" Tuhan. Ia adalah "kehendak" nama Tuhan!

    'Nama' (atau 'karya') Tuhan mengalir dalam tiga (3) pengaliran 'roh,' dan ketiga-tiga adalah 'satu' dan tidak dapat dipisahkan. The Covenanted name of God mengalir dari Immutable name of God. Yang ketiga adalah Firman Allah. "...namaNya ialah Firman Allah (Wahyu 19: 13b). Namun, the Covenanted names of God terikat kepada 'menabur dan menuai' di bumi dan juga Pengujudan kerajaan. YHVH terikat kepada pengujudan kerajaan Tanah Suci dengan tuntutan Ibadah Hukum di Tanah Suci yang akhirnya telah ditolak oleh Israel yang memberontak. Yeshua pula terikat kepada pengujudan Perjanjian Baru (Perdamaian) untuk ''menabur dan menuai' ke atas bangsa-bangsa, supaya mereka dapat memasuki kerajaan Allah, dan justeru itu beribadah kepada Tuhan dengan 'ibadah' menurut 'roh;' 

    Ketika murid-murid Yeshua meminta ajar bagaimana berdoa, Yeshua mengajarkan "Doa Bapa Kami." Ia sebenarnya menyampaikan kehendak Bapa di Sorga kepada murid-murid-Nya dalam "roh nubuatan." Kehendak Roh Bapa yang tertinggi sekali di Sorga adalah 'kasih setia' Bapa (agape Love) dan Tuhan mahu KasihNya ini dilihat oleh manusia terjadi di bumi supaya manusia di bumi mendapat berkat penebusan (atonement).   Mesej (semua Firman' termasuklah firman dalam rangkai kata doa doa Bapa Kami) Ilahi ini bolehlah dibayangkan secara intelek seolah-olah disampaikan melalui ‘lubang’ Ordo Melkisedek, iaitu Roh Kristus. Maka, firman itu sebenarnya disampaikan oleh Roh Kristus. Maka, ‘jaminan’ dari rangkaikata ayat Firman yang diterima oleh Noah dan patriarchs yang lain, sebenarnya adalah ‘jaminan’ yang dianugerah oleh Roh Tuhan menurut Ordo Melkisedek.

    Jaminan kepada ciptaan yang dicipta oleh Roh Pencipta adalah Ordo Melkisedek, iaitu Kristus.  Segala kematian yang bakal menimpa manusia, mahluk-mahluk yang dicipta dan seluruh alam semesta telahpun Tuhan taklukkan kepada Ordo Melkisedek (Kristus), supaya karya-karya ciptaan Ilahi senantiasa disempurnakan dan senantiasa terpelihara kesempurnaannya meskipun senantiasa diancam oleh seteru Roh Tuhan yang utama iaitu roh si Ular tua. Si ular tua dan para malaikat-gelap pengikutnya adalah perosak kepada ciptaan kesayangan Tuhan, yaitu manusia dan keturunannya.  Oleh kerana Tuhan ‘mahatahu,’ maka segala ancaman dan kerosakan yang telahpun diketahui olehNya sejak dari yang semula, maka Ia telah menetapkan terlebih dahulu bahawa semua ciptaan di alam semesta ini termasuk para malaikat adalah diciptakan di dalam Kristus, untuk Kristus dan kepada Kristus.

   Maka, kunci segala maut dan kerajaan maut, jaminan kehidupan, jaminan kesempurnaan, jaminan pemuliharaan, jaminan penyembuhan, jaminan pembaharuan kepada semua mahluk hidup adalah ditaklukkan dan diserahkan kepada suatu ketentuan-ketentuan Roh Ilahi  yang dikenali sebagai Ordo Sorgawi Melkisedek. Melalui Ordo Sorgawi ini, maka manusia luka mula mengenali Roh Tuhan yang diseru 'namaNya' melalui ritus-ritus 'Mezbah' Tuhan bermula dari zaman Habel dalam Kitab Kejadian 4, yang mengajarkan ‘jalan’ penebusan sebagai jalan sempurna untuk diperdamaikan dengan Roh pencipta. Untuk menerima Kasih setia Tuhan yang Mahasuci: perdamaian.

                                 
Ordo Melchizedek (Kristus) yang dilihat seperti 'Mezbah' di Sorga adalah kehendak tertinggi Tuhan di Sorga iaitu belas-kasihan dan Kasih setia. Bila dituruti 'Firman'Nya dalam ibadah ritus-ritus purbakala, ia menganugerahkan 'kuasa 'pengampunan dosa,' supaya kasihNya yang maha-suci tidak ada halangan untuk 'bergaul Karib' dengan penerima 'Firman.' "As above, so below."

    Kerana kebenaran yang diturunkan oleh Ordo Melkisedek ini, maka Rasul Paulus dapat bersaksi bahawa “Kristus adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan 16 kerana di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, mahupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia....19 seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia, 20 dan oleh Dialah memperdamaikan segala sesuatu dengan diriNya, baik yang ada di bumi, maupun yang ada di Sorga" (Kolose 1: 16, 19-20).  Bahawasanya, semua realitas keujudan baik yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan adalah ditentukan dari yang semula menurut Ordo Melkisedek.  Apakah itu Ordo Melkisedek?  Ia adalah jaminan ‘jalan’ keselamatan yang sempurna bagi umat manusia yang luka.  Maka, Ordo ini menurunkan ajaran ‘penebusan’ sebagai ‘jalan’ untuk diperdamaikan dengan Roh Pencipta.

    Secara peribadi saya melihat bahawa Ordo tersebut adalah ketentuan-ketentuan Ilahi dalam karya penciptaan, dan ia juga adalah jaminan kesempurnaan karya penyelamatan umat manusia yang terjerumus ke dalam penghambaan dosa. Tanpa Ordo Melkisedek, kesempurnaan penyelamatan umat manusia yang terpisah dari ‘terang’ tidaklah akan terjamin secara sempurna. Ordo Melkisedek ini menyingkapkan bahawa semua Firman yang di sampaikan kepada umat manusia adalah melalui ‘ketentuan’ Ordo ini. Maka kita faham bahawa Kristus dari yang semula adalah Alpha dan Omega sebagai Juruselamat manusia. Santo Yohanes melihat ‘rahasia’ Melkisedek (Kristus), maka ia memulai penyampaian injilnya dengan bahasa penyampaian yang ternyata menekankan ‘bahasa roh nubuatan.’ Santo Yohanes menulis: Pada mulanya adalah Firman dan firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. (Yohanes 1: 1). Yeshua berkata : “...Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup” (Yoh. 6: 63). Perkataan-perkataanNya adalah merujuk kepada semua Firman yang telah disampaikan oleh Roh Tuhan sejak zaman Adam lagi, dan ia diringkaskan sebagai: "Firman” (Lukas 24: 44).

    Semua "Firman" yang diterima oleh manusia di bumi telah dianugerahkan oleh Roh Tuhan, dan jika ia dilihat dengan intelek manusia, maka ia seolah-olah melalui satu ‘lubang,’ yaitu ‘lubang’ Ordo Melkisedek:  Kristus. Semua Firman baik dari Kitab Kejadian sehinggalah kepada kitab Wahyu, sebenarnya telah dianugerahkan melalui ‘lobang/Ordo’ itu. Maksudnya, ia disampaikan oleh Roh yang ‘satu’ iaitu Kristus. Justeru itu, dalam ayat Wahyu 19: 13, Roh Tuhan memberikan nubuatan berbunyi “...dan namaNya ialah: ‘Firman Allah.’ ”

    Bahasa nubuat “nama” membawa maksud “karya.” Oleh kerana namaNya adalah Firman Allah, maka ia juga bermaksud bahawa ‘karya’ Kristus adalah ‘Firman Allah.’ Sudah tentu, kita tidak akan mengetahui bagaimanakah Roh Tuhan itu berkerja, dan apakah agaknya pekerjaan-pekerjaan roh Tuhan, jika sekiranya tiada Firman yang telah disampaikan kepada manusia.  Maka, itulah sebabnya Santo Yohanes menulis: pada mulanya adalah Firman (roh Kristus menurut Ordo Melkisedek).   Firman (yang menurut Ordo Melkisedek itu) adalah Tuhan.  Kristus adalah Tuhan.   Ordo Melkisedek itu adalah Paderi Agung Sorgawi.  Kita tahu bahawa ‘paderi’ adalah pengupacara atau pengantara;  Kristus adalah Paderi Agung Sorgawi yang menjadi ‘manusia.’ Ia telah menjadi "Domba Tuhan" supaya kehendak Sorga iaitu "Mezbah" terjadi di bumi. Bahawasanya Ia adalah ‘Pengantara’ di antara Roh Allah Bapa dengan umat manusia yang berdosa. Dalam arti kata lain Kristus (Firman) adalah Juruselamat atau Almasih (Messiah).

Kenapa ‘Jalan” Korban Penebusan adalah ‘jalan’ yang paling sempurna bagi Roh Tuhan untuk menyelamatkan manusia yang luka/berdosa?

    Sifat Ilahi yang tertinggi adalah kasih setiaNya yang tidak berkesudahan. Maka, kehendak Tuhan yang tertinggi adalah juga "Kasih." Kasih menuntut 'pengorbanan.' Dan dalam Penglihatan nabi Yesaya, bahasa Kasih setia Ilahi yang menuntut 'pengorbanan di pihak Tuhan sendiri di ungkapkan oleh 'Mezbah.'
                                 
Kasih setia dan 'mercy' adalah Satu, dan ia adalah 'kehendak' Roh Tuhan di Sorga, maka bila Kasih itu menerpa umat manusia, Kasih itu akan mengutus anakNya sendiri "Firman menjadi manusia" sebagai Domba Tuhan. Kenapa? Kerana semua Kasih entah ia erotika, philiac mahupun agape menuntut ''korban.' Agape love Ilahi menuntut 'korban iaitu Yeshua supaya manusia yang menerima 'Kasih' Allah mempunyai Jalan untuk menerima Kasih Ilahi yang suci. Jika tiada 'korban' penebusan, maka semua manusia pasti hangus dijilat oleh Kasih Tuhan yang Mahasuci. Justeru itu, itulah mesej dan maksud 'nubuatan' perihal 'Mezbah' (Altar).

Malaikat serafim yang melaksanakan kehendak Tuhan (Kasih) dengan mendengar 'Suara' Firman (roh Kristus) datang kepada nabi Isaiah dan mentahirkan roh Yesaya, namun dalam Kitab ia dicatat sebagai bara api yang menyentuh 'najis bibir' kerana nabi Tuhan sebenarnya juga digelar 'mulut' Tuhan. Justeru itu, Firman yang menyatakan serafim menaruh bara api ke mulut Yesaya adalah bermaksud 'kuasa 'Kasih dan mercy' Tuhan mentahirkan 'sumbu' Roh nabi Yesaya. Bukanlah malaikat itu benar-benar membakar mulut nabi itu, melainkan Roh 'mulut' Tuhan itulah yang malaikat tahirkan. Malaikat itu melaksanakan 'kuasa pentahiran dosa-dosa yang mencemarkan Roh Yesaya. (Yesaya 6).

    Inilah sifat Ilahi yang dinyatakan oleh Roh Tuhan dalam "Firman menjadi manusia." Raja Daud mengenali sifat Roh Tuhan yang setia dan benar. Tidak hairanlah ia menyanyi baris ayat “bahawasanya untuk selama-lamanya kasih setia Tuhan sebanyak 16 kali di dalam Kitab Mazmur 136. Tuhan itu 'Kasih,' dan Ia adalah Pencipta yang Maha-sempurna (God is agape Love).  Pencipta yang sempurna adalah Tuhan yang Mahakasih. Kasih Tuhan tidaklah bersyarat. Ia cuma menuntut 'percaya' yang 'sempurna' (dari genuine Seed) untuk menerima "Kasih Karunia." Percaya yang 'sejati' (genuine) adalah dijelaskan oleh Yeshua sebagai sebesar biji sesawi sahaja namun kuasanya sangat luarbiasa: Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu (Matius 17: 20). Kasih Tuhan mengalir memenuhi seluruh alam semesta, namun ia adalah kasih yang maha-suci. Tuhan tidaklah mempunyai masalah untuk mengasihi semua manusia, tetapi kekudusannyalah yang menjadi masalah 'besar' kepada umat manusia yang diperhambakan oleh kuasa dosa.

    Maka, Alkitab mencatatkan, manusia berdosa hidup berseteru dengan Allah. Kebenarannya, ‘berseteru’ ini merujuk kepada ‘kasih Tuhan yang suci’ yang menentang roh-roh manusia yang mempunyai catatan kesalahan-kesalahan dan juga dosa-dosa. Bagaimanpun,  Ia mengasihi tanpa syarat entah manusia itu dibebani dengan dosa ataupun roh manusia itu gelap-gulita. Cuma, bila tiada 'kuasa' pengtahiran kesalahan-kesalahan dan juga penghapusan dosa-dosa, maka 'kemuliaan' Roh Tuhan tidaklah akan turun ke atas umatNya.  Taurat bersaksi bahawa "kemuliaan' Nya tidaklah akan datang turun, selagi 'penebusan' itu belum selesai diupacarakan."


    KasihNya adalah sumber gelombang kehidupan yang tertinggi.  Dan bila Roh Pencipta itu Maha-mengasihi, maka sudah tentu kasihNya yang tak bersyarat itu mengorbankan pihak Tuhan sendiri, dan sifat IlahiNya menetapkan diriNya sendiri untuk selama-lamaNya mengasihi semua manusia berdosa.  Maka, Kasih Tuhan yang sempurna ini menuntut korban dari pihak Ilahi sendiri.  Ilahi perlu berkorban untuk mengasihi manusia berdosa. Ia adalah Tuhan yang agung dalam mengasihi manusia yang berdosa. Dan oleh kerana Penciptaan adalah untuk Kristus dan kepada Kristus, maka kasih Tuhan yang Mahasempurna akan mengorbankan Kristus. Ketetapan korban (Mezbah) ini adalah juga menurut Ordo Melchizedek.  Tuhan telah mentakdirkan dari permulaan (alpha) bahawasanya pengorbanan anakNya yang tunggal iaitu Roh Kristus yang menjadi manusia (dibaluti daging manusia) akan menjadi ‘jaminan’ (Advocacy) kepada keselamatan umat manusia yang rosak atau berdosa. Maka, Kristus dari semula adalah JuruPenebus dan Juruselamat.

    "The rock of my salvation" merujuk kepada kehendak Bapa yang diungkapkan melalui Penglihatan (vision) sebagai 'batu Mezbah Sorgawi' yang menyelamat dengan kuasa penebusan. Oleh kerana, ia adalah Jurupenebus, maka, ia juga dinubuatkan dan disingkapkan kepada para nabi (mulut Tuhan) sebagai Ordo Melkisedek. Paderi Agung Sorgawi adalah juga mengungkapkan karyaNya sebagai pengupacara agung kepada perdamaian dengan umat manusia dengan Roh Pencipta. Ia mengupacara Korban di pihak Ilahi sendiri iaitu Kristus (Firman menjadi manusia), supaya dosa-dosa manusia di bumi dapat diselesaikan. 'Mezbah Sorgawi yang turun di bumi adalah penggenapan Doa Bapa Kami "...jadilah kehendakMu di bumi seperti di [Mezbah] Sorga" oleh Yeshua di atas Kayu Salib yang telah menganugerahkan 'Jalan' kepada semua yang pada semulanya tertulis dalam Buku Kehidupan. Kehendak Bapa di dalam Anak adalah supaya melalui Anak mereka (orang percaya) akan melihat Bapa dan bahawa Tuhan itu maha-Kasih.

  Maka, Kristus adalah ‘Jalan’ menyelesaikan dosa-dosa manusia, agar mereka dapat mengecapi kasih Tuhan yang suci, tanpa dijilat oleh semarak kesucianNya.  Sifat agung dan maha-mulia Tuhan yang Mahakasih menuntutNya untuk mengorbankan Kristus. Kita tahu sebagai manusia bahawa tiada kasih yang dikatakan kasih, jika sekiranya tidak ada pengorbanan. Semakin tinggi, agung, sempurna, dan sucinya kasih, maka semakin tinggilah pengorbanannya. Dan inilah ‘rahasia’ yang berlaku ke atas Roh Tuhan Pencipta.  'Rahasia' (Kristus sebagai ‘Korban kasihNya yang ajaib/agape’) ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan ‘jaminan keselamatan’ bagi umat manusia yang diciptakanNya kerana manusia ciptaanNya itu telah terjerumus kepada kuasa penghambaan dosa; manusia pertama jatuh kepada 'kuasa dosa' kerana anugerah ‘kehendak bebas’ dan juga disebabkan oleh tipu muslihat si ular tua--bapa segala dusta.

    Takdir Ilahi yang ditentukan dari permulaan sebagai ‘korban’ kasih Bapa menjelaskan kenapa "Domba Tuhan" itu juga adalah ditakdirkan sebagai Juruselamat dunia.  Kebenaran atau ‘Rahasia’ Allah ini sebenarnya telah ditentukan dari sejak permulaan, sebelumpun ciptaan telah muncul kerana semata-mata untuk mengasihi umat manusia yang senantiasa berdosa (Yoh. 3: 16).

   Bahawasanya untuk selama-lamanya kasihsetiaNya! Kristus ditakdir sebagai korban ‘Domba Tuhan,’ supaya manusia dapat melihat ‘Rahasia’ Allah, dan dapat mengecapi kasih Tuhan yang tidak dapat diselami keajaibanNya.  Mengecapi keajaiban kasih Tuhan yang suci untuk selama-lamanya adalah juga disingkapkan oleh Kristus sebagai mendapat anugerah 'kehidupan’ yang kekal di Sorga. Roh Tuhan telah mentakdirkan sejak dari semula bahawa kasih Tuhan yang ajaib itu haruslah mempunyai ‘Mezbah’ atau ‘altar’ batu sorgawi. Maka, kita sebagai para pengikut ‘Jalan’ sebenarnya percaya kepada Tuhan yang mempunyai “Mezbah’ Sorgawi. “Mezbah” menubuatkan Kasih Bapa yang mengorbankan Domba Tuhan kerana kasihNya yang besar ke atas manusia berdosa. His agape love ‘sacrifices His own Son, Yeshua, as revealed by the altar of heaven’ as seen by Prophet Isaiah (Isaiah 6; Isaiah 53). Manusia mengenali bahawa Roh Tuhan itu adalah Kasih kerana manusia tahu ‘Mezbah’ sorgawiNya itu menjelaskan keagungan 'Korban' dan keajaiban kasihNya. Dan pengupacaranya adalah Imam Agung Sorgawi yang selama-lamanya menurut Ordo Melchizedek (Mazmur 110:4). “Mezbah” (Yesaya 6: 1-6) ini berbicara bahawa Tuhan itu Kasih (agape love). KasihNya yang ajaib: “bahawasanya untuk selama-lamanya kasih setianya” mengorbankan “Domba Tuhan.” Ini adalah ‘Rahasia’ Ordo Melkisedek atau ‘rahasia Allah:’  Kristus

Kristus adalah rahasia Allah.

  Sifat-sifat Ilahi disingkapkan menurut roh nubuat: 5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan nama (‘karya’) Tuhan. “6 ...: Tuhan, Tuhan, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar,  berlimpah kasihNya dan setiaNya.7 yang meneguhkan  kasih setianya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa, tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya kepada keturunan yang ketiga dan keempat.” (Keluaran 34: 5-7)


    Melalui Taurat yang diturunkan Tuhan YHVH kepada nabi Musa, manusia mula belajar perihal Kekudusan Tuhan, namun di dalam Kristus semua bangsa-bangsa mengenali Tuhan sebagai Kasih. Kehendak Tuhan yang dimaksudkan Kristus dalam doa bapa kami ialah "kasih setia Tuhan" di lihat oleh umat nanusia. Semua hukuman Tuhan turun dari sifatnya yang Mahakudus.  Raja Daud bernyanyi bahawa hukuman Tuhan itu di putuskan di mahkamah Sorgawi. Mazmur 19: 1 menyingkapkan bahawa ‘heavens’ menceritakan ‘kemuliaan’ Allah.  Dalam penglihatan Yesaya dalam Yesaya 6:1-3, ‘heavens’ yang dilihat nabi Yesaya terdapat ‘mezbah,’ dan ‘malaikat seraphim,’ serta jubahNya memenuhi bait allah.Jubah itu dilihat seperti awan-putih bersinar berkepul-kepul. Penglihatan Yesaya itu adalah diungkapkan oleh Tabernakel yang kelihatan di bumi iaitu Kemah Suci nabi Musa serta semua peralatan yang ada dalam kemah suci itu. Di kamar “Yang Mahasuci” terdapat Tabut Perjanjian yang menubuatkan sifat-sifat Roh Tuhan. Jika tabut perjanjian itu ditelusuri asalnya yaitu Sorga, maka “the ark” itu juga merujuk kepada roh Tuhan. Hukum Kesepuluh berada dalam Tabut Perjanjian, manakala penutup Tabut (atonement cover) adalah di atas hukum dan “Mercy seat” pula atau takhta kasih-setia Tuhan berada di atas penutup Tabut (Atonement cover) di apit oleh dua malaikat Seraphim.  Jika, dilihat melalui roh nubuatan, sifat Ilahi iaitu kasih setia dan belas-kasihan Tuhan adalah dua sayap yang dilihat ‘satu.’ Kasih-setia Ilahi tidaklah ujud jika tidak ada belas-kasihan dan begitulah sebaliknya. Apa yang kelihatan di Kemah Suci itu mengungkapkan kehendak Roh Tuhan di Sorga iaitu menurut ketentuan sifat-sifat Ilahi sendiri. Raja Daud bernyanyi “kasih Mu besar mengatasi langit (heavens), dan setiaMu sampai ke awan-awan” (Mazmur 108: 4). 

    Kasih Bapa dinyatakan oleh Anak (Kristus).  Kasih Kristus adalah sama dengan kasih Bapa dan ia mengatasi ‘heavens.” Hukuman Tuhan diberitakan oleh “heavens,” namun Kasih Tuhan mengatasi “heavens.” “... your ‘mercy’ is higher than the heavens.  Your truth (Christ/Word) reaches the skies (the abode of the Father) (Psalm 108: 4). Penutup tabut (Atonement cover) berada di atas “loh batu” Hukum Sepuluh.  Kuasa Belas kasihan Tuhan mengatasi ‘hukuman.’ Biarpun seseorang percaya dihukum oleh Tuhan, namun “mercy’ Nya masih menyertai orang itu dengan kasih-setia yang tidak putus-putus.  'Heavens' adalah bahasa yang mengungkapkan keputusan roh penghukuman Hakim, namun “mercy” Tuhan lebih tinggi dari ‘penghukuman’ Tuhan: "...your mercy/love higher than heavens." Maksudnya, sifat Ilahi yang menghukum kerana kuasa kekudusannya adalah berada di bawah oleh kuasa sifatNya yang mengasihi dengan kasih-setiaNya. Itu dijelaskan oleh “Mercy Seat” yang berada di atas semua yang ada pada “Tabut Perjanjian” itu.  Sifat-sifat Ilahi dalam Ayat 6 Keluaran 34 itu digambarkan oleh lirik nubuatan dalam Mazmur 108: 4 yang berbunyi “...kasihMu yang besar mengatasi langit (heavens).” Sedangkan “the Judgement of the Lord is the court of heavens” adalah di atasi oleh “mercy” Ilahi.

                                 
    Mezbah Tuhan Yg di Sorga (kehendak Kasih setia Tuhan ) telah terjadi di atas bumi. Salib adalah Mezbah "Domba Tuhan " di bumi, supaya manusia luka mengerti-bahawa Tuhan itu Kasih: "...kerana betapa besar Kasih Tuhan kepada Dunia sehingga ia mengutus anakNya yang Sulung (" Firman menjadi manusia") ...Yoh 3:16.

    Maka, ia menubuatkan kehendak tertinggi di Sorga yang pasti menuntut ''Korban." Bila kehendak ‘Mezbah’ turun terjadi di bumi, maka ia adalah “Firman menjadi manusia,” dan manusia itu yang bernama, Yeshua adalah Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia. Yeshua sebagai 'Domba Tuhan' adalah ‘Korban’ kasih-setia Tuhan. Sorgawi itu menganugerahkan dan mengingatkan kita senantiasa akan sifat Kasih-Setia Ilahi, yaitu “...hari demi hari Ia menanggung bagi kita. Allah adalah Keselamatan kita. (Mazmur 68: 19).


    Tuhan yang senantiasa menanggung penderitaan manusia, siang dan malam, adalah Jurupenebus kita.” (Mazmur 68:19).  ‘Mercy’ akan dianugerah kepada si penerima ‘mercy’ iaitu dia yang percaya seratus-peratus kepada “Domba Tuhan” yang menjadi korban, menumpahkan darah. Darah ‘Firman yang menjadi manusia’ itu adalah dinubuatkan oleh penglihatan Nabi Yesaya sebagai ‘bara api’ yang semarak gemilang atau cahaya ‘mercy’ yang melepaskan catatan-catatan dosa-dosa dan hukuman kesalahan yang tercatat pada roh seseorang. Cahaya "Kuasa Mercy" itu  juga menghapuskan catatan-catatan dosa ('rakaman' bersifat roh' pada roh pembuat dosa) pada roh seseorang melalui dengan ‘pengakuan’ tentang keajaiban pekerjaan Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa-dunia di atas ‘mezbah’ di dunia iaitu di atas kayu salib; ia adalah kehendak ‘mezbah’ sorgawi itu menurut Ordo Melchizedek yang digenapi di bumi. ‘Bara api’ mercy Ilahi itulah yang telah mentahirkan roh nabi Yesaya dalam Yesaya 6. Tuhan melihat kembali roh Yesaya selepas malaikat seraphim itu menaruh bara api ke atas roh ‘mulut’ Tuhan itu, dan Ia mendapati bahawa Yesaya telah dilepaskan dari segala kenajisan (‘impurities.’)


    Apabila mercy Firman menyentuh sumbu roh seseorang percaya, maka segala catatan kesalahan ('rakaman' hidup dan bersifat 'roh' pada roh pembuat dosa) akan dibersihkan dan segala catatan dosa akan dihapuskan, maka roh seseorang itu ‘siap’ untuk memasuki hadirat Roh Tuhan, iaitu ‘WajahNya.’ Jika ‘suara hati’ mendakwa kita siang dan malam, maka serulah kepada Jurupenebus dan ia akan “bail us out” dari segala pertuduhan (accusation) kerana Dia adalah Advocator yang agung dan maha-kuat.

    Oleh kerana ‘...the mercy of God is higher than heavens,” maka barangsiapa yang menyeru ‘nama’ Tuhan maka ia akan diselamatkan.  Kita bukanlah diselamatkan kerana kesetiaan kita, tetapi kita diselamatkan kerana ‘kesetiaan’ belas-kasihan dan kasih setia Kristus. Kita meminta karunia “takut akan Tuhan,” kerana ia adalah operasi Roh tuhan yang memungkinkan kita menjadi ‘ranting’ kepada Pohon Kehidupan” yang sebenar. “[karunia] Takut akan Tuhan adalah permulaan [roh] Hikmat dan mengenal yang mahakudus adalah [karunia roh] pengertian.” (Amsal 9: 10).  Santo Yohanes membahagikan pengertian bahawa "mengaku tiada dosa adalah suatu pendustaan dan tidak ada kebenaran dalam diri kita." Namun, berusaha untuk tiada dosa adalah suatu perkara yang mustahil atau tidak praktikal bagi manusia yang pusat Kesedarannya adalah otak. Namun, Kristus setia mengampuni semua dosa-dosa. Kerana NamaNya: setia dan benar.  Yeshua berkata: "...mengenali Tuhan dan Dia yang diutus Tuhan adalah Kehidupan kekal.

Rabu, 27 Januari 2016

'666' ?...dan tidak seorangpun yang dapat 'membeli atau menjual' selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu 'NAMA' binatang itu atau bilangan namanya (Wahyu 13: 17)


By Joannes Simin

Pusat kesedaran manusia yang 'luka,' adalah tertumpu secara dominan pada aktiviti saraf dan juga pada kapasiti inteleknya ('otak'). Manusia yang berdosa diungkapkan dalam bahasa rohaniah sebagai  mempunyai 'Luka-luka' (dosa-dosa). Dalam bahasa Inggeris sebagai 'wounded man' ataupun 'unreconciled to God.' 'Kelahiran kembali' akan menjadikan 'manusia yang 'luka' itu memiliki titik permulaan untuk menanggapi realitas-realitas Roh Tuhan, dan seterusnya mula melangkah dalam perjalanan iman. Tanpa 'kelahiran kembali,' manusia 'luka' (wounded man) mencari 'karya'nya sendiri di bumi. Ia mencari 'nama' manusia atau mendirikan 'menara' impian hidup! Manusia yang terpisah dari Roh Pencipta pada dasarnya tidak mempunyai kesedaran dan keghairahan untuk melaksanakan atau mencari 'nama-nama' Tuhan, kerana  mereka tidak memerlukannya dalam kehidupan berdaging. Mereka tidak memerlukan 'karya' atau 'nama' Domba Tuhan untuk menyelesaikan dosa-dosa. Hanya manusia rohani atau 'gandum' sahaja yang memerlukan Karya@ mission 'nama'  Domba Tuhan.


Menara Babel dan "binatang"...

  Dalam kitab Suci Kejadian 1, dicatatkan bahawa segala binatang adalah dicipta oleh Tuhan. Dan Tuhan mengatakan bahawa segala yang Ia cipta itu "Sungguh amat baik sekali." Namun, ada beberapa 'binatang' dalam Alkitab yang bukan dicipta oleh tangan Tuhan seperti binatang-binatang dalam kitab Daniel 7. Binatang dalam kitab Daniel 7 itu keluar dari "Laut." Ia bukan dicipta oleh Tuhan, kerana "Laut" merujuk kepada manusia yang "banyak bangsa." "The sea" itu adalah "many waters" yang bermaksud "banyak bangsa" yang dikumpulkan melalui pemerintahan imperialis! Maka, "binatang" atau 'Empayar beraja' itu sememangnya muncul dari umat manusia di bumi dan ia memerintah 'banyak bangsa' atau menurut roh nubuat, ia berbunyi "binatang yang keluar dari Laut." Kitab Wahyu  13 pula menubuatkan pemerintah dunia yang keluar dari "Laut" dan yang satu lagi adalah keluar dari bumi. Maksudnya, bukan tangan Tuhan yang mencipta binatang tersebut, kerana ia keluar dari "Laut" (banyak bangsa) atau keluar dari "bumi." "Laut" itu adalah banyak air yang dikumpulkan atau many waters gathered to become "the sea" yang bermaksud banyak bangsa yang dijajah oleh imperialis menjadi Kerajaan empayar. Bumi hanya satu sahaja, justeru itu, frasa nubuat berbunyi binatang yang keluar dari bumi adalah bermaksud ''pemerintah yang menyatukan banyak bangsa menjadi satu atau dalam bahasa nubuatnya berbunyi "binatang yang keluar dari bumi." Perkataan "bumi" dalam Kitab Wahyu 13 mengikut contextual interpretation adalah merujuk kepada satu bangsa atau 'bangsa-bangsa yang bersatu'. 

    Harus Kita ingat, bahawa sebelum murka Tuhan menimpa Menara Babel kuno, hanya ada satu bangsa sahaja Yang wujud di dunia, tetapi mereka bertutur pelbagai dialek Bahasa. Namun, mereka ada satu Bahasa pertuturan sedunia sebagaimana yang kita panggil sebagai Bahasa Lingua Franca. Satu bangsa dan satu Lingua Franca itu disatukan oleh pemerintah dan ia berpusat di Menara impian pemerintah dunia pada ketika itu. Ilham pengujudan pemerintahan berpusat di Babel kuno itu adalah  sememangnya inspirasi Lucifer, walaupun ia dicatatkan bahawa ia adalah agenda umat manusia di zaman itu. Selepas penghakiman Tuhan ke atas pemerintah Menara Babel, umat Manusia telah pecah kepada banyak bangsa (bangsa-bangsa) dan banyak pertuturan Bahasa utama dunia.

    Perkataan nubuat "Laut" dalam Why.13 adalah dikaitkan dengan penjajahan banyak bangsa-bangsa dan pengujudan empayar-empayar, sedangkan "bumi" pula dikaitkan dengan pengujudan kesatuan menjadi seolah-olah "satu" seperti agenda  Babel kuno! "Binatang" itu merujuk kepada 'pemerintah' & 'pemimpin dunia'. Pemerintah dunia berkata...dan seluruh bumi mengikutinya. Ia berkata:

"Marilah kita...membuat"
"Marilah kita ...dirikan"
"Marilah kita...cari 'nama' ('karya')"

"1 Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke sebelah Timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.  3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan Marilah kita cari NAMA, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah mereka diserakkan Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena disitulah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi, dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi." (Kejadian 11: 1-9)
____________________________


Kitab Suci ditulis dalam 'roh-nubuat.' Sejak zaman purbakala lagi, 'manusia yang 'luka' telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia yang senantiasa mencari 'nama' mereka sendiri, dan mereka terpisah dari 'nama' Tuhan. Mereka 'berkarya' (mencari 'nama') di bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan.  Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia yang luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari  nama Tuhan. Berpusat di menara Babel kuno, manusia sejagat bersepakat berkata: "...marilah kita mencari 'nama'..." Maksudnya, mereka telah bersepakat berkarya di bumi!  Ia memerlukan 'kelahiran kembali' untuk menjadikan 'roh' seseorang supaya terangsang rohnya untuk mencari Nama Tuhan! Jika tidak, ia tetap akan mencari 'karya' manusia ('nama' manusia).   Ia tidak lapar akan realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak mengutus rohNya yang tujuh lapis ke atas sumbu roh mereka.


'Roh nubuat' dan penjelasan ringkas perihal perkataan 'nama' dalam penyampaian firman...




Tidaklah menghairankan, jika di zaman Babel dahulukala, seluruh umat manusia bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan perjanjian-perjanjian manusiawi, atau ringkasnya 'mencari nama' atau 'berkarya' dan akhirnya karya mereka sendiri menghambakan diri mereka sendiri.  Di zaman itu, penghambaan 'nama' atau 'karya' manusia pada ketika itu adalah seringkasnya suatu bentuk penghambaan yang disebabkan oleh tuntutan tenaga-buruh untuk "membuat batu-bata" bagi pembangunan kota dan menaranya. Ia menyingkapkan prophetic symbolism bagi impian-manusia-daging untuk 'nation-building' dan juga pencarian 'utopia' atau "peace and security" sedunia bagi zaman sekarang. Frasa nubuat "membina kota" dalam Kitab Suci Kejadian menyingkapkan 'karya' manusia di bumi, dan  ia merujuk kepada agenda bangsa-bangsa di dunia dalam 'empire buildings,' 'kingdom buildings' atau 'nation buildings.' "Membina negara" adalah agenda kehidupan politik di zaman moden. Justeru itu, oleh kerana firman Allah disampaikan dalam 'roh nubuat,' maka "membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik" juga memberi maksud mencapai cita-cita kehidupan daging dalam konteks 'kehidupan' mengikut arah tuju dalam empayar atau negara. Namun, frasa itu juga bermaksud bahawa manusia 'daging' adalah kehidupan tanpa 'kehendak' Roh Tuhan. Bukankah "...membakarnya baik-baik" itu bernubuat tentang cita-cita manusia 'luka' untuk mencari kehidupan yang ideal menuruti kehendak penguasa dunia atau pemerintah negara? Namun, kenapa pula frasa tadi memberikan maksud 'tanpa kehendak' Tuhan? ...kerana 'pekerjaan' atau 'karya Ilahi' atau 'namaNya' ialah Firman Tuhan.  Tanpa firman Allah, kita tidak tahu apa itu 'pekerjaan' atau 'karya' Roh Tuhan. Justeru itu, frasa nubuat "membuat batu-bata" adalah merujuk kepada pekerjaan ('karya' manusia) dalam kehidupan di dunia ini dan terpisah dari firman Allah.  Umat Tuhan jelas makan 'manna' (makan Firman) yang turun dari Sorga (Ulangan 8: 3 dan Matius 4: 4). Justeru itu, manusia yang disebut 'lalang' (bukan umat Tuhan) jelas dinubuatkan dengan frasa "membuat batu-bata" sahaja. Ia juga dinubuatkan dalam frasa "makan dan minum; kahwin dan mengahwinkan; dan membeli atau menjual." 

    Santo Yohanes menerima wahyu perihal 'pekerjaan' (mission) Kristus, dan ia berbunyi "...namaNya ialah Firman Allah" dalam Wahyu 19: 13. Perkataan "nama" diartikan sebagai 'pekerjaan' atau 'karya' (handiwork) kerana dalam Yohanes 1: 29 Nabi Yohanes Pembaptis berkata bahawa 'nama' Domba Allah itu adalah misi untuk "menghapuskan dosa-dosa dunia." Nama Domba Tuhan itu sendiri adalah pekerjaan atau karya, yaitu Firman Allah. Apabila roh mengatakan dalam Wahyu 19: 13, "...namaNya ialah: Firman Allah," maka ia juga bermaksud "...pekerjaan Roh Tuhan adalah Firman Allah." Maka, Firman menjelma Yesus Kristus adalah 'mission' tangan kanan Allah Bapa. 


Penafsiran 'nama' binatang dalam Wahyu 13 adalah dipautkan atau disandarkan pada 'roh pengertian' seperti yang dijelaskan di atas. Justeru itu, nama "binatang yang keluar dari bumi" atau 666 bolehlah diungkapkan semula sebagai 'pekerjaan' yang dikaryakan oleh pemerintah dunia dan pekerjaan itu menguasai kehidupan semua bangsa-bangsa di dunia pada 'jam terakhir' zaman bangsa-bangsa (a) (lihat rujukan dan penjelasan dihujung artikel ini mengenai dengan 'zaman bangsa-bangsa.'). "Pekerjaan" itu diungkapkan secara tersembunyi dalam bilangan yaitu 666. Kenapa 'pekerjaan' atau 'karya' pemerintah dunia harus dinyatakan dalam nombor 666? Ulasannya akan dihuraikan kemudian. Sebagai, prakata, kita tahu nombor itu 'dihitung,' maka 'pekerjaan' itu menuntut kebijaksanaan dalam ilmu menghitung!



Malaikat: pelaksana 'nama' Tuhan yang setia dan perkasa...




  Dan pelaksana-pelaksana firmanNya adalah malaikat-malaikat perkasa yang melaksanakan firmanNya dengan "mendengarkan 'suara' firmanNya" (Mazmur 103: 20). Maka, jikalau sekadar membaca firman yang tercetak pada lembaran kertas-kertas kitab, tidaklah ia berarti firman itu ada 'suara.' Apabila 'hadirat roh Tuhan' berbicara melalui firman yang tertulis yang dibaca, maka baharulah ia bermaksud firmanNya telah 'bersuara.' Justeru itu, kegagalan memasuki hadirat 'roh Tuhan' bermakna kita tiada mendengar 'suara' Firman. Daud menyampaikan lirik-lirik nubuat yang memuliakan perihal kedaulatan 'suara' Tuhan dalam Mazmur 29. Demi 'nama' yang mereka (manusia di zaman Babel kuno Kejadian 11) cari serta perjuangkan itu, maka, mereka bercita-cita untuk mengatasi 'awan-awan.' 'Marilah dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.." Jelas, Tuhan berfirman "penuhilah muka bumi," tetapi manusia bertekad pula melawan Firman Tuhan, dengan membina agenda manusia sendiri, iaitu 'membuat batu-bata,' mendirikan menara, dan menjadikan menara itu sebagai pusat mencari 'nama (pusat pekerjaan manusia sejagat). Mereka melawan Firman yang menitahkan mereka memenuhi bumi! 'Menara' dan membina 'kota' adalah istilah nubuat perihal kehidupan yang disentralisasi oleh suatu kuasa pemerintahan sejagat yang menghambakan! Frasa nubuat "Penuhilah bumi" berarti suatu kehidupan yang merdeka, sedangkan, jikalau ia 'centralized,' bermakna ia membina menara dan kota, dan juga mencari 'nama' manusia! ''Nama" manusia berakhir dalam 'penghambaan.' 'Nama' manusia mengungkapkan perihal penentangan 'nama' Tuhan; itulah mesej 'menara' Babel kepada manusia luka.

Kenapa pula 'menara' itu didirikan sampai ke langit?  Firman ditulis menurut 'roh nubuat.' Tuhan berada di 'langit/sorga.' Maka, "sampai ke langit/sorga(heavens)" samalah artinya 'menjadikan nama ('pekerjaan/karya') manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia;  Ia bermaksud 'manusia' menjadi 'tuhan-tuhan' bagi diri mereka sendiri!  Pemerintah dunia atau pencipta 'nama' binatang itulah yang memimpin umat manusia sejagat dengan frasa profetik "Marilah kita..." .  "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi langit/heavens." (Mazmur 108: 5-6).  Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang memerintah bumi di Timur tengah selama 108 tahun, garis keturunan rajanya yang ke-tiga iaitu maharaja Nebuchadnezzar meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke ke langit,..."(Yesaya 14: 13). Maka, perkataan-perkataan seperti "...puncaknya sampai ke langit" dalam Kejadian 11: 4 adalah menyingkapkan 'karya' ('nama') seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel yang mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri. 

Apakah agaknya 'nama' ('karya') umat manusia yang mereka cari itu?  Sudah tentu 'nama' itu adalah 'karya' ('handiwork') manusia di zaman itu. Ia pastinya berpusat pada menara Babel Kuno. Mereka mahu mendirikan kota yang agung itu sebagai 'pusat karya-karya kehidupan ' manusia 'fana' sedunia. Menara itu adalah pusat 'karya' mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa Tuhan atau menjadi 'tuhan-tuhan' (gods of this world) di dunia.  Ia sudah pasti dipimpin oleh seorang pemerintah yang gagah perkasa dan sakti pada ketika itu,  atau ringkasnya dipanggil 'binatang' (the beast).  Ia disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab Suci, hanya 'seorang sahaja manusia' yang digelar manusia sejati yaitu Yesus Kristus (Anak Manusia), manakala perkataan profetik 'perempuan' hanya merujuk kepada Yakub, dan kemudiannya dua belas anak-anaknya menjadi bapa leluhur kepada dua belas suku kaum bani Israel.  Bani Israel menggenapi identitas yang dinubuatkan sebagai 'perempuan' (House of Jacob) dalam Kejadian 3: 15-16. Yakub diutus semula oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak-kehendak Tuhan. 

     Perutusan itu memperlihatkan Yakub diberikan semula 'nama baru,' iaitu Israel.  Kedua belas anak-anaknya menjadi 12 suku-kaum Israel yang dipanggil secara nubuat sebagai 'perempuan' isteri YHVH (Yeh. 16; Hosea 2: 19). Bangsa Israel sebagai 'perempuan' atau umat Tuhan menggenapi nubuat dalam Kejadian 3: 15-16.  Lain-lain bangsa yang tidak percaya kepada nama (karya) Tuhan adalah dinubuatkan dan digelar oleh Roh Tuhan sebagai 'lalang' (Matius 13). Manakala, bangsa yang berkuasa memerintah banyak bangsa lain dipanggil dengan ungkapan yang konsisten, yaitu 'binatang.' Semua pemerintah bangsa-bangsa dinubuatkan dengan mengumpamakan mereka sebagai 'binatang-binatang'' buas, manakala 'tanduk' mewakili 'pemimpinnya' yang bersilih-ganti atau menurut garis keturunan raja-raja.  Jika ia mempunyai 'mahkota' seperti dalam Why.13, maka ia bermaksud pemimpinnya adalah monarki (raja).

Tidak hairanlah Kitab Daniel dan kitab Wahyu banyak kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada penguasa bangsa-bangsa atau pemerintah-pemerintah dunia  yang tidak melakukan 'karya' Tuhan.  Hanya umat Tuhan sahaja yang turut serta dalam melakukan (doers) kehendak Firman. 'Binatang' pula ditopang oleh kuasa naga, si ular tua.  Sudah tentu semua penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11 terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan karya atau 'nama' Tuhan; maksudnya mereka tidak memerlukan Firman Tuhan dalam kehidupan mereka (lihat semula Why 19: 13). Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan bumi," dan Ia berkata "Tuhan itu panjang sabar dan cemburu" ! Tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita turun..." Umat Manusia secara sepakat menjadi 'satu' dengan ungkapan "Marilah kita..." mencari nama atau 'berkarya' bersama..., dan 'nama' yang dicari itu akan akhirnya mengundang (invoking His Jealousy) cemburu Ilahi yang semarak. Maka Tuhan Allah akan berkata "Marilah kita turun..."  Yesus Kristus bersama dengan para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu sejak dari zaman purbakala...tak berubah, dan 'manusia yang luka' juga masih begitu, kecuali ia dianugerahkan dengan roh tujuh lapis! Pengakhiran bangsa-bangsa diakhiri dengan penghakiman dan penghukuman sebagai mana Ia dimulakan. Permulaan bangsa-bangsa dimulai dengan 'penghakiman dan penghukuman' dan pengakhirannya juga akan diakhiri dengan 'penghakiman dan penghukuman.' Turunnya Roh Kudus pada hari pentakosta adalah juga dilihat sebagai permulaan 'penghakiman bagi bangsa-bangsa,' namun kesempurnaan 'karya' penghakiman akan disempurnakan dalam era Kristus yang kembali ke bumi kelak. 

NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19: 13)

Roh menjelaskan bahawa 'nama Tuhan' memberi maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork). Sorga apabila berkerja, akan membuat perutusan 'nama.' 'Domba Tuhan' adalah 'nama' yang diutus oleh Sorga, atau diutus oleh Bapa.  Apakah 'pekerjaan' atau misi Domba Tuhan ? Maka, kita tahu dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah, Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia."

Yakub telah diberikan perutusan 'nama' baru, yaitu Israel. Kenapa?

     Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang mempelecokkan pangkal paha Yakub, supaya ia akan melepaskan malaikat-utusan Tuhan itu pergi kerana fajar telah menyingsing. Yakub berusaha bergulat untuk tidak melepaskan malaikat Tuhan itu, sehinggalah ia mendapat 'berkat.' Kelak, malaikat telah memberikan Yakub nama 'baru'  iaitu Israel yang memberi maksud: "...sebab engkau telah bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang." Sebelum ia menerima anugerah 'berkat,' kekuatan imannya adalah cenderung berpaut kepada 'kepintaran dan kelicikan' karya pemikirannya sendiri bersama dengan mereka yang sepakat dengannya termasuk ibunya. Namun, nama 'baru' itu, menubuatkan kehidupannya berserta keturunannya yang berpaut kepada 'kekuatan' dan kedaulatan 'karya' Ilahi.  'Nama' baru itu mengesahkan kedudukan Yakub selaku pewaris sah 'berkat-sumpahan' janji-janji Tuhan kepada neneknya, Abraham (Kejadian 22: 16-18).

                                
Gambar kiasan sahaja: Pada mulanya, Yakub sangka laki-laki itu adalah 'musuh' sehinggalah ketika 'fajar menyingsing',' ia mula dapat mengenalpasti identitas 'laki-laki' itu...; Firman atau utusan Firman adalah kerap-kali di lihat sebagai 'pengacau' oleh rumusan intelek manusia...

Apakah mesej 'roh' yang disampaikan perihal pergulatan harafiah di antara seorang laki-laki (malaikat) dan Yakub dalam Kitab Kejadian 32: 22-32? Bukankah mahluk malaikat Tuhan lebih kuat daripada manusia seperti Yakub. Sebenarnya, malaikat Tuhan jauh lebih kuat dan sakti berbanding dengan orang percaya seperti Yakub.  Yakub dikatakan 'bergumul' dengan seorang 'laki-laki' (Kejadian 32: 24). Sudah tentu kehadiran 'laki-laki' tanpa dikenali itu telah menimbulkan curiga kepada Yakub, manalah tahu fikirnya, 'laki-laki' itu adalah utusan atau upahan yang dihantar oleh Esau untuk mendatangkan kecelakaan kepada Yakub. Jika Yakub dapat mengenali identitas 'laki-laki' itu adalah malaikat Tuhan, sudah tentu ia tidak akan bergumul dengannya. Maka, berhempas-pulaslah Yakub untuk menumpaskan 'tetamu' waktu malam itu. Namun, ketika fajar telah menyingsing, maka Yakub mulai menyedari, malah dapat mengenal-pasti identitas 'laki-laki' itu. Rupa-rupanya tetamu tanpa diundang itu adalah malaikat-utusan Tuhan, lalu Yakub berkata "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kej. 32: 25). Selagi 'fajar menyingsing' belum tiba, kita tidak akan tahu bagaimana meminta 'berkat' Tuhan dengan benar. Sebagai manusia 'yang luka' dan setiap hari menambahi lukanya, kesedaran kita, yaitu lima (5) deria yang berpusat pada otak, kerap-kali menuduh bahawa 'Firman' itu hanya menganggu kehidupan daging sahaja. Tetapi, bila ia 'tersingkap' baharulah kita tahu untuk meminta 'berkat' Firman dengan benar. Ia harus didahului dengan 'pniel' yang terkehel pada ketika 'fajar menyingsing.' 


Tuhan telah berfirman bahawa Yakub adalah 'pewaris sah janji-janji Abraham' sebagaimana yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 28: 13-17: "Akulah Tuhan Abraham, nenekmu, dan Allah Ishak; tanah tempat engkau berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunamu. 14 keturunanmu akan menjadi seperti debu tanah banyaknya, dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara, dan selatan dan olehmu serta keturunanmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." Jelas, Yakub merupakan 'pewaris sah janji-janji Tuhan kepada Abraham' yang disahihkan oleh firman Tuhan sendiri.  Sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan yang diberikan kepada Abraham,' malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menghalang 'berkat' Tuhan dari dicurahkan kepadanya sebab itu malaikat tersebut telah berkata bahawa "...engkau menang." Malaikat telah menunaikan tuntutan Yakub sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan,' namun Yakub haruslah menjadi tempang. Semua pewaris janji Tuhan tidaklah terkecuali dari 'terpelocok' dan 'tempang;' ia dinubuat dalam kehidupan Yakub, dan ia masih bernubuat kepada setiap orang percaya meskipun ia dialami secara 'unik.

Kisah pergumulan itu bukanlah secara harafiah menceritakan perihal kekuatan fizikal Yakub yang luarbiasa, seolah-olah melebihi kekuatan malaikat-utusan Ilahi. Kisah Yakub yang bergelut dengan malaikat adalah seringkasnya mendedahkan rahasia Ilahi (revelation knowledge) bahawasanya malaikat-malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menolak permohonan 'si pewaris Janji,' jikalau Tuhan telah berfirman untuk menggenapi janji-janji itu. Permintaan Yakub berbunyi "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." Malaikat sebagai 'pelaksana firman,' sebenarnya bukanlah menidakkan permintaan Yakub, tetapi malaikat Tuhan itu sengaja bergulat 'seolah-olah' sebagai seorang manusia laki-laki kerana ia sedang memberikan 'suatu pengajaran' buat Yakub; pengajaran yang di alami Yakub itu telah menjadi inspirasi kepada semua orang percaya yang sedang menelusuri 'perjalanan iman.' 

    Tuhan mengkehendaki supaya Yakub dapat menerima janji-janji Tuhan (firman) dengan 'kekuatan Ilahi.'  Malaikat adalah 'pelaksana' firman dengan mendengar 'suara' firman itu. Akan tetapi 'bala tentera' Tuhan itu tidak dapat melaksana Firman jika Yakub belum mengerti bagaimana firman itu digenapi. Tuhan terlebih dahulu dengan maha-kreatif 'menulis' namaNya pada 'pangkal paha' setiap orang percaya, supaya mereka dapat mempelajari rahasia kekuatan Firman. Maka, itulah sebabnya 'pniel' harus secara simbolis 'terpelocok' ('simbolis' dalam bahasa nubuat).  Terpelocok kerana Tuhan mengingini untuk 'menulis' suatu 'nama' dalam kehidupan orang percaya.   'Nama' itu akan menjadi sumber 'kuasa dan kekuatan' iman kepada semua orang yang ditakdirkan tertulis namanya dalam buku kehidupan (Wahyu 19: 16).

Meski-pun, Yakub terbukti 'berdoa' memohon pertolongan Tuhan dalam Kejadian 32: 9-12, Tuhan mendapati bahawa ia masih belum sepenuhnya dapat mengandalkan kekuatan Firman. Yakub masih mengandalkan kekuatan 'pangkal pahanya' sendiri untuk menerima janji-janji Tuhan. Sedangkan Tuhan pula mengingini supaya 'pni-el' nya perlu ditulis lagi dengan suatu 'nama' Tuhan (Wahyu 19: 16). Menurut bahasa roh nubuat, 'pangkal paha' atau 'pniel' adalah melambangkan 'kuasa' ataupun 'kekuatan.' Barangsiapa yang ditakdirkan sebagai pewaris janji-janji Tuhan sudah pasti 'pniel' nya akan 'terpelocok' terlebih dahulu kerana Tuhan mahu menulis 'nama' Nya pada 'pniel' pewaris-pewaris itu. 

   Wahyu menjelaskan bahawa pada 'paha' Kristus tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan tuan di atas segala tuan." (Wahyu 19: 16). Apakah maksud 'paha' Yesus ditulis dengan 'namaNya'?  Kita tahu bahawa kesaksian Kristus adalah Roh nubuat! Maka, 'nama' yang tertulis pada 'paha' Kristus itu sebenarnya bernubuat; roh nubuat boleh saja bernubuat  kepada dimensi  masa hadapan, masa-kini mahupun dimensi ke masa yang telah berlalu (kebelakang). 'Paha' Kristus itu merujuk kepada 'pangkal paha' nya, yaitu 'pniel.' Jika, nama yang tertulis itu dibunyikan maka ia akan berbahasa: kekuatan dan kekuasaan Yesus adalah 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." Yang ditulis pada 'paha' itu sebenarnya juga bernubuat dan menyingkapkan secara profetik maksud malaikat mempelocok 'pangkal paha' Yakub. Tuhan mahu supaya kekuatan dan kekuasaan "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan" itu dapat dilihat dengan lebih jelas oleh mata iman Yakub! Rupanya, ia lebih jelas dapat dilihat apabila kekuatan 'daging' Yakub, yaitu 'pangkal pahanya,' terpelocok. Dalam keadaan terpelocok, maka ia hanya terfokus kepada 'nama' Tuhan yang tertulis pada 'pangkal paha' itu, yaitu "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." "Nama Tuhan" haruslah menjadi sumber 'kuasa' dan 'kekuatan' yang diandalkan oleh Israel untuk menghadapi segala 'ketakutan' dan 'kesesakan hatinya' (Kejadian 32:7).  Jika tidak, Yakub pastinya masih juga dipanggil oleh Tuhan dengan nama Yakub. Yakub yang di panggil Israel adalah Yakub yang terpelocok 'pangkal pahanya.'

Pada mulanya, 'pangkal paha' Yakub tidaklah mempunyai 'nama' yang ditulis dengan nama 'perutusan' Sorgawi. Pada mulanya, namanya sendiri sahaja yang tertulis pada 'pniel' Yakub. Ia membawa maksud secara nubuatan bahawa sebelum malaikat Tuhan mempelocok 'pnielnya,' Yakublah yang menjadi 'raja dan tuan' bagi kehidupannya sendiri, biarpun dia adalah keturunan orang percaya kerana ia adalah cucu Abraham. Biarpun, Yakub ternyata pandai 'berdoa' (Kejadian 32: 9-12) tetapi doanya ternyata didorong oleh 'ketakutan' dan 'kesesakan hati' (ayat 7) dalam menghadapi Esau yang ia jangkakan berdendam terhadapnya. Dan biarpun ia sudah berdoa, ia masih merangkakan pelbagai rencana menurut kelicikan dan kepintaran mindanya.  Tuhan merencanakan supaya 'nama' YHVH yang akan menjadi 'Raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub. Tidak hairanlah malaikat Tuhan telah mempelecokkan 'pangkal pahanya.' Tuhan terlebih dahulu memfokuskan kekuatan iman Yakub yang masih diwarnai oleh perencanaan kepintaran dan kelicikannya kepada fokus yang tertuju pada kekuatan YHVH sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Perubahan 'fokus' iman itu adalah terkandung dalam pengungkapan perutusan 'nama barunya' sebagai 'Isra-el.'

Nama 'Israel' menubuatkan suatu kekuatan baru yang diandalkan pada Tuhan sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Yakub adalah 'nama' yang belum 'terserah' sepenuhnya kepada Tuhan, tetapi 'nama' Israel menubuatkan kehidupan yang terserah dan mengandal 'kekuatan' dan 'kuasa' Tuhan.  Yakub adalah 'nama' yang bergantung kepada kekuatan 'daging,' sedangkan Israel adalah 'nama' yang bergantung kepada 'kekuatan roh ' "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." Justeru itu, pangkal paha ('pniel') yang terpelocok akibat sentuhan malaikat menjelaskan mesej nubuatan tentang kekuatan 'iman' dan 'precepts' yang diandalkan kepada kekuatan Sorgawi, Kristus. ('precepts' mean guiding rules of thoughts).

'Nama' Israel adalah kehidupan House of Jacob  yang sepatutnya tertakluk kepada kedaulatan 'karya-karya' Tuhan ('nama-nama' Tuhan atau Divine handiworks), dan ia dipanggil untuk memperlihatkan kemuliaan dan kekuasaan karya Ilahi YHVH  di mata bangsa-bangsa di dunia.  Namun, 'nama' Israel itu telah memberontak perjanjian (atau telah "melepaskan tanda didahi dan tanda di tangan"), maka mereka telah masuk era 'Diaspora' (tercerai-berai) sehinggalah pada suatu 'masa' kelak, wajahNya akan memulihkan kembali Israel. Nama Israel mula mengalami siksaan 'pembuangan' apabila Tuhan berfirman: "Juga orang Yehuda akan Kujauhkan dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel, dan Aku akan membuang kota yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini, walaupun Aku telah berfirman: NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27).  Sehingga sekarang, Israel belum dipulihkan kerana "nama Allah yang hidup" belum dimeteraikan kepada 144,000 bani Israel; meterai itu dianugerahkan selepas Kristus  telah turun kelak. (Yehezekiel 37: 12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2). Kelak, Israel harus menelusuri kembali perjalanan iman moyang mereka. Ia harus melalui 'ketakutan' dan 'kesesakan' (distress), agar ia kembali dapat menanggapi 'sumber' kuasa dan kekuatan yang sejati dalam mendirikan 'kerajaan Israel yang dipulihkan' menurut 'masa' yang telah ditetapkan oleh Sang Penulis suatu 'nama' pada 'pangkal paha' (Pniel).

Pada era penghakiman oleh Hakim, setiap orang percaya akan mungkin mengucapkan kata-kata seperti Yakub: "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kejadian 32: 25). Malaikat adalah para penuai atau para pelaksana firman yang diutus oleh Hakim (Matius 13) di dalam era penghakiman dan penghukuman.  Malaikat adalah pelaksana Firman dengan mendengar 'suara' Firman (Mazmur 103: 20). Yakub tidak melepaskan 'malaikat' itu pergi sehinggalah ia diberikan 'berkat.'  Orang-orang percaya tidaklah mungkin dapat memegang erat-erat tubuh jelmaan malaikat penuai (the reapers) seperti yang dibuat oleh Yakub. Namun, kamu dapat 'memegang' harta Sion, tanpa melepaskannya pergi, sehinggalah para pelaksana firman (Mzm. 103: 20) datang mencurahkan 'berkat' kepada kamu yang pastinya sedang dilanda pelbagai 'ketakutan' dan 'kesesakan' (distress). Harta Sion itu ialah Firman Allah: Roh Tujuh lapis. Malaikat melaksanakan Firman dengan mendengar 'suara' Firman. Alkitab memberitahu bahawa hadirat malaikat-malaikat menguatkan Nabi Elia, Nabi Daniel, malah malaikat turut memberikan kekuatan kepada tubuh fizikal Yesus Kristus.  Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan Israel dengan "meterai Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh Malaikat.  Namun 'nama''nama' Kristus pada ketika itu adalah Hakim, dan juga Ia disebut "Allah yang hidup."

Siapakah sebenarnya Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau 'namanya' ? (Why 13: 11-18).

 
Seimbas lalu mengenai 'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666

Pengajaran 'penebusan' sebagai jalan keselamatan roh-roh manusia yang terpisah dari realiti Roh Tuhan adalah berasal dari Sorga menurut Ordo Melchizedek. Ajaran 'penebusan' sebagai 'jalan' menyelesaikan dosa-dosa manusia adalah ajaran yang diturunkan oleh Sorgawi menurut Ordo Melchizedek. Kisah mempersembah 'korban' se-awal alkisah manusia keturunan Adam dalam Kejadian 4 hinggalah kepada kesempurnaan 'penebusan' umat manusia oleh Domba Tuhan di atas kayu salib adalah 'karya' pengajaran 'penebusan' menurut Ordo Melchizedek. Abraham bertemu dengan Raja Salem dari Ordo Melchizedek menjelaskan hadirat 'Roh' Kristus di zaman Patriarch yang kemudiannya disingkapkan "Firman menjadi manusia" (Yoh.1:1, 14).  Ordo Melchizedek menetapkan bahawa apabila Sorga berkerja, ia akan mengutus 'nama-nama' Ilahi. Maka, perutusan 'nama' itu mengungkapkan 'pekerjaan' Ilahi. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah. Sebagai contoh, pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti menyembuhkan, dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.  Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang diutus untuk melaksanakan  Firman Ilahi.  Justeru itu,  ia diutus khusus untuk menyembuhkan; maka ia juga layak sebagai ketua ordo malaikat pelindung bagi setiap mahluk hidup di bumi.  'Nama' yang diutus oleh Tuhan bermaksud 'karya,' 'misi' atau 'pekerjaan' tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolis pemberian 'nama.'  Yesus berfirman "kepada kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia Sorga!"  Ia memerlukan anugerah karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang diwahyukan kepada Santo Yohanes.

Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu 13 bahawa "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu 'nama' binatang itu atau [bilangan] namanya. 18 Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan [nama] itu adalah bilangan [nama] seorang manusia, dan bilangannya ialah [666] enam ratus enam puluh enam,"  (18 Here is Wisdom. Let him calculate the number of the beast, for the number is that of a man; and his number is six hundred and sixty six, NASB ).

Bukanlah maksud harafiahnya supaya kita betul-betul mengira bilangan [666] namanya secara matematika; jika kita hitung gematria namanya, maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental fascinations.'   Kerana 'nama' itu bermaksud 'karya,' 'pekerjaan,' atau 'misi.' Kita tidak hitung namanya [karyanya] melainkan kita 'lihat'  "nama" binatang itu untuk mengenalpasti maksud "nama" itu. Apabila ia tersingkap, maka kita akan meneruskan pertanyaan: apakah 'aktiviti' utama 'namanya'?  Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11, ia dicatatkan bahawa mereka mencari 'nama,' dan aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata." Kita 'lihat' bahawa 'nama' yang mereka cari itu ada kaitan langsung dengan frasa nubuat "membuat batu-bata." 

     Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir Wahyu 13, ayat 18:  iaitu roh hikmat, barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal [karya] atau [nama] binatang itu, jika ia mempunyai ilmu mengira [ilmu ekonomi] berhubung  'karya (nama)' ciptaan pemimpin dunia, iaitu binatang dua tanduk itu; menara  ciptaannya itu berpusat di Bank Dunia.  Binatang yang keluar dari bumi itu, bersama binatang yang keluar dari laut mengusulkan kepada seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno "Marilah kita..." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apapun kecuali bergantung kepada Pohon Kehidupan. Tetapi, lepas itu,  Ia 'luka.' Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh umat manusia dengan perkataan "marilah kita..." mencari 'nama,' sama seperti di Babel Kuno dulu.

Di zaman moden ini, "jam yang terakhir," semua negara senantiasa sibuk setiap hari dengan urusan 'membeli dan menjual,' dan malah setiap tahun, semua negara berusaha untuk membuat kiraan fiskal tahun semasa. Negara atau 'bangsa' yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian juga individu yang pandai mengira dalam 'membeli dan menjual.'  Bukankah setiap hari 'manusia' yang karyanya atau namanya, 666, itu senantiasa sibuk mengira? Semua 'manusia' sejagat, kerana karya binatang dalam Why.13 telah lama melilit seluruh dunia selepas perang dunia ke-dua, dan ia dimulai dengan ucapan ajakan "marilah kita..." oleh 'binatang yang keluar dari bumi.' Sejak itu, kita semua, setiap hari telah sibuk mengira kerana 'menara itu' mengatur-cara aktiviti "membeli dan menjual" di seluruh dunia. 'Karya duit fiat' atau 'nama' binatang yang keluardari bumi" tertumpu kepada pekerjaan urusniaga sedunia dalam "membeli dan menjual."  Selepas 1944, yaitu selepas WW2, dan selepas tahun 1954, binatang yang keluar dari bumi  itu telah berjaya mengajak semua bangsa dan setiap negara yang menyertai perjanjian supaya mereka mendirikan 'menara-menara.' Ajakannya telah disokong padu oleh semua bangsa-bangsa di dunia.  

    Semua bangsa akhirnya  bersatu menjadi satu 'manusia' [bangsa-bangsa bersatu] mengikut panji-panji bangsa-bangsa yang 'kelihatan' sepakat dan bersatu.  Sebelum perang dan selepas peperangan, Binatang dua tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa? Dia kata, marilah 'menghitung' 'karya-monetari' [karya duitnya] dalam urusniaga "membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank Dunia! Disetiap negara telah didirikan menara-menara 'bank pusat' menjadi suatu rangkaian kepada ibunda menara aktiviti menghitung dalam urusniaga 'membeli dan menjual' sedunia itu.  Dengan ujudnya Bank Dunia dan bank pusat di setiap negara menurut perjanjian, maka terbukalah lembaran kemunculan 'menara Babel,' yaitu satu dunia dalam urusniaga 'menghitung' kerana nama [karya] binatang itu melibatkan pekerjaan menghitung. Karya itu memperlihatkan aktiviti se-dunia dalam urusniaga "membeli dan menjual." Kelak, selepas tahun 1971, kehidupan seluruh dunia iaitu 'pekerjaan' manusia ditentukan oleh karya 'duit fiat' binatang dalam urusniaga membeli dan menjual yang tertakluk kepada 'supply and demand.'

                           

                                                 
Sumber Imej:  Advert ID #70204. Exchange Rate Current Tukaran Wang Asing. 05 April 2016.<http://sz.my/cimb-bank-                                                   money-branch-currency-exchange-rate-current-tukaran-wang-asing/>




Penulis bukanlah bersifat 'anti-duit' fiat. Namun,  zaman 'dibaca' berpandukan 'roh nubuat.'  Dalam Kejadian 6, kita melihat frasa "Makan dan Minum ;  Kahwin dan mengahwinkan." Dalam Kejadian 11, kita melihat frasa "Membuat Batu-Bata."  Makan dan minum itu sendiri bukanlah masalah bagi Tuhan, kerana Tuhan tahu bahawa pusat kesedaran bagi manusia yang luka itu adalah daging dan mereka perlu makan dan minum. Namun, disebalik frasa nubuat itu, maksud Tuhan ialah menyingkapkan bahawa "manusia luka" itu sesungguhnya tidak  'Makan Firman.' Demikian juga halnya dengan membuat batu-bata. "Membuat batu-bata" itu adalah pekerjaan asas yang direncanakan oleh manusia dalam mengujudkan 'kerajaan' di bumi. Mendirikan kerajaan-kerajaan di bumi adalah agenda manusia di bumi, akan tetapi kehendak Tuhan kepada keturunan Noah adalah supaya mereka mewarisi ibadah roh, iaitu "membuat altar dari batu yang semulajadi" kerana itulah yang menyelamatkan Noah. Perdamaian dengan Roh Pencipta melalui ibadah 'altar,' iaitu Jalan Penebusan. Namun, di menara Babel mereka hanya "membuat batu-bata dan tar sebagai mortar" mengikut karya mereka sendiri, dan tiada seorangpun yang membuat 'altar' batu semulajadi atau mengikuti 'jalan' Tuhan. Memang Tuhan maha-bijaksana dalam menyampaikan nubuatan kerana tatkala kehendak Tuhan adalah "altar batu semulajadi," kehendak manusia daging ia nubuatkan sebagai "membuat batu-bata dan tar sebagai mortar."  Di akhir zaman , di jam-jam pengakhiran 'zaman Raja Damai,' iaitu sejak termeterainya Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 sehingga selesainya kategori murka Tuhan 'trumpets' dan 'bowls' di sepanjang ryhme berbunyi "satu  masa, dua masa dan separuh masa, manusia sejagat akan sibuk dalam ketiga-tiga frasa -frasa nubuat, tetapi akan ada satu lagi frasa nubuat ke-empat yang dominan yang muncul-menganyam semua aktiviti harian manusia moden  yang dilihat oleh Santo Yohanes, yaitu "Membeli atau Menjual" di seluruh dunia, di semua negara.


"Membeli atau menjual" itu adalah kehidupan harian manusia akhir zaman, namun bila semua telah diperhambakan oleh 'monetari' (karya pemerintah), dan karya ('nama') itu "sampai ke langit," maka jangan hairanlah kalau Tuhan akan berkata "marilah kita turun..." Kehendak Tuhan adalah supaya manusia menjadi ranting kepada Pokok melalui 'karya Kristus: the Word of God. Tuhan mengkehendaki agar manusia melihat dan percaya bahawa "Paskah Tuhanlah" yang telah membeli kita dengan "harga yang dibayar penuh" supaya tidak terjual terus dalam penghambaan dosa.  Namun, di akhir zaman (zaman Raja Damai dan ke arah penutupan 'pintu' perdamaian) semua orang tidak akan peduli dengan "buying" yang dibuat oleh 'Domba Tuhan' di atas kayu 'salib'.  Manusia akan sibuk, kyusuk, dan mabuk dengan 'karya' mereka sendiri yang melanda mereka. "'Karya atau nama" binatang akan mengakibatkan  semua orang sibuk "menghitung" duit dalam "buying and selling." Orang akan berkata bahawa nafas Kehidupan bukanlah dari "nama" Tuhan. "Nama" (666) yang dikaryakan oleh binatang yang keluar dari bumi (Penguasa ekonomi dan penguasa 'peace & security' di antara Bangsa-Bangsa yang ada di dunia) akan menghanyutkan semua orang. Karya Roh Tuhan jelas berbeza sekali kerana ia disingkapkan sebagai "...namaNya: Firman Allah" (Wahyu 19: 13). Tiada orang yang berkata bahawa Kehidupan adalah "Firman Tuhan yang menjadi manusia," kecuali mereka yang namanya tertulis dalam Kitab Kehidupan.  "Nama" ialah "handiwork." Apakah 'nama' binatang yang keluar dari bumi itu telah sampai ke langit? Semua bangsa dan semua negara telah lama 'menghitung' nama itu, kerana nama itu ialah 'karya-duit.' Wang 'keluar-masuk' adalah hitungan  yang paling ringkas, namun, 'nama' manusia, iaitu 'monetari' melibatkan ilmu menghitung yang lebih kompleks, iaitu hitungan 'turun-naik' nya nilai matawang sesebuah bangsa/negara berbanding dengan nilai duit matawang utama Dunia (matawang pihak 'binatang dua tanduk'). Hitungan 'nama' amat rumit bagi falsafah sains ekonomi "supply and demand." Manusia di bumi akan menista nama Tuhan seperti nama 'Domba Tuhan,' kerana nama itu tidaklah berguna dalam 'buying or selling,' tetapi menghitung nama binatang itu jauh lebih penting dan berguna untuk kehidupan 'daging' di bumi. Tiada orang dari 'lalang' yang berkata bahawa "nama" Tuhan adalah sumber Kehidupan. Mereka akan mengolok Paskah Tuhan Yeshua dan Firman Tuhan seperti yang berlaku di zaman Noah.


    Dahulunya, di zaman purbakala di menara Babel, kita cuma melihat pekerjaan ('nama') yang dinubuatkan sebagai "membuat batu-bata." Namun, sudah tentu bilangan batu-bata itu dikira kerana ia melibatkan perjanjian dan kos buruh." Ia mengheret kepada penderitaan penghambaan. Di zaman 'jam terakhir' kini, urusniaga dalam "membeli dan menjual" memang menuntut kemahiran 'menghitung.' Menghitung adalah pekerjaan yang melibatkan pertukaran mata wang dan juga ilmu menghitung' dalam merumuskan falsafah sains ekonomi perihal 'bekalan dan permintaan.' Pekerjaan 'menghitung' lebih menjurus kepada ilmu sains perekonomian moden. Karya urusniaga dalam "membeli dan menjual" sudah lama wujud secara global sebelum terdirinya sistem satu Bank Dunia dan sistem Bank pusat di setiap negara atau ringkasnya "'karya binatang yang keluar dari bumi." Malah, ia sudah diperkirakan secara global sewaktu zaman penjajahan raja-raja Eropah di seluruh dunia. Namun, apa yang diungkapkan oleh 666 ialah [karya atau 'nama'] duit-fiat dan transaksi perdagangan sedunia atau frasa nubuatan urusniaga dalam 'membeli dan menjual' dalam era selepas Bank Dunia wujud. Transaksi membeli dan menjual secara kuno adalah tukar barang dan ia telah berevolusi sehinggalah kepada medium 'duit-fiat.' Sejak 'medium duit' itu dikuasai oleh 'nama' atau 'karya-duitnya' binatang yang keluar dari bumi, maka urusniaga "membeli dan menjual" telah menjadi aktiviti global yang menghambakan umat manusia.

       Justeru itu, 'nama' binatang itu merujuk kepada 'semua pekerjaan yang bersangkut-paut dengan dolar,' yaitu 'dolar' milik binatang itu dalam usahanya untuk menguasai kehidupan manusia moden yang hari demi hari kyusuk dengan urusniaga 'membeli dan menjual' di seluruh dunia. Ringkasnya 'nama' binatang itu adalah the hegemony of US dollar. Menara Bank Dunia adalah titik permulaan 'karya-monetari' (b) binatang itu dalam menguasai ekonomi dunia. Urusniaga "membeli dan menjual" ada di mana-mana kerana transaksinya telah diikat (ditandai di dahi) melalui perjanjian-perjanjian global yang melibatkan semua bangsa-bangsa di dunia. Namun, kita jarang berfikir dan 'melihat' identitas [nama] binatang yang menguasai seluruh mekanisme urusniaga "membeli dan menjual" itu.  Semua 'bangsa' di dunia telah dililit oleh [karya-duit] atau 'handiwork' penguasaan duit Amerika dalam transaksi perekonomian dunia. Hakikatnya, [karya-duit]  atau nama' binatang untuk urusniaga 'membeli dan menjual' telah "menandai tangan" semua bangsa di dunia ini, yaitu untuk turut serta 'menghitung.' Pekerjaan menghitung menjadi amat rumit kerana pengiraan yang dikuasai oleh 'nama' atau [karya-duit] binatang telah memasuki sistem mekanisme fiat terapung sejak 1971, dan ia bersaing secara global seperti kuda-kuda yang berperang di medan peperangan, entah ia 'kuat' 'naik' atau 'jatuh' dalam setiap urusniaga "membeli dan menjual." 

Kalau di zaman satu bangsa di Babel Kuno dahulu, ajakan pemerintah dunia berbunyi "Marilah kita...", telah disahut dengan aktiviti atau urusniaga "membuat batu-bata," mendirikan menara, dan juga mencari [nama]." [Nama] itu pastinya ada golongan tertentu yang berjaya berkarya dengan dahsyat sekali sehingga ia dapat monopoli dan berkuasa ke atas kelompok manusia tertentu, penduduk satu bangsa atau suatu zon ekonomi dan malah berkuasa di seluruh dunia. Pada zaman sekarang, seluruh dunia telah menyahut ajakan 'perjanjian-perjanjian duit' yang dikaryakan oleh 'binatang yang keluar dari bumi' kerana 'nama' itu adalah kehidupan manusia yang menuntut kebijaksanaan 'mengira.' Binatang-binatang dalam Why. 13 menguasai dan mengatasi semua 'nama-nama' binatang-binatang yang ada di muka-bumi kerana mereka ditopang oleh ular tua. Wahyu menubuatkannya bahawa  binatang yang keluar dari bumi: "Ia bercakap seperti naga!" Di zaman sekarang, salah satu pertubuhan 'secret societies' ('kongsi-kongsi gelap') yang digelar Freemason ("pembuat batu-bata") adalah seolah-olah telah muncul kembali. Mereka pernah wujud di zaman kuno dalam kitab Kejadian 11: 3. Menurut teori konspirasi yang dicatatkan oleh Bessel, 9 pemimpin (16 %) daripada 56 jumlah penandatangan dalam deklarasi kemerdekaan Amerika adalah dipercayai para pengikut Freemasonry ('pembuat batu-bata'). [6] Ungkapan "marilah kita membuat batu-bata..." dalam kitab Kejadian 11: 3 adalah nubuatan yang menyingkapkan asal-usul 'roh' pertubuhan 'freemasonry.'
   





     Menurut teori konspirasi, 'duit ' Amerika adalah inspirasi 'nama' atau handiworks "pembuat batu-bata" yang mendirikan 'piramid,' sepertimana yang tercatat dalam 'nubuatan' Kejadian 11: 3.  'Nama' binatang yang keluar dari bumi dalam Wahyu 13: 17-18 adalah 'karya-duitnya' yang memerintah dunia dalam hampir kesemua urusniaga global sejak tahun 1944, yaitu "membeli atau menjual." Puncak piramid itu seperti dipancung lalu terapung dan bermata-satu.  Dia bercita-cita berada  di puncak itu kerana ia mau menjadi 'pohon kehidupan' kepada bangsa-bangsa di dunia. Ia terapung kerana ia menggenapi frasa nubuat "...sampai ke langit."  Sehingga kini, Monetary Amerika masih berupaya sebagai puncak piramid yang terapung itu.  Kuasa tanduk 'monetary'  "binatang yang keluar dari bumi" itu adalah seperti yang di ungkapkan oleh frasa nubuat dalam Kejadian 11: 4: "...sampai ke langit."  Tuhan tidak akan turun selagi 'puncak terapung' yang bermata-satu itu belum sampai ke langit.  Bila ia "...sampai ke langit," maka pembaca zaman akan percaya bahawa Tuhan pasti berkata "marilah kita turun." Maka, tahulah kita bahawa 'masa' depan itu tertulis dalam 'Roh nubuat' dan disampaikan dalam allegori rohaniah.

                                             




    'Satu mata' di atas piramid itu berarti 'antiFirman' ataupun pemerintah elit dunia yang 'menjadi hakim/tuhan' kepada dunia (gods of this world) ~lihat Mazmur 82). 'Mata' bermaksud 'hakim.' Ia terapung kerana ia bukanlah yang 'diatur,' tetapi yang 'mengatur' semua bangsa di dunia. Ia adalah elit atau cabal kepada bangsa-bangsa di dunia ini.  Kristus jelas diungkapkan mempunyai "tujuh mata" dalam Wahyu 5: 6 kerana Ia adalah Hakim yang Maha-adil (keadilan yang penuh). Barangsiapa yang dinubuatkan mempunyai 'mata,' selain dari tujuh mata, maka ia merujuk kepada usaha manusia yang ingin menjadi 'hakim' atau 'tuhan' di dunia ini. "One of many'" (one of the gods of this world ~Psalm 82) menurut penulis adalah ungkapan yang bermaksud "binatang yang keluar dari bumi." 50 buah negeri menjadi 'satu' atau 'one of many.' Dalam bahasa nubuat ia dinubuatkan "Binatang yang keluar dari bumi," ia adalah salah satu daripada keturunan ular tua (pemerintah bangsa-bangsa) yang menggenapi nubuatan Kejadian 3: 15 dan Wahyu 13: 11-18. Walaubagaimanapun, penduduknya sememangnya  terdiri dari 'gandum' yang hebat dan juga 'lalang' yang juga dahsyat melanggar Firman. Pemerintahnya (government) atau kerajaannyalah yang superpower itu yang dinubuatkan sebagai "binatang yang mempunyai dua tanduk." Penulis bukanlah berniat menyemai benih anti-Amerika, namun Firman menyingkapkan dengan amat jelas bahawa apabila suatu 'nama' dan 'menaranya' "...sampai ke langit," sudah tentu Tuhan akan berkata "marilah kita turun..."

Sumber imej:- 
M, John. 10 Secrets facts about the Dollar Bill. 31 January 2016. <http://www.dailygossiponline.com/amazing-stuff/10-secret-facts-about-the-dollar-bill/8/>


Selepas, perang dunia WW2, pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu the United States of America, the United Kingdom dan Canada kemudiannya disusuli oleh France, Denmark, dan Japan telah sepakat berkata "Marilah kita mencari  'nama.' 'Nama-nama' atau 'karya-karya' duit mereka yang disebut di atas yang menguasai urusniaga 'membeli dan menjual' di dunia moden ini. Manusia sejagat yang menjadi 'satu' dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan perjanjian-perjanjian. Perjanjian 'karya-duit' itu termasuklah Bretton Woods Agreement [1], Smithsonian Agreement dan Jamaican Treaty. Semua ikatan perjanjian 'karya-duit' adalah diterajui dan dimonopoli oleh karya duit fiat Amerika dalam segala urusniaga antara bangsa "membeli atau menjual;" karya-duit itu menuntut kebijaksanaan dalam ilmu menghitung.' Ia bukan sahaja dihitung oleh Amerika tetapi turut dihitung oleh semua negara di dunia supaya mereka mempunyai kebijaksanaan dalam "membeli atau menjual." Berdasarkan 'nama' atau 'karya duit fiat' pemerintah dua tanduk itu, semua perjanjian tersebut telah mengikat semua negara dan semua bangsa, maka, manusia sejagat telah benar-benar menjadi 'satu manusia' seperti di Babel kuno. Kehidupan umat manusia tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu dalam satu 'nama' atau 'karya duit' mengira: "Buying dan Selling." Bukankah semua tukaran mata wang dengan Wang Rizab utama dunia itu diberi 'nama' "Buying and Selling" ? 'Nama' atau 'pekerjaan' binatang adalah merujuk kepada 'karya duit fiat dollar Amerika' dan 'nama' itu [nama binatang] menguasai kehidupan semua manusia di seluruh dunia. 'Nama binatang' itu menuntut kebijaksanaan dalam ilmu-menghitung sains perekonomian.  Itulah 'karya' binatang yang keluar dari bumi bersama dengan sekutunya dalam Wahyu 13.

Paparan "membeli atau menjual" jelas dapat dilihat di semua bank-bank moden di seluruh dunia.  Dan urusniaga pertukaran mata wang [karya duit] itu telah menjadi agenda utama manusia sejagat sejak Bretton Woods [2] lagi! Bila 'duit binatang' diikat oleh perjanjian se-dunia, maka 'nama' binatang yang menandai semua dahi bangsa-bangsa akan menguasai 'tanda di tangan' yaitu aktiviti 'membeli dan menjual.' Ia semakin "mencapai langit" kerana ia (duit fiat binatang) telah menjadi nadi kepada semua kehidupan manusia di zaman moden.  Manusia zaman sekarang semakin hanyut kepada aliran air kehidupan yang tertumpu kepada 'mencapai langit' berdasarkan pengaruh 'karya duit fiat' binatang.' “Membeli atau menjual’ telah menjadi agenda utama manusia, dan ia memisahkan manusia termasuk orang-orang percaya daripada sumber kehidupan sebenar iaitu nama Domba Tuhan! Manusia sudah mabuk dan hanyut kepada mencari nama manusia itu sendiri! Pemimpinnya adalah [666] atau [karya-dolar] "binatang yang keluar dari bumi." Ia mempunyai tanduk politik dan tanduk 'kuasa membeli dan  menjual.' Nama binatang itu benar-benar mengikat dan mempengaruhi semua aktiviti kehidupan politik, ekonomi dan sosial kepada semua bangsa di dunia.  'Menara babel kuno itu telah muncul kembali. Yang telah ada, namun sudah tidak ada, namun ia telah muncul kembali.

     Kenapa pula nama manusia itu juga disebut bilangan [nama] 'binatang yang keluar dari bumi,' dan ia disingkapkan pula dalam nombor [bilangan] 666? Apakah sebenarnya maksud 'pekerjaan/karya' yang dinubuatkan sebagai 666? Ringkasnya, 666 bermaksud emas, dan emas itu adalah duit ('monetary')! Dan ‘duit itu adalah 'nama,'  yaitu 'karya-hegemony-duitbinatang yang keluar dari bumi dalam semua transaksi ‘membeli atau menjual’ di seluruh dunia. Ringkasnya, ia adalah karya-duit [the handiworks of money] pemerintah dunia supaya mereka menjadi 'tuhan-tuhan' kepada dunia: Anti-kristus.  Pada awal kemunculan 'karya/nama' itu, semua 'buying and selling' yang melibatkan 'mata wang-mata wang' negara-negara (bangsa-bangsa) di seluruh dunia adalah dipaksikan pada mata wang Dolar Amerika yang ditetapkan  pada nilai intrinsik 1 oz emas bersamaan dengan USD35. Maka, Roh Tuhan singkapkannya  sebagai 666. Kenapa ia tidak merujuk kepada karya-karya 'duit' komoditi emas milik pemerintah-pemerintah dunia di zaman sebelum era kemunculan bank dunia? Kerana tiada 'menara Babel' yang didirikan ketika raja-raja eropah menjajah dunia. Meskipun 'bank of England' dikatakan hampir menyerupai 'menara Babel' ketika era kegemilangan penjajahan British, namun ia tidaklah mengikat ('menandai dahi dan tangan') semua bangsa dan semua negara. Lagipun, empayar British tidaklah memenuhi syarat sebagai "kelihatan seperti domba," biarpun ia memenuhi syarat "bercakap seperti naga."  Hanya apabila selepas perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 dan selepas menara bank dunia didirikan pada tahun 1954, kita boleh katakan bahawa 'menara Babel' sudah benar-benar mula muncul kembali! 666 dalam Wahyu 13: 17-18 hanya mempunyai 'satu' rujukan ayat sahaja yang ada kaitan dengan duit iaitu "emas yang dibawakan kepada Salomo" (1 Raj.10: 14; 2 Taw. 9: 13).  Bukankah 666 itu adalah jumlah tetap emas yang diterima oleh Raja Salomo setiap tahun?  
    
    Pada mulanya, duit-dollar Amerika ('karya' biatang dua tanduk) adalah bersandarkan emas, kemudiannya, pada tahun 1971, ia telah menjadi karya duit-fiat selepas gagalnya sistem tukaran tetap ('fixed exhange system'). Sistem pertukaran mata wang kadar tetap itu hanya dapat bertahan selama 27 tahun sahaja! Transaksi 'karya-duit' "binatang yang keluar dari bumi itu" telah memasuki era 'jam-terakhir.' Urusniaga "membeli atau menjual" itu menuntut 'kebijaksanaan mengira' menurut ilmu-sains perekonomian berdasarkan 'duit-fiat/monetari' Amerika sebagai mata wang utama dunia.

    'Nama' adalah berarti 'karya' atau 'pekerjaan.' Ia bermaksud, menurut roh nubuat, bahawa bukanlah kita hitung ['nama'] binatang itu secara harafiah dengan ilmu gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah jelas melanggar hukum Taurat. Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat (Lukas 24: 44). Justeru itu, penafsiran nama binatang pasti salah jika ia dihitung dengan ilmu numerologi kerana ia melanggar dasar-suci  pekerjaan Kristus. Menafsir Firman itu adalah pekerjaan Roh Kristus. Jika ia melanggar salah satu dasar yaitu Taurat seperti yang dijelaskan oleh Kristus dalam Lukas 24: 44, maka tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong.

Kenapa "...ia kelihatan seperti domba..." ?

'Nama,' jika ditafsir menurut roh nubuat adalah berarti 'karya,' maka, 'nama' binatang berarti 'pekerjaan' ('handiwork') pemerintah dunia yang mengatur dunia baik dalam arena politik global mahupun dalam bidang ekonomi. Ia turut mempunyai 'karya/pekerjaan' dalam agenda politik dunia melalui kuasa vetonya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yaitu "peace and security." Menaranya ialah bangunan Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu. Artikel 1, Bab 1 dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Revelation knowledge' Santo Paulus dalam Tesalonika 5: 3. "Apabila mereka mengatakan: semuanya 'damai dan aman' " adalah bermaksud apabila penduduk dunia memperjuangkan "peace and security."  Dalam bidang ekonomi pula, Binatang yang keluar dari bumi itu 'berkarya' atau 'mencari nama' supaya ia menjadi tuhan duit. Maksudnya, 'duitnya' yang mengawal semua urusniaga "membeli dan menjual" mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan dalam perjanjian-perjanjian ('tanda di dahi dan tanda di tangan'). 'Nama manusia,' artinya karya 'tuhan palsu' di bumi yang berusaha menghambakan dunia dengan kuasa duitnya sebagai sungai kehidupan: ia menindih dan mengantikan tanda di dahi dan tanda di tangan yang diberikan Tuhan di dalam nama Kristus, iaitu Paskah Tuhan. Anak Manusia atau Kristus adalah Tuhan yang benar. Tuhan palsu (antikristus) itu adalah dinubuatkan mempunyai 'nama' manusia dalam Why. 13: 11-18 dan ia merujuk kepada karya "binatang yang keluar dari bumi itu." Ia adalah pemimpin dunia dalam urusniaga "membeli atau menjual." Kerajaan Amerika adalah pemerintah yang menghampiri deskripsi nubuatan perihal 'binatang yang keluar dari bumi:' ia memiliki tanduk politik dan tanduk duit!  Tanduk berarti kuasa. Bukankah di menara Babel kuno, manusia ingin menjadi 'tuhan-tuhan'? Mereka hanyut dalam tipu muslihat karya mereka sendiri atau 'nama' yang mereka cari. 

  Oleh karena manusia luka tidaklah cenderung mencari nama Tuhan, maka manusia senantiasa mencari kesepakatan dalam mencari 'karya' di dunia ini untuk hidup! Nama ('karya/pekerjaan) Tuhan dalam Why. 19: 13 adalah Firman Allah. Dan mereka berusaha untuk menjadi hamba dalam kehidupan yang dikaryakan oleh pemerintah-pemerintah! Manusia yang berusaha menentukan nasibnya sendiri adalah hak manusia, namun Tuhan berfirman bahawa Dialah yang empunya 'langit, bumi dan segala isinya.' Dan itu adalah masalah besar bagi umat manusia yang terpisah dari Roh Tuhan. Design (Ciptaan) roh manusia adalah sejatinya memakan Manna dari Sorga dan dinubuatkan di Eden sebagai "memakan buah pohon Kehidupan." Era selepas perang dunia ke-dua memperlihatkan Amerika memimpin semua bangsa di dunia sehingga "mereka mengatakan" "peace and security," dan juga marilah kita "buying and selling;" Kerajaan Amerika sejak 1945 CE telah berusaha untuk menjadi 'hakim' atau 'tuhan' kepada semua bangsa-bangsa di dunia dengan ajakannya yang berbunyi "peace and security" atau ia dinubuatkan "ia kelihatan seperti domba." Frasa nama 'Domba Tuhan' itu hanyalah merujuk kepada Tuhan Yesus Kristus yang menganugerahkan "damai sejahtera" ilahi kepada 'manusia yang luka.' Maka, binatang yang kelihatan "seperti domba itu" membawa maksud usaha pemerintah dunia untuk menjadikan diriNya sebagai tuhan dunia dalam menganugerahkan 'peace and security' di bumi.  Raja Daud menyanyikan lirik-lirik lagu dalam Mazmur 82, dan ia mengungkapkan perihal ketidak-adilan pemerintah-pemerintah dunia yang juga disebut "gods of this world." Sesunguhnya, ia (binatang') adalah salah satu dari elit atau cabal dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan ia memimpin semua bangsa-bangsa di dunia dalam 'peace and security.' Binatang itu tidaklah melaksanakan Firman Tuhan kerana Wahyu menyingkapkan bahawa kerajaan superpower itu sebenarnya melaksanakan kehendak Ular Tua kerana ia (binatang yang keluar dari bumi) "bercakap seperti naga." Karyanya yang terkemuka adalah 'karya duit-fiatnya' ataupun ungkapan secara tersembunyi dinubuatkan sebagai 666, karya duit: nama binatang. Maka, 'pekerjaannya' atau 'nama' binatang itu perlu dihitung 'siang dan malam' tak henti-henti. Yang bijaksana dalam mengira mungkin akan mendapat untung, dan yang tidak pandai dalam ilmu mengira boleh jadi akan 'rugi.' Dan binatang-binatang itu pula? Mereka jadi "gods of this world."  Pada masa kini, kebanyakan pemerintah-pemerintah elit  dunia yang dinubuatkan sebagai bekas kesepuluh tanduk romawi kuno adalah sekutu Amerika dari negara-negara Eropah (Wahyu 13: 1-10). 

Urusniaga perdagangan yang melibatkan duit fiat sebagai medium perniagaan "buying or selling" selepas tahun 1971 adalah menuntut  'ilmu-sains ekonomi,' dan mereka mengira menurut 'firman' yang diajarkan oleh bapa-bapa ekonomi moden  dari binatang yang keluar   dan juga bapa-bapa ekonomi dari binatang yang keluar dari laut terutama sekutu rapatnya yaitu 'kepala binatang yang luka parah kerana pedang.' Sebab itulah, nubuatan mengatakan "siapa yang bijaksana, biarlah dia menghitung 'nama' " atau mengira 'karya-fiat' Amerika dalam urusniaga 'membeli dan menjual.' 'Karya-duitnya' amatlah dahsyat kerana ia melilit dunia dan menuntut kepakaran dalam bidang torah-duitnya dan juga selok-belok mekanismenya. Sehingga kini, 'karya-duitnya' telah melalui evolusi tiga perjanjian ('tanda di dahi'). 

Secara amnya, semua orang terpaksa belajar torah-duitnya, meskipun ia bukan bidang kehidupan yang dipilih oleh semua orang. Semua orang harus belajar dan mematuhi semua peraturan monetari ('karya-duit') seolah-olah sebagai ibadah, iaitu menyerupai 'tanda di dahi dan tanda di tangan.' Urusniaga jual-beli di bursa-bursa saham di seluruh Dunia adalah urusan ''kepandaian' dalam menghitung 'nama.'  Tiada satupun negara yang tidak terkecuali dari aktiviti menghitung' 'karya-duit' binatang itu kerana ia mempengaruhi maju-mundurnya ekonomi sesebuah negara. 'Pekerjaan' atau 'nama' yang dicipta oleh binatang yang keluar dari bumi itu atau "nama yang dicari" itu melibatkan secara langsung urusniaga duit-fiatnya dalam transaksi perdagangan "membeli atau menjual." Duit-fiat muncul selepas gagalnya sistem tukaran mata wang yang dipaksikan pada US dolar yang bernilai USD35 bagi 1 oz emas. Sistem pertukaran tetap itu hanya mampu bertahan selama 27 tahun.  Pokoknya, binatang itulah yang mengajak dunia dalam berurusniaga dengan 'karya duitnya' atau 'namanya', 666, sebagai medium utama perniagaan sedunia. Jika, frasa nubuatan kuno dalam Kejadian 11 diadaptasikan pada zaman moden kini, maka ia akan kedengaran seperti "Marilah kita membeli dan menjual dalam karya duit fiat [nama] aku," kata binatang yang keluar dari bumi. Dan seluruh dunia tidaklah menolak ajakan tersebut kerana mereka telah menerima tanda di dahi dan tanda  di  tangan, melalui perjanjian-perjanjian yang telah diusulkan dan dipersetujui secara sejagat. Terpulanglah kepada setiap individual yang 'merdeka' samada merelakannya 'tanda' itu meresap ke dalam roh mereka, sehingga 'tanda Paskah Kristus menjadi tidak berguna ataupun sebaliknya!

Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah penggenapan Taurat (Lukas 24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666,  tidaklah benar jika ia melanggar Taurat, melanggar Nubuatan nabi-nabi dan juga melanggar Mazmur.  Nama binatang dalam Wahyu 13:11-18, adalah menyingkapkan perihal 'karya' umat manusia sejagat di bumi.  'Karya' itu menjelaskan bahawa penduduk dunia sejagat telah diikat oleh perjanjian-perjanjian yang diusulkan oleh pemerintah yang keluar dari bumi itu.  Amerika, British dan Canada berkata " marilah kita....buying and selling seluruh dunia." Seluruh dunia bilang 'ya.' Boleh saja!  Dan  'karya' yang berpusat pada 'menara' itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau dengan penuh berbelit-belit oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua kerajaan-kerajaan di bumi!!

Saya bukannya anti permodenan, dan saya bukan juga anti kepada pengujudan karya monetary ('nama') dengan sistem ekonomi yang ada di dunia ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah dunia itu sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya pemerintah dunia yang keluar dari bumi itu ialah 666.  Duit yang kita cari sekarang ini adalah karya atau nama yang diusulkan oleh  Amerika di Bretton Woods [3]. 666 itu adalah karya Amerika, sekutunya dan semua bangsa.  Seluruh dunia setuju, dan mengikat diri mereka dengan perjanjian itu. Perjanjian ('tanda di dahi') itu telah dikemaskini sebanyak dua kali; sehingga kini, duit telah menjadi duit fiat.

Dalam seluruh AlKitab, hanya dua sahaja ayat rujukan bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan,  iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada Salomo dalam satu tahun," (2 Tawarikh 9: 13)  dan juga nama binatang yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana demikianlah perkataan itu diungkapkan oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu milik binatang, maka karya itu adalah karya pemerintah  tersebut. Apakah aktiviti utama nama atau 'karya' binatang yang keluar dari bumi itu (Why. 13: 1-18) ?

Jawapannya ialah: aktiviti utama 'karya duit' ialah 'membeli atau menjual.'  Pekerjaan 'membeli dan menjual' memerlukan kepandaian untuk mengira.  Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan bahawa pada akhir zaman, iaitu sebelum dan selepas kedatangan Kristus, pekerjaan utama di dunia bagi semua manusia adalah "membeli dan menjual."  Apakah 'nama' itu dan menaranya sudah sampai ke langit? Perdagangan sedunia menuntut ilmu sains ekonomi moden dengan karya-duit binatang itu sebagai medium utama transaksi perdagangan sedunia.  Dan ia berpusat pada suatu menara 'dunia' yang dinubuatkan di zaman 'Babel Kuno.'  Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu seringkasnya dijelaskan sebagai "membuat batu-batu," namun mesejnya tetap sama iaitu 'penghambaan.'    Pada zaman sekarang penghambaan 'karya' [nama]  manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli atau menjual." Apakah aktiviti utama 'Karya' Amerika itu telah mengatasi langit?  Ya! Semua orang cari duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan (Firman Allah).  Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan perjanjiannya yang pertama pada tahun 1944. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10). Ia dinubuatkan bahawa 'ia' ("karya-duit") menghambakan semua orang baik besar atau kecil, baik miskin dan bebas atau merdeka menerima 'tanda' itu! 

                           
"...binatang yang keluar dari bumi" itu telah menyebabkan semua orang di Dunia diberikan 'tanda di dahi' (mengikat atau masuk Perjanjian sepertimana mereka yang telah mengikat diri mereka dengan Perjanjian Paskah Tuhan)  atau menerima tanda di tangan' (yaitu, menuruti peraturan dan undang-undang seolah-olah seperti 'ibadah')...


Memang, semua orang telah tertakluk kepada 'karya-duit' termasuk orang 'merdeka' ( "orang yang percaya Paskah Tuhan Kristus"). Terpulanglah kepada setiap individu samada tetap berpaut kepada "tanda di dahi dan tanda di tangan'" sebenar yang diberikan oleh Paskah Yeshua ataupun mungkin roh mereka akan ditandai semula oleh 'tanda di dahi dan tanda di tangan' karya binatang itu, sehingga mereka melihat bahawa Paskah Yeshua bukan lagi sumber Kehidupan kerana ia tidak memberikan keuntungan untuk kehidupan daging.

Yang memakai tanda binatang adalah semua bangsa atau kerajaan di bumi yang ikut serta tertakluk kepada Perjanjian ('tanda') perihal karya-duit untuk "membeli atau menjual."  Jelas sekali bahawa Karya atau nama Tuhan adalah Firman Allah.  Namun, karya atau nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah tertumpu kepada "membeli atau menjual." Nama binatang itu adalah karya pemerintah dunia yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah karya-duit untuk "membeli atau menjual." Bukankah seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan? Kerana ia adalah dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah sebagai ibadah agama! Kenapa pula tanda itu dikenakan pada dahi setiap manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan perundangan berkaitan dengan 'membeli dan menjual' itu menuntut semua manusia di bumi supaya percaya kepada Perjanjian dan torah-duit!

Di zaman Babel dahulu dalam Kejadian 11, dituliskan oleh Nabi Musa bahawa "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4).  Apakah yang dimaksudkan mereka mencari 'nama' mengikut ayat tersebut di atas?  Maksud bagi perkataan itu adalah seringkasnya 'karya manusia' !! Atau misi atau karya kehidupan manusia tanpa karya Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat pada 'menara' Bank Dunia, dan penduduk bumi diikat oleh perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh dunia) telah benar-benar kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman purbakala, di mana manusia di zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan dengan berkata "marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi:" melawan Firman Allah (antiKristus). Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali 'nama-nama' Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh Pencipta.  Saya secara peribadi bukanlah anti-duit ('karya-duit), kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan duit. Namun, mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang berbeda.

Menara dalam Kitab Kejadian 11 itu seolah-olah menyatukan mereka secara harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya diikat oleh suatu perjanjian atau 'tanda di dahi,' supaya mereka semua berkarya, dan  berpusat pada kota yang didirikan itu.  Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu diikat oleh 'tanda didahi,' yaitu perjanjian. Perjanjian itu  akhirnya menjadikan manusia sebagai mahluk yang diperhambakan. 'Nama yang dicari' atau karya di menara Babel itu menghambakan umat manusia kerana semua manusia telah terikat kepada perjanjian untuk "membuat batu-bata" atau "tanda di tangan" (aktiviti utama dalam kehidupan yang diikat oleh perjanjian).

'Pekerjaan' atau 'karya' purbakala "membuat batu-bata" itu menghambakan semua orang diseluruh dunia pada zaman itu (Kejadian 11: 1-9) kerana mereka diikat oleh 'nama.'  Sejak dahulu kala, manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah tentu 'karya' itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan dikuatkuasakan  oleh pemerintah purbakala.  Karya manusia di bumi tanpa kepercayaan kepada nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu Firman, manusia tidak dapat mengenali Tuhan atau tidak dapat diperdamaikan melalui anugerah 'Jalan' perdamaian. Betapa hebatpun karya manusia ataupun nama binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman Ilahi, atau bahasanya berbunyi  "...baiklah Kita turun..."

Mereka diperhambakan oleh karya mereka sendiri. Tuhan mengkehendaki manusia "yang luka," supaya manusia yang tertulis namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu penghambaan yang jauh lebih sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting dan pohon kehidupan." Oleh kerana  roh manusia harus menuruti ibadah seperti perumpamaan "ranting dan Pohon Kehidupan" untuk menerima anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun jenis penghambaan di dunia.  Jika kekuatan karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah tentulah binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan 'mulut' untuk menista yang Mahatinggi.

Sesungguhnya, anti-Kristus adalah penduduk dunia yang paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus pada masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! 'Gandum' yang diterima Tuhan hanyalah  mewakili suatu peratusan yang minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya adalah lalang.  AntiKristus berarti antiFirman.  AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes adalah seringkasnya tidak percaya kepada "Firman menjadi manusia"; maka, lalang tidak percaya kepada Paskah sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa.

    Binatang itu adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan mempunyai 2 tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat pemerintah dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan daratan bumi adalah mempunyai dua tanduk; Ia mempunyai kuasa turun temurun iaitu tanduk Monarki, dan juga tanduk Perdana Menteri. Pada masa kini, berdasarkan kepada penafsiran nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara Amerika Syarikatlah yang paling mendekati deskripsi binatang yang keluar dari bumi  dalam Wahyu 13.  Bagaimana mungkin negara Amerika memenuhi syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya adalah pemimpin sebagaimana yang kita dapat pelajari dari Mazmur dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga bermaksud kuasa kerana Yesus Kristus yang kembali ke bumi sebagai nama Hakim adalah dinubuatkan, mempunyai tujuh tanduk sepertimana yang disingkapkan oleh Kitab Why. 5: 6.

Justeru itu, Amerika mempunyai dua tanduk kerana satu tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi tanduk miliknya adalah merujuk kepada kuasa ekonomi atau kuasa duit Amerika.  Ia 'kelihatan seperti  domba,' namun ia berbicara seperti naga. Ia dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai perangka dan pelaksana  karya-karya 'perdamaian' di atas bumi, namun ia mempunyai kuasa politik yang gergasi di bumi sejak 1945, maka ia juga dinubuatkan 'bercakap seperti naga!  Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli dan menjual." Mata wangnya kekal sebagai menjadi mata wang utama dunia melalui perjanjian demi perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian Bretton Woods 1944, kemudianya Perjanjian Smithsonian [4], December 1971 dan Perjanjian Jamaica  [5] pada 1976.

Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan pekerjaan tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian Sinai ataupun dalam Perjanjian Baru. Ibadah umatNya adalah diungkapkan sebagai “mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.”  Perjanjian-perjanjian “membeli atau menjual” pula adalah permulaan bagi penduduk dunia untuk seolah-olah 'beribadah,' atau menuruti 'hukum-hukum' yang dicipta oleh binatang itu.  Ia yang mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli atau menjual.”

Demikianlah juga cara Roh Tuhan menyingkapkan rahasia karya-karya pemerintah-pemerintah dunia. 'Nama' binatang iaitu 'karya' pemerintah Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian (sebagai asas 'tanda di dahi'). Maka, perjanjian itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel, 'nama' yang menghambakan itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”  Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang diikat oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada tangannya atau pada dahinya."  ‘Beribadah’ menurut Taurat adalah diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan" di dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang dikaryakan oleh Binatang yang keluar dari bumi telah membawa persetujuan dari negara-negara muka-bumi yang memeteraikan dan mengesahkan akan pematuhan (beribadah) kepada semua perjanjian-perjanjian ('tanda di dahi), dan juga semua perundangan terbabit; Pematuhan itu ('tanda di tangan') atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan masyarakat di dunia tidak kira  apa kastanya atau darjat kehidupan manusia. Kita semua tertakluk kepada kuasa 'pekerjaan duit binatang' dalam urusniaga "membeli atau menjual:" karya-duit!

Bila nama atau karya itu sudah dimeteraikan melalui perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan oleh tangan.  Sebab itu, rahasia itu ditulis "16 dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why. 13: 16).

Maka, 666 itu adalah ungkapan tentang pekerjaan, misi, atau karya manusia di bumi yang berpusat pada 'menara' Babel.  Hakikatnya, Tuhan pernah berfirman ketika Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "...Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya Bretton Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada 1954, telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya adalah manifestasi "Ia telah ada, namun sudah tiada, dan muncul lagi." Benarlah menurut firman dalam Yes. 46: 10 bahawa pengakhiran itu sudah diberitakan sejak zaman purbakala! Permulaan 'karya' atau 'nama' yang dicari oleh manusia sejagat di bumi di zaman moden bermula selepas peperangan dunia ke-2. Sejak ia mula dikaryakan, semua manusia dibumi telah 'beribadah' atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian (sebagai 'tanda di dahi') yang dibuat oleh Pemerintah Dunia atau binatang yang keluar daribumi itu selama 71 tahun. (dikira sehingga tahun 2015 CE).

Kitab Daniel memberitahu kita bahawa maharaja Nebuchadnezzar adalah "...pohon itu bertambah besar dan kuat, tingginya 'sampai ke langit'..." (Daniel 4: 11). Manusia sejati adalah merujuk kepada Yesus Kristus yang dibaluti daging selama 33 Tahun. Yesus Kristus adalah satu-satunya 'manusia' sejati dalam ungkapan nubuatan sebagai Pohon Kehidupan. Nebuchadnezzar adalah 'pohon...yang tingginya sampai ke langit." "Sampai ke langit" adalah keangkuhan Nebuchadnezzar kerana ingin menjadi 'tuhan' atau anti-Firman. Maharaja Nebuchadnezzar adalah antifirman yang dinubuatkan sebagai 'singa.' Kenapa pula 'binatang yang keluar dari bumi' adalah disebut juga sebagai 'manusia' dalam Wahyu 13: 17-18? Kita tahu bahawa Kristus dan Adam sahaja yang dipanggil 'manusia.' Namun, Adam adalah 'manusia' yang luka, manakala Yesus adalah 'manusia' sejati. Bangsa Israel menggenapi nubuatan dalam Kejadian 3: 15-16 iaitu 'perempuan,' yaitu hawa yang 'luka.' Santa Maria tidaklah dirujuk sebagai 'perempuan' dalam penafsiran Wahyu 12, meskipun ia mewakili Israel ('perempuan'). Lagipun 'roh dan tubuh badan' Santa Maria bukanlah dalam kondisi 'dikutuk' Tuhan, melainkan 'penuh berkat.' Tidak mungkin 'perempuan' yang kesakitan mengandung dan 'berteriak' ketika bersalin 'laki-laki' itu merujuk kepada Santa Maria, melainkan ia merujuk kepada 'isteri' YHVH yang tidak setia, yaitu Israel (the house of Jacob). Bangsa Israellah yang berteriak kesakitan itu dalam tempoh-masa sebelum dan selepas Almasih datang.  Bangsa Israel samada penganut Perjanjian Lama ataupun Israel penganut perjanjian Baru adalah 'perempuan' yang dimaksudkan dalam Kejadian 3: 15-16 dan juga dalam Wahyu 12. Bangsa-bangsa yang percaya 'Jalan' (Converted gentiles) adalah dinubuatkan sebagai 'anak-anak' (Wahyu 12: 17). 'Binatang yang keluar dari bumi itu' adalah 'one of many,' yang merujuk 50 buah negeri menjadi satu, namun ia adalah keturunan ular tua kerana ia adalah "kelihatan seperti domba"(pejuang peace and security) tetapi "bercakap seperti naga" (superpower dunia). Binatang itu mempunyai 'nama' atau 'karya.' 'Karya duit-fiat' atau 'monetarinya' diungkapkan sebagai 'bangsa' pemerintah dunia atau 'manusia' yang bernama 666; Jolokan 'manusia' bernama 666 adalah suatu ungkapan profetik tentang 'menjadi tuhan dunia' melalui 'karya 666nya.'  666 adalah 'karya duit (monetari)' plus 'kuasa politik' "binatang yang keluar dari bumi" untuk menguasai semua bangsa-bangsa di dunia. 'Tuhan palsu' dunia itu dengan 'karya-duitnya' dan 'karya politiknya" yang mampu bercakap seperti naga' itu telah berjaya menguasai dunia dan menghambakan semua bangsa-bangsa di dunia sebagai hambanya.

Dan binatang itu "bercakap seperti naga." 'Naga' adalah kata nubuatan yang merujuk kepada 'si ular tua' yang telah mendustai Hawa dan Adam. Berarti, ia adalah anti-Kristus! Binatang itu juga diwahyukan sebagai 'seorang manusia' kerana ia adalah 'tuhan palsu' yang berusaha menjadi 'tuhan' kepada bangsa-bangsa di dunia ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh nubuatan: 'pemerintah' (negara Amerika) yang "kelihatan seperti domba." Kristus itu adalah 'manusia sejati' yang tidak luka yang diutus dalam 'nama' Domba Tuhan di atas kayu salib. "Binatang yang keluar dari bumi" dinyatakan juga sebagai 'manusia' atau 'kelihatan seperti domba', tetapi oleh kerana ia bercakap seperti naga maka 'istilah 'manusia' untuk binatang membawa arti perihal agendanya untuk 'menjadi tuhan di mukabumi' melalui karya duitnya dan juga karya kekuasaan 'tanduk politiknya.' Yesus Kristus jelas sekali sempurna kuasanya kerana ia mempunyai tujuh tanduk, tujuh roh dan tujuh mata (Maha-berkuasa, Maha-hadir dan Maha-adil). Binatang itu ternyata berusaha 'seperti manusia' untuk menjadi 'tuhan yang palsu' atau ringkasnya 'antikristus,' melalui penghambaan karya duitnya atau 'mamon' yang dicipta oleh gods of this world.  Kristus pula ternyata berbeza sekali kerana Ia menghambakan kita kepada suatu penghambaan yang maha-sempurna yaitu penghambaan kasih. 'Nama' atau 'karya' binatang itu adalah 666, iaitu tanduk pertamanya ('karya duit'), dan tanduknya yang ke-dua adalah kuasa politiknya sebagai 'namanya' yang "kelihatan seperti domba."  Maka jelas, ia adalah salah satu 'tuhan' di dunia ini ('one of many' gods of this world) yang telah dinubuatkan muncul pada akhir zaman, dan ia menuju kepada penghakiman oleh Tuhan Kristus yang akan kembali kelak. Kristus tidaklah menghukum membabi-buta, tanpa melaksanakan penghakiman yang maha-adil. Binatang-binatang akan semuannya dihakimi terlebih dahulu dengan penuh keadilan oleh Hakim. 

"Yang kelihatan seperti domba itu" dinubuatkan sebagai 'tuhan dunia' dan ia juga digelar 'binatang yang keluar dari bumi.' Ia akan menjadi penguasa di dunia ini sehinggalah selesainya cawan murka Tuhan yang ke-tujuh habis ditumpahkan. Dengan 'karya duitnya,' dari 'emas' kepada 'duit fiat,' umat manusia telah mencari 'namanya' seolah-olah ia yang memberikan kehidupan kepada dunia, malah semua bangsa dan semua negara di dunia sibuk 'menghitung' (mengerjakan) nama binatang itu (berkerja menghitung berdasarkan 'karya duitnya'). Duit-fiatnya adalah 'aliran sungai kehidupan' yang meng-airi seluruh dunia ataupun menguasai dan menghambakan semua bangsa-bangsa di dunia. Pemerintah dunia ini adalah 'manusia palsu', yaitu binatang keturunan si ular tua yang dinubuatkan sejak dari permulaan. Ia  juga digelar sebagai  'anti-Firman:' Anti-kristus. Manusia sejati diungkapkan dalam frasa nubuatan sebagai 'Anak Manusia.' Yesus Kristus adalah satu-satunya 'manusia sejati' yang menjadi sumber kehidupan kepada semua bangsa dan alam ciptaan : Domba Tuhan. Manusia palsu ('pemerintah dunia') yang ingin menjadi 'tuhan' kepada bangsa-bangsa di dunia pada 'jam terakhir,' dinubuatkan sebagai 'bernama' 666. 'Binatang yang keluar dari bumi' dalam Wahyu 13: 11-18 "kelihatan seperti domba." Ia adalah salah satu daripada  gods of this world yang menjanjikan 'peace and security' kehidupan di bumi ini. Kita tidak keliru dengan identitas penduduk yang tinggal di negara 'binatang yang keluar dari bumi itu kerana kita tahu seperti di negara-negara lain di dunia di mana terdapat 'gandum' dan 'lalang' (Matius 13).  Israel atau 'perempuan' iaitu saki-baki penyembah menurut agama Perjanjian Lama adalah 'perempuan' pelacur yang turut menunggangi binatang yang keluar dari bumi itu, malah ia juga menunggangi binatang merah-ungu yang dinubuatkan dalam Wahyu 17. Israel Perjanjian baru yang menyembah Tuhan di dalam 'roh dan kebenaran' melalui anugerah 'Jalan' tidaklah dipanggil 'pelacur.' Merekalah (Israel Perjanjian baru) yang memperanakkan 'anak-anak' dari pelbagai bangsa (Wahyu 12: 17). 

     Walau-apapun rumusan, Raja Solomon menyingkapkan suatu pengetahuan Ilahi "hati (roh) raja (pemerintah negara dan pemerintah dunia) adalah seperti aliran batang air (sungai) di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini" (Amsal 21: 1). Maka, Tuhan ternyata berdaulat mengatasi semua pemerintah. Kita percaya seratus peratus bahawa Tuhan maha-berdaulat di atas segala-gala kerana apa yang terjadi di kemudian hari sudahpun diberitahukanNya dari permulaan, dari purbakala perihal perkara yang belum terjadi (Yesaya 46: 10). Walaubagaimanapun, jika hati mereka (pemerintah-pemerintah dunia) bukan dalam tangan Tuhan, maka sudah tentu hati raja (roh pemerintah)  itu berada di tangannya mereka sendiri, ataupun ia sedang diinspirasikan secara halus oleh roh naga. Bila ia diberikan inspirasi oleh ular tua, maka sudah tentu ia akan "...bercakap seperti naga."  Justeru itu, semua umat Tuhan menaikkan doa-doa syafaat kepada mereka (raja/pemerintah-pemerintah dunia), agar mereka mendapat 'aliran batang air' dari tangan Tuhan  ataupun paling tidakpun suatu pengertian tentang apa yang sedang berlaku.

    Manusia dicipta oleh Sang Pencipta dengan anugerah 'kebebasan kehendak' untuk memilih 'makan manna dari Sorga' ataupun sibuk "membuat batu-bata."  Meskipun, keturunan Adam  terpisah dari Tuhan, namun anugerah 'kebebasan kehendak' tidaklah diambil oleh Tuhan. Umat manusia atau pemerintah boleh saja memilih samada dihambakan oleh naga atau ular tua ataupun dihambakan oleh Firman. Maka, semua pemerintah sebenarnya direlakan oleh Firman sebagai sebahagian daripada 'pelaksanaan' agenda keadilanNya untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkanNya. Pelbagai bangsa-bangsa sebenarnya telah lahir kerana hukuman Tuhan yang turun ke atas 'nama' menara Babel dalam bentuk kacau-balau bahasa oleh para malaikatNya. Tuhan tidak memunahkan umat manusia, namun para nabi telah bernubuat bahawa akan ada penghakiman terakhir bagi zaman 'bangsa-bangsa' itu. Apakah pemerintah-pemerintah dunia yang dinubuatkan dalam Wahyu 13 itu jahat seratus-peratus? Menurut fikiran manusia, mereka tidaklah mungkin jahat, dan pemerintah-pemerintah itu dilihat oleh mata kasar sekadar penguasa dan pengatur kehidupan! Tetapi bagi Tuhan, mereka adalah binatang-binatang yang menjadi perosak dan musuh kepada 'perempuan' dan 'anak-anaknya' (Why. 12; 17). Menurut paradigma sekuler, jatuh-bangunnya pemerintah-pemerintah di dunia ini hanyalah dilihat sebagai suatu proses evolusi politik, sosial, dan ekonomi. Namun, firman menjelaskan bahawa bukan dari utara, selatan, barat, timur ataupun dari padang gurun datangnya 'peninggian' (accession) sesuatu pemerintah melainkan ia datang dari atas. Ia dikatakan 'direlakan' Tuhan untuk memerintah untuk tempoh masa tertentu. Keesemua pemerintah dunia sudahpun 'dinubuatkan' sebelumpun mereka muncul di dunia. Pada tahun pertama pemerintahan Belsyazar yaitu lebih kurang 556 BCE [7], nabi Daniel telah diberikan nubuatan perihal pemerintah-pemerintah dunia "2 pada penglihatan malam hari aku mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari langit mengguncang laut besar, 3 dan empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain" (Daniel 7: 2-3). Petikan di atas menubuatkan pemerintah dunia yang memerintah ketika Daniel menerima wahyu itu, dan dalam nubuatan itu, Daniel diberikan penglihatan bahawa selepas maharaja Kasdim berlalu, akan datang maharaja Medo-Parsi, maharaja Yunani dan maharaja Romawi. Tiga pemerintah dunia selepas Kasdim telahpun dinubuatkan oleh Tuhan sebelumpun mereka muncul di bumi. Berpandukan Ptolemy's Canon of Kings [8] yang tiada kronologi tahun, dan kemudiannya ditafsir semula oleh Simin [9] berdasarkan nubuatan para nabi, maharaja Kasdim yang terakhir ialah Nabonidus (Belsyazar) mula memerintah pada tahun 556 BCE, maharaja empayar Medo-Parsi yang pertama mula memerintah pada tahun 539 BCE (yaitu, 17 tahun dari tarikh nubuatan diterima), Alexander the great sebagai maharaja empayar Yunani yang pertama mula memerintah sebagai maharaja pada tahun 330 BCE  (yaitu, 226 tahun dari tarikh nubuatan Daniel), manakala maharaja empayar romawi pertama, Augustus Caesar, mula memerintah pada tahun kira-kira 31 BCE (yaitu, 525 tahun kemudian dari tahun nubuatan itu diterima, 556 BCE) [10].  Demikian juga halnya dengan binatang-binatang yang dinubuatkan dalam Wahyu 13 dan Wahyu 17. Malah, semua pemerintah itu telah dinubuatkan se-awal dalam 'nubuatan' (nubuatan ke-belakang) Nabi Musa dalam Kejadian 3: 15 "aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya."  Tuhan Kristus yang datang dalam nama Hakim akan menghakimi semua manusia termasuklah binatang-binatang, perempuan dan anak-anakKepada semua pemerintah-pemerintah di dunia, Nabi Asaph bermazmur dalam Mazmur 82

1 Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para     allah Ia menghakimi:"2 Berapa lama lagi kamu menghakimi dengan lalim dan memihak kepada orang fasik? sela 3 Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan! 4 Luputkanlah orang yang lemah dan yang miskin, lepaskanlah mereka dari tangan orang fasik! 5 Mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa-apa, dalam kegelapan mereka berjalan; goyanglah segala dasar bumi. 6 Aku sendiri telah berfirman:  "Kamu adalah allah, anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian [gods of this world7 Namun 'seperti' manusia kamu akan mati dan seperti salah satu pembesar kamu akan tewas." 8 Bangunlah ya Allah, hakimilah bumi, sebab Engkaulah yang memiliki segala bangsa."

Bilakah agaknya Tuhan akan berfirman "Baiklah Kita turun dan ..." sehingga selesainya murkaNya ditumpahkan, yaitu sehingga genapnya cawan yang ke-7 ditumpahkan? Tuhan merencanakan melalui karya-paskahNya supaya manusia mengerti bahawasanya 'design' roh manusia adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia diperhambakan oleh 'karya' atau 'nama' 'manusia' (kelihatan seperti domba), yaitu [karya] binatang yang keluar dari bumi itu sendiri, maka sudah tentu manusia sudah tersasar daripada rencana dan tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri.  Manusia memang berhak untuk membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu karya pemerintah dunia yang mempunyai tanduk politik dan tanduk karya-duit itu sampai waktunya untuk dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah kita turun..." Hakim akan turun menggenapi Mzm. 82: 8 "...hakimilah bumi, sebab Engkaulah yang memiliki segala bangsa.Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi, kita akan teringat kata-kata kedua malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kisah Para Rasul 1: 10-11, yang berkata kepada orang-orang Galilea: "Yesus ini yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga." Roh Tuhan yang selayaknya dijelaskan sendiri oleh Roh-Tujuh-Lapis (Sevenfold spirit of Christ).  Pekerjaan ('nama') Tuhan adalah Firman Allah kerana firman Tuhan adalah namaNya (Wahyu 19: 13). 'Nama' Emanuel ialah pekerjaan Tuhan untuk hadir senantiasa bersama setiap umat Tuhan. 'Nama' Domba Tuhan adalah pekerjaan Roh Tuhan yang menghapuskan dosa dunia. Maka, jelaslah bahawa 'nama' binatang (pemerintah dunia) adalah pekerjaan yang diujudkan dengan meterai perjanjian-perjanjian supaya seluruh dunia mengerjakan 'pekerjaan' itu. Manusia yang 'lahir kembali' paling tidakpun berusaha melalui 'Jalan' untuk 'makan' Firman (Ulangan 8: 3; Matius 4: 4).  Manusia yang luka ('wounded man') meneruskan kehidupan dengan ungkapan kata-kata nubuatan oleh roh Tuhan yaitu "mereka sekadar membuat batu-bata sahaja." Mereka tidak memerlukan 'pekerjaan Tuhan' yaitu Firman Allah.  Justeru itu, mereka langsung tidak berminat dengan Firman.  Mereka tertumpu kepada frasa nubuatan yang mengungkapkan kesibukan aktiviti harian manusia yang tidak percaya Tuhan, yaitu "membuat batu-bata."  Mereka mencari 'nama,' yaitu 'karya' (handiworks) yang diusulkan oleh penguasa-penguasa dunia.


Nota: Penulis berusaha supaya tulisan dalam 'pembahagian ini' tidak melanggar batas-batas penggunaan istilah-istilah bidang 'ekonomi' kerana penulis artikel ini 'buta huruf' dalam bidang ekonomi. Justeru itu, ulasan adalah lebih menjurus kepada penggunaan bahasa nubuatan-nubuatan (fiman). Justeru itu, mungkin terdapat penggunaan istilah-istilah bahasa bidang ekonomi yang tidak jitu. Meskipun demikian penulis bukanlah mengulas perihal ekonomi, tetapi membahagikan 'seeing' secara peribadi perihal nubuatan. "Kerana kesaksian Kristus adalah 'roh nubuat." (Wahyu 19: 10). Maka, penafsiran semua firman Tuhan dalam kitab Suci (Alkitab) juga menurut 'roh nubuat.' Dan, 'roh nubuat' itu adalah Roh Tujuh Lapis.

________________________

[1]  Bretton Woods. Wikipedia. 29 janaury 2016. https://en.m.wikipedia.organization/wiki/Gold_standard
[2]  Ibid.
[3]  Ibid.
[4]  Smithsonian Agreement. (I) Investopedia. 31 January
2016. http://www.investopedia.com/terms/s/smithsonian-agreement.asp
[5]  Farlex. Jamaica Accord. The free Dictionary. 31 January 2016. < http://financial-dictionary.thefreedictionary.com/Jamaica+Agreement>

[6]  Bessel M. Paul. Freemason & the US Declaration of Independence. Declaration. 31 January 2016. <http://bessel.org/declmas.htm>
[7] Simin, Joannes.  The Interpolated Chronologies in the Old Covenant Based on Prophecies. ms. 2014
[8]   Ibid. p. 10
[9]   Ibid. p. 11
[10] Ibid. p. 11
[11] Smith, Tony. Computer Software (CD-ROM 2001 Version 1.1). Concise Oxford Dictionary. 1999, 2001. Oxford University Press. 

(a) Zaman bangsa-bangsa:      Sebelum hukuman Tuhan ditumpahkan kepada umat manusia dalam Kitab Kejadian 11, umat manusia mempunyai 'satu bangsa' sahaja. Turunnya para malaikat yang mengacau-balaukan satu bahasa itu kepada banyak bahasa menzahirkan dan memulakan pelbagai bangsa atau ringkasnya disebut permulaan 'zaman bangsa-bangsa.'  Pemerintah-pemerintah dunia atau keturunan ular tua (Kejadian 3: 15-16) berusaha untuk menyatu-padukan pelbagai bangsa di bawah bermacam-macam perjanjian yang mereka wujudkan. Namun, segala usaha itu tidaklah menyeluruh sejagat. Dalam peradaban sejarah dunia selepas kisah menara Babel (Kejadian 11), kita telah melihat kewujudan pemerintah dunia yang juga disebut 'binatang' dalam usaha  mereka menyatukan dunia di bawah takluk 'tanduk' mereka: Empayar Mesir, Empayar Asyhur, Empayar Kasdim, Empayar Medo-Parsi, Empayar Yunani, Empayar Romawi, Empayar Ottoman, binatang yang keluar dari laut, Empayar British ('binatang yang kepalanya luka parah'), binatang yang keluar dari bumi, dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Dunia sejagat belum pernah melihat pelbagai bangsa di seluruh dunia bersatu pada 'satu' menara.  Namun, sejak 1945 CE yaitu selepas perang dunia ke-dua, dunia mula disatukan oleh lima pemimpin utama dunia atau 'cabal' dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menzahirkan 'nama' nya, yaitu Artikel 1, Bab 1 dalam  UN Charter's "Peace and Security," maka bangsa-bangsa di dunia mula mengerjakan ajakan penguasa-penguasa dunia (cabal) dalam mencari "peace and security." Concise Oxford Dictionary menjelaskan bahawa 'cabal' bermaksud  "a committee of five ministers under Charles II, whose surnames happened to begin with C, A, B, A, and L" [11].  Lima negara berkuasa veto atau 'seperti cabal' dalam pertubuhan sejagat itu memperlihatkan kekuasaan "binatang yang keluar dari bumi" yang "bercakap seperti naga:" the United States of America. Empat binatang dalam 'cabal' itu adalah Russia, China, the United Kingdom dan France. Maka, itulah lembaran baru nubuatan dalam alkisah  'menara Babel kuno' yang mula dinyatakan kepada kita sebagai "muncul kembali." "Nama" atau 'karya utama' bagi binatang yang memayungi keamanan dunia itu disebut "peace and security."  Namun, design manusia adalah makan 'manna' dari Sorga, maka biarpun betapa hebatnya usaha manusia sejagat dalam 'peace and security' itu diperjuangkan, ia adalah sekadar "membuat batu-bata" belaka!  Pemimpin utama dunia dalam 'peace and security' bagi dunia bangsa-bangsa ialah negara superpower iaitu Amerika, dan sebab itulah ia juga cocok dinubuatkan sebagai binatang yang "'kelihatan seperti domba" dan "bercakap seperti naga."

(b) 'nama' binatang yang keluar dari bumi  yang bertanduk dua :  "karya duitnya atau karya-monetari" (tanduk pertama) dan "karya perihal 'peace & security'" (tanduk yang kedua). Kuasa monetari dan kuasa politikpemerintah dunia di arena global pada 'jam terakhir' akhir zaman bangsa-bangsa. 'Nama' adalah 'karya,' 'pekerjaan,' atau 'handiworks.' Maka, 'nama' "binatang yang keluar dari bumi" bermaksud 'handiwork' pemerintah Dunia yang menguasai manusia sejagat.  'Nama' dalam Alkitab adalah  'ungkapan' kata-nubuatan yang menyingkapkan pekerjaan-pekerjaan Sorgawi. Nama seperti 'Domba Tuhan' mengungkapkan 'pekerjaan/karya' Tuhan dalam menganugerahkan 'Jalan' kepada manusia yang luka supaya 'dosa-dosa mereka terhapus. Demikian juga halnya dengan 'nama' binatang itu. Ia mengungkapkan 'karya' pemerintah dunia dalam usahanya menguasai bangsa-bangsa di dunia. Ia tidak dikira dengan ilmu gematria kerana jika ia ditafsir dengan cara demikian, maka itu adalah 'sekadar' rumusan pendapat belaka.  Lagipun, Alkitab tidak pernah mengajarkan penafsiran nubuatan ilmu gematria. Justeru itu, nama binatang, 666, tidaklah dikira, tetapi 'nama' atau 'karya' pemerintah dunia itu 'dilihat.' Jika kita kira nama (666) itu secara harafiah' dalam kacamata gematria, maka, kita hanyalah berfikir secara matematika. Ia "dilihat" terlebih dahulu dalam roh nubuat! Namun, 666 adalah 'karya' atau 'nama' yang berkait-rapat langsung dengan aktiviti 'membeli atau menjual.' Justeru itu, nama binatang yang keluar dari bumi adalah 'monetary' (karya-duit) penguasa dunia yang menuntut kebijaksanaan intelek, yaitu kebijaksanaan ilmu menghitung dalam bidang perekonomian moden yang berpusat pada 'menara-menara' yang telah muncul kembali. Di menara kuno Babel, 'nama' yang mereka cari tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti "membuat batu-bata." Maka, 666 sebagai 'nama' ('monetary,' iaitu 'karya-duit' atau "handiwork of money") adalah berkait-rapat dengan urusniaga 'membeli atau menjual' yang dilaksanakan di bawah kuasa monopoli 'monetary' pemerintah dunia.  Biarpun betapa hebatnya kemakmuran hidup di dunia ini menurut 'nama' itu (666), namun jika manusia tidak menerima tanda di dahi, yaitu ibadah kepada Paskah Tuhan Yesus, maka, mereka dinubuatkan 'sekadar' "membeli atau menjual" sahaja.  Dan apabila, menara 'nama' itu sudah "sampai ke langit," sudah tentu Tuhan akan berkata "marilah kita turun." Pekerjaan Tuhan jelas ketara berbeda sekali dengan 'karya manusia daging: "...namaNya adalah Firman Allah" (Wahyu 19: 13), manakala 'perempuan' dan anak-anaknya (umat Tuhan) pula jelas memakan 'firman' dan beribadah kepada 'tanda' di dahi yang dianugerahkan Tuhan, yaitu Paskah Tuhan Yesus, dan mereka yang masih hidup dalam era Hakim-Kristus pula diberikan "Meterai Allah yang hidup."  Tanda di dahi yaitu Paskah Tuhan Yeshua adalah tanda sejati yang memulai iman "perempuan" (chosen people of God), dan kerana percaya, maka 'perempuan' diikat oleh perjanjian Paskah itu; mereka beribadah, pelaku atau mengerjakan Firman ataupun kata nubuatan singkapkan seringkasnya sebagai ada 'tanda di tangan.' Tuhan menyingkapkan rahasia agenda pemerintah dunia dengan memakai 'ungkapan frasa perihal tanda tersebut' bagi nama binatang, 666.  Binatang itu "menandai" semua orang supaya seolah-olah beribadah kepada "monetari" (karya-duit), dan tanda itu ("nama" (handiwork) binatang) akhirnya akan "...sampai ke langit," kerana manusia di bumi akan menista dan mengolok "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang sebenar, yaitu ibadah kepada anugerahkan Tuhan Kristus di atas kayu salib: Paskah Tuhan Yeshua. Tanpa Firman, manusia tidak akan mengerti apakah 'pekerjaan' atau 'nama' Tuhan.  Berdasarkan 'roh pengertian ini,' maka kita dapat merungkai rahasia 'nama' binatang yang keluar dari bumi!

________________'666---000---666'____________
 

Firman

1)  "Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why 19:13)"
2)  Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3)  Sebab firman Tuhan itu benar, segala sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4)  Permulaan hikmat adalah 'takut akan Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5)  Ia berkata kepada mereka: "Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas 24:44).
6)  Rohlah yang memberi hidup (kehidupan kekal), daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai dalam 'nama' Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu adalah "roh dan hidup." (Yohanes 6:63).

Firman Tuhan semuanya adalah Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan.  Perkataan ucapan manusia bukanlah roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat kehidupan daging), kecuali ucapan jampi serapih.   Aktiviti otak dan sistem saraf adalah pusat kehidupan daging.

... dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."(Wahyu 19:13)


    Roh nubuat menjelaskan bahawa 'nama' Tuhan adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi Kristus iaitu Firman.  Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan. Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan Firman orang percaya tidaklah 'bertumbuh-percaya.' Maka, makanlah Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan.  Maka, ia haruslah dimakan oleh roh orang percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan yang Mahasuci. Maka, janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan kitab; itu adalah kiasan perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung kepada Sumber, iaitu Tuhan. Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan di gurun, orang benar (diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan meja makan.

    Jika, Kristus adalah pokok anggur sebenar iaitu Pohon Kehidupan (the Father of all spirits), maka untuk menjadi cabangnya yang sebenar adalah memerlukan ketergantungan (humility) mengikut 'Jalan' Roh, supaya mereka yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" dapat senantiasa makan, siang dan malam. Ketergantungan (dependency) adalah kerendahan hati di hadapan Tuhan; keangkuhan di hadapan Tuhan adalah keputusan untuk tidak makan.  Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."(Matius 4:4). Tiada bahasa yang lebih jitu untuk mengungkapkan 'ketergantungan' ini melainkan perumpamaan pokok sebenar (Yesus) dan ranting -rantingnya.  Sebagaimana ranting itu tiada kehidupan kecuali melekat kepada pokok sebenar, maka demikianlah roh manusia, ia tidak akan menerima kehidupan penuh, tanpa Kristus; tidak hairanlah Raja Daud bernyanyi "tanpamu hidupku tidaklah bererti apa-apa."


Perihal Rahasia Tuhan


Maka datanglah murid-murid-Nya dan bertanya kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?"Jawab Yesus: "Kepadamu diberi KARUNIA untuk mengetahui RAHASIA Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apa pun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya.Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.(Mat 13:10-13).

Tuhan bergaul KARIB dengan orang yang takut akanDia, dan perjanjian-Nya (Rahasia) diberitahukan-Nya kepada mereka.(Mazmur 25:14).  [~dianugerahkan karunia Roh tujuh lapis~salah satu operasinya ialah 'roh takut akan Tuhan'].

"Orang percaya yang takut akan Tuhan" adalah orang percaya yang dianugerahkan "karunia roh takut akan Tuhan." Karunia roh itu adalah salah satu daripada tujuh lapis karunia-karunia yang ada pada peribadi Roh Kudus. Roh kristus adalah Roh tujuh-lapis (Yesaya 11:1-3, Why. 1: 12,Wahyu 5: 6). Tujuh lapis karunia itu adalah operasi yang dilaksanakan oleh Roh Trinitas atas roh manusia, supaya selesailah pekerjaan Tuhan kepada roh mereka yang tertulis namanya dalam Buku Kehidupan. Ia (karunia-karunia) senantiasa bersama melekat pada peribadi Roh Kudus. Justeru itu, rasul Paulus bersaksi bahawa karunia-karunia itu, datang dan pergi. Ia dikatakan datang apabila, Roh Kudus turun bernyala pada sumbu roh manusia, dan ia dikatakan pergi apabila ia tidak turun pada sumbu roh manusia. Sumbu roh ialah 'jantung roh' yang di mana pusatnya seolah-olah akan kelihatan tempat Lidah api bernyala; ia akan bersinar sebagai 'halo' di atas orang-orang suci. Ia adalah tempat berlakunya komunikasi alam roh yang dinyatakan Raja Daud "Deep calls deep." Semua deria roh iaitu termasuk mata roh dan telinga roh melibatkan secara langsung pada 'jantung roh.'

Maka, Yesus bersabda bahawa "berbahagialah orang percaya yang suci jantung (rohnya)" kerana mereka akan dapat memasuki Hadirat Roh Kudus Tuhan.  "Melihat wajah Tuhan" artinya ialah dapat memasuki hadirat emmanuel Kristus iaitu Roh Kudus. Oleh kerana urusan memasuki hadiratNya adalah suci, maka Kristus telah menyempurnakan 'Jalan' untuk menyelesaikan semua dosa-dosa, agar Pintu hadirat Roh Kudus yang Mahasuci, akan sudi untuk menerima roh orang percaya seolah-olah mereka adalah orang benar.  Sedangkan, mereka sebenarnya hanyalah memakai 'jubah kebenaran' yang disucikan oleh darah Domba. Namun, oleh kerana Kesetiaan Kristus yang duduk di sebelah kanan Bapa, menanggung derita 'luka-luka' kita, siang dan malam; maka, kita dibela oleh Darahnya yang suci, sehingga diri kita yang rohnya "merah seperti kirmizipun" dapat ditahirkan menjadi putih. Tanpa Kristus, kita tidak dapat memasuki 'roh doa,' kerana Dialah Jalan, Pintu dan juga Kunci: "Akulah Jalan...;" "Akulah Pintu...;" "Namanya Firman Allah,"... adalah merujuk kepada Misteri kekayaan karya Kristus sebagai Juruselamat, dan Pembela kepada para pengikutNya. kuasa darahNya yang suci adalah kunci kepada semua doa; Roh Kristus (Roh Kudus) adalah 'the Spirit of prayer.' Perjanjian Lama adalah disahkan kerana perjanjian darah, maka demikianlah juga perjanjian baru.



Permulaan hikmat (Roh hikmat) adalah takut akan Tuhan, ("roh takut akan Tuhan"),dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian ("Roh pengertian"). (Amsal 9:10).  "Pagi-pagi benar ia mengarahkan hatinya kepada Tuhan yang telah membuatnya, dan berdoa kepada Yang Mahatinggi. Ia membuka mulutnya untuk bersembahyang, dan memohon ampun atas dosa-dosanya.  Jika Tuhan yang besar menghendakinya, maka terpenuhilah ia dengan roh pengertian. Maka ia sendiri membualkan kata-kata yang bijak, dan memuji Tuhan dengan sembahyangnya." (Sirakh 39:5-6).666

_______________

 [1] Bretton Woods. Wikipedia. 29 January 2016. https://en.m.wikipedia.organization/wiki/Gold_standard
[2]          Ibid.
[3]          Ibid.
[4]          Smithsonian Agreement. (I) Investopedia. 31 January 2016. http://www.investopedia.com/terms/s/smithsonian-agreement.asp
[5]         Farlex. Jamaica Accord. The free Dictionary. 31 january 2016. < http://financial-dictionary.thefreedictionary.com/Jamaica+Agreement>
[6]         Bessel M. Paul. Freemason & the US Declaration of Independence. Declaration. 31 January 2016. <http://bessel.org/declmas.htm>
[7]        Simin, Joannes.  The Interpolated Chronologies in the Old Covenant Based on Prophecies. ms. 2014
[8]        Ibid.
[9]        Ibid.
[10]      Ibid.