Jumaat, 18 Disember 2015

Apakah maksud "marilah kita mencari 'nama' " dalam kitab Kejadian 11, dan juga "nama" binatang dalam Wahyu 13?

Manusia 'yang luka,' keturunan Adam mempunyai kecenderungan untuk mencari "Karya" nya sendiri; ringkasnya ia disebut "nama" manusia. Justeru itu, nama-nama Tuhan tidaklah mereka perlukan.   Perkataan "Marilah kita..." yang berkumandang di zaman Babel Kuno, seolah-olah menghantui  zaman kita sekarang kerana ia telah muncul kembali, dan frasa "marilah kita..." kedengaran dengan amat kuat sekali; ia telah melilit dunia. “Binatang itu telah ada, namun tidak ada, dan akan muncul lagi” adalah Pemimpin dunia atau pemerintah dunia yang akan berkata “Marilah kita” Dan seluruh dunia akan mengikuti (tunduk atau menyembah) kepada pemerintah Dunia itu.

Menara Babel

Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke sebelah Timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.
3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan Marilah kita cari Nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah mereka diserakkan Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena disitulah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi, dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi. (Kejadian 11: 1-9)
___________________________________

Perkataan ‘Nama’ itu berarti ‘Karya’

Kitab Suci ditulis dalam roh nubuat. Sejak zaman purbakala lagi, "manusia yang luka" telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia yang mencari "Karya (nama)" mereka sendiri, dan terpisah dari "nama" Tuhan. Mereka mahu berkarya di bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan.  Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia yang luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari  nama Tuhan. Di Babel, manusia sejagat bersepakat "...marilah kita mencari 'nama'..." Maksudnya, mereka akan bersepakat berkarya di bumi! Dengan “karya”  yang dipersetujui itu, maka seluruh umat manusia tidak akan berselerak, tetapi kehidupan akan berpusat di suatu ‘menara;” kota Babel kuno. Manusia luka memerlukan 'kelahiran kembali' dari karya Roh Kudus agar rohnya terangsang untuk mencari Nama Tuhan!  Jika tidak, ia tetap akan mencari "nama" bagi manusia yang terpisah dari karya Tuhan.  Tidaklah ia lapar akan realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak mengutus rohNya yang tujuh lapis itu ke atas sumbu roh seseorang!

Tidaklah menghairankan jika di zaman Babel dahulukala, mereka bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan perjanjian-perjanjian manusiawi, atau ringkasnya "nama" atau "karya" manusiawi yang akhirnya menyatukan umat manusia menjadi ‘satu,’ tetapi akhirnya ‘menara’ itu akan menghambakan diri mereka sendiri.  Di zaman itu, penghambaan "nama" atau karya manusia ketika itu adalah seringkasnya penghambaan yang disebabkan oleh karya mereka yang menuntut tenaga-buruh untuk "membuat batu-bata."  Demi "nama" yang mereka cari serta perjuangkan itu, maka, mereka bercita-cita untuk mengatasi "awan-awan." "Marilah dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.."

Kenapa pula sampai ke langit?  Firman ditulis menurut 'roh nubuatan.' Tuhan berada di langit. Maka, sampai ke langit samalah artinya 'menjadikan karya manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia.  "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi langit." (Mazmur 108: 5-6).  Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang memerintah bumi timur tengah selama 108 tahun, Rajanya yang ke-tiga iaitu Maharaja Nebuchadnezzar, meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke ke langit,..." (Yesaya 14: 13). Maka, perkataan-perkataan seperti "puncaknya sampai ke langit.." dalam Kejadian 11: 4 adalah menyingkapkan karya seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel, mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri.

Apakah agaknya "nama" atau karya umat manusia yang mereka cari itu?  Sudah tentu "nama" itu adalah karya manusia di  zaman itu, yang pastinya ia berpusat pada menara Babel, dan mereka mahu mendirikan kota yang agung itu. Dan menara itu adalah pusat karya mereka untuk menjadi tuhan-tuhan (gods of this world) di dunia.   Ia sudah pasti dipimpin oleh pemerintah yang gagah perkasa dan sakti pada ketika itu,  atau ringkasnya dipanggil "binatang" (the beasts).  Ia disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab Suci, hanya seorang sahaja manusia yang digelar perempuan iaitu 'umat Tuhan.' Lain-lain bangsa yang tidak percaya kepada nama (Karya) Tuhan adalah dinubuatkan dengan digelar oleh Roh Tuhan sebagai 'binatang.'

Tidak hairanlah Kitab Daniel dan Kitab Wahyu penuh dengan kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada kumpulan manusia atau bangsa atau pemerintah dunia  yang tidak melakukan karya Tuhan.  Sudah tentu semua penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11 itu , terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan Nama Tuhan; maksudnya mereka tidak memerluka karya Tuhan dalam hidup mereka.  Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan bumi," maka, oleh kerana "Tuhan itu panjang Sabar dan Cemburu" ! Maka, tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita turun..."

Umat Manusia yang secara sepakat menjadi satu dengan ungkapan "Marilah kita…," cari nama atau "berkarya,”  bersama: akhirnya akan mengundang (invoking His Jealousy) cemburu Ilahi, maka Tuhan Allah akan berkata "baiklah kita turun..."  Yesus Kristus bersama para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu, sejak dari zaman purbakala...tak berubah, dan manusia yang lukapun masih juga begitu, kecuali ia dianugerahkan dengan roh tujuh lapis!


NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19: 13)

Roh menjelaskan bahawa "nama Tuhan" memberi maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork). Sorga apabila berkerja, akan membuat perutusan 'nama.' Maka, "Domba Tuhan" adalah "nama" yang diutus oleh Sorga, atau diutus oleh Bapa.  Apakah pekerjaan atau misi "Domba Tuhan" ? Maka, kita tahu dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah, Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," menjawab soalan yang sebelum ini.

Yakub dan 'nama' barunya sebagai Israel 

Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang mempelecokkan pangkal paha Yakub, supaya ia akan melepaskan malaikat utusan Tuhan itu pergi kerana fajar telah menyingsing. Yakub berusaha bergulat untuk tidak melepaskan malaikat Tuhan itu, tanpa mendapat curahan berkat. Kelak, malaikat memberikan Yakub nama 'baru'  iaitu Israel yang memberi maksud: "...sebab engkau telah bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang." Sebelum ia menerima anugerah 'berkat,' kekuatan imannya adalah cenderung dan berpaut pada kepintaran dan kelicikan karya pemikirannya sendiri. Yakub ternyata pintar dan licik bersama-sama dengan mereka yang sepakat dengannya termasuk ibunya dalam mencari keberuntungan hidup. Namun, dengan nama 'barunya' itu, 'nama' itu mentakdirkannya kehidupannya dan keturunannya kepada 'kehidupan' dalam karya Ilahi.  Israel harus berpaut kepada kuasa dan 'kekuatan' iaitu kedaulatan 'karya' Ilahi, kerana jika tidak, ia akan ingat bahawa ia 'tempang' oleh sentuhan malaikat Tuhan yang telah mempelocokkan 'pangkal pahanya.'   

Apakah mesej 'roh' yang disampaikan perihal pergulatan harafiah di antara seorang laki-laki (malaikat) dan Yakub dalam Kitab Kejadian 32: 22-32? Bukankah mahluk malaikat Tuhan lebih kuat daripada manusia seperti Yakub. Sebenarnya, malaikat Tuhan jauh lebih kuat dan sakti berbanding dengan orang percaya seperti Yakub.  Kejadian mencatatkan bahawa Yakub telah 'bergumul' dengan seorang 'laki-laki' (Kejadian 32: 24).  Sudah tentu kehadiran 'laki-laki' tanpa dikenali itu telah menimbulkan curiga yang amat dahsyat bagi Yakub, manalah tahu, ia mungkin diutus oleh musuhnya iaitu Esau. Maka, berhempas-pulaslah Yakub untuk menumpaskan 'tetamu' waktu malam itu. Namun, ketika fajar telah menyingsing, maka Yakub mulai menyedari malah dapat mengenalpasti identitas 'laki-laki' itu. Rupanya tetamu tanpa diundang itu adalah malaikat utusan Tuhan, lalu Yakub berkata "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kej. 32: 25). 


Namun, Tuhan telah berfirman bahawa Yakub adalah 'pewaris sah janji-janji Abraham' sebagaimana yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 28: 13-17: "Akulah Tuhan Abaraham, nenekmu, dan Allah Ishak; tanah tempat engkau berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunamu. 14 keturunanmu akan menjadi seperti debu tanah banyaknya, dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara, dan selatan dan olehmu serta keturunanmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." Jelas, Yakub merupakan 'pewaris sah janji-janji Tuhan kepada Abraham' yang disahihkan oleh firman Tuhan sendiri.  Sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan yang diberikan kepada Abraham,' malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menghalang 'berkat' Tuhan dari dicurahkan kepadanya sebab itu malaikat tersebut telah berkata bahawa "...engkau menang." Malaikat telah menunaikan tuntutan Yakub sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan,' namun Yakub haruslah menjadi tempang. Semua pewaris janji Tuhan tidaklah terkecuali dari 'terpelocok' dan 'tempang' yang dinubuat dalam kehidupan Yakub, walaupun ia dialami secara 'unik.' 

Kisah pergumulan itu bukanlah secara harafiah menceritakan perihal kekuatan fizikal Yakub yang seolah-olah melebihi kekuatan malaikat utusan Ilahi. Kisah Yakub yang bergelut dengan malaikat adalah seringkasnya mendedahkan rahasia Ilahi (revelation knowledge) bahawasanya malaikat-malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menolak permohonan 'si pewaris Janji,' jikalau Tuhan telah berfirman untuk menggenapi janji-janji itu. Permintaan Yakub berbunyi "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." Malaikat sebenarnya bukanlah menidakkan permintaan Yakub, tetapi malaikat Tuhan itu sengaja bergulat seolah-olah sebagai manusia kerana ia sedang memberikan 'suatu pengajaran' buat Yakub. Tuhan mengkehendaki supaya Yakub dapat menerima janji-janji Tuhan dengan 'kekuatan Ilahi.'  Tuhan terlebih dahulu terpaksa 'menulis' namaNya pada 'pangkal paha' setiap orang percaya supaya mereka dapat mempelajari kekuatan Ilahi. Maka, itulah sebabnya 'pniel' harus secara simbolis 'terpelocok.'   

Meski-pun, Yakub terbukti 'berdoa' memohon pertolongan Tuhan dalam Kejadian 32: 9-12, Tuhan mendapati bahawa ia masih belum sepenuhnya dapat mengandalkan kekuatan Ilahi. Yakub masih mengandalkan kekuatan "pangkal pahanya' sendiri untuk menerima janji-janji Tuhan. Sedangkan Tuhan pula mengingini supaya "pni-el" nya perlu ditulis dengan suatu 'nama' Tuhan (Wahyu 19: 16). Menurut bahasa roh nubuatan, 'pangkal paha' atau 'pniel' adalah melambangkan 'kuasa' ataupun 'kekuatan.'  Barangsiapa yang ditakdirkan sebagai pewaris janji-janji Tuhan sudah pasti 'pniel' nya akan 'terpelocok' kerana Tuhan mahu menulis 'nama' Nya pada 'pniel' pewaris-pewaris itu. Wahyu menjelaskan bahawa pada 'paha' Kristus tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan tuan di atas segala tuan." (Wahyu 19: 16).   Itulah yang ditulis secara profetik oleh malaikat pada 'pangkal paha' Yakub. Tuhan mahu bahawa "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan", yaitu YHVH haruslah menjadi sumber 'kuasa' dan 'kekuatan' yang diandalkan oleh Yakub untuk menghadapi segala 'ketakutan' dan 'kesesakan hatinya' (Kejadian 32:7). 

Pada mulanya, 'pangkal paha' Yakub tidaklah mempunyai 'nama' yang ditulis dengan nama 'perutusan' Sorgawi. Pada mulanya namanya sendiri sahaja yang tertulis pada 'pniel' Yakub. Ia membawa maksud secara nubuatan bahawa sebelum malaikat Tuhan mempelocok 'pnielnya,' Yakublah yang menjadi 'raja dan tuan' bagi kehidupannya sendiri biarpun dia adalah keturunan yang percaya Tuhan Abraham. Biarpun, Yakub ternyata pandai 'berdoa' (Kejadian 32: 9-12) tetapi doanya ternyata didorong oleh 'ketakutan' dan 'kesesakan hati' (ayat 7) dalam menghadapi Esau yang ia jangkakan berdendam terhadapnya. Tuhan merencanakan supaya 'nama' YHVH yang akan menjadi 'Raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub. Tidak hairanlah malaikat Tuhan telah mempelecokkan 'pangkal pahanya.' Tuhan terlebih dahulu 'mempelocok'  'raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub iaitu kepintaran dan kelicikannya, agar kelak YHVH akan dapat menjadi 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Ia diungkapkan oleh perutusan nama baru Yakub sebagai 'Isra-el.' 

Nama 'Israel' menubuatkan suatu kekuatan baru yang diandalkan pada Tuhan sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Yakub adalah nama yang belum 'terserah' sepenuhnya kepada Tuhan, tetapi 'nama' Israel menubuatkan kehidupan yang terserah dan mengandal 'kekuatan' dan 'kuasa' Tuhan. Yakub adalah 'nama' yang bergantung kepada kekuatan 'daging,' sedangkan Israel adalah 'nama' yang bergantung kepada 'kekuatan' "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." Justeru itu, pangkal paha ('pniel') yang terpelocok akibat sentuhan malaikat menjelaskan mesej nubuat tentang kekuatan 'iman' dan 'precepts' yang diandalkan kepada kekuatan Sorgawi, Kristus.  

'Nama' Israel adalah kehidupan House of Jacob  yang tertakluk kepada kedaulatan 'karya' Tuhan, dan ia akan memperlihatkan kemuliaan dan kekuasaan karya Ilahi YHVH  di mata bangsa-bangsa di dunia.  Namun, 'nama' Israel itu telah melalui 'Diaspora' (tercerai-berai) sehinggalah pada suatu saat kelak, wajahNya akan memulihkan kembali Israel. Nama Israel mula mengalami siksaan 'pembuangan' apabila Tuhan berfirman: "Juga orang Yehuda akan Kujauhkan dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel, dan Aku akan membuang kota yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini, walaupun Aku telah berfirman: NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27).  Sehingga sekarang, Israel belum dipulihkan kerana "nama Allah yang hidup" belum dimeteraikan kepada 144,000 bani Israel; meterai itu dianugerahkan selepas Kristus  telah turun. (Yehezekiel 37: 12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2). Kelak, Israel harus menelusuri kembali perjalanan iman moyang mereka. Ia harus melalui 'ketakutan' dan 'kesesakan' (distress), agar ia kembali dapat menanggapi 'sumber' kuasa dan kekuatan yang sejati dalam mendirikan 'kerajaan Israel yang dipulihkan' menurut 'masa' yang telah ditetapkan oleh Sang Penulis 'nama' pada 'pangkal paha' (Pniel)

Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan Israel dengan "meterai Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh Malaikat.  Namun 'nama' Kristus pada ketika itu adalah Hakim , dan juga Ia disebut "Allah yang hidup."

Siapakah sebenarnya Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau "namanya" ? (Why 13: 11-18).

Seimbas lalu mengenai 'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666

Bila Sorga berkerja ia akan mengutus nama-nama Tuhan. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah. Sebagai contoh, pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti menyembuhkan, dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.  Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang diutus untuk karya penyembuhan Ilahi.  Justeru itu,  ia diutus untuk menyembuhkan; maka ia juga layak sebagai Ketua Ordo malaikat pelindung bagi setiap mahluk hidup di bumi.  "Nama" yang diutus oleh Tuhan bermaksud "karya," "misi" atau "pekerjaan" tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolik "nama." Tetapi pastinya "Perkataan-perkataan Kristus itu adalah Roh..." kerana Yesus berkata demikian (Yoh.6:63).   Yesus berfirman "Kepada kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia Sorga!"  Ia memerlukan anugerah karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang diwahyukan kepada Santo Yohanes.

Apabila Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu 13: 17-18 "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. 18 bahawa "Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam," maka bukanlah maksud harfiahnya supaya kita betul-betul mengira namanya; jika kita hitung gematria namanya, maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental fascinations.' Bahasa roh Kristus mengatakan bahawa perkataan Nama itu bermaksud "Karya." Maka, tidaklah kita hitung karyanya melainkan kita "lihat"  nama binatang itu; dan apakah "aktiviti" utamanya?  Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11, apabila mereka mencari 'nama,' maka aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata." Entah berapa lama agaknya mereka membangun kota dengan puncaknya sampai ke langit?  Pasti, sungguh tidak terkira banyaknya  sekali "batu-bata" yang diguna-pakai.

Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir Wahyu 13, ayat 18:  iaitu roh hikmat, barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal karya binatang itu, jika ia mempunyai ilmu mengira dan ilmu ekonomi berhubung  'karya(nama)' ciptaan pemimpin dunia (negara kuasa besar), iaitu binatang dua tanduk itu; menara  ciptaannya itu berpusat di Bank Dunia.  Binatang yang keluar dari bumi itu, bersama binatang yang keluar dari laut mengusulkan kepada seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno "Marilah kita,,,." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apa saja kecuali bergantung kepada Pohon Kehidupan.  Tetapi, lepas itu,  Ia "luka." Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh umat manusia dengan perkataan "marilah kita..."  mencari "nama," sama seperti di Babel Kuno dulu.

Di zaman moden ini, "jam-jam yang terakhir," bukankah semua negara senantiasa sibuk setiap hari, dan setiap tahun untuk membuat kiraan fiskal setiap tahun,? Negara yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian juga individu yang pandai mengira.  Dan bukankah setiap hari "manusia" yang KARYAnya atau namanya, 666, itu mengira?? Semua manusia sejagat, kerana KARYA binatang dalam Why.13 yang telah melilit seluruh dunia dengan ucapan permulaan "marilah kita...."  Dan sejak itu, kita semua setiap hari MENGIRA kerana 'menara itu' yang mengatur-cara DUNIA melalui karya BINATANG yang keluar dari bumi.  Selepas 1944, selepas WW2, dan selepas 1954, binatang yang keluar dari bumi  itu, disokong padu oleh semua bangsa-bangsa di dunia, sehingga semua akhirnya  bersatu-diikat dalam perjanjian-perjanjian. Sebelum perang dan selepas peperangan, Binatang dua tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa? Dia kata "membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank Dunia!  Kalau dulu di Babel Kuno "Marilah kita...disahut dengan aktiviti membuat batu-bata."  Tapi itu di zaman purbakala. Dan, seluruh dunia mengikuti mereka kerana ia bercakap seperti naga!!

Selepas, perang dunia WW2, pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu Amerika, United Kingdom dan Canada berkata "Marilah kita mencari 'nama.' "Nama" atau "karya" manusia sejagat yang menjadi "satu" dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan perjanjian-perjanjian: Bretton Woods Agreement, Smithsonian Agreement dan Jamaican Treaty, iaitu perjanjian "membeli dan menjual."  Semua manusia sejagat telah benar-benar menjadi 'satu manusia' seperti di Babel kuno, tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu dalam satu "nama" atau "karya" MENGIRA: "Buying & Selling." Bukankah semua tukaran matawang dengan Wang Rizab utama dunia itu diberi 'nama' "Buying and Selling" ??  Dan pertukaran matawang itu telah menjadi agenda utama manusia sejagat sejak Bretton Woods ditubuhkan! Manusia sejagat mula ke arah tidak memerlukan nama Domba Tuhan!

Kenapa pula nama manusia yang jadi satu itu disingkapkan sebagai 666? Kerana 666 bermaksud Emas, dan emas itu adalah duit! Pada mulanya semua "buying and selling" bagi duit di seluruh dunia adalah  dipaksikan pada Matawang Dollar Amerika yang tetap pada nilai intrinsik 1 oz Emas, maka Roh Tuhan singkapkannya  sebagai 666.  Bukankah 666 itu nilai tetap Emas yang diterima oleh Raja Salomo setiap tahun!  Walaupun, paksi tetap Amerika itu telah menjadi  fiat! Namun, transaksi duit itu masih, "membeli dan menjual." "Nama" adalah berarti "Karya."  Ia bermaksud, menurut roh nubuatan, bahawa bukanlah kita hitung namanya secara harfiah dengan ilmu gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah melanggar hukum Taurat. Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat (Lukas 24: 44).

Justeru itu, penafsiran nama binatang itu tidaklah benar,  jika ia dihitung dengan ilmu numerologi kerana ia melanggar dasar pekerjaan Kristus.  Bukankah menafsir Firman itu adalah pekerjaan Roh Kristus?  Jika ia melanggar dasar seperti Taurat, maka tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong. "Nama" Jika ditafsir menurut roh nubuatan berarti "Karya." Maka, nama manusia, artinya Karya manusia, dan manusia itu merujuk kepada pemimpin dunia iaitu Amerika yang mempunyai dua tanduk iaitu tanduk politik dan tanduk duit!  Tanduk berarti Kuasa. Bukankah menara Babel kuno mencari "nama." Karena manusia luka tidaklah cenderung mencari nama Tuhan, maka mereka bersepakat mencari "karya" di dunia ini untuk hidup! Dan karya manusia yang dipimpin oleh Amerika itu adalah "buying and selling,"  666: Duit. Kita semua menerima dan menyenangi usul dan karya (nama) pemerintah dua tanduk itu, kerana ia memudahkan urusan "menjual & membeli" selepas WW2. Ia praktikal dan dapat dipelajari melalui sistem pendidikan yang diterajui oleh binatang itu.

Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah penggenapan Taurat (Lukas 24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666,  tidaklah benar jika ia melanggar Taurat, melanggar Nubuatan nabi-nabi atau juga melanggar Mazmur.  Nama binatang dalam Wahyu 13:11-18, adalah menyingkapkan perihal "karya" umat manusia sejagat di bumi.  "Karya" itu menjelaskan bahawa penduduk dunia sejagat telah diikat oleh perjanjian-perjanjian yang diusulkan oleh pemerintah yang keluar dari bumi itu.  Amerika, British dan Canada berkata " marilah kita....buying and selling seluruh dunia." Seluruh dunia bilang "ya." Boleh saja!  Dan  "karya" yang berpusat pada 'menara' itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau dengan penuh berbelit-belit oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua kerajaan-kerajaan di bumi!!  Saya bukannya anti permodenan, dan saya bukan juga anti kepada pengujudan sistem ekonomi yang ada di dunia ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah dunia itu sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya pemerintah dunia yang kelaur dari bumi itu ialah 666.  Duit yang kita CARI sekarang ini adalah Karya, atau nama yang diusulkan oleh Amerika  di Bretton Woods.  666 itu adalah karya Amerika dan sekutunya.  Seluruh dunia setuju dan mengikuti usul itu.  Karya atau nama binatang yang keluar dari bumi diterima oleh seluruh dunia sehingga sekarang!

Dalam seluruh AlKitab, hanya dua sahaja ayat rujukan bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan,  iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada Salomo dalam satu tahun," (2 Tawarikh 9: 13)  dan juga nama binatang yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana demikianlah perkataan itu diungkapkan oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu milik binatang, maka karya itu adalah karya pemerintah  tersebut. Apakah aktiviti utama nama atau "karya" binatang yang keluar dari bumi itu (Why. 13: 1-18) ?

Jawapannya ialah: aktiviti utama duit ialah "membeli atau menjual."  Pekerjaan membeli dan menjual memerlukan kepandaian untuk mengira.  Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan bahawa pada akhir zaman, iaitu sebelum dan selepas kedatangan Kristus, pekerjaan utama di dunia bagi semua manusia adalah "membeli dan menjual."  Dan ia berpusat pada suatu menara 'dunia' yang kelihatan seperti Babel Kuno itu.  "Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu seringkasnya dijelaskan sebagai "membuat batu-batu," namun mesejnya tetap sama iaitu "penghambaan."    Pada zaman sekarang penghambaan Karya manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli dan menjual." Apakah aktiviti utama Karya Amerika iaitu "membeli dan menjual" telah mengatasi langit?  Ya! Semua orang CARI duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan! Adapun cuma dari golongan religius dan bukannya dari pihak pemerintah dunia. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10).

Yang memakai tanda binatang adalah semua kerajaan di bumi yang ikut serta tertakluk kepada Perjanjian perihal "membeli dan menjual."  Karya atau nama Tuhan adalah Firman Allah.  Namun, karya atau nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah "membeli dan menjual." Nama itu adalah pekerjaan/aktiviti atau karya pemerintah dunia yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah "membeli dan menjual." Bukankah seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan? Kerana ia adalah dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah sebagai ibadah agama! Kenapa pula tanda itu dikenakan pada dahi setiap manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan perundangan berkaitan dengan "membeli dan menjual" itu menuntut semua manusia di bumi supaya percaya kepada Perjanjian fasal duit!

Di zaman Babel dahulu dalam Kejadian 11, dituliskan oleh Nabi Musa bahawa "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4).  Apakah yang dimaksudkan mereka mencari "nama" mengikut ayat tersebut di atas?  Maksud bagi perkataan itu adalah seringkasnya "karya manusia" !! Atau misi atau karya kehidupan manusia tanpa karya Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat pada 'menara' Bank Dunia, dan penduduk bumi diikat oleh perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh dunia) telah benar-benar kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman purbakala, di mana manusia di zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan dengan berkata "marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali "nama-nama" Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh Pencipta.  Saya secara peribadi bukanlah anti-duit, kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan duit. Namun, mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang berbeda.

Menara itu seolah-olah menyatukan mereka secara harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya mereka diikat oleh suatu perjanjian supaya mereka semua berkarya, dan  berpusat pada kota yang didirikan itu.  Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu, dan diikat-pula dengan perjanjian akan membawa manusia itu sebagai mahluk yang diperhambakan; terpisah dari rencana penciptaan manusia itu sendiri oleh Bapa segala roh (Pencipta.)   Karya Babel itu menghambakan umat manusia kerana semua manusia terikat kepada perjanjian untuk "membuat batu-bata."

Pekerjaan atau karya purbakala "membuat batu-bata" itu menghambakan semua orang diseluruh dunia pada zaman itu (Kejadian 11: 1-9).  Sejak dahulu kala, manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah tentu "karya" itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan dikuatkuasakan  oleh pemerintah purbakala.  Karya manusia di bumi tanpa memikirkan nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu Firman; manusia tidak dapat  anugerah 'jalan' perdamaian.  Justeru itu,  betapa hebatpun karya manusia ataupun binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman Ilahi, atau bahasaNya kedengaran seperti "...baiklah Kita turun..."

Mereka diperhambakan oleh karya mereka sendiri. Tuhan mengkehendaki manusia "yang luka," supaya manusia yang tertulis namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu penghambaan yang jauh lebih sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting dan pohon kehidupan." Oleh kerana  roh manusia harus menuruti ibadah seperti perumpamaan "ranting dan pohon kehidupan" untuk menerima anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun jenis penghambaan di dunia.  Jika kekuatan karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah tentulah binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan "mulut" untuk menista yang Mahatinggi.

Sesungguhnya, antiKristus adalah penduduk dunia yang paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus pada masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! "Gandum" yang diterima Tuhan hanyalah  mewakili suatu peratusan yang minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya adalah lalang.  AntiKristus berarti antiFirman.  AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes adalah seringkasnya tidak percaya kepada "Firman menjadi manusia"; maka, lalang tidak percaya kepada Paskah sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa.

Binatang itu adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan mempunyai 2 tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat pemerintah dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan daratan bumi adalah mempunyai dua tanduk; Ia mempunyai kuasa turun temurun iaitu tanduk Monarki, dan juga tanduk Perdana Menteri. Pada masa kini, berdasarkan kepada penafsiran nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara Amerika Syarikatlah yang paling mendekati dekripsi binatang yangkeluar dari bumi  dalam Wahyu 13.  Bagaimana mungkin negara Amerika memenuhi syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya adalah pemimpin sebagaimana yang kita dapat pelajari dari Mazmur dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga bermaksud 'kuasa' kerana Yesus Kristus yang kembali ke bumi sebagai nama Hakim adalah dinubuatkan, mempunyai "tujuh tanduk sepertimana yang disingkapkan oleh Kitab Why. 5: 6.

Justeru itu, Amerika mempunyai dua tanduk kerana satu tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi tanduk miliknya adalah merujuk kepada kuasa ekonomi atau kuasa duit Amerika.  Ia seperti "anak domba," tetapi ia berbicara seperti seekor naga. Ia dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai perangka dan pelaksana  karya-karya 'perdamaian' di atas bumi, namun ia mempunyai kuasa politik yang gergasi di bumi sejak 1945, maka ia juga seperti naga!  Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli dan menjual." Matawangnya kekal sebagai menjadi matawang utama dunia, dan melalui perjanjian demi perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian Bretton Woods 1944, kemudiannya Perjanjian Smithsonian, December 1971 dan yang terkini iaitu Perjanjian Jamaica pada 1976.

Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan pekerjaan tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian Sinai ataupun dalam Perjanjian Baru. Ibadah umatNya adalah diungkapkan sebagai “mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.”  Perjanjian-perjanjian “membeli dan menjual” pula adalah permulaan bagi penduduk dunia untuk seolah-olah “beribadah,” atau menuruti “hukum-hukum” yang dicipta oleh binatang itu.  Ia yang mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli dan menjual.”

Demikianlah juga cara Roh Tuhan menyingkapkan rahasia karya-karya pemerintah-pemerintah dunia. Nama binatang iaitu karya pemerintah Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian. Maka, perjanjian itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel, “nama” yang menghambakan itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”  Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang diikat oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada tangannya atau pada dahinya."  ‘Beribadah’ menurut Taurat adalah diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan" di dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang diujudkan oleh Binatang yang keluar dari bumi, adalah penduduk muka-bumi yang memeteraikan dan mengesahkan akan pematuhan (beribadah) kepada semua perjanjian-perjanjian, dan juga semua perundangan terbabit; Pematuhan itu atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan masyarakat dunia tidak kira  kasta atau darjat kehidupan manusia sejagat.  Kita semua telah tertakluk kepada kuasa "membeli dan menjual:" duit! Dan pencipta karya itu adalah gods of this world! Ataupun Musa mencatatnya “sampai ke langit…

Bila nama atau karya itu sudah dimeteraikan melalui perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan oleh tangan.  Sebab itu, rahasia itu ditulis "16 dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why. 13: 16).  Maka, 666 itu adalah ungkapan tentang pekerjaan, misi, atau karya manusia di bumi yang berpusat pada 'menara' Babel.  Hakikatnya, Tuhan pernah berfirman ketika Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya Bretton Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada 1954 yang telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya adalah permulaan Karya atau "nama" yang dicari oleh manusia di bumi. Namun, semua manusia dibumi telah 'beribadah' atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian yang dibuat oleh Pemerintah Dunia atau binatang yang keluar dari bumi itu selama 71 tahun  sejak ia mula dizahirkan (as per 2015) pada tahun 1944; menaranya pula bermula pada tahun 1954, iaitu tertubuhnya Bank Dunia.  

Bilakah agaknya Tuhan akan berfirman "Baiklah Kita turun dan ...sehingga selesainya murkaKu sehingga cawan ke-7 digenapi”?? Tuhan merencanakan melalui Karya PaskahNya supaya manusia mengerti bahawasanya 'design' rohnya adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia diperhambakan oleh karya atau "nama" manusia itu sendiri, maka sudah tentu manusia sudah tersasar daripada rencana dan tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri.  Manusia memang berhak untuk membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu Karya Pemerintah Dunia yang mempunyai tanduk politik dan tanduk duit/ekonomi itu sampai waktunya untuk dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah kita turun..."  Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi, kedua malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kis. 1: 10-11, berkata kepada orang-orang Galilea "...Yesus ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke Sorga." (Lihat 'Binatang' )

Firman

1)  "Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why 19:13)"
2)  Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3)  Sebab firman Tuhan itu benar, segala sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4)  Permulaan hikmat adalah 'takut akan Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5)  Ia berkata kepada mereka: "Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas 24:44).
6)  Rohlah yang memberi hidup (kehidupan kekal), daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai dalam "nama" Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu adalah "roh dan hidup." (Yohanes 6:63).

Firman Tuhan semuanya adalah Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan.  Perkataan ucapan manusia bukanlah roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat kehidupan daging), kecuali ucapan jampi serapih.   Aktiviti otak dan sistem saraf adalah pusat kehidupan daging.

... dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."(Wahyu 19:13)

Roh nubuatan menjelaskan bahawa "nama" Tuhan adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi Kristus iaitu Firman.  Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan. Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan Firman orang percaya tidaklah "bertumbuh-percaya." Maka, makanlah Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan.  Maka, ia haruslah dimakan oleh roh orang percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan yang Mahasuci. Maka, janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan kitab; itu adalah kiasan perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung kepada Sumber, iaitu Tuhan. Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan di gurun, orang benar (diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan meja makan.

Jika, Kristus adalah pokok anggur sebenar iaitu Roh Pencipta (the Father of all spirits), maka untuk menjadi cabangnya yang sebenar adalah memerlukan ketergantungan (humility) mengikut "Jalan" Roh, supaya mereka yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" dapat senantiasa makan, siang dan malam. Ketergantungan (dependency) adalah kerendahan hati di hadapan Tuhan; keangkuhan di hadapan Tuhan adalah keputusan untuk tidak makan.  Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."(Matius 4:4). Tiada bahasa yang lebih jitu untuk mengungkapkan "ketergantungan" ini melainkan perumpamaan pokok sebenar (Yesus) dan ranting -rantingnya.  Sebagaimana ranting itu tiada kehidupan kecuali melekat kepada pokok sebenar, maka demikianlah roh manusia, ia tidak akan menerima kehidupan penuh, tanpa Kristus; tidak hairanlah Raja Daud bernyanyi "tanpamu hidupku tidaklah bererti apa-apa."

Perihal Rahasia Tuhan

Maka datanglah murid-murid-Nya dan bertanya kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?"Jawab Yesus: "Kepadamu diberi KARUNIA untuk mengetahui RAHASIA Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apa pun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya.Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.(Mat 13:10-13).

Tuhan bergaul KARIB dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya (RAHASIA) diberitahukan-Nya kepada mereka.(Mazmur 25:14).  [~dianugerahkan karunia Roh tujuh lapis~salah satu operasinya ialah 'roh takut akan Tuhan'].

"Orang percaya yang takut akan Tuhan" adalah orang percaya yang dianugerahkan "karunia roh takut akan Tuhan." Karunia roh itu adalah salah satu daripada tujuh lapis karunia-karunia yang ada pada peribadi Roh Kudus. Tujuh lapis karunia itu adalah operasi yang dilaksanakan oleh Roh Trinitas atas roh manusia, supaya selesailah pekerjaan Tuhan kepada roh mereka yang tertulis namanya dalam Buku Kehidupan. Ia (karunia-karunia) senantiasa bersama melekat pada peribadi Roh Kudus. Justeru itu, rasul Paulus bersaksi bahawa karunia-karunia itu, datang dan pergi. Ia dikatakan datang apabila, Roh Kudus turun bernyala pada sumbu roh manusia, dan ia dikatakan pergi apabila ia tidak turun pada sumbu roh manusia. Sumbu roh ialah "jantung roh" yang di mana pusatnya seolah-olah akan kelihatan tempat Lidah api bernyala; ia akan bersinar sebagai 'halo' di atas orang-orang suci. Ia adalah tempat berlakunya komunikasi alam roh yang dinyatakan Raja Daud "Deep calls deep." Semua deria roh iaitu termasuk mata roh dan telinga roh melibatkan secara langsung pada "jantung roh."

Maka, Yesus bersabda bahawa "berbahagialah orang percaya yang suci jantung (rohnya)" kerana mereka akan dapat memasuki Hadirat Roh Kudus Tuhan.  "Melihat Wajah Tuhan" artinya ialah dapat memasuki hadirat emmanuel Kristus iaitu Roh Kudus. Oleh kerana urusan memasuki hadiratNya adalah suci, maka Kristus telah menyempurnakan Jalan untuk menyelesaikan semua dosa-dosa, agar Pintu hadirat Roh Kudus yang Mahasuci, akan sudi untuk menerima roh orang percaya seolah-olah mereka adalah orang benar.  Sedangkan, mereka sebenarnya hanyalah memakai "jubah kebenaran" yang disucikan oleh darah Domba. Namun, oleh kerana Kesetiaan Kristus yang duduk di sebelah kanan Bapa, menanggung derita "luka-luka" kita, siang dan malam; maka, kita dibela oleh Darahnya yang suci, sehingga diri kita yang rohnya "merah seperti kirmizipun" dapat ditahirkan menjadi putih. Tanpa Kristus, kita tidak dapat memasuki "roh doa," kerana Dialah Jalan, Pintu dan juga Kunci: "Akulah Jalan...;" "Akulah Pintu...;" "Namanya Firman Allah,"... adalah merujuk kepada Misteri kekayaan karya Kristus sebagai Juruselamat, dan Pembela kepada para pengikutNya. kuasa darahNya yang suci adalah kunci kepada semua doa; Roh Kristus (Roh Kudus) adalah "the Spirit of prayer." Perjanjian Lama adalah disahkan kerana perjanjian darah, maka demikianlah juga perjanjian baru.


Permulaan hikmat (Roh hikmat) adalah takut akan Tuhan, ("roh takut akan Tuhan"),dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian ("Roh pengertian"). (Amsal 9:10).  "Pagi-pagi benar ia mengarahkan hatinya kepada Tuhan yang telah membuatnya, dan berdoa kepada Yang Mahatinggi. Ia membuka mulutnya untuk bersembahyang, dan memohon ampun atas dosa-dosanya.  Jika Tuhan yang besar menghendakinya, maka terpenuhilah ia dengan roh pengertian. Maka ia sendiri membualkan kata-kata yang bijak, dan memuji Tuhan dengan sembahyangnya." (Sirakh 39:5-6).

4 ulasan:

Jonas Simin berkata...

Di akhir zaman, pemerintah dunia yaitu binatang yang keluar dari bumi membuat usul dengan perjanjian:

1) "Marilah kita..." menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan seluruh dunia sepakat untuk 'bercakap' "Peace and Security" sebagai prinsip utama penubuhannya.

2) "Marilah kita..." 'Membeli & menjual" berdasar pertukaran matawang sedunia berpaksikan dollar America mengikut perjanjian Bretton Woods Agreement, Smithsonian Agreement, dan Jamaica Treaty.

3) "Marilah kita..." Mendirikan menara-menara Bank Dunia, IMF, dan BIS untuk menjadi pusat "membeli dan menjual," dan ia (two horned beast) akan memantau bagaimana prestasi setiap negara dalam "menghitung" 'karya duit' itu.

Saya bukan membenci karya Amerika di dunia kerana penduduknya adalah 'gandum' dan 'lalang.' Kita berterima kasih kepada semua usaha Amerika yang 'kelihatan seperti domba,' namun kita tahu juga bahawa engkau yang mempunyai tanduk politik dan tanduk "menjual-membeli" bercakap' seperti 'naga.' May the gods of this world would uphold justice in equity.

Tanpa Nama berkata...

Firman disampaikan oleh mulut-mulut Tuhan (Nabi-nabi) di dalam "Roh nubuatan." Roh nubuatan ialah Roh Kristus atau Roh Tujuh Lapis, maka, penyampaian Firman adalah konsisten kepada "Firman menjadi manusia.": Domba Tuhan (the Way). Justeru itu, ia juga konsisten dengan Firman Tuhan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya 46:10 " (Akulah Allah)...yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: keputusan ku akan sampai, dan segala kehendakKu akan sampai."

Di menara Kuno, perkataan-perkataan " Marilah kita..." sebanyak 3 Kali kemudian merangsang cemburu & murka Tuhan, lalu Ia berkata "baiklah kita turun..." Namun, banyaklah orang merungut bahawa Tuhan lambat betul memberikan tindakan keadilan. Manusia yang luka ("wounded") adalah manusia yang pusat kesedarannya adalah otak, dan ia tidak diperdamaikan oleh Roh Tuhan.

Manusia rohani adalah manusia yang diberi 'Jalan' perdamaian dengan Roh Tuhan, justeru itu, ia ada Pintu dan Kunci untuk menanggapi Realiti Roh Tuhan. Bila ada realiti Tuhan, maka, semua Firman Tuhan akan dapat dilihat 'Roh.' Firman tidak lagi sekadar cetakan huruf-huruf dakwat hitam di atas kertas!

Kitab Wahyu jelas menyatakan bahawa barangsiapa yang bijaksana hendaklah pandai mengira. Setiap negara adalah tertakluk kepada ilmu mengira perihal 'nama' atau 'karya' binatang yang keluar dari bumi. Semua orang cari duit setiap hari, setiap lapan jam sehari malah lebih dari lapan jam. Pemerintah dunia telah mengajarkan ilmu mengira perekonomiannya melilit seluruh dunia.

Maka, semua negara, semua bahasa dan semua suku Bangsa-Bangsa tak kira Raja sehinggalah kepada hamba abdi; semuanya hendaklah tertakluk dan mematuhi undang-undang duit (membeli-menjual). Kita tiada pilihan kecuali menerima hukum membeli& menjual, seolah-olah ia seperti ibadah zaman taurat yang diungkapkan secara simbolik sebagai "tanda di dahi dan tanda di dahi." Oleh kerana semua transaksi hidup sudah dijajah dengan "membeli-menjual." Takkanlah kita kembalinya ke hutan macam monyet kerana takut tanda itu. "Tanda" itu mula kita pelajari dari penjajah British, dan kemudian semua tertakluk kepada ajakan binatang yang keluar dari bumi yang berbunyi "Marilah kita... Dunia sudah dililit oleh "tanda di dahi dan tanda di tangan." Cuma terpulanglah kepada setiap orang percaya samada ia ('tanda') telah meresap ke dalam jantung atau disebalik. Kita semua telah dipaksa untuk menuruti hukum "membeli dan menjual."

Duit sudah jadi Tuhan! Semua orang cari duit; tiadapun yang cari nama Tuhan lapan jam sehari! Oleh kerana pusat kesedarannya kita tetap kekal pada otak biarpun dilahirkan kembalinya, justeru itu, kita akan senantiasa sedar bahawa sumber hidup berdaging adalah DUIT, sedangkan PASKAH ("tanda di dahi dan tanda di tangan yang sebenar") telah semakin pudar apabila manusia senantiasa bimbang dan kepingin untuk memilili 'kuasa jual-beli. Setiap negara juga sibuk memantau dan mengatur 'kuasa jual-beli: nilai pertukaran matawang. 'Karya atau nama binatang yang keluar dari bumi itu telah menjadi agenda yang bertali-arus setiap hari di semua negara sedunia dalam "membeli-menjual," dan dia (binatang) yang berkuasa.

Maka, memasuki bilik untuk memegang harta Sion amat penting bagi setiap orang percaya, kerana hanya di dalam 'kamar' hadirat Roh Tujuh Lapis, kita dapat meneruskan kekuatan untuk tetap mempunyai sukacita-percaya bahawa PASKAH Kristus adalah sumber kehidupan kekal, meskipun "stress" mencari duit tetap kekal membuat kepala pusing, mengejangkan segala otot-otot jantung dan urat saraf.
.
.

Jonas Simin berkata...

Wahyu atau nubuatan dan menafsir Wahyu atau menafsir nubuatan adalah dua Perkara berbeda namun ia mestilah dari Roh yang sama: Roh tujuh lapis (Roh Kudus). Justeru itu, penafsiran "tanda di dahi" dan nama binatang, 666, haruslah dilihat melalui Roh yang menganugerahkan Wahyu tersebut. Maka, ilmu gematria atau numerologi bukanlah roh yang jitu untuk mendapatkan pengertian perihal Wahyu tersebut. Meskipun, sesiapa saja diperbolehkan untuk memuaskan vakuum keinginannya, "ingin tahu," dengan pelbagai methodologi "exegesis," tetapi rumusan pengertian mengenai "nama" binatang, 666, pasti akan terpesong dari firman Kristus (Lukas 24: 44) jika tafsirannya didasarkan dengan ilmu gematria atau numerologi. May the Lord grant thee the descending Sevenfold Spirit, so that you would grow in wisdom, understanding and knowledge in Christ.

Jonas Simin berkata...

Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan PATUNG untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. (Why 13:14-15)
.
Di zaman dahulukala, patung adalah objek penyembahan, dan seluruh ibadah kehidupan berpusat di mana patung itu di letakkan. Namun, dalam nubuatan Why. 13: 14, dan " ia (binatang yang keluar dari bumi) menyuruh seluruh bumi untuk Mendirikan patung bagi binatang yang luka itu" adalah bahasa profetik yang merujuk kepada 'kuasa Amerika dalam perjanjian Bretton Woods. Sebelum perang WW2, matawang British merupakan matawang utama Dunia, dan seluruh jajahannya adalah berpaut pada Bank of England sebagai pusat transaksi atau "patungnya" adalah terletak di Kota London. Seluruh tanah jajahannya iaitu koloni, mandates atau protectorates adalah tertakluk kepada 'undang-undang' yang digubal oleh penjajahan (colonial master), maka ketaatan kepada hukum penjajahan juga diwahyukan sebagai 'menyembah' Patung pemerintah iaitu Empayar British.Patung adalah objek ibadah, namun dalam Wahyu, 'patung' itu merujuk kepada binatang yang luka itu, dan ia adalah Monarki empayar British. Patungnya juga merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang menaklukkan tanah-tanah jajahannya sebagai mana ibadah kepada Patung (idol) menuntut peraturan atau tata cara ibadah!

Selepas perang, banyak jajahannya mengingini untuk merdeka, justeru berarti mengurangkan kekayaan British. Namun Amerika dengan usul Bretton Woods, akan mengembalikan 'kuasa duit Pound sebagai matawang utama Dunia di belakang dollar. British yang bersepakat dengan Amerika untuk mendraf perjanjian Bretton Woods, telah berkata untuk mengajak seluruh dunia untuk Mendirikan "patung" 'kuasa pemerintah an British. Maksudnya, Penguasaan London dalam transaksi perdagangan Dunia telah dihidupkan kembali atau diungkapkan "patung binatang yang luka" telah diberikuasa berbicara kembali. Dengan 'kuasa Amerika (binatang keluar dari bumi), Penguasaan London telah dihidupkan kembali, cuma ia beralih ke Bank Dunia dan juga 'kuasa veto Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

British kembali berkuasa dalam pegangan kedua terbesar dalam syernya di Bank Dunia selepas Amerika. Pusat penyembahan "duit" yang mulanya di London telah didirikan (melalui perjanjian) kembali, iaitu di Bank Dunia. Manakala, 'kuasa politiknya hidup kembali dengan kedudukanya sebagai ahli tetap majlis keselamatan PBB atau ringkasnya 'kuasa Veto. 'kuasa ekonomi pula telah hidup kembali melalui "'karya" bersama dengan Amerika, yang kemudiannya diikuti oleh penerimaan dan pengesahan pengertian nefara-negara di Dunia untuk mendirikan "Patung." Pusat aktiviti dan kehidupan moden bagi seluruh dunia: Bank Dunia. Demikianlah, bagaimana Amerika menolong sekutunya the United Kingdom dalam Penguasaan politik, ekonomi dan militer di Dunia ini. Karya Amerika (binatang yang keluar dari bumi) telah menggenapi sebahagian besar daripadanya nubuatan Wahyu 13 itu. Namun, masih ada Perkara-perkara berhubung nubuatan itu yang belum digenapi iaitu di masa hadapan binatang yang keluar dari laut (kepala luka) akan menghujat yang Mahatinggi, dan akan tidak memihak kepada Firman. Ia akan diperkenankan untuk berperang ke atas orang-orang kudus selama 42 bukan atau 3.5 tahun.