''Nama" Tuhan....
5 Turunlah TUHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN. 6 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7).
__________________
Kita masih dapat meneruskan hidup di dunia ini, kerana turutan nubuat pada hari yang ke-tujuh dalam Penciptaan, Tuhan telah memberkati hari tersebut! Apakah maksud sebenar ungkapan yang mengatakan bahawa 'Tuhan telah memberkati hari yang ke-tujuh' dalam Penciptaan? Maksud Tuhan ialah bahawa-sanya semua Ciptaan, iaitu termasuk manusia pertama, Adam, memerlukan kuasa Pemuliharaan, Kesembuhan dan juga 'jaminan' Keselamatan (salvation) dari Tuhan Pencipta Yang Maha-tinggi. Andaikata Alam Ciptaan samada 'alam roh' atau alam harafiah (kelihatan oleh mata kasar) termasuk manusia itu 'rosak' kerana perbuatan seterunya iaitu Lucifer dan juga akibat kuasa 'dosa,' maka Tuhan telahpun menentukan bahawa anugerah 'nama' Tuhan, atau 'karya' Berkat kesembuhan, pemuliharaan dan 'karya' keselamatan akan mengalir kepada manusia, dan juga ke atas semua karya Creation. Bila Tuhan memberkati, Ia memakai 'nama' Nya sebagai sumber berkat. Jadi, Ia memberkati hari ketujuh, berarti Ia mengupacarakan 'nama' Nya.
Finishing touch bagi sebuah rumah yang telah siap dibina adalah upacara 'pemberkatan,' supaya mungkin 'jaminan' keselamatan rohani kepada penghuni akan dianugerahkan oleh Tuhan. Maka, Berkat Roh Tuhan pada turutan nubuat hari yang 'ketujuh' adalah merujuk kepada 'activation' 'nama' Tuhan untuk agenda Keselamatan kepada manusia, dan juga bagi agenda pemuliharaan semua mahluk-mahluk yang menghuni bumi. 'Jaminan' itu kalau dijelaskan menurut bahasa peribadi 'penulis' ialah 'activation' 'nama' Tuhan untuk agenda pemuliharaan, dan keselamatan! 'Nama' itu sudah ada dari semula cuma, pada hari ketujuh, Tuhan telah 'switched on' kuasa 'nama' Tuhan yang bertanggungjawab untuk menganugerahkan keselamatan kepada manusia yang Ia telah ketahui dari semula, bahawa manusia itu akan jatuh ke dalam 'sengat maut,' iaitu dosa! 'Karya Keselamatan' itu memang sudah ada bersama-sama dalam Roh Tuhan dari semula, iaitu sebelumpun semua realiti keberadaan alam semesta telah siap diujudkan. Namun, kuasa Salvation itu hanya 'diupacarakan' ('switched on') pada hari ke-tujuh. Dalam catatan kitab ia bebrunyi: "Tuhan memberkati hari yang ketujuh..." "Nama" Tuhan seperti pemberitaan dalam kitab suci Keluaran 34: 5-7 sebenarnya, sudah ada 'dalam' Roh Tuhan sejak dari semula, tetapi 'sifat-sifat' Ilahi seperti pemberitaan dalam catatan kitab Keluaran 34: 5-7 hanya ''diaktifkan' ('switched on'), iaitu pada hari Tuhan melaksanakan 'upacara' Berkat pada hari ketujuh dalam Penciptaan. Ia juga menjelaskan kenapa darah dipercik tujuh kali (7x) ke atas 'the seat of mercy' pada Tabut Perjanjian. Berkat 'pengampunan' Tuhan akan mengalir kepada umat Israel, hanya apabila percikan 7 kali itu selesai diupacarakan oleh Imam Besar keturunan Harun. Jadi, itu sebenarnya suatu 'ketetapan' roh nubuat! Roh Tuhan berfirman bahawa "Aku memberitahu pengakhiran dari permulaan..."(Yesaya 46: 10). Berkat 'pengampunan' Tuhan melalui upacara Tabernakel sebenarnya sudah ditetapkan oleh Tuhan dalam agenda nubuat hari ketujuh dalam Penciptaan. Tuhan telah 'memberkati' hari yang ketujuh dan menguduskannya! Ia memberkati dengan mengupacarakan 'nama'Nya. Oleh kerana namaNya kudus, maka hari itu dikuduskan. Di Tanah Suci,'berkat' Tuhan tidak akan mengalir kepada Israel, jika percikan darah sebanyak 7 kali (7x) itu tidak dituruti oleh pengupacara 'altar.' Demikianlah juga 'nama' Yeshua Kristus sebagai Domba Tuhan'. Nama "Domba Tuhan'" sudah ada dalam Roh Tuhan' sendiri dari Alpha, namun kuasa 'domba Tuhan' hanya diaktifkan sepenuhnya, apabila Yeshua berkata, "Sudah Selesai" dalam Yohanes 19: 30. Apa sebenarnya yang "Sudah Selesai"? Frasa "sudah selesai" merujuk kepada Kristus yang telah mengupacara altar di bumi, dan 'domba Tuhan' adalah dirinya sendiri; dan upacara itu "sudah selesai." Hanya 'berkat' sahaja yang perlu dinantikan oleh orang-orang percaya. Roh Taurat menjelaskan bahawa bahawa dosa-dosa manusia harus diselesaikan dengan "menuruti sepenuhnya firman" ritus altar yang menuntut 'korban penebus dosa.' Korban perlu dipersembahkan oleh pengupacara yang diangkat dan dikenan oleh Tuhan untuk mengenapi firman Tuhan. Bila 'Sin Offering' adalah Domba Tuhan dari Sorga, dan Pengupacara adalah Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek yang mengupacara altar di bumi, maka sudah tentu "Jalan" pengampunan dosa-dosa manusia yang sempurna sudah digenapi, ataupun dengan bahasa ringkas ia diucapkan oleh Yeshua sebagai "Sudah Selesai." 'Altar' yang sempurna di bumi mestilah mempersembahkan Sin offering dari Sorga, dan PengupacaraNya juga haruslah dari Ordo Agung Melkisedek. Hanya apabila pengupacara dan sin offeringnya adalah dari Allah Bapa, maka 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa dapat disempurnakan! Perkataan huruf kecil 'jalan' telah menjadi perkataan huruf besar 'Jalan.' 'Altar' menurut pengupacaraan Perjanjian Lama telah disempurnakan mengikut 'Altar' yang diupacarakan oleh Imam Agung menurut Ordo Melkisedek, iaitu Kristus.
Pengupacaraan 'nama' Tuhan sebagai JuruPenebus dan Juruselamat (Redeemer and Savior) itu merujuk kepada upacara Berkat pada turutan nubuat pada hari yang ketujuh! Tuhan memberkati hari yang ketujuh adalah juga merujuk kepada upacara yang diupacarakan menurut Ordo Melkisedek. Maksudnya, gelaran ilahi sebagai "Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek" adalah 'ketentuan' ilahi yang bertanggungjawab dalam urusan Penyelamatan umat manusia. Justeru itu, 'upacara' Sabbath itu menjawab soalan, kenapa tiada hari yang ke-lapan, ke-sembilan dan hari seterusnya. Ibadah Sabbath adalah "tanda" bahawa kita mengiktiraf Tuhan sebagai Pencipta, Jurus Penebus dan juga sebagai Juruselamat.
13 “Say to the Israelites, ‘You must observe my Sabbaths. This will be a sign between me and you for the generations to come, so you may know that I am the Lord, who makes you holy." ...17 It will be a sign between me and the Israelites forever, for in six days the Lord made the heavens and the earth, and on the seventh day he rested and was refreshed.” (Exodus 31:13, 17)
Hari Sabbath adalah 'Ibadah' yang dirayakan dan juga berfungsi sebagai 'Tanda,' bahawasanya 'nama' Tuhan dan juga 'Dia' yang datang dalam 'nama' Tuhan adalah Pencipta dan Juruselamat (Juru Penebus bagi umat manusia. Sebab itu 'nama' Tuhan akan senantiasa setia kembali semula kepada hari pertama dan hari seterusnya, demi pemuliharaan segala yang Ia telah cipta; ia menjadi suatu pusingan berulang dalam tempoh tujuh hari. Hukum keempat dalam Kesepuluh Hukum menerangkan: "Keep the Sabbath." Ia bermaksud bahawa umat Israel dititahkan untuk memegang 'tanda.' Memegang tanda mengungkapkan suatu iman yang pengiktirafan Tuhan sebagai Pencipta dan Juruselamat." Berkat pada hari ketujuh juga menjelaskan kenapa "nama" baru Tuhan harus mengalir kepada alam roh yang disebut "langit dan bumi." Maka, "langit baru dan bumi baru" dalam kitab Wahyu mengungkapkan 'nama' Tuhan yang baru! "Langit dan bumi," iaitu realiti alam roh adalah ciptaan yang lebih dahulu dicipta sebelumpun alam semesta yang kelihatan (harafiah) diwujudkan. Justeru itu, melihat penglihatan roh, iaitu alam realiti roh 'langit' adalah melihat pemberitaan 'nama' (handiwork) Tuhan (lihat Psalm 19: 1-2).

Berkat Pemuliharaan, Kesembuhan, dan juga Keselamatan adalah ditujukan kepada semua Ciptaan yang telah siap dicipta sejak nubuat hari pertama sehinggalah kepada hari yang keenam. Maka, hari Sabbath harus menjadi titik kembali dalam pusingan kepada 'turutan' asal, iaitu hari pertama hingga hari enam dan hari tujuh, kemudian ia kembali semula kepada hari pertama. Ia menjadi suatu aliran 'roh' dalam pusingan kerana pemuliharaan Kesembuhan dan Keselamatan yang sudah diaktifkan/'switched on' ('upacara') oleh Ordo Melkisedek akan kembali semula kepada segala ciptaan yang ada, supaya benarlah firman Tuhan, bahawa 'nama' Tuhan itu adalah Sumber Kehidupan bagi umat manusia.
Nabi Moshe telah bersaksi seperti dalam catatan Kitab suci dalam kitab Keluaran 34 dan ia berbunyi: 5 Turunlah TUHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN. 6 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7).
'Nama' Tuhan itu ialah "Kasih." Ia juga mengungkapkan bahawa sifat Roh Bapa segala roh adalah "Kasih." Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Korintus bersaksi bahwa "kasih" itu: 4 Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. 6 Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi ia bersukacita karena kebenaran. 7 Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. 8Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap.
Takrifan Paulus tentang "kasih" sebenarnya adalah firman yang tersingkap dari "nama" Tuhan yang disaksikan oleh Nabi Moshe dalam Keluaran 34: 5-7. Tiada seorangpun yang pernah melihat tentang sifat-sifat Roh Tuhan yang "pengasih" itu, justeru itulah Tuhan telah menentukan dari semula bahawa sifat-sifat Ilahi yang Mahakasih itu akan diungkapkan melalui pengajaran firman 'ritus' altar. Hakikatnya, ...tiada manusia yang telah melihat dan memahami sepenuhnya perihal bagaimanakah "kasih" Tuhan itu sebenarnya, kecuali Anak Manusia, iaitu Kristus. Pengajaran 'ritus altar' yang mula diajarkan oleh Tuhan sejak zaman Habel itu adalah 'jalan' menuruti Firman dalam menyelesaikan dosa-dosa dan ia diupacarakan sebagai 'ritus' altar. Upacara 'ritus' dapat difahami oleh intelek manusia, dan dapat pula diingati oleh kapasiti memori manusia. Altar mengungkapkan 'nama' Tuhan; melihat altar akan membantu fikiran manusia untuk menanggapi realiti 'nama' Tuhan. Justeru itu, ajaran altar telah diturunkan menurut ketentuan Ordo Melkisedek: 'jalan altar' adalah ajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek! Kelak, Yesaya telah melihat penglihatan 'Altar' di Sorga. Altar yang dilihat oleh Yesaya itu sebenarnya mengungkapkan kehendak-kehendak ''nama" Tuhan. Dengan kata lain, Yesaya telah melihat dan kemudiannya menerima "Kasih Karunia." "Nama" Tuhan ialah Love, Merciful, dan Forgiving. (Lihat Yesaya 6). Menuruti upacara altar artinya, bahawa percaya kepada 'nama' atau 'sifat-sifat' Tuhan. Yeshua datang untuk menyempurnakan kehendak 'nama' Tuhan supaya terjadi di bumi. Justeru itu, Altar di Sorga harus disempurnakan di bumi atau ia di upacarakan di bumi seperti di Sorga, supaya bangsa-bangsa dapat melihat 'nama' Bapa. Kehendak-kehendak 'nama' Bapa di bumi terjadi seperti di Sorga! Apabila ia digenapi di bumi, maka Nama Tuhan akan dapat dilihat oleh penduduk di bumi, sebagaimana ia dilihat oleh penduduk di Sorga. Justeru itu, 'Domba Tuhan' adalah 'kehendak' nama Bapa yang akan terjadi di bumi, supaya manusia berdosa akan percaya kepada nama Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak.
Kasih Ilahi itu adalah suatu "korban"! Bukankah mengampuni itu bermaksud kita mengorbankan hasrat untuk "membalas dendam? Dan, bukankah "menebus" itu artinya menyelamatkan, dan bersifat panjang sabar? Ia telah mengorbankan Juruselamat. Melalui ''korban" Almasihlah 'sifat-sifat' Bapa itu dikenali oleh manusia di bumi. Sifat dan karya Tuhan dalam 'menebus' atau 'mengampuni' menganugerahkan kuasa 'kehidupan.' Balas dendam jelas mengakibatkan dan membawa kematian. Tuhan tidaklah bersifat dendam, walaupun dalam masa-masa Penghakiman, Tuhan akan menegakkan keadilan dan Penghukuman. Namun, hukuman itu datang kerana manusia keturunan Adam yang tidak percaya kepada "nama" Tuhan. Ketidakpercayaan kepada 'nama' Tuhan tidak akan memberikan anugerah pengampunan.
Untuk memudahkan penanggapan oleh kapasiti intelek akan arti 'Kasih' Ilahi, maka Tuhan telan menentukan dari semula menurut ketentuan 'Ordo' Melkisedek bahawa 'nama' Tuhan itu akan diungkapkan melalui 'ajaran Altar.' Altar itu mengungkapkan kehendak 'sifat-sifat' Ilahi. Altar Yeshua atau Paskah Yeshua adalah karya dari "nama" Bapa, iaitu "Kasih." Nama dan 'sifat-sifat' Ilahi sebenarnya tidaklah dapat dipisahkan dan ia sebati dalam Roh Ilahi. Sifat-sifat Tuhan tidaklah dapat dipisahkan dari karya atau 'nama' Tuhan.
Pengaliran 'sifat-sifat' Tuhan tidaklah dapat dilihat oleh mata kasar. Namun, mata kasar dapat menanggapi pengupacaraan firman 'ritus' altar. Justeru itu, kita memang tidak dapat melihat "Kasih" Bapa segala roh, kerana pusat kesedaran kita senantiasa dominan pada sistem lima deria. Pusat kesedaran kita senantiasa terpaut pada aktiviti kapasiti intelek dan juga pada aktiviti sistem saraf.
Seawal keujudan peradaban manusia di zaman Adam di bumi, Tuhan sudah menurunkan ajaran perihal menyelesaikan dosa-dosa, iaitu jalan altar (lihat Kisah altar Abel dalam Kejadian 4). Manusia tiada sumber untuk menanggalkan catatan/rakaman dosa-dosa pada rohnya sendiri. Bila manusia diajar perihal pengupacaraan altar sebagai jalan penyelesaian dosa-dosa, maka ia akan ingat "nama" Tuhan. Bahawa Tuhanlah yang mentahirkan roh manusia itu! Tanpa pengajaran firman 'ritus' altar, maka manusia akan lupa tentang "nama" Tuhan! Pengampunan sebenarnya mengalir dari "nama" Tuhan. 'Nama' Tuhan itu tidak dapat dilihat, namun ajaran altar' itu dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek!
'Nama' Tuhan adalah asal-usul karya Tuhan. Semua karyanya mengalir dari sifat-sifat Ilahi! 'NamaNya' mengungkapkan sifat-sifat abadi Ilahi. Ajaran Altar yang diungkapkan secara terperinci dalam pengupacaraan ritus mengikut hukum Taurat, sebenarnya, mengungkapkan "nama" Bapa, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri dalam kitab Keluaran yang berbunyi : "5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan nama Tuhan. 6 Berjalanlah Tuhan lewat dari depannya dan berseru: "Tuhan, Tuhan, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7).
Bila 'nama' Tuhan, iaitu "Kasih" itu berkarya ke atas keturunan Adam, maka orang berdosa yang menerima karya 'Kasih' dipanggil penerima-penerima anugerah 'Kasih Karunia.' Semua patriarch dan nabi-nabi adalah 'penerima' Kasih Karunia Tuhan. Kekuatan 'jalan' altar sebagai jalan menyelesaikan dosa-dosa adalah tertakluk kepada 'pengupacaranya.' Umat Israel sebagai pewaris Tanah Suci yang dijanjikan Tuhan dengan "sumpahan' adalah tertakluk kepada 'kerajaan imam-imam,' (the kingdom of priests ~the Levites) di dalam urusan menyelesaikan dosa-dosa. Penebusan negara ('national redemption' ~ the day of atonement [Leviticus 16]) pada hari penebusan adalah bergantung penuh kepada 'pengupacaraan' Imam Besar keturunan Imam Ordo Harun. Jika, imam-imam gagal, maka seluruh umat Israel sebagai satu bangsa yang dipilih Tuhan tidak akan dapat menyelesaikan dosa-dosa mereka. Nabi-nabi tidak menghadapi masalah dalam menyelesaikan dosa-dosa peribadi tanpa khidmat pelayanan keturunan imam Harun, kerana mereka dianugerahkan mata untuk melihat 'nama' Tuhan. Dan, 'nama' Tuhan itu mengajarkan mereka perihal 'Jalan,' Pintu dan 'Kunci' dalam melaksanakan ibadah rohani mereka! 'Jalan' menyelesaikan dosa-dosa hendaklah "menuruti Firman" sepenuhnya. "Firman yang dituruti" untuk menyelesaikan dosa-dosa adalah firman ritus altar. Menuruti Firman ritus adalah 'jalan' untuk dapat menyeru "nama" Tuhan. Dalam Perjanjian Baru, urusan menyeru "nama" Tuhan adalah seringkasnya dimungkinkan oleh anugerah kasih Karunia. ''Pintu" adalah hadiratNya melalui urapan Roh Kudus, manakala 'Kunci' adalah anugerah Karunia-Karunia. Salah satu Karunia utama yang beroperasi untuk menjadikan seseorang percaya dapat mengenali "nama" Tuhan adalah disebut Karunia "the fear of the Lord" (lihat Job 28:28; Amsal 1:7; Amsal 9: 10 dan Yesaya 33: 6).
Yeshua berkata: "Akulah Jalan; ...dan pengakuan Yeshua digenapi dengan mengupacarakan Altar di bumi (Paskah). Yeshua berkata bahawa upacara itu "Sudah Selesai" (Yoh.19: 30). "Sudah Selesai" artinya Yeshua sudah menyempurnakan semua Taurat, semua nubuat dan semua lirik-lirik Mazmur perihal penyelesaian dosa-dosa! Roh Taurat mengajarkan kepada kita bahawa dosa-dosa harus diselesaikan melalui jalan altar. Altar menuntut 'sin offering' untuk urusan upacara. Altar mengungkapkan "nama" Tuhan! Nubuat-nubuat di dalam Perjanjian Lama bersaksi bahawa Yeshua adalah Domba Tuhan untuk upacara altar di bumi, malah Mazmur juga bernubuat bahawa Yeshua, Anak Tuhan yang Mahatinggi, yang akan mengupacara altar di bumi itu, iaitu dalam kematianNya. Namun, Ia diupacarakan bukan menurut apa-apa ordo imamat di bumi, melainkan menurut Ordo Imam Agung Melkisedek! Justeru itu, pengupacaraanNya sangatlah sempurna (tidak bercacat celah), malah kesempurnaan Altar itu tidaklah perlu diupacarakan balik-balik, melainkan memadailah ia diupacara hanya 'satu kali' sahaja. 'Domba Tuhan' adalah 'nama' yang ditakdirkan oleh Tuhan kepada Yeshua untuk misi menghapuskan dosa-dosa dunia. Ia sudah ditentukan sejak dari semula, namun kuasa Domba Tuhan hanya sempurna 'activated' sepenuhnya, sejurus Anak Manusia, iaitu, Yeshua yang disalibkan, berkata "Sudah Selesai." 50 hari kemudian, Berkat Pentakosta mencurah-curah turun ke bumi.
Kekuatan dan kesempurnaan Berkat "altar" (doa) adalah bergantung kepada 'siapa yang mengupacarakan' jalan altar itu. Yeshua adalah korban 'sin offering' dan korban 'azazel." Korban dosa (doa menyelesaikan dosa-dosa) itu sempurna, kerana pengupacaraNya adalah Anak Tuhan yang Mahatinggi. Imam-imam dalam Perjanjian Lama kerap-kali gagal menyempurnakan firman ritus altar, malah Tuhan telah mengutus nabi-nabi untuk menegur dan memperbetulkan kepincangan-kepincangan yang dipraktikan oleh imamat, seperti mesej Tuhan yang disampaikan oleh Kitab Maleakhi.
Justeru itu, kematian Yeshua sebagai korban 'offering' adalah jaminan "nama" Tuhan, iaitu kasih, mengasihani, dan mengampuni. Kasih Bapa sukarlah dilihat kerana kesedaran 'dominan' manusia adalah senantiasa terpaut pada kapasiti intelek dan sistem saraf. Namun, altar "Domba Tuhan" dapat dilihat di bumi. Anugerah 'altar' Domba Tuhan yang "Sudah Selesai" diupacarakan itu adalah anugerah 'Kasih' atau seringkasnya disebut "Kasih Karunia!" Percaya kepada Yeshua berarti percaya kepada "nama" Allah Bapa yang pernah diberitakan dalam catatan kitab suci Keluaran 34: 5-7. Orang-orang percaya yang percaya kepada "nama" Allah Bapa dan "nama" Anak adalah orang-orang yang dianugerahkan "Kasih Karunia." Yeshua adalah 'Kasih Karunia' dari Allah Bapa untuk zaman Perdamaian. Zaman gereja adalah zaman Perdamaian, atau zaman penganugerah 'Kasih Karunia' kepada sesiapa sahaja yang tertulis 'nama' nya dalam Buku kehidupan, sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi Yoel. Nubuat Yoel dipetik semula oleh Santo Petrus dalam Kisah Para Rasul 2: 1-21 ketika 'Roh Kudus' turun ke atas para pengikut 'Jalan.'
Menyeru 'nama' Yeshua adalah suatu 'anugerah' yang membolehkan seseorang percaya dapat menyelesaikan dosa-dosa. Nama Allah Bapa adalah immutable names of God.' 'Nama' YHVH dan Yeshua adalah the Covenanted name of God! Covenanted names of God adalah berasal dari immutable name of God. Akan tetapi, ia (the Covenanted names of God) tertakluk kepada 'pagi' dan 'petang' dalam urusan Ilahi 'menabur dan menuai.' Oleh kerana berkat nama Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak,...maka saya telah melihat mukzijat yang terhebat; sengat maut, iaitu dosa telah ditelan oleh kuasa Kristus. 54...“Death is swallowed up in victory. 55 O death, where is your victory? O death, where is your sting?” 56 The sting of death is sin, and the power of sin is the law; 57 but thanks be to God, who gives us the victory through our Lord Jesus Christ (1 Corinthians 15: 54-57). Semua dosa dapat di ampuni oleh 'nama' Bapa, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak. You must conquer your own 'unbelief'!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan