Manusia luka adalah manusia yang pusat kesedarannya adalah otak. Kelahiran kembali akan menjadi kan 'manusia yang luka' itu memiliki titik permulaan untuk menanggapi realiti Roh Tuhan, dan seterusnya ada perjalanan iman. Tanpa kelahiran kembali ia akan mencari 'karya' nya sendiri: 'nama' manusia atau 'menara' impian hidup! Manusia luka pada dasarnya tidaklah mempunyai kesedaran dan keghairahan untuk mencari nama-nama Tuhan, kerana mereka tidak memerlukannya dalam kehidupan berdaging. Mereka tidak memerlukan nama Domba Tuhan. Hanya manusia rohani atau gandum yang memerlukan nama: Domba Tuhan.
Binatang, pemerintah & pemimpin dunia, berkata...& seluruh bumi mengikutinya
"Marilah kita...membuat"
"Marilah kita ...dirikan"
"Marilah kita..cari Nama (Karya)"
1 Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu
logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke sebelah Timur dan menjumpai tanah datar
di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.
3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "MARILAH
kita membuat batu-bata dan
membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai
batu dan tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "MARILAH
kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah MENARA yang puncaknya sampai ke lANGIT,
dan MARILAH kita cari NAMA,
supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk
melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia
berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk
semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang
apapun juga yang mereka rencanakan,
tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita
turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka,
sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah
mereka diserakkan Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti
mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota
itu disebut Babel, karena disitulah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi,
dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi. (Kejadian 11: 1-9)
_________________________________________
Kitab Suci ditulis dalam roh nubuatan. Sejak zaman purbakala lagi,
"manusia yang luka" telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia
yang mencari "nama" mereka
sendiri, dan terpisah dari 'nama' Tuhan. Mereka berkarya di bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan. Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia yang
luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari nama Tuhan. Di Babel, manusia sejagat bersepakat "...marilah kita
mencari 'nama'..." Maksudnya, mereka akan bersepakat berkarya di bumi! Ia memerlukan 'kelahiran
kembali' untuk menjadikan roh seseorang supaya
terangsang rohnya untuk mencari Nama Tuhan! Jika tidak, ia tetap akan mencari "nama." Tidaklah ia lapar akan realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak
mengutus rohNya yang tujuh lapis ke atas sumbu roh seseorang!
Tidaklah menghairankan jika di
zaman Babel dahulukala, mereka bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan
perjanjian-perjanjian manusiawi, atau ringkasnya "nama" atau "karya" manusiawi yang akhirnya menghambakan diri mereka sendiri.
Di zaman itu, penghambaan "nama" atau karya manusia
ketika itu adalah seringkasnya penghambaan yang disebabkan oleh karya mereka
yang menuntut tenaga-buruh untuk "membuat
batu-bata." Demi "nama" yang mereka cari serta perjuangkan itu, maka, mereka bercita-cita
untuk mengatasi "awan-awan." "Marilah dirikan bagi
kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.." Jelas, Tuhan berfirman "penuhilah muka bumi," tetapi
manusia pula bertekad melawan Firman Tuhan, iaitu Karya Tuhan, dengan membina
agenda manusia sendiri, iaitu membuat "batu-bata," mendirikan menara,
dan menjadikan menara itu sebagai pusat mencari "nama," supaya mereka
melawan Firman yang menitahkan mereka memenuhi bumi! Karya kehidupan yang
menentang Karya Tuhan adalah mesej menara Babel kepada manusia luka.
Kenapa pula 'menara' itu sampai ke langit? Firman ditulis menurut 'roh nubuatan.' Tuhan berada di 'langit.' Maka, "sampai ke langit" samalah artinya 'menjadikan karya manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia. Ia bermaksud 'manusia' menjadi tuhan-tuhan' bagi diri mereka sendiri! Pemerintah dunia atau pencipta "nama" itulah yang memimpin umat manusia sejagat dengan frasa profetik "Marilah kita..." . "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi langit." (Mazmur 108: 5-6). Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang memerintah bumi di Timur tengah selama 108 tahun, garis keturunan rajanya yang ke-tiga iaitu Maharaja Nebuchadnezzar meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke ke langit,..."(Yesaya 14: 13). Maka, perkataan-perkataan seperti "puncaknya sampai ke langit" dalam Kejadian 11: 4 adalah menyingkapkan karya seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel yang mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri.
Apakah agaknya "nama" atau karya umat manusia yang mereka cari
itu? Sudah tentu "nama" itu adalah karya
manusia di zaman itu. Ia pastinya berpusat pada menara
Babel Kuno. Mereka mahu mendirikan kota yang agung itu. Menara itu
adalah pusat karya mereka untuk menjadi tuhan-tuhan (gods
of this world) di dunia. Ia sudah pasti dipimpin oleh seorang pemerintah yang
gagah perkasa dan sakti pada ketika itu, atau
ringkasnya dipanggil "binatang" (the beasts). Ia
disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab
Suci, hanya 'seorang sahaja manusia' yang
digelar secara profetik sebagai 'perempuan' iaitu Yakub, dan kemudiannya ia menjadi House
of Jacob. Yakub diutus semula oleh Tuhan untuk melaksanakan
kehendak-kehendak Tuhan. Perutusan itu memperlihatkan Yakub diberikan
semula dengan nama baru, iaitu Israel.
Kedua belas Anak-anaknya menjadi 12 suku-kaum Israel yang
dipanggil secara nubuatan sebagai 'perempuan.' Bangsa Israel sebagai 'perempuan' atau umat
Tuhan menggenapi nubuatan dalam Kejadian 3:
15-16. Lain-lain bangsa yang tidak percaya
kepada nama (Karya) Tuhan adalah dinubuatkan dengan digelar oleh Roh Tuhan sebagai 'lalang'
(Matius 13). Manakala, bangsa yang berkuasa memerintah banyak bangsa lain
dipanggil 'binatang.' Semua pemerintah-pemerintah bangsa-bangsa
digelar 'binatang,' manakala pemimpin yang bersilih-ganti atau
dahulunya diperturunkan oleh garis keturunan adalah 'tanduk-tanduknya!
Jika 'tanduknya' ada mahkota, maka ia bermaksud pemimpinnya
adalah monarki (raja).
Tidak hairanlah Kitab Daniel dan Kitab Wahyu penuh dengan kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada penguasa bangsa-bangsa atau pemerintah-pemerintah dunia yang tidak melakukan karya Tuhan: ia ditopang oleh kuasa naga, si Ular Tua. Sudah tentu semua penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11 itu , terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan Nama Tuhan; maksudnya mereka tidak memerluka karya Tuhan dalam hidup mereka. Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan bumi," maka, oleh kerana "Tuhan itu panjang Sabar dan Cemburu" ! Maka, tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita turun..." Umat Manusia secara sepakat menjadi satu dengan ungkapan "Marila kita.," cari nama atau "Karya' bersama...akhirnya akan mengundang (invoking His Jealousy) cemburu Ilahi, maka Tuhan Allah akan berkata "Marilah kita turun..." Yesus Kristus bersama para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu sejak dari zaman purbakala...tak berubah, dan manusia yang lukapun masih juga begitu, kecuali ia dianugerahkan dengan roh tujuh lapis!
NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19:
13)
Roh menjelaskan bahawa "nama
Tuhan" memberi maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork).
Sorga apabila berkerja, akan membuat perutusan 'nama.' Maka, "Domba
Tuhan" adalah "nama" yang diutus oleh Sorga, atau
diutus oleh Bapa. Apakah pekerjaan atau misi "Domba Tuhan" ?
Maka, kita tahu dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah,
Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia."
Yakub telah
diberikan Tuhan 'nama' baru, yaitu Israel
Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang mempelecokkan pangkal paha Yakub, supaya ia akan melepaskan malaikat utusan Tuhan itu pergi kerana fajar telah menyingsing. Yakub berusaha bergulat untuk tidak melepaskan malaikat Tuhan itu, sehinggalah ia mendapat 'berkat.' Kelak, malaikat telah memberikan Yakub nama 'baru' iaitu Israel yang memberi maksud: "...sebab engkau telah bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang." Sebelum ia menerima anugerah 'berkat,' kekuatan imannya adalah cenderung berpaut kepada 'kepintaran dan kelicikan' karya pemikirannya sendiri bersama dengan mereka yang sepakat dengannya termasuk ibunya. Namun, nama 'baru' itu, menubuatkan kehidupannya berserta keturunannya yang berpaut kepada 'kekuatan' dan kedaulatan 'karya' Ilahi. 'Nama' baru itu mengesahkan kedudukan Yakub selaku pewaris sah 'berkat-sumpahan' janji-janji Tuhan kepada neneknya, Abraham (Kejadian 22: 16-18).
Apakah mesej 'roh' yang disampaikan perihal pergulatan harafiah di antara seorang laki-laki (malaikat) dan Yakub dalam Kitab Kejadian 32: 22-32? Bukankah mahluk malaikat Tuhan lebih kuat daripada manusia seperti Yakub. Sebenarnya, malaikat Tuhan jauh lebih kuat dan sakti berbanding dengan orang percaya seperti Yakub. Yakub dikatakan 'bergumul' dengan seorang 'laki-laki' (Kejadian 32: 24). Sudah tentu kehadiran 'laki-laki' tanpa dikenali itu telah menimbulkan curiga yang amat dahsyat bagi Yakub, manalah tahu, 'laki-laki' itu mungkin telah diutus oleh musuhnya iaitu Esau. Maka, berhempas-pulaslah Yakub untuk menumpaskan 'tetamu' waktu malam itu. Namun, ketika fajar telah menyingsing, maka Yakub mulai menyedari, malah dapat mengenalpasti identitas 'laki-laki' itu. Rupanya tetamu tanpa diundang itu adalah malaikat utusan Tuhan, lalu Yakub berkata "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kej. 32: 25).
Tuhan telah berfirman bahawa Yakub adalah 'pewaris sah janji-janji Abraham' sebagaimana yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 28: 13-17: "Akulah Tuhan Abraham, nenekmu, dan Allah Ishak; tanah tempat engkau berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunamu. 14 keturunanmu akan menjadi seperti debu tanah banyaknya, dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara, dan selatan dan olehmu serta keturunanmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." Jelas, Yakub merupakan 'pewaris sah janji-janji Tuhan kepada Abraham' yang disahihkan oleh firman Tuhan sendiri. Sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan yang diberikan kepada Abraham,' malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menghalang 'berkat' Tuhan dari dicurahkan kepadanya sebab itu malaikat tersebut telah berkata bahawa "...engkau menang." Malaikat telah menunaikan tuntutan Yakub sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan,' namun Yakub haruslah menjadi tempang. Semua pewaris janji Tuhan tidaklah terkecuali dari 'terpelocok' dan 'tempang' yang dinubuat dalam kehidupan Yakub, walaupun ia dialami secara 'unik.'
Kisah pergumulan itu bukanlah secara harafiah menceritakan perihal kekuatan fizikal Yakub yang seolah-olah melebihi kekuatan malaikat utusan Ilahi. Kisah Yakub yang bergelut dengan malaikat adalah seringkasnya mendedahkan rahasia Ilahi (revelation knowledge) bahawasanya malaikat-malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menolak permohonan 'si pewaris Janji,' jikalau Tuhan telah berfirman untuk menggenapi janji-janji itu. Permintaan Yakub berbunyi "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." Malaikat sebenarnya bukanlah menidakkan permintaan Yakub, tetapi malaikat Tuhan itu sengaja bergulat seolah-olah sebagai seorang laki-laki kerana ia sedang memberikan 'suatu pengajaran' buat Yakub; ia juga telah menjadi inspirasi pengajaran kepada semua orang percaya yang sedang menelusuri 'perjalanan iman.' Tuhan mengkehendaki supaya Yakub dapat menerima janji-janji Tuhan dengan 'kekuatan Ilahi.' Tuhan terlebih dahulu terpaksa 'menulis' namaNya pada 'pangkal paha' setiap orang percaya supaya mereka dapat mempelajari kekuatan Ilahi. Maka, itulah sebabnya 'pniel' harus secara simbolis 'terpelocok.' Terpelocok kerana Tuhan mengingini untuk 'menulis' suatu nama dalam kehidupan orang percaya. 'Nama' itu adalah sumber 'kuasa dan kekuatan' iman kepada semua orang yang ditakdirkan tertulis namanya dalam buku kehidupan (Wahyu 19: 16).
Meski-pun, Yakub terbukti 'berdoa' memohon pertolongan Tuhan dalam Kejadian 32: 9-12, Tuhan mendapati bahawa ia masih belum sepenuhnya dapat mengandalkan kekuatan Ilahi. Yakub masih mengandalkan kekuatan "pangkal pahanya' sendiri untuk menerima janji-janji Tuhan. Sedangkan Tuhan pula mengingini supaya "pni-el" nya perlu ditulis dengan suatu 'nama' Tuhan (Wahyu 19: 16). Menurut bahasa roh nubuatan, 'pangkal paha' atau 'pniel' adalah melambangkan 'kuasa' ataupun 'kekuatan.' Barangsiapa yang ditakdirkan sebagai pewaris janji-janji Tuhan sudah pasti 'pniel' nya akan 'terpelocok' kerana Tuhan mahu menulis 'nama' Nya pada 'pniel' pewaris-pewaris itu. Wahyu menjelaskan bahawa pada 'paha' Kristus tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan tuan di atas segala tuan." (Wahyu 19: 16). Itulah yang ditulis secara profetik oleh malaikat pada 'pangkal paha' Yakub. Tuhan mahu bahawa "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan", yaitu YHVH haruslah menjadi sumber 'kuasa' dan 'kekuatan' yang diandalkan oleh Yakub untuk menghadapi segala 'ketakutan' dan 'kesesakan hatinya' (Kejadian 32:7).
Pada mulanya, 'pangkal paha' Yakub tidaklah mempunyai 'nama' yang ditulis dengan nama 'perutusan' Sorgawi. Pada mulanya namanya sendiri sahaja yang tertulis pada 'pniel' Yakub. Ia membawa maksud secara nubuatan bahawa sebelum malaikat Tuhan mempelocok 'pnielnya,' Yakublah yang menjadi 'raja dan tuan' bagi kehidupannya sendiri biarpun dia adalah keturunan yang percaya kepada Tuhan Abraham. Biarpun, Yakub ternyata pandai 'berdoa' (Kejadian 32: 9-12) tetapi doanya ternyata didorong oleh 'ketakutan' dan 'kesesakan hati' (ayat 7) dalam menghadapi Esau yang ia jangkakan berdendam terhadapnya. Tuhan merencanakan supaya 'nama' YHVH yang akan menjadi 'Raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub. Tidak hairanlah malaikat Tuhan telah mempelecokkan 'pangkal pahanya.' Tuhan terlebih dahulu memfokuskan kekuatan iman Yakub iaitu daripada kepintaran dan kelicikannya kepada fokus yang tertuju pada kekuatan YHVH sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Perubahan 'fokus' iman itu adalah terkandung dalam pengungkapan perutusan nama barunya sebagai 'Isra-el.'
Nama 'Israel' menubuatkan suatu kekuatan baru yang diandalkan pada Tuhan sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Yakub adalah nama yang belum 'terserah' sepenuhnya kepada Tuhan, tetapi 'nama' Israel menubuatkan kehidupan yang terserah dan mengandal 'kekuatan' dan 'kuasa' Tuhan. Yakub adalah 'nama' yang bergantung kepada kekuatan 'daging,' sedangkan Israel adalah 'nama' yang bergantung kepada 'kekuatan' "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." Justeru itu, pangkal paha ('pniel') yang terpelocok akibat sentuhan malaikat menjelaskan mesej nubuatan tentang kekuatan 'iman' dan 'precepts' yang diandalkan kepada kekuatan Sorgawi, Kristus.
'Nama' Israel adalah
kehidupan House of Jacob yang sepatutnya
tertakluk kepada kedaulatan 'karya-karya' Tuhan, dan ia
dipanggil untuk memperlihatkan kemuliaan dan kekuasaan karya Ilahi YHVH
di mata bangsa-bangsa di dunia. Namun, 'nama' Israel itu telah
memberontak perjanjian (atau telah "melepaskan tanda di dahi dan tanda di
tangan"), maka mereka telah masuk era 'Diaspora' (tercerai-berai)
sehinggalah pada suatu 'masa' kelak, wajahNya akan memulihkan kembali Israel.
Nama Israel mula mengalami siksaan 'pembuangan' apabila Tuhan
berfirman: "Juga
orang Yehuda akan Kujauhkan dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel,
dan Aku akan membuang kota yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini,
walaupun Aku telah berfirman: NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27). Sehingga
sekarang, Israel belum dipulihkan kerana "nama Allah yang hidup"
belum dimeteraikan kepada 144,000 bani Israel; meterai itu dianugerahkan
selepas Kristus telah turun kelak. (Yehezekiel 37:
12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2). Kelak, Israel harus
menelusuri kembali perjalanan iman moyang mereka. Ia harus melalui 'ketakutan'
dan 'kesesakan' (distress), agar ia kembali dapat menanggapi
'sumber' kuasa dan kekuatan yang sejati dalam mendirikan 'kerajaan Israel yang
dipulihkan' menurut 'masa' yang telah ditetapkan oleh Sang Penulis suatu nama
pada 'pangkal paha' (Pniel).
Pada era penghakiman oleh Hakim, setiap orang percaya akan mungkin mengucapkan kata-kata seperti Yakub: "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kejadian 32: 25). Malaikat adalah para penuai yang diutus oleh Kristus (Matius 13) di dalam era penghakiman dan penghukuman. Malaikat adalah pelaksana Firman dengan mendengar 'suara' Firman (Mazmur 103: 20). Yakub tidak melepaskan 'malaikat' itu pergi sehinggalah ia diberikan 'berkat.' Orang-orang percaya tidaklah mungkin dapat memegang erat-erat tubuh jelmaan malaikat seperti yang dibuat oleh Yakub. Namun, mereka dapat 'memegang' harta Sion, tanpa melepaskannya pergi, sehinggalah para pelaksana firman (Mzm. 103: 20) datang mencurahkan 'berkat' kepada mereka yang pastinya sedang dilanda pelbagai 'ketakutan' dan 'kesesakan' (distress). Harta Sion itu ialah Firman Allah: Roh Tujuh lapis. Malaikat melaksanakan Firman dengan mendengar 'suara' Firman. Alkitab memberitahu bahawa hadirat malaikat-malaikat menguatkan Nabi Elia, Nabi Daniel, malah malaikat turut memberikan kekuatan kepada tubuh fizikal Yesus Kristus.
...pujilah Tuhan, hai malaikat-malaikatNya, hai pahlawan-pahlawan perkasa yang melaksanakan firmanNya dengan mendengarkan 'suara' firmanNya ['suara' Kristus]. Mazmur 103: 20 |
Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan Israel dengan "meterai
Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh Malaikat.
Namun nama Kristus pada ketika itu adalah Hakim , dan juga Ia
disebut "Allah yang hidup."
Siapakah sebenarnya Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau "namanya"
? (Why 13: 11-18).
Seimbas lalu mengenai
'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666
Bila Sorga berkerja ia akan mengutus
nama-nama Tuhan. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah.
Sebagai contoh, pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah
dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti
menyembuhkan, dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.
Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang
diutus untuk melaksanakan Firman Ilahi.
Justeru itu, ia diutus khusus untuk menyembuhkan; maka
ia juga layak sebagai ketua ordo malaikat pelindung bagi
setiap mahluk hidup di bumi. "Nama" yang diutus oleh
Tuhan bermaksud "karya," "misi" atau "pekerjaan"
tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman
juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolis
pemberian "nama." Yesus berfirman "kepada
kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia Sorga!" Ia
memerlukan anugerah karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang
diwahyukan kepada Santo Yohanes.
Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu
13 bahawa "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau
menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu 'nama'
binatang itu atau bilangan namanya.18 Yang penting
di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia
menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia,
dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam," (18 Here is Wisdom. Let him
calculate the number of the beast, for the number is that of a man; and his
number is six hundred and sixty six, NASB ).
Bukanlah maksud harafiahnya supaya kita betul-betul
mengira namanya; jika kita hitung gematria namanya,
maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental
fascinations.' Kerana 'nama' itu bermaksud "karya." Maka, tidaklah kita hitung karyanya melainkan kita "lihat" nama binatang itu; dan apakah 'aktiviti'
utama namanya? Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11,
mereka mencari 'nama,' maka
aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata."
Entah berapa lama agaknya mereka membangun kota dengan puncaknya sampai ke
langit? Pasti, sungguh tidak terkira banyaknya sekali 'batu-bata' yang
diguna-pakai.
Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir Wahyu 13, ayat 18:
iaitu roh hikmat, barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal karya binatang
itu, jika ia mempunyai ilmu mengira dan ilmu
ekonomi berhubung 'karya(nama)' ciptaan pemimpin dunia,
iaitu binatang dua tanduk itu; menara ciptaannya
itu berpusat di Bank Dunia. Binatang yang
keluar dari bumi itu, bersama binatang
yang keluar dari laut mengusulkan kepada
seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno "Marilah
kita,,,." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia
adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apapun kecuali
bergantung kepada Pohon Kehidupan. Tetapi, lepas itu, Ia "luka."
Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh umat manusia dengan
perkataan "marilah kita..."
mencari "nama," sama
seperti di Babel Kuno dulu.
Di zaman moden ini, "jam-jam
yang terakhir," semua negara senantiasa sibuk setiap
hari dengan urusan 'membeli dan menjual,' dan malah setiap tahun,
semua negara berusaha untuk membuat kiraan fiskal tahun
semasa. Negara atau 'bangsa' yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian
juga individu yang pandai mengira dalam 'membeli dan menjual.' Bukankah
setiap hari 'manusia' yang karyanya atau namanya, 666, itu senantiasa sibuk mengira? Semua 'manusia'
sejagat, kerana karya binatang dalam Why.13 telah lama melilit
seluruh dunia selepas perang dunia ke-dua, dan ia dimulai dengan ucapan ajakan
"marilah kita..." oleh
'binatang yang keluar dari bumi.' Dan sejak itu, kita semua, setiap
hari telah sibuk MENGIRA kerana 'menara itu' yang
mengatur-cara aktiviti "membeli dan menjual" di
seluruh dunia. Karya atau nama
" binatang yang keluar dari bumi" ialah tertumpu
kepada 'pekerjaan duitnya' dalam urusniaga "membeli dan menjual." Selepas 1944, yaitu selepas WW2, dan selepas tahun 1954, binatang yang
keluar dari bumi itu telah berjaya mengajak supaya setiap bangsa
dan negara mendirikan 'menara-menara.' Ajakannya telah disokong padu oleh semua
bangsa-bangsa di dunia. Semua bangsa akhirnya bersatu menjadi
satu 'manusia' mengikut panji-panji bangsa-bangsa yang 'kelihatan sepakat dan
bersatu. Sebelum perang dan selepas peperangan, Binatang dua
tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa?
Dia kata, marilah "membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank Dunia! Disetiap
negara juga didirikan menara-menara yang berpusat kepada 'menara' sedunia
itu. Dengan ujudnya Bank Dunia dan Bank pusat di setiap negara, maka
terbukalah lembaran kemunculan 'menara babel' satu Dunia dalam 'pekerjaan duitnya' dalam urusniaga "membeli
dan menjual."
Dahulunya, ia cuma "membuat batu-bata." "Membeli dan menjual" memang telah wujud secara global sebelum terdirinya sistem satu Bank Dunia dan bank pusat di setiap negara. Apa yang diungkapkan oleh 666 ialah 'karya duit' dan transaksi perdagangan sedunia atau frasa nubuatan 'membeli dan menjual' dalam era selepas Bank Dunia wujud. Transaksi membeli dan menjual secara kuno iaitu tukar barang telah berevolusi dengan medium 'duit.' Sejak ia dikaryakan oleh binatang yang keluar dari bumi, 'pekerjaan duitnya' dalam urusniaga "membeli dan menjual" telah menjadi aktiviti global, dan menara Bank Dunia adalah titik permulaan 'duit' di zaman menuju pengakhirannya. Urusniaga 'pekerjaan duit binatang' dalam urusniaga "membeli dan menjual" ada di mana-mana kerana transaksinya telah dipermudahkan dengan ujudnya perjanjian-perjanjian secara global yang melibatkan semua bangsa-bangsa di dunia. Semua 'bangsa' di dunia telah dililit oleh 'pekerjaan duit binatang' dalam urusniaga 'membeli dan menjual.' Kalau dizaman satu bangsa di Babel Kuno, ajakan pemerintah dunia berbunyi "Marilah kita...", telah disahut dengan aktiviti "membuat batu-bata, mendirikan menara, dan mencari nama." Pada zaman sekarang, seluruh dunia telah menyahut ajakan 'perjanjian-perjanjian' yang dicipta oleh 'binatang yang keluar dari bumi' kerana ia bercakap dengan berkuasa sekali. Ia bercakap seperti naga!
Selepas, perang dunia WW2,
pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu Amerika, the United Kingdom dan Canada kemudiannya
disusuli oleh France, Denmark, dan Japan berkata
"Marilah kita mencari 'nama.' " Nama"
atau "karya" manusia sejagat yang menjadi "satu"
dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan
perjanjian-perjanjian. Perjanjian itu termasuklah Bretton Woods
Agreement, Smithsonian Agreement dan Jamaican
Treaty, kesemuanya adalah ikatan perjanjian "membeli dan
menjual." Perjanjian tersebut telah mengikat semua negara dan semua
bangsa, maka, manusia sejagat telah benar-benar menjadi 'satu manusia' seperti
di Babel kuno. Karya manusia tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu dalam
satu "nama" atau "karya" mengira: 'pekerjaan duit binatang' dalam urusniaga "Buying dan
Selling."
Bukankah semua tukaran matawang dengan Wang Rizab utama dunia itu diberi 'nama'
"Buying and Selling" ? Paparan "membeli dan menjual" jelas dapat dilihat
di semua bank-bank moden di seluruh dunia. Dan urusniaga pertukaran
matawang milik 'binatang itu' telah menjadi agenda utama manusia sejagat sejak Bretton
Woods lagi! Bila 'duit' diikat oleh perjanjian
sedunia, maka 'pekerjaan duit binatang yang keluar dari bumi' dalam urusniaga 'membeli dan menjual' semakin "mencapai
langit" kerana ia telah menjadi nadi kepada kehidupan moden. Manusia zaman
sekarang semakin hanyut kepada aliran air kehidupan yang memisahkan manusia
termasuk orang-orang percaya daripada nama Domba Tuhan!
Manusia sudah mabuk dan hanyut kepada mencari namanya sendiri!
Pemimpinnya adalah "binatang yang keluar dari bumi," dan
mempunyai tanduk politik dan tanduk 'kuasa membeli dan menjual.'
Nama binatang itu benar-benar mengikat semua bangsa kepada 'menara babel kuno
itu.' Yang telah ada, namun sudah tidak ada, namun ia telah muncul
kembali.
Kenapa pula nama
manusia yang jadi satu itu, dan dipimpin oleh "binatang yang
keluar dari bumi " disingkapkan pula sebagai 666? Kerana 666 bermaksud Emas, dan emas itu adalah duit!
Pada mulanya semua "buying and selling" yang melibatkan 'duit utama'
di seluruh dunia adalah dipaksikan pada Matawang Dollar Amerika yang tetap pada
nilai intrinsik 1 oz Emas, maka Roh Tuhan
singkapkannya sebagai 666. Bukankah 666 itu
adalah jumlah tetap Emas yang diterima oleh Raja Salomo
setiap tahun? Paksi tetap dollar Amerika itu telah menjadi fiat! Justeru itu, transaksi duit itu telah memasuki era "membeli dan menjual"
yang menuntut 'kebijaksanaan 'mengira' menuruti ilmu ekonomi duit fiat! "Nama"
adalah berarti "pekerjaan." Ia bermaksud, menurut roh
nubuatan, bahawa bukanlah kita hitung namanya secara harfiah dengan ilmu
gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah
melanggar hukum Taurat. Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat
(Lukas 24: 44). Justeru itu, penafsiran nama
binatang itu tidaklah benar, jika ia dihitung dengan ilmu numerologi kerana ia
melanggar dasar pekerjaan Kristus. Bukankah
menafsir Firman itu adalah pekerjaan Roh Kristus?
Jika ia melanggar dasar seperti Taurat, maka
tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong.
"Nama" Jika ditafsir menurut roh
nubuatan berarti "pekerjaan." Maka, nama manusia,
artinya pekerjaan manusia, dan manusia itu merujuk kepada
pemimpin dunia iaitu Amerika yang mempunyai dua tanduk iaitu tanduk
politik dan tanduk duit! Tanduk berarti Kuasa.
Bukankah di menara Babel kuno, manusia sejagat mencari "nama." Manusia
luka tidaklah cenderung mencari nama Tuhan,
maka mereka bersepakat mencari "karya" di dunia ini untuk
hidup! Dan karya manusia yang dipimpin oleh Amerika itu adalah 'pekerjaan duit fiatnya' dalam urusniaga se-dunia dalam "buying and
selling." 666: Duit binatang itu menjadi 'dasar pekerjaan mengira duit' dalam semua urusniaga buying and selling. Ekonomi sesebuah negara bukan sahaja tertakluk kepada ilmu mengira 'karya duitnya' sendiri' tetapi berpaut pada kepandaian ilmu mengira duit fiat milik binatang itu yang menjadi faktor utama dalam urusniaga 'bekalan dan permintaan,' atau 'buying and selling' di seluruh dunia. Urusniaga perdagangan yang melibatkan
duit fiat milik binatang yang keluar dari bumi itu' menuntut ilmu 'menghitung' atau 'ilmu sains mengira sistem perekonomian' yang dicipta dan di ajarkan oleh bapa-bapa ekonomi moden binatang yang
keluar dari bumi dan juga binatang yang kepalanya luka parah itu.
Sebab itulah nubuatan mengatakan' "siapa yang bijaksana, biarlah dia menghitung 'nama' atau mengira 'karya (supply and demand) duit dolar.' Urusan jual-beli di bursa-bursa saham di seluruh Dunia adalah urusan "kepandaian" menghitung secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan penguasaan matawang utama iaitu "duit binatang yang keluar dari bumi" atau ringkasnya 'nama' binatang itu. "Pekerjaan dalam 'mengira' kerana duit fiat milik binatang itu adalah urusniaga 'membeli dan menjual' dalam duit fiat binatang. Duit fiatnya itu muncul selepas gagalnya tukaran wang dollar yang dipaksikan pada emas. Paksi emas hanya dapat bertahan selama 27 tahun. Pokoknya, binatang itulah yang mengajak Dunia untuk berurusniaga dengan duitnya (pekerjaan duitnya) sebagai medium perniagaan sedunia yang utama. Semua kehidupan dipengaruhi oleh 'karya pekerjaan duit' binatang itu.
Sebab itulah nubuatan mengatakan' "siapa yang bijaksana, biarlah dia menghitung 'nama' atau mengira 'karya (supply and demand) duit dolar.' Urusan jual-beli di bursa-bursa saham di seluruh Dunia adalah urusan "kepandaian" menghitung secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan penguasaan matawang utama iaitu "duit binatang yang keluar dari bumi" atau ringkasnya 'nama' binatang itu. "Pekerjaan dalam 'mengira' kerana duit fiat milik binatang itu adalah urusniaga 'membeli dan menjual' dalam duit fiat binatang. Duit fiatnya itu muncul selepas gagalnya tukaran wang dollar yang dipaksikan pada emas. Paksi emas hanya dapat bertahan selama 27 tahun. Pokoknya, binatang itulah yang mengajak Dunia untuk berurusniaga dengan duitnya (pekerjaan duitnya) sebagai medium perniagaan sedunia yang utama. Semua kehidupan dipengaruhi oleh 'karya pekerjaan duit' binatang itu.
Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah penggenapan Taurat (Lukas
24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666, tidaklah benar jika ia melanggar Taurat,
melanggar Nubuatan nabi-nabi dan juga melanggar Mazmur. Nama binatang
dalam Wahyu 13:11-18, adalah menyingkapkan perihal "karya"
umat manusia sejagat di bumi. "Karya" itu
menjelaskan bahawa penduduk dunia sejagat telah diikat oleh
perjanjian-perjanjian yang diusulkan oleh pemerintah yang keluar dari
bumi itu. Amerika, British dan Canada berkata " marilah
kita....buying and selling seluruh dunia." Seluruh
dunia bilang "ya." Boleh saja! Dan "karya"
yang berpusat pada 'menara' itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau
dengan penuh berbelit-belit oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua
kerajaan-kerajaan di bumi!!
Saya bukannya anti permodenan, dan
saya bukan juga anti kepada pengujudan sistem ekonomi yang ada di dunia
ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah
dunia itu sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya pemerintah dunia yang keluar
dari bumi itu ialah 666. (Lihat link ). Duit yang
kita CARI sekarang ini adalah Karya atau nama yang
diusulkan oleh "rising -phoenix power" Amerika di Bretton
Woods. 666 itu adalah karya Amerika
dan sekutunya. Seluruh dunia setuju, dan mengikat diri mereka dengan
perjanjian itu. Perjanjian itu telah dikemaskini sebanyak dua kali; duit telah
menjadi duit fiat.
Dalam seluruh AlKitab, hanya dua
sahaja ayat rujukan bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan,
iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada Salomo dalam satu tahun,"
(2 Tawarikh 9: 13) dan juga nama binatang yang
dinubuatkan dalam Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana
demikianlah perkataan itu diungkapkan oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu
milik binatang, maka karya itu adalah karya pemerintah
tersebut. Apakah aktiviti utama nama atau "karya" binatang yang keluar
dari bumi itu (Why. 13: 1-18) ?
Jawapannya ialah: Pekerjaan yang melibatkan monopoli duit binatang dalam urusniaga "membeli
atau menjual." 'Karya duit fiat' Amerika dalam urusniaga membeli
dan menjual memerlukan kepandaian untuk mengira.
Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan bahawa pada akhir zaman, iaitu
sebelum dan selepas kedatangan Kristus, pekerjaan utama di dunia bagi semua
manusia adalah "membeli dan menjual:" perdagangan sedunia yang menuntut ilmu sains mengira
ekonomi moden dengan duit binatang itu sebagai medium utama dunia. Dan ia
berpusat pada suatu menara 'dunia' yang kelihatan seperti 'Babel Kuno' itu.
"Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu seringkasnya dijelaskan
sebagai "membuat batu-batu," namun
mesejnya tetap sama iaitu "penghambaan." Pada zaman sekarang penghambaan Karya manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan
ia dinubuatkan sebagai "membeli dan
menjual." Apakah aktiviti utama Karya Amerika itu
telah mengatasi langit? Ya! Semua orang CARI duit, dan
tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan!
Adapun cuma beragama sahaja. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan.
Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari
(Yesaya 46: 10).
Yang memakai tanda
binatang adalah semua kerajaan di bumi yang ikut serta tertakluk
kepada Perjanjian perihal "membeli dan
menjual." Karya atau nama Tuhan
adalah Firman Allah. Namun, karya atau nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah "membeli
dan menjual." Nama itu adalah pekerjaan/aktiviti atau karya pemerintah dunia yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah "membeli dan menjual." Bukankah
seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan
kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan?
Kerana ia adalah dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah
sebagai ibadah agama! Kenapa pula tanda itu dikenakan pada dahi setiap
manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan perundangan berkaitan dengan
"membeli dan menjual" itu menuntut semua manusia di bumi supaya
percaya kepada Perjanjian fasal duit!
Di zaman Babel dahulu dalam
Kejadian 11, dituliskan oleh Nabi Musa bahawa "...marilah
kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4). Apakah yang dimaksudkan
mereka mencari "nama" mengikut ayat tersebut di atas? Maksud bagi perkataan itu
adalah seringkasnya "karya manusia" !! Atau misi atau karya kehidupan manusia tanpa karya
Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat
pada 'menara' Bank Dunia, dan penduduk bumi diikat oleh
perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh dunia) telah benar-benar
kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman purbakala, di mana manusia di
zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan dengan berkata
"marilah kita cari nama, supaya
kita jangan terserak ke seluruh bumi." Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali "nama-nama"
Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh Pencipta. Saya secara
peribadi bukanlah anti-duit, kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan
duit. Namun, mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang
berbeda.
Menara itu seolah-olah
menyatukan mereka secara harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya
diikat oleh suatu perjanjian atau "tanda di dahi,"
supaya mereka semua berkarya, dan berpusat pada
kota yang didirikan itu. Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu,
dan diikat-pula dengan perjanjian akan membawa manusia itu sebagai mahluk
yang diperhambakan; terpisah dari rencana penciptaan manusia itu
sendiri oleh Bapa segala roh (PencFirman, "Nama yang
dicari" atau karya Babel itu menghambakan umat manusia kerana
semua manusia terikat kepada perjanjian untuk "membuat batu-bata"
atau "tanda di tangan" (aktiviti yang dibuat kerana perjanjian).
Pekerjaan atau karya purbakala "membuat batu-bata" itu menghambakan
semua orang diseluruh dunia pada zaman itu (Kejadian 11: 1-9). Sejak
dahulu kala, manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah tentu "karya"
itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan dikuatkuasakan
oleh pemerintah purbakala. Karya manusia di bumi tanpa
memikirkan nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu Firman, manusia tidak dapat anugerah
'jalan' perdamaian. Justeru itu, betapa hebatpun karya manusia
ataupun nama binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman
Ilahi, atau bahasaNya berbunyi seperti "...baiklah
Kita turun..."
Mereka diperhambakan oleh karya mereka
sendiri. Tuhan mengkehendaki manusia "yang luka," supaya
manusia yang tertulis namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu
penghambaan yang jauh lebih sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting
dan pohon kehidupan." Oleh kerana roh manusia harus menuruti
ibadah seperti perumpamaan "ranting dan pohon kehidupan" untuk
menerima anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun
jenis penghambaan di dunia. Jika kekuatan karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah
tentulah binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan "mulut"
untuk menista yang Mahatinggi.
Sesungguhnya, antiKristus adalah penduduk dunia yang paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada
dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus
pada masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! "Gandum" yang
diterima Tuhan hanyalah mewakili suatu peratusan yang
minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya
adalah lalang. AntiKristus berarti antiFirman. AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes adalah seringkasnya tidak
percaya kepada "Firman menjadi
manusia"; maka, lalang tidak percaya
kepada Paskahsebagai Jalan untuk
menyelesaikan dosa-dosa.
Binatang itu
adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan mempunyai 2
tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat pemerintah
dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan daratan bumi
adalah mempunyai dua tanduk; Ia
mempunyai kuasa turun temurun iaitu tanduk Monarki, dan
juga tanduk Perdana
Menteri. Pada masa kini, berdasarkan kepada penafsiran
nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara Amerika Syarikatlah yang
paling mendekati deskripsi binatang yangkeluar dari bumi dalam Wahyu 13. Bagaimana mungkin negara
Amerika memenuhi syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya
adalah pemimpin sebagaimana yang kita dapat pelajari dari Mazmur
dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga
bermaksud kuasa kerana Yesus Kristus yang kembali ke
bumi sebagai nama Hakim adalah dinubuatkan,
mempunyai "tujuh tanduk sepertimana
yang disingkapkan oleh Kitab Why. 5: 6.
Justeru itu, Amerika
mempunyai dua tanduk kerana
satu tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi tanduk miliknya adalah merujuk
kepada kuasa ekonomi atau kuasa
duit Amerika. Ia
seperti "anak domba," dan ia berbicara seperti naga. Ia
dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai perangka dan pelaksana
karya-karya 'perdamaian' di atas bumi, namun ia
mempunyai kuasa politik yang gergasi di bumi
sejak 1945, maka ia juga seperti naga! Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli
dan menjual." Matawangnya kekal sebagai menjadi matawang
utama dunia melalui perjanjian demi perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian
Bretton Woods 1944,
kemudianya Perjanjian Smithsonian, December 1971 dan Perjanjian
Jamaica pada
1976.
Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan pekerjaan
tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian
Sinai ataupun dalam Perjanjian
Baru. Ibadah umatNya adalah
diungkapkan sebagai “mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.” Perjanjian-perjanjian “membeli dan menjual” pula adalah
permulaan bagi penduduk dunia untuk seolah-olah “beribadah,” atau
menuruti “hukum-hukum” yang dicipta oleh binatang itu. Ia yang
mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli dan menjual.”
Demikianlah juga cara Roh
Tuhan menyingkapkan rahasia karya-karya pemerintah-pemerintah
dunia. Nama binatang iaitu karya pemerintah
Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian.
Maka, perjanjian itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel,
“nama” yang menghambakan itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”
Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang diikat
oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada
tangannya atau pada dahinya." ‘Beribadah’ menurut Taurat adalah
diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan" di
dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di dahi
dan tanda di tangan" yang diujudkan oleh Binatang yang
keluar dari bumi, adalah penduduk muka-bumi yang memeteraikan
dan mengesahkan akan pematuhan (beribadah) kepada
semua perjanjian-perjanjian, dan juga semua perundangan terbabit; Pematuhan itu
atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan masyarakat dunia tidak kira
kasta atau darjat kehidupan manusia sejagat. Kita semua tertakluk
kepada kuasa "membeli dan menjual:" duit!
Bila nama atau karya itu
sudah dimeteraikan melalui perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan
oleh tangan. Sebab itu, rahasia itu ditulis "16
dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau
hamba, diberi tanda
pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why.
13: 16).
Maka, 666 itu adalah ungkapan tentang pekerjaan, misi,
atau karya manusia di bumi yang berpusat pada
'menara' Babel. Hakikatnya, Tuhan pernah berfirman ketika
Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "Ini
barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka
rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya Bretton
Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada
1954 yang telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya
adalah manifestasi "Ia telah ada, namun sudah tiada, dan muncul
lagi." Benarlah seperti Yes. 46: 10 bahawa pengakhiran itu sudah
diberitakan sejak zaman purbakala! Permulaan Karya atau
"nama" yang dicari oleh manusia sejagat di bumi di
zaman moden bermula selepas peperangan dunia ke-2. Semua manusia dibumi telah 'beribadah'
atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian yang dibuat oleh Pemerintah
Dunia atau binatang yang keluar dari bumi itu selama 71 tahun sejak ia
mula dikaryakan (as per 2015).
Bilakah agaknya Tuhan akan
berfirman "Baiklah Kita turun dan ...sehingga selesainya murkaKu sehingga cawan ke-7 digenapi”?? Tuhan merencanakan melalui Karya PaskahNya supaya manusia mengerti
bahawasanya 'design' rohnya adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia
diperhambakan oleh karya atau "nama" manusia
itu sendiri, maka sudah tentu manusia sudah tersasar daripada rencana dan
tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri. Manusia memang berhak untuk
membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya
langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu Karya Pemerintah Dunia yang
mempunyai tanduk politik dan tanduk duit/ekonomi itu
sampai waktunya untuk dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah
kita turun..." Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi,
kedua malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kis. 1: 10-11,
berkata kepada orang-orang Galilea "...Yesus
ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti
kamu melihat Dia naik ke Sorga."
Firman
1) "Dan Ia memakai jubah yang telah
dicelup dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why
19:13)"
2) Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi
terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3) Sebab firman Tuhan itu benar, segala
sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4) Permulaan hikmat adalah 'takut akan
Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5) Ia berkata kepada mereka: "Inilah
perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama
dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku
dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas
24:44).
6) Rohlah yang memberi hidup (kehidupan
kekal), daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai
dalam "nama" Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu
adalah "roh dan hidup." (Yohanes 6:63).
Firman Tuhan semuanya adalah
Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan. Perkataan ucapan manusia bukanlah
roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat kehidupan
daging), kecuali ucapan jampi serapih. Aktiviti otak dan sistem saraf
adalah pusat kehidupan daging.
___________________
... dan nama-Nya ialah: "Firman
Allah."(Wahyu 19:13)
___________________
Roh nubuatan menjelaskan bahawa
"nama" Tuhan adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi
Kristus iaitu Firman. Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah
pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti
apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan.
Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan
Firman orang percaya tidaklah "bertumbuh-percaya." Maka, makanlah
Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang
beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan. Maka, ia haruslah
dimakan oleh roh orang percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan
yang Mahasuci. Maka, janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan
kitab; itu adalah kiasan perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung
kepada Sumber, iaitu Tuhan. Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan
di gurun, orang benar (diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan
meja makan.
Jika, Kristus adalah pokok
anggur sebenar iaitu Roh Pencipta (the Father of all spirits), maka untuk
menjadi cabangnya yang sebenar adalah memerlukan ketergantungan (humility)
mengikut "Jalan" Roh, supaya mereka yang dianugerahkan "takut
akan Tuhan" dapat senantiasa makan, siang dan malam. Ketergantungan
(dependency) adalah kerendahan hati di hadapan Tuhan; keangkuhan di hadapan
Tuhan adalah keputusan untuk tidak makan. Tetapi Yesus menjawab: "Ada
tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang
keluar dari mulut Allah."(Matius 4:4). Tiada bahasa
yang lebih jitu untuk mengungkapkan "ketergantungan" ini melainkan
perumpamaan pokok sebenar (Yesus) dan ranting -rantingnya. Sebagaimana
ranting itu tiada kehidupan kecuali melekat kepada pokok sebenar, maka
demikianlah roh manusia, ia tidak akan menerima kehidupan penuh, tanpa Kristus;
tidak hairanlah Raja Daud bernyanyi "tanpamu hidupku tidaklah bererti
apa-apa."
-----------------
Perihal Rahasia Tuhan
-----------------
Maka datanglah murid-murid-Nya dan
bertanya kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam
perumpamaan?"Jawab Yesus: "Kepadamu diberi KARUNIA untuk
mengetahui RAHASIA Kerajaan
Sorga, tetapi kepada mereka tidak.Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan
diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apa pun
juga yang ada padanya akan diambil dari padanya.Itulah sebabnya Aku
berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka
tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak
mengerti.(Mat 13:10-13).
Tuhan bergaul KARIB dengan
orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya (RAHASIA) diberitahukan-Nya kepada mereka.(Mazmur 25:14).
[~dianugerahkan karunia Roh tujuh lapis~salah satu operasinya ialah 'roh
takut akan Tuhan'].
"Orang percaya yang takut
akan Tuhan" adalah orang percaya yang dianugerahkan "karunia roh
takut akan Tuhan." Karunia roh itu adalah salah satu daripada tujuh
lapis karunia-karunia yang ada pada peribadi Roh Kudus. Tujuh lapis karunia itu
adalah operasi yang dilaksanakan oleh Roh Trinitas atas roh manusia, supaya
selesailah pekerjaan Tuhan kepada roh mereka yang tertulis namanya dalam Buku
Kehidupan. Ia (karunia-karunia) senantiasa bersama melekat pada peribadi Roh Kudus. Justeru itu, rasul Paulus bersaksi bahawa karunia-karunia
itu, datang dan pergi. Ia dikatakan datang apabila, Roh Kudus turun bernyala
pada sumbu roh manusia, dan ia dikatakan pergi apabila ia tidak turun pada
sumbu roh manusia. Sumbu roh ialah "jantung roh" yang di mana
pusatnya seolah-olah akan kelihatan tempat Lidah api bernyala; ia akan bersinar
sebagai 'halo' di atas orang-orang suci. Ia adalah tempat berlakunya komunikasi
alam roh yang dinyatakan Raja Daud "Deep calls deep." Semua deria roh iaitu termasuk mata roh dan
telinga roh melibatkan secara langsung pada "jantung roh."
Maka, Yesus bersabda bahawa
"berbahagialah orang percaya yang suci jantung (rohnya)" kerana
mereka akan dapat memasuki Hadirat Roh Kudus Tuhan. "Melihat Wajah
Tuhan" artinya ialah dapat memasuki hadirat emmanuel Kristus iaitu Roh Kudus. Oleh kerana urusan memasuki hadiratNya adalah suci, maka Kristus telah menyempurnakan Jalan untuk menyelesaikan
semua dosa-dosa, agar Pintu hadirat Roh Kudus yang Mahasuci, akan sudi untuk
menerima roh orang percaya seolah-olah mereka adalah orang benar.
Sedangkan, mereka sebenarnya hanyalah memakai "jubah kebenaran"
yang disucikan oleh darah Domba. Namun, oleh kerana Kesetiaan Kristus yang
duduk di sebelah kanan Bapa, menanggung derita "luka-luka" kita, siang
dan malam; maka, kita dibela oleh Darahnya yang suci, sehingga diri kita yang
rohnya "merah seperti kirmizipun" dapat ditahirkan menjadi putih.
Tanpa Kristus, kita tidak dapat memasuki "roh doa," kerana Dialah
Jalan, Pintu dan juga Kunci: "Akulah Jalan...;" "Akulah Pintu...;" "Namanya Firman Allah,"... adalah merujuk kepada
Misteri kekayaan karya Kristus sebagai Juruselamat, dan Pembela kepada para
pengikutNya. kuasa darahNya yang suci adalah kunci kepada semua
doa; Roh Kristus (Roh Kudus) adalah "the Spirit of prayer." Perjanjian
Lama adalah disahkan kerana perjanjian darah, maka demikianlah juga perjanjian
baru.