Isnin, 11 Januari 2016

Roh manusia dan sumbu rohnya (jantung Roh)

"2 Ah, kiranya aku seperti dalam bulan-bulan yang silam, seperti pada hari-hari, ketika Allah melindungi aku,
3 ketika pelitaNya bersinar di atas kepalaku, dan di bawah terangNya aku berjalan dalam gelap; " (Ayub 29:2-3)

    Roh manusia adalah 'kuasa' 'asas kehidupan manusia. Manusia adalah satu-satunya mahluk Roh  yang dibaluti daging, dan harus tergantung penuh kepada 'pohon kehidupan.' Kerajaan haiwan tidaklah dicipta untuk bergantung pada 'pohon kehidupan' (Kristus). Hanya manusia sahaja yang harus berpaut-tergantung pada buah 'Pohon Kehidupan.' Haiwan dicipta menurut hukum-hukum instinct yang ditentukan oleh Tuhan, mereka tidak perlu makan manna dari Sorga. Alkisah pilihan manusia pertama untuk memakan buah pohon pengetahuan (antiWord/antiKristus) dinubuatkan sebagai kematian pertama.  Kita semua telah mati di dalam kejatuhan nenek moyang kita yang pertama.  Penolakan untuk percaya kepada "Dia yang diutus Bapa" membawa akibat kematian yang kedua, iaitu selama-lamanya terpisah dari kehidupan yang kekal.

                           


Dan di tangan kanan-Nya Ia memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam bermata dua, dan wajah-Nya bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik. (Wahyu 1: 16).



Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, d  Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran 1 ; e  sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. (Yohanes 16: 13)

Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat. Tiba-tiba turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk; dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan hinggap pada mereka masing-masing.  (Kisah Para Rasul  2:1-3)

Roh manusia adalah pelita Tuhan, yang menyelidiki lubuk hati manusia (Amsal 20: 27).

                                 
Pengajaran 'perantauan di gurun:' ...bahawa manusia hidup bukan dari roti saja, ...

Ingatlah kepada seluruh perjalanan yang kaulakukan atas kehendak TUHAN, Allahmu, di padang gurun selama empat puluh tahun ini dengan maksud merendahkan hatimu dan mencobai engkau untuk mengetahui apa yang ada dalam hatimu, yakni, apakah engkau berpegang pada perintahNya atau tidak. Jadi Ia merendahkan hatimu, membiarkan engkau lapar dan memberi engkau makan manna, yang tidak kaukenal dan yang juga tidak dikenal oleh nenek moyangmu, untuk membuat engkau mengerti, bahwa manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi manusia hidup dari segala yang diucapkan (difirmankan) TUHAN. Pakaianmu tidaklah menjadi buruk di tubuhmu dan kakimu tidaklah menjadi bengkak selama empat puluh tahun ini. (Ulangan  8:2-4)

Khamis, 31 Disember 2015

"Keputusan Rahasia Allah" (Wahyu 10: 7) ...Siri 3

By Jonas Mannaseh


Pada asalnya, manusia itu dicipta oleh Roh Tuhan sebagai manusia suci yang mempunyai kehendak  bebas, dan juga ‘ketentuan’ roh manusia (design) yang harus bergantung kepada Pohon  Kehidupan.  Si ular tua datang dengan tipu muslihatnya, dan menjerumuskan manusia itu kepada perseteruan dengan Roh Penciptanya.  Tuhan kemudiannya memberikan nubuatan Ilahi yang menjelaskan hubungan ‘perempuan’ dan ular tua itu. “ Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.” (Kejadian 3: 15)
Eve atau ‘Perempuan’ adalah kata-nama nubuatan yang mewakili umat Tuhan.  Nuh mewarisi ‘jalan’ perdamaian dengan YHVH, sebagaimana yang dinyatakan oleh praktik ritus ‘perdamaian’ purbakala yang menjadi amal-ibadah oleh anak-anak ‘Perempuan’ itu dalam Kejadian 4.  Namun, dalam Kitab Kejadian 11, keturunan yang lahir dari keluarga Nuh telah menjadi satu bangsa yang meninggalkan ‘jalan’ kerana mereka mencari ‘nama’ untuk manusia sendiri.  Mereka telah bersepakat sebagai satu bangsa yang mencari ‘nama’ mereka sendiri; mereka telah menjadi umat manusia yang tidak mengenali Tuhan.  Nama Tuhan adalah karya Tuhan, iaitu Firman Allah.  Mereka berkata “marilah kita membuat batu-bata...’; “marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit...”; dan “marilah kita mencari nama...  Maksudnya, mereka tidak percaya kepada Firman Allah kerana mereka mencari nama bagi diri mereka sendiri. Pekerjaan membuat batu-bata, mendirikan kota, menara, dan mencari nama itu, sebenarnya cuma memperlihatkan bagaimana manusia yang luka hidup di bumi milik dan ciptaan Tuhan.    Masalah bagi pekerjaan atau nama manusia itu ialah simbolik ungkapan 'batu-bata' yang menghambakan umat manusia.  Menara itu pula menyingkapkan perihal ketiadaan 'kerajaan Allah' kerana 'menara' itu merebut 'penyembahan'  kepada Tuhan; ia menjelaskan bahawa “puncaknya sampai ke langit” adalah ungkapan nubuatan yang berarti umat manusia ingin menjadi tuhan-tuhan bagi dirinya sendiri.  Dan 'nama' yang mereka cari itu adalah karya daging semata-mata; 'karya' itu menghambakan semua bangsa di bumi. Karya Tuhan adalah Firman Allah, dan tiada seorangpun yang mencari nama Tuhan di zaman menara babel.  Tuhan membuat putusan ke atas binatang dan umat manusia di zaman menara babel itu dengan firman yang berbunyi “baiklah kita turun...
Dari menara babel itu, maka, lahirlah pelbagai bangsa-bangsa yang mempunyai pelbagai bahasa pertuturan; ia disebut sebagai zaman bangsa-bangsa.  Penghakiman dan penghukuman Tuhan ke atas menara Babel adalah titik permulaan zaman bangsa-bangsa.  Zaman bangsa-bangsa juga akan diakhiri dengan penghakiman dan penghukuman  oleh Kristus yang 'turun' ke bumi, sebagaimana ia bermula di menara Babel, iaitu apabila yang “telah ada, dan sudah tiada, dan akan muncul lagi” (Why. 17:8) itu akan dinyatakan sebagai sebahagian daripada agenda “hal-hal yang ajaib akan berakhir”(Daniel 12: 6).  Bangsa-bangsa bermula di menara Babel, maka pengakhirannya juga akan menyatakan manifestasi 'menara,' sebagai tanda nubuatan yang pasti mengundang 'penghakiman' sesuai dengan wahyu-pengetahuan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.  
Maka, kata-nama nubuatan ‘perempuan’ yang dinubuatkan Tuhan dalam Kejadian 3: 15 telah lesap pada zaman menara Babel kuno. Kelak, Tuhan telah menemukan Abram, dan kemudiannya Abraham mempunyai keturunan yang dinamakan Ishak. Dari Ishak, maka lahirlah Esau dan Yakub.   Nama Yakub kemudiannya dianugerahkan karya Sorga dengan membuat perutusan nama kepada Yakub sebagai Israel. Demikianlah Yakub menjadi titik permulaan bagi Tuhan untuk menjadikan keturunannya sebagai milik atau bangsa pilihanNya: 'perempuan.'  Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh nama Tuhan.  Yakub berkata dalam ayat ke-26Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.”
Isra” adalah “umat milik kepada,” sedangkan “El” berarti Tuhan.  Maka, Israel juga bermaksud “umat milik Tuhan” atau bangsa pilihan Tuhan.  Dari pelbagai bangsa yang lahir di menara Babel, hanya bangsa Israel sahaja yang telah menjadi milik Tuhan.  Dari ke-12 anak-anak Yakub muncullah kedua belas suku-kaum bangsa Israel.  Bangsa inilah yang mewarisi kata-nama nubuatan dalam Kejadian 3: 15 iaitu “perempuan.”  Perempuan” dalam Kejadian 3: 15 itu adalah kata-nama nubuatan yang mewakili umat pilihan dan milik Tuhan. Nama Israel itu berarti umat milik Tuhan (Mzm. 105: 23-25; Mzm. 105: 6; Mzm. 78: 71 dan Mazmur 135: 4).  Ia adalah pewaris kepada nubuatan Ilahi dalam Kejadian 3: 15.  Eve adalah ‘perempuan’ yang percaya kepada Tuhan, namun ia adalah manusia yang luka. Kelak, apabila mereka di usir ke bumi, Adam dan ‘perempuan’ itu telah diberikan oleh Tuhan ‘jalan’ perdamaian yang kita ketahui sebagai ritus-ritus perdamaian purbakala (ritus penebusan), atau seringkasnya sebagai ‘jalan’ menyelesaikan dosa. 
    Selepas tempoh 430 tahun lamanya di Mesir ,iaitu 400 tahun dalam penghambaan dan hanya 30 tahun sahaja mengecapi tempoh bebas iaitu ketika pemerintahan Yusuf, Israel telah diperdamaikan semula dengan Tuhan YHVH di  Mesir melalui Paskah Tuhan. Paskah Tuhan itu adalah titik permulaan bagi Israel untuk memulai kehidupan sebagai “harta kesayanganNya sendiri dari antara segala bangsa, sebab Tuhanlah yang empunya seluruh bumi, (dan) Israel akan menjadi bagiNya kerajaan imam dan bangsa yang kudus...” (Keluaran 19: 5b -6).
    Pada era yang sama, ular tua itu sebenarnya telah memberikan kekuatan melalui karyanya kepada Firaun selama 400 tahun untuk menghambakan bangsa pilihan Tuhan itu.  Maka, hakikatnya, si ular tua tahu perihal rencana Tuhan, biarpun tidaklah dia mengetahui semuanya. Ia masih mempunyai pengetahuan yang melebihi semua manusia di bumi perihal rencana-rencana Tuhan.  Namun,  Tuhan itu berdaulat di atas segala sesuatu, maka sudah tentu keturunan ular tua itu, iaitu binatang-binatang, juga adalah tertakluk  dan tunduk kepada kekuasaan dan kedaulatan Bapa segala Roh.
    Kitab Wahyu ditulis oleh Santo Yohanes kerana Roh Tuhan mengarahkannya untuk menulis penglihatan-pebglihatan yang diberikan oleh Tuhan perihal “Hari Tuhan.”  Hari Tuhan itu adalah merujuk kepada ‘pengakhiran’ Penghakiman danPenghukuman  ke atas semua bangsa-bangsa di dunia.  Bangsa-bangsa muncul kerana  penghakiman dan penghukuman  Tuhan ke atas menara Babel dalam Kejadian 11: 1-9, maka pengakhiran bagi zaman bangsa-bangsa itu juga akan melalui ‘penghakiman dan penghukuman,’ sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Wahyu. Dan ia didahului dengan kemunculan kembali ‘menara’ Babel di bumi!  Hal ini bersesuaian dengan makrifat Ilahi yang disampaikan oleh nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 10.  
Meterai pertama hingga meterai ke-lima adalah siksaan-siksaan yang akan di alami oleh umat manusia di bumi yang ‘dilihat’ bermula dari munculnya zaman bangsa-bangsa sehinggalah kepada tempoh masa pemberitaan langit dalam Wahyu 6: 12-13.  Meterai pertama adalah lebih jitu, jika ‘dilihat’ sebagai bermula dari ‘hari Pentakosta’ kerana itulah hari bermulanya ‘nama’ Roh Kudus berkarya kepada semua bangsa di dunia.  Nama Allah Bapa, nama Yesus Kristus dan nama Roh Kudus adalah 'satu' Roh.  Kristus berfirman “dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan  dosa, kebenaran dan penghakiman;..akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum” (Yohanes 16: 8-11).
Meterai ke-enam adalah termasuk sebagai siksaan Tuhan ke atas umat manusia, namun ‘meterai ini’ juga berbicara sebagai ‘pemberitaan langit;'  Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya; (Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19:13).  “Pekerjaan tanganNya samalah ertinya jika diungkapkan sebagai “namaNya.” Maka, ‘pekerjaan tanganNya’ adalah bermaksud ‘nama’ Tuhan. Nama “Domba Tuhan” berarti pekerjaan tangan kanan Allah Bapa yang “menghapuskan dosa-dosa dunia;” maka, Yesus Kristus duduk disebelah tangan kanan Allah Bapa. Apabila Kristus kembali ke bumi, karya (handiwork) Kristus adalah menghakimi dan menghukum.  NamaNya adalah sebagai ‘Hakim’ yang berarti pekerjaan Kristus dalam menyempurnakan menghakimi dan menghukum semua bangsa-bangsa di dunia ini. 
Meterai ke-enam dalam Wahyu 6: 12-13 itu adalah bersamaan dengan Matius 24: 29.  Ia juga bersamaan dengan Zakharia 14: 6-7.  Ia juga bersamaan dengan Yoel 2: 31 yang dipetik oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2: 20 berbunyi “Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu (yang hebat dan dahsyat itu).” Kesemua petikan dari nabi-nabi Tuhan itu mengungkapkan perihal yang sama, iaitu “pemberitaan” cakralawala atau pemberitaan langit” tentang ‘sebelum kedatangan Kristus.  Ini bersesuaian dengan pemberitaan nabi Amos “sungguh, Tuhan Allah tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusanNya kepada hamba-hambaNya, para nabi” (Amos 3: 7). Maka, Namanya sebagai Hakim akan diberitakan terlebih dahulu, sebelum hari ia turun ke bumi.
Meskipun, nama Kristus sebagai Domba Tuhan sudahpun diberitakan oleh Taurat, nubuatan nabi-nabi dan oleh Kitab Mazmur (Lukas 24: 44), namun ‘langit’ tidaklah terkecuali dari memberitakan kelahiran Domba Tuhan itu (Mesias).  Dan, Nabi Yohanes Pembaptis telah mengumumkan karya Domba Tuhan pada waktu Yesus dibaptis di sungai Yordan (Yohanes 1: 29-34), selang 3 (tiga) tahun sebelum ia mati sebagai korban penebus dosa yang sempurna di atas Kayu Salib.  Meskipun, Kristus adalah Hakim dari alpa dan omega, namun pada Meterai ke-enam, atau Matius   24: 29, ‘langit’ akan memberitakan ‘nama’ Kristus yang akan turun kelak sebagai ‘Hakim.’
Disepanjang zaman bangsa-bangsa, ‘Israel’ yang dinubuatkan sebagai perempuan akan melalui suatu permusuhan dengan keturunan ular tua iaitu pemerintah bangsa-bangsa. Israel mula diperdamaikan dengan YHVH di Mesir melalui Paskah Tuhan, dan binatang yang bermusuhan dengannya adalah Empayar Mesir  ataupun keturunan rajanya iaitu Firaun. Setelah melalui 391 tahun dalam zaman kerajaan teokrasi Imamat, dan selama 511 zaman raja-raja Yehuda, Israel yang degil telah menjadi pelacur (Yeh. 16; 22; 23) kerana ia meninggalkan perkahwinan dengan YHVH.  Israel  telah memasuki era Diaspora ataupun tempoh masa ia diserakkan ke seluruh bumi.  Pada masa kini, ia sedang menuju ke era pergabungan perempuan umat Perjanjian Lama  dan Umat Perjanjian Baru secara sekular dan tinggal di tanah suci. walaupun ia bersifat sekular, namun, ia menggenapi ‘jemputan’ Tuhan dalam Yehezekiel 37: 16-28.  Namun, hal itu belumlah digenapi  dengan sepenuhnya kerana tulang-tulang kering (seluruh kaum Israel) telah hanya hidup bagi mereka yang percaya kepada Kristus sebagai ‘Jalan,’ akan tetapi ia ‘masih kering dan mati’ bagi mereka dari penganut Perjanjian Lama. 
Kedua-belas suku kaum Israel akan hanya benar-benar bersatu jadi satu, hanya apabila Kristus kembali turun ke bumi, dan menganugerahkan “meterai Allah yang hidup” (Wahyu.7:4)  kepada ke-dua belas suku kaum Israel dalam Wahyu 7: 1-8.  Jumlah kesemua suku-kaum Israel  yang menjadi asas kepada pemulihan itu adalah dinubuatkan seramai 144,000 kesemuanya: 12,000 dari setiap suku kaum dimeterai oleh malaikat dengan ‘meterai Allah yang hidup.’  Meterai itu akan menghidupkan bani Israel; “11a...tulang-tulang ini adalah seluruh kaum Israel.” (Yehezekiel 37: 1-14).  Meterai itu juga akan dianugerahkan kepada semua bangsa-bangsa yang tertulis nama mereka dalam buku kehidupan, supaya mereka menerima anugerah “saving justice’ apabila Kristus melaksanakan karya Hakim. Meterai itu diberikan kepada semua bangsa-bangsa (“anak-anak”) yang diperdamaikan, percaya, dan menyeru nama Kristus (Wahyu 7: 4 dan 1 Korintus 15: 50-54; Yoel 2: 32). Meterai itu bukanlah jaminan bahawa daging tubuh badan tidak akan mati, namun ia lebih kepada anugerah roh yang memungkinkah kebangkitan kepada kehidupan yang kekal di Sorga seperti dua nabi dalam Why.11, kerana daging tubuh badan mereka bisa mati, namun selepas tiga hari, roh mereka naik ke Sorga.
Setiap orang  percaya yang akan masih hidup dalam era post-kedatangan Kristus haruslah “memegang harta Sion,” kerana harta sejati itulah yang akan memberikan keluputan kepada semua orang percaya melalui masa-masa kesukaran besar.  Kesukaran siksaan-siksaan itu merujuk kepada Meterai ketujuh sehinggalah kepada Cawan murka Tuhan yang ketujuh. Job yang disahkan oleh Tuhan sebagai hambaNya yang benarpun harus melalui ‘kesukaran’ siksaan-siksaan yang disebabkan oleh Iblis, tetapi  direlakan pula oleh Tuhan, supaya diakhir siksaan-siksaan itu Job berkata “hanya dari kata orang saja aku mendengar tentang Engkau, tetapi sekarang mataku sendiri memandang Engkau.”  Job lulus melalui api-api yang disemburkan oleh Iblis.  Ia keluar cemerlang bagai emas putih.     
Penghakiman dan penghukuman bangsa-bangsa bukan sahaja akan membakar ‘lalang’ atau ‘binatang-binatang,’ namun siksaan murka-murka  yang ditumpahkan oleh Tuhan juga akan menguji setiap ‘gandum’ yang masih hidup, entah mereka akan menang atau mati (maksudnya ‘roh’).   Kemenangan adalah bergantung kepada apa yang diberikan kepada setiap orang percaya.  Apa yang diberikan oleh Tuhan ? Setiap orang percaya dianugerah roh tujuh lapis dan roh tujuh lapis itu adalah harta Sion.  Nabi Yesaya menasihati umat Tuhan supaya “20...masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, Tuhan mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.(Yesaya 26: 20-21).
Perjuangan untuk berkemenangan melalui murka-murka Tuhan pada era penghakiman dan penghukuman adalah diperjuangkan, bermula dengan urusan “memasuki kamar.”  Kerana di ‘dikamar’ itulah orang-orang percaya dapat memegang harta Sion, iaitu ‘roh doa:’ roh tujuh lapis—hadirat Roh Kudus. Namun, itulah yang tidak diminati atau di sukai oleh kebanyakkan orang percaya.  Orang percaya itu memang pusat kesedarannya masih pada otaknya, maka kadang-kadang, jika Tuhan mengkehendakinya, mereka akan menanggapi realiti Roh Tuhan pada ketika mereka sedang berdoa ataupun pada waktu mereka sedang tidur. Memasuki ‘kamar’ memang urusan yang sukar, namun ia tidaklah mustahil kerana Tuhan telah memberi Jalan, Pintu, dan Kunci. Justeru itu, memegang ‘harta sion’ adalah suatu urusan yang perlu disepanjang penghakiman dan penghukuman Tuhan sehinggalah kepada api Tuhan yang terakhir iaitu cawan murka ketujuh.  Urusan masuk ‘kamar’ adalah suatu pernyataan hubungan ‘ranting dan Pokok,’ dan ia menuntut ‘suci hati (roh),’ ataupun ‘sempurna seperti Bapa di Sorga.’ (Matius 5: 8, 48, dan Matius 6: 6). Tuhan itu Roh.

Apakah maksud frasa “keputusan rahasia Allah,” dan bilakah agaknya ia akan dilaksanakan?

Wahyu 10: 7 “Tetapi pada waktu bunyi sangkakala yang ketujuh, yaitu apabila ia meniup sangkakalanya,maka akan genaplah keputusan rahasia Allah, seperti yang telah ia beritakan kepada hamba-hambaNya, iaitu para nabi.”   Apakah keputusan rahasia Allah itu ?  Semua orang percaya akan berkata bahawa rahasia Allah itu adalah Kristus.  Rahasia Allah Bapa adalah peribadi nama Kristus.  Dan, jawapan tersebut tadi itu memang benar.  Frasa “keputusan rahasia Allah” adalah seringkasnya merujuk kepada “keputusan-keputusan Kristus” mengenai dengan Israel (Perempuan), “anak-anak” (bangsa-bangsa yang percaya firman), binatang-binatang dan juga semua ‘lalang.’  Keperincian perihal ‘keputusan-keputusan’ Hakim (Kristus) adalah dinyatakan seterusnya dalam bab 11 sehinggalah kepada bab 22 dalam Kitab Wahyu.  Dalam bab-bab Kitab Wahyu dari 11-hingga 22, pemerintah-pemerintah dunia diungkapkan sebagai binatang-binatang, penyampaian nubuatan biasanya dimulai dengan asal-usul binatang dan permusuhannya dengan ‘perempuan’ (bangsa pilihan Tuhan) diungkitkan dan dinyatakan dengan beberapa ‘petunjuk-petunjuk’ yang membolehkan pembaca zaman dapat mengenalpasti di mana ‘jarum jam berdetik’ atau di mana ia akan digenapi, dan bagaimana pengakhirannya apabila dihakimi oleh tangan Hakim. 
Kesemua nubuatan-nubuatan yang dicatatkan oleh Santo Yohanes dalam Kitab Wahyu mestilah dilihat dan dibaca sebagai mesej masa depan yang senantiasa terpaut dengan ‘hari Tuhan.’  Ia adalah perihal penghakiman dan penghukuman kepada bangsa-bangsa yang lahir di menara Babel kuno.  Ia juga diakhiri dengan penghakiman dan penghukuman ke atas bangsa-bangsa yang telah mendirikan semula ‘menara’ yang dicemburui dengan dahsyatnya oleh api cemburu Tuhan.  Api cemburuNya adalah kasih dan kuasanya yang meluap-luap sebagai sumber hidup yang maha-suci kepada bumi ini.  Ia mahakasih dan itu tidak berubah, namun kasihNya itu menjadi masalah besar kepada manusia yang ingin menjadi tuhan kepada dirinya sendiri kerana kasihNya itu suci dan menghanguskan.
Bilakah ia akan dilaksanakan?
Frasa-nubuatan,“Keputusan rahasia Allah”itu samalah artinya dengan frasa “keputusan Kristus (sebagai Hakim),” ke atas semua bangsa-bangsa yang ada di bumi ini.  Keputusan penghakiman Kristus akan merangkumi keputusan-keputusan Ilahi ke atas ‘perempuan’ iaitu bani Israel, dan keputusannya ke atas lalang dan gandum dari semua bangsa yang ada di dunia ini, dan juga penghukuman ke atas ular tua dan 'binatang-binatang (pemerintah-pemerintah dunia).' !  Nabi Daniel adalah salah seorang para nabi perjanjian lama yang dianugerahkan oleh Tuhan perihal nubuatan dan pengakhiran ‘binatang-binatang’ pemerintah bangsa-bangsa yang muncul dari ‘laut’ (bangsa-bangsa).  Nubuatan-nubuatan akhir zaman yang ditulis oleh nabi Daniel telah dimeteraikan sehinggalah sampai ‘akhir zaman,’ dan tulisannya dalam Kitab itu akan menjadi bahan yang diselidiki oleh banyak orang; “banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah.” (Daniel 12: 4).
Jawab Yesus dalam Matius 13: 11, “kepadamu diberikan karunia (roh tujuh lapis) untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.”  Firman Yesus ini merupakan adalah asas untuk menyingkapkan rahasia-rahasia yang terkandung dalam nubuatan-nubuatan para nabi, supaya orang-orang percaya akan mendapat pengertian, hikmat dan pengetahuan. Demikianlah bagaimana kita akan melihat Kitab Daniel.  
Dalam ayat 6, Bab 12, Kitab Daniel: “dan seorang bertanya kepada yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu: ‘Bilakah hal-hal yang ajaib ini akan berakhir? “7 lalu kudengar orang yang berpakaian kain lenan, yang ada disebelah atas air sungai itu bersumpah demi Dia yang hidup kekal, sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit: “satu masa, duamasa, dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal akan digenapi!”
Ringkasnya, frasa “satu masa, dua masa, dan setengah masa” adalah ritma-puisi yang menyingkapkan ‘jam berdetik’ bagi  masa penghakiman dan penghukuman’ oleh Hakim (Kristus), ke atas semua bangsa-bangsa yang ada di dunia.  Bangsa-bangsa yang ada di dunia ini lahir di menara Babel Kuno, dan pengakhiran bangsa-bangsa juga akan diakhiri apabila terdirinya suatu menara yang bergema menghanyutkan semua umat manusia kearah ‘nama’ manusia yang meniadakan nama Tuhan.  Dengan nama manusia itu, 666, binatang-binatang telah menjadi tuhan-tuhan di bumi ini, dan semua umat manusia pula telah menjadi penyembah-penyembah kepada nama yang hanya menjanjikan kekayaan daging yang sementara.  Nama manusia itu semakin lama semakin kuat mencengkam-meresapi sehingga roh manusia itu sendiri, sehingga pudarnya nama Kristus Kristus.  Binatang yang bertanduk dua, atau binatang yang keluar dari bumi itu, dan binatang yang luka parah kepalanya dari rumpun binatang yang keluar dari laut adalah pemerintah dunia yang telah mengusulkan kepada dunia akan pengwujudan menara Babel akhir zaman itu. 

Melalui menara Babel moden itu, umat manusia telah bersatu kembali menjadi satu dalam ‘nama,’ atau ‘karya’ yang mengundang amarah dan cemburu Tuhan yang menghanguskan. Ia bermula dengan pemberitaan Langit dalam Matius 24: 29; Wahyu 6: 12-13; Yoel 2: 31-32; dan Zakharia 14: 6-7.  Semua petikan-petikan firman tersebut di atas, adalah nubuatan-nubuatan yang secara khusus mengungkapkan pemberitaan ‘Nama’ Kristus sebagai Hakim.  Maka, “satu masa, dua masa dan setengah masa akan berlangsung dari Meterai ke-enam (Wahyu 6: 12-13) sehinggalah kepada cawan murka Tuhan yang ke-tujuh (yang terakhir) iaitu Wahyu 16: 17-21.

Penulis melihat dan berpendapat bahawa, “satu masa, dua masa dan setengah masa,” adalah seringkasnya dapat diterjemahkan kepada angka kiraan tempoh-masa yang bersamaan dengan: “7 tahun, 49 tahun, dan 3.5 tahun (semuanya dalam kiraan tahun calendar bulan). Maka, tempoh-masa penghakiman dan penghukuman ke atas semua bangsa-bangsa di bumi oleh Hakim (Kristus) akan mengambil masa selama 59.5 tahun atau bersamaan dengan 58.903235 tahun calendar matahari.  Bermula dari Wahyu 6: 12-13 sehingga Wahyu 16: 17-21, ia mengambil masa selama lebih kurang 58.9032335 tahun atau 58 tahun 329 hari. "Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan, barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting disini ialah ketabahan dan iman orang-orang Kudus." (Wahyu 13: 10).

    Isra-el mengikut catatan Kitab Kejadian dalam bab ke-32, dan pada ayat ke-28 adalah bermaksud “bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang.” (Kejadian 32: 28). Kemenangan itu adalah disebabkan oleh ‘berkat’ nama yang diberikan oleh namaTuhan.  Yakub berkata dalam ayat ke-26 Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku.”  Nabi Yesaya bernubuat dalam Yes. 46: 10 bahawa "..he made known the end from the beginning;" Permulaan 'Israel' adalah Yakub yang sesak nafas keseorangan di malam' hari ketika dalam perjalananan menemui abangnya Esau yang mempunyai ramai pengikut. Esau atau Edom mewakili kata nubuat yang merujuk kepada semua bangsa-bangsa di dunia (gentiles). Di akhir zaman bangsa-bangsa, sekali lagi Israel akan keseorangan dan sesak nafas kerana 'edomites' telah se-ia sekata memeranginya.  Tuhan merelakan ia dikerumuni oleh keputusan bangsa-bangsa Bersatu sebagaimana yang dinubuatkan dalam Wahyu 17. 

   Hanya apabila 'gunung-gunung' yang dijemput kembali ke Tanah Suci menyeru "nama'" Tuhan baharulah Tuhan akan mencurahkan Kasih Karunia ke atas Yudah dan Jerusalem. Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Jerusalem? Ia telah menjadi Pelacur Besar, misteri Babylon untuk sekian lama sejak 2 Raja-Raja 23: 27 di sampaikah oleh nabi. Dialah yang dimaksudkan dalam Wahyu 17 itu! Binatang merah ungu itu adalah Bangsa-bangsa Bersatu yang selama ini membuat resolusi untuk menakluki Jerusalem di bawah kekuasaannya. dan Israel pula melawan kepada keputusan-keinginan Bangsa-bangsa di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu adalah kemunculan 'menara Babel Purba.' Ia menyatukan semua bangsa di bawah karya atau nama' "Peace and Security." Justeru itu nubuat dalam Wahyu 17 itu sudah digenapi kerana  10 raja-raja yang maju berperang memeranginya Jerusalem adalah 10 non-permanent security councils yang diberikan kuasa "seperti raja" dalam masa selama 1 jam, iaitu bergilir-gilir selama tempoh 2 tahun. Raja yang kedelapan adalah milik kepada Tujuh pemerintah (empayar) yang pernah berkahwin (menakluki) Kota Yerusalem. Raja itu adalah pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu yang menentang Yerusalem sebagai milik sepenuhnya oleh Israel. Tuhan mempunyai destini bagi Kota Yerusalem sebagaimana dalam nubuat nabi Zechariah! Sebelum kewujudan PBB, Yerusalem telah melalui kemusnahan selama suatu tempoh yang sangat lama kerana semua bangsa dan semua raja-raja mabuk dengan Kota Yerusalem. Nubuat berbunyi:

2"Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung. 3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya (Zakaria 12: 2, 3).

     Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" Yakub yang keseorangan dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Murka hanya akan menyala keatas bangsa-bangsa, apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus. Pemulihan Israel secara menyeluruh dicatatkan dalam Wahyu 7: 14, iaitu selepas Kristus (Hakim) kembali ke bumi. Israel dan Yerusalem adalah "unfinished business" bagi Tuhan. Justeru itu, Hakim Yeshua kembali untuk menyelesaikan agenda Yerusalem menurut nubuat nabi-nabi. Pemulihan Israel dinubuatkan oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7: 14:

3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel (Wahyu 7: 3-4).

    Israel perlu percaya kepada "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus! Komitmen Yahweh ke atas bekas isterinya, Yerusalem, hanya akan dipulihkan oleh Yeshua yang kembali ke bumi. Maka, semua Israel perlu percaya dan menyeru "nama" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua! Untuk menjadikan Israel percaya, maka 'Yakub' perlu keseorangan dalam 'gelap' Dan kesesakan nafas kerana Bangsa-bangsa telah berkerumun melawannya! Baharulah Tuhan melalui Yeshua yang kembali akan mencurah Kan rohNya ke atas Israel ('seal of the living God').


9 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem." 10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. "11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido.12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri" (Zechariah 12: 9-14).


Pertolongan Tuhan hanya datang apabila "kesesakan" nenek moyang mereka, Yakub yang keseorangan itu ('tersendiri'), dilalui kembali oleh Bangsa Israel! Kesesakan Yakub perlu dialami kembali oleh bani Israel agar mereka melihat "fajar menyingsing." Apabila fajar menyingsing baharulah mereka berhenti menyangkal "nama'" Tuhan dan nama' yang diberikan kepada Yeshua. Murka Tuhan akan menyalakan semaraknya keatas bangsa-bangsa, hanya apabila mereka (Israel) yang 'kesesakan' menyeru "nama" Tuhan, dan juga nama' yang diberikan kepada Yeshua Kristus.


Sabtu, 26 Disember 2015

Wahyu 17: 1-18 ~'Perempuan' vs. Ular Tua dan keturunan si ular tua ( Woman vs. Old Serpent ~ Siri 2)



Wahyu 17: 1-18 
(Lihat link Siri I )
Oleh:  Jonas Mannaseh






    Prologue renungan sebelum memasuki hikmat makrifat penafsiran bagi binatang-binatang dalam Kitab Wahyu adalah berpaut pada nubuatan Nabi Yesaya dalam Yesaya 46: 9-10



“9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahawasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku, 10 yang memberitahukan dari  mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan,”


Mengenalpasti identiti 'Kota' yang dinubuatkan dalam Wahyu 17 disingkapkan oleh identiti 'bangsa' yang berkait-rapat secara nubuat dengannya.



    Selepas ketujuh cawan murka, dan kategori murka yang ketiga itu selesai dinyatakan kepada Santo Yohanes, maka Tuhan menunjukkan putusan atas pelacur besar, yang duduk di tempat yang banyak airnya. Dalam penafsiran nubuatan dalam Wahyu 17, kita memerlukan roh pengertian, roh hikmat, dan roh pengetahuan perihal identiti pelacur dan identiti binatang.  Hanya ada dua sahaja identiti ‘perempuan’ dalam seluruh penyampaian firman dalam Kitab Suci.  Yang pertama adalah ‘perempuan’ yang masih menganuti agama Perjanjian Lama dan yang kedua adalah ‘perempuan’ yang menganuti agama Kristen Perjanjian Baru. Namun, perempuan perjanjian baru tidaklah mungkin akan menjadi ‘pelacur’ sebab ia senantiasa dianugerahkan jaminan kasihsetia pengampunan oleh Domba Tuhan iaitu Kristus ('kesetiaan Kristus' 1Yoh.1: 8-10; Wahyu 19: 11).  Maka, ‘pelacur besar’ yang dinyatakan secara simbolis dalam Why.17 ini adalah merujuk kepada ‘perempuan’ yang menganuti agama Perjanjian Lama. Kita tidak keliru perihal binatang merah ungu itu sebab ia adalah pemerintah dunia. Yang mengelirukan adalah ‘saat’ dan di mana nubuatan ini digenapi. Sebelum kita melihat kepada keperinciannya, maka adalah bijak untuk melihat petikan Yesaya 46; 9-10 sekali lagi.


    Tuhan menyatakan melalui Nabi Yesaya bahawa yang berlaku hal yang kemudian (pengakhiran) telahpun diberitahu dari mulanya, iaitu sejak zaman purbakala lagi. Melalui kacamata hikmat makrifat yang disampaikan oleh Nabi Yesaya itu, maka kita akan telusuri awalan permusuhan antara ‘perempuan’ dan ‘binatang’ naga itu.  Sudah tentu ada nubuatan di zaman purbakala yang memberitahu permulaan perseturuan itu yang diheret sampai ke akhir zaman. Kita kembali kepada permulaan permusuhan antara  perempuan’ dan ‘naga’ menurut nubuatan Ilahi yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 3: 15

                                                                    


The woman and the other 'offspring' (gentile-followers of the Way ) versus the Serpent and the serpent's offspring, 'the beasts.'  The 'offspring' learn how to crush the head of the Serpent from the 'empowering' Holy Spirit (the soul of the New Testament's woman.)



15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau (Ular tua) dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.”


    Berpandukan nubuatan di atas, maka kita diberitahu bahawa ‘perempuan’ itu telah dinubuatkan akan bermusuhan dengan Ular Tua dan keturunannya di sepanjang zaman manusia.  Jelas sekali bahawa Tuhan turut mengatakan bahawa ia juga mengadakan permusuhan antara Tuhan dan ‘perempuan’ itu kerana perempuan itu adalah manusia yang 'luka.'.  Jika, perempuan itu tidak diperdamaikan dengan roh Tuhan, maka sudah tentu Tuhan akan merelakan keturunan si Ular tua itu mematuk tumit perempuan itu.  Dan jika perempuan itu diperdamaikan dengan Roh Tuhan, maka perempuan itu akan meremukkan kepala keturunan-keturunan si ular tua itu.


     Perempuan si pelacur besar itu adalah mewakili bangsa Ibrani yang kekal menamakan diri mereka sebagai penyembah-penyembah Tuhan menurut Perjanjian Lama.  Mereka itu, pada masa kini sedang menduduki reruntuhan-reruntuhan tanah suci yang dibangunkan semula. Mereka membangunnya semula apabila mereka menggenapi nubuatan para Nabi seperti 'dijemput'  oleh Nabi Yehezekiel dalam Yeh. 37: 21; "Yerusalem dibelah dua" oleh Nabi Zakharia dalam Zak. 14: 2; dan kelak selepas Kristus kembali akan ada pemulihan "144,000 bangsa Israel" menurut nubuat oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 7:4 & Why. 14: 1-5; dan "IsteriKu dalam kesetiaan" dalam Hosea 2: 19).  Meskipun, penduduk Israel mengikut anutan majoriti adalah tidak mempercayai kepada Jalan penyelesaian dosa di dalam nama Domba Tuhan, Tuhan masih menunaikan FirmanNya melalui Nabi Yehezekiel 36: 24 “Aku akan menjemput kamu dari antara bangsa-bangsa dan mengumpulkan kamu dari semua negeri dan akan membawa kamu kembali ke tanahmu.” Namun, jemputan ini belum menggenapi pemulihan bangsa Ibrani.  Kerajaan Israel yang ada sekarang hanyalah menggenapi "jemputan" Tuhan menduduki semula Tanah Perjanjian.


     Kemerdekaan Negara Israel pada tahun 1948 CE, dan operasi-operasi Aliyah [1]  (pulang ke tanah suci) hanyalah menggenapi nubuatan ‘jemputan’ itu. Pemulihan yang ditanyakan oleh rasul-rasul Kristus dalam Kisah Para Rasul 1: 6-7 yang berbunyi “Tuhan maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?”  adalah jelas terjawab oleh Wahyu 7: 4 di mana seramai  144,000 dari kedua belas suku kaum Israel akan dimeteraikan kelak dengan “meterai Allah yang hidup.” Pemulihan kerajaan Israel yang rohani hanya dapat dilaksanakan dengan dimulakan dengan “meterai Allah yang hidup.” Yesus menjawab pertanyaan itu,  Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya.” 12 suku-kaum Bani Israel dinubuatkan sebagai kedua belas (12) atau dalam mimpi Yusuf sebagai 12 bintang. Lirik dalam Kitab Mazmur 147: 2, 4 berbunyi: "2...Ia mengumpulkan Israel yang tercerai-berai. ...4 Ia menentukan jumlah bintang-bintang dan menyebut nama-nama semuanya." Kelak, apabila Yeshua kembali; dinubuatkan bahawa ada 12,000 orang bagi setiap bintang house of Jacob itu, Namun satu bintang, iaitu suku kaum Dan telah dikeluarkan dari senarai, dan suku Manasseh telah diangkat sebagai salah satu daripada bintang-bintang house of Jacob itu!

    Yesus  menyatakan bahawa mereka akan menerima kuasa dari Bapa, kalau Roh Kudus turun ke atas mereka. Justeru itu, perihal pemulihan kerajaan Israel itu akan dijelaskan pula oleh Roh Kudus nanti. Yesus menyarankan supaya Israel yang menganuti kepercayaan menurut Perjanjian Baru menerima Roh Kudus terlebih dahulu, dan barulah nanti mereka akan mengerti perihal pemulihan kerajaan Israel. Pemulihan itu merangkumi dua kasus iaitu pemulihan kepada penyembahan roh melalui 'Jalan,' dan yang kedua adalah pemulihan kerajaan di Tanah Suci. Bangsa-bangsa yang percaya kepada Jalan akan mengecapi status sebagai "keturunannya": "anak-anak" (offspring) kepada 'perempuan' menurut roh nubuatan (Wahyu 12: 17 dan Kejadian 3: 15). 

    Meskipun, surat-surat para Rasul menyatakan bahawa Gereja adalah mempelai Kristus, justeru itu, ia adalah 'perempuan,' namun berdasarkan Kejadian 3: 15 dan Wahyu 12: 17 dan juga mimpi Yusuf dalam Kejadian 37: 9 dan penglihatan Santo Yohanes dalam Wahyu 12: 1, maka 'perempuan' dalam Kitab Wahyu adalah merujuk khusus kepada bangsa Ibrani, samada mereka (Ibrani) itu menganuti agama Perjanjian Lama ataupun mereka yang menganuti agama Perjanjian Baru. Maksud penulis adalah arti istilah 'perempuan' secara khusus dilihat berdasarkan bahasa nubuatan dalam Why.12: 17 dan Kejadian 3: 15-16 serta Why.12: 1 dan Kejadian 37: 9. Jika dilihat berdasarkan surat Rasul-Rasul, maka bangsa-bangsa lain yang menjadi pengikut Jalan, sememangnya dipanggil mempelai Kristus. Namun, penafsiran Wahyu 17 adalah berdasarkan bahasa nubuatan yang khusus itu. Pada masa kini, Ibrani yang menganuti agama Perjanjian Baru mewakili peratusan yang minoriti di Tanah Suci berbanding dengan Ibrani yang menganuti agama Perjanjian Lama.



Kenapa pula 'perempuan' ('Kota') itu disebut pelacur besar?



     Bangsa Ibrani adalah bangsa yang dianugerahkan Taurat. Perempuan dalam Kejadian 3: 15-16 merujuk khusus kepada bangsa Ibrani yang masih menganuti agama Perjanjian Lama.  Tidak mungkin ia merujuk kepada bangsa-bangsa lain di dunia. Namun dalam Why. 17, ia merujuk khusus kepada 'Kota;' Kota yang mempunyai kaitan istimewa dengan perempuan iaitu umat Tuhan. Perempuan ini dilahirkan di Mesir melalui Paskah Tuhan.  Apabila ia memiliki Tanah yang dijanjikan, maka Kota Yerusalem telah menjadi pusat penyembahan, iaitu berpusat pada Bait Allah di mana namaNya tinggal di sana (Lihat 2 Raja-Raja 23: 27).  Kehidupan rohani Israel berpaut pada Bait Allah (Tabernakel). Sebab itu Sang Pemazmur bernyanyi bahawa ada aliran sungai kehidupan yang mengalir di tengah-tengah Kota Yerusalem, dan sungai itu merujuk kepada hadirat YHVH di Bait Allah itu. Nabi Yehezekiel bernubuat bahawa Yerusalem adalah isteriNya (Lihat perkataan "IsteriKu" dalam Hosea 2: 19) yang telah bersundal dengan Mesir, Asyur, Kasdim (Babylon) dalam Yehezekiel 16.  Malah ,Nabi Yehezekiel turut menghuraikan dosa-dosanya dalam bab ke-22 dan bab ke-23.  Meskipun Why.17: 18 jelas menerangkan perwakilan simbolis 'perempuan' itu, namun Kota itu tidaklah dapat dikenalpasti jika kita tidak melihat bangsa yang dinubuatkan khusus dengan kota itu. Sebab itu kita mulai penafsiran Why.17 dengan Kejadian 3: 15.

     Jelas, Yerusalem itu disindirkan oleh Tuhan sebagai seorang pelacur ketika Nabi Yehezekiel menyampaikan mesej perihal keadaan Israel yang tidak diperdamaikan dengan YHVH.  Oleh kerana ‘perempuan’ itu tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan, maka seluruh bangsa Ibrani telah ditaklukkan kepada kekuasaan “keturunan ular tua” iaitu pemerintah-pemerintah dunia -- Mesir, Asyur, dan Kasdim (Babylon).  Rupanya Tuhan merelakan bangsa-bangsa pemerintah dunia iaitu Mesir, Asyur dan Kasdim sebagai keturunan Ular Tua untuk “meremukkan tumitperempuan itu sesuai dengan pemberitahuannya dari mulanya. Dalam Yehezkiel 16, hubungan di antara Tuhan dan umat Ibrani diumpamakan sebagai hubungan suami-isteri.  Jika, bangsa Ibrani tidak setia, maka Tuhan akan membiarkannya, tanpa perlindungan daripada menjadi jajahan takluk penguasa-penguasa politik dunia.  Maka, bangsa Israel dan kota Yerusalem akan ditaklukkan kepada kuasa-kuasa besar dunia, dan penaklukan oleh kuasa dunia inilah yang menjadikan Yerusalem sebagai “Pelacur Besar.”


    Ia duduk di tempat banyak air kerana, kota Yerusalem pernah dijajah oleh raja-raja bangsa-bangsa di dunia termasuk monarki British.  Ia menjadi kota percaturan politik oleh raja-raja dan kuasa-kuasa besar dunia malah ia masih begitu sehingga kini! Binatang-binatang (pemerintah-pemerintah dunia) menurut Kitab Kejadian 3: 15 adalah keturunan Ular tua. Mereka adalah pemerintah-pemerintah dunia yang menentang 'perempuan’ itu.  Dalam Kitab Daniel, Nabi Daniel menjelaskan dalam Dan.7: 2-3 "2...Pada malam hari aku mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari langit mengguncangkan laut besar, 3 dan empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain." Identiti binatang-binatang itu adalah mewakili empat empayar yang akan muncul di bumi (lihat Daniel 7: 1-28).  Perempuan itu (Kota) pula dikaitkan dengan bangsa iaitu bangsa Ibrani. Binatang merah ungu itu penuh dengan nama-nama hujat.  Nama adalah karya atau pekerjaan sebagaimana yang kita dapat fahami melalui petikan Wahyu 19: 13; Yohanes 1: 29.  Menurut Roh nubuatan, perkataan "nama" seringkasnya bermaksud karya (handiwork) atau pekerjaan. Nama-nama hujat artinya karya-karya atau pekerjaan yang menghujat atau menentang Tuhan. 



Perbedaan binatang merah-ungu dalam wahyu 17 dengan “binatang keluar dari laut” dalam Wahyu 13.



    "Binatang yang keluar dari laut" dalam Wahyu 13 adalah merujuk kepada sepuluh garis keturunan raja-raja Eropah yang muncul, selepas binatang ke-empat yang keluar dari laut telah berlalu, iaitu Empayar romawi purba menurut penglihatan Nabi Daniel dalam Kitab Daniel 7: 8-9. "10 garis keturunan monarki di Eropah itu telah bertahan sehingga sekarang." [2] Penglihatan binatang ke-4 yang keluar dari laut itu diterima oleh Nabi Daniel dalam pemerintahan tahun yang pertama oleh Maharaja Nabonidus iaitu kira-kira dalam tahun 556 BCE. Maka, Tuhan sudahpun berfirman perihal 10 garis keturunan dalam Empayar Romawi, sebelumpun empayar itu lahir 524 tahun kemudian.  

    Tujuh monarki dari sepuluh garis keturunan raja-raja itu telah menjadi kuasa penjajah yang menjajah dunia sehingga empayar mereka melilit di muka bumi. Kemana perginya 3 lagi garis keturunan raja-raja? Tiga (3) garis keturunan telah bergabung menjadi satu mahkota dalam monarki empayar British. Manakala, tiga (3) lagi telah lama terhapus dahulu, iaitu ketika peperangan-pergolakan politik empayar-kristen Romawi. Sepatutnya, ada 13 garis keturunan raja-raja di Eropah. Tiga garis keturunan sudah terhapus. Dan tiga lagi telah bergabung menjadi satu. Ada tujuh monarki Eropah yang dikatakan sebagai Imperialis. Mahkota Sri Paus tidaklah dimasuk kira sebagai keturunan raja kerana ia adalah Bapa Agama Katolik, dan ia boleh saja tergolong sebagai perempuan (jika darah penjawat Bapa Suci itu adalah berketurunan Ibrani) ataupun sekadar tergolong status 'anak-anak' (jika penjawat Bapa Suci adalah bangsa bukan Ibrani). Wahyu 12: 17 menjelaskan perbedaan antara perempuan dan anak-anak. Perempuan adalah merujuk kepada bangsa Ibrani, sedangkan anak-anak adalah merujuk kepada bangsa-bangsa yang telah menjadi pengikut Yesus Krsitus.


     Maka, "binatang yang keluar dari laut" dalam Wahyu 13 itu bukanlah binatang merah ungu dalam Wahyu 17 kerana tujuh kepala bagi binatang itu merujuk kepada tujuh gunung yang dikaitkan dengan lokasi kota itu.  Untuk mencerahkan pengertian, kita lihat Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekadar perbandingan sahaja, di mana dalam organisasi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu itu terdapat 'binatang-binatang' cabal yang berkuasa veto seperti Russia, China, Perancis, the United States of America dan juga the United Kingdom [3]. Maka, 'binatang merah-ungu' dalam Wahyu 17 adalah pemerintah dunia yang mempunyai struktur organisasi yang merangkumi semua negara-negara dan pelbagai bangsa-bangsa di dunia serta memayungi dunia dalam agenda "peace and security" [4], sedangkan binatang yang keluar dari laut dan binatang yang keluar dari bumi itu adalah ahli  Cabal yang seringkali memainkan peranan 'monopoli' keputusan-keputusan bagi Binatang merah ungu.  Sebab itu, tidak hairanlah jika 10 raja-raja dalam binatang yang keluar dari laut (Why.13) boleh saja menjadi ke-sepuluh tanduk dalam organisasi global iaitu binatang merah ungu dalam Wahyu 17 kerana merekalah yang menjadi sekutu utama kepada cabal atau elit kepada pergabungan bangsa-bangsa itu. 

     Oleh kerana perempuan itu adalah hanya merujuk kepada umat Tuhan menurut Kejadian 3: 15, maka, kota yang pernah berkahwin dengan Tuhan YHVH adalah Kota Yerusalem (Lihat Hosea 2: 19).  Pertuduhan yang mengatakan bahawa Kota Roma ataupun Kota Vatikan itu adalah perempuan merupakan suatu penafsiran yang tidak benar kerana Kristus tidak berkahwin dengan kota. Jelas, Yesus Kristus tidaklah berkahwin dengan mana-manapun kota di dunia ini, melainkan ia mengahwini setiap roh umatnya baik dari perempuan Perjanjian baru ataupun bangsa-bangsa yang menjadi pengikut ‘Jalan:’    "anak-anak" (Why. 12: 17). Roh orang percaya (pengikut Kristus) adalah bait Allah kerana Roh Kudus turun ke atas sumbu roh mereka. Hanya satu sahaja Kota di dunia ini yang pernah menjadi isteri Tuhan iaitu Kota Yerusalem. Namun, ia telah menjadi sundal sebagai mana penberitaan para nabi, justeru itu, ia menunggang binatang merah ungu itu.

    Ayat 4:  Kota (perempuan)  itu dikatakan berkahwin dengan raja-raja pemerintah dunia kerana ia digambarkan oleh frasa-frasa seperti ‘kain ungu,’ ‘kain kirmizi,’ permata, dan mutiara dan ada satu cawan emas yang penuh dengan ‘kekejian’ dan ‘percabulan.’  Sejak kelahirannya dan semenjak bangsa Ibrani memiliki Kota itu dari tangan Canaanites, kota itu telah menjadi pusat percaturan politik bagi raja-raja di dunia.  Tuhan YHVH mengumpamakan Yerusalem sebagai isterinya, sebagaimana firmanNya yang disampaikan oleh Nabi Yehezekiel dalam kitab Yeh. 16. Oleh kerana umatnya, bangsa Ibrani, telah meninggalkan ‘jalan’ perdamaian yang diajarkan oleh Taurat, maka akhirnya Tuhan berhenti memberikan perlindungan kepada kerajaan Israel, dan Israel mula dibuang dan diserakkan ke empat penjuru bumi.

    Kristus yang mati menurut Lukas 24: 44 juga adalah suatu dosa bagi Kota Suci itu. Ia menambahi kekejian dan percabulan Kota itu. Kota itu adalah jauh sekali layak sebagai kota suci kerana ia telah menjadi pusat karya-karya  (pekerjaan-pekerjaan) pemerintah dunia semenjak umatnya mula memberontak kepada Tuhan YHVH; ia adalah tempat yang dikatakan mewarisi kekayaan  emas dan perak sejak zaman raja Salomo.   Sehingga kini, kota itu masih  juga kekal 'sekadar' perdagangan dan juga sebagai salah satu titik terpanas bagi konflik antara pemerintah-pemerintah di dunia.  Ia tidaklah pernah ditahirkan sebagai isteri kepada Tuhan YHVH. Dalam arti kata lain, kota itu memperlihatkan aktiviti bangsa yang dikaitkan dengannya, iaitu 'kain ungu' yang bermaksud 'politik,' 'kain kirmizi' yang mengungkapkan dosa-dosa seperti merah-darah kirmizi, 'permata, mutiara dan emas' adalah ungkapan pekerjaan manusia atau bangsa yang tidak diperdamaikan dengan roh Tuhan.  Umat sejati Tuhan jelas 'makan' manna dari Sorga.   Justeru itu, nubuatan Why. 17: 3-5 menjelaskan simbolis kekejian dan percabulannya: tidak diperdamaikan dengan Roh Tuhan.   Dahulunya, Bait Allah di kota Yerusalem adalah tempat Yahweh turun bertakhta di bumi sebagaimana Ia pernah genapi pada  zaman pemerintahan "teokrasi Israel yang berlangsung selama 391 tahun dalam pemerintahan Imamat," [5] dan berlangsung "selama 511 tahun dalam garis pemeritahan monarki Yehuda." [6]  Selepas itu, ia  bukan lagi tempat nama Tuhan tinggal (2 Raja-Raja 23: 27).



    Ayat 5:  Pada dahinya tertulis suatu nama iaitu suatu rahasia: ‘Babel besar, ibu dari wanita-wanita pelacur dan dari kekejian bumi.  Sejak ia terpisah dari perkahwinan dengan Tuhan YHVH, maka "tumit perempuan" itu telah seringkali diperintah oleh raja-raja di bumi. Jika ia berkahwin kepada YHVH sahaja, maka sudah tentu ia tidak digelar sebagai pelacur. Akan tetapi,  ia telah ditakluk oleh banyak pemerintah dunia termasuk Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu yang sehingga kini masih belum dapat penyelesaian berhubung konflik di sana. Maka sesunguhnya, ia telah menjadi “Babel besar, ibu kepada semua pelacur.” Semua bangsa-bangsa di dunia (banyak "air") telah terlibat secara langsung kepada konflik timur tengah dan Yerusalem. Kita kembali kepada Kejadian 3: 15 lagi: “Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya;” Keturunan si Ular tua itu adalah pemerintah-pemerintah dunia iaitu bangsa-bangsa di dunia yang bukan Ibrani.  


    Ayat 6:  Kota itu telah disirami darah orang-orang kudus iaitu Nabi-Nabi Tuhan.  Kota itu juga turut menjadi tempat penyembelihan saksi-saksi Yesus terutama pada hari-hari awalan karya 'Perempuan-Perjanjian baru' yang baharu sahaja dilahirkan pada hari Pentakosta.  Santo Yohanes sangat heran kerana Kota itu adalah sepatutnya dikatakan Kota Suci bekas isteri Yahweh, namun realitinya jauh sekali daripada gelarannya.




The Confusion of Tongues by Gustave Doré (1865) (based upon the minaret of Samarra) [a]
[a] Lucarelli, Fosco. The Confusion of Tongues. Socks. 25 december 2015. http://socks-studio.com/2013/07/09/confusion-of-tongues-the-construction-of-the-tower-of-babel/

Kelahiran 'era' atau 'zaman' bangsa-bangsa.  Sebelum, "biarlah kita turun...", diproklamirkan ke atas Babel, umat manusia cuma 'satu' bangsa dan satu bahasa sahaja. 

    

    Ayat 8:  Pemerintah dunia yang ditunggangi oleh Kota Yerusalem itu dikatakan “Ia telah ada, namun tidak ada, ia akan muncul dari jurang maut, dan menuju kepada kebinasaan.” Negara Israel telah mendapat kemerdekaan pada tahun 1948, dan kota  Yerusalem telah dibelah dua oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menurut formula yang telah dibuat oleh pihak Mandate British. Binatang yang bertanggungjawab dengan kelahiran kota Yerusalem sebagai kota sekular adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut formula British dan disokong penuh oleh Amerika dan juga pihak Soviet Union. Kitab Kejadian 11 menjelaskan bahawa bangsa yang bersatu di Babel kuno adalah memenuhi dekripsi frasa “telah ada.” Bangsa bersatu yang mendirikan menara Babel kuno, dan yang bersatu mencari nama bagi umat manusia adalah sebenarnya setulinnya hanya satu bangsa sahaja. Tetapi kemudiannya, ia telah menjadi banyak bangsa dengan pelbagai penuturan bahasa.    Pelbagai Bangsa-Bangsa di dunia dilahirkan di menara Babel kuno kerana sebelum itu, mereka berusaha bersatu mencari nama (handiwork) bagi manusia itu sendiri. Mereka tidak mencari nama Tuhan.  Tuhan menyerakkan mereka di muka bumi dengan menumpahkan murka dalam bentuk kacau-balau bahasa kepada pelbagai bahasa pertuturan.


    Kemudian, ia telah dikatakan “namun tidak ada dan muncul lagi” kerana sebelum hukuman Tuhan ke atas menara Babel Kuno ditumpahkan, ‘bangsa seluruh dunia bersepakat bersatu menjadi satu.’ Sejak itu, kesatuan umat manusia seumpama itu "telah menjadi tidak ada" untuk suatu tempoh masa yang sangat lama sehinggalah pada tahun 1945 AD. Tempoh ketiadaan "bersatu-sedunia' itulah yang dikatakan "namun tidak ada." Ia juga dikenali sebagai "zaman bangsa-bangsa." Sepanjang masa itu, bangsa-bangsa yang telah ujud akibat hukuman Tuhan di menara itu telah senantiasa saling bersaing, saling berperang dan saling memerintah antara satu sama lain; umat manusia sedunia tidaklah bersatu menjadi satu di sepanjang zaman yang dinubuatkan secara simbolik "namun tidak ada."
                                     
"This piece of art is called 'Non-Violence.' It consists of a large replica in bronze of a 45-calibre revolver, the barrel of which is tied into a knot. It was created in 1980 as a peace symbol and is located in the Visitor’s Plaza, facing First Avenue at 45th Street." [b]
[b] Khong, Eunice.  The United Nations Headquarters. 02 January 2016. Travelerfolio.<travelerfolio.com/new york-united-nations>

     Namun, selepas peperangan dunia ke-II, iaitu sejak Oktober 1945 CE, bangsa-bangsa di dunia mula mencari nama (karya) dengan bersepakat sedunia-bersatu mencari nama: "Peace and Security" dilaksanakan melalui “Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.” Maka, umat manusia sedunia mula mencari nama (handiwork) bagi manusia bersatu, sebagaimana ‘bangsa kuno' bersatu mendirikan Menara Babel.  Cuma, perbedaan bagi kedua-dua ‘kesatuan’ itu adalah aktiviti nama atau pekerjaan manusia. Karya atau nama manusia itu berbeda kerana perbedaan zaman ia wujud; ia berbeda dari segi kemajuan teknologi dan gaya hidup. Namun, ia mempunyai persamaan kerana kedua-dua menara ‘bersatu’ itu adalah nama-nama yang mereka cari, dan nama (karya manusia) itu akhirnya bertambah kuasa merebut penyembahan manusia kepada Tuhan. Bukankah sejak dunia sepakat bersatu dalam tahun 1944 dalam nama "membeli dan menjual," manusia di seluruh bumi telah mula dihambakan untuk menyembah mamon?  Namun, karya itu diterima oleh umat manusia kerana ia amat praktikal dan mempermudahkan transaksi perdagangan domestik dan antarabangsa (seantaro-dunia).  Menara yang mereka dirikan itu, dan nama yang mereka cari itu merebut penyembahan kepada Tuhan yang Esa itu. Manusia menurut design rohnya se-eloknya menurut makrifat Sorgawi, supaya mencari nama Tuhan; namaNya ialah Firman Allah (Why. 19:13).  Tidak hairanlah Tuhan akan buat putusan ke atas “pelacur besar’ itu; di zaman Babel kuno putusan Tuhan seringkasnya diungkapkan dengan perkataan “baiklah kita turun...”

    Saya bukanlah menentang kepada pengwujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Malah, saya menyokong penuh pengwujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan sesama manusia di dunia ini, biarpun ia dilaksanakan menurut pemikiran manusia semata-mata (nama  atau karya manusia)!  Saya juga tidak menentang kepada penubuhan Bank Dunia.  Dan, saya juga bukan anti kepada perjanjian-perjanjian yang mengikat kerajaan-kerajaan di dunia perihal karya yang dicipta oleh pemerintah-pemerintah cabal dunia.  Jika, semuanya itu muncul maka, saya melihat penggenapan nubuatan-nubuatan firman Tuhan.  Saya tidaklah bersifat negatif terhadap kewujudan karya umat manusia itu.  Namun, hakikatnya semua karya-karya itu atau nama-nama yang diujudkan oleh umat manusia adalah berasal dari manusia. Apa yang berasal dari nama manusia itu akan menuju kebinasaan: tidak kekal abadi. Dan kita, sebagai pengikut Jalan, seeloknya dapat membaca tanda-tanda akhir zaman bangsa-bangsa, supaya kita tergolong sebagai orang yang "berbahagia."   Karya Tuhan adalah sangatlah jelas bezanya dari karya manusia. NamaNya adalah Firman Allah: Kristus.  

    Pemerintah-pemerintah dunia adalah calon-calon kepada keturunan Ular Tua. Tuhan menganugerahkan Kitab Wahyu kerana mereka yang  akan percaya disebut "berbahagia."  "3 Berbahagialah ia yang membacakan dan mereka yang mendengarkan kata-kata nubuat ini, dan yang menuruti apa yang ada tertulis di dalamnya, sebab waktunya sudah dekat" (Wahyu 1: 3).  "Waktunya  sudah dekat" adalah merujuk kepada penghakiman dan penghukuman bangsa-bangsa di dunia ini oleh Hakim yang maha-adil. Bangsa-bangsa yang ada di dunia sekarang adalah lahir daripada 'satu bangsa' di Babel kuno dalam Kitab Kejadian 11. Tuhan menghukum bangsa yang 'satu' itu dengan mengacau-balaukan bahasanya, maka lahirlah zaman-bagi pelbagai bangsa-bangsa.  Nabi Balaam bernubuat bahawa Amalek adalah bangsa yang pertama (Bilangan 24: 20); darahnya ada mengalir kepada pemerintah Mesir iaitu Firaun. Maka, Empayar Mesir adalah musuh 'perempuan' (umat Tuhan) yang pertama dalam timeline bangsa-bangsa.  Ia sudah dinubuatkan pada permulaannya iaitu dalam Kejadian 3: 15.

     Sejak itu, pelbagai bangsa-bangsa itu senantiasa bergolak dalam percaturan kuasa politik dan ekonomi.  Kita sedang berada dalam zaman di mana bangsa-bangsa itu telah 'bersatu semula' biarpun ia agak rapuh iaitu seperti pergabungan "besi dan tanah liat."  Ia bersatu dalam nama manusia (karya manusia) yang dipanggil "Peace and Security" melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah kepimpinan oleh penguasa dunia No.1 yang dinubuatkan sebagai "kelihatan seperti domba ('peacemaker'), tetapi bercakap seperti naga."    Rasul Paulus mengungkapkan 'suatu mesej' perihal kesatuan bangsa-bangsa itu dalam 1Tesalonika 5: 3 "Apabila mereka mengatakan: Semuanya 'damai dan aman,' maka tiba-tiba mereka ditimpa oleh kebinasaan, seperti seorang perempuan yang hamil ditimpa oleh sakit bersalin mereka pasti tidak akan luput." 

                                                                   


Ketika semua bangsa-bangsa di dunia masih mengatakan atau memperjuangkan  'peace and security,' ... 
(Sumber gambar: United Nations language Careers. 4 januari 2016. <languagecareers.un.org>)




    Kenapa Paulus menulis frasa 'damai dan aman' ?  Paulus menulis surat kepada jemaat di Tesalonika pada eranya kerana terdapat nabi-nabi palsu yang cuba mempengaruhi jemaat Tuhan bahawa 'Hari Tuhan' sudah sampai.  Ia bukanlah sekadar nasihat semata-mata, tetapi ia menyingkapkan makrifat 'nama' yang dicari oleh semua bangsa, dan nama itu menjadi petanda awalan (pra) kemunculan kembali 'menara Babel kuno.' Frasa nama 'damai dan aman' itu disampaikan oleh Rasul Paulus perihal 'saat' pra kedatangan kembali Kristus ke bumi. Ayat 3 adalah 'revelation knowledge' yang seringkali dipandang-remeh oleh para pembaca Kitab.  Di zaman menara Babel Kuno, umat manusia sedunia berkata "Marilah mencari nama ('karya/pekerjaan')..." Sehinggalah kini, umat manusia di Dunia masih 'mengatakan' (mencari 'nama') seperti yang dibuat di Babel Kuno, dan "nama" yang kita cari ialah "Damai dan aman" dalam versi bahasa Inggeris adalah berbunyi "Peace and Security[7] ."  "Peace and Security [8] " merupakan Artikel 1 dalam Bab 1 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Apa yang pasti, Rasul Paulus bukanlah merasa seronok menulis, tanpa diinspirasikan oleh Roh Kudus. Roh Kudus menginspirasinya agar tulisan Paulus dapat menasihati jemaat Tuhan di Tesalonika.  Maka, sumber inspirasi ayat 3 tersebut sudah barang tentu datang dari Roh Kudus.  Kita kembali lagi kepada Kejadian 3: 15.  Apabila 'perempuan' diperdamaikan dengan Tuhan, keturunan Ular Tua akan diremukkan kepalanya, namun bila 'perempuan' itu bersundal, maka tumitnya pula akan diremukkan pula oleh keturunan Ular tua itu.  Demikianlah kita melihat 'kuasa-kuasa tersembunyi' di sebalik pergolakan politik dan ekonomi dalam sejarah peradaban bangsa-bangsa manusia di bumi ini 


    Ayat 9 :   Yerusalem dikatakan duduk diatas tujuh gunung kerana ia berada dikelilingi oleh tujuh gunung. Lokasi kota itu dapat dikenalpasti dengan mengaitkannya dengan kedudukan tujuh buah gunung yang mengelilinginya. Dalam "jemputan' Tuhan kepada semua suku bangsa Ibrani untuk "menuju satu bangsa,"  penempatan bagi suku-suku bangsa itu juga dinubuatkan oleh Nabi Yehezekiel sebagai menduduki gunung-gunung.


    Ayat 10 :  ketujuhnya adalah juga tujuh raja: Lima diantaranya sudah jatuh, yang satu ada dan yang lain belum datang,  dan jika ia datang, ia akan tinggal seketika sahaja.”


    Ayat 10 hanya akan dapat memberikan pengertian yang lebih jelas apabila kita merujuk kembali kepada permulaan permusuhan di antara perempuan dan Ular Tua serta keturunannya, sebagaimana yang dinubuatkan dalam Kitab Kejadian 3: 15.  Meskipun ‘perempuan’ dalam Wahyu 17 adalah merujuk kepada Kota Yerusalem, namun kota itu sebenarnya dikaitkan dengan bangsanya, iaitu bangsa Ibrani. Tuhan telah memilih Israel (House of Jacob) menjadi pewaris kepada janji-janji Abraham. Bangsa Israel telah dipilih menjadi isteri Tuhan YHVH. Pusat pekerjaan (nama Tuhan) perkahwinan itu adalah Bait Allah di Yerusalem.

     Tanda di langit bagi bangsa Ibrani pada mulanya dilihat oleh Yusuf dalam Kejadian 37: 9, kemudiannya dilihat semula oleh Santo Yohanes dalam Wahyu 12: 1  Kedua-dua penglihatan yang dilihat oleh kedua-dua nabi tersebut mempunyai persamaan, meskipun tidaklah benar-benar sama: “perempuan yang berselubungkan matahari, dua belas bintang di atas kepala, dan bulan di bawah telapak kaki.” Yusuf melihat tanda ‘perempuan’ perjanjian Lama, manakala  Santo Yohanes pula melihat bagaimana ‘Perempuan’ Bangsa Israel Perjanjian Lama yang kemudiannya melahirkan Anak Perdamaian kepada Ibrani Perjanjian Baru, dan juga untuk semua bangsa-bangsa di dunia.  


    Perempuan itu dinubuatkan oleh Tuhan dalam Kitab Kejadian 3: 15: bahawa perempuan yang bermusuh dengan ular tua akan meneruskan permusuhan sehingga pengakhirannya. “15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.”   Sekiranya umat Tuhan, bangsa Israel, tidak diperdamaikan dengan Tuhan maka perempuan itu akan tertakluk kepada kekuasaan pemerintah-pemerintah dunia iaitu keturunan ular tua.  Maka, keturunan ular tua itu akan meremukkan tumit perempuan itu. Maka, Kota Yerusalem itu juga akan tertakluk kepada raja-raja atau maharaja-maharaja!  Dalam Ayat 10, Santo Yohanes melihat penglihatan bahawa 5 (lima) garis keturunan Maharaja telah “meremukkan tumit” perempuan itu. Namun, ia sudah berlalu kerana empayar-empayar yang menakluki 'tumit' perempuan itu telah berlalu.  5 (lima) empayar telah meremukkan tumit perempuan itu.  Kejadian 3: 15 akan tetap menjadi salah satu kekunci yang penting untuk mentafsir dan melihat bagaimana permusuhan antara dua keturunan itu: “Woman vs. The beasts.”  Keturunan Ular tua yang pernah meremukkan tumit perempuan itu, lantas telah menakluk Kota Yerusalem adalah:


i.      Empayar Mesir (Egyptian)
ii.     Empayar Asyur (Assyrian)
iii.    Empayar Kasdim (Babylon)
iv.    Empayar Medo parsi (Mede Persian)
v.     Empayar Yunani  (Greek)
vi.    Empayar  Romawi (Rome)
Vii.  Empayar Ottoman
Viii. Empayar Monarki Inggeris (British Empire)

Panduan Khusus untuk penafsiran "Maharaja" dalam Wahyu 17: 10 berdasarkan inspirasi dari Daniel 7: 1-17

     Kita akan berpandukan kepada inspirasi dari Daniel 7: 1-28 untuk menyingkapkan maksud tersembunyi Wahyu 17: 10.   Dalam Kitab Daniel ini, kita dengan mudah dapat memahami bahawa identiti 'binatang' adalah merujuk kepada empayar atau pemerintah bangsa-bangsa. Nabi Daniel mengatakan dalam ayat 3 bahawa ada "empat binatang besar naik dari dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain. "  Justeru itu, dari ayat 4 sehingga ayat yang 7, kita melihat bahawa 'binatang' itu merujuk kepada empat empayar atau pemerintah bangsa-bangsa yang muncul di bumi, dan ia sememangnya adalah juga pemerintah atau penakluk Kota Yerusalem.   Pada ayat yang ke-17, Nabi Daniel menulis penglihatan, dan penjelasan malaikat berbunyi "binatang -binatang besar yang empat ekor itu ialah empat raja yang akan muncul dalam bumi; "

     Kita akan bertanya kenapa dalam ayat 3 hingga ayat ke-7, 'binatang' itu jelas maksudnya yang merujuk kepada  'empayar,' sedangkan dalam ayat ke-17, malaikat itu mengatakan bahawa 'binatang itu merujuk kepada raja yang akan muncul dari dalam bumi;' ?  Bukankah empat binatang itu adalah daripada empat empayar yang berbeda, iaitu, Kasdim (Babylon), Medo-Parsi, Yunani dan akhirnya Empayar RomawiKenapa pula malaikat mengatakan dalam ayat ke-17 bahawa binatang-binatang itu adalah hanya merujuk kepada 4 raja yang akan muncul di bumi?  Bukankah satu empayar mempunyai banyak maharaja, dan apatah lagi kalau empat empayar yang bersilih-ganti?

    Kekeliruan ini akan terjawab jika kita lihat 'raja' itu sebagai 'garis keturunan maharaja.' Maka, biarpun, ada empat empayar yang berbeda, ia juga bermaksud hanya empat raja telah muncul, atau ungkapan yang lebih mudah difahami ialah ia ditulis 'empat garis keturunan maharaja" telah muncul.  Malaikat mengatakan ada empat raja di bumi sahaja.   "Empat raja" itu juga merujuk kepada "empat garis keturunan maharaja" dari empat empayar yang berbeda! Artinya memang lebih kurang sama dengan mengatakan: 'ada empat raja,' dengan syarat tiada pergantian garis keturunan maharaja. Penafsiran mengikut seluruh Daniel bab 7 menjelaskan bahawa empat raja itu bermaksud 4 garis keturunan maharaja dari empat empayar yang berbeda! Kita akan menafsir Wahyu 17 sebagaimana kita melihat Daniel 7: 1-17.


     Sebab itulah dalam Wahyu 17, penulis menyenaraikan lapan (8) empayar (lapan 'binatang') yang telah memerintah Kota Yerusalem.  Dan ia juga bermaksud ada '8 (lapan) garis keturunan maharaja yang memerintah Kota Yeruslaem! Maka, kita tidak akan menafsir bahawa ada lapan 'raja' secara harfiah telah memerintah Kota Yerusalem, akan tetapi kita akan melihat ada 'Lapan garis keturunan maharaja dari lapan empayar' yang berbeda memerintah Kota Yerusalem.  Ayat 11: "Binatang yang pernah ada dan sekarang tidak ada itu, ia sendiri adalah raja kedelapan, dan  namun demikian satu dari ketujuh itu, dan ia menuju kepada kebinasaan."  Empayar yang ke-lapan itu "telah ada" iaitu "seperti" pemerintah zaman Babel Kuno (bersifat global atau sedunia), "namun tiada" sehinggalah pada tahun 1945 CE di mana dunia bersatu jadi satu dalam Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka, ia telah "muncul lagi" sejak tahun 1945 CE.  Hanya satu sahaja 'garis maharaja' yang berada dalam kumpulan lima kuasa Veto dalam Bangsa-Bangsa Bersatu. Sesiapapun peminat sejarah akan terperangkap untuk menafsir  bahawa lima (5) maharaja itu merujuk kepada 5 (lima) maharaja Romawi Kuno.  Pendekatan penafsiran sebegitu berarti ia tidak cermat membaca Kitab Daniel 7: 1-17. Permusuhan di antara 'perempuan' dan Ular Tua bermula pada era kelahirannya di Mesir, dan sudah diberitakan sejak Kej. 3: 15. Harus diingat bahawa ayat 17 dalam Daniel 7 memberitahu bahawa empat binatang-binatang  itu ialah 'raja' dari empat empayar (4 empayar), maka fahamlah kita bahawa 4 'raja' itu bermaksud 4 garis keturunan maharaja dari empat empayar yang berbeda! Biasanya Empayar adalah diperintah oleh satu garis keturunan raja/maharaja.

     Kesimpulan & Kekunci : Maka, dalam penafsiran Wahyu 17: 10-11 "lapan (8) maharaja" sebenarnya bermaksud 8 (lapan) garis keturunan maharaja dari lapan empayar yang berbeda.  Kesemua 'binatang' itu (pemerintah dunia) mempunyai pertalian dan persamaan: semua binatang yang muncul itu adalah keturunan si Ular tua!  Satu Empayar dilihat sebagai satu maharaja (raja) seperti Daniel 7: 17. "Binatang-binatang besar (empayar-empayar besar) yang empat ekor itu ialah empat raja (empat garis keturunan maharaja) yang akan muncul dari dalam bumi;" (Nota: Frasa berwarna biru dalam Daniel 7: 17 di atas adalah pengertian peribadi penulis, sebagaimana yang dilihat oleh penulis!).  Maka, saya akan melihat 8 maharaja dalam Wahyu 17: 10-11, sebagai 8 (lapan) empayar-empayar atau 8 (lapan) garis keturunan maharaja dari 8 (lapan) empayar yang pernah menakluki atau maharaja-maharaja 'berkahwin' dengan 'perempuan' (Kota Yerusalem) itu. Jikalau, Kota itu hanya 'berkahwin' dengan YHVH sahaja, maka sudah tentu ia tidak dinubuatkan sebagai pelacur yang menunggang 'binatang' merah-ungu itu!

Tajuk:  Empayar British pada tahun-tahun 1920-an
Source of map [c] 
[c] Histoire-Géographie au Lycée par Mr. PICQ. 27 December 2015. http://lewebpedagogique.com/grunen/british-empire-maps/map_of_the_british_empire_in_the_1920s/
                                                                    

    Penjelasan:  Empayar yang dinyatakan oleh senarai tersebut di atas adalah senarai binatang (Empayar) yang pernah menakluki Kota Yerusalem (‘Perempuan’: isteri Tuhan YHVH). Binatang-binatang keturunan ular tua itu adalah empayar-empayar yang mempunyai maharaja-maharaja sebagai pemerintahnya.  Ketika Santo Yohanes menerima Wahyu itu, “lima empayar sudah jatuh atau lima garis keturunan Maharaja dari lima empayar  sudah berlaluPerempuan tidaklah bermusuhan dengan Empayar romawi sahaja, melainkan semua binatang-binatang sejak zaman Firaun! Perempuan lahir melalui Paskah Tuhan di Mesir, maka, binatang pertama yang bermusuhan dengannya adalah Empayar Mesir.  Binatang-binatang  itu bukan sahaja pemerintah dunia, tetapi juga mempunyai permusuhan dengan perempuan dan kotanya iaitu Kota Yerusalem.   Pemerintahan lima binatang (lima Empayar) keturunan ular tua ke atas Yeruslaem sudah berlalu. Ketika Santo Yohanes menerima nubuatan dalam Why. 17, binatang yang sedang memerintah Kota Yerusalem adalah Empayar Romawi.Yang lain belum datang” merujuk kepada Empayar Ottoman (maharaja Ottoman). Dan ia meneruskan kata-kata “dan jika ia datang, ia akan tinggal seketika saja.”

    Ia menjelaskan bahawa bukan binatang yang ketujuh yang akan menjadi ‘tanda’ bagi pengakhiran penaklukan Yerusalem oleh bangsa-bangsa. Walaupun Empayar Ottoman memerintah Yerusalem dalam tempoh yang agak lama iaitu selama lebih kurang 400 tahun, namun ia hanya diungkapkan sebagai “akan tinggal seketika saja,” supaya pembaca zaman dapat merumuskan bahawa bukanlah binatang ketujuh yang akan menjadi pemerintah pengakhiran.  Maka frasa "akan tinggal seketika saja" memberikan kita pengertian bahawa pemerintah keturunan ular tua yang ke-7 juga akan pasti berlalu seperti lima binatang terdahulu yang telah berlalu. Jadi, binatang kelapanlah yang akan menjadi binatang pemerintah terakhir ke atas Kota Yerusalem. Selepas itu, Kota itu akan dipulihkan oleh Yesus Kristus. (Pemulihan Yerusalem atau bangsa Ibrani akan dibicarakan dalam Siri ke-III)



Siapakah Binatang kelapan, yang memerintah Yerusalem?



     Binatang itu ialah binatang Merah-ungu. Kota Yerusalem telah diberikan kemerdekaan pada tahun 1948, namun ia telah dibelah dua mengikut formula maharaja ke-lapan.  Kebijaksanaan Zionism menunggangi kuasa-kuasa besar, membantunya untuk terus memiliki Kota Yerusalem walaupun ia bertentangan dengan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka, ‘perempuan’ itu dikatakan duduk di atas semua air, iaitu bangsa-bangsa didunia kerana ia licik dan bijak menunggangi kuasa-kuasa besar sebagai sekutunya  (Ayat 15).  Namun, separuh kota itu masih menjadi konflik antarabangsa kerana Yerusalem timur diberikan kepada bangsa filistin. Maka, separuh kota Yerusalem dikatakan duduk di atas bangsa-bangsa di dunia kerana ia adalah ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu.  Namun, kelima-lima ahli kuasa veto di Pertubuhan itu tidaklah mempunyai ‘maharaja’ kecuali Empayar Inggeris.



Ayat 11:   Apakah maksud ungkapan “...raja kedelapan itu adalah satu dari ketujuh itu” ?



     Maksud ringkasnya, binatang itu adalah keturunan si ular tua, dan justeru itu, ia adalah musuh kepada ‘perempuan’ itu.  Kesemua binatang itu adalah keturunan si ular tua menurut Kitab Kejadian 3: 15.  Ayat 16 adalah suatu nubuatan yang kedengarannya tidaklah baik untuk Israel (bad news for the present secular Israel) kerana Kota Yerusalem itu akan dipaksa untuk dibelah dua menurut ketetapan bangsa-Bangsa Bersatu!  Tetapi hal itu diizinkan Tuhan selagi bangsa Ibrani belum dipulihkan oleh Kristus.  Binatang merah ungu itu akan membenci ‘pelacur itu’ kerana ia telah menjadi suatu sumber konflik antarabangsa yang tidak ada penyelesaian. Akhirnya, Tuhan akan merelakan binatang merah ungu untuk meremukkantumit perempuan itu.’ Dan, tumit perempuan itu adalah Kota Yerusalem. “Ia akan membuat dia sunyi dan telanjang, dan mereka akan memakan dagingnya dan membakarnya dengan api.”  Maka, benarlah firman Tuhan yang disampaikan oleh Nabi dalam Kitab Yesaya 46: 9-10


“9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahawasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku, 10 yang memberitahukan dari  mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KeputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan,”


     ‘Perempuan’ yang dinubuatkan oleh Tuhan dalam Kitab Kejadian 3: 15, menjelaskan bahawa perempuan yang bermusuh dengan ular tua akan meneruskan permusuhan sehinggalah kepada era penghakiman bangsa-bangsa oleh Hakim. “15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.”  


     Maka, fahamlah kita bahawa Roh Tuhanlah yang Maha-berdaulat antara perempuan dan keturunan-keturunan ular tua itu. Apa yang terjadi kepada Kota Yerusalem dalam Wahyu 17: 16 akan digenapi kelak. Tetapi hal itu diizinkan oleh tangan Tuhan selagi bangsa Ibrani belum dipulihkan oleh Kristus yang akan kembali ke bumi.  (Ezekiel 37: 1-14; Wahyu 7: 4; 1 Corinthians 15: 50-54).   

                                           .....................Lihat Siri 3.....................


 Mesej dalam Wahyu 22: 18-19

"18 Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini.

19 Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari Kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."


 _______________

[1]    Aliyah. Wikipedia. 25 December 2015. https://en.m.wikipedia.org
[2]    Monarchies in Europe. Wikipedia. 28 December 2015.https://en.m.wikipedia.org/wiki/monarchies_in-Europe
[3]   Permanent and Non-Permanent Members. The United Nations. 25 December 2015. www.un.org
[4]   Ibid.
[5]   Simin, Joannes. The Interpolated Chronologies in the Old Covenant Based on Prophecies. ms. 2014
[6]   Ibid.
[7] Charter of The United Nations. The United Nations. 27 December 2015. www.un.org
[8]  Ibid.


Rujukan petikan Firman versi Indonesia.
_________________


Bernadus, Dominicus. Alkitab Suci: eKatolik versi iOS. <https://www.Facebook.com/bernadus.dominicus>