Selasa, 24 Mei 2016

Kejadian 1 (Tafsiran setiap ayat) ; Roh Nubuat pada "permulaan" Penciptaan...



"9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahwasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku,
10 yang memberitahukan dari mulanya ('the beginning') hal yang kemudian ('the end') dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan," (Yesaya 46: 9-10).


1 Pada mulanya Allah menciptakan 'langit dan bumi.'


   Kewujudan alam semesta yang dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek ini bermula dari 'alam roh.' Tuhan mencipta 'alam roh' terlebih dahulu, sebelum alam yang kelihatan oleh mata kasar muncul. "Langit dan bumi" dalam Kejadian 1: 1 adalah merujuk kepada 'alam roh.' Semua orang percaya yang dianugerahkan 'penglihatan roh' dapat bersaksi bahawa 'alam roh' yang disebut "langit dan bumi" ini adalah benar-benar wujud. Tuhan itu Roh. Komunikasi Roh Tuhan kepada roh manusia akan melibatkan penyampaian penglihatan rohani dan juga mimpi yang memperlihatkan 'alam Roh' yang telah dicipta oleh Tuhan, dan ia disebut dalam frasa bahasa Roh sebagai "langit dan bumi."  Menurut kajian saintifik oleh pakar-pakar dalam bidang kaji-bintang atau astronomi, bumi bukanlah pusat kepada permulaan kewujudan alam-semesta. Jika diertikan secara harfiah, kenapa pula dalam Kitab Kejadian 1: 1, bumi 'seolah-olah' menjadi 'pusat' kepada Penciptaan alam-semesta (Universe)? Pusat alam semesta adalah senantiasa terpaut pada Roh Tuhan. Perkataan-perkataan dalam Kejadian fasal satu adalah bahasa 'roh.' Justeru itu,  ia harus dilihat dengan kaca-mata 'roh nubuat'. Adalah janggal dan salah jika sekiranya ia dilihat dengan kaca-mata sains atau menurut logika pemikiran. Firman dalam Kitab Kejadian menyingkapkan fitrah (nature) Firman (Roh Kristus) itu sendiri sebagai Sang Pencipta. Kejadian fasal satu tidaklah menyatakan perihal evolusi Penciptaan, sebagaimana menurut logika saintifik, melainkan ia lebih menyatakan (revealing) 'karya tangan' oleh Firman. Justeru itu, setiap kali Firman berkarya di dalam suatu 'perutusan' 'nama' Tuhan', maka frasa roh-nubuat "langit dan bumi" akan memberitakan 'karya tangan' Roh Tuhan (Firman); ia adalah 'aliran' Roh nubuat dan juga pengungkapan perkataan-perkataan bahasa Roh Pencipta. 

    Kita akan melihat Firman (Roh Kristus) yang memperlihatkan 'pelangi' di langit di zaman selepas 'kiamat-air banjir'; dalam 'karya Firman menjadi manusia,' yaitu Raja Kebenaran (Raja Damai), kita melihat langit yang memberitakan mesej nubuatan 'bintang Bethlehem'; kita akan melihat 'karya' Roh Tuhan, yaitu 'nama' Hakim melalui 'pemberitaan' "langit dan bumi" dalam Mat.24: 29; Kis.2: 19-20; Why. 6: 12-13. Maka, setiap kali Roh Tuhan berkarya, maka 'firman' akan disusuli dengan pemberitaan 'alam roh,' iaitu ungkapan frasa  'langit' dan 'bumi.' Apabila Roh Kristus (Firman) berkarya, ia akan menyatakan kemuliaan-Nya di 'langit' (heavens)' dan 'cakrawala' (sky) pula memberitakan 'handiwork' ('nama') Tuhan. ('Langit' dalam kasus ini adalah 'alam roh' yang hanya dapat dilihat dalam 'penglihatan roh').  Tiga orang majus dari timur yang 'melihat' tanda di 'langit,' iaitu bintang Raja Kebenaran adalah contoh perihal 'alam roh' yang disebut 'langit.' Ia tidak merujuk kepada alam harafiah yang dapat dilihat oleh mata-kasar manusia!

    Dalam kasus saat kelahiran Kristus, "...pada mulanya Firman,...dan kemudian, kita akan melihat deklarasi, iaitu 'tanda-tanda' kemuliaan Tuhan di Sorga, dan 'langit' pula memberitakan ''bintang Raja Kebenaran' yang bersinar.Kelak, ia disebut 'bintang' Bethlehem.  'Bintang' yang dilihat oleh tiga orang majus dari Timur. Mereka arif dengan 'alam roh,' dan Tuhan mentakdirkan mereka sebagai saksi kepada 'Firman menjadi manusia.'  Hal ini konsisten dengan Kejadian 1: 1: pada mulanya "...Firman menjadikan langit dan bumi." Dalam kasus 'saat' kelahiran Raja Damai (Raja Kebenaran), ia dimulai dengan deklarasi Sorga yang hanya dapat dilihat oleh nabi-nabi (sherperders-prophets), dan juga "pemberitaan langit" yang dilihat oleh 'pelihat' (orang majus atau the heathen seers). Nabi-nabi melihat tanda-tanda 'kemuliaan' Tuhan di Sorga, kerana mereka melihat 'Sorga' terbuka, sedangkan tiga orang majus itu hanya dapat melihat pemberitaaan 'Langit.' Sorga memang lebih tinggi dari langit; nabi-nabi melihat yang 'lebih tinggi' dan 'orang majus hanya melihat yang lebih 'rendah' iaitu alam roh 'langit' sahaja.

    Seluruh Kitab Kejadian fasal satu adalah lebih mengungkapkan tentang 'fitrah' Firman Allah (the nature of the Word of God, and how the Word of God is flowing and manifesting on intangible realities and  on tangible existences). Menurut makrifat yang disingkapkan oleh alkisah dalam Kitab Kejadian, semua 'karya' Firman atau 'nama' Tuhan akan dituruti dengan pernyataan 'di alam Roh,' iaitu 'langit' dan 'bumi.' 'Nama' atau 'karya' Roh Tuhan perihal 'Hakim' yang akan datang-turun di bumi ini akan dimulai dengan deklarasi Sorga 'terbuka' seperti 'gulungan Kitab', dan juga 'pemberitaan 'langit' ('alam roh') seperti dalam Zakaria 14: 5-7; Matius 24: 27-29 dan Wahyu 6: 12-14. Ringkasnya, Nabi Musa bernubuat perihal 'karya' Firman dalam Kitab Kejadian, namun bukan perihal 'masa' hadapan (future), tetapi Moshe dalam hadirat urapan 'Roh Kudus,' ia bernubuat  ke masa lampau perihal Firman, iaitu karyaNya dalam mencipta realiti 'alam roh' iaitu "langit dan bumi" (heavens and earth), dan baharulah alam semesta yang harafiah menyusul dicipta! 

    "Backwards' prophecies" dalam Kitab Kejadian dapat dirumuskan bahwasanya Roh Tuhan adalah Pencipta dan Sumber kehidupan sejati kepada semua ciptaan di alam semesta. Nabi Moshe menerima mesej roh perihal Penciptaan, maka seluruh catatan Firman dalam Kitab Kejadian adalah "Roh nubuat." Kenapa begitu? "... karena kesaksian Kristus adalah roh nubuat." (Wahyu 19: 10 c). Semua Firman Allah dari Kitab Kejadian sampai kepada Kitab Wahyu adalah bersaksi tentang Kristus. "...Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup." (Yohanes 6: 63). Justeru itu, alkisah dalam Kitab Kejadian fasal 1 adalah "Roh nubuat" yang bersaksi tentang karya Roh Kristus. Ia tidaklah dilihat seolah-olah seperti  buku teks sains. Ia adalah 'roh' dan 'hidup' yang diberikan oleh Roh Tuhan dalam bahasa roh nubuat! Hakikatnya, ia ditulis oleh nabi Moshe sebagai nubuatan-nubuatan yang menubuatkan  ke dimensi 'masa' di masa lampau (prophecies concerning the things in the past), namun kita tahu nabi Yesaya ada bernubuat bahawa "Tuhan memberitahu pengakhiran dari permulaan..." (Yes. 46: 10). Jika demikian, maka ñubuatàn 'permulaan' seperti dalam Kitab Kejadian sudah pasti menyingkapkan perihal 'pengakhiran' dan sebaliknya. Maka, ia bukan ditulis sepertimana catatan sejarah ditulis atau sebagaimana penulisan mitos diceriterakan. Ia adalah catatan berdasarkan Roh Nubuat. Ia dimengertikan bukan dengan rumusan intelek, tetapi dilihat melalui mata 'roh' yang disingkapkan oleh Roh Tujuh Lapis.

    Pada mulanya Firman (Roh Tuhan) menciptakan 'langit' dan 'bumi.' Kelak, dalam lirik-lirik yang dinyanyikan Daud, 'langit' itu memberitakan "nama" atau "'karya" Tuhan [1]. Maka, dalam 'Roh nubuat,' 'langit' itu memberitakan "karya Ilahi." 'Bumi' itu juga Tuhan seru untuk mengadili umatNya. Yeshua Kristus menyingkapkan bahawa semua perkataan-perkataanNya adalah 'Roh dan Kehidupan' [2]. Kejadian fasal satu tidaklah dapat diintegrasikan dengan apa-apa teori atau falsafah sains perihal asal-usul alam semesta sebagaimana yang difikirkan oleh ahli-ahli sains. Kejadian fasal 1 adalah diberikan dalam "Roh Nubuat" dari Roh Tuhan; alkisah itu adalah 'roh dan kehidupan.' Ia memperkatakan tentang "roh dan kehidupan" roh-roh mañusia, daging, dan alam semesta dari bahasa Firman, yaitu Roh Kristus.


2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.
----------

    Dalam pengajian sains, yang 'kelihatan hanyalah merangkumi 0.02 % dan ia adalah asas jisim, "mass," bagi sesuatu atom atau sel. Manakala, 99.98 % adalah tidak 'kelihatan atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai "empty space" yang gelap-gulita. Tuhan bermula dengan 'seed' atau 'nucleus' kepada alam semesta yang belum kelihàtan. Maka, "...Roh Tuhan melayang-layang di atas 'seed' (nucleus) itu; dan kita tahu bahawa 'inti' kepada 'karya' Roh Tuhan adalah Firman. Firman juga adalah 'inti' kepada 'iman.' Firman itu harus 'bersuara' (berkehendak) untuk berkarya.  Justeru itu, pada mulanya "Firman" (Hikmat atau Kristus), dan suara ('kehendak') Firman itu mengalir kepada aphabet roh: langit dan bumi! Firman itu datang dari Roh Tuhan, dan para malaikat "melakukan kehendak Tuhan dengan mendengar suara Firman. "(Mazmur 103: 20). Permulaannya, adalah penciptaan "langit dan bumi" dan pengakhirannya adalah "langit baru dan bumi baru." Dalam pengakhiran 'bumi',' ia dinubuatkan :" Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi." (Why. 21:1). 'Langit' yang dicipta oleh Firman dalam Kejadian 1: 1 tidak akan ada lagi, kerana ia tidak akan memberitakan lagi perihal 'karya' yang telah disempurnakan (diselesaikan) oleh Kristus, apabila ia sampai pada Wahyu 21:1. 'Langit' yang pertama yang diciptakanNya dalam Kej. 1: 1 terpaut kepada Ordo Melkisedek, yaitu Kristus, dan juga "nama-nama Ilahi" yang telah diutus dan dinyatakan kepada umat manusia. Namun , 'Langit yang Baru' dalam Wahyu 21:1 memberitakan 'nama' Ilahi yang benar-benar baharu (a new divine programming of the spirit's realms). "Bumi yang kosong" bermaksud Firman belum 'bersuara' dan 'belum berseru' untuk memberikan atau menyatakan manifestasi karya tentang 'bumi' sebenar (yang kelihatan oleh mata kasar). Namun, Tuhan mengungkapkan bahawa semua ciptaan di alam semesta ini telah di dahului dengan pengujudan 'alam roh' iaitu 'langit dan bumi'! "Bumi' yang kosong" juga dilihat sebagai Ordo Melkisedek yang belum menyiapkan alam bumi yang dapat dilihat oleh mata kasar. Sebelum itu, Firman telah mengalir mengujudkan 'alam Roh' yang juga berfungsi sebagai  alphabet Roh : 'Langit' dan 'bumi'.'

    Keperincian bumi  di 'alam roh,' dipakai oleh roh Tuhan dalam "menyeru bumi" (alphabet Roh) untuk mengadili umatNya seperti dalam Mazmur 50: 4-6. Tetapi bumi yang kosong berarti tiadalah yang dapat diseru tentang alphabet Roh 'bumi' menurut 'suara' Firman. Kita tahu bahawa Bumi harafiah adalah sarat dengan pelbagai 'entities' seperti gunung, sungai, air, laut, pulau-pulau, gempabumi dan lain-lain lagi. Semua benda ada yang hidup atau mati yang dilihat di bumi harafiah ini dipakai oleh Roh Tuhan dalam bahasa Roh kerana 'alam Roh bumi' mengandungi entities yang sama. Maksudnya, kalau bumi nyata ada gunung, maka di alam roh juga ada gunung. "Langit dan bumi" digunakan oleh Roh Tuhan dalam komunikasi Roh! Pengungkapan bahawa Roh berkait-rapat dengan 'alam roh' yang dicipta oleh Tuhan.  

3 Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi.

Tuhan  dari semula adalah "terang." Dari Firman muncul-lah terang. Kelak, apabila 'Firman' menjadi 'manusia,' Yeshua berkata "Akulah terang Dunia..." Meskipun manusia mampu menciptakan "terang" dengan 'karya ilmu sains, namun ia tidaklah dapat menerangi 'roh-roh' manusia yang terpisah' dari Roh Tuhan kerana dosa.

4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.

    Anak-anak yang diterangi roh mereka dengan hadirat urapan Roh Kudus dinubuatkan untuk dipisahkan dari anak-anak kegelapan! Anak-anak keturunan Adam yang mendirikan Altar dan beribadah kepada Jalan 'altar,' iaitu "Jalan perdamaian" dengan Roh Tuhan, dan  mereka akan dilihat oleh mata Tuhan sebagai orang-orang baik. 'Baik' kerana mereka diberikan "Jalan" untuk menyelesai kan impurities (dosa-dosa) dalam Roh mereka. Di antara 'terang' yang dicipta adalah para malaikat. Sebahagian 'terang' itu telah menjadi "fallen stars" kerana mengikuti Lucifer. 

5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

    Allah adalah sumber "terang" dan tiada kegelapan dalam DiriNya.  Firman adalah pelita kaki yang menerangi setiap perjalanan iman bagi setiap orang percaya. Dia bukan sahaja "berkarya" dalam terang (Firman) itu, malah Ia  juga berkarya dalam "gelap." Justeru itu, Ia berkerja Siang dan malam tidak henti-henti menanggung derita manusia.  Ia adalah Juruselamat, atau Jurupenebus. (Mazmur 68: 19.). Dan Tuhan juga menubuatkan tentang "pagi" dan "petang." 'Pagi dan petang' bagi Roh Tuhan merujuk kepada setiap "permulaan dan pengakhiran" bagi setiap "nama" Tuhan yang dinyatakan; ia ( hari pertama, kedua, ketiga, ke-empat, kelima, keenam, dan ketujuh) sama sekali tidak ada kaitan, dengan kalendar yang dicipta oleh intelek manusia berdasarkan pergerakan bulan atatupun pergerakan bumi mengelilingi matahari.

6 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air."

                                                                             
Cakrawala~ "memisahkan air dari air" mengikut di ruang mana ia terbentuk dan wujud di pelbagai lapisan ketinggian "Langit" 

'Air' di atas Langit 

Air dari atas (langit) turun ke bumi ~'hujan'
                                                                         

    Cakrawala berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem "pengawalan" yang ada dalam atmosfera bumi, supaya air di bumi dan di atas bumi  itu dalam kitaran yang seimbang. Dalam bahasa roh, 'cakrawala' mendeklarasikan KemuliaanNya dan langit memberitakan 'karya' (handiworks) Tuhan (Mazmur 19: 1-2). Dalam penyampaian nubuatan penciptaan oleh Roh Tuhan, Ia telah menetapkan "cakrawala" sebagai bahasa roh untuk memberitakan 'karya Tuhan seperti 'karya "penghakiman dan penghukuman" (Court of heaven). Cakrawala di luar atmosfera bumi adalah 'ruang' angkasa lepas' yang sedikit diketahui manusia, namun Tuhan berdaulat ke atas cakrawala. Lapisan-lapisan cakrawala (langit) itu 'memisahkan satu air dengan air yang lain' berbicara perihal "clouds" (kristal air~crytallized water-ice) yang terbentuk di ketinggian-ketinggian tertentu di pelbagai lapisan langit. Dalam penglihatan 'roh', semua 'entities' di langit itu adalah "suruhan" (servants Tuhan yang setia melaksanakan kehendakNya dengan mendengar 'suara' Firman. Dalam pengertian ungkapan roh, air dipisahkan dari lapisan, adalah hirarki malaikat ("clouds") mengikut tingkat-tingkat koir para malaikat (St. Dionysius). Justeru itu, tatkala otak manusia melihat dan memikirkan realiti penciptaan yang 'kelihatan atau dapat ditanggapi oleh akal budi,' Roh Tuhan juga memakai semua 'realiti' elemen-elemen 'asas' Penciptaan tersebut untuk mengungkapkan mesej "roh Nubuat" dan disampaikan dalam penglihatan roh, mimpi mimpi Dan Suara.


7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian.

8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.

     Ayat 8 adalah hari yang ke-dua. Namun, hari itu tidaklah merujuk kepada hari manusiawi yang dikira dari pergantian siang dan malam di atas bumi. "Hari" itu merujuk kepada "roh nubuat." "Pagi" dan "petang" bagi Tuhan diartikan berdasarkan kepada Roh pengertian dan roh hikmat.  Roh Pencipta, Kristus, menyingkapkan dalam Mazmur 19: 1-2 bahawa "cakrawala menyatakan kemuliaan Tuhan, dan langit memberitakan karyaNya atau "namaNya." Ada apa di langit? Bila kita menengadah ke atas, dan kita akan melihat matahari, bulan, bintang-bintang, awan, hujan belerang, es, puting-beliung, hujan, kemarau, 'halilintar' dan lain-lain lagi. Tuhan menggunakan 'identiti' bagi elemen-elemen tertentu perihal realiti sebenar yang wujud di langit itu untuk menyingkapkan dan mengungkapkan mesej "roh nubuat," "'Karya" Roh Tuhan atau "nama" (Mazmur 19: 1-2). Bila identiti (entiti) sesuatu realiti langit disingkapkan, maka mesej yang disampaikan melalui penglihatan Roh, dalam mimpi, dan juga melalui 'suara Firman' itu adalah "roh nubuat." Langit dalam bahasa roh nubuat mempunyai maksud 'karya' ('pekerjaan') roh Tuhan:  Hai langit, teteskanlah   keadilan   dari atas, dan baiklah awan-awan mencurahkannya! baiklah bumi membukakan diri dan bertunaskan keselamatan,  dan baiklah ditumbuhkannya keadilan! akulah Tuhan yang menciptakan semuanya ini.” (Yesaya 45: 8)

Langit dan bumi, pujilah TUHAN!
148  Haleluya!   Pujilah TUHAN di sorga, pujilah Dia di tempat tinggi! 2 Pujilah Dia, hai segala malaikat-Nya,   pujilah Dia, hai segala tentara-Nya! 3 Pujilah Dia, hai matahari  dan bulan, pujilah Dia, hai segala bintang terang! 4 Pujilah Dia, hai langit yang mengatasi segala langit,   hai air yang di atas langit!   5 Baiklah semuanya memuji nama TUHAN, sebab Dia memberi perintah, maka semuanya tercipta. 6 Dia mendirikan semuanya untuk seterusnya dan selamanya, dan memberi ketetapan  yang tidak dapat dilanggar. 7 Pujilah TUHAN   di bumi, hai ular-ular naga  dan segenap samudera raya;   8 hai api dan hujan es,  salju dan kabut, angin badai yang melakukan firman-Nya; 9 hai gunung-gunung dan segala bukit, pohon buah-buahan dan segala pohon aras: 10 hai binatang-binatang liar   dan segala hewan, binatang melata dan burung-burung yang bersayap; 11 hai raja-raja  di bumi dan segala bangsa, pembesar-pembesar dan semua pemerintah dunia; 12 hai teruna dan anak-anak dara, orang tua dan orang muda! 13 Biarlah semuanya memuji-muji TUHAN,  sebab hanya nama-Nya saja yang tinggi luhur, keagungan-Nya mengatasi bumi dan langit.   14 Ia telah meninggikan tanduk umat-Nya, menjadi puji-pujian  bagi semua orang yang dikasihi-Nya,  bagi orang Israel, umat yang dekat pada-Nya. Haleluya!  (Mazmur 148 : 1-14). 


9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian. 10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air (many waters) itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.


    Kumpulan air ("many waters") itu berkumpul dan dinamai laut. Dalam Wahyu 13, kita akan melihat binatang Sepuluh tanduk dan Tujuh 'kepala yang keluar dari "laut." Karyanya keluar dari 'laut.' Maka, tahulah kita bahawa pemerintah (Raja) itu menjajah dan mengumpulkan banyak bangsa ("many waters")  menjadi Empayar bagi "binatang yang keluar dari laut." Dan dari permulaannya iaitu Kej. 1: 10, "air yang dikumpulkan itu di'namai' laut." Bangsa-Bangsa yang dikumpulkan menjadi jajahan-takluk-Empayarnya adalah diungkapkan dengan frasa nubuatan sebagai "binatang yang keluar dari laut." Oleh kerana ia "dikumpulkan" oleh pemerintah Dunia dengan topangan kekuatan si Ular Tua, maka kita tahu bahawa" 'karya" itu menentang Firman Allah. Namun, Tuhan merelakannya terjadi, supaya genaplah FirmanNya yang dinubuatkan oleh nabi-nabi. Sudah tentu, Tuhan tidak bermaksud untuk menjelaskan perihal sekadar alkisah penciptaan oleh Pencipta, melainkan "menyingkapkan" bahasa 'roh nubuat' yaitu pengungkapan roh perihal 'pengakhiran dari permulaan ' menurut Firman YHVH yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Isaiah 46: 10, dan ia juga bersaksi tentang Kristus kerana pekerjaan Kristus sesungguhnya adalah Firman Allah. Sudah tentu kita tidak akan tahu apakah 'pekerjaan' atau 'karya' Roh Tuhan, jika sekiranya tiada Firman yang dianugerahkan kepada manusia.

11"Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.
12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.
13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.

    Tumbuh-tumbuhan keluar dari tunas-tunas di tanah dan baharulah dari biji-biji tumbuh-tumbuhan tersebut keluarlah mereka menjadi banyak. Umat manusia juga dikatakan secara kiasan berasal dari 'biji-benih' Adam yang 'bertunas' dari tanah; daripada 'biji-benih' Adam dan Hawa (sperma & ovum), mereka beranak-pinak menjadi banyak. Justeru itu, segala sesuatu yang semulajadi adalah berasal dari "seed," yaitu Firman. Maka, keselamatan (kehidupan yang penuh) juga adalah dianugerah dengan menumbuhkan 'tunas kebenaran' dari Raja Daud, dan dari 'karya' Firman itu; Ia melahirkan kembali roh-roh manusia yang 'impure' kepada suatu yang baru, yaitu dari 'benih' yang bukan kebinasaan ('incorruptible'). Namun, Tuhan tidaklah menjanjikan kelahiran kembali untuk daging, melainkan 'debu harus kembali debu, dan dari tanah harus kembali ke tanah.' Adam 'bertunas' dari tanah, namun rohnya berasal dari roh Tuhan. Keturunan Adam dan Hawa mewarisi dua jenis 'biji benih,' iaitu seed daging (corruptible), dan seed roh yang tertakluk kepada 'pemisahan' (cut off) dari hadirat Roh Tuhan yang pure!

    Bahasa roh bagi perkataan "hari" dalam seluruh  nubuat-nubuat dari Kitab Kejadian fasal 1 tidaklah ditafsir secara harfiah bahawa ia benar-benar merujuk kepada pengertian 'hari' menurut  kiraan kalendar manusiawi. 7 hari itu adalah merujuk kepada turutan nubuatan Roh Tuhan dalam penciptaan, samada yang 'boleh dilihat oleh mata maupun yang tidak 'kelihatan; Realiti yang ada fizikal mahupun realiti yang tiada fizikal. 'Satu hari' bagi Tuhan adalah tempoh 'masa' dari permulaan "nama" Tuhan dinyatakan sehinggalah kepada pintu "nama" itu ditutup (sempurnanya 'mission'). Nama Raja Damai bermula dari kayu 'Salib' walaupun pada waktu ia dilahirkan ia telah diberitakan oleh langit.  Itulah permulaan "hari" perdamaian dengan umat manusia, dan hari 'siang,' iaitu "perdamaian" itu berlangsung sehingga petang hari, dan hanya akan berhenti pada waktu kedatangan kedua Kristus dalam awan-awan bergulung seperti gulungan kitab. Itulah contoh bagaimana perkataan "satu hari bagi Tuhan" itu 'dilihat' sebagai kiraan satu hari bagi Tuhan untuk "nama" Raja Damai. Dalam bahasa mudah, satu 'karya' atau 'nama' yang diikat dalam satu Perjanjian adalah dilihat sebagai 'satu' hari.

    Kita tidak memakai petikan Rasul Petrus dalam 1 Peter 3: 8 yang mengatakan bahawa satu hari bagi Tuhan, adalah 1,000 tahun bagi manusia, sebagai sandaran untuk mencari pengertian secara harfiah bahawa 7 hari itu akan ditafsir sebagai 7,000 tahun. Penulis lebih senang untuk memakai pengertian yang berdasarkan "nama" Tuhan; Perdamaian Tuhan dengan umat manusia selepas kiamat banjir dimulakan dari 'pelangi' Noah, namun kelak hanya Bani Israel sahaja yang telah dianugerahkan dengan ritus-ritus/hukum 'Jalan perdamaian' di sepanjang zaman Perjanjian Lama. Kelak, perdamaian itu disempurnakan pada 'Mezbah Sorgawi di bumi' yaitu pada Salib Kristus, dan Roh Kudus meneruskan agenda perdamaian 'Anak Perdamaian' sehinggalah kepada 'pemberitaan kemunculan "nama" Tuhan sebagai Hakim pada Mat.24: 29 Why. 6: 12-13. Maka, kita boleh saja melihat bahawa 1 hari bermula dari 'pelangi' Noah sehinggalah kepada saat kedatanganNya Kristus yang ke-dua;  ia adalah tempoh agenda "menabur dan menuai" tatkala "Jalan" perdamaian belum ditutup oleh tangan Tuhan. 

14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun,

    Benda-benda penerang di cakrawala iaitu matahari, bulan dan bintang-bintang adalah berfungsi sebagai "Tanda" yang menunjukkan "masa-masa' tetap" (Sacred times). "Signs" menyingkapkan "nama" Tuhan, jika langit itu dilihat oleh mata roh. Jika langit itu dilihat oleh mata kasar, maka ia hanya menjadi 'petanda-petanda' dalam meramal kaji-cuaca setempat atau meramal-musim tertentu mahupun meramal "outerspace-weathers." Maka Matius 24: 29, Kisah 2: 19-20; dan Wahyu 6: 12-13 adalah berfungsi sebagai "tanda" kepada pekerjaan atau " nama" Tuhan.

    Penerang yang diartikan secara harafiah di langit itu diberikan oleh Tuhan agar manusia dapat mengatur hidup mereka yang "luka" dengan kalendar. Umur Adam adalah dikira dari saat ia memakan "buah pohon pengetahuan" kerana itulah kelahiran "Kronos" dalam perbendaharaan kata manusia yang "luka." Sebelum   itu, Adam dan Eve adalah immortal. Namun, mereka telah menjadi "mortal." Hari-hari dan tahun-tahun berpandukan bulan, 'bintang, dan matahari adalah sesungguhnya untuk manusia yang 'mortal.' Tuhan yang kekal abadi tidaklah memerlukan itu kerana ia adalah kekal abadi. Maka, 'karya   "Penciptaan" dalam Kitab Kejadian 1 yang dinubuatkan dalam 7 hari berturut tidaklah wajar dilihat berpandukan kiraan calendar bulan, bintang mahupun matahari tetapi dilihat sebagai "Roh nubuat" yang menyampaikan nubuatan perihal penciptaan akan semesta: langit dan bumi.  Semua Firman disampaikan melalui Ordo Melkisedek, yaitu Kristus. Santo Yohanes mencatat kebenaran bahawa pada mulanya Firman dan Firman itu bersama-sama dengan Roh Tuhan dan Firman itu adalah Tuhan. Firman itu semuanya sudah ditentukan untuk dianugerahkan kepada manusia seolah-olah melalui satu "lobang," Ordo Melkisedek: Kristus.  "... NamaNya (karyaNya) ialah Firman Allah." Turutan 7 hari menyingkapkan bahawa Creation disempurnakan dalam 'tujuh' peringkat atau 7 turutan nubuatan.

15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian. 16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.

17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi,  18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.  20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas bumi melintasi cakrawala."

21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.  22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak."

23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.  24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian.

25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."


    Bahasa manusia mempunyai evolusi sedangkan Firman adalah konsisten mengalir ke alphabet  roh, iaitu 'Langit' dan 'bumi.' ('alam roh').  Karya manusia direlakan oleh Tuhan, walaupun manusia  tidak menyedari dan tidak melihat Tuhan yang merelakan; manusia mencari banyak 'nama,' keputusan Tuhan juga akhirnya yang akan terlaksana.  Maka, "manusia yang luka" direlakan Tuhan untuk dapat berkarya di bumi; kelak kita akan lihat manusia "Makan dan minum," "membuat batu-bata," dan "membeli atau menjual."

    Di 'jam-jam terakhir, kita diberitahu bahawa "Bumi menelan aliran air seperti batang sungai yang dimuntahkan oleh Ular Tua," dalam Wahyu 12, dan juga "Binatang muncul dari bumi" dalam Wahyu 13; demikianlah di antara beberapa contoh hikayat perihal 'bumi' yang bermula dalam dalam Kejadian 1: 1. Dalam kitab Suci Kejadian bab 1, dicatatkan bahawa segala binatang adalah dicipta oleh Tuhan. Dan Tuhan mengatakan dalam ayat 25, bahawa semuanya itu "baik." Namun, ada beberapa 'binatang' dalam Alkitab yang bukan dicipta oleh tangan Tuhan seperti binatang-binatang dalam kitab suci Daniel 7. Binatang dalam kitab suci Daniel 7 itu keluar dari "Laut." Ia bukan dicipta oleh tangan Tuhan, kerana perkataan "Laut" merujuk kepada manusia yang "banyak bangsa." "Laut" itu adalah "banyak air" yang dikumpulkan! The "sea" itu merujuk kepada "many waters," yang bermaksud "banyak bangsa" yang dikumpulkan melalui pemerintahan imperialis/empayar! Maka, "binatang" atau 'Empayar beraja' itu sememangnya muncul dari umat manusia di bumi dan ia memerintah 'banyak bangsa' atau menurut roh nubuat, ia berbunyi "binatang yang keluar dari Laut." Kitab Wahyu  13 pula menubuatkan pemerintah dunia yang keluar dari "Laut" dan yang satu lagi adalah keluar dari bumi. Maksudnya, bukan tangan Tuhan yang mencipta binatang tersebut, kerana ia keluar dari "Laut" (banyak bangsa) atau keluar dari "bumi." "Laut" itu adalah banyak air yang dikumpulkan atau many waters gathered to become "the sea" yang bermaksud banyak bangsa yang dijajah oleh imperialis menjadi Kerajaan empayar. Bumi hanya satu sahaja, justeru itu, frasa nubuat berbunyi binatang yang keluar dari bumi adalah bermaksud ''pemerintah yang menyatukan banyak bangsa menjadi satu atau dalam bahasa nubuatnya berbunyi "binatang yang keluar dari bumi." Perkataan "bumi" dalam Kitab Wahyu 13 mengikut contextual interpretation adalah merujuk kepada satu bangsa atau 'bangsa-bangsa yang bersatu'. 

    Harus Kita ingat, bahawa sebelum murka Tuhan menimpa Menara Babel kuno, hanya ada satu bangsa sahaja Yang wujud di dunia, tetapi mereka bertutur pelbagai dialek Bahasa. Namun, mereka ada satu Bahasa pertuturan sedunia sebagaimana yang kita panggil sebagai Bahasa Lingua Franca. Satu bangsa dan satu Lingua Franca itu disatukan oleh pemerintah dan ia berpusat di Menara impian pemerintah dunia pada ketika itu. Ilham pengujudan pemerintahan berpusat di Babel kuno itu adalah  sememangnya inspirasi Lucifer, walaupun ia dicatatkan bahawa ia adalah agenda umat manusia di zaman itu. Selepas penghakiman Tuhan ke atas pemerintah Menara Babel, umat Manusia telah pecah kepada banyak bangsa (bangsa-bangsa) dan banyak pertuturan Bahasa utama dunia.


    Perkataan nubuat "Laut" dalam Why.13 adalah dikaitkan dengan penjajahan banyak bangsa-bangsa dan pengujudan empayar-empayar, sedangkan "bumi" pula dikaitkan dengan pengujudan kesatuan menjadi seolah-olah "satu" seperti agenda  Babel kuno! "Binatang" itu merujuk kepada 'pemerintah' & 'pemimpin dunia'. Pemerintah dunia berkata...dan seluruh bumi mengikutinya.

 Justeru itu, alkisah Kejadian 1 bukanlah berbicara tentang "evolusi", teori-teori Creation seperti teori "big-bang" melainkan seringkasnya tentang "roh nubuat" yang disampaikan menurut Ordo Melkisedek, dan semua Firman terpaut kepada Roh Kristus.  Tarikh-tarikh Kronologi perihal Penciptaan dalam Kitab fasal Kejadian 1 tidaklah penting untuk diketahui kerana seluruh Kitab Kejadian itu diterima oleh nabi Moshe sebagai "mesej roh nubuat" ke dimensions masa lampau. Keutamaan penafsirannyadalah 'melihatnya'  sebagai 'roh nubuat.'



27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

     Manusia Adam adalah manusia yang telah "luka," yaitu terpisah' dari Sumber Kehidupan kekal, namun kelak Tuhan anugerahkan 'jalan' perdamaian ataupun 'jalan' mentahirkan impurities roh manusia yang berdosa melalui "Altar" yang yang diajarkan oleh Tuhan yang Mahakasih. Penglihatan mengenai "Altar Sorgawi " yang dilihat oleh Nabi Yesaya dalam Yes. 6 mengungkapkan bahawa  " Tuhan itu Kasih dan 'mercy'." 

    Manusia sejati adalah Yeshua Mashiach yang menyatakan contoh 'ranting kepada Pokok' yang Sempurna 100 %. Yeshua adalah Menorah yang hidup kelihatan berjalan sebagai Anak Manusia, dan ia juga adalah Roh Ilahi yang Tujuh lapis (Isaiah 11).  Maka, manusia yang diciptakanNya menurut 'imej' Tuhan adalah semestinya tujuh-lapis. Roh Tuhan adalah Tujuh Lapis, justeru itu, manusia itu juga diciptakanNya menurut 'design' rohaniah yang 'tujuh-lapis.' Yeshua adalah manusia sejati yang RohNya adalah Tujuh Lapis.  Maka, manusia adalah mahluk roh tujuh lapis, namun ia dibaluti daging. Ramai pakar sains yang mengatakan komposisi daging manusia menyerupai komposisi bumi: komposisi 70 % air adalah serupa, dan kandungan kadaran mineral yang juga serupa. Firman mengatakan 'daging' manusia berasal dari tanah-liat. Roh manusia dicipta menurut 7-lapis Roh Tuhan, cuma ia gelap kerana "terang" tidaklah bernyala turun di atas "sumbu" Roh manusia. Manusia berdosa berfungsi dengan bersandarkan kepada pusat kesedarannya yang dominance pada otak dan sistem saraf, manakala manusia yang 'pure' dapat berfungsi secara dominan pusat kesedarannya pada roh. Ia dipanggil manusia rohaniah (spiritual man). Manusia berdosa tanpa "Jalan" untuk mentahirkan 'rohnya' disebut manusia 'daging,' dan pusat kesedarannya melulu dominan pada kapasiti intelek dan sistem persarafan kecuali mereka yang cenderung kepada 'spirituality,' namun hanya Pohon Kehidupan sahaja yang menganugerahkan Sumber Kehidupan yang penuh.

28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi."

    Firman menitahkan manusia supaya memenuhi bumi. Manusia yang berdosa cenderung untuk bertumpuk pada suatu menara dengan "'karya" nanusiawi yang menjadi "sumber Kehidupan" yang menghambakan diri mereka sendiri. 'Karya atau nama Tuhan mereka tinggalkan malah menistanya. Frasa "bertambah banyak" diterjemahkan dari bahasa Inggeris "fruitful." Manusia dicipta bukanlah semata-mata supaya "biji-benih" (sperm & ovum) beranak-cucu, tetapi yang lebih utama adalah Roh manusia itu "berbuah;" buah Kebenaran ialah damai sejahtera! (the fruit of righteousness is peace!). Dari manusia rohaniah yang berbuah, baharulah kerajaan Kebenaran dapat menakluk dunia. Namun, di jam terakhir, zaman Perdamaian, dunia akan kelihatan seolah-olah tidak ditaklukkan kepada Kingdom of God (kingdom of righteousness), kerana umat Tuhan tidak berbuah secara rohaniah! Manusia yang meniadakan 'nama' Tuhan akan hanya mengenapi 'biji benih' daging: beranak-pinak secara 'daging.' Manusia yang ideal menurut kaca mata Tuhan' hendaklah "fruitful" secara rohaniah. Fig tree yang tidak berbuah, lalu dikutuk oleh Yeshua, sehingga ia kering serta merta adalah sindiran kepad bani Israel yang gagal berbuah secara rohaniah! Mereka yang beranak-cucu secara daging semata-mata akan menerima nasib seperti pohon ara yang dikutuk oleh Tuhan Yeshua itu. Roh manusia yang di lahirkan kembali akan diajar oleh Roh Tuhan supaya mereka: fruiful, filling in the earth, dan akhirnya akan menakluk dunia kepada kerajaan Kebenaran! Titah Tuhan dalam Kejadian 1: 28 adalah nubuat kepada manusia supaya mereka menjadi fruitful. Ia adalah design Tuhan bagi manusia yang dicipta menurut imejNya, supaya manusia menjadi fruitful."

29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.

30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian.

    Tuhan menganugerahkan bumi kepada manusia yang pada mulanya benar' (pure). Daud bernyanyi bahawa "...the righteous (meek) shall inherit the earth." Noah adalah bukti kepada furman-lirik yang dinyanyikan oleh Daud. Manusia berdosa merosakkan bumi dan menajiskan bumi dengan "pertumpahan darah." Yeshua mengulangi nyanyian Daud itu dalam ucapan Berbahagia dalam petikan Matius 5: 5.

31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.

    Pada mulanya, manusia yang dicipta Tuhan adalah 'design' yang dilihat "sungguh amat baik" menurut pandangan mata Tuhan. Selepas hukuman banjir besar, Tuhan mengulas bahawa manusia yang luka dan senantiasa menambahi "luka-luka" adalah "...jahat sejak dari kecil ...Kej. 8:20-21. Manusia yang dianugerahkan 'jalan' di dalam 'karya tangan kanan Bapa, yaitu Kristus, akan dilihat oleh Bapa seperti dari permulaan, "sungguh amat baik." Tanpa Kristus, kita semua adalah "...jahat dari sejak kecil..." [3] Kembali kepada 'design' yang asal melalui anugerah 'Jalan, Pintu, dan Kunci,' adalah kehendak Tuhan, agar manusia itu dapat dilihatNya kembali sebagai "sungguh amat baik sekali." 

    Pada hari yang ke-tujuh, ia telahpun menyiapkan ciptaan dan memberkati hari itu (Kejadian 2: 1-4). Kenapa Tuhan memberkati hari yang ke-tujuh? "Tuhan itu Kasih," justeru itu,  Ia memberkati hari yang ke-tujuh. Tuhan mencipta selama 6 hari, dan pada hari ke-tujuh ia berehat; perkataan "berehat" bukanlah bermaksud Ia tidak beroperasi. Ia sebenarnya senantiasa berkerja siang dan malam, namun ia bermaksud bahawasanya pada Hari Sabbath, ia mengupacara (memberkati); 'memberkati' kerana "siang dan malam" tidak akan berhenti bersilih ganti! Justeru itu, Ia memberkati hari Sabbath dan menguduskannya (Exodus 20: 21; Kejadian 2: 1-4). Beribadah kepada hari Sabat adalah mengasihi Tuhan dan mengiktirafNya sebagai Pencipta dan Sumber kehidupan. Ia juga mengingatkan orang percaya bahawa Tuhan berkerja dalam pergantian "siang dan malam' tidak henti-henti! 

    Kita memberkati rumah yang bakal kita diami kerana kita akan tinggal di dalam rumah itu, dan akan melindungi, memelihara dan membaik-pulih rumah itu. Justeru itu, Tuhan memberkati hari ke-tujuh kerana Tuhan itu Kasih, dan kasihNya memenuhi alam semesta yang ia cipta, dan itulah 'kuasa' (kasih) yang menganyam alam-semesta dan kuasa Sang Penciptalah juga yang memelihara alam semesta ini! KasihNya itu mengorbankan sesuatu dari pihakNya sendiri, apabila ia mengasihi keturunan manusia yang "luka" itu. Sebab itu, se-awal di zaman anak-anak Adam yang terdahulu yaitu di zaman Abel dan Cain, Tuhan telah mengajarkan  Jalan perdamaian melalui "Altar." Dari "Altar" itu manusia mula melihat bahawa Tuhan itu Kasih, dan 'Kasih Tuhan itu menuntut Sacrifice ("Altar") di pihak Tuhan sendiri untuk mengasihi roh-roh manusia yang 'impure.' Abel dan Cain dikehendaki untuk menuruti Jalan "altar" itu dengan benar. Tuhan yang Kasih itu mengajarkan perintah Kasih. Altar menyingkapkan bahawa Kasih Tuhan ke atas umat manusia yang 'luka' ('wounded man') menuntut 'korban.' Dan jika manusia mengasihi Tuhan kembali, maka mereka hendaklah menganuti ibadah "altar," sebagaimana yang dilihat oleh Santo Yohanes: "... kerana begitu besar Kasih Tuhan akan dunia" sehingga, Dia sendiri telah mempersembahkan "Domba Tuhan" yang sempurna, yang diupacarakan di bumi, supaya 'jalan' perdamaian itu menjadi sempurna. Tuhan yang memberkati hari yang ke-tujuh berbicara bahawa Kasih Tuhan (agape love) adalah Sumber  Kehidupan bagi manusia, dan juga Sumber kuasa yang meneruskan karya-keujudan alam semesta ini. Dalam 'ruang-lintup' pengalaman manusia yang 'luka,' manusia itu tahu bahawa tidak ada 'kasih' yang tidak menuntut 'pengorbanan.' 

                                                                     



Petikan Alkitab:

Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (c) LAI 1974. Copyright Lembaga Alkitab Indonesia. (Indonesian Bible Society), 1994. 24 Mei 2016.<https: //www.sabda.org/Alkitab/index.php>

[1] Mazmur 19: 1-6; Mazmur 50: 4-6
[2] Yohanes 6: 63
[3] Kejadian 8: 20-22

Sabtu, 30 April 2016

"...masuklah ke dalam kamarmu, 'tutuplah pintumu' sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu..." (Yesaya 26: 20-21)




Jika kita tahu pada waktu mana pada malam hari pencuri datang ?

43 Tetapi ketahuilah ini: Jika tuan rumah tahu pada waktu mana pada malam hari pencuri akan datang, sudahlah pasti ia berjaga-jaga, dan tidak akan membiarkan rumahnya dibongkar. 44 Sebab itu, hendaklah kamu juga siap sedia, karena Anak Manusia datandg pada saatsaat yang tidak kamu duga."  (Matius 24:43-44)

Nubuatan Yesus tentang "hari dan saat" dan misterinya...

   Ketika Tuhan Yeshua berkhotbah di bukit Zaitun,  dia berkata dalam Matius 24: 36 "...tentang hari dan saat, tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri."  Roh Kristus adalah Ilahi, dia pasti tahu tentang hari kedatanganNya yang kedua, namun ia masih tertakluk kepada "sukacita takut akan Tuhan," iaitu sukacita yang penuh dalam melakukan kehendak-kehendak Bapa, sehingga rahasia tentang hari dan saat itupun dirahasiakan seolah-olah hanya Bapa yang tahu.  Yeshua belum dimuliakan di hadapan Bapa di Sorga kerana ia belum menyempurnakan misiNya sebagai Domba Tuhan ketika dia bernubuat tentang akhir zaman di lereng bukit Zaitun.  Menurut kesempurnaan karya Tuhan, 'rahasia' kedatangan Kristus yang hanya diketahui Bapa adalah sempurna dan konsisten dengan segala pemberitaan mulut-mulut Tuhan (nabi-nabi Tuhan) yang sebelumnya;   maka, Yesus yang dibaluti daging juga turut memberitakan bahawa hanya Bapa yang tahu "tentang hari dan saat itu."

    Menurut "Roh nubuat," nubuatan Yesus Kristus memanglah konsisten dengan semua pemberitaan Tuhan melalui mulutNya, yaitu nabi-nabi di zaman Perjanjian Lama. Lagipula, Yesus adalah dikatakan melayani dalam pelayanan sebagai nabi selama tiga tahun, dan kemudian dalam kematianNya, ia menyempurnakan 'jalan' menghapuskan dosa-dosa umat manusia sebagai 'korban penebus "Domba Tuhan," dan baharulah ia naik ke sorga, dan dimuliakan duduk di sebelah kanan Bapa sebagai Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melchizedek. Maka, sempurnalah bagi Yeshua ketika ia sedang berkhotbah di lereng bukit Zaitun dahulu untuk seringkasnya mengatakan bahawa hanya "Bapa yang tahu tentang hari dan saat." Dia cuma menyatakan suatu konsistensi pemberitaan Firman Tuhan, yaitu satu manifestasi kebenaran Roh nubuat yang tidak bercanggah dengan 'pemberitaan mulut-mulut Tuhan yang terdahulu.

      Apabila, Kristus naik ke Sorga, dan duduk di sebelah kanan Bapa dalam pelayananNya yang seterusnya sebagai Imam Agung Sorgawi Ordo Melchizedek, maka rahasia tentang "hari dan saat itu" memang sempurnanyalah dikatakan "hanya Bapa yang tahu."  Kelak, Roh Kudus telah diutus oleh Bapa dalam nama Kristus. Karya Kristus disempurnakan sehingga ia dimuliakan, dan duduk di sebelah kanan Bapa. Roh Kudus telah datang dicurahkan kepada orang-orang percaya. Orang-orang percaya melihat bahawa selayaknyalah Yeshua, ketika ia dibaluti daging manusia, dan ketika ia berbicara di lereng bukit Zaitun, untuk mengatakan bahwa tentang "hari dan saat itu," hanyalah Bapa yang tahu.

     Semua kehendak turun dari Roh Allah Bapa.  Kristus adalah karya tangan kanan Allah Bapa yang telah tunduk seratus peratus, ketika Ia datang ke bumi sebagai Anak Manusia untuk menyempurnakan misi "Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia."  Maka, ketika Yesus dalam daging, Tuhan Trinitas seolah-olah berbicara sesama mereka "...kita jangan beritahu mereka mengenai hari dan saat kedatangan Hakim, katakanlah hanya Allah Bapa yang tahu sahaja. Bukanlah bermaksud, untuk selama-lamanya, kita tidak akan diberitahu oleh Roh Tuhan, akan tetapi pada ketika Yeshua yang masih dibaluti daging dan berkhotbah di lereng bukit Zaitun, keputusan Tuhan mengenai "hari dan saat itu" tidaklah diperbolehkan untuk dibocorkan olehNya kerana ia bercanggah dengan "Roh Nubuat."  Roh nubuat sejak dari semula menyatakan bahawa "hanya Allah Bapa yang tahu" dan, justeru itu, pemberitaan tentang "hari Tuhan itu" mestilah juga konsisten, dan walaupun Roh Yeshua adalah 100 % Ilahi, namun Ia tidak bersesuaian dengan Firman Allah, jika ia mengatakan bahawa "Aku tahu...," kerana ia tertakluk kepada konsistensi Firman Tuhan dan juga bersesuaian dengan kesaksian Kristus iaitu Roh Nubuat; kerana sesungguhnya nama Kristus adalah Firman Allah.  Kesaksian Kristus tidaklah bercanggah dengan semua pemberitaan Firman, kerana ia adalah Ilahi; namaNya adalah Firman Allah.

     Apakah itu Roh Nubuat?  Roh nubuat bermaksud pengajaran dan pemberitaan Firman dari Roh Ilahi yang menunjuk dan berpaut kepada kesaksian Kristus.  Semua pengajaran tentang karya Roh Tuhan yang ditulis dalam Kitab-Kitab Suci adalah dalam pemberitaan Firman yang disebut Roh Nubuat. "Tuhan memberitakan pengakhiran dari permulaan"(Yesaya 46: 10) adalah salah satu ciri Roh nubuat.  Firman Ilahi dalam kitab Kejadian adalah menyingkapkan  Firman Ilahi dalam semua kitab dalam Alkitab termasuk kitab Wahyu. Ia menyingkapkan samada dari mula ke akhir mahupun dari akhir kepada permulaan. Firman YHVH, Firman Kristus, Firman Roh Kudus dan Firman Hakim yang kembali untuk kali kedua adalah yang Sama dan Esa: mereka semua adalah ''satu' roh dan kesemuanya adalah Roh -Tujuh-Lapis! Bahasa rohnya adalah konsisten dan pemberitaan  ''tanda-tanda' khusus adalah konsisten mengalir di Sorga, langit, dan di bumi. Firman datang daripada Roh Tuhan yang sama.  Suara Roh Tuhan pun mempunyai persamaan dan konsistensi pemberitaan Firman, sepertimana yang telah didengari oleh umat Tuhan yang terdahulu melalui pemberitaan mulut-mulutNya. Namun, suara domba paskah Tuhan dan suara Hakim dapat dibedakan juga kerana ada perbedaannya yang nerkaitan dengan identifikasi antara domba paskah Tuhan dan Hakim. Suara Hakim sama seperti YHVH. Suara Domba Paskah Tuhan hanya dikenali oleh orang percaya menurut takdir Bapa! : Suara Gembala yang baik! Ringkasnya, kesaksian Kristus adalah Roh Nubuat!


     Di dalam Matius 13 ayat yang ke 10, murid-murid Yesus bertanyakan kepada Yesus mengapa Ia berbicara kepada mereka dalam perumpamaan-perumpamaan.  Dan Yesus menjawab dalam ayat ke-11 bahawa "kepadamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak." Karunia yang dimaksudkan Yesus Kristus adalah karunia-karunia ketujuh-tujuh lapis Roh Kudus iaitu Roh Kebenaran yang membimbing semua orang percaya kepada segala kebenaran, atau segala realiti karya-karya Roh Tuhan.  Nabi Yesaya ada bernubuat perihal karunia-karunia Roh Kudus dalam Yesaya 11;1-3, dan juga Yesaya 33: 6.  Ia juga turut dinubuatkan oleh nabi-nabi yang lain dalam Perjanjian Lama seperti dalam Joel 2: 28 yang dipetik oleh rasul Petrus dalam Kisah Para Rasul 2: 16-21.  Lirik-lirik Tuhan dalam nyanyian Raja Daud ada menyingkapkan tentang satu karunia yang disebut "takut akan Tuhan" sebagai pra-syarat bagi Roh Tuhan untuk bergaul karib dengan roh-roh orang percaya. Daripada pergaulan itu, orang yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" akan mendapat mendapat rahasia-rahasia Perjanjian atau rahasia-rahasia Sorga. (Mazmur 25: 14).

Bilakah "hari dan saat" Kristus datang untuk kali kedua?

     Firman Tuhan melalui mulutnya, Nabi Zakaria, berbunyi "6 maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku, 7 tetapi akan ada satu hari, hari itu diketahui oleh Tuhan-dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang." (Zakaria 14: 6-7).  Hari Tuhan itu adalah apabila "siang dan malam tidak henti-henti" menjadi "tidak ada pergantian siang dan malam." Karya Tuhan juga diberitakan melalui Lirik-Lirik yang diberitakan oleh "langit" dan "cakrawala" sebagaimana yang dinyanyikan oleh Daud dalam Mazmur 19: 1-6.  Kegagalan menanggapi pemberitaan lirik Tuhan tentang "langit dan cakrawala"  akan mengakibatkan kesukaran untuk mengetahui hari "unik" Tuhan itu. Macammana kita tahu berhentinya pergantian "siang dan malam," jika kita tidak tahu membaca pemberitaan "langit dan cakrawala"? "Langit dan cakrawala" adalah Lirik-lirik (Firman) dari Roh Tuhan.

     Tuhan itu Roh. Ia berkerja siang dan malam tidak henti-henti. "...hari demi hari Ia menanggung bagi kita; Allah, Tuhanku, memberi keselamatan kita. 21 Allah bagi kita adalah Allah yang menyelamatkan, Allah, Tuhanku, memberi keluputan dari maut." (Mazmur 68: 20-21). Anak Manusia menabur benih pada siang hari bermula dari waktu pagi.  Apabila "petang" sampai, maka waktu menuai akan tiba; penuaiNya adalah malaikat-malaikatNya. (Matius 13: 18-44).  Maka Roh Tuhan mempunyai penjelasan rohani berhubung dengan masa "pagi" dan "petang" bagi Karya Ilahi. Waktu pagi menurut pengertian harafiah manusia adalah kedudukan matahari yang terbit diufuk timur. "Pagi" menurut karya Roh Tuhan, dan juga mengikut bahasa Roh Tuhan adalah bermaksud "Nama" barunya dinyatakan (new divine "names" revealed unto mankind) untuk memulakan operasi "mission" yang baharu.  (lihat ...kedatangan Kristus yang kedua...). Namun, "nama" baru itu sudah pasti telahpun diberitakan sejak dari permulaannya dan sejak dari zaman purbakala...(Yesaya 46: 10).


Bagaimana membaca "langit & cakrawala" mengikut yang dimaksudkan oleh Roh Tuhan?


Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya;(Mzm 19:2)  (lihat 1 Langit menceritakan ...2 "membaca langit ...")


Apa yang perlu dibuat selagi terang atau siang hari ada?


Apa yang Kukatakan kepadamu dalam gelap, katakanlah itu dalam terang; dan apa yang dibisikkan ke telingamu, beritakanlah itu dari atas atap rumah.  (Matius 10:27)

...seringkasnya semua kehendak-kehendak Tuhan dengan padat diungkapkan dan dinubuatkan dalam ibadah (embraced-spiritual-life) yang diajarkan oleh Yeshua, yaitu "Doa Bapa Kami." Matius 6: 9-13.



2 karena kamu sendiri tahu benar-benar, bahwa hari Tuhan datang seperti pencuri pada malam. 3 Apabila mereka mengatakan: Semuanya damai dan aman maka tiba-tiba mereka ditimpa oleh kebinasaan, seperti seorang perempuan yang hamil ditimpa oleh sakit bersalin mereka pasti tidak akan luput.  (1Tes 5:2-3)

Kalau Cahaya bercahaya di atas sumbu roh?


5 karena kamu semua adalah anak-anak terang dan anak-anak siang. Kita bukanlah orang-orang malam atau orang-orang kegelapan. 6 Sebab itu baiklah jangan kita tidur seperti orang-orang lain, tetapi berjaga-jaga dan sadar. 7 Sebab mereka yang tidur, tidur waktu malam dan mereka yang mabuk, mabuk waktu malam. 8 Tetapi kita, yang adalah orang-orang siang, baiklah kita sadar, berbajuzirahkan iman dan kasih, dan berketopongkan pengharapan keselamatan.  (1Tes 5:5-8)


Berjaga-jaga itu perlu berdoa!

36 Berjaga-jagalah senantiasa sambil berdoa, supaya kamu beroleh kekuatan untuk luput dari semua yang akan terjadi itu, dan supaya kamu tahan berdiri di hadapan Anak Manusia"  (Lukas 21:36).


....Jika kamu diberikan Roh kekuatan, maka kamu ada pelita kaki dan ada cahaya menerangi perjalanan iman.!

3 ketika pelitaNya bersinar di atas kepalaku, dan di bawah terangNya aku berjalan dalam gelap; 4 seperti ketika aku mengalami masa remajaku, ketika Allah bergaul karib dengan aku di dalam kemahku;  (Ayub 29:3-4)

Mazmur 18: 29; Mazmur 119: 109


Sumber Kekuatan?


16 Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.  (Yoh 14:16-17)


Jika tiada Roh kekuatan, kerana tiada cahaya bersinar di atas kepala. Apakah yang perlu dibuat?


Siapa di antaramu yang takut akan TUHAN dan mendengarkan suara hambaNya? Jika ia hidup dalam kegelapan dan tidak ada cahaya bersinar baginya, baiklah ia percaya kepada nama TUHAN dan bersandar kepada Allahnya! (Yes 50:10)  (Klik nota pada pautan "Berjalan dalam kegelapan").


Jika petang hari sampai, pemberitaan "langit" adalah...?


5b Lalu TUHAN, Allahku, akan datang, dan semua orang kudus bersama-sama Dia. Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku, tetapi akan ada satu hari hari itu diketahui oleh TUHAN dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang.  (Zakaria 14:5-7)

1 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud. 2 Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya; 3 hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam. 4 Tidak ada berita dan tidak ada kata, suara mereka tidak terdengar; 5 tetapi gema mereka terpencar ke seluruh dunia, dan perkataan mereka sampai ke ujung bumi. Ia memasang kemah di langit untuk matahari, 6 yang keluar bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari kamarnya, girang bagaikan pahlawan yang hendak melakukan perjalanannya. 7 Dari ujung langit ia terbit, dan ia beredar sampai ke ujung yang lain; tidak ada yang terlindung dari panas sinarnya.  (Mazmur 19:1-7)

"29 Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang. 30 Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaanNya.  (Matius 24:29-30).


Apakah yang perlu dibuat sebelum dan apabila hariNya sudah sampai?


20 Mari bangsaku (umat Tuhan), masuklah ke dalam kamarmu, 'tutuplah pintumu' sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana. (Yesaya 26:20-21).



    "Tutuplah pintumu" adalah frasa nubuatan yang disampaikan oleh nabi Yesaya, dan ia menyingkapkan 'karya tangan kanan Tuhan yang menutupi (covering) 'roh' manusia' ketika di dalam Hadirat semarak Hakim yang turun ke bumi. Kita tahu bahawa dalam ritus tabernakel Ibrani, High Priest berdoa di dalam kamar terdalam, yaitu "kamar yang Mahasuci" yang tertutup. "Bertemu dengan 'hadirat' YHVH" itu berlangsung di dalam 'kamar terdalam,' yaitu jika dalam konteks Perjanjian Baru, "melihat WajahNya" dengan roh kita yang ditahirkan sepenuhnya oleh darah Kristus, dan dalam ibadah khemah suci ia diungkapkan oleh ritus tabernakel, yaitu pemakaian pakaian kudus (holy linen tunic)  yang dikenakan menutupi badan high priest. Biarpun, tangan Tuhanlah yang menganugerahkan "covering," namun Nabi Yesaya menubuatkan dengan frasa "tutuplah pintumu," dan frasa itu seolah-olah memberikan maksud bahawa di pihak orang percayalah yang berusaha menutup pintu itu, namun Ia selayaknya diungkapkan sedemikian kerana urusan 'ditutupi' adalah urusan di pihak umat Tuhan yang harus menyeru "mercy" Tuhan ketika hadirat Hakim turun-hadir: roh (tabernakel Roh Kudus) yang telah disucikan masih memerlukan ''tudungan'' (covering) "mercy" Ilahi, ketika memasuki hadirat "Deep calls deep."

    Frasa nubuat "tutuplah pintumu" mengungkapkan 'Spirit of prayer,' dan jika Tuhan mengkehendaki Nya, maka ia tidaklah putus-putus bersinar-bernyala di atas 'sumbu roh' seseorang percaya sekiranya ia diberikan 'tudungan,' iaitu 'mercy' Tuhan. Tabernakel Roh Kudus, "...you are the temple of the Holy Spirit, iaitu senantiasa dalam keadaan roh yang "berjaga-jaga." Dan berjaga-jaga itu sebenarnya adalah suatu ibadah roh dalam 'steadfast prayer' dalam tudungan (covering) 'mercy' Tuhan kerana Hakim akan hadir di bumi bersama dengan para malaikat penuaiNya. Berjaga-jaga adalah menuruti Roh yang dimungkinkan oleh doa. Maka, "berjaga-jaga" bukanlah menurut intelek melainkan ia tidak dapat dipisahkan dari 'doa,' ataupun ia diungkapkan oleh bahasa nubuatan "tutuplah pintumu." Dalam pelayaran sesebuah kapal, kapal itu mestilah dalam keadaan 'watertight' (tertutup rapat), agar ia tidak akan karam dalam pelayarannya. Noah menerima anugerah kasih karunia Tuhan, namun 'tangan ' Tuhan yang menutupi bahtera itu adalah "mercy" Tuhan yang telah melindungi bahtera itu agar dapat mengharungi murka-hukuman banjir. Berjaga-jaga dijelaskan dengan lebih jitu oleh perumpamaan kedatangan kerajaan Allah, yaitu diumpamakan seperti perihal 5 gadis perawan yang bijak kerana mempunyai sumbu lampu yang senantiasa bernyala dan minyak yang mencukupi, ketika menunggu kedatangan mempelai laki-laki.

    Roh seseorang percaya ditahir oleh kesetiaan Kristus dalam mengampuni dosa-dosa, namun seseorang masih perlu menyeru dan memohon perlindungan (covering) "mercy from God of heaven" pada hari Tuhan dan juga di sepanjang 'masa' murka-murka Tuhan di tumpahkan oleh Hakim yang turun ke bumi. Nabi Moshe menerima Kasih karunia Tuhan, namun dalam hadirat Hakim-YHVH di atas gunung Sinai,  ia memerlukan "mercy from God of heaven," iaitu tapak tangan Tuhan yang menutupi Moshe dalam 'lekuk' di atas gunung 'batu, supaya ia dapat bertahan untuk melihat kemuliaan Tuhan.

    Adam dan Eve telah dianugerahkan dengan pakaian kulit binatang sebagai 'tudungan' ('mercy') yang diperbuat dari Firman Tuhan, meskipun mereka ternyata telah dihukum Tuhan kerana telah memberontak! Dengan tudungan itu, mereka dapat bertahan menghadapi semarak kemuliaan hadirat Roh Tuhan yang Mahasuci. Pakaian dari Firman itu bernubuat perihal "mercy from the God of heaven." Dengan 'tudungan' (covering) itu, biarpun roh Adam dan Eve dalam keadaan berseteru ("impure") dengan Roh Tuhan yang "Pure," namun mereka masih dapat bertahan dalam hadirat semarak Roh Tuhan yang menghanguskan! Demikian juga halnya dengan Noah yang telah memasuki bahtera, dan kemudiannya pintu bahtera' itu diberikan 'tudungan' (covering) dari tapak tangan Tuhan. Filem Hollywood menghidangkan cerita yang bertentangan dengan mesej sebenar nubuatan Firman suci, malah ianya salah kerana dalam filem Noah tersebut, 'pintu' bahtera  dirakamkan bahawa watak Noah yang telah menutup pintu bahtera' tersebut. Kitab Suci jelas menyatakan bahawa tangan Kanan Tuhanlah yang menutup pintu 'bahtera' itu.

    Prophet Moshe juga menerima 'covering' dari tapak tangan Tuhan, ketika ia diperlihatkan dengan kemuliaan YHVH yang hadir-turun di Mt. Sinai. Tidaklah cukup Moshe sekadar menerima Kasih Karunia Tuhan sahaja, tetapi Nabi Moshe harus beriman sepenuhnya  kepada 'suara' "Firman Tuhan" yang menitahkannya memasuki suatu lekuk di atas gunung-batu-Sinai, kemudiannya ditutupi oleh tapak tangan Tuhan. Demikianlah bagaimana 'mercy' Tuhan dapat menutupi roh Moshe, agar ia dapat bertahan untuk melihat hadirat-kemuliaaan Tuhan. Dalam Perjanjian Baru, yaitu "Jalan" yang disempurnakan, tangan kanan Tuhan yang 'menutupi' nabi Moshe itu adalah bernubuat secara konsisten perihal 'mercy' Kristus yang duduk di sebelah kanan Bapa yang senantiasa mengampuni dan "menutupi" kerana "...hari demi hari Ia menanggung bagi kita; Allah Tuhanku, memberi keselamatan bagi kita ..." (Mazmur 68: 20).

    Tapak tangan Tuhan yang menutupi "lekuk" batu di atas gunung batu itu adalah typology karya Kristus yang tidak putus-putus memberikan "jubah covering (menutupi)" untuk roh kita. Raja Daud bernyanyi dengan lirik: "...he is the rock of my salvation." Di atas gunung batu keselamatan itu juga, setiap orang percaya yang menelesuri perjalanan ("spiritual sojourner") iman akan menemukan "lekuk" bagi rohnya sendiri di dalam kekayaan "mercy" Kristus, sepertimana yang pernah dialami oleh Nabi Moshe di atas gunung Sinai, untuk melihat kebaikan dan semarak kemuliaan hadirat Roh Tuhan. Begitu juga, Imam Harun dan keturunannya yang harus mengimani "covering" pakaian jubah yang kudus (the holy linen tunic) yang diperbuat menurut Firman, dan dikenakan menurut ritus Taurat (Firman) sebagai 'tudungan' ketika memasuki hadirat Raja YHVH di "kamar Yang Mahasuci" (the Holy of Holiest). Setiap orang percaya yang melihat 'kemuliaan Tuhan' sebenarnya bukan sahaja dianugerahkan Kasih karunia, akan tetapi turut diberikan "mercy" yang menutupi roh setiap orang percaya, agar ia dapat bertahan melihat semarak "kemuliaan" hadirat Tuhan.

    Nabi Yesaya bernubuat supaya umat Tuhan bukanlah 'sekadar' "memasuki kamar" sahaja, tetapi juga harus "menutup pintu sesudah seseorang percaya telah masuk" ke dalam kamar (bahtera). "Menutup pintu" adalah mengimani secara berterusan akan kuasa "covering" tapak tangan Kanan Tuhan, yaitu Kristus. Demikian juga halnya dengan nabi Elia yang menutupi kepalanya dengan jubahnya sendiri, ketika ia berdiri di pintu mulut gua, alkisah Elia ketika melarikan diri ke gunung Horeb (1 Raja-Raja 19).  Aksi Elia, menutupi kepalanya dengan jubah itu, adalah nengungkapkan perihal "covering" yang menuruti 'suara' Firman Tuhan. Nabi Elia telah memasuki semarak hadirat Theophany' Tuhan. Roh Tuhan konsisten dengan FirmanNya, di mana Ia menitahkan semua orang percaya yang memasuki hadirat-semarakNya, supaya mempunyai "spiritual covering" yang menuruti the Word of God. Jika tidak, kita akan berusaha menutupi roh kita sendiri menurut intelek manusia, ataupun ringkasnya Firman Suci mengatakan "mengenakan" pakaian (jubah) yang diperbuat daripada daun-daun pohon ara (sewn-fig-leaves), sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Adam dan Eve. "Tudungan," (divine mercy) sesungguhnya setulinnya menurut the voice of the Word of God, iaitu Kristus. Walaubagaimanapun, semua orang percaya adalah keturunan Adam, dan ada pepatah yang mengatakan "the fruit does not fall far away from the tree." Namun, semua orang percaya akan mendapat pengertian dan pengetahuan dari mereka yang terdahulu mengenai 'jalan, pintu dan kunci' untuk bergaul-karib dengan Roh Tuhan seperti Adam, Abel, Noah, Moshe, David, dan Elijah. Raja Solomon memberikan kesaksian bahawa "...dari mulut Tuhan (nabi-nabi), keluarlah pengetahuan dan pengertian akan Ilahi. .." (Amsal 2: 6).

    Raja Daud yang dikenali mempunyai 8 isteri, dan sudah tentu mempunyai jumlah koleksi gundik yang boleh melebihi dari sepuluh, bersaksi bahawa seseorang percaya dapat bertahan di hadapan hadirat semarak Tuhan dengan menuruti 'suara' the Word of God.  Adam menuruti suara Firman Tuhan dengan menerima jubah' dari kulit binatang yang diperbuat daripada suara Firman Tuhan. Moshe masuk ke dalam lekukan di gunung 'batu dan ditutupi oleh tangan Tuhan menurut 'suara' the Word of YHVH yang diucapkan oleh Tuhan sendiri. Imam Aaron menutupi dirinya dengan holy linen tunic yang dikenakan ketika memasuki kamar yang Mahasuci menurut ketentuan Taurat. Elia menutupi kepalanya dengan jubahnya menurut suara sepoi-sepoi basah, the Word of God,  ketika ia melarikan diri ke Mt. Horeb yang pada mulanya untuk bunuh diri di gurun, namun malaikat datang menyampaikan mesej supaya ia (Elia) meneruskan perjalanannya ke gunung, dan seterusnya bertemu dengan Tuhan di sana yang berbicara dalam sepoi-sepoi basah. Raja Daud dapat bertahan setiap kali ia masuk ke dalam hadirat Tuhan yang semarak dengan menyeru kuasa menebus Tuhan (the redeeming power of God), yang menanggung penderitaan (dosa-dosa), dan menutupi roh Daud dalam semarak hadirat Roh Tuhan.

    St. John dalam Kitab Wahyu 7:14 menyampaikan Firman bahawa "orang-orang yang berjubah putih" itu adalah mereka yang mengenakan "pakaian" (covering) yang telah dicelup dalam darah Yeshua Kristus. Maka, semua mereka yang tertulis nama mereka dalam buku Kehidupan bukan sahaja menerima Kasih Karunia Tuhan, malah telah belajar untuk "memasuki kamar" menurut the Word of God sebagai spiritual covering; kerana siapakah yang dapat bertahan dalam Hadirat api semarak Roh Tuhan? Dalam kasus kedatangan Hakim (Yeshua Kristus) yang turun dari Sorga, semua orang yang diperdamaikan dengan Tuhan melalui misi Raja Damai akan "memasuki kamar dan menutup pintunya." "Memasuki kamar dan menutup pintu" sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 26: 20-21 adalah the Word of God yang menyingkapkan kebenaran perihal bagaimana menghadapi semarak hadirat Hakim di bumi. Daud bernyanyi "...your mercy is higher than heavens." Justeru itu, semua orang percaya harus mengimani kepada "mercy" Tuhan yang "higher than heavens" dengan  menyeru 'kuasa spiritual covering Tuhan ketika semarak kemuliaan Hakim turun. 

    Memasuki kamar adalah saranan nubuatan Ilahi untuk diperdamaikan dengan Roh Tuhan, namun "menutup Pintu" adalah spiritual covering ('pleading mercy') yang berkesinambungan ketika hadirat Hakim turun ke bumi. Janganlah disalah-faham artinya mengenai 'maksud' "menutup pintu" dengan frasa "tabir pemisah yang dikoyakkan dari atas hingga ke bawah" kerana kedua kasus tersebut mempunyai maksud yang berbeda. Memohon belas-kasihan Tuhan ('pleading Divine Mercy) adalah maksud frasa nubuatan "menutup pintu" dalam Yesaya 26: 20, agar mereka yang diperdamaikan dan ditutupi dengan 'mercy' Tuhan akan melihat 'kemuliaan' Hakim yang turun dalam "awan-awan yang bergulung" Siapa yang akan melihat? Ia bergantung kepada  kehendakNya. Nabi Daniel memohon belas kasihan Tuhan, ketika mereka dalam pembuangan (penghukuman) di Babylon. They "...plead mercy from the God of heaven." Hukuman diputuskan dari "Court of heaven." Dan "...Your mercy is higher than the heavens." Maka, Kasih-Setia dan 'mercy' Tuhan adalah 'kuasa yang lebih tinggi daripada  "heavens." 'Kasih dan mercy' Tuhan adalah 'kuasa yang tertinggi dalam 'peribadi' Tuhan.


Apakah yang perlu dipegang untuk menghadapi hari-hari kecelakaan. Apakah ada Harta kekayaan yang boleh menyelamatkan roh manusia?


    Harta kekayaan yang kekal abadi bagi pengikut Kristus adalah Harta Sion: ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan!  Tuhan Yahweh ketika memberikan janji pembaharuan kepada umatnya, bani Ibrani yang tidak setia memegang perjanjian, menyingkapkan rahasia harta masa depan Sion (Gereja) dalam Yesaya 33: 6. Nabi Yesaya menyampaikan nubuat "masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion." (Yesaya 33:6).

  Banyaklah di antara kita yang berpendapat bahawa ilmu-ilmu untuk memegang harta benda Sion hanyalah layak di ulas oleh golongan elit, paderi, dan juga religius.  Namun, Yesus berfirman dengan jelas sekali "...kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia tujuh-lapis Roh Tuhan..." Harta Sion iaitu Roh Kudus, dikaruniakan kepada setiap imamat rajani.  Maka roh hikmat itu datang dari operasi ketujuh-tujuh lapis Karunia-karunia datang secara peribadi. Walaupun kita di upacarakan dalam sakramen yang satu, operasi ketujuh-tujuh lapis Roh Kudus haruslah di seru dan dipohon setiap hari sebagaimana kita menyeru "nama" Jalan, Pintu, dan Kunci: Kristus.

     Dalam perjalanan iman, setiap pengikut Kristus 'bertumbuh-percaya' kerana senantiasa makan~Manna. "Makan" kerana operasi "roh takut akan Tuhan" yang menyebabkan "lapar." Tiada makan, maka tiadalah pertumbuhan rohani. Membaca Firman tanpa berdoa adalah pengertian tahap mental. Tetapi, 'berdoa dan membaca' Firman adalah tahap rohani; inilah yang dimaksudkan makan.  Tuhan tidak akan turun dengan menganugerahkan operasi roh hikmat dan roh pengertian, jikalau tidak ada "makan" yang berkesinambungan.  Raja Daud menyingkapkan kunci bergaul karib dengan Roh Tuhan seperti lirik lagunya dalam  Mazmur 25: 14;  "Tuhan bergaul karib dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka." (Mazmur 25:14). Mereka yang karib dengan Tuhan adalah mereka yang dianugerahkan operasi karunia "roh takut akan Tuhan" yang melekat pada Roh Kudus. Oleh kerana ia datang dan pergi, maka ia harus di seru dan dipohon akan HadiratNya, siang dan malam supaya kita dianugerahkan hadiratNya.

     Yesus berfirman bahawa apabila roh penghiburan (Roh Kudus) itu datang; "jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku."(Yoh 15:26).  Itulah "roh pengertian" yang akan memberikan pengenalan akan yang Mahakudus.

      Roh hikmat dan roh pengertian didahului oleh operasi "roh takut akan Tuhan." Walaupun ketujuh-tujuh karunia itu ada pada Roh Kudus -melekat serentak, namun operasinya jelas disingkapkan oleh firman Tuhan. Karunia "roh takut akan Tuhan" inilah yang "switching on"  roh si penerima anugerah Tuhan, supaya rohnya mula menanggapi realiti Roh Tuhan, ataupun ia disebut sebagai "permulaan hikmat." "The fear of the Lord is the beginning of Wisdom." 

     Roh Hikmat ialah realiti Kristus kerana di dalam Kristuslah terpendam segala hikmat. Jika engkau mula mendengar suaraNya, mula melihat penglihatan-penglihatan, dan mula bermimpi realiti Roh Tuhan, maka itulah yang dimaksudkan "permulaan Hikmat." Dan, inilah juga yang di namakan permulaan "relationship with Christ."  Dari titik ini, pengikut Kristus memulakan perjalanan iman sebagai manusia rohani yang dewasa.

       Raja Sulaiman yang lebih dahulu mengenali operasi karya Roh Tuhan-tujuhlapis berbanding dengan kita, iaitu masa pemerintahannya antara tahun 1017 BC hingga 978 BC dahulukala, menyingkapkan kepada kita; "Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian."(Amsal 9:10). Maka, dalam menelusuri perjalanan iman, setiap orang percaya haruslah memegang apa yang diberikan kepadanya iaitu ketujuh-tujuh lapis Roh Kudus. Tuhan itu Maha-adil kerana kekuatan iman adalah hadirat ketujuh-tujuh lapis Roh Kudus, dan juga hadirat malaikat-malaikat Tuhan, dan bukannya kemampuan intelek.   Tanpa urapan atau hadirat Roh Kudus, maka tiadalah kekuatan untuk meneruskan perjalanan iman, dan jika demikian "rumput hijaupun menjadi layu;"  orang dewasapun terhuyung-hayang berjalan. 

     Tanpa kekuatan roh untuk melakukan kehendak-kehendak Roh Tuhan, maka kita akan hanya berpaut pada kekuatan minda/otak. Dan minda/otak itu adalah pusat kehidupan daging.  Sedangkan, Kehendak-kehendak Roh Tuhan ataupun Firman dilaksanakan dengan kekuatan Roh tujuh-lapis iaitu urapan hadirat Roh Kudus. Dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Roh Kudus, barulah ada kemenangan. Tiada kemenangan bagi mereka yang melakukan kehendak Firman dengan kekuatan otak.

   Setiap yang mengerti kehendak Tuhan akan melakukan kehendaknya dengan pengakuan bahawa, tanpa Kristus adalah mustahil sekali untuk diperkenan oleh Allah Bapa. "1Akulah pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya. Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. 5 Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa."(Yohanes 15: 1, 5).  Di luar Jalan, Pintu dan Kunci, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Roh Kristus berbicara "Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorang pun mengambil mahkotamu."(Wahyu 3:11).

     Apakah yang engkau pegang? Harta Sion, harta dunia atau kedua-duanya sekali!  Harta dunia tidaklah disangkal sangat penting meskipun untuk kehidupan sementara sahaja sewaktu dibaluti daging, namun kehidupan kekal abadi menuntut kita untuk memegang "Harta Sion."  Yesaya menyingkapkan "Masa keamanan (zaman Raja Damai) akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion.(Yesaya 33:6).  Bagaimana kau pegang harta itu? Kita memegangnya dengan kerendahan roh (lowly in spirit), mengakui betapa roh kita tiada nafas kehidupan kekal sekiranya tanpa Kristus, dan pengakuan yang tidak putus-putus itu adalah manifestasi perbuatan  untuk menjadi ranting kepada Pokok sebenar. Yesus bersabda "di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada" (Matius 6:21).

     Sebagaimana ranting itu tidak berupaya untuk hidup tanpa melekat pada pokoknya, maka demikianlah "design" roh kita yang memerlukan "ketergantungan" pada ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan. Kerana roh kita berasal dari yang "luka," dan kita senantiasa menambahi luka-lukanya, maka tiadalah henti-henti kita memerlukan Kristus; sebagaimana daging memerlukan makan untuk terus hidup, demikianlah ranting itu terus tergantung kepada pokok untuk hidup. Kerana Kristus berfirman "...di luar Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.(Yohannes 15: 5). "...dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh."(Yesaya 53:5)

     Jika hari esok, kita masih buat "luka-luka" hidup, maka berpautlah kepada kesetiaan Kristus. Janganlah berpaut kepada kekuatan diri sendiri.  Kita diterima oleh Roh Allah Bapa kerana kesetiaan Kristus, biarpun kita ternyata tidak setia! Siang dan malam tak henti-hentilah kesetiaan Kristus!  Hanya Kristus sahaja yang 100 % setia menggenapi dan menyempurnakan Firman!  Maka, berpautlah kepada "kesetiaan Kristus" yang memberikan kemenangan ke atas dosa-dosa; janganlah usahakan kesetiaanmu menurut kekuatan kapasiti intelek sehingga raut wajah menjadi serius seperti buah papaya!  "Siang dan malam tak henti-henti"... kesetiaan Domba Tuhan!  Jika roh kita sampai sorga, maka itu adalah anugerah Tuhan, dan bukanlah hasil usaha kita. Harta Sion iaitu 'Sevenfold Spirit of Menorah' adalah Kristus.  Kerana kesetiaan Kristuslah, kita dapat mempersembahkan korban syukur, siang dan malam.  Jika keselamatan bergantung kepada kesetiaan kita, maka sudah tentu sukarlah sekali untuk mengucap syukur!  Keselamatan dianugerahkan kerana kasih-setia Kristus.

       Kita selamat kerana Firman tidak gagal dalam kesetiaanNya.  'Hampir' semua (almost all) alkisah 'pembenaran' orang-orang percaya dalam Perjanjian Lama dicatatkan bahawa 'dosa-dosa' orang percaya diselesaikan melalui persembahan 'korban penebus dosa' (the way of expiation through sin offerings). Ada beberapa pengecualiaan seperti: Nabi Isaiah yang ditahirkan Tuhan melalui pelayanan malaikat 'mercy' serafim dalam Yesaya 6. Demikian juga halnya dengan Nabi Daniel yang dibenarkan dan 'ditutupi' Tuhan ketika Tuhan atau utusan Tuhan (malaikat) datang kepadanya kerana Daniel dan sahabatnya menyeru "mercy" Tuhan (lihat Daniel 2: 18). Kita tahu juga bahawa King David bernyanyi "...Your mercy is higher than heavens." Justeru itulah, penulis Kitab Ibrani menjelaskan bahawa "hampir semua pembenaran..." adalah sahih kerana 'penumpahan darah.' Namun, Salib kematian Domba Tuhan adalah pernyataan Kasih dan 'mercy' Tuhan yang menyempurnakan segala pengertian perihal 'keperibadian' Tuhan yang pengasih, penyayang dan maha-mengasihani dan maha-mengampuni. Justeru itu, kita dianjurkan untuk mengasihi sesama manusia kerana ia adalah perintah Kasih: Tuhan sendiri itu adalah Kasih! Kasih dan 'mercy' adalah 'satu,' ia tidaklah dapat dipisahkan.  Tuhan menganugerahkan 'mercy' kepada siapa yang beriman kepada 'mercy' Tuhan.

    Jika kita mengasihi, maka kita adalah sahabat-sahabat Yesus." 9 Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.10 Jikalau kamu menuruti perintah Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya.12 Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu.14 Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu. (Yoh. 15:9-10,12,14) Rasul Paulus bersaksi bahawa 'sebelum iman itu datang, kita (Ibrani) berada di bawah pengawalan hukum Taurat, dan dikurung sampai iman itu telah dinyatakan. Jadi hukum Taurat adalah penuntun bagi kita (Ibrani) sampai Kristus datang, supaya kita dibenarkan karena iman.(Galatia 3: 23-24).

     Paulus melihat bahawa seluruh hukum Taurat tercakup dalam satu firman ini, yaitu: "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri!" (Galatia  5:14). Bila kita gagal menurutinya, maka kita perlu percaya 100 % kepada kesetiaan Kristus, dan mengakui dosa-dosa kepada Domba Tuhan. Kerana kesetiaan Kasih Kristus yang jelas dinyatakan oleh karyaNya yang sempurna-setia sebagai "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," maka kita dapat mempersembahkan korban syukur, selama siang dan malam tak henti-henti, sehinggalah pergantian "siang dan malam" itu akan berhenti...kelak.

    Paulus berkata bahawa kamu adalah anak-anak terang! Maka, perihal "hari dan saat" bukanlah suatu misteri melainkan sebagai rahasia Tuhan yang boleh diketahui apabila kita meminta karunia yang akan dianugerahkan oleh Allah Bapa. "Hari dan saat" kedatangan Kristus yang kedua jelas dapat dilihat dengan "mata roh", iaitu Penglihatan alam Roh (lapisan-lapisan Sorga) akan terbuka ketika Kristus turun ke bumi. Ia dinubuatkan sebagai "awan-awan bergulung seperti gulungan Kitab."  Ia telah disampaikan oleh malaikat dalam Kisah 1:6-11 dan juga Wahyu 6: 14. "Hari dan saat" Kristus hadir-turun di bumi juga diungkapkan: "sebagai mana 'halilintar memancar di timur dan melontarkan cahaya ke bàrat" (Matius 24: 27; Wahyu 8: 5). Yang melihat "hari dan saat" adalah anak-anak terang. Namun, SEBELUM "hari dan saat" itu, Tuhan akan menyeru langit dan bumi (Mazmur 50: 4-6); langit yang diseru Tuhan itu akan memperlihatkan "bintang-bintang akan berjatuhan," dan bumi yang diseru akan memperlihatkan "gempabumi," yaitu pengenapan pemberitaan keadilan Hakim menurut nubuatan dalam Kis.2: 20-21, Wahyu 6: 12-13, dan juga dalam Mat.24: 29. Ia diungkapkan sebagai 'pemberitaan langit' (Mazmur 50: 4-6). Nubuatan Wahyu 6: 12-13 adalah murka Tuhan, ketika mengadili umatNya dibumi sebelum Hakim turun ke bumi. Ia juga mengenapi pemberitaan "nama" ("mission atau handiwork") Tuhan sebagai Hakim melalui pemberitaan "langit" (Mazmur 19: 1-2 dan Mazmur 50: 4-6).

    Sebagai mana Noah yang 'memasuki bahtera'  selang 7-hari sebelum tingkap-tingkap di langit mencurahkan air selama 40 hari dan 40 malam, dan  juga sebelumnya meluapnya -air dari dalam bumi, maka, demikianlah seharusnya anak-anak terang akan senantiasa "memasuki kamar" dan ditutupi pula oleh 'mercy' Tuhan (Yesaya 26: 20-21) sebelum dan di sepanjang 'murka Hakim' ditumpahkan ke bumi.  Nabi Daniel dan sahabatnya adalah diantara yang telah diangkut  bersama rombongan umat Tuhan yang telah "diadili, dihakimi dan dihukum Tuhan," dan mereka telah menjalani pembuangan di Babylon. Daniel dan sahabatnya dicatatkan: "they plead mercy from the God of heaven." Maka, tahulah kita kenapa Raja Daud bernyanyi "...Your mercy is higher than heaven." Jika, Daud menyanyikan lirik yang sedemikian, maka apakah 'kuasa tertinggi dalam 'peribadi' Roh Tuhan? Tuhan itu "Kasih," dan sifatNya yang mengasihani (merciful)" tidaklah dapat dipisahkan dari kasihNya. Malah, Jurupenebus juga diutus kerana "Kasih dan mercy" Tuhan kepada umat manusia (Yoh. 3: 16). Meskipun,  ia akan datang sebagai Hakim, namun 'jantung'Nya tetap sama tak berubah. Kristus berfirman bahawa "...mengenali Tuhan dan mengenali Dia yang diutus Tuhan Bapa adalah kehidupan yang kekal."