Rabu, 29 Jun 2016

"Setia mengampuni dosa-dosa" adalah karya ('nama') Raja Damai yang 'terjamin' di sepanjang Perjanjian Perdamaian.

The spirit is willing, but the 'flesh' is weak...

    'Terjamin' berarti Roh Allah senantiasa berkenan kepada berkat Pengantaraan Imam Agung Melkisedek selagi "siang dan malam" tidak akan berhenti; berkat pengupacaraan Altar Melkisedek adalah 'jaminan' kuasa menghapus dosa-dosa dunia selagi Pintu Raja Perdamaian belum di tutup oleh tangan Tuhan (The advocacy of Christ guarantees the forgiveness of sins as long as day and night will never cease"). Meskipun, sifat-sifat Tuhan tidaklah sebagaimana mengikut pemberitaan namanya dalam Keluaran 34: 5-7, akan tetapi mereka yang belum memiliki kesembuhan penyakit percaya akan menghadapi masalah dalam menyeru Nama Tuhan. Dan, Hakim sememangnya tidaklah melaksanakan 'pengantaraan' untuk Tijuana 'perdamaian,' Justeru itu ia melaksanakan penghakiman  dan penghukuman dengan 'penuh keadilan' ke  atas semua bangsa-bangsa di dunia.

    'Dua perkataan' yang diucapkan oleh Yeshua, Domba Tuhan,  untuk mengungkapkan kesempurnaan pengupacaraanNya yang tidak bercacat celah berbunyi: "Sudah Selesai" (Yoh. 19: 30). Ia berarti bahawa tuntutan 'penumpahan darah' melalui upacara 'altar di bumi,' untuk menganugerahkan pembenaran manusia menurut Ordo Melkisedek 'sudah selesai' (it is finished). Lukas 24: 44 menuntut bahawasanya berkat Penebusan dan Keselamatan tidak akan mengalir selagi altar (Paskah Tuhan') di bumi belum selesai! Domba Tuhan sudah selesai diupacarakan hanya sekali saja, bukan menurut pengupacaraan Ordo imamat (manusia) di bumi, tetapi menurut upacara Imam Ordo Melkisedek. Yeshua meringkaskan misi Domba Tuhan dengan berkata: "Aku datang untuk mengenapi Taurat, mengenapi nubuat nabi-nabi, dan mengenapi Mazmur" (Lukas 24: 44). Dan, misi Yeshua di dalam menyempurnakan upacara kematianNya sendiri sebagai korban Altar di bumi "Sudah Selesai." Oleh kerana, ia "sudah selesai," maka sempurnalah kehendak Bapa di bumi, supaya orang percaya dapat melihat 'Altar di bumi' seperti 'Altar di Sorga.' Melihat kesempurnaan upacara Altar Yeshua di bumi, seperti 'altar di Sorga' adalah mengerti "nama'" Bapa, dan juga 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan yang Mahatinggi. Altar mengungkapkan "nama" Tuhan, iaitu Kasih. Kasih menuntut ''korban' atau pergorbanan di pihak Tuhan. Kasih Ilahi yang sempurna menganugerahkan berkat Penebusan dan Keselamatan kepada umat manusia di bumi. Berkat Itu mengalir secara Emmanuel. Umat manusia yang jatuh ke dalam kuasa ''maut" melalui kejatuhan Adam sudah diselesaikan oleh kematian, Domba Tuhan, Yeshua Kristus di atas Altar di bumi, iaitu Salib. "Disampaikan-Nya firman-Nya (Yesus Kristus) dan disembuhkan-Nya mereka, diluputkan-Nya mereka dari liang kubur ('maut')" (Mazmur 107: 20).  Kristus adalah peribadi Firman yang pernah dilihat berjalan-jalan Di bumi.

Altar di bumi 'seperti' altar di Sorga': Jadilah 'kehendakMu' di bumi 'seperti' di Sorga. 

    Nabi Yesaya dalam Yesaya 6, melihat penglihatan 'roh,' iaitu 'altar di Sorga.' Apakah mesej 'melihat altar di Sorga' seperti yang dilihat oleh Nabi Yesaya itu? Altar di Sorga artinya melihat "nama'" atau sifat-sifat Allah Bapa. Nabi Yesaya yang telah melihat altar di Sorga berarti dia telah melihat Kehendak Kasih dan Mercy dari Tuhan yang Mahakasih. Malaikat Seraphim yang turun kepada Yesaya adalah utusan Kasih dan Mercy dari Bapa; ia turun mentahirkan roh Yesaya (mengampuni Dan menyucikan dosa-dosa Yesaya). Maka, Yesaya telah melihat 'nama' Bapa!  Dan, "nama'" Bapa adalah seperti yang diberitakan oleh Tuhan YHVH kepada nabi Moshe dalam Exodus 34: 5, 6 & 7: "Tuhan, Tuhan yang Panjang Sabar, Penyayang, Pengasihani dan mengampuni, mengampuni beribu-ribu manusia berdosa dan tidaklah melepaskan orang yang bersalah..." (Kudus). (Slow to anger, abounding in Love, rich in Mercy, faithful in forgiving). Semua 'karya' Tuhan mengalir dari sifat-sifatNya yang tidak berubah-ubah (immutable)! Karya Tuhan terbit dari sifat-sifat 'roh' Tuhan. Bila 'nama' Tuhan mengalir kepada 'roh' seseorang manusia, manusia itu akan melihat 'sifat-sifat' Roh' Tuhan, atau ia diungkapkan 'melihat' "nama'" Tuhan (Bapa) dan juga melihat 'nama' ('sifat-sifat') Anak Tuhan yang Mahatinggi. Justeru itu, melihat altar Tuhan disempurnakan di bumi, samalah artinya melihat sifat-sifat Tuhan  Bapa yang menganugerahkan 'berkat' kepada umat manusia yang 'luka.' Yeshua adalah 'Berkat' dan juga pernyataan kemuliaan Bapa yang kelihatan di bumi! Yeshua yang diutus oleh Bapa untuk menyempurnakan 'altar Melkisedek' di bumi adalah pengenapan kehendak-kehendak 'nama' Rangkai-kata doa Bapa kami berbunyi: "Jadilah kehendakMu di bumi seperti di Sorga" 'Altar' Yeshua di bumi adalah yang kelihatan digenapi di bumi, sedangkan 'altar Tuhan' di Sorga adalah yang tidak kelihatan. Kedua-duanya adalah mengungkapkan 'kehendak-kehendak' Tuhan untuk manusia 'luka' di bumi!  Yeshua berkata: " barangsiapa melihat Anak, maka dia telah melihat Bapa." Mengerti dan percaya kepada Altar Yeshua adalah anugerah Tuhan! Melihat Salib Yeshua, iaitu altar di bumi adalah melihat "nama'" Bapa, dan 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan yang Mahatinggi (lihat "nama'" Tuhan dalam-Keluaran 34: 5, 6, & 7) 

8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita. 9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.10 Jika kita berkata, bahwa kita tidak ada berbuat dosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita (1 Yohanes 1: 8-10).
______________


    Hanya Roh Tuhan yang Mahasuci. Manusia yang 'luka' ('wounded') adalah mahluk roh, namun oleh kerana ia dibaluti oleh daging, maka pusat kesedarannya adalah daging, iaitu kapasiti intelek dan aktiviti sistem saraf.  Pada asalnya kesedaran Adam adalah berpusat pada roh; pusat kesedarannya adalah dominan pada roh, justeru itu, nenek moyang pertama umat manusia adalah dicipta pada asalnya sebagai "manusia yang rohaniah." Berhentinya Roh Tuhan turun ke atas sumbu roh manusia kerana dosa adalah suatu 'perseteruan' ('cutting off'), maka inilah penyebabnya mengapa manusia itu telah menjadi dominan pada kapasiti inteleknya dan juga pada aktiviti sistem sarafnya. 'Dosa' adalah penghalang kepada roh manusia untuk melihat realiti alam Roh Tuhan (lihat Isaiah 59: 1-2). Tuhan itu Roh yang Mahasuci. Manusia yang "jahat dari sejak kecil" adalah mahluk roh ciptaan Tuhan yang membiak dari 'benih' Adam dan Eve, namun rohnya (impure spirit) berseteru dengan Roh Tuhan yang Suci (pure Spirit). Pusat kesedaran manusia (impure spirit)  ternyata melulu terpaut pada kapasiti intelek yang melaksanakan keputusan-keputusan 'daging.' Walaubagaimanapun, manusia dapat melatih rohnya dengan pelbagai 'jalan, pintu, dan kunci' roh. Namun, Yeshua adalah 'Jalan' yang benar, yaitu jalan dan pintu kepada realiti Roh Ilahi.

    Frasa-frasa nubuatan mengenai dengan keputusan ataupun kehendak 'daging' manusia jelas disingkapkan atau dinubuatkan sebagai "makan dan minum," "kahwin dan mengahwinkan," "membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik" dan "tar gala-gala sebagai tanah liat (mortar)," dan "membeli atau menjual." Frasa-frasa tersebut adalah aktiviti-aktiviti manusia di bumi yang tidak percaya kepada 'Jalan' Roh Tuhan, dan tidak menuruti pekerjaan Roh Tuhan, yaitu Firman Allah (the Word of God).  Semua frasa-frasa nubuatan (Kej. 6; Kej. 11 dan Why. 13) tadi itu adalah karya-karya kehendak 'daging manusia' yang kesedarannya berpusat pada kapasiti intelek dan aktiviti saraf. Jika "karya" manusia yang pusat kesedarannya dominan pada daging "sampai ke langit," sudah pasti Tuhan akan berkata "marilah kita turun." Tuhan itu Roh, dan kehendakNya jelas bertentangan dengan kehendak daging manusia yang berpusat pada 'otak.' Roh Tuhan mengkehendaki kita yang dari semula dicipta sebagai mahluk roh supaya: makan Manna dari Sorga; Tuhan mengkehendaki supaya kita 'berkahwin' dengan Roh Tuhan ('ranting sebenar kepada Pokok sebenar); Tuhan mengkehendaki supaya manusia  mendirikan 'altar'; dan Tuhan mengkehendaki supaya kita percaya bahawa kita dibeli oleh kuasa penebusan darah suci Altar Yeshua.

    Manusia adalah mahluk roh yang pusat-kesedarannya adalah dominan kapasiti intelek dan aktiviti sistem saraf: manusia 'daging.'  Jelas, keinginan dan kehendak 'daging' adalah bertentangan dengan kehendak Roh Tuhan. Ritus "altar di bumi" anugerah Tuhan bermaksud bahawa kehendak Sorga iaitu Kasih Bapa terjadi di bumi! Ia disempurnakan oleh nama Domba Tuhan dalam kematian Kristus di atas kayu Salib.  Tuhan yang memberkati hari ke-tujuh dalam 'karya' nubuatan penciptaan adalah Tuhan yang Mahakasih, dan Kasih menanugerahkan kita "Jalan, Kebenaran dan Hidup" bagi roh kita agar dapat bergaul-karib dengan Roh Ilahi yang Mahasuci (pure).  Yeshua berkata bahawa kehidupan Kekal itu adalah mengenali Tuhan, dan juga mengenali Dia yang diutus oleh Bapa. Justeru itu, selagi kita di dalam bejana tanah liat ini, dan selagi pusat kesedaran kita adalah dominan pada 'daging,' maka dosa-dosa tidak akan meninggalkan kita. Sebab itulah Santo Yohanes berkata bahawa barangsiapa yang mengaku bahawa dia tiada dosa, maka kebenaran tidak ada dalam dirinya dan dia adalah pendusta. 'Fikiran' dan 'aktiviti saraf' adalah lemah dalam melaksanakan kehendak Roh Tuhan, meskipun akal budi kita telah mengalami pembaharuan.  "Jalan" itu memberikan kita 'access' kepada hadirat Roh-Tujuh-Lapis, apabila kita berdoa atau beribadah.

    Jika demikian maka siapakah manusia yang suci di bumi ini ?? Hanya Tuhan sahaja yang Pure Spirit; hanya Roh Tuhan sahaja yang Suci.  Tiadalah manusia yang suci ('pure spirit') di kalangan 'wounded man,' kecuali mereka yang dianugerahkan Kasih Karunia dengan 'penuh' (~full of grace) , seperti Santa Maria. Malaikat Gabriel memberi salam: Hail Mary full of grace, holy are you among 'woman' (Israelites)... " Maka, 'suci' bagi manusia yang berdaging adalah jelas dinubuatkan "full of grace." Jika kamu full of grace, maka sememangnya kamu adalah 'suci.' Semua orang percaya, hanyalah di anugerahkan operasi roh tujuh lapis, dan operasi itu adalah sebenarnya adalah jawapan-jawapan Tuhan ke atas doa-doa orang percaya seperti doa-doa dari paderi atau dari golongan religius, atau orang-orang rohaniah.

    Dalam bahasa yang mudah, hanya Roh Tuhan sahaja yang "Pure Spirit." Roh-roh manusia keturunan Adam perlu 'dilahirkan kembali,' agar ia dapat melangkah ke hadapan untuk meniti perjalanan iman, dan kerap-kali kita perlu 'kulit-dikupas' (the 'peeling off' of skin like Job) secara unik dan peribadi untuk dapat melihat kebaikan Tuhan. Iman itu apa? Ringkasnya Ibrani 11: 1 menjelaskan artinya, bahawasanya iman adalah 'dasar' kepada 'keyakinan' yang kita harapkan dari Tuhan, dan 'bukti' kepada realiti alam Roh Ilahi yang belum kelihàtan.  Dasar itu adalah 'suara' Firman. Firman itu ialah nama Yeshua. Semua perkataan Kristus adalah roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan. Perkataan mulut manusia adalah berasal dari keputusan fikiran ( 'otak'), sebab itu kata-kata manusia bukanlah 'roh' melainkan 'daging.' Kecuali seseorang manusia mengungkapkan 'jampi-serapih,' maka kata-katanya adalah 'roh.' Jika kita memetik Firman Tuhan yang tercetak di atas kertas dalam Alkitab dengan kapasiti intelek, maka 'firman' itu masih juga dikatakan firman, namun ia tiada kuasa 'realiti' Roh Tuhan.  Jika ada "suara" Firman, maka baharulah itu dikatakan ada kuasa hadirat Roh Tuhan, dan sudah tentu ada malaikat-malaikat Tuhan yang akan senantiasa siap-sedia dalam melaksanakan kehendak Firman itu dengan mendengarkan "suara" Tuhan.

    Roh Tuhan itu Mahasuci, maka pekerjaan roh, yaitu Firman, adalah suci.  Otak manusia belajar ilmu-ilmu perihal hal-hal berkaitan "makan dan minum," hal-hal "kahwin dan mengahwinkan," perihal "membuat batu-bata dan hal-hal "membeli atau menjual."  Dari sejak semula, di zaman Abel, manusia telah mula mengikuti 'jalan' penebusan mengikut suara Firman,  agar mereka diterima oleh Roh Tuhan yang Mahasuci. Ringkasnya, manusia yang 'luka' perlu percaya kepada 'jalan penebusan,' agar roh mereka dapat memasuki hadirat roh-tujuh-lapis. Memasuki 'hadirat' adalah permulaan mengenali Roh Tuhan. 'Altar' (Jalan Penebusan) yaitu di dalam karya Kristus sebagai Domba Tuhan adalah "Jalan" untuk diperdamaikan dengan Roh Pencipta langit dan bumi. "Jalan" itu dianugerahkan Tuhan, supaya orang-orang percaya dapat beribadah kepada Tuhan dengan doa "Bapa Kami."

    Jalan itu bukanlah bermaksud untuk menjadikan kita 'sinless' kerana hidup dibaluti oleh daging yang berpusat pada otak, adalah mustahil untuk menjadi 'sinless.'  St. John dengan jelas bersaksi bahawa: "8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita (1Yoh. 1: 8). Dalam lain perkataan, Santo Yohanes mengatakan tentang praktikal Teologi, bahawasanya selagi kita dibaluti oleh daging (pusat kesedaran yang berpusat pada otak), maka selagi itulah kita akan senantiasa berdosa. Namun, nama Raja Damai, Domba Tuhan senantiasa 'Setia' menganugerahkan pengampunan dosa.   Percaya seratus peratus kepada 'kesetiaan' Kristus, hanya datang apabila 'fajar menyingsing,' iaitu tatkala" pangkal paha" kita telah terpelocok disentuh jari Tuhan yang lemah lembut. Percaya itu adalah karya Roh Tuhan-tujuh-lapis. Jika demikian mintalah Karunia "takut akan Tuhan," supaya Tuhan akan bergaul-karib dengan roh orang percaya (lihat Mazmur 25: 14).

__________
... maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan...
___________



5 dan dari Yesus Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya--
6 dan yang telah membuat kita menjadi suatu Kerajaan (Kingdom of God), menjadi imam-imam (royal priesthood) bagi Allah, Bapa-Nya, --bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin.! (Wahyu 1: 5 - 6).

    'Ibadah' bagi orang percaya (warga Kingdom of God) seringkasnya dinubuatkan dalam Matius 6: 9-14, yaitu dipanggil doa "Bapa Kami." Ia pasti gagal dianuti jika bukan kerana "kesetiaan" Kristus "Yang Setia dan Yang Benar."  Menyembah Roh Tuhan adalah memasuki Hadirat Allah Bapa di bumi iaitu dalam 'nama' Roh Kudus. Jika tiada hadirat Roh Tuhan, maka tiadalah penyembahan Roh Tuhan. Dalam praktik zaman patriarchs, seperti dari Patriarch Abel hingga Patriarch Joseph, urusan penyembahan Roh Tuhan dimulai dengan mempersembahkan 'korban perdamaian' atau korban penyelesaian 'impurity' roh manusia. Roh Tuhan yang diseru adalah Roh Tuhan yang Mahasuci ('Pure'). Maka, jalan yang dituruti oleh patriarchs mengikut ajaran Ordo Melkisedek adalah 'jalan' 'penebusan' (the way of redemption). Jalan penebusan itu kita katakan dengan bahasa ringkas sebagai 'altar.' Tuhan yang Kasih mempunyai Mezbah (Altar) di Sorga seperti dalam kesaksian Nabi Isaiah dalam Yesaya 6, kerana altar itu menyingkapkan "kehendak Kasih" yang mengorbankan pihak Ilahi sendiri. Kasih diungkapkan oleh 'karya' pengorbanan 'nama' Domba Tuhan. Santo Yohanes dianugerahkan mata roh untuk melihat karya Tuhan yang Kasih, kemudiannya telah menulis: "...kerana betapa besar kasih Tuhan akan dunia sehingga Ia mengutus AnakNya yang tunggal..." (Yoh. 3: 16). Anak Manusia itu adalah Domba Tuhan yang dipersembahkan sebagai korban penebus dosa di atas Mezbah, iaitu Salib Yeshua. Kematian Domba Tuhan adalah Kehendak Sorga yang turun terjadi di bumi. Ia mengenapi doa  "...kehendakMu (Mezbah di bumi) jadi di bumi seperti di Sorga (Mezbah di Sorga)..." Sorga mengecapi damai sejahtera Tuhan secara penuh, justeru itu, nama Domba Tuhan yang telah turun ke bumi adalah pengenapan Mezbah Sorgawi yang disempurnakan di bumi, supaya mereka yang percaya mempunyai 'Jalan' untuk mengecapi damai sejahtera Tuhan dan juga menjadi pewaris janji Roh Tujuh Lapis.

    Domba Tuhan, Pengupacara, Altar (Salib) dan Pengantara adalah semuanya dilaksanakan oleh Roh Tuhan sendiri di dalam 'nama' Yeshua Kristus untuk mengenapi semua Taurat, nubuatan Nabi-Nabi dan Mazmur. Semua Taurat menyingkapkan 'kekudusan' Tuhan. Dan penyelesaian pelanggaran Taurat adalah 'korban penebus dosa.' Domba Tuhan adalah Jalan 'Penebusan yang menghapuskan dosa-dosa, maka Ia menyempurnakan seluruh ajaran Taurat yang menuntut 'kekudusan melalui 'jalan' Mezbah. Nama "Domba Tuhan" menyingkapkan Tuhan sebagai Mahakasih, kerana ia melepaskan kita dari 'sengat' penghambaan dosa, iaitu maut. "Kuduslah kerana Aku Kudus" adalah saranan semulajadi dari Roh Sumber Hidup yang Mahasuci. Ia menyatakan betapa 'pure' Roh Pencipta alam semesta itu, dan ia adalah 'Sumber hidup' yang Suci. Justeru itu, untuk mendapatkan kuasa kehidupan yang penuh, kita perlukan 'Jalan, pintu dan kunci,' agar Sumber hidup yang suci itu dapat mengalir ke dalam roh kita.

    Namun, tidaklah kita artikan 'Jalan' sehingga kita mentafsir untuk berusaha menjadi "tiada dosa." Berusaha untuk "tiada dosa" bukanlah suatu kehidupan yang berhikmat dan praktikal bagi setiap orang percaya yang dibaluti daging. Roh-Tujuh-Lapis adalah sumber sukacita, dan bukannya sumber 'kerimasan dan kuk yang membebankan'' dalam menelurusi perjalanan iman. Berusaha untuk 'tidak berdosa' adalah seringkasnya membawa maksud berusaha untuk mengasihi Tuhan, dan juga usaha untuk mengasihi sesama manusia. Salib Yeshua (Mezbah Sempurna Tuhan di bumi) bukanlah bermaksud, supaya kita berusaha untuk "tiada dosa." Manusia berdaging adalah mustahil untuk tiada dosa, malah ia langsung tidak praktikal. Kayu Salib adalah berkat Tuhan yang 'memperkayakan' orang percaya, dan Ia langsung tidak menambahi apa-apa penderitaan. Sebab itu, ia dinubuatkan oleh Nabi Yesaya bahawa "pulau-pulau bersukacita dan kaki-kaki gunungpun bernyanyi-nyanyi" mendengar Khabar Gembira. Mezbah Tuhan menerima semua orang berdosa, iaitu dosa-dosa yang kita buat di sepanjang hayat daging kita.

    Semua dosa adalah "forgiveable" di dalam 'karya' ('nama') Raja Damai. Taurat mengajarkan bahawa 'dosa' diselesaikan dengan mempersembahkan korban 'sin offering' di dalam ritus penebusan (rites of expiation). Raja Daud bersaksi bahawa 'dosa-dosanya' tidaklah meninggalkannya, dan ia senantiasa melekat bersamanya. Maksud nyanyian lirik raja Daud itu adalah merujuk kepada pusat kesedarannya iaitu daging (otak) yang senantiasa bersamanya, dan kita tahu bahawa kesedaran daging adalah lemah dalam melaksanakan Firman. Dalam satu kasus perihal kelemahan daging; Firman berbicara bahawa manusia harus berkahwin satu (monogami). Namun, ternyata manusia yang luka adalah lemah dalam menuruti Firman. Abraham ada lima isteri, Yakub ada empat isteri, dan Raja Daud ada lapan isteri, malah raja Sulaiman telah mencipta rekod Alkitab kerana tercatat bahawa ia mempunyai 700 isteri dan 300 gundik. Namun, Tuhan mengatakan Daud amat dekat sekali dengan rohNya. Dalam hal perkahwinan sahaja, patriarchs dan raja-raja ternyata gagal menuruti kehendak Firman. Meskipun denikian, Abraham, Yakub, dan Daud adalah nabi-nabi Tuhan. Daud bernyanyi "Terpujilah Tuhan, dialah yang menanggung derita kita siang dan malam; dialah Jurupenebus kita"!(Mazmur 68: 19). Tatkala daging kita lemah dan gagal dalam melaksanakan kehendak Firman, 'nama' ('karya') Tuhan ternyata "Yang Setia dan Yang Benar." Pekerjaan Kristus disingkapkan "yang setia dan yang benar." Ia setia mengampuni segala dosa kita, dan 'kuasa pengampunanNya tidaklah berdusta. Ia mengampuni kerana itu adalah sifat Roh Tuhan. Ia tidaklah berdusta kerana ia bersifat senantiasa benar. Salib atau Mezbah Tuhan di bumi pula adalah jaminan sifat Tuhan yang maha-mengampuni; selesainya pengupacaraannya 'korban penebus' dosa dalam Perjanjian Lama bermakna dosa-dosa umat Tuhan telah selesai di ampuni dan ditahirkan. Urusan menyelesaikan dosa umat manusia telah 'selesai' dalam kematian Yeshua sebagai 'korban' Domba Tuhan.  Kristus ketika saat ia menghembuskan nafas -nafas 'daging yang terakhir telah mengungkapkan misi Domba Tuhan dengan dua -perkataan sahaja: " Sudah Selesai."  Kasih Ilahi pada mulanya hanyalah dikecapi oleh penghuni Sorgawi sebagaimana yang disingkapkan oleh Mezbah Sorgawi yang dilihat oleh Nabi Yesaya. Mezbah Sorgawi itu juga mengungkapkan kehendak 'Kasih' Tuhan. Apabila Mezbah itu 'turun-terjadi' di bumi, maka, orang-orang percaya di bumi melihat bahawa Kasih Karunia telah dicurahkan di bumi kepada manusia yang 'luka.'

    Taurat mengajarkan bahawa apabila korban penebus dosa selesai diupacarakan oleh imam besar Ordo Harun, maka dosa-dosa umat Ibrani telah selesai ditahirkan. Justeru itu, domba korban penebus yang selesai diupacarakan adalah sesungguhnya 'jaminan' kepada Jalan penyelesaian dosa-dosa. Yeshua berkata: "Sudah Selesai" kerana misi penyelesaian dosa-dosa manusia akan disempurnakan dalam kematianNya sebagai Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia. Your life-time sins are always guaranteed to be forgiven by the redeeming power of His death. The only challenge is to conquer our own unbelief. Jika, suara Firman berbicara maka, unbelief itu akan mula hilang sebagaimana kabus akan hilang akhirnya bila diterpa oleh pancaran cahaya Matahari.

    Matinya Domba Tuhan yang tercurah darahNya di bumi, maka terjaminnya penghapusan (menyelesaikan)  dosa-dosa dunia: ia juga berarti bahawa orang-orang yang percaya akan senantiasa mempunyai 'Jalan' untuk beribadah. Orang-orang percaya tidaklah akan dapat berdoa "Bapa Kami," jikalau tiada jalan pentahiran roh yang diberikan oleh Mezbah Yeshua di bumi. Beribadah doa Bapa Kami adalah ciri-ciri warga Kerajaan Allah di bumi: Raja kepada kerajaan Allah itu adalah Raja Yeshua, dan juga Sumber Kehidupan semua bangsa-bangsa di dunia; ia juga disebut "tanda di dahi" yang merujuk kepada Paskah Tuhan Yeshua. Tanda di dahi yang sebenar adalah senantiasa merujuk kepada Paskah Tuhan, namun semua kerajaan-kerajaan bangsa-bangsa di bumi telah sepakat untuk menerima "tanda di dahi" oleh "binatang dua tanduk yang keluar dari bumi," dan tanda binatang itu menindan "tanda di dahi" yang sejati oleh Tuhan. Nama Tuhan yang menjadi sumber kehidupan adalah Paskah Domba Tuhan, namun "tanda di dahi" yang diberikan oleh binatang dua tanduk itu adalah 'karya-duit' atau 'monetary' yang disingkapkan secara tersembunyi sebagai 'nama' binatang: 666.

Selasa, 21 Jun 2016

"Carilah dahulu kerajaan Allah... " Matius 6: 33

 

Lalu kata mereka kepada-Nya: “Apakah yang harus kami perbuat, supaya kami mengerjakan pekerjaan yang dikehendaki Allah?” Jawab Yesus kepada mereka: “Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah, yaitu hendaklah kamu percaya kepada Dia yang telah diutus Allah.” (TB Yohanes 6:28-29)


    Alkisah kewujudan kerajaan-kerajaan manusia di bumi bermula di Menara Babel (Kejadian 11). Kerajaan Allah bukanlah di bumi ini, kecuali pada zaman Teokrasi YHVH di Tanah Perjanjian. Apapun jenis kerajaan, ia dapat menawarkan kehidupan daging, dan ia juga mempunyai perundangan yang dapat menghukum manusia di  bumi menurut ruang lintup geo-politik dan persempadanan sesebuah kerajaan. Setiap kerajaan mempunyai 'karya' (name) yang dinubuatkan seperti rangkaikata "marilah Kita mencari NAMA" (Kejadian 11: 4). Di zaman' sekarang, nama yang dicari ialah "peace and safety" (1Thes.5: 3) dan juga "monetary" (Wahyu 13: 18). "Peace and safety" yang ditawarkan oleh kerajaan-kerajaan manusia dapatlah ditafsir era atau zamannya, iaitu era bercampurnya gandum dan lalang atau dalam bahasa penglihatan nabi Daniel  seperti "besi bercampur tanah liat." Tuhan YHVH pernah mewujudkan kerajaan Teokrasi di Tanah Suci, kerana penggenapan sumpahan' Perjanjian dengan Abraham, Ishak dan Yakub (Israel). Kerajaan itu hanya tinggal sejarah Kitab. Saranan Yeshua dalam mengutamakan "mencari Kerajaan Allah" dalam Matius 6: 33 adalah urusan yang hanya bisa dimengertikan, apabila kita mulai melihat apakah pusat-kesedaran yang dominan beroperasi dalam diri kita; adakah pusat kesedaran kita senantiasa pada daging (otak), atau kadang-kadang kita masuk dalam hadirat kesedaran akan realitas Roh Tujuh-Lapis?

Matius 6:33 "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu."

Apakah yang dicari dalam kerajaan Allah?

    Kerajaan Allah (Kingdom of God) ada Allah Bapa, Allah Anak (Raja Yeshua), dan Allah Roh Kudus: Kehidupan (Creator and Redeemer). Ataupun ada penghambaan kepada "nama Tuhan" (lihat 'nama' Tuhan dalam kitab Keluaran 34: 6-7 atau ringkasnya ada penghambaan kasih. Kehidupan kekal adalah karya "nama" Tuhan. Raja Damai menjanjikan 'Jalan' perdamaian melalui Altar Domba Tuhan; ia juga dilihat sebagai Perjanjian Baru. Dari sifat ('nama') Kasih dan belas kasihan Ilahi, maka mengalirlah penganugerahan "Altar" perdamaian oleh 'karya' atau 'nama' Domba Tuhan: Jalan Perdamaian ('jalan' menyelesaikan dosa-dosa).  Zaman Perdamaian oleh Raja Damai ada dinubuatkan oleh Nabi-Nabi seperti dalam petikan Yesaya 33: 6 " Masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah 'Hikmat dan pengetahuan; 'takut akan Tuhan, itulah Harta benda Sion." [ He will be the sure foundation for your times, a rich of salvation and wisdom and knowledge; the fear of the Lord is the key to this treasure (Isaiah 33: 6).]

    Jadi, dalam kerajaan Allah ada anugerah keselamatan atau anugerah Harta Sion: Roh Tujuh Lapis.  Namun, realitas Raja Damai itu seolah-olah cuma suatu 'ghostly figure' yang melambai-lambai di kejauhan di seberang sana sambil berkata "mari-mari..."  Dicatatkan bahawa Rasul Petrus menyahut lambaian 'ghostly figure' itu dengan berjalan di atas air, namun 'percayanya' mulai ditindan oleh kekuatan 'kesedarannya' yaitu, lima deria-rasanya. 'Percaya' yang ada pada Petrus mulai 'terbenam' oleh realitas lima deria rasa, dan Petrus menyeru Yeshua, lalu Yeshua datang menyelamatkannya dari tenggelam dalam air. Ia menyingkapkan suatu 'keputusan' untuk mau mengikuti suatu 'perjalanan iman' atau sebaliknya kepada ajakan Raja Kebenaran itu.  Jika ia datang memberikan 'pertolongan' dan itu sememangnya tiada masalah. Jika, tiada 'hadirat' Nya untuk memberikan 'pertolongan', maka itu mendatangkan suatu masalah yang perlu penjelasan dari ROH Kebenaran.

    Raja Solomon membahagikan hikmat bahawa: 'There is an appointed time for everything. And there is a time for every event under heaven--" (Ecclesiates 3: 1). Jika pertolongan tidak datang, itu berarti bahawa kita perlu melihat 'a time' adalah milik Tuhan, dan justeru itu, seeloknya ia (roh pengertian tentang 'timing' Tuhan) akan menjadi precepts untuk menantikan Tuhan. Kita perlu melihat apakah permintaan yang kita panjatkan dalam doa itu adalah di dalam 'nama' Kristus atau sebaliknya. Tuhan itu maha-sempurna dan penuh berkuasa, maka justeru itu layaklah kita sandarkan 'percaya' di dalam 'namaNya.' Bila dia datang Ia akan memberikan 'kekuatan.' Kita mungkin tidak akan melihat segala 'pengharapan' muncul digenapi dalam hayat kehidupan daging! Tetapi, Iman itu adalah dasar keyakinan kepada yang kita harapkan dan bukti kepada yang belum kita lihat! (Ibrani 11: 1). Jika kita menerima 'biji sesawi', Firman, (mustard seed), maka kita sesungguhnya telah menerima 'keyakinan' dan 'bukti.' Sebab itu, dalam doa Bapa Kami, pengikut 'Jalan' disuruh beribadah, supaya makan 'Manna' setiap hari, dan supaya semakin teranglah 'keyakinan' dan 'bukti' kepada segala yang kita harapkan di dalam nama Kristus: "...namaNya ialah Firman Tuhan." Rasul Yang Dua Belas tidak berbicara yang tertulis semata-mata, melainkan yang 'tersingkap.' (Mazmur 119: 130). Kerana Jika kita berbicara dari Firman yang tertulis dan "belum tersingkap, " maka bicara kita itu adalah secara dominannya dari rumusan kapasiti intelek.

   Bagi kebanyakkan orang percaya, realitasNya atau hadiratNya seolah-olah sekadar suatu 'fata-morgana' (mirage).   Pusat kesedaran kita pada 'kapasiti intelek dan sistem saraf' (daging) ternyata dominan sekali, justeru itu, realitas Roh Ilahi dan kebenaranNya hanyalah samar-samar belaka! Perjalanan di atas air tidaklah menjadi 'berkemenangan' (triumphant), jika ia dilakukan dengan kekuatan kapasiti intelek dengan lima deria rasa! Yang melambai itu adalah Roh. Maka, 'perjalanan roh' memerlukan kekuatan Karunia Roh Tujuh Lapis, baharulah kita dapat berjalan sebagai the followers of the Way.


Prasyarat

    Matius 6: 33 hanya bermakna kepada roh-roh mereka yang telah 'dilahirkan kembali' ke dalam Kerajaan Allah. Di luar kerajaan Allah, kata-kata Yeshua dalam petikan tersebut langsung tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan sementara ('daging') di bumi ini.  Biarpun mungkin kita menganggap diri kita tergolong sebagai orang-orang percaya yang telah ''dilahirkan kembali' dalam kerajaan Allah, namun, justeru kerana kita kekurangan roh Hikmat dan roh Pengertian, maka kita kembali ditaklukkan secara melulu oleh 'pohon pengetahuan ' (tree of knowledge).  Kebanyakan orang kristen adalah ternyata berminat pada bahagian terakhir ayat 33 dalam petikan di atas, iaitu "maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." Bahagian pertama ayat tersebut pula, iaitu "...carilah dahulu Kerajaan Allah," tidaklah menghairahkan hati manusia kerana pusat kesedaran kita adalah dominan berpusat pada otak. Kehendak kehidupan 'daging' (yang berpusat pada kapasiti intelek dan sistem saraf) adalah ringkasnya termasuklah mencari harta dunia, kuasa, hiburan, 'nama' mahupun maruah/harga diri menurut fikiran sekular; atau dalam frasa nubuatan disebut "makan dan minum, kahwin dan mengahwinkan, "membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik" dan urusan yang jelas dapat dibaca pada saat berakhirnya zaman bangsa-bangsa yaitu "membeli atau menjual" (Wahyu 13).

    'Karya' kehidupan atau 'nama' yang dicari oleh manusia keturunan Adam yang 'luka" ('wounded' descendants of Adam) adalah asas evolusi tamadun manusia di bumi yang jelas terputus dari maksud 'design' Ilahi. Terpisah dari Sumber hidup yang abadi adalah berbunyi dalam versi bahasa Inggeris: Cut off from the original and perfect will of the Creator, the Source of eternal life. Kehendak-kehendak Ilahi jelas sekali berbeda dari kehendak-kehendak intelek manusiawi. Kehendak Tuhan jelas dinubuatkan sebagai frasa seperti "makan Firman," "mendirikan batu semulajadi sebagai altar," "dikahwini oleh Roh Pencipta melalui perjanjian Paskah (Covenant) sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan," dan "dibeli oleh kuasa darah Domba Tuhan." Kehidupan manusia yang berpaut pada tree of knowledge (dominan pada otak) telah dikuasai oleh 'karya' setiap pemerintah bangsa di setiap negara. Roh Tuhan menyingkapkan karya pmerintah-pemerintah dunia dengan frasa "tanda di dahi dan tanda di tangan" untuk mengungkapkan bahawasanya 'karya' manusia itu akan menindan Kuasa Kehidupan yang dianugerahkan oleh Paskah Yeshua, namun 'penindanan' yang menghambakan umat manusia sendiri itu turut menggenapi nubuatan-nubuatan. "Karya-duit" ('monetary' adalah 'nama' yang sekian lama dicari umat manusia) telah dinubuatkan, bahawasanya pada saat akhir zaman bangsa-bangsa, "tanda di dahi itu" akan menjadi titik-fokus kepada pekerjaan tangan manusia untuk hidup di dunia. 'Berkerja seolah-olah sebagai ibadah kehidupan' atau dalam frasa nubuatannya diungkapkan sebagai "tanda di tangan." Pada hari terakhir, yaitu saat pengakhiran zaman bangsa-bangsa, semua bangsa dan semua umat manusia mengerahkan semua tenaga hidupnya supaya dapat berkerja demi "karya-duit" itu. Jika demikian, masih adakah lagi orang -orang percaya yang mencari kerajaan Allah? Jika ada, dan kenapa harus manusia menjadi ghairah untuk mencari 'kerajaan Allah' ?

    Tiga orang majus dari timur datang ke Kota Yerusalem dan bertanya-tanyakan perihal tempat kelahiran Raja Kebenaran yang dinubuatkan oleh nabi-nabi. Mereka mencari Raja Damai itu kerana mereka 'melihat' tandanya seperti yang dinubuatkan oleh nabi Balaam Ben Peor, yaitu 'Bintang' bani-rumah-Yakub (the Star of the house of Jacob).  Para gembala kambing 'melihat' 'penglihatan roh,' iaitu pemberitaan 'langit' (sepertimana yang disingkapkan oleh Mazmur 19: 1-2), dan juga mendengar mesej dan tanda yang diberikan oleh pembawa berita (malaikat). Kedua-dua kumpulan manusia itu "mencari" Raja kepada 'Kerajaan Allah' itu, kerana mereka telah 'melihat' dan telah 'mendengar' mesej roh perihal Raja Kebenaran itu.

  Kita "mencari" kerana mata roh kita dan telinga roh kita telah melihat dan mendengar kesaksian Roh Nubuat! Sumbu 'roh' (the heart of the spirit) yang melihat dan mendengar adalah prasyarat dalam "mencari" Kerajaan Allah. Setiap Kerajaan di bumi atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'King-dom,' semestinya mempunyai "raja (king-)" yang memerintah suatu territory (-dom). Demikianlah juga Kerajaan Allah yang mempunyai "Raja Kebenaran." Raja itu memberi kuasa kepada setiap orang percaya untuk menjadi anak-anak Allah. Raja Kebenaran berkata "Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup." Dialah "Kebenaran" itu. Dialah yang menjadi "Jalan" untuk mengenali Bapa. Pilatus bertanya sewaktu prosiding perbicaraan pertuduhan yang dibuat terhadap Raja Kebenaran (Yeshua). "What is truth?" Apakah Kebenaran itu? Semua agama mempunyai cabang Teologianya yang tersendiri untuk menangani perihal  soalan yang berbunyi: "Apakah itu kebenaran?" Namun, agama jika diberikan kebebasan akan menjurus kepada persaingan ilmu 'apologetics' dan ilmu 'comparative religion.' Namun, saya bukannya seseorang yang religius! Dan sememangnya, saya tidak bertauliah perihal bidang ilmu-ilmu tersebut. Maka, saya tidak akan masuk dalam persoalan bidang tersebut!

                           

    'Benar' seringkasnya dapat diartikan sebagai tiada dusta, tiada elemen dosa dan suci. Maka, Firman Tuhan itu sesungguhnya tidak berdusta (righteous), tidak bercacat-celah (flawless), tiada elemen dosa (perfect), dan suci (holy).  Selepas banjir di zaman Nuh, Tuhan merumuskan perihal keperibadian roh manusia keturunan Adam yang akan berkembang-biak semula melalui keluarga Nuh: "...sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan." Tuhan mengatakan bahawa manusia keturunan Adam itu, adalah "...jahat dari sejak kecilnya..." Kita berbuat dosa sejak dari kecil. Kita mengenali apa itu dosa kerana pengenalan kita akan Hukum Kesepuluh (The Ten Commandments), yaitu ibunda segala hukum. Hakikatnya, tiada satupun manusia mampu untuk menuruti kesepuluh hukum tersebut! Setiap manusia melanggar Hukum itu setiap hari. Setiap orang melanggar atau gagal menuruti dua hukum Kasih yang diperintahkan oleh Raja Kebenaran.

Pusat Kesedaran (the centre of consciousness) 

                         
We as the wounded descendants of Adam are spirit-creatures; our consciousness is centered upon the intellectual capacities and the nervous activities.

The 'flesh' has five gates in receiving information from the surroundings. whereas, the spirit of man operates as sang by David "Deep calls deep."

    Pusat kesedaran yang dominan dalam kehidupan kita adalah 'kapasiti intelek' (intellectual capacities) dan aktiviti sistem saraf (nervous activities). Meskipun kita adalah mahluk roh yang dibaluti daging, namun kecenderungan 'kesedaran' kita yang dominan  adalah melalui lima deria rasa yang berpusat pada otak. Otak memproses maklumat-maklumat yang kita terima dari ke-lima-lima jendela maklumat, ataupun lima deria rasa, dan berdasarkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran kita, maka olahan dan rumusan dibuat, dan itulah yang mewarnai hidup kita. Pusat kesedaran pada kapasiti intelek dan aktiviti sistem saraf manusia ringkasnya ditulis oleh para 'apostles' sebagai kehidupan 'daging' ataupun kehidupan 'sementara.' Pentakosta memungkinkan kita mengalami suatu pengwujudan kesedaran akan realitas Roh-Tujuh-Lapis. Kesedaran yang dianugerahkan oleh Roh Pentakosta memberikan kita mata yang melihat dan telinga yang mendengar, supaya setiap orang percaya dapat beribadah dengan ibadah yang dinubuatkan oleh Yeshua iaitu doa "Bapa Kami." 

    Melaksanakan doa "Bapa Kami" sebagai ibadah kehidupan harian memerlukan kekuatan Roh Pentakosta, jika tidak, doa kita hanya akan hanya berkisar pada fikiran dan emosi. Telinga 'daging' kita dan mata 'daging' kita akan hanya "...mendengar perihal Tuhan dari cakap-cakap orang sahaja."  Raja Kebenaran adalah manusia yang sejati ('pure') menurut karya tangan Tuhan Bapa, kerana pusat kesedarannya adalah senantiasa di dalam hadirat "Roh Bapa" yang senantiasa 'satu' pada rohnya, biarpun ia dibaluti oleh daging ; Ia berkata "Bapa dan Aku adalah satu." Justeru itu, Ia mampu untuk menyatakan dan menyempurnakan segala pekerjaan Bapa secara "Setia dan benar:" Karya atau pekerjaan Roh Kristus adalah Firman Allah kerana "...namaNya adalah Firman Allah." Nama perutusan Tuhan adalah pekerjaan (Karya) Allah Bapa.  Ia setia kepada segala kehendak Bapa. Kita jauh sekali berbeda dengan 'Anak Manusia' itu, kerana pusat kesedaran kita adalah 'daging' kecuali kadang-kadang, jika Tuhan mengkehendakinya, Roh Tujuh-Lapis itu akan turun di atas sumbu roh kita, maka kita akan dapat memasuki hadirat realitas alam Roh yaitu hanya apabila pusat kesedaran kita beralih kepada 'roh' untuk beberapa ketika sahaja. 

    Justeru itu, saranan Yeshua dalam Matius 6: 33 untuk "...carilah dahulu Kerajaan Allah.... " adalah ditujukan kepada orang percaya yang dianugerahkan dengan mata untuk 'melihat' dan telinga untuk 'mendengar.' Atau ringkasnya, yang telah "dilahirkan kembali." Kita tidaklah dapat mencari Roh Tuhan dengan otak. Kita tidak berusaha mendengar Firman dengan gegendang telinga (telinga daging). Tuhan itu Roh. Barangsiapa yang menyembah Tuhan hendaklah ia menyembahNya dalam Roh dan Kebenaran. Kita mencari Raja Kebenaran kerana kita dianugerahkan dengan mata untuk melihat. Kita mencariNya kerana kita mendengar 'suara' Firman. Itupun, jika Tuhan mengkehendakinya, supaya Roh-Tujuh-Lapis itu turun ke atas sumbu roh kita. Maka, urusan mencari Kerajaan Allah hanya dapat dilakukan apabila kita dapat melihat dalam 'roh' dan mendengar secara 'roh.' Pusat kesedaran pada kapasiti intelek dan aktiviti saraf (otak dan sistem saraf) adalah manusia keturunan Adam yang dilihat oleh mata Tuhan sebagai "jahat dari sejak kecil," dan telah dinubuatkan oleh Firman bahawasanya kehendak daging kita adalah "makan dan minum," dan juga "kahwin dan mengahwinkan," dan "membeli atau menjual." Kehidupan kita tanpa 'melihat' dan 'mendengar' Roh-Tujuh-Lapis, hanya akan berkisar kepada kesedaran-dominan pada otak. Tanpa 'kelahiran kembali' dan 'kekuatan' yang diberikan oleh hadirat Roh Tujuh Lapis itu, maka kita akan khuatir dengan hal-hal makan dan minum, tubuh badan fizikal, pakaian, harta dunia dan juga tentang hari esok.

    "Makan dan minum; kahwin dan mengahwinkan; membuat batu-bata dan membeli atau menjual" adalah frasa nubuatan yang menjelaskan aktiviti dominan bagi "manusia-luka" yang pusat kesedarannya adalah otak (the tree of knowledge). Tanpa "tree of life" iaitu 'suara' (hadirat) Sumber Kehidupan, Firman, kita sebagai keturunan Adam adalah hanya dominan pada kesedaran otak dan sistem saraf.  Kesedaran dominan pada 'daging' (the centre of consciousnous is dominantly centred upon the 'flesh') menjelaskan kenapa kita melihat betapa pentingnya 'duit' dan betapa pentingnya kehidupan sementara daging ini. Kita telah dididik bahawa 'duit' itu penting sekali dalam kehidupan di bumi, maka kesedaran kita yang berpusat 'dominan' pada otak akan mencari 'duit.' Kerana 'duit' adalah 'karya' pemerintah setiap bangsa yang memudahkan transaksi "membeli atau menjual."

    Sekarang adalah 'saat' zaman pengakhiran bangsa-bangsa di mana "menara 'nama' untuk membeli atau menjual" telah menaklukkan semua bangsa di dunia. Penaklukan yang tidak dapat ditolak itu diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan." Frasa ini sebenarnya adalah Firman Yahweh yang disampaikan oleh Nabi Musa kepada umat Ibrani sebelum mereka menduduki tanah Perjanjian. Ia boleh dirujuk dalam Kitab Ulangan 6: 6-8. Ia adalah mengenai perintah atau segala ketetapan Tuhan kepada semua umat Ibrani supaya dapat mengasihi Tuhan dengan sepenuhnya, menuruti ketetapan atau perintah.  Ia juga harus diajarkan kepada anak-anak mereka sebagai "tanda di dahi dan tanda tangan." Frasa itu ringkasnya mengungkapkan bahawa ia mengikat umat Tuhan kepada 'Perjanjian' dan segala FirmanNya. Namun, Roh Tuhan juga menggunakan frasa yang sama dalam Kitab Wahyu 13 untuk mengungkapkan 'karya' pemerintah dunia dan pemerintah setiap bangsa yang menaklukkan dan menghambakan semua orang kepada 'Perjanjian' dan 'perintah' "karya-duit" ('monetary') yang diterima-pakai oleh semua orang dalam kehidupan yakni dalam urusniaga "membeli atau menjual."

  Nubuatan menjelaskan bahawasanya, di akhir zaman bangsa-bangsa, manusia akan lambat-laun terjerumus kepada 'mammonisme' kerana semua bangsa dan semua kerajaan yang ada di bumi telah mengwujudkan 'duit' nya masing-masing dan itulah  nadi kehidupan dalam "membeli atau menjual," 'karya-duit' memudahkan kehidupan 'daging' pada jam-jam terakhir, namun ia telah menghambakan semua manusia sejagat, seolah-olah kita semua (semua bangsa di bumi) sedang beribadah kepada "duit" yang dikaryakan dan diurus-tadbir oleh pihak pemerintah bagi setiap bangsa dan juga dikuasai oleh penguasa gergasi dalam arena politik-ekonomi dunia. Meskipun duit itu baik jika sekiranya ada 'keadilan' dari pemerintah, malah 'karya-duit' sudah terbukti amat 'sesuai' sebagai medium untuk urusniaga dalam "membeli atau menjual," namun, Yeshua bersabda "24 “No one can serve two masters. Either you will hate the one and love the other, or you will be devoted to the one and despise the other. You cannot serve both God and money" (Matius 6: 24). Hairan sekali, kenapa Yeshua tidak mengatakan syaitan atau Lucifer, tetapi 'duit' atau 'mammon.' Mungkin kerana takhta 'nama' Lucifer itu telah dikalahkan, namun karya 'duit" bersama manusia belumlah diturunkan takhta di hati manusia.

                         
Tuhan menganugerahkan 'jalan penebusan' melalui upacara ritus 'Mezbah' sebagai 'jalan' beribadah kepada Sumber Kehidupan. Maka, 'Paskah' Yeshua adalah "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang 'tulin' dari Tuhan. Semua pemerintah bagi setiap bangsa dan negara di dunia telah berkarya menandai dan menindan 'karya' Ilahi pada 'dahi dan tangan,' dengan "karya-duit" (monetary). Dan 'monetary' telah menjadi seolah-olah "oksigen" bagi kehidupan di bumi! Tuhan menganugerahkan 'Paskah Yeshua,' agar manusia di bumi  dapat mewarisi harta Sion (Isaiah 33: 6). Pemerintah-pemerintah di bumi pula telah menguatkuasakan undang-undang, agar kehidupan 'daging' yang berpusat pada otak dapat 'dikuasai dan diperhambakan' oleh 'karya' ('nama') pemerintah-pemerintah di bumi.  Jika 'nama' ('monetary' as the ruler's handiwork) pemerintah dunia itu "sampai ke langit," maka sudah tentu frasa nubuat "marilah Kita turun" akan kedengaran. Tidak ada pemerintah di dunia ini yang mengiktiraf 'Paskah Tuhan,' sebagai 'tanda di dahi dan tanda di tangan' yang sebenar. Semua pemerintah telah mendirikan 'menara-menara' dan 'ibu menara.' Semua bangsa di dunia telah berkata "marilah kita membeli atau menjual" dengan 'nama' yaitu 'karya-duit.' Maka, 'tanda di dahi dan di tangan' yang tulin dari Tuhan sudah lama ditindan oleh"tanda di dahi dan di tangan" dari binatang! Demikianlah kita membaca zaman.

    Altar Tuhan di bumi yang digenapi seperti Mezbah di Sorga, iaitu kematian Domba Tuhan di Kayu Salib adalah "Jalan" Kebenaran untuk manusia-luka, supaya kita dapat 'bergaul-karib' dengan Roh Ilahi. Ibadah roh bagi pengikut Jalan adalah "Doa Bapa Kami." Ibadah yang dinubuatkan oleh Yeshua dalam Matius 6: 9-14 menjelaskan bahawa Ibadah pengikut Jalan adalah seringkasnya: "...memuliakan Tuhan; memasuki hadirat Raja Damai (Raja Yeshua) dalam 'datanglah KerajaanMu; mengenapi kehendak-kehendak di bumi seperti di Sorga;  'makan' Manna dari Sorga dengan mendengar 'suara Firman; mengampuni dan meminta ampun; iaitu elemen yang terkandung dalam melaksanakan perintah Kasih. "

    Ibadah yang diajarkan Yeshua juga menyarankan rangkai-kata doa 'permintaan' (ayat 14)  kepada Bapa yang berbunyi "...dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat" (Matius 6:14 ). Kita mudah terjerumus ke dalam pencobaan, kerana pusat kesedaran kita adalah daging iaitu otak (kapasiti intelek) dan sistem sarafnya. Daging yang berpusat pada kapasiti intelek dan aktiviti saraf adalah amat lemah di dalam melakukan kehendak Tuhan, malah 'daging' umpama 'bukit-pasir' yang berubah-ubah, maka  ia adalah 'dasar' yang lemah sekiranya ia dijadikan dasar keyakinan kepada apa yang kita harapkan. Dasar haruslah bersandarkan kepada Roh Tuhan ('suara' Firman) baharulah ia dikatakan takrif Iman. Jarang sekali kesedaran kita mengecapi 'shifting' kepada realiti Roh Tuhan. Kesedaran 'realiti Roh Tuhan' hanya dialami apabila hadirat Roh Tujuh Lapis itu turun ke atas sumbu roh kita. Justeru itu, jika ibadah kita melalui Jalan, Pintu, dan Kunci dengan jitu dan benar maka baharulah kita akan dianugerahkan damai sejahtera serta kekuatan Ilahi. Ibadah kita melepasi tahap kesedaran 'daging', jika Roh Tujuh Lapis berkehendak untuk turun di atas sumbu Roh kita. Jika tidak, kita akan terperap pada 'kesedaran-otak', yaitu ala-pemikiran (spiritual-mental -precepts) kita. Cara berfikir atau spiritual precepts  yang tidak mengalami 'kebangkitan' dari kuasa 'suara' Firman tidaklah membantu  kita untuk menghadapi ruang-lintup 'iman' yang 'ragu-ragu.'  Ragu-ragu tidak akan memberikan kita apa-apa upah dari tahkta Kasih-KaruniaNya. 'Ragu-ragu' boleh mengakibatkan berhentinya 'sukacita' di dalam bersandar kepada nama Tuhan. Akibatnya, kita berakhir dengan hanya bersandarkan pada kekuatan diri sendiri dan juga pada apa saja sumber yang ada, atau ringkasnya diungkapkan "terpisah dari sumber kekuatan Ilahi." Tanpa kekuatan Ilahi yaitu 'suara' Firman, orang-orang percaya akan terhuyung-hayang biarpun ia telah dewasa rohaninya.

   Jika, Tuhan berkehendak, maka sudah tentu Ia mampu dengan penuh kuasa untuk membebaskan kita dari "digoda" oleh fikiran-fikiran yang fana lebih-lebih lagi jikalau akal budi kita tidak diperbaharui; the storms stilled at His whisper. Masalahnya, bukanlah kita senantiasa mendengar 'whisper' seperti suara sepoi-sepoi basah yang didengari oleh nabi Elijah. Tuhan ketika menjawab permintaan kita akan turut-serta-berkerja, supaya pengaruh 'kesedaran intelek' dapat ditindan dan diperbaharui oleh 'suara' Firman, sehingga ia dapat berkerjasama dengan "merekodkan" 'suara' Firman pada memori otak. Hadirat Roh Tujuh Lapis adalah sumber kekuatan  kepada setiap ibadah yang kita laksanakan, supaya kita dapat meneruskan perjalanan iman. Jika tidak, kita akan berjalan seolah-olah dalam 'kegelapan:' tanpa pelita bersinar di atas kepala, kita tidak mengetahui apapun tentang apa yang Tuhan sedang lakukan, malah kita tidak tahu dalam membaca ''tanda-tanda' nubuatan-nubuatan.

    "...maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu" adalah suatu ayat nubuatan Yeshua yang bersifat "conditional" iaitu dengan perkataan "Jika." Namun, Yeshua juga telah menjelaskan bahawa: 9 "Janganlah kamu mengumpulkan harta di bumi; di bumi ngengat dan karat merusakkannya dan pencuri membongkar serta mencurinya. 20 Tetapi kumpulkanlah bagimu harta di sorga; di sorga ngengat dan karat tidak merusakkannya dan pencuri tidak membongkar serta mencurinya. 21 Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada.  Tidaklah sukar untuk  membezakan antara harta Sion dan harta di dunia. Roh Kudus (Roh Tujuh Lapis) adalah Harta Sion yang diwariskan kepada semua pengikut Jalan. Harta Sion ini telah dinubuatkan oleh Nabi Isaiah dalam Yesaya 33: 5-6:" 5 TUHAN tinggi luhur, sebab Ia tinggal di tempat tinggi; Ia membuat Sion penuh keadilan dan kebenaran. 6 Masa keamanan (zaman Raja Damai) akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan TUHAN, itulah harta benda Sion."

    Justeru itu, mencari harta Sion ataupun "Kerajaan Allah" adalah berjumpa dengan Raja Damai atau Raja Kebenaran itu. Ia adalah urusan memasuki hadirat Raja itu atau hadirat Roh Tujuh Lapis kerana di luar hadirat Roh Tujuh Lapis itu (Yesaya 11: 1-6), ibadah yang diajarkan oleh Rabbi Yeshua dalam Matius 6: 9-14 tidaklah dapat dilaksanakan. Setiap ibadah memerlukan "spirit of prayer" yang dimungkinkan oleh Hadirat Raja Yeshua (satu roh dengan Roh Tujuh Lapis, yaitu Roh Kudus), supaya "kerajaan Allah" itu dapat digenapi dalam setiap kehidupan pengikut "Jalan." Daud bernyanyi: "TUHAN bergaul karib dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka." (Mazmur 25: :14).

   "Tanda di dahi dan tanda di tangan " adalah ungkapan atau frasa nubuatan yang menyingkapkan perihal 'perjanjian' dan 'ibadah' kita kepada 'nama' yang mengikat kita kepada Perjanjian itu. "Tanda di dahi dan tanda di tangan" itu adalah frasa nubuatan yang mengungkapkan perihal 'Sumber Kehidupan' kepada umat manusia. "Tanda" yang asli adalah dizahirkan oleh Mezbah Tuhan, yaitu Paskah Yeshua, namun "nama" atau 'karya' pemerintah setiap bangsa telah menandai-menindan 'tanda' yang asli itu sehingga setiap orang, baik yang besar atau kecil kaya atau miskin, hamba atau orang merdeka telah menerima 'tanda' binatang itu. 'Tanda' binatang (pemerintah) itu menjelaskan bahawa 'nama' (karya), yaitu karya-duit (monetary) adalah 'sumber kehidupan' yang dapat menindan dan merebut kebenaran 'paskah Yeshua' sebagai 'Sumber hidup. Semua orang mencari 'nama' itu, maka frasa "marilah kita mencari nama" dalam nubuatan Kejadian 11 telah muncul kembali. Di setiap hati dan fikiran manusia adalah 'ibadah' kepada 'duit,' malah orang-orang pilihanNya yaitu 'orang merdeka' turut diberikan tanda, maka terjadilah suatu 'tug of war' penyembahan dalam setiap jiwa orang-orang percaya! Benarlah Firman Tuhan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Isaiah 46: 10. Titik permulaan keujudan banyak 'bangsa-bangsa' adalah kerana penghakiman dan penghukuman dari Tuhan, maka pengakhiran zaman bangsa-bangsa juga akan diakhiri oleh penghakiman dan penghukuman dari Hakim Kristus. Penghakiman dan penghukuman itu turun kerana "nama" yang mereka cari itu telah meniadakan Tuhan sebagai 'sumber hidup' atau sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan." Di Babel kuno ia diungkapkan sebagai "menara yang sampai ke langit." "Sampai ke langit" adalah samalah artinya "menindan" malah meniadakan "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang asli itu. Dalam Perjanjian Baru, "menindan" atau meniadakan Paskah Yeshua seringkasnya disebut 'antikristus.

    Jika demikian, bagaimanakah manusia di saat akhir zaman bangsa-bangsa ini dapat kembali beribadah dan dapat mengiktiraf bahawa "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang asli adalah Paskah Yeshua (Mezbah Tuhan) dan anugerah harta Sion? Mintalah karunia 'takut akan Tuhan' kepada Bapa segala roh. Maka, engkau akan diberikan "permulaan Hikmat." Kekayaan Hikmat (Kristus) adalah harta yang menyelamatkan (Isaiah 33: 6).  Dan jika Roh mengkehendakinya, engkau akan diberitahukan perihal 'rahasia-rahasia' Sorgawi. Maksud Tuhan bukanlah supaya orang-orang percaya menjadi 'anti-duit,' justeru, kita kembali ke hutan seolah-olah seperti monyet yang cuma makan buah-buahan. Maksud Tuhan adalah supaya setiap 'pengikut Jalan menganuti suatu keutamaan, yaitu "...carilah dahulu Kerajaan Allah..." Pengertian tentang 'karya-duit' iaitu 'nama' binatang yang keluar dari bumi, hanyalah panduan bagi kita untuk 'membaca' 'tanda-tanda' saat pengakhiran zaman Bangsa-Bangsa, dan bukanlah menjadi dalil untuk menghasut pihak tertentu. Lagipun, Tuhan mempunyai beberapa agenda seakan 'takdir' atau 'destini' bagi sesetengah pemerintah demi untuk menggenapi nubuatan!

Selasa, 24 Mei 2016

Kejadian 1 (Tafsiran setiap ayat) ; Roh Nubuat pada "permulaan" Penciptaan...



"9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahwasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku,
10 yang memberitahukan dari mulanya ('the beginning') hal yang kemudian ('the end') dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan," (Yesaya 46: 9-10).


1 Pada mulanya Allah menciptakan 'langit dan bumi.'


   Kewujudan alam semesta yang dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek ini bermula dari 'alam roh.' Tuhan mencipta 'alam roh' terlebih dahulu, sebelum alam yang kelihatan oleh mata kasar muncul. "Langit dan bumi" dalam Kejadian 1: 1 adalah merujuk kepada 'alam roh.' Semua orang percaya yang dianugerahkan 'penglihatan roh' dapat bersaksi bahawa 'alam roh' yang disebut "langit dan bumi" ini adalah benar-benar wujud. Tuhan itu Roh. Komunikasi Roh Tuhan kepada roh manusia akan melibatkan penyampaian penglihatan rohani dan juga mimpi yang memperlihatkan 'alam Roh' yang telah dicipta oleh Tuhan, dan ia disebut dalam frasa bahasa Roh sebagai "langit dan bumi."  Menurut kajian saintifik oleh pakar-pakar dalam bidang kaji-bintang atau astronomi, bumi bukanlah pusat kepada permulaan kewujudan alam-semesta. Jika diertikan secara harfiah, kenapa pula dalam Kitab Kejadian 1: 1, bumi 'seolah-olah' menjadi 'pusat' kepada Penciptaan alam-semesta (Universe)? Pusat alam semesta adalah senantiasa terpaut pada Roh Tuhan. Perkataan-perkataan dalam Kejadian fasal satu adalah bahasa 'roh.' Justeru itu,  ia harus dilihat dengan kaca-mata 'roh nubuat'. Adalah janggal dan salah jika sekiranya ia dilihat dengan kaca-mata sains atau menurut logika pemikiran. Firman dalam Kitab Kejadian menyingkapkan fitrah (nature) Firman (Roh Kristus) itu sendiri sebagai Sang Pencipta. Kejadian fasal satu tidaklah menyatakan perihal evolusi Penciptaan, sebagaimana menurut logika saintifik, melainkan ia lebih menyatakan (revealing) 'karya tangan' oleh Firman. Justeru itu, setiap kali Firman berkarya di dalam suatu 'perutusan' 'nama' Tuhan', maka frasa roh-nubuat "langit dan bumi" akan memberitakan 'karya tangan' Roh Tuhan (Firman); ia adalah 'aliran' Roh nubuat dan juga pengungkapan perkataan-perkataan bahasa Roh Pencipta. 

    Kita akan melihat Firman (Roh Kristus) yang memperlihatkan 'pelangi' di langit di zaman selepas 'kiamat-air banjir'; dalam 'karya Firman menjadi manusia,' yaitu Raja Kebenaran (Raja Damai), kita melihat langit yang memberitakan mesej nubuatan 'bintang Bethlehem'; kita akan melihat 'karya' Roh Tuhan, yaitu 'nama' Hakim melalui 'pemberitaan' "langit dan bumi" dalam Mat.24: 29; Kis.2: 19-20; Why. 6: 12-13. Maka, setiap kali Roh Tuhan berkarya, maka 'firman' akan disusuli dengan pemberitaan 'alam roh,' iaitu ungkapan frasa  'langit' dan 'bumi.' Apabila Roh Kristus (Firman) berkarya, ia akan menyatakan kemuliaan-Nya di 'langit' (heavens)' dan 'cakrawala' (sky) pula memberitakan 'handiwork' ('nama') Tuhan. ('Langit' dalam kasus ini adalah 'alam roh' yang hanya dapat dilihat dalam 'penglihatan roh').  Tiga orang majus dari timur yang 'melihat' tanda di 'langit,' iaitu bintang Raja Kebenaran adalah contoh perihal 'alam roh' yang disebut 'langit.' Ia tidak merujuk kepada alam harafiah yang dapat dilihat oleh mata-kasar manusia!

    Dalam kasus saat kelahiran Kristus, "...pada mulanya Firman,...dan kemudian, kita akan melihat deklarasi, iaitu 'tanda-tanda' kemuliaan Tuhan di Sorga, dan 'langit' pula memberitakan ''bintang Raja Kebenaran' yang bersinar.Kelak, ia disebut 'bintang' Bethlehem.  'Bintang' yang dilihat oleh tiga orang majus dari Timur. Mereka arif dengan 'alam roh,' dan Tuhan mentakdirkan mereka sebagai saksi kepada 'Firman menjadi manusia.'  Hal ini konsisten dengan Kejadian 1: 1: pada mulanya "...Firman menjadikan langit dan bumi." Dalam kasus 'saat' kelahiran Raja Damai (Raja Kebenaran), ia dimulai dengan deklarasi Sorga yang hanya dapat dilihat oleh nabi-nabi (sherperders-prophets), dan juga "pemberitaan langit" yang dilihat oleh 'pelihat' (orang majus atau the heathen seers). Nabi-nabi melihat tanda-tanda 'kemuliaan' Tuhan di Sorga, kerana mereka melihat 'Sorga' terbuka, sedangkan tiga orang majus itu hanya dapat melihat pemberitaaan 'Langit.' Sorga memang lebih tinggi dari langit; nabi-nabi melihat yang 'lebih tinggi' dan 'orang majus hanya melihat yang lebih 'rendah' iaitu alam roh 'langit' sahaja.

    Seluruh Kitab Kejadian fasal satu adalah lebih mengungkapkan tentang 'fitrah' Firman Allah (the nature of the Word of God, and how the Word of God is flowing and manifesting on intangible realities and  on tangible existences). Menurut makrifat yang disingkapkan oleh alkisah dalam Kitab Kejadian, semua 'karya' Firman atau 'nama' Tuhan akan dituruti dengan pernyataan 'di alam Roh,' iaitu 'langit' dan 'bumi.' 'Nama' atau 'karya' Roh Tuhan perihal 'Hakim' yang akan datang-turun di bumi ini akan dimulai dengan deklarasi Sorga 'terbuka' seperti 'gulungan Kitab', dan juga 'pemberitaan 'langit' ('alam roh') seperti dalam Zakaria 14: 5-7; Matius 24: 27-29 dan Wahyu 6: 12-14. Ringkasnya, Nabi Musa bernubuat perihal 'karya' Firman dalam Kitab Kejadian, namun bukan perihal 'masa' hadapan (future), tetapi Moshe dalam hadirat urapan 'Roh Kudus,' ia bernubuat  ke masa lampau perihal Firman, iaitu karyaNya dalam mencipta realiti 'alam roh' iaitu "langit dan bumi" (heavens and earth), dan baharulah alam semesta yang harafiah menyusul dicipta! 

    "Backwards' prophecies" dalam Kitab Kejadian dapat dirumuskan bahwasanya Roh Tuhan adalah Pencipta dan Sumber kehidupan sejati kepada semua ciptaan di alam semesta. Nabi Moshe menerima mesej roh perihal Penciptaan, maka seluruh catatan Firman dalam Kitab Kejadian adalah "Roh nubuat." Kenapa begitu? "... karena kesaksian Kristus adalah roh nubuat." (Wahyu 19: 10 c). Semua Firman Allah dari Kitab Kejadian sampai kepada Kitab Wahyu adalah bersaksi tentang Kristus. "...Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup." (Yohanes 6: 63). Justeru itu, alkisah dalam Kitab Kejadian fasal 1 adalah "Roh nubuat" yang bersaksi tentang karya Roh Kristus. Ia tidaklah dilihat seolah-olah seperti  buku teks sains. Ia adalah 'roh' dan 'hidup' yang diberikan oleh Roh Tuhan dalam bahasa roh nubuat! Hakikatnya, ia ditulis oleh nabi Moshe sebagai nubuatan-nubuatan yang menubuatkan  ke dimensi 'masa' di masa lampau (prophecies concerning the things in the past), namun kita tahu nabi Yesaya ada bernubuat bahawa "Tuhan memberitahu pengakhiran dari permulaan..." (Yes. 46: 10). Jika demikian, maka ñubuatàn 'permulaan' seperti dalam Kitab Kejadian sudah pasti menyingkapkan perihal 'pengakhiran' dan sebaliknya. Maka, ia bukan ditulis sepertimana catatan sejarah ditulis atau sebagaimana penulisan mitos diceriterakan. Ia adalah catatan berdasarkan Roh Nubuat. Ia dimengertikan bukan dengan rumusan intelek, tetapi dilihat melalui mata 'roh' yang disingkapkan oleh Roh Tujuh Lapis.

    Pada mulanya Firman (Roh Tuhan) menciptakan 'langit' dan 'bumi.' Kelak, dalam lirik-lirik yang dinyanyikan Daud, 'langit' itu memberitakan "nama" atau "'karya" Tuhan [1]. Maka, dalam 'Roh nubuat,' 'langit' itu memberitakan "karya Ilahi." 'Bumi' itu juga Tuhan seru untuk mengadili umatNya. Yeshua Kristus menyingkapkan bahawa semua perkataan-perkataanNya adalah 'Roh dan Kehidupan' [2]. Kejadian fasal satu tidaklah dapat diintegrasikan dengan apa-apa teori atau falsafah sains perihal asal-usul alam semesta sebagaimana yang difikirkan oleh ahli-ahli sains. Kejadian fasal 1 adalah diberikan dalam "Roh Nubuat" dari Roh Tuhan; alkisah itu adalah 'roh dan kehidupan.' Ia memperkatakan tentang "roh dan kehidupan" roh-roh mañusia, daging, dan alam semesta dari bahasa Firman, yaitu Roh Kristus.


2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.
----------

    Dalam pengajian sains, yang 'kelihatan hanyalah merangkumi 0.02 % dan ia adalah asas jisim, "mass," bagi sesuatu atom atau sel. Manakala, 99.98 % adalah tidak 'kelihatan atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai "empty space" yang gelap-gulita. Tuhan bermula dengan 'seed' atau 'nucleus' kepada alam semesta yang belum kelihàtan. Maka, "...Roh Tuhan melayang-layang di atas 'seed' (nucleus) itu; dan kita tahu bahawa 'inti' kepada 'karya' Roh Tuhan adalah Firman. Firman juga adalah 'inti' kepada 'iman.' Firman itu harus 'bersuara' (berkehendak) untuk berkarya.  Justeru itu, pada mulanya "Firman" (Hikmat atau Kristus), dan suara ('kehendak') Firman itu mengalir kepada aphabet roh: langit dan bumi! Firman itu datang dari Roh Tuhan, dan para malaikat "melakukan kehendak Tuhan dengan mendengar suara Firman. "(Mazmur 103: 20). Permulaannya, adalah penciptaan "langit dan bumi" dan pengakhirannya adalah "langit baru dan bumi baru." Dalam pengakhiran 'bumi',' ia dinubuatkan :" Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi." (Why. 21:1). 'Langit' yang dicipta oleh Firman dalam Kejadian 1: 1 tidak akan ada lagi, kerana ia tidak akan memberitakan lagi perihal 'karya' yang telah disempurnakan (diselesaikan) oleh Kristus, apabila ia sampai pada Wahyu 21:1. 'Langit' yang pertama yang diciptakanNya dalam Kej. 1: 1 terpaut kepada Ordo Melkisedek, yaitu Kristus, dan juga "nama-nama Ilahi" yang telah diutus dan dinyatakan kepada umat manusia. Namun , 'Langit yang Baru' dalam Wahyu 21:1 memberitakan 'nama' Ilahi yang benar-benar baharu (a new divine programming of the spirit's realms). "Bumi yang kosong" bermaksud Firman belum 'bersuara' dan 'belum berseru' untuk memberikan atau menyatakan manifestasi karya tentang 'bumi' sebenar (yang kelihatan oleh mata kasar). Namun, Tuhan mengungkapkan bahawa semua ciptaan di alam semesta ini telah di dahului dengan pengujudan 'alam roh' iaitu 'langit dan bumi'! "Bumi' yang kosong" juga dilihat sebagai Ordo Melkisedek yang belum menyiapkan alam bumi yang dapat dilihat oleh mata kasar. Sebelum itu, Firman telah mengalir mengujudkan 'alam Roh' yang juga berfungsi sebagai  alphabet Roh : 'Langit' dan 'bumi'.'

    Keperincian bumi  di 'alam roh,' dipakai oleh roh Tuhan dalam "menyeru bumi" (alphabet Roh) untuk mengadili umatNya seperti dalam Mazmur 50: 4-6. Tetapi bumi yang kosong berarti tiadalah yang dapat diseru tentang alphabet Roh 'bumi' menurut 'suara' Firman. Kita tahu bahawa Bumi harafiah adalah sarat dengan pelbagai 'entities' seperti gunung, sungai, air, laut, pulau-pulau, gempabumi dan lain-lain lagi. Semua benda ada yang hidup atau mati yang dilihat di bumi harafiah ini dipakai oleh Roh Tuhan dalam bahasa Roh kerana 'alam Roh bumi' mengandungi entities yang sama. Maksudnya, kalau bumi nyata ada gunung, maka di alam roh juga ada gunung. "Langit dan bumi" digunakan oleh Roh Tuhan dalam komunikasi Roh! Pengungkapan bahawa Roh berkait-rapat dengan 'alam roh' yang dicipta oleh Tuhan.  

3 Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi.

Tuhan  dari semula adalah "terang." Dari Firman muncul-lah terang. Kelak, apabila 'Firman' menjadi 'manusia,' Yeshua berkata "Akulah terang Dunia..." Meskipun manusia mampu menciptakan "terang" dengan 'karya ilmu sains, namun ia tidaklah dapat menerangi 'roh-roh' manusia yang terpisah' dari Roh Tuhan kerana dosa.

4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.

    Anak-anak yang diterangi roh mereka dengan hadirat urapan Roh Kudus dinubuatkan untuk dipisahkan dari anak-anak kegelapan! Anak-anak keturunan Adam yang mendirikan Altar dan beribadah kepada Jalan 'altar,' iaitu "Jalan perdamaian" dengan Roh Tuhan, dan  mereka akan dilihat oleh mata Tuhan sebagai orang-orang baik. 'Baik' kerana mereka diberikan "Jalan" untuk menyelesai kan impurities (dosa-dosa) dalam Roh mereka. Di antara 'terang' yang dicipta adalah para malaikat. Sebahagian 'terang' itu telah menjadi "fallen stars" kerana mengikuti Lucifer. 

5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

    Allah adalah sumber "terang" dan tiada kegelapan dalam DiriNya.  Firman adalah pelita kaki yang menerangi setiap perjalanan iman bagi setiap orang percaya. Dia bukan sahaja "berkarya" dalam terang (Firman) itu, malah Ia  juga berkarya dalam "gelap." Justeru itu, Ia berkerja Siang dan malam tidak henti-henti menanggung derita manusia.  Ia adalah Juruselamat, atau Jurupenebus. (Mazmur 68: 19.). Dan Tuhan juga menubuatkan tentang "pagi" dan "petang." 'Pagi dan petang' bagi Roh Tuhan merujuk kepada setiap "permulaan dan pengakhiran" bagi setiap "nama" Tuhan yang dinyatakan; ia ( hari pertama, kedua, ketiga, ke-empat, kelima, keenam, dan ketujuh) sama sekali tidak ada kaitan, dengan kalendar yang dicipta oleh intelek manusia berdasarkan pergerakan bulan atatupun pergerakan bumi mengelilingi matahari.

6 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air."

                                                                             
Cakrawala~ "memisahkan air dari air" mengikut di ruang mana ia terbentuk dan wujud di pelbagai lapisan ketinggian "Langit" 

'Air' di atas Langit 

Air dari atas (langit) turun ke bumi ~'hujan'
                                                                         

    Cakrawala berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem "pengawalan" yang ada dalam atmosfera bumi, supaya air di bumi dan di atas bumi  itu dalam kitaran yang seimbang. Dalam bahasa roh, 'cakrawala' mendeklarasikan KemuliaanNya dan langit memberitakan 'karya' (handiworks) Tuhan (Mazmur 19: 1-2). Dalam penyampaian nubuatan penciptaan oleh Roh Tuhan, Ia telah menetapkan "cakrawala" sebagai bahasa roh untuk memberitakan 'karya Tuhan seperti 'karya "penghakiman dan penghukuman" (Court of heaven). Cakrawala di luar atmosfera bumi adalah 'ruang' angkasa lepas' yang sedikit diketahui manusia, namun Tuhan berdaulat ke atas cakrawala. Lapisan-lapisan cakrawala (langit) itu 'memisahkan satu air dengan air yang lain' berbicara perihal "clouds" (kristal air~crytallized water-ice) yang terbentuk di ketinggian-ketinggian tertentu di pelbagai lapisan langit. Dalam penglihatan 'roh', semua 'entities' di langit itu adalah "suruhan" (servants Tuhan yang setia melaksanakan kehendakNya dengan mendengar 'suara' Firman. Dalam pengertian ungkapan roh, air dipisahkan dari lapisan, adalah hirarki malaikat ("clouds") mengikut tingkat-tingkat koir para malaikat (St. Dionysius). Justeru itu, tatkala otak manusia melihat dan memikirkan realiti penciptaan yang 'kelihatan atau dapat ditanggapi oleh akal budi,' Roh Tuhan juga memakai semua 'realiti' elemen-elemen 'asas' Penciptaan tersebut untuk mengungkapkan mesej "roh Nubuat" dan disampaikan dalam penglihatan roh, mimpi mimpi Dan Suara.


7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian.

8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.

     Ayat 8 adalah hari yang ke-dua. Namun, hari itu tidaklah merujuk kepada hari manusiawi yang dikira dari pergantian siang dan malam di atas bumi. "Hari" itu merujuk kepada "roh nubuat." "Pagi" dan "petang" bagi Tuhan diartikan berdasarkan kepada Roh pengertian dan roh hikmat.  Roh Pencipta, Kristus, menyingkapkan dalam Mazmur 19: 1-2 bahawa "cakrawala menyatakan kemuliaan Tuhan, dan langit memberitakan karyaNya atau "namaNya." Ada apa di langit? Bila kita menengadah ke atas, dan kita akan melihat matahari, bulan, bintang-bintang, awan, hujan belerang, es, puting-beliung, hujan, kemarau, 'halilintar' dan lain-lain lagi. Tuhan menggunakan 'identiti' bagi elemen-elemen tertentu perihal realiti sebenar yang wujud di langit itu untuk menyingkapkan dan mengungkapkan mesej "roh nubuat," "'Karya" Roh Tuhan atau "nama" (Mazmur 19: 1-2). Bila identiti (entiti) sesuatu realiti langit disingkapkan, maka mesej yang disampaikan melalui penglihatan Roh, dalam mimpi, dan juga melalui 'suara Firman' itu adalah "roh nubuat." Langit dalam bahasa roh nubuat mempunyai maksud 'karya' ('pekerjaan') roh Tuhan:  Hai langit, teteskanlah   keadilan   dari atas, dan baiklah awan-awan mencurahkannya! baiklah bumi membukakan diri dan bertunaskan keselamatan,  dan baiklah ditumbuhkannya keadilan! akulah Tuhan yang menciptakan semuanya ini.” (Yesaya 45: 8)

Langit dan bumi, pujilah TUHAN!
148  Haleluya!   Pujilah TUHAN di sorga, pujilah Dia di tempat tinggi! 2 Pujilah Dia, hai segala malaikat-Nya,   pujilah Dia, hai segala tentara-Nya! 3 Pujilah Dia, hai matahari  dan bulan, pujilah Dia, hai segala bintang terang! 4 Pujilah Dia, hai langit yang mengatasi segala langit,   hai air yang di atas langit!   5 Baiklah semuanya memuji nama TUHAN, sebab Dia memberi perintah, maka semuanya tercipta. 6 Dia mendirikan semuanya untuk seterusnya dan selamanya, dan memberi ketetapan  yang tidak dapat dilanggar. 7 Pujilah TUHAN   di bumi, hai ular-ular naga  dan segenap samudera raya;   8 hai api dan hujan es,  salju dan kabut, angin badai yang melakukan firman-Nya; 9 hai gunung-gunung dan segala bukit, pohon buah-buahan dan segala pohon aras: 10 hai binatang-binatang liar   dan segala hewan, binatang melata dan burung-burung yang bersayap; 11 hai raja-raja  di bumi dan segala bangsa, pembesar-pembesar dan semua pemerintah dunia; 12 hai teruna dan anak-anak dara, orang tua dan orang muda! 13 Biarlah semuanya memuji-muji TUHAN,  sebab hanya nama-Nya saja yang tinggi luhur, keagungan-Nya mengatasi bumi dan langit.   14 Ia telah meninggikan tanduk umat-Nya, menjadi puji-pujian  bagi semua orang yang dikasihi-Nya,  bagi orang Israel, umat yang dekat pada-Nya. Haleluya!  (Mazmur 148 : 1-14). 


9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian. 10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air (many waters) itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.


    Kumpulan air ("many waters") itu berkumpul dan dinamai laut. Dalam Wahyu 13, kita akan melihat binatang Sepuluh tanduk dan Tujuh 'kepala yang keluar dari "laut." Karyanya keluar dari 'laut.' Maka, tahulah kita bahawa pemerintah (Raja) itu menjajah dan mengumpulkan banyak bangsa ("many waters")  menjadi Empayar bagi "binatang yang keluar dari laut." Dan dari permulaannya iaitu Kej. 1: 10, "air yang dikumpulkan itu di'namai' laut." Bangsa-Bangsa yang dikumpulkan menjadi jajahan-takluk-Empayarnya adalah diungkapkan dengan frasa nubuatan sebagai "binatang yang keluar dari laut." Oleh kerana ia "dikumpulkan" oleh pemerintah Dunia dengan topangan kekuatan si Ular Tua, maka kita tahu bahawa" 'karya" itu menentang Firman Allah. Namun, Tuhan merelakannya terjadi, supaya genaplah FirmanNya yang dinubuatkan oleh nabi-nabi. Sudah tentu, Tuhan tidak bermaksud untuk menjelaskan perihal sekadar alkisah penciptaan oleh Pencipta, melainkan "menyingkapkan" bahasa 'roh nubuat' yaitu pengungkapan roh perihal 'pengakhiran dari permulaan ' menurut Firman YHVH yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Isaiah 46: 10, dan ia juga bersaksi tentang Kristus kerana pekerjaan Kristus sesungguhnya adalah Firman Allah. Sudah tentu kita tidak akan tahu apakah 'pekerjaan' atau 'karya' Roh Tuhan, jika sekiranya tiada Firman yang dianugerahkan kepada manusia.

11"Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.
12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.
13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.

    Tumbuh-tumbuhan keluar dari tunas-tunas di tanah dan baharulah dari biji-biji tumbuh-tumbuhan tersebut keluarlah mereka menjadi banyak. Umat manusia juga dikatakan secara kiasan berasal dari 'biji-benih' Adam yang 'bertunas' dari tanah; daripada 'biji-benih' Adam dan Hawa (sperma & ovum), mereka beranak-pinak menjadi banyak. Justeru itu, segala sesuatu yang semulajadi adalah berasal dari "seed," yaitu Firman. Maka, keselamatan (kehidupan yang penuh) juga adalah dianugerah dengan menumbuhkan 'tunas kebenaran' dari Raja Daud, dan dari 'karya' Firman itu; Ia melahirkan kembali roh-roh manusia yang 'impure' kepada suatu yang baru, yaitu dari 'benih' yang bukan kebinasaan ('incorruptible'). Namun, Tuhan tidaklah menjanjikan kelahiran kembali untuk daging, melainkan 'debu harus kembali debu, dan dari tanah harus kembali ke tanah.' Adam 'bertunas' dari tanah, namun rohnya berasal dari roh Tuhan. Keturunan Adam dan Hawa mewarisi dua jenis 'biji benih,' iaitu seed daging (corruptible), dan seed roh yang tertakluk kepada 'pemisahan' (cut off) dari hadirat Roh Tuhan yang pure!

    Bahasa roh bagi perkataan "hari" dalam seluruh  nubuat-nubuat dari Kitab Kejadian fasal 1 tidaklah ditafsir secara harfiah bahawa ia benar-benar merujuk kepada pengertian 'hari' menurut  kiraan kalendar manusiawi. 7 hari itu adalah merujuk kepada turutan nubuatan Roh Tuhan dalam penciptaan, samada yang 'boleh dilihat oleh mata maupun yang tidak 'kelihatan; Realiti yang ada fizikal mahupun realiti yang tiada fizikal. 'Satu hari' bagi Tuhan adalah tempoh 'masa' dari permulaan "nama" Tuhan dinyatakan sehinggalah kepada pintu "nama" itu ditutup (sempurnanya 'mission'). Nama Raja Damai bermula dari kayu 'Salib' walaupun pada waktu ia dilahirkan ia telah diberitakan oleh langit.  Itulah permulaan "hari" perdamaian dengan umat manusia, dan hari 'siang,' iaitu "perdamaian" itu berlangsung sehingga petang hari, dan hanya akan berhenti pada waktu kedatangan kedua Kristus dalam awan-awan bergulung seperti gulungan kitab. Itulah contoh bagaimana perkataan "satu hari bagi Tuhan" itu 'dilihat' sebagai kiraan satu hari bagi Tuhan untuk "nama" Raja Damai. Dalam bahasa mudah, satu 'karya' atau 'nama' yang diikat dalam satu Perjanjian adalah dilihat sebagai 'satu' hari.

    Kita tidak memakai petikan Rasul Petrus dalam 1 Peter 3: 8 yang mengatakan bahawa satu hari bagi Tuhan, adalah 1,000 tahun bagi manusia, sebagai sandaran untuk mencari pengertian secara harfiah bahawa 7 hari itu akan ditafsir sebagai 7,000 tahun. Penulis lebih senang untuk memakai pengertian yang berdasarkan "nama" Tuhan; Perdamaian Tuhan dengan umat manusia selepas kiamat banjir dimulakan dari 'pelangi' Noah, namun kelak hanya Bani Israel sahaja yang telah dianugerahkan dengan ritus-ritus/hukum 'Jalan perdamaian' di sepanjang zaman Perjanjian Lama. Kelak, perdamaian itu disempurnakan pada 'Mezbah Sorgawi di bumi' yaitu pada Salib Kristus, dan Roh Kudus meneruskan agenda perdamaian 'Anak Perdamaian' sehinggalah kepada 'pemberitaan kemunculan "nama" Tuhan sebagai Hakim pada Mat.24: 29 Why. 6: 12-13. Maka, kita boleh saja melihat bahawa 1 hari bermula dari 'pelangi' Noah sehinggalah kepada saat kedatanganNya Kristus yang ke-dua;  ia adalah tempoh agenda "menabur dan menuai" tatkala "Jalan" perdamaian belum ditutup oleh tangan Tuhan. 

14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun,

    Benda-benda penerang di cakrawala iaitu matahari, bulan dan bintang-bintang adalah berfungsi sebagai "Tanda" yang menunjukkan "masa-masa' tetap" (Sacred times). "Signs" menyingkapkan "nama" Tuhan, jika langit itu dilihat oleh mata roh. Jika langit itu dilihat oleh mata kasar, maka ia hanya menjadi 'petanda-petanda' dalam meramal kaji-cuaca setempat atau meramal-musim tertentu mahupun meramal "outerspace-weathers." Maka Matius 24: 29, Kisah 2: 19-20; dan Wahyu 6: 12-13 adalah berfungsi sebagai "tanda" kepada pekerjaan atau " nama" Tuhan.

    Penerang yang diartikan secara harafiah di langit itu diberikan oleh Tuhan agar manusia dapat mengatur hidup mereka yang "luka" dengan kalendar. Umur Adam adalah dikira dari saat ia memakan "buah pohon pengetahuan" kerana itulah kelahiran "Kronos" dalam perbendaharaan kata manusia yang "luka." Sebelum   itu, Adam dan Eve adalah immortal. Namun, mereka telah menjadi "mortal." Hari-hari dan tahun-tahun berpandukan bulan, 'bintang, dan matahari adalah sesungguhnya untuk manusia yang 'mortal.' Tuhan yang kekal abadi tidaklah memerlukan itu kerana ia adalah kekal abadi. Maka, 'karya   "Penciptaan" dalam Kitab Kejadian 1 yang dinubuatkan dalam 7 hari berturut tidaklah wajar dilihat berpandukan kiraan calendar bulan, bintang mahupun matahari tetapi dilihat sebagai "Roh nubuat" yang menyampaikan nubuatan perihal penciptaan akan semesta: langit dan bumi.  Semua Firman disampaikan melalui Ordo Melkisedek, yaitu Kristus. Santo Yohanes mencatat kebenaran bahawa pada mulanya Firman dan Firman itu bersama-sama dengan Roh Tuhan dan Firman itu adalah Tuhan. Firman itu semuanya sudah ditentukan untuk dianugerahkan kepada manusia seolah-olah melalui satu "lobang," Ordo Melkisedek: Kristus.  "... NamaNya (karyaNya) ialah Firman Allah." Turutan 7 hari menyingkapkan bahawa Creation disempurnakan dalam 'tujuh' peringkat atau 7 turutan nubuatan.

15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian. 16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.

17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi,  18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.  20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas bumi melintasi cakrawala."

21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.  22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak."

23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.  24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian.

25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."


    Bahasa manusia mempunyai evolusi sedangkan Firman adalah konsisten mengalir ke alphabet  roh, iaitu 'Langit' dan 'bumi.' ('alam roh').  Karya manusia direlakan oleh Tuhan, walaupun manusia  tidak menyedari dan tidak melihat Tuhan yang merelakan; manusia mencari banyak 'nama,' keputusan Tuhan juga akhirnya yang akan terlaksana.  Maka, "manusia yang luka" direlakan Tuhan untuk dapat berkarya di bumi; kelak kita akan lihat manusia "Makan dan minum," "membuat batu-bata," dan "membeli atau menjual."

    Di 'jam-jam terakhir, kita diberitahu bahawa "Bumi menelan aliran air seperti batang sungai yang dimuntahkan oleh Ular Tua," dalam Wahyu 12, dan juga "Binatang muncul dari bumi" dalam Wahyu 13; demikianlah di antara beberapa contoh hikayat perihal 'bumi' yang bermula dalam dalam Kejadian 1: 1. Dalam kitab Suci Kejadian bab 1, dicatatkan bahawa segala binatang adalah dicipta oleh Tuhan. Dan Tuhan mengatakan dalam ayat 25, bahawa semuanya itu "baik." Namun, ada beberapa 'binatang' dalam Alkitab yang bukan dicipta oleh tangan Tuhan seperti binatang-binatang dalam kitab suci Daniel 7. Binatang dalam kitab suci Daniel 7 itu keluar dari "Laut." Ia bukan dicipta oleh tangan Tuhan, kerana perkataan "Laut" merujuk kepada manusia yang "banyak bangsa." "Laut" itu adalah "banyak air" yang dikumpulkan! The "sea" itu merujuk kepada "many waters," yang bermaksud "banyak bangsa" yang dikumpulkan melalui pemerintahan imperialis/empayar! Maka, "binatang" atau 'Empayar beraja' itu sememangnya muncul dari umat manusia di bumi dan ia memerintah 'banyak bangsa' atau menurut roh nubuat, ia berbunyi "binatang yang keluar dari Laut." Kitab Wahyu  13 pula menubuatkan pemerintah dunia yang keluar dari "Laut" dan yang satu lagi adalah keluar dari bumi. Maksudnya, bukan tangan Tuhan yang mencipta binatang tersebut, kerana ia keluar dari "Laut" (banyak bangsa) atau keluar dari "bumi." "Laut" itu adalah banyak air yang dikumpulkan atau many waters gathered to become "the sea" yang bermaksud banyak bangsa yang dijajah oleh imperialis menjadi Kerajaan empayar. Bumi hanya satu sahaja, justeru itu, frasa nubuat berbunyi binatang yang keluar dari bumi adalah bermaksud ''pemerintah yang menyatukan banyak bangsa menjadi satu atau dalam bahasa nubuatnya berbunyi "binatang yang keluar dari bumi." Perkataan "bumi" dalam Kitab Wahyu 13 mengikut contextual interpretation adalah merujuk kepada satu bangsa atau 'bangsa-bangsa yang bersatu'. 

    Harus Kita ingat, bahawa sebelum murka Tuhan menimpa Menara Babel kuno, hanya ada satu bangsa sahaja Yang wujud di dunia, tetapi mereka bertutur pelbagai dialek Bahasa. Namun, mereka ada satu Bahasa pertuturan sedunia sebagaimana yang kita panggil sebagai Bahasa Lingua Franca. Satu bangsa dan satu Lingua Franca itu disatukan oleh pemerintah dan ia berpusat di Menara impian pemerintah dunia pada ketika itu. Ilham pengujudan pemerintahan berpusat di Babel kuno itu adalah  sememangnya inspirasi Lucifer, walaupun ia dicatatkan bahawa ia adalah agenda umat manusia di zaman itu. Selepas penghakiman Tuhan ke atas pemerintah Menara Babel, umat Manusia telah pecah kepada banyak bangsa (bangsa-bangsa) dan banyak pertuturan Bahasa utama dunia.


    Perkataan nubuat "Laut" dalam Why.13 adalah dikaitkan dengan penjajahan banyak bangsa-bangsa dan pengujudan empayar-empayar, sedangkan "bumi" pula dikaitkan dengan pengujudan kesatuan menjadi seolah-olah "satu" seperti agenda  Babel kuno! "Binatang" itu merujuk kepada 'pemerintah' & 'pemimpin dunia'. Pemerintah dunia berkata...dan seluruh bumi mengikutinya.

 Justeru itu, alkisah Kejadian 1 bukanlah berbicara tentang "evolusi", teori-teori Creation seperti teori "big-bang" melainkan seringkasnya tentang "roh nubuat" yang disampaikan menurut Ordo Melkisedek, dan semua Firman terpaut kepada Roh Kristus.  Tarikh-tarikh Kronologi perihal Penciptaan dalam Kitab fasal Kejadian 1 tidaklah penting untuk diketahui kerana seluruh Kitab Kejadian itu diterima oleh nabi Moshe sebagai "mesej roh nubuat" ke dimensions masa lampau. Keutamaan penafsirannyadalah 'melihatnya'  sebagai 'roh nubuat.'



27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

     Manusia Adam adalah manusia yang telah "luka," yaitu terpisah' dari Sumber Kehidupan kekal, namun kelak Tuhan anugerahkan 'jalan' perdamaian ataupun 'jalan' mentahirkan impurities roh manusia yang berdosa melalui "Altar" yang yang diajarkan oleh Tuhan yang Mahakasih. Penglihatan mengenai "Altar Sorgawi " yang dilihat oleh Nabi Yesaya dalam Yes. 6 mengungkapkan bahawa  " Tuhan itu Kasih dan 'mercy'." 

    Manusia sejati adalah Yeshua Mashiach yang menyatakan contoh 'ranting kepada Pokok' yang Sempurna 100 %. Yeshua adalah Menorah yang hidup kelihatan berjalan sebagai Anak Manusia, dan ia juga adalah Roh Ilahi yang Tujuh lapis (Isaiah 11).  Maka, manusia yang diciptakanNya menurut 'imej' Tuhan adalah semestinya tujuh-lapis. Roh Tuhan adalah Tujuh Lapis, justeru itu, manusia itu juga diciptakanNya menurut 'design' rohaniah yang 'tujuh-lapis.' Yeshua adalah manusia sejati yang RohNya adalah Tujuh Lapis.  Maka, manusia adalah mahluk roh tujuh lapis, namun ia dibaluti daging. Ramai pakar sains yang mengatakan komposisi daging manusia menyerupai komposisi bumi: komposisi 70 % air adalah serupa, dan kandungan kadaran mineral yang juga serupa. Firman mengatakan 'daging' manusia berasal dari tanah-liat. Roh manusia dicipta menurut 7-lapis Roh Tuhan, cuma ia gelap kerana "terang" tidaklah bernyala turun di atas "sumbu" Roh manusia. Manusia berdosa berfungsi dengan bersandarkan kepada pusat kesedarannya yang dominance pada otak dan sistem saraf, manakala manusia yang 'pure' dapat berfungsi secara dominan pusat kesedarannya pada roh. Ia dipanggil manusia rohaniah (spiritual man). Manusia berdosa tanpa "Jalan" untuk mentahirkan 'rohnya' disebut manusia 'daging,' dan pusat kesedarannya melulu dominan pada kapasiti intelek dan sistem persarafan kecuali mereka yang cenderung kepada 'spirituality,' namun hanya Pohon Kehidupan sahaja yang menganugerahkan Sumber Kehidupan yang penuh.

28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi."

    Firman menitahkan manusia supaya memenuhi bumi. Manusia yang berdosa cenderung untuk bertumpuk pada suatu menara dengan "'karya" nanusiawi yang menjadi "sumber Kehidupan" yang menghambakan diri mereka sendiri. 'Karya atau nama Tuhan mereka tinggalkan malah menistanya. Frasa "bertambah banyak" diterjemahkan dari bahasa Inggeris "fruitful." Manusia dicipta bukanlah semata-mata supaya "biji-benih" (sperm & ovum) beranak-cucu, tetapi yang lebih utama adalah Roh manusia itu "berbuah;" buah Kebenaran ialah damai sejahtera! (the fruit of righteousness is peace!). Dari manusia rohaniah yang berbuah, baharulah kerajaan Kebenaran dapat menakluk dunia. Namun, di jam terakhir, zaman Perdamaian, dunia akan kelihatan seolah-olah tidak ditaklukkan kepada Kingdom of God (kingdom of righteousness), kerana umat Tuhan tidak berbuah secara rohaniah! Manusia yang meniadakan 'nama' Tuhan akan hanya mengenapi 'biji benih' daging: beranak-pinak secara 'daging.' Manusia yang ideal menurut kaca mata Tuhan' hendaklah "fruitful" secara rohaniah. Fig tree yang tidak berbuah, lalu dikutuk oleh Yeshua, sehingga ia kering serta merta adalah sindiran kepad bani Israel yang gagal berbuah secara rohaniah! Mereka yang beranak-cucu secara daging semata-mata akan menerima nasib seperti pohon ara yang dikutuk oleh Tuhan Yeshua itu. Roh manusia yang di lahirkan kembali akan diajar oleh Roh Tuhan supaya mereka: fruiful, filling in the earth, dan akhirnya akan menakluk dunia kepada kerajaan Kebenaran! Titah Tuhan dalam Kejadian 1: 28 adalah nubuat kepada manusia supaya mereka menjadi fruitful. Ia adalah design Tuhan bagi manusia yang dicipta menurut imejNya, supaya manusia menjadi fruitful."

29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.

30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian.

    Tuhan menganugerahkan bumi kepada manusia yang pada mulanya benar' (pure). Daud bernyanyi bahawa "...the righteous (meek) shall inherit the earth." Noah adalah bukti kepada furman-lirik yang dinyanyikan oleh Daud. Manusia berdosa merosakkan bumi dan menajiskan bumi dengan "pertumpahan darah." Yeshua mengulangi nyanyian Daud itu dalam ucapan Berbahagia dalam petikan Matius 5: 5.

31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.

    Pada mulanya, manusia yang dicipta Tuhan adalah 'design' yang dilihat "sungguh amat baik" menurut pandangan mata Tuhan. Selepas hukuman banjir besar, Tuhan mengulas bahawa manusia yang luka dan senantiasa menambahi "luka-luka" adalah "...jahat sejak dari kecil ...Kej. 8:20-21. Manusia yang dianugerahkan 'jalan' di dalam 'karya tangan kanan Bapa, yaitu Kristus, akan dilihat oleh Bapa seperti dari permulaan, "sungguh amat baik." Tanpa Kristus, kita semua adalah "...jahat dari sejak kecil..." [3] Kembali kepada 'design' yang asal melalui anugerah 'Jalan, Pintu, dan Kunci,' adalah kehendak Tuhan, agar manusia itu dapat dilihatNya kembali sebagai "sungguh amat baik sekali." 

    Pada hari yang ke-tujuh, ia telahpun menyiapkan ciptaan dan memberkati hari itu (Kejadian 2: 1-4). Kenapa Tuhan memberkati hari yang ke-tujuh? "Tuhan itu Kasih," justeru itu,  Ia memberkati hari yang ke-tujuh. Tuhan mencipta selama 6 hari, dan pada hari ke-tujuh ia berehat; perkataan "berehat" bukanlah bermaksud Ia tidak beroperasi. Ia sebenarnya senantiasa berkerja siang dan malam, namun ia bermaksud bahawasanya pada Hari Sabbath, ia mengupacara (memberkati); 'memberkati' kerana "siang dan malam" tidak akan berhenti bersilih ganti! Justeru itu, Ia memberkati hari Sabbath dan menguduskannya (Exodus 20: 21; Kejadian 2: 1-4). Beribadah kepada hari Sabat adalah mengasihi Tuhan dan mengiktirafNya sebagai Pencipta dan Sumber kehidupan. Ia juga mengingatkan orang percaya bahawa Tuhan berkerja dalam pergantian "siang dan malam' tidak henti-henti! 

    Kita memberkati rumah yang bakal kita diami kerana kita akan tinggal di dalam rumah itu, dan akan melindungi, memelihara dan membaik-pulih rumah itu. Justeru itu, Tuhan memberkati hari ke-tujuh kerana Tuhan itu Kasih, dan kasihNya memenuhi alam semesta yang ia cipta, dan itulah 'kuasa' (kasih) yang menganyam alam-semesta dan kuasa Sang Penciptalah juga yang memelihara alam semesta ini! KasihNya itu mengorbankan sesuatu dari pihakNya sendiri, apabila ia mengasihi keturunan manusia yang "luka" itu. Sebab itu, se-awal di zaman anak-anak Adam yang terdahulu yaitu di zaman Abel dan Cain, Tuhan telah mengajarkan  Jalan perdamaian melalui "Altar." Dari "Altar" itu manusia mula melihat bahawa Tuhan itu Kasih, dan 'Kasih Tuhan itu menuntut Sacrifice ("Altar") di pihak Tuhan sendiri untuk mengasihi roh-roh manusia yang 'impure.' Abel dan Cain dikehendaki untuk menuruti Jalan "altar" itu dengan benar. Tuhan yang Kasih itu mengajarkan perintah Kasih. Altar menyingkapkan bahawa Kasih Tuhan ke atas umat manusia yang 'luka' ('wounded man') menuntut 'korban.' Dan jika manusia mengasihi Tuhan kembali, maka mereka hendaklah menganuti ibadah "altar," sebagaimana yang dilihat oleh Santo Yohanes: "... kerana begitu besar Kasih Tuhan akan dunia" sehingga, Dia sendiri telah mempersembahkan "Domba Tuhan" yang sempurna, yang diupacarakan di bumi, supaya 'jalan' perdamaian itu menjadi sempurna. Tuhan yang memberkati hari yang ke-tujuh berbicara bahawa Kasih Tuhan (agape love) adalah Sumber  Kehidupan bagi manusia, dan juga Sumber kuasa yang meneruskan karya-keujudan alam semesta ini. Dalam 'ruang-lintup' pengalaman manusia yang 'luka,' manusia itu tahu bahawa tidak ada 'kasih' yang tidak menuntut 'pengorbanan.' 

                                                                     



Petikan Alkitab:

Alkitab Terjemahan Baru Indonesia (c) LAI 1974. Copyright Lembaga Alkitab Indonesia. (Indonesian Bible Society), 1994. 24 Mei 2016.<https: //www.sabda.org/Alkitab/index.php>

[1] Mazmur 19: 1-6; Mazmur 50: 4-6
[2] Yohanes 6: 63
[3] Kejadian 8: 20-22