Roh Nubuatan
Penafsiran nubuatan-nubuatan melibatkan "Spirit of Prophecy." Spirit
of Prophecy menerangkan bahawa nubuatan (Firman) dari Kitab Kejadian sehinggalah kepada nubuatan dalam Kitab Wahyu,
semuanya disampaikan secara konsisten oleh Roh Kristus menurut Ordo
Melkisedek, dan juga bahawasanya dengan
maksud supaya "Akulah Allah... telah memberitahu
pengakhiran dari permulaan, dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana... "
(Yesaya 46: 9-10). Dalam lain perkataan, bahasa 'roh' dalam penyampaian Firman Tuhan berfungsi seolah-olah sebagai "konkordansi" roh, dan justeru itu, ia menyingkapkan rahasia
Sorga.
Perkataan 'perempuan'
dalam Kej. 3: 15 sebagai contoh dapat menyingkapkan kenapa binatang-binatang dalam Kitab Wahyu bermusuhan dengan kata nubuat identitas 'perempuan.' Maka, fahamlah kita juga kenapa
bangsa-bangsa yang percaya kepada Yesus Kristus hanya digelar sebagai "anak-anak" dalam ayat 17 dalam Wahyu 12 ('offspring'~Why.12: 17).
Siapakah identitas kata-nama nubuat ‘perempuan’ dalam Why. 12:1-2?
9 Then he had another dream, and he told
it to his brothers. “Listen,” he said, “I had another dream: I saw the sun, the
moon, and 11 stars bowing down to me.” (Gen.
37: 9).
A spectacular sign appeared in the sky:
There was a woman who was dressed in
the SUN, who had the MOON her feet and a crown of 12 STARS on her head. 2 She
was pregnant. She cried out from labor pains and the agony of giving birth.(Rev. 12: 1-2).
Banyak yang tersilap bahawa tanda di
'langit pada ayat ke-1 dan ayat ke-2, dalam Why. 12
sebagai merujuk kepada gereja. Lambang atau tanda itu tidaklah jitu dan benar, jika ia
ditafsir-rujuk kepada 'gereja' kerana ianya merujuk khusus kepada bangsa pilihan Tuhan, yaitu bani Ibrani, samada bani
Ibrani Perjanjian Lama ataupun bani Ibrani Perjanjian Baru. Namun, kekeliruan
ini akan hilang apabila kita mulakan ‘melihat’ identitas 'perempuan' bermula dari nubuat dalam Kejadian 3: 15-16.
Perseteruan antara 'perempuan' dan binatang-binatang keturunan ular tua itu jelas kelihatan berterusan. House
of Jacob' yang dipilih YHVH menggenapi kata-nama profetik 'perempuan,' dan Ular Tua pula mewakilkan kuasanya kepada
'keturunannya,’ yaitu pemerintah-pemerintah bangsa-bangsa di Dunia; Empayar Egypt, Empayar
Asyhur, Empayar Babylon, Empayar Mede-Persian, Empayar Yunani, Empayar Romawi (ketika Santo Yohanes menerima Wahyu) kemudiannya
yang ketujuh adalah Empayar Ottoman,
dan yang kedelapan adalah Empayar
British.
Lambang atau 'tanda' di langit bagi karya Roh Tuhan ke atas 'Perempuan' (woman) itu adalah seperti yang telah dimimpikan oleh Yusuf dalam Kej. 37: 9. Mimpi inilah 'tanda' di langit bagi
'motherhood' bani Israel. Inilah tanda di 'langit yang juga dilihat oleh Santo
Yohanes dalam Wahyu 12. Jadi, apakah tanda bagi gereja? Gereja itu dimeterai oleh Roh Kudus dan ditandai oleh darah suci Yesus. Gereja itu adalah 'perempuan' Perjanjian Baru: The New Testament ‘house of
Jacob') + (campur) dengan anak-anak ('converted
gentiles. Maka, 'perempuan' dalam Why.12 adalah
merujuk khusus kepada ‘house of Jacob,'
samada Ibrani perjanjian Lama ataupun
Ibrani Perjanjian Baru mengikut mana ia diguna-pakai dalam nubuatan.
Gereja= 'Perempuan' (the prophesied ‘Woman’ or the followers of the Way from the house of Jacob) Perjanjian Baru and (+) "Anak-anak" ('offspring' from non-Hebraic nations).
"Perempuan" =
Bangsa Israel (The New Testament prophesied 'Woman,' Genesis 3: 15; Revelation 12: 1-2; Genesis 37: 9) yang
percaya Kristus sebagai "Firman menjadi manusia."
"Anak-anak"
= Bangsa-Bangsa bukan Ibrani (evangelized
and converted gentiles), yang menerima Khabar Gembira, justeru itu, menjadi
pengikut "Jalan" dari
lain-lain bangsa (gentiles).
Siapakah pula ‘perempuan’ dalam Wahyu 17?
"Ibu Pelacur" = Bangsa yang dikaitkan kota "pelacur' itu adalah 'Perempuan' yang
masih mengikuti penyembahan menurut Taurat. Bangsa yang dikaitkan dengan kota itu adalah
penyembah-penyembah Tuhan Perjanjian Lama yang masih ada sekarang. Perkataan
nubuatan yang simbolis "Pelacur" bukanlah
bermaksud mereka tiada moraliti, melainkan 'sekadar' ungkapan
profetik sahaja. Ia menyingkapkan keadaan "tumit" mereka yang
seringkali diremukkan oleh binatang-binatang
di Dunia ini. Mereka menunggu untuk dipulihkan terlebih dahulu (144,000), dan
jikalau Tuhan mencurahkan RohNya kepada bani Israel, barulah Murka hadiratNya akan
menyala menghanguskan bangsa-bangsa. Jikalau
ia berkahwin semula dengan Tuhan, ia akan diberikan perlindungan (Hosea 2: 19). Maka, jelaslah Ibrani terbahagi kepada dua (2) identitas 'perempuan,' yaitu perempuan yang meneruskan persundalannya dan yang telah memperanakkan anak-anak persundalan seperti yang disindirkan oleh Nabi Ezekiel dan nabi Hosea, dan juga sebahagian sebagai 'perempuan' yaitu sebagai isteriNya dalam ''kesetiaan' (Hosea 2: 19) yang telah membawa Khabar Gembira kepada bangsa-bangsa lain didunia. Justeru itu, identiti yang ke-dua ialah 'dia' (the new Testament House of Jacob) yang dikatakan memperanakan 'anak-anak' (offspring ~Why.12 : 17).
"Perempuan" sundal, yaitu the Old Testament House of Jacob meneruskan persundalannya kerana mereka tidak menerima Yeshua sebagai 'Jalan' yang sempurna. 'Persundalan' itu bermaksud 'bukan diperdamaikan dengan Roh Tuhan' atau bukan isteri Tuhan yang setia. Dan jikalau
ia meneruskan persundalannya itu , maka ia akan dibiarkan
membuat "percabulan dan kekejian" mengharungi kelicikan manusiawi. Namun, Mereka masih berjuang menunggangi binatang-binatang
yang ada pada masa kini (pemerintah-pemerintah Dunia). At present, they are riding the Scarlet Beast. The beast says "...the
decision to divide the city remains unchanged." This decision fulfills what had been foretold
in Zechariah 14: 2 "...for I will gather all the nations (the United
Nations) against Jerusalem ...and half of the city
exiled, but the rest of the people (west Jerusalem) will not be cut off from the city." Binatang yang kulihat itu serupa dengan
macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa.
Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya
yang besar. (Wahyu 13:2)
Penafsiran yang "Terperangkap"
Banyak
para penafsir Wahyu mengatakan bahawa identitas binatang yang keluar dari laut
sebagai merujuk kepada "revived"
Caliphate-Ottoman Empayar, kerana mereka melihat kombinasi ciri-ciri binatang tersebut di mana "kaki beruang" sebagai merujuk kepada Babylon;
Badannya pula "seperti macan tutul;" dan
"mulutnya pula adalah seperti singa." Mereka akan
terperangkap dalam tafsiran mereka itu! Mereka ‘melihat’ bahawa eolah-olah deskripsi
binatang itu seolah-olah merujuk kepada pergabungan Empayar Yunani, Empayar Medo-Parsi
dan Empayar Babylon, dan ia
'kelihatan seperti kebangkitan semula Ottoman yang Moden.
Namun,
jika kita baca sepenuhnya deskripsi "binatang yang
keluar dari laut" itu, maka Ia merujuk kepada 10
garis keturunan Raja Eropah yang tidak pupus, dan dapat bertahan
kerajaannya sehinggalah pada zaman sekarang. "Kaki beruang, badan macam
tutul dan mulut seperti singa" seringkasnya
dijelaskan maksudnya dalam ulasan Wahyu 14: 2 b,
iaitu merujuk kepada ciri-ciri perihal "kekuatannya, takhtanya,
dan kekuasaannya yang besar;" Ia
adalah "binatang yang keluar dari laut"
dan ditopang oleh 'kuasa Ular Tua.’ Kesemua binatang adalah keturunan Ular Tua, sebagaimana yang diungkapkan oleh nubuatan dalam Kejadian 3:15-16. Maka, binatang yang
keluar dari laut itu adalah 10 garis
keturunan raja Eropah yang menjadi pemerintah Bangsa-Bangsa di Dunia (“keluar dari laut”). "Laut" bermaksud banyak bangsa. Binatang yang luka
parah kepalanya adalah merujuk kepada garis keturunan monarki Inggeris.
Ia dapat dikenalpasti kerana ia merupakan sekutu yang paling rapat, dan
istimewa bagi Penguasa Dunia No.1 iaitu
“binatang yang
keluar dari bumi.”
Ciri utama kemunculan 'tanda,' frasa nubuatan yang dapat dibaca perihal pengakhiran bangsa-bangsa: “...telah ada, sudah tiada dan akan muncul
lagi...” ?
Eve adalah 'Woman’
dalam Kej.3: 15). One man ('Satu bangsa sedunia' (Kej. 11)
"Telah ada" merujuk kepada umat
manusia yang pada mulanya hanyalah ‘satu bangsa dan satu
bahasa.’ Mereka yang ‘satu’ itu, dahulunya berkata “marilah kita mencari ‘nama’" (Karya) di menara
Babel Kuno yang "sampai ke langit." ‘Karya’ itu seringkasnya merujuk kehidupan umat manusia di dunia tanpa menghiraukan, mengiktiraf atau mempedulikan ‘karya’ Tuhan atau ‘nama’
Tuhan. Kelahiran pelbagai bangsa, iaitu selepas insiden murka Tuhan menerpa 'manusia' di Babel Kuno dalam
Kejadian 11, adalah "permulaan 'zaman' bangsa-bangsa" (pelbagai bangsa dan pelbagai bahasa pertuturan). Wujudnya pelbagai bangsa merujuk kepada "sudah tidak ada." Maksudnya, bangsa 'satu bangsa' dan 'satu bahasa' itu 'sudah tidak wujud lagi. Maka, 'satu
bangsa' itu diungkapkan sebagai “telah
ada,” dan telah menjadi frasa nubuatan yang dipanggil "namun tidak ada"
dan akan “muncul kembali.” Maka, zaman bangsa-bangsa yang disatukan kembali menjadi seolah-olah 'satu bangsa' adalah seringkasnya dinubuatkan sebagai "akan muncul lagi," dan ia merujuk kepada ‘bersatunya’
bangsa-bangsa yang hanyut dalam mencari "nama." Nama Tuhan tidak diikrtiraf sebagai Sumber Kehidupan.
Dan munculnya
kembali umat
manusia yang "bersatu" dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu dengan ‘karya’ utamanya, yaitu "Peace
and Security," maka semua
bangsa-bangsa telah menjadi ‘satu’ dalam mencari ‘nama’; dahulunya mereka 'satu' dalam membuat batu-bata dengan "membakarnya baik-baik" dan tar gala-gala sebagai tanah liat," namun sekarang “membuat batu-bata" itu telah muncul kembali dan diungkapkan dengan frasa nubuatan "membeli atau menjual." Dan 'nama' itu pula bukan diungkapkan lagi perihal "membakar dengan baik-baik," tetapi "menghitung" dengan 'kebijaksanaan' (shrewdness). Namun, kedua-dua frasa nubuatan itu memperkatakan perihal yang 'sama' yaitu umat manusia yang menjadi ‘satu’ bangsa bersatu, dan juga menjadi ‘satu’ dengan bahasa perantaraan yang boleh dikatakan ‘satu’ (bahasa perantaraan sedunia). Kemunculan 'menara' dan bangsa 'bersatu' itu telah "muncul
lagi" dan jelas dapat 'dilihat' sejak tahun 1945 CE: penubuhannya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!
Kenapa tiada kemunculan penglihatan 'roh,' yaitu "
puting beliung dan halilintar" dalam mana-mana urusan penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi di sepanjang 'zaman'
nama Raja Damai ???
Maksudnya:- 'Penglihatan roh' Santo Yohanes mencatatkan bahawa: -
METERAI 1 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
METERAI 2 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
METERAI 3 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
METERAI 4 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
METERAI 5 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
METERAI 6 - "Puting beliung dan halilintar" belum muncul di bumi.
(Penghakiman dan penghukuman Tuhan di bumi adalah dilaksanakan oleh Roh Kudus, iaitu kesinambungan misi Raja Damai)
Wahyu 6: 14 - "awan bergulung
seperti gulungan Kitab"
|
"...His 'way' [the way of the 'name' Judge] is in the whirlwind and the storm, and clouds are the dust of his feet." |
Tuhan sebagai 'nama' Hakim adalah dilihat dalam 'penglihatan roh' sebagai ‘puting beliung.’ Jika ia dilihat sebagai puting
beliung, maka sudah tentu ia dikaitkan dengan sifat-sifatnya, iaitu ‘halilintar.” (lihat 'suara Hakim,' 'halilintar (senjata Hakim)' dan 'puting beliung (hadirat Hakim)' dalam Kitab Ayub 37: 1-4; Mazmur 29; Mazmur 18 dan Nahum 1). Fenomena Whirlwind tidaklah dapt dipisahkan dengan kewujudan halilintar, namun dalam penyampaian firman dalam kes kedatangan Kristus, ia harus
pertama-tama dilihat dalam "spiritual
vision." Bintang Bethlehem sebagai contoh adalah spiritual
vision, dan demikian juga penglihatan Sorga dan bala TentaraNya yang
dilihat oleh para gembala ketika Yeshua dilahirkan.
Pada ketika Yeshua naik ke Sorga, Ia juga
adalah "penglihatan roh,"
dan dua malaikat yang berbicara kepada orang Galilea adalah mahluk ‘Roh.’ Justeru
itu, semua Firman sebenarnya adalah "roh" sebagaimana penjelasan
Kristus dalam Yohanes 6: 63. Maka, tanda-kata nubuat "halilintar" sebagai "tanda" kedatanganNya adalah juga hanya bisa dimengertikan dan dapat dilihat dengan
"mata roh,” iaitu penglihatan roh.
The Lord is slow to anger but
great in power; the Lord will not leave the
guilty unpunished.
"Nama" Hakim Kristus dan "nama" Hakim Roh Kudus secara serentak ataupun apabila kedua-duanya hadir di
bumi, dan mereka adalah 'Satu' Roh; Roh Kudus akan melaksanakan pekerjaan Hakim Kristus yang kembali ke bumi. Roh
Kudus tidak akan lagi melaksanakan "mission" Raja Damai, namun
"jantung" Tuhan tidaklah akan berubah meskipun "missionNya"
(namaNya) bertambah. Meterai ke-7 -Ada "halilintar"
muncul (Wahyu 8: 5 dilihat dengan
ayat Matius 24: 27).... sehinggalah kepada Cawan Murka ke-7 (Why.11: 19). Hadirat Hakim ada halilintar. (HadiratNya
di bumi yang dilihat melalui penglihatan roh sebagai ‘puting beliung’ akan diteruskan..)
"4 Ia berseru kepada
LANGIT, dan kepada BUMI untuk MENGADILI UMAT-Nya:
5 Bawalah kemari orang-orang
yang Kukasihi, yang mengikat perjanjian dengan Aku berdasarkan korban
sembelihan ('Jalan penebusan')!
6 LANGIT memberitakan
keadilan-Nya, sebab Allah sendirilah HAKIM. Sela"
(Mazmur
50: 4 - 6).
It is the transition-period from the Christ’s mission as the Prince Of Peace into the mission as the Judge: Seven horns, Seven eyes and Sevenspirits." It begins in the Seventh-Seal, and the Sixth Seal serves to be
the pronouncement of the Coming Judge."...the
heavens proclaim His HANDIWORK ("Name" which means mission as
the Judge who judges in equity).
Barangsiapa yang "kesesakan dan ketakutan",
berserulah kepada 'nama' Tuhan (Kisah Para Rasul 2: 21).
Frasa-frasa nubuatan
Tanpa Firman Suci, tiada manusia yang akan
mengerti 'Karya/pekerjaan' Tuhan. "Makan & minum' adalah 'survival' daging
manusia yang luka untuk terus hidup selagi daging ada kekuatan untuk hidup,
" Kahwin & mengahwinkan" adalah
'jalan' bagi manusia yang luka untuk 'membiak' (Procreation of the wounded man). "Membuat
batu-bata" adalah 'istilah-profetik' 'pekerjaan' anak-anak Noah
untuk mencari nafkah hidup. Roh Tuhan mengaitkan ketiga-tiga frasa nubuatan
tersebut untuk menyingkapkan 'kehidupan
manusia yang luka dan tidak diperdamaikan
dengan Tuhan:' hidup berseteru dengan Tuhan. Noah, sebagai seorang penganut 'jalan' untuk
diperdamaikan dengan Tuhan adalah 'pelaku' Firman Tuhan, kerana Noah dengan
segenap hati dan tekun, bukan sahaja menyiapkan/mengenapi 'bahtera' mengikut ketentuan
Firman, tetapi Noah adalah manusia yang “mendirikan altar” perdamaian. Jalan melalui ‘Altar’ itu menyingkapkan Kehendak
Sorgawi yang harus dilaksana oleh Noah di bumi. Noah adalah pelaku' Firman (the doer of the Word). Penduduk Babel ternyata tidak mewarisi 'ibadah' Noah melalui 'Altar,' namun mereka kyusuk "membuat batu-bata....malah, "membakarnya dengan baik-baik."
"Nama" adalah ungkapan nubuatan
yang merujuk kepada "karya" kehidupan manusia di bumi. Apakah
"nama" yang dicari oleh manusia sejagat dalam aktiviti harian
"MEMBELI atau MENJUAL"? Kalau di zaman purbakala di menara Babel
kuno, " Nama" yang dicari manusia dalam Kitab Suci Kejadian 11 adalah
berkaitan dengan aktiviti "membuat batu-bata" dengan “membakar tanah
liat dengan baik-baik.” Membuat kehiduapan yang berjaya dan baik menurut akal
fikirian manusia sendiri, tanpa memikirkan ‘nama’ Tuhan di bumi.
Apakah pula 'nama' yang dicari oleh manusia
'akhir zaman Raja Damai' dalam Kitab Wahyu 13?? Sudah tentu
"karya/handiwork" yang dicari oleh semua bangsa adalah, 666 . 666 adalah "karya" atau "nama" yang dicari oleh setiap bangsa di setiap negara di seluruh dunia. 'Nama' atau 'karya' itu merujuk kepada 'karya-duit' (monetary). Semua orang mencari "karya-duit." 'Nama' atau
'karya' binatang yang keluar dari bumi adalah 'duit.' Duit itu ada
perjanjiannya dan mempunyai ahli-ahli perjanjian duit dari semua bangsa atau semua
negara di dunia ini. Apakah pula menara "membeli-menjual" itu ada pusat?
Sudah tentu sistem perbankan di seluruh Dunia berpusatnya di BIS, IMF dan Bank
Dunia bersama-sama dengan rangkaian Bank Pusat atau Central Bank di seluruh
dunia atau semua bangsa. Ia melibatkan semua bangsa (negara)!
Maka, "membeli atau menjual" jika
diungkapkan oleh Yesaya 46: 10, ia mengungkapkan pengakhiran kepada zaman
Bangsa-Bangsa yang bermula di menara Babel. Justeru itu, "membuat
batu-bata" adalah permulaan Bangsa-Bangsa,
manakala "membeli atau menjual" adalah pengakhiran kepada zaman
Bangsa-Bangsa.
Roh pengertian mengenai dengan frasa ‘Zaman’ bangsa-bangsa'
Sebelum hukuman Tuhan ditumpahkan kepada
umat manusia dalam Kitab Kejadian 11, umat manusia pada asalnya hanyalah terdiri dari 'satu bangsa' dan 'satu bahasa' sahaja. Turunnya hukuman Tuhan yang dilaksanakan oleh para malaikat telah mengacau-balaukan 'satu bahasa' itu kepada
banyak bahasa, dan justeru itu, menzahirkan dan memulakan pelbagai bangsa atau ringkasnya disebut
permulaan 'zaman bangsa-bangsa.'
Pemerintah-pemerintah dunia atau 'keturunan' ular tua (Kejadian 3: 15-16)
berusaha untuk menyatu-padukan pelbagai bangsa melalui kuasa 'penaklukan' dan juga melalui perjanjian-perjanjian yang mereka wujudkan. Namun, segala usaha itu tidaklah menyeluruh
sejagat-sedunia. Dalam peradaban sejarah dunia selepas kisah menara Babel dalam Kejadian
11, kita telah melihat kewujudan banyak pemerintah dunia yang juga disebut 'binatang'
dalam usaha mereka menyatukan dunia di
bawah kuasa takluk 'tanduk' mereka: Empayar Mesir, Empayar Asyhur, Empayar Kasdim,
Empayar Medo-Parsi, Empayar Yunani, Empayar Romawi, Empayar Ottoman, binatang
yang keluar dari laut, Empayar British ('binatang yang kepalanya luka parah'),
binatang yang keluar dari bumi, dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dunia sejagat belum pernah melihat pelbagai
bangsa di seluruh dunia bersatu pada 'satu' menara. Namun, sejak 1945 CE yaitu selepas perang
dunia ke-dua, dunia mula disatukan oleh lima pemimpin utama dunia atau 'cabal'
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang menzahirkan 'nama' nya, yaitu Artikel 1, Bab 1 dalam UN Charter's "Peace and Security,"
maka bangsa-bangsa di dunia mula mengerjakan ajakan penguasa-penguasa dunia
(cabal) dalam mencari "peace and security." Concise Oxford Dictionary
menjelaskan bahawa 'cabal' bermaksud
"a committee of five
ministers under Charles II, whose surnames happened to begin with C, A, B, A,
and L" [1]. Lima negara
berkuasa veto atau 'seperti cabal' dalam pertubuhan sejagat itu memperlihatkan
kekuasaan "binatang yang keluar dari bumi" yang "bercakap
seperti naga:" the United States of America. Empat lagi binatang lain dalam 'cabal'
itu adalah Russia, China, the United Kingdom dan France. Maka, itulah lembaran
baru nubuatan dalam alkisah 'menara
Babel kuno' yang mula dinyatakan kepada kita sebagai "muncul
kembali." "Nama" atau 'karya utama' bagi binatang yang memayungi
keamanan dunia itu disebut "peace and security." Namun, design manusia adalah makan 'manna'
dari Sorga, maka biarpun betapa hebatnya usaha manusia sejagat dalam 'peace and
security' itu diperjuangkan, ia adalah sekadar "membuat batu-bata"
belaka! Pemimpin utama dunia dalam
'peace and security' bagi dunia bangsa-bangsa ialah negara superpower iaitu
Amerika, dan sebab itulah ia juga cocok dinubuatkan sebagai binatang yang
"'kelihatan seperti domba" dan "bercakap seperti naga."
'nama' binatang yang keluar dari bumi
yang bertanduk dua
"Karya
duitnya atau karya-monetari" (tanduk pertama) dan "karya perihal
'peace & security'" (tanduk yang kedua). Kuasa monetari dan kuasa
politikpemerintah dunia di arena global pada 'jam terakhir' akhir zaman
bangsa-bangsa. 'Nama' adalah 'karya,' 'pekerjaan,' atau 'handiworks.' Maka,
'nama' "binatang yang keluar dari bumi" bermaksud 'handiwork'
pemerintah Dunia yang menguasai manusia sejagat.
'Nama' dalam Alkitab adalah 'ungkapan' kata-nubuatan yang menyingkapkan
pekerjaan-pekerjaan Sorgawi. Nama seperti 'Domba Tuhan' mengungkapkan 'pekerjaan/karya' Tuhan
dalam menganugerahkan 'Jalan' kepada
manusia yang luka supaya 'dosa-dosa mereka terhapus. Demikian juga halnya
dengan 'nama' binatang itu. Ia
mengungkapkan 'karya' pemerintah dunia dalam usahanya menguasai bangsa-bangsa
di dunia. Ia tidak dikira dengan ilmu gematria kerana jika ia ditafsir dengan
cara demikian, maka itu adalah 'sekadar' rumusan pendapat belaka. Lagipun, Alkitab tidak pernah mengajarkan
penafsiran nubuatan ilmu gematria. Justeru itu, nama binatang, 666, tidaklah
dikira, tetapi 'nama' atau 'karya' pemerintah dunia itu 'dilihat.' Jika kita
kira 'nama' (666) itu secara harafiah' dalam kacamata gematria, maka, kita
hanyalah berfikir secara matematika. Ia "dilihat" terlebih dahulu
dalam roh nubuatan! Namun, 666 adalah 'karya' atau 'nama' yang berkait-rapat langsung
dengan aktiviti 'membeli atau menjual.'
Justeru itu, nama binatang
yang keluar dari bumi adalah 'monetary'
(karya-duit) penguasa dunia yang menuntut kebijaksanaan intelek, yaitu
kebijaksanaan ilmu menghitung dalam bidang perekonomian moden yang berpusat
pada 'menara-menara' yang telah muncul kembali. Di menara kuno Babel, 'nama'
yang mereka cari tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti "membuat
batu-bata." Maka, 666 sebagai 'nama' ('monetary,' iaitu 'karya-duit' atau "handiwork of money") adalah berkait-rapat
dengan urusniaga 'membeli atau menjual' yang dilaksanakan di bawah kuasa
monopoli 'monetary' pemerintah dunia.
Biarpun betapa hebatnya kemakmuran hidup di dunia ini menurut 'nama' itu
(666), namun jika manusia tidak menerima tanda di dahi yang sejati, yaitu ibadah
kepada Paskah Tuhan Yesus, maka, mereka dinubuatkan 'sekadar' menerima tanda binatang yang terfokus kepada urusniaga "membeli
atau menjual" sahaja. Dan apabila,
menara 'nama' itu sudah "sampai ke langit," sudah tentu Tuhan akan
berkata "marilah kita turun."
Pekerjaan Tuhan jelas ketara berbeda
sekali dengan 'karya manusia daging: "...namaNya adalah Firman Allah"
(Wahyu 19: 13), manakala 'perempuan' dan anak-anaknya (umat Tuhan) pula jelas
memakan 'firman' dan beribadah kepada 'tanda' di dahi yang
dianugerahkan Tuhan, yaitu Paskah Tuhan Yeshua, dan mereka yang masih hidup
dalam era Hakim-Kristus pula diberikan "Meterai Allah yang
hidup." Tanda di dahi yaitu Paskah
Tuhan Yeshua adalah tanda sejati yang memulai iman "perempuan" (chosen people of God), dan kerana
percaya, maka 'perempuan' diikat oleh perjanjian Paskah itu; mereka beribadah,
pelaku atau mengerjakan Firman ataupun kata nubuatan singkapkan seringkasnya
sebagai ada 'tanda di tangan.' Tuhan menyingkapkan rahasia agenda pemerintah
dunia dengan memakai 'ungkapan frasa perihal tanda tersebut' bagi nama
binatang: 666. Binatang itu
"menandai" semua orang supaya seolah-olah mereka beribadah kepada "monetari" (karya-duit), dan tanda itu ("nama" (handiwork) binatang) akhirnya akan "...sampai ke langit,"
kerana akhirnya manusia di bumi akan menista dan mengolok "tanda di dahi dan tanda
di tangan" yang sebenar, yaitu ibadah kepada anugerahkan Tuhan Kristus di
atas kayu salib: Paskah Tuhan Yeshua. Tanpa Firman, manusia tidak akan mengerti
apakah 'pekerjaan' atau 'nama' Tuhan.
Berdasarkan 'roh pengertian ini,' maka kita dapat merungkai rahasia
'nama' binatang yang keluar dari bumi!
Note:-
[1] Smith, Tony. Computer Software (CD-ROM 2001 Version 1.1). Concise Oxford Dictionary. 1999, 2001. Oxford University Press.