Khamis, 20 Februari 2020

Dosa-dosa manusia diselesaikan dengan menuruti "nama" Tuhan...





    Sejak dari zaman Abel, 'nama Tuhan' yang diutus dan dinyatakan kepada manusia adalah menurut ketentuan-ketentuan Ordo Melkisedek. Ordo tersebut telah menyingkapkan ajaran perdamaian antara Tuhan dan keturunan Adam, bahawasanya dosa-dosa, juga disebut sebagai "sengat maut" atau "luka-luka" roh manusia adalah diselesaikan "dengan menuruti Firman Allah." Jika ia tidak diselesaikan, maka roh manusia akan berseteru dengan RohNya selama-lamanya. Firman Tuhan itu ialah Yeshua Kristus kerana "namaNya ialah Firman Allah." (Lukas 24:44; Yoh.1:1-14; Wahyu 19: 13 b; Mazmur 40: 7-9). Dalam Keluaran 34: 5-7,  Ehyeh Asher Ehyeh menjelaskan sifat-sifat RohNya. Dan sifat-sifat rohNya adalah diberitakan: "5 turunlah TuHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN 6 berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: " TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasihNya dan setiaNYa, 7 yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa tetapi tidak sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat.

     Petikan dari Kitab Suci tulisan nabi Musa tersebut di atas memberitahu 'nama' Tuhan yang tidak berubah atau sifat-sifat Roh Tuhan yang tidak berubah-ubah; the Immutable divine attributes of God. 'Nama' Tuhan yang diberitakan oleh Tuhan YHVH sendiri itu dalam catatan Kitab Suci Keluaran 34: 5-7 adalah uraian mengenai sifat-sifat Roh Tuhan sendiri. Dari sifat-sifat itulah datangnya penyelamatan dan juga penebusan. Ia menjelaskan nama Tuhan yang tidak berubah atau the immutable names of God. Kristus mempunyai sifat-sifat roh yang sedemikian (immutable names) sama seperti Bapa YHVH. Sifat-sifat RohNya itu sebenarnya otomatis menjadi 'nama' Tuhan (karya/pekerjaan Ilahi), kerana segala kerja-kerja Ilahi, terutama dalam agenda menebus dan menyelamat roh-roh manusia adalah bermula dan mengalir dari sifat-sifatNya yang immutable itu. 

     Kelak, ketika Yeshua Kristus berdoa dalam Kitab Injil Yohanes 17: 11-12, ia berkata-kata dalam rangkai doaNya kepada Bapa, bahawa dia telah menerima 'nama' yang diberikan oleh Bapa. maksudnya, pekerjaan Yesus adalah Pekerjaan Ilahi/Tuhan; Ia melaksanakan kehendak-kehendak Bapa secara sepenuhnya. Yeshua itu Tuhan Kristus (Injil Allah ~ Roma 1: 1-6), seperti yang diberitakan oleh rasul-rasul (Roma 1: 1-6). Kita sebagai manusia biasa pula adalah tergantung penuh kepada pekerjaan Tuhan Yeshua, sebab itu posisi kita disindirkan oleh Yeshua, sebagai ranting-ranting kepada Pokok Kehidupan! Kita bukanlah sumber kehidupan  itu, melainkan kita bergantung penuh kepada Sumber Kehidupan itu. Tuhan Yeshua berdoa: " 11 ...peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita. 12 Selama Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku; Aku telah menjaga mereka dan tidak ada seorangpun dari mereka yang binasa selain dari pada dia yang telah ditentukan untuk binasa, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci (Yohanes 17: 11-12). Karya penyelamatan Tuhan juga telah disandarkan kepada Anak Manusia sebagai sin offering (the Passover Lamb of God~Isaiah 53), the Mediator (the Melchizedec Mediatorship~Psalm 110), dan juga sebagai the Prince of Peace (Isaiah 54) yang telah selesai menyumpah kita kepada sumpah Perdamaian kekal abadi! 



     Satu rahasia mengenai Penciptaan Tuhan bahawasanya berkat penebusan dan keselamatan Tuhan tidak akan mengalir kepada manusia yang 'jatuh' selagi ia belum selesai diperdamaikan dengan Tuhan. Manusia 'luka' keturunan Adam memerlukan PERDAMAIAN Tuhan, Sabbath REST, untuk kembali kepada Bapa Kekal Abadi.  Kita senantiasa bersukacita dan bersyukur di dalam segala hal kerana Tuhan Yeshua Kristus berfirman dalam Yohanes 19: 30 " Sudah Selesai." Frasa "Sudah Selesai" yang diucapkan oleh Yeshua di atas Altar/Salib sebenarnya adalah jaminan kepada kita semua, bahawa semua janji Tuhan adalah "YA" di dalam Kristus, dan kita mengatakan "AMEN" untuk memuliakan Tuhan (2 Korintus 1: 20). Tuhan berkorban untuk menganugerahkan PERDAMAIAN ('rest') kepada umat manusia melalui Perjanjian Darah. Pengorbanan Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia ini terkandung dalam Firman ibadah ritus altar di bumi: Ajaran Altar/Perdamaian. Berkat Penebusan dan berkat keselamatan menuntut perdamaian (rest/Sabbath Rest), dan perdamaian ada altar atau pencurahan darah  (Imamat 17:11). 
 
    Justeru itu, Perdamaian ada Imam sebagai Pengantara/Pengupacara dan ibadah mezbah/Jalan 'altar' iaitu pengupacaraan 'korban penebus dosa' (the sin offering). Melalui perdamaian itu, maka Tuhan turut serta berkarya dalam kehidupan umat manusia dengan mengujudkan Perjanjian-Perjanjian antara Tuhan dan manusia. Bayangan atau typology Pengantaraan rohaniah antara Tuhan dan umat manusia di bumi itu pernah dilihat oleh Yakub dalam Kejadian 28: 12. Kelak, Yeshua menyatakan identitinya sebagai penyempurnaan 'pengantaraan' (the Stairway between heavens and earth) itu menurut Ordo Melkisedek (Mazmur 110).  Ia mengalir berkerja berdasarkan sifat-sifatNya yang immutable dan juga melalui FirmanNya yang diberitakan kepada umatNya di bumi. Lalu berkaryalah Tuhan melalui 'nama' Tuhan dalam perjanjian-perjanjian (Covenanted names of God), 'nama' yang menerangkan sifat-sifatNya (Immutable 'names' of God), dan yang ketiga-- namaNya ialah Firman Tuhan. Justeru itu, Berkat Penebusan dan Berkat Keselamatan dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia melalui Perjanjian-Perjanjian, melalui karya Sifat-sifatNya dan juga melalui FirmanNya. Dan, akhirnya Yehsua datang sebagai Anak Manusia untuk mengenapi Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Lukas 24: 44).  Pengaliran 'nama' Tuhan melalui perjanjian-perjanjian, sifat-sifatNya dan melalui FirmanNya adalah tidak bercanggah antara satu sama lain. 

    Sifat-sifat Tuhan seringkali membingungkan penanggapan manusia. Penanggapan (comprehension) manusia terbatas kerana man knows in part, but God knows the whole matters. Penanggapan intelek manusia mengenai  unfailing love seringkali disalah tafsir dan disalah artikan kerana manusia itu termasuk umatnya ternyata lack of Understanding (Hosea 4: 6a) atau lack of knowledge (Yesaya 33:6; Yohanes 8: 32)! Kita keliru dengan perbedaan antara 'Firman yang tersingkap' dengan firman yang ditafsir secara logika intelek.  Ringkasnya, unfailing love atau 'kasih Tuhan yang sempurna' itu dapat diartikan sebagai senantiasa mengalirkan berkat menebus dan berkat mengampuni ke atas dosa-dosa manusia!  Justeru kerana sifatNya Unfailing love, maka TUHAN senantiasa berkorban, siang dan malam tidak henti-henti,  untuk menanggung derita, menebus dan menyelamatkan manusia yang berdosa.  Daud melihat kebenaran kesetiaan YHVH dalam mengampuni dosa sebagaimana kita yang telah melihat kesetiaan Kristus dalam mengampuni segala dosa-dosa kita kerana nyanyian Daud dalam Mazmur 68: 20 berbunyi: "Terpujilah Tuhan! hari demi hari ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. sela". Tuhan menanggung artinya bahawa sifatNya adalah Unfailing Love. Tuhanlah yang berkorban untuk menebus dan mengampuni manusia yang lemah dan yang telah jatuh ke dalam kuasa dan belenggu dosa! Padahal manusia  itu telah diciptakan TUHAN untuk menjadi keluarga Tuhan. Namun, oleh kerana manusia dianugerahkan dengan kehendak bebas (free will), maka manusia yang jatuh dalam Adam yang pertama adalah bebas samada untuk berdosa ataupun untuk menuruti Firman Tuhan. Di dalam Adam yang kedua, kita telah melihat pelepasan dari belenggu dosa melalui Sin Offering atau Domba Paskah Tuhan, iaitu penebusan dan keselamatan kita di dalam kematian Yeshua Kristus Sang Raja Damai yang memberikan PERDAMAIAN!

    Manusia dicipta supaya ia 'berbuah secara rohaniah' (spiritual fruits) dan juga 'berbuah' secara daging. Itulah design penciptaan manusia sebagai keluarga Tuhan di bumi. Buah-buah ROH dijelaskan dalam Galatia 5: 22-23: tetapi buah Roh ialah : Kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. Buah manusia (lelaki) dengan penolongnya (Eve) secara fizikal ialah zuriat atau beranak-pinak. Namun, keutamaan TUHAN dalam penciptaan manusia ialah buah-buah ROH. Hal ini akan terjadi apabila roh manusia bergaul-karib dengan Roh Penolong (Roh Kudus~ Paracletus gk.). Justeru itu, buah-buah ROH hanya mungkin muncul apabila roh manusia dilahirkan kembali ke dalam keluarga TUHAN/kerajaan Allah, dan juga 'tinggal diam' ( 'rest' ~ Yohanes 6:56; Matius 11:28-30) dalam Tuhan melalui urapan Immanuel Roh Kudus. 

    Manusia Pertama, Adam dan Eve, telah jatuh ke dalam kuasa dosa kerana bujukan Iblis. Dan kejatuhan itu melibatkan kerosakan dalam air, darah dan roh. Roh tidak ada perdamaian dengan Tuhan, Jiwa rosak dan tubuh daging tertakluk kepada perubahan-perubahan biji-benih (genes), iaitu darah dan air. Dosa-dosa menjadi penyakit kepada roh manusia. Penyakit dalam roh manusia disebut dosa-dosa atau 'sengat maut.'  Dosa-dosa menyengat roh manusia dan menjadikannya letih-lesu (restless) dan dibebani berat (crushed). Manusia berdosa tidak dapat bergaul karib dengan Roh Penolong, justeru itu, ia tidak dapat berbuah! Ini mengakibatkan jiwanya tertakluk kepada godaan-godaan dan ia tiada kekuatan untuk menang ke atas godaan-godaan dosa. Roh yang tidak diperdamaikan dengan TUHAN, dan jiwa yang tidak diperbaharui akal budinya menjadikan jiwa manusia mudah sakit jiwa dan melemahkan daging, justeru, tubuh daging menjadi sangat vulnerable kepada kebinasaan/kematian. Manusia memerlukan Pohon Kehidupan untuk menyembuhkan roh, jiwa dan daging manusia! Akses kepada Pohon Kehidupan di Eden telah ditutup, namun 'jalan' kepada Pohon Kehidupan di bumi telah dibukakan kepada keturunan Adam bermula dari Abel. Dan, Jalan itu adalah Jalan PENDAMAIAN. Perdamaian itu ada 'mezbah', dan mezbah itu ada 'darah.'  Buah Roh, iaitu Damai Sejahtera hanya dapat dianugerahkan kepada umat manusia yang diperdamaikan dengan Roh TUHAN!

    "Nama" Kristus ialah Firman Allah; "...namaNya, ialah Firman Allah."(Wahyu 19: 13). Justeru itu, frasa "menuruti Firman"  adalah juga bernubuat perihal "percaya" dan mengikuti Yeshua: the followers  of the Way. Raja Daud bernyanyi bahawa Jalan Kudus dapat dikecapi dengan menuruti Firman"! Dan Firman Allah mengatakan bahawa "dosa" diselesaikan dengan doa (upacara) 'jalan' altar/Perdamaian (rest) : Jalan Penebusan dan Jalan Keselamatan. Yeshua adalah "Jalan" Altar yang mengenapi semua ajaran Melkisedek perihal ajaran altar dalam Perjanjian Lama (Yesaya 53; Lukas 24: 44). 
 
    Ajaran altar terbit dari "nama" Tuhan, iaitu Unconditional Divine Love! Sejak itu, iaitu dari zaman' Habel, para Patriachs telah menganuti ajaran/ibadah 'altar', iaitu perdamaian, agar dapat menerima Berkat Penebusan dan berkat keselamatan. 'Rest' atau 'Perhenatian/Perdamaian' sebenarnya sudah 'selesai' pada hari ke-tujuh dalam Creation, kerana Imam Melkisedek 'sudah selesai' mengupacara 'altar' di Sorga pada hari tersebut. Ia disebut Sabbath Rest! Sabbath Rest menyatakan kebenaran bahawa Tuhan adalah Sang Pencipta, Pemilik Langit dan Bumi dan segala isinya dan alam semesta, Jurupenebus dan Juruselamat.  Kebenaran ini dianuti oleh orang-orang yang ditebus dan ia adalah terkandung dalam Perjanjian: Keep the Sabbath!

    Dia bernubuat, "Akulah Jalan..." Aliran Kehidupan atau Berkat Tuhan telah mengalir 24 jam sehari, sebaik sahaja Ia berfirman "Sudah Selesai" (Yohanes 19: 30, TB). Berkat yang mengalir memberi kekayaan dan ia tidaklah nenambahi penderitaan kita dalam Kehidupan daging. 'The blessing of the Lord brings forth wealth, he adds no sorrow to it' (Proverbs 10:22, NASB). Berkat itu termasuk semua Beautitudes oleh ketujuh-tujuh karunia Roh Kudus yang utama atau 'kunci-kunci'  Roh' Tuhan yang utama.