Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Namanya ialah Firman Allah. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Namanya ialah Firman Allah. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2017

Jangan menyebut 'nama' TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan...



7 Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan,sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.(Keluaran 20: 7).

5 Then the Lord came down in the cloud and stood there with him and proclaimed his name, the Lord. 6 And he passed in front of Moses, proclaiming, “The Lord, the Lord, the  compassionate and gracious God, slow to anger, abounding in love and faithfulness, 7 maintaining love to thousands, and forgiving wickedness, rebellion and sin. Yet he does not leave the guilty unpunished; he punishes the children and their children for the sin of the parents to the third and fourth generation" (Exodus 34: 5, 6, 7).


    "Nàma" Tuhan adalah karya Tuhan. KaryaNya berasal dari sifat-sifat RohNya yang tidak berubah. Exodus 34: 5, 6, & 7 adalah ulasan Roh' Tuhan sendiri mengenai "nàma" Nya atau karyaNya! Ada satu dosa yang seringkali diabaikan oleh orang-orang percaya, iaitu "menyebut namaNya dengan sembarangan." Dosa ini tercakup di dalam kasus pelanggaran Hukum Kasih yang pertama: "...kasihilah Tuhan mu dengan sepenuh hati." Bagaimanakah agaknya sebutan kita tentang "namaNya" ? Apakah percaya, paradigma rohani, ulasan atau 'sebutan' kita perihal "karya" ('nama') Tuhan itu sembarangan, betul atau salah? Perkataan 'sebutan' itu bukanlah merujuk kepada bunyi 'suku-kata,'  tetapi merujuk kepada 'sebutan' menurut roh Pengertian! Justeru itu, apakah 'sebutan' ('ulasan') kita mengenai 'nama' ('karya') Tuhan itu sempurna atau dikenan oleh Roh Tuhan? Perkataan 'Sebutan' yang ditafsir sama erti dengan perkataan 'ulasan' adalah berdasarkan tafsiran 'roh pengertian,' dan bukan berdasarkan pengertian praktik kultus (occultic practice). Semua 'nama' Tuhan yang diutus menurut Ordo Melchizedec adalah berkongsi 'satu' nama, iaitu "...namaNya ialah Firman Allah." Mereka juga berkongsi satu Nàma yang diberitakan oleh Roh' Tuhan sendiri kepada nabi Moshe dalam Keluaran 34: 5, 6, & 7.  Firman ialah 'karya' yang dikongsi bersama samada oleh semua "Covenanted names of God," atau oleh semua "Immutable names of God" yang disingkapkan menurut roh nubuat di bawah ketentuan-ketentuan Ilahi yang disebut Ordo Melkisedek! Firman Allah berbicara kepada orang-orang percaya melalui dream dreams, visions dan juga Voice. Covenanted names of God adalah nàma Tuhan yang dikaitkan dengan pengujudan sesuatu Perjanjian, seperti Raja Yahweh dengan Perjanjian Sinai Dan Raja Damai (Raja Yeshua) dengan Perjanjian Baru.

    Kebenarannya, hanya Yeshua sahaja yang menyebut 'nama' Tuhan dengan sempurna sepenuhnya! Yeshua diutus oleh Nàma Bapa untuk melaksanakan kehendak 'nama' Bapa di bumi' yang boleh dilihat oleh Mata kasar manusia. "Nama" Bapa jelas diberitakan oleh Tuhan dalam Kitab suci Keluaran 34: 5,6, & 7. Maka Yeshua diutus kerana Kasih dan  Mercy Bapa. Yeshua adalah satu-satunya manusia yang hidup di dunia yang "namaNya" atau "karyaNya" adalah seratus-peratus pernyataan 'nama' Bapa (Kel. 34: 5, 6, & 7). Yahweh dipanggil oleh Ibrani sebagai Allah Bapa mereka. Karya atau 'nama' manusia jelas dinubuatkan dengan frasa "makan minum, kahwin dan mengahwinkan, membuat batu-bata, mendirikan kota' (nation building/kingdom building'), mendirikan 'menara' Dan 'membeli atau menjual. Manusia bersatu kerana 'karya-karya' manusia, dan ia berpusat pada 'menara' yang didirikan. 

    Justeru itu, bagaimanakah sebutan kita perihal nama Tuhan? Pertama-tama, sebutan orang percaya hendaklah bebas dari ragu-ragu, sakit hati, berkecil hati atau kecewa terhadap Tuhan. Jika 'sebutan' nàma Tuhan itu berpenyakit seperti kasus yang dimaksudkan di atas, maka seruan kita kepada Bapa adalah tidak Sempurna. Percaya yang berpenyakit mengakibatkan Allah Bapa tidak berkenan kepada Doa Kita. Percaya yang berpenyakit menyebabkan Doa "Bapa Kami" menemui kegagalan. Kegagalan Doa Bapa Kami mengakibatkan: "...tidak ada satupun perbuatanmu sempurna" seperti teguran Roh' Hakim ke atas jemaat Sardis.  Sebutan "nàma" Tuhan juga melibatkan akal budi yang diperbaharui (correct spiritual precepts), supaya 'sebutan' nàma Tuhan tidak dipertikaikan oleh kapasiti intelek. Kita akan bertanya apakah "sebutan" menurut pandangan peribadi kita perihal 'nama' ('karya') Tuhan adalah bercampur dengan filsuf manusia seperti ulasan ('sebutan') Bildad, Zophar, dan Eliphaz (kitab Ayub)? Atau apakah "sebutan" kita tentang "Firman Allah" tidak dimurkai oleh Tuhan seperti "sebutan" Elihu dan Ayub? Adakah sebutan kita  mengenai "karya" Tuhan, sarat dengan keraguan, atau dominannya dari rumusan kapasiti intelek (intellectual digests) belaka? Atau apakah kita seringkali "offended by the Lord," seperti Nabi Jonah? Apakah kita pernah menuduh bahawa "karya" ('nama' bermaksud "karya")  Tuhan itu tiada guna dan hanya menganggu kehidupan daging,? Apakah kita mengingini pertolongan 'nama' Tuhan, namun berakhir dengan kekecewaan kerana Tuhan seolah-olah tidak menunaikan keinginan-keinginan peribadi kita? Apakah kita tidak mengalami sukacita, apabila daging tidak mengecapi kemakmuran, tiada kesihatan atau tiada kemusnahan menimpa ke atas musuh-musuh kita?

    Jika kita mengalami salah satu pergumulan rohani seperti kasus-kasus tersebut di atas, maka kita sebenarnya berada dalam 'godaan' untuk menyebut "namaNya" ('karyaNya') dengan  salah!  Sebutan yang jitu dan benar adalah susah untuk kita sempurnakan, namun dengan anugerah roh hikmat, roh pengetahuan dan roh pengertian, setiap orang percaya akan semakin dimurnikan dalam hal "sebutan" nama Tuhan. Oleh kerana Roh Tuhan berfirman: "... namaNya ialah Firman Allah" (Wahyu 19: 13), maka menyebut 'nama' Tuhan dengan benar samalah artinya 'mengulas Firman Tuhan dengan benar.' Jika kita 'sebut' Firman Allah dengan salah, maka itu berarti bahawa kita telah menyebut 'namaNya' dengan salah! 'Sebutan' atau bahasa mudahnya dipanggil 'ulasan' atau 'tafsiran' yang salah adalah dosa!

    Semua orang percaya menyebut 'namaNya' dengan kepincangan-kepincangan peribadi. Namun, oleh kerana namaNya ialah "Setia Mengampuni," maka semua sebutan yang salah dan pincang diampuni oleh Tuhan, apabila diakui di depan Tuhan.

    Segala firman Ilahi tidak dapat dipisahkan dengan peribadi Roh Tuhan, maka Firman itu sesungguhnya Penuh Berkuasa, Benar, Suci dan Tanpa bercacat celah (sempurna). "Semua perkataan-perkataan Ku adalah Roh dan hidup," kata Yeshua. Firman menjelma dibaluti manusia: Anak Manusia. Mengakui sifat-sifat Tuhan (Firman) dengan jujur adalah landasan yang baik untuk mampu "menyebut" nama-nama Tuhan dengan benar. Jikalau, kita tidak mengetahui sifat-sifat Firman, maka sukarlah bagi kita untuk menyebut nama Tuhan dengan jitu dan benar. Pandangan/ulasan peribadi perihal 'nama-nama' Tuhan melalui rumusan kapasiti intelek adalah "sebutan" yang sembarangan! Jikalau kita menuduh bahawa Bapa Segala Roh berbuat kejahatan dan karyaNya sukar diterima dan mengelirukan, maka itu adalah "sebutan" nama Tuhan yang salah: dosa!!

3 This is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent. 4 I glorified You on the earth, having accomplished the work which You have given Me to do. 5 Now, Father,glorify Me together with Yourself, with the glory which I had with You before the world was. 6 “I have manifested Your name to the men whom You gave Me out of the world; they were Yours and You gave them to Me, and they have kept Your word. 7 Now they have come to know that everything You have given Me is from You; 8 for the words which You gave Me I have given to them; and they received them and truly understood that I came forth from You, and they believed that You sent Me. 9 I ask on their behalf; I do not ask on behalf of the world, but of those whom You have given Me; for they are Yours; 10 and all things that are Mine are Yours, and Yours are Mine; and I have been glorified in them  11 I am no longer in the world; and yet they themselves are in the world, and I come to You. Holy Father, keep them in Your name, the name which You have given Me, that they may be one even as We are (John 17: 3 - 11, NASB).

Khamis, 20 Februari 2020

Dosa-dosa manusia diselesaikan dengan menuruti "nama" Tuhan...





    Sejak dari zaman Abel, 'nama Tuhan' yang diutus dan dinyatakan kepada manusia adalah menurut ketentuan-ketentuan Ordo Melkisedek. Ordo tersebut telah menyingkapkan ajaran perdamaian antara Tuhan dan keturunan Adam, bahawasanya dosa-dosa, juga disebut sebagai "sengat maut" atau "luka-luka" roh manusia adalah diselesaikan "dengan menuruti Firman Allah." Jika ia tidak diselesaikan, maka roh manusia akan berseteru dengan RohNya selama-lamanya. Firman Tuhan itu ialah Yeshua Kristus kerana "namaNya ialah Firman Allah." (Lukas 24:44; Yoh.1:1-14; Wahyu 19: 13 b; Mazmur 40: 7-9). Dalam Keluaran 34: 5-7,  Ehyeh Asher Ehyeh menjelaskan sifat-sifat RohNya. Dan sifat-sifat rohNya adalah diberitakan: "5 turunlah TuHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN 6 berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: " TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasihNya dan setiaNYa, 7 yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa tetapi tidak sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat.

     Petikan dari Kitab Suci tulisan nabi Musa tersebut di atas memberitahu 'nama' Tuhan yang tidak berubah atau sifat-sifat Roh Tuhan yang tidak berubah-ubah; the Immutable divine attributes of God. 'Nama' Tuhan yang diberitakan oleh Tuhan YHVH sendiri itu dalam catatan Kitab Suci Keluaran 34: 5-7 adalah uraian mengenai sifat-sifat Roh Tuhan sendiri. Dari sifat-sifat itulah datangnya penyelamatan dan juga penebusan. Ia menjelaskan nama Tuhan yang tidak berubah atau the immutable names of God. Kristus mempunyai sifat-sifat roh yang sedemikian (immutable names) sama seperti Bapa YHVH. Sifat-sifat RohNya itu sebenarnya otomatis menjadi 'nama' Tuhan (karya/pekerjaan Ilahi), kerana segala kerja-kerja Ilahi, terutama dalam agenda menebus dan menyelamat roh-roh manusia adalah bermula dan mengalir dari sifat-sifatNya yang immutable itu. 

     Kelak, ketika Yeshua Kristus berdoa dalam Kitab Injil Yohanes 17: 11-12, ia berkata-kata dalam rangkai doaNya kepada Bapa, bahawa dia telah menerima 'nama' yang diberikan oleh Bapa. maksudnya, pekerjaan Yesus adalah Pekerjaan Ilahi/Tuhan; Ia melaksanakan kehendak-kehendak Bapa secara sepenuhnya. Yeshua itu Tuhan Kristus (Injil Allah ~ Roma 1: 1-6), seperti yang diberitakan oleh rasul-rasul (Roma 1: 1-6). Kita sebagai manusia biasa pula adalah tergantung penuh kepada pekerjaan Tuhan Yeshua, sebab itu posisi kita disindirkan oleh Yeshua, sebagai ranting-ranting kepada Pokok Kehidupan! Kita bukanlah sumber kehidupan  itu, melainkan kita bergantung penuh kepada Sumber Kehidupan itu. Tuhan Yeshua berdoa: " 11 ...peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita. 12 Selama Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku; Aku telah menjaga mereka dan tidak ada seorangpun dari mereka yang binasa selain dari pada dia yang telah ditentukan untuk binasa, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci (Yohanes 17: 11-12). Karya penyelamatan Tuhan juga telah disandarkan kepada Anak Manusia sebagai sin offering (the Passover Lamb of God~Isaiah 53), the Mediator (the Melchizedec Mediatorship~Psalm 110), dan juga sebagai the Prince of Peace (Isaiah 54) yang telah selesai menyumpah kita kepada sumpah Perdamaian kekal abadi! 



     Satu rahasia mengenai Penciptaan Tuhan bahawasanya berkat penebusan dan keselamatan Tuhan tidak akan mengalir kepada manusia yang 'jatuh' selagi ia belum selesai diperdamaikan dengan Tuhan. Manusia 'luka' keturunan Adam memerlukan PERDAMAIAN Tuhan, Sabbath REST, untuk kembali kepada Bapa Kekal Abadi.  Kita senantiasa bersukacita dan bersyukur di dalam segala hal kerana Tuhan Yeshua Kristus berfirman dalam Yohanes 19: 30 " Sudah Selesai." Frasa "Sudah Selesai" yang diucapkan oleh Yeshua di atas Altar/Salib sebenarnya adalah jaminan kepada kita semua, bahawa semua janji Tuhan adalah "YA" di dalam Kristus, dan kita mengatakan "AMEN" untuk memuliakan Tuhan (2 Korintus 1: 20). Tuhan berkorban untuk menganugerahkan PERDAMAIAN ('rest') kepada umat manusia melalui Perjanjian Darah. Pengorbanan Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia ini terkandung dalam Firman ibadah ritus altar di bumi: Ajaran Altar/Perdamaian. Berkat Penebusan dan berkat keselamatan menuntut perdamaian (rest/Sabbath Rest), dan perdamaian ada altar atau pencurahan darah  (Imamat 17:11). 
 
    Justeru itu, Perdamaian ada Imam sebagai Pengantara/Pengupacara dan ibadah mezbah/Jalan 'altar' iaitu pengupacaraan 'korban penebus dosa' (the sin offering). Melalui perdamaian itu, maka Tuhan turut serta berkarya dalam kehidupan umat manusia dengan mengujudkan Perjanjian-Perjanjian antara Tuhan dan manusia. Bayangan atau typology Pengantaraan rohaniah antara Tuhan dan umat manusia di bumi itu pernah dilihat oleh Yakub dalam Kejadian 28: 12. Kelak, Yeshua menyatakan identitinya sebagai penyempurnaan 'pengantaraan' (the Stairway between heavens and earth) itu menurut Ordo Melkisedek (Mazmur 110).  Ia mengalir berkerja berdasarkan sifat-sifatNya yang immutable dan juga melalui FirmanNya yang diberitakan kepada umatNya di bumi. Lalu berkaryalah Tuhan melalui 'nama' Tuhan dalam perjanjian-perjanjian (Covenanted names of God), 'nama' yang menerangkan sifat-sifatNya (Immutable 'names' of God), dan yang ketiga-- namaNya ialah Firman Tuhan. Justeru itu, Berkat Penebusan dan Berkat Keselamatan dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia melalui Perjanjian-Perjanjian, melalui karya Sifat-sifatNya dan juga melalui FirmanNya. Dan, akhirnya Yehsua datang sebagai Anak Manusia untuk mengenapi Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Lukas 24: 44).  Pengaliran 'nama' Tuhan melalui perjanjian-perjanjian, sifat-sifatNya dan melalui FirmanNya adalah tidak bercanggah antara satu sama lain. 

    Sifat-sifat Tuhan seringkali membingungkan penanggapan manusia. Penanggapan (comprehension) manusia terbatas kerana man knows in part, but God knows the whole matters. Penanggapan intelek manusia mengenai  unfailing love seringkali disalah tafsir dan disalah artikan kerana manusia itu termasuk umatnya ternyata lack of Understanding (Hosea 4: 6a) atau lack of knowledge (Yesaya 33:6; Yohanes 8: 32)! Kita keliru dengan perbedaan antara 'Firman yang tersingkap' dengan firman yang ditafsir secara logika intelek.  Ringkasnya, unfailing love atau 'kasih Tuhan yang sempurna' itu dapat diartikan sebagai senantiasa mengalirkan berkat menebus dan berkat mengampuni ke atas dosa-dosa manusia!  Justeru kerana sifatNya Unfailing love, maka TUHAN senantiasa berkorban, siang dan malam tidak henti-henti,  untuk menanggung derita, menebus dan menyelamatkan manusia yang berdosa.  Daud melihat kebenaran kesetiaan YHVH dalam mengampuni dosa sebagaimana kita yang telah melihat kesetiaan Kristus dalam mengampuni segala dosa-dosa kita kerana nyanyian Daud dalam Mazmur 68: 20 berbunyi: "Terpujilah Tuhan! hari demi hari ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. sela". Tuhan menanggung artinya bahawa sifatNya adalah Unfailing Love. Tuhanlah yang berkorban untuk menebus dan mengampuni manusia yang lemah dan yang telah jatuh ke dalam kuasa dan belenggu dosa! Padahal manusia  itu telah diciptakan TUHAN untuk menjadi keluarga Tuhan. Namun, oleh kerana manusia dianugerahkan dengan kehendak bebas (free will), maka manusia yang jatuh dalam Adam yang pertama adalah bebas samada untuk berdosa ataupun untuk menuruti Firman Tuhan. Di dalam Adam yang kedua, kita telah melihat pelepasan dari belenggu dosa melalui Sin Offering atau Domba Paskah Tuhan, iaitu penebusan dan keselamatan kita di dalam kematian Yeshua Kristus Sang Raja Damai yang memberikan PERDAMAIAN!

    Manusia dicipta supaya ia 'berbuah secara rohaniah' (spiritual fruits) dan juga 'berbuah' secara daging. Itulah design penciptaan manusia sebagai keluarga Tuhan di bumi. Buah-buah ROH dijelaskan dalam Galatia 5: 22-23: tetapi buah Roh ialah : Kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. Buah manusia (lelaki) dengan penolongnya (Eve) secara fizikal ialah zuriat atau beranak-pinak. Namun, keutamaan TUHAN dalam penciptaan manusia ialah buah-buah ROH. Hal ini akan terjadi apabila roh manusia bergaul-karib dengan Roh Penolong (Roh Kudus~ Paracletus gk.). Justeru itu, buah-buah ROH hanya mungkin muncul apabila roh manusia dilahirkan kembali ke dalam keluarga TUHAN/kerajaan Allah, dan juga 'tinggal diam' ( 'rest' ~ Yohanes 6:56; Matius 11:28-30) dalam Tuhan melalui urapan Immanuel Roh Kudus. 

    Manusia Pertama, Adam dan Eve, telah jatuh ke dalam kuasa dosa kerana bujukan Iblis. Dan kejatuhan itu melibatkan kerosakan dalam air, darah dan roh. Roh tidak ada perdamaian dengan Tuhan, Jiwa rosak dan tubuh daging tertakluk kepada perubahan-perubahan biji-benih (genes), iaitu darah dan air. Dosa-dosa menjadi penyakit kepada roh manusia. Penyakit dalam roh manusia disebut dosa-dosa atau 'sengat maut.'  Dosa-dosa menyengat roh manusia dan menjadikannya letih-lesu (restless) dan dibebani berat (crushed). Manusia berdosa tidak dapat bergaul karib dengan Roh Penolong, justeru itu, ia tidak dapat berbuah! Ini mengakibatkan jiwanya tertakluk kepada godaan-godaan dan ia tiada kekuatan untuk menang ke atas godaan-godaan dosa. Roh yang tidak diperdamaikan dengan TUHAN, dan jiwa yang tidak diperbaharui akal budinya menjadikan jiwa manusia mudah sakit jiwa dan melemahkan daging, justeru, tubuh daging menjadi sangat vulnerable kepada kebinasaan/kematian. Manusia memerlukan Pohon Kehidupan untuk menyembuhkan roh, jiwa dan daging manusia! Akses kepada Pohon Kehidupan di Eden telah ditutup, namun 'jalan' kepada Pohon Kehidupan di bumi telah dibukakan kepada keturunan Adam bermula dari Abel. Dan, Jalan itu adalah Jalan PENDAMAIAN. Perdamaian itu ada 'mezbah', dan mezbah itu ada 'darah.'  Buah Roh, iaitu Damai Sejahtera hanya dapat dianugerahkan kepada umat manusia yang diperdamaikan dengan Roh TUHAN!

    "Nama" Kristus ialah Firman Allah; "...namaNya, ialah Firman Allah."(Wahyu 19: 13). Justeru itu, frasa "menuruti Firman"  adalah juga bernubuat perihal "percaya" dan mengikuti Yeshua: the followers  of the Way. Raja Daud bernyanyi bahawa Jalan Kudus dapat dikecapi dengan menuruti Firman"! Dan Firman Allah mengatakan bahawa "dosa" diselesaikan dengan doa (upacara) 'jalan' altar/Perdamaian (rest) : Jalan Penebusan dan Jalan Keselamatan. Yeshua adalah "Jalan" Altar yang mengenapi semua ajaran Melkisedek perihal ajaran altar dalam Perjanjian Lama (Yesaya 53; Lukas 24: 44). 
 
    Ajaran altar terbit dari "nama" Tuhan, iaitu Unconditional Divine Love! Sejak itu, iaitu dari zaman' Habel, para Patriachs telah menganuti ajaran/ibadah 'altar', iaitu perdamaian, agar dapat menerima Berkat Penebusan dan berkat keselamatan. 'Rest' atau 'Perhenatian/Perdamaian' sebenarnya sudah 'selesai' pada hari ke-tujuh dalam Creation, kerana Imam Melkisedek 'sudah selesai' mengupacara 'altar' di Sorga pada hari tersebut. Ia disebut Sabbath Rest! Sabbath Rest menyatakan kebenaran bahawa Tuhan adalah Sang Pencipta, Pemilik Langit dan Bumi dan segala isinya dan alam semesta, Jurupenebus dan Juruselamat.  Kebenaran ini dianuti oleh orang-orang yang ditebus dan ia adalah terkandung dalam Perjanjian: Keep the Sabbath!

    Dia bernubuat, "Akulah Jalan..." Aliran Kehidupan atau Berkat Tuhan telah mengalir 24 jam sehari, sebaik sahaja Ia berfirman "Sudah Selesai" (Yohanes 19: 30, TB). Berkat yang mengalir memberi kekayaan dan ia tidaklah nenambahi penderitaan kita dalam Kehidupan daging. 'The blessing of the Lord brings forth wealth, he adds no sorrow to it' (Proverbs 10:22, NASB). Berkat itu termasuk semua Beautitudes oleh ketujuh-tujuh karunia Roh Kudus yang utama atau 'kunci-kunci'  Roh' Tuhan yang utama.



Isnin, 5 Mac 2018

dosa .... pengertian asas...


Apakah itu dosa?


   Ada dua perkara yang akan tercatat atau 'dirakam' dalam roh setiap orang: rakaman dalam roh adalah samada dosa-dosa atau Firman Allah. Serapah juga dapat 'dirakam' dalam roh seseorang, jika ia (mantera) menjadi 'amalan' seseorang. Ilmu-ilmu yang menuntut kapasiti intelek dan aktiviti saraf atau ilmu yang bukan bersifat roh seperti matematik, geografi, sejarah, ilmu ekonomi dan lain-lain, tidaklah 'dirakam' dalam roh manusia, melainkan ia tersimpan dalam sel-sel memori di dalam otak. Hanya yang bersifat 'roh' sahaja yang 'terakam' dalam 'roh.' Pelanggaran terhadap Firman Allah 'dirakam' dalam roh seseorang kerana semua Firman Allah adalah bersifat 'roh' dan hidup. Jika dituruti, Ia akan memberikan 'hidup,' sebaliknya jika sekiranya firman Allah dilanggar, maka ia akan membawa maut. Menolak kebenaran bahawa 'Firman menjadi Anak Manusia' adalah dosa! Justeru itu, percaya (menuruti) 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah kehidupan kekal abadi. Dalam Wahyu 19: 13 b, ...disingkapkan bahawa 'nama' Kristus (Anak Manusia) ialah Firman Allah.

    Justeru itu, bagaimana mungkin kita dapat 'menuruti' Firman Allah, jikalau kita tidak 'percaya' Kristus?  Kerana "...namaNya ialah Firman Allah" (Wahyu 19: 13 b). Roh nubuat menerangkan bahawa 'nama' bermaksud 'karya.' 'Nama' Yeshua ialah seratus peratus 'pekerjaan' Roh Tuhan kerana ia bukan dilahirkan ke dunia oleh keinginan nafsu seorang laki-laki dan seorang perempuan. Ia dilahirkan kerana 'takdir' Allah Bapa di Sorga. Yeshua datang untuk menyempurnakan 'misi' Sorgawi di bumi!  Dia datang untuk menyelesaikan 'divine mission' (divine handiwork) di bumi seperti 'kehendak' Bapa di Sorga: altar di bumi seperti altar di Sorga.  Menolak Yeshua sebagai 'karya' tangan kanan Bapa adalah berarti menolak takdir atau ketentuan Firman Allah! Yeshua berkata: Aku datang untuk mengerjakan (menggenapi) semua Taurat, nubuat nabi-nabi dan Mazmur (Lukas 24: 44). Pelanggaran menaklukkan seseorang kepada 'kuasa' kematian ataupun kuasa 'kutuk,' manakala roh orang berdosa pula akan tertakluk kepada perseteruan dengan kuasa kehidupan yang kudus dan kekal abadi!

     Nabi Yeremia telah bernubuat bahawa Roh Kudus akan menulis Sepuluh Hukum Tuhan di dalam setiap roh orang-orang percaya! "Tetapi inilah perjanjian yang akan Ku adakan dengan kaum Israel [juga kepada bangsa-bangsa yang percaya kepada 'nama' Bapa (immutable name of the Father) dan nama yang diberikan kepada Anak] setelah hari-hari itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan menaruh hukum-Ku di dalam mereka dan di dalam hati mereka, Aku akan menuliskannya; dan aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku (Yeremia 31: 33). Bila ia (The Ten Commandments) dilanggar, maka, suara hati kita akan menuduh kita bahawa kita bersalah.   

    Kita memahami firman yang 'tersingkap' dalam 10 Commandments bahawa Dosa ialah pelanggaran mana-mana hukum dalam kesepuluh Ibunda Hukum (the Mother of Laws). Dosa adalah pelanggaran terhadap mana-mana bahagian dalam kesepuluh senarai Ibunda Hukum Tuhan (Imamat 20: 1-17).  Walaupun, orang percaya Tuhan dari bangsa bukan Israel, namun 'Roh Kudus' turut menulis Ibunda Hukum  yang sama di dalam roh mereka. Justeru itu, mereka juga dituntut oleh hukum itu sebagai mana ia menuntut orang Ibrani. Imamat 20: 20: 1-17 adalah seperti berikut:-


1 Kemudian Allah mengucapkan segala perkataan ini,

2 "Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir, dari rumah perhambaan.

3 "Engkau tidak akan ada allah lain selain Aku [kasihilah Tuhanmu sepenuh hati]

4 "Engkau tidak akan membuat bagimu berhala, atau apa yang ada di langit di atas, atau di bumi di bawah atau di dalam air di bawah bumi. 5 Janganlah kamu menyembah atau beribadah kepada mereka, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang melawat kekejaman para leluhur kepada anak-anak, pada generasi ketiga dan keempat dari mereka yang membenci Aku, 6 tetapi menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, kepada mereka yang mengasihi Aku dan mematuhi perintah-perintah-Ku.

7 "Janganlah kamu menyebut NAMA TUHAN, Allahmu dengan sembarangan, sebab TUHAN tidak akan melepaskan dia, tanpa dihukum, yang menyebut NAMA-Nya dengan sia-sia.

8 "Ingatlah hari Sabat untuk menguduskannya.9 Enam hari lamanya kamu harus bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu, kamu tidak boleh melakukan apa-apa, anakmu laki-laki atau perempuanmu, hambamu laki-laki atau budakmu perempuan atau ternakmu atau orang asing yang tinggal bersama-sama kamu. 11 Sebab dalam enam hari Tuhan menjadikan langit dan bumi, laut dan segala yang ada di dalamnya, hari ketujuh, maka Tuhan memberkati hari Sabat dan menjadikannya suci.

12 "Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya umurmu dapat berlanjut di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

13 "Jangan kamu membunuh.

14 "Kamu tidak boleh berzina.

15 "Jangan mencuri.

16 "Janganlah kamu menjadi saksi dusta terhadap sesamamu.

17 "Janganlah engkau mengingini rumah jiranmu; janganlah engkau mengingini isteri sesamamu atau hambanya laki-laki atau hamba perempuannya atau lembu atau keledainya atau apa saja yang ada pada sesamamu.

     Sebenarnya, Hukum Kasih yang dikatakan oleh Yeshua, iaitu mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia adalah seringkasnya berarti menggenapi Ibunda Hukum Sepuluh, The Ten Commandments (Exodus 20: 1-17). Ayat 1 hingga ayat 11 adalah rinci hukum perihal mengasihi Tuhan, manakala ayat 12 hingga ayat 17 adalah rinci hukum perihal mengasihi sesama manusia. Dari ibunda hukum inilah terpautnya semua nabi-nabi dan semua orang percaya dalam mengerjakan ibadah mereka. "Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah seorang akan yang lain."(Yohanes 15: 17). Hakikatnya, kehidupan yang dibaluti daging ini memang sukar sekali untuk mengasihi sesama manusia kerana roh menuruti namun daging (berpusat di otak) adalah lemah.

   Semua orang sebenarnya lemah dalam menuruti Firman yang tertulis dalam Kitab suci, Exodus 20: 1-17. Dan, semua orang melanggarnya setiap hari samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Ada saja bahagian-bahagian hukum Tuhan dalam kesepuluh Ibunda Hukum itu yang kita langgar setiap hari. Malah, hukum perihal sebutan nama' Tuhan sahaja akan memperlihatkan betapa kita lemah dan tidak sempurna dalam menuruti hukum!

     Semua manusia adalah fallible dan lemah untuk menuruti Firman Allah. Benarlah kata Yeshua: "...daging itu lemah..". Daging memang lemah di dalam menuruti Firman Allah. Sebutan kita tidak sempurna kerana ketika menyeru namaNya, hati kita diwarnai dengan ragu-ragu, prasangka, malah ada penyakit 'berkecil hati,' 'mengkritik,' dan 'menggerutu' kepada Tuhan. Perjalanan iman akan mengajar kita untuk sembuh daripada kesemua penyakit dalam urusan 'menyeru' nama' Tuhan. Dalam 'sebutan' nama' Tuhan sahaja, ternyata kita menemui kegagalan. Namun, apabila kita mulai menjadi "ranting kepada pokok," kita akan mulai melihat kemenangan. Malah, biarpun dosamu mengalir seperti sungai, maka 7 kali lipatlah mercy Tuhan itu akan mengalir ke atas rohmu.

    Tuhan berpesan kepada Jemaat di Filadelfia melalui malaikat: "kamu tidak berapa kuat, akan tetapi kamu tidak menyangkal 'nama' Tuhan." Tidak menyangkal 'nama' Tuhan berarti 'percaya' kepada 'nama' Tuhan dengan sempurna: Percaya yang tidak ada 'penyakit' atau 'telah dimurnikan' (refined). Yeshua berkata: "Be perfect therefore, as my Father in heaven is perfect." Percaya yang 'perfect' adalah seperti 'kanak-kanak.' Ia setulennya berasal dari anugerah operasi 'Roh tujuh lapis;'  Ia bukan rumusan logika kapasiti intelek. 'Perfect' bukanlah bermaksud 'sinless' tetapi seringkasnya 'tidak menyangkal nama Tuhan;' ...mengiakan 'nama' Nya sepenuhnya, meskipun daging mengalami ketiadaan tanda-tanda berkat, seperti iman Ayub ketika menghadapi ujian-ujian seolah-olah melalui masa Judgment times. Ia adalah anugerah 'melihat' kebenaran bahawa tiada apapun di bawah kolong langit yang dapat mengubah 'nama' Tuhan. He is still the same yesterday, today and tomorrow: the immutable attributes of God. 

    Kebenaran dinyatakan kepada orang-orang percaya bahawa 'nama' Bapa selama-lamanya tidak berubah (Immutable 'name' of the Father). The Covenanted names of God, iaitu 'nama' YHVH dan 'nama' Kristus Yeshua bertujuan untuk menyempurnakan 'missions.'  Sifat-sifat semulajadi roh YHVH dan 'roh' Yeshua adalah 'sama' dan 'satu' dengan Bapa segala roh yang immutable. YHVH dinyatakan kepada Israel untuk menggenapi janji-janji Tuhan kepada Abraham, dan juga untuk mempersiapkan 'the delivery of Christ.' ''Nama' yang diberikan kepada Anak adalah untuk menyempurnakan altar di bumi: the Way.  Nama yang diberikan kepada Anak adalah juga bertujuan untuk 'menabur dan menuai' bangsa-bangsa, supaya mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan akan dapat beribadah kepada Tuhan ('Bapa Kami') dan menerima kehidupan yang penuh.  'Nama' Bapa adalah immutable, maka rasul Paulus melihat bahawa tidak ada dosa yang dapat mengubah sifat-sifat Tuhan! Lalu, Paulus merumus: 'Segala sesuatu adalah dibenarkan, namun bukan semua adalah berguna.' Percaya kepada 'nama' Bapa dan  'nama' yang diberikan kepada Anak adalah suatu 'kebebasan' daripada penghambaan dosa. Bagi mereka yang mengenali 'nama' Bapa,' dosa-dosa bukanlah masalah yang rumit; Ia adalah seumpama kota-kota 'Yericho' yang perlu ditawan dan dirobohkan atau pun, Ia seumpama gunung-gunung yang perlu 'dilemparkan' ke dalam Laut.  Rasul Paulus menulis, "Di manakah sengatmu 'O' maut, iaitu dosa, ...maut telahpun ditelan oleh kuasa Kristus!"

     Persoalannya bukanlah bagaimana , akan tetapi apakah seseorang percaya itu mempunyai 'percaya' yang 'perfect.' ? "Nama" Bapa adalah 'Setia mengampuni.' 'Kesetiaan Roh Tuhan dalam mengampuni semua dosa yang dibuat oleh orang-orang percaya telah pun dinyatakan oleh Kristus kepada umat manusia yang 'luka' melalui Upacara Altar Melkisedek di bumi yang "Sudah Selesai." Dalam Bahasa pasarnya, 'programming' alam roh sudah terjamin 'selesai.' Pengupacaraan Altar di bumi selama 3 jam itu adalah 'programming' alam roh yang disempurnakan oleh Kristus! Dan penyempurnaan upacara rohaniah, ''programming," yang berasal dari ''nama' Bapa itu adalah diketahui oleh semua mahluk atau penduduk Sorgawi!

     Namun di bumi, ...hanya mereka yang tertulis namanya dalam Kitab Kehidupan sahaja yang 'percaya' kepada 'programming' yang "Sudah Selesai" diupacarakan oleh Yeshua di atas Kayu Salib. Programming yang disempurnakan oleh Yeshua  adalah curahan Berkat yang menjanjikan Kehidupan yang penuh! Orang-orang percaya dianugerahkan Jalan, Pintu dan Kunci untuk mengakses programming  itu supaya mereka menerima resources Tuhan' dalam mengerjakan ibadah! Roh Pentakosta adalah Berkat yang mencurah dari Sorga, hasil Pengupacaraan altar di bumi yang "Sudah Selesai" !

   Yohanes bersaksi bahawa sifat roh Yeshua adalah 'taat mengampuni,' sebagaimana sifat Roh Bapa yang ada disorga.  'Upacara Domba Tuhan' di bumi adalah suatu 'programming' alam roh yang boleh diakses sebagai Berkat. Berkat itu memperkayakan manusia di bumi, malah ia sama sekali 'tidak' menambahi penderitaan umat manusia! Berkat itu pastinya mengalir kerana pengupacaraan Yeshua sebagai Domba Tuhan adalah menurut Imam Agung Melkisedek. Maksudnya, Tuhan' yang mengupacara Altar di bumi! Hasil pengupacaraan Domba Tuhan' oleh diriNya sendiri semutlaknya terjamin! Programming alam 'roh' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah 'jaminan' kepada semua orang percaya dalam mengimani sifat-sifat Allah Bapa ('nama' Bapa) yang tidak kelihatan. Yeshua berfirman "Aku dan Bapa adalah 'satu.' ...Barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa." Justeru itu, 'melihat' Altar di bumi adalah mengenali 'nama' Bapa.

    Kita bukan berusaha membuat kebaikan-kebaikan agar diterima oleh Roh Tuhan; semua orang berdosa yang datang kepada Yeshua sentiasa diterima oleh 'Nama' Bapa yang immutable, dan juga 'nama' yang diberikan kepada Anak! (We are not striving to do good deeds in order to be accepted by God; we are accepted by God because of his immutable 'name.' ("Name" ..see Exodus 34: 5, 6, & 7). 'Karya' Tuhan' atau 'nama' Tuhan' ialah 'kasih' dan 'mercy' dan ''mengampuni.'

     Ayub bersaksi bagaimana suara Tuhan mengingatkan diri Ayub tentang pelanggaran hukum Tuhan: "4 Jika aku berbuat dosa, maka kamu akan memperhatikan aku, Dan tidak akan membebaskan saya dari kesalahan saya" (Ayub 10:14)


7 Janganlah kiranya kamu menyebut NAMA TUHAN, Allahmu, sembarangan, sebab TUHAN tidak akan melepaskan dia tanpa hukuman, yang menganggap nama-Nya sia-sia (Imamat 20: 7).

    Di antara sifat Tuhan yang di beritakan (proklamir) oleh diriNya sendiri kepada nabi Moshe ialah namaNya  "...yang mengampuni kesalahan..."  NAMANYA dan sifatNya tidaklah dapat dipisahkan kerana 'karya' Roh Tuhan berasal-mengalir dari sifat-sifat Roh Tuhan. 

'Nama' Tuhan yang tidak berubah (Immutable 'name' of God)

    Semua 'karya' [handiworks] Tuhan adalah mengalir dari sifat-sifat Tuhan yang Esa. Justeru itu, sifat-sifatNya boleh dilihat sebagai mengalir menjadi 'karya' Nya, atau seringkasnya diungkapkan sebagai the Covenanted 'name' of God. Maka, the Covenanted name of God mempunyai sifat-sifat yang 'sama' dengan the Immutable 'name' of God! The covenanted name of God seperti YHVH (Yahweh) dan Yeshua Kristus (Raja Kebenaran) adalah 'nama' Tuhan yang yang dinyatakan di bumi untuk urusan 'menabur dan menuai' (Salvation).  Manakala, the Immutable name of God adalah senantiasa di Sorga atau kita sebut namanya sebagai Allah Bapa!

KELUARAN 34: 5-7 (terjemahan ke bahasa Indonesia dari versi NASB)

5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'NAMA' Tuhan 6 berjalanlah Tuhan lewat di depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasihNya dan setiaNya. 7 yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya kepada keturunan yang ketiga dan keempat.'   (Imamat 34: 5, 6, 7, Lembaga Alkitab Indonesia).

Jumaat, 28 April 2023

Orang yang 'DUDUK' dalam lindungan Yang Mahatinggi dan 'BERMALAM' dalam naungan Yang Mahakuasa

 

Psalm 91 (NIV)

1 Whoever DWELLS ('duduk') in the shelter of the Most High

    will REST ('bermalam') in the shadow of the Almighty.

2 I will say of the Lord, “He is my refuge and my fortress,

    my God, in whom I trust.”


33 Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.  34  Sebab itu janganlah kamu KUATIR akan hari BESOK, karena hari besok mempunyai KESUSAHANNYA sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari." [a]


      Untuk mencari kerajaan ALLAH, terlebih dahulu, kita mesti menjadi milik Kristus. Untuk menjadi milikNya, kita mesti percaya terlebih dahulu kepadaNya. Orang yang tidak percaya tidak akan 'duduk' mendengar FIRMAN Yeshua; samada Ia sibuk dengan Dunia seperti Martha atau tidak mengindahkan perkataan Yeshua! Percaya artinya, kita 'duduk' dan selalu mendengarkan suara firman dari Yeshua seperti Maria. Hanya satu sahaja keutamaan yang sangat penting dalam hidup ini bagi orang-orang percaya milik Kristus, yaitu membuat keputusan untuk selalu "duduk dekat kaki Tuhan Yeshua [b]" Injil Lukas mencatatkan bahawa Maria telah membuat keputusan untuk duduk dekat kaki Tuhan dan terus mendengarkan perkataan Kristus. 

     38 Ketika Yesus dan murid-murid-Nya dalam perjalanan, tibalah Ia di sebuah kampung. Seorang perempuan yang bernama Marta menerima Dia di rumahnya. 39 Perempuan itu mempunyai seorang saudara yang bernama Maria. Maria ini duduk dekat kaki Tuhan (Yeshua) dan terus mendengarkan perkataanNya, 40 sedang Marta sibuk sekali melayani. Ia mendekati Yesus dan berkata: "Tuhan, tidakkah Engkau peduli, bahwa saudaraku membiarkan aku melayani seorang diri? Suruhlah dia membantu aku." 41 Tetapi Tuhan menjawabnya: "Marta, Marta, engkau KUATIR dan menyusahkan diri dengan banyak perkara, 42 tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil dari padanya [b]

    Ada beberapa fitrah nubuat tentang karya penebusan umat manusia yang digenapi oleh Kristus secara tersembunyi dalam Kitab-Kitab Suci Taurat (Typology dalam Pentateuch), penggenapan nubuat dalam Kitab Suci nabi-nabi dan juga penyempurnaan nubuat-nubuat dalam Kitab Suci Mazmur yang berstatus telah "Sudah Selesai [c]"  ketika Yeshua, Anak Domba Paskah Tuhan, mencurahkan darahNya di atas altar/Kayu Salib Kudus di bumi. Banyak FIRMAN Yahweh yang telah digenapi ketika KEMATIAN menimpa Yeshua Kristus sebagai, Domba Tuhan, di atas Kayu salibNya. Kita tidak akan mengkaji atau menghurai semua senarai nubuat-nubuat yang telah digenapi, akan tetapi kita akan memilih beberapa petikan yang terpilih sahaja, dan kita akan lihat dengan mata rohaniah kita, bagaimana nubuat-nubuat termasuk typology dalam Taurat, telah digenapi oleh Kayu Salib/Jalan Salib  Yeshua di bumi.

     1.  KELUARAN 20: 1-17.  Pada asalnya, Hukum ini ditulis di atas dua loh batu oleh jari Tuhan Yahweh. Dalam Perjanjian Baru, Perkataan Perjanjian ini telah ditulis dalam loh hati ('roh') orang-orang percaya oleh Roh Kudus menggenapi nubuat Yeremia 31: 31-34 & Yesaya 42: 5-6; Yesaya 53; Yohanes 1: 29. Kematian Yeshua sebagai, Anak Sulung Kambing Domba Tuhan, telah mengwujudkan Perjanjian Darah yang baru, dan Roh Kudus sudah turun membaptis dan memeteraikan orang-orang percaya. Nubuat Yahweh kepada nabi Yesaya telah jelas digenapi dalam kematian Yeshua di kayu salib berhubung Perjanjian Darah baru. Orang yang tidak percaya hanyalah melihat kematiannya itu sebagai capital punishment melalui crucifixion yang dikuatkuasakan oleh pemerintah empayar romawi. Namun, jelas kematian Yeshua adalah rencana Tuhan dari semula Dan tertulis dalam nubuat-nubuat nabi-nabi (Lukas 24: 44). Yesaya 42: 5-6 berbunyi  5 Beginilah firman Allah, TUHAN, yang menciptakan langit dan membentangkannya, yang menghamparkan bumi dengan segala yang tumbuh di atasnya, yang memberikan nafas kepada umat manusia yang mendudukinya dan nyawa kepada mereka yang hidup di atasnya: 6 "Aku ini, TUHAN, telah memanggil engkau untuk maksud penyelamatan, telah memegang tanganmu; Aku telah membentuk engkau dan memberi ENGKAU MENJADI PERJANJIAN bagi umat manusia, menjadi terang untuk bangsa-bangsa, (Yesaya 42: 5-6).  Roh Kudus meneruskan karya ini sehingga kini, di mana, Ia masih menulis Hukum Ibunda Taurat itu dalam roh orang-orang percaya menggenapi maksud nubuat Yeremia 31: 31-34.  Justeru itu, statusnya adalah dilihat sebagai "Sudah Selesai." Skop penggenapan "Sudah Selesai" sebenarnya sangatlah dalam, sehingga artinya mencakupi perihal Pelanggaran hukum dan juga anugerah pengampunan total akan semua pelanggaran itu juga telah digenapi tersedia dan terjamin, asalkan saja kita  menyeru 'nama' Tuhan di dalam Kristus Yeshua! (Kis. 2: 21; Yesaya 28: 16). 


    Kita harus percaya kepada 'nama' Kristus iaitu 'nama' yang diberikan oleh Allah Bapa untuk mendapatkan pelepasan dari kutuk Taurat. Hukum-hukum Tuhan atau Perintah Tuhan itu sendiri tidaklah sempurna, jikalau tidak ada ‘Jalan’ penyelesaian akan pelanggaran-pelanggarannya. Justeru itu, pelanggaran hukum Taurat tanpa berkat Pengampunan dosa-dosa (pelanggaran hukum) adalah hukum yang kejam (gargantuan laws), jikalau tiada jalan penyelesaiannya, dan ia mengakibatkan semua orang terperangkap di bawah kuasa kutuk dan akan menuju ke neraka, tanpa apa-apa penyembuhan ‘luka-luka’ roh. Namun, Taurat itu 100% Suci, kerana ia datang dari Roh Tuhan yang Mahasuci, dan Tuhan telah memberikan 'Jalan' untuk melepaskan kita dari kutuk Taurat, melalui kuasa pengampunan  oleh darah Suci Yeshua! KEKUATAN dosa adalah TAURAT, kerana jika sekiranya dilanggar, maka kuasa kutuk Taurat akan bermula dikuatkuasakan di alam roh oleh para malaikat, kecuali Kasih Karunia di dalam 'nama' Kristus campur tangan. Justeru kerana pengampunan telah diberikan cuma-cuma dalam kuasa darah suci Yeshua (Yesaya 53; Yesaya 28:16; Roma 1: 1-6), maka itulah sebabnya dalam 1Korintus 15: 54-57 : 54... firman Tuhan yang tertulis: “Maut telah ditelan dalam kemenangan. Hai maut di manakah kemenanganmu? 55 Hai maut, di manakah sengatmu?” 56 Sengat maut ialah dosa dan kuasa dosa ialah hukum Taurat. 57 Tetapi syukur kepada Allah, yang telah memberikan kepada kita kemenangan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita


    Pelanggaran Taurat membawa kutuk, tetapi segala kutuk itu sudah semuanya ditelan oleh kuasa darah Suci Yeshua! Darah suci Yeshua 'penuh' dengan maklumat FIRMAN Allah yang membenarkan orang-orang percaya, kerana orang percaya disucikan oleh maklumat-maklumat FIRMAN (serapah Ilahi) yang penuh berkuasa. Maka, bila DARAH SuciNya diupacarakan di atas Altar di bumi, menurut Ordo Melkisedek (Yesaya 53; Lukas 24: 44; Yoh. 1: 29), maka darahNya yang penuh berkuasa itu sebenarnya, telah 'berteriak' ('berkomunikasi' di alam roh) kepada Allah Bapa dan kepada semua Ordo malaikat, samada yang tinggal di Sorga, di bumi dan juga yang tinggal di neraka! Dan seluruh alam roh dan semua mahluk-mahluk roh, sebenarnya tunduk kepada kehendak-kehendak Ilahi yang terkandung dalam DARAH Suci Yeshua, iaitu FIRMAN Allah. Darah Suci Yeshua itu PENUH dengan maklumat FIRMAN Allah! Pelaksanaan pengampunan dosa adalah menuruti FIRMAN Allah, dan semua Firman Allah, pula ada tertulis secara ajaib dalam DARAH Suci Yeshua! Sangti Yohanes bersaksi bahawa Pembawa maklumat yang paling sempurna di alam semesta ialah AIR, DARAH dan ROH, iaitu Yeshua Kristus!  Serapah atau lebih jitu disebut 'doa' lebih mustajab, jika ia diantara (mediated through) oleh satu-satunya medium maklumat yang sempurna, AIR, DARAH dan ROH, iaitu Yeshua Kristus. Manusia biasa, air darah dan rohnya penuh dengan maklumat dosa dan kutuk! Alam roh sebenarnya tunduk melaksanakan semua kehendak Tuhan menurut FIRMAN Allah yang terkandung dalam darah sempurna Yeshua Kristus itu. 

        Semua Pelanggaran kita ke atas semua perintah Tuhan baik dalam Perjanjian Baru mahupun dalam senarai Hukum Ibunda Taurat di dalam perjanjian Lama adalah menuntut Korban Penebus Dosa untuk Perdamaian. Taurat mengajar bahawa pelanggaran hukum-hukum/Perintah Tuhan memerlukan pencurahan darah untuk perdamaian [d]. Pada masa hari-hari zaman Perjanjian Lama, Tuhan telah berjanji untuk  bertemu dengan bani Israel dekat tutup Perdamaian Tabut Perjanjian (the atonement cover ~ the mercy seat of YHVH)  [e]  melalui pelayanan pengantaraan Gembala/Imam Besar.  Tuhan Yahweh menemui bani Israel melalui Pengantaraan  Imam/Gembala  dekat tutup Tabut Perjanjian (the Mercy Seat). Segala perintah/firman 'semasa' dari Tuhan Yahweh akan difirmankan oleh Roh Tuhan melalui nabi-nabi/gembala atau Imam Besar Israel dekat tutup perdamaian (the atonement cover or the mercy seat of God). Pada zaman ketika Musa masih hidup ia memimpin Israel sebagai Sherpherd/Gembala; dialah yang mengantara untuk umat Israel dan dialah juga yang akan berbicara dengan Tuhan YHVH dekat dengan the Mercy Seat of God.  Korban Perdamaian, iaitu DARAH dari korban penebus dosa bagi seluruh bangsa Israel akan direnjiskan sebanyak  tujuh (7) kali di atas tutup Tabut Perjanjian, dan ke atas Umat Tuhan supaya seluruh umat Israel sebagai bangsa yang dipilih Tuhan dapat diperdamaikan semula dengan Tuhan yang kudus. Dan hal ini dilakukan setiap kali nabi-nabi Tuhan berbicara agar ‘perdamaian’ itu perlu dilaksanakan selain dari perayaan-perayaan tetap yang di rayakan di tanah Perjanjian.  

    Penebusan Sion secara menyeluruh, samada Sion Perjanjian Lama atau Sion Perjanjian Baru, adalah berstatus  "Sudah selesai” [c].   Ia diselesaikan oleh Domba Tuhan, Yeshua, di atas kayu salib.  DARAH Yeshua sudah lunas membayar segala tuntutan darah Korban Perdamaian bagi semua kutuk dan juga untuk penyembuhan bagi semua 'bilur-bilur' akibat pelanggaran hukum Tuhan oleh umat manusia sejak dari semula hingga akhir zaman.  Kasih Karunia sebenarnya mengalir kepada seluruh bani Israel di Tanah Pejanjian dari atas Tutup Perdamaian itu (the atonement cover)  atau disebut the Mercy Seat of Yahweh. Dahulunya dalam Perjanjian lama, DARAH binatang dipakai dalam ibadah ritus menurut Taurat,  sebab darah binatang telah diizinkan sendiri oleh Firman Tuhan untuk ibadah penyelesaian dosa-dosa kerana Darah Domba sebenar dari Sorga belum datang ke dunia!   Kelak, ibadah ritus Taurat ini hanyalah dilihat sebagai menuntun mereka kepada iman itu sendiri, yaitu percaya kepada peribadi Yeshua Kristus yang datang mengerjakan semua Taurat, semua nubuat nabi-nabi dan semua nubuat dalam Kitab Mazmur (Lukas 24: 44).

     Mereka nanti akan dituntun agar beriman kepada ‘NAMA’ Tuhan Bapa, iaitu Pengasihani (The Great Mercy), Adil (Just), Berlimpah Kasih Setia (Unfailing Love), dan Setia mengampuni (Faithful in Forgiveness).  Bapa telah memberikan ‘namaNya' itu kepada anakNya iaitu Yeshua Kristus. Namun, umat manusia berfikir bahawa ‘NAMA’ Tuhan ini mungkin tidak benar dan tidak dapat diandalkan sebagai sandaran pengharapan dalam kehidupan.  Satu Dunia pernah menafikan ‘nama’ Tuhan, pada zaman nabi Noah, di mana seluruh dunia hanya terfokus kepada agenda manusia semata-mata, iaitu 'makan dan minum' dan 'kahwin dan mengahwinkan.' NAMA Tuhan telah dinubuatkan melalui perantaraan mulut Tuhan (nabi-nabi) akan diberikan kelak oleh Bapa kepada anakNya iaitu Yeshua Kristus. Maksudnya, tanggungjawab karya ‘penebusan’ dan ‘penyelamatan’ umat manusia itu telah ditakdirkan akan dipikulkan ke atas bahu Yeshua Kristus dalam zaman Perjanjian Baru. Yeshua telah memikul Kayu Salib perdamaian itu. Para ahli teologi telah merumuskan bahawa Tuhan Anak, Yeshua Kristus, telah menyempurnakan atau menggenapi tiga (3) perkara pokok utama dalam menyelesaikan Perseteruan antara Roh Tuhan (Tiada dosa) dan umat manusia (berdosa selalu) iaitu:-

i)   Penyempurnaan Korban Penebus dosa;

ii)  Penyempurnaan Pengantaraan dan;

iii) Penyempurnaan Sumpah Perjanjian Damai oleh Raja Damai.      


    Dalam Pengurusan Ilahi kepada alam roh, Tuhan Allah Bapa sudah menentukan atau mentakdirkan bahawasanya, pelanggaran hukum rohaniah menuntut penyempurnaan semua transaksi maklumat rohaniah, iaitu pergerakan maklumat rohaniah yang melibatkan medium AIR, DARAH dan ROH [f]. KETIGA ini adalah SATU, iaitu dalam karya peribadi Kristus atau 'nama' yang diberikan oleh Bapa. Walaupun percaya kepada nama Tuhan, namun kita sebagai manusia lemah yang dibaluti daging, selalunya tertakluk kepada kuasa dosa dan justeru itu, kita tidak dapat berkomunikasi secara langsung kepada Bapa segala Roh yang Mahakudus. Sejak kejatuhan Adam, di zaman para patriarchs, pengujudan pelayanan pengantaraan rohaniah telah dibuat di bumi, dan garis keturunan yang melakukan pelayanan pengantaraan itu di panggil ‘gembala/sherpherd.’ Noah, Abraham, Ishak, Yakub, Musa, Daud, dan juga Ordo pengantaraan Melkisedek, iaitu Yeshua Kristus, semuanya disebut ‘shepherd/gembala’ kepada Umat Tuhan di bumi, kerana mereka melaksanakan tugas-tugas pelayanan pengantaraan (the divine mediatory roles)  di antara Roh Tuhan dan roh-roh umat manusia di bumi.

     Justeru itu, komunikasi di antara Roh Bapa dan umat manusia di bumi, sememangnya telah mentakdirkan Kristus/Kasih Karunia sebagai Pengantara bagi umat manusia sejagat sebelumpun dunia ini dijadikan. Dahulunya, di zaman Patriarchs, hanya satu garis keturunan sahaja yang diberikan anugerah pengajaran tentang Kasih Karunia dari Tuhan Yahweh. Mereka telah diajar oleh Roh Tuhan sendiri atau Roh Kudus (the Helper) mengenai Jalan, Pintu, Kunci, dan Jubah Kebenaran dalam urusan-urusan berkomunikasi dengan Roh Allah Bapa. Kerap kali mereka dijuluki sebagai the friends of God. Akan tetapi, Tuhan telah dari semula telah merencanakan karya agung penyelamatanNya, dari semula untuk semua bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, iaitu penganugerahan Jalan, Pintu, Kunci dan Jubah Kebenaran kepada semua manusia di dunia melalui pengantaraan Kristus Imam Ordo Sorgawi, iaitu Ordo Melkisedek.  Alasan bagi pengujudan kepada pengantaraan roh itu ialah justeru kerana Kekudusan Tuhan itu sendiri yang  memenuhi alam semesta ciptaanNya. 

     Justeru itu, salah satu rahasia kuasa kehidupan sebenarnya  ialah kuasa yang menopang kuasa kehidupan adalah bersifat kudus.  Yang bertentangan dengan kuasa kehidupan kudus akan sendirinya terhimpit (crushed into) menuju ke perjalanan arah polarity bertentangan iaitu Neraka!  Sehubungan dengan itu, Sifat Kudus kuasa kehidupan itu sendiri adalah sumber malapetaka kepada umat manusia yang berdosa ('terluka'), sebab 'dosa-dosa' pada roh manusia sememangnya menyebabkan roh-roh manusia berada pada posisi berseteru dengan kuasa kehidupan atau keberadaan Tuhan yang Mahasuci, kuasa kehidupan mutlak bagi segala ciptaan.  Justeru itu, kita memerlukan JALAN pengantaraan Tuhan yang sempurna, jika kita inginkan survival kehidupan kekal Abadi dalam Ciptaan Tuhan Allah yang Mahasuci! Justeru itu, tidak ada keselamatan dibawah kolong langit ini kecuali 'nama' Tuhan, iaitu nama yang diberikan kepada Anak tuhan yang Mahatinggi. Hanya melalui namaNya sahaja pengantaraan sempurna dari pihak Allah sendiri itu dapat menganugerahkan kehidupan kekal abadi kepada umat manusia:  Yeshua Kristus, Anak Tuhan yang Mahatinggi.

     Perantaraan Kristus ditakdirkan untuk menyelesaikan Perseteruan roh Tuhan dan roh manusia sebelumpun Dunia ini dijadikan; Hal itu telah diupacarakan secara sah pada hari ke-tujuh, iaitu the Sabbath rest di Sorga! Kelak, the Sabbath Rest dirayakan di bumi bahawasanya manusia berdosa memerlukan pengorbanan Tuhan untuk mendapatkan keselamatan! Saksi the Sabbbath Rest di Sorga ialah Bapa, Firman dan Roh Kudus! Akan tetapi saksi ibadah the Sabbath Rest di bumi ialah Air, Darah dan Roh, iaitu Yehsua Kristus! Fitrah roh Tuhan yang sentiasa sahaja Kudus sepanjang masa, sedangkan fitrah keujudan umat manusia yang dibaluti daging adalah  selalu sahaja lemah dan kerap-kali terjeremus kepada 'luka-luka roh' (berdosa). Justeru itulah,  Kristus perlu berdiri di tengah -tengah atau duduk di sebelah kanan Bapa untuk menyelesaikan (dosa-dosa) luka-luka tersebut bagi pihak manusia. Dosa-dosa manusialah yang mengakibatkan  Perseteruan itu muncul! Biji benih Creation adalah kudus, iaitu segala Pengetahuan, Pengertian, Hikmat dan Kuasa Ilahi Kristus. 'The Seed' atau "the Offspring"  itu sendiri adalah satu-satunya 'Jalan' penyelesaian kepada segala kerosakan roh-roh manusia atau 'taruk' manusia dalam Creations.                        

     This perpetual spiritual conflicts between the Creator and mankind must be settled down through the mediatorship of Christ Jesus alone: the Messianic Mediator. Kita boleh saja tinggal terus di bumi yang sacred ini, dengan syarat ada pengujudan penyempurnaan  pengantaraan Imam Agung Melkisedek.  Pengajaran asas rohaniahnya adalah umpama menanggapi survival of the fetus di dalam rahim indungnya yang mengandung, di mana mereka boleh co-exist, tinggal sama-sama, dengan pengantaraan keajaiban placenta! Andaikata 'bermalam' itu adalah seperti  fetus dalam rahim indung, maka proses mendapatkan hikmat tentang "rest," itu diumpamakan sebagai proses kelahiran kembali.  Untuk lahir kembali, maka kita perlukan ‘malam’ dalam rahim selama 9 bulan. Tapi, itu kelahiran daging, sedangkan Kelahiran Kembali roh tidaklah tertakluk kepada hukum-hukum biologis.  Semakin kita mendalami untuk melihat keperluan untuk "rest" atau sembuh dari segala keletih-lesuan akibat 'luka-luka roh' (dosa-dosa), maka manusia akan semakin tergantung kepada Pohon Kehidupan, iaitu Yeshua Kristus. Dalam ucapan berbahagia Kristus: "Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Tuhan Allah, Karena merekalah yang empunya kerajaan Sorga." Perkataan 'miskin' di sini bukanlah berarti kekurangan sumber kehidupan daging menurut hikmat sekular, tetapi Ia menjurus kepada 'ketergantungan' roh manusia kepada Pengantaraan Kristus (Pohon Kehidupan).  Tanpa Kristus kita tiada erti untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan frasa perkataan "miskin di hadapan" Tuhan. Ia umpama fetus yang tidak akan dapat hidup ‘co-exist’ dalam dunia ibunya jika, tanpa pengantaraan fungsi-fungsi biologisplacenta’ dan tali pusat dalam rahim ibunya.

    Manusia yang lahir kembali akan diajar oleh Roh Kudus dengan ajaran altar, bahawa manusia perlu hidup, seperti ranting kepada Pohon Kehidupan, sebagaimana fetus itu hidup dengan ketergantungan penuh melalui 'tali pusat' dan juga pengantaraan fungsi-fungsi yang disempurnakan oleh 'placenta' untuk memberikan proses imunologi, proses kelenjar endokrin tubuh badan, proses perkumuhan, makan dan minum dan juga agar dapat memberikan proses pernafasan kepada janin itu melalui pengantaraan placenta. Darah ibu tidak akan bercampur dengan darah fetus itu, namun semua proses kehidupan fetus adalah melalui perantaraan Placenta, dan melalui tali pusat fetus itu.  Roh kita sebagai manusia yang sering berdosa tidak akan bercampur dengan Roh Allah Bapa Pencipta, namun melalui perantaraan sempurna Kristus kita akan masih dapat bergaul karib dengan ROH Allah Bapa! Itulah keajaiban pengantaraan Imam Ordo Melkisedek! 


    Kita berdoa dengan frasa "di dalam NAMA Kristus" yang bermaksud bahawa semua doa-doa kita tergantung penuh kepada pelayanan Pengantaraan Kristus sebagai Domba Paskah Tuhan, Imam Melkisedek, dan juga sebagai Raja DAMAI yang menyumpah Sumpahan Perdamaian dalam Perjanjian Baru.

     Sebelum lahir, fetus itu harus melalui "bermalam" dalam rahim ibu selama 9 bulan lamanya. Selama ini, Ia bergantung penuh secara semulajadi kepada perantaraan placenta melalui unjuran talipusat. Sebelum percaya kepada kelahiran kembali, roh manusia semestinya dididik terlebih dahulu tentang 'dependency' penuh kepada Roh Tuhan melalui perantaraan Ordo Melkisedek, iaitu Yeshua Kristus. Hanya, selepas Ia tahu dan mengerti tentang bagaimana kehidupan sebagai anak-anak yang ditebus oleh DARAH Suci  Tuhan Yeshua, maka baharulah Ia meneruskan perjalanan Iman di bumi. Jika ia belum murni dalam hal hikmat, iaitu tentang asas pengetahuan dan pengertian mengenai "rest" di dalam Kristus, maka dia akan kembali dan kembali lagi kepada "bermalam" itu, atau berjalan dalam "gelap."   Justeru itulah, ada nasihat rasul Petrus dalam 1 Petrus 1: 6-7: Rasul Petrus menasihati kita supaya 6 bergembiralah akan hal itu (dipelihara dalam kekuatan Allah, iaitu Kristus), sekalipun sekarang ini kamu seketika harus berdukacita oleh berbagai-bagai pencobaan. 7 maksud semuanya itu ialah untuk membuktikan kemurnian imanmu--yang jauh lebih tinggi nilainya dari pada emas yang fana, yang diuji kemurniannya dengan api--sehingga kamu memperoleh puji-pujian dan kemuliaan dan kehormatan pada hari Yesus Kristus menyatakan diri-Nya.

    Tiada yang mustahil bagi orang yang percaya Tuhan. Kelayakan kita itu bukanlah kerana kita orang baik-baik, namun kita dilayakkan oleh perantaraan kristus yang ajaib. Roh Tuhan tidak akan bercampur dengan roh manusia dalam hubungan komunikasi roh, namun proses menjadi ‘anak-anak Tuhan' itu dilaksanakan oleh perantaraan Kristus (Mediatory role of Christ)! Kristus berdiri di tengah-tengah antara Tuhan dan Umat manusia, untuk memberikan kehidupan dan berkat-berkat pengharapan kepada umat manusia yang fallen! Sebagaimana placenta berdiri di tengah-tengah, supaya Indung dapat memberikan kehidupan kepada janin yang belum lahir dengan pengantaraan yang disempurnakan oleh Placenta. Namun, perumpamaan ini tidaklah jitu, tetapi hanyalah sekadar mendekatkan penanggapan logika otak manusiawi kita agar dapat menangkap akan arti ‘perantaraan’ yang disempurnakan oleh Yeshua.  

    Kita lemah atau mudah 'berdosa' dalam keujudan berdaging kerana fitrah daging memang terjual kepada kebinasaan; the vulnerable human beings in the flesh. Tapi, Justeru kerana pengantaraan Kristus yang ajaib dan sempurna, maka kita masih dapat bergaul karib dengan Bapa Sorgawi dalam 'kamar' yang terdalam! Dalam daging ini kita akan ada groanings, dan juga roh kita akan buat groanings yang tidak terucapkan oleh kata-kata di mulut. Keluh-kesah kita itu macam ulangan kepada kata-kata Abraham yang berbunyi : "Apalah kami ini Tuhan, nafas kehidupan kami ini hanyalah umpama "like a watch in a night" kerana kami ini cuma tanah liat saja, dan kami dari debu dan kepada debu kami kembali. Sedangkan kamu ya Roh Tuhan Pencipta, Engkau hidup selama-lamanya ... dari infinity ke infinity ."

    Dahulu ada kisah seorang Polis konstabel Malaysia  yang pernah  diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di kepulauan Jolo, dan mereka menuntut wang  tebusan untuk jaminan pembebasan, supaya polis yang akan ditebus itu dapat dibebaskan dari belenggu maut di tangan Abu Sayyaf, dan kembali hidup-hidup ke tempat asalnya di Malaysia; maksudnya, ada bayaran/ongkos yang perlu dikorbankan secara tuntas! Darah suci Yeshua perlu menebus kita dari 'penculikan' oleh kuburan orang mati ('maut') dengan kuasa Penebusan Tuhan Kristus,  iaitu suatu bayaran yang penuh/tuntas yang menyembuhkan semua ‘luka-luka’ umat manusia.  Syukurlah dan dimuliakanlah namaNya, kerana darah suciNya sentiasa berteriak siang dan malam di alam roh, untuk membebaskan setiap orang percaya yang menyeru namaNya, lalu mereka dilepaskan dari belenggu dosa-dosa (’luka-luka' pada roh). Segala upah kepada penyembuhan itu sudah lunas dibayar, supaya kita kembali ke pangkuan Bapa.  


    Segala pelanggaran Taurat (dosa) iaitu pelanggaran kepada hukum-hukum yang tersenarai dalam  KELUARAN 20: 1-17 status sebenarnya adalah "Sudah Selesai" [c].  Maksudnya, tuntutan upah untuk perdamaian kepada semua pelanggaran hukum Tuhan, iaitu DARAH DOMBA Tuhan,  sudah lunas dibayar! Kita tidak lagi hidup menurut penghambaan Taurat atau dihambakan oleh kuasa dosa, iaitu Taurat, kerana oleh Taurat kita mengenal apa itu dosa. Kita dilepaskan dari kutuk Taurat oleh kuasa darah Suci Yeshua. Pelepasan ini digambarkan sebagai suatu kebebasan roh kita dari luka-luka roh (dosa-dosa). Dan, pelanggaran Taurat tidak lagi dapat melukai roh kita secara kekal, kerana darah Yeshua senantiasa menjanjikan pelepasan dan penyembuhan luka-luka roh kita! Paulus menulis ungkapan kebebasan yang kita kecapi akibat janji pelepasan  dan penyembuhan itu, seperti dalam 1 Korintus 10: 23 "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. Jikalau kuasa dosa, iaitu pelanggaran Taurat, hanya dapat melukai kita untuk sementara waktu, maka wajarlah Rasul Paulus berkata: "Segala sesuatu diperbolehkan." Maksudnya, itulah kehidupan yang merdeka di bawah kuasa Kasih Karunia di dalam 'nama' Kristus! Walaupun, hakikatnya, kita manusia yang lemah dan semestinya akan 'luka' setiap hari, namun Yeshua bersabda "Akulah JALAN." Dialah JALAN kita untuk menyelesaikan segala dosa-dosa dan kutuk.

2.  YESAYA 53.  Nubuat-nubuat dalam Firman nubuat ini  juga "Sudah Selesai" statusnya.

3.  IMAMAT 17: 11 status nubuatNya  "Sudah Selesai"

4.  MAZMUR 40: 7, 8, & 9 status nubuatNya "Sudah Selesai."


Bagaimana mungkin saya tahu statusnya Sudah Selesai ?


    Yeshua Kristus menjawab dengan Jawapannya yang sangat jelas sekali.  "IT IS FINISHED" [c] .  Oleh bilur-bilurMu (Darah Suci Domba Tuhan), kami telah menjadi sembuh (luka-luka  roh pasti dapat KESEMBUHAN, luka-luka jiwa akan boleh saja sembuh, jika ia adalah kehendak Bapa, dan luka-luka daging juga boleh saja sembuh menurut kehendak Bapa). Yesaya 53: 5 b.  Kesembuhan luka-luka roh itu pasti, tetapi bagi luka-luka jiwa dan daging, kesembuhannya adalah bergantung kepada kekuatan daging dan juga kehendak panggilan Tuhan, kerana daging itu ditakdirkan untuk kembali kepada bumi, lagipun ia sangat vulnerable (mudah rosak/luka), maka sukarlah ia menjadi immortal, kecuali dalam kasus Henokh, Elia dan Santa Maria yang telah diberikan  immortality!

     Tiada seorangpun yang akan duduk dekat kaki Tuhan Yeshua jikalau dia tiada takdir untuk dilahirkan Kembali! TIDAK ada orang yang mampu untuk duduk dekat kaki Tuhan Yeshua, iaitu memasuki hadirat Roh Tuhan, kecuali dia yang telah lahir kembali ke dalam kerajaan ALLAH. Justeru itu, dia yang "tinggal" atau "duduk" di dalam lindungan Yang Mahatinggi, berarti dia yang 'makan daging dan minum DARAH Yeshua;' bagi mereka Inilah yang dapat tinggal dalam Kristus (John 6: 56). Betapa berharganya Kasih Setia Mu, ya Allah! anak-anak manusia yang berlindung dalam naungan sayap-Mu. (Mazmur 36: 8). Yeshua Kristus adalah Kasih Setia Tuhan yang kelihatan di bumi. Ia dapat dilihat Setia kerana Ia menghapuskan dosa-dosa Dunia, Ia mengantara Siang dan malam di sebelah kanan Allah Bapa menurut Ordo Melkisedek, dan ia telah menyumpah kita dengan sumpahan Perdamaian, sehingga roh kita terjamin tidak dilaknat dengan api neraka! Duduk/DIAM di rumah Tuhan dalam petikan  Mazmur 27: 4-5 adalah suatu ekspresi Iman Daud tentang keadaan roh yang diperdamaikan dengan Roh Allah Bapa yang Kudus.

     Rumah Tuhan atau 'kamar' itu merujuk kepada 'roh doa.' Di sana Daud menyaksikan kemurahan Tuhan dan menikmati (kebaikan-kebaikan) dalam baitNya (Mazmur 27: 4-5). Kebaikan-kebaikan Tuhan itu merujuk kepada KASIH KARUNIA, iaitu Yeshua Kristus! Janji Tuhan dalam Mazmur 91: 1 berbunyi:-

Whoever dwells in the shelter of the most high will rest in the shadow of the almighty  (Ps 91: 1).

     Perkataan "dwells " itu adalah merujuk kepada orang percaya yang duduk atau tinggal dalam lindungan yang maha tinggi. Shelter milik yang Maha Tinggi merujuk kepada roh doa atau 'kamar' terdalam. Yang dapat memasuki "kamar" itu ialah mereka yang telah lahir kembali dalam kerajaan Kristus. Mereka yang lahir ini akan diajar pula tentang "rest in the shadow of the almighty." Takrif perkataan tinggal atau 'duduk' ialah: "Barangsiapa makan daging Ku minum darahku, Ia tinggal di dalam Aku, Dan Aku di dalam dia." [Yohanes 6: 56] . 


  Orang percaya ternyata adalah mereka yang menerimaNya dan diberi kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, yaitu mereka yang percaya dalam namaNya [Yohanes 1: 12]. "NamaNya" di sini merujuk kepada i) covenanted names, ii) immutable names, dan juga iii) the Word of God.   Ketiga-tiga kategori nama Yeshua di atas menjadikan Dia sebagai Tuhan, Juruselamat dan Pengantara. Dia memang Ilahi kerana dialah yang telah mengwujudkan Perjanjian Baru (Yeremia 31: 31-34); Roh Yeshua itu adalah dari 'taruk' atau dari Akar Tunjang atau dari Roh Kudus dalam Yesaya 11: 1-3; Yesaya 9: 5-6; dan pekerjaan-pekerjaanNya adalah seratus peratus Ilahi. Dia tidak buat kerja-kerja manusia daging di Dunia ini, seperti berniaga, berpolitik, membina negara, atau kahwin atau beranak-pinak, kerana NamaNya ialah Firman Allah (Wahyu 19: 13b; Lukas 24: 44 ). Ya, pekerjaanNya 100% Ilahi! Maksudnya, Yeshua itu adalah Tuhan. Kita tidak menjadikannya sebagai Tuhan menurut rumusan fikiran manusia, melainkan  Yeshua itu memang Tuhan menurut FIRMAN Allah dan juga segala-gala pekerjaanNya adalah menuruti dan mengenapi semua Firman Allah. Wahyu 19: 13 b mengatakan bahawa namaNya (pekerjaanNya atau karyaNya) adalah FIRMAN Allah. Dia adalah Tuhan Kristus yang dijanjikan Yahweh dalam Kitab-Kitab Suci  melalui pemberitaan nabi-nabi dari Perjanjian-Perjanjian yang terdahulu sejak zaman Noah lagi. Ia adalah INJIL ALLAH yang diberitakan oleh nabi-nabi dalam Kitab-kitab Suci (...lihat takrif 'Injil Allah' dalam petikan Roma 1: 1-6; Lukas 24: 44).

 

Footnotes

[a] Matius 6: 33-34

[b] Lukas 10: 38-41

[c] Yohanes 19: 30

[d] Keluaran 17: 11

[e] Keluaran 25: 1-22

[f ] 1Yohanes 5: 6-12penebusan