Ahad, 13 Disember 2015

Kedatangan Kristus ....Part 3 (."..dan barangsiapa yang berseru kepada "nama" Tuhan akan diselamatkan. Kis.2: 21)


3 As He was sitting on the Mount of Olives, the disciples came to Him privately, saying, Tell us, when will these things happen, and what will be the Sign of your Coming, and of the end of the age?” (Matthew 24: 3)
---------------------

Ketika Yesus, Firman menjadi manusia, dilahirkan, bintang Bethlehem bersinar di langit yang menandakan kelahiran Raja Kebenaran.  Ia telah disahkan-dilihat oleh tiga orang Majus yang sejenis (heathen seer) dengan Nabi Balaam dari timur (Pelihat). Dan, penglihatan mereka itu (wide-awake visions) telah menggenapi nubuatan nabi Balaam Beor dalam Kitab Bilangan 24: 17, dan telah disampaikan lebih dari 1,400 tahun, iaitu anggaran tempoh tahun sebelum Almasih dilahirkan.  Nubuatan Balaam perihal kelahiran raja itu berbunyi ,“Aku melihat dia, tetapi bukan sekarang; aku memandang dia, tetapi bukan dari dekat; bintang terbit dari Yakub, tongkat kerajaan timbul dari Israel ...”

‘Tanda’ di langit itu adalah sebenarnya realiti “roh” yang menambahi pemandangan langit harfiah.  Ia hanya dapat dilihat oleh mereka yang biasa dengan realiti alam roh.  Tuhan sengaja merelakan ‘tanda’ kelahiran Yashua itu dapat dilihat oleh orang-orang Majus dari timur, meskipun mereka bukanlah umat penyembah YHVH. Tidak hairan jika Injil mencatatkan bahawa mereka (Orang Majus) datang dan bertanya-tanya: “2 Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintangNya di Timur dan kami datang  untuk menyembah Dia.” “ 9...berangkatlah mereka.  Dan lihatlah, bintang yang mereka lihat di Timur itu mendahului mereka hingga tiba dan berhenti di atas tempat, di mana Anak itu berada.” (Matius 2: 2, 9).

‘Tanda’ menurut Santo Paulus adalah diberikan kepada orang percaya iaitu mereka yang dianugerahkan dengan penglihatan roh untuk melihat, dan juga berbicara dengan utusan Sorgawi: para malaikat Tuhan. Tanda diberikan kepada mereka yang percaya: untuk membangun, menghibur dan menasihati.   Gembala-gembala yang tinggal di Padang tidaklah melihat tanda bintang seperti yang telah dilihat oleh tiga orang majus dari timur itu; mereka diberikan 'tanda' di bumi, iaitu bayi di kandang sapi. Mereka melihat penglihatan hadirat malaikat yang berbicara terus kepada mereka! Mereka (gembala) turut melihat (dalam penglihatan roh) sejumlah besar bala tentara sorga yang memuji Allah pada ketika Yesus dilahirkan.  

Tiga orang majus melihat tanda di langit, namun mereka tidak mendengar bicara kata dari para malaikat Tuhan. Malah, ketika mereka datang ke Yerusalem, Injil mencatatkan bahawa mereka “bertanya-tanya.”  Hanya apabila mereka berangkat ke Bethlehem, maka tampaklah, bintang itu mendahului dan menuntun mereka sehingga bintang itu tiba di atas tempat, di mana Anak itu berada.  Ternyata, ‘tanda’ itu menuntun mereka seperti papan tanda di Jalanraya.  Gembala-gembala tidaklah bertanyakan kepada sesiapun samaada kepada kepala imam ataupun kepada ahli Taurat bangsa Yahudi, tetapi mereka mendapat maklumat daripada malaikat yang berbicara langsung kepada mereka di Padang. “9 Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka, dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan.10 lalu kata malaikat itu kepada mereka: “Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa:

11 Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan di kota Daud. 12 dan inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan.” Pada penyunatan Yesus, Simeon dan Nabiah Hana ada bernubuat tentang anak Yesus itu (Lukas 2: 21-40).  

Malaikat berbicara kepada para gembala dan memberikan ‘tanda’ yang ringkas kepada mereka. Orang Majus dapat menafsir ‘tanda’ yang mereka lihat dalam alam roh, namun mereka tidak mempunyai maklumat perihal kelahiran Juruselamat itu, melainkan mereka “bertanya-tanya” kepada penduduk Yerusalem. 

Tanda

Tanda’ itu ringkasnya berfungsi sebagai papan-tanda yang memberitahu akan pengenalpastian penggenapan sesuatu janji Tuhan/firman.  Bintang sebagai ‘tanda’ kelahiran “Raja orang Yahudi” yang pernah dilihat oleh nabi Balaam dalam Kitab Bilangan 24: 17 telah digenapi, dan disahkan telah dilihat oleh tiga orang Majus dari timur dalam Matius 2: 2,9.  Tidak pula diketahui samada tanda 'bintang' yang dilihat oleh 3 orang Majus itu dinyatakan secara sama kepada para gembala di padang. Namun, malaikat telah berbicara langsung kepada para gembala; malaikat tidak pula dicatatkan  bahawa  telah berbicara kepada orang majus.

Siapakah para gembala itu? Raja Daud adalah seorang gembala sebelum ia dipilih Tuhan untuk menggantikan Raja Saul.  Sudah tentu dalam garis keturunan Raja Daud, terdapat kumpulan yang hidup sebagai gembala ternakan. Mereka menyimpan kepercayaan kuat pada janji Tuhan kepada moyang mereka, Daud, seperti yang tertulis dalam Kitab Mazmur (Mazmur 89)  secara turun-temurun, bahawasanya  Tuhan telah bersumpah kepada Daud perihal Raja Kebenaran yang lahir dari tunas Daud.   Tidaklah semua orang dapat melihat malaikat dan berbicara dengan  malaikat seperti para gembala itu, maka,  justeru itulah ‘tanda’ diberikan oleh Tuhan pada ketika kelahiran Yesus.  Tanda dilangit memberitakan pekerjaan (nama) tangan Tuhan; kelahiran Juruselamat.  Ia memberitakan ‘Firman menjadi manusia.’

Raja Damai & Jalan Salib

Titik Perdamaian Roh Tuhan dengan semua bangsa di bumi dimulai di Kayu Salib: Domba Tuhan mati.  Namun, pemberitaan pengakhiran (penggenapannya) nya itu telahpun disampaikan dari permulaan, dan sejak dari zaman purbakala (Yesaya 46: 10).  Roh TujuhLapis menganugerahkan pengertian dan hikmat kepada orang-orang percaya dalam mengenali Domba Tuhan, Kristus: Jalan, Pintu, dan Kunci.  Ranting belajar perihal pengertian ‘takut akan Tuhan’ dengan senantiasa melekat pada Pohon Kehidupan. Jalan Salib senantiasa membawa kembali orang percaya kepada penerimaan dan pengampunan Kristus kerana namaNya adalah “Yang Setia dan Benar.”  Ia  setia mengampuni dosa (1 Yoh. 1: 9).  Maka, Jalan Salib adalah Perdamaian dengan Roh Tuhan yang dianugerahkan oleh nama Raja Damai. Kita mengenali bahawa Roh Pencipta Tuhan itu adalah Kasih melalui namaNya sebagai Raja Damai.

Hakim & Jalan Murka Tuhan

            Dia yang datang di atas awan-awan” adalah Tuhan Kristus yang bersemayam sebagai Raja segala raja untuk selama-lamanya, dan diutus oleh Bapa dalam nama Hakim.  Hakim melaksanakan pekerjaan atau karya penghakiman dan penghukuman yang sempurna.  Kita mengenali Kristus sebagai Hakim melalui Jalan Murka Tuhan.  Di dalam murka Tuhan kita mengenali kekudusanNya yang menghanguskan (consuming fire).  Justeru itu, menurut nubuatan Yesaya "murka Tuhan mengajar manusia di bumi apa yang benar."
      Sepanjang era Gerejani iaitu selepas Pentakosta sehingga sekarang (12/12/2015), Kristus telah menyatakan bahawa Dia akan datang “di atas awan-awan.”  Dia memberikan nubuatan-nubuatan dalam Wahyu supaya orang percaya akan melihat bagaimana perjalanan karya Hakim yang akan menumpahkan tiga kategori murka melalui para penuaiNya, dan murka itu dipanggil: ‘Meterai: 7 meterai, Sangkakala: 7 sangkakala dan Cawan: 7 cawan.’  Meterai 1 hingga Meterai yang ke-5 dan Meterai 6 dalam Wahyu 6 adalah merupakan pernyataan Kristus sebagai Raja Damai, justeru itu, Roh Kuduslah nama yang diutus Bapa untuk penghakiman dan penghukuman penduduk bumi sebelum nama Kristus sebagai HAKIM di umumkan. 

        Kembalinya Kristus kelak berarti tangan Tuhan mengerjakan pekerjaan baru atau ringkasnya "nama" baru, iaitu Hakim. Jadi siapakah Hakim sejak Pentakosta hingga sekarang? Jawapannya ialah Roh Kudus! Meterai ke-6 adalah 'peralihan dua nama' Kristus; nama Raja Damai akan terus berkarya, berkerja bersama dengan nama Hakim secara serentak di sepanjang tempoh masa 'meterai yang ke-6' berlangsung! Pemberitaan ‘langit’ akan berlangsung dan dilaksanakan dalam tempoh-masa Meterai ke-6: Sepanjang selang-masa meterai ke-6, Kristus akan diberitakan namaNya sebagai Hakim, memegang kunci segala maut, dan kerajaan maut. Dalam Matius 24: 29 dan Why.6: 12-13 'langit' memberitakan karya "keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim" (Mazmur 50: 6).  Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan, namun ia juga menggenapi maksud Mazmur 50: 6. Namun, namaNya sebagai Raja Damai tidak akan berhenti berkerja selagi "awan-awan" (kerub), atau langit (7 pintu dan 7 lapis sorgawi membuat 'bukaan') belum bergulung-gulung. Fenomena "awan bergulung-gulung" ini hanya dapat dilihat dengan mata rohani seperti 'penglihatan langit' yang disaksikan oleh para gembala pada waktu kelahiranNya.  

      "Awan bergulung seperti gulungan kitab" bukanlah fenomena langit harfiah seperti fenomena awan bergulung yang selalu berlaku  di bumi Australia. Nama Raja Damai berlangsung dari Paskah Tuhan Yesus hinggalah kepada hari turunnya Kristus ke bumi; ataupun dari Murka "Meterai 1" hinggalah ke penghujung murka "Meterai ke-6."  Nama Hakim berlangsung dari permulaan "Meterai ke-6" hinggalah habis Murka "Cawan yang ke-7," dan juga selepas itu.  Nama Raja Damai dan nama Hakim seolah-olah akan berkerja berlapis sepanjang "Meterai ke-6." (kontroversi?)

Melalui murka Tuhan, kita mengenali kekudusan Tuhan. Nabi Nahum memberikan nubuatan perihal ‘murka’ Tuhan; Tuhan itu cemburu dan pembalas, penuh kehangatan amarah (Consuming Fire), Panjang Sabar, Besar Kuasa, tidak membebaskan orang bersalah.  Ia berjalan dalam puting beliung, dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1: 1-3). (Lihat link mengenai "'halilintar" dalam Matius 24: 27).

Bumi menjadi sunyi sepi di HadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. Didalam hadirat kedatangan Roh Kristus yang kedua yang diutus Bapa dalam nama sebagai Hakim, Ia akan datang berserta dengan para penuai (para malaikat) dan orang-orang kudus di bumi.
4 a Ia menghardik laut, ia mengeringkan sungai, Ia membuatkan gunung-gunung gemetar, dan bukit-bukit mencair.  5 gunung-gunung gemetar terhadap Dia, dan bukit-bukit mencair. Bumi menjadi sunyi sepi di hadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. 6 Siapakah yang tahan berdiri menghadapi geramNya? Dan siapakah yang tahan tegak terhadap murkaNya yang bernyala-nyala? Kehangatan amarahNya tercurah seperti api, dan gunung-gunung batu menjadi roboh di hadapanNya. 7 Tuhan itu; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepadaNya 8 dan menyeberangkan mereka pada waktu banjir. Ia menghabisisama-sekali orang-orang yang bangkit melawan Dia, dan musuhNya dihalauNya ke dalam gelap. (Nahum 1: 1-8)

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan murka Tuhan?  

Ia berjalan dalam puting beliung, dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1: 3 b).  Dalam Kitab Mazmur, murka Tuhan itu diberitakan oleh Suara Roh Tuhan.  Mazmur 29 menjelaskan “2 berilah Tuhan kemuliaan namanya, sujudlah kepada Tuhan dengan berhiaskan kekudusan! 3 SUARA Tuhan di atas air, allah yang mulia mengguntur, Tuhan di atas air yang besar. 4 Suara Tuhan penuh kekuatan SUARATuhan penuh semarak. 5 Suara Tuhan mematahkan pohon aras, bahkan Tuhan menumbangkanpohon aras Libanon. 6 ia membaut gunung Libanon melompat-lompat seperti anak lembu, dan gunung Siryon seperti anak banteng. 7 Suara Tuhan menyemburkan nyala api. 8 Suara tuhan membuat Padang gurun gemetear, Tuhan membuat padang gurun kadesh gemetar. 9 Suara Tuhan membuat rusa beranak rusa betina yang mengandung, bahkan hutan digundulinya; dan didalam baitNya setiap orang berseru: “Hormat!” 10 Tuhan bersemayam di atas air bah, Tuhan bersemayam sebagai Raja untuk selama-lamanya. “

Segala malapetaka yang terjadi di bumi tanpa SUARA Tuhan adalah samada dilihat sebagai  the acts of nature, ataupun kesilapan-kesilapan manusia kerana manusia itu sendiri tidaklah sempurna.  Namun, jika ada ‘SUARA Tuhan,’ maka sudah tentu sesuatu kejadian itu mempunyai ‘nubuatan’ yang menjelaskan ada tangan Tuhan dalam kejadian itu. Ia hanya dapat dimengertikan oleh anugerah roh pengertian.  Menurut Taurat, Roh Hakim menghukum samada umatNya atau bukan umatnya dengan roh penghukuman dalam gandaan tujuh:“menghukum kamu tujuh kali lipat.” (Imamat 26: 18, 21, 24, 28. )

Apakah jalan murka itu sudah berubah, dan ia tidak menurut “tujuh kali lipat” lagi?  Roh Tuhan tidaklah berubah kerana ia tetap sama dari Alpha dan Omega. Ia tetap “Setia dan Benar” dalam menggenapi jalan murkaNya iaitu “menghukum tujuh kali lipat.”  Meskipun segala pelanggaran Hukum Ibunda, 10  Perintah Nabi Musa” dalam Taurat itu telah lunas dibayar  oleh kesempurnaan kuasa penebusan Domba Tuhan, namun hukuman Roh YHVH yang “menghukum tujuh kali lipat” itu tidaklah terbatal. Ia tidaklah terbatal dalam nama Kristus sebagai Hakim. 

Pekerjaan atau nama Hakim beroperasi menurut roh yang menghukum “tujuh kali lipat;” tidak hairan jika ada 7 meterai, 7 sangkakala, dan 7 cawan. MurkaNYa digandakan sebanyak 7 kali lipat! Roh Tuhan tidak berubah baik dalam nama YHVH yang dinyatakan kepada bani Ibrani, mahupun nama Kristus dalam Perjanjian Baru.  Ibadah menurut Taurat dalam Perjanjian Lama telah mengajarkan umat Tuhan perihal kekudusanNya.  Nabi-nabi Perjanjian Lama lebih mendalami peribadi Roh Tuhan berbanding dengan umat biasa Tuhan kerana mereka menerima anugerah Roh Kudus yang turun ke atas sumbu roh mereka. 
Raja Sulaiman bersaksi bahawa tanpa Roh Tuhan yang diutus oleh Bapa Sorgawi, manusia di bumi tidak akan mampu mengetahui kehendak atau rencana Tuhan. “Siapa gerangan sampai mengenal kehendakMu, kalau Engkau sendiri tidak menganugerahkan kebijaksanaan, dan jika Roh KudusMu dari atas tidak Kauutus? “(Kebijaksanaan 9: 17).  Jalan, Pintu dan Kunci yang sempurna dalam Perjanjian Baru membimbing setiap orang percaya untuk melihat dan mengerti bahawa Tuhan itu Kasih. Justeru itu, Hadirat kekudusan Tuhan yang menghangus telah lama difahami oleh manusia bumi terutama bagi umat Ibrani.  Namun,  sifat Ilahi “Tuhan itu Kasih” hanya dapat didalami oleh umat Tuhan apabila Jalan, Pintu dan kunci telah sempurna dalam karya Tuhan Trinitas.

Dalam Matius 24: 1-30, Yesus Kristus bernubuat tentang akhir zaman.  Dan semua nubuatan Tuhan iaitu perihal “tanda-tanda” akhir zaman adalah “menghibur, menasihati dan membangun” (1 Korintus 14) mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan.

Nubuatan Yesus Kristus pada ayat 29 dalam Matius 24, mengungkapkan  perkataan-perkataan yang berbeda dari kata-kata Yesus dalam ayat yang sebelumnya iaitu dari ayat pertama hingga ayat yang ke 28.  Perkataan Kristus dalam ayat 29 disampaikan menurut  maksud Mazmur 19: 2. “Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya.

                    
Melihat 'langit harafiah' tidaklah memberikan apa-apa pengertian tentang 'pekerjaan' atau 'nama' Tuhan (Maz.19:1-2; Maz.50:1-6). 'langit harafiah' hanyalah memberitakan 'cuaca.' 'Langit' dalam Mazmur 19:1-2 dan Maz.50: 1-6 adalah merujuk kepada Firman atau 'roh:' Penglihatan Roh yang dianugerahkan oleh Roh Tujuh Lapis.

Ayat 29 adalah sebenarnya merupakan Murka Tuhan iaitu Meterai ke-6 dalam Wahyu 6: 12-17.  Walaubagaimanapun, ia juga merupakan suatu selang masa pemberitaan langit’ (Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19: 13 b).  Langit akan meneruskan pemberitaannya selama Murka Meterai yang ke-enam itu berlangsung.  Selepas itu, tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Berarti, ‘tanda’ itu masih dalam pemberitaan langit.  Dan Anak Manusia yang turun ke bumi akan memperlihatkan (alam roh) bahawa ia datang dalam cara yang sama seperti ia terangkat dahulu dalam Kisah 1: 11.

Maksudnya, Tuhan akan memperlihatkan penghukuman dan penghakiman Hakim sebelum Hari dan saat Tuhan Kristus turun sesuai nubuatan dengan para nabi.  12 Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keeanam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah.”  Ayat ini adalah mengungkapkan maksud yang sama jika dirujuk Pada Kisah Para Rasul 2: 20 atau Joel 2: 31Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu.  Kedua nubuatan ayat ini juga adalah diterang oleh nubuatan Yesus sendiri, ketika ia masih di bumi di lereng bukit Zaitun dalam Matius 24: 29Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang.”

Maka ketiga-tiga ayat dari tiga sumber iaitu Injil Matius 24: 29, Kisah. 2: 20 (Joel 2: 31) dan Wahyu 6: 12 adalah mengungkapkan “murka Tuhan” yang harus terjadi sebelum datangnya hari Tuhan yang hebat dan dahsyat.  Ketiga-tiga nubuatan tersebut merupakan “pemberitaan” cakrawala dan penceritaan Langit perihal Kemuliaan Allah. ( Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6). “Cakrawala” memberitakan pekerjaan tanganNya.  Pekerjaan itu ialah nama Tuhan.  Maka, Matius 24: 29, Joel 2: 31, Kis. 2: 20 dan Wahyu 6: 12 sebenarnya mengumumkan nama Tuhan yang datang itu adalah HAKIM.

Nama” ialah pekerjaan tangan Tuhan.  Hakim berkerja menghakimi dan menghukum dengan penuh keadilan.  Apakah pekerjaan Hakim itu sinonim dengan pekerjaan Raja Damai?  Memang tidak! Walaupun keduanya adalah Kristus.   Raja Damai itu adalah senantiasa membela pelanggaran manusia asalkan saja mereka percaya kepada Jalan Salib (Domba Tuhan). Hakim senantiasa menghakimi kesalahan kita dengan penuh keadilan.  Pintu-pintu ‘roh’ Tabernakel YHVH Perjanjian Lama telah ditutup sejurus Kristus berjaya menyempurnakan  Jalan, Pintu dan Kunci yang sempurna bagi umat Tuhan.   Justeru itu, Raja Damai membuat ucapan salam “Damai sejahtera, Kuberikan padamu.”  Sudah tentu Hakim yang turun tidaklah membuat ucapan salam yang sama!  Namun apakah pintu Raja Damai akan tertutup apabila namaNya adalah Hakim? Pintu Roh Tuhan tidaklah pernah tertutup, namun turunnya Hakim memberi maksud bahawa pekerjaan Raja Damai sudah siap. Apa-apa pekerjaan Roh Tuhan yang belum siap akan diteruskan oleh nama Hakim. Bukankah Joel 2: 31 menyingkapkan bahawa “ Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah SEBELUM datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu”?  Justeru itu, nama Hakim akan 'diberitakan oleh langit' SEBELUM hari turunnya Kristus, atau sebelum langit bergulung seperti gulungan Kitab (~dilihat sebagai realiti alam 'roh') !

Bagi manusia rohani seperti nabi-nabi, hari datangnya Tuhan itu mereka saksikan “hebat dan dahsyat” kerana mereka menyaksikan alam roh: realiti Roh Kristus dan para malaikat. Kelak, ia akan bersama dengan 12 suku kaum Israel  yang di meterai dengan “Allah yang hidup” sejumlah 144,000 semuanya.

Bagi mereka yang tidak melihat dan tidak percaya “tanda Anak Manusia” di langit.  Hari itu bukanlah hari besar tetapi hanya akan dilihat sebagai hari kebiasaan.  Kematian Yesus tidaklah memberi makna apa-apa kepada mereka yang tidak tertulis namanya dalam buku kehidupan.  Oleh kerana satu hari bagi Tuhan adalah umpama 1,000 Tahun bagi manusia, maka “hari besar” Tuhan itu adalah suatu tempoh yang tidak diketahui oleh manusia.  Tuhan tidak pernah kesuntukan masa, dan manusialah yang kesuntukan masa!

Hari besar murka Tuhan itu bukanlah secara harfiah berarti satu hari.  Ia adalah tempoh masa Murka Tuhan ditumpahkan ke bumi bermula dari pengumuman namaNya sebagai Hakim dalam Meterai ke-6.  Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan sebelum hari Tuhan (bermula dari turunnya Kristus ke bumi), namun tempoh masa meterai ke-enam itu juga adalah pengumuman namaNya sebagai Hakim.  Untuk sekadar mencerahkan pengertian melalui perbandingan, kita tahu bahawa Domba Tuhan, Yesus kristus,  mati di kayu Salib tepat pada hari Paskah  Tuhan, namun ia sudah diumumkan oleh Nabi Yohanes Pembaptis sebagai ‘Domba Tuhan’ pada ketika Yesus dibaptis; iaitu selang masa 3 tahun sebelum Ia mati di kayu Salib. 

Yesus Kristus akan kembali “di atas awan-awan” pada penghujung meterai iaitu pada ungkapan ayat yang ke-14 “maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.”  Penulis percaya bahawa ayat ini mengungkapkan apa yang dikatakan dua malaikat pada Kisah 1: 11 “Hai orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat langit? Yesus ini , yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat (penglihatan roh) Dia naik ke Sorga.”   

Kelepasan & Penghakiman Tuhan ( Murka Tuhan dari Wahyu 6: 17 (~permulaan Hari Tuhan) sehingga Wahyu 16: 17-21 (~Cawan terakhir).


Apakah yang perlu dilakukan sebelum dan sepanjang "murka-murka" Tuhan ditumpahkan ke bumi sejurus nama Kristus sebagai "Hakim" diberitakan oleh langit dalam "Meterai ke-6" ?
     Nabi Yesaya menyampaikan nubuatan iaitu "revelation knowledge" perihal perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi era nama Kristus yang diberitakan oleh langit sebagai 'Hakim.' 'LANGIT' yang diberitakan oleh Matius 24: 29, Joel 2: 31, Kisah  2: 20 dan juga Wahyu 6: 12, menjelaskan bahawa nama Tuhan Kristus yang turun adalah HAKIM; langit memberitakan pekerjaan tangan kanan Tuhan (lihat Mazmur 19:2).  Umat Tuhan diseru oleh Roh Tuhan "Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya."


"...memasuki kamarmu yang terdalam" ?

     Nubuatan Nabi Yesaya dalam Yesaya 26: 20-21 menyingkapkan suatu tindakan yang perlu dilakukan oleh orang-orang percaya kepada Jalan, supaya "20...masuk ke kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu."  Barang "sesaat lamanya" tidaklah diartikan secara harfiah, tetapi ia merujuk kepada tempoh masa nama Hakim diumumkan oleh 'langit' sehingga sempurnanya murka Tuhan yang terakhir digenapi, ditumpahkan ke bumi iaitu cawan murka yang ke-7; Murka kategori ketiga adalah disebut "Cawan." (Three Category of Woes:  1st (Seals); 2nd (Trumpets) & 3rd Woes (Bowls).  "Memasuki kamar" adalah memasuki 'hadirat Roh Kudus.' 
     Apa akan terjadi jika kita tidak dapat memasuki 'kamar kita' atau 'roh doa' ?  Itu berarti Roh Kudus tidak turun ke atas 'bait allah' (temple of the Holy Spirit) iaitu roh kita ( di atas sumbu roh).  Ringkasnya, kita akan berkata seperti Ayub dan Raja Daud "tiada cahaya bersinar di atas kepala; tiada pelita kaki dan tiada yang menerangi jalan."  Apakah yang perlu di buat?  Nabi Yesaya menyingkapkan pengetahuan " ...jika kamu berjalan dalam gelap, (tidak melihat realiti Roh Tuhan)...baiklah ia percaya kepada nama Tuhan dan bersandar kepada Allahnya!" (Yesaya 50: 10).  Dan, Nabi Asaph menyampaikan firman Tuhan  dalam Mazmur 50: 15, "berserulah kepadaKu pada waktu kesesakan (distress), Aku akan meluputkan engkau, dan engkau akan memuliakan Aku."
     Hadirat Roh Kudus kepada setiap orang percaya adalah diumpamakan sebagai memasuki kamar kerana dalam Perjanjian Lama, memasuki bilik yang Mahasuci adalah urusan Imam Besar yang 'memasuki kamar yang terdalam' di Tabernakel.  Roh doa hanya menjadi hidup apabila semua orang percaya ('imamat rajani') memasuki hadirat Roh Kudus yang bernyala di atas sumbu roh manusia. Rasul Petrus meringkaskan dan mengungkapkan maksud urusan doa yang hidup seolah-olah sebagai 'Imamat Rajani'   yang melayani hadirat suci Roh Tuhan YHVH.  Namun, kamar itu adalah roh manusia kerana roh manusia adalah bait Allah.  Roh Kudus turun ke atas sumbu roh bait Allah.  Rasul Petrus menyatakan dalam Kisah Para Rasul 2: 21 "Dan barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan akan diselamatkan." 
     Namun, bagaimana mungkin kita dapat berseru kepada hadirat namaNya, jika kita tidak dapat memasuki kamar kita sendiri.  Memasuki kamar kita sendiri adalah bermaksud memasuki hadirat Roh Kudus yang turun di atas sumbu roh kita.  Tidak ada 'roh doa' jika kita tidak memasuki kamar kita sendiri seperti yang dijelaskan oleh nasihat nubuatan Yesaya "...masuklah ke kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya (sehingga sempurnanya semua murka ditumpahkan di bumi), sampai amarah ("cawan ke-7" adalah amarah Tuhan yang terakhir) itu berlalu."  Jadi, tempoh itu agak lama, namun ia tidaklah terlampau lama.
    Sepanjang tempoh masa Murka Tuhan ditumpahkan di bumi oleh para malaikat dalam nama Hakim.  Pada hari 'kemurkaan' harta tidak berguna, tetapi kebenaran melepaskan orang dari maut (Amsal 11: 4).  Kelepasan itu diberikan kepada mereka yang tahu 'memegang' harta Sion.  Apakah harta Sion itu? Harta Sion itu adalah Roh Tujuh Lapis.  Memegang harta Sion menuntut orang-orang percaya untuk memasuki "kamar" mereka sendiri. Kristus berfirman "Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada." 


Yesus akan"... kembali dengan cara yang sama:"  Apakah agaknya maksud kedua malaikat itu berbicara dengan perkataan-perkataan "dengan cara yang sama" ?

     Yesaya menyambung "pengetahuan wahyu Tuhan" dalam ayat ke-21 "sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana."
    Penulis berpendapat bahawa Kristus akan turun selepas pemberitaan namaNya sebagai Hakim dalam 'Murka dan juga pemberitaan langit,' iaitu Meterai ke-6; atau secara spesifiknya dalam Why.6: 14.   " Sorga tujuh-lapis (alam roh) dibukakan oleh malaikat-malaikat  kerub ("awan-awan") untuk Kristus yang turun ke bumi; "dia datang di atas awan-awan," bila ia dibukakan, maka 'ia dilihat seperti gulungan-gulungan kitab'.  Langit harfiah yang biru itu tidaklah bergulung kerana warna biru langit harfiah itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar! Itu takkan bergulung sampai bila-bila masa. Yang dimaksudkan "langit bergulung" itu adalah 'alam roh' iaitu 'langit Sorga' seperti yang dilihat oelh para gembala sewaktu kelahiran Yesus dahulu ketika 'sorga terbuka memperlihatkan bala tentara para malaikat.' !  "Langit bergulung seperti gulungan Kitab yang digulung..." dalam ayat 14 Wahyu Bab 6, menggenapi maksud Kisah Para Rasul 1: 11. sebagaimana yang diberitakan oleh 2 malaikat yang berbicara kepada orang Galilea "...dia kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia (Kristus) naik ke Sorga."  (Lihat pautan Part 1 dan Part 2

"Tell us, when will these things happen,..."


     All prophecies serve to be the 'signs' which point to the fulfillment of divine revelations. Any 'sign-post' is inseparable with the content of the prophecy itself, thus, it is"edifying, comforting, and counseling"  us, as we thread upon into the uncharted future. The 'signs' are 'the word of the Lord.' Thus, the 'signs' serve to be the lamp unto your feet as you step into the unknown future.   They usher us into...the revealed new 'name' of God; the skies proclaim the name of God.   Divine "name" is pointing to the Divine handiwork. 


Khamis, 10 Disember 2015

Terangkatlah Yesus ke Sorga

6  Maka bertanyalah mereka yang berkumpul di situ: "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?"

7 JawabNya: "Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya. ?

8  Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksiKu di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi."

9 Sesudah Ia mengatakan demikian, terangkatlah Ia disaksikan oleh mereka, dan awan menutupNya dari pandangan mereka.

10 Ketika mereka sedang menatap ke langit waktu Ia naik itu, tiba-tiba berdirilah dua orang yang berpakaian putih dekat mereka,

11 dan berkata kepada mereka: "Hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama  seperti kamu melihat Dia naik ke sorga."  (Kis 1:6-11)

Kedatangan Kristus ...Part 2 : Apakah yang dimaksudkan ‘Yesus…akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga’ ? (Kisah Para Rasul 1: 11).

Oleh Jonas Mannaseh 


Pemberitaan ‘Langit dan Cakrawala’

8 Dahsyat Engkau! Siapakah yang tahan berdiri di hadapanMu pada saat Engkau murka? 9 dari langit Engkau memperdengarkan keputusanMu; bumi takut dan tertegun,  (Mazmur 76: 8-9)

2 Sorga (heavens) menceritakan kemuliaan Allah, dan 'langit' memberitakan pekerjaan (a) tanganNya [(a) juga diungkapkan dengan kata nubuat 'karya' atau nama] ; (Mazmur 19: 1-2)


4 Ia berseru kepada langit di atas, dan kepada bumi untuk mengadili umat-Nya: 5 "Bawalah kemari orang-orang yang Kukasihi, yang mengikat perjanjian dengan Aku berdasarkan korban sembelihan!" 6 Langit memberitakan keadilan-Nya, sebab Allah sendirilah Hakim  (Mazmur 50: 4, 5, 6
                                  





Langit harfiah hanyalah memberitakan perihal cuaca samada cuaca dalam ruang lintup atmosfera bumi ataupun di luar atmosfera bumi.  Biru itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar.

    
     Perkataan 'langit' (penglihatan 'roh') dipakai sebagai ungkapan profetik dari Roh Tuhan. Tuhan Yesus bersabda "Perkataan-perkataanKu adalah Roh." (Yoh. 6: 63)
______________


    Kenapakah keputusan Judgment Tuhan diperdengarkan dari "'langit."? Raja Daud bernyanyi bahawa keputusan Judgment adalah dari Sorga; iaitu dari Allah Bapa. 'Langit' itu juga merujuk kepada pemberitaan 'nama' Tuhan yang diberitakan oleh abjad-roh ''langit.' 'Langit' itu berbicara seolah-olah ia adalah watak peribadi yang hidup. Sememangnya ia hidup kerana firman itu adalah roh. Hakikatnya, 'langit' dan 'bumi' adalah seperti 'abjad Roh' Firman. Bila ROH Tuhan mula berkarya, bahasa roh Firman akan mengalir ke 'langit' dan 'bumi'.  Cara roh nubuat ini mengalir disebut dalam bahasa Inggeris: the flow of the Spirit of prophecy. Kenapa pula Langit 'perlu' memberitakan 'nama' atau 'karya' Tuhan dalam Lirik nubuat Mazmur 19:1-2 dan Mazmur 50: 4-6 ? Kenapa tidak diberitakan dengan bahasa biasa yang tidak melibatkan perkataan 'langit'? Sebab kesaksian Kristus adalah ROH Nubuat. Justeru itu, perkataan nubuat 'langit' dan 'bumi' adalah abjad utama bahasa Roh Tuhan (Firman). Tidaklah kita hairan kenapa Kitab Kejadian harus dimulai dengan 'aliran' bahasa roh yang berbunyi "...pada mulanya (Roh) Tuhan mencipta 'langit' dan 'bumi.' " Ia boleh juga disampaikan dengan bahasa yang berbunyi: ...Pada mulanya Firman mencipta (abjad roh) langit dan bumi. Keperincian abjad roh 'langit' diungkapkan oleh fenomena yang ujud di langit. "Matahari menjadi gelap, bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang berjatuhan " dalam Matius 24: 29, sebagai contoh, adalah keperincian bahasa 'abjad roh' yang memberitakan "nama" Tuhan Kristus yang akan kembali sebagai "Hakim." Bila kita biasa 'membaca' keperincian 'abjad Roh' yang diungkapkan oleh fenomena "langit" dan "bumi," maka lebih mudahlah untuk membaca nubuat-nubuat para nabi dalam Alkitab. Dan itu akan memperdalamkan pengertian dan ilmu tafsiran kita. Bahasa roh Tuhan melibatkan 'aliran' (flow) Roh; roh Tuhan yang berkarya (atau mengutus 'nama' Nya) senantiasa mengalir kepada abjad roh (alam roh). iaitu 'langit' dan Bumi.' "Langit dan bumi" adalah realiti alam Roh. Sebelum realiti-realiti yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia dicipta oleh Tuhan, Ia telah mencipta keujudan Alam yang disebut "langit dan bumi." Sebenarnya, kemuliaan Tuhan diproklamirkan oleh 'sorga' (heavens), manakala 'karya' Tuhan diberitakan oleh 'langit' (skies).

                                      
Contoh bagaimana 'Firman' mengalir kepada bahasa 'abjad roh' "langit;" dalam petikan di atas, 'Langit' memberitakan 'karya' Domba Tuhan. Murka Bapa ditumpahkan ke atas kepala Yeshua (Domba Altar); 'Langit', iaitu 'matahari jadi gelap' mengungkapkan perihal hukuman Tuhan yang sepatutnya ditumpahkan kepada setiap manusia telah menjadi 'tulah' kepada 'Domba Tuhan' demi menyempurnakan 'Ritus Altar Sorgawi 'yang terjadi di Bumi. Bahasa roh 'Langit' dalam Amos 8: 9  :"9 "In that day," declares the sovereign Lord, "I will make the sun go down at noon and darken the earth in broad daylight," menerangkan bahasa 'abjad roh' Langit tentang Murka Tuhan. Pekerjaan menghukum oleh Tuhan diberitakan oleh 'Langit' (lihat Mazmur 19: 1_2). Matahari tengahari yang menjadi gelap' memberi arti bahawa roh Tuhan sedang berkarya dalam menghukum ke atas Bumi! Dalam kasus 'hari Paskah,' orang yang percaya dilepaskan dari penghambaan dosa, sebab 'matahari yang menjadi gelap' itu telah ditumpahkan kepada Domba Tuhan di atas Kayu Salib.




    Celik kepada bahasa penglihatan roh, akan memampukan kita dapat melihat "Langit" yang memberitakan "nama" atau "karya" Raja Kebenaran dengan memperlihatkan 'bintang' Raja kebenaran ('bintang' Bethlehem), dan demikianlah juga halnya dengan "nama" Hakim yang diberitakan oleh "langit" seperti dalam petikan Matius 24: 29! "Langit" dan "bumi" serta keperincian fenomena semulajadinya seperti 'puting beliung', halilintar, ribut salji, hujan, ribut kencang, malam, siang, musim, panas, sejuk, Laut, air besar, sungai, binatang, burung, air bah, pokok, gunung, pulau-pulau dll.., jelas berfungsi sebagai abjad utama ROH di mana "Spirit of prophecy" itu mengalir! Semua fenomena semulajadi yang ada di langit, dan semua yang semulajadinya ada di bumi adalah 'abjad Roh nubuat! Nabi Yesaya bernubuat dalam Kitab Yesaya 46: 10 bahawa "Tuhan telah memberitakan 'pengakhiran' dari 'permulaan'; memberitakan mulanya dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana,..." Pemberitaan "pengakhiran" dari "permulaan" menurut firman dalam Yesaya 46: 10 dapat diungkapkan tanpa masalah kerana ROH Tuhan mempunyai abjad roh iaitu 'langit'dan bumi! ROH nubuat memang mengalir sedemikian!  Kita akan diajar satu persatu oleh Roh untuk melihat erti semua rinci yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kitab Wahyu, misalnya, sukarlah dimengertikan jika kita tidak dianugerahkan (roh) pengertian, hikmat, dan pengetahuan tentang perkara asas abjad Roh iaitu 'langit' dan 'bumi'.' Abjad dan olahan bahasa "Langit" dan "bumi" itu perlu dilihat dalam 'penglihatan' rohani' atau 'mimpi' (dream dreams).

    "Langit" bukanlah sahaja memberitahu mesej roh perihal 'langit dari zaman  "semasa", malah melalui lirik-lirik nubuat tentang 'langit' sejak dari zaman purbakala yang tertulis dalam Kitab Suci. Sebab itulah kita membaca Kitab Mazmur kerana ia mengandungi banyak firman yang disampaikan melalui lirik-lirik nyanyian dan firman itu dapat menyingkapkan karya roh Tuhan di masa lalu mahupun masa hadapan. Banyaklah 'pemberitaan langit' dalam lirik-lirik Tuhan yang disampaikan oleh para nabi. Melalui lirik Tuhan yang ada ungkapan perkataan 'langit,' kita mendapat "pemberitaan" perihal pekerjaan ataupun juga disebut sebagai karya Tuhan. Ungkapan mesej 'langit, Roh Tuhan memberitahu atau memberitakan karyaNya

    Dan pekerjaan Tuhan yang diungkapkan oleh  lirik 'langit itu perlu maklumat seterusnya, atau perlu keperincian nubuatan-nubuatan yang seterusnya. Keperincian nubuatan akan menyatakan kejelasan (clarity) 'tanda-tanda' zaman melalui pemberitaan 'langit.' Keperincian itu diberikan oleh santo-santo, namun rincinya mestilah tidak terpesong dari Lukas 24:44, Injil, dan tidak bertentangan dengan Surat-surat para rasul.  Nubuatan semasa dari nabi-nabi berfungsi sebagai urat-urat dan daging-kulit kepada 'tulangnya: ' Injil, Wahyu dan nubuatan dari Kitab para Nabi, Taurat dan Mazmur.  Jika sesuatu nubuatan 'semasa' terpesong dari Tulangnya, maka nubuatan itu diragui kebenarannya dan dipertikaikan sumbernya.

Ungkapan 'heavens' dan 'skies'  

     Apakah kemuliaan dan juga apakah nama (karya) Tuhan yang diberitakan oleh bahasa roh, iaitu ungkapan 'langit,’ dalam Matius 24: 29-30?  Heavens yang diartikan secara harfiah adalah merujuk kepada langit di atas kepala kita, dan dapat dilihat oleh mata kasar kita. Demikian juga 'langit' yang diartikan secara harfiah, iaitu tempat matahari, bulan dan bintang-bintang. Apakah perkataan 'heavens' dan 'skies' itu di dalam Firman Taurat, Firman Mazmur, Firman nubuatan nabi-nabi ataupun dalam Firman dalam Kitab Wahyu?

    Atau,  apakah perkataan-perkataan itu digunakan Tuhan dalam penyampaian nubuatan-berlirik ? Dimanakah ia digunakan?...itu akan menentukan samada pengungkapan secara langsung atau ungkapan secara tidak langsung! Kebanyakan ungkapan 'langit' atau 'cakrawala' dalam Taurat biasanya merujuk kepada pengertian harfiah (literal) kerana Tuhan memperlihatkan kuasa dan hadiratNya secara harfiah.  Jabatan-jabatan meteorologi diwujudkan oleh semua kerajaan di bumi kerana kita melaksanakan pengurusan-tadbir perihal ramalan cuaca, dan juga kita membuat kajian empirik perihal entiti-entiti cuaca setempat, ataupun ramalan cuaca mengikut lokaliti suatu ruang geografi dan atmosfera. Agensi angkasa lepas seperti NASA (North American Space Agency) telah diwujudkan untuk menjadi peneraju kajian dan penerokaan fenomena angkasa lepas. Segala berkat dan keajaiban alam iaitu anugerah Langit dan cakrawala yang harfiah itu adalah penyokong keujudan daging kita di bumi, dan mereka juga berfungsi menjadi panduan kepada umat manusia untuk berkarya dalam semua aktiviti kehidupan di bumi: takwim ibadah agama, perikanan, pelayaran, pertanian, pertukangan kayu, peredaran haid wanita, dan  lain-lain lagi.

    Namun, apa yang dimaksudkan oleh firman Kitab Mazmur perihal ‘langit’ dan ‘cakrawala’ adalah merujuk kepada ungkapan bahasa ‘roh' yang mendedahkan rahasia mesej Roh Tuhan. Manusialah yang tertakluk kepada langit dan cakrawala harfiah ciptaan tangan Tuhan.  Tuhan pula berada di atas sekali bagi segala-gala ciptaanNya; di atas langit, dan di atas cakrawala. Malah, ungkapan 'langit' dan 'cakrawala' turut menyampaikan mesej Roh Tuhan!  Ia adalah 'roh' kerana semua firman adalah ‘roh.’ 

    Apa-apa firman Tuhan mengenai langit dan cakrawala adalah roh: justeru itu, fenomena alam yang berlaku di langit seperti es, hujan, kemarau, banjir, kabus, awan, api, api belerang, angin, dan puting beliung, sejuk, panas, dingin, musim, salju, malam dan siang, matahari, bulan, dan bintang-bintang adalah mengungkapkan mesej roh.   Semua 'fenomena alam' yang tersebut di atas akan mengungkapkan mesej  roh dari Roh Tuhan di dalam Kitab Suci. Semuanya adalah merujuk kepada pengungkapan mesej ‘roh' samada secara langsung atau tidak langsung; gambaran-gambaran yang diungkapkan oleh langit dan cakrawala adalah bahasa roh yang menyingkapkan sesuatu mesej makrifat firman Tuhan. Justeru itu, apa saja fenomena yang berhubungkait dengan 'langit' dan 'cakrawala' menurut firman dalam Kitab Suci hanya dapat dimengertikan apabila Roh Tuhan menganugerahkan karunia-karunia Roh Tujuh Lapis.

    Maka, pemberitaan 'langit' dan 'cakrawala' bagi Roh Tuhan adalah mesej 'roh,’ kerana semua firman adalah berasal dari Roh Tuhan. Roh Tuhan senantiasa mempunyai bilangan malaikat  yang tidak terkira ramai untuk ‘melaksanakan firmanNya dengan mendengarkan suara firmanNya.’ (Mazmur 103: 20).  Justeru itu, firman Tuhan sememangnya 'roh.’ Apabila nabi-nabi bernyanyi dalam Kitab Mazmur seperti "8 Hai api dan hujan es, salju dan kabut (awan), angin badai yang melakukan firmanNya;" (Mazmur 148: 8). Maka, kita tahu bahawa apa saja fenomena yang berkaitan langit dan cakrawala seperti angin, ribut kencang, awan gelap, halilintar, dll. adalah merujuk kepada perbuatan-perbuatan ‘malaikat-malaikat’ Tuhan yang taat setia melakukan 'keadilan.' Keadilan itu dinyatakan oleh firman Hakim, dan dilaksanakan oleh para penuai dengan mendengar 'suara' Firman (malaikat). (Lihat Mazmur 50: 1-6; Mazmur 103: 20).

    Jadi, jika Roh Tuhan berbicara tentang “matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut, dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah,” dalam Wahyu 6: 12, maka maksud Roh Tuhan bukanlah merujuk kepada matahari, dan bulan secara harfiah, melainkan seringkasnya, ia merujuk kepada pemberitaan atau pengumuman pekerjaan atau (nama) karya Roh Tuhan yang bermula dalam Meterai ke-6. Dalam meterai ke-6, kelima-limanya  meterai yang terdahulu juga ada  berlangsung. Mesej nubuat Wahyu 6: 12 adalah sama dengan mesej Yoel 2: 31, iaitu "bulan menjadi merah" yang merujuk khusus kepada "perempuan," iaitu Kaum Ibrani, manakala 'anak-anak' Pula merujuk kepada Bangsa-Bangsa lain yang 'percaya' dan melalui Penghakiman oleh Tuhan Roh Kudus sejak Hari Pentakosta. Sebelum itu, ''perempuan" itu (Ibrani) telahpun dihakimi dan telahpun melalui Penghukuman oleh Yahweh. Kemudian, Yeshua datang mengupacarakan  Altar Melkisedek di bumi, untuk  menawarkan kepada Ibrani suatu Perjanjian Perdamaian, supaya Israel menyempurnakan nubuat "isteriKu dalam kesetiaan," sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi Hosea. Namun, mereka yang menolak 'perkahwinan' kali  kedua itu akan dihakimi oleh Roh Kudus, dan ia disingkapkan sebagai "bulan menjadi merah darah." Bulan yang tidak bercahaya atau "gelap" pula adalah merujuk khusus kepada 'perempuan' yang memasuki Hari Tuhan! "Bulan" mengungkapkan perihal the mother-hood of the people of God. Permulaan post Pentecost adalah "bulan merah" dan sebelum Hari Tuhan juga adalah "bulan merah."  Karya atau "nama" Hakim diberitakan oleh bahasa Roh dengan pemberitaan penglihatan--penglihatan 'langit' dalam  Matius 24: 29. Pemberitaan seumpama itu adalah dikatakan 'pemberitaan' langit dan cakrawala (Mazmur 19: 2). Ia hanya dilihat melalui penglihatan-penglihatan Rohani!
   
    Domba Tuhan di atas kayu Salib adalah karya Raja Damai yang diutus Bapa. Namun, Wahyu 6: 12 adalah memberitakan Karya atau pekerjaanNya yang diumumkan sebagai Hakim: bukankah Kristus itu Matahari yang mengelilingi bumi? Kristus bagaikan Matahari (Wahyu 1: 16; Mazmur 19 5-7), namun oleh kerana “matahari menjadi hitam dan bulan menjadi merah, maka ia mengungkapkan tentang agenda 'menghukum dan menghakimi bumi' dengan penuh keadilan. Matahari yang hitam itu berarti karya Tuhan sebagai Hakim, dan bukanlah agenda perdamaian oleh Raja Damai.

_____________

“29 segera sesudah Siksaan (‘Siksaan’ itu merujuk kepada meterai 1 hingga meterai 5 dalam Wahyu 6: 1-11)  pada masa itu, matahari akan menjadi gelapdan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang.
30 Pada waktu itu akan tampak tandaAnak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap, dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaaan dan kemuliaanNya. (Matius 24: 29-30)

    Kamu percayakah bahawa kata-kata dua Malaikat dalam Kisah 1: 11 yang menjelaskan secara ringkas bagaimana Yesus terangkat ke Sorga itu sebenarnya t menyingkapkan ‘rahasia-rahasia’ apabila Dia akan kembali-turun ke bumi kelak ?

6 Maka bertanyalah mereka yang berkumpul di situ: “Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?”
7 JawabNya: “Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasaNya.
8Tetapi kamu akan menerima kuasa,kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksiKu di Yerusalem  dan Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi.”
9 Sesudah Ia mengatakan demikian, terangkatlah Ia disaksikan oleh mereka, dan awan menutupNya dari pandangan mereka.
10 Ketika mereka sedang menatap ke langit waktu Ia naik itu, tiba-tiba berdirilah dua orang yang berkaian putih dekat mereka,
11 dan berkata kepada mereka “hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu,akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga.” (Kisah Para Rasul 1: 10-11)
_________________


Apakah yang dimaksudkan oleh kedua Malaikat berkain putih itu dengan kata-kata “Yesus…akan datang kembali dengan cara yang sama ?”


    Bagaimana ia terangkat ke sorga, maka demikianlah ia akan turun ke bumi.  Sewaktu Yesus terangkat, ‘awan menutupNya.’ Apakah awan itu? Apakah ia adalah betul-betul awan iaitu, awan-awan di langit harafiah itu ? Ataupun ‘awan-awan’ tersebut adalah merujuk kepada realiti alam-roh?

    Kita dengar nyanyian Raja Daud bahawa Daud amat dekat sekali hatinya dengan Tuhan YHVH.  Tuhan bergaul karib dengan Daud, dan demikian juga halnya dengan semua nabi-nabi Tuhan yang menulis lirik lagu-lagu dalam Kitab Mazmur. Banyaklah rahasia-rahasia yang diberitahukan oleh Tuhan kepada para nabi tercatat dalam lirik-lirik lagu dalam Kitab Mazmur.  ‘Awan-awan’ (Cherubim) itu senantiasa bersama dengan manifestatsi Roh Tuhan YHVH. Di Sorga, awan-awan itu berkepul-kepul seperti kepulan kapas-putih salju yang menceritakan kemuliaan Tuhan yang Mahasuci. Hakikatnya, awan-awan itu adalah manifestasi Ilahi yang menyatakan kemuliaanNya.  ‘Awan-awan’ itu adalah bersifat ‘roh.’ Ia bukanlah awan kebiasaan yang selalu kita lihat di langit sebenar di bumi ini.  ‘Awan-awan’ itu adalah roh yang ikut serta dengan Roh Tuhan: kerubOleh kerana ia bersama Tuhan, maka memang benarlah pemazmur bernyanyi seolah-olah Tuhan “…menjadikan awan-awan sebagai kenderaanNya,…” (Mazmur 104:3).


Bagaimana mungkin ‘awan-awan’ itu dapat menyingkapkan maksud tentang kemuliaan namaNya.


    'Nama' itu dalam nubuatan adalah bermaksud ‘karya.’ Yakub yang hanya mempunyai misi normal dalam hidupnya telah diberikan suatu perutusan Nama Sorgawi yang baru , selepas ia mendapat pengajaran yang disingkapkan oleh pergelutannya melawan kehendak malaikat yang ingin dilepaskan. Yakub berdegil dengan rencananya untuk tidak melepaskan malaikat itu selagi malaikat itu belum memberikan 'berkat.' Di dalam nama Israel ada pertolongan dan kuasa Tuhan yang menyertainya. Kehendak YHVH ataupun karya Ilahi mula disingkapkan kepada Yakub dengan menganugerahkan perutusan 'nama' Israel yang memberitakan maksud rencana Tuhan atau misi Tuhan dalam kehidupan barunya, dan juga keturunan Yakub; demikianlah Sorga berkerja atau berkarya di bumi untuk menyatakan Jalan keselamatan kepada manusia yang mewarisi luka Adam: 'nama' dari Sorga disingkapkan! Pemazmur menyanyikan lirik roh “langit memberitakan pekerjaan (handiwork) Tuhan” (Mazmur 19: 2). 'Pekerjaan' (handiwork) Tuhan mengikut 'nama' atau sifat Roh Tuhan. Justeru itu, apakah 'nama' Kristus yang disingkapkan oleh Matius 24: 29-30?Pastinya kita mudah melihat maksudnya! "Langit" dalam Mat.24: 29 jelas memberitakan kemuliaan "nama," Hakim. Karya Tuhan dalam kedatangan Kristus yang kedua adalah kemuliaan namaNya sebagai Hakim yang Maha-adil.

    Pada waktu Yesus Kristus naik ke Sorga, Ia “… memerintah awan-awan dari atas, [supaya] membuka pintu-pintu langit, (Mazmur 78: 23). Kemudian ‘awan-awan’ (Cherubim) itu menutup kembali bukaan pintu lapisan-lapisan Sorgawi. Namun, semua ini bukanlah awan sebenar yang biasa kita lihat. Ia adalah  manifestasi realiti-realiti alam ‘roh.’   Kedua Malaikat yang berjubah putih telah berkata dalam Kisah 1: 11 bahawa Kristus akan kembali  “…dengan cara yang sama.Kenapa ? Kerana frasa itu mendedahkan rahasia ‘bukaan’ pintu 7-lapis-sorgawi  ketika urusan turun-naiknya Roh Tuhan di antara Sorga dan bumi.

    Maksudnya, Kristus akan terlebih dahulu menitahkan ‘awan-awan’ (kerub/Cherubims) yang bersama denganNya supaya membukakan pintu-pintu langit, dan baharulah kemudiannya, Kristus akan turun ke bumi. Maksudnya ialah firman yang diungkapkan oleh Mazmur itu adalah realiti alam roh. Harus kita ingat bahawa ‘bintang Bethlehem’ hanya dapat dilihat oleh tiga orang majus sahaja pada ketika kelahiran Yesus. Dan ketiga-tiga manusia itu adalah orang majus dari timur. Maksudnya, bintang Bethlehem itu sebenarnya adalah realiti roh; ia tidaklah dilihat oleh semua orang.  Nabi Balaam ben Beor sahaja yang bernubuat tentang ‘bintang’ House of Jacob itu, di zaman dahulu-kala, yang kemudiannya selepas lebih 1,400 tahun, maka, ia disahkan telah dilihat oleh Seers yang sejenisnya dengannya:  heathen seers.

Bagaimanakah ‘pintu-pintu langit’ itu dibuka dan kemudiannya ditutup kembali oleh ‘awan-awan’?

     Pemazmur bernyanyi “maka Ia memerintah awan-awan dari atas, membuka pintu-pintu langit, (Mazmur 78: 23). Pemazmur juga bernyanyi “8 Hai api dan hujan es, salju dan kabut (awan), angin badai yang melakukan firmanNya; (Mazmur 148: 8).  Maka, kita tahu bahawa ‘awan-awan’ (clouds) itu adalah bahasa ‘Roh’ yang menjelaskan bahawa ‘awan-awan’ itu senantiasa patuh-melaksanakan firmanNya.
     Kristus bersabda bahawa ia adalah Manna dari Sorga, akan tetapi apakah dia benar-benar seperti roti yang turun di padang gurun di zaman Kitab Keluaran?  Jawapannya memang bukan! Tetapi, roh manusia menurut penciptaannya adalah bergantung kepada Roh Tuhan untuk mendapat kehidupan yang penuh.  Justeru itu, Yesus mengumpamakan diriNya sebagai ‘Manna dari Sorga’ kerana setiap firman yang keluar dari mulut ‘Pokok Kehidupan adalah diumpamakan, sebagai manna yang memberikan makanan kehidupan kepada ‘ranting.’  Maka, ‘awan-awan’ itu adalah tunduk kepada firman Tuhan.  ‘Awan-awan’ menjadi watak yang hidup dan melaksanakan Firman Tuhan! “…awan…, melakukan FirmanNya” (Mazmur 148: 8). ‘Awan-awan’ itu adalah sebenarnya adalah hadirat mahluk malaikat-malaikat cherub! (Mazmur 18: 11); mereka turut serta dalam rombongan hadirat Tuhan.

                                                           



     Justeru itu, “dia datang di atas awan-awan di langit” membawa erti bahwa awan-awan itu sebenarnya suatu pernyataan hadirat Roh Tuhan di bumi untuk melaksanakan agenda 'menghakimi dan menghukum': Kristus bersama para penuai iaitu para malaikat. ‘Awan-awan’ itu adalah malaikat Cherubim bersama Roh Tuhan, dan sebahagian daripada pernyataan Roh Tuhan sendiri; malaikat kerub bersama Tuhan.  Ia mengungkapkan pelbagai mesej menurut bagaimana ‘awan-awan’ itu dinyatakan kepada hamba-hambaNya, nabi Tuhan.  Raja Daud bernyanyi bahawa ‘2 Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan Cakrawala memberitakan pekerjaan tanganNya (karya atau nama);’ (Mazmur 19: 2).  Maka kita tahu bahawa ‘awan-awan’ itu adalah fenomena alam yang mengungkapkan pemberitaan sesuatu mesej roh yang bersifat profetik dan juga mendedahkan maklumat makrifat Sorgawi. Tetapi, dalam penulisan lirik-lirik lagu, ia seringkasnya ditulis "langit memberitakan pekerjaan ('nama') tangan Tuhan."

     Dalam Kitab Wahyu 6 ayat 14, Santo Yohanes mencatatkan penglihatannya, “…maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.” Sudah tentu Wahyu 6: 14 sedang berbicara perihal ‘mesej roh,’ dan bukanlah tentang langit sebenar dan bukan juga berbicara tentang bumi sebenar. Ayat 14 berbicara tentang turunnya Hadirat Kristus ke bumi untuk melaksanakan karyaNya:   penghakiman dan penghukuman.  Frasa “…tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya” mengungkapkan bahasa tentang Murka dan keadilan Hakim.  Murka Hakim yang penuh keadilan itu juga diungkapkan sebagai nyanyian “Lalu goyang dan goncanglah bumi, dan dasar-dasar gunung gemetar dan goyang, oleh kerana menyala-nyala nmurkaNya” (Mazmur 18: 8; Mazmur 50: 1-6).  Namun, jika ia dilihat sebagai manifestasi 'Theophany' seperti dalam Kitab Keluaran bab 19, maka 'tergeserlah gunung-gunung' adalah reaksi harfiah di bumi kerana hadirat ('Wajah') Kristus.

     Kisah Para Rasul 1: 11 menyingkapkan bahawa Kristus akan kembali  “…dengan cara yang sama “ dan ‘pendedahan-pengetahuan’ yang diberikan oleh kedua -dua Malaikat itu samalah maksudnya dengan ayat yang digambarkan oleh frasa ayat ke-14, Wahyu 6 : menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung.” Frasa ini adalah frasa firman (roh) yang merujuk kepada mesej yang dimaksudkan oleh kedua malaikat yang berjubah putih dalam Kisah Para Rasul 1: 11. Justeru itu, Kristus dijangkakan akan turun pada ayat ke-14 dalam Wahyu 6. “Dan TUHAN memperdengarkan suaraNya di depan tentaraNya.  PasukanNya sangat banyak dan pelaksana firmanNya kuat. Betapa dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat menahannya?” (Yoel 2: 11)

     Kita tahu langit sebenar tidak akan bergulung kerana warna biru langit itu adalah batasan kemampuan penglihatan mata kasar manusia! Bukanlah langit harfiah biru itu yang akan mengulung ataupun fenomena ‘outerspace winds.’  Namun, ‘awan-awanlah’ yang sebenarnya bergulung-gulung itu! Malaikat kerublah yang bersama Kristus yang digambarkan sebagai “awan-awan itu bergulung” kerana mereka sedang memberikan bukaan pintu-pintu langit. ‘Awan-awan’ itu adalah bahasa roh (firman Tuhan) kerana ia adalah ‘roh. Ia sama-sekali tidak merujuk kepada  awan-awan harafiah di bumi ini; It doesn’t refer to the natural clouds of the skies within earth's layers of atmospheres. Ia adalah ‘awan-awan’ yang bersama dengan Roh Tuhan, dan memangpun mereka adalah roh kerub. Dalam Mazmur 18, dinyanyikan perihal ‘awan-awan.’ “…Kekelaman ada di bawah kakiNya” (ayat 18).  ‘Ia mengendarai Kerub, lalu terbang dan melayang di atas sayap angin.’ (ayat 11). 

     Ketika Yesus diangkat ke-sorga, “awan-awan itu menutupiNya” sehingga Ia tidak kelihatan lagi.  ‘Awan-awan’ itu adalah sebenarnya kerub-kerub Tuhan yang kelihatan seperti awan, dan hanya disaksikan oleh orang-orang percaya yang sumbu roh mereka telah disucikan oleh darah Yesus. Pengangkatan Yesus ke Sorga dicatat oleh Para Rasul! Para Pengikut Jalan atau anak-anak kepada Perempuan (Woman & her offspring) disebut memiliki kesaksian tentang Kristus. Pemerintah-pemerintah tidak memiliki kesaksian, maka mereka tidak membuat apa-apa catatan tentang pengangkatan itu, malah mereka tidak mempercayai akan  nama-nama yang diutus oleh Allah Bapa. Nama Tuhan adalah memberi maksud misi atau karya Tuhan. Contoh nama Tuhan adalah seperti Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia, dan juga namaNya sebagai Pembaptis api.


“…Kekelaman ada di bawah kakiNya” (Mazmur 18: 18)


     Nabi Yesaya bernubuat bahawa “Langit adalah takhtaKu dan bumi adalah tumpuan kakiKu; ...” (Yesaya 66: 1).  Jika Hakim Kristus turun ke bumi, Ia akan keluar bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari kamarnya, girang bagaikan pahlawan yang hendak melakukan perjalanannya.  “Dari ujung langit ia terbit, dan ia beredar sampai ke ujung yang lain; tidak ada yang terlindung dari panas sinarnya.” (Mazmur 19: 7). Yesus Kristus ketika di lereng bukit Zaitun bernubuat dengan maksud yang sama “ sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pula kelak kedatangan Anak Manusia.” (Matius 24: 27). “Sebab sesunguhnya, TUHAN mau keluar dari tempatNya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.” (Yesaya 26: 21).

     Bagaimanakah bumi itu dikatakan sebagai “tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya” ? “…datanglah malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas.  Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah takhta itu.  Tuhan akan menunaikan pembalasan dan keadilanke atas semua darah yang tertumpah ke bumi, sebagaimana yang diungkapkan oleh “kemenyan bersama dengan doa semua orang kudus.”

Dan TUHAN memperdengarkan suaraNya di depan tentaraNya. PasukanNya sangat banyak dan pelaksana firmanNya kuat.  Betapa dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat menahannya?” (Yoel 2: 11)


“Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit..” (Matius 24: 30)

“…Kekelaman ada di bawah kakiNya”(Mazmur 18: 18)


     Kekelaman itu adalah disebabkan oleh ‘awan-awan’ (kerub) yang menyatakan 'gambaran makrifat' gelap. Awan 'gelap' memberitakan mesej Murka Tuhan; langit memberitakan pekerjaan tangan Tuhan.  Perjalanan murka Tuhan itu adalah seperti perjalanan puting beliung sebagaimana yang disingkapkan oleh nubuatan nabi Nahum dalam Nahum 1: 3 yang telah diulas dalam tulisan siri yang pertama Kedatangan Kristus...Part 1.’ Maka, ‘tanda’ Anak Manusia di langit adalah ‘kekelaman’ murka Tuhan di seluruh dunia.

   Selama berabad-abad, banyak nabi-nabi dan orang-orang kudus telah bernubuat tentang ‘Tanda’ anak manusia di langit itu; iaitu ‘Tanda Salib.’  Ia menandakan kedatangan Kristus ke bumi dengan malapetaka-malapetaka murka menurut nubuatan-nubuatan para nabi. Secara peribadi, saya tidaklah percaya  bahawa ia akan dapat dilihat oleh semua penduduk bumi.  Bintang Betlehem, sebagai perbandingan, hanyalah disaksikan oleh tiga orang Majus dari timur, sedangkan gembala kambing pula mendengar pemberitaan para malaikat yang mengatakan bahawa tandanya Anak Manusia dilahirkan adalah seringkasnya “ada bayi di kandang sapi.” Tiada seorangpun di kalangan golongan Sanhedrin-Imamat yang melihat tanda-tanda Anak Manusia kecuali muridNya yang berketurunan Imamat iaitu Lukas dan Matius.  Malah, mereka tidak percaya, justeru, Yesus sengaja memberikan ‘tanda nabi Jonah’ yang cuma menambahi parah kekeliruan kegelapan mata roh mereka!


    Jika ada yang bersaksi pernah melihat ‘tanda Salib’ di langit itu, maka ia pastinya berlaku di kalangan orang-orang  percaya sahaja!  Santo Paulus menasihati bahawa nubuatan diberikan sebagai ‘tanda’ kepada orang-orang percaya.  Maka, nubuatan tentang ‘Salib di langit’ adalah ‘tanda’ untuk orang percaya sahaja, dan bukannya untuk orang yang tidak percaya!  Nubuatan tentang ‘tanda’ Anak Manusia di langit itu, adalah untuk orang percaya sahaja, supaya ia akan membangun, menasihati dan menghibur” (1 Korintus 14: 3).  Dan supaya, mereka yang percaya akan ‘tanda-tanda yang diberi’ menjadi ‘blessed.’ Nubuatan yang diberikan kepada orang tidak percaya adalah umpama meletakkan ‘cincin emas dia atas muncung jungur babi:’ sia-sia belaka seperti memukat angin yang berlalu!  

    Walaubagaimanapun, ‘Salib’ seringkasnya membawa arti ‘Murka Tuhan.' Pada zaman Empayar Romawi, hukuman di atas kayu ‘salib,’ pasti memberikan siksaan yang membawa kematian! Kematian Yesus adalah disebabkan ia meminum ‘Piala Murka Allah Bapa,’ (the Cup of His Father's Wraths) yang telah ditumpahkan ke atas kepalaNya sebagai kambing Azazel, dan juga sebagai ‘Domba Tuhan yang menghapuskan dosa-dosa dunia.” Dia yang ditakdirkan sebagai Domba Tuhan’ yang ‘Setia dan Benar” telah  meminum habis semua murka itu! Kerana Ia menanggung semuanya itu, maka, pulau-pulaupun (termasuk bangsa-bangsa di Pulau Borneo) dapat bersukacita dan kaki-kaki gunungpun dapat memuji-muji perbuatan tangan kanan Bapa.

    Murka Allah Bapa ke atas semua dosa sepatutnya dipertanggunjawabkan, dan ditumpahkan ke atas setiap kepala manusia di bumi, tetapi Juruselamat datang untuk menanggung segala derita dan luka-luka kita, supaya kita dianugerahkan Jalan, Pintu dan Roh untuk mengenali Roh Tuhan Yang MahaKudus.  Pemazmur memuliakan Tuhan dengan mempersembahkan syukur kepada Tuhan sebagai korban ‘Terpujilah Tuhan! Hari demi hari ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. Sela  ‘ (Mazmur 68: 20).

Justeru itu, ‘tanda’ Anak Manusia itu adalah ‘Murka Tuhan’ yang ditumpahkan ke seluruh dunia! Maksudnya, kedatangan Kristus ke bumi adalah untuk melaksanakan karya Penghukuman dan Penghakiman; ‘Salib’ adalah lambang penghakiman dan penghukuman. Jikalau kita tidak dapat melihat  ‘tanda Salib’ itu, maka ‘tanda’ itu masih dapat dimengertikan melalui pemberitaan nabi-nabi Tuhan yang memproklamirkan ‘nubuatan-nubautan penghukuman' yang menyeluruh di seluruh dunia.

    Nubuatan tentang peperangan dunia ke-3, WW3, adalah salah satu 'tanda' yang menjelaskan perjalanan ‘Murka Tuhan’ yang akan ditumpahkan ke seluruh bumi. ‘Salib Yesus’ adalah perlambangan 'murka Tuhan Bapa' yang ditumpahkan ke atas kepala ‘Domba Tuhan.’ Dan murka itu yang sepatutnya ditumpahkan kepada semua orang dari semua zaman telah ditumpahkan ke atas kepala Yesus di atas kayu Salib. Pada hari Tuhan, pembalasan oleh murka Tuhan akan menimpa semua orang.  Maka, ‘tanda’ Anak Manusia memberi maksud bahawa Murka Tuhan akan benar-benar ditumpahkan ke atas semua kepala manusia apabila bermulanya pemberitaan langit sebelum hari Tuhan‘matahari jadi gelap, bulan tidak bercahaya, dan bintang-bintang berjatuhan.’

    ‘Kekelaman ada di bawah telapak Kaki Yesus’ itu adalah dilihat sebagai penglihatan ‘Salib’ oleh sesetengah orang percaya terutama dari kalangan komuniti Katolik.  Sudah tentu ‘penglihatan-penglihatan’ rohani  itu bukanlah merujuk kepada ‘chemtrails’ kapal terbang! Bagi mereka yang tidak pernah melihat penglihatan ‘Salib,’  maka, kekelaman ‘awan-gelap’ pada tapak kaki Yesus itu dapat  ditanggapi sebagai ‘murka Tuhan’ dalam bentuk peperangan dunia yang ke-tiga : WWIII. Tapak kaki yang gelap kelam itu adalah ‘murka Tuhan’ yang mencurah sebagai manifestasi ‘peperangan’ di muka bumi. Dan, peperangan ini akan mendahului ‘Hari Tuhan’ iaitu, hari turunnya Kristus. (WW3 precedes the 2nd Coming of Christ.). Bila Ia turun, ‘awan-awanitu akan memberikan fenomena roh yang dilihat melalui penglihatan roh:  ‘bergulung seperti gulungan kitab.  

(Lihat Link mengenai WWIII menurut nubuatan 'Old Woman of Valdres,' Norway )



To be continued……………to Part 3