Khamis, 5 Januari 2017

Roh Tuhan yang saya kenali adalah menurut Ordo Melkisedek: Sevenfold gifts of the Divine Spirit


Roh Tuhan yang saya kenali adalah Roh 'nama-nama' Kristus yang ‘satu-Roh' dengan 'nama-nama' Bapa, dan 'nama-namaRoh Kudus dan ketiga-tiga 'nama-nama' mereka dinyatakan (revealed) kepada umat manusia menurut Ordo Melkisedek. Roh Tuhan yang Maha Sempurna adalah Tuhan Pencipta dan empunya bagi semua ciptaan di alam semesta ini, sama ada yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan. Segala ciptaan sama ada yang hidup ataupun yang tidak hidup adalah tertakluk kepada ketentuan-ketentuan yang dipanggil Ordo Melkisedek.  Roh Tuhan yang Maha-sempurna mengetahui segala sesuatu perihal ciptaanNya sendiri sebelumpun semuanya dicipta.  Segala pengakhiran adalah diketahuiNya sebagaimana Ia mengetahui segala permulaannya. Kesempurnaan Roh-Tuhan menjelaskan bahawa segala sesuatu yang Ia cipta sudah tentu menuruti ketentuan-ketentuan Ilahi (Laws atau Order). Santo Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Kolose menjelaskan perihal 'ketentuan-ketentuan Ilahi' di dalam penciptaan 'langit dan bumi,' dan 'ketentuan-ketentuan' Ilahi itu disebut "Ordo Melkisedek," iaitu 'the Word of God,' dan roh nubuat  nyatakan sebagai 'Kristus, Anak Tuhan yang Mahatinggi' :



13 Ia telah melepaskan kita dari kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam Kerajaan Anak-Nya yang kekasih;

14 Di dalam Dia kita memiliki penebusan kita, yaitu pengampunan dosa.

15 Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan,

16 karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia.

17 Ia ada terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia (Kolose 1: 13-17).


Umat manusia bila 'berkarya' di Bumi, mereka akan menggunakan kapasiti intelek secara dominan. Justeru itu, manusia berusaha mewujudkan dan mencipta 'art or science of archiving' untuk menyimpan karya-karya manusia di bumi. Manusia juga menyimpan 'rekod semasa' perihal kerja-kerja tangan manusia di Bumi dengan pelbagai cara merekod termasuk 'sistem' fail yang diterima-pakai pada zaman moden ini. Bagaimana pula cara Tuhan, Pencipta Semesta Alam, mengurus rekod-rekod Penciptaan ? ; Ia mungkin satu soalan yang 'gila dan kelakar,' tetapi bagi golongan 'spiritualist;' kalau 'boleh' soalan itu perlu dijawab dengan 'jitu dan benar." Rekod Ilahi itu hidup dan kekal abadi! Segala firman Ilahi Tidak dapat dipisahkan dengan peribadi Roh Tuhan, maka Firman itu penuh berkuasa, benar, suci dan tanpa bercacat celah (sempurna). "Semua perkataan-perkataan Ku adalah ROH dan hidup," kata Yeshua. Firman menjelma dibaluti manusia: Anak Manusia. Segala pekerjaannya adalah menurut 'rekod Allah Bapa yang hidup;' rekod (Firman Allah) itu 'hidup' dan tersimpan dalam peribadi Kristus. Di zaman patriarch, ketentuan-ketentuan Ilahi yang hidup (the Word of God) adalah dikenali sebagai firman menurut Ordo Melkisedek. Abram pernah bertemu dengan Raja Kebenaran dari Salem. Raja itu adalah menurut Ordo Melkisedek. Ia wujud menurut kehendak-kehendak Bapa Sorga atau menurut Ordo Melkisedek.     
   Semua ketentuan-ketentuan (firman) Ciptaan Tuhan yang menurut 'rekod Ilahi' Melkisedek adalah roh dan hidup, dan kekal abadi, maka ini menjawap kenapa Roh Kudus berkomunikasi melalui Dream dreams, visions dan prophetic Voice (Joel 2: 28). Ini juga menjawap kenapa Yeshua berkata bahawa Ia datang bukan untuk membatalkan Taurat. Taurat, nubuat-nubuat dan Lirik Ilahi dalam Mazmur berasal dari Roh Allah, maka rekod asalnya tersimpan secara 'roh' dan 'hidup kekal abadi'  pada Roh Allah. Catatan bertulis oleh tangan manusia adalah usaha manusia untuk 'merekod' firman Allah, namun sukarlah dimengertikan oleh kapasiti intelek, jika sekiranya 'roh pengertian' tidak turun ke atas sumbu roh seseorang. Ia ('rekod Allah yang hidup ') tidaklah dibatalkan kerana bagaimana mungkin Kristus membatalkan diriNya sendiri? Rekod manusia jelas sekali tidaklah kekal abadi, dan ia boleh saja dibatalkan atau musnah pada bila-bila masa sahaja. Semua 'rekod Allah' itu tidak terbatal dan tidak pula tertakluk kepada kemusnahan kerana ia tersimpan secara 'roh' dalam Roh Kristus (atau Melkisedek). Rekod Allah yang hidup harus dikerjakan oleh Tuhan supaya 'karya' Ilahi siap dikerjakan oleh Roh Tuhan. Tiada satupun firman Allah dibatalkan kerana ia adalah 'roh' dan 'hidup.' Akan tetapi, Roh Tuhan mengerjakan semua firman sehinggalah maksudnya digenapi. Langit dan Bumi akan berlalu tetapi tiada satupun firman akan dibatalkan. 


    Tuhan menyimpan segala-gala rahasia CiptaanNya dengan cara yang jauh berbeda sekali dari apa yang dapat difikirkan oleh intelek manusia. Tuhan itu adalah Roh. Dia adalah Pencipta 'langit dan bumi.' Segala-gala maklumat 'roh' ataupun rahasia-rahasia Penciptaan disimpan dalam 'satu' lagi 'peribadi Ilahi' dalam diriNya sendiri yang Esa, ia dinubuatkan sebagai peribadi 'Kristus' ataupun 'Firman.' Pada mulanya Roh Allah yang Esa melayang-layang dalam gelap-gulita, dan kemudian baharulah ia mula bermula dengan... :"Pada mula nya Firman (Roh Kristus) ...." Ciptaan dimulai dengan pengwujudan "Firman" (alpha dan Omega), ataupun 'peribadi Roh Ilahi' dalam 'peribadi Roh Ilahi' yang Esa. Santo Yohanes bersaksi: "Pada mulanya adalah Firman (Roh Kristus), dan Firman (Roh Kristus) itu ada bersama-sama dengan Tuhan (Bapa), dan Firman (Roh Kristus) itu Tuhan." (Yohanes 1: 1). Di dalam 'Firman,' Alpha & Omega, tersimpanlah semua rahasia-rahasia Penciptaan. Maka, itulah yang dimaksudkan oleh kata-kata Santo Paulus, "terlebih dahulu dari segala sesuatu"   dalam petikan surat Rasul di dalam Kolose 1: 16-17. Firmanlah yang terlebih dahulu wujud sebagai ketentuan-ketentuan (Ordo) semua kewujudan di alam semesta ini dalam peribadi 'Melchizedec'. Maka, YHVH, Raja Kebenaran, Raja Damai, Domba Tuhan, Raja segala raja, Emmanuel, ROH Kebenaran, Hakim penuh keadilan Dan 'nama-nama' Tuhan dalam Alkitab adalah tertakluk kepada Ordo Melkisedek. Justeru kerana Ordo inilah sifat-sifat Ilahi yang menyelamatkan manusia berdosa ('wounded') telah turun ke Bumi secara consistent (tidak berubah) menganugerahkan 'jalan' Penebusan atau Jalan altar. Seluruh Perjanjian Lama menggajarkan bahawasanya 'jalan' altar adalah 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa Ibrani; ...cuma pengupacaranya adalah manusia (Imamat) dan korbannya adalah binatang menurut Taurat. Dalam Perjanjian Baru, anugerah 'Jalan' telah datang dianugerahkan kepada semua bangsa-bangsa di dunia apabila Pengupacara Altar itu iaitu Imam Melkisedek, dan Korban itu adalah diriNya sendiri, iaitu 'Firman menjadi manusia,' Domba Tuhan. 

    Penyimpanan 'maklumat-roh' perihal ciptaan-ciptaan, rahasia atau misteri Ciptaan Tuhan ada 'tersimpan' di dalam peribadi, Alpha dan Omega, Roh Kristus sebagai Anak Sulung. Rahasia-rahasia Ciptaan ada di dalam 'peribadi Kristus,' dan disimpan menurut Ordo Melkisedek. Maka, Ordo Melkisedek juga adalah merujuk kepada peribadi Ilahi, iaitu 'Firman,' Kristus. Justeru itu, mengenali Kristus sudah tentu samalah artinya 'mengetahui' "Rahasia" Allah Bapa! Itulah sebabnya kenapa nubuat dalam Kejadian 1: 26 disampaikan bahawasanya peribadi Roh Tuhan yang Esa itu, 'seolah-olah' mempunyai 'beberapa peribadi Ilahi,' kerana 'ke-Esaan' Roh-Tuhan diungkapkan dalam 'kata-nama Jamak' (plural) yang berbunyi "Kita." Dalam Kejadian Bab 1 ayat 26 dicatatkan bahawa: 'Berfirmanlah Allah, "Baiklah 'Kita' menjadikan manusia..." Ordo itu menjamin bahawasanya segala sesuatu yang diciptakanNya adalah senantiasa dalam takluk Kedaulatan Kuasa Ilahi. Tuhan itu Roh! Maka, segala 'Firman' yang menyatakan hukum-hukum ciptaan adalah dinyatakan kepada umat manusia sebagai Order of Melchizedec.  Semua firman Tuhan yang dianugerahkan kepada manusia tidaklah diberikan sembarangan melainkan ianya konsisten 'suci' (holy), 'tidak bercacat celah' (flawless), 'benar' (righteous), 'penuh dengan kuasa' Roh Ilahi, dan ia disampaikan dalam 'roh nubuat' (the Spirit of prophecy). Apakah itu roh nubuat? Dalam Wahyu 19:10  Santo Yohanes bersaksi bahawa “...kesaksian ‘Yeshua adalah roh nubuat.

Semua firman Tuhan di dalam Alkitab adalah disampaikan oleh mulut-mulut Tuhan (para nabi) di dalam ‘roh nubuat.’ Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 mengatakan bahawa: “Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama Allah dan Firman itu adalah Allah..,” dan kemudian dalam ayat 14 “Firman itu telah menjadi manusia,...” Roh Tuhan merencanakan agar 'Seed' dari Roh Kudus akan menjadi manusia sebagai mengenapi nubuat "Tunas Kebenaran" dari keturunan Daud di dalam rahim Santa Maria. Justeru itu, Roh Kristus yang ada bersama Bapa dari permulaan 'Creation' telah dilahirkan menjadi manusia dan dipanggil "Firman itu telah menjadi manusia..." Kata-nama Yeshua sebagai "Anak Manusia" kerana ia dibaluti daging dari ovum Santa Maria, maka 'seed' (ovum) daging Yeshua adalah berasal dari tunas Daud; frasa 'nama' "Anak Manusia" itu juga menubuatkan karyaNya sebagai kambing Azazel di atas Kayu salib. Akan tetapi asal 'Seed' roh ‘Yeshua Kristus’ adalah dari Roh Kudus. Maka ia disebut dengan frasa-nama 'roh-nubuat' sebagai "Anak Tuhan yang Maha tinggi."

Kerana Yeshua adalah seratus peratus manusia, maka ia disebut dalam frasa nubuat sebagai “Anak Manusia,”yang melayani Bapa dalam takluk pelayanan para nabi (in the ministry of the Prophet).  Oleh kerana rohNya adalah berasal dari Roh Kudus, maka ia juga dinubuatkan untuk dinamai, "Yeshua, Anak Tuhan Yang Maha Tinggi.”  Rencana Ilahi yang mentakdirkan “Firman telah menjadi manusia” adalah dijelaskan sendiri oleh mulut Yeshua dalam Injil Lukas 24: 44: Ia berkata kepada mereka: “Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Moshe, kitab Nabi-Nabi dan kitab Mazmur.” 

     Yeshua  dipanggil "Anak Manusia" sebagaimana Nabi Ezekiel yang juga diberi nama  sebagai 'anak manusia' jelas menyatakan takdir mereka sebagai 'kambing Azazel.' Frasa-nama menurut 'roh nubuat' itu menjelaskan bahawasanya Yeshua datang sebagai "Firman menjadi manusia," dan melayani Roh Allah Bapa dalam 'pelayanan nabi' (ministry of the Prophet) dan juga mengenapi roh nubuat perihal kambing Azazel (kambing hitam). PelayananNya sebagai nabi bermula dari saat pembaptisanNya di sungai Yordan. Namun, Yeshua juga datang untuk mempersembahkan diriNya sebagai Domba Tuhan sorgawi yang menghapuskan dosa-dosa dunia; ia juga menggenapi rangkai-kata 'Roh nubuat ' dalam doa Bapa Kami"... jadilah kehendakMu di bumi seperti di Sorga (Altar)." Yeshua adalah satu-satunya 'manusia' yang sepenuhnya dapat menyempurnakan 'Bapa Kami;' kegagalan kita untuk menyempurnakan 'tanggungjawab rohani' dalam mesej nubuat dalam doa Bapa Kami menjelaskan betapa kita hanya berharap dan bersandarkan kepada Sifat Ilahi, iaitu anugerah ketaatan pengampunanNya. Dan apabila Dia naik ke Sorga, maka Ia telah dimuliakan oleh Bapa dan melayani sebagai Imam Agung Melkisedek iaitu, "duduk di sebelah Kanan Bapa (Raja Damai/Pengantara)." Jadi, Yeshua yang kita kenali sebagai "Raja Damai" telah menggenapi/mengerjakan ketiga-tiga pelayanan Ilahi yang dimaksud. 

    Segala mukzijat yang dilaksanakan oleh Yesus bukanlah membuktikan keIlahian Yeshua, walaupun Ia membuat mukzijat dengan kuasa 'nama-nama' Ilahi. Yeshua yang disebut 'Anak Manusia, telah melayani dalam pelayanan nabi' selama hampir 3 tahun, dan akhirnya, Ia mempersembahkan diriNya sebagai Domba Paskah! Jika demikian, apakah bukti keilahianNya? KeIlahian (Divinity) Yeshua adalah hanya dapat dilihat apabila seseorang menerima anugerah 'roh-tujuh-lapis Karunia' supaya ia melihat "Firman menjadi manusia." Maka, barangsiapa yang tidak melihat dan tidak percaya "Firman menjadi manusia," maka mereka sudah tentu memerlukan 'kelahiran kembali' oleh kuasa kehendak Karunia Roh Tujuh lapis. Dan, jikalau nama mereka tidak tertulis dalam Buku Kehidupan, maka sudah tentu mereka boleh saja tergolong sebagai manusia yang dikuasai oleh roh AntiKristus! "Firman menjadi manusia" adalah bukti divinity Yeshua. Ia dilihat oleh mata roh, dan dengan 'anugerah' 'lidah -api' maka kita akan dapat melihat 'Firman' yang tersingkap.

Yeshua berkata: “Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah ROH dan HIDUP.” Yohanes 6: 63 b. Namun, kita yang hidup dengan pusat kesedaran pada otak sudah pasti tidaklah ghairah dengan 'nama-nama' ‘roh Tuhan’ atau ‘Firman.’ ‘Precepts rohani menyatakan bahawa ada tiga sumber yang menawarkan kehidupan kepada manusia yang ‘luka’ di bumi.  Sumber Kehidupan yang benar dan sejati adalah ‘nama-nama Tuhan. Manusia yang ‘luka’ pula mengatakan bahawa kehidupan adalah ‘nama-nama’ manusia ('karya-karya manusia'), dan juga ‘nama-nama 'binatang’ ('karya/handiwork' pemerintah atau kerajaan). ‘Nama-nama roh-roh yang ada di bumi juga turut menawarkan kepada kita sebagai sumber-sumber yang dapat membantu 'daging' untuk melihat arti atau 'alasan-alasan' untuk hidup selama tempoh-hayat daging kita di bumi ini. Karunia 'Roh Pengertian' ‘roh nubuat’ menjelaskan perkataan nubuat ‘nama adalah bermaksud ‘karya ('handiwork').

Wahyu 19: 10 b berbunyi “kerana kesaksian Yeshua adalah ‘roh nubuat.’ Wahyu 19: 13 juga memberikan penjelasan menurut ‘roh pengertian’ mengenai dengan Yeshua bahawa “...namaNya ialah: “Firman Allah.” Justeru itu, kata-nama ‘Yeshua’ mengikut Roh nubuat adalah juga disebut 'the Word of God,' kerana ‘karya Yeshua adalah sepenuhnya Firman Allah. Kita langsung tidak tahu apakah ‘karya’ atau pekerjaan-pekerjaan Roh Tuhan sebagai Pencipta, jika sekiranya tidak ada “the Word of God” (Firman Allah) dianugerahkan kepada umat Tuhan. Malah, kita tidak tahu apakah Tuhan itu wujud atau tidak, jika sekiranya tiada Firman Allah dianugerahkan kepada umat manusia.  Kita percaya Roh Tuhan itu wujud, kerana kita dianugerahkan dengan “Firman Allah” ataupun Yeshua. Maka, Yeshua adalah 'anugerah kasih' karunia Tuhan kepada umat manusia. 

Semua firman Allah yang dianugerahkan kepada manusia sejak zaman Adam yang telah dinubuatkan kembali oleh Nabi Moshe dalam Pentateuch adalah ‘roh nubuat.’   Roh nubuat itu merujuk kepada roh Kristus Yeshua kerana roh Kristus adalah Roh Kudus.  Dan Roh Kristus, Roh Kudus dan Allah Bapa adalah ‘satu’ Roh Tuhan.  Umat Tuhan, Ibrani, dalam Perjanjian Lama adalah penyembah-penyembah 'nama' Tuhan YHVH. Roh Tuhan YHVH adalah diutus oleh Bapa sebagai 'Raja segala raja dan Tuan segala tuan' kepada umat Israel.  Meskipun, umat Israel menyeru 'nama' YHVH sebagai Bapa mereka dalam tulisan nabi-nabi, namun sebenarnya roh Tuhan YHVH adalah ‘satu’ dengan roh Kristus Yeshua. Roh kedua-dua ‘nama’ peribadi Tuhan itu adalah Roh Ilahi yang ‘sama.’ Taurat, Kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur berbicara perihal Yeshua, Jurupenebus, Raja Damai sebagaimana pengakuan Yeshua dalam Lukas 24: 44

Roh Ilahi YHVH iaitu 'Tuhan bani Israel' bernubuat melalui ‘mulut-mulutNya’ mengenai peribadi diriNya sendiri dalam Perjanjian Baru kelak, iaitu ‘nama’ Yang diUrapi. Malah ‘nama’ YHVH dan ‘nama’ Kristus Yeshua menubuatkan tentang kedatangan ‘nama’ 'Nama' Tuhan sebagai Hakim yang akan datang ke bumi akan menghakimi dan menghukum bangsa-bangsa. Nama’ YHVH dan ‘nama’ Kristus Yehshua sememangnya adalah ‘roh’ Ilahi yang sama.  Sebelum Roh Tuhan mencipta segala sesuatu, iaitu 'langit dan bumi,' Roh Tuhan yang Maha Sempurna itu telah menetapkan bahawa setiap 'karya' Roh Tuhan akan diberitakan oleh pemberitaan 'langit' dengan ‘pengutusan’ namaIlahi. Salah satu rahasia Allah yang diketahui ramai oleh umatNya ialah bahawasanya Roh Tuhan 'berkarya' dengan mengutusnama-nama’ Tuhan (divine names) ke bumi. Ini menjawab soalan kenapa Roh Tuhan banyak ‘nama-nama’ Tuhan.

“Langit (skies) menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala (heavens) memberitakan ‘pekerjaan tanganNya’.” (Mazmur 19: 1). Perkataan nubuat ‘pekerjaan’ adalah merujuk kepada kata nubuat ‘nama’ Ilahi. TanganNya adalah merujuk kepada Kristus. Maka, jika kita mengerti kata nubuat "nama," maka Mazmur 19:1 juga akan berbunyi “...dan cakrawala (heavens) memberitakan ‘nama’ Kristus.”  Lirik nubuat seperti Mazmur 19: 1 ini memang benar Kerana pada ketika lahirnya ‘nama’ Raja Kebenaran di bumi oleh Santa Maria, ‘langit’ dan ‘cakrawala’ sesunguhnya menceritakan kemuliaanNya sebagaimana yang dilihat oleh para gembala kambing, dan tiga orang majus dari timur pula melihat ‘bintang’ bani Yakob. ‘Bintang Bethlehem’ itu memberitakan perihal ‘nama’ Kristus sebagai Raja Kebenaran’ kepada ketiga-tiga orang majus dari timur itu.  “Langit” dan “cakrawala” juga menyingkapkan secara konsisten perihal ‘nama’ Hakim Kristus sebagaimana dalam petikan Matius 24: 29; Wahyu 6: 12-14; Zechariah 14: 6-7; Kejadian 8: 21-22; Kisah Para Rasul 2: 19-20 atau Yoel 2: 30-31.

Semua ‘nama-nama’ Tuhan dalam Alkitab yang dinyatakan kepada umat Tuhan di bumi adalah berasal dari ‘perutusan’ dan ‘pengutusan’ dari Roh Tuhan ‘Satu.’ Semua ‘nama-nama’ Tuhan yang diutus ke bumi itu adalah bertujuan untuk penyelamatan manusia yang ‘luka.’ Mereka, meskipun, dilihat mempunyai ‘nama-nama’ yang dikhususkan untuk zaman-zaman tertentu, namun ‘nama-nama’ mereka secara konsisten disatukan dalam satu ‘nama’ yang dipanggil “the Word of God.” Semua ‘nama-nama’ yang diutus itu adalah menurut Ordo Melkisedek.  Semua ‘nama-nama’ mereka adalah Roh Kristus. Kristus adalah rahasia Allah. Ordo Melkisedek adalah ‘ketentuan-ketentuan’ Kristus. Kristus adalah yang kelihatan di bumi; Yeshua berkata: “ Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suaraNya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat.” (Yohanes 5: 37).  “Aku dan Bapa adalah ‘satu’ (satu Roh)” (Yohanes 10: 30). Kristus adalah Roh Tujuh Lapis karunia (Yesaya 11).  Mengenali Kristus adalah ‘harta’ Sion. Dan mengenali Bapa yang Maha Kudus dan Dia (Kristus) yang diutus Bapa adalah kehidupan kekal.

Ada seorang pemimpin bertanya kepada Yesus, katanya: “Guru yang baik, apa yang harus aku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?” (Lukas 18: 18).  Soalan pemimpin itu sebenarnya soalan yang sering berligar-ligar dalam minda kita semua.  Yeshua, kelak, memberitahu kepada pemimpin itu bahawa seseorang perlu "lahir kembali" untuk melihat Kerajaan Allah; 'melihat' bermaksud 'mengenali Roh Tuhan.' Dan "lahir kembali" adalah anugerah dan pekerjaan Kasih Karunia. Kasih Karunia itu dianugerahkan oleh "karya" Bapa yang mengutus "Anak Tuhan Yang Maha Tinggi." Justeru, barangsiapa yang percaya "nama" Bapa dan "nama" yang diberikan kepada Kristus, maka mereka akan menjadi 'anak-anak Tuhan.' Yeshua sebenarnya telah menjawab soalan perihal 'kehidupan kekal'  dengan pelbagai perumpamaan: “Akulah Jalan; Akulah Kebenaran; Akulah Kehidupan; Akulah Kebangkitan; Akulah Pintu; Aku Gembala yang baik; Akulah yang memegang segala kunci maut dan Kehidupan, Akulah Manna dari Sorga ...”…dan banyak lagi pengakuan Yeshua tentang diriNya dalam Kitab Suci. Semua pengakuan Ilahi Yeshua yang tercatat dalam Injil perihal diriNya, sebenarnya, bertujuan supaya apabila Roh Kebenaran yang dijanjikan itu datang kelak, maka mereka akan percaya kepada segala 'karya' Bapa, iaitu "the Word of God"  (Kristus, Order of Melchizedec).

     Namun reaksi kita semua bolehlah dirumuskan dalam ucapan Yeshua dalam Yohanes 10: 25 “ Aku telah mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak percaya; pekerjaan-pekerjaan yang Kulakukan dalam ‘nama’ BapaKu, itulah yang memberikan kesaksian tentang Aku.” Benarkah Yeshua telah berkata-kata kepada kita secara peribadi ataupun kita hanyalah sekadar mendengar dari cakap-cakap orang sahaja ataupun sekadar ‘membaca’ Alkitab sahaja ? Hakikatnya, saya tiadalah mendengar Yeshua (Roh tujuh Lapis Karunia) berbicara kepada saya secara peribadi! Sehinggalah, Ia menyingkapkan Firman yang tertulis dalam Alkitab melalui "Dream dreams, visions and prophetic Voice."

Membaca Firman dalam Alkitab hanyalah sekadar kapasiti intelek sahaja. Saya melihat bahawa ‘membaca’ bukanlah arti-kata ‘percaya’ walaupun minda kita masih dapat ‘mengiakan’ beberapa perkara perihal ‘nama-nama’ Kristus. Raja daud bernyanyi lirik lagu dalam Mazmur 119: 130: “Bila tersingkap, firman-firman Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.” Sebelum tersingkap firman-firman Nya hanyalah berlegar di dalam kapasiti intelek. Akan tetapi, apabila ia tersingkap, firman-firman itu mula dilihat sebagai ‘karya’ Roh Tujuh Lapis Karunia, dan mulalah kita mengerti bahawa ‘Firman’ itu adalah Roh Tujuh Lapis Karunia ataupun Roh Kristus! Apabila ia tersingkap, baharulah kita benar-benar menerima ‘biji sesawi dari Sorga’ yang boleh melontarkan gunung ke dalam laut.  Firman-firman Tuhan dalam pembacaan hanya akan tersingkap apabila kita berada dalam kamar, iaitu “spirit of prayer.”  Memasuki “Spiritof Prayer” menuntut kita 100 % percaya kepada “Way,” “Gate” dan “Keys”, iaitu Roh Kristus (Roh Tujuh Lapis Karunia). Ketika kita masih bayi, kita minum susu, dan 'agama' mengajar kita untuk menjadi manusia yang bermoral dan 'baik.' Apabila kita dewasa, kita akan makan 'daging;' Roh Kebenaran akan mengajar kita untuk melihat melalui sumbu roh kita sendiri tentang Roh Kristus dalam pengajaran 'spirit of prayerWay, Gate dan Keys.  Justeru itu, kita akan mengingini untuk "... mengenali Dia dengan lebih dalam lagi," seperti Paulus dalam Filipi 1:21.

Manusia ‘luka’ yang dibaluti daging memerlukan Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa, ataupun ‘pakaian kebenaran’ (garment of righteousness)  dan juga ‘tudungan Mercy.”  Hadirat atau ‘Wajah Emannuel” diseru agar ia turun ke atas ‘sumbu’ roh kita.  Pintu Roh Tuhan senatiasa terbuka, namun tidak  ada yang “impure” yang akan dapat menembusi pintu tersebut! Dalam Wahyu 21 : 25-27 menjelaskan bahawa “...pintu-pintu gerbangNya tidak akan ditutup pada siang hari, sebab malam tidak ada lagi di sana.”  “...Tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis (impure), atau orang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam Kitab Anak Domba itu.” Ia menjelaskan perihal Roh Tuhan Yang Maha Kudus di Sorga, namun ia juga menyingkapkan kepada kita betapa ‘roh’ kita yang masih dibaluti daging ini langsung tidak ‘sepadan’ untuk berurusan dengan Roh Tuhan Yang Maha Kudus. Namun, Daud bernyanyi “...Tuhan bergaul karib dengan orang yang takut (dianugerahkan karunia “takut akan Tuhan”) akan Dia, dan perjanjianNya (rahasia) diberitahukanNya kepada mereka” (Mazmur 25: 14).

Takut akan Tuhan” adalah salah satu dari operasi asas Roh Tujuh Lapis Karunia --Roh Yeshua (Yesaya 11).  Kesemua nabi-nabi mengenali Roh Tuhan menurut pengajaran Ordo Melkisedek, iaitu Roh Tujuh Lapis Karunia itu. Taurat berbicara tentang karunia Roh Tujuh Lapis itu sebagaimana yang kita lihat pada ‘Menorah’ dalam Tabernakel.  Di Sorga, Menorah itu adalah Roh Kristus, sedangkan apinya adalah Allah Bapa; kedua-duaNya adalah Roh yang “Satu”—dilihat seperti  satu Matahari sebagaimana yang dijelaskan oleh penglihatan santo Yohanes dalam Kitab Wahyu.  Bapa telah mengutus Kaki Dian Sorgawi itu supaya turun ke bumi sebagaimana yang dibicarakan oleh ‘Menorah’ emas yang di dalam Tabernakel.  Roh YHVH yang berbicara kepada nabi Moshe dalam Keluaran 34: 5-6 adalah ‘operasi’ anugerah salah satu dari tujuh Lapis Karunia Roh Tuhan iaitu ‘roh pengertian’ yang dianugerahkan kepada Nabi Moshe; namun firman yang disampaikan oleh ‘roh pengertian’ itu adalah sekadar ‘intro’ perihal karunia ‘roh pengertian’ dari Tuhan.  

Zaman-zaman sebelum Taurat diturunkan kepada nabi Moshe, para patriarchs juga turut bersaksi bahawa mereka berurusan dengan Roh Tuhan yang sama iaitu Roh Tujuh Lapis Karunia.  Patriarch Ayub bersaksi tentang operasi Roh Tujuh Lapis Karunia ini dalam Ayub 28: 28: “...tetapi kepada manusia Ia berfirman: Sesungguhnya “takut akan Tuhan,” itulah hikmat dan menjauhi kejahatan itulah akal budi.” Partriarch Ayub sebenarnya bersaksi tentang anugerah karunia “takut akan Tuhan” sebagai prasyarat mengenali “Hikmat,” iaitu peribadi Roh Tuhan yang diutus menurut Ordo Melkisedek. Semua ‘nama-nama’ Roh Tuhan yang diketahui umat Tuhan dalam Alkitab termasuk roh Yehsua Kristus (Yesaya 11) adalah Roh Tujuh lapis Karunia kerana ‘nama-nama’ mereka itu turun ke bumi menurut ketentuan-ketentuan Melkisedek (Ordo Melkisedek).

Apakah itu Karunia Roh Kudus "Takut Akan Tuhan”?

Nubuatan yang disampaikan oleh Nabi Yesaya dalam Yesaya 11 menjelaskan operasi Roh yang menyertai Juruselamat, dan dalam ayat ke-3 berbunyi "...Ya, kesenanganNya ('Nya'-Yesus) ialah "takut akan Tuhan..."(Yesaya 11: 3).  3 His 'delight' [spirit] shall be in the fear of the Lord. (Isaiah 11: 1-3)

Pengertian secara ringkas:

"Takut akan Tuhan" adalah karunia Roh Tuhan, dan ia adalah "suci," "Takut akan Tuhan itu suci, tetap ada untuk selamanya; hukum-hukum Tuhan itu benar, adil semuanya,"(Mazmur 19: 10); maka, ia bukanlah produk usaha intelek-otak, ataupun boleh direka-cipta, melainkan sejatinya (pure), anugerah Roh Tuhan; ia bersama-sama dengan peribadi Roh Tujuh Lapis itu.  Ia bukanlah juga perihal reaksi emosi yang ada kaitan dengan ketakutan. Karunia itu beroperasi bagi tujuan penyelamatan umat manusia  yang terpisah, supaya mereka kembali mempunyai kesedaran dan ketergantungan (dependency) pada Pencipta, dan bukannya 'independent' dari Tuhan.  Kenapa Yesus (Adam yang ke-dua) perlukan "takut akan Tuhan?"  Firman yang dibaluti 'daging' memerlukannya kerana semata-mata untuk kemenangan  penebusan bagi umat manusia yang "luka." Jika tidak ada tujuh karunia-karunia yang beroperasi pada Roh Yeshua (Yesya 11), maka dia mungkin akan menemui kegagalan seperti Adam yang pertama.  Adam yang pertama tidaklah mempunyai karunia-karunia Ketujuh Lapis Roh itu, meskipun Roh Tujuh Lapis itu ternyata boleh saja turun dan hinggap pada 'sumbu' rohnya (Adam) pada bila-bila masa ketika mereka masih di Eden.  Maka, karunia Roh Ilahi yang dinubuatkan sebagai "Roh takut akan Tuhan" itu akan beroperasi untuk  mengembalikan kesedaran "ketergantungan" semua orang percaya, yang tertulis namanya dalam buku Kehidupan, kepada Sang Pencipta. Karunia itu beroperasi supaya manusia "luka" akan dapat ‘belajar-tunduk’ kepada ‘kehendak-kehendak’ Roh Bapa Sang Pencipta: "dependency."

Hikmat Raja Sulaiman & penjelasannya berhubung dengan "takut akan Tuhan."

"1 Hai anakku, jikalau engkau menerima perkataanku dan 'menyimpan' perintahku di dalam hatimu, 2 sehingga telingamu 'memperhatikan' hikmat, dan engkau 'mencenderungkan' hatimu kepada kepandaian, 3 ya, jikalau engkau 'berseru' kepada pengertian, dan 'menujukan' suaramu kepada kepandaian, 4 jikalau engkau 'mencarinya' seperti 'mencari' perak, dan 'mengejarnya' seperti mengejar harta terpendam, 5 maka engkau akan 'memperoleh' pengertian tentang "takut akan Tuhan" dan mendapat pengenalan akan Allah." (Amsal 2:1-5).

Manusia-Ilahi (Yesus) & Adam (asal-usul manusia)

Manusia sejati yang mempunyai "takut akan Tuhan" ialah Yesus Kristus; Dia bergantung penuh pada kehendak Roh Bapa dalam melaksanakan misi "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia." Pengertian dan pengenalan Yesus akan Allah Bapa adalah penuh dan sempurna, supaya dia dengan mudah dapat melaksanakan kehendak Bapa, maka rohnya beroperasi kepenuhan ketujuh karunia itu termasuk karunia "takut akan Tuhan." Yesus,Anak Manusia, ada daging (otak manusiawi), tetapi Ia hidup, mendengar dan melakukan kehendak Roh Allah Bapa, seratus peratus; YHVH memberikan mesej kepada Yesaya "... ya, kesenanganNya (Kristus) ialah 'takut akan Tuhan'..." (Yesaya 11: 3).  Maka ia kepenuhan "takut akan Tuhan:" total dependency. Dia (Yesus) adalah manusia rohani sejati yang pusat Kesedarannya (consciousness) adalah 'roh' ; justeru itu, kesedaran (consciousness) manusia 'luka' pula adalah otak (daging). 

Pusat kesedaran Adam sebelum ia jatuh dalam dosa adalah berpusat pada rohnya; manusia rohani.  Maka, ia dengan mudah, dapat berkomunikasi dengan Roh Tuhan yang Mahasuci. Setelah berdosa, pusat kesedarannya telah berubah dari 'roh' kepada 'otak,' yang mempunyai 5 pintu deria.  Ini menjelaskan kenapa Tuhan sengaja berbuat bunyi seolah-olah Tuhan sedang berjalan di taman Eden iaitu setelah Adam dan Eve memutuskan untuk hidup 'independen' dengan melanggar hukum Eden; mereka memakan buah pohon pengetahuan (pohon otak). Mereka sepatutnya hanya memakan buah pohon kehidupan (pohon Roh), jika mereka ingin terus dalam keadaan berdamai dengan Roh Tuhan.
___________________
Ketujuh Karunia Roh Ilahi Kristus berkerja ke atas roh manusia, agar roh manusia yang tidak suci (berdosa/"luka") dapat "berdamai" semula melalui "jalan," dan menerima kembali anugerah kehidupan yang penuh.
___________________

Roh Adam yang berdosa (terpisah) tidak lagi dapat "sedar" akan hadirat Roh Suci Tuhan; justeru, Tuhan sengaja buat bunyi seolah-olah Ia sedang berjalan sambil memanggil-manggil nama Adam. Sejak itu, setiap orang yang dipanggil namanya diberikan oleh Tuhan "Jalan" untuk kembali kepada "kesedaran," agar manusia mengenali kembali, realiti kewujudan Tuhan.  Operasi Roh Tuhan yang khusus mengembalikan kesedaran ketergantungan "dependency" kepada Tuhan, Sumber Hidup, sebagaimana bergantungnya kehidupan daging pada duit adalah dilaksanakan oleh karunia Roh Tuhan yang diwahyukan, sebagai  "takut akan Tuhan;" ia mendorong manusia  "luka" kepada "jalan" Tuhan. Yesus memperlihatkan kesempurnaan ketergantunganNya pada Allah Bapa dalam mengerjakan kehendak Bapa, dan ini disebabkan oleh operasi "takut akan Tuhan."  Ada banyak jalan-jalan kehidupan roh (agama) di dunia ini, namun Daud bersaksi melalui nyanyian "Siapakah orang yang "takut akan Tuhan" [diberikan karunia] ? Kepadanya Tuhan menunjukkan jalan yang harus dipilihnya (Mzm 25:12).  YHVH memberikan 'jalan' perdamaian menurut Taurat. Yesus datang menyempurnakan pekerjaan Roh dalam Taurat.  Kristus bersabda "Akulah Jalan..."

      Yesus telah dicobai Iblis selepas puasanya selama 40 hari-40 malam.  Dan jika Yesus kalah kepada tipu-muslihat dan bujukan Syaitan, dan tunduk kepada kesedaran otak, maka sudah tentulah Ia akan kahwin, berkerja, bisness, berperang atau jadi raja dunia. Justeru, dagingNya tunduk kepada Roh (otak manusiawinya, tidak 'terpisah' dari kesedaran Roh). Otaknya menerima mesej Bapa dari Rohnya, dan senantiasa sedar akan alam roh. Kekuatan Roh Yesus adalah Ilahi, kerana rohNya Ilahi dari alpha dan omega. Pusat Kesedarannya adalah Roh, dan otakNya senantiasa dapat berkomunikasi dengan Roh dan alam roh; Yesus adalah manusia rohani yang sejati. 

Roh Tujuh Karunia adalah Kristus: Messiah

     Yesaya menjelaskan Roh yang ada pada Yesus menurut nubuatan dalam kitab Yesaya 11: 2-4, dengan menyenaraikan ketujuh karunia Roh Kudus.  Hakikatnya, karunia Roh Kudus adalah infiniti , namun Tuhan menjelaskannya berdasarkan kepada nubuatan bahawa Kristus, tujuh karunia roh tetapi satu. Dan pernyataan itu adalah suatu "consistency," Roh nubuatan.  Ia ("takut akan Tuhan") adalah salah satu daripada ketujuh "asas" Karunia Roh yang dianugerahkan kepada manusia luka agar ia dilahirkan kembali dan bertumbuh-mengerti bagaimana Karunia-karunia Roh Kristus itu berkerja/beroperasi dalam menggenapi Firman. Ketujuh karunia Roh itu  beroperasi 'menerangi' mereka yang berjalan dalam perjalanan iman.
Manusia beriman & praktikalnya berhubung karunia "takut akan Tuhan:"
Tetapi, oleh kerana Yesus itu Tuhan, maka adalah lebih praktikal bagi kita untuk belajar dan menyelami intipati "takut akan Tuhan" dari perspektif rohani seseorang percaya iaitu manusia "luka" yang normal, senantiasa-berdosa seperti Raja Daud. Sewaktu hayat Raja Daud, ia mempunyai 8 isteri, dan sudah tentu, sebagai raja, ia mampu untuk pada bila-bila masa, dapat menambahi bilangan gundiknya (harem), namun Daud bersaksi bahawa "Siapakah orang yang takut akan Tuhan? Kepadanya Tuhan menunjukkan jalan yang harus dipilihnya." (Mzm 25:12); Raja Daud menjelaskan bahawa "Tuhan bergaul KARIB dengan 'orang yang takut akan Dia,' dan (Secret) perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka."(Mazmur 25:14); Dia juga bernyanyi bahawa "Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, semua orang yang melakukannya berakal budi yang baik. Puji-pujian kepada-Nya tetap untuk selamanya." (Mzm 111:10). 
Dalam transaksi dengan Roh Tuhan, urusan menghakimi dengan benar adalah bermaksud mendengar suara Roh Tuhan terlebih dahulu, sebelum mengambil penilaian tentang  sesuatu perkara rohaniah.   Jika, dilihat dari moralitinya menurut penghakiman otak manusia yang cenderung menghakimi, Raja Daud bukanlah se-idealnya-sempurna sebagai 'orang benar' dan juga sebagai "mulut" Tuhan, namun ia diberikan "anugerah Firman." . Daud yang dipilih Tuhan amat responsif kepada anugerah "takut akan Tuhan."  Yesus memetik bahawa Lirik-Lirik Mazmur adalah Firman yang harus Ia genapi (Lukas 24: 44); kebanyakan Lirik-lirik lagu-lagu nyanyian dalam Kitab nyanyian itu adalah Lirik-Lirik  (Firman) Roh Tuhan bercampur dengan lirik-lirik karangan nabi-nabi termasuk hasil karya Raja Daud. 
Anugerah "Firman" memungkinkan segalanya tidak mustahil bagi Raja Daud, dan tahktanya terus diteguhkan oleh Firman. Pernah Engkau berbicara dalam penglihatan kepada orang-orang yang Kaukasihi, kata-Mu: "Telah Kutaruh mahkota di atas kepala seorang pahlawan, telah Kutinggikan seorang pilihan dari antara bangsa itu.  Firman itu bersuara "Aku telah mendapat Daud, hamba-Ku; Aku telah mengurapinya dengan minyak-Ku yang kudus,maka tangan-Ku tetap dengan dia, bahkan lengan-Ku meneguhkan dia." (Mzm 89:20-22).

Daud memberitahu dalam lirik nyanyiannya bahawa "Firman-Mu (Roh) itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku." (Mazmur 119:105). Daud mempunyai suatu hubungan intim "Roh & roh" ("Deep calls deep") dengan Roh Pencipta, YHVH.  Maka, ia bersaksi bahawa mereka yang diurapi adalah:  "Maka berseru-serulah mereka kepada Tuhan dalam kesesakan mereka, dan diselamatkan-Nya mereka dari kecemasan mereka,disampaikan-Nya firman-Nya dan disembuhkan-Nya mereka, diluputkan-Nya mereka dari liang kubur.Biarlah mereka bersyukur kepada Tuhan karena kasih setia-Nya, karena perbuatan-perbuatan-Nya yang ajaib terhadap anak-anak manusia.Biarlah mereka mempersembahkan korban syukur, dan menceritakan pekerjaan-pekerjaan-Nya dengan sorak-sorai! (Mzm 107:19-22).

Daud telah mempastikan supaya pewaris tahktanya menimba pengalaman hikmat, pengertian dan pengetahuannya dalam "takut akan" Tuhan. Namun anaknya, Raja Sulaiman, turut mewarisi praktik poligami ayahnya malah berlipat Kali gandalah nafsunya berbanding ayahnya; tercatat bahawa Sulaiman mempunyai 700 isteri dan 300 harem (1Raj. 11: 3).  Walaupun demikian Sulaiman turut bersaksi seperti ayahnya, Daud, bahawa "Takut akan Tuhan" adalah  permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan."(Amsal 1:7).

Sulaiman mengumpamakan karunia "takut akan Tuhan" sebagai suatu dorongan hidup yang kuat sebagaimana kita didorong dalam mencari "duit" atau mengejar harta kehidupan. "...jikalau engkau mencarinya (Hikmat/Word/Roh) seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam,maka engkau akan memperoleh PENGERTIAN tentang "TAKUT AKAN TUHAN" dan mendapat PENGENALAN akan Allah.(Amsal 2:4-5). Namun, "dorongan kerana kesedaran/consciousness" roh itu hanyalah permulaan, dan haruslah berkesinambungan. Jikalau kita melihat bahawa mengenali Tuhan itu adalah "Sumber" kehidupan, dan "memperkayakan" kehidupan rohani, maka sudah tentu kita akan bermotivasi positif dalam "takut akan Tuhan."

Karunia "takut akan Tuhan" yang aktif berkerja dalam roh seseorang akan memampukan orang percaya itu dapat mengerti perumpamaan Yesus tentang pokok anggur dan ranting-rantingnya, dan memungkinkan ia dapat berkata dari isi hatinya yang terdalam bahawa tanpa Kristus ia tidak dapat berbuat apa-apa berhubung dengan pekerjaan/kehendak Roh Tuhan atau "Firman."  "Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di LUAR Aku, kamu TIDAK DAPAT berbuat apa-apa."(Yoh. 15:5).  Raja Daud yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" berkata dalam Psalm 16:2, I say to the Lord, “Thou art my Lord; I have no good apart from thee.” Meskipun Daud beristeri lapan, namun karunia roh "takut akan Tuhan" setia berkerja-beroperasi untuk roh raja Daud. Justeru itu, roh Daud memang penurut, tetapi seperti kita, dagingnya (yang berpusat pada intelek-otak) memang lemah; daging (yang berpusat di otak) memang senantiasa berdosa.  Maka, Daud berpaut kepada kesetiaan Tuhan dan bukanlah sebaliknya. Kita mengejarnya umpama mencari duit, bukanlah kerana kita setia, tetapi roh kita didorong oleh anugerah karunia "takut akan Tuhan."

'Mulut Tuhan" di era selepas kemangkatan Raja Uzziah iaitu, Nabi Yesaya, bernubuat (revealed) bahawa  "takut akan Tuhan" adalah anugerah/karunia Roh Tuhan, kerana ia adalah salah satu daripada ketujuh lapis Roh Raja Damai yang dinubuatkan akan digenapi pada masa yang ditetapkan  di masa hadapan.  "2 Roh Tuhan akan ada padanya, roh hikmat dan (roh)pengertian, roh nasihat dan (roh) keperkasaan, roh pengenalan dan (roh) "takut akan Tuhan;" 3 ya, kesenangannya  ialah "takut akan Tuhan" (Spirit of joy in the fear of the Lord). Ia tidak akan menghakimi dengan sekilas pandang saja atau menjatuhkan keputusan menurut kata orang. 4 Tetapi ia akan menghakimi orang-orang lemah dengan keadilan, dan akan menjatuhkan keputusan terhadap orang-orang yang tertindas di negeri dengan kejujuran; ia akan menghajar bumi dengan perkataannya seperti dengan tongkat, dan dengan nafas mulutnya ia akan membunuh orang fasik. " (Yesaya 11:2-4).

Selepas lebih 700 tahun dari tarikh nubuatan yang diberikan Tuhan kepada Yesaya, bila Raja Damai datang sebagai "Firman menjadi daging," Ia (Kristus) bersabda "Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka MENGENAL Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan MENGENAL Yesus Kristus yang telah Engkau utus.(Yohanes 17:3);  Kristus adalah Hikmat. Kristus yang duduk di sebelah kanan Bapa diberitakan oleh Rasul Paulus kepada bangsa-bangsa asing (gentile nations), "2...supaya hati mereka (kamu) terhibur dan mereka bersatu dalam kasih, sehingga mereka memperoleh segala kekayaan dan keyakinan pengertian, dan mengenal rahasia Allah, yaitu Kristus,3 sebab di dalam Dialah tersembunyi segala harta HIKMAT dan pengetahuan."(Kolose 2:2-3). 

"Hikmat" itu adalah Kristus, dan Kristus itu adalah "Firman." Ketujuh Roh, ketujuh Karunia itu adalah Roh Kristus: FirmanPermulaan hikmat' adalah "takut akan Tuhan," dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian.(Amsal 9:10)

___________________________
"... nama-Nya ialah: "Firman Allah."(Wahyu 19:13). (Kerjanya/misinya ialah Firman/Tuhan. In prophecy, "name" means divine handiworks/mission. Karya Tuhan berkerja/beroperasi dalam tujuh-lipat ganda (sevenfold & over). Justeru itu, Kristus, Roh Kudus dan Allah Bapa adalah tujuh lipat, dan Karya/kerja mereka baik dalam penciptaan, perdamaian, mahupun dalam penghakiman/penghukuman adalah dalam gandaan tujuh iaitu berdasarkan operasi  tujuh karunia asas Roh. Jesus Christ sebagai Hakim adalah Tuhan; tujuh mata, tujuh tanduk dan tujuh Roh.
----------------------------------------------
    Menurut Roh, "nama" yang dinyatakan (revealed by) oleh Syorgawi bermaksud 'pekerjaan Ilahi' (Divine Handiwork).   Jika tiada Firman yang dianugerahkan kepada manusia, maka tiadalah manusia yang mengetahui akan pekerjaan Roh Tuhan. Dan Firman menjadi dibaluti daging (Yoh. 1: 14). "Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran (Yoh 1:14)"
     Kenapa "Firman" harus menjadi manusia ? Kerana Allah Bapa berkerja menganugerahkan "Jalan" menurut Firman (Lukas 24: 44), supaya umat manusia yang namanya tertulis dalam buku kehidupan mendapat anugerah kehidupan kekal. Pekerjaan Roh Tuhan adalah mengutus "namaNya" dalam peribadi Kristus. "Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firman-Mu (Roh Tuhan) adalah kebenaran" (Yohannes 17:17). "Rohlah yang memberi hidup, Daging  [yang berpusat di otak] sama sekali tidak berguna ['tidak digunapakai untuk melakukan kerja Roh']. Maksudnya, daging haruslah ditaklukkan kepada Roh di dalam mengerjakan pekerjaan Roh. Perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah "roh" dan hidup.(Yohannes 6:63). "... nama-Nya ialah: Firman Allah"(Wahyu 19:13). 

"Tuhan itu Roh..." (Yoh.4: 24). Firman adalah Karya (handiworks) Roh Tuhan. Pekerjaan manusia pula, adalah daging yang berpusat pada 'otak.' Pada mulanya, manusia diciptakan dengan pusat kesedaran pada rohnya, kemudiannya apabila ia berdosa, ia telah membawa seluruh keturunannya kepada pusat kesedaran (consciousness) yang berpusat pada 'otak.' Terpisahnya kesedaran roh manusia  terhadap hadirat Roh Mahasuci Tuhan telah juga memperlihatkan manifestasi perubahan pusat kesedaran kehidupan. Meskipun, masyarakat dahulukala dikatakan dekat kepada 'kesedaran' alam roh, namun ia bukanlah kesedaran akan realiti Roh Tuhan.  Tiada "Jalan" untuk realiti Roh Tuhan melainkan Kristus. Namun, sesungguhnya banyaklah jalan bagi alam roh; di zaman Noah, hanya Noah sahaja yang 'berjalan' mengikuti 'jalan' Tuhan, dan yang se-angkatan dengannya adalah hidup menurut jalan-jalan mereka sendiri. Demikian juga hal-nya dengan kehidupan Henokh.  Selepas Henokh berumur 365 tahun, "...Henokh hidup bergaul dengan Allah selama tiga ratus tahun lagi, setelah ia memperanakkan Metusalah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan" (Kej. 5:22). Henokh bergaul dengan Tuhan kerana Tuhan menganugerahkannya "jalan" iaitu  "Firman."

"Firman" adalah Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan. Setiap Firman yang keluar dari "mulut" Nya senantiasa mempunyai malaikat-malaikat suci  yang bersedia melaksanakan kehendak Tuhan menurut maksud 'suara' Firman itu. Mazmur Daud memberikan kita ilham dan pengertian "Pujilah Tuhan, hai malaikat-malaikat-Nya, hai pahlawan-pahlawan perkasa yang melaksanakan Firman-Nya dengan mendengarkan suara Firman-Nya" (Mazmur 103:20). "...perkataan-perkataan yang Kukatakan kepadamu adalah roh dan hidup" (Yohannes 6:63).  In every spoken Words of the Lord, there are always assigned-ministering angels in fulfilling/executing the Word!.

Bicara kata manusia adalah bukan roh kerana ia berasal dari otak manusia (daging), dan tiada roh yang melaksanakan bicara kata manusia kecuali kata jampi serapah. Justeru itu, Jampi serapih ahli sihir pun roh, tetapi ia bukanlah dari malaikat-malaikatNya.  Yohanes mula menulis Injil dengan pembukaan kata-kata "Pada mulanya adalah Firman (Roh), Firman itu ada bersama-sama Allah (Roh), dan Firman itu adalah Allah (Roh) (Yohanes 1:1).  Justeru itu, Ia akan hanya menjadi "pedang" Roh Kudus apabila Ia (Firman) dipakai oleh Roh Kudus.  Jika ia digunapakai oleh otak, maka Firman itu tidaklah ada kuasa untuk menjadi "pedang Roh," tetapi sekadar transaksi intelek. Orang percaya yang "sumbu rohnya" (spiritual heart) senantiasa diurapi oleh hadirat Roh Kudus akan mendengar bicara Roh terlebih dahulu berhubung dengan penggunaan Firman yang tertulis dalam Kitab. Jika otak yang pegang\pakai Firman, maka ia tidaklah menyembuhkan, tetapi sekadar "intellectual fascinations."

Roh Kudus adalah Roh Allah Bapa yang berkerja di tengah-tengah umatNya di bumi. Anak adalah Roh yang dibaluti daging kerana Roh tidak dapat menjadi Domba Tuhan tanpa daging. Maka, Roh pinjam daging manusia supaya Ia ada daging dan darah, untuk mengenapi penumpahan darah (penebusan umat manusia yang luka), dan supaya Firman menurut Lukas 24:44 dapat digenapi. Santa Maria dipilih  untuk "supply" daging, tetapi Roh Kudus menjadi Rohnya; namaNya ialah Yesus Kristus: Almasih/Messiah. Justeru itu, "Anak Manusia" merujuk kepada kemanusiaanNya, dan Anak Tuhan yang Mahatinggi merujuk kepada ketuhananNya-- RohNya. The "Shadow" of the Father on earth, empowering His people, is called the Holy Spirit. The Father is in Heaven. The Father, the Son and the Holy Spirit are One Spirit.

"Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang"(Yohanes 16:14).

Mereka yang diberikan anugerah "takut akan Tuhan" akan mengenali Tuhan. Kesemua anugerah ada pada Kristus (Raja Damai). Maka, Kristus adalah Jalan, Kebenaran dan hidup. Rasul Paulus yang dianugerahkan Tuhan dengan "takut akan Tuhan," kemudiannya  meluahkan keinginannya untuk mengenalinya dengan lebih dalam. Dia berkata "karena bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan." (Filipi 1:21).  Ketika Yesus masih di bumi, Dia bersabda "Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu."(Yohannes 15:14).  Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah seorang akan yang lain."(Yoh 15: 17). Hakikat kehidupan yang dibaluti daging adalah memang sukar sekali untuk mengasihi, kerana roh menuruti namun daging (berpusat di otak) adalah lemah.

Doa Raja Daud berbunyi "Tuhan kiranya memberikan kekuatan kepada umat-Nya, Tuhan kiranya memberkati umat-Nya dengan sejahtera!" (Mazmur 29:11). Kekuatan datang hanya daripada urapan hadiratRoh Kudus yang dijanjikan mengenapi dan meneruskan realiti 'Emmanuel.'  "Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan Roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban" (2Tim 1:7).  Utusan Sorgawi juga memberikan kekuatan selain dari Roh Kudus seperti malaikat-malaikat." "Maka seorang malaikat dari langit menampakkan diri kepada-Nya untuk memberi kekuatan kepada-Nya"(Lukas 22:43.

Nabi Daniel diberikan kekuatan oleh malaikat Tuhan.  "Ketika dikatakannya hal ini kepadaku, kutundukkan mukaku ke tanah dan aku terkelu.Tetapi sesuatu yang menyerupai manusia menyentuh bibirku; lalu kubuka mulutku dan mulai berbicara, kataku kepada yang berdiri di depanku itu: "Tuanku, oleh sebab penglihatan itu aku ditimpa kesakitan, dan tidak ada lagi kekuatan padaku.Masakan aku, hamba tuanku ini dapat berbicara dengan tuanku! Bukankah tidak ada lagi kekuatan padaku dan tidak ada lagi nafas padaku?"Lalu dia yang rupanya seperti manusia itu menyentuh aku pula dan memberikan aku kekuatan,dan berkata: "Hai engkau yang dikasihi, janganlah takut, sejahteralah engkau, jadilah kuat, ya, jadilah kuat!" Sementara ia berbicara dengan aku, aku merasa kuat lagi dan berkata: "Berbicaralah kiranya tuanku, sebab engkau telah memberikan aku kekuatan"(Daniel 10:15-19)."

Untuk apakah kekuatan itu? Supaya kita dapat berdoa "Bapa Kami." Kehendak-kehendak Roh Bapa seringkasnya dinyatakan di setiap baris "Firman" dalam doa Bapa Kami.  Doa Bapa Kami kelihatan ringkas, namun untuk melaksanakan setiap maksud yang ada dalam doa itu memerlukan kekuatan Roh Tuhan. Bukankah kita perlu kekuatan untuk dapat 'memuliakan' Tuhan? Bukankah kita perlu kekuatan Roh supaya kita dapat 'makan' Firman dengan sempurna ? Kita perlukan kekuatan supaya kita dapat 'mengampuni' orang yang bersalah terhadap kita. Kita memerlukan Kekuatan-Nya untuk meng-Amen-kan semua Kehendak-Nya.  Dan juga,  supaya orang yang dianugerahkan "takut akan Tuhan," akan dapat meneruskan perjalanan iman, biarpun 'seolah-olah' dia sedang berjalan dalam kegelapan. Gelap itu seringkasnya tiada suara Tuhan, sehingga doa semacam satu hala.  Bagi kebanyakan orang percaya, gelap boleh jadi ketiadaan tanda-tanda berkat dari Tuhan. Pendapat radikal pula, melihat "gelap" sebagai tiada Roh Kudus yang turun menganugerahkan HadiratNya, atau tiada cahaya bersinar di atas kepala.

Ayub bersaksi tentang hadirat Roh Terang dengan berkata, "...ketika pelita-Nya bersinar di atas kepalaku, dan di bawah terang-Nya aku berjalan dalam gelap;"(Ayb 29:3). Orang percaya yang seolah-olah tiada hadirat Roh Kudus, juga dikatakan berjalan dalam gelap, "Siapa di antaramu yang "takut akan Tuhan," (notadianugerahkan karunia yang mendorong kesedaran 'ketergantungan' kepada Tuhan') dan mendengarkan suara hamba-Nya? Jika ia hidup dalam kegelapan dan tidak ada cahaya bersinar baginya, baiklah ia percaya kepada 'nama' (misi/handiwork) Tuhan dan bersandar kepada Allahnya! (Yesaya 50:10). Misi Raja Damai menjadi 'daging' adalah sebagai "Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia:" Bapa menganugerahkan Yesus sebagai 'Jalan' (Yoh. 14: 6) untuk mengenali Roh Tuhan. Dan orang-orang percaya dipanggil para "pengikut Jalan" (the followers of the 'W'ay). Yesus Kristus adalah "Jalan" untuk meminta "karunia takut akan Tuhan."

Yesus bersabda "Jikalau engkau tahu tentang karunia Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu: Berilah aku... ...niscaya engkau telah meminta kepada-Nya, dan Ia telah memberikan kepadamu...". Karunia Roh datang dan pergi sebagaimana urapan Roh itu turun dan pergi. Oleh kerana Karunia itu adalah operasi  peribadi Roh Kudus, dan ia  bukannya tinggal secara "permanent" dalam roh manusia, maka, ia tertakluk kepada keadaan "bait" (roh) orang percaya itu. Ia berkerja setiap kali ia turun kepada sumbu roh manusia.  Maka, ia harus "dikejar" seperti mengejar 'duit,' dan karunia itu perlu dipohon dari Allah Bapa, sepanjang hayat kita dalam perjalanan iman. "Ketergantungan hidup pada Penciptaadalah "hasil" yang muncul dalam roh orang percaya kerana operasi karunia "takut akan Tuhan," supaya ia benar-benar menjadi ranting, dan Kristus adalah pokoknya: 'dependency juga sinonim dengan ungkapan frasa  "the fear of the Lord."  Justeru itu, independen atau kehidupan yang tidak bergantung pada Roh Tuhan juga boleh diungkapkan dengan frasa "tiada takut akan Tuhan." Namun, di atas segalanya kemenangan bukanlah kerana kesetiaan manusia, tetapi kesetiaan jantung Tuhan.

Kesimpulan

Maka, kesimpulan ringkas perihal takut akan Tuhan menurut lirik lagu Raja Daud "Carilah Tuhan (mencari kerana didorong oleh anugerah "takut akan Tuhan"), dan kekuatan-Nya (kekuatan dari Roh Tuhan), carilah 'wajah-Nya' (HadiratNya) selalu!"(Mazmur 105:4). Mencari Tuhan adalah 'bisness' yang suci. Tanpa pekerjaan Bapa yang dinyatakan oleh Kristus, maka sia-sialah pencarian itu. Mereka yang "lapar" akan Tuhan harus mengikuti 'Jalan,' melalui 'Pintu' dan menganuti  'Kunci' kepada hadirat Roh Kudus iaitu Kristus. (Yoh.14: 6; Yoh.10: 1-9; Mat.5: 8). 

Misi dan Operasi ketujuh karunia Roh Tuhanlah yang memimpin seseorang manusia "luka" sehingga ia percaya (100 % percaya) kepada "Firman." Kristus adalah kepenuhan hikmat Ilahi. Raja Sulaiman bersaksi bahawa "Permulaan [mengenali] 'hikmat' (Kristus) adalah "takut akan Tuhan," dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian (Amsal 9:10).  Roh manusia yang "luka" tidaklah pandai lapar akan Firman, jika tiada anugerah karunia "takut akan Tuhan" yang menerpa rohnya.  Maka, ini akan menjawab soalan asas; bagaimana mungkin manusia yang kesedarannya "berpusat pada otak" dapat mengatakan bahawa Firman (Roh Tuhan) itu adalah Sumber hidupnya?  

Raja Solomon membahagi dengan bersaksi "Permulaan Hikmat adalah takut akan Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian."(Amsal 9:10).  "Takut akan Tuhan"  semacam mengejar harta terpendam kata Raja Sulaiman.  Yesaya bernubuat bahawa "takut akan Tuhan" adalah harta tubuh Kristus (profetik Sion). "Masa 'keamanan' ('peace age'~ Perjanjian Baru) akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan Tuhan, itulah harta benda Sion." (Yes 33:6). 

Manusia "luka" tidak mempunyai sumber-sumber berdasarkan kapasiti intelek yang memampukan nya untuk mengenali Roh Tuhan, melainkan hanya melalui anugerah Roh Tuhan (Firman)  yang berkerja/berkarya menurut operasi ketujuh karunia Roh Kudus ke atas roh manusia. "Takut akan Tuhan" menjadikan manusia yang luka, supaya akhirnya, akan mengerti maksud asal penciptaan manusia rohani (blueprint/design yang semula), iaitu sepatutnya tergantung penuh kepada Sang Pencipta, sebagaimana yang diperlihatkan oleh Yesus, ketika misinya dalam daging, yang bergantung secara total kepada kehendak-kehendak Allah Bapa.   

     'Ranting' tiada kehidupan jika ia tidak bergantung penuh kepada 'Pokok;' roh manusia hanya dapat diumpamakan sebagai ranting hanya apabila ada karunia "takut akan Tuhan" yang beroperasi dalam roh manusia; tidak hairanlah Raja Solomon mengumpamakannya seperti mencari duit (perak), atau seperti mengejar harta kerana kehidupan daging sesungguhnya 'tergantung' pada duit/harta.  Maka,  'dependency' itu hanya dapat dimungkinkan dalam kehidupan kerohanian seseorang apabila operasi Karunia itu dianugerahkan oleh Roh Kudus.  "Yes!... Apart from Christ, I can do nothing!" says a spiritual man. It is not the question concerning the resources of the intellectual capacities, but the resourceslessness of the spirit, when we enter into the business of prayer.  Selagi kita belum melihat 'kebaikan-kebaikan' Tuhan seperti senarai "ucapan Berbahagia" Yeshua dalam Matius 5, maka kita tidak akan dapat 'berjalan di atas air. ' Perjalanan Iman adalah urusan 'roh,' yang diumpamakan sebagai 'berjalan di atas air.' "Berbahagia" (Blessed) adalah anugerah dari atas---Sorga! Ia bukanlah usaha kepandaian intelek manusia. Ia diajarkan oleh ROH Kebenaran kepada roh anak-anak Tuhan (Yoh.1: 12). Semua ucapan 'Berbahagia' Yeshua dalam Matius 5 adalah anugerah 'kebaikan-kebaikan' ROH Tuhan untuk melengkapkan perjalanan Iman kita , supaya kita bertumbuh dalam hikmat, pengertian, takut akan Tuhan dan dalam kuasa Tuhan.  Anugerah 'beautitudes' adalah survival bagi setiap orang yang diberi kuasa menjadi anak Tuhan. Tanpa beautitudes (ucapan "Berbahagialah" Tuhan Yeshua), maka sukarlah kita meneruskan arti-kata "percaya." Malah, penderitaan kita di Bumi tidak akan memampukan kita untuk melihat erti perkataan-perkataan Yeshua yang berbunyi: "Di dunia ini kamu akan menderita, ...tetapi  Aku telah mengalahkan' dunia."  Raja Daud sebenarnya melakukan  kejahatan-kejahatan seperti merampas Bathsheba dari Uriah yang telah dirancang untuk menemui ajal di medan perang. Namun, anugerah "kebaikan-kebaikan Tuhan" memungkinkan Daud mengecapi 'kemurahan' Tuhan. Daud telah melihat semua kebaikan-kebaikan Tuhan sebagaimana yang dikecapi oleh Nabi Moshe yang dianugerahkan 'semua kebaikan-kebaikan' Tuhan (all goodness) dalam hadirat YHVH. Roh kita perlu belajar mesej 'roh nubuat' lirik nyanyian Daud dalam Mazmur 27: 4, supaya kita akan dapat bertahan ('survive') mengharungi era Judgment oleh Hakim yang akan datang. Dengan berharap kepada 'semua kebaikan-kebaikan' (all goodness~ beautitudes) Tuhan, kita akan meminta dengan 'iman' supaya kita dapat memasuki hadirat 'nama' Hakim.

    Melihat 'kebaikan-kebaikan' Roh Tuhan adalah anugerah Tuhan. Semua kebaikan-kebaikan Roh Tuhan yang menerpa kita akan menjadikan kita "blessed" atau "berbahagialah." "Mintalah maka Bapaku yang ada di Sorga akan menunaikan semua permintaan kamu di dalam 'nama' Kristus." Memohon anugerah untuk melihat segala 'kebaikan' (goodness) Tuhan adalah permintaan yang 100 ℅ di dalam 'nama' ('karya') Tuhan. Kapasiti intelek memang lemah untuk melihat segala kebaikan Tuhan, namun anugerah 'Berbahagia' ('beautitudes') adalah anugerah Ilahi yang memampukan kita untuk melihat segala kebaikan-kebaikan Tuhan; nabi Moshe dianugerahkan dengan segala kebaikan Yahuwah ketika Tuhan memperlihatkan kemuliaannya di atas gunung Sinai di dalam Keluaran 33. Dalam Keluaran 33, Nabi Moshe dikatakan dikenan Tuhan kerana anugerah 'Kasih Karunia', dan ia dapat bertahan dalam hadirat Yahuwah kerana tudungan tapak Tangan Yahweh. Tudungan itu adalah 'mercy' ROH Yahweh. Manakala, "kebaikan-kebaikan" (goodness) Tuhan merujuk kepada "beautitudes" yang di senarai oleh Yeshua dalam Matius 5. 

   Semua nabi-nabi Perjanjian Lama telah diajarkan oleh ROH Tuhan untuk melihat dan, justeru itu, mereka dapat mengerti "kebaikan-kebaikan" ROH Tuhan! Apabila intelek 'mati akal' atau sampai kepada tahap 'insensibleness' (tidak masuk akal') perihal bagaimana Tuhan yang Maha-sempurna dapat menerima kita, maka panjatkanlah doa kepada Tuhan, agar kita dianugerahkan dengan segala kebaikan-kebaikan Roh Tuhan. Kita dapat belajar dari Daud yang bernyanyi: "Satu hal telah ku minta kepada Tuhan...mengecapi segala 'kemurahan' ('kebaikan-kebaikan') Tuhan..." (Mazmur 27: 4). Demikianlah akal' Budi (precept) kita untuk meminta 'hal' yang di luar kemampuan Sumber manusia iaitu seperti Lirik Raja Daud dalam Mazmur 27: 4. Setiap hari kita buat dosa, namun kerana anugerah Tuhan, iaitu anugerah ucapan Kristus  yang berbunyi "Berbahagialah," maka kita masih juga dapat mengecapi 'pure heart' dalam memasuki hadirat Tuhan, the spirit of prayer (Matius 5: 8). 

Kita terfokus kepada intelek secara dominan sebagai titik-pusat kesedaran, dan justeru itu, kita seringkali digoda untuk mengenakan 'pakaian dari daun-daun pohon Ara yang dianyam, sebagaimana yang dibuat oleh Adam dan Hawa. Di dalam nama Kristus, anugerah pakaian yang sempurna senantiasa ada untuk menggantikan anyaman "daun pohon Ara." Dengan anugerah 'kebaikan-kebaikan' Tuhan, maka kita akan melihat dan mengerti apakah maksud 'poor in spirit' (miskin dalam roh). "Miskin dalam roh" adalah anugerah Tuhan yang menjadisebagai kita senantiasa 'sedar' bahawa kita tiada sumber untuk dapat berdiri di dalam hadirat ROH Tuhan! Sebelum menerima anugerah 'Berbahagia,' kita seringkali digoda oleh intelek untuk berfikir bahawa kita mempunyai 'sumber' untuk berurusan dengan ROH Tuhan, iaitu mengenakan pakaian dari "anyaman daun-daun pohon Ara!" Selepas menerima anugerah , kita akan berkata seperti Daud kepada Tuhan: "apart from You, I'm no good", ataupun seperti Firman Yeshua, " apart from you, I can do nothing!' Tanpa kebaikan -kebaikan Tuhan, dan biarpun berbekalkan segala sumber manusiawi, kita akan pasti menemui kegagalan untuk urusan memasuki hadirat ROH Tuhan! Tetapi, dengan anugerah Tuhan, kita dipermampukan untuk memasuki Kerajaan Sorga. Maka, itulah sebabnya semua ucapan "Berbahagia/beautitudes" Yeshua itu didahului dengan perkataan "Blessed." Blessed berarti anugerah dari Tuhan! Semua ucapan "blessed" dalam Matius 5 adalah anugerah "kebaikan-kebaikan " ROH Tuhan. Maka, Jika kamu dipermampukan untuk nengecapi apa sahaja yang diucapkan Yeshua dalam Matius 5, ketahuilah bahawa ia bukan usahamu, tetapi 'anugerah kebaikan-kebaikan' Tuhan! You are blessed!

 'Berjalan di atas air' mengungkapkan perjalanan yang mustahil bagi daging, namun ia adalah 'alur' yang normal bagi perjalanan Iman yang bergantung kepada kekuatan anugerah karunia roh-tujuh-lapis. Maka, roh manusia yang tidak ada ketergantungan (dependency) kepada Roh Tuhan bolehlah juga diungkapkan dengan frasa "tiada takut akan Tuhan." Tiada anugerah karunia takut akan Tuhan berarti tiada ungkapan 'ranting kepada Pohon Kehidupan yang sebenar' dalam kehidupan. Amen.




Glosari

Manusia "luka"~     Adam yang telah berdosa dan keturunannya terputus perdamaian dengan Roh Tuhan Yang Maha-suci.  Pusat kesedaran kehidupan daging adalah dominan terpaut pada kapasiti Intelek dan aktiviti sistem sarafnya;  justeru itu, ketergantungan kita adalah dominan kepada 'keinginan' daging.  Arti kehidupan dengan terpaut secara dominan pada kekuatan intelek.

Manusia yang tidak "luka"~         Adam yang masih suci rohnya iaitu sebelum ia 'jatuh'  kepada kuasa dosa.  Dan juga 'Adam kedua', namun rohNya adalah Ilahi, iaitu Yesus Kristus. Pusat kesedaranNya Yeshua (consciousness) adalah rohNya: kedua-duanya adalah manusia rohani sejati, tetapi Roh Yesus adalah Ilahi, sedangkan roh ''Adam pertama' adalah 'roh manusia yang suci' sebelum ia jatuh.  'Adam yang pertama' itu suci, tetapi tidaklah dianugerahkan dengan 'ketujuh karunia' kerana ia bukanlah Roh Ilahi:  ia cuma roh manusia yang suci. Roh 'manusia-Yesus' pula adalah kepenuhan 'ketujuh-karunia' kerana RohNya, dari alpha dan omega, adalah Ilahi.  Ketergantungan kehidupan pada Roh Tuhan adalah mesej memakan buah-buah dari 'pohon kehidupan'.  Maka, mereka yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" dibimbing oleh Roh sehingga memiliki hubungan seperti  perumpamaan 'pohon anggur dan ranting-rantingnya:' suatu ketergantungan kehidupan (spiritual dependency).

Luka-luka ~              Oleh Bilur-bilurNya sebagai Domba Tuhan, Raja Daud bernyanyi lirik profetik " Ia menyembuhkan orang-orang yang patah hati dan membalut luka-luka mereka;" (Mazmur 147:3)

Sevenfold gifts of the Holy Spirit

(Verse 1) A shoot shall come out from the stump of Jesse, and a branch shall grow out of his roots.
(Verse 2) The Spirit of the Lord shall rest on him, the 'spirit' [~1st] of wisdom and [2nd~'spirit'] understanding, the 'spirit' [~3rd] of counsel and [4th~'spirit'] might, the 'spirit' [~5th] of knowledge and the [6th~'spirit'] fear of the Lord.
(Verse 3) His delight [7th~'spirit'] shall be in the fear of the Lord. (Isaiah 11: 1-3).

Rabu, 5 Oktober 2016

Engkau saja yang KUDUS...



Wahyu 15: 1 – 8

1 Dan aku melihat suatu tanda lain di langit, besar dan ajaib: tujuh malaikat dengan tujuh malapetaka terakhir, karena dengan itu berakhirlah murka Allah.  2 Dan aku melihat sesuatu bagaikan lautan kaca bercampur api, dan di tepi lautan kaca itu berdiri orang-orang yang telah mengalahkan binatang itu dan patungnya dan bilangan namanya. Pada mereka ada kecapi Allah.  3 Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa!  4 Siapakah yang tidak takut, ya Tuhan, dan yang tidak memuliakan nama-Mu? Sebab Engkau Saja Yang Kudus; karena semua bangsa akan datang dan sujud menyembah Engkau, sebab telah nyata kebenaran segala penghakiman-Mu."  5 Kemudian dari pada itu aku melihat orang membuka Bait Suci--kemah kesaksian--di sorga.  6 Dan ketujuh malaikat dengan ketujuh malapetaka itu, keluar dari Bait Suci, berpakaian lenan yang putih bersih dan berkilau-kilauan dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas.  7 Dan satu dari keempat makhluk itu memberikan kepada ketujuh malaikat itu tujuh cawan dari emas yang penuh berisi murka Allah, yaitu Allah yang hidup sampai selama-lamanya.  8 Dan Bait Suci itu dipenuhi asap karena kemuliaan Allah, dan karena kuasa-Nya, dan seorangpun tidak dapat memasuki Bait Suci itu, sebelum berakhir ketujuh malapetaka dari ketujuh malaikat itu.


     Manusia keturunan Adam yang lahir dari keinginan laki-laki dan perempuan adalah manusia yang disingkapkan dengan kata-nubuat ‘luka.’ ‘Luka’ (cut off) kerana terpisah dari segala realitas Roh Tuhan, dan Roh Kudus tidak turun ke atas ‘sumbu roh’ manusia berdosa! 'Luka' yang belum disembuhkan berarti tiada perdamaian di antara Sang Pencipta, Bapa segala roh, dengan roh manusia yang dibaluti daging.  Manusia ‘luka’ adalah cenderung kepada perbuatan dosa setiap hari; roh manusia yang 'luka,' adalah tidak suci. Namun, kerana namaNya adalah Firman, maka Tuhan dari semula telah menentukan untuk  menganugerahkan ‘Jalan,’ supaya kita dapat bergaul karib dengan Roh Tujuh Lapis.

    Melalui karya Roh Tujuh Lapis yang menganugerahkan Jalan, Pintu dan Kunci, semua ‘manusia luka’ ditawarkan harapan untuk 'karangan iman' dan 'perjalanan iman.' Sesunguhnya, tiadalah di antara kita yang 'suci' (pure)  kerana pusat kesedaran kita adalah 'daging' (otak).  Daging Adam bertunas dari bumi kemudiannya berkembang-biak melalui ‘benih;’ kita berasal dari ‘benih’ Adam (sperms and ova). Semua roh manusia tidak mempunyai kelayakan untuk diterima oleh hadirat Roh Tuhan Yang Maha Suci, Allah Bapa, yang semarakNya menghanguskan. Tiada siapapun yang layak diterima di hadapan hadirat Roh Allah Bapa jika alasannya adalah sekadar segala 'kebaikan-kebaikan' yang datang dari pemikiran manusia (intellectual precepts). Manusia 'luka' tidak ada sumber untuk mentahirkan atau menyucikan roh mereka sendiri. Urusan memasuki hadirat adalah disandarkan pada spiritual precepts yang ditunjangi oleh 'suara' Firman sebagai keyakinan kepada yang kita harapkan. Dan spiritual precept itu tidaklah terpesong dari tiga elemen ‘Deep calls deep,’ iaitu Jalan, Pintu dan Kunci. Paling tidakpun, pengikut 'Jalan' yang rajin dengan urusan ‘masuk kamar’ ('berdoa') akan hanya bersyukur dengan 'meng-imani' lirik nyanyian Daud: "Terpujilah Tuhan! Hari demi hari Ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. SelaMazmur 68: 19

   Ruangan kamar dalam Khemah Suci yang dinubuatkan sebagai kamar ‘Yang Mahasuci’ sebenarnya tidaklah 'suci' sepanjang masa kerana ia tertakluk kepada dosa-dosa kedua belas suku kaum Israel. Justeru itu, bilik atau the chamber ‘Yang Maha Suci’ (the holy of Holiest) itu boleh saja menjadi 'najis/impure' (defiled) pada bila-bila masa sahaja setiap hari! Ibadah ritus tabernakel atau Khemah Suci menuntut supaya 'tabut perjanjian' (the Ark of Covenant) perlu ditahirkan terlebih dahulu dengan percikan darah penebus dosa sebanyak 7 kali menurut Firman (pengajaran 'jalan' melalui Taurat), jika Imam Besar berurusan dengan Tuhan Yahuwah di kamar ‘the holy of Holiest.’ Justeru itu, 'jalan' berdoa melalui 'pintu' Tabernakel adalah ibadah (berdoa)  yang amat  membebankan.

    Maka, kamar ‘Yang Maha Suci’ itu hendaklah dianugerahkan dengan kuasa pentahiran dari Yahuwah terlebih dahulu berdasarkan pengajaran Taurat sebelum ia benar-benar 'Suci.' Tanpa anugerah pentahiran Yahuwah ke atas 'Tabut Perjanjian' di dalam kamar ‘Yang Maha Suci,’ maka ia tidak akan suci walaupun ia masih juga digelar atau designated sekadar nama sebagai kamar ‘Yang Maha Suci.’

   Setiap 'sumbu' roh orang percaya dalam Perjanjian Baru adalah 'bayangan' dari pengajaran Taurat sebagai kamar ‘Yang Maha Suci dalam ibadah 'altar' Perjanjian Lama,’ iaitu tempat Roh Kudus turun, yang perlu ditahirkan terlebih dahulu oleh kuasa darah Yeshua yang memberikan 'pengampunan dan pentahiran' dosa-dosa secara berlimpah-kasih dan taat. Oleh yang demikian, roh manusia orang-orang percaya masih juga digelar ‘orang-orang kudus’ kerana sebagaimana ‘Yang Maha Suci’ pada Tabernakel itu masih juga disebut ‘Yang Maha Suci,’ biarpun ia sebenarnya tidak lagi suci, maka demikianlah orang-orang percaya akan masih dijolok sebagai orang-orang kudus kerana sumbu-sumbu roh orang-orang percaya sepatutnya 'designated' untuk tempat Roh Tujuh Lapis turun. Sebab itulah teguran-teguran dari Roh Tuhan telah disampaikan menurut Why. 2 hingga Why.3, agar orang-orang percaya dapat menyelidiki  roh mereka sendiri yang disingkapkan oleh Roh Kudus. Entah 'sumbu roh'  mereka akan benar-benar berfungsi sebagai ‘Yang Maha suci’ yang dilepaskan dari dosa-dosa, ataupun sebaliknya.

10 “Son of man, describe the temple to the people of Israel, that they may be ashamed of their sins. Let them consider its perfection, 11 and if they are ashamed of all they have done, make known to them the design of the temple—its arrangement, its exits and entrances—its whole design and all its regulations and laws. Write these down before them, so that they may be faithful to its design and follow all its regulations. 12 “This is the law of the temple: All the surrounding area on top of the mountain will be most holy. Such is the law of the temple. (Ezekiel 43: 10-12)

     Penyembahan sempurna kepada Tuhan adalah seperti yang disingkapkan oleh Roh kepada Nabi Ezekiel dalam Ezekiel 43: 10-12: menyembah di dalam roh dan kebenaran.  Kenapa "surrounding area on the top of the mountain" pula yang digelar atau designated sebagai 'Yang Maha Suci' (the most holy) dalam ayat 12 ? Bukankah 'Yang Maha Suci' itu adalah ruangan kamar yang terletak di rumah Tabernakel yang terdalam sekali, iaitu the innest Temple? Setiap roh orang-orang percaya adalah 'designated' dan dinubuatkan sebagai kamar  'the holy of holiest' atau 'Tabut Perjanjian;' 'sumbu roh' umat perjanjian baru adalah tempat 'lidah api' turun untuk memberikan Pintu Hadirat Roh Tuhan. Justeru itu, kita akan mengecapi spirit of prayer apabila berada di dalam hadiratNya yang dinyatakan di dalam 'the holy of holiest' orang percaya. ‘The holy of holiest’ perjanjian baru adalah adalah merujuk kepada roh-roh orang percaya yang telah dilahirkan kembali, lantas menjadi 'kamar' yang mempunyai 'sumbu roh' untuk Roh Kudus turun.

    Maka, Ezekiel 43: 10 -12 adalah dinubuatkan khusus untuk bangsa Ibrani agar mereka tahu bahawa Tuhan mereka tidak berdusta! Ia menjadi suatu 'tanda' sepanjang zaman kepada orang-orang Ibrani yang masih berusaha, terkial-kial, menyembah Tuhan YHVH menurut 'jalan-jalan' 'ritus-Taurat' yang berpusat pada Tabernakel Perjanjian Lama. Mereka akan 'malu' (they may be ashamed of their sins) kerana roh mereka seperti 'telanjang' apabila Hakim akan datang kelak! Ibadah rohani mereka akan dinilai oleh Hakim, dan Hukum Bait Allah yang dinubuatkan oleh Ezekiel dalam Ezekiel 43: 10 -12 itu akan menjadi salah satu 'tanda' yang spesifik kepada bangsa Ibrani! Tuhan mereka menuntut ibadah mereka, supaya meniti 'jalan ibadah' yang perfect, sebagaimana Roh Bapa di Sorga yang Sempurna.  Yeshua datang memberi 'jalan' ibadah yang sempurna dengan berfirman : "Akulah Jalan..."   Pihak berkuasa agama Perjanjian Lama telah menolakNya, kecuali ke-sebelas Rasul dan yang kemudiannya menjadi dua belas kembali, dan mereka telah dinubuatkan untuk menjadi 'batu asas' bersama dengan 'Batu Penjuru' bait-Allah Perjanjian Baru. "14 Dan tembok kota itu mempunyai dua belas batu dasar dan di atasnya tertulis kedua belas nama kedua belas rasul Anak Domba itu." (Wahyu 21: 14) 




Isnin, 26 September 2016

Di manakah "jam sedang berdetik" bagi kita dalam nubuatan akhir 'zaman bangsa-bangsa'?

 

    Kita sedang melihat umat Tuhan di bumi yang sedang dihakimi oleh Roh Kudus. Sekarang! Roh kudus masih melaksanakan misi Raja Damai, tetapi ia juga melaksanakan penghakiman di bumi! Kita berada dalam tempoh 'masa' peralihan dua "nama" Kristus, iaitu dari Raja Damai kepada "nama" Hakim. Maka, kita sedang berada dalam Meterai ke-6, iaitu Wahyu 6: 12-13. Ayat 14 belum lagi terjadi kerana ia adalah "saat" yang merujuk saat Hakim Kristus turun ke bumi dalam awan yang "bergulung-gulung."

   Penghakiman umat Tuhan oleh Roh Kudus di bumi dalam Meterai ke-6 (ayat 12 dan ayat 13) adalah penuh dengan keadilan, dan ia juga bertujuan untuk mempersiapkan mempelai perempuan untuk dapat menyambut kedatangan mempelai laki-laki : "4... Ia memasang kemah di langit untuk matahari, 5 yang keluar bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari kamarnya, girang bagaikan pahlawan yang hendak melakukan perjalanannya.6 Dari ujung langit ia terbit, dan ia beredar sampai ke ujung yang lain; tidak ada yang terlindung dari panas sinarnya." (Mazmur 19: 4-6).

Mazmur 50:4 "Ia berseru kepada langit di atas, dan kepada bumi untuk mengadili umat-Nya:"

    Apakah yang kita 'lihat' di 'langit' pada masa kini? Dalam belajar membaca bahasa rumi, kita perlu mahir asasnya, iaitu alphabet rumi dan susunan suku-kata. Dalam penafsiran bahasa nubuat Roh Kristus (Roh Tujuh karunia), kita perlu mengetahui bahasa asasnya, iaitu 'langit' dan 'bumi.' Maka, itulah sebabnya kenapa nubuatan dalam Kejadian fasal satu bermula dengan bahasa nubuat yang asas, iaitu "langit" dan "bumi." Dalam kes semasa sekarang berdasarkan bahasa asas nubuat dalam Mazmur 50: 4, Ia (Tuhan) "berseru langit di atas" dan memperlihatkan penglihatan roh seperti yang dinubuatkan dalam Wahyu 6: 12 "Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ke-enam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah.13 Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi 'bagaikan' pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang."

    Penghakiman Tuhan bermula pada umatNya sendiri. Nasihat/teguran (counsel), penghiburan (comfort) dan kata-kata membangun (edification) dari 'suara,'  'visions,' dan 'Dream dreams' dari Tuhan akan seperti mesej Tuhan kepada ketujuh jenis 'roh' orang percaya sebagaimana yang digambarkan secara profetik oleh ketujuh gereja di Asia Kecil dalam Wahyu 1: 19 --Wahyu 3: 22. Walaupun, nubuatan-nubuatan dalam Why. 1 hingga Why 3: 22 adalah merujuk khusus tentang apa yang akan terjadi kepada jemaat-jemaat Tuhan di Asia kecil, namun mesej itu 'berbicara' kepada umat Tuhan sampai sekarang sesuai dengan roh nubuat yang menasihati, menghibur dan membangun! Ia masih berbicara secara 'individu' kepada kita kerana setiap kita boleh saja dikatakan "seperti" keadaan roh orang percaya yang terdapat di Asia Kecil itu!

    Dan siapakah pula 'bintang-bintang' yang berjatuhan itu? Motherhood umat Tuhan adalah bangsa Ibrani baik ia di zaman perjanjian lama mahupun zaman perjanjian baru. Ia dinubuatkan sebagai 'fig tree' (Pohon ara), dan buah-buahnya adalah converted gentiles. Dan converted gentiles itu mestilah 'masak' sepenuhnya untuk memberikan hasil tuaian yang sempurna! Tapi dalam ayat 13, buah-buah yang gugur adalah 'mentah' ! Ia bukanlah berarti mereka menemui ajal daging! Ia berarti bahawa ketika Tuhan Roh Kudus menghakimi umat Tuhan pada masa peralihan 'nama,' Tuhan mendapati banyak umat Tuhan yang belum bersedia untuk 'mengadap' Hakim Kristus yang akan turun kelak di bumi (dalam Why. 6: 14), maka mereka akan mendapati diri mereka berjalan dalam kegelapan: mereka tidak dapat mendengar (prophecies) suara Gembala; mereka tiada melihat visions, dan mereka tiada Dream dreams! Bila ketiga-tiga anugerah seperti janji Tuhan itu tiada dalam kehidupan rohani umat Tuhan sepertimana yang dinubuatkan oleh Nabi Yoel dalam Yoel 2: 28, maka itulah sebabnya mereka ('falling stars') akan berguguran kelak apabila Hakim menghakimi. Mereka tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab rohani, iaitu nubuatan-nubuatan dalam doa Bapa Kami! Majoriti daripada umat melakukan doa Bapa Kami dengan kekuatan intelek, justeru itu, segala ibadah mereka tidaklah disempurnakan! Mereka adalah 'seperti' jemaat-jemaat  di Sardis [a]  dan Loadicea [b].


    Janji Tuhan kepada umatNya berbunyi: "28 Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan. 29 Juga ke atas hamba-hambamu laki-laki dan perempuan akan Kucurahkan Roh-Ku pada hari-hari itu.30 Aku akan mengadakan mujizat-mujizat di langit dan di bumi: darah dan api dan gumpalan-gumpalan asap.31 Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu.32 Dan barangsiapa yang berseru kepada nama TUHAN akan diselamatkan, sebab di gunung Sion dan di Yerusalem akan ada keselamatan, seperti yang telah difirmankan TUHAN; dan setiap orang yang dipanggil TUHAN akan termasuk orang-orang yang terlepas." (Yoel 2: 28).

    Mereka yang gugur adalah mereka yang "tidak bertobat," meskipun "teguran-teguran" seperti dalam nubuatan Why.1: 19 hingga Why. 3: 22 sudah disingkapkan oleh Roh Tuhan melalui mulut-mulutNya. Kegagalan untuk 'beriman' [c] secara jitu dan benar kepada Jalan, Pintu dan Kunci akan mengakibatkan mereka 'tertinggal' di belakang kerana mereka tidak dapat memasuki "kamar dan menutup pintunya rapat-rapat," sebagaimana yang dinubuatkan oleh nabi Yesaya dalam Kitab Yesaya 26: 20-21: "Mari bangsaku (umat Tuhan), masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang 'sesaat' lamanya, sampai amarah itu berlalu.21 Sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempat-Nya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana." "Sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu" itu sebenarnya merujuk kepada tempoh masa dari Why. 6:12 hinggalah kepada selesainya penggenapan murka Tuhan Cawan yang ketujuh dalam Why. 16: 17-21 (Cawan murka Tuhan ke-7).


    Apakah pula "gempa-bumi yang dahsyat " dalam ayat 12  Wahyu 6 benar-benar  bermaksud secara harfiah? Jawabnya, tidak! Kita tahu bahawa Nabi Yesaya bernubuat dalam Yesaya 8:  "7...Tuhan akan membuat air sungai Efrat yang kuat dan besar, meluap-luap atas mereka, yaitu raja Asyur dengan segala kemuliaannya; air ini akan meluap melampaui segenap salurannya dan akan mengalir melampaui segenap tebingnya, 8 serta menerobos masuk ke Yehuda, ibarat banjir yang meluap-luap hingga sampai ke leher; dan sayap-sayapnya yang dikembangkan akan menutup seantero negerimu, ya Imanuel!"

    Nah, "banjir" itu tidaklah merujuk kepada banjir sebenar, tetapi ia merujuk kepada penaklukan perang yang melanda tanah Israel dan Yehuda yang dibuat oleh maharaja Ayshur. Raja Daud bernyanyi tentang "suara" Hakim seperti dalam Mazmur 29. Segala ungkapan perihal "suara" Hakim dalam Mazmur 29 menjelaskan bagaimana 'murka' Tuhan itu disampaikan oleh perwatakan profetik yang simbolis, iaitu pemberitaan oleh elemen-elemen yang ada di 'langit' dan di bumi. Pembaca zaman harus berdoa selanjutnya untuk mendapatkan keperincian 'mesej' roh yang tersingkap, supaya mereka dapat mengenalpasti maksud yang disampaikan oleh 'elemen-lement' yang ada di langit dan yang ada di bumi.  Elemen-elemen di langit dan di bumi itu adalah dilihat dalam penglihatan roh.

    Oleh kerana "langit" dan "bumi" itu adalah pengaliran kebiasaan dalam penyampaian roh nubuat (flow of the spirit of prophecy), maka kita tahu bahwa "langit" turut menyingkapkan pekerjaan atau "nama" Tuhan yang akan melaksanakan karya yang diberitakan oleh mesej 'langit.'  Lirik nyanyian Daud bernubuat bahawa: "Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan ['nama']  tangan-Nya;" (Mazmur 19: 1-2).  Dalam nubuatan Wahyu 6: 12-13 "nama Tuhan" yang diberitakan oleh 'langit' adalah Hakim : "...matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah.13 Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi 'bagaikan' pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang."


    Seterusnya Tuhan berfirman Mazmur 50: 5-7: 5 "Bawalah kemari orang-orang yang Kukasihi, yang mengikat Perjanjian [Paskah] dengan Aku berdasarkan 'korban sembelihan' !" ['Paskah'] 6 Langit memberitakan keadilan-Nya, sebab Allah sendirilah Hakim. Sela 7 "Dengarlah, hai umat-Ku, Aku hendak berfirman, hai Israel, Aku hendak bersaksi terhadap kamu: Akulah Allah, Allahmu!

_______________

[a]  1 He who has the seven Spirits of God and the seven stars, says this: “I know your deeds, that you have a name that you are alive, but you are dead. 2 Wake up, and strengthen the things that remain, which were about to die; for I have not found your deeds completed in the sight of My God3 So, remember what you have received and heard; and keep it, and repent. Therefore if you do not wake up, I will come like a thief, and you will not know at what hour I will come to you. 4 But you have a few people in Sardis who have not soiled their garments; and they will walk with Me in white, for they are worthy. 5 He who overcomes will thus be clothed in white garments; and I will not erase his name from the book of life, and I will confess his name before My Father and before His angels. He who has an ear, let him hear what the Spirit says to the churches.” (Rev. 3: 1-6, NASB) 

[b] Message to Laodicea:  14 “To the angel of the church in Laodicea write: The Amen, the faithful and true Witness, the Beginning of the creation of God, says this: 15 ‘I know your deeds, that you are neither cold nor hot; I wish that you were cold or hot. 16 So because you are lukewarm, and neither hot nor cold, I will [l] spit you out of My mouth. 17 Because you say, “I am rich, and have become wealthy, and have need of nothing,” and you do not know that you are wretched and miserable and poor and blind and naked, 18 I advise you to buy from Me gold refined by fire so that you may become rich, and white garments so that you may clothe yourself, and that the shame of your nakedness will not be revealed; and eye salve to anoint your eyes so that you may see. 19 Those whom I love, I reprove and discipline; therefore be zealous and repent. 20 Behold, I stand at the door and knock; if anyone hears My voice and opens the door, I will come in to him and will dine with him, and he with Me. 21 He who overcomes, I will grant to him to sit down with Me on My throne, as I also overcame and sat down with My Father on His throne. 22 He who has an ear, let him hear what the Spirit says to the churches.’” (Rev. 3: 14- 22, NASB).

[c] 1 Now faith is the assurance of things hoped for, the conviction of things not seen. 2 For by it the men of old gained approval. (Hebrews 11: 1-2).