Khamis, 24 Disember 2015

Why. 12 sudah dinyatakan dari permulaan, dan dari purbakala iaitu dalam Kejadian 3: 15 -16 a (Woman vs. Old Serpent~ Siri I )

Oleh Jonas Mannaseh

15 Aku akan mengadakan permusuhanantara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya." 16 FirmanNya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; ..." (Kejadian 3:15-16 a).

    Nabi Yesaya menyampaikan firman Tuhan dalam Kitab Yesaya 46: 10 “(Akulah Allah)…yang memberitahu dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang yang belum terlaksana, yang berkata: keputusanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan.” Permusuhan di antara ‘perempuan’ dan Ular Tua, dan juga di antara keturunannya dan keturunan Ular Tua itu telah disingkapkan seawalnya dalam alkisah manusia iaitu sejak zaman purbakala lagi di Taman Eden. Perseturuan itu telah disingkapkan pengakhirannya dalam Kitab Wahyu, bab yang ke-12 sehinggalah kepada alkisah nubuatan dalam Kitab Wahyu bab ke-17. Alkisah “Perempuan bermusuhan dengan nama-nama binatang” telahpun diberitakan sejak dari 'permulaannya,' iaitu se-awal pada nubuatan Nabi Musa secara ke belakang ('prophesying backwadly') dalam Kitab Suci Kejadian 3: 15.

    Benarlah Firman Tuhan bahawa "dari purbakala Tuhan telah mewahyukan perihal pengakhirannya" iaitu kasus perseteruan di antara 'perempuan' dan 'Ular Tua.' Permusuhan di antara perempuan dan ular tua dinubuatkan bahawa ia akan membabitkan kedua-dua keturunan bagi mahluk ciptaan Tuhan itu. Ungkapan 'perempuan' dalam Kitab Kejadian 3: 15 adalah ungkapan nubuatan yang hanya diberikan secara khusus kepada bangsa Ibrani. Justeru itu, perkataan ‘perempuan’ bukanlah secara harfiah merujuk kepada Hawa sahaja, tetapi ia sebenarnya merujuk kepada bangsa yang dipilih Tuhan untuk melaksanakan kehendak-kehendakNya di bumi.

    Kelak, selepas kiamat banjir ungkapan profetik 'perempuan' telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada keturunan Abraham, iaitu 'house of Jacob' atau bani Ibrani. Tuhan melihat dan merencanakan supaya perempuan itu akan melahirkan 'bintang bethlehem' pada masa yang telah diketahui dan ditetapkan oleh Allah Bapa. Juruselamat dari Sion adalah maksud yang disingkapkan semula oleh latarbelakang penceritaan Wahyu 12. Wahyu 12: 2 menyingkapkan takdir yang akan menerpa bani Ibrani, dan ia berbunyi “Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia (Juruselamat) berteriak kesakitan.” Rencana Tuhan untuk menggenapi “Firman menjadi manusia,” melalui Israel sebagai umat pilihanNya telah mengakibatkan bani Ibrani itu senantiasa menjadi sasaran yang tidak dilepaskan oleh ular tua.

    Ular tua senantiasa berusaha untuk mencari jalan supaya dapat merosakkan apa sahaja rencana Tuhan ke atas bangsa Ibrani. Justeru itu, ia senantiasa mencari jalan untuk “meremukkan tumit perempuan” itu. House of Jacob yang dipilih Tuhan untuk melaksanakan kata profetik “perempuan’ dalam Kejadian 3: 15 telah melalui pelbagai ‘kesakitan dan penderitaan.’ Ia bermula dengan 400 tahun penghambaan di Mesir. Selepas menduduki tanah Perjanjian selama lebih kurang 902 tahun, iaitu jumlah tahun 'pendudukan' Tanah Suci yang dihitung sejak Paskah di Mesir sehinggalah Tuhan YHVH menyatakan 'perceraian' seperti Firman yang disampaikan dalam 2 Raja-Raja 23: 27. Tuhan telah mengambil 'namaNya,' meskipun sebelum itu, Ia pernah berjanji bahawa namaNya ada pada bait Allah di Kota Yerusalem. Selepas Yehuda memasuki era pembuangan, kerajaan kedua-belas suku kaum Israel telah menjadi sekadar sejarah sahaja. Tanah suci telah menjadi jajahan-takluk oleh bangsa Asyur, Kasdim, Medo-Parsi, Yunani, dan juga oleh pemerintah Romawi. 'Penderitaan dan kesakitan' yang dialami oleh 'perempuan' kerana 'patukan-patukan' penaklukan oleh keturunan-keturunan Ular Tua, dan ditambahi pula dengan kebutaan rohani suku-kaum Imamat, dan kejahatan raja-raja mereka sendiri telah menggenapi nubuatan dalam Kitab Kejadian 3: 16.

    Wahyu 12: 1-2 sebenarnya menjelaskan kebenaran konsistensi kesaksian Roh nubuat dalam Yesaya 46: 10 kerana nubuat dalam Kejadian 3: 16 telah disampaikan seawalnya oleh Roh Tuhan di zaman purbakala menurut catatan permulaan Kitab Kejadian. Santo Yohanes telah melihat tanda di langit, dan penglihatannya perihal ‘perempuan’ berselubungkan matahari itu mempunyai ‘dua belas bintang di atas kepala perempuan' seperti dalam Kitab Why. 12:1. Tanda itu mewakili kedua belas suku bangsa Ibrani, dan ia juga mewakili kedua belas rasul Kristus yang telah memberitakan perihal anugerah 'Jalan' kepada semua bangsa-bangsa di dunia. Bangsa-bangsa di dunia yang percaya kepada Anak Perdamaian yang dilahirkan oleh ‘perempuan’ itu, telah menjadi 'anak-anak' (offspring). 'Anak-anak' itu adalah keturunan 'perempuan' seperti yang didedahkan oleh nubuatan dalam Kejadian 3: 15; Yesus telah menjadi Anak yang sulung. 'Anak-anak' (evangelized gentiles) kepada 'perempuan' (New Testament's house of Jacob) itu turut diperangi oleh Ular Tua itu menurut wahyu dalam Kitab Wahyu 12: 17.

    'Ular tua' itu adalah kata-nama yang membawa maksud nubuat yang merujuk kepada Roh Lucifer! Siapakah pula keturunan ular tua yang diungkapkan oleh Kejadian 3: 15? Keturunannya jelas mempunyai manifestasi kacukan darah manusia, dan “anak-anak Allah (gods)” dalam Kitab Kejadian 6, iaitu kemunculan nephilim, malah selepas kiamat banjir, keturunan kacukan itu muncul lagi seperti dalam catatan Kitab Bilangan 13: 33.

    Walaubagaimanapun, penafsiran tersebut tadi tidaklah jitu dan lengkap, jika sekiranya kita katakan bahawa keturunan ular tua itu hanyalah sekadar merujuk kepada keturunan daging sahaja, meskipun ternyata ada kejadian mengenai dengan ‘cross breeding’ terlarang seperti dalam Kejadian 6 dan Bilangan 13: 33. Roh Nubuat menjelaskan bahawa keturunan ular tua juga merujuk kepada semua pemerintah-pemerintah dunia daripada bangsa-bangsa yang menentang Firman, ataupun bangsa-bangsa tidak percaya kepada 'Firman menjadi manusia.' Janganlah hairan jika suku kaum Dan tergugur dari senarai dua belas bangsa Israel dalam Wahyu 7.  Yakub menubuatkan bahawa suku kaum Dan adalah ular. Penulis berpendapat bahawa dalam Why.7, suku kaum tersebut tidaklah mempunyai kelayakan untuk mencapai jumlah 12,000, maka sub-tribe Manasye telah diangkat untuk menggantikan suku kaum Dan. Bukanlah berarti mereka semua telah gugur dan ditolak Tuhan.  'Anak-anak' perempuan dalam Wahyu 12: 17 bukanlah merujuk kepada keturunan Bangsa Ibrani. Ia ('anak-anak')  merujuk kepada bangsa-bangsa bukan Ibrani yang telah dilahirkan kembali oleh operasi Roh tujuh lapis yang melaksanakan karya Allah Bapa di dalam nama Kristus, lalu menjadi pengikut-pengikut 'Jalan.'

    Keturunan perempuan disebut 'anak-anak' (offspring), dan mereka itu adalah merangkumi barangsiapa di antara bangsa-bangsa bukan Ibrani yang telah percaya kepada penebusan dalam nama Domba Tuhan, Kristus. Jika Tuhan memilih bani Israel sebagai 'perempuan,' samada Ibrani Perjanjian Lama atau Ibrani Perjanjian Baru, maka si Ular Tua pula memilih pemerintah-pemerintah dunia sebagai keturunannya.  Pemerintah-pemerintah dunia atau raja-raja bangsa-bangsa telah dijadikan  oleh Ular Tua sebagai saluran kehendak-kehendak naga.  Mereka adalah maharaja-maharaja Babylon, maharaja-maharaja Mede-Persian, maharaja dan raja-raja Yunani, maharaja Romawi, raja-raja dalam empayar Romawi (termasuk Herodes) dan juga termasuklah pemerintah-pemerintah dunia yang sedang berkuasa pada masa kini! Tuhan menyampaikan firman dan menyingkapkannya kepada kita bahawa pemerintah-pemerintah Dunia adalah disebut secara simbolis sebagai 'binatang-binatang.' Ia bersesuaian dengan status mereka sebagai keturunan si Ular Tua. Yesus menjelaskan kenapa ia berkata-kata dalam perumpamaan, “kepada kamu diberikan karunia untuk mengetahui rahasia kerajaan Sorga.”

    Dalam seluruh 'karya Allah' iaitu Firman Allah, hanya umatNya sahaja yang dinubuatkan dengan gelaran 'perempuan,' meskipun ungkapan profetik 'perempuan' itu, ada masanya ia diungkapkan sebagai pelacur; ungkapan 'pelacur' mendedahkan ketidaksetiaan bani Israel dalam zaman Perjanjian Lama. Ia disindirkan sebegitu kerana Israel telah meninggalkan Tuhan sebagai Raja mereka, dan mengakibatkan ia kerapkali terlibat atau ditakluki oleh kekuasaan politik raja-raja bangsa-bangsa  di dunia. Namun, ketidaksetiaannya tidaklah pula membatalkan gelarnya sebagai perempuan, meskipun ia disindirkan sebagai pelacurIa diungkapkan oleh firman sebagai "mabuk dengan raja-raja dunia." Di dalam Alkitab, semua pemerintah dunia dari bangsa-bangsa adalah dirujuk secara konsisten dengan ungkapan yang sama, iaitu sebagai 'binatang-binatang.' Maka, sudah tentu kita akan tahu maksud simbolis “perempuan yang menunggangi binatang merah ungu” dalam Wahyu 17, bukankah? Bangsa Israel yang masih menamakan diri mereka sebagai saki-baki kepada penyembah-penyembah menurut agama Perjanjian Lama telah kembali semula ke Tanah Suci, dan hal ini bukan sahaja menggenapi nubuatan, tetapi juga sebagai manifestasi kelicikan dan kepintaran 'perempuan' menunggangi binatang merah ungu itu.

    Si ular tua tidaklah bosan untuk menjadi pengarya yang tidak kelihatan disebalik kemunculan penguasa-penguasa dunia, dan ia senantiasa ghairah untuk menumpahkan kekuatannya kepada raja-raja dan pemerintah-pemerintah Dunia, entah mereka 'gandum' ataupun lalang! Maka, tidak hairanlah Yesus bernubuat dalam Matius 13 bahawa ketika Anak Manusia menabur benih, maka datanglah si Ular Tua pada waktu malam dan menabur benih lalang. Justeru itu, kita akan menyaksikan pemerintah dunia itu boleh saja beragama Kristian, namun pemerintahannya tertakluk kepada manupulasi Ular Tua untuk menjadikan mereka sebagai agen-agen kehendaknya atau keturunannya, samada mereka sedari atau tanpa mereka sedari. Walau-apapun rumusan, "hati Raja (pemerintah) adalah seperti aliran batang air (sungai) di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini" (Amsal 21: 1). Justeru itu, jika roh pemerintah itu bukan dalam kekuasaan tangan Tuhan, maka sudah tentu ia berada di tangannya sendiri, ataupun bolej jadi ia sedang  diinspirasikan secara halus oleh Naga. Oleh itu, umat Tuhan menaikkan doa syafaat kepada mereka (Raja/pemerintah).

    Di masa penghakiman dan murka Tuhan, iaitu nama Kristus sebagai Hakim, kita akan melihat pemerintah-pemerintah yang 'jatuh,' iaitu mereka yang tidak lagi percaya kepada Firman; mereka akan ternyata sebagai jerami belaka, biarpun mereka mendakwa sebagai manusia yang beragama. Hakikatnya, Penguasaan 'lalang' dalam birokrasi pentadbiran kerajaan-kerajaan di dunia akan lebih nyata pada masa penghakiman atau ketika nama Kristus beroperasi sebagai 'Hakim' di sepanjang "satu masa, dua masa dan separuh masa."

    Ketika naga berada di tepi laut, ia sedang 'memerhatikan' benua Eropah dan  ia ingin berkarya kepada semua 10 garis keturunan raja-raja Eropah sebagaimana yang dijelaskan dalam Wahyu 13. Ia melihat bahawa semua raja-raja itu akan mampu melilitkan empayar mereka merentasi laut di dunia. Mereka melaksnakannya dengan topangan kekuatan roh yang tidak kelihatan, iaitu anugerah naga itu. Empayar British menggenapi deskripsi pemerintah dunia yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: ‘kepala binatang yang luka.' Ia adalah bukti bagaimana naga itu memberikannya kekuatan untuk menjajah hampir seperempat mukabumi! Malah ia (British) masih memiliki beberapa tanah jajahan sehingga kini. Tuhan merelakannya kerana ia menggenapi putusan (nubuatan-nubuatan) Tuhan. Rupa-rupanya, Tuhan telah berkerja melalui empayar-empayar yang dibentangkan oleh raja-raja Eropah, dan memudahkan pemberitaan Khabar Gembira di seluruh dunia.

    Rupa-rupanya, Roh Tuhan dengan lebih mudah melalui Maha-kreatifnya di dalam pekerjaan menabur benih ke atas ladang yang dibajak oleh Ular Tua. Bagi mereka yang meminati dan menyokong British, mereka sudah tentu akan berpendapat bahawa tidak mungkin naga itu yang memberikan kekuatan kepada British, namun keturunan si Ular Tua adalah pemerintah-pemerintah Dunia. Pemerintah-pemerintah dunia sebenarnya adalah sasaran ular tua untuk menyalurkan kehendak-kehendaknya samada ia disedari ataupun tidak. Apapun rancangan yang licik dari pihak ular tua, Tuhan telah menegakkan kedaulatanNya di atas segala sesuatu! Maka, keputusanNya juga akhirnya yang akan terlaksana.

    Empayar British bukanlah layak dipanggil 'perempuan' seperti nubuatan Kejadian 3:15; empayar British selayaknya adalah 'karya yang tidak kelihatan oleh tangan Naga' yang telah "tinggal berdiri di pantai laut" itu (Wahyu 12: 18). Senjata pemusnah seperti bom atom, bom hydrogen, bom plasma, dan bom nukliar, bukanlah dicipta kerana inspirasi Roh Tuhan. Kuasa-kuasa besar dunia memiliki semua senjata itu. Bukankah Kristus akan kembali ke bumi ini untuk menggenapi Firman, dan salah satu daripada tujuan Kristus kembali sebagai Hakim berbunyi: "...membinasakan barangsiapa yang membinasakan bumi." (Wahyu 11: 18)?

    Penaburan Anak Manusia ialah Ibrani perjanjian Baru (perempuan), dan juga 'converted gentiles' sebagai anak-anak. Bukankah anak-anak itu turut terheret dalam agenda kerakusan pemerintah yang menjajah dunia, seperti peperangan-peperangan, demi menunaikan kepatuhan dan kesetiaan mereka yang dituntut oleh raja-raja (gods)?

    Melalui kacamata Firman, agenda penjajahan adalah inspirasi si naga. Penjajahan raja-raja Eropah itu seolah-olah telah direlakan oleh tangan Roh Tuhan, agar genaplah nubuatan-nubuatan para nabi! Penguasa dunia, Amerika tidak menjajah dunia seperti raja-raja Eropah, malah ia digelar "kelihatan seperti domba"kerana ia adalah pemimpin gergasi dunia dalam melaksanakan karya perdamaian di antara semua negara di dunia dengan memperjuangkan prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu, Charter Chapter 1, Article No.1: 'Peace and Security.' Domba Tuhan' merupakan karya Jalan 'perdamaian' di antara Roh Allah Bapa dan dengan umat manusia. Justeru kerana usaha-usaha yang diusulkan dan dilaksanakan oleh Amerika seperti 'Peace and Security,' bagi Bangsa-Bangsa Bersatu, maka Ia memenuhi deskripsi binatang yang keluar dari bumi, dan digelar 'kelihatan seperti domba.' Binatang seperti ‘Amerika’ bertindak sebagai pemimpin utama dunia dalam memperjuangkan perdamaian di muka bumi: maka, ia “kelihatan seperti domba.”

    Domba Tuhan adalah karya Jalan Perdamaian di antara Tuhan dan manusia yang luka. "Binatang yang keluar dari bumi" adalah pemimpin dalam semua agenda 'perdamaian' di antara bangsa-bangsa di dunia, terutama era-era selepas perang Dunia yang ke-dua. Oleh kerana Amerika tidaklah menjajah seperti raja-raja Eropah yang mendapatkan tanah-tanah jajahan di serata bumi, maka Ia (Amerika) hanya dinubuatkan sebagai "keluar dari bumi" sahaja. Hampir kesemua 50 negeri tanahnya yang bersatu menjadi satu, dan ia di panggil 'the United States of America; sesuai dengan ungkapan “binatang yang keluar dari bumi,” namun dua tanduknya menguasai Dunia. Perkataan profetik 'laut' mengungkapkan kaitannya dengan banyak bangsa-bangsa di dunia termasuk lokasi-lokasi geografi di mana bangsa-bangsa itu tinggal. Maka, fahamlah kita kenapa empayar British adalah keluar dari 'laut;' kerana ia melilitkan banyak bangsa-bangsa menjadi warga empayar British, dan tanah jajahannya pula menjadi unjuran kepada tanah ibunda di kepulauan British. Empayar British membabitkan banyak bangsa dan tanah yang merentasi 7 lautan Dunia, dan itulah sebabnya pemerintahan monarki British itu dikatakan “binatang keluar dari laut” atau empayar pemerintahan yang merangkumi banyak bangsa dan banyak tanah jajahan di semua benua. Penduduk empayarnya terdiri dari pelbagi bangsa dari banyak tanah-tanah jajahan. Tanduknya pula ada 'mahkota' kerana empayar British diperintah oleh monarki British.

    Pemerintah dunia seperti Amerika tidaklah diungkapkan sebagai binatang yang keluar dari 'laut' kerana tanah pemerintahannya tidaklah melingkari bumi. Ia tetap berada di tanah (land) di benua utara Amerika, tanpa merentasi pantai-pantai laut di seluruh dunia. Namun, kuasanya sesungguhnya melingkari bumi, dan jelas diungkapkan oleh dua tanduk binatang itu, iaitu kuasa politik dan kuasa "buying & selling" ('kuasa duitnya'). Pemerintahan Amerika juga diungkapkan sebagai "keluar dari bumi” kerana ia tetap sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Amerika, di benua utara Amerika. Dua kuasa Amerika atau “dua tanduk binatang yang keluar dari bumi” itu telah mengikat bangsa-bangsa di dunia melalui usul perjanjian-perjanjian. 'Tanduk' itu tiada mahkota kerana Amerika adalah negara republikan. Dunia biasanya menuruti dan tunduk kepada usulnya kerana "ia 'kelihatan sebagai domba ('peacemaker'), tetapi kuasa 'politik-militer', dan kuasa "buying and selling" adalah diungkapkan sebagai "bercakap seperti naga" ; berkuasa, persuasif, dan bahaya jika ditentang ( irresistible!).

'Patung' ?

13 Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. 14 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.” (Wahyu 13:14-15)

    Di zaman dahulukala dalam kehidupan animisme atau kepercayaan polytheisme bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa, patung memainkan peranan sebagai objek penyembahan. Seluruh ibadah para penganut adalah berpusat di mana lokasi patung itu diletakkan. Namun, dalam nubuatan Wahyu 13: 14, perkataan simbolik patung mengungkapkan pengertian profetik yang tersembunyi. Ayat itu berbunyi “dan ia (binatang yang keluar dari bumi) menyuruh seluruh bumi untuk mendirikan patung bagi binatang yang luka itu," dan ia adalah bahasa profetik yang merujuk kepada kuasa politik Amerika yang menghidupkan kuasa Imperialis British dalam usaha menguasai kembali politik dunia melalui karya politik sekutu Amerika bermula dengan perjanjian-perjanjian yang mengikat bangsa-bangsa di dunia termasuklah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944. Sebelum perang dunia ke-2 berakhir, matawang British merupakan matawang utama Dunia, terutama di seluruh tanah jajahannya yang dikatakan telah melingkari dunia, sehingga ada penyair yang telah berpuisi, “matahari tidak pernah terbenam di dalam empayar British” (...the sun never sets in British Empire...")

    Dan semua aktiviti-aktiviti ekonomi di seluruh jajahannya adalah berpusat di Bank of England sebagai pusat transaksi perekonomiannya, atau 'patungnya' yang terletak di Kota London. Malah, seluruh tanah jajahannya iaitu colonies, mandates atau protectorates adalah tertakluk kepada 'undang-undang' yang digubal oleh penjajah British (colonial master). Maka ketaatan kepada hukum-hukum yang digubal oleh penjajah itu juga diwahyukan oleh Roh Tuhan sebagai 'menyembah' Patung itu: pemerintah Empayar British. Patung dalam sudut pandangan religious adalah objek ibadah, namun dalam Kitab Suci Wahyu, 'patung' itu merujuk kepada “salah satu daripada tujuh kepala binatang yang luka” yang keluar dari laut, dan ia adalah monarki empayar British. Kuasa monarki adalah dinyatakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang ditandatanganinya, atau yang dimeteraikannya. Justeru itu, patungnya juga merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang ia gubal untuk menaklukkan semua bangsa-bangsa yang tinggal di semua-tanah jajahannya. Sebagaimana bangsa-bangsa dituntut tunduk, dan taat kepada monarki empayar Biritish, maka demikianlah ia diumpamakan sebagai seolah-olah suatu ungkapan ibadah kepada patung (idol) yang menuntut ketaatan pada peraturan ritual atau tata-cara ibadah! Selepas Perang Dunia ke-II, banyak tanah jajahan British yang telah menyatakan hasrat untuk mengecapi independen, samada melalui perjuangan politik yang aman, ataupun melalui pemberontakan yang berdarah.

    Banyak tanah jajahan telah diberikan kemerdekaan yang juga memberi arti bahawa ia telah mengurangkan kekayaan yang dikecapi selama ini oleh penjajah British. Namun, kemunculan Amerika sebagai kuasa baru dunia selepas perang dinubuatkan sebagai binatang yang keluar dari bumiitu,“kelihatan seperti domba.” Ia telah berkarya bersama British dengan mengusulkan penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan juga penubuhan pusat pemulihan negara iaitu Bank Dunia dengan ditunjangi oleh perjanjian Bretton Woods. Dengan karya atau nama yang diilhamkan oleh Amerika bersama sekutu utamanya iaitu British, maka British sebagai “binatang yang luka oleh pedang” (peperangan dunia ke-dua), telah dapat mengembalikan 'kuasa duit’ Pound sebagai matawang utama Dunia di belakang dollar Amerika. Amerika (“binatang yang keluar dari bumi”) telah bersepakat dengan British dan sekutunya melalui Perjanjian Bretton Woods; ia dinubuatkan oleh Kitab Wahyu bahawa Ia (Amerika) menyuruh seluruh dunia untuk mendirikan 'patung,' atau dalam bahasa biasa berarti ‘akur kepada kuasa politik British.’ Kuasa politik British telah dikatakan dihidupkan kembali kerana ia telah dapat mengembalikan kedudukannya sebagai penguasa dunia.

    Penguasaan politik dunia bagi pihak British telah terjamin melalui kedudukannya sebagai ‘elit,’ iaitu salah satu daripada Lima kuasa Veto dunia di meja bulat. 5 (Lima) ahli tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu itu adalah, the United States of America, British, France, Russia dan China. Penguasaan London dalam transaksi perdagangan Dunia telah dihidupkan kembali atau diungkapkan "patung binatang yang luka" telah diberi-kuasa “berbicara kembali.” Kuasa politiknya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Bank Dunia secara simbolis diungkapkan oleh frasa nubuatan “telah diberikuasa berbicara kembali.” Atas topangan kuasa gergasi politik Amerika (binatang yang keluar dari bumi), penguasaan London telah dihidupkan kembali, cuma ia beralih dari City Centre London ke Bank Dunia. Kepalanya (Empayar) pula dihidupkan kembali dari “luka parah” akibat peperangan dunia ke-dua, dan juga akibat peperangan dengan tanah jajahan yang menuntut kemerdekaan darinya. Penguasaan semulanya di arena politik dunia sebagai salah satu 'kuasa veto’, ahli tetap majelis keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menghidupkan kembali kepalanya yang 'luka parah.'  Karya politiknya bersama dengan karya duit Amerika telah menyembuhkan semula 'luka parah' kepala sekutunya, iaitu Imperialis-British.

    Penguasaan British dalam “membeli dan menjual” telah kembali hidup apabila ia menjadi pemegang kedua terbesar dalam syernya di Bank Dunia selepas Amerika. Pusat penyembahan 'duit' sebelum perang dunia ke-II adalah di London, dan kemudian selepas perang ia telah didirikan (melalui perjanjian-perjanjian) kembali, iaitu di Bank Dunia. Manakala, kuasa politiknya dalam arena politik global telah hidup semula apabila ia menduduki kerusi sebagai ahli tetap dalam majlis keselamatan PBB, atau ringkasnya pemegang kuasa Veto. Kuasa ekonominya pula telah dapat dihidupkan kembali melalui 'karya' Bretton Woods bersama dengan Amerika. Perjanjian itu berfungsi sebagai pengikat kepada 'karya' (“membeli dan menjual”), dan ia telah disambut secara positif melalui penerimaan dan pengesahan penyertaan oleh negara-negara di dunia. Demikianlah alkisah bagaimana 'Patung' itu diteguhkan semula oleh bangsa-bangsa, bagi bekas Imperialis dunia itu! Pusat aktiviti dan kehidupan moden bagi seluruh dunia iaitu “membeli dan menjual” adalah berpusat di BIS, Bank Dunia, dan IMF. Demikianlah, bagaimana Amerika menolong sekutunya the United Kingdom dan empayarnya dalam mencari nama atau karya untuk menguasai politik, ekonomi dan militer di Dunia ini. Kemunculan karya Amerika (“binatang yang keluar dari bumi”) telahpun digenapi, dan ia mewakili peringkat awalan bagi karya itu. Kita sedang memerhatikan babak akhirannya.

    Masih ada lagi hal-hal dari nubuatan-nubuatan tersebut dalam Wahyu 13 yang belum digenapi. Masih ada beberapa perkara berhubung dengan Wahyu 13 yang belum digenapi iaitu perbuatannya di masa hadapan yang dikatakan selama 42 bulan: binatang yang keluar dari laut (iaitu 'kepala yang luka') akan menghujat yang Mahatinggi, dan akan tidak memihak malah menentang 'gandum.' “Ia akan diperkenankan untuk berperang ke atas orang-orang kudus selama 42 bulan” atau 3.5 tahun. Kesimpulannya, kita bukanlah berniat untuk mengubah karya yang diusulkan dan dilaksanakan oleh Amerika serta sekutunya kerana hampir kesemua negara di dunia telah bersetuju mengikatkan diri mereka kepada Perjanjian-Perjanjian yang dicipta oleh “binatang yang keluar dari bumi” itu. Kita tidak juga berniat untuk berkempen supaya orang membenci “Binatang yang keluar dari bumi” itu kerana sesungguhnya binatang itu adalah ‘kelihatan’ sebagai 'peacemaker' di bumi; “kelihatan seperti domba.” Namun, penulis hanya membentangkan perihal bagaimana 'tanda-tanda' dan nubuatan dalam Wahyu itu dikenalpasti supaya kita, orang percaya dan pengikut Jalan, dapat membaca zaman: to be the readers of the signs of times.

    Demikian juga halnya dengan pihak British, di mana kita tiada niat untuk membenci zaman penjajahan mereka ke atas kita, kerana penjajahan oleh British ke atas kita sudah berlalu, meskipun nyata mereka masih berkuasa di atas kita semua. Walau-apapun rumusan, "hati raja (pemerintah negara dan pemerintah dunia) adalah seperti aliran batang air (sungai) di dalam tangan Tuhan, dialirkanNya ke mana Ia ingini" (Amsal 21: 1). Justeru itu, jika hati mereka bukan dalam tangan Tuhan, maka sudah tentu hati raja itu berada di tangannya sendiri, ataupun ia sedang diinspirasikan secara halus oleh roh Ular tua itu atau Naga. Justeru itu, semua umat Tuhan menaikkan doa-doa syafaat kepada mereka (raja/pemerintah-pemerintah), agar mereka mendapat 'aliran batang air' yang membawa keadilan ataupun paling tidakpun suatu pengertian.   (Lihat Link Siri ke-2 )

Jumaat, 18 Disember 2015

"Nama" dalam Roh Nubuat bermaksud 'karya' (handiwork)...

Manusia 'yang luka,' keturunan Adam (atau boleh juga mungkin dikatakan sebagai keturunan Noah) adalah mempunyai kecenderungan untuk mencari "Karya" nya sendiri; ringkasnya ia disebut "nama" manusia. Justeru itu, nama Tuhan tidaklah mereka perlukan.   Perkataan "Marilah kita..." yang berkumandang di zaman Babel Kuno, seolah-olah menghantui  zaman kita sekarang kerana ia telah muncul kembali, dan frasa "marilah kita..." kedengaran dengan amat kuat sekali; ia telah melilit dunia. “binatang itu telah ada, namun tidak ada, dan akan muncul lagi” adalah Pemimpin dunia atau pemerintah dunia yang akan berkata “Marilah kita” Dan seluruh dunia akan mengikuti (tunduk atau menyembah) kepada pemerintah Dunia itu.

Menara Babel

Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke sebelah Timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.
3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan Marilah kita cari Nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah mereka diserakkan Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena disitulah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi, dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi. (Kejadian 11: 1-9)
___________________________________

Perkataan ‘Nama’ itu berarti ‘Karya’

Kitab Suci ditulis dalam roh nubuat. Sejak zaman purbakala lagi, "manusia yang luka" telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia yang mencari "Karya (nama)" mereka sendiri, dan terpisah dari "nama" Tuhan. Mereka mahu berkarya di bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan.  Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia yang luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari  nama Tuhan. Di Babel, manusia sejagat bersepakat "...marilah kita mencari 'nama'..." Maksudnya, mereka akan bersepakat berkarya di bumi! Dengan “karya”  yang dipersetujui itu, maka seluruh umat manusia tidak akan berselerak, tetapi kehidupan akan berpusat di suatu ‘menara;” kota Babel kuno. Manusia luka memerlukan 'kelahiran kembali' dari karya Roh Kudus agar rohnya terangsang untuk mencari Nama Tuhan!  Jika tidak, ia tetap akan mencari "nama" bagi manusia yang terpisah dari karya Tuhan.  Tidaklah ia lapar akan realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak mengutus rohNya yang tujuh lapis itu ke atas sumbu roh seseorang!

Tidaklah menghairankan jika di zaman Babel dahulukala, mereka bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan perjanjian-perjanjian manusiawi, atau ringkasnya "nama" atau "karya" manusiawi yang akhirnya menyatukan umat manusia menjadi ‘satu,’ tetapi akhirnya ‘menara’ itu akan menghambakan diri mereka sendiri.  Di zaman itu, penghambaan "nama" atau karya manusia ketika itu adalah seringkasnya penghambaan yang disebabkan oleh karya mereka yang menuntut tenaga-buruh untuk "membuat batu-bata."  Demi "nama" yang mereka cari serta perjuangkan itu, maka, mereka bercita-cita untuk mengatasi "awan-awan." "Marilah dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.."

Kenapa pula sampai ke langit?  Firman ditulis menurut 'roh nubuat.' Tuhan berada di langit. Maka, sampai ke langit samalah artinya 'menjadikan karya manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia.  "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi langit." (Mazmur 108: 5-6).  Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang memerintah bumi timur tengah selama 108 tahun, Rajanya yang ke-tiga iaitu Maharaja Nebuchadnezzar, meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke ke langit,..." (Yesaya 14: 13). Maka, perkataan-perkataan seperti "puncaknya sampai ke langit.." dalam Kejadian 11: 4 adalah menyingkapkan karya seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel, mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri.

Apakah agaknya "nama" atau karya umat manusia yang mereka cari itu?  Sudah tentu "nama" itu adalah karya manusia di  zaman itu, yang pastinya ia berpusat pada menara Babel, dan mereka mahu mendirikan kota yang agung itu. Dan menara itu adalah pusat karya mereka untuk menjadi tuhan-tuhan (gods of this world) di dunia.   Ia sudah pasti dipimpin oleh pemerintah yang gagah perkasa dan sakti pada ketika itu,  atau ringkasnya dipanggil "binatang" (the beasts).  Ia disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab Suci, hanya seorang sahaja manusia yang digelar perempuan iaitu 'umat Tuhan.' Lain-lain bangsa yang tidak percaya kepada nama (Karya) Tuhan adalah dinubuatkan dengan digelar oleh Roh Tuhan sebagai 'binatang.'

Tidak hairanlah Kitab Daniel dan Kitab Wahyu penuh dengan kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada kumpulan manusia atau bangsa atau pemerintah dunia  yang tidak melakukan karya Tuhan.  Sudah tentu semua penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11 itu , terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan Nama Tuhan; maksudnya mereka tidak memerluka karya Tuhan dalam hidup mereka.  Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan bumi," maka, oleh kerana "Tuhan itu panjang Sabar dan Cemburu" ! Maka, tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita turun..."

Umat Manusia yang secara sepakat menjadi satu dengan ungkapan "Marilah kita…," cari nama atau "berkarya,”  bersama: akhirnya akan mengundang (invoking His Jealousy) cemburu Ilahi, maka Tuhan Allah akan berkata "baiklah kita turun..."  Yesus Kristus bersama para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu, sejak dari zaman purbakala...tak berubah, dan manusia yang lukapun masih juga begitu, kecuali ia dianugerahkan dengan roh tujuh lapis!

NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19: 13)

Roh menjelaskan bahawa "nama Tuhan" memberi maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork). Sorga apabila berkerja, akan membuat perutusan 'nama.' Maka, "Domba Tuhan" adalah "nama" yang diutus oleh Sorga, atau diutus oleh Bapa.  Apakah pekerjaan atau misi "Domba Tuhan" ? Maka, kita tahu dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah, Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," menjawab soalan yang sebelum ini.

Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang memberhentikan kedegilan Yakub  kerana melawan kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan itu jelas dinyatakan oleh utusan Tuhan iaitu malaikat.  Kelak, Yakub diberikan nama baru  iaitu Israel; ia bermaksud bahawa kehidupannya yang pada asalnya menurut karya pemikirannya sendiri, namun, kini dengan nama baru itu kehidupan, dan keturunannya akan tertakluk kepada kedaulatan karya Ilahi.

Nama Israel adalah kehidupan House of Jacob  yang tertakluk kepada kedaulatan 'mission' Tuhan, dan ia akan memperlihatkan kemuliaan karya Ilahi YHVH  di mata bangsa-bangsa.  Namun, nama Israel itu telah melalui 'Diaspora' sehinggalah pada suatu saat kelak, wajahNya akan memulihkan kembali Israel. Nama Israel mula mengalami siksaan 'pembuangan' apabila Tuhan berfirman: "Juga orang Yehuda akan Kujauhkan dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel, dan Aku akan membuang kota yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini, walaupun Aku telah berfirman: NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27).  Sehingga sekarang, Israel belum dipulihkan kerana "nama Allah yang hidup" belum dimeteraikan kepada 144,000 bani Israel; meterai itu dianugerahkan selepas Kristus  telah turun. (Yehezekiel 37: 12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2).

Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan Israel dengan "meterai Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh Malaikat.  Namun nama Kristus pada ketika itu adalah Hakim , dan juga Ia disebut "Allah yang hidup."

Siapakah sebenarnya Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau "namanya" ? (Why 13: 11-18).

Seimbas lalu mengenai 'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666

Bila Sorga berkerja ia akan mengutus nama Tuhan. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah. Sebagai contoh, pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti menyembuhkan, dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.  Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang diutus untuk karya penyembuhan Ilahi.  Justeru itu,  ia diutus untuk menyembuhkan; maka ia juga layak sebagai Ketua Ordo malaikat pelindung bagi setiap mahluk hidup di bumi.  "Nama" yang diutus oleh Tuhan bermaksud "karya," "misi" atau "pekerjaan" tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolik "nama." Tetapi pastinya "Perkataan-perkataan Kristus itu adalah Roh..." kerana Yesus berkata demikian (Yoh.6:63).   Yesus berfirman "Kepada kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia Sorga!"  Ia memerlukan anugerah karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang diwahyukan kepada Santo Yohanes.

Apabila Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu 13: 17-18 "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. 18 bahawa "Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam," maka bukanlah maksud harfiahnya supaya kita betul-betul mengira namanya; jika kita hitung gematria namanya, maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental fascinations.' Bahasa roh Kristus mengatakan bahawa perkataan Nama itu bermaksud "Karya." Maka, tidaklah kita hitung karyanya melainkan kita "lihat"  nama binatang itu; dan apakah "aktiviti" utamanya?  Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11, apabila mereka mencari 'nama,' maka aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata." Entah berapa lama agaknya mereka membangun kota dengan puncaknya sampai ke langit?  Pasti, sungguh tidak terkira banyaknya  sekali "batu-bata" yang diguna-pakai.

Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir Wahyu 13, ayat 18:  iaitu roh hikmat, barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal karya binatang itu, jika ia mempunyai ilmu mengira dan ilmu ekonomi berhubung  'karya(nama)' ciptaan pemimpin dunia (negara kuasa besar), iaitu binatang dua tanduk itu; menara  ciptaannya itu berpusat di Bank Dunia.  Binatang yang keluar dari bumi itu, bersama binatang yang keluar dari laut mengusulkan kepada seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno "Marilah kita,,,." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apa saja kecuali bergantung kepada Pohon Kehidupan.  Tetapi, lepas itu,  Ia "luka." Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh umat manusia dengan perkataan "marilah kita..."  mencari "nama," sama seperti di Babel Kuno dulu.

Di zaman moden ini, "jam-jam yang terakhir," bukankah semua negara senantiasa sibuk setiap hari, dan setiap tahun untuk membuat kiraan fiskal setiap tahun,? Negara yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian juga individu yang pandai mengira.  Dan bukankah setiap hari "manusia" yang KARYAnya atau namanya, 666, itu mengira?? Semua manusia sejagat, kerana KARYA binatang dalam Why.13 yang telah melilit seluruh dunia dengan ucapan permulaan "marilah kita...."  Dan sejak itu, kita semua setiap hari MENGIRA kerana 'menara itu' yang mengatur-cara DUNIA melalui karya BINATANG yang keluar dari bumi.  Selepas 1944, selepas WW2, dan selepas 1954, binatang yang keluar dari bumi  itu, disokong padu oleh semua bangsa-bangsa di dunia, sehingga semua akhirnya  bersatu-diikat dalam perjanjian-perjanjian. Sebelum perang dan selepas peperangan, Binatang dua tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa? Dia kata "membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank Dunia!  Kalau dulu di Babel Kuno "Marilah kita...disahut dengan aktiviti membuat batu-bata."  Tapi itu di zaman purbakala. Dan, seluruh dunia mengikuti mereka kerana ia bercakap seperti naga!!

Selepas, perang dunia WW2, pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu Amerika, United Kingdom dan Canada berkata "Marilah kita mencari 'nama.' "Nama" atau "karya" manusia sejagat yang menjadi "satu" dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan perjanjian-perjanjian: Bretton Woods Agreement, Smithsonian Agreement dan Jamaican Treaty, iaitu perjanjian "membeli dan menjual."  Semua manusia sejagat telah benar-benar menjadi 'satu manusia' seperti di Babel kuno, tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu dalam satu "nama" atau "karya" MENGIRA: "Buying & Selling." Bukankah semua tukaran matawang dengan Wang Rizab utama dunia itu diberi 'nama' "Buying and Selling" ??  Dan pertukaran matawang itu telah menjadi agenda utama manusia sejagat sejak Bretton Woods ditubuhkan! Manusia sejagat mula ke arah tidak memerlukan nama Domba Tuhan!

Kenapa pula nama manusia yang jadi satu itu disingkapkan sebagai 666? Kerana 666 bermaksud Emas, dan emas itu adalah duit! Pada mulanya semua "buying and selling" bagi duit di seluruh dunia adalah  dipaksikan pada Matawang Dollar Amerika yang tetap pada nilai intrinsik 1 oz Emas, maka Roh Tuhan singkapkannya  sebagai 666.  Bukankah 666 itu nilai tetap Emas yang diterima oleh Raja Salomo setiap tahun!  Walaupun, paksi tetap Amerika itu telah menjadi  fiat! Namun, transaksi duit itu masih, "membeli dan menjual." "Nama" adalah berarti "Karya."  Ia bermaksud, menurut roh nubuat, bahawa bukanlah kita hitung namanya secara harfiah dengan ilmu gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah melanggar hukum Taurat. Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat (Lukas 24: 44).

Justeru itu, penafsiran nama binatang itu tidaklah benar,  jika ia dihitung dengan ilmu numerologi kerana ia melanggar dasar pekerjaan Kristus.  Bukankah menafsir Firman itu adalah pekerjaan Roh Kristus?  Jika ia melanggar dasar seperti Taurat, maka tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong. "Nama" Jika ditafsir menurut roh nubuat berarti "Karya." Maka, nama manusia, artinya Karya manusia, dan manusia itu merujuk kepada pemimpin dunia iaitu Amerika yang mempunyai dua tanduk iaitu tanduk politik dan tanduk duit!  Tanduk berarti Kuasa. Bukankah menara Babel kuno mencari "nama." Karena manusia luka tidaklah cenderung mencari nama Tuhan, maka mereka bersepakat mencari "karya" di dunia ini untuk hidup! Dan karya manusia yang dipimpin oleh Amerika itu adalah "buying and selling,"  666: Duit. Kita semua menerima dan menyenangi usul dan karya (nama) pemerintah dua tanduk itu, kerana ia memudahkan urusan "menjual & membeli" selepas WW2. Ia praktikal dan dapat dipelajari melalui sistem pendidikan yang diterajui oleh binatang itu.

Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah penggenapan Taurat (Lukas 24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666,  tidaklah benar jika ia bercanggah dengan Taurat, bercanggah nubuat nabi-nabi atau juga bertentangan dengan 'roh' Mazmur.  Nama binatang dalam Wahyu 13:11-18, menyingkapkan perihal "karya" umat manusia sejagat di bumi.  "Karya" itu menjelaskan bahawa penduduk dunia sejagat telah diikat oleh perjanjian-perjanjian yang diusulkan oleh pemerintah yang 'keluar dari bumi' itu.  Amerika, British dan Canada berkata " marilah kita....buying and selling seluruh dunia." Seluruh dunia sepakat berkata "ya." Boleh saja!  Dan  "karya" yang berpusat pada 'menara' itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau dengan penuh berbelit-belit oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua kerajaan-kerajaan di bumi!!  Saya bukannya anti permodenan, dan saya bukan juga anti kepada pengujudan sistem ekonomi yang ada di dunia ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah dunia itu sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya pemerintah dunia yang kelaur dari bumi itu ialah 666.  Duit yang kita CARI sekarang ini adalah Karya, atau nama yang diusulkan oleh Amerika  di Bretton Woods.  666 itu adalah karya Amerika dan sekutunya.  Seluruh dunia setuju dan mengikuti usul itu.  Karya atau nama binatang yang keluar dari bumi diterima oleh seluruh dunia sehingga sekarang!

Dalam seluruh AlKitab, hanya dua sahaja ayat rujukan bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan,  iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada Salomo dalam satu tahun," (2 Tawarikh 9: 13)  dan juga nama binatang yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana demikianlah perkataan itu diungkapkan oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu milik binatang, maka karya itu adalah karya pemerintah  tersebut. Apakah aktiviti utama nama atau "karya" binatang yang keluar dari bumi itu (Why. 13: 1-18) ?

Jawapannya ialah: aktiviti utama duit ialah "membeli atau menjual."  Pekerjaan membeli dan menjual memerlukan kepandaian untuk mengira.  Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan bahawa pada akhir zaman, iaitu sebelum dan selepas kedatangan Kristus, pekerjaan utama di dunia bagi semua manusia adalah "membeli dan menjual."  Dan ia berpusat pada suatu menara 'dunia' yang kelihatan seperti Babel Kuno itu.  "Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu seringkasnya dijelaskan sebagai "membuat batu-batu," namun mesejnya tetap sama iaitu "penghambaan." 

Pada zaman sekarang penghambaan 'Karya' manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli dan menjual." Apakah aktiviti utama 'Karya' pemerintah Amerika iaitu "membeli dan menjual" telah mengatasi langit?Ya! Semua orang mencari duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan! Adapun cuma dari golongan religius dan bukannya dari pihak pemerintah dunia. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10).

Yang memakai tanda binatang adalah semua kerajaan di bumi yang ikut serta tertakluk kepada Perjanjian perihal "membeli dan menjual."  Karya atau nama Tuhan adalah Firman Allah.  Namun, karya atau nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah "membeli dan menjual." Nama itu adalah pekerjaan/aktiviti atau karya pemerintah dunia yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah "membeli dan menjual." Bukankah seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan? Kerana ia adalah dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah sebagai ibadah agama! Kenapa pula tanda itu dikenakan pada dahi setiap manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan perundangan berkaitan dengan "membeli dan menjual" itu menuntut semua manusia di bumi supaya percaya kepada Perjanjian fasal duit!

Di zaman Babel dahulu dalam Kejadian 11, dituliskan oleh Nabi Musa bahawa "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4).  Apakah yang dimaksudkan mereka mencari "nama" mengikut ayat tersebut di atas?  Maksud bagi perkataan itu adalah seringkasnya "karya manusia" !! Atau misi atau karya kehidupan manusia tanpa karya Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat pada 'menara' Bank Dunia, dan penduduk bumi diikat oleh perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh dunia) telah benar-benar kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman purbakala, di mana manusia di zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan dengan berkata "marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali "nama" Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh Pencipta.  Saya secara peribadi bukanlah anti-duit, kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan duit. Namun, mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang berbeda.

Menara itu seolah-olah menyatukan mereka secara harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya mereka diikat oleh suatu perjanjian supaya mereka semua berkarya, dan  berpusat pada kota yang didirikan itu.  Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu, dan diikat-pula dengan perjanjian akan membawa manusia itu sebagai mahluk yang diperhambakan; terpisah dari rencana penciptaan manusia itu sendiri oleh Bapa segala roh (Pencipta.)   Karya Babel itu menghambakan umat manusia kerana semua manusia terikat kepada perjanjian untuk "membuat batu-bata."

Pekerjaan atau karya purbakala "membuat batu-bata" itu menghambakan semua orang diseluruh dunia pada zaman itu (Kejadian 11: 1-9).  Sejak dahulu kala, manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah tentu "karya" itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan dikuatkuasakan  oleh pemerintah purbakala.  Karya manusia di bumi tanpa memikirkan nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu Firman; manusia tidak dapat  anugerah 'jalan' perdamaian.  Justeru itu,  betapa hebatpun karya manusia ataupun binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman Ilahi, atau bahasaNya kedengaran seperti "...baiklah Kita turun..."

Mereka diperhambakan oleh karya mereka sendiri. Tuhan mengkehendaki manusia "yang luka," supaya manusia yang tertulis namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu penghambaan yang jauh lebih sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting dan pohon kehidupan." Oleh kerana  roh manusia harus menuruti ibadah seperti perumpamaan "ranting dan pohon kehidupan" untuk menerima anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun jenis penghambaan di dunia.  Jika kekuatan karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah tentulah binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan "mulut" untuk menista yang Mahatinggi.

Sesungguhnya, antiKristus adalah penduduk dunia yang paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus pada masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! "Gandum" yang diterima Tuhan hanyalah  mewakili suatu peratusan yang minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya adalah lalang.  AntiKristus berarti antiFirman.  AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes adalah seringkasnya tidak percaya kepada "Firman menjadi manusia"; maka, lalang tidak percaya kepada Paskah sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa.

Binatang itu adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan mempunyai 2 tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat pemerintah dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan daratan bumi adalah mempunyai dua tanduk; Ia mempunyai kuasa turun temurun iaitu tanduk Monarki, dan juga tanduk Perdana Menteri. Pada masa kini, berdasarkan kepada penafsiran nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara Amerika Syarikatlah yang paling mendekati dekripsi binatang yangkeluar dari bumi  dalam Wahyu 13.  Bagaimana mungkin negara Amerika memenuhi syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya adalah pemimpin sebagaimana yang kita dapat pelajari dari Mazmur dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga bermaksud 'kuasa' kerana Yesus Kristus yang kembali ke bumi sebagai nama Hakim adalah dinubuatkan, mempunyai "tujuh tanduk sepertimana yang disingkapkan oleh Kitab Why. 5: 6.

Justeru itu, Amerika mempunyai dua tanduk kerana satu tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi tanduk miliknya adalah merujuk kepada kuasa ekonomi atau kuasa duit Amerika.  Ia seperti "anak domba," tetapi ia berbicara seperti seekor naga. Ia dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai perangka dan pelaksana  karya-karya 'perdamaian' di atas bumi, namun ia mempunyai kuasa politik yang gergasi di bumi sejak 1945, maka ia juga seperti naga!  Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli dan menjual." Matawangnya kekal sebagai menjadi matawang utama dunia, dan melalui perjanjian demi perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian Bretton Woods 1944, kemudiannya Perjanjian Smithsonian, December 1971 dan yang terkini iaitu Perjanjian Jamaica pada 1976.

Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan pekerjaan tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian Sinai ataupun dalam Perjanjian Baru. Ibadah umatNya adalah diungkapkan sebagai “mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.”  Perjanjian-perjanjian “membeli dan menjual” pula adalah permulaan bagi penduduk dunia untuk seolah-olah “beribadah,” atau menuruti “hukum-hukum” yang dicipta oleh binatang itu.  Ia yang mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli dan menjual.”

Demikianlah juga cara Roh Tuhan menyingkapkan rahasia karya-karya pemerintah-pemerintah dunia. Nama binatang iaitu karya pemerintah Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian. Maka, perjanjian itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel, “nama” yang menghambakan itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”  Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang diikat oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada tangannya atau pada dahinya."  ‘Beribadah’ menurut Taurat adalah diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan" di dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang diujudkan oleh Binatang yang keluar dari bumi, adalah penduduk muka-bumi yang memeteraikan dan mengesahkan akan pematuhan (beribadah) kepada semua perjanjian-perjanjian, dan juga semua perundangan terbabit; Pematuhan itu atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan masyarakat dunia tidak kira  kasta atau darjat kehidupan manusia sejagat.  Kita semua telah tertakluk kepada kuasa "membeli dan menjual:" duit! Dan pencipta karya itu adalah gods of this world! Ataupun Musa mencatatnya “sampai ke langit…

Bila nama atau karya itu sudah dimeteraikan melalui perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan oleh tangan.  Sebab itu, rahasia itu ditulis "16 dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why. 13: 16).  Maka, 666 itu adalah ungkapan tentang pekerjaan, misi, atau karya manusia di bumi yang berpusat pada 'menara' Babel.  Hakikatnya, Tuhan pernah berfirman ketika Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya Bretton Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada 1954 yang telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya adalah permulaan Karya atau "nama" yang dicari oleh manusia di bumi. Namun, semua manusia dibumi telah 'beribadah' atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian yang dibuat oleh Pemerintah Dunia atau binatang yang keluar dari bumi itu selama 71 tahun  sejak ia mula dizahirkan (as per 2015) pada tahun 1944; menaranya pula bermula pada tahun 1954, iaitu tertubuhnya Bank Dunia.  

Bilakah agaknya Tuhan akan berfirman "Baiklah Kita turun dan ...sehingga selesainya murkaKu sehingga cawan ke-7 digenapi”?? Tuhan merencanakan melalui Karya PaskahNya supaya manusia mengerti bahawasanya 'design' rohnya adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia diperhambakan oleh karya atau "nama" manusia itu sendiri, maka sudah tentu manusia sudah tersasar daripada rencana dan tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri.  Manusia memang berhak untuk membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu Karya Pemerintah Dunia yang mempunyai tanduk politik dan tanduk duit/ekonomi itu sampai waktunya untuk dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah kita turun..."  Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi, kedua malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kis. 1: 10-11, berkata kepada orang-orang Galilea "...Yesus ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke Sorga."

Firman

1)  "Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why 19:13)"
2)  Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3)  Sebab firman Tuhan itu benar, segala sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4)  Permulaan hikmat adalah 'takut akan Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5)  Ia berkata kepada mereka: "Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas 24:44).
6)  Rohlah yang memberi hidup (kehidupan kekal), daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai dalam "nama" Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu adalah "roh dan hidup." (Yohanes 6:63).

Firman Tuhan semuanya adalah Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan.  Perkataan ucapan manusia bukanlah roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat kehidupan daging), kecuali ucapan jampi serapih.   Aktiviti otak dan sistem saraf adalah pusat kehidupan daging.

... dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."(Wahyu 19:13)
                                   
Roh nubuat menjelaskan bahawa "nama" Tuhan adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi Kristus iaitu Firman.  Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan. Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan Firman orang percaya tidaklah "bertumbuh-percaya." Maka, makanlah Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan.  Maka, ia haruslah dimakan oleh roh orang percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan yang Mahasuci. Maka, janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan kitab; itu adalah kiasan perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung kepada Sumber, iaitu Tuhan. Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan di gurun, orang benar (diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan meja makan.

Jika, Kristus adalah pokok anggur sebenar iaitu Roh Pencipta (the Father of all spirits), maka untuk menjadi cabangnya yang sebenar adalah memerlukan ketergantungan (humility) mengikut "Jalan" Roh, supaya mereka yang dianugerahkan "takut akan Tuhan" dapat senantiasa makan, siang dan malam. Ketergantungan (dependency) adalah kerendahan hati di hadapan Tuhan; keangkuhan di hadapan Tuhan adalah keputusan untuk tidak makan.  Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."(Matius 4:4). Tiada bahasa yang lebih jitu untuk mengungkapkan "ketergantungan" ini melainkan perumpamaan pokok sebenar (Yesus) dan ranting -rantingnya.  Sebagaimana ranting itu tiada kehidupan kecuali melekat kepada pokok sebenar, maka demikianlah roh manusia, ia tidak akan menerima kehidupan penuh, tanpa Kristus; tidak hairanlah Raja Daud bernyanyi "tanpamu hidupku tidaklah bererti apa-apa."

Perihal Rahasia Tuhan

Maka datanglah murid-murid-Nya dan bertanya kepada-Nya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?"Jawab Yesus: "Kepadamu diberi KARUNIA untuk mengetahui RAHASIA Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak.Karena siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apa pun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya.Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.(Mat 13:10-13).

Tuhan bergaul KARIB dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya (RAHASIA) diberitahukan-Nya kepada mereka.(Mazmur 25:14).  [~dianugerahkan karunia Roh tujuh lapis~salah satu operasinya ialah 'roh takut akan Tuhan'].

"Orang percaya yang takut akan Tuhan" adalah orang percaya yang dianugerahkan "karunia roh takut akan Tuhan." Karunia roh itu adalah salah satu daripada tujuh lapis karunia-karunia yang ada pada peribadi Roh Kudus. Tujuh lapis karunia itu adalah operasi yang dilaksanakan oleh Roh Trinitas atas roh manusia, supaya selesailah pekerjaan Tuhan kepada roh mereka yang tertulis namanya dalam Buku Kehidupan. Ia (karunia-karunia) senantiasa bersama melekat pada peribadi Roh Kudus. Justeru itu, rasul Paulus bersaksi bahawa karunia-karunia itu, datang dan pergi. Ia dikatakan datang apabila, Roh Kudus turun bernyala pada sumbu roh manusia, dan ia dikatakan pergi apabila ia tidak turun pada sumbu roh manusia. Sumbu roh ialah "jantung roh" yang di mana pusatnya seolah-olah akan kelihatan tempat Lidah api bernyala; ia akan bersinar sebagai 'halo' di atas orang-orang suci. Ia adalah tempat berlakunya komunikasi alam roh yang dinyatakan Raja Daud "Deep calls deep." Semua deria roh iaitu termasuk mata roh dan telinga roh melibatkan secara langsung pada "jantung roh."

Maka, Yesus bersabda bahawa "berbahagialah orang percaya yang suci jantung (rohnya)" kerana mereka akan dapat memasuki Hadirat Roh Kudus Tuhan.  "Melihat Wajah Tuhan" artinya ialah dapat memasuki hadirat emmanuel Kristus iaitu Roh Kudus. Oleh kerana urusan memasuki hadiratNya adalah suci, maka Kristus telah menyempurnakan Jalan untuk menyelesaikan semua dosa-dosa, agar Pintu hadirat Roh Kudus yang Mahasuci, akan sudi untuk menerima roh orang percaya seolah-olah mereka adalah orang benar.  Sedangkan, mereka sebenarnya hanyalah memakai "jubah kebenaran" yang disucikan oleh darah Domba. Namun, oleh kerana Kesetiaan Kristus yang duduk di sebelah kanan Bapa, menanggung derita "luka-luka" kita, siang dan malam; maka, kita dibela oleh Darahnya yang suci, sehingga diri kita yang rohnya "merah seperti kirmizipun" dapat ditahirkan menjadi putih. Tanpa Kristus, kita tidak dapat memasuki "roh doa," kerana Dialah Jalan, Pintu dan juga Kunci: "Akulah Jalan...;" "Akulah Pintu...;" "Namanya Firman Allah,"... adalah merujuk kepada Misteri kekayaan karya Kristus sebagai Juruselamat, dan Pembela kepada para pengikutNya. kuasa darahNya yang suci adalah kunci kepada semua doa; Roh Kristus (Roh Kudus) adalah "the Spirit of prayer." Perjanjian Lama adalah disahkan kerana perjanjian darah, maka demikianlah juga perjanjian baru.

Permulaan hikmat (Roh hikmat) adalah takut akan Tuhan, ("roh takut akan Tuhan"),dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian ("Roh pengertian"). (Amsal 9:10).  "Pagi-pagi benar ia mengarahkan hatinya kepada Tuhan yang telah membuatnya, dan berdoa kepada Yang Mahatinggi. Ia membuka mulutnya untuk bersembahyang, dan memohon ampun atas dosa-dosanya.  Jika Tuhan yang besar menghendakinya, maka terpenuhilah ia dengan roh pengertian. Maka ia sendiri membualkan kata-kata yang bijak, dan memuji Tuhan dengan sembahyangnya." (Sirakh 39:5-6).

Apakah maksud "marilah kita mencari 'nama' " dalam kitab Kejadian 11, dan juga "nama" binatang dalam Wahyu 13?

Manusia 'yang luka,' keturunan Adam mempunyai kecenderungan untuk mencari "Karya" nya sendiri; ringkasnya ia disebut "nama" manusia. Justeru itu, nama-nama Tuhan tidaklah mereka perlukan.   Perkataan "Marilah kita..." yang berkumandang di zaman Babel Kuno, seolah-olah menghantui  zaman kita sekarang kerana ia telah muncul kembali, dan frasa "marilah kita..." kedengaran dengan amat kuat sekali; ia telah melilit dunia. “Binatang itu telah ada, namun tidak ada, dan akan muncul lagi” adalah Pemimpin dunia atau pemerintah dunia yang akan berkata “Marilah kita” Dan seluruh dunia akan mengikuti (tunduk atau menyembah) kepada pemerintah Dunia itu.

Menara Babel

Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 maka berangkatlah mereka ke sebelah Timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.
3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu-bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan tergala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan Marilah kita cari Nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi. 5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.
7 baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 demikianlah mereka diserakkan Tuhan dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena disitulah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi, dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi. (Kejadian 11: 1-9)
___________________________________

Perkataan ‘Nama’ itu berarti ‘Karya’

Kitab Suci ditulis dalam roh nubuat. Sejak zaman purbakala lagi, "manusia yang luka" telah dicatatkan oleh Nabi Musa sebagai manusia yang mencari "Karya (nama)" mereka sendiri, dan terpisah dari "nama" Tuhan. Mereka mahu berkarya di bumi, dan terpisah dari realiti Tuhan.  Mereka tidak memerlukan nama Tuhan. Keturunan Noah, iaitu "manusia yang luka," pada dasarnya tidaklah mempunyai dorongan agar ia mencari  nama Tuhan. Di Babel, manusia sejagat bersepakat "...marilah kita mencari 'nama'..." Maksudnya, mereka akan bersepakat berkarya di bumi! Dengan “karya”  yang dipersetujui itu, maka seluruh umat manusia tidak akan berselerak, tetapi kehidupan akan berpusat di suatu ‘menara;” kota Babel kuno. Manusia luka memerlukan 'kelahiran kembali' dari karya Roh Kudus agar rohnya terangsang untuk mencari Nama Tuhan!  Jika tidak, ia tetap akan mencari "nama" bagi manusia yang terpisah dari karya Tuhan.  Tidaklah ia lapar akan realiti Roh Tuhan, jika Bapa tidak mengutus rohNya yang tujuh lapis itu ke atas sumbu roh seseorang!

Tidaklah menghairankan jika di zaman Babel dahulukala, mereka bertekad untuk bersatu dalam suatu ikatan perjanjian-perjanjian manusiawi, atau ringkasnya "nama" atau "karya" manusiawi yang akhirnya menyatukan umat manusia menjadi ‘satu,’ tetapi akhirnya ‘menara’ itu akan menghambakan diri mereka sendiri.  Di zaman itu, penghambaan "nama" atau karya manusia ketika itu adalah seringkasnya penghambaan yang disebabkan oleh karya mereka yang menuntut tenaga-buruh untuk "membuat batu-bata."  Demi "nama" yang mereka cari serta perjuangkan itu, maka, mereka bercita-cita untuk mengatasi "awan-awan." "Marilah dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit,.."

Kenapa pula sampai ke langit?  Firman ditulis menurut 'roh nubuatan.' Tuhan berada di langit. Maka, sampai ke langit samalah artinya 'menjadikan karya manusia' itu suatu destinasi manusia atau tujuan manusia hidup di dunia.  "Hanya Tuhan sahaja yang mengatasi langit." (Mazmur 108: 5-6).  Ketika pemerintahan Empayar Babylon yang memerintah bumi timur tengah selama 108 tahun, Rajanya yang ke-tiga iaitu Maharaja Nebuchadnezzar, meninggikan diri seperti Tuhan. Nabi Yesaya bernubuat bahawa Babylon akan menista yang Mahatinggi dan berkata "13...Aku hendak naik ke ke langit,..." (Yesaya 14: 13). Maka, perkataan-perkataan seperti "puncaknya sampai ke langit.." dalam Kejadian 11: 4 adalah menyingkapkan karya seluruh penduduk dunia kuno yang berpusat di menara Babel, mahu menjadi tuhan-tuhan bagi diri mereka sendiri.

Apakah agaknya "nama" atau karya umat manusia yang mereka cari itu?  Sudah tentu "nama" itu adalah karya manusia di  zaman itu, yang pastinya ia berpusat pada menara Babel, dan mereka mahu mendirikan kota yang agung itu. Dan menara itu adalah pusat karya mereka untuk menjadi tuhan-tuhan (gods of this world) di dunia.   Ia sudah pasti dipimpin oleh pemerintah yang gagah perkasa dan sakti pada ketika itu,  atau ringkasnya dipanggil "binatang" (the beasts).  Ia disebut binatang kerana dalam seluruh catatan AlKitab Suci, hanya seorang sahaja manusia yang digelar perempuan iaitu 'umat Tuhan.' Lain-lain bangsa yang tidak percaya kepada nama (Karya) Tuhan adalah dinubuatkan dengan digelar oleh Roh Tuhan sebagai 'binatang.'

Tidak hairanlah Kitab Daniel dan Kitab Wahyu penuh dengan kiasan perkataan 'binatang',' iaitu merujuk kepada kumpulan manusia atau bangsa atau pemerintah dunia  yang tidak melakukan karya Tuhan.  Sudah tentu semua penduduk Babel kuno dalam Kejadian 11 itu , terikat kepada suatu perjanjian yang tiada kaitan langsung dengan Nama Tuhan; maksudnya mereka tidak memerluka karya Tuhan dalam hidup mereka.  Pastinya, Tuhan cemburu dengan agenda manusia yang sepakat begitu!! Oleh kerana, Tuhanlah yang "empunya langit dan bumi," maka, oleh kerana "Tuhan itu panjang Sabar dan Cemburu" ! Maka, tidak hairanlah Tuhan berfirman: Ia berkata "baiklah kita turun..."

Umat Manusia yang secara sepakat menjadi satu dengan ungkapan "Marilah kita…," cari nama atau "berkarya,”  bersama: akhirnya akan mengundang (invoking His Jealousy) cemburu Ilahi, maka Tuhan Allah akan berkata "baiklah kita turun..."  Yesus Kristus bersama para malaikat akan turun! Sungguh, Tuhan masih begitu, sejak dari zaman purbakala...tak berubah, dan manusia yang lukapun masih juga begitu, kecuali ia dianugerahkan dengan roh tujuh lapis!

NamaNya: Firman Allah (Wahyu 19: 13)

Roh menjelaskan bahawa "nama Tuhan" memberi maksud misiNya atau KaryaNya (handiwork). Sorga apabila berkerja, akan membuat perutusan 'nama.' Maka, "Domba Tuhan" adalah "nama" yang diutus oleh Sorga, atau diutus oleh Bapa.  Apakah pekerjaan atau misi "Domba Tuhan" ? Maka, kita tahu dari catatan Injil Yohanes yang berbunyi "Lihatlah, Domba Tuhan yang menghapus dosa-dosa dunia," menjawab soalan yang sebelum ini.

Yakub dan 'nama' barunya sebagai Israel 

Yakub telah diberikan 'nama' baru setelah ia tempang berjalan akibat sentuhan jari malaikat yang mempelecokkan pangkal paha Yakub, supaya ia akan melepaskan malaikat utusan Tuhan itu pergi kerana fajar telah menyingsing. Yakub berusaha bergulat untuk tidak melepaskan malaikat Tuhan itu, tanpa mendapat curahan berkat. Kelak, malaikat memberikan Yakub nama 'baru'  iaitu Israel yang memberi maksud: "...sebab engkau telah bergumul melawan Allah dan manusia, dan engkau menang." Sebelum ia menerima anugerah 'berkat,' kekuatan imannya adalah cenderung dan berpaut pada kepintaran dan kelicikan karya pemikirannya sendiri. Yakub ternyata pintar dan licik bersama-sama dengan mereka yang sepakat dengannya termasuk ibunya dalam mencari keberuntungan hidup. Namun, dengan nama 'barunya' itu, 'nama' itu mentakdirkannya kehidupannya dan keturunannya kepada 'kehidupan' dalam karya Ilahi.  Israel harus berpaut kepada kuasa dan 'kekuatan' iaitu kedaulatan 'karya' Ilahi, kerana jika tidak, ia akan ingat bahawa ia 'tempang' oleh sentuhan malaikat Tuhan yang telah mempelocokkan 'pangkal pahanya.'   

Apakah mesej 'roh' yang disampaikan perihal pergulatan harafiah di antara seorang laki-laki (malaikat) dan Yakub dalam Kitab Kejadian 32: 22-32? Bukankah mahluk malaikat Tuhan lebih kuat daripada manusia seperti Yakub. Sebenarnya, malaikat Tuhan jauh lebih kuat dan sakti berbanding dengan orang percaya seperti Yakub.  Kejadian mencatatkan bahawa Yakub telah 'bergumul' dengan seorang 'laki-laki' (Kejadian 32: 24).  Sudah tentu kehadiran 'laki-laki' tanpa dikenali itu telah menimbulkan curiga yang amat dahsyat bagi Yakub, manalah tahu, ia mungkin diutus oleh musuhnya iaitu Esau. Maka, berhempas-pulaslah Yakub untuk menumpaskan 'tetamu' waktu malam itu. Namun, ketika fajar telah menyingsing, maka Yakub mulai menyedari malah dapat mengenalpasti identitas 'laki-laki' itu. Rupanya tetamu tanpa diundang itu adalah malaikat utusan Tuhan, lalu Yakub berkata "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku" (Kej. 32: 25). 

Namun, Tuhan telah berfirman bahawa Yakub adalah 'pewaris sah janji-janji Abraham' sebagaimana yang dicatatkan dalam Kitab Kejadian 28: 13-17: "Akulah Tuhan Abaraham, nenekmu, dan Allah Ishak; tanah tempat engkau berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunamu. 14 keturunanmu akan menjadi seperti debu tanah banyaknya, dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara, dan selatan dan olehmu serta keturunanmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." Jelas, Yakub merupakan 'pewaris sah janji-janji Tuhan kepada Abraham' yang disahihkan oleh firman Tuhan sendiri.  Sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan yang diberikan kepada Abraham,' malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menghalang 'berkat' Tuhan dari dicurahkan kepadanya sebab itu malaikat tersebut telah berkata bahawa "...engkau menang." Malaikat telah menunaikan tuntutan Yakub sebagai 'pewaris janji-janji Tuhan,' namun Yakub haruslah menjadi tempang. Semua pewaris janji Tuhan tidaklah terkecuali dari 'terpelocok' dan 'tempang' yang dinubuat dalam kehidupan Yakub, walaupun ia dialami secara 'unik.' 

Kisah pergumulan itu bukanlah secara harafiah menceritakan perihal kekuatan fizikal Yakub yang seolah-olah melebihi kekuatan malaikat utusan Ilahi. Kisah Yakub yang bergelut dengan malaikat adalah seringkasnya mendedahkan rahasia Ilahi (revelation knowledge) bahawasanya malaikat-malaikat Tuhanpun tidaklah dapat menolak permohonan 'si pewaris Janji,' jikalau Tuhan telah berfirman untuk menggenapi janji-janji itu. Permintaan Yakub berbunyi "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." Malaikat sebenarnya bukanlah menidakkan permintaan Yakub, tetapi malaikat Tuhan itu sengaja bergulat seolah-olah sebagai manusia kerana ia sedang memberikan 'suatu pengajaran' buat Yakub. Tuhan mengkehendaki supaya Yakub dapat menerima janji-janji Tuhan dengan 'kekuatan Ilahi.'  Tuhan terlebih dahulu terpaksa 'menulis' namaNya pada 'pangkal paha' setiap orang percaya supaya mereka dapat mempelajari kekuatan Ilahi. Maka, itulah sebabnya 'pniel' harus secara simbolis 'terpelocok.'   

Meski-pun, Yakub terbukti 'berdoa' memohon pertolongan Tuhan dalam Kejadian 32: 9-12, Tuhan mendapati bahawa ia masih belum sepenuhnya dapat mengandalkan kekuatan Ilahi. Yakub masih mengandalkan kekuatan "pangkal pahanya' sendiri untuk menerima janji-janji Tuhan. Sedangkan Tuhan pula mengingini supaya "pni-el" nya perlu ditulis dengan suatu 'nama' Tuhan (Wahyu 19: 16). Menurut bahasa roh nubuatan, 'pangkal paha' atau 'pniel' adalah melambangkan 'kuasa' ataupun 'kekuatan.'  Barangsiapa yang ditakdirkan sebagai pewaris janji-janji Tuhan sudah pasti 'pniel' nya akan 'terpelocok' kerana Tuhan mahu menulis 'nama' Nya pada 'pniel' pewaris-pewaris itu. Wahyu menjelaskan bahawa pada 'paha' Kristus tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan tuan di atas segala tuan." (Wahyu 19: 16).   Itulah yang ditulis secara profetik oleh malaikat pada 'pangkal paha' Yakub. Tuhan mahu bahawa "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan", yaitu YHVH haruslah menjadi sumber 'kuasa' dan 'kekuatan' yang diandalkan oleh Yakub untuk menghadapi segala 'ketakutan' dan 'kesesakan hatinya' (Kejadian 32:7). 

Pada mulanya, 'pangkal paha' Yakub tidaklah mempunyai 'nama' yang ditulis dengan nama 'perutusan' Sorgawi. Pada mulanya namanya sendiri sahaja yang tertulis pada 'pniel' Yakub. Ia membawa maksud secara nubuatan bahawa sebelum malaikat Tuhan mempelocok 'pnielnya,' Yakublah yang menjadi 'raja dan tuan' bagi kehidupannya sendiri biarpun dia adalah keturunan yang percaya Tuhan Abraham. Biarpun, Yakub ternyata pandai 'berdoa' (Kejadian 32: 9-12) tetapi doanya ternyata didorong oleh 'ketakutan' dan 'kesesakan hati' (ayat 7) dalam menghadapi Esau yang ia jangkakan berdendam terhadapnya. Tuhan merencanakan supaya 'nama' YHVH yang akan menjadi 'Raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub. Tidak hairanlah malaikat Tuhan telah mempelecokkan 'pangkal pahanya.' Tuhan terlebih dahulu 'mempelocok'  'raja dan tuan' dalam kehidupan Yakub iaitu kepintaran dan kelicikannya, agar kelak YHVH akan dapat menjadi 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Ia diungkapkan oleh perutusan nama baru Yakub sebagai 'Isra-el.' 

Nama 'Israel' menubuatkan suatu kekuatan baru yang diandalkan pada Tuhan sebagai 'Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.' Yakub adalah nama yang belum 'terserah' sepenuhnya kepada Tuhan, tetapi 'nama' Israel menubuatkan kehidupan yang terserah dan mengandal 'kekuatan' dan 'kuasa' Tuhan. Yakub adalah 'nama' yang bergantung kepada kekuatan 'daging,' sedangkan Israel adalah 'nama' yang bergantung kepada 'kekuatan' "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan." Justeru itu, pangkal paha ('pniel') yang terpelocok akibat sentuhan malaikat menjelaskan mesej nubuat tentang kekuatan 'iman' dan 'precepts' yang diandalkan kepada kekuatan Sorgawi, Kristus.  

'Nama' Israel adalah kehidupan House of Jacob  yang tertakluk kepada kedaulatan 'karya' Tuhan, dan ia akan memperlihatkan kemuliaan dan kekuasaan karya Ilahi YHVH  di mata bangsa-bangsa di dunia.  Namun, 'nama' Israel itu telah melalui 'Diaspora' (tercerai-berai) sehinggalah pada suatu saat kelak, wajahNya akan memulihkan kembali Israel. Nama Israel mula mengalami siksaan 'pembuangan' apabila Tuhan berfirman: "Juga orang Yehuda akan Kujauhkan dari hadapanKu seperti Aku menjauhkan orang Israel, dan Aku akan membuang kota yang kupilih ini, yakni Yerusalem, dan rumah ini, walaupun Aku telah berfirman: NamaKu akan tinggal di sana!" (2 Raja-Raja 23: 27).  Sehingga sekarang, Israel belum dipulihkan kerana "nama Allah yang hidup" belum dimeteraikan kepada 144,000 bani Israel; meterai itu dianugerahkan selepas Kristus  telah turun. (Yehezekiel 37: 12-14; 1Cor.15: 50-54; Wahyu 7: 2). Kelak, Israel harus menelusuri kembali perjalanan iman moyang mereka. Ia harus melalui 'ketakutan' dan 'kesesakan' (distress), agar ia kembali dapat menanggapi 'sumber' kuasa dan kekuatan yang sejati dalam mendirikan 'kerajaan Israel yang dipulihkan' menurut 'masa' yang telah ditetapkan oleh Sang Penulis 'nama' pada 'pangkal paha' (Pniel)

Apabila Kristus kembali nanti, Ia akan memulihkan Israel dengan "meterai Allah yang hidup" yang dilaksanakan oleh Malaikat.  Namun 'nama' Kristus pada ketika itu adalah Hakim , dan juga Ia disebut "Allah yang hidup."

Siapakah sebenarnya Binatang yang keluar dari bumi ?Dan apakah tujuannya atau karyanya atau "namanya" ? (Why 13: 11-18).

Seimbas lalu mengenai 'nama' binatang yang keluar dari bumi: 666

Bila Sorga berkerja ia akan mengutus nama-nama Tuhan. El adalah bahasa Phoenician yang merujuk kepada Tuhan Allah. Sebagai contoh, pekerjaan Tuhan yang menyembuhkan adalah dalam karya Jehovah Rapha, dan ketua malaikat yang diutus adalah Rapha-el. Rapha berarti menyembuhkan, dan El itu merujuk kepada nama Tuhan.  Maka, malaikat Rapha-el adalah nama ketua malaikat yang diutus untuk karya penyembuhan Ilahi.  Justeru itu,  ia diutus untuk menyembuhkan; maka ia juga layak sebagai Ketua Ordo malaikat pelindung bagi setiap mahluk hidup di bumi.  "Nama" yang diutus oleh Tuhan bermaksud "karya," "misi" atau "pekerjaan" tangan Tuhan. Rahasia binatang atau rahasia pemerintah dunia di akhir zaman juga dinubuat oleh Roh Tuhan dalam perkataan roh yang melibatkan simbolik "nama." Tetapi pastinya "Perkataan-perkataan Kristus itu adalah Roh..." kerana Yesus berkata demikian (Yoh.6:63).   Yesus berfirman "Kepada kamu diberikan anugerah karunia supaya kamu tahu rahasia Sorga!"  Ia memerlukan anugerah karunia "roh tujuh lapis' untuk menafsir rahasia yang diwahyukan kepada Santo Yohanes.

Apabila Roh Tuhan berfirman dalam Wahyu 13: 17-18 "17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. 18 bahawa "Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam," maka bukanlah maksud harfiahnya supaya kita betul-betul mengira namanya; jika kita hitung gematria namanya, maka itu bukanlah roh nabi, melainkan 'mental fascinations.' Bahasa roh Kristus mengatakan bahawa perkataan Nama itu bermaksud "Karya." Maka, tidaklah kita hitung karyanya melainkan kita "lihat"  nama binatang itu; dan apakah "aktiviti" utamanya?  Kalau di Babel kuno dalam Kejadian 11, apabila mereka mencari 'nama,' maka aktiviti utama mereka adalah "membuat batu-bata." Entah berapa lama agaknya mereka membangun kota dengan puncaknya sampai ke langit?  Pasti, sungguh tidak terkira banyaknya  sekali "batu-bata" yang diguna-pakai.

Yang penting adalah roh tujuh lapis untuk menafsir Wahyu 13, ayat 18:  iaitu roh hikmat, barangsiapa yang mempunyai pengertian perihal karya binatang itu, jika ia mempunyai ilmu mengira dan ilmu ekonomi berhubung  'karya(nama)' ciptaan pemimpin dunia (negara kuasa besar), iaitu binatang dua tanduk itu; menara  ciptaannya itu berpusat di Bank Dunia.  Binatang yang keluar dari bumi itu, bersama binatang yang keluar dari laut mengusulkan kepada seluruh dunia dengan kata-kata seperti di Babel Kuno "Marilah kita,,,." Umat manusia dimulakan dengan satu manusia, dan ia adalah mahluk yang bebas; ia tidak diperhambakan dengan apa saja kecuali bergantung kepada Pohon Kehidupan.  Tetapi, lepas itu,  Ia "luka." Sejak itu, pemimpin dunia kerap-kali akan mengajak seluruh umat manusia dengan perkataan "marilah kita..."  mencari "nama," sama seperti di Babel Kuno dulu.

Di zaman moden ini, "jam-jam yang terakhir," bukankah semua negara senantiasa sibuk setiap hari, dan setiap tahun untuk membuat kiraan fiskal setiap tahun,? Negara yang pandai mengira dikatakan bijaksana! Demikian juga individu yang pandai mengira.  Dan bukankah setiap hari "manusia" yang KARYAnya atau namanya, 666, itu mengira?? Semua manusia sejagat, kerana KARYA binatang dalam Why.13 yang telah melilit seluruh dunia dengan ucapan permulaan "marilah kita...."  Dan sejak itu, kita semua setiap hari MENGIRA kerana 'menara itu' yang mengatur-cara DUNIA melalui karya BINATANG yang keluar dari bumi.  Selepas 1944, selepas WW2, dan selepas 1954, binatang yang keluar dari bumi  itu, disokong padu oleh semua bangsa-bangsa di dunia, sehingga semua akhirnya  bersatu-diikat dalam perjanjian-perjanjian. Sebelum perang dan selepas peperangan, Binatang dua tanduk itu, berkata "Marilah kita..." Apa? Dia kata "membeli dan menjual," dan ia berpusat di menara yang dikenali Bank Dunia!  Kalau dulu di Babel Kuno "Marilah kita...disahut dengan aktiviti membuat batu-bata."  Tapi itu di zaman purbakala. Dan, seluruh dunia mengikuti mereka kerana ia bercakap seperti naga!!

Selepas, perang dunia WW2, pemimpin pihak bersekutu yang menang iaitu Amerika, United Kingdom dan Canada berkata "Marilah kita mencari 'nama.' "Nama" atau "karya" manusia sejagat yang menjadi "satu" dalam Bangsa-Bangsa Bersatu itu, dimulai dengan ikatan perjanjian-perjanjian: Bretton Woods Agreement, Smithsonian Agreement dan Jamaican Treaty, iaitu perjanjian "membeli dan menjual."  Semua manusia sejagat telah benar-benar menjadi 'satu manusia' seperti di Babel kuno, tertumpu kepada 'menara,' dan bersatu dalam satu "nama" atau "karya" MENGIRA: "Buying & Selling." Bukankah semua tukaran matawang dengan Wang Rizab utama dunia itu diberi 'nama' "Buying and Selling" ??  Dan pertukaran matawang itu telah menjadi agenda utama manusia sejagat sejak Bretton Woods ditubuhkan! Manusia sejagat mula ke arah tidak memerlukan nama Domba Tuhan!

Kenapa pula nama manusia yang jadi satu itu disingkapkan sebagai 666? Kerana 666 bermaksud Emas, dan emas itu adalah duit! Pada mulanya semua "buying and selling" bagi duit di seluruh dunia adalah  dipaksikan pada Matawang Dollar Amerika yang tetap pada nilai intrinsik 1 oz Emas, maka Roh Tuhan singkapkannya  sebagai 666.  Bukankah 666 itu nilai tetap Emas yang diterima oleh Raja Salomo setiap tahun!  Walaupun, paksi tetap Amerika itu telah menjadi  fiat! Namun, transaksi duit itu masih, "membeli dan menjual." "Nama" adalah berarti "Karya."  Ia bermaksud, menurut roh nubuatan, bahawa bukanlah kita hitung namanya secara harfiah dengan ilmu gematria atau numerologi kerana ilmu gematria adalah melanggar hukum Taurat. Kita tahu Kristus datang untuk menggenapi Taurat (Lukas 24: 44).

Justeru itu, penafsiran nama binatang itu tidaklah benar,  jika ia dihitung dengan ilmu numerologi kerana ia melanggar dasar pekerjaan Kristus.  Bukankah menafsir Firman itu adalah pekerjaan Roh Kristus?  Jika ia melanggar dasar seperti Taurat, maka tafsirannya adalah dikhuatiri terpesong. "Nama" Jika ditafsir menurut roh nubuatan berarti "Karya." Maka, nama manusia, artinya Karya manusia, dan manusia itu merujuk kepada pemimpin dunia iaitu Amerika yang mempunyai dua tanduk iaitu tanduk politik dan tanduk duit!  Tanduk berarti Kuasa. Bukankah menara Babel kuno mencari "nama." Karena manusia luka tidaklah cenderung mencari nama Tuhan, maka mereka bersepakat mencari "karya" di dunia ini untuk hidup! Dan karya manusia yang dipimpin oleh Amerika itu adalah "buying and selling,"  666: Duit. Kita semua menerima dan menyenangi usul dan karya (nama) pemerintah dua tanduk itu, kerana ia memudahkan urusan "menjual & membeli" selepas WW2. Ia praktikal dan dapat dipelajari melalui sistem pendidikan yang diterajui oleh binatang itu.

Apa yang bertentangan dengan Taurat bukanlah penggenapan Taurat (Lukas 24: 44). Maka, penafsiran nama binatang, 666,  tidaklah benar jika ia melanggar Taurat, melanggar Nubuatan nabi-nabi atau juga melanggar Mazmur.  Nama binatang dalam Wahyu 13:11-18, adalah menyingkapkan perihal "karya" umat manusia sejagat di bumi.  "Karya" itu menjelaskan bahawa penduduk dunia sejagat telah diikat oleh perjanjian-perjanjian yang diusulkan oleh pemerintah yang keluar dari bumi itu.  Amerika, British dan Canada berkata " marilah kita....buying and selling seluruh dunia." Seluruh dunia bilang "ya." Boleh saja!  Dan  "karya" yang berpusat pada 'menara' itu telah dikuatkuasakan entah secara jujur atau dengan penuh berbelit-belit oleh pemerintah dunia itu! Dan Ia diperakui oleh semua kerajaan-kerajaan di bumi!!  Saya bukannya anti permodenan, dan saya bukan juga anti kepada pengujudan sistem ekonomi yang ada di dunia ini! Namun, demikianlah saya membaca zaman! Apakah karya pemerintah dunia itu sehingga semua darjat di bumi telah dijajah oleh tanda nama itu. Karya pemerintah dunia yang kelaur dari bumi itu ialah 666.  Duit yang kita CARI sekarang ini adalah Karya, atau nama yang diusulkan oleh Amerika  di Bretton Woods.  666 itu adalah karya Amerika dan sekutunya.  Seluruh dunia setuju dan mengikuti usul itu.  Karya atau nama binatang yang keluar dari bumi diterima oleh seluruh dunia sehingga sekarang!

Dalam seluruh AlKitab, hanya dua sahaja ayat rujukan bagi angka 666 yang mempunyai maksud yang berkaitan,  iaitu jumlah emas yang "dibawa kepada Salomo dalam satu tahun," (2 Tawarikh 9: 13)  dan juga nama binatang yang dinubuatkan dalam Wahyu 13: 11-18. Nama adalah Karya kerana demikianlah perkataan itu diungkapkan oleh Roh Tuhan. Namun oleh kerana nama itu milik binatang, maka karya itu adalah karya pemerintah  tersebut. Apakah aktiviti utama nama atau "karya" binatang yang keluar dari bumi itu (Why. 13: 1-18) ?

Jawapannya ialah: aktiviti utama duit ialah "membeli atau menjual."  Pekerjaan membeli dan menjual memerlukan kepandaian untuk mengira.  Dalam lain perkataan, Wahyu itu menjelaskan bahawa pada akhir zaman, iaitu sebelum dan selepas kedatangan Kristus, pekerjaan utama di dunia bagi semua manusia adalah "membeli dan menjual."  Dan ia berpusat pada suatu menara 'dunia' yang kelihatan seperti Babel Kuno itu.  "Kalau di zaman dahulu, penghambaan itu seringkasnya dijelaskan sebagai "membuat batu-batu," namun mesejnya tetap sama iaitu "penghambaan."    Pada zaman sekarang penghambaan Karya manusia itu telah dinubuatkan dalam Why. 13, dan ia dinubuatkan sebagai "membeli dan menjual." Apakah aktiviti utama Karya Amerika iaitu "membeli dan menjual" telah mengatasi langit?  Ya! Semua orang CARI duit, dan tiadapun yang lapar dengan nama Tuhan! Adapun cuma dari golongan religius dan bukannya dari pihak pemerintah dunia. Ia telahpun mengatasi langit sejak dari permulaan. Sejak dari zaman purbakala lagi, Tuhan telah nyatakan perkara di kemudian hari (Yesaya 46: 10).

Yang memakai tanda binatang adalah semua kerajaan di bumi yang ikut serta tertakluk kepada Perjanjian perihal "membeli dan menjual."  Karya atau nama Tuhan adalah Firman Allah.  Namun, karya atau nama pemerintah-pemerintah di dunia pada akhir zaman adalah "membeli dan menjual." Nama itu adalah pekerjaan/aktiviti atau karya pemerintah dunia yang bertanduk dua itu. Karya pemerintah dunia itu adalah "membeli dan menjual." Bukankah seluruh dunia telahpun memakai tanda nama pada tangan kanannya? Kenapa tanda itu dipakai pada tangan kanan? Kerana ia adalah dikerjakan oleh tangan manusia seolah-olah sebagai ibadah agama! Kenapa pula tanda itu dikenakan pada dahi setiap manusia?? Kerana Perjanjian-perjanjian dan perundangan berkaitan dengan "membeli dan menjual" itu menuntut semua manusia di bumi supaya percaya kepada Perjanjian fasal duit!

Di zaman Babel dahulu dalam Kejadian 11, dituliskan oleh Nabi Musa bahawa "...marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi" (Kejadian 11: 4).  Apakah yang dimaksudkan mereka mencari "nama" mengikut ayat tersebut di atas?  Maksud bagi perkataan itu adalah seringkasnya "karya manusia" !! Atau misi atau karya kehidupan manusia tanpa karya Tuhan; Manusia tanpa Firman Allah! Sejak ekonomi dunia mula beroperasi dan berpusat pada 'menara' Bank Dunia, dan penduduk bumi diikat oleh perjanjian-perjanjian, maka kita semua (seluruh dunia) telah benar-benar kembali semula kepada zaman Menara Babel di zaman purbakala, di mana manusia di zaman itu bertekad untuk berkarya, tanpa Tuhan dengan berkata "marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." Mereka tidak pula bertekad untuk mengenali "nama-nama" Tuhan, supaya mereka diperdamaikan dengan Roh Pencipta.  Saya secara peribadi bukanlah anti-duit, kerana zaman teokrasi Bani Israelpun menggunakan duit. Namun, mengerti perihal rahasia nama, adalah mengerti membaca zaman. Mengerti nama juga berarti memahami karya manusia dan karya Tuhan yang berbeda.

Menara itu seolah-olah menyatukan mereka secara harfiah, tetapi mereka pada hakikatnya mereka diikat oleh suatu perjanjian supaya mereka semua berkarya, dan  berpusat pada kota yang didirikan itu.  Karya manusia yang berpusat pada 'menara' itu, dan diikat-pula dengan perjanjian akan membawa manusia itu sebagai mahluk yang diperhambakan; terpisah dari rencana penciptaan manusia itu sendiri oleh Bapa segala roh (Pencipta.)   Karya Babel itu menghambakan umat manusia kerana semua manusia terikat kepada perjanjian untuk "membuat batu-bata."

Pekerjaan atau karya purbakala "membuat batu-bata" itu menghambakan semua orang diseluruh dunia pada zaman itu (Kejadian 11: 1-9).  Sejak dahulu kala, manusia zaman menara Babel mencari suatu 'nama' iaitu karya manusia. Dan sudah tentu "karya" itu dikuatkuasakan melalui suatu perjanjian bersama, dan dikuatkuasakan  oleh pemerintah purbakala.  Karya manusia di bumi tanpa memikirkan nama Tuhan adalah sinonim dengan AntiFirman. Tanpa Karya Tuhan iaitu Firman; manusia tidak dapat  anugerah 'jalan' perdamaian.  Justeru itu,  betapa hebatpun karya manusia ataupun binatang di bumi ini, maka akhirnya akan menemui penghakiman Ilahi, atau bahasaNya kedengaran seperti "...baiklah Kita turun..."

Mereka diperhambakan oleh karya mereka sendiri. Tuhan mengkehendaki manusia "yang luka," supaya manusia yang tertulis namanya dalam buku kehidupan, terikat kepada suatu penghambaan yang jauh lebih sempurna dan benar, iaitu seperti "ranting dan pohon kehidupan." Oleh kerana  roh manusia harus menuruti ibadah seperti perumpamaan "ranting dan pohon kehidupan" untuk menerima anugerah kehidupan yang penuh, maka ia harus bebas daripada apapun jenis penghambaan di dunia.  Jika kekuatan karya binatang-binatang itu ditopang oleh si Naga Tua, maka sudah tentulah binatang-binatang itu diberikan oleh Ular Tua dengan "mulut" untuk menista yang Mahatinggi.

Sesungguhnya, antiKristus adalah penduduk dunia yang paling ramai! Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kamu berkata ada dikalangan mereka (antiKristus) yang akan menjadi pemimpin-antikristus pada masa siksaan 3.5 tahun itu berlangsung! "Gandum" yang diterima Tuhan hanyalah  mewakili suatu peratusan yang minoriti daripada jumlah penduduk dunia. Penduduk dunia majoritinya adalah lalang.  AntiKristus berarti antiFirman.  AntiFirman menurut kesaksian Santo Yohanes adalah seringkasnya tidak percaya kepada "Firman menjadi manusia"; maka, lalang tidak percaya kepada Paskah sebagai Jalan untuk menyelesaikan dosa-dosa.

Binatang itu adalah pemerintah Dunia yang dinubuatkan mempunyai 2 tanduk kuasa pemerintahan. Sekadar contoh sahaja, kita lihat pemerintah dunia, the United Kingdom, yang pernah menjajah 1/4 permukaan daratan bumi adalah mempunyai dua tanduk; Ia mempunyai kuasa turun temurun iaitu tanduk Monarki, dan juga tanduk Perdana Menteri. Pada masa kini, berdasarkan kepada penafsiran nubuatan melalui pemerhatian dunia semasa, negara Amerika Syarikatlah yang paling mendekati dekripsi binatang yangkeluar dari bumi  dalam Wahyu 13.  Bagaimana mungkin negara Amerika memenuhi syarat sebagai binatang yang mempunyai 'dua tanduk,' sedangkan ia hanya mempunyai satu presiden? Tanduk itu sebenarnya adalah pemimpin sebagaimana yang kita dapat pelajari dari Mazmur dan Kitab Daniel. Namun, tanduk itu juga bermaksud 'kuasa' kerana Yesus Kristus yang kembali ke bumi sebagai nama Hakim adalah dinubuatkan, mempunyai "tujuh tanduk sepertimana yang disingkapkan oleh Kitab Why. 5: 6.

Justeru itu, Amerika mempunyai dua tanduk kerana satu tanduknya merujuk kepada kuasa politik Amerika di arena global, dan satu lagi tanduk miliknya adalah merujuk kepada kuasa ekonomi atau kuasa duit Amerika.  Ia seperti "anak domba," tetapi ia berbicara seperti seekor naga. Ia dilihat oleh dunia seolah-olah sebagai perangka dan pelaksana  karya-karya 'perdamaian' di atas bumi, namun ia mempunyai kuasa politik yang gergasi di bumi sejak 1945, maka ia juga seperti naga!  Maka, ia ada tanduk politik dan tanduk "membeli dan menjual." Matawangnya kekal sebagai menjadi matawang utama dunia, dan melalui perjanjian demi perjanjian, iaitu pada mulanya Perjanjian Bretton Woods 1944, kemudiannya Perjanjian Smithsonian, December 1971 dan yang terkini iaitu Perjanjian Jamaica pada 1976.

Paskah Tuhan atau nama Domba Tuhan adalah permulaan pekerjaan tangan Tuhan dengan Umat Perjanjian baik dalam Perjanjian Sinai ataupun dalam Perjanjian Baru. Ibadah umatNya adalah diungkapkan sebagai “mempunyai tanda didahi atau tanda ditangan.”  Perjanjian-perjanjian “membeli dan menjual” pula adalah permulaan bagi penduduk dunia untuk seolah-olah “beribadah,” atau menuruti “hukum-hukum” yang dicipta oleh binatang itu.  Ia yang mengatur dan memerintah semua transaksi pekerjaan “membeli dan menjual.”

Demikianlah juga cara Roh Tuhan menyingkapkan rahasia karya-karya pemerintah-pemerintah dunia. Nama binatang iaitu karya pemerintah Dunia, memulakan pekerjaannya dengan mengujudkan perjanjian. Maka, perjanjian itu adalah tanda 'di dahi'! Kalau di zaman kuno Babel, “nama” yang menghambakan itu adalah sekadar “membuat batu-bata.”  Namun di zaman moden ini, semua ahli-ahli atau pihak negara-negara yang diikat oleh perjanjian itu adalah diungkapkan sebagai "diberi tanda pada tangannya atau pada dahinya."  ‘Beribadah’ menurut Taurat adalah diungkapkan sebagai "tanda di dahi dan tanda di tangan" di dalam Perjanjian Lama. Maka, "tanda di dahi dan tanda di tangan" yang diujudkan oleh Binatang yang keluar dari bumi, adalah penduduk muka-bumi yang memeteraikan dan mengesahkan akan pematuhan (beribadah) kepada semua perjanjian-perjanjian, dan juga semua perundangan terbabit; Pematuhan itu atau ‘ibadah’ itu mengikat semua lapisan masyarakat dunia tidak kira  kasta atau darjat kehidupan manusia sejagat.  Kita semua telah tertakluk kepada kuasa "membeli dan menjual:" duit! Dan pencipta karya itu adalah gods of this world! Ataupun Musa mencatatnya “sampai ke langit…

Bila nama atau karya itu sudah dimeteraikan melalui perjanjian-perjanjian, maka ia akan dikerjakan oleh tangan.  Sebab itu, rahasia itu ditulis "16 dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya," (Why. 13: 16).  Maka, 666 itu adalah ungkapan tentang pekerjaan, misi, atau karya manusia di bumi yang berpusat pada 'menara' Babel.  Hakikatnya, Tuhan pernah berfirman ketika Ia melihat kota Babel di zaman dahulukala "Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana." (Kejadian 11: 6). Termeterainya Bretton Woods Agreement pada 1944, dan terbinanya menara Bank Dunia pada 1954 yang telah menyatukan semua bangsa dan semua bahasa di dunia, sebenarnya adalah permulaan Karya atau "nama" yang dicari oleh manusia di bumi. Namun, semua manusia dibumi telah 'beribadah' atau telah diperhambakan oleh ikatan perjanjian yang dibuat oleh Pemerintah Dunia atau binatang yang keluar dari bumi itu selama 71 tahun  sejak ia mula dizahirkan (as per 2015) pada tahun 1944; menaranya pula bermula pada tahun 1954, iaitu tertubuhnya Bank Dunia.  

Bilakah agaknya Tuhan akan berfirman "Baiklah Kita turun dan ...sehingga selesainya murkaKu sehingga cawan ke-7 digenapi”?? Tuhan merencanakan melalui Karya PaskahNya supaya manusia mengerti bahawasanya 'design' rohnya adalah kehidupan yang penuh. Namun, bila manusia diperhambakan oleh karya atau "nama" manusia itu sendiri, maka sudah tentu manusia sudah tersasar daripada rencana dan tujuan asal penciptaan manusia itu sendiri.  Manusia memang berhak untuk membuat keputusan sendiri, namun Tuhan berfirman "Akulah yang empunya langit dan bumi." Justeru itu, apabila 666 iaitu Karya Pemerintah Dunia yang mempunyai tanduk politik dan tanduk duit/ekonomi itu sampai waktunya untuk dihakimi, maka Allah Bapa akan berfirman "Baiklah kita turun..."  Dan, apabila Ia mahu turun ke bumi, kedua malaikat yang berpakaian putih itu dalam catatan Kis. 1: 10-11, berkata kepada orang-orang Galilea "...Yesus ini, yang terangkat ke Sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke Sorga." (Lihat 'Binatang' )

Firman

1)  "Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya (karyaNya) ialah: 'Firman Allah.' (Why 19:13)"
2)  Bila tersingkap, firman-firman-Mu memberi terang, memberi pengertian kepada orang-orang bodoh.(Mzm 119:130)
3)  Sebab firman Tuhan itu benar, segala sesuatu dikerjakan-Nya dengan kesetiaan.(Mzm 33:4)
4)  Permulaan hikmat adalah 'takut akan Tuhan,' dan mengenal Yang Mahakudus adalah 'pengertian.' (Amsal 9:10-11)
5)  Ia berkata kepada mereka: "Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur."(Lukas 24:44).
6)  Rohlah yang memberi hidup (kehidupan kekal), daging (berpusat pada otak)sama sekali tidak berguna (tidak digunapakai dalam "nama" Tuhan). Perkataan-perkataan yang Ku katakan kepadamu adalah "roh dan hidup." (Yohanes 6:63).

Firman Tuhan semuanya adalah Roh kerana ia berasal dari Roh Tuhan.  Perkataan ucapan manusia bukanlah roh, tetapi daging kerana ia berasal dari otak manusia (pusat kehidupan daging), kecuali ucapan jampi serapih.   Aktiviti otak dan sistem saraf adalah pusat kehidupan daging.

... dan nama-Nya ialah: "Firman Allah."(Wahyu 19:13)

Roh nubuatan menjelaskan bahawa "nama" Tuhan adalah merujuk kepada Pekerjaan Ilahi ataupun misi Kristus iaitu Firman.  Firman itu adalah Tuhan, dan Firman adalah pekerjaan suci tangan Tuhan. Tanpa Firman, manusia luka tidaklah mengerti apa-apa tentang pekerjaan Roh Tuhan. Firman adalah tujuh lapis Roh Tuhan. Mengenal Tuhan yang Mahakudus menuntut supaya kita makan Firman. Tanpa makan Firman orang percaya tidaklah "bertumbuh-percaya." Maka, makanlah Firman kerana ia adalah Roh Kristus; ketujuh-tujuh lapis Roh Tuhan yang beroperasi menurut Firman. Firman itu Roh Tuhan.  Maka, ia haruslah dimakan oleh roh orang percaya yang diperdamaikan terlebih dahulu kepada Tuhan yang Mahasuci. Maka, janganlah hairan jika semua nabi-nabi memakan gulungan kitab; itu adalah kiasan perihal 'design' roh manusia yang harus bergantung kepada Sumber, iaitu Tuhan. Justeru itu, mereka makan Firman! Meskipun berjalan di gurun, orang benar (diterima Yesus di atas Kayu Salib), akan dianugerahkan meja makan.