3
As He was sitting on the Mount of Olives, the disciples came to Him privately,
saying, “Tell
us, when will these things happen, and what will be the Sign of your Coming,
and of the end of the age?” (Matthew 24: 3)
---------------------
Ketika Yesus, Firman
menjadi manusia, dilahirkan, bintang Bethlehem bersinar di langit yang
menandakan kelahiran Raja Kebenaran. Ia telah disahkan-dilihat oleh tiga orang Majus yang sejenis (heathen seer) dengan Nabi Balaam dari
timur (Pelihat). Dan, penglihatan mereka itu (wide-awake visions) telah menggenapi
nubuatan nabi Balaam Beor dalam Kitab Bilangan 24: 17, dan telah disampaikan
lebih dari 1,400 tahun, iaitu anggaran tempoh tahun sebelum Almasih dilahirkan. Nubuatan
Balaam perihal kelahiran raja itu berbunyi ,“Aku
melihat dia, tetapi bukan sekarang; aku memandang dia, tetapi bukan dari dekat;
bintang terbit dari Yakub, tongkat kerajaan timbul dari Israel ...”
‘Tanda’ di langit itu
adalah sebenarnya realiti “roh” yang menambahi pemandangan langit harfiah. Ia hanya dapat dilihat oleh mereka yang biasa
dengan realiti alam roh. Tuhan sengaja
merelakan ‘tanda’ kelahiran Yashua itu dapat dilihat oleh orang-orang Majus dari
timur, meskipun mereka bukanlah umat penyembah YHVH. Tidak hairan jika Injil
mencatatkan bahawa mereka (Orang Majus)
datang dan bertanya-tanya: “2 Di manakah Dia, raja
orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintangNya di Timur
dan kami datang untuk menyembah Dia.”
“ 9...berangkatlah mereka. Dan lihatlah, bintang yang mereka lihat di
Timur itu mendahului mereka hingga tiba dan berhenti di atas tempat, di mana
Anak itu berada.” (Matius 2: 2, 9).
‘Tanda’ menurut Santo
Paulus adalah diberikan kepada orang percaya iaitu mereka yang dianugerahkan
dengan penglihatan roh untuk melihat, dan juga berbicara dengan utusan Sorgawi:
para malaikat Tuhan. Tanda diberikan kepada mereka yang percaya: untuk
membangun, menghibur dan menasihati. Gembala-gembala yang tinggal di Padang
tidaklah melihat tanda bintang seperti yang telah dilihat oleh tiga orang majus
dari timur itu; mereka diberikan 'tanda' di bumi, iaitu bayi di kandang sapi. Mereka melihat penglihatan hadirat malaikat yang
berbicara terus kepada mereka! Mereka (gembala) turut melihat (dalam penglihatan roh) sejumlah besar
bala tentara sorga yang memuji Allah pada ketika Yesus dilahirkan.
Tiga orang majus melihat
tanda di langit, namun mereka tidak mendengar bicara kata dari para malaikat
Tuhan. Malah, ketika mereka datang ke
Yerusalem, Injil mencatatkan bahawa mereka “bertanya-tanya.” Hanya apabila mereka berangkat ke Bethlehem,
maka tampaklah, bintang itu
mendahului dan menuntun mereka sehingga bintang
itu tiba di atas tempat, di mana Anak itu berada. Ternyata, ‘tanda’ itu menuntun mereka seperti
papan tanda di Jalanraya.
Gembala-gembala tidaklah bertanyakan kepada sesiapun samaada kepada kepala
imam ataupun kepada ahli Taurat bangsa Yahudi, tetapi mereka mendapat maklumat daripada
malaikat yang berbicara langsung kepada mereka di Padang. “9 Tiba-tiba
berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka, dan kemuliaan Tuhan bersinar
meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan.10 lalu kata malaikat itu kepada
mereka: “Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar
untuk seluruh bangsa:
11 Hari ini telah lahir
bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan di kota Daud. 12 dan inilah tandanya
bagimu: Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring
di dalam palungan.” Pada penyunatan Yesus, Simeon dan Nabiah Hana ada bernubuat tentang
anak Yesus itu (Lukas 2: 21-40).
Malaikat berbicara kepada
para gembala dan memberikan ‘tanda’ yang ringkas kepada mereka. Orang Majus
dapat menafsir ‘tanda’ yang mereka lihat dalam alam roh, namun mereka tidak
mempunyai maklumat perihal kelahiran Juruselamat itu, melainkan mereka “bertanya-tanya”
kepada penduduk Yerusalem.
“Tanda”
‘Tanda’
itu ringkasnya berfungsi sebagai papan-tanda yang memberitahu akan pengenalpastian penggenapan sesuatu janji
Tuhan/firman. Bintang sebagai ‘tanda’
kelahiran “Raja orang Yahudi” yang pernah dilihat oleh nabi Balaam dalam Kitab
Bilangan 24: 17 telah digenapi, dan disahkan telah dilihat oleh tiga orang Majus
dari timur dalam Matius 2: 2,9. Tidak pula diketahui samada tanda 'bintang' yang dilihat oleh 3 orang Majus itu dinyatakan secara sama kepada para gembala di
padang. Namun, malaikat telah berbicara langsung kepada para gembala; malaikat tidak pula dicatatkan bahawa telah berbicara kepada orang majus.
Siapakah
para gembala itu? Raja Daud adalah seorang gembala sebelum ia dipilih Tuhan untuk
menggantikan Raja Saul. Sudah tentu
dalam garis keturunan Raja Daud, terdapat kumpulan yang hidup sebagai gembala
ternakan. Mereka menyimpan kepercayaan kuat pada janji Tuhan kepada moyang
mereka, Daud, seperti yang tertulis dalam Kitab Mazmur (Mazmur 89) secara turun-temurun, bahawasanya Tuhan telah bersumpah kepada Daud perihal Raja
Kebenaran yang lahir dari tunas Daud.
Tidaklah semua orang dapat melihat malaikat dan berbicara dengan malaikat seperti para gembala itu, maka, justeru itulah ‘tanda’ diberikan oleh Tuhan
pada ketika kelahiran Yesus. Tanda
dilangit memberitakan pekerjaan (nama) tangan Tuhan; kelahiran Juruselamat. Ia memberitakan ‘Firman menjadi manusia.’
Raja Damai
& Jalan Salib
Titik Perdamaian Roh Tuhan
dengan semua bangsa di bumi dimulai di Kayu Salib: Domba Tuhan mati. Namun, pemberitaan pengakhiran
(penggenapannya) nya itu telahpun disampaikan dari permulaan, dan sejak dari zaman
purbakala (Yesaya 46: 10). Roh TujuhLapis menganugerahkan pengertian dan hikmat kepada orang-orang percaya dalam
mengenali Domba Tuhan, Kristus: Jalan, Pintu, dan Kunci. Ranting belajar perihal pengertian ‘takut akan
Tuhan’ dengan senantiasa melekat pada Pohon Kehidupan. Jalan Salib senantiasa
membawa kembali orang percaya kepada penerimaan dan pengampunan Kristus kerana
namaNya adalah “Yang Setia dan Benar.” Ia
setia mengampuni dosa (1 Yoh. 1:
9). Maka, Jalan Salib adalah Perdamaian
dengan Roh Tuhan yang dianugerahkan oleh nama
Raja Damai. Kita mengenali bahawa Roh Pencipta Tuhan itu adalah Kasih melalui namaNya sebagai Raja Damai.
Hakim &
Jalan Murka Tuhan
“Dia
yang datang di atas awan-awan” adalah Tuhan Kristus yang bersemayam sebagai
Raja segala raja untuk selama-lamanya, dan diutus oleh Bapa dalam nama Hakim. Hakim melaksanakan pekerjaan atau karya
penghakiman dan penghukuman yang sempurna.
Kita mengenali Kristus sebagai Hakim melalui Jalan Murka Tuhan. Di dalam murka Tuhan kita mengenali
kekudusanNya yang menghanguskan (consuming
fire). Justeru itu, menurut nubuatan Yesaya "murka Tuhan mengajar manusia di bumi apa yang benar."
Sepanjang era Gerejani iaitu
selepas Pentakosta sehingga sekarang (12/12/2015), Kristus telah menyatakan
bahawa Dia akan datang “di atas awan-awan.”
Dia memberikan nubuatan-nubuatan dalam Wahyu supaya orang percaya
akan melihat bagaimana perjalanan karya Hakim yang akan menumpahkan tiga kategori murka melalui para penuaiNya, dan murka itu dipanggil: ‘Meterai: 7 meterai, Sangkakala: 7 sangkakala dan Cawan: 7 cawan.’ Meterai 1 hingga Meterai
yang ke-5 dan Meterai 6 dalam Wahyu 6 adalah merupakan pernyataan Kristus sebagai Raja Damai, justeru itu, Roh Kuduslah nama yang diutus Bapa untuk penghakiman dan penghukuman penduduk bumi sebelum nama Kristus sebagai HAKIM di umumkan.
Kembalinya Kristus kelak berarti tangan Tuhan mengerjakan pekerjaan baru atau ringkasnya "nama" baru, iaitu Hakim. Jadi siapakah Hakim sejak Pentakosta hingga sekarang? Jawapannya ialah Roh Kudus! Meterai ke-6 adalah 'peralihan dua nama' Kristus; nama Raja Damai akan terus berkarya, berkerja bersama dengan nama Hakim secara serentak di sepanjang tempoh masa 'meterai yang ke-6' berlangsung! Pemberitaan ‘langit’ akan berlangsung dan dilaksanakan dalam tempoh-masa Meterai ke-6: Sepanjang selang-masa meterai ke-6, Kristus akan diberitakan namaNya sebagai Hakim, memegang kunci segala maut, dan kerajaan maut. Dalam Matius 24: 29 dan Why.6: 12-13 'langit' memberitakan karya "keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim" (Mazmur 50: 6). Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan, namun ia juga menggenapi maksud Mazmur 50: 6. Namun, namaNya sebagai Raja Damai tidak akan berhenti berkerja selagi "awan-awan" (kerub), atau langit (7 pintu dan 7 lapis sorgawi membuat 'bukaan') belum bergulung-gulung. Fenomena "awan bergulung-gulung" ini hanya dapat dilihat dengan mata rohani seperti 'penglihatan langit' yang disaksikan oleh para gembala pada waktu kelahiranNya.
"Awan bergulung seperti gulungan kitab" bukanlah fenomena langit harfiah seperti fenomena awan bergulung yang selalu berlaku di bumi Australia. Nama Raja Damai berlangsung dari Paskah Tuhan Yesus hinggalah kepada hari turunnya Kristus ke bumi; ataupun dari Murka "Meterai 1" hinggalah ke penghujung murka "Meterai ke-6." Nama Hakim berlangsung dari permulaan "Meterai ke-6" hinggalah habis Murka "Cawan yang ke-7," dan juga selepas itu. Nama Raja Damai dan nama Hakim seolah-olah akan berkerja berlapis sepanjang "Meterai ke-6." (kontroversi?)
Kembalinya Kristus kelak berarti tangan Tuhan mengerjakan pekerjaan baru atau ringkasnya "nama" baru, iaitu Hakim. Jadi siapakah Hakim sejak Pentakosta hingga sekarang? Jawapannya ialah Roh Kudus! Meterai ke-6 adalah 'peralihan dua nama' Kristus; nama Raja Damai akan terus berkarya, berkerja bersama dengan nama Hakim secara serentak di sepanjang tempoh masa 'meterai yang ke-6' berlangsung! Pemberitaan ‘langit’ akan berlangsung dan dilaksanakan dalam tempoh-masa Meterai ke-6: Sepanjang selang-masa meterai ke-6, Kristus akan diberitakan namaNya sebagai Hakim, memegang kunci segala maut, dan kerajaan maut. Dalam Matius 24: 29 dan Why.6: 12-13 'langit' memberitakan karya "keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim" (Mazmur 50: 6). Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan, namun ia juga menggenapi maksud Mazmur 50: 6. Namun, namaNya sebagai Raja Damai tidak akan berhenti berkerja selagi "awan-awan" (kerub), atau langit (7 pintu dan 7 lapis sorgawi membuat 'bukaan') belum bergulung-gulung. Fenomena "awan bergulung-gulung" ini hanya dapat dilihat dengan mata rohani seperti 'penglihatan langit' yang disaksikan oleh para gembala pada waktu kelahiranNya.
"Awan bergulung seperti gulungan kitab" bukanlah fenomena langit harfiah seperti fenomena awan bergulung yang selalu berlaku di bumi Australia. Nama Raja Damai berlangsung dari Paskah Tuhan Yesus hinggalah kepada hari turunnya Kristus ke bumi; ataupun dari Murka "Meterai 1" hinggalah ke penghujung murka "Meterai ke-6." Nama Hakim berlangsung dari permulaan "Meterai ke-6" hinggalah habis Murka "Cawan yang ke-7," dan juga selepas itu. Nama Raja Damai dan nama Hakim seolah-olah akan berkerja berlapis sepanjang "Meterai ke-6." (kontroversi?)
Melalui murka Tuhan, kita
mengenali kekudusan Tuhan. Nabi Nahum memberikan nubuatan perihal ‘murka’
Tuhan; Tuhan itu cemburu dan pembalas, penuh kehangatan amarah (Consuming Fire), Panjang Sabar, Besar
Kuasa, tidak membebaskan orang bersalah.
Ia berjalan
dalam puting beliung, dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1:
1-3). (Lihat link mengenai "'halilintar" dalam Matius 24: 27).
Bumi menjadi sunyi sepi di HadapanNya, dunia serta seluruh
penduduknya. Didalam hadirat kedatangan Roh Kristus yang kedua yang diutus Bapa
dalam nama sebagai Hakim, Ia akan datang berserta dengan para penuai (para
malaikat) dan orang-orang kudus di bumi.
4 a Ia menghardik laut, ia mengeringkan sungai, Ia membuatkan gunung-gunung gemetar, dan bukit-bukit mencair. 5 gunung-gunung gemetar terhadap Dia, dan bukit-bukit mencair. Bumi menjadi sunyi sepi di hadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. 6 Siapakah yang tahan berdiri menghadapi geramNya? Dan siapakah yang tahan tegak terhadap murkaNya yang bernyala-nyala? Kehangatan amarahNya tercurah seperti api, dan gunung-gunung batu menjadi roboh di hadapanNya. 7 Tuhan itu; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepadaNya 8 dan menyeberangkan mereka pada waktu banjir. Ia menghabisisama-sekali orang-orang yang bangkit melawan Dia, dan musuhNya dihalauNya ke dalam gelap. (Nahum 1: 1-8)
4 a Ia menghardik laut, ia mengeringkan sungai, Ia membuatkan gunung-gunung gemetar, dan bukit-bukit mencair. 5 gunung-gunung gemetar terhadap Dia, dan bukit-bukit mencair. Bumi menjadi sunyi sepi di hadapanNya, dunia serta seluruh penduduknya. 6 Siapakah yang tahan berdiri menghadapi geramNya? Dan siapakah yang tahan tegak terhadap murkaNya yang bernyala-nyala? Kehangatan amarahNya tercurah seperti api, dan gunung-gunung batu menjadi roboh di hadapanNya. 7 Tuhan itu; Ia adalah tempat pengungsian pada waktu kesusahan; Ia mengenal orang-orang yang berlindung kepadaNya 8 dan menyeberangkan mereka pada waktu banjir. Ia menghabisisama-sekali orang-orang yang bangkit melawan Dia, dan musuhNya dihalauNya ke dalam gelap. (Nahum 1: 1-8)
Apakah yang
dimaksudkan dengan jalan murka Tuhan?
Ia berjalan dalam puting beliung,
dan badai dan awan adalah debu kakiNya (Nahum 1: 3 b). Dalam Kitab Mazmur,
murka Tuhan itu diberitakan oleh Suara Roh Tuhan. Mazmur 29 menjelaskan “2 berilah Tuhan
kemuliaan namanya, sujudlah kepada Tuhan dengan berhiaskan kekudusan! 3 SUARA
Tuhan di atas air, allah yang mulia mengguntur, Tuhan di atas air yang besar. 4
Suara Tuhan penuh kekuatan SUARATuhan penuh semarak. 5 Suara Tuhan mematahkan
pohon aras, bahkan Tuhan menumbangkanpohon aras Libanon. 6 ia membaut gunung
Libanon melompat-lompat seperti anak lembu, dan gunung Siryon seperti anak
banteng. 7 Suara Tuhan menyemburkan nyala api. 8 Suara tuhan membuat Padang gurun
gemetear, Tuhan membuat padang gurun kadesh gemetar. 9 Suara Tuhan membuat rusa
beranak rusa betina yang mengandung, bahkan hutan digundulinya; dan didalam
baitNya setiap orang berseru: “Hormat!” 10 Tuhan bersemayam di atas air bah,
Tuhan bersemayam sebagai Raja untuk selama-lamanya. “
Segala malapetaka yang terjadi di bumi
tanpa SUARA Tuhan adalah samada dilihat sebagai the acts of nature, ataupun kesilapan-kesilapan manusia kerana
manusia itu sendiri tidaklah sempurna. Namun,
jika ada ‘SUARA Tuhan,’ maka sudah tentu sesuatu kejadian itu mempunyai ‘nubuatan’
yang menjelaskan ada tangan Tuhan dalam kejadian itu. Ia hanya dapat
dimengertikan oleh anugerah roh pengertian. Menurut Taurat, Roh Hakim menghukum samada umatNya atau bukan umatnya
dengan roh penghukuman dalam gandaan tujuh:“menghukum
kamu tujuh kali lipat.” (Imamat 26: 18, 21,
24, 28. )
Apakah jalan murka itu
sudah berubah, dan ia tidak menurut “tujuh kali lipat” lagi? Roh Tuhan tidaklah berubah kerana ia tetap
sama dari Alpha dan Omega. Ia tetap “Setia dan Benar” dalam menggenapi jalan
murkaNya iaitu “menghukum tujuh kali lipat.”
Meskipun segala pelanggaran Hukum Ibunda, 10 Perintah Nabi Musa” dalam Taurat itu telah
lunas dibayar oleh kesempurnaan kuasa penebusan
Domba Tuhan, namun hukuman Roh YHVH yang “menghukum tujuh kali lipat” itu
tidaklah terbatal. Ia tidaklah terbatal dalam nama Kristus sebagai Hakim.
Pekerjaan atau nama Hakim beroperasi menurut roh yang menghukum “tujuh kali lipat;” tidak hairan jika ada 7 meterai, 7 sangkakala, dan 7 cawan. MurkaNYa digandakan sebanyak 7 kali lipat! Roh Tuhan tidak berubah baik dalam nama YHVH yang dinyatakan kepada bani Ibrani, mahupun nama Kristus dalam Perjanjian Baru. Ibadah menurut Taurat dalam Perjanjian Lama telah mengajarkan umat Tuhan perihal kekudusanNya. Nabi-nabi Perjanjian Lama lebih mendalami peribadi Roh Tuhan berbanding dengan umat biasa Tuhan kerana mereka menerima anugerah Roh Kudus yang turun ke atas sumbu roh mereka.
Pekerjaan atau nama Hakim beroperasi menurut roh yang menghukum “tujuh kali lipat;” tidak hairan jika ada 7 meterai, 7 sangkakala, dan 7 cawan. MurkaNYa digandakan sebanyak 7 kali lipat! Roh Tuhan tidak berubah baik dalam nama YHVH yang dinyatakan kepada bani Ibrani, mahupun nama Kristus dalam Perjanjian Baru. Ibadah menurut Taurat dalam Perjanjian Lama telah mengajarkan umat Tuhan perihal kekudusanNya. Nabi-nabi Perjanjian Lama lebih mendalami peribadi Roh Tuhan berbanding dengan umat biasa Tuhan kerana mereka menerima anugerah Roh Kudus yang turun ke atas sumbu roh mereka.
Raja Sulaiman bersaksi
bahawa tanpa Roh Tuhan yang diutus oleh Bapa Sorgawi, manusia di bumi tidak akan
mampu mengetahui kehendak atau rencana Tuhan. “Siapa
gerangan sampai mengenal kehendakMu, kalau Engkau sendiri tidak menganugerahkan
kebijaksanaan, dan jika Roh KudusMu dari atas tidak Kauutus? “(Kebijaksanaan 9: 17). Jalan, Pintu dan
Kunci yang sempurna dalam Perjanjian Baru membimbing setiap orang percaya untuk
melihat dan mengerti bahawa Tuhan itu Kasih. Justeru itu, Hadirat kekudusan
Tuhan yang menghangus telah lama difahami oleh manusia bumi terutama bagi umat
Ibrani. Namun, sifat Ilahi “Tuhan itu Kasih” hanya dapat
didalami oleh umat Tuhan apabila Jalan, Pintu dan kunci telah sempurna dalam karya
Tuhan Trinitas.
Dalam Matius 24: 1-30,
Yesus Kristus bernubuat tentang akhir zaman.
Dan semua nubuatan
Tuhan iaitu perihal “tanda-tanda” akhir zaman adalah “menghibur, menasihati dan membangun”
(1 Korintus 14) mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan.
Nubuatan Yesus Kristus
pada ayat 29 dalam Matius 24, mengungkapkan
perkataan-perkataan yang berbeda dari kata-kata Yesus dalam ayat yang
sebelumnya iaitu dari ayat pertama hingga ayat yang ke 28. Perkataan Kristus dalam ayat 29 disampaikan
menurut maksud Mazmur 19: 2. “Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala
memberitakan pekerjaan tanganNya.”
Ayat 29 adalah sebenarnya
merupakan Murka Tuhan iaitu Meterai ke-6 dalam Wahyu 6: 12-17. Walaubagaimanapun, ia juga merupakan suatu
selang masa pemberitaan ‘langit’ (Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6; Wahyu 19: 13 b). Langit akan meneruskan pemberitaannya selama
Murka Meterai yang ke-enam itu berlangsung. Selepas itu, tanda Anak Manusia akan kelihatan
di langit. Berarti, ‘tanda’ itu masih dalam pemberitaan langit. Dan Anak Manusia yang turun ke bumi akan
memperlihatkan (alam roh) bahawa ia datang dalam
cara yang sama seperti ia terangkat dahulu dalam Kisah 1: 11.
Maksudnya, Tuhan akan
memperlihatkan penghukuman dan penghakiman Hakim sebelum Hari dan saat Tuhan
Kristus turun sesuai nubuatan dengan para nabi.
“12 Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang
keeanam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi
hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan
darah.” Ayat ini adalah mengungkapkan maksud
yang sama jika dirujuk Pada Kisah Para Rasul 2: 20 atau Joel 2: 31 “ Matahari
akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya
hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu.”
Kedua nubuatan ayat ini juga adalah diterang oleh nubuatan Yesus
sendiri, ketika ia masih di bumi di lereng bukit Zaitun dalam Matius 24: 29 “
Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan
tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa
langit akan goncang.”
Maka ketiga-tiga ayat dari
tiga sumber iaitu Injil Matius 24: 29, Kisah. 2: 20 (Joel 2: 31) dan Wahyu 6: 12
adalah mengungkapkan “murka Tuhan” yang harus terjadi sebelum datangnya hari
Tuhan yang hebat dan dahsyat. Ketiga-tiga
nubuatan tersebut merupakan “pemberitaan” cakrawala dan penceritaan Langit
perihal Kemuliaan Allah. ( Mazmur 19: 2; Mazmur 50: 1-6). “Cakrawala” memberitakan pekerjaan
tanganNya. Pekerjaan itu ialah nama
Tuhan. Maka, Matius 24: 29, Joel 2: 31,
Kis. 2: 20 dan Wahyu 6: 12 sebenarnya mengumumkan nama Tuhan yang datang itu
adalah HAKIM.
“Nama” ialah pekerjaan
tangan Tuhan. Hakim berkerja menghakimi
dan menghukum dengan penuh keadilan.
Apakah pekerjaan Hakim itu sinonim dengan pekerjaan Raja Damai? Memang tidak! Walaupun keduanya adalah
Kristus. Raja Damai itu adalah
senantiasa membela pelanggaran manusia asalkan saja mereka percaya kepada Jalan
Salib (Domba Tuhan). Hakim senantiasa menghakimi kesalahan kita dengan penuh
keadilan. Pintu-pintu ‘roh’ Tabernakel
YHVH Perjanjian Lama telah ditutup sejurus Kristus berjaya menyempurnakan Jalan, Pintu dan Kunci yang sempurna bagi
umat Tuhan. Justeru itu, Raja Damai
membuat ucapan salam “Damai sejahtera, Kuberikan padamu.” Sudah tentu Hakim yang turun tidaklah membuat
ucapan salam yang sama! Namun apakah
pintu Raja Damai akan tertutup apabila namaNya adalah Hakim? Pintu Roh Tuhan
tidaklah pernah tertutup, namun turunnya Hakim memberi maksud bahawa pekerjaan
Raja Damai sudah siap. Apa-apa pekerjaan Roh Tuhan yang belum siap akan
diteruskan oleh nama Hakim. Bukankah Joel 2: 31 menyingkapkan bahawa “ Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah SEBELUM datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu”? Justeru itu, nama Hakim akan 'diberitakan oleh langit' SEBELUM hari turunnya Kristus, atau sebelum langit bergulung seperti gulungan Kitab (~dilihat sebagai realiti alam 'roh') !
Bagi manusia rohani
seperti nabi-nabi, hari datangnya Tuhan itu mereka saksikan “hebat dan dahsyat”
kerana mereka menyaksikan alam roh: realiti Roh Kristus dan para malaikat.
Kelak, ia akan bersama dengan 12 suku kaum Israel yang di meterai dengan “Allah yang hidup”
sejumlah 144,000 semuanya.
Bagi mereka yang tidak
melihat dan tidak percaya “tanda Anak Manusia” di langit. Hari itu bukanlah hari besar tetapi hanya
akan dilihat sebagai hari kebiasaan.
Kematian Yesus tidaklah memberi makna apa-apa kepada mereka yang tidak
tertulis namanya dalam buku kehidupan.
Oleh kerana satu hari bagi Tuhan adalah umpama 1,000 Tahun bagi manusia,
maka “hari besar” Tuhan itu adalah suatu tempoh yang tidak diketahui oleh
manusia. Tuhan tidak pernah kesuntukan
masa, dan manusialah yang kesuntukan masa!
Hari besar murka Tuhan itu
bukanlah secara harfiah berarti satu hari.
Ia adalah tempoh masa Murka Tuhan ditumpahkan ke bumi bermula dari
pengumuman namaNya sebagai Hakim dalam Meterai ke-6. Meterai ke-6 itu adalah murka Tuhan sebelum
hari Tuhan (bermula dari turunnya Kristus ke bumi), namun tempoh masa meterai
ke-enam itu juga adalah pengumuman namaNya sebagai Hakim. Untuk sekadar mencerahkan pengertian melalui perbandingan,
kita tahu bahawa Domba Tuhan, Yesus kristus, mati di kayu Salib tepat pada hari Paskah Tuhan, namun ia sudah diumumkan oleh Nabi
Yohanes Pembaptis sebagai ‘Domba Tuhan’ pada ketika Yesus dibaptis; iaitu
selang masa 3 tahun sebelum Ia mati di kayu Salib.
Yesus Kristus akan kembali
“di atas awan-awan” pada penghujung meterai iaitu pada ungkapan ayat yang ke-14
“maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab
yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.” Penulis percaya bahawa ayat ini mengungkapkan
apa yang dikatakan dua malaikat pada Kisah 1: 11 “Hai
orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat langit? Yesus ini , yang
terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan kembali dengan cara yang sama
seperti kamu melihat (penglihatan roh) Dia naik ke Sorga.”
Kelepasan & Penghakiman Tuhan ( Murka Tuhan dari Wahyu 6: 17 (~permulaan Hari Tuhan) sehingga Wahyu 16: 17-21 (~Cawan terakhir).
All prophecies serve to be the 'signs' which point to the fulfillment of divine revelations. Any 'sign-post' is inseparable with the content of the prophecy itself, thus, it is"edifying, comforting, and counseling" us, as we thread upon into the uncharted future. The 'signs' are 'the word of the Lord.' Thus, the 'signs' serve to be the lamp unto your feet as you step into the unknown future. They usher us into...the revealed new 'name' of God; the skies proclaim the name of God. Divine "name" is pointing to the Divine handiwork.
2 ulasan:
Penglihatan "Tanda Salib" di langit oleh nubuatan Santo Chrysostom adalah, menurut penulis, juga akan hanya dapat dilihat oleh orang-orang percaya sahaja. Namun, oleh kerana "Salib" bermaksud "murka Tuhan" atau "Cup of Divine Wraths," maka seluruh bumi akan dapat merasakan dan menghadapi murka-murka itu meskipun mereka tidak percaya! Di atas Salib, Yesus meminum "Cawan Murka Bapa." Maka, "Salib" sebagai tanda Anak Manusia itu memang benar, namun ia adalah sebelum "bergulungnya langit." Sebelum itu, Meterai ke-6 akan dibalaskan untuk ditumpahkan kepada penduduk bumi. Jadi, Salib itu adalah meterai ke-6.
Matius 24: 29 mempunyai bahasa yang lain daripadanya seluruh ayat-ayat dalam bab Matius 24. Kenapa Yesus bernubuat mengenai matahari, bulan, dan bintang-bintang? Kenapa pula Wahyu 6: 12-13 mempunyai nubuatan tentang matahari, bulan dan bintang-bintang seperti dalam Matius 24:29, Yoel 2: 31 atau Kisah Para Rasul 2: 20 ?
Jawapan:-
"Langit memberitakan keadilanNya, sebab Allah sendirilah Hakim. Sela" (Mazmur 50:6). Juga,lihat dan rujuk maksud yang disingkapkan oleh "langit" dalam Mazmur 19:1-2.
Catat Ulasan