"...Maka Jacob berangkat dari Bersyeba dan pergi ke Haran. Ia sampai di 'SUATU TEMPAT,' dan 'BERMALAM' di situ, karena matahari telah terbenam. Ia mengambil sebuah batu yang terletak di tempat itu dan dipakainya sebagai alas kepala, lalu membaringkan dirinya di tempat itu." (Kejadian 28:10-11)
Tuhan itu Roh [a1] . Firman Tuhan itu juga adalah Roh Tuhan [a2], kerana semua Firman Tuhan berasal dari Roh Tuhan. Jika cerita perjalanan Jacob dari Bersyeba ke Haran itu tidak melibatkan hal-hal memasuki hadirat Roh Tuhan YHVH, maka sudah tentu perkataan 'bermalam' itu sendiri tidak akan membawa apa-apa arti rohaniah yang signifikan. Namun, oleh kerana catatan Kitab suci Kejadian adalah bahasa Roh Tuhan, maka perkataan 'bermalam' sudah tentu membawa maksud fitrah roh nubuat (the nature of the Spirit of prophecy) yang amat dalam. Orang bijak pandai kitab yang terpelajar biasanya menamakan ilmu pentafsiran mengikut setiap patah perkataan itu sebagai expositional interpretation through word by word. Mereka adalah ahli-ahli dalam bidang etymology. Biasanya mereka yang berminat membuat pentafsiran sebegini adalah mereka yang sangat arif dalam bahasa asli kitab-kitab suci. Jadi mereka adalah tergolong bukan sahaja sebagai ahli kitab (theologians/biblical scholars) yang terpelajar, tetapi juga sebagai ahli pelbagai bahasa (linguists) terutama bahasa asli kitab-kitab kuno. Penulis sememangnya buta huruf akan ilmu hermeneutics, namun aku masih memberanikan diri untuk mencoretkan beberapa pembahagian kepada mereka yang sedang berjalan dalam 'gelap.' Sekurang-kurangnya mereka akan dapat menanggapi arti kata 'bermalam' hasil pengalaman perjalanan iman di 'gurun' atau di dalam 'kegelapan.' Nabi Isaiah menulis Firman :
"Siapa di antaramu yang takut akan Tuhan dan mendengarkan suara hambaNya? Jika ia hidup dalam kegelapan, dan tidak ada cahaya bersinar baginya, baiklah ia percaya kepada 'nama' Tuhan dan bersandar kepada Allahnya." (Yesaya 50: 10)
'Perkataan profetik "BERMALAM" [a] itu sebenarnya khusus ditujukan kepada semua orang-orang percaya yang sedang menelusuri perjalanan Iman. Perkataan 'bermalam' dalam tafsir kiasan rohaniah (typology) dalam petikan perjalanan Jacob itu, menubuatkan kepada kita semua, supaya menanggapi pengajaran perjalanan rohaniah tersebut, sehingga kita dapat lafazkan dengan sempurna intipati doa dalam petikan Mazmur 91: 1 yang mengandung perkataan "bermalam." Kita membicarakan tentang contextual meaning dan juga prophetic/typological interpretation seperti yang dimaksudkan oleh Job 33: 14. Karena Allah berfirman dengan SATU DUA cara, tetapi orang tidak memperhatikannya (Ayub 33: 14).12 Satu kali Allah berfirman, dua hal yang aku dengar: bahwa kuasa dari Allah asalnya, 13 dan dari pada-Mu juga kasih setia, ya Tuhan; sebab Engkau membalas setiap orang menurut perbuatannya. (TB Mazmur 62:12-13)
Tuhan sebagai Pencipta langit dan bumi dan segala isinya adalah sentiasa Kudus, sedangkan manusia yang dicipta itu lemah dan senantiasa luka dan terluka. Keadaan ini dipanggil Perseteruan atau konflik antara Sang Pencipta dan Umat manusia yang jatuh.
Justeru itu, Tuhan sudah merencanakan dari semula untuk menganugerahkan JALAN kepada Umat manusia yang akan jatuh dalam kuasa dosa, supaya mereka dapat hidup diperdamaikan dengan kuasa kehidupan yang Kudus, walaupun hari-harinya masih kerap kali kembali dalam taklukan kepada kebinasaan daging, iaitu kerana luka-luka: belenggu dosa. Dengan 'Jalan' itu, maka kita dilepaskan dari belenggu sengat maut, iaitu dosa. Namun, kita tidak akan dapat melihat dengan jelas fungsi JALAN itu, kecuali kita diajar oleh Roh Tuhan pada ketika roh kita 'bermalam' pada 'suatu tempat.' Justeru itu, perkataan "bermalam" itu hanya dapat dimengertikan oleh orang-orang percaya kepada 'nama' Tuhan sahaja! Ia memberi arti rohaniah tentang pengajaran 'perdamaian,' iaitu tentang bagaimana roh orang percaya yang menderita setiap hari dapat diperdamaikan dengan Roh Tuhan yang Mahasuci. 'Bermalam' adalah umpama 'prologue' kepada asas berdoa di dalam roh dan kebenaran. Berdoa itu adalah urusan memasuki 'kamar' terdalam menurut ajaran Yeshua dalam Matius 6:6 dan Matius 6: 9-14. Urusan memasuki 'kamar terdalam' adalah urusan komunikasi rohaniah di antara Roh Tuhan dan roh seseorang percaya. Raja Daud menulis lirik Mazmur tentang komunikasi spiritual ini dalam frasa "Deep calls deep." Dalam 'kamar' atau di dalam 'rumah Tuhan' itu, kita akan diajar memasuki hadirat Roh Bapa; ia adalah suatu urusan yang tidak diajarkan dalam mana-mana sistem pendidikan formal. Malah, Ia tidak dapat dipelajari dalam tempoh singkat. Ia adalah anugerah Tuhan. Ia urusan mati atau hidup. Ia dipelajari sepanjang hidup hingga akhir hayat daging. Orang terdahulu, mungkin, paling terbaikpun, hanyalah dapat membahagikan beberapa petua dari pengalaman rohaniah mereka kepada mereka yang sedang menelusuri perjalanan iman. Man knows 'in parts' only, but God knows the whole matters!
Kita tidak akan dapat masuk 'kamar' (the Spirit of prayer), jikalau kita tidak dianugerahkan dengan [Roh] Pengetahuan dan [Roh] Pengertian. Dengan anugerah karunia itu baharulah kita dapat mengerti arti rohaniah tentang 'berehat.' Malah, urusan 'percaya' kepada Tuhan itu sendiri juga, hanya dapat dizahirkan dari hati kita, justeru kerana disebabkan oleh karya 'nama' Tuhan, melalui anugerah karunia pengetahuan [Roh Pengetahuan] dan juga anugerah karunia pengertian [Roh pengertian] dari Roh Tuhan (Amsal 9: 10). Tujuan utama berdoa ialah supaya kita mendapat 'ketenangan' ('rest') roh di dalam kuasa Kristus, iaitu disembuhkan dari 'luka-luka' yang melesukan dan meletihkan tubuh roh kita. Melalui doalah kita dapat pelepasan dari 'bebanan' dosa-dosa (luka-luka yang terkumpul dan belum dibereskan melalui pertobatan/pengakuan dosa). Ini dicatatkan dalam ajakan Kristus untuk 'rest in Christ' dalam petikan Matius 11: 28-30. Justeru itu, barangsiapa yang mahu berdoa di dalam 'kamar' terdalam, dia mesti tahu apa itu takrif berehat ('rest') secara rohaniah. Dan, 'berehat' dalam pengertian rohaniah, kita akan hanya dapat mula belajar, hanya apabila kita telah melalui suatu tempat atau titik perubahan kehidupan yang disebut "there is a place," di mana roh kita akan mula menanggapi arti 'bermalam.' Kita mula belajar bagaimana 'roh' kita diperdamaikan dengan Roh Tuhan selepas melalui pengalaman rohaniah 'bermalam' !
Agar diberkati oleh Roh Tuhan, kita mesti terlebih dahulu diperdamaikan dengan Roh Tuhan oleh pelayanan Pengantara Imam Agung Melkisedek yang duduk di sebelah kanan Bapa. Semua penduduk bumi, tidak kira apa kepercayaan mereka, memang masih menerima anugerah berkat Tuhan, walaupun jelas sekali bahawa menurut catatan Taurat dan Kitab-Kitab Suci, kutuk telah menimpa keturunan Adam dan Eve dengan 'tanda' yang jelas, iaitu tanda kutuk (curse mark) dalam gandaan tujuh kali lipat (Ulangan 28; Imamat 26: 18, 21, 24, & 28). Berkat-berkat Tuhan mengikut namaNya (immutable Names of God dalam Kitab Suci Keluaran 34: 5-7) masih mengalirkan kuasa kehidupan kepada semua orang termasuklah yang tidak percaya, supaya mereka dapat meneruskan hayat daging di bumi menurut kekuatan daging masing-masing, namun 'Berkat' (Berkat dari 'bermalam') yang kita perkatakan di sini adalah Berkat menjadi 'anak-anak Tuhan' [b].
Apa saja Pelanggaran Taurat nyata akan membelenggu manusia ke dalam kuasa 'dosa' (Sengat maut) dan seterusnya maut atau kuburan orang mati, tapi syukur kepada Domba Paskah Tuhan, Yeshua Kristus, yang telah melepaskan kita dari segala-gala kutuk! Dalam daging, Rasul Paulus mengatakan bahawa kita terjual kepada kebinasaan dan kutuk, kerana daging itu lemah, namun pengharapan kita adalah disandarkan kepada kuasa kebangkitan Kristus! Dalam Imani Kristen, Anak Domba Tuhan, the Prince of Peace/Imam Melkisedek memainkan peranan sebagai penghapus dosa-dosa dunia, dan juga sebagai Pengantara antara Roh Tuhan dan Umat Tuhan, agar roh kita mengecapi penyembuhan luka-luka roh secara tuntas. Kita senantiasa bersukacita penuh kerana kita mempunyai Sang Pengantara yang begitu sempurna sekali, iaitu ANAK Tuhan yang MAHATINGGI [c]. Dia tiada dosa dan dia adalah Sin Offering [d] yang paling sempurna. DARAH suciNya menyembuhkan [d] segala 'luka-luka' roh orang percaya. Sebagai Raja Damai dan juga Imam Melkisedek, pengantaraan Perdamaian antara Tuhan dan umat Tuhan telah selesai digenapi oleh Kristus [e]. Tidak ada pengantaraan yang jauh lebih baik daripada apa yang dapat dianugerahkan oleh pelayanan pengantaraan Yeshua Kristus! Tanpa, pengantaraan Kristus, kita semua TIDAK mempunyai kelayakan untuk memasuki hadirat [f] Roh Tuhan yang Mahasuci. Kesucian Roh Tuhan itu dapat menghanguskan [g] kita semua!
Tuhan Yahweh pernah menjelaskan kepada Nabi Moshe bagaimana KASIH KARUNIA [h] itu dapat menudungi roh orang percaya, supaya ia tidak dijilat oleh api Suci Tuhan yang menghanguskan itu. KASIH KARUNIA dari roh Bapa YHVH itu kelak kita dapat lihat, sebagai peribadi Almasih yang dijanjikan, iaitu peribadi Firman hidup yang menjadi Yeshua Kristus (the reincarnated Word). Perdamaian Kristus oleh kuasa darahNya yang menutupi ketelanjangan roh kita setiap hari. Dialah yang menanggung derita (luka-luka) kita setiap hari (Mazmur 68: 20).
Kitab Suci Keluaran 33: 20 mencatatkan: Lagi firman-Nya: "ENGKAU TIDAK TAHAN MEMANDANG WAJAH-Ku [hadirat Roh Tuhan], SEBAB TIDAK ADA ORANG YANG MEMANDANG AKU DAPAT HIDUP." "Tidak tahan" ertinya seperti kapas yang tidak tahan dengan api. Roh manusia tidak bertahan di dalam hadirat kekudusan Roh Sang Pencipta yang semaraknya menghanguskan. Roh kita perlu dibaluti oleh kasih KaruniaNya sebagaimana yang dilalui oleh Nabi Moshe! Sesungguhnya, kita memerlukan pengantaraan Kristus, KASIH KARUNIA, yang dapat membaluti roh kita, agar kita dapat bertahan memandang wajahNya, jika tidak, kita semua pasti mati ketika memandang wajahNya!. Pengantaraan Kristus yang bersifat Immanuel telah datang, dan DARAH suciNya "Sudah Selesai" [i] diupacarakan di atas altar di bumi, iaitu Kayu Salib Yeshua yang Suci! "Sudah Selesai" [i] berarti berkatNya mengalir secara Immanuel (tidak henti-henti) ! Yakub bapa leluhur bangsa Israel, yang kelak diberikan nama oleh Tuhan sebagai Israel, menemukan keajaiban 'kasih karunia' itu apabila, ia telah memasuki hadirat Roh Tuhan di "suatu tempat" dalam perjalanannya ke Padan; Jacob tidak mati melihat Tuhan. Rupanya, roh Yakub telah diperdamaikan, ketika Ia memasuki hadirat 'Rumah Tuhan' Luz. kelak ia namakan lokasi ia melihat penglihatan Sorga terbuka itu sebagai Beth-El. Kini ia telah menjadi kota Beth-El.
"...Maka Jacob berangkat dari Bersyeba dan pergi ke Haran. Ia sampai di 'SUATU TEMPAT,' dan 'BERMALAM' di situ, karena matahari telah terbenam. Ia mengambil sebuah batu yang terletak di tempat itu dan dipakainya sebagai alas kepala, lalu membaringkan dirinya di tempat itu." (Kejadian 28:10-11)
Catatan dalam ayat 10 hingga ayat 11, Kitab Suci KEJADIAN 28, bernubuat kepada setiap orang percaya, iaitu tentang perjalanan iman yang akan kita semua lalui, sehinggalah pada "SUATU TEMPAT" dalam perjalanan hidup atau suatu titik kehidupan, kita akan diajarkan perihal PERDAMAIAN dengan Roh Tuhan atau disebut "REST" [j] (the Sabbath Rest), atau dalam Ibrani kuno disebut 'maw 'o' mah' ~"rest" yang membawa arti DIPERDAMAIKAN .
Dalam Kitab suci Kejadian 28, frasa PERKATAAN "there is a place" atau "suatu tempat" bila dilihat dengan mata rohaniah menurut pentafsiran typology/kiasan rohaniah [k], frasa "suatu tempat" ini merujuk kepada titik kehidupan, iaitu suatu catatan sejarah hidup dalam perjalanan hidup seseorang PERCAYA, bahawasanya, pada suatu titik kehidupan tersebut, kita MENEMUKAN, atau melalui pengalaman yang dinubuatkan sebagai frasa nubuat "there is a place" , kita akan mengalami kelahiran KEMBALI [l] menjadi ANAK TUHAN [m], dan mula melihat Sorga TERBUKA seperti apa yang dilihat Jacob; the stairways of heaven; angelic choirs.
Namun, kelahiran memerlukan tempoh masa, Ia bukan urusan satu hari atau satu malam, kerana kelahiran biologipun mengambil masa 9 bulan tempoh masa untuk mengalami pengalaman kelahiran. Sedangkan, kelahiran rohaniah pula, tidaklah jelas jangka masanya, atau indefinite time-period, namun kita tahu , bahawa kita semua sebagai orang percaya, sebenarnya mempunyai titik permulaan itu, dalam perjalanan iman dikenali, sebagai "there is a place" ...titik sejarah di mana roh kita telah lahir kembali [l]. Di sana kita memahami apa itu "rest" secara rohaniah, kerana 'bermalam' menuntut kita untuk mengerti takrif rohaniah tentang apa itu 'rest' atau ketenangan dalam Kristus [n]!
Tempat itulah, iaitu frasa nubuat "suatu tempat," Yakub telah diajar oleh Roh Tuhan YHVH untuk "BERMALAM" atau "rested" secara rohaniah di tanah Luz. Keutamaan tentang bermalam itu ialah PENGERTIAN rohaniah tentang maksud alkisah "BERMALAM" [a] itu dalam Kejadian 28.
Spending the night in a particular place like inside a crevice on the mountain rock. BERMALAM di atas pasir pasti tidak akan Selamat. YAKUB sebenarnya telah BERMALAM di 'suatu tempat,' seperti Moshe dan Elijah, iaitu "lekuk batu" atau "gua," sebagaimana yang di alami oleh semua nabi-nabi...dan juga semua sojourners of faith. 'Suatu tempat' itu adalah typology kepada tempat 'bermalam' secara rohaniah. Bermalam dalam bahasa rohaniah adalah merujuk kepada 'berhenti' atau 'berehat,' iaitu berhenti dari 'belenggu dosa' atau sengat maut. Mereka bukan sahaja melalui, tetapi mesti memahami bahawa "suatu tempat" itu, haruslah ada "lekuk batu," seperti "gua," dan di sana kita akan "berehat" atau "rest." Kristus sebenarnya ada membuat ajakan kepada semua anak-anak Tuhan, supaya kita yang percaya kepadaNya datang kepadaNya selalu, Matius 11: 28-30. Yeshua menjanjikan "Rest." "Marilah kepadaKu, semua yang 'letih lesu' dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan ('rest') kepadamu" (Matius 11: 28). Roh yang 'letih' adalah akibat 'luka-luka' (dosa-dosa) yang tidak sembuh, dan ia akan menjadi suatu bebanan yang semakin berat. Hanya dengan kesembuhan dari luka-luka atau pengampunan dosa-dosa, tubuh roh kita menjadi sembuh atau bebas dari sengat maut. Kelak kita fahami nyanyian Mazmur 18, kenapa Raja Daud telah mengungkapkan Tuhan itu umpama Gunung Batu keselamatan kepadanya. Kalau kita berjalan dalam perjalanan iman di gurun (spiritual wilderness), tempat yang paling selamat hanyalah di atas gunung batu sahaja, dan sudah pasti bermalam di dalam sebuah 'gua' atau 'lekuk batu' ; frasa 'lekuk batu' itu memberitakan posisi roh kita yang diperdamaikan dengan Roh Tuhan melalui pengantaraan Kristus, Our Perfect Mediator!
Sebenarnya, Kristuslah "lekuk" batu itu, yang pernah ditemukan oleh Nabi Moshe, sebagaimana yang diajarkan dan dimaksudkan oleh Tuhan Bapa YHVH; ia sungguh tersembunyi dalam Taurat. Sebelum itu, YHVH berfirman bahawa Ia memberikan kasih karunia kepada siapa Ia berikan kasih karunia. YHVH berfirman demikian, kerana Kasih Karunia itu hanya dianugerahkan kepada mereka yang tertulis namanya dalam Kitab Kehidupan: menurut tafsiran Rasul Paulus, ia merumuskan bahawa mengenali Bapa YHVH dan Yeshua Kristus adalah sesungguhnya takdir Ilahi di 'dalam' Kristus, SEBELUMPUN Dunia ini dijadikan (Efesus 1: 3-9). Semua orang percaya harus melihat 'lekuk' batu itu sebagai frasa profetik, iaitu Kristus yang TERSEMBUNYI [o] dalam TAURAT. Daud pernah bernyanyi bahawa Tuhan memberikan wonderful things of the Laws. Semestinya frasa "wonderful things of the Laws" itu merujuk kepada the visible goodness of YHVH, iaitu Kristus. Dalam 'encounter' YHVH dan Nabi Moshe di atas Gunung Sinai, dicatatkan bahawa: 21 Berfirmanlah TUHAN: "Ada 'SUATU TEMPAT' [o] dekat-Ku, di mana engkau DAPAT BERDIRI di atas gunung batu 22 apabila kemuliaan-Ku lewat, maka Aku akan menempatkan engkau dalam 'LEKUK' gunung itu, dan Aku akan 'menudungi' [p] engkau dengan tangan-Ku, sampai Aku berjalan lewat." (Keluaran 33: 21-22). Hanya dalam pengantaraan Kristus di dalam LEKUK batu itu, kita dapat BERDIRI dalam hadiratNya yang Mahasuci. Encounter dengan YHVH dan Moshe dalam Kitab Keluaran 33, sebenarnya, hanyalah ulangan kepada yang pernah dialami oleh semua patriarchs yang muncul sebelum zaman Musa termasuk Israel. Patriarch Bapa Israel, iaitu Jacob, lebih dahulu pernah memasuki LEKUK batu itu di Tanah Luz dalam perjalanannya ke Padan untuk mendapatkan isteri mengikut perintah dan nasihat ayahnya Yitchak ; di ''suatu tempat" itu, iaitu di "lekuk batu" itu, Patriarch Jacob telah melihat dalam PENGLIHATAN mimpi, malaikat-malaikat Sorgawi Tuhan yang turun naik ke pada 'lekuk batu' (suatu tempat) itu yang kelak Jacob namakannya sebagai hadirat rumah Tuhan atau hadirat Roh Tuhan: Beth-El. Pintu Gerbang kepada rumah Tuhan itu ialah YESHUA KRISTUS (Yohanes. 1: 49-51; Ibrani 1: 6-13; Yohanes 10: 7, 9). |
Berehat di atas padang pasir memberi risiko maut, artinya it was not safe. If you want to be safe you must go inside a CLEFT on the mountain rock or a place like a cave/ to be in a crevice/cleft on the rock or inside a cave or cavity on the mountain rock. It was this place, in which, each one of us must learn the basic lesson of atonement/redemption.
We learned how to "REST" in the divine "NAME" , Yeshua Christ, our Redeemer and the Saviour. He was, in truth, the GATE of the house of God, the Beth-El, the essence of the spirit of prayer in which what Jesus defined in Matthew 6: 6.
Untuk SELAMAT kita mesti cari satu-satu nya "LEKUK" batu yang SANGAT DEKAT kepada ROH Allah Bapa itu, iaitu yang duduk disebelah KANAN BAPA. Ia disebut ANAK MANUSIA, juga IMAM Sorgawi Ordo MELKISEDEK, iaitu YESHUA KRISTUS! Itulah sebenarnya tujuan perjalanan dalam GELAP GULITA, di mana, kita akan menemukan secara peribadi frasa nubuat, "THERE IS A PLACE," iaitu tempat "LEKUK BATU" yang sangat dekat dengan Allah Bapa, dan juga MELIHAT PINTU GERBANG SORGA. Dia Berkata, "AKULAH PINTU." Di sana kita akan diajar oleh Roh Tuhan, bagaimana DIPERDAMAIKAN dengan ROH Tuhan, kerana di sanalah ada PINTU GERBANG SORGAWI. Nathaniel pernah MELIHAT PINTU Gerbang Sorgawi itu dengan mata kasarnya sendiri. Peribadi 'Pintu' Sorgawi itu sendiri berjanji kepada Nathaniel, bahawa Nathaniel akan MELIHAT malaikat-malaikat Tuhan, sama seperti yang pernah dilihat oleh moyang bangsa Israel, iaitu Jacob; para malaikat Sorgawi akan turun naik ke atas ANAK MANUSIA di bumi. Tentunya Nathaniel tahu apa yang sedang dibicarakan oleh janji Yeshua, kerana Jacob, nenek leluhur bangsa Yahudi pernah MELIHAT PINTU GERBANG itu terbuka di Bethel, dan para malaikat Tuhan memang turun naik atas PINTU GERBANG SORGAWI itu. Kejadian 28: 16 mencatatkan bahawa 'Ketika Yakub bangun dari tidurnya, berkatalah ia: "Sesungguhnya TUHAN ADA di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya." Kejadian 28:17 Ia takut dan berkata: "Alangkah dahsyatnya TEMPAT ini. Ini tidak lain dari Rumah Allah, ini PINTU GERBANG SORGA."
Kelak, Yeshua memberitahu Nathaniel bahawa
dialah Pintu Gerbang Sorga yang pernah dilihat oleh Patriarch Jacob itu dalam penglihatan mimpi (dream dream) rohaniah (Israel) di tanah Luz itu yang kelak telah dinamakan semula oleh Jacob menjadi Beth-el yang bermaksud rumah Tuhan. Selepas ...lebih 2000 tahun kemudian, Firman Allah telah menjadi Anak Tuhan yang Mahatinggi, iaitu "bertunas dari tunggul Isai" (Yesaya 11: 1) dan, ia sendiri telah membuat pengakuan "Akulah Pintu" dalam Yohanes 10: 7 & 9. Nathaniel percaya kepada pengakuan Yeshua mengenai dirinya, lalu menjadi pengikut Yesus "Jalan Tuhan" [q] : the follower of the Way!
Adalah suatu perkara mustahil untuk diberkati menjadi anak-anak Tuhan, jika sekiranya roh kita masih di dalam posisi berseteru dengan Roh Tuhan. Kita mesti mengambil posisi yang diberkati oleh ROH Tuhan, iaitu dalam keadaan roh yang DIPERDAMAIKAN dengan ROH Tuhan Allah, dengan menanggapi dan menganuti kepercayaan, bermalam ataupun "rest"; kita bermalam di atas Gunung BATU KESELAMATAN (Psalm 18, NIV); sudah pasti...ada 'lekuk batu'. Suara Tuhan didengari dengan jelas sekali: "Keep the Sabbath REST." Diperdamaikan dengan ROH Tuhan itu dalam bahasa kuno Ibrani ialah rest, dan perkataan "rest" adalah etymology kepada kebenaran mesej Taurat tentang hukum yang ke-4, iaitu The Sabbath Rest! Tidak menghairankan, 700 tahun kemudian dari zaman Abraham ke zaman Nabi Moshe, Tuhan berfirman dalam Exodus 20: 8 berbunyi "Keep the Sabbath REST." Kerana REST ini membawa arti DIPERDAMAIKAN dengan Roh Tuhan YHVH. Jika tidak diperdamaikan, maka artinya kita berseteru dengan Roh Tuhan. Perintah Tuhan berbunyi "keep the Sabbath Rest." Utusan peribadi Tuhan untuk tujuan perdamaian ialah Yeshua dan ia adalah penggenapan Sabbath Rest (Ibrani 4).
Justeru itu, jika BERMALAM itu muncul dalam HIDUP kita secara typology, maka itu berarti kita diseru oleh roh Tuhan untuk memahami arti REST , sehingga pengertian semakin menjadi Murni.
Jika perjalanan Iman kita TIDAK DAPAT diteruskan, kerana tiada CAHAYA menerangi perjalanan seperti ketika MATAHARI telah TERBENAM, Maka, sampailah masa kita akan MELIHAT semula arti "BERMALAM." Dalam keadaan TIDAK DAPAT meneruskan perjalanan Iman, maka kita perlu buat spiritual inventory. Ataupun we redefine what darkness is ? 10 "Siapa di antaramu yang TAKUT AKAN TUHAN (macam nabi-nabi, tahu Kunci Tuhan) dan mendengarkan suara hamba-Nya (keutamaan kita GEMBALA Agung ~ Yeshua )? Jika ia HIDUP dalam KEGELAPAN, dan TIDAK ADA CAHAYA bersinar baginya, baiklah ia PERCAYA kepada NAMA TUHAN dan BERSANDAR kepada Allahnya!" (Yesaya 50: 10).
Jadi, artinya kita kembali kepada "lekuk" BATU ("REST" /Salib Kristus ) , tempat kita diajar oleh Roh Tuhan, bagaimana roh kita telah diperdamaikan dengan ROH Tuhan.
Often times, we keep on going back to the Sacred Cross of Yeshua. Go back to the altar of God. 'BERMALAM' itu adalah MELIHAT Salib Kristus , ....iaitu REST! DIPERDAMAIKAN dengan Allah Bapa yang Mahakudus melalui pengantaraan sempurna oleh Anak, iaitu Tuhan Yeshua: KASIH KARUNIA.
Spiritually and personally speaking, what does the prophetic phrase "THERE IS A PLACE," means to you? Why the great patriarch Enoch before reaching the age of 65 years , he didn't walked with God? In Genesis 5: 21-24.
21, When Enoch had lived 65 years, he became the father of Methuselah. 22 After he became the father of Methuselah, Enoch WALKED faithfully with God 300 years and had other sons and daughters. 23 Altogether, Enoch lived a total of 365 years. 24 Enoch WALKED faithfully with God; then he was no more, because God took him away ("raptured").
He walked faithfully with God for 300 years, but, obviously, before reaching the age of 65, the great Patriarch Enoch had had not encountered yet with the prophetic phrase "there is a place." After encountering the prophetic phrase "there is a place" or "born again" in his life, then he walked in faith with God for 300 years. Definitely, it meant that he walked with God after being 'born again.' We knew, then, that Enoch's personal "there is a place" had taken place in his life, when he was exactly 65 years old (lunar years). In truth, the phrase "there is a place" normally prophesies the beginning of our faith but, but often times we might be driven back again and again to that prophetic phrase; the phrase called "there is a place" in the wilderness of our spiritual journey of faith in God, in order to be spiritually purified, so that we could survive in entering the Dreadful Consuming fire of Holiness of the Spirit of the Almighty God. Who dares to enter His presence without the mediatory of Christ the Redeemer and Saviour!
...................................................................................................................................
Footnotes:
[a1] Yohanes 4: 24
[a2] Yohanes 1: 1; Yohanes 6: 63; Ibrani 4: 14; Wahyu 1: 16;
[a] Yesaya 50:10; Yunus 1:17; Yunus 2:1-10; Ayub 42: 1-6;
[b] Yohanes 1: 12; 1Yohanes 5:1;
[c] Yesaya 9: 5-6; Mazmur 2: 7-12; Yohanes 1:29; Roma 1: 1-6;
[d] Yoh. 1: 29; Mat. 26: 26-28; Yesaya 53: 5; Yesaya 52: 25;
[e] Lukas 24: 44;
[f] Matius 5: 8
[g] Keluaran 33: 20
[h] Yohanes 1: 17; Keluaran 33: 19; Keluaran 34: 5-6;
[i] Yohanes 19: 30
[j] Kejadian 2: 2-3
[k] Yesaya 46: 9-10
[l] Yohanes 3: 3-6; 1Yohanes 5: 6-12;
[m] Yohanes 1: 12; 1 Yohanes 5: 1;
[n] Matius 11: 28-30
[o] Yesaya 9: 5-6; Yesaya 46: 9-10; Yeremia 31: 31-34; Maz.110; Maz. 40: 7, 8, 9; Lukas 24: 44;
[p] Wahyu 1: 5; Wahyu 7: 14; Yesaya 53: 5; Kejadian 3: 21.
[q] Kisah Para Rasul 9: 2
[semua petikan di atas adalah dari Alkitab Terjemahan Baru, Indonesia]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan