Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan menyelesaikan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan menyelesaikan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Ahad, 15 April 2018

TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya...mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa;..." (Keluaran 34: 5-7).



''Nama" Tuhan....

5 Turunlah TUHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN. 6 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7).
__________________


    Kita masih dapat meneruskan hidup di dunia ini, kerana turutan nubuat pada hari yang ke-tujuh dalam Penciptaan, Tuhan telah memberkati hari tersebut! Apakah maksud sebenar ungkapan yang mengatakan bahawa 'Tuhan telah memberkati hari yang ke-tujuh' dalam Penciptaan? Maksud Tuhan ialah bahawa-sanya semua Ciptaan, iaitu termasuk manusia pertama, Adam, memerlukan kuasa Pemuliharaan, Kesembuhan dan juga 'jaminan' Keselamatan (salvation) dari Tuhan Pencipta Yang Maha-tinggi. Andaikata Alam Ciptaan samada 'alam roh' atau alam harafiah (kelihatan oleh mata kasar) termasuk manusia itu 'rosak' kerana perbuatan seterunya iaitu Lucifer dan juga akibat kuasa 'dosa,' maka Tuhan telahpun menentukan bahawa anugerah 'nama' Tuhan, atau 'karya' Berkat kesembuhan, pemuliharaan dan 'karya' keselamatan akan mengalir kepada manusia, dan juga ke atas semua karya Creation. Bila Tuhan memberkati, Ia memakai 'nama' Nya sebagai sumber berkat. Jadi, Ia memberkati hari ketujuh, berarti Ia mengupacarakan 'nama' Nya.

    Finishing touch bagi sebuah rumah yang telah siap dibina adalah upacara 'pemberkatan,'  supaya mungkin 'jaminan' keselamatan rohani kepada penghuni akan dianugerahkan oleh Tuhan. Maka, Berkat Roh Tuhan pada turutan nubuat hari yang 'ketujuh' adalah merujuk kepada 'activation' 'nama' Tuhan untuk agenda Keselamatan kepada manusia, dan juga bagi agenda pemuliharaan semua mahluk-mahluk yang menghuni bumi. 'Jaminan' itu kalau dijelaskan menurut bahasa peribadi 'penulis' ialah 'activation' 'nama' Tuhan untuk agenda pemuliharaan, dan keselamatan! 'Nama' itu sudah ada dari semula cuma, pada hari ketujuh, Tuhan telah 'switched on' kuasa 'nama' Tuhan yang bertanggungjawab untuk menganugerahkan  keselamatan kepada manusia yang Ia telah ketahui dari semula, bahawa manusia itu akan jatuh ke dalam 'sengat maut,' iaitu dosa! 'Karya Keselamatan' itu memang sudah ada bersama-sama dalam Roh Tuhan dari semula, iaitu sebelumpun semua realiti keberadaan alam semesta telah siap diujudkan. Namun, kuasa Salvation itu hanya 'diupacarakan' ('switched on') pada hari ke-tujuh. Dalam catatan kitab ia bebrunyi: "Tuhan memberkati hari yang ketujuh..." "Nama" Tuhan seperti pemberitaan dalam kitab suci Keluaran 34: 5-7 sebenarnya, sudah ada 'dalam' Roh Tuhan sejak dari semula, tetapi 'sifat-sifat' Ilahi seperti pemberitaan dalam catatan kitab Keluaran 34: 5-7 hanya ''diaktifkan' ('switched on'), iaitu pada hari Tuhan melaksanakan 'upacara' Berkat pada hari ketujuh dalam Penciptaan. Ia juga menjelaskan kenapa darah dipercik tujuh kali (7x) ke atas 'the seat of mercy' pada Tabut Perjanjian. Berkat 'pengampunan' Tuhan akan mengalir kepada umat Israel, hanya apabila percikan 7 kali itu selesai diupacarakan oleh Imam Besar keturunan Harun. Jadi, itu sebenarnya suatu 'ketetapan' roh nubuat! Roh Tuhan berfirman bahawa "Aku memberitahu pengakhiran dari permulaan..."(Yesaya 46: 10). Berkat 'pengampunan' Tuhan melalui upacara Tabernakel sebenarnya sudah ditetapkan oleh Tuhan dalam agenda nubuat hari ketujuh dalam Penciptaan. Tuhan telah 'memberkati' hari yang ketujuh dan menguduskannya! Ia memberkati dengan mengupacarakan 'nama'Nya. Oleh kerana namaNya kudus, maka hari itu dikuduskan. Di Tanah Suci,'berkat' Tuhan tidak akan mengalir kepada Israel, jika percikan darah sebanyak 7 kali (7x) itu tidak dituruti oleh pengupacara 'altar.' Demikianlah juga 'nama' Yeshua Kristus sebagai Domba Tuhan'. Nama "Domba Tuhan'" sudah ada dalam Roh Tuhan' sendiri dari Alpha, namun kuasa 'domba Tuhan' hanya diaktifkan sepenuhnya, apabila Yeshua berkata, "Sudah Selesai" dalam Yohanes 19: 30. Apa sebenarnya yang "Sudah Selesai"?  Frasa "sudah selesai" merujuk kepada Kristus yang telah mengupacara altar di bumi, dan 'domba Tuhan' adalah dirinya sendiri; dan upacara itu "sudah selesai." Hanya 'berkat' sahaja yang perlu dinantikan oleh orang-orang percaya. Roh Taurat menjelaskan bahawa bahawa dosa-dosa manusia harus diselesaikan dengan "menuruti sepenuhnya firman" ritus altar yang menuntut 'korban penebus dosa.' Korban perlu dipersembahkan oleh pengupacara yang diangkat dan dikenan oleh Tuhan untuk mengenapi firman Tuhan. Bila 'Sin Offering' adalah Domba Tuhan dari Sorga, dan Pengupacara adalah Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek yang mengupacara altar di bumi, maka sudah tentu "Jalan" pengampunan dosa-dosa manusia yang sempurna sudah digenapi, ataupun dengan bahasa ringkas ia diucapkan oleh Yeshua sebagai "Sudah Selesai." 'Altar' yang sempurna di bumi mestilah mempersembahkan Sin offering dari Sorga, dan PengupacaraNya juga haruslah dari Ordo Agung Melkisedek. Hanya apabila pengupacara dan sin offeringnya adalah dari Allah Bapa, maka 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa dapat disempurnakan! Perkataan huruf kecil 'jalan' telah menjadi perkataan huruf besar 'Jalan.' 'Altar' menurut pengupacaraan Perjanjian Lama telah disempurnakan mengikut 'Altar' yang diupacarakan oleh Imam Agung menurut Ordo Melkisedek, iaitu Kristus.

    Pengupacaraan 'nama' Tuhan sebagai JuruPenebus dan Juruselamat (Redeemer and Savior) itu merujuk kepada upacara Berkat pada turutan nubuat  pada hari yang ketujuh! Tuhan memberkati hari yang ketujuh adalah juga merujuk kepada upacara yang diupacarakan menurut Ordo Melkisedek. Maksudnya, gelaran ilahi sebagai "Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek" adalah 'ketentuan' ilahi yang bertanggungjawab dalam urusan Penyelamatan umat manusia. Justeru itu, 'upacara' Sabbath itu menjawab soalan, kenapa tiada hari yang ke-lapan, ke-sembilan dan hari seterusnya. Ibadah Sabbath adalah "tanda" bahawa kita mengiktiraf Tuhan sebagai Pencipta, Jurus Penebus dan juga sebagai Juruselamat.

13 “Say to the Israelites, ‘You must observe my Sabbaths. This will be a sign between me and you for the generations to come, so you may know that I am the Lord, who makes you holy." ...17 It will be a sign between me and the Israelites forever, for in six days the Lord made the heavens and the earth, and on the seventh day he rested and was refreshed.” (Exodus 31:13, 17)

    Hari Sabbath adalah 'Ibadah' yang dirayakan dan juga berfungsi sebagai 'Tanda,' bahawasanya 'nama' Tuhan dan juga 'Dia' yang datang dalam 'nama' Tuhan adalah Pencipta dan Juruselamat (Juru Penebus bagi umat manusia. Sebab itu 'nama' Tuhan  akan senantiasa setia kembali semula kepada hari pertama dan hari seterusnya, demi pemuliharaan segala yang Ia telah cipta; ia menjadi suatu pusingan berulang dalam tempoh tujuh hari. Hukum keempat dalam Kesepuluh Hukum menerangkan: "Keep the Sabbath." Ia bermaksud bahawa umat Israel dititahkan untuk memegang 'tanda.' Memegang tanda mengungkapkan suatu iman yang pengiktirafan Tuhan sebagai Pencipta dan Juruselamat." Berkat pada hari ketujuh juga menjelaskan kenapa "nama" baru Tuhan harus mengalir kepada alam roh yang disebut "langit dan bumi." Maka, "langit baru dan bumi baru" dalam kitab Wahyu mengungkapkan 'nama' Tuhan yang baru! "Langit dan bumi," iaitu realiti alam roh adalah ciptaan yang lebih dahulu dicipta sebelumpun alam semesta yang kelihatan (harafiah) diwujudkan. Justeru itu, melihat penglihatan roh, iaitu alam realiti roh 'langit' adalah melihat pemberitaan 'nama' (handiwork) Tuhan (lihat Psalm 19: 1-2).

    Berkat Pemuliharaan, Kesembuhan, dan juga Keselamatan adalah ditujukan kepada semua Ciptaan yang telah siap dicipta sejak nubuat hari pertama sehinggalah kepada hari yang keenam. Maka, hari Sabbath harus menjadi titik kembali dalam pusingan kepada 'turutan' asal, iaitu hari pertama hingga hari enam dan hari tujuh, kemudian ia kembali semula kepada hari pertama. Ia menjadi suatu aliran 'roh' dalam pusingan kerana pemuliharaan Kesembuhan dan Keselamatan yang sudah diaktifkan/'switched on' ('upacara') oleh Ordo Melkisedek akan kembali semula kepada segala ciptaan yang ada, supaya benarlah firman Tuhan, bahawa 'nama' Tuhan itu adalah Sumber Kehidupan bagi umat manusia. 

    Nabi Moshe telah bersaksi seperti dalam catatan Kitab suci dalam kitab Keluaran 34  dan ia berbunyi:  5 Turunlah TUHAN dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan 'nama' TUHAN. 6 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7). 
  
    'Nama' Tuhan itu ialah "Kasih." Ia juga mengungkapkan bahawa sifat Roh Bapa segala roh adalah "Kasih."  Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Korintus bersaksi bahwa "kasih" itu: 4 Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. 6 Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi ia bersukacita karena kebenaran. 7 Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. 8Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap.

    Takrifan Paulus tentang "kasih" sebenarnya adalah firman yang tersingkap dari "nama" Tuhan yang disaksikan oleh Nabi Moshe dalam Keluaran 34: 5-7. Tiada seorangpun yang pernah melihat tentang sifat-sifat Roh Tuhan yang "pengasih" itu, justeru itulah Tuhan telah menentukan dari semula bahawa sifat-sifat Ilahi yang Mahakasih itu akan diungkapkan melalui pengajaran firman 'ritus' altar. Hakikatnya, ...tiada manusia yang telah melihat dan memahami sepenuhnya perihal bagaimanakah "kasih" Tuhan itu sebenarnya, kecuali Anak Manusia, iaitu Kristus. Pengajaran 'ritus altar' yang mula diajarkan oleh Tuhan sejak zaman Habel itu adalah 'jalan' menuruti Firman dalam menyelesaikan dosa-dosa dan ia diupacarakan sebagai 'ritus' altar. Upacara 'ritus' dapat difahami oleh intelek manusia, dan dapat pula diingati oleh kapasiti memori manusia. Altar mengungkapkan 'nama' Tuhan; melihat altar akan membantu fikiran manusia untuk menanggapi realiti 'nama' Tuhan. Justeru itu, ajaran altar telah diturunkan menurut ketentuan Ordo Melkisedek: 'jalan altar' adalah ajaran Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek! Kelak, Yesaya telah melihat penglihatan 'Altar' di Sorga. Altar yang dilihat oleh Yesaya itu sebenarnya mengungkapkan kehendak-kehendak ''nama" Tuhan. Dengan kata lain, Yesaya telah melihat dan kemudiannya menerima "Kasih Karunia." "Nama" Tuhan ialah Love, Merciful, dan Forgiving. (Lihat Yesaya 6). Menuruti upacara altar artinya, bahawa percaya kepada 'nama' atau 'sifat-sifat' Tuhan. Yeshua datang untuk menyempurnakan kehendak 'nama' Tuhan supaya terjadi di bumi. Justeru itu, Altar di Sorga harus disempurnakan di bumi atau  ia di upacarakan di bumi seperti di Sorga, supaya bangsa-bangsa dapat melihat 'nama' Bapa. Kehendak-kehendak 'nama' Bapa di bumi terjadi seperti di Sorga! Apabila ia digenapi di bumi, maka Nama Tuhan akan dapat dilihat oleh penduduk di bumi, sebagaimana ia dilihat oleh penduduk di Sorga. Justeru itu, 'Domba Tuhan' adalah 'kehendak' nama Bapa yang akan terjadi di bumi, supaya manusia berdosa akan percaya kepada nama Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak. 

    Kasih Ilahi itu adalah suatu "korban"! Bukankah mengampuni itu bermaksud kita mengorbankan hasrat untuk "membalas dendam? Dan, bukankah "menebus" itu artinya menyelamatkan, dan bersifat panjang sabar? Ia telah mengorbankan Juruselamat. Melalui ''korban" Almasihlah 'sifat-sifat' Bapa itu dikenali oleh manusia di bumi. Sifat dan karya Tuhan dalam 'menebus' atau 'mengampuni' menganugerahkan kuasa 'kehidupan.' Balas dendam jelas mengakibatkan dan membawa kematian. Tuhan tidaklah bersifat dendam, walaupun dalam masa-masa Penghakiman, Tuhan akan menegakkan keadilan dan Penghukuman. Namun, hukuman itu datang kerana manusia keturunan Adam yang tidak percaya kepada "nama" Tuhan. Ketidakpercayaan kepada 'nama' Tuhan tidak akan memberikan anugerah pengampunan.

    Untuk memudahkan penanggapan oleh kapasiti intelek akan arti 'Kasih' Ilahi, maka Tuhan telan menentukan dari semula menurut ketentuan 'Ordo' Melkisedek bahawa 'nama' Tuhan itu akan diungkapkan melalui 'ajaran Altar.' Altar itu mengungkapkan kehendak 'sifat-sifat' Ilahi. Altar Yeshua atau Paskah Yeshua adalah  karya  dari "nama" Bapa, iaitu "Kasih." Nama dan 'sifat-sifat' Ilahi sebenarnya tidaklah dapat dipisahkan dan ia sebati dalam Roh Ilahi. Sifat-sifat Tuhan tidaklah dapat dipisahkan dari karya atau 'nama' Tuhan.

    Pengaliran 'sifat-sifat' Tuhan tidaklah dapat dilihat oleh mata kasar. Namun, mata kasar dapat menanggapi pengupacaraan firman 'ritus' altar. Justeru itu, kita memang tidak dapat melihat "Kasih" Bapa segala roh, kerana pusat kesedaran kita senantiasa dominan pada sistem lima deria. Pusat kesedaran kita senantiasa terpaut pada aktiviti kapasiti intelek dan juga pada aktiviti sistem saraf.

    Seawal keujudan peradaban manusia di zaman Adam di bumi, Tuhan sudah menurunkan ajaran perihal menyelesaikan dosa-dosa, iaitu jalan altar (lihat Kisah altar Abel dalam Kejadian 4). Manusia tiada sumber untuk menanggalkan catatan/rakaman dosa-dosa pada rohnya sendiri. Bila manusia diajar perihal pengupacaraan altar sebagai jalan penyelesaian dosa-dosa, maka ia akan ingat "nama" Tuhan. Bahawa Tuhanlah yang mentahirkan roh manusia itu! Tanpa pengajaran firman 'ritus' altar, maka manusia akan lupa tentang "nama" Tuhan! Pengampunan sebenarnya mengalir dari "nama" Tuhan. 'Nama' Tuhan itu tidak dapat dilihat, namun ajaran altar' itu dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek!

    'Nama' Tuhan adalah asal-usul karya Tuhan. Semua karyanya mengalir dari sifat-sifat Ilahi! 'NamaNya' mengungkapkan sifat-sifat abadi Ilahi. Ajaran Altar yang diungkapkan secara terperinci dalam pengupacaraan ritus mengikut hukum Taurat, sebenarnya, mengungkapkan "nama" Bapa, sebagaimana pemberitaan Tuhan sendiri dalam kitab Keluaran yang berbunyi : "5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Musa serta menyerukan nama Tuhan. 6 Berjalanlah Tuhan lewat dari depannya dan berseru: "Tuhan, Tuhan, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." (Keluaran 34: 5-7).

    Bila 'nama' Tuhan, iaitu "Kasih" itu berkarya ke atas keturunan Adam, maka orang berdosa yang menerima karya 'Kasih' dipanggil penerima-penerima anugerah 'Kasih Karunia.' Semua patriarch dan nabi-nabi adalah 'penerima' Kasih Karunia Tuhan. Kekuatan 'jalan' altar sebagai jalan menyelesaikan dosa-dosa adalah tertakluk kepada 'pengupacaranya.' Umat Israel sebagai pewaris Tanah Suci yang dijanjikan Tuhan dengan "sumpahan'  adalah tertakluk kepada 'kerajaan imam-imam,' (the kingdom of priests ~the Levites) di dalam urusan menyelesaikan dosa-dosa. Penebusan negara ('national redemption' ~ the day of atonement [Leviticus 16]) pada hari penebusan adalah bergantung penuh kepada 'pengupacaraan' Imam Besar keturunan Imam Ordo Harun. Jika, imam-imam gagal, maka seluruh umat Israel sebagai satu bangsa yang dipilih Tuhan tidak akan dapat menyelesaikan dosa-dosa mereka. Nabi-nabi tidak menghadapi masalah dalam menyelesaikan dosa-dosa peribadi tanpa khidmat pelayanan keturunan imam Harun, kerana mereka dianugerahkan mata untuk melihat 'nama' Tuhan. Dan, 'nama' Tuhan itu mengajarkan mereka perihal 'Jalan,' Pintu dan 'Kunci' dalam melaksanakan ibadah rohani mereka!  'Jalan' menyelesaikan dosa-dosa hendaklah "menuruti Firman" sepenuhnya. "Firman yang dituruti" untuk menyelesaikan dosa-dosa adalah firman ritus altar. Menuruti Firman ritus adalah 'jalan' untuk dapat menyeru "nama" Tuhan. Dalam Perjanjian Baru, urusan menyeru "nama" Tuhan adalah seringkasnya dimungkinkan oleh anugerah kasih Karunia. ''Pintu" adalah hadiratNya melalui urapan Roh Kudus, manakala 'Kunci' adalah anugerah Karunia-Karunia. Salah satu Karunia utama yang beroperasi untuk menjadikan seseorang percaya dapat mengenali "nama" Tuhan adalah disebut Karunia "the fear of the Lord" (lihat Job 28:28; Amsal 1:7; Amsal 9: 10 dan Yesaya 33: 6). 

    Yeshua berkata: "Akulah Jalan; ...dan pengakuan Yeshua digenapi dengan mengupacarakan Altar di bumi (Paskah). Yeshua berkata bahawa upacara itu "Sudah Selesai" (Yoh.19: 30). "Sudah Selesai" artinya Yeshua sudah menyempurnakan semua Taurat, semua nubuat dan semua lirik-lirik Mazmur perihal penyelesaian dosa-dosa! Roh Taurat mengajarkan kepada kita bahawa dosa-dosa harus diselesaikan melalui jalan altar. Altar menuntut 'sin offering' untuk urusan upacara. Altar mengungkapkan "nama" Tuhan! Nubuat-nubuat di dalam Perjanjian Lama bersaksi bahawa Yeshua adalah Domba Tuhan untuk upacara altar di bumi, malah Mazmur juga bernubuat bahawa Yeshua, Anak Tuhan yang Mahatinggi, yang akan mengupacara altar di bumi itu, iaitu dalam kematianNya. Namun, Ia diupacarakan bukan menurut apa-apa ordo imamat di bumi, melainkan menurut Ordo Imam Agung Melkisedek! Justeru itu, pengupacaraanNya sangatlah sempurna (tidak bercacat celah), malah kesempurnaan Altar itu tidaklah perlu diupacarakan balik-balik, melainkan memadailah ia diupacara hanya 'satu kali' sahaja. 'Domba Tuhan' adalah 'nama' yang ditakdirkan oleh Tuhan kepada Yeshua untuk misi menghapuskan dosa-dosa dunia. Ia sudah ditentukan sejak dari semula, namun kuasa Domba Tuhan hanya sempurna 'activated' sepenuhnya, sejurus Anak Manusia, iaitu, Yeshua yang disalibkan, berkata "Sudah Selesai." 50 hari kemudian, Berkat Pentakosta mencurah-curah turun ke bumi.

    Kekuatan dan kesempurnaan Berkat "altar" (doa) adalah bergantung kepada 'siapa yang mengupacarakan' jalan altar itu. Yeshua adalah korban 'sin offering' dan korban 'azazel." Korban dosa (doa menyelesaikan dosa-dosa) itu sempurna, kerana pengupacaraNya adalah Anak Tuhan yang Mahatinggi. Imam-imam dalam Perjanjian Lama kerap-kali gagal menyempurnakan firman ritus altar, malah Tuhan telah mengutus nabi-nabi untuk menegur dan memperbetulkan kepincangan-kepincangan yang dipraktikan oleh imamat, seperti mesej Tuhan yang disampaikan oleh Kitab Maleakhi. 

   Justeru itu, kematian Yeshua sebagai korban 'offering' adalah jaminan "nama" Tuhan, iaitu kasih, mengasihani, dan mengampuni. Kasih Bapa sukarlah dilihat kerana kesedaran 'dominan' manusia adalah senantiasa terpaut pada kapasiti intelek dan sistem saraf. Namun, altar "Domba Tuhan" dapat dilihat di bumi. Anugerah 'altar' Domba Tuhan yang "Sudah Selesai" diupacarakan itu adalah anugerah 'Kasih' atau seringkasnya disebut "Kasih Karunia!" Percaya kepada Yeshua berarti percaya kepada "nama" Allah Bapa yang pernah diberitakan dalam catatan kitab suci Keluaran 34: 5-7. Orang-orang percaya yang percaya kepada "nama" Allah Bapa dan "nama" Anak adalah orang-orang yang dianugerahkan "Kasih Karunia." Yeshua adalah 'Kasih Karunia' dari Allah Bapa untuk zaman Perdamaian. Zaman gereja adalah zaman Perdamaian, atau zaman penganugerah 'Kasih Karunia' kepada sesiapa sahaja yang tertulis 'nama' nya dalam Buku kehidupan, sebagaimana yang dinubuatkan oleh Nabi Yoel. Nubuat Yoel dipetik semula oleh Santo Petrus dalam Kisah Para Rasul 2: 1-21 ketika 'Roh Kudus' turun ke atas para pengikut 'Jalan.'

    Menyeru 'nama' Yeshua adalah suatu 'anugerah' yang membolehkan seseorang percaya dapat menyelesaikan dosa-dosa. Nama Allah Bapa adalah immutable names of God.' 'Nama' YHVH dan Yeshua adalah the Covenanted name of GodCovenanted names of God adalah berasal dari immutable name of God. Akan tetapi, ia (the Covenanted names of God) tertakluk kepada 'pagi' dan 'petang' dalam urusan Ilahi 'menabur dan menuai.' Oleh kerana berkat nama Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak,...maka saya telah melihat mukzijat yang terhebat; sengat maut, iaitu dosa telah ditelan oleh kuasa Kristus. 54...“Death is swallowed up in victory. 55 O death, where is your victory? O death, where is your sting?” 56 The sting of death is sin, and the power of sin is the law; 57 but thanks be to God, who gives us the victory through our Lord Jesus Christ (1 Corinthians 15: 54-57). Semua dosa dapat di ampuni oleh 'nama' Bapa, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak.   You must conquer your own 'unbelief'!

Jumaat, 15 Jun 2018

(Siri 2): Ayub 28: 28 bersaksi bahawa Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "Takut akan Tuhan adalah Hikmat dan menanggalkan kejahatan adalah [memerlukan roh'] Pengertian."




      

    
Berusaha untuk mengasihi sesama manusia, atau berusaha untuk menjadi orang yang dikatakan sebagai 'orang baik-baik,' tidaklah cukup untuk 'membenarkan' diri kita di hadapan Roh Tuhan yang Kudus. Dosa-dosa yang tercatat atau 'dirakam' secara 'autosaved' dalam roh kita masing-masing, perlu ditanggalkan atau 'dihapuskan' rakamannya terlebih dahulu, dan baharulah kita akan menjadi 'orang benar' di hadapan mata Tuhan. Selagi 'rakaman' dosa-dosa itu masih 'menyengat' roh kita, atau selagi rekodnya masih belum 'dihapuskan,' maka selagi itulah Roh Tuhan serta para malaikatNya akan 'melihat' diri kita sebagai orang-orang 'berdosa' atau 'orang salah.'  'Orang berdosa' adalah 'orang salah' di depan mata Roh Tuhan! "8 Jika kita berkata, bahawa 'kita' [orang-orang percaya yang telah 'dilahirkan kembali'] tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita. 9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia (Yeshua Kristus) adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1: 8-9). 

    'Kejahatan' itu merujuk kepada dosa-dosa yang telah dibuat, lalu 'dirakam' secara 'autosaved' dalam roh kita sendiri, dan dosa-dosa yang belum dilakukan bukanlah kejahatan. Justeru itu, memohon dalam doa, agar 'rekod' dosa-dosa dalam roh kita sendiri dihapuskan berarti ‘menanggalkan kejahatan.’ Menanggalkan kejahatan adalah 'penghapusan rekod dosa dalam roh kita.  Berusaha untuk 'tidak' melakukan dosa adalah dilihat sebagai 'usaha' untuk mengasihi Tuhan dan juga sekadar mengasihi sesama manusia. Namun, hakikat sebenar bahawasanya kita gagal dalam 'mengasihi'! Namun, sifat roh Tuhan itu setia mengampuni! Hanya Yeshua sahaja yang sempurna dalam mengasihi Bapa dan mengasihi manusia di bumi. Dato' Seri Anwar
Ibrahim telah menerima pengampunan penuh dari Yang Di Pertuan Agong. Itu bermaksud bahawa segala rekod 'kesalahannya' telah dihapuskan dari catatan rekod. Maka, tidak ada yang akan diungkit-ungkit lagi kerana tiada rekod! Rekodnya dihapuskan seratus peratus! Dalam lain perkataan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bersalah di dalam negara Malaysia. 

    Namun, kisah pemimpin politik tersebut, hanyalah sekadar suatu perbandingan perihal 'pengampunan'. Kisah tadi hanyalah berkisar tentang pengampunan di antara pemerintah dan seorang rakyat biasa. Pengampunan penuh dari Agong hanyalah sekadar 'menghapuskan' rekod rasmi yang ada pada rekod pemerintah di bumi Malaysia. 'Pengampunan Tuhan' dapat 'menghapuskan rekod yang bersifat roh' yang telah dirakam pada roh seseorang yang berdosa. Pengampunan Tuhan menjadikan roh seseorang itu 'bersih' dari segala dosa-dosa (kesalahan). Ia 'membenarkan' seseorang yang berdosa itu menjadi 'orang benar' untuk suatu tempoh masa sehinggalah ia (orang yang diampuni) melakukan lagi suatu dosa baru. Oleh kerana daging itu lemah dan cenderung untuk melakukan dosa, maka sifat Ilahilah yang menjadi sandaran keselamatan manusia. K
etaatan Tuhan Yang 'immutable' dalam mengampuni' dosa-dosa orang percaya adalah sandaran pengharapan 'pembenaran' yang berterusan; dengan syarat seseorang percaya itu tidak menyangkal namaNya!

    Selagi 'rekod' dosa-dosa kita masih belum 'terhapus' dalam roh kita sendiri, maka kita akan di lihat oleh Tuhan sebagai "telanjang." Pengampunan dan belas kasihan Tuhanlah   yang menutupi ketelanjangan roh seseorang. Tanpa pengampunan Tuhan, keadaan roh seseorang itu diungkapkan secara rohaniah sebagai 'telanjang.' Oleh kerana dosa-dosa adalah sebenarnya adalah info di dalam roh seseorang, maka info yang 'jahat' itu perlu dihapuskan. Malah, para malaikatNya juga akan melihat kita sebagai 'orang salah.' Mereka melihat 'rekod/dosa-dosa' pada roh kita! Rekod dosa yang terhapus oleh kuasa Domba Tuhan melalui 'doa minta ampun' dikatakan sebagai "dianuegerahkan" pengampunan dosa-dosa oleh kuasa Kristus!! Roh Tuhan itu adalah pure (suci), sedangkan 'roh' manusia keturunan Adam adalah impure (tidak suci). 

    Impurities (info dalam roh) itu bertambah malah ia menurun kepada keturunannya melalui biji benih roh yang ikut serta dengan biji benih daging dalam proses procreation! Seseorang bayi yang baru lahir memang tidak ada perbuatan dosa, kerana ia belum mampu untuk berbuat dosa, namun impurities (info) dalam bijih benih roh turut menurun kepada bayi tersebut. Ia seperti maklumat genes yang menurun dalam sel-sel pembiakan, lalu diwarisi oleh si bayi yang lahir. Impurities (maklumat roh) dalam roh bayi adalah diwarisi dari nenek moyang. Justeru itu, Yesus berkata seseorang itu perlu "dilahirkan kembali" secara rohaniah! Dosa-dosa adalah 'impurities' (info kenajisan) dalam roh manusia! Malangnya, tiada kuasa manusia, mahupun kemajuan teknologi atau sumber manusia di bawah kolong langit ini yang dapat menghapuskan catatan/rakaman dosa dalam 'roh' kita.  Pencipta lah satu-satunya yang tahu menyelesaikan info jahat (dosa-dosa) dalam roh seseorang manusia!

   Penghapusan rekod 'kesalahan/dosa' adalah pembenaran' (justification). Pembenaran roh manusia itu adalah melalui anugerah 'pengampunan dosa' oleh 'nama/karya' Tuhan. Pencipta roh manusia dan juga Raja segala Raja di alam semesta yang kelihatan dan tidak kelihatan ini adalah Tuhan yang membenarkan manusia berdosa. Yeshua Kristus adalah Raja segala Raja di seluruh alam roh dan alam yang kelihatan (Raja Kebenaran). Tidak ada 'nama' manusia di bawah kolong langit ini yang mempunyai 'kuasa' untuk 'menghapuskan rekod-rekod dosa' pada roh manusia! Pemerintah-pemerintah di bumi seperti Yang Dipertuan Agong sekalipun, tidaklah mempunyai kuasa untuk menghapuskan 'rekod dosa' dalam roh manusia! ' 

    Maksudnya, tidak ada 'pekerjaan/karya' ['nama'] manusia yang akan dapat menghapuskan 'rekod dosa-dosa' itu, meskipun 'karya' ('nama') manusia itu dilihat elok sekali di depan mata manusia. Hanya 'nama' Bapa, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan Yang Mahatinggi sahaja yang mempunyai 'kuasa' untuk menghapuskan segala rekod dosa-dosa pada roh-roh manusia di muka bumi.  Hanya sifat-sifat Tuhan, steadfast love, merciful dan taat mengampuni' yang dapat menghapuskan maklumat dosa dalam roh seseorang.

    Bagaimanakah '
rakaman dosa-dosa' ('impurities') dalam roh kita dapat dihapuskan? Dan, supaya apabila Tuhan 'memandang' roh kita, maka Dia dan juga para malaikat akan berkata bahawa kita adalah 'orang benar' ('purified spirit')?  Tuhan melihat seseorang percaya sebagai 'orang benar,' hanya apabila 'rakaman dosa-dosanya' telah dihapuskan dari 'dalam' roh seseorang! "Sesungguhnya tangan Tuhan tidak kurang panjang untuk menyelamatkan, dan pendengarannya tidak kurang tajam untuk mendengar; tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu (rekod dosa-dosa) yang membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak mendengar, ialah segala dosamu" (Yesaya 59: 1-2). Penghapusan rekod kejahatan (dosa-dosa) memerlukan 'roh' pengertian (Ayub 28: 28).


    'Rakaman dosa-dosa' pada roh kita perlu dihapuskan, supaya kita akan dilihat oleh Roh Tuhan sebagai 'orang benar,' yang siap-sedia untuk melaksanakan ibadah, iaitu ibadah 'Bapa Kami' ('Our Father').' Untuk memohon penghapusan rakaman dosa, maka kita perlu menyeru 'nama' Tuhan. Dan, urusan menyeru 'nama' Tuhan menuntut 'percaya' yang tidak berpenyakit, iaitu 'iman' seperti kanak-kanak, ataupun 'percaya' yang sempurna. Yakobus bersaksi bahawa "16...doa 'orang benar,' bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya" (Yakobus 5: 16). Justeru itu, menjadi 'orang benar' yang siap untuk memasuki 'the spirit of prayer' memerlukan [roh] hikmat dan [roh] pengertian.

    Hanya mereka yang dianugerahkan karunia oleh 'nama' Roh Tuhan, iaitu karunia yang disebut "karunia roh Pengertian" (the Spirit of Understanding) sahaja yang akan ada pertumbuhan rohani dalam mengenali 'nama' Tuhan. Dan, hanya seperti merekalah sahaja, yang mempunyai pertumbuhan pengertian, pengetahuan dan hikmat akan Ilahi. Hanya penerima karunia 'roh pengertian' sahaja yang mempunyai hikmat untuk menyelesaikan dosa-dosa yang 'tercatat' atau 'dirakam' pada roh mereka. Roh Pengertian akan mengajar orang-orang percaya, bahawa 'nama' Tuhan itu kasih, merciful dan taat mengampuni. Dari kehendak 'nama' Tuhanlah, kita mendapat pengampunan penuh, iaitu penghapusan rekod-rekod dosa dalam roh kita sendiri! 'Kasih Karunia' adalah 'kehendak' 'nama' Tuhan. Mereka yang dianugerahkan 'roh Pengertian' adalah penerima karunia untuk mengenali 'nama' Allah Bapa. 'Nama' Allah Bapa ialah 'nama' yang diberikan kepada Anak Tuhan Yang Mahatinggi (Yeshua Kristus). Mengenali 'nama' Bapa, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Kristus adalah anugerah Kehidupan Kekal Abadi. "Pergaulan karib" antara Roh Kudus (Roh Tuhan) dan 'roh' orang-orang percaya yang diumpamakan oleh Yeshua, seperti “Pohon Anggur sebenar dan ranting-ranting sebenar” telahpun banyak kali diberitakan oleh para nabi di zaman Patriarch, dan juga di zaman Perjanjian Lama di Tanah Suci. “Pergaulan karib” ('relationship') itu diungkapkan oleh firman Tuhan seperti dalam petikan-petikan Ayub 28: 28Amsal 1: 7Amsal 9: 10, dan Yesaya 33: 6.  Setiap penerima Kasih Karunia adalah dipanggil oleh Roh  Tuhan untuk memasuki 'perhentian' ('rest'), iaitu memasuki Kerajaan Allah


'Altar' adalah 'kehendak' nama Tuhan


    Tuhan itu Roh, iaitu Bapa segala roh. 'Kehendak' nama Tuhan bila dilihat dalam 'penglihatan roh' adalah diungkapkan oleh 'Altar.' Penglihatan "Altar Sorgawi" adalah "kehendak nama" Ilahi, sebagaimana yang telah dilihat melalui 'prophetic vision' oleh nabi Yesaya  dalam catatan kitab Yesaya 6. Dalam kasus penglihatan nabi Yesaya, 'nama' Tuhan ialah 'Kasih.' Nabi Yesaya sebenarnya telah melihat pernyataan atau ‘pengungkapan’ 'kehendak kasih-Ilahi' dalam penglihatan Roh. ‘Kehendak Kasih’ Tuhan yang dilihat di Sorga. Apabila 'kehendak kasih' ['altar Sorgawi'] itu turun ke bumi untuk mengasihi orang berdosa, maka 'ajaran altar' diajarkan kepada manusia. Patriarch Abel adalah orang yang pertama, menurut catatan Alkitab, yang telah 'berdoa' menuruti firman pengupacaraan altar! "Sifat 'kasih' Roh Tuhan," apabila "berkehendak" untuk mengasihi para patriarch, maka Ia akan memberikan karunia 'pengertian' kepada para patriarch, agar mereka dapat "menuruti firman ritus" altar di bumi. Mereka melihat 'nama' Tuhan melalui ajaran altar! Ajaran 'altar' telahpun 'ditetapkan dari semula' oleh Roh Tuhan yang sempurna, bahawa 'nama' Tuhan diungkapkan oleh firman 'ritus' "mezbah." Pernyataan Kasih-Ilahi itu, yaitu 'firman ritus' mezbah (altar), adalah menurut ajaran Imam Agung menurut Ordo Melchizedek. Kristus datang sebagai Imam Agung menurut Ordo Melkisedek, dan dia adalah 'Rahasia Allah' dalam semua 'karya’ Penciptaan, kerana di dalam dialah 'berdiamnya' segala ketentuan-ketentuan ('hikmat) Tuhan berhubung dengan agenda keselamatan roh-roh manusia. Tuhan telah bersumpah, dan Ia tidak akan menyesal: "Engkau (Kristus) adalah imam untuk selama-lamanya, menurut Melkisedek" (Mazmur 110: 4). 

    'Hikmat’ ini dianugerahkan kepada mereka yang tertulis namanya dalam buku kehidupan. Kristus adalah 'Jaminan' keselamatan untuk umat manusia. Kuasa dosa masuk kepada umat manusia melalui satu orang, yaitu moyang Adam. Ia menaklukkan 'biji benih' daging dan 'biji benih' roh kepada semua keturunan Adam dalam takluk 'kuasa' dosa! Tanpa ketentuan-ketentuan Ilahi dari yang semula, sudah pasti manusia yang "luka" tidak akan memiliki 'jaminan' keselamatan. Altar yang "sudah selesai" diupacarakan di bumi oleh Imam Melkisedek adalah 'jaminan' untuk curahan 'berkat' menurut kasih Allah Bapa; itulah hadirat Roh Tuhan yang emmanuel di sepanjang zaman Perdamaian. 


    Dalam kasus 'nama' Tuhan sebagai Hakim, 'Mezbah' (Altar)' yang dilihat ('contoh' Wahyu 8: 3) adalah mengungkapkan 'Keadilan' Tuhan dalam menghakimi dan menghukum semua bangsa di bumi! 'Nama' Tuhan Hakim itu adalah 'Yang Setia dan Yang Benar,' Ia menghakimi dan berperang dengan adil" (Wahyu 19: 11). 'Nama' Tuhan Hakim itu 'Adil,' dan apabila ia mengalir ke bumi, maka ia akan melaksanakan keadilan yang penuh. Dan 'nama'Nya yang 'Setia dan Adil' dan juga "Yang Setia dan Yang Benar" perlu diupacarakan terlebih dahulu, melalui upacara 'altar' Melkisedek di Sorga, dan baharulah pelaksanaan 'Keadilan' diteruskan di bumi, sehinggalah keadilan dapat disempurnakan! Maka, bukanlah upacara 'altar' di bumi sahaja yang mengalirkan 'berkat,' kerana 'altar di bumi' sebenarnya berasal dari upacara 'altar' di Sorga. 'Nama' Tuhan sebagai Hakim senantiasa mengalirkan 'Keadilan' dalam penghakiman dan penghukuman ke atas semua bangsa di bumi, dan 'pengaliran' penghakiman dan 'penghukuman' itu didahului dengan 'upacara' Altar di Sorga! (lihat petikan dalam  Wahyu 8: 3; Wahyu 19: 1-11).

     Dalam tempoh Perjanjian Perdamaian, 'nama' Tuhan ialah 'Kasih' ('God is love'). Apabila 'Kasih' Ilahi itu mengalir atau 'berhendak' untuk mengasihi orang-orang yang berdosa, maka orang-orang yang 'menerima' aliran roh 'kasih' Ilahi itu dipanggil sebagai 'penerimaKasih Karunia Tuhan.' 'Sifat Kasih' Tuhan bila diikat dengan Perjanjian Perdamaian, akan memungkinkan 'pintu' roh Tuhan itu terbuka untuk pelayanan 'menabur dan menuai' oleh Gereja!  'Nama' Allah Bapa, iaitu 'Kasih,' telah mengutus Yeshua, Anak Tuhan Yang Mahatinggi, untuk melaksanakan 'kehendak 'Kasih' Bapa ke atas semua bangsa di bumi. Sebelum berkat 'Kasih Karunia' itu mengalir kepada semua bangsa, Yeshua sebagai Imam Agung (the heavenly High Priest) yang menurut Ordo Melkisedek, perlu menyempurnakan upacara 'Altar' di bumi, Sin Offering bagi 'altar' itu adalah diriNya sendiri sebagai Domba Tuhan yang tidak bercacat celah. 'Jampi serapah' dulu baharulah berkat roh akan mengalir, namun bahasa Roh Tuhan tidak dikaitkan dengan perkataan 'jampi,' kerana 'jampi' itu adalah bahasa bomoh. Bagi Tuhan, 'jampi' itu adalah upacara Altar Melkisedek! Taurat mengajarkan kepada para patriarchs dan juga kepada umat Israel bahawasanya 'menuruti firman Allah' adalah 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa. 

    Ibadah 'ritus altar' di bumi menurut Perjanjian Lama adalah 'doa' umat Tuhan dalam menuruti 'firman Allah.' Maka, semua orang Israel akan datang kepada Pengupacara Tabernakel, iaitu keturunan Imam Harun atau dipanggil Aaronic Order of Priesthood, untuk menyelesaikan dosa-dosa bangsa Israel. Taurat, lirik-lirik Tuhan dalam kitab Mazmur, dan nubuat-nubuat nabi-nabi, Sabda Yeshua dalam Injil (synoptic gospels), Wahyu dan juga nubuat-nubuat dalam Perjanjian Baru [A] adalah Firman Allah. 'Nama' Kristus ialah 'Firman Allah(Wahyu 1913). Firman Allah itu adalah 'roh' dan 'hidup.' Maksudnya, bahawasanya ungkapan frasa 'roh dan hidup' itu, bukanlah merujuk kepada dakwat tulisan-tulisan yang melekat pada lembaran-lembaran Kitab! Ia merujuk kepada 'peribadi' roh Tuhan. 

   Catatan 'firman Allah' dalam Alkitab merupakan usaha nabi-nabi, Imam-Imam, dan para alkatib  dalam merekodkan 'mesej' roh Tuhan' yang pernah diterima oleh nabi-nabi Tuhan' di bumi! Firman Allah yang tertulis dalam catatan Kitab memerlukan suatu anugerah yang disebut "firman yang tersingkap" seperti yang dimaksudkan oleh nyanyian Daud dalam Mazmur 119130. Sebelum Roh Tuhan datang 'bergaul-karib' dengan roh seseorang percaya, semua dakwat 'letters' di atas lembaran kertas dalam Alkitab akan senantiasa berligar-ligar dalam kotak fikiran mengikut kapasiti intelek si pembaca. Hanya apabila Firman Allah itu mengalir berkomunikasi dengan 'roh' orang percaya dan baharulah firman itu 'tersingkap.' Raja Daud menyanyikan hubungan komunikasi antara Roh Tuhan dan 'roh' manusia sebagai "Deep calls deep.' Nabi Yoel bernubuat bahawa Roh Tuhan berkomunikasi melalui Dream dreamsvisions dan 'suaraRoh (rujukan Yoel 2: 28). Kenapa 'Dream dreams' itu disebut dua kali (2X)? Jikalau mimpi seseorang itu berasal dari kesibukan minda atau dari roh jahat, maka 'dream' itu hanya disebut satu kali saja! Bila ia diulang sebanyak dua kali (2X), Dream dreams, maka ia merujuk kepada 'asal-usul' mimpi dari 'roh' Tuhan yang tujuh lapis karunia. Frasa 'Dream dreams' itu juga adalah contoh 'roh nubuat' (the Spirit of prophecy). Semua Firman Allah adalah 'roh nubuat'!

    Menyelesaikan dosa-dosa adalah seringkasnya "
menuruti Firman Allah." Raja Daud bersaksi bahawa menuruti 'jalan' yang kudus adalah menuruti Firman Allah. Oleh kerana Firman Allah itu adalah 'nama' Kristus, maka 'percaya' kepada Kristus adalah 'Jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa. Kristus adalah 'Jalan' yang dikenan sepenuhnya oleh Allah Bapa, kerana Dia adalah Sin Offering (Domba Tuhan) yang tidak bercacat-celah (flawless), dan dialah juga Pengupacara Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek yang telah menyempurnakan upacara 'Altar' di bumi, iaitu kematiannya pada ketika umurnya 33 tahun dibaluti daging. 

    Pada zaman Perjanjian Lama, jika tiada 
pengupacara ritus altar, maka dosa-dosa umat Perjanjian tidak akan dapat diselesaikan, malah 'hari penebusan' bagi satu bangsa dan satu negara Teokrasi tidak dapat dilaksanakan ('hari penebusan' adalah the day of 'atonement' ~ Leviticus 16-ia juga disebut sebagai 'national redemption'). Dalam kasus sahabat Ayub (Ayub 42) yang diberi 'amaran' murka Tuhan kerana kesalahan mereka dalam 'menyebut' (mengulas) nama Tuhan, hanya Ayub sahaja yang dikenan oleh Tuhan untuk mengupacara 'altar,' supaya dosa-dosa sahabatnya akan diampuni oleh Tuhan! Maka, sahabatnya membawa korban penebus dosa kepada Ayub untuk diupacarakan ('didoakan'). Biasanya, nabi-nabi tidak akan menghadapi masalah besar dalam menyelesaikan dosa-dosa peribadi, kerana mereka sudah "digauli-karib" oleh Roh Tuhan, dan mereka sudah tentu telah dianugerahkan dengan karunia "the fear of the Lord" dan juga karunia 'roh Pengertian' (Ayub 28: 28)

    Yeshua buat pengakuan: "
Akulah Jalan..." kerana dia adalah Pengupacara 'Altar' atau Imam Agung Sorgawi yang selama-lamanya menurut Ordo Melkisedek, dan dialah juga Sin Offering yang bangkit semula dan hidup! 'Sin Offering' dan Pengupacara adalah 'tempat' kita mengaku dosa, maka kita menyeru 'nama' Anak Tuhan Yang Mahatinggi, Firman Allah, untuk mengaku dosa-dosa kita! Bila Kristus berkata: "sudah selesai," maka itu seringkasnya bermakna, bahawa 'upacara Altar di bumi" sudah selesai diupacarakan oleh Kristus sendiri! Apabila 'Altar di bumi "sudah selesai" diupacarakan seperti Altar di Sorga,' maka tinggal berkat Tuhan sahaja yang perlu dinantikan oleh para pengikut 'Jalan,' iaitu curahan Roh Pentakosta. Melalui urapan Roh Kudus inilah, orang-orang percaya akan belajar 'meminta' dan 'memegangharta Sion (Yesaya 33: 6). 

    Apakah itu dosa
? Dalam Perjanjian Lama, kita memahami bahawa 'dosa' adalah pelanggaran hukum-hukum Taurat. Dan, Ibunda Taurat adalah the Ten Commandments! Maka, menurut kaca-mata pengertian hukum, 'dosa' adalah diartikan sebagai melanggar Ibunda Hukum, iaitu the Ten Commandments! Tapi, bagaimana pula 'dosa' dilihat dan diartikan dalam 'kaca-mata rohani' menurut ajaran Perjanjian Baru? Secara menyeluruh, tidak kira dalam Perjanjian Lama atau Perjanjian Baru, dosa itu ialah seringkasnya dilihat sebagai 'tidak percaya' kepada Firman Allah! 'Nama' Kristus adalah 'Firman Allah, maka 'tidak percaya kepada Kristus' adalah 'dosa.' Menolak Kristus sebagai 'nama' yang diberikan oleh Allah Bapa, bermakna bahawa kita telah meletakkan diri kita di bawah kutuk! Umat Israel terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang 'tidak percaya' kepada Yeshua dan kumpulan yang 'percaya' kepada Yeshua. Mereka yang tidak percaya kepada 'Yeshua' tidak mempunyai 'mata rohani' untuk melihat "Firman menjadi Anak Manusia." Bangsa-bangsa lain yang mendengar Injil, lalu percaya kepada Yeshua Kristus adalah disebut "blessed," lalu mengenapi nubuat gelaran sebagai "offspring" kepada "woman." 

    Yeshua Kristus mengupacarakan kematianNya sebagai korban Domba Tuhan menurut pengupacaraan Ordo Imam Agung Melkisedek, kerana Yeshua adalah 
Pengupacara (Pengantara) atau Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek. Namun, Ia mengupacarakan 'altar' di bumi pada ketika ia disalibkan. Dia telah mengupacarakan korban penebus dosa-dosa manusia. Kristus sebagai Pengupacara Melkisedek dan Korban Penebus dosa yang tidak bercacat-celah adalah sememangnya 'Jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia! Dan, 'upacara Altar di bumi' itu sudah sempurna sesuai dengan ucapan Yeshua Kristus yang berbunyi: "Sudah Selesai" ("It is finished"). Kita menyeru 'nama' Pengupacara itu, iaitu Kristus, untuk diupacarakan setiap kali kita berkehendak untuk menyelesaikan dosa-dosa. Kristus yang "setia dan adil" [1 Yohanes 1: 9] adalah senantiasa duduk di sebelah kanan Allah Bapa di Sorga, dan Ia 'mengupacara' semua permohonan 'doa' kita yang dipanjatkan ke Sorga! Justeru itu, Jalan, Pintu dan Kunci adalah Roh Kristus --'roh' tujuh lapis karunia Tuhan. 



                                                          
6 He will be the sure foundation for your times,  a rich store of salvation and wisdom and knowledge; the fear of the Lord is the key to this treasure (Isaiah 33:6, NIV)

      Ucapan Kristus yang berbunyi 'sudah selesai' membawa erti bahawa manusia tidak memerlukan lagi pengupacaraan menurut 'firman ritus altar' di zaman Perjanjian Lama. Memadailah untuk sekadar menyeru 'nama' Pengupacara Altar Melkisedek di bumi dan di Sorga itu, supaya kita mendapat 'jaminan' pengampunan yang penuh ke atas dosa-dosa yang tercatat pada roh kita masing-masing. '
Sudah selesai' juga bermaksud bahawa mesej Taurat adalah benar, mesej nabi-nabi adalah benar, dan mesej 'lirik-lirik' Mazmur adalah benar. Bukankah seluruh firman Allah dalam Perjanjian Lama memperkatakan tentang Almasih (the Messiah)? 

    Jikalau, sekiranya 'ucapan' pada ketika Ia 'mengupacarakan' kematiannya adalah bukan berbunyi "sudah selesai," maka sudah tentu Taurat itu adalah dusta, nubuat nabi-nabi menjadi dusta belaka, dan lirik-lirik Mazmur akan juga menjadi dusta. Namun, Kristus telah berkata: "Sudah Selesai," maka semua Taurat, semua nubuat nabi-nabi, dan semua lirik Mazmur adalah benar dan bukanlah dusta. Tuhan tidak pernah berdusta! Justeru itu, frasa "It is finished" adalah suatu 'Jaminan' dari Kristus, bahawa 'Jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa yang menurut Pengupacaraan Ordo Imam Harun adalah dimansuhkan atau tidak lagi diperlukan oleh orang-orang percaya! Semua orang yang tertulis namanya dalam buku kehidupan akan 'percaya' kepada 'handiwork' [atau 'nama'] Bapa, iaitu handiwork [atau 'nama'] yang diberikan atau yang dilaksanakan oleh 'peribadi' Kristus. 

    Karya dalam menyempurnakan "Jalan' bagi penyelesaian dosa-dosa manusia adalah 'Altar' yang diupacarakan oleh Yeshua Kristus sesuai dengan pengenapan nubuat Kristus dalam Lukas 24: 44. "Altar" di bumi yang diupacarakan oleh Imam Agung menurut Ordo Melkisedek (Yeshua Kristus) adalah "
Kehendak Kasih" Bapa di Sorga bernama 'Kasih'! Dalam lain perkataan, "Kehendak Kasih" Bapa sudah disempurnakan oleh Kristus di bumi, kerana Ia dengan 'hikmatNya' sebagai Almasih telah mengupacarakan diriNya sendiri sebagai Domba Tuhan (Sin Offering) yang menghapuskan dosa-dosa dunia. Mereka yang 'percaya' kepada 'pekerjaan' ['nama'] Kristus akan senantiasa mempunyai 'jaminan' untuk menerima 'Pengampunan dosa-dosa' atau 'penghapusan rakaman' dosa-dosa pada roh mereka! "Barangsiapa yang menyeru nama Tuhan, dia akan diselamatkan"(Para Rasul 2: 21). 'Altar" yang diupacarakan oleh Yeshua Kristus di bumi adalah sepenuhnya menuruti "Kehendak Kasih" Bapa di Sorga! Maka, genaplah 'kehendak' Allah, iaitu 'altar di bumi seperti altar di Sorga'!  Kehendak kasih dari Allah Bapa yang disempurnakan oleh Pengupacaraan Yeshua Kristus adalah suatu 'penganugerahan' kasih karunia kepada semua bangsa di dunia, iaitu mereka yang datang kepada Yeshua Kristus!


Kejadian 2: 2-3

2 "Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuatNya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang dibuatnya itu. 3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuatNya itu.  


Istilah 'berhenti' ('rest') diartikan sebagai 'pembebasan' ataupun 'kemerdekaan' dari penghambaan dosa, sebagaimana Israel yang telah dimerdekakan oleh YHVH dari penghambaan kuasa-kuasa pemerintahan bangsa-bangsa. Mereka telah diberikan 'kemenangan' ke atas lain-lain bangsa (the gentile nations) untuk menawan Tanah yang 'dijanjikan.' "Berhenti" ('rest') bagi Tuhan sebagaimana dalam petikan  Kitab Kejadian 2: 2 - 3 membawa maksud yang bersifat 'nubuat.' Sebenarnya, Roh Tuhan tidak pernah 'berehat' ataupun 'berhenti.'  Dan, kita tahu bahawa hanya yang bersifat ''daging" sahaja, seperti manusia dan binatang yang memerlukan rehat! Namun, perkataan "perhentian" atau "berhenti" membawa maksud yang berbeza dari perkataan "berehat" yang diartikan secara harfiah. Ia tidak diartikan secara harfiah. Roh, sememangnya,  tidak memerlukan "berehat."

          Justeru itu, apakah maksud istilah 'berhenti' menurut 'roh nubuat' dalam ayat Kejadian 2: 2-3? Apakah Roh Tuhan telah benar-benar telah "berehat" pada hari yang ke-tujuh? Tuhan telah mengupacara ('God's spells') 'Nama'Nya sendiri pada hari ketujuh, supaya manusia yang Dia cipta pada nubuat hari yang ke-enam itu akan senantiasa ada 'Jaminan Keselamatan' (Salvation). Maka, jika Tuhan 'rehat' pada turutan nubuat yang ke-tujuh, ia sebenarnya bermaksud, bahawa ia telah mengupacara 'nama' Tuhan sebagai jaminan 'Salvation,' bagi manusia yang akan jatuh kedalam kuasa dosa, sehingga ia dan keturunanya akan masih dapat mengecapi 'rest' ('rehat') dari penghambaan kuasa dosa! 'Rehat' atau 'berhenti' adalah 'karya' yang mengalir dari 'nama' Roh Tuhan. Maksudnya ialah 'kemerdekaan' dari penghambaan dosa-dosaatau pembebasan dari 'penghambaan' kuasa dosa adalah 'karya' dari 'nama' Tuhan. Oleh kerana berkat "namaTuhan itu, maka kita sebagai keturunan dari 'biji benih' Adam akan mengecapi "perhentian" dari penghambaan dosa-dosa, apabila kita bersandar kepada 'nama' Tuhan.  Justeru itu, Ia telah mengupacara hari yang ketujuh untuk memberkati semua yang dia telah cipta. 

    Berkat 
adalah merujuk kepada anugerah 'karya' Keselamatan! Berkat itu mengandungi maklumat 'roh' yang lengkap, dan ia telah diberikan kepada para malaikat Sorgawi menurut ordo masing-masing dalam menjalankan misi penyelamatan manusia, iaitu 'nama' Tuhan. Apabila Adam kehilangan kelayakan untuk terus dapat menetap di Eden, maka ada dua malaikat kerub yang dikatakan menjaga pintu 'keluar-masuk' Eden. Kenapa malaikat kerub yang menjaga 'pintu' Eden? Dan siapakah yang menentukan arahan itu? Titah-titah Ilahi ('Suara Firman') itu datang dari 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan pada nubuat hari yang ketujuh.

400 tahun penghambaan umat Israel di Mesir oleh pemerintahan dinasti Firaun adalah suatu kehidupan yang tiada 'perhentian' (restbagi umat Israel, kerana mereka terus-menerus tanpa henti-henti sebagai hamba abdi. Seluruh kehidupan mereka sepenuhnya diperhambakan dan sepenuhnya milik Firaun. Setelah 'pembebasan' diberikan kepada Israel oleh 'nama' Tuhan, Ehyeh Asher Ehyeh, yang diseru pada hari Paskah Tuhan (upacara menyelesai dosa-dosa), dan setelah digembalakan oleh nabi Moshe selama 40 tahun, maka akhirnya, di bawah pimpinan Joshua,  mereka telah dapat menakluki tanah yang dijanjikan kepada nenek moyang mereka iaitu Yakub, Ishak dan Abraham. Dalam bahasa ‘roh nubuat,’ mereka telah mendapat 'perhentian' di Tanah Suci yang dijanjikan kepada nenek moyang mereka, iaitu Yakub, Ishak dan Abraham. 

      Istilah 
'berehat' itu bukanlah diartikan secara harafiah, melainkan ia hendaklah diartikan dengan 'melihat' perkataan itu menurut mesej 'roh nubuat.' Tatkala Tuhan mula mencipta Creation, Tuhan 'seolah-olah' telah menaklukkan diriNya sendiri ke dalam 'suatu' bentuk penghambaan bagi diriNya sendiri. Dia tertakluk kepada 'karya' untuk menyempurnakan 'agenda-agenda' penciptaan yang berkesinambungan. Suatu tuntutan penyempurnaan Ciptaan yang dilaksanakan tanpa putus-putus. Maka, apabila sempurnanya Ciptaan diselesaikan, maka hari ketujuh dikatakan 'rest' bagi Roh Tuhan. Namun, dia sebenarnya tidaklah berehat seperti manusia, akan tetapi, Ia melengkapkan Creation dengan upacara 'nama' Tuhan. Upacara 'berkat' itu adalah 'jaminan' Keselamatan untuk umat manusia yang Ia ketahui dari semula, akan jatuh ke dalam 'kuasa' penghambaan dosa. 'Rest' adalah upacara 'nama' Tuhan yang memberikan 'jaminan' Penebusan dan Keselamatan bagi apa-apa kerosakan yang akan menimpa ke atas Creation yang ia telah cipta. 

     Tuhan telah 'memberkati' hari yang ketujuh membawa arti bahawa "nama'" Tuhanlah yang akan menyelamatkan manusia kelak, iaitu apabila manusia yang ia cipta pada hari keenam itu, akan jatuh ke dalam 'kuasa' dosa! Ia telah mengupacara 'nama' Tuhan pada nubuat hari yang ke-tujuh. Dalam lain perkataan, Ia telah memberkati hari yang ketujuh. Justeru itu, Tuhan yang "berhenti dari segala pekerjaan Penciptaan" pada hari ketujuh, bermaksud bahawa-sanya Tuhan telah mengupacara 'nama'Nya untuk jaminan keselamatan bagi umat manusia yang akan jatuh ke dalam 'kuasa dosa' kelak. Tanpa, 'jaminan' sudah tentu Tuhan tidak akan ada 'ketentuan-ketentuan' untuk memelihara Creation! Sebenarnya, Roh Tuhan tidaklah memerlukan 'tidur' atau 'berehat,' sebagaimana yang diperlukan oleh manusia yang berasal dari debu.  Roh Tuhan yang dikatakan telah “berhenti” atau “berehat” pada hari yang ketujuh, adalah mengungkapkan maksud mesej rohaniah; bahawa-sanya Ia telah mengupacarakan 'namaTuhan pada hari ketujuh untuk tujuan 'rest' atau 'berkat jaminan keselamatan' bagi umat manusia kelak. 

    Tuhan yang 'rest' pada hari ketujuh adalah 'pembebasan' bagi Roh Tuhan dari tuntutan-tuntutan 'karya-karya' Penciptaan. God was no longer enslaving himself in fulfilling the divine obligations in creating the Creation. He was, at last, on the seventh day, was able to freed himself from those continous obligations in fulfilling the Creation! Tuhan tidak perlu lagi mencipta, namun dia harus 'mengupacara' agenda-agenda Keselamatan ('Damai Sejahtera')! Maka, perkataan 'rest' adalah bermaksud suatu 'pembebasan' dari 'penghambaan.' Perkataan 'rest' dalam penyampaian Firman Allah dalam Kejadian 2: 2-3 adalah divine etymology yang bersifat the spirit of prophecy! Dan, Tuhan yang memberkati hari ketujuh membawa maksud bahawa Tuhan telah membebaskan diriNya dari 'penghambaan,' iaitu obligasiNya dalam karya Penciptaan, dan sekarang Ia terfokus kepada karya 'keselamatan'(Peace and Security), dan juga kepada agenda pembaik-pulihan dan penyembuhan (Salvation) untuk segala-gala yang Ia telah cipta. Jadi, hari Sabbath adalah 'fokus' Tuhan kepada agenda 'Salvation' untuk umat manusia. Ia tahu dari semula bahawa manusia akan jatuh ke dalam 'penghambaan' dosa. Namun, ia tidak risau dengan foreknowledgeNya tentang kejatuhan manusia, kerana Dia telah 'mengupacara' 'nama'Nya pada hari yang ketujuh. And He spelled out His 'name' --Salvation, the Redeemer and the Savior of mankind! Tuhan yang 'rest' pada hari ketujuh telah menjanjikan penganugerahan 'rest' kepada manusia yang akan dihambakan oleh dosa kelak! NamaNya telah 'siap' diupacarakan sebagai 'berkat' pada hari ketujuh. Ia senantiasa bersedia 'mengalir' untuk menangani dosa-dosa yang dibuat oleh manusia di bumi!  'Nama' Tuhan mengalir sebagai 'roh' Tuhan dalam the Immutable name of God (see Exodus 34: 5-7) dan juga sebagai the Covenantedname of God (YHVH dan Yeshua Kristus).

'Pembebasan' umat manusia dari 'penghambaan' dosa-dosa melalui upacara Paskah Tuhan juga diungkapkan dengan frasa "telah mendapat perhentian" atau perkataan 'rest' dalam bahasa Inggeris. Namun, sebelum mereka mengecapi 'rest,' mereka harus menyempurnakan 'percaya,' supaya dapat menakluki dosa-dosa dalam kuasa 'nama' Tuhan. Perkataan "berhenti" dalam Kejadian 2: 2-3 ada kaitan dengan 'deliverance' atau 'salvation' bagi umat manusia yang akan jatuh ke dalam kuasa dosa. Jadi, perkataan "rest"  dalam petikan Kejadian 2: 2-3 adalah merujuk kepada berkat pengupacaraan 'nama' Tuhan yang akan mengalir menganugerahkan Salvation kepada umat manusia. Tuhan telah menitahkan bahawa 'berkat' hari ketujuh itu dirayakan oleh umat Tuhan sebagai hari yang dipanggil hari Sabbath.  

     Jadi, hari Sabbath ialah sebagai 'tanda" bahawa-sanya Tuhan adalah Pencipta Langit dan Bumi, Pencipta 'roh' manusia, dan juga Jurupenebus dan Juruselamat umat manusia (the Redeemer & the Savior of mankind). Berkat 'nama' Tuhan ialah Salvation, sebagaimana 'nama' Yeshua juga yang bermaksud 'Keselamatan' (Salvation). 'Nama' Tuhan adalah 'Berkat' untuk umat manusia! Tuhan mencipta Creation melalui 6 turutan nubuat (6 hari), dan itu membawa arti bahawa ia 'tidak henti-henti' tertakluk kepada penyempurnaan 'karya' Penciptaan alam semesta, samada yang kelihatan ataupun yang tidak kelihatan. Lalu Ia 'berehat' pada hari ketujuh. Namun, 'berehat' itu bukanlah bermaksud ia telah 'tidur' atau 'berhenti' berkerja. 'Berehat' bagi Roh Tuhan adalah berarti bahawasanya Ia telah 'membebaskan' diriNya sendiri dari agenda-agenda mencipta yang berterusan. Kematian 'daging' manusia adalah juga suatu 'perhentian' dari belenggu bejana tanah liat, justeru itu, ia (kematian) membebaskan kita dari kelemahan-kelemahan daging yang tidak putus-putus untuk menggoda kapasiti intelek kita, lalu menjerumuskan kita untuk 'menyangkal' nama Tuhan. 'Godaan' yang dimaksudkan adalah 'godaan' untuk menyangkal 'nama' Tuhan. Justeru itu, tulisan RIP ('rest in peace') pada batu nisan orang 'percaya' yang sudah meninggal adalah merujuk kepada 'perhentian' dari 'godaan' tatkala mereka masih dibaluti daging. Tatkala kita masih dibelenggu oleh bejana tanah liat, kita senantiasa akan digoda oleh Iblis dan juga oleh fikiran kita sendiri untuk menyangkal 'nama' Tuhan. Kematian membebaskan orang-orang percaya dari 'belenggu' bejana tanah liat yang lemah. Daging itu lemah, namun roh itu penurut! 

    Tuhan meneruskan 'karya' agenda jaminan keselamatan kepada segala-gala yang Ia telah cipta, atau ringkasnya diungkapkan dengan frasa: Tuhan telah 
memberkati hari yang ketujuh! 'Keselamatan' manusia adalah 'berkatdari upacara 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada hari ketujuh! Justeru itu, ...barangsiapa menyeru 'nama' Tuhan, dia akan diselamatkan! Kita akan mendapat 'perhentian' kerana berkat 'nama' Tuhan yang Dia telah 'upacarakan' dari semula. 'Nama' Tuhan diupacarakan atau 'diserapah' oleh Tuhan pada hari ketujuh dalam Penciptaan akan membebaskan kita dari sengat maut, iaitu dosa! Upacara memberkati hari ke-tujuh adalah 'upacara' Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek dengan 'mengaktifkan' ajaran altar, OrdinancesDecrees dan apa saja yang terkandung dalam 'karya' Keselamatan. Ajaran 'altar' adalah terkandung dalam 'ketentuan' peraturan Ilahi yang disebut the Order of Melchizedec. Rahasia 'Ordo' ini menjelaskan, bagaimana manusia itu akan dapat menyelesaikan dosa-dosanya, apabila ia akan jatuh ke dalam 'kuasa' dosa kelak. Mereka akan dianugerahkan dengan Keselamatan oleh 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada turutan hari nubuat Penciptaan yang ke-tujuh! Mereka diberikan 'ajaran' Altar, maka melalui 'roh Pengertian,' kita dapat 'mengerti' mengapa Abel dan Cain telah mengupacara firman ritus altar dalam catatan Kitab Kejadian fasal 4.


Pengupacaraan 'altar' di bumi di mulai oleh Abel dan Cain

     Apabila Adam dan Eve berdosa, maka 'nama' Tuhan, iaitu K
asih, Merciful dan Taat Mengampuni telah mengalir kepada Adam dan Eve, justeru itulah sebabnya, ada dicatatkan dalam kitab suci Kejadian , bahawa Tuhan telah 'menutupiAdam dan Eve dengan 'pakaian' yang diperbuat dari 'kehendak' Firman Allah. 'Tudungan' itu sememangnya menutupi tubuh fizikal mereka yang telanjang, namun maksud pemberitaan Firman itu adalah 'mesej roh.' Sebelum mereka (Adam & Eve) berdosa, Tuhan tidaklah berbicara bahawa mereka tiada pakaian. Maka, maksud perkataan ''telanjang" dalam Kitab Kejadian itu adalah merujuk kepada keadaan roh manusia yang memperlihatkan rakaman dosa-dosa (impurities), atau seringkasnya dalam bahasa roh dan bahasa nubuat, ia disebut "telanjang."  'Menutupi' dengan pakaian kulit binatang itu adalah kehendak 'nama' Tuhan. 'Tudungan" itu  'menuruti sepenuhnya Firman Allah,' kerana ia sepenuhnya 'kehendak' ''nama Tuhan. Daun-daun pohon ara yang dianyam oleh Adam mengungkapkan 'kehendak' atau 'usaha' manusia untuk membenarkan dirinya sendiri. Sebenarnya, 'daun-daun pohon ara' itu boleh saja mewakili kelicikan 'lidah' kita sendiri dalam berkata-kata atau berdalil untuk membenarkan diri kita berbanding dengan orang lain. Malah, kita  'mengambing hitamkan' orang lain, sebagaimana moyang Adam 'mengambing hitamkan isterinya, Eve, sebagai alasan kenapa ia memakan buah pohon terlarang itu! Hakikatnya, tiada siapa yang dapat 'berdalil' dihadapan Tuhan Yang Mahakudus, kerana ia dapat melihat 'rakaman-rakaman' dosa dalam roh kita. Ia dapat melihat semua ''ketelanjangan" kita. Justeru itu, adalah lebih elok, sekiranya kita membuat pengakuan, bahawa 'kita telah berdosa' di hadapan Tuhan. Patriarch Ayub, setelah disergah dengan pelbagai ''guruh' (thunders) dari Hakim, akhirnya membuat pengakuan yang berbunyi: "3b...surely I spoke of things I did not understand, things too wonderful for me to know...5 b therefore I despise myself and I repent to the dust" (Job 42: 3b, 5b). Kita tidak lebih baik dari Ayub (We are no better than Job). 

    'Tudungan' dari 'kehendak' nama Tuhan sahaja yang sempurna, dan dapat menutupi 'roh' manusia, agar kita dapat bertahan untuk memasuki ke dalam hadirat '
Api-Semarak-Kekudusan Tuhan yang menghanguskan.' 'Tudungan' roh ('spiritual covering') itu adalah 'kehendak' nama Tuhan. Kehendak sifat ilahi iaitu 'abounding in love' dan kehendak 'mercy' ilahi adalah 'yang' 'menutupi' sepenuhnya akan dosa-dosa Adam dan EveKasih dan mercy adalah 'nama' Tuhan. Ia juga merujuk kepada sifat-sifat 'roh' Tuhan. Dalam kasus ini, maka 'nama' Tuhan dan sifat-sifat roh Tuhan adalah sinonim kerana semua pekerjaan Tuhan mengalir dari sifat-sifatNya yang immutable! Sifat-sifat roh Tuhan tidaklah dapat dipisahkan dengan 'nama' Tuhan! "Barangsiapa menyeru 'nama' Tuhan,  dia akan diselamatkan!" (Kisah Para Rasul 2: 21)

    Tuhan senantiasa sudi untuk mengalirkan dan '
menutupi' 'roh' sesiapa sahaja yang tertulis 'namanya' dalam Buku Kehidupan. Orang percayahanya perlu menyeru 'nama' Tuhan, iaitu 'nama' yang Ia telah  'aktifkan' untuk terus beroperasi seterusnya, bermula pada hari ketujuh itu. "Menutupi' berarti 'mengampuni.' Maka, kita tahu bahawa Tuhan telah 'mengampuni' dosa-dosa Adam dan Eve, kerana Dia telah 'menutupiAdam dan Eve dengan 'tudungan roh.' Pakaian dari kulit binatang yang Tuhan anugerahkan kepada Adam dan Eve, sebenarnya adalah kehendak 'nama' Roh Tuhan yang ia telah upacarakan pada hari ketujuh. 'Tudungan roh' itu berfungsi untuk menutupi 'ketelanjangan. '


     "Ketelanjangan" memberikan maksud bahawa roh seseorang 'memperlihatkan'rakaman-rakaman dosa.' Maka, 'menutupi' dosa-dosa Adam dan Eve, samalah artinya bahawa Tuhan telah 'mengampuni' dosa mereka, dan juga telah 'menutupi' roh mereka dengan 'kebaikan-kebaikan' Roh Tuhan. Tuhan, sebenarnya, telah menghapuskan rekod dosa-dosa Adam dan Eve. Pakaian kulit binatang itu mewakili pernyataan 'sifat-sifat' Roh Tuhan! Kita diampuni oleh 'darah' Yeshua, ataupun 'darah' Yeshua telah melepaskan 'roh' kita dari kuasa dosa atau 'rakaman' dosa-dosa; 'Berkat' dari hasil pengupacaraan 'nama' Tuhan, sebagai 'Domba Tuhan' pada hari Paskah Tuhan telah mengalirkan 'berkat' yang dapat menutupi 'roh' kita. Tuhan tidaklah 'menutupi' roh seseorang, jika sekiranya mereka tidak dianugerahkan dengan 'pengampunan.' 'Pengampunan' adalah anugerah 'penghapusan' rakaman dosa-dosa pada 'roh' seseorang percaya. 'Pengakuan' dosa-dosa dibuat kepada Pengupacara kerana melalui 'pengupacaraan' (doa)lah berkat akan diterima oleh yang diupacara. 'Tudungan roh' adalah pengampunan dan juga 'tudungan kebaikan-kebaikan Ilahi' yang 'menutupi' roh orang percaya. 'Pengampunan Tuhan' dan anugerah kebaikan-kebaikan' Tuhanlah yang dapat 'menudungi' roh orang percaya, supaya mereka dapat bertahan dalam hadirat roh Tuhan.

    Dosa-dosa yang '
ditutupi' berarti bahawa dosa-dosa itu 'diampuni.' Adam dan Eve telah diampuni oleh Tuhan, kerana 'berkat' mengalir dari 'nama' Tuhan yang telah diupacarakan pada hari ketujuh. Akan tetapi, mereka tidak lagi layak untuk keluar-masuk 'Pintu' Eden. Hanya manusia 'berdaging' yang sinless sahaja yang dapat 'keluar-masuk' pintu Eden. Namun, sinlessness Adam dan Eve telah hilang!  Syarat untuk tetap terus tinggal di Eden adalah sinlessnessAdam dan Eve ternyata gagal untuk memelihara sinlessness mereka! Mereka tidak lagi memenuhi syarat tersebut! Adam dan Eve yang telah berdosa hanya layak untuk tinggal di bumi sahaja. Namun, ia tercatat bahawa mereka 'tinggal dekat' dengan 'pintu' Eden yang memberikan maksud bahawa mereka masih 'bergaul-karib' dengan Roh Tuhan! Biarpun mereka telah menerima pengampunan Tuhan, namun mereka tidak lagi layak untuk tetap terus tinggal di Eden. Mereka tidak lagi mendapat akses kepada 'pemakanan' buah-buah Pohon Kehidupan--the tree of life di Eden! Dan, walaupun mereka telah menerima anugerah pengampunan dosa-dosa, namun Tuhan telah menghalang 'daging mereka' daripada 'menerobosi' pintu Eden. Manusia yang melanggar hukum 'roh' di Eden adalah dilarang dari memakan buah Pohon Kehidupan di Eden. Maka, mereka tidak dapat lagi mendapat akses untuk 'keluar-masuk' pintu Eden, dan dilarang untuk memakan buah Pohon Kehidupan.


    Meskipun Tuhan telah mengampuni Adam dan Eve, namun mereka telah kehilangan kelayakan untuk terus tinggal di Eden. Di bumi, 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada hari ketujuh telah menganugerahkan Adam dan Eve dengan ajaran 'Altar,' sebagai 'jalan' penyelesaian dosa-dosa yang tercatat pada roh-roh keturunan Adam. Ajaran 'altar' adalah 'bukti' (proof) bahawa 'nama' Tuhan yang diupacarakan pada hari ketujuh adalah senantiasa sudi untuk 'berjalan bersama-sama' dengan manusia yang berdosa! Ketika mereka masih di Eden, iaitu selepas mereka memakan buah pohon terlarang itu, maka kedengaranlah Tuhan 'seolah-olah' telah datang seperti sedang 'berjalan' di taman. Ini menyingkapkan bahawa Tuhan masih 'sudi' untuk 'berjalan' dengan manusia yang 'berdosa.' Malah, Ia juga telah menganugerahkan berkat 'pengampunan' yang mengalir dari 'nama' Tuhan, iaitu "yang taat mengampuni."  Jelas, 'pakaian' yang Tuhan anugerahkan kepada Adam dan Eve, sebenarnya mengungkapkan 'nama' Roh Tuhan, iaitu kasihmerciful dan taat mengampuni.



Ajaran 'altar' (mezbah) mengungkapkan 'nama' Tuhan



    Kita balik semula kepada alkisah perihal 'asal-usul' ajaran altar. Kita akan mendapati bahawa ada sesuatu yang 
ganjil perihal dengan upacara altar. Tidak ada catatan dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Adam telah mengupacara doa ritus altar di bumi. Kenapa hanya Abel dan Cain sahaja yang tercatat dalam Alkitab mengenai dengan upacara doa ritus altar  yang pertama di muka bumi (Kejadian 4)? Jawapannya ialah kerana Adam dan Eve pernah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan di Eden dalam 'suatu' tempoh masa yang tidak diketahui lamanya. Namun, kita pasti bahawa Adam dan Eve lebih mengenali 'nama' Tuhan dengan lebih mendalam, berbanding dengan anak-anaknya yang telah dilahirkan di bumi. Justeru itu, Adam dan Eve tidaklah perlu mendirikan 'firman ritus altar,' kerana mereka pernah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan. Justeru itu, mereka telah lama mengenali 'nama' Tuhan. Mereka dapat menyeru 'nama' Tuhan dengan sempurna. Justeru itu, mereka tidak perlu 'bantuan' ritus altar di bumi untuk menjadi penerima kasih karunia!

     Altar mengungkapkan 'nama' Tuhan. Adam dan Eve telah mengecapi relationship atau 'bergaul karib' dengan 'nama' Tuhan di Eden! Jadi, urusan 'percaya' kepada 'nama' Tuhan, bukanlah masalah besar bagi Adam! Keberadaan Roh Tuhan dan realiti Eden adalah suatu realiti yang benar-benar pernah mereka kecapi, akan tetapi, bagi keturunannya, iaitu anak-anaknya yang dilahirkan di bumi, realiti Tuhan dan realiti Eden adalah 'suatu' kebenaran yang tidak mereka kecapi, dan justeru itu, keadaan ini boleh mendatangkan banyak '
keraguan' kepada kapasiti intelek. Malah, pada tahap 'iman' yang kronik penyakitnya, 'nama' Tuhan dan realiti Sorga adalah seperti suatu mitos belaka. Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai betul manusia yang 'mengutuki' 'nama' Tuhan di dunia di jam terakhir dalam era 'akhir zaman' perdamaian dan era Penghakiman. 

'
Pintu' berkomunikasi dengan Roh Tuhan

     Justeru itu, urusan 'berdoa' bagi Adam tidaklah memerlukan pengupacaraan altar, dan memadailah ia cuma menyeru 'nama' Tuhan itu. '
Percaya' yang ada pada Adam dan Eve adalah lebih kuat berbanding dengan 'percaya' yang ada pada anak-anaknya. Adam boleh saja 'berdoa,' tanpa melalui upacara altar di bumi. Tanpa altar, Adam dan Eve masih dapat memasuki hadirat Roh Tuhan atau diungkapkan bahawa mereka 'dekat' dengan pintu Eden.' 'Dekat dengan pintu Eden' bermaksud, bahawa mereka masih dekat dengan realiti 'hadirat' Roh Tuhan. Abel dan Cain hanya mendengar 'pembahagian kebenaran' dari mulut ayah dan ibu mereka tentang keberadaan Tuhan dan juga realiti Eden. Abel dan Cain tidak mengecapi hubungan "bergaul karib," seperti ayah dan ibu mereka! Maka, 'altar di bumi' adalah jawapan bagi Abel dan Cain untuk 'memasuki' hadirat Roh Tuhan! Cain telah semakin jauh dari 'pintu' hadirat Roh Tuhan itu, kerana dia telah melakukan pembunuhan ke atas saudaranya, Abel. Keturunan seterusnya semakin jauh dalam urusan 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan di bumi, kecuali mereka yang telah mewarisi ajaran altar, iaitu mereka yang dianugerahkan karunia the fear of the LordPatriarchs seperti LamekhEnokhMetusalahNoahAbraham, dan Job adalah beberapa contoh pewaris 'ajaran altar' menurut ajaran Ordo Melkisedek. ‘Altar’ mengungkapkan realiti 'nama' Tuhan! Bila 'pintuEden tertutup, maka firman ritus altar di bumi telah berfungsi sebagai 'pintu' untuk 'bergaul karib' dengan roh Tuhan di bumi, supaya manusia 'luka' akan masih dapat belajar menyeru 'nama' Tuhan.

    Ajaran altar sebagai 'jalan' untuk 'bergaul karib' dengan roh Tuhan adalah kehendak 'Nama' Tuhan. Maka urusan menuruti firman dalam menyelesaikan dosa-dosa di zaman patriarch adalah urusan mendirikan ritus ‘altar.’ Maka, umat manusia masih dapat dianugerahkan kehidupan yang penuh, iaitu Pohon Kehidupan yang dibukakan ‘pintunya’ di bumi! Abel dan Cain perlu mempercayai dan mengingati 'nama' Tuhan, melalui upacara ritus yang dapat ditanggapi oleh kapasiti intelek dan dapat pula dihafal. Rahasia disebalik upacara ('doa') ritus altar di bumi yang diajarkan oleh Imam Sorgawi menurut Ordo Melkisedek ialah 'kehendak 'nama' Tuhan! Altar di Sorga adalah "Kehendak Kasih" Allah Bapa, kerana sifatNya adalah abounding in love!  Untuk mengerti 'Kehendak Kasih,' maka 'altar di bumi' akan mengajar manusia untuk melihat bahawa 'nama' Tuhan itu adalah Kasih! Kelak, kita mendengar kesaksian Santo Yohanes: ...kerana betapa besar kasih Bapa kepada dunia sehingga Ia mengutus AnakNya yang tunggal..." supaya penduduk muka bumi dapat 'melihat' nama Bapa di Sorga!

     Bagi Abel dan Cain, urusan mendirikan ritus altar di bumi adalah 'jalan' untuk mendapat pengampunan dosa-dosa (berkat 'nama' Tuhan). Mereka telah belajar 'nama' Tuhan melalui 
'jalan' yang menuruti firman, iaitu upacara ritus Altar di bumi. Adam sebenarnya telah mendalami pengenalan akan 'nama'' Tuhan, kerana ia pernah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan, bukan sahaja ketika mereka masih di Eden malah ketika hayat di bumi juga! Justeru itu, Adam tidak perlu belajar balik mengenali 'nama' Tuhan melalui upacara Altar. Dalam bahasa lain, Altar di bumi adalah 'jalan' untuk melihat dan menerima Kasih Karunia Tuhan bagi orang-orang berdosa.  Altar itu adalah terkandung dalam agenda 'berkat' Tuhan yang Ia upacarakan pada hari ketujuh dalam penciptaan menurut the Order of Melchizedec!


"Berkat" Tuhan pada nubuat hari ketujuh



     Tuhan memberkati hari yang ketujuh, berarti Tuhan mengupacarakan 'nama' Nya pada hari ketujuh! Apakah agaknya 'nama' Tuhan yang Ia telah upacarakan untuk tujuan Keselamatan umat manusia? 'Nama' Tuhan yang akan memberi keselamatan kepada manusia yang telah jatuh ke dalam kuasa dosa, ialah 'Nama' yang Tuhan proklamirkan (proclaimed)  seperti dalam catatan Kitab Keluaran 34: 5-7. :5 Turunlah Tuhan dalam awan, lalu berdiri di sana dekat Moshe serta menyeru (proclaimed) 'nama' Tuhan ('sifat-sifat Tuhan). 6 Berjalanlah Tuhan lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasihNya dan setiaNya, 7 yang meneguhkan kasih setiaNya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan kesalahan dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat." Dan, inilah juga sifat-sifat Roh Tuhan, atau seringkas 'nama' Tuhan yang telah diaktifkan pada hari ketujuh. 'Nama' Tuhan itu Kasih ('pengasih' dan 'penyayang' dan 'taat mengampuni'). 'Kehendak Kasih' Tuhan apabila dilihat dalam penglihatan 'roh' di Sorga adalah penglihatan 'Altar' di Sorga. Dan, yang mengupacara 'altar' (yang melaksanakan 'kehendak kasih' Ilahi) itu ialah Imam Agung Sorgawi menurut Ordo Melkisedek! 'Kasih' itu sudah ada dari semula, namun ia hanya 'diaktifkan' pada hari ketujuh! Kenapa? Kerana buat apa Tuhan aktifkan 'nama' Tuhan yang menganugerahkan keselamatan pada manusia berdosa pada hari satu, atau hari enam, sedangkan manusia belum lagi diciptakan dan kalau sudah diciptakan, mereka belum lagi berdosa? Maka, itulah sebabnya Ia hanya mengupacara 'nama' Nya ('nama'Nya seperti dalam 'pemberitaan' Keluaran 34: 5-7), pada nubuat hari ketujuh.

Dari alpha dan Omega, Tuhan telah menentukan bahawa 'altar' adalah 'jalan' untuk menyelesaikan dosa-dosa. Kasih Tuhanlah yang menyelesaikan dosa-dosa manusia. Sebab itu, kita melihat para Patriarch berdoa melalui Firman ritus altar untuk menyeru 'nama' Tuhan, iaitu Kasih! Nabi Yesaya dicatatkan bahawa ia telah melihat altar di Sorga; penglihatan itu bermaksud bahawa ia (Yesaya) telah melihat 'nama' Bapa atau kehendak Bapa yang bernama 'Kasih.' God is love. 'Malaikat Seraphim yang turun mentahirkan roh Yesaya itu adalah sebenarnya utusan 'Kasih Karunia' dari Tuhan di Sorga!  Melihat altar di bumi seperti di Sorga adalah melihat 'Nama' Bapa, iaitu 'Nama' yang diberikan kepada Anak Manusia (Yeshua). Nabi Yesaya sebenarnya telah 'melihat' dan telah menerima 'Kasih Karunia' dari Tuhan yang bernama 'Kasih.' Penglihatan altar di Sorga adalah pernyataan kehendak 'nama' Allah Bapa. Altar adalah 'kehendak Kasih' dan 'kehendak Mercy Tuhan.' Maka 'melihat' Altar Domba Tuhan, Yeshua kristus adalah melihat 'nama' Bapa di Sorga!

'Kehendak Kasih' Ilahi menganugerahkan 'Penebusan.' Penebusan adalah anugerah 'pengampunan dosa-dosa.' Pengampunan dosa-dosa adalah 'penghapusan rekod/rakaman dosa-dosa' dalam roh seseorang. Maka, menuruti firman ritus altar di bumi adalah ketentuan Ordo Melkisedek untuk menyelesaikan dosa-dosa manusia! 'Altar' seringkasnya adalah 'Jalan' untuk 'pembenaran' roh orang berdosa! Yeshua berkata: "Akulah Jalan dan Kebenaran..." Dan orang-orang percaya di awal era kelahiran Gereja adalah seringkali digelar sebagai para 'pengikut Jalan' (the followers of the 'Way'). Hanya apabila di Antioch, Syria, mereka mula digelar dalam bahasa Yunani sebagai 'Cristianos' yang sebenarnya mempunyai maksud yang sama, iaitu 'pengikut Kristus.' Apabila diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, maka muncullah perkataan yang bebunyi Christian.

'Kehendak' manusia seperti 'nafsu berahi' mudah dapat dilihat atau ditafsir, kerana pusat kesedaran manusia adalah 'berpusat' pada kapasiti intelek dan sistem saraf. Pengertian dan penafsiran manusia adalah 'dominan' bergantung kepada sistem lima deria rasa. Manusia secara dominan 'melihat' melalui pancaindera 'mata kasar'. Tetapi, bagaimana mungkin kita dapat melihat ''Kehendak Kasih" dan "kehendak belas kasihan" Tuhan, kerana ia bersifat Roh? Ia hanya dapat ditanggapi melalui mata roh yang dibukakan oleh kuasa Roh Tuhan. Maka, jawapannya ialah 'ketentuan sempurna' Tuhan, iaitu Ordo Melkisedek yang telah menurunkan ajaran altar di bumi! Ordo Melkisedek telah menetapkan bahawa 'altar Sorgawi' dan 'altar di bumi' akan "mengungkapkan"  sifat-sifat Roh Tuhan atau 'nama' Tuhan. Bila sifat-sifat Ilahi mengalir dari 'Altar Sorga' kepada 'Altar di bumi,' maka orang percaya akan melihat berkat ''nama" Allah Bapa, iaitu ''nama' yang diberikan kepada Anak. 'Nama' Bapa yang diberikan kepada Anak berarti 'kerja' Bapa yang telah 'dikerjakan' oleh Anak. Atau 'kehendak Kasih' Bapa yang dikerjakan oleh Kristus di bumi! Santo Yohanes melihat kebenaran itu dan ia menulis: "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" (Yohanes 3: 16).

'Altar' mengungkapkan 'nama' Tuhan! Hanya apabila 'Altar' di bumi dapat disempurnakan, dan baharulah 'Berkat' nama 'kasih' Tuhan atau 'kasih karunia' dapat mengalir kepada semua bangsa-bangsa di bumi! Justeru itu, 'altar di bumi' ('kehendak' Kasih Tuhan di bumi') haruslah sepenuhnya diupacarakan "menuruti Firman Tuhan," sebagaimana ucapan Yeshua dalam Lukas 24: 44 atau ringkasnya seperti "kehendak Allah Bapa"  di Sorga ('Altar' di Sorga). "Sudah Selesai" pengupacaraan 'Altar' di bumi, berarti manusia di bumi akan mendapat aliran Berkat kasih Allah Bapa di Sorga, iaitu aliran Kasih Karunia Tuhan yang dimungkinkan oleh hadirat emmanuel Tuhan dalam curahan Roh Pentakosta! Manusia yang berdosa di bumi akan dikenan oleh Tuhan melalui anugerah 'Kasih Karunia.' Semua manusia, sebenarnya, dikasihi oleh Roh Tuhan kerana Kasih Karunia itu, iaitu Altar di bumi telah sempurna diupacarakan oleh Yeshua sendiri menurut pengupacaraan Imam Ordo Melkisedek! Namun, hanya mereka yang dianugerahkan dengan karunia Roh Kudus, iaitu 'karunia takut akan Tuhan' yang dapat mengecapi 'permulaan hikmat.' Permulaan hikmat berarti seseorang percaya akan "digauli karib" oleh Roh Kudus (Mazmur 25:14). Yeshua telah menjelaskan kebenaran perihal 'permulaan Hikmat' itu dengan suatu perumpamaan ringkas, iaitu seperti "Pohon anggur sebenar dan ranting-ranting yang sebenar."   Orang percaya yang telah mendapat karunia 'takut akan Tuhan' akan senantiasa merendahkan diri di hadapan Tuhan dan doanya senantiasa mempunyai pengakuan seperti Daud dalam Mazmur 16: 2 yang berbunyi, I say to the Lord, “You are my Lord;  apart from you I have no good thing (Psalm 16: 2, NIV).

Kebenaran dinyatakan kepada orang-orang percaya bahawa 'nama' Bapa adalah untuk selama-lamanya tidak berubah (Immutable 'name' of the Father). The Covenanted name of God, iaitu 'nama' YHVH dan juga 'nama' Kristus Yeshua bertujuan untuk menyempurnakan 'karya' Tuhan ('missions' atau 'name of God'). 'Nama' Tuhan mengikut Perjanjian adalah pekerjaan Ilahi, iaitu "menabur dan menuai" dapat dilaksanakan ke atas semua bangsa di bumi. Tuhan YHVH "menabur dan menuai" secara khusus ke atas bangsa Israel untuk menjadi kerajaan imamat dan bangsa yang kudus, dan bani pilihan Tuhan ini juga terlibat langsung dengan takdir urusan 'the delivery of the Messiah,' Apabila Almasih itu datang, ia (Raja Kebenaran) akan menggenapi karya "menabur dan menuai" ke atas semua bangsa-bangsa di bumi! Sifat-sifat semulajadi 'roh' YHVH dan 'roh' Yeshua adalah 'sama,' kerana mereka adalah 'satu roh' dengan Bapa Segala Roh yang immutable.

    Justeru itu, '
Kelmarin, hari ini dan untuk selama-lamanya ('roh') Kristus tetap sama." Catatan dalam Ibrani 13: 8 sebenarnya mengungkapkan sifat-sifat 'roh' ilahiNya yang tidak akan berubah, justeru kita layak untuk menyandarkan 'percaya' kepada 'nama' Kristus. Kedua-dua, YHVH dan Kristus adalah adalah 'Pembaptis Roh Kudus.' YHVH dinyatakan kepada Israel untuk menggenapi janji-janji Tuhan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub, dan juga untuk mempersiapkan 'the delivery of the Messiah.' ''Nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah untuk menyempurnakan upacara 'altar' di bumi, seperti altar di Sorga, supaya 'Kasih Bapa' senantiasa akan mengalir ke bumi. Justeru itu, Yeshua Kristus adalah Jalan. Yeshua berkata: "Akulah Jalan Kebenaran dan hidup..."

Bangsa-bangsa yang dianugerahkan 'mata' untuk melihat 'Jalan' itu,  lalu mereka menjadi para 'pengikut Jalan' (the followers of the Way). Mereka adalah penyembah-penyembah roh yang sebenar! 'Nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah bertujuan untuk 'menabur dan menuai' ke atas bangsa-bangsa, supaya mereka yang 'tertulis namanya' dalam buku kehidupan akan dapat menerima kehidupan yang penuh. 'Nama' Bapa adalah immutableSifat Tuhan yang 'taat mengampuni' ini dilihat oleh Rasul Paulus sebagai suatu kebebasan bagi orang-orang percaya. Rasul Paulus melihat bahawa tidak ada jumlah dosa manusia yang dapat mengubah sifat-sifat Roh Tuhan! Lalu, Rasul Paulus merumuskan dengan berhikmat: 'Segala sesuatu adalah dibenarkan, namun bukan semua adalah berguna.' Percaya kepada 'nama' Bapa dan 'nama' yang diberikan kepada Anak adalah suatu 'kebebasan' atau 'rest' daripada penghambaan dosa. Bagi mereka yang mengenali 'nama' Bapa,' dosa-dosa bukanlah masalah yang mustahil untuk dihapuskan dari roh kita masing-masing. Ia cuma diumpamakan sebagai kota-kota 'Yericho' yang perlu ditawan dan dirobohkan, ataupun ia seumpama gunung-gunung yang perlu 'dilemparkan ke dalam Laut.'  Rasul Paulus menulis, "Di manakah sengatmu 'O' maut, iaitu dosa, ...maut telahpun ditelan oleh kuasa Kristus!"   

Persoalannya bukan lagi berkisar kepada 'perihal' pelanggaran hukum Taurat, akan tetapi, apakah seseorang percaya itu mempunyai 'hikmat' untuk 'percaya' kepada 'nama' Tuhan dengan 'sempurna'? Yeshua menasihati bahawa: "Therefore you are to be perfect, as your heavenly Father is perfect" (Matthew 5: 48). Kata-kata Yeshua itu bukanlah merujuk kepada kesempurnaan karakter, moraliti mahupun kesempurnaan disiplin seseorang. Maksud Yeshua adalah merujuk kepada 'kesempurnaan percaya' kepada 'nama' Tuhan. Karakter, moraliti dan disiplin adalah lebih kepada pengurusan risiko-risiko 'kehidupan' daging. Ia bertujuan untuk 'keberuntungan' ('profitability') kehidupan daging. Ia adalah 'pendidikan' yang pada mulanya diberikan oleh ibu bapa. 'Percaya' kepada Tuhan adalah 'anugerah' dari Roh Tuhan! Percaya yang 'sempurna' maksudnya 'percaya' yang tidak berpenyakit: tiada bersungut-sungut; tiada berkecil hati atau kecewa kepada Tuhan; tiada marah kepada Tuhan; malah tiada juga mengkritik 'nama' Tuhan. Oleh kerana semua karya Tuhan itu sempurna, maka wajarlah 'percaya' kita adalah sebulatnya 'sempurna' di dalam mempercayai sifat-sifat Ilahi serta semua karyaNya atau FirmanNya ('nama')! 

    Nabi Daniel tidaklah mempunyai 'altar' di Babylon, kerana agama Yahudi diharamkan di seluruh Empayar Babylon! Daniel 'berdoa' sendiri dengan cara bersembunyi di biliknya. Nabi Daniel dapat 'menyeru' 'nama' Tuhan, tanpa pelayanan Imam yang mengupacara 'altar di bumi, kerana dia di anugerahkan karunia the fear of the Lord. Sebenarnya, nabi Daniel senantiasa 'ada Altar di Sorga,' kerana dia adalah penerima Kasih Karunia Tuhan! "Altar di Sorga' mengungkapkan "Kehendak nama" Tuhan Bapa yang immutable! Maka, nabi Daniel, biarpun ditegah oleh pemerintah untuk beribadah kepada Tuhan YHVH, namun dia senantiasa 'ada' Altar di Sorga, iaitu "kehendak mercy" Tuhan Bapa di Sorga. Semua nabi-nabi Tuhan yang 'melayani' Tuhan adalah pewaris ajaran altar yang diturunkan oleh Imam Sorgawi menurut Ordo Melkisedek. Nabi Daniel, sebagai nabi,  adalah penerima 'karunia' the fear of the LordPatriarch Job bersaksi bahawa Tuhan pernah berfirman:"Takut akan Tuhan adalah Hikmat dan menanggalkan kejahatan adalah ('roh') Pengertian" (Job 28: 28). 


    Jikalau, kita tidak ada 'pengertian' akan Tuhan dan memang sukarlah untuk menyelesaikan dosa-dosa yang direkod/dirakam secara 'autosaved' dalam 'roh' kita sendiri. Hanya Firman Allah sahaja yang tercatat dalam Roh Tuhan. Ia tidak mencatatkan atau 'merakamkan' dosa-dosa yang dibuat oleh umat manusia di bumi. 'Design' 'roh' manusia memang dicipta begitu rupa oleh Tuhan untuk dapat 'mencatatkan' atau 'merakamkan' segala perbuatan dosa-dosa secara 'autosaved' di dalam roh masing-masing.  Hanya "menuruti Firman Allah" sahaja cara untuk menghapuskan rakaman dosa-dosa tersebut. Tetapi, bagaimana mungkin kita menuruti Firman Allah, apabila kita tiada 'roh pengertian' tentang Ilahi?? Raja Salomo bersaksi bahawa mengenali Yang Mahakudus adalah [memerlukan] 'roh' Pengertian. Yeshua Kristus sendiri memberitahu kita, bahawa 'mengenali' 'nama' Bapa, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak Manusia adalah kehidupan kekal abadi (rujukan Yohanes 17: 3). 'Pengertian' ialah 'roh' Pengertian, iaitu karunia oleh 'Kasih Karunia' Tuhan. Ia adalah salah satu dari tujuh karunia atau operasi utama dari 'the Spirit of Menorah,' dalam urusan "bergaul-karib" dengan 'roh' manusia!

    Kalau Tuhan mengampuni, pengampunanNya sempurna, kerana rekod-rekod dosa akan terhapus, dan Ia tidak mengungkit-ungkit dosa-dosa yang Ia sudah ampuni, kerana tidak ada lagi rekod yang mahu diungkit oleh 'mata' Tuhan! Malah 'ketaataan' Tuhan juga sempurna. Kalau Tuhan berfirman:"Aku taat mengampuni," dan memang benarlah Dia akan taat mengampuni! Percaya yang 'sempurna' dijelaskan oleh Yeshua sebagai '
biji sesawi' yang setulinnya dari Sorga! Percaya yang dibentuk oleh karunia "takut akan Tuhan," sememangnya menzahirkan "permulaan hikmat" yang sejati. "Permulaan hikmat" itu adalah merujuk kepada 'fasa-fasa awalan' dalam ibadah 'bergaul karib' dengan Roh Tuhan!  Maka muncullah pertumbuhan rohani bagi orang percaya yang digauli-karib oleh Roh Tuhan. Namun, 'daging' kita lemah, maka 'percaya' kita kepada 'nama' Tuhan seringkali terombang-ambing dipengaruhi oleh pengalaman 'daging.' Kerana ada tertulis: "Even a grown up man shall be staggering."  Orang yang dewasa rohani sekalipun akan ada masa untuk mengalami 'terhuyung-hayang' dalam perjalanan iman. Roh itu penurut, namun 'daging' itu lemah. Orang percaya seperti Ayublah yang tidak kalah kepada apapun yang dilalui oleh 'dagingnya.' Dia tidak menyangkal 'nama' Tuhanwalaupun dia kehilangan segala-gala yang dikatakan sebagai 'berkat-berkat' kemakmuran kehidupan daging!

Mereka yang tertulis namanya dalam Buku Kehidupan adalah orang-orang 'percaya' yang dapat mengakses berkat 'nama' Domba Tuhan yang "Sudah Selesai" 'diupacarakan' oleh Yeshua di atas Kayu Salib (Altar). 'Spiritual Programming' yang disempurnakan oleh Yeshua adalah 'curahan berkat Ilahi' yang menjanjikan kehidupan yang bebas dari penghambaan dosa-dosa, iaitu janji 'kehidupan yang penuh' bagi orang-orang percaya! Orang-orang percaya dianugerahkan Jalan, Pintu dan juga Kunci untuk mengakses 'spiritual blessings' itu, supaya mereka dapat mengecapi 'spiritual resources' pengampunan Tuhan, dan seterusnya dapat pula menyempurnakan ibadah rohani!

    'Roh Pentakosta' adalah 'berkat' yang mencurah-curah  dari kuasa Pembaptis Api (
Yeshua Kristus) yang tidak nhenti-henti mengupacara Altar di Sorga ('altar di Sorga' adalah 'kehendak kasih' Bapa Sorgawi). Ia adalah berkat 'spiritual blessings' hasil dari pengupacaraan altar di bumi yang "Sudah Selesai," dan juga hasil kesinambungan pengupacaraan 'Altar' ('Kehendak Kasih') di Sorga! Spiritual Programming itu melibatkan sebaran 'maklumat roh' yang telah diketahui secara lengkap oleh semua penduduk Sorgawi termasuk para malaikat yang gagah perkasa! Maka, para malaikat adalah pelaksana-pelaksana kehendak-kehendak Tuhan yang gagah perkasa. Mereka bertindak melaksanakan kehendak 'suara' Firman Allah. Kita melihat malaikat Seraphim yang melaksanakan kehendak 'mercy' Bapa Sorgawi ke atas Yesaya di bumi dalam kitab Yesaya 6.

Santo Yohanes bersaksi bahawa salah satu daripada sifat-sifat roh Yeshua adalah 'taat mengampuni,' (1 Yohanes 1: 8-9) sebagaimana sifat Roh Bapa yang ada di Sorga.  'Upacara Domba Tuhan' di bumi adalah suatu 'berkat' alam roh yang dapat diakses sebagai 'Berkat' Pengampunan Tuhan yang terjamin. Ia terjamin kerana ia diupacarakan di bumi. 'Diupacara' dalam bahasa pasar adalah 'diserapah.' Berkat altar Yeshua di bumi secara sempurna terjamin, kerana ia telah 'sudah selesai' diupacara (selesai diserapah oleh Tuhan menggenapi Taurat, nubuat nabi-nabi dan lirik-lirik Mazmur). Maka, para pengikut Jalan 'menyeru' 'nama' si Penyerapah, iaitu Yeshua Kristus.  'Berkat' Pengampunan Ilahi itu memperkayakan manusia di bumi, malah ia sama sekali 'tidak' menambahi penderitaan umat manusia! Berkat itu pastinya mengalir kerana pengupacaraan Yeshua, dan persembahan korban yang tidak bercacat celah, sebagai 'Domba Tuhan,' sudahpun selesai diupacarakan oleh diriNya sendiri menurut Ordo Imam Agung Melkisedek. Maksudnya, Anak Tuhan yang Maha-tinggilah yang telah 'mengupacarakan Altar' di bumi! Anak Tuhan yang Mahatinggi yang telah melaksanakan "Kehendak Kasih' di bumi, dimulaikan dengan penyempurnaan Altar di bumi, seperti di Sorga (serapah di bumi seperti serapah di Sorga, dan serapah itu ialah Firman Allah!). Oleh kerana serapahNya adalah Firman Allah sepenuhnya, maka kuasa pengupacaran Yeshua adalah sepenuhnya mempunyai 'kuasa' Allah Bapa! Yeshua mempunyai kuasa mengampuni dosa-dosa manusia di bumi. 'Domba Tuhan' yang menyempurnakan Taurat adalah jaminan 'Jalan' penyelesaian dosa-dosa manusia
Hasil dari 'pengupacaraan' 'Domba Tuhan' oleh diriNya sendiri, adalah berkat pengampunan dosa-dosa yang semutlaknya terjamin! Kenapa terjamin ? Kerana, (upacara) Yeshua semutlaknya menurut Firman Allah! 'Keselamatan' para penerima Kasih Karunia adalah 'terjamin' dengan syarat mereka tidak menyangkal 'nama' Tuhan atau 'percaya' yang sempurna!  Kasih Karunia itu terjamin mengalir kerana ia telah "Sudah Selesai" diupacarakan di bumi seperti 'Kehendak Kasih' Bapa di Sorga! Kristus itu adalah Kasih Karunia Allah Bapa yang kelihatan di bumi! Berkat pengupacaraan 'Altar' menurut Ordo keturunan Imam Harun tidaklah terjamin, kerana 'manusia' senantiasa tertakluk kepada banyak dosa-dosa dan korban persembahan juga seringkali tertakluk kepada cacat celah! Manusia 'luka' sebagai 'pengupacara' altar di bumi ternyata menghadapi banyak cacat-celahnya! Berkat 'roh' Ilahi yang diserapah sepenuh menurut Firman Allah oleh Yeshua Kristus adalah 'jaminan' kepada semua orang percaya dalam mengimani sifat-sifat Allah Bapa ('nama' Bapa) yang tidak kelihatan, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Kristus. Yeshua berfirman "Aku dan Bapa adalah 'satu;' ...barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa." Justeru itu, 'melihat' kehendak-kehendak Tuhan melalui upacara Altar di bumi adalah mengenali 'nama' Bapa.

Sebagai penerima 'Kasih Karunia,' kita tidaklah berusaha secara habis-habisan membuat kebaikan-kebaikan, agar dapat diterima dan dikasihi oleh Roh Tuhan. Roh Tuhan yang bersifat 'kasih' adalah mengasihi kita, sebagaimana adanya kita! Semua orang 'berdosa' yang datang kepada Yeshua senantiasa diterima oleh 'Nama' Bapa yang immutable, iaitu 'nama' yang diberikan kepada Anak! We are not striving to do good deeds in order to be accepted and loved by God; we are solely accepted by God because of his immutable 'name.' ("Name" ..see Exodus 3456, & 7). 'Karya' Tuhan' atau 'nama' Tuhan' itu ialah seringkasnya  'Kasih' dan 'Mercy.' Berkat pengampunan dosa 'turun' dari 'sifat' Tuhan yang mengasihi (abounding in love) dan mengasihani (merciful). Pengampunan itu dapat dilihat oleh 'mata' melalui penyempurnaan upacara altar di bumi. Semua 'ritus altar' baik di zaman patriarchs ataupun di zaman Perjanjian Lama di Tanah Perjanjian adalah senantiasa merujuk kepada Ritus Altar di bumi yang diupacara oleh Yeshua sendiri."21 And everyone who calls on the 'name'' of the Lord will be saved." (Acts 2: 21, NIV)

Bagaimana menyeru 'nama' Tuhan, supaya kita diluputkan dari hukuman? Roh Menorah, iaitu Kristus adalah Jalan, Pintu dan juga kunci-kunci untuk menyeru 'nama' Tuhan. Patriarch Ayub bersaksi bahawasanya Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "....the [spirit] fear of the Lord is [the spirit of] Wisdom and to shun evil is (the Spirit of ) Understanding " (Job 28: 28).    Firman-firman yang tertulis dalam kitab-kitab Suci akan kekal, sekadar 'perkataan dalam tinta ('inked words')' sahaja, jika sekiranya kita tidak meminta hikmat kepada Tuhan. Rasul Yakobus menulis bahawa mereka yang kekurangan hikmat hendaklah meminta kepada Allah Bapa. Tetapi, ramai yang tidak tahu bagaimana meminta hikmat.  Sebenarnya, 'hikmat' didahului dengan meminta karunia "takut akanTuhan" (Job 28: 28; Amsal 1:7; Amsal 9: 10; Yesaya 11; Yesaya 33: 6). Urusan meminta 'hikmat' haruslah didahului dengan urusan meminta karunia 'takut akan Tuhan' [B]. Ia harus dipohon kepada Tuhan setiap kali kita berdoa. Namun, Paulus menulis bahawa 'karunia' datang dan pergi, kerana karunia-karunia senantiasa 'melekat' pada Roh Tuhan sendiri!  Karunia itu adalah Roh Tuhan sendiri! Maka, karunia 'takut akan Tuhan' perlu dipinta setiap kali kita berdoa. Dalam arti kata lain, kita perlu memohon 'hikmat' setiap kali kita memasuki 'bilik yang terdalam' (the spirit of prayer).  Maksudnya, setiap orang percaya haruslah menjadi 'ranting sebenar' kepada 'Pohon anggur sebenar.'   

Raja Salomo menjelaskan dalam Amsal 2: 6 bahawa dari 'mulut' Tuhan ('nabi-nabi'), maka kita akan mendapat pembahagian 'pengertian' dan 'pengetahuan.' Justeru itu, jika 'percaya' kita bergantung penuh kepada pembahagian mulut-mulut Tuhan sahaja, maka 'percaya' kita akan hanya terperap kepada: "...aku mendengar tentang Engkau dari cakap-cakap orang sahaja." Alangkah lebih baiknya, jikalau sekiranya perihal 'percaya' bagi setiap orang percaya adalah berbunyi : "...aku melihat wajahMu." Bagi mereka yang dianugerahkan karunia "takutakan Tuhan," maka sudah tentu Tuhan akan bergaul karib. Oleh itu, firman-firman yang tertulis di dalam Kitab Suci akan akhirnya tersingkap satu persatu! (...rujukan: 'tersingkap' ..Mazmur 119: 130). And He said to the human race,“ The [spirit of the] fear of the Lord—that is [the spirit of] wisdom, and to shun evil is [the spirit of] understanding.” (Job 28: 28, NIV).   

       Oleh kerana dosa dicatat pada roh setiap orang, maka hanya Kasih Karunia Tuhan sahaja yang dapat membebaskan kita dari 'sengat maut' itu, iaitu catatan dosa pada roh. Maka, menanggalkan catatan/rakaman dosa-dosa atau disebut "menanggalkan kejahatan" adalah memerlukan roh pengertian! ["and to shun evil is Understanding (Spirit of)"]. Roh Pengertian akan mengajar seseorang untuk mengenali 'nama' Tuhan. Mengenali 'nama' Tuhan Bapa, iaitu 'nama' yang Dia berikan kepada Yeshua Kristus adalah kehidupan kekal abadi! Manusia tidak mempunyai sumber untuk menghapuskan catatan/rakaman dosa itu pada rohnya sendiri, kecuali melalui 'Jalan' yang dianugerahkan oleh Tuhan. "Akulah Jalan..." kata Yeshua!    

Nubuat nabi Yesaya menyingkapkan 'misi' Yeshua Kristus dalam kematianNya di atas kayu salib: "10 Apabila ia menyerahkan dirinya sebagai Korban Penebus salah (sin offering), ia akan melihat keturunannya, umurnya akan lanjut, dan kehendak Tuhan akan terlaksana olehnya. 11 Sesudah kesusahan jiwanya ia akan melihat terang dan menjadi puas; dan hamba-Ku itu, sebagai orang yang benar, akan membenarkan banyak orang oleh hikmatnya, dan kejahatan mereka dia pikul" (Yesaya 53: 10-11). Berkat pengampunan mengalir sepanjang masa di sepanjang zaman perdamaian. Yeshua adalah Juru Penebus dan Juru Selamat. Juru Penebus berarti dia sebagai, 'Domba Tuhan,' mempunyai kuasa Ilahi untuk menghapuskan (mengampuni) dosa-dosa yang tercatat atau dirakam pada roh-roh manusia. 

Menerima 'Janji' Tuhan adalah suatu kemerdekaan dari Penghambaaan. Namun, untuk menerima 'Janji Tuhan,' orang percaya perlu mempunyai 'percaya' yang sempurna kepada 'nama' Tuhan! Pada mulanya, Israel gagal menawan Tanah yang dijanjikan. Maka, mereka terpaksa 'didisiplinkan' dan 'dididik' oleh Tuhan perihal 'percaya' selama genapnya 40 tahun di gurun belantara. Hanya selepas 40 tahun 'digauli-karib' oleh Tuhan di 'gurun,' dan baharulah 'percaya' mereka dapat 'menawan' Tanah yang dijanjikan!  Almasih (the Messiah) ialah  yang ditungu-tunggu atau yang 'dijanjikan' oleh YHVH! Apabila Almasih itu berjalan di tengah-tengah umat Tuhan, the ruling priests telah menolaknya. Mereka 'tidak percaya' kepada Dia yang diutus Bapa!

   Orang-orang percaya dalam Perjanjian Baru [Amasih mengalami masalah yang sama, iaitu 'percaya yang tidak sempurna' ! Justeru itu, Almasih telah mengamanahkan 'pemberitaaan' injil kepada kedua belas rasulnya yang Ia sendiri telah 'gauli-karib' selama hampir 3 tahun, dan kesinambungan 'ranting dan Pokok' diteruskan oleh 'misi' Roh Pentakosta. Kuasa Messiah hanya akan mengalir menganugerahkan Berkat 'janji-janji' Tuhan, hanya apabila 'percaya' kepada namaNya menjadi sempurna! "...NamaNya (Kristus) ialah Firman Allah." (Wahyu 19: 13 b). Percaya yang sempurna tidak ada kaitan dengan prestasi moraliti atau disiplin perangai seseorang. Moraliti dan disiplin adalah pembentukan karakter. Namun, 'percaya' atau 'iman' yang sempurna adalah 'anugerah' karya Roh Kudus! Semua akan melalui proses 'pertumbuhan rohani' dan tidak ada orang percaya yang 'percaya' secara sempurna dengan sekelip mata. Yeshua berkata: "Karena itu, kamu harus menjadi sempurna, seperti Bapamu yang di surga adalah sempurna" (Matius 5: 48). 'Percaya' harus 'sempurna' (seperti kanak-kanak) untuk melihat '''gunung dilemparkan ke dalam Laut."  Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu" (Matius 17: 20).

    Kesempurnaan Pengupacaraan Altar di bumi yang berlangsung selama 3 jam itu adalah 'programming' alam roh yang sempurna oleh Kristus! Ia tidak bercacat celah. Ia sepenuhnya menuruti atau mengenapi semua Taurat, semua nubuat dan semua lirik-lirik Mazmur (Lukas 24: 44).  Dan penyempurnaan upacara rohaniah, ''programming," yang berasal dari ''nama' Bapa  dan dilaksanakan di bumi oleh 'nama' Anak adalah diketahui oleh semua mahluk Sorgawi dan juga para Malaikat! Maka, penduduk Sorgawi turut serta melaksanakan 'kehendak' Bapa Sorgawi. "Sudah Selesai" juga berarti 'nama' Yeshua Kristus telah menelan ''sengat maut," iaitu dosa! Justeru itu, percaya kepada 'nama' Domba Tuhan menjanjikan berkat pengampunan dosa, apabila seseorang membuat pengakuan dosa-dosa.

    Nabi Moshe membuat catatan dalam Kitab Keluaran 34: 5-7 bahawasanya 'nama' Tuhan adalah panjang Sabar, Kasih (abounding in love), mengasihani (merciful) dan mengampuni (forgiving). 'Nama' Tuhan yang mengalir bersama sifat-sifat ilahi (divine attributes)  itu, sememangnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar, dapat mahupun ditanggapi oleh kapasiti intelek. Namun, apabila seseorang percaya berdoa melalui firman ritus altar, maka orang percaya akan dapat melihat 'altar' di bumi dengan mata kasar. Justeru itu, mendirikan altar di bumi sebagai cara berdoa agar dapat menerima 'pengaliran' Roh Tuhan adalah ajaran yang disebut menurut Ordo Melkisedek. Jika sekiranya Tuhan berkenan, para patriarch dapat menerima 'Kasih Karunia.' Habel berdoa melalui Firman ritus altar. Demikianlah juga Lamekh, Nuh, Abram, Ayub, Yakub, dan para nabi termasuk imam-imam keturunan Ordo Imam Harun. 'Altar di bumi' adalah yang dapat dilihat oleh mata kasar, dan dapat pula ditanggapi oleh kapasiti intelek untuk menuruti ritus altar (ritual prayer), iaitu sebagai 'jalan' untuk memasuki the spirit of prayer. Firman-firman berhubung dengan upacara Altar sebagai 'Jalan' berdoa adalah ketentuan Ordo Melkisedek!

    Altar Perjanjian Lama di bumi akhirnya disempurnakan oleh Pengupacara Imam Ordo Melkisedek dan dia jugalah sebagai korban Penebus Dosa (Sin Offering). Altar Perjanjian Lama tidak sempurna dan mestilah diupacarakan berulang-ulang untuk menyelesaikan dosa-dosa, agar Imam Besar bagi Umat Israel dapat memasuki 'bilik yang terdalam' (the Holy of Holiest). Bilik Yang Mahasuci (the Holy of Holiest) Tabernakel di Tanah Suci telah digenapi, apabila setiap 'roh' orang percaya berfungsi sebagai Tabernakel ('bilik terdalam') bagi curahan Roh Pentakosta. Yeshua berkata: "...apabila kamu berdoa, masuklah ke dalam bilik yang terdalam'...(the spirit of prayer)."       

    Kalau Kita baca kisah ringkas mengenai dengan 'panggilan' Tuhan kepada Abram dalam Kitab Kejadian 12: 1 - 9, kita akan dapati bahawa sebelum Tuhan 'muncul' (appeared) beberapa kali kepada Abram, -- Abram ternyata belum mendirikan 'altar.' Maksudnya, Abram belum mahir dalam urusan 'berdoa,' selagi Tuhan belum 'muncul' beberapa kali kepada Abram. Dia telah akhirnya menjadi mahir dalam urusan berdoa, selepas Tuhan 'muncul' beberapa kali kepadanya.  Roh Tuhan datang 'bergaul karib' dengan 'roh' Abram dan 'roh' Sarai. Semua orang percaya akan melalui 'fasa-fasa perjalanan iman' yang diwarnai dengan pelbagai aspek 'ragu-ragu.' Setiap orang percaya akan melalui fasa 'mempersolkan' beberapa perkara berhubung dengan sifat-sifat Tuhan! Setiap penerima 'kasih karunia' adalah orang percaya yang 'percaya' kepada 'nama' Bapa, iaitu nama yang diberikan kepada Anak. Orang-orang percaya menjadi warga Kerajaan Allah yang beribadah dan menggenapi ibadah "Bapa Kami;" mereka telah diberi 'kuasa' untuk menjadi anak-anak Tuhan. Kristus bersabda: "Akulah Pohon anggur sebenar dan kamu adalah ranting-ranting sebenar." Perumpamaan itu menjelaskan suatu "pergaulan karib" antara Roh Kudus dan roh orang-orang percaya. Namun, bagaimana mungkin Roh Tuhan akan 'bergaul karib' dengan 'roh' manusia yang berasal dari biji benih 'roh,' dan biji benih 'daging' yang senantiasa tertakluk kepada dosa-dosa??

Apakah 'bukti' kepada Kebenaran Tuhan?

     Seluruh pengalaman kehidupan 'daging' manusia di bumi tidaklah membuktikan bahawa 'nama' Tuhan itu kasih dan merciful! Ketika bencana Tsunami besar menelan banyak jiwa-jiwa manusia dan merosakkan banyak harta benda seperti apa yang terjadi kepada penduduk pulau Sumetera pada tahun 2014, para mangsa Tsunami sudah tentu akan mempersoalkan kebenaran 'nama' Tuhan.  Mangsa akan mempersolkan apakah benar Tuhan itu 'Kasih' dan "merciful,' sebagaimana yang Ia beritakan dalam Kitab Suci Kejadian 34: 5-7. (lihat 'nama' Tuhan dalam petikan Keluaran 34: 5 -7)!  Seluruh catatan Firman Allah dalam Kitab-Kitab Suci tidak menyatakan bahawa Kebenaran atau Sifat-Sifat Tuhan itu dibuktikan oleh pengalaman 'daging' manusia. Tiada catatan Firman dalam Alkitab yang menjelaskan bahawa pengalaman kehidupan 'daging' manusia di bumi bersaksi tentang sifat-sifat Tuhan. Rasul Yohanes menulis bahawa Kebenaran itu disaksikan oleh Air, Darah dan Roh, dan ketiga-tiga itu adalah 'Satu', dan kebenaran itu disaksikan oleh Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus di Sorga; ia adalah umpama Altar di bumi seperti di Altar di Sorga. Kehendak Kasih di Bumi digenapi seperti Kehendak Kasih di Sorga, iaitu 'nama' Allah Bapa yang diberikan kepada Anak Tuhan yang Mahatinggi : Yeshua Kristus. Yeshua Kristus bersaksi:"Barangsiapa melihat Aku, dia telah melihat Bapa."  Maka, yang bersaksi sepenuhnya dengan kesaksian yang tidak bercacat celah mengenai 'nama' Allah Bapa adalah Yeshua Kristus! Yeshua Kristuslah yang sepenuhnya bersaksi dengan sempurna mengenai dengan 'nama' Allah Bapa di Sorga.

    Kehidupan yang berpusat pada 'kapasiti intelek' dan kesedaran 'aktiviti' sistem saraf atau ringkasnya 'kehidupan daging' manusia di bumi menghadapi pelbagai penderitaan, bermacam-macam malapetaka, malah senantiasa tertakluk dan terdedah kepada pelbagai penyakit yang tidak terkira jenisnya, malah semua yang hidup akan menghadapi realiti 'kematian' daging. Kehidupan kita di bumi ini tidaklah membuktikan bahawa kebenaran 'nama' Tuhan adalah Sumber hidup. Kehidupan 'daging' kita akan berbicara: Where is God's Love and where is His mercy?  Apakah itu semua (pengalaman 'daging' manusia) membuktikan, bahawa Tuhan itu Kasih dan Mercy? Sememangnya tidak! Pengalaman 'daging' manusia membuktikan betapa 'Seed' daging manusia tertakluk kepada penderitaan akibat-akibat dosa, manakala roh manusia yang digelar 'orang percaya' sekalipun, masih juga seringkali 'luka,' malah masih akan menambahi 'luka-luka' hidup setiap hari, samada secara sengaja atau tidak disengajakan! Manusia 'daging' senantiasa memikirkan 'keuntungan.' Kalau 'daging' kita tidak menerima apa-apa keberuntungan, maka kita akan berfikir bahawa untuk apa kita mahu 'percaya' kepada Tuhan! Namun, "
oleh bilur-bilurNya' kita disembuhkan! Sifat-sifat Roh Allah Bapa hanya dapat dibuktikan sepenuhnya oleh 'Kesaksian' Kristus, dan kesaksian Kristus itu adalah Roh Nubuat (the Spirit of Prophecy'). Maka, percaya kepada 'nama' Tuhan bukanlah disandarkan kepada sistem lima deria (sistem saraf) dan kapasiti intelek manusiawi, tetapi dipautkan kepada 'nama' Allah Bapa yang immutable (tidak berubah)! Rasul Petrus yang pernah berjalan di atas permukaan air pernah mengalami suatu keghairahan untuk 'percaya' kepada 'ajakan Kristus' 'meniti' perjalanan iman untuk mengikutiNya. Namun, kuasa dominan 'daging' kembali menguasai 'kesedarannya,' lalu 'percayanya' mulai terbenam. Kesedaran 'daging' biasanya akan membenamkan 'percaya; yang ada pada diri kita sendiri! 'Perjalanan iman' adalah umpama 'berjalan di atas air.' Ia adalah sesuatu yang mustahil dilakukan jikalau 'percaya' disandarkan kepada kekuatan kapasiti intelek manusia. Kelemahan 'daging' manusia membenamkan 'percaya' yang ada pada kita. Namun, bila kita menyeru kepada 'nama' Tuhan, ia akan datang untuk menolong kita, supaya kita dapat meneruskan 'perjalanan iman.' Perjalanan iman menuntut supaya '...Tuhan datang memberikan kekuatan 'percaya' yang ada pada kita,' supaya kita tidak menyangkal 'nama' Tuhan.  Karunia "takut akan Tuhan" [B] memungkinkan Tuhan itu akan datang...'bergaul karib' dengan kita, lalu menganugerahkan 'roh' pengertian, agar kita mengenali apa itu 'roh' Tuhan sebenarnya. 

     Saya tidak menghadiri mana-mana sekolah Alkitab, akan tetapi 
the Spirit of Prophecy itu bermaksud bahawa-sanya, apa yang YHVH firmankan itulah juga yang dibicarakan oleh Roh Kristus, dan apa yang difirmankan oleh Roh Allah Bapa, dan itulah juga yang difirmankan oleh Roh Kudus dan Kristus! Apakah itu Roh Nubuat?  Roh nubuat bermaksud bahawa-sanya semua pengajaran dan pemberitaan Firman dari Roh Tuhan adalah merujuk dan berpaut kepada 'kesaksian' Kristus. Semua Firman tentang ‘karya’ [‘nama’] Roh Tuhan ditulis dalam Kitab-Kitab Suci, dan bahasa penulisannya adalah dalam penyampaian bahasa roh yang disebut Roh Nubuat. Roh nubuat itu adalah 'Kristus'! Maka, Firman Tuhan  dalam Kitab Kejadian adalah saling merujuk kepada Firman Tuhan dalam semua kitab nabi-nabi dalam Alkita,b termasuk Kitab Wahyu, kerana Firman itu adalah Roh yang ‘sama dan Esa.’ Semua ‘nama Tuhan dalam Alkitab, samada the Immutable name of God (Keluaran 37; 5-7) ataupun the Covenanted name of God, adalah roh Ilahi yang ‘sama dan ‘Esa. Semua 'nama Tuhan tertakluk kepada perjanjan-perjanjian antara Tuhan dan manusia yang saling berkaitan dan berkesinambungan. Mereka (‘nama’ Tuhan) berkongsi "Firman Allah" yang seratus peratus sama, walaupun setiap 'nama' Ilahi itu diutus dengan 'misi' khusus tertentu dan zaman yang berbeda, ia akan tetap mempunyai ‘karya’ yang satu dengan sifat-sifat roh yang sama: "... namaNya ialah Firman Allah" (Wahyu 19: 13; Lukas 24: 44). Perkongsian "Firman Allah" yang sama bagi semua 'nama' Tuhan yang berasal dari Imam Agung menurut Ordo Melkisedek adalah menjelaskan apa itu "roh nubuat." Ia juga boleh dijelaskan bahawa “kesaksian Kristus adalah roh nubuat.”


    Maksud bahasa 'roh’ Firman yang konsisten dan aliran pemberitaannya yang tidak berubah itu adalah bahawa Firman datang daripada Roh Tuhan yang ‘
satu’.  Roh mengalir dari Allah Bapa di Sorga, kemudian ‘tanda’ akan kelihatan di Sorga, dan ‘tanda juga kelihatan di Langit dan baharulah ‘tanda kelihatan di‘bumi.’ Tidak kira the Covenanted name of God itu merujuk kepada YHVH atau merujuk kepada Kristus Yeshua, maka aliran roh tetap konsisten bahawa ‘nama’ Tuhan akan ada ‘tanda’ di Sorga sebagai deklarasi kemuliaanNya; ‘tanda’ di Langit sebagai 'pemberitaan' karyaNya, dan juga ‘tanda’ di bumi sebagai 'pemberitaan' 'nama' Tuhan yang kelihatan dan juga tidak kelihatan oleh mata kasar. Ini adalah suatu konsistensi (consistency) ‘pengaliran’ roh nubuat menurut pengaturan Ordo Melkisedek. Justeru itu, Suara Roh Tuhanpun mempunyai persamaan dan konsistensi pemberitaan bahasa Firman Allah, sepertimana yang pernah didengari oleh umat Tuhan yang terdahulu melalui pemberitaan mulut-mulutNya. Ringkasnya, kesaksian Kristus adalah Roh NubuatAll the words of God are pointing to Christ! Christ is the Secret of Creation! YHVH, Domba Tuhan (Yeshua Kristus), kerana 'Ciptaan' adalah kepada Kristus dan untuk kepada Kristus. Roh Kudus, Hakim, dan Tuhan Bapa adalah 'Roh' yang 'satu,' dan mempunyai sifat-sifat-sifat roh yang immutable (tidak berubah) sama. 'Nama' Tuhan yang pernah kita dengar menurut catatan Alkitab seperti YHVH, Aku adalah Aku, Roh Kudus, Yeshua Kristus, Raja Damai, Raja Kebenaran, dan Hakim adalah beberapa contoh 'nama' Tuhan yang pernah dinyatakan kepada umat manusia di bumi, menurut ketentuan-ketentuan Ordo Melkisedek. Justeru itu, pada ketika 'roh nubuat' menyampaikan nubuat perihal Penciptaan manusia, maka nubuat yang disampaikan dalam kitab Kejadian berbunyi "Marilah kita..." Tuhan itu adalah berasal dari yang 'satu' Roh. Namun, kenapa pula dalam Kitab Kejadian, perkataan 'kita' digunakan 'seolah-olah' roh Tuhan itu banyak? Namun, itulah bukti yang dimaksudkan, bahawa semua Firman Allah disampaikan dalam 'roh nubuat.' Perkataan "kita" itu adalah menurut the flow of the Spirit of Prophecy. Itu adalah contoh perihal the Spirit of Prophecy. 'Kita' adalah merujuk kepada banyak 'misi' Tuhan yang berkesinambungan, namun disempurnakan oleh Roh Tuhan yang 'satu'!


"Langit baru dan bumi yang baru"



    Apabila 'tanda' di Sorga dilihat; 'tanda' di langit dilihat; dan juga 'tanda' di bumi dilihat pada masa yang serentak oleh 'seers', maka itu bermakna 'nama' Tuhan, sebagai Hakim yang mengadili dengan penuh keadilan akan memulakan 'mission' untuk menyempurnakan nubuat-nubuat penghakiman ke atas semua bangsa di dunia! Apakah 'tanda' bagi frasa 'SATU HARI' yang  yang dinubuatkan oleh nabi Zakaria dalam Zakaria 14: 7 ?  "...tetapi akan ada SATU HARI--hari itu diketahui Tuhan--dengan tidak ada pergantian siang dan malam..."  Nabi Moshe menerima nubuat dari Roh Tuhan dalam Kejadian 1: 14 "Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi TANDA’ yang menunjukkan MASA-MASA yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun." Matahari, bulan dan bintang-bintang itu adalah benda-benda penerang yang akan menjadi 'TANDA' (signs) tentang hari yang unik itu, seperti dalam nubuat Zechariah 14: 7, ia adalah 'TANDA' yang perlu dilihat di ALAM 'roh' ; 'tanda' yang muncul di langit. Benda-benda penerang dalam Matius 24: 29 juga berfungsi sebagai 'TANDA' (signs) bagi 'Hari' dan 'Saat' kedatangan Hakim. 'TANDA' itu dilihat dalam 'PENGLIHATAN ROH' !  Ia adalah tanda di 'langit'/cakrawala' ('alam roh') yang memberitakan (Matius 24: 29) 'hari' dan 'saat' kedatangan HAKIM di bumi! Orang majus dari timur mengetahui 'saat' (exact time) Raja Kebenaran dilahirkan kerana mereka telah 'melihat' penglihatan roh, iaitu kemunculan  'TANDA' (Bintang Bethlehem dalam penglihatan roh) di 'langit' pada 'saat' ia dilahirkan! 

Rasul Paulus  bernubuat tentang hari Tuhan, iaitu hari kedatangan Hakim dalam 1 Tesalonika 5: 3 While they are saying, "Peace and Safety"! then destruction will come upon them suddenly like labor pains upon a woman with child, and they will not escape. Perkataan 'Mereka' merujuk kepada semua penduduk di dunia. Frasa 'Peace and Safety' adalah frasa nubuat yang tidak diketahui oleh para pembaca di zaman awali gerejani atau dalam era sebelum tahun 1945 AD. Hanya selepas 1945 AD, iaitu selepas penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, baharulah kita dapat melihat maksud frasa nubuat tersebut. 'Peace and Security' atau 'Peace and Safety' adalah agenda setiap negara dalam nation-building atau agenda kerajaan-kerajaan yang ada di bumi. Ia dijadikan sebagai Piagam dalam pengujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka, kedatangan Hakim akan terjadi dalam 'era' 'Peace and Security,' tatkala dunia keamanan diurus-tadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa kini, terdapat 197 buah negara (bangsa-bangsa) dalam World Governance itu. Kita tahu bahawa semua kerajaan di dunia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang memperjuangkan atau berkata ('saying')  "Peace and Safety."  Jadi, hari Tuhan sudah pasti akan disempurnakan tatkala dunia ini sedang diurus-tadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu! 'Saat' ia datang adalah tertakluk kepada 'tanda' di Sorga; 'tanda' di langit dan 'tanda' di bumi yang dinyatakan secara serentak, sebagai mana penampakan 'tanda-tanda' pada ketika kelahiran Raja Kebenaran. Raja Kebenaran yang telah dilahirkan adalah disahihkan benar terjadi (digenapi) kerana  'tanda' di Sorga telah dilihat, 'tanda' di langit juga telah dilihat dan 'tanda' di Bumi telah dilihat juga; ia telah dilihat secara serentak oleh nabi-nabi, iaitu para gembala kambing, dan juga dilihat oleh tiga orang majus (the three wise men from the east) dari timur. 'Majus' artinya adalah heathen seers. 

  Nabi Habakkuk mengajarkan kita bagaimana untuk melihat 'tanda' melalui dream-dreams dan juga melalui penglihatan rohani, visions. Dalam soal 'berjaga-jaga,' Nabi Habakkuk mengatakan dalam Habakkuk 2: 1, "I will stand on my guard post and station myself on the rampart; and I will keep watch to see (visions) what He (God) will speak to me, and how I may reply when I reproved." Nabi Habakkuk sebenarnya berkata tentang 'memasuki bilik yang terdalam' ('your own chamber'), sepertimana yang dikatakan oleh Yeshua tentang urusan berdoa. Berdoa di 'dalam kamar terdalam' adalah urusan 'berjaga-jaga.' Justeru itu, bagaimana mungkin umat Tuhan dapat 'berjaga-jaga,' sekiranya mereka tidak ada hikmat tentang urusan 'memasuki' bilik terdalam? Melihat 'tanda' adalah visions yang diterima dari Roh Tuhan pada ketika kita masuk ke 'kamar yang terdalam.' Nabi Isaiah menasihati umat Tuhan supaya 'berjaga-jaga, ' iaitu 'memasuki kamar' yang terdalam, kerana Hakim akan turun ke bumi! "20 Come, my people, enter your chambers, and shut your doors behind you; hide yourselves for a little while until the wrath is past. 21 For the LORD comes out from his place to punish the inhabitants of the earth for their iniquity; the earth will disclose the blood shed on it, and will no longer cover its slain (Isaiah 26: 20-21). Yeshua menasihati semua orang percaya supaya 'berjaga-jaga' : "Karena itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu saatnya." 'Saatnya' merujuk kepada 'saat' kedatangan 'Mempelai laki-laki' dalam Matius 25: 1-13.(juga lihat Mazmur 19: 1-6).  Hanya dengan berjaga-jaga sahaja, maka kita akan dapat 'melihat' tanda-tanda'. Justeru itu, 'berjaga-jaga' melibatkan penerimaan visions dan penerimaan anugerah dream dreams dalam the Spirit of Prayer!

    Selepas 'penghakiman' dan 'penghukuman' disempurnakan, dan selepas kerajaan 1,000 tahun, maka Tuhan akan melenyapkan 'langit' dan 'bumi' yang pertama! Di dalam Wahyu 20: 11 "...Dari hadapanNya lenyaplah 'bumi' dan 'langit,'  dan tidak ditemukan lagi tempatnya. Dan, dalam Wahyu 21: 1 "Lalu aku melihat 'langit' yang baru dan 'bumi' yang baru, sebab 'langit' yang pertama dan 'bumi' yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada lagi." Langit dan bumi yang baru bukanlah diartikan secara harfiah. "Langit yang baru dan bumi yang baru" berarti pernyataan dan deklarasi kemuliaan Tuhan yang betul-betul baru. Ia juga berarti pengungkapan 'nama' Tuhan yang baru. Malah, tidak akan ada "laut" ditemukan lagi, berarti bahawa 'tidak akan ada pemerintahan empayar-empayar/kerajaan raja-raja di bumi.' Tidak akan ada 'penghambaan' yang wujud kerana 'nama' binatang! Atau ringkasnya, tidak akan ada lagi kemunculan 'binatang-binatang' dari laut dan dari daratan. 'Binatang' adalah pemerintah-pemerintah dunia atau raja-raja yang mencari 'nama' dan membina kerajaan atau empayar-empayar di bumi. Dan 'nama' binatang yang dicari oleh manusia telah menghambakan umat manusia sendiri! Apabila tidak ada 'laut,' maka itu berarti tidak akan ada lagi pemerintahan bangsa-bangsa dari 'nama' binatang yang keluar dari 'laut.' Tidak ada 'binatang' (raja-raja di bumi yang membina kerajaan-kerajaan atau empayar-empayar) yang akan muncul lagi dari 'laut,' kerana 'laut' tidak akan ada lagi! Hanya Tuhan sahaja yang akan memerintah Sorga dan bumi! Dalam 'langit yang baru dan bumi yang baru,' bermakna suatu pemberitaan 'nama' Tuhan adalah juga 'baru.' Tanda di 'langit' dan 'tanda' di bumi yang baru juga akan diberikan. 1 Then I saw "a new heaven and a new earth," for the first heaven and the first earth had passed away, and there was no longer any sea (Revelation 21: 1). It also means the new 'name' of God! 'Nama' baru itu hanyalah diketahui oleh Tuhan sendiri!

     Patriarch Ayub 
dalam Ayub 28: 28 bersaksi bahawa Roh Tuhan pernah berfirman kepada penduduk bumi: "['karunia'] Takut akan Tuhan [B] adalah Hikmat ['karunia'] dan menanggalkan kejahatan adalah Pengertian [karunia 'roh Pengertian']."   (Nota: 'Perkataan' dalam kurungan [ ] adalah ditambahkan oleh penulis kepada petikan ayat Ayub 28: 28).


______________

[A]  PERJANJIAN BARU: Nubuat nabi Yeremia tentang Perjanjian Baru yang akan diujudkan oleh Tuhan dengan memulakan upacara Paskah Tuhan Yeshua Kristus di bumi menurut Ordo Melkisedek. Pengujudan perjanjian dengan moyang Israel dahulu, iaitu dengan Abraham juga dimulai dengan upacara ‘Altar’ di pergunungan Seir oleh Raja Kebenaran (menurut Ordo Melkisedek). Bani Israel mewarisi perjanjian tersebut melalui upacara ‘altar’ Paskah Tuhan di Mesir, agar mereka mengecapi pembebasan dari penghambaan. Perjanjian adalah 'Jaminan' oleh Tuhan kepada para penerima 'perjanjian,' bahawasanya Tuhan akan menyertai umat perjanjian. Perjanjian Baru yang dimulai dengan upacara Paskah Tuhan Yeshua (‘Altar di bumi’) di bumi adalah 'Jaminan' bahawasanya Tuhan akan menyertai umat Perjanjian atau seringkasnya disebut sebagai Tuhan itu  'Emmanuel.'   Sememangnya tidak ada perkataan yang eksplisit (‘langsung dan jelas’) dalam nubuat dalam petikan nubuat Yeremia 31: 31-33  yang merujuk kepada bangsa-bangsa lain sebagai penerima-penerima Perjanjian Baru itu. Namun, bani Israel adalah dinubuatkan sebagai ‘woman’ (‘perempuan’ ), sebagaimana menurut mimpi Joseph (Kejadian 37: 9) dan penglihatan Santo Yohanes (Wahyu 12). Bangsa-bangsa lain yang memiliki kesaksian Kristus disebut sebagai ‘anak-anak’ (the offspring) kepada ‘perempuan’ itu seperti dalam nubuat Wahyu 12: 17. Bangsa-bangsa lain yang memiliki kesaksian Kristus adalah ‘spiritual offspring’ kepada ‘woman’ iaitu Israel. 17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan (New Covenant  Israel)  itu, lalu pergi memerangi keturunannya (‘the offspring’) yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus” (Wahyu 12: 17). Bangsa-bangsa lain adalah dirujuk secara ‘roh nubuat’ sebagai ‘the offspring’ of the ‘woman.’ Maka, bangsa-bangsa lain juga dinubuatkan ‘masuk’ dalam Perjanjian baru itu, meskipun rujukan secara explicit reference tidak ada, namun rujukan secara ‘roh nubuat’ itu memang jelas  sekali banyak. Perjanian Baru bagi Israel ini ('woman'), selaku penerima utama Perjanjian Baru dari Tuhan, kerapkali dinubuatkan oleh para nabi seperti nubuat nabi Yeremia dalam petikan di bawah: 

31 Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku akan mengadakan Perjanjian Baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda, 32  bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan nenek moyang mereka pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu telah mereka ingkari, meskipun Aku menjadi tuan yang berkuasa atas mereka, demikianlah firman TUHAN. 33  Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. 34  Dan tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka" (Yeremia 31: 31-34, TB).

[B]  KARUNIA TAKUT AKAN TUHAN :  10 Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian (Amsal 9:10, TB);  "Masa keamanan [Perjanjian Perdamaian] akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat [‘roh’ hikmat] dan pengetahuan; takut akan Tuhan [karunia takut akan Tuhan], itulah harta benda Sion" (Yesaya 33:6, TB)